SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 9
Descargar para leer sin conexión
JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490
1
Pengadilan moral dalam penulisan sejarah kadang-kala tidak dapat dielakkan.
Munculnya ahli sejarah yang menyokong subjektiviti dalam sejarah dengan sendirinya telah
menyebabkan aliran objektiviti sedikit terpinggir dan membuka ruang kepada sejarawan
sedikit sebanyak cuba menyebelahi atau memihak terhadap penyelidikan atau kajian
sejarahnya. Penilaian atau pengadilan moral dapat dikesan sekiranya sejarawan tersebut
memuji atau mengeji sesuatu dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti baik, mulia,
kejam, ganas dan sebagainya.1 Oleh itu, dari sini telah wujud masalah penilaian etika atau
pengadilan moral iaitu apabila seseorang ahli sejarah dengan sengaja atau tidak telah menilai
atau menghukum sesuatu.
Pengadilan moral juga sering kali menjadi perbahasan hangat dalam kalangan
sejarawan terutamanya ketika melakukan pentafsiran dan menghasilkan penulisan sejarah
sama ada penulisan atau pentafsiran itu wajar atau sebaliknya untuk menjatuhkan pengadilan
moral kepada pelaku-pelaku sejarah silam. Oleh hal demikian, secara amnya telah wujud tiga
aliran pemikiran yang bertentangan dalam membahaskan mengenai isu pengadilan moral.
Golongan tersebut terdiri daripada golongan yang menyokong pengadilan moral atau
konservatif, golongan pertengahan dan golongan yang menentang pengadilan moral disebut
juga sebagai golongan progresif. Menurut Qasim Ahmad dalam buku karya sejarahnya,
Pendekatan dan Persoalan, “pengadilan moral adalah perlakuan menjatuhkan hukuman,
ataupun mengenakan penilaian tertentu, kepada sesuatu peristiwa sejarah atau kepada seorang
pelaku sejarah”.2 Misalnya dalam penulisan ahli sejarah yang menyatakan sesuatu peristiwa
1 Abdul Rahman Haji Abdullah, PenghantarIlmu Sejarah. Pulau Pinang:PusatPendidikan Jarak Jauh,USM,
1994,hlm. 113-114.
2QasimAhmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1991,
hlm. 36.
JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490
2
itu tidak baik, Ketua Negara itu bersalah, masyarakat pada masa itu mundur, sistem politik ini
tidak progresif dan sebagainya. Pendeknya si penulis itu telah menghukum dan menilai”.3
Beliau juga pernah mengatakan bahawa lebih baik seorang sejarawan yang terlatih
membuat penilaian dan menjatuhkan hukuman moral daripada orang ramai yang tidak terlatih
membuat pengadilan. Timbul persoalan siapakah yang benar-benar dianggap sebagai
sejarawan. Menurut Yusuf Ibrahim golongan sejarawan adalah mereka yang menyumbang
kepada penulisan serta penerbitan karya-karya sejarah sama ada dalam bentuk buku,
monograf atau makalah-makalah berdasarkan hasil penyelidikan. Selain itu, beliau turut
berpendapat bahawa sesiapa yang melakukan penyelidikan dan menulis sejarah, walaupun
dalam bidang apa sekalipun, mereka boleh dianggap sebagai sejarawan dan siapa yang
sebaliknya sudah tentu tidak boleh dianggap sejarawan.4
Selain Qasem Ahmad, menurut Adrian Oldfield, adalah lazimnya pengadilan moral
dibuat dalam bahasa yang memuji atau mempersalahkan seseorang atau sesuatu perkara dan
berpandukan kepada ukuran baik dan buruk.5 Selain itu, Benedetto Croce dalam karya beliau
iaitu History As The Story Of Liberty mengatakan bahawa para ahli sejarah tidak mempunyai
keupayaan untuk menyelami hati-hati manusia bagi mengetahui apa tujuan sebenar si pelaku
sejarah itu melakukan sesuatu perkara. Beliau turut mempersoalkan berkaitan dengan
pengadilan moral yang seolah-olah sebuah mahkamah yang berkuasa untuk mengadili
sesuatu peristiwa sejarah.6 Disebabkan kurangnya bukti sejarah dan kegagalan ahli sejarah
untuk membuat pengadilan yang dipersetujui oleh semua sarjana telah menyebabkan ahli
3 QasimAhmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1991,
hlm 36.
4 Mohd Yusuf Ibrahimdan Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, Dewan
Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.1988,hlm 187.
5R. Suntharalingam.Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1985,hlm. 90.
6 Abdul Rahman Haji Abdullah. PenghantarIlmu Sejarah. Pulau Pinang:PusatPendidikan Jarak Jauh,USM,
1994,hlm. 113-114.
JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490
3
sejarah bercanggah pendapat antara satu sama lain kerana kecenderungan sesetengah
sejarawan memasukkan unsur prasangka dalam pengadilan yang telah dibuat oleh mereka.
Dalam karya Herbert Butterfield iaitu Moral Judgement In History menjelaskan
bahawa sejarawan melakukan pengadilan moral akan menimbulkan kerumitan seperti
ketidakupayaan para ahli sejarah untuk menilai dari segi nilai moral manusia menyebabkan
lahirnya pengadilan moral ‘pra-matang’ dan ‘separuh masak’.7 Dalam karya beliau ini,
Herbert Butterfield mencadangkan kepada ahli sejarah supaya menumpukan sepenuh
perhatian kepada bagaimana untuk memahami dan memaparkan secara lengkap dan
terperinci tentang semua butiran berkenaan kejadian dan peristiwa sejarah semata-mata tanpa
menjatuhkan pengadilan moral kerana pengadilan moral yang dilakukan secara berat sebelah
akan mencetuskan pertelingkahan dan perdebatan yang memudaratkan ilmu sejarah itu
sendiri.
Ringkasnya, pengadilan moral ialah perlakuan mejatuhkan hukuman ataupun
tindakan mengenakan penilaian tertentu terhadap sesuatu peristiwa sejarah atau kepada
pelaku di dalam sejarah.8 Antara golongan yang menyokong pengadilan moral atau golongan
konservatif adalah seperti Voltaire, Lord Acton, Agnes Heller, Qasem Ahmad sebaliknya
golongan yang menentang atau dipanggil juga golongan progresif terdiri daripada
Thucydides, Ranke, Herbert Butterfield, dan G.K Kitson Clark serta ramai lagi. Penulis
bersetuju apabila dikatakan pengadilan moral dalam sejarah boleh dimasukkan dalam sejarah
dan pengadilan moral bukanlah bertujuan untuk menghukum atau memuji mana-mana pihak
sebaliknya diperlukan untuk menjelaskan sesuatu peristiwa dengan lebih tepat. Hal ini
7 QasimAhmad, Karya Sejarah: Pengadilan Moral dalam Kes Nazi di Jerman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka,1985,hlm 56
8 Qasem Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1991,
hlm. 36.
JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490
4
demikian kerana pengadilan moral perlu bagi menjelaskan keadaan sejarah dengan lebih
terperinci tetapi haruslah dengan mengikut batas-batas penulisan sejarah yang sebenar. Hal
ini adalah kerana pengadilan moral dapat membantu pembaca sejarah untuk memahami
keadaan yang sebenar-benarnya berlaku walaupun ianya tidak tepat seperti keadaan yang
sebenarnya berlaku. Tambahan pula, pengkaji sejarah yang menulis sesuatu peristiwa juga
mempunyai didikan atau asas dalam penulisan sejarah yang lebih tepat dan jitu dengan
mengetahui batasan atau konsep dalam penulisan sejarah.
Kepentingan pengadilan moral dalam membawa pembaca untuk memahami dan
membina kefahaman dapat dilihat sejajar menurut panangan sarjana, iaitu Arnold Toynbee
yang baginya pengusiran orang-orang Arab dari Palestin oleh orang-orang Yahudi itu sama
besar jenayahnya dengan pembunuhan enam juta orang-orang Yahudi oleh Hitler.9
Pengadilan moral yang dilakukan oleh Arnold Toynbee penting kerana dapat membimbing
pembaca yang tidak berlatar belakangkan pendidikan dalam sejarah untuk memahami sejarah
supaya mereka tidak membuat tafsiran yang salah misalnya dalam kes pengusiran orang-
orang Arab dari Palestin, pembaca mungkin akan membina kefahaman sendiri serta
mewujudkan tafsiran sendiri yang akhirnya mereka akan melakukan atau menjatuhkan
hukuman mengikut kefahaman mereka sendiri. Oleh hal yang demikian, pengadilan moral
penting bagi mengelakkan hal sebegini berlaku lantas menyebabkan keharmonian sejarah
tidak tercapai. Sememangnya juga sejarawan merupakan seorang manusia biasa yang
mungkin akan melakukan sedikit kesilapan penafsirannya dalam melakukan pengadilan
moral, namun begitu, ketidakupayaan untuk mencapai kesempurnaan pengetahuan ini tidak
pula melepaskan kita daripada tanggungjawab membuat penilaian.10 Ahli sejarah sebenarnya
9Abdul Rahman Haji Abdullah. PenghantarIlmu Sejarah. Pulau Pinang:PusatPendidikan Jarak Jauh,USM,
1994,hlm. 116.
10Qasem Ahmad. Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1991,
hlm. 38.
JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490
5
bertanggungjawab untuk mengajar mengenai sejarah melalui pengkajian dan tulisan mereka
kerana bagi tokoh-tokoh sejarawan besar abad ke-18 seumpama Gibbon, Hume, Rollin,
Robertson, Raynal dan Voltaire, semuanya menerima konsepsi Bolingbroke bahawa sejarah
ialah pengajaran falsafah melalui teladan (philosophy teaching by example), dan golongan
sejarawan bertanggungjawab mengajarnya.11 Dengan ini jelas besar tanggungjawab yang
dimainkan oleh sejarawan dan oleh itu pengadilan moral sememangnya adalah satu bentuk
pengajaran yang dilakukan oleh sejarawan dan atas sebab ini pengadilan moral perlu ada
dalam penulisan sejarah tetapi mengikut tatacara yang betul.
Selain itu, pendapat yang mengatakan bahawa pengadilan moral dapat menjelaskan
sejarah dengan lebih tepat dilihat sangat bertepatan. Pengadilan moral bukan sahaja dibuat
berdasarkan kesannya kepada kepada yang lain tetapi juga kita perlu mengambil kira cara
sesuatu tindakan itu dilakukan. Pembaca akan dapat melihat bahawa tindakan yang ditunjangi
kaedah dan cara yang salah tidak dapat diterima dan diikuti. Sebagai contoh pengadilan yang
dijatuhkan terhadap Birch dalam memberikan perlindungan kepada hamba. Walaupun
didasari niat yang baik kononnya untuk melindungi hamba, tetapi cara Birch yang
melindungi hamba sehingga mereka dapat melarikan diri ke pulau pangkor itu adalah buruk.
Wilkinson melihat tindakan Birch ini adalah baik tetapi tindakannya membohongi wakil
sultan dan syahbandar yang mencari hamba tersebut dan memungkiri janji untuk
menyerahkan kembali hamba tersebut dan menyifatkan tindakan Birch itu adalah tindakan
yang ‘malang’.12 Ini jelas membuktikan bahawa kita perlu melihat sesuatu tindakan itu bukan
sahaja dari segi niat tetapi ialah dari segi cara tindakan itu dilakukan. Yang dikatakan malang
11Abdul Rahman Haji Abdullah. PenghantarIlmu Sejarah. Pulau Pinang:PusatPendidikan Jarak Jauh,USM,
1994,hlm. 116.
12 Abdul Talib, Darah mengalir di Pasir Salak, Kuala Lumpur: Pustaka Antara.1961, hlm36.
JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490
6
ialah kerana tindakan Birch yang salah kerana tidak memahami adat orang melayu telah
menyebabkan peristiwa pembunuhannya di Pasir Salak.
Pengadilan moral dalam penulisan dan pengkajian sejarah juga penting bukan kerana
semata-mata untuk menjatuhkan hukuman atau memuji mana-mana pihak sebaliknya
pengadilan moral yang dilakukan oleh sejarawan dapat membentuk jati diri sehingga
membentuk semangat nasionalisme. Melalui penceritaan yang disulami pengadilan moral
oleh sejarawan juga dapat memupuk serta memperkukuhkan semangat setia kepada negara,
sayang kepada negara dan juga kepada penduduk dunia. Keadaan ini dapat diwujudkan
melalui pemahaman mengenai keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan
sejarah. Sebagai contoh karya yang mampu meningkatkan semangat nasionalisme misalnya
karya Othman Putih, dalam bukunya “Mat Kilau Pahlawan Sejati” telah menjatuhkan
hukuman dan penilaiannya kepada pejuangan Mat Kilau dalam membebaskan Pahang dari
penguasaan British. Othman Putih menceritakan bahawa Mat Kilau adalah seorang yang
sangat terkenal dengan ketegasannya dan keberaniannya menentang Inggeris demi membela
hak rakyat dan nasibnya.13 Tambahan lagi, Othman Putih juga turut menceritakan insiden
semasa Clifford sanggup datang ke rumahnya bersama-sama orang-orangnya untuk
melakukan rundingan, tetapi Mat Kilau dengan tegasnya tidak mahu berjumpa dengan orang
putih tersebut.14
Selain itu, Negara Malaysia dahulunya pernah dijajah oleh kuasa Barat sehinggalah
negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, dan disebalik itu jugalah kita harus
mengingati perjuangan semua pejuang negara yang terkorban dalam membebaskan negara
daripada serangan dan cengkaman musuh. Secara tidak langsung, ini akan menanamkan
13Othman Puteh, Mat Kilau Pahlawan sejati, Kuala Lumpur: Longman Sdn. Bhd, 1981,hlm. 1.
14 Ibid hlm41.
JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490
7
semangat cintakan tanah air dalam kalangan generasi muda supaya mewarisi perjuanagn
pahlawan-pahlawan yang telah berjasa kepada negara.15 Melalui kisah dan pengadilan yang
dilakukan dapat meningkatkan semangat cintakan negara apabila didendangkan pengadilan
sebegitu lantaran pembaca atau rakyat dengan secara sendirinya akan tersedar dengan
keberanian dan kesengsaraan masyarakat terdahulu lantas mewujudkan perasaan
nasionalisme dalam diri pembaca.
Selain itu, menurut Tacitus yang menyatakan fungsi terpenting ialah mengenang jasa-
jasa daripada dilupakan, serta mengelak daripada celaan dan kutukan anak cucu.16
Sebagaimana yang dipelajari, penulisan sejarah yang disulami dengan pengadilan moral
dapat mengenang jasa pelaku sejarah terdahulu walau baik dan buruk bagaimana sekalipun
pelaku sejarah silam dan juga mengelakkan berlakunya budaya menjatuhkan hukuman iaitu
dengan kutukan oleh anak cucu. Menurut Plutarch pula, jika diamati, terdapat semangat dan
sifat kebangsaan dalam kalangan sejarawan Rom kerana mereka gemar memuji bangsa Rom
sebagai bangsa yang terbaik sebaliknya mengeji dan mengecilkan bangsa-bangsa lain.17
Selain itu, Herodotus sendiri, misalnya telah merintis jalan melakukannya, dengan cara
memuji kemenangan Greek dalam pertempuran di Marathon dan Sulamis, serta menganggap
Athes sebagai penyelamat negara-negara Greek.18 Oleh kerana sikap sejarawan sebeginilah
dapat membantu meningkatkan akan kecintaan masyarakatnya terhadap sejarah negara
sekaligus terhadap negaranya sendiri. Semangat nasionalisme sebenarnya tidak hanya
tertumpu kepada hari kemerdekaan semata-mata ataupun melalui filem-filem mengisahkan
15Arba’iyah Mohd Nor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,2002,hlm.13
16Abdul Rahman Haji Abdullah. PenghantarIlmu Sejarah. Pulau Pinang:PusatPendidikan Jarak Jauh,USM,
1994,hlm. 115.
17 Ibid.
18 Ibid.
JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490
8
peperangan namun suntikan semangat nasionalisme boleh muncul apabila pembaca membaca
penulisan-penulisan sejarah kerana melalui pembacaan yang komprehensif mampu untuk
mewujudkan perasaan prihatin dan ambil kisah mengenai sesuatu sejarah.
Kesimpulannya, pengadilan moral digunakan untuk menjelaskan perkara yang
sebenarnya berlaku. Menjatuhkan hukuman yang tidak benar kepada si pelaku sejarah
seharusnya tidak dinilai sebagai pengadilan moral yang berat sebelah tetapi tidak lain
hanyalah satu penipuan dan penyembunyian fakta sebenar oleh ahli sejarah. Pengadilan moral
perlu didasari dengan kejujuran dan kesediaan ahli sejarah itu sendiri untuk melihat sesuatu
sejarah itu dari pelbagai sudut tanpa cuba menyembunyikan sesuatu. Jika faktanya perit untuk
ditelan, ahli sejarah terpaksa juga menulisnya kerana itulah yang sebenarnya berlaku.
Merujuk sejarah sebagai alat untuk kita jadikan sebagai panduan dan pedoman, jika kita
mengeluarkan pengadilan moral dari penulisan ilmiah, maka penulisan itu menjadi tidak
bermakna dan objektif untuk menjadikan sejarah sebagai alat pengajaran kepada generasi
seterusnya tinggal impian semata-mata.
JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490
9
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Haji Abdullah. 1994. Penghantar Ilmu Sejarah. Pulau Pinang: Pusat
Pendidikan Jarak Jauh, USM.
Abdul Talib. 1961. Darah mengalir di Pasir Salak, Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
E.H Carr. 1984. Apakah Sejarah?, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya. 1988. Sejarawan dan Pensejarahan:
Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Puteh. 1981. Mat Kilau Pahlawan Sejati, Kuala Lumpur: Longman Sdn Bhd.
Qasim Ahmad. 1991. Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Qasim Ahmad. 1985. Karya Sejarah: Pengadilan Moral dalam Kes Nazi di Jerman, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
R. Suntharalingam. 1985. Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

OBJEKTIVITI SEJARAH
OBJEKTIVITI SEJARAHOBJEKTIVITI SEJARAH
OBJEKTIVITI SEJARAHZICCHUA
 
Bab 3 penelitian sejarah dan historiografi
Bab 3 penelitian sejarah dan historiografi Bab 3 penelitian sejarah dan historiografi
Bab 3 penelitian sejarah dan historiografi Irma Suryani
 
Metodologi Sejarah - pengantar ilmu sejarah
Metodologi Sejarah - pengantar ilmu sejarahMetodologi Sejarah - pengantar ilmu sejarah
Metodologi Sejarah - pengantar ilmu sejarahHazman Azhar
 
Makalah metode pengumpulan sumber sejarah (1)
Makalah metode pengumpulan sumber sejarah (1)Makalah metode pengumpulan sumber sejarah (1)
Makalah metode pengumpulan sumber sejarah (1)DyanSinaga3
 
Sejarah - Penelitian Sejarah
Sejarah - Penelitian SejarahSejarah - Penelitian Sejarah
Sejarah - Penelitian Sejarahhanakamilah4
 
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarah
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarahSumber sejarah dan metode penelitian sejarah
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarahmunir ikhwan
 
Metode dan pendekatan dalam ilmu perbandingan agama
Metode dan pendekatan dalam ilmu perbandingan agamaMetode dan pendekatan dalam ilmu perbandingan agama
Metode dan pendekatan dalam ilmu perbandingan agamaguest0579d0
 
Bab I Prinsip Dasar Ilmu Sejarah
Bab  I Prinsip Dasar Ilmu SejarahBab  I Prinsip Dasar Ilmu Sejarah
Bab I Prinsip Dasar Ilmu SejarahAgustinus_Purwanto
 
Sejarah perkembangan ilmu perbandingan agama
Sejarah perkembangan ilmu perbandingan agamaSejarah perkembangan ilmu perbandingan agama
Sejarah perkembangan ilmu perbandingan agamaKodogg Kritingg
 
Uas jawaban no 5 djoko
Uas jawaban no 5 djokoUas jawaban no 5 djoko
Uas jawaban no 5 djokojuniato
 
(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuat...
(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuat...(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuat...
(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuat...Arsyad Arifin Ismail
 
Sejarah - Pengertian Sumber, Bukti & Fakta Sejarah
Sejarah - Pengertian Sumber, Bukti & Fakta SejarahSejarah - Pengertian Sumber, Bukti & Fakta Sejarah
Sejarah - Pengertian Sumber, Bukti & Fakta SejarahRamadhani Sardiman
 
Makalah penelusuran dan pengumpulan sumber sejarah
Makalah penelusuran dan pengumpulan sumber sejarahMakalah penelusuran dan pengumpulan sumber sejarah
Makalah penelusuran dan pengumpulan sumber sejarahSayyidina Ali
 

La actualidad más candente (19)

OBJEKTIVITI SEJARAH
OBJEKTIVITI SEJARAHOBJEKTIVITI SEJARAH
OBJEKTIVITI SEJARAH
 
Metodologi sejarah
Metodologi sejarahMetodologi sejarah
Metodologi sejarah
 
Bab 3 penelitian sejarah dan historiografi
Bab 3 penelitian sejarah dan historiografi Bab 3 penelitian sejarah dan historiografi
Bab 3 penelitian sejarah dan historiografi
 
Metodologi Sejarah - pengantar ilmu sejarah
Metodologi Sejarah - pengantar ilmu sejarahMetodologi Sejarah - pengantar ilmu sejarah
Metodologi Sejarah - pengantar ilmu sejarah
 
Makalah metode pengumpulan sumber sejarah (1)
Makalah metode pengumpulan sumber sejarah (1)Makalah metode pengumpulan sumber sejarah (1)
Makalah metode pengumpulan sumber sejarah (1)
 
Sejarah sebagai peristiwa fakta
Sejarah sebagai peristiwa faktaSejarah sebagai peristiwa fakta
Sejarah sebagai peristiwa fakta
 
Modul Sejarah Indonesia
Modul Sejarah IndonesiaModul Sejarah Indonesia
Modul Sejarah Indonesia
 
Sejarah - Penelitian Sejarah
Sejarah - Penelitian SejarahSejarah - Penelitian Sejarah
Sejarah - Penelitian Sejarah
 
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarah
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarahSumber sejarah dan metode penelitian sejarah
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarah
 
Sumber sejarah
Sumber sejarahSumber sejarah
Sumber sejarah
 
Metode dan pendekatan dalam ilmu perbandingan agama
Metode dan pendekatan dalam ilmu perbandingan agamaMetode dan pendekatan dalam ilmu perbandingan agama
Metode dan pendekatan dalam ilmu perbandingan agama
 
Bab I Prinsip Dasar Ilmu Sejarah
Bab  I Prinsip Dasar Ilmu SejarahBab  I Prinsip Dasar Ilmu Sejarah
Bab I Prinsip Dasar Ilmu Sejarah
 
Sejarah perkembangan ilmu perbandingan agama
Sejarah perkembangan ilmu perbandingan agamaSejarah perkembangan ilmu perbandingan agama
Sejarah perkembangan ilmu perbandingan agama
 
Kelompok 7
Kelompok 7Kelompok 7
Kelompok 7
 
Uas jawaban no 5 djoko
Uas jawaban no 5 djokoUas jawaban no 5 djoko
Uas jawaban no 5 djoko
 
(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuat...
(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuat...(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuat...
(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuat...
 
Sejarah - Pengertian Sumber, Bukti & Fakta Sejarah
Sejarah - Pengertian Sumber, Bukti & Fakta SejarahSejarah - Pengertian Sumber, Bukti & Fakta Sejarah
Sejarah - Pengertian Sumber, Bukti & Fakta Sejarah
 
Makalah penelusuran dan pengumpulan sumber sejarah
Makalah penelusuran dan pengumpulan sumber sejarahMakalah penelusuran dan pengumpulan sumber sejarah
Makalah penelusuran dan pengumpulan sumber sejarah
 
Modul 1 kb 1
Modul 1 kb 1Modul 1 kb 1
Modul 1 kb 1
 

Similar a Tugasan 411

Studi islam dalam pendekatan historis
Studi islam dalam pendekatan historisStudi islam dalam pendekatan historis
Studi islam dalam pendekatan historisatjehh
 
1pengertian sejarah lama
1pengertian sejarah lama1pengertian sejarah lama
1pengertian sejarah lamaYoges Wary
 
Metodologi Studi Islam.pptx
Metodologi Studi Islam.pptxMetodologi Studi Islam.pptx
Metodologi Studi Islam.pptxFaizahNurAtika1
 
Sejarah dan filsafat, filsafat pendidikan
Sejarah dan filsafat, filsafat pendidikanSejarah dan filsafat, filsafat pendidikan
Sejarah dan filsafat, filsafat pendidikanistana walet
 
Bab 1 hakikat ilmu sejarah
Bab 1 hakikat ilmu sejarahBab 1 hakikat ilmu sejarah
Bab 1 hakikat ilmu sejarahMutiara N
 
TUGAS FILSAFAT ILMU
TUGAS FILSAFAT ILMUTUGAS FILSAFAT ILMU
TUGAS FILSAFAT ILMUSeptiTirta
 
3-penelitian-sejarah.ppt
3-penelitian-sejarah.ppt3-penelitian-sejarah.ppt
3-penelitian-sejarah.pptcandrairawan53
 
FALSAFAH KESATUAN ISLAM .pdf
FALSAFAH KESATUAN ISLAM .pdfFALSAFAH KESATUAN ISLAM .pdf
FALSAFAH KESATUAN ISLAM .pdfAldaPira
 
SEJARAH PEMINATAN 3.2.pptx
SEJARAH PEMINATAN 3.2.pptxSEJARAH PEMINATAN 3.2.pptx
SEJARAH PEMINATAN 3.2.pptxTitisTiarni2
 
Sumber, bukti, dan fakta sejarah
Sumber, bukti, dan fakta sejarahSumber, bukti, dan fakta sejarah
Sumber, bukti, dan fakta sejarahYusuf Arifin
 
Prinsip dasar ilmu sejarah
Prinsip dasar ilmu sejarahPrinsip dasar ilmu sejarah
Prinsip dasar ilmu sejarahdidid
 

Similar a Tugasan 411 (20)

Kuliah 5 pitos 101
Kuliah 5 pitos 101Kuliah 5 pitos 101
Kuliah 5 pitos 101
 
Studi islam dalam pendekatan historis
Studi islam dalam pendekatan historisStudi islam dalam pendekatan historis
Studi islam dalam pendekatan historis
 
1pengertian sejarah lama
1pengertian sejarah lama1pengertian sejarah lama
1pengertian sejarah lama
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
22B_121_INDAH QORY P..pptx
22B_121_INDAH QORY P..pptx22B_121_INDAH QORY P..pptx
22B_121_INDAH QORY P..pptx
 
Metodologi Studi Islam.pptx
Metodologi Studi Islam.pptxMetodologi Studi Islam.pptx
Metodologi Studi Islam.pptx
 
Sejarah dan filsafat, filsafat pendidikan
Sejarah dan filsafat, filsafat pendidikanSejarah dan filsafat, filsafat pendidikan
Sejarah dan filsafat, filsafat pendidikan
 
Bab 1 hakikat ilmu sejarah
Bab 1 hakikat ilmu sejarahBab 1 hakikat ilmu sejarah
Bab 1 hakikat ilmu sejarah
 
TUGAS FILSAFAT ILMU
TUGAS FILSAFAT ILMUTUGAS FILSAFAT ILMU
TUGAS FILSAFAT ILMU
 
3-penelitian-sejarah.ppt
3-penelitian-sejarah.ppt3-penelitian-sejarah.ppt
3-penelitian-sejarah.ppt
 
Modul 1 kb 1
Modul 1 kb 1Modul 1 kb 1
Modul 1 kb 1
 
FALSAFAH KESATUAN ISLAM .pdf
FALSAFAH KESATUAN ISLAM .pdfFALSAFAH KESATUAN ISLAM .pdf
FALSAFAH KESATUAN ISLAM .pdf
 
Guna sejarah 2 xcdsz
Guna sejarah 2 xcdszGuna sejarah 2 xcdsz
Guna sejarah 2 xcdsz
 
METODE SEJARAH
METODE SEJARAHMETODE SEJARAH
METODE SEJARAH
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
SEJARAH PEMINATAN 3.2.pptx
SEJARAH PEMINATAN 3.2.pptxSEJARAH PEMINATAN 3.2.pptx
SEJARAH PEMINATAN 3.2.pptx
 
FILSAFAT ILMU PENDIDIKAN.pptx
FILSAFAT ILMU PENDIDIKAN.pptxFILSAFAT ILMU PENDIDIKAN.pptx
FILSAFAT ILMU PENDIDIKAN.pptx
 
PELAJARAN 1.pptx
PELAJARAN  1.pptxPELAJARAN  1.pptx
PELAJARAN 1.pptx
 
Sumber, bukti, dan fakta sejarah
Sumber, bukti, dan fakta sejarahSumber, bukti, dan fakta sejarah
Sumber, bukti, dan fakta sejarah
 
Prinsip dasar ilmu sejarah
Prinsip dasar ilmu sejarahPrinsip dasar ilmu sejarah
Prinsip dasar ilmu sejarah
 

Tugasan 411

  • 1. JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490 1 Pengadilan moral dalam penulisan sejarah kadang-kala tidak dapat dielakkan. Munculnya ahli sejarah yang menyokong subjektiviti dalam sejarah dengan sendirinya telah menyebabkan aliran objektiviti sedikit terpinggir dan membuka ruang kepada sejarawan sedikit sebanyak cuba menyebelahi atau memihak terhadap penyelidikan atau kajian sejarahnya. Penilaian atau pengadilan moral dapat dikesan sekiranya sejarawan tersebut memuji atau mengeji sesuatu dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti baik, mulia, kejam, ganas dan sebagainya.1 Oleh itu, dari sini telah wujud masalah penilaian etika atau pengadilan moral iaitu apabila seseorang ahli sejarah dengan sengaja atau tidak telah menilai atau menghukum sesuatu. Pengadilan moral juga sering kali menjadi perbahasan hangat dalam kalangan sejarawan terutamanya ketika melakukan pentafsiran dan menghasilkan penulisan sejarah sama ada penulisan atau pentafsiran itu wajar atau sebaliknya untuk menjatuhkan pengadilan moral kepada pelaku-pelaku sejarah silam. Oleh hal demikian, secara amnya telah wujud tiga aliran pemikiran yang bertentangan dalam membahaskan mengenai isu pengadilan moral. Golongan tersebut terdiri daripada golongan yang menyokong pengadilan moral atau konservatif, golongan pertengahan dan golongan yang menentang pengadilan moral disebut juga sebagai golongan progresif. Menurut Qasim Ahmad dalam buku karya sejarahnya, Pendekatan dan Persoalan, “pengadilan moral adalah perlakuan menjatuhkan hukuman, ataupun mengenakan penilaian tertentu, kepada sesuatu peristiwa sejarah atau kepada seorang pelaku sejarah”.2 Misalnya dalam penulisan ahli sejarah yang menyatakan sesuatu peristiwa 1 Abdul Rahman Haji Abdullah, PenghantarIlmu Sejarah. Pulau Pinang:PusatPendidikan Jarak Jauh,USM, 1994,hlm. 113-114. 2QasimAhmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1991, hlm. 36.
  • 2. JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490 2 itu tidak baik, Ketua Negara itu bersalah, masyarakat pada masa itu mundur, sistem politik ini tidak progresif dan sebagainya. Pendeknya si penulis itu telah menghukum dan menilai”.3 Beliau juga pernah mengatakan bahawa lebih baik seorang sejarawan yang terlatih membuat penilaian dan menjatuhkan hukuman moral daripada orang ramai yang tidak terlatih membuat pengadilan. Timbul persoalan siapakah yang benar-benar dianggap sebagai sejarawan. Menurut Yusuf Ibrahim golongan sejarawan adalah mereka yang menyumbang kepada penulisan serta penerbitan karya-karya sejarah sama ada dalam bentuk buku, monograf atau makalah-makalah berdasarkan hasil penyelidikan. Selain itu, beliau turut berpendapat bahawa sesiapa yang melakukan penyelidikan dan menulis sejarah, walaupun dalam bidang apa sekalipun, mereka boleh dianggap sebagai sejarawan dan siapa yang sebaliknya sudah tentu tidak boleh dianggap sejarawan.4 Selain Qasem Ahmad, menurut Adrian Oldfield, adalah lazimnya pengadilan moral dibuat dalam bahasa yang memuji atau mempersalahkan seseorang atau sesuatu perkara dan berpandukan kepada ukuran baik dan buruk.5 Selain itu, Benedetto Croce dalam karya beliau iaitu History As The Story Of Liberty mengatakan bahawa para ahli sejarah tidak mempunyai keupayaan untuk menyelami hati-hati manusia bagi mengetahui apa tujuan sebenar si pelaku sejarah itu melakukan sesuatu perkara. Beliau turut mempersoalkan berkaitan dengan pengadilan moral yang seolah-olah sebuah mahkamah yang berkuasa untuk mengadili sesuatu peristiwa sejarah.6 Disebabkan kurangnya bukti sejarah dan kegagalan ahli sejarah untuk membuat pengadilan yang dipersetujui oleh semua sarjana telah menyebabkan ahli 3 QasimAhmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1991, hlm 36. 4 Mohd Yusuf Ibrahimdan Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.1988,hlm 187. 5R. Suntharalingam.Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1985,hlm. 90. 6 Abdul Rahman Haji Abdullah. PenghantarIlmu Sejarah. Pulau Pinang:PusatPendidikan Jarak Jauh,USM, 1994,hlm. 113-114.
  • 3. JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490 3 sejarah bercanggah pendapat antara satu sama lain kerana kecenderungan sesetengah sejarawan memasukkan unsur prasangka dalam pengadilan yang telah dibuat oleh mereka. Dalam karya Herbert Butterfield iaitu Moral Judgement In History menjelaskan bahawa sejarawan melakukan pengadilan moral akan menimbulkan kerumitan seperti ketidakupayaan para ahli sejarah untuk menilai dari segi nilai moral manusia menyebabkan lahirnya pengadilan moral ‘pra-matang’ dan ‘separuh masak’.7 Dalam karya beliau ini, Herbert Butterfield mencadangkan kepada ahli sejarah supaya menumpukan sepenuh perhatian kepada bagaimana untuk memahami dan memaparkan secara lengkap dan terperinci tentang semua butiran berkenaan kejadian dan peristiwa sejarah semata-mata tanpa menjatuhkan pengadilan moral kerana pengadilan moral yang dilakukan secara berat sebelah akan mencetuskan pertelingkahan dan perdebatan yang memudaratkan ilmu sejarah itu sendiri. Ringkasnya, pengadilan moral ialah perlakuan mejatuhkan hukuman ataupun tindakan mengenakan penilaian tertentu terhadap sesuatu peristiwa sejarah atau kepada pelaku di dalam sejarah.8 Antara golongan yang menyokong pengadilan moral atau golongan konservatif adalah seperti Voltaire, Lord Acton, Agnes Heller, Qasem Ahmad sebaliknya golongan yang menentang atau dipanggil juga golongan progresif terdiri daripada Thucydides, Ranke, Herbert Butterfield, dan G.K Kitson Clark serta ramai lagi. Penulis bersetuju apabila dikatakan pengadilan moral dalam sejarah boleh dimasukkan dalam sejarah dan pengadilan moral bukanlah bertujuan untuk menghukum atau memuji mana-mana pihak sebaliknya diperlukan untuk menjelaskan sesuatu peristiwa dengan lebih tepat. Hal ini 7 QasimAhmad, Karya Sejarah: Pengadilan Moral dalam Kes Nazi di Jerman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1985,hlm 56 8 Qasem Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1991, hlm. 36.
  • 4. JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490 4 demikian kerana pengadilan moral perlu bagi menjelaskan keadaan sejarah dengan lebih terperinci tetapi haruslah dengan mengikut batas-batas penulisan sejarah yang sebenar. Hal ini adalah kerana pengadilan moral dapat membantu pembaca sejarah untuk memahami keadaan yang sebenar-benarnya berlaku walaupun ianya tidak tepat seperti keadaan yang sebenarnya berlaku. Tambahan pula, pengkaji sejarah yang menulis sesuatu peristiwa juga mempunyai didikan atau asas dalam penulisan sejarah yang lebih tepat dan jitu dengan mengetahui batasan atau konsep dalam penulisan sejarah. Kepentingan pengadilan moral dalam membawa pembaca untuk memahami dan membina kefahaman dapat dilihat sejajar menurut panangan sarjana, iaitu Arnold Toynbee yang baginya pengusiran orang-orang Arab dari Palestin oleh orang-orang Yahudi itu sama besar jenayahnya dengan pembunuhan enam juta orang-orang Yahudi oleh Hitler.9 Pengadilan moral yang dilakukan oleh Arnold Toynbee penting kerana dapat membimbing pembaca yang tidak berlatar belakangkan pendidikan dalam sejarah untuk memahami sejarah supaya mereka tidak membuat tafsiran yang salah misalnya dalam kes pengusiran orang- orang Arab dari Palestin, pembaca mungkin akan membina kefahaman sendiri serta mewujudkan tafsiran sendiri yang akhirnya mereka akan melakukan atau menjatuhkan hukuman mengikut kefahaman mereka sendiri. Oleh hal yang demikian, pengadilan moral penting bagi mengelakkan hal sebegini berlaku lantas menyebabkan keharmonian sejarah tidak tercapai. Sememangnya juga sejarawan merupakan seorang manusia biasa yang mungkin akan melakukan sedikit kesilapan penafsirannya dalam melakukan pengadilan moral, namun begitu, ketidakupayaan untuk mencapai kesempurnaan pengetahuan ini tidak pula melepaskan kita daripada tanggungjawab membuat penilaian.10 Ahli sejarah sebenarnya 9Abdul Rahman Haji Abdullah. PenghantarIlmu Sejarah. Pulau Pinang:PusatPendidikan Jarak Jauh,USM, 1994,hlm. 116. 10Qasem Ahmad. Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1991, hlm. 38.
  • 5. JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490 5 bertanggungjawab untuk mengajar mengenai sejarah melalui pengkajian dan tulisan mereka kerana bagi tokoh-tokoh sejarawan besar abad ke-18 seumpama Gibbon, Hume, Rollin, Robertson, Raynal dan Voltaire, semuanya menerima konsepsi Bolingbroke bahawa sejarah ialah pengajaran falsafah melalui teladan (philosophy teaching by example), dan golongan sejarawan bertanggungjawab mengajarnya.11 Dengan ini jelas besar tanggungjawab yang dimainkan oleh sejarawan dan oleh itu pengadilan moral sememangnya adalah satu bentuk pengajaran yang dilakukan oleh sejarawan dan atas sebab ini pengadilan moral perlu ada dalam penulisan sejarah tetapi mengikut tatacara yang betul. Selain itu, pendapat yang mengatakan bahawa pengadilan moral dapat menjelaskan sejarah dengan lebih tepat dilihat sangat bertepatan. Pengadilan moral bukan sahaja dibuat berdasarkan kesannya kepada kepada yang lain tetapi juga kita perlu mengambil kira cara sesuatu tindakan itu dilakukan. Pembaca akan dapat melihat bahawa tindakan yang ditunjangi kaedah dan cara yang salah tidak dapat diterima dan diikuti. Sebagai contoh pengadilan yang dijatuhkan terhadap Birch dalam memberikan perlindungan kepada hamba. Walaupun didasari niat yang baik kononnya untuk melindungi hamba, tetapi cara Birch yang melindungi hamba sehingga mereka dapat melarikan diri ke pulau pangkor itu adalah buruk. Wilkinson melihat tindakan Birch ini adalah baik tetapi tindakannya membohongi wakil sultan dan syahbandar yang mencari hamba tersebut dan memungkiri janji untuk menyerahkan kembali hamba tersebut dan menyifatkan tindakan Birch itu adalah tindakan yang ‘malang’.12 Ini jelas membuktikan bahawa kita perlu melihat sesuatu tindakan itu bukan sahaja dari segi niat tetapi ialah dari segi cara tindakan itu dilakukan. Yang dikatakan malang 11Abdul Rahman Haji Abdullah. PenghantarIlmu Sejarah. Pulau Pinang:PusatPendidikan Jarak Jauh,USM, 1994,hlm. 116. 12 Abdul Talib, Darah mengalir di Pasir Salak, Kuala Lumpur: Pustaka Antara.1961, hlm36.
  • 6. JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490 6 ialah kerana tindakan Birch yang salah kerana tidak memahami adat orang melayu telah menyebabkan peristiwa pembunuhannya di Pasir Salak. Pengadilan moral dalam penulisan dan pengkajian sejarah juga penting bukan kerana semata-mata untuk menjatuhkan hukuman atau memuji mana-mana pihak sebaliknya pengadilan moral yang dilakukan oleh sejarawan dapat membentuk jati diri sehingga membentuk semangat nasionalisme. Melalui penceritaan yang disulami pengadilan moral oleh sejarawan juga dapat memupuk serta memperkukuhkan semangat setia kepada negara, sayang kepada negara dan juga kepada penduduk dunia. Keadaan ini dapat diwujudkan melalui pemahaman mengenai keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah. Sebagai contoh karya yang mampu meningkatkan semangat nasionalisme misalnya karya Othman Putih, dalam bukunya “Mat Kilau Pahlawan Sejati” telah menjatuhkan hukuman dan penilaiannya kepada pejuangan Mat Kilau dalam membebaskan Pahang dari penguasaan British. Othman Putih menceritakan bahawa Mat Kilau adalah seorang yang sangat terkenal dengan ketegasannya dan keberaniannya menentang Inggeris demi membela hak rakyat dan nasibnya.13 Tambahan lagi, Othman Putih juga turut menceritakan insiden semasa Clifford sanggup datang ke rumahnya bersama-sama orang-orangnya untuk melakukan rundingan, tetapi Mat Kilau dengan tegasnya tidak mahu berjumpa dengan orang putih tersebut.14 Selain itu, Negara Malaysia dahulunya pernah dijajah oleh kuasa Barat sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, dan disebalik itu jugalah kita harus mengingati perjuangan semua pejuang negara yang terkorban dalam membebaskan negara daripada serangan dan cengkaman musuh. Secara tidak langsung, ini akan menanamkan 13Othman Puteh, Mat Kilau Pahlawan sejati, Kuala Lumpur: Longman Sdn. Bhd, 1981,hlm. 1. 14 Ibid hlm41.
  • 7. JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490 7 semangat cintakan tanah air dalam kalangan generasi muda supaya mewarisi perjuanagn pahlawan-pahlawan yang telah berjasa kepada negara.15 Melalui kisah dan pengadilan yang dilakukan dapat meningkatkan semangat cintakan negara apabila didendangkan pengadilan sebegitu lantaran pembaca atau rakyat dengan secara sendirinya akan tersedar dengan keberanian dan kesengsaraan masyarakat terdahulu lantas mewujudkan perasaan nasionalisme dalam diri pembaca. Selain itu, menurut Tacitus yang menyatakan fungsi terpenting ialah mengenang jasa- jasa daripada dilupakan, serta mengelak daripada celaan dan kutukan anak cucu.16 Sebagaimana yang dipelajari, penulisan sejarah yang disulami dengan pengadilan moral dapat mengenang jasa pelaku sejarah terdahulu walau baik dan buruk bagaimana sekalipun pelaku sejarah silam dan juga mengelakkan berlakunya budaya menjatuhkan hukuman iaitu dengan kutukan oleh anak cucu. Menurut Plutarch pula, jika diamati, terdapat semangat dan sifat kebangsaan dalam kalangan sejarawan Rom kerana mereka gemar memuji bangsa Rom sebagai bangsa yang terbaik sebaliknya mengeji dan mengecilkan bangsa-bangsa lain.17 Selain itu, Herodotus sendiri, misalnya telah merintis jalan melakukannya, dengan cara memuji kemenangan Greek dalam pertempuran di Marathon dan Sulamis, serta menganggap Athes sebagai penyelamat negara-negara Greek.18 Oleh kerana sikap sejarawan sebeginilah dapat membantu meningkatkan akan kecintaan masyarakatnya terhadap sejarah negara sekaligus terhadap negaranya sendiri. Semangat nasionalisme sebenarnya tidak hanya tertumpu kepada hari kemerdekaan semata-mata ataupun melalui filem-filem mengisahkan 15Arba’iyah Mohd Nor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,2002,hlm.13 16Abdul Rahman Haji Abdullah. PenghantarIlmu Sejarah. Pulau Pinang:PusatPendidikan Jarak Jauh,USM, 1994,hlm. 115. 17 Ibid. 18 Ibid.
  • 8. JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490 8 peperangan namun suntikan semangat nasionalisme boleh muncul apabila pembaca membaca penulisan-penulisan sejarah kerana melalui pembacaan yang komprehensif mampu untuk mewujudkan perasaan prihatin dan ambil kisah mengenai sesuatu sejarah. Kesimpulannya, pengadilan moral digunakan untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku. Menjatuhkan hukuman yang tidak benar kepada si pelaku sejarah seharusnya tidak dinilai sebagai pengadilan moral yang berat sebelah tetapi tidak lain hanyalah satu penipuan dan penyembunyian fakta sebenar oleh ahli sejarah. Pengadilan moral perlu didasari dengan kejujuran dan kesediaan ahli sejarah itu sendiri untuk melihat sesuatu sejarah itu dari pelbagai sudut tanpa cuba menyembunyikan sesuatu. Jika faktanya perit untuk ditelan, ahli sejarah terpaksa juga menulisnya kerana itulah yang sebenarnya berlaku. Merujuk sejarah sebagai alat untuk kita jadikan sebagai panduan dan pedoman, jika kita mengeluarkan pengadilan moral dari penulisan ilmiah, maka penulisan itu menjadi tidak bermakna dan objektif untuk menjadikan sejarah sebagai alat pengajaran kepada generasi seterusnya tinggal impian semata-mata.
  • 9. JMS 411-TEORI KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH 811228105490 9 BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Haji Abdullah. 1994. Penghantar Ilmu Sejarah. Pulau Pinang: Pusat Pendidikan Jarak Jauh, USM. Abdul Talib. 1961. Darah mengalir di Pasir Salak, Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Arba’iyah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. E.H Carr. 1984. Apakah Sejarah?, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya. 1988. Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Puteh. 1981. Mat Kilau Pahlawan Sejati, Kuala Lumpur: Longman Sdn Bhd. Qasim Ahmad. 1991. Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Qasim Ahmad. 1985. Karya Sejarah: Pengadilan Moral dalam Kes Nazi di Jerman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. R. Suntharalingam. 1985. Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.