SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 73
BAB 5
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MELAYU
Pengenalan
Kemajuan pendidikan dalam masyarakat Melayu bukanlah suatu kesedaran yang baharu,
malah penekanan mengenai kepentingan pendidikan dapat dilihat sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Orang yang berilmu dalam masyarakat Melayu tetap dimuliakan dan
dipandang tinggi meskipun mereka berketurunan rakyat biasa. Bezanya, pendidikan dalam
masyarakat Melayu sebelum berkembangnya pendidikan Barat, lebih berteraskan pendidikan
Islam dan al-Quran.
Menjelang awal abad ke-20, penerimaan masyarakat Melayu terhadap pendidikan
yang diperkenalkan pihak British beransur terbuka. Dengan kata lain, mulai tempoh tersebut,
sistem pendidikan yang dilalui anak-anak Melayu berteraskan dua elemen iaitu agama dan
sekular. Namun perkembangan yang paling penting ialah timbulnya kesedaran dalam
masyarakat Melayu bahawa kemajuan pendidikan merupakan elemen baharu yang dapat
menyediakan mereka memasuki pasaran pekerjaan yang baharu. Pencapaian yang terbesar
dalam kesedaran ini ialah kedudukan wanita. Anak-anak perempuan Melayu yang mencapai
tahap pendidikan yang lebih tinggi diberi ruang untuk memainkan peranan yang lebih penting
berbanding era sebelumnya.
Pendidikan Tradisional Awal Masyarakat di Alam Melayu
Sebelum kedatangan British ke Alam Melayu dan Tanah Melayu secara khususnya,
masyarakat Melayu telah mempunyai corak pendidikan sendiri, iaitu pendidikan asas agama
dan al-Quran. Pendidikan tersebut telah berkembang pesat seawal kedatangan Islam ke Alam
Melayu, iaitu setelah pengislaman kerajaan Melaka dan beberapa kerajaan Melayu yang lain.
Pendidikan agama di peringkat awal kedatangan Islam boleh dilihat melalui gambaran yang
148
diberikan oleh karya-karya yang telah dihasilkan. Misalnya Sejarah Melayu memperlihatkan
Samudra-Pasai sebagai negeri yang mula-mula menerima Islami
dan masyhur dari segi
pendidikan agama dan kesusasteraan Melayu-Islam.ii
Kemasyhuran Pasai dalam pendidikan agama ketika itu tidak dapat disangkal lagi
sehingga hal-hal penterjemahan mahupun yang berkaitan dengan agama yang tidak dapat
diselesaikan akan dirujuk kepada ulama Pasai. Sejarah Melayu turut menyebut bahawa
Maulana Abu Bakar telah membawa sebuah kitab tasawuf yang ditulis oleh gurunya, iaitu
seorang sufi bernama Abu Ishaq bertajuk Durr al-Manzumiii
kepada Sultan Mansur Syah, lalu
baginda menitahkan supaya buku tersebut perlu dibawa ke istana Pasai bagi mendapatkan
penjelasan dan tafsiran lanjut sebelum dibawa ke Melaka semula untuk dipelajari oleh
baginda sendiri.iv
Kitab berkenaan ajaran tauhid bercampur tasawuf ini telah ditafsir oleh
seorang ulama Pasai bernama Tuan Pematakan atau Tuan Patakan setelah
dipertanggungjawabkan oleh Sultan Pasai. Dengan usaha dan jasa tersebut, beliau telah
diberi hadiah berupa tujuh tahil emas urai serta dua orang perempuan bernama Dang Bunga
dan Dang Bibah oleh Sultan Mansur Syah.v
Kitab Durr al-Manzum yang memang terkenalvi
sejak zaman Sultan Mansur Syahvii
dan masih terus dipelajari oleh golongan istana seperti
Sultan Alauddin Riayat Shahviii
dengan bergurukan Maulana Abu Bakar dan anaknya Raja
Ahmad (Sultan Mahmud Shah)ix
yang bergurukan Maulana Sadar Jahan.x
Apabila kerajaan Pasai dikalahkan oleh Majapahit, kedudukannya dalam politik tidak
lagi berpengaruh. Oleh sebab itu, tempatnya telah diganti oleh kerajaan Melayu Melaka pada
hujung abad ke-15 dan mula menjadi masyhur serta menjadi tumpuan kepada para pedagang
dan ulama Islam sehingga terkenal sebagai pusat penyebaran Islam di Alam Melayu.xi
Melaka mula menjadi pusat pendidikan dan pembudayaan ilmu sehingga terkenal di rantau
ini. Memang sukar untuk menentukan wujudnya pendidikan dan pembudayaan ilmu ketika
149
itu disebabkan kekurangan sumber mengenainya, namun melalui Sejarah Melayu dapat
diperhatikan wujudnya keadaan tersebut.
Terdapat tiga fakta yang mencerminkan pendidikan agama yang terpancar di Melaka.
Pertama, penyebutan nama beberapa tokoh ilmuan seperti Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu
Bakar, Maulana Yusuf, Kadi Yusuf, Kadi Munawar dan sebagainya. Kedua, tempat-tempat
pengajian ilmu agama seperti di istana Sultan Mansur Syah, rumah Maulana Yusuf, rumah
Kadi Munawar. Ketiga, bahan-bahan pengajian seperti Kitab Durr al-Manzum, Kitab
Maklumat (al-Luma’), Hikayat Muhammad Hanafiyyah, Hikayat Amir Hamzah dan
sebagainya.xii
Dengan adanya guru atau tenaga pengajar, tempat atau lokasi dan bahan
pengajian menunjukkan bahawa pendidikan yang dijalankan bersifat formal.
Dipercayai bahawa pendidikan ilmu tasawuf telah wujud melalui tarekat-tarekatxiii
yang terbentuk di rantau ini. Sejarah Melayu menggambarkan bahawa pengajaran ilmu
tasawwuf ini telah berkembang di Melaka. Misalnya persoalan tentang penghuni syurga dan
neraka sama ada kekal atau tidak seperti yang ditanya oleh Tun Bija Wangsa ke Pasai setelah
dititahkan oleh Sultan Mansur Syah. Persoalan tersebut telah berjaya dijawab oleh dua orang
ahli tasawuf Pasai, iaitu Tun Makhdum Mua dan Tun Hasanxiv
berdasarkan surah al-
Bayyinah ayat 6-8 yang menegaskan bahawa para penghuni syurga dan neraka itu kekal
selama di dalamnya.xv
Jawapan tersebut menggambarkan bahawa pendidikan ilmu tasawuf
telah berkembang di Melaka dan Pasai.
Selain aliran tasawuf, aliran teologi (usuluddin) yang menjadi asas kepada akidah bagi
orang Islam juga telah diajar kepada para pemerintah dan rakyat Melaka.xvi
Jika dirujuk
melalui Sejarah Melayu, aliran ahli sunnah wa al-jamaah dapat dilihat melalui ajaran Abu
Ishak, iaitu seorang ahli sufi yang berasal dari Makkah melalui kitab Durr al-Manzumnya
yang telah dibawa oleh muridnya, Maulana Abu Bakar. Karya yang membahaskan tentang
zat, sifat dan af’al Allah ini merupakan persoalan utama yang dibahaskan dalam bidang
150
teologi. Ajaran teologi ahli sunnah wa al-jamaah ini kemudiannya telah diajar oleh Maulana
Abu Bakar bukan sahaja kepada Sultan Mansur Syah (1459-1477) dan pembesar istana,
malah juga kepada seorang Kadi Melaka bernama Kadi Yusuf.xvii
Semasa pemerintahan
Sultan Alauddin Riayat Syah, baginda masih diajar oleh Maulana Abu Bakar menggunakan
kitab yang sama tetapi semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah, baginda bersama
anaknya, iaitu Sultan Ahmad Syah dan para pembesar yang lain telah diajar pula oleh
Makhdum Sadar Jahan.xviii
Memandangkan kitab Durr al-Manzum terkenal di Melaka, Acheh
dan Riau pada ketika itu, maka dipercayai Maulana Sadar Jahan turut menggunakan kitab
yang sama untuk mengajarkan Sultan Mahmud Syah.xix
Di samping itu, pendidikan hukum fiqh (syariah) juga turut diajar secara meluas pada
ketika itu sehingga mempengaruhi pemikiran sesetengah raja Melayu. Misalnya kitab Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka menunjukkan bahawa pengaruh daripada
pendidikan hukum fiqh ini telah tersebar sehingga ditulis sebagai panduan dalam
pemerintahan.xx
Berteraskan pendidikan agama terutama aspek siasah (politik) seseorang
pemerintah itu dapat memerintah dengan adil dan saksama. Penekanan terhadap
pemerintahan yang adil berteraskan syariah Islam dapat dilihat menerusi wasiat Sultan
Mansur Shah kepada anaknya Sultan Alauddin Riayat Syah:
“Adapun peninggalan aku ini, hei anakku, hendaklah engkau
berbuat adil sangat-sangat, dan jangan engkau mengambil hak
orang tiada sebenarnya. Makan haqu’l-adam terlalu besar
dosanya, tiada diampuni Allah subhanahu wa taala; melainkan
dengan izin yang empunya hak juga; dan jangan khali engkau
keluar dihadap orang, kerana hamba Allah sekaliannya banyak
berserah kepadamu; jikalau kesukaran baginya, hendaklah
segala yang kesakitan itu segera engkau tolong;jikalau
teraniaya ia, hendaklah engkau periksa ia baik-baik, supaya di
akhirat jangan diberatkan Allah atasmu…”xxi
Walaupun tidak diketahui dengan jelas sejauh manakah Sultan Mansur Syah telah
mempraktikkan hukum syariah dalam pemerintahannya namun melalui wasiat berupa nasihat
151
agar anaknya bersikap adil dalam pemerintahan menunjukkan bahawa pemahaman tentang
hukum syariah telah wujud dalam pemikiran baginda. Keadaan ini juga menunjukkan
bahawa baginda mahu pentadbiran berteraskan hukum syariah dijalankan dalam pentadbiran
kerajaan Melaka seterusnya.
Setelah kejatuhan Melaka pada tahun 1511, Acheh dikatakan telah menjadi kuasa
terkuat di Alam Melayu. Pada tahun 1525, kerajaan Acheh bahagian utara Pulau Percha
(Sumatera) mula bangkit dan Sultan Ibrahim di Acheh Utara telah dapat menakluki Pasai
dengan jayanya sehingga ramai ulama yang berada di Pasai beralih tumpuan ke Acheh.
Kerajaan Acheh menjadi bertambah luas apabila penaklukan dilakukan sehingga ke
Bangkahulu termasuk daerah-daerah pantai laut Minangkabau (Padang, Bengkulu, Moko-
moko, Pariaman, Tiku) yang mana semua daerah ini berada di bawah kerajaan Acheh selama
50 tahun. Manakala, di Timur pula Acheh telah meluaskan pula kuasanya sehingga ke Jambi,
Siak, Riau, Lingga dan Semenanjung Tanah Melayu (Johor dan Pahang). xxii
Di samping itu, Acheh juga menjadi pusat perdagangan terkenal dan begitu gemilang
dengan pemerintahan bercorak Islam serta perkembangan ilmu pengetahuan pada abad ke-17.
Setelah Acheh menjadi pusat perdagangan, para pedagang Islam yang sebelum ini berdagang
di Melaka telah menukar arah dan memilih Acheh sebagai pusat pedangangan yang baharu di
rantau ini. Ketika ini, Acheh telah dapat menguasai pelbagai daerah di bahagian selatan dan
barat Sumatera.xxiii
Pada ketika ini telah wujud penulisan berbentuk agama yang telah
dilahirkan oleh ulama-ulama Acheh mahupun pedagang luar yang datang ke Acheh.xxiv
Antara ulama masyhur di Acheh pada abad ke- 16 dan ke-17 termasuklah Abul Khair ibn
Shaikh ibn al-Hajar (mengajar ilmu Fiqh dan kitab al-Saif al-Kati (Pedang Tajam) dan
Muhammad al-Yaman (mengajar ilmu usul) yang berasal dari Makah, Sheikh Muhammad
Jailani ibn Muhammad Hamid al-Raniri (guru ilmu Mantik, Sharahan dan Fekah) berasal dari
Gujerat dan Muhammad Azhari dari Mesir. Hasil karya mereka meliputi bidang pengajian
152
Islam yang luas seperti Fiqh, Usuluddin, Falsafah, Tasawuf, Tafsir, Hadis, Tatabahasa Arab
selain kesusasteraan yang meliputi sejarah.
Melalui pengajian dan pendidikan agama maka telah terbentuk satu golongan
intelektual yang sedar akan kepentingan ilmu pengetahuanxxv
dan mereka turut berkebolehan
dalam pelbagai bidang keilmuan. Buktinya dapat dilihat melalui dakwaan De Eredia,
sewaktu beliau berada di Melaka pada abad ke-16 seperti berikut:
“The majority of the Malayos are cheerful, roguish, and very
wanton; ingenious and intelligent, but negligent and careless
about studies and arts; they spend their time amusing
themselves, and so, as a rule, few literati, mathematicians, or
astrologers are to be found amongst them.”xxvi
Begitu juga dengan kenyataan Francois Valentyn dalam gambarannya tentang
masyarakat Melaka pada awal abad ke-18 seperti yang berikut:
“The Malays are the most cunning, the most ingenius and the
politest people of the whole East…Their language, Bahasa
Malayu…the Malays are accustomed to study it, trying their
utmost to enlarge their knowledge of it and to learn Arabic;
even some among them the Persian language too, and those
who are more studious still strive to obtain knowledge of the
Sanskrit…”xxvii
Melalui kedua-dua petikan di atas menunjukkan bahawa kebanyakan orang Melayu
adalah bijaksana, mahir, cerdik dan boleh membaca serta menulis. Walaupun dikatakan
ketika ini mereka lalai dari segi pelajaran dan kemahiran kerana lebih banyak menghabiskan
masa dengan berseronok namun masih terdapat dalam kalangan mereka yang telah menjadi
pemerintah, ahli matematik, ahli kaji bintang, sejarawan dan sebagainya. Mereka bukan
sahaja menguasai bahasa Melayu tetapi turut mempelajari bahasa Arab dan sesetengahnya
mempelajari bahasa Parsi serta Sanskrit.
Manakala di Kelantan pula, pendidikan agama setidak-tidaknya dikesan bermula
sekitar tahun 1780-an. Pada ketika itu, Tuan Syeikh Haji Abdul Halim merupakan individu
yang bertanggungjawab mendidik anak-anak raja dan pembesar serta masyarakat tempatan.
153
Beliau yang mendapat pendidikan di Makkah telah menggunakan kitab yang dibawa dari
Makkah dan menyampaikannya dalam kaedah lisan dengan menggunakan bahasa Melayu.
Hal ini kerana kitab yang digunakannya ialah kitab Jawi dan Arab, sementara penduduk
Kelantan pada ketika itu kebanyakannya adalah buta huruf. Sebagaimana di kawasan-
kawasan lain, proses pendidikan awal di Kelantan ini juga menjadikan istana dan surau
sebagai institusi pendidikan. Malah sultan sendiri telah mengarahkan penduduk Kelantan
pada ketika itu bergotong-royong mendirikan surau untuk dijadikan tempat Tuan Syeikh Haji
Abdul Halim mengajar.xxviii
Antara fokus pembelajaran yang disampaikan ialah fardu ain,
rukun Islam, rukun Iman, al-Quran dan menulis Jawi.
Proses pengajaran dan pembelajaran agama ini kemudiannya diteruskan pula oleh
anaknya, iaitu Haji Yaakub. Sama seperti bapanya, Haji Yaakub mendapat pendedahan
agama di Mekah sebelum kembali ke Kelantan untuk mengajar di istana dan surau. Pada
ketika ini Haji Yaakub menitikberatkan pendidikan kepada semua penduduk tempatan
meliputi kaum lelaki dan wanita selain mempelbagaikan lagi fokus pengajarannya. Antara
ilmu yang diajar oleh Haji Yaakub termasuklah Figh, Tauhid, Tasawuf, Maani (Sastera
Arab), Mantik, Tafsir dan syair.xxix
Oleh sebab Haji Yaakub tidak mempunyai anak, usaha ini
diteruskan oleh anak saudaranya Haji Osman dan Haji Ahmad bin Haji Yusoff berserta
anaknya Haji Taib, Haji Ishak dan Haji Ibrahim.xxx
Perkembangan pendidikan agama secara tidak formal ini berterusan hingga abad ke-
19. Rata-rata masyarakat Melayu menganggap pendidikan agama sebagai suatu yang penting
kerana tanpa pendidikan, masyarakat tidak akan dapat memahami dan mempraktikkan Islam
dengan sebenar-benarnya dalam kehidupan mereka. Oleh itu, selain pihak istana, terdapat
juga usaha yang telah dilakukan untuk memberi pendidikan dalam kalangan masyarakat
seperti melalui pengajian agama di rumah, masjid, surau, pondok atau rumah guru agama
154
sendiri.xxxi
Buktinya dapat dilihat dalam kenyataan Abdullah Munsyi dalam Hikayat
Abdullah seperti yang berikut:
“Maka pada tiap-tiap pagi aku pergi mengaji ke tempat belajar, dan
malam-malam diajar oleh bapaku di rumah....xxxii
Hendaklah engkau pergi pada tiap-tiap hari lepas sembahyang
Maghrib mengaji dalam masjid; kerana dalam masjid itu beratus-
ratus orang keluar masuk, maka barang siapa mendengar salah
bacaanmu itu dapat tiada ditegurkannya.”xxxiii
Guru-guru agama juga turut memainkan peranan dalam memberikan pendidikan
kepada masyarakat. Ini dapat dilihat melalui Tuhfat al-Nafis yang menyebut bahawa Raja Ali
Haji mengambil inisiatif untuk mengajar masyarakat sama ada golongan diraja, pegawai
kerajaan mahupun masyarakat biasa di Pulau Penyengat, Riau mengenai ilmu agama dengan
menggunakan beberapa buah kitab seperti kitab Umm al-Barahin karangan al-Sanusi dan
Jawharat al-Tawhid karangan Ibrahim b. Hasan al-Lakani.xxxiv
Selain itu, terdapat juga
beberapa orang guru agama turut dijemput mengajar ilmu usuluddin di Riau seperti Habib
Syeikh Syakaf, Syed Hasan al-Hadad, Tuan Kiai Beranjang, Haji Syahab al-din, Haji Abu
Bakar Bugis, Syeikh Ahmad Jibrati dan sebagainya pada zaman pemerintahan YDM Raja
Abdul Rahman.xxxv
Dengan perkembangan ilmu pengetahuan ini, maka Pulau Penyengat
akhirnya menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan terkenal pada abad ke-19
terutamanya dalam bidang agama, sastera dan sejarah.
Pendidikan agama ini adalah dalam bentuk pengajian al-Quran atau juga disebut
Sekolah Qur’an, di samping mempelajari asas-asas agama seperti ilmu Fiqh, Tauhid, Tasawuf
dan Sejarah Islam dengan menggunakan kitab-kitab dari Makkah yang kemudiannya telah
diterjemah ke dalam bahasa Melayu.xxxvi
Struktur dan kurikulum ini tidak banyak bezanya di
mana-mana daerah atau kawasan lain yang didatangi ulama Islam.
Secara umumnya, pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak lelaki dan
perempuan adalah seawal usia enam hingga tujuh tahun kerana mereka mudah dibentuk
155
dalam usia sebegini. Mereka diajar mengenal huruf-huruf al-Quran, mengeja, menulis
menggunakan abjad Jawi, menghafal dan membaca al-Quran. Ini dapat dilihat melalui
keterangan Abdullah Munsyi dalam karyanya seperti yang berikut:
“...adalah pada zaman itu dalam negeri Melaka, bahawa nenek
perempuan sebelah bapaku itulah menjadi guru besar dalam
Kampung Pali, ada kira-kira dua ratus anak muridnya daripada
laki-laki dan perempuan mengaji Qur’an. Dan berbagai-bagai
orang belajar kepadanya; ada yang menulis, ada yang belajar surat
dan bahasa Melayu masing-masing dengan kehendaknya. Maka
hampir-hampir habis seMelaka itu punya kanak-kanak datang
belajar kepadanya.”xxxvii
Melalui petikan di atas dapat dilihat bahawa selain al-Quran, mereka juga diajar
bahasa Melayu, kemahiran menulis dan surat kiriman. Walaupun mereka diajar bahasa
Melayu namun hanya sebilangan kecil sahaja yang mengambil berat dalam pelajaran bahasa
Melayu. Rata-rata orang Melayu tidak menitikberatkan bahasa Melayu kerana mereka
menganggap bahasa Melayu adalah sebagai bahasa komunikasi harian dan hanya berguna di
dunia sahaja, sementara al-Quran atau bahasa Arab berguna di akhirat kelak.xxxviii
Selain
pendidikan agama, mereka juga turut diajar dengan pelbagai kemahiran seperti ukiran,
anyaman bakul, pertukangan besi, jampi serapah, surat menyurat, seni mempertahankan diri,
membuat keris, azimat dan sebagainya. Pembelajaran yang bersifat kemahiran tersebut telah
dijadikan sistem pendidikan masyarakat Melayu tradisional. Tujuannya untuk
memperlengkapkan diri mereka sebelum menghadapi kehidupan akan datang.xxxix
Sistem pendidikan Islam yang dijalankan ini telah diterima hampir semua masyarakat
Melayu dan tradisi ini masih berterusan sehingga akhir abad ke-19. Walaupun sistem
pendidikan Islam ini dianggap oleh sesetengah pihak sebagai tidak formal, namun sistem
yang dikendalikan ini boleh dikategorikan sebagai formal. Ini kerana pendidikan yang
dijalankan telah memenuhi ciri-ciri pendidikan formal seperti mempunyai tempat pengajian,
156
mempunyai guru dan murid serta menggunakan buku-buku yang dikhaskan dalam pengajian
tersebut.
Secara umumnya, masyarakat Melayu berada dalam keadaan mundur dari segi
ekonomi, namun mereka masih mempertahankan institusi pendidikan tradisional ini tanpa
merubah struktur asasnya. Sesetengahnya telah mempertingkatkan lagi pengajian anak-anak
hingga ke peringkat yang lebih tinggi dengan menghantar mereka ke Pattani, Makkah, Mesir
dan sebagainya. Apabila mereka pulang ke tanah air mereka membuka institusi-institusi
pengajian yang lebih tersusun seperti institusi pengajian pondok.xl
Penubuhan Sekolah Pondok
Pada pertengahan abad ke-20, perubahan mula berlaku apabila masyarakat mula sedar
tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Selain di istana, rumah, masjid atau surau, sekolah
pondok juga dibina bagi meneruskan sistem pendidikan Islam di Tanah Melayu. Pondok
berasal daripada perkataan Arab, iaitu ‘fondoq’ yang membawa maksud “tempat menumpang
sementara” yang menggambarkan tentang sistem murid-murid mendirikan pondok sebagai
tempat tinggal mereka yang berhampiran dengan rumah guru. Tanah yang dialami oleh
pelajar-pelajar tersebut sesetengahnya diwakafkan oleh masyarakat setempat.xli
Struktur dan
ciri-ciri pengajian Sekolah Qur’an zaman tradisional telah dijadikan asas dalam struktur
pengajian dan komponen pembinaan sesebuah institusi pondok.
Pembinaan pondok-pondok ini telah memberi kemudahan kepada pelajar yang tinggal
berjauhan. Struktur dan ciri-ciri pengajian Sekolah Qur’an telah dijadikan asas dalam struktur
pengajian dan komponen pembinaan sesebuah institusi pondok. Institusi pengajian pondok
merupakan institusi yang istimewa kedudukannya dalam masyarakat Melayu tradisional,
terutamanya masyarakat Kelantan, Terengganu, Kedah dan lain-lain lagi. Perkembangan
sekolah-sekolah pondok ini dikatakan berkaitan dengan pertambahan tokoh-tokoh ulama dan
157
cendekiawan yang berwibawa. Sebahagian besar mereka ini lepasan daripada Masjid al-
Haram yang kembali ke tanah air dan telah memainkan peranan penting dalam penubuhan
sekolah pondok. Antaranya termasuklah Tuan Tabal, Haji Wan Ali bin Abdul Rahman
Khutan, Haji Yaakob Haji Abdul Halim dan sebagainya.xlii
Tokoh-tokoh tersebut telah
menyemai kesedaran agama terutamanya melalui pengajaran dan pendidikan.
Sistem pendidikan berasaskan pondok di Kelantan dipercayai bermula pada awal abad
ke-19, iaitu sekitar tahun 1820. Pelopor kepada institusi pondok ini ialah Tuan Guru Haji
Abdul Samad Abdullah,xliii
apabila beliau mewakafkan tanahnya untuk dibina pondok bagi
mengajar anak muridnya. Murid-murid Tok Pulai Chondong ini terdiri daripada penduduk
tempatan dan dari luar Kelantan antaranya termasuklah Kampar, Sumatera, Pattani,
Kampuchea dan negeri-negeri Semenanjung. Sehingga tahun 1880 sahaja, terdapat kira-kira
500 orang murid yang menuntut ilmu agama dengan Tok Pulai Chondong. Mereka inilah
yang kemudiannya menjadi penyambung kepada sistem pendidikan berasaskan pondok di
tempat asal mereka setelah tamat belajar. Antara yang dikenal pasti ialah Tok Kemuning
yang membuka pondok di Kemuning, Machang pada awal abad ke-20.xliv
Kemudiannya
pondok lain telah dibina oleh Haji Ismail di Machang.xlv
Sekitar hujung abad ke-19 dan awal
abad ke-20, terdapat puluhan ulama terbilang di seluruh negeri Kelantan.xlvi
Perkembangan sekolah pondok di Kelantan mulai pesat selepas tahun 1909 berikutan
kepulangan sejumlah besar ulama negeri ini dari Pattani dan Makkah. Mereka telah
memainkan peranan penting dalam memperkembangkan sistem pondok dengan membuka
pondok di kawasan mereka.xlvii
Melalui institusi ini, perkembangan pendidikan agama telah
mencapai tahap kegemilangan pada awal abad ke-20. Tambahan pula, kegiatan menterjemah
kitab oleh Tuan Tabal, Haji Wan Ali dan beberapa ulama dari luar seperti dari Pattani, Aceh,
Banjar dan sebagainya telah dicetak dan diedarkan secara meluas.
158
Fenomena pondok di Kelantan terus bersinar menjelang pertengahan abad ke-20
apabila beberapa buah pondok baharu telah dibina.xlviii
Sekitar tahun 1910-1945 merupakan
zaman keemasan perkembangan sekolah pondok. Banyak sekolah pondok telah dibina dan
bilangan pelajar semakin bertambah.xlix
Keadaan ini telah menyebabkan pengajian pondok di
Kelantan ketika itu mencapai kemajuan yang gemilang dengan lahirnya ulama-ulama
terkenal yang mengharumkan nama negeri Kelantan. Sesetengah pondok pada masa itu
mempunyai penuntut lebih daripada seribu orang. Hal ini tidak menghairankan kerana dalam
konteks masyarakat Melayu tradisi, pengajian pondok merupakan institusi pengajian agama
yang amat disanjung tinggi. Ibu bapa menaruh kepercayaan penuh kepada sistem ini kerana
pelajar lepasan pondok begitu dihormati dan mereka adalah alim ulama yang akan
membimbing masyarakat kelak.
Menurut William R.Roff, pendidikan pondok semakin berkembang pesat disebabkan
peranan yang telah dimainkan murid-murid Tuan Tabal.l
Tuan Tabal bukan sahaja telah
mengajarkan ilmu agama seperti Fiqh, Tauhid, Usuluddin malah Tasawuf. Beliau yang
merupakan pengikut aliran Tasawuf Wahdatul Wujud dan telah mengasaskan Tareqat
Ahmadiyah di jajahan Kota Bharu.li
Salah satu keistimewaan negeri Kelantan pada masa itu
yang tidak terdapat di negeri lain ialah kewujudan pondok di setiap kampung. Ramai pelajar
dari dalam dan luar negeri Kelantan telah tertumpu ke negeri ini untuk menuntut ilmu agama
dan hal ini bertepatan dengan laporan pihak British seperti yang berikut:
“.........there are many places, scattered all over the states
where the instruction in the Islamic religious and
Mohammadan law is given by private teacher. There are
attended by a considerable number of locally born pupils as
well as from other Malay States in Malaya, Sumatera and
Borneo,”lii
Sekitar tahun 1900, kebanyakan sekolah pondok di negeri Kelantan telah mendapat
saingan daripada sekolah sekular yang ditaja oleh British. Sekolah sekular ini telah dibina di
159
Kota Bharu pada tahun 1904.liii
British telah mengunakan pelbagai cara untuk menarik rakyat
tempatan pada ketika itu untuk memasuki sekolah sekular. Antaranya dengan menyatakan
sekolah pondok lebih berbentuk primitif kerana mata pelajarannya tidak sama dengan sekolah
Inggeris. Selain itu, mereka turut mendakwa bahawa silibus pengajian pondok hanya sedikit
iaitu mengajar murid cara menulis dan membaca.liv
Walaupun pihak British telah
memperkenalkan sistem pendidikan mereka tetapi masyarakat Melayu Kelantan lebih gemar
menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok kerana pendidikan agama dianggap
sebagai tuntutan Islam dan begitu penting dalam memenuhi keperluan hidup di dunia dan
akhirat.
Selain Kelantan, terdapat juga banyak sekolah pondok yang didirikan di negeri Kedah
dan Terengganu pada sekitar abad ke-19 dan ke-20. Ini kerana negeri-negeri ini mempunyai
pertalian yang erat dengan sistem pondok di Pattani. Sekurang-kurangnya terdapat lapan buah
pondok yang terkenal di Kedah pada masa tersebut antaranya termasuklah Pondok Haji
Muhammad Taib, Mufti Titi Gajah, Pondok Haji Muhammad Noor, Pondok Haji Abdullah
(Langgar), Pondok Haji Muhammad Salleh (Penaga, Alor Setar), Pondok Haji Sahak/Ishak
(Pulau Pinang), Pondok Tuan Syeikh Waksa (Kota Kuala Muda), Pondok Haji Muhammad
Tamin (Anak Bukit), Pondok Engku Bidaul Hafiz (Yan)lv
dan Pondok Haji Abdul Aziz
(Pendang).lvi
Selain itu, perkembangan sekolah pondok tersebut mempunyai hubung kait dengan
kemunculan ulama-ulama atau tuan guru yang menerajui sistem pendidikan di sesebuah
institusi pondok.lvii
Antara tahun 1850-1935, terdapat lebih daripada 60 orang ulama yang
terkenal di negeri Kedah.lviii
Hal ini telah menyebabkan bilangan sekolah pondok di Kedah
semakin bertambah. Pertambahan pembukaan sekolah pondok ini jelas menunjukkan bahawa
masyarakat Melayu sedar pentingnya pendidikan untuk melahirkan masyarakat yang cerdik
pandai dalam bidang agama.
160
Peningkatan pelajar yang berterusan serta kesedaran terhadap kepentingan ilmu
pengetahuan telah menjadi faktor pendesak kepada kewujudan sistem pengajian pondok pada
awal abad ke-19. Melalui sistem pondok, guru biasanya akan mengajar sepenuh masa,
bermula selepas solat subuh hingga pukul sebelas pagi dan disambung semula dari pukul dua
petang sehingga pukul empat petang. Seterusnya pada waktu malam, sebaik sahaja solat
Maghrib hingga jam sepuluh. Cara pembelajaran pula adalah dengan cara pelajar duduk di
lantai dalam bentuk tiga perempat bulatan atau dalam bentuk ladam kuda bagi memudahkan
penyampaian dan mendengar apa yang diajarkan oleh guru. Sistem pembelajaran pondok
yang mengambil masa yang lama, iaitu antara sepuluh hingga lima belas tahunlix
ini lebih
memberikan penekanan yang tinggi terhadap mata pelajaran Islam menerusi kitab-kitab Arab,
kitab-kitab Jawi terjemahan Pattani, Aceh, Palembang dan sebagainya.lx
Dalam tempoh tersebut corak pembelajaran dibahagikan kepada dua tahap, iaitu
pembelajaran secara hafalan oleh pelajar dan pembacaan kitab. Apabila tahap pertama telah
dikuasai dengan baik, maka corak pembelajaran seterusnya adalah dengan cara membuka
kitab. Para pelajar diberi ulasan mengenai isi kandungan kitab yang diajar. Kelemahan
sistem ini ialah kurangnya galakan kepada pelajar dalam menimbulkan persoalan kepada
gurunya. Para pelajar perlu mendengar dengan cermat setiap ayat yang disebut oleh guru
sebagai satu bentuk penghormatan kepada pengajaran guru tersebut.lxi
Sistem pembelajaran
pondok pula lebih menekankan kepada perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu Islam
seperti Ilmu Tauhid, Tafsir al-Quran, Ilmu Fiqh, Tasawuf, Wirid, Usul Fiqh, Nahu Arab,
Sastera Arab, dan Tarekat Islam. Ini kerana pelajaran yang diberikan itu bertujuan
mengukuhkan pegangan murid-murid terhadap agama Islam.lxii
Corak pendidikan ini terus berkembang seiring dengan pertambahan pelajar. Keadaan
ini telah menimbulkan masalah terutama ruang dan tempat untuk belajar. Berikutan masalah
161
ini, masyarakat setempat telah mengambil inisatif mendirikan surau berhampiran dengan
rumah tok guru.lxiii
Oleh itu, tidak hairanlah jika kebanyakan rumah tok guru berdekatan
dengan surau yang telah dibina oleh masyarakat kampung untuk menampung pertambahan
bilangan pelajar. Misalnya di Nibong, Pulau Pinang sejak tahun 1880 masyarakat sekeliling
telah memulakan pengajian mereka di rumah guru agama iaitu Tuan Haji Mohd. Amin
Shaikh Adam Bapoyang berhampiran dengan masjid Sungai Nibong. Beliau yang merupakan
pengasas kepada Sekolah Melayu Sungai Nibong bukan sahaja guru agama tetapi juga
sebagai ketua kampung dan imam masjid. Pengajian berasaskan pondok ini kemudiannya
bertukar menjadi sekolah Melayu seiring dengan perubahan pendidikan pada masa itu.lxiv
Susulan pertambahan pelajar dari semasa ke semasa, masjid berdekatan telah dijadikan
institusi untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama bagi penduduk kampung.
Sistem Pendidikan Islam
Selain pengajian pondok, terdapat juga pendidikan agama berbentuk persekolahan yang
sudah lama ditubuhkan di Kelantan. Seawal tahun 1917, Majlis Ugama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menubuhkan sekolah pertamanya, iaitu Madrasah
Muhammadiyah (Melayu) pada tahun tersebut khas untuk murid lelaki sahaja. lxv
MAIK yang
mempunyai sebuah jabatan yang menguruskan secara khusus mengenai pendidikan serta
pelajaran diketuai oleh seorang nazir merancang hal-hal mengenai pelajaran dan pentadbiran
sekolah di bawahnya. Beberapa langkah telah diambil bagi memajukan sistem pendidikan di
Kelantan, antaranya dengan membuka sekolah untuk masyarakat Melayu. Sekolah yang
pertama dibina oleh Majlis ialah Muhammadiah Al-Kelantaniah pada 15 Ogos 1917. Sekolah
ini terbahagi kepada tiga bahagian, salah satu daripadanya ialah sekolah agama yang terletak
di Masjid Kayu di Kota Bharu. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelajar dari luar Kelantan
termasuklah dari seberang laut.lxvi
162
Pada peringkat permulaan sekolah ini sambutannya kurang memberangsangkan lebih-
lebih lagi terdapat saingan dari sistem persekolahan pondok yang cukup berpengaruh ketika
itu. Sekitar tahun 1920-an, beberapa cawangan sekolah ini telah didirikan dan pada tahun
1932, cawangan sekolah ini telah dibina di Kota Bharu.lxvii
Pada tahun 1932 juga bahagian
wanita Madrasah Muhamadiah telah dibuka. Kemuncak perkembangan Madrasah
Muhammadiyah adalah pada tahun 1937, apabila Majlis Ugama Islam Kelantan menubuhkan
Madrasah Muhammadiyah (Arabiah) yang dibina di Jalan Sultan, Kota Bharu dan dirasmikan
oleh Sultan Muhammad IV. Dua buah kelas dan tiga orang guru telah disediakan serta
seramai 75 orang murid mengikuti sesi pengajian pada tahun tersebut. Pada 1 Julai 1942,
sekolah ini berpindah ke bangunan baharunya di Jalan Merbau, Kota Bharu dan menukarkan
namanya kepada Jami ‘Merbau al-Isma’ili. Sekolah ini telah mengalami proses
perkembangan apabila kelas-kelas telah bertambah untuk menampung bilangan pelajar yang
semakin meningkat menjelang Perang Dunia Kedua. Apabila bangunan baharu yang
berharga $200,000 telah siap dibina pada tahun 1956, maka dipindahkan pula ke bangunan
tersebut dengan gelaran Ma’ahad Muhamadi Arab dan namanya kekal sehingga sekarang.lxviii
Sekitar awal abad ke-20 ini juga, sistem pendidikan Islam formal berasaskan
madrasah pula telah mula diperkenalkan oleh bekas pelajar dari Timur Tengah yang
mendapat pengaruh gerakan Pan-Islamisme dari Mesir.lxix
Sistem pendidikan madrasah yang
lebih teratur mirip pendidikan vernakular ini bertujuan menyaingi sekolah-sekolah vernakular
Inggeris dan Melayu yang diperkenalkan oleh kerajaan British selain menerapkan cara Islam
yang progresif bagi menentang ideologi sekularisme Barat dan menjadikan pelajar lebih
terbuka.lxx
Di samping memberikan pendidikan agama, pembelajaran baharu turut
diperkenalkan seperti Bahasa Inggeris, Sejarah, Ilmu Hisab dan beberapa mata pelajaran
moden yang lain. Tujuannya adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat dalam aspek
keduniaan dan akhirat.lxxi
Walaupun pihak British telah memperkenalkan sistem pendidikan
163
vernakular tetapi masyarakat Melayu lebih gemar menghantar anak-anak mereka kepada guru
agama kerana pendidikan agama dianggap sebagai tuntutan Islam dan begitu penting dalam
memenuhi keperluan hidup di dunia dan akhirat.
Di Terengganu, sistem pendidikan Islam secara formal di sekolah Arab yang dikenali
sebagai Madrasah Sultan Zainal Abidin (MSZA) telah diperkenalkan pada tahun 1930-an.lxxii
Penubuhan MSZA ini adalah berikutan daripada laporan Jawatankuasa Pelajaran yang
dilantik oleh kerajaan Terengganu untuk memajukan pendidikan agama bagi memastikan
pengaruh daripada pendidikan Barat dapat dibendung. Bagi memastikan proses pendidikan
agama di institusi ini menjadi lebih berkesan, seorang tenaga pengajar dari Pattani, al-Sheikh
Ahmad Mohd Noor al-Pattani yang sebelum ini belajar di Makkah telah dilantik menjadi
guru besar. Seterusnya, jawatan ini disandang pula oleh Ustaz Haji Wan Abdul Rahman
Daud sebelum digantikan oleh Haji Wan Zain Mohd Noor. Kesemua tenaga pengajar ini
merupakan lulusan dari Timur Tengah. Di MSZA ini, kurikulum yang diberikan penekanan
ialah pendidikan Islam, bahasa Arab, ilmu Fiqh, Usul Fiqh, Tauhid, Hadis, Mantiq, Akhlak,
Sejarah Islam dan Tafsir dengan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.
Selain itu, pendidikan Islam secara formal juga telah dikesan wujud di Johor.
Pendidikan ini tertumpu kepada kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun yang dididik oleh
guru daripada golongan Haji.lxxiii
Merujuk kepada institusi pendidikan Islam ini, Mohd Salleh
Perang salah seorang penuntutnya menyatakan :
“Tiap-tiap pukul enam pagi dahulu daripada mengaji mengangkat air
memenuhkan tempayannya hingga sampai pukul tujuh baharulah mengaji kira-
kira pukul sepuluh berhenti dan balik makan ke rumah. Maka setelah habis
makan datang pula ke rumah guru disuruh berjaja kuih-kuih sehingga pukul
satu balik mengaji pula sampai empat petang berhenti...dan bila hari Jumaat
tiada mengaji...belum cukup dua tahun telah tamatlah saya dan fahamlah saya
atas kadar daripada jalan hukum Agama Islam.”lxxiv
164
Pada awal abad ke-20, pihak kerajaan Johor telah memainkan peranan aktif dalam
membangunkan pendidikan berteraskan Islam. Sebuah institusi formal yang dikenali sebagai
Sekolah Quran telah ditubuhkan yang kemudiannya dikenali pula sebagai Sekolah Agama
Kerajaan.lxxv
Institusi ini dikendalikan sendiri oleh Jabatan Pelajaran Johor. Sehingga tahun
1906, terdapat lapan buah sekolah agama telah ditubuhkan di kawasan Muar. Memasuki
tahun 1920-an pula, Jabatan Agama Islam Johor mula memberi perhatian kepada sekolah
agama di negeri ini. Beberapa sekolah agama seperti Kuliah al-Attas dan Madrasah al-Attas
al-Arabiah (Johor Bahru), Madrasah al-Arabiah dan Madrasah al-Haji Taib (Muar), serta
Sekolah Latihan Agama (Segamat) dikelolakan oleh jabatan ini. Sehingga tahun 1938,
terdapat 96 buah sekolah agama. Daripada jumlah itu, terdapat 16 buah sekolah agama
khusus untuk murid perempuan. Dari segi bilangan muridnya pula, seramai 10 066 murid
lelaki dan 1 579 murid perempuan telah mendaftar di sekolah agama. Selain menitikberatkan
pendidikan agama di Johor, pihak kerajaan negeri turut menyediakan biasiswa untuk anak-
anak Johor melanjutkan pengajian mereka ke luar negara seperti di Kaherah dan Beirut.lxxvi
Sistem Pendidikan Vernakular
Cadangan merubah bentuk pengajian tradisional ini kepada lebih moden telah dibayangkan
pada zaman penjajahan British lagi. Hal ini berlaku berikutan lawatan Raffles ke Melaka
pada tahun 1810 dan mendapati anak-anak Melayu Melaka yang mempelajari dan menulis al-
Quran di papan batu tidak mengetahui apa yang mereka pelajari dan tiada tempat khusus bagi
pendidikan bahasa Melayu. Raffles lantas menyarankan agar diadakan tempat belajar bahasa
Melayu yang sesuai pada suatu hari nanti.lxxvii
Namun, cadangan beliau ini sukar diterima
pihak British kerana seolah-olah bertentangan dengan motif kehadiran dan konsep penjajahan
mereka. Motif kedatangan British ke Tanah Melayu tidak banyak bezanya dengan Portugis
di Melaka dan Sepanyol di Filipina. Mereka memberi perhatian terhadap aktiviti pendidikan
165
Islam dengan memusnahkan institusi tersebut supaya ajaran Kristian dapat disebarkan ke
rantau ini.
Secara umumnya, sistem pendidikan yang pelbagai telah wujud sekitar pertengahan
abad ke-19. Terdapat lima jenis persekolahan pada ketika itu, iaitu sekolah agama madrasah,
sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah
Inggeris.lxxviii
Sistem pendidikan vernakular yang pelbagai telah menggunakan bahasa ibunda
masing-masing mewujudkan struktur masyarakat yang terpisah-pisah. Akhirnya, orang
Melayu hidup sebagai petani dan nelayan kekal di kampung pedalaman atau pinggir pantai,
orang India pula menjadi buruh di ladang-ladang, manakala orang Cina pula menjadi
pelombong dan peniaga di bandar. Sistem pendidikan berkenaan bukan sahaja terpisah
berdasarkan bahasa pengantar tetapi juga dari segi kurikulum, guru dan budaya sekolah
berkenaan secara amnya.
Pendidikan vernakular Melayu telah diperkenalkan oleh pihak British apabila
kerajaan British mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di Negeri-Negeri Selat dan
diikuti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.lxxix
Antara tujuan utama diperkenalkan pendidikan
vernakular Melayu ini termasuklah untuk menjaga kestabilan politik, mengekalkan status
quo, menghasilkan pekerja-pekerja rendah dan menghapuskan buta huruf.lxxx
Walaupun
secara umumnya British mempunyai tujuan untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak
Melayu tetapi dasar mereka terhadap pelajaran Melayu adalah jelas, iaitu memberi
pendidikan yang terlalu asas atau peringkat rendah sahaja selama empat tahun dengan
bantuan penuh daripada kerajaan. Pihak British tidak mahu anak-anak Melayu berpendidikan
tinggi kerana dengan pendidikan tinggi akan menyebabkan mereka menentang British. Ini
diutarakan oleh E.W. Birch, “Kita puas hati mengetahui bahawa sistem ini tidak memberi
pelajaran yang berlebihan kepada kanak-kanak”lxxxi
dan juga keterangan oleh Winstedt
“Ajarkan mereka supaya memuliakan kerja buruh, supaya tidak semua menjadi kerani,
166
supaya…tidak akan menghadapi kekacauan seperti yang terjadi di India akibat pelajaran
berlebihan”.lxxxii
Jelas, pendidikan ini adalah untuk melahirkan petani dan nelayan yang baik sedikit
berbanding ibu bapa mereka. Bagi mereka, pendidikan orang Melayu cukuplah sekadar
pandai membaca, menulis dan mengira sahaja yakni menghapuskan kadar buta huruf setakat
minimum sahaja.lxxxiii
Ini kerana mereka bimbang dengan ramainya orang Melayu yang
berpendidikan tinggi akan melahirkan ramai pegawai berjawatan penting di bandar dan ini
akan menggugat kedudukan British di Tanah Melayu.
Pendidikan yang dipelopori oleh pihak British telah bermula secara formal pada tahun
1821 apabila pihak penyelenggara Penang Free School memulakan bahagian bahasa
Melayunya di Gelugor, Pulau Pinang. Pada tahun 1854, Gabenor Jeneral di India telah
mengarahkan Blundell, Gabenor Negeri-Negeri Selat (NNS) menyediakan laporan mengenai
sistem pendidikan kepada rakyat di bawah pemerintahan British. Blundell sekian lama
berasa kurang berpuas hati dengan sistem pendidikan di NNS terutama pendidikan vernakular
Melayu kerana tiada usaha diambil untuk mendidik anak-anak Melayu menggunakan bahasa
ibunda mereka. Ini kerana sekolah-sekolah vernakular ini ditubuhkan oleh para mubaligh
Kristian. Oleh itu, Blundell mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah vernakular di semua
NNS dibiayai oleh kerajaan. Malah Skinner mencadangkan agar sekolah vernakular Melayu
ditubuhkan mengikut dasar kelas al-Quran dan Melaka dijadikan tempat permulaan sekolah
Melayu kerana hampir semua penduduknya adalah orang Melayu berbanding Pulau Pinang
dan Singapura.lxxxiv
Pada tahun 1855, sekolah Melayu di Bayan Lepas telah ditubuhkan dan kemudiannya
dipindahkan ke Gelugur, Pulau Pinang. Usaha yang sama juga turut dilakukan di Melaka dan
Singapura melalui bantuan para mubaligh Kristian dengan tujuan memberikan pendidikan
kepada anak-anak Melayu. Misalnya dua buah Sekolah Melayu Harian telah ditubuhkan pada
167
tahun 1856 di Teluk Belanga dan Kampung Gelam yang dikenali sebagai Sekolah Abdullah
dengan bantuan kewangan sebanyak $1,500 daripada Temenggung Johor dan Blundell.
Melihat kepada bilangan pelajarnya, Sekolah Abdullah menunjukkan pertambahan, manakala
di Sekolah Teluk Belanga pula bilangannya sentiasa mengalami perubahan.lxxxv
Pada tahun 1861, terdapat 63 orang pelajar yang berdaftar di Sekolah Teluk Belanga
sebelum menurun kepada 52 orang pada tahun 1863. Namun jumlah pelajar yang berdaftar
kemudiannya meningkat kepada 71 orang pada tahun 1865, sebelum menurun kepada 62
orang pada tahun berikutnya.lxxxvi
Di Sekolah Abdullah pula, bilangan pelajar yang mendaftar
pada tahun 1861 seramai 15 orang sebelum meningkat kepada 28 orang pada tahun 1863.
Bilangan pelajar yang berdaftar di sekolah tersebut terus menunjukkan peningkatan kepada
50 orang pada tahun 1864 dan 87 orang pada tahun berikutnya. Manakala di Melaka pula,
sembilan buah sekolah Melayu telah didirikan antara tahun 1858 hingga 1863. Walau
bagaimanapun, sekolah-sekolah ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat
Melayu kerana mereka berasa sangsi apabila pelajaran agama Islam diasingkan daripada
pelajaran sekular.lxxxvii
Memandangkan bilangan sekolah semakin bertambah dengan sistem
tersendiri dan tidak teratur, pada tahun 1872 pihak British telah menubuhkan Jabatan
Pelajaran di bawah pengurusan A.M. Skinner. Beliau merupakan nazir bagi sekolah-sekolah
bertindak dalam mengurus segala hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah.lxxxviii
Keadaan ini
secara tidak langsung telah membawa kepada bermulanya pelaksanaan pentadbiran
pendidikan secara lebih formal di Tanah Melayu.
Pada peringkat awal, pembinaan sekolah vernakular Melayu telah mendapat reaksi
negatif berupa tentangan daripada masyarakat Melayu disebabkan oleh beberapa faktor.
Pertama, masyarakat Melayu terutama ibu bapa tidak mahu kehilangan tenaga kerja yang
membantu mereka bekerja di sawah dan kebun. Kedua, guru-guru agama membantah
pembukaan sekolah berkenaan kerana penubuhan sekolah tersebut akan mengganggu
168
keutuhan dan mengancam kepentingan ekonomi mereka.lxxxix
Ketiga, mereka beranggapan
bahawa sekolah vernakular tidak memperuntukkan pelajaran agama Islam lebih-lebih lagi
dasar British yang memisahkan pelajaran agama dengan pendidikan bahasa Melayu.
Keempat, mereka bimbang akan menjalarnya pengaruh Kristian yang bertentangan dengan
Islam yang akan mempengaruhi pemikiran anak-anak mereka lebih-lebih lagi sekolah
kerajaan dikelolakan oleh mubaligh-mubaligh Kristian.xc
Memandangkan masih terdapat ramai ibu bapa yang enggan menghantar anak-anak
mereka ke sekolah, pihak British telah mengadakan peraturan yang mewajibkan anak-anak ke
sekolah dan mengenakan denda kepada ibu bapa yang tidak menghantar anak lelaki mereka
ke sekolah.xci
Kemudian A.M. Skinner yang menjadi Pemangku Majistret di Seberang Prai
telah mengubah suai dasar kelas al-Quran yang diajar pada waktu petang dan sistem
pendidikan yang dirancang beliau ini telah mendapat sambutan baik daripada kalangan ibu
bapa. Dengan kejayaan tersebut, Skinner telah dilantik sebagai Nazir Sekolah pada tahun
1872 untuk menguruskan segala hal berkaitan dengan pentadbiran dan sekolah-sekolah di
Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Ketika itu lebih banyak sekolah
telah didirikan di Tanah Melayu. Misalnya pada penghujung abad ke-19, terdapat 189 buah
sekolah vernakular Melayu didirikan di Negeri-Negeri Selat, 168 buah di Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu.xcii
Kebiasaannya, mata pelajaran yang diajar di sekolah Melayu berubah dari semasa ke
semasa mengikut keperluan pemerintah British. Misalnya pada abad ke-19, murid-murid
mempelajari mata pelajaran Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan
Jasmani dan Ilmu Alam di sekolah-sekolah Melayu yang didirikan mengikut rancangan
Skinner. Pada awal abad ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah
dalam kurikulumnya mengikut cadangan Winstedt dalam laporannya pada tahun 1917. Mata
pelajaran Bahasa Inggeris pula tidak diperkenalkan di sekolah-sekolah Melayu sehingga
169
tahun 1945. Ini kerana mereka bimbang anak-anak Melayu akan meninggalkan kerja kasar
dan kampung halaman mereka di samping menjadi saingan kepada anak-anak Melayu
bangsawan yang mendapat pendidikan Inggeris.xciii
Sekolah Melayu ini hanya terbatas
sehingga darjah lima. Hanya sebilangan kecil daripada mereka yang terpilih memasuki
Maktab Perguruan atau Malay Special Class untuk meneruskan pelajaran di sekolah Inggeris
kelak.xciv
Sekolah Melayu di Beberapa Buah Negeri-negeri Melayu
Sejak sekolah-sekolah di Negeri-Negeri Selat menunjukkan kemajuan yang
memberansangkan, pihak British telah menubuhkan beberapa buah sekolah lain di Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu. Seperti Perak, Pahang dan Negeri Sembilan, Kuala Lumpur yang
berada di bawah naungan negeri Selangor juga tidak terkecuali dalam usaha penubuhan
sekolah-sekolah bagi kepentingan anak-anak Melayu. Dalam konteks negeri Selangor,
terdapat beberapa buah sekolah utama telah didirikan seperti di Kuala Lumpur, Kelang,
Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.xcv
Antara sekolah Melayu yang mula-mula
didirikan ketika itu termasuklah di Kelang pada tahun 1875 kerana kawasan Kelang
merupakan pusat pentadbiran bagi negeri Selangor. Kemudian Sultan Abdul Samad
dikatakan telah mendirikan sebuah sekolah Melayu lain di Bandar Termasa (Langat) dengan
perbelanjaan daripada wang baginda sendiri.xcvi
Sekitar tahun 1886, Selangor telah mempunyai enam buah sekolah Melayu dan 10
buah pada tahun 1889. Setelah jawatan Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan diperkenalkan
sekitar tahun 1898, bilangan sekolah di negeri Selangor mula meningkat, iaitu 32 buah
sekolah lelaki dan dua buah sekolah perempuan.xcvii
Sekolah Melayu ini hanya menyediakan
pendidikan asas atau peringkat rendah sahaja selama empat tahun dengan bantuan penuh
daripada kerajaan. Pada awal tahun 1893, penganjur sekolah-sekolah yang utama di Selangor
170
ialah Sultan Abdul Samad. Baginda telah menulis tentang perkembangan sekolah Melayu di
setiap kampung dengan perkhidmatan yang diberikan oleh guru-guru kerajaan.xcviii
Gambar 5.1 Murid-murid Lelaki di Sekolah Melayu Setapak (1908-1910)
Sumber: Arkib Negara Malaysia, Cawangan Kuala Lumpur
Sekiranya dilihat melalui perkembangan sekolah-sekolah rendah Melayu di Kuala
Lumpur, kebanyakan sekolah ini telah diasaskan oleh orang kampung yang berminat untuk
memberi pelajaran kepada anak-anak mereka sekitar akhir abad ke-19. Ketua-ketua
Kampung dan Penghulu telah memainkan peranan penting terutamanya Penghulu, Tuan Pusu
dan Ketua Kampung Setapak, Dato Sati, maka Sekolah Kebangsaan Setapak Kuala Lumpur
telah dapat didirikan pada tahun 1893. Bilangan murid yang pertama memasuki sekolah ini
seramai 40 orang dan pada tahun 1899 murid-murid perempuan telah diterima masuk ke
sekolah tersebut. Dalam jumlah yang kecil ini hanya tiga orang guru ditugaskan mengajar di
sekolah tersebut.xcix
Pada tahun 1903, Sekolah Kebangsaan Kampung Bahru telah dimulakan dengan
bilangan pelajar seramai 28 orang murid perempuan. Sekolah ini telah ditadbir oleh Guru
Besar, iaitu Cik Nah dengan dibantu oleh dua orang guru yang lain. Mereka menumpukan
perhatian kepada pengajaran membaca, menulis, menjahit dan pelajaran agama.c
Beberapa
171
buah sekolah lain turut didirikan secara bergotong-royong. Misalnya Sekolah Kebangsaan
Segambut Kuala Lumpur yang didirikan pada tahun 1913 dan kemudiannya pada tahun 1919,
kerajaan negeri telah memperuntukkan tanah seluas tujuh ekar bagi membangunkan beberapa
buah bangunan lagi untuk keselesaan murid-murid lelaki dan perempuan di sekolah tersebut.ci
Pada ketika ini terdapat 55 buah sekolah kerajaan iaitu 49 buah daripadanya sekolah
Melayu untuk pelajar lelaki dan empat lagi sekolah perempuan.cii
Selebihnya ialah sekolah
vernakular Tamil dan Cina. Daripada jumlah Sekolah Melayu tersebut, dua daripadanya
merupakan sekolah yang baru dibuka pada tahun 1913. Sekolah tersebut ialah Sekolah
Melayu Sungai Buaya dan Ulu Semenyih. Bilangan sekolah Melayu dan sekolah perempuan
ini terus menunjukkan peningkatan memasuki tahun 1914. Daripada 60 buah sekolah di
Selangor, 52 daripadanya adalah sekolah Melayu dan enam buah sekolah perempuan.ciii
Pertambahan sekolah perempuan ini disebabkan pembukaan sekolah baharu di Kelang dan
Setapak. Pertambahan sekolah perempuan ini secara tidak langsung memberi gambaran
mengenai minat dan kecenderungan ibu bapa menghantar anak-anak perempuan mereka
untuk mendapat pendidikan di sekolah. Lebih daripada itu, pada tahun 1915 terdapat seorang
pelajar perempuan yang lulus darjah V dalam semua mata pelajaran dan merupakan satu-
satunya pelajar di Selangor pada ketika itu.civ
Menjelang tahun 1920-an, terdapat banyak
sekolah Melayu telah dibina seperti di Kelang, Hulu Langat, Kuala Langat dan Hulu Yam
Bahru.cv
Kebanyakan sekolah yang didirikan pada peringkat awal ini bukannya diperbuat
daripada batu moden tetapi sesetengahnya diperbuat daripada kayu beratap nipah. Misalnya
Sekolah Kebangsaan Petaling, Kuala Lumpur yang telah dimulakan pada tahun 1914 adalah
sebuah rumah beratap nipah berlantaikan tanah yang disewakan daripada Tuan Haji
Baharuddin.cvi
Keadaan ini juga menunjukkan bahawa bukan semua sekolah yang baharu
172
ditubuhkan ketika itu mempunyai bangunan baharu tetapi sesetengahnya disewakan daripada
rumah-rumah tertentu untuk tujuan pendidikan anak-anak Melayu.
Bilangan sekolah di Kuala Lumpur kemudiannya semakin meningkat pada awal abad
ke-20. Jadual 5.1 menunjukkan bahawa sebanyak 18 buah sekolah di Kuala Lumpur telah
dimulakan sejak awal abad ke-20 hingga tahun 1941. Dengan pertambahan bilangan sekolah
yang semakin banyak, maka British telah mengadakan satu jawatan baharu, iaitu Penolong
Pengarah yang bertanggungjawab tentang pelajaran Melayu bukan sahaja di Negeri-Negeri
Selat malah juga di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.cvii
Sebelum Perang Dunia Kedua, sekolah rendah Melayu diajar selama lima tahun dan
pelajaran murid-murid berakhir setakat Darjah lima sahaja. Selepas perang tamat, pengajian
pelajar-pelajar dilanjutkan kepada setahun lagi hingga ke Darjah Enam dan ke darjah khas
setaraf dengan Darjah Tujuh. Kelas Darjah Tujuh ini merupakan kelas persediaan bagi bakal
guru dan pusat yang telah ditubuhkan di Kuala Lumpur ketika itu ialah di Sekolah
Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur selain beberapa daerah lain di Sabak Bernam,
Kelang, Kajang dan Banting.cviii
Jadual 5.1 Taburan Sekolah Rendah Melayu di Kuala Lumpur sehingga tahun 1941
Tahun Jumlah sekolah
Sebelum 1900 3
1901-1910 4
1911-1920 2
1921-1930 3
1931-1941 6
Jumlah 18
Sumber: Diubah suai daripada Sejarah Perkembangan Sekolah-sekolah Negeri Selangor,
disusun oleh Jawatankuasa Penulisan Kementerian Pelajaran Malaysia, 1975.
Beberapa negeri lain juga turut menunjukkan peningkatan dari segi jumlah kehadiran
murid-murid ke sekolah Melayu sehingga terdapat permintaan daripada masyarakat Melayu
untuk menubuhkan sekolah-sekolah untuk anak-anak Melayu. Kelantan Annual Report pada
173
tahun 1921 menunjukkan gambaran tentang perubahan pemikiran ibu bapa untuk menghantar
anak-anak ke sekolah dan meminta dibekalkan guru untuk sekolah yang baharu ditubuhkan.cix
Begitu juga suasana di Kedah seperti yang dilaporkan oleh Kedah Annual Report pada tahun
1928 yang antara lain masyarakat meminta kebenaran untuk mereka mendirikan sekolah
sendiri dengan bantuan perabot dan guru dibekalkan oleh pihak British.cx
Hal yang sama juga turut dirasakan di Johor apabila ibu bapa menunjukkan minat
yang bersungguh-sungguh terhadap pendidikan anak-anak Melayu sehingga terdapat lima
buah kampung menawarkan bangunan dan sesetengah yang lain pula menawarkan gaji untuk
guru-gurunya.cxi
Peningkatan dari segi jumlah sekolah dan murid ke sekolah-sekolah Melayu
juga turut berubah dari semasa ke semasa. Misalnya Majalah Guru (1928) melaporkan
bahawa negeri Perak mencatatkan jumlah tertinggi bilangan sekolah dan murid-murid lelaki
serta perempuan yang berdaftar di sekolah Melayu, iaitu sebanyak 198 buah sekolah dengan
murid seramai 15 344 pada tahun 1926. Pada tahun 1927, jumlah murid-murid telah
meningkat sebanyak 15 700 pada tahun 1927 berbanding Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang.cxii
Demikianlah perubahan pemikiran masyarakat Melayu terhadap pendidikan
kepada anak-anak mereka selepas Perang Dunia Pertama dan kesedaran terhadap pendidikan
ini telah membawa kepada peningkatan jumlah sekolah-sekolah Melayu.
Jadual 5.2 Bilangan Sekolah Melayu di NNS, NNMB, dan NNMTB pada tahun 1916 hingga 1938
Negeri 1916 1924 1931 1938
Negeri-Negeri Selat 191 207 214 219
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 395 442 534 569
174
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu 137 191 302 381
Jumlah 723 840 1,050 1,169
Sumber: Mazianah Abdul Muin, “Sejarah Sosial Wanita Melayu Tahun 1900-1930-an di
Tanah Melayu,” rujukan daripada SS Annual Report, 1916 dan FMS Annual Report 1916,
1924, 1913 dan 1938.
Jadual 5.2 menunjukkan bilangan sekolah Melayu di Negeri-Negeri Selat (NNS),
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB), dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NNMTB) pada tahun 1916, 1924, 1931 dan 1938. Secara keseluruhan, bilangan sekolah
Melayu telah meningkat dari tahun ke tahun. Didapati pada tahun 1938, sebanyak 219 buah
sekolah Melayu di NNS, 569 buah di NNMB dan 381 buah di NNMTB. Ini menjadikan
jumlah keseluruhan adalah 1 169 buah pada tahun 1938 berbanding hanya 723 buah sekolah
Melayu pada tahun 1916. Hal ini jelas menunjukkan pertambahan bilangan sekolah Melayu
di Negeri-Negeri Melayu sejajar dengan peningkatan bilangan pelajar. Merujuk kepada
bilangan pelajar di sekolah Melayu di NNMB, pada tahun 1935 mencatatkan bilangan pelajar
seramai 38 064 orang sebelum meningkat kepada 41 467 orang pada tahun berikutnya.cxiii
Manakala di NNS pula, bilangan pelajar pada tahun 1935 seramai 21 107 orang sebelum
meningkat kepada 21 493 orang pada tahun berikutnya.cxiv
Masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah adalah dari segi kekurangan guru-guru
yang bakal mengajar di sekolah-sekolah tersebut. Kekurangan guru-guru ini disebabkan
kemudahan latihan perguruan yang begitu terhad sekali. Ketika ini jumlah maktab-maktab
perguruan amat sedikit, iaitu Maktab Melayu Singapura yang didirikan pada tahun 1878 dan
ditutup pada tahun 1895.cxv
Penubuhan maktab perguruan amat mengecewakan kerana
dilaksanakan dengan cara tidak teratur dan tidak bersungguh-sungguh. Ini kerana British
tidak melihat perkara ini sebagai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat Melayu, malah
peruntukkan kewangan langsung tidak disediakan. Walau bagaimanapun, terdapat desakan
daripada R.J. Wilkinson yang menjadi Pemangku Nazir Sekolah-sekolah di NNS supaya
175
memperbaik keadaan pendidikan orang Melayu dan mencadangkan kursus latihan perguruan
bagi bakal-bakal guru.
Gambar 5.2 Penuntut dan Guru Maktab Melayu Melaka, 1916
Sumber: Ramlah Adam, 1991, Maktab Melayu Melaka 1900-1922. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 27.
Berikutan cadangan tersebut, dua buah maktab telah didirikan di Melaka dan Taiping.
Maktab Melayu Melaka yang ditubuhkan pada 1 Mac 1900 di Melaka dengan bilangan
penuntunya seramai 24 orang telah ditadbir oleh Mr. S.E. Codrington sebagai pengetua
pertama. Manakala Maktab di Taiping yang ditubuhkan pada 1898 hanya bertahan selama
dua tahun sahaja. Pada tahun 1913 sebuah maktab lagi ditubuhkan di Matang, Taiping.cxvi
Pada tahun 1922, dua maktab ini digabungkan menjadi Maktab Perguruan Pusat dengan
nama Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjung Malim, Perak. Manakala Maktab
Latihan/Perguruan Perempuan Melayu Melaka-Malay Women’s Training College (MWTC)
pula ditubuhkan pada tahun 1935 untuk melatih guru-guru perempuan. cxvii
Gambar 5.3 Guru Pelatih di Maktab Perempuan Melayu Melaka
176
Sumber: INF 10/211 28, Public Record Office, London
Pendidikan Sejarah di Sekolah Melayu
Dasar pelajaran Melayu yang diasaskan oleh British hanya bertujuan sekadar menghapuskan
buta huruf semata-mata. Pendidikan di sekolah Melayu dibataskan sesuai dengan cita-cita
British dengan hanya memberi pendidikan asas sahaja seperti mata pelajaran Rumi, Jawi, llmu
Kira-kira, Kesihatan dan Lukisan.cxviii
Dalam hal pendidikan sejarah, British memperkenalkan
kurikulum sejarah secara berbeza-beza antara sekolah-sekolah vernakular. Misalnya sekolah
vernakular Cina dan Tamil dibenarkan menggunakan kurikulum sejarah yang berasaskan
kurikulum negara China dan India, manakala sekolah aliran Inggeris dan Melayu pula ditentukan
oleh pentadbir British.
Sekolah aliran Inggeris telah mula memperkenalkan sukatan pelajaran Sejarah pada
tahun 1863 di peringkat menengah rendah dengan kurikulum yang ditentukan oleh Universiti
Cambridge. Kurikulum sejarah adalah berteraskan tamadun Barat, iaitu tamadun Yunani, Rom
dan Sejarah Britain. Selain itu, kurikulum seperti Sejarah British, Sejarah Empayar British,
Sejarah Eropah Moden, dan Sejarah India turut diperkenalkan bagi membolehkan seseorang
pelajar itu melanjutkan pelajaran ke luar negara.cxix
Pada tahun 1891, pelajar di Tanah Melayu
177
telah mengambil peperiksaan sejarah dalam Cambridge Local Examinations buat kali
pertamanya. Para pelajar aliran Inggeris tidak didedahkan dengan Sejarah Alam Melayu, malah
Sejarah Tanah Melayu yang diajar lebih banyak menyebut nama-nama atau peranan tokoh-tokoh
British seperti Stamford Raffles, Francis Light, Hugh Low, dan Frank Swettenham.cxx
Bagi sekolah Melayu pula, mata pelajaran Sejarah yang diajar adalah untuk memahami
budaya Melayu melalui karya kesusasteraan berbentuk hikayat atau berbentuk kesusasteraan
Melayu klasik seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Pemerintah British tidak
memberi penekanan terhadap mata pelajaran Sejarah sebaliknya menganggap mata pelajaran
tersebut sebagai mata pelajaran tambahan sahaja. Tujuan mata pelajaran Sejarah diperkenalkan
adalah untuk kepentingan politik British semata-mata. British berusaha mewujudkan penduduk
tempatan yang boleh menghormati dan memahami budaya British. Mereka berpandangan jika
penduduk tempatan tidak memahami budaya dan Sejarah British, hubungan antara pentadbir dan
mereka yang ditadbir akan menjadi renggang.cxxi
Pada tahun 1916, Winstedt telah mengkaji sistem pendidikan anak-anak negeri, pelajaran
perusahaan anjuran Belanda di Jawa dan pemerintahan Sepanyol di Filipina. Beliau
mengutarakan suatu laporan yang dikenali sebagai Laporan Winstedt dan British telah
menerbitkan laporan tersebut yang dikemukakan kepada Majlis Perundangan Negeri-Negeri
Selat pada tahun 1917. Laporan ini adalah panduan bagi pelajaran Melayu dan pelajaran yang
diutamakan adalah berkaitan dengan kerja tangan seperti membuat bakul, pertanian dan jahitan.
Beliau turut mencadangkan supaya mata pelajaran Sejarah tidak diajar di sekolah-sekolah rendah
kerana ini boleh memberi pengaruh yang membahayakan kedudukan British. Bagi beliau,
mempelajari Sejarah Melayu yang dianggap penuh dengan cerita-cerita dongeng adalah
merosakkan pemikiran anak-anak Melayu. Oleh itu, beliau mencadangkan agar sistem Hindia
Timur Belanda dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di Tanah Melayu. cxxii
178
Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Sejarah tidak dititikberatkan dalam kurikulum
sekolah rendah Melayu seperti mana mata pelajaran Bahasa Inggeris kerana dikhuatiri akan
menggugat kepentingan politik dan ekonomi pemerintah British. Pihak British bimbang melalui
pendidikan Sejarah juga, semangat jati diri Melayu akan mula wujud dan ini amat berbahaya
kerana kelak orang Melayu akan bangkit menentang pemerintah British. Oleh itu, mereka tidak
memasukkan mata pelajaran Sejarah tetapi kurikulum yang sedia ada di sekolah Melayu diubah
suai dengan memasukkan mata pelajaran agama berikutan keengganan ibu bapa menghantar
anak-anak mereka kerana bimbang anak-anak mereka akan dikristiankan. Buku-buku teks
seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah dianggap kurang sesuai digunakan tetapi mata
pelajaran yang bersifat praktikal seperti Pertanian Asas, Anyaman dan Sains Rumah Tangga
diutamakan.
Ketika ini hanya sekolah Inggeris dan sekolah Cina yang dibenarkan memperkenalkan
mata pelajaran Sejarah. Namun, pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah Inggeris hanya
melibatkan Sejarah Eropah sahaja di samping mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik,
Geografi, Sains, Sastera Inggeris, Jasmani dan Lukisan. Manakala, mata pelajaran Sejarah yang
diajar di sekolah vernakular Cina pula mengikut sukatan pelajaran tersendiri berorentasikan
Tanah Besar China. 50 peratus kurikulum sejarah di sekolah-sekolah Cina berpusat di sekitar
Sejarah negeri China, 25 peratus adalah sejarah luar negara China dan 25 peratus lagi berkaitan
Sejarah Dunia.cxxiii
Pada tahun 1918, Winstedt yang dibantu oleh Daim Abdul Hamid Tengku
Muhammad Salleh telah menulis buku teks dalam Bahasa Melayu berjudul Kitab Tawarikh
Melayu (1918) yang turut digunakan di maktab-maktab perguruan dan sekolah-sekolah.
Sekitar tahun yang sama, bermula pengenalan pendidikan Sejarah Tanah Melayu yang
dipelopori oleh golongan berpendidikan Melayu. Bermula di Maktab Melayu Melaka, mata
pelajaran Sejarah (Tawarikh pada masa itu) telah dijadikan sebagai salah satu daripada
179
sukatan pelajaran maktab pada masa itu. Mata pelajaran Tawarikh dan hikayat diajar selama
45 minit setiap waktu. Langkah ini adalah untuk memenuhi keperluan guru-guru Sejarah
terlatih bagi mata pelajaran tersebut di sekolah-sekolah Melayu.
Tawarikh merupakan mata pelajaran yang akhir sekali diperkenalkan dalam
kurikulum maktab perguruan ketika itu. Pengenalan mata pelajaran ini adalah disebabkan
oleh kesedaran sebilangan guru terhadap kepentingan sejarah pada masa itu. Disebabkan
kerajinan dan usaha yang bersungguh-sungguh oleh seorang guru yang bernama Abdul Hadi
Hassan,cxxiv
penuntut-penuntut mula menanamkan minat terhadap mata pelajaran Sejarah.
Beliau menceritakan segala peristiwa sejarah dengan penuh aksi yang menarik dan teratur, di
samping menyelitkan unsur-unsur nasionalisme dan jenaka ketika mengkritik sikap pihak
British.cxxv
Beliau juga sering memberi kesedaran kepada para pelajarnya tentang faktor-
faktor kejatuhan kerajaan Melayu bagi menyedarkan pelajarnya betapa mahalnya harga yang
perlu dibayar oleh bangsa kerana kurangnya perpaduan dalam kalangan mereka.cxxvi
Selain
Abdul Hadi Hassan, Buyong Adil, Shaharom Hussain, Aminudin Baki dan Harun
Aminurrasid turut memberikan kesedaran kepada penuntut-penuntutnya. Secara tidak
langsung penerapan pendidikan Sejarah ini sedikit sebanyak telah menimbulkan bibit-bibit
kesedaran dan perasaan cintakan tanahair dalam kalangan masyarakat Melayu.
Golongan intelek Melayu juga turut memainkan peranan penting dalam
memperkembangkan pensejarahan Melayu sehingga banyak karya sama ada dalam bentuk
buku, majalah, akhbar dan sebagainya telah diterbitkan pada ketika itu. Antara mereka yang
menulis karya sejarah termasuklah Abdul Hadi yang boleh dianggap sebagai tokoh yang telah
banyak berjasa dalam bidang pensejarahan. Beliau telah memberikan sumbangan penting
dalam menghasilkan Sejarah Alam Melayu pada tahun 1925 yang ditulis dalam bahasa
Melayu. Kemudian Sejarah Alam Melayu sebanyak tiga jilid yang dikarangnya telah
180
diselesaikan menjadi lima jilid oleh Buyong Adil setelah beliau meninggal dunia pada tahun
1937.cxxvii
Abdul Hadi tidak bersetuju dengan sikap Winstedt yang suka merendah-rendahkan
keupayaan masyarakat Melayu dan beliau cuba menaikkan semangat nasionalisme kepada
anak-anak Melayu dengan menanamkan minat mereka membaca buku-buku sejarah Melayu.
Beliau bukan sahaja tokoh yang telah bertanggungjawab menubuhkan Jabatan Pelajaran,
mendirikan sebuah Sekolah Latihan Guru dan mengasaskan Persatuan Guru, malah telah
dapat melahirkan ramai pejuang-pejuang Melayu bagi menentang penjajah. Antaranya
termasuklah Ibrahim Haji Yaacob yang telah menubuhkan Parti Nasional Indonesia di
Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun 1928.cxxviii
Selain Abdul Hadi, terdapat beberapa pengarang lain yang mengarang karya sejarah
seperti Ahmad bin Abdullah dengan karyanya Darah Melaka, Keris Melaka, Falsafah Hang
Tuah, Melayu Tak’kan Hilang, Hujan Darah di Selat Melaka dan sebagainya.cxxix
Beliau yang
mendapat nasihat daripada guru sejarahnya iaitu Buyong Adil, telah menulis kisah-kisah
sejarah berdasarkan Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Kesemua usaha ini adalah
untuk mempergiatkan penulisan sejarah bagi memperkaya bidang ilmu sejarah Melayu, di
samping menyedarkan masyarakat Melayu tentang kepentingan ilmu pengetahuan yang
berguna pada masa hadapan.
Pada awal abad ke-20 ini juga, terdapat begitu banyak penulisan sejarah oleh penulis-
penulis Melayu yang turut dimuatkan dalam akhbar dan majalah yang bertujuan memberi
takrifan dan kesedaran tentang pentingnya pendidikan sejarah bagi sesuatu masyarakat.
Misalnya makalah “Kegunaan Pelajaran Tawarikh” oleh Mohd Nor Muhammad disiarkan
dalam majalah Triwulan, Panduan Guru dan makalah bertajuk “Kegunaan Ilmu al-Tarikh”
dalam majalah Lidah Benar oleh Muhammad Yusof bin Sultan Muhyiddin. Kesemua
makalah ini cuba memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu tentang peri pentingnya
181
sejarah supaya dapat dijadikan iktibar kepada masyarakat demi memajukan bangsa mereka
dan memupuk semangat kasihkan tanah air sendiri.cxxx
Di samping itu, makalah yang bertajuk “Tarikh” yang dimuatkan dalam majalah
Tunas Melayu, majalah al-Iman terutamanya dalam ruangan “Tarikh al-Islam”, ahkbar
Edaran Zaman terutama makalah berjudul “Tarikh” juga turut memainkan peranan penting
dalam memberikan pengertian dan penerangan tentang takrifan bagi sejarah. Manakala,
majalah Neraca dan Pengasuh juga turut mengimbas semula segala peristiwa yang telah
berlaku agar menjadi iktibar kepada masyarakat.cxxxi
Walaupun sesetengah karya seperti al-
Imam, Neraca, Tunas Melayu, Pengasuh dan Lidah Benar lebih bersifat pensejarahan Islam
dan yang lain pula merupakan karya-karya bersifat sekular, namun motif penulisan tetap
sama, iaitu untuk mewujudkan kesedaran sejarah dalam kalangan masyarakat Melayu, di
samping memberikan takrifan dan penerangan tentang sejarah.cxxxii
Skop makalah pensejarahan mula berkembang sejak tahun 1920-an dan penulis-
penulis makalah tidak tertumpu kepada pensejarahan tempatan semata-mata tetapi turut juga
memuatkan pensejarahan luar negara. Misalnya dalam Majalah Guru, boleh dikatakan
hampir keseluruhan pensejarahan dalam majalah ini adalah mengenai Alam Melayu, Islam,
Asia Timur (khusus kepada Sejarah Jepun) dan Eropah. Majalah Semangat Islam, Cahaya
Islam, Bulan Melayu dan Pemimpin Melayu merupakan majalah yang memuatkan
pensejarahan Islam sahaja, manakala majalah Penyuluh dan Masa pula lebih memberi
tumpuan kepada pensejarahan Islam di Tanah Arab dan luar Semenanjung tersebut.cxxxiii
Begitu juga dengan majalah Peredar yang telah diterbitkan oleh Mohd. Said Haji Sulaiman
antara tahun 1935-1940. Selain pengetahuan am, Sejarah Alam Melayu dan Islam, majalah
ini turut memuatkan tentang Sejarah Johor dan antarabangsa seperti Hikayat Queen Victoria,
Ringkasan Tatawarikh Nippon dan Tawarikh England.cxxxiv
182
Terdapat juga karya-karya terjemahan daripada Bahasa Inggeris berunsur sejarah
yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh tanah air. Misalnya Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)cxxxv
telah menterjemah makalah Winstedt iaitu “Malaya” dalam majalah Guru. Abdul Samad
Ahmadcxxxvi
pula telah menterjemahkan sebuah karya yang bertajuk Abraham Lincoln pada
tahun 1936.cxxxvii
Selain itu, sidang pengarang H.M Shah Enterprise telah menterjemahkan
karya A. J. Toynbee iaitu Dunia dengan Barat. Manakala, Abdul Rahman al-Kudsi pula
telah menterjemahkan karya R.O Pringle berkenaan “Kisah Hidup Sir Stamford
Raffles”.cxxxviii
Beberapa karya telah dikarang dengan tujuan menaikkan semangat nasionalisme
dalam kalangan masyarakat Melayu. Antara karya tersebut termasuklah Melihat Tanah Air
sekitar 1941, Sedjarah dan Perjuangan di Malaya (1948 dan diterbit pada tahun 1951), Nusa
dan Bangsa (1951), dan Sekitar Melayu Merdeka (1957) yang dikarang oleh Ibrahim Yaacob
sendiri. Beliau telah mengetengahkan konsep Melayu Raya dan Indonesia Raya selepas
Perang Dunia Kedua bagi mempereratkan lagi perasaan dan semangat persaudaraan dalam
kalangan masyarakat di Tanah Melayu dan Indonesia.
Selain Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam juga dikatakan pernah menerbitkan
risalah bertajuk Testament Politik A.P.I dan Dr. Burhanuddin al-Helmy pula menerbitkan
Sejarah Perjuangan Kita dan Asas Falsafah Kebangsaan Melayu bagi membangkitkan
semangat perjuangan kebangsaan Melayu.cxxxix
Mereka ini semuanya terlibat secara langsung
dalam politik Tanah Melayu dan menyuarakan tuntutan kemerdekaan bagi membebaskan
negara daripada terus dijajah oleh penjajah luar. Manakala, akhbar atau majalah berbentuk
pensejarahan yang cuba membangkitkan semangat perjuangan menentang penjajah Barat
ialah Fajar Asia yang memuatkan bukan sahaja berkenaan tokoh-tokoh Melayu tempatan
seperti Tun Fatimah, Dol Said, malahan juga memaparkan kehebatan Diponegero, Raden
Adjeng Kartini, Hayam Wuruk dan sebagainya.cxl
183
Kebanyakan karya pensejarahan tempatan yang dikarang oleh penulis-penulis Melayu
adalah atas kesedaran mereka untuk memaparkan kebenaran sejarah yang berlaku, di samping
menaikkan semangat cintakan tanah air sendiri dan memasukkan unsur teladan agar
masyarakat memperbaik bangsa mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan penulisan
sejarah masih lagi kurang menggunakan kaedah penyelidikan yang munasabah. Misalnya,
kurang pendekatan dan penyampaian secara berhujah dengan memasukkan sumber-sumber
yang dirujuk oleh mereka agar karya mereka itu mempunyai kebenaran yang nyata. Malah
makalah Cenderamata cuba menyelar sikap penulis atau pengarang yang bebas membuat
tafsirannya sendiri dalam mengungkap peristiwa-peristiwa sejarah tanpa memasukkan
rujukan sumber. Hanya beberapa karya sahaja yang menggunakan kaedah tersebut, seperti
majalah Kencana yang memasukkan sumber rujukan daripada riwayat orang tua-tua, Kitab
Alam Melayu, Sejarah Alam Melayu dan Geografi Semenanjung Negeri Kelantan.cxli
Begitu
juga karya-karya yang dihasilkan oleh Mohd Said Sulaiman yang turut memasukkan sumber
rujukan berbentuk tulisan, lisan dan berdasarkan juga pengamatan beliau sebagai Setiausaha
Sulit kepada Sultan Ibrahim ketika itu.cxlii
Berikutan kesedaran dan desakan golongan intelektual tentang kepentingan sejarah,
mata pelajaran Sejarah telah diperkenalkan di sekolah-sekolah aliran Melayu mulai tahun
1930-an, selaras dengan dasar yang dilaksanakan di Indonesia.cxliii
Buku Sejarah Alam
Melayu Jilid 1 hingga V karangan Abdul Hadi Hassan yang memaparkan tentang masyarakat
di Tanah Melayu, perkembangan agama Islam, kerajaan-kerajaan Melayu dan kedatangan
kuasa-kuasa asing ini telah digunakan sebagai buku teks di sekolah-sekolah Melayu sehingga
Tanah Melayu merdeka.cxliv
184
Pendidikan Inggeris bagi Masyarakat Melayu
Pada abad ke-19, pendidikan Inggeris telah mula menjadi fokus penting berikutan perjanjian
Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Dua jenis sekolah Inggeris ditubuhkan, iaitu Free School
yang dibiayai oleh kerajaan dan sekolah yang dibiayai oleh persatuan mubaligh Kristian.
Perkataan “Free School” dipilih kerana sekolah tersebut dibuka kepada semua pelajar tanpa
mengira bangsa dan agama. Tujuan penubuhan Free School ini adalah untuk memberi
peluang kepada pelbagai bangsa tidak mengira warna kulit dan keturunan. Pelajaran
diberikan kepada pelajar daripada umur enam hingga tujuh tahun sahaja yang tidak pernah
bersekolah dan semua arahan serta teknik pembelajaran diajar dalam Bahasa Inggeris.
Sekolah pertama dimulakan oleh persatuan mubaligh Kristian ialah Penang Free School
pada tahun 1816.
Pada tahun 1920-an, Penang Free School telah semakin sesak kerana jumlah
pelajarnya bertambah ramai.cxlv
Penubuhan Penang Free School telah mengalakkan negeri-
negeri lain menubuhkan sekolah Inggeris yang serupa antaranya termasuk Victoria
Institution, Kuala Lumpur (1894) dan Sekolah King Edward VII, Taiping (1906).cxlvi
Walaupun dibiayai oleh kerajaan atau persatuan mubaligh Kristian, hakikat sebenarnya murid
tetap dikenakan bayaran tertentu dan kebanyakan murid yang memasuki sekolah ini adalah
dalam kalangan golongan bangsawan dan elit istana. Antara golongan elit yang mendapat
pendidikan Inggeris di Selangor ialah Raja Muda Selangor, iaitu Raja Sulaiman, Raja Jumaat,
Raja Yusof, Raja Osman, Raja Itam, Raja Ibrahim, Raja Ketchee, Raja Jaafar, Ahmad bin
Sheikh Mohamad Ali, Abdul Aziz bin Syeikh Abdul dan Tambi Ahmad.cxlvii
Pada tahun 1823, Raffles School (kemudian dikenali sebagai Raffles Institution)
sebagai sekolah Inggeris pertama ditubuhkan di Jalan Bras Basah, Singapura diikuti dengan
beberapa buah sekolah lain.cxlviii
Raffles telah merancang agar pengajian di sekolah ini
meliputi pengajian Inggeris, Cina, Melayu dan Siam dengan tujuan utamanya memberi
185
pendidikan kepada pemimpin tempatan dan juga kakitangan awam.cxlix
Jika dilihat dari segi
perkembangan pendidikan Inggeris di Negeri-Negeri Selat, hampir kesemuanya telah
mencapai perkembangan yang ketara berbanding neger-negeri Melayu yang lain. Misalnya,
sekitar tahun 1925, jumlah sekolah Inggeris di Negeri-Negeri Selat ialah 81 buah dan
daripada jumlah tersebut, Singapura mempunyai 49 buah sekolah Inggeris, manakala Pulau
Pinang dan Melaka masing-masing sebanyak 24 buah dan lapan buah sekolah Inggeris yang
telah dibina.cl
Daripada perkembangan ini menunjukkan bahawa dasar kerajaan British lebih
memberikan perhatian terhadap pendidikan Inggeris di Negeri-Negeri Selat terutamanya
Singapura berbanding negeri-negeri Melayu yang lain. Walau bagaimanapun, ini tidak
bermakna di negeri-negeri Melayu yang lain tidak terdapat pendidikan Inggeris. Di negeri
Kedah misalnya, pada awal abad ke-20, sudah ada usaha untuk mewujudkan sekolah
Inggeris.
Berikutan dengan itu, pada 8 Disember 1908 sebuah Sekolah Inggeris Kerajaan
(Government English School / G.E.S.) telah ditubuhkan di Alor Setar. Pada peringkat
permulaannya, seorang guru dari Penang Free School, iaitu Encik Mohamad bin Iskandar
telah dilantik menjadi guru besar yang pertama. Namun usaha untuk menarik minat orang
Melayu pada ketika ini kurang berjaya kerana masyarakat tempatan menitikberatkan
pendidikan berteraskan agama selain mempunyai persepsi negatif terhadap pendidikan
Inggeris. Hanya golongan kerabat diraja Kedah yang sebelum ini mendapat pendidikan di
Perak, Pulau Pinang dan Siam sahaja menghantar anak-anak ke G.E.S.
Menjelang tahun 1912, barulah G.E.S. menunjukkan perkembangan yang positif
apabila bilangan pelajar yang mendaftar menunjukkan peningkatan. Jumlah pelajar yang
mendaftar pada ketika itu adalah sebanyak 160 orang dan 103 daripada jumlah itu adalah
orang Melayu, 43 orang Cina, 11 orang India dan tiga orang Siam. Memasuki tahun 1926,
bilangan pelajar yang mendaftar telah meningkat kepada 479 orang dan dari segi pecahannya,
186
263 orang Melayu, 159 orang Cina, 49 orang India dan selebihnya daripada bangsa lain.
Selain itu, perkembangan G.E.S. ini juga dapat dinilai menerusi pembinaan bangunan tetap
yang dilengkapi enam buah blok, asrama dan perpustakaan. Lepasan daripada sekolah inilah
yang akan mengisi jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran negeri seperti perkhidmatan
Kedah Civil Service dan kerani.
Begitu juga di Johor, sekolah Inggeris setidak-tidaknya dikesan muncul pada awal
abad ke-20 lagi. Semasa pemerintahan Temenggung Abu Bakar, sebuah sekolah Inggeris
telah dibina di Tanjung Puteri dan seorang paderi dari Sekolah Kampung Gelam, Singapura,
iaitu H.G. Yzelman telah dilantik menjadi guru sekolah tersebut. Pembinaan sekolah Inggeris
ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kecenderungan penduduk Johor mendapatkan
pendidikan Inggeris di Singapura. Memasuki abad ke-20, sekolah Inggeris di Johor mulai
menunjukkan perkembangan yang positif dengan munculnya beberapa buah sekolah Inggeris.
Antaranya di Muar, Segamat, Batu Pahat dan Johor Bahru. Usaha untuk memberikan
pendidikan Inggeris ini tidak tertumpu kepada murid-murid lelaki semata-mata, sebaliknya
turut melibatkan murid perempuan dengan membina sekolah khas untuk mereka.
Perkembangan pendidikan Inggeris di Johor dilihat bermula di Muar apabila
penduduk meminta supaya diwujudkan sekolah Inggeris untuk anak-anak mereka. Untuk itu,
Sekolah Melayu Muar dijadikan tempat tumpangan sementara bagi murid-murid sekolah
Inggeris sebelum bangunan sekolah itu siap. Pada masa yang sama, kerajaan negeri telah
melantik G.H. Robert sebagai Pemeriksa Sekolah-Sekolah Inggeris Johor. Kerajaan juga turut
menyediakan biasiswa kepada anak-anak Johor untuk melanjutkan pelajaran khususnya di
Raffles College di Singapura. Sehingga tahun 1928 sahaja, terdapat seramai 750 orang anak
Melayu mendapat biasiswa untuk belajar di Sekolah Inggeris. Jumlah ini kemudiannya
meningkat kepada 768 orang pada tahun 1929.cli
Kesemua mereka yang mendapat biasiswa
ini merupakan pelajar Sekolah Inggeris di Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Segambut.
187
Menjelang tahun 1930, British mengamalkan dasar terbuka dengan membenarkan
anak-anak Melayu memasuki sekolah-sekolah Inggeris kerajaan.clii
Kod pendidikan 1936
telah mula diperkenalkan untuk menyeragamkan segala dasar pentadbiran, kurikulum, latihan
perguruan, waktu persekolahan, umur persekolahan, sukatan pelajaran, peperiksaan dan
sebagainya. Berdasarkan kod ini, kanak-kanak yang mempunyai sijil kelahiran Tanah
Melayu yang sah berpeluang memasuki sekolah Inggeris tanpa mengira bangsa, agama dan
darjat.cliii
Hal ini telah memberikan peluang kepada anak-anak Melayu bukan sahaja daripada
golongan bangsawan tetapi rakyat biasa untuk memasuki sekolah-sekolah Inggeris tersebut.
Pada tahun 1935, terdapat 35 buah sekolah Inggeris khusus untuk kanak-kanak lelaki
telah dibuka di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan bilangan pelajar yang mendaftar
seramai 11 868 orang. Memasuki tahun 1936, tiada sebarang penambahan sekolah Inggeris
namun dari segi bilangan pelajar yang mendaftar menunjukkan peningkatan. Bilangan pelajar
yang mendaftar pada tahun tersebut seramai 12 186 orang.cliv
Pada tahun 1937, bilangan
sekolah Inggeris menunjukkan pengurangan kepada 33 buah sekolah akibat penutupan dua
buah sekolah di Perak. Walau bagaimanapun, penutupan ini tidak sedikitpun menjejaskan
para pelajarnya. Jumlah pelajar yang mendaftar pada tahun ini meningkat kepada 12 281
orang.clv
Pada asasnya sekolah Inggeris yang ditubuhkan lebih berorientasi atau bercirikan
sistem pendidikan di England. Bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris dan buku-buku
teks yang digunakan pula kebanyakannya dibawa dari England. Mereka yang memasuki
sekolah Inggeris perlu menduduki peperiksaan Cambridge Local Examination yang mula
diperkenalkan sejak tahun 1901. Mereka yang lulus Junior dan Senior Certificate akan dapat
menyambung pelajaran di tahap kedua, iaitu persediaan Cambridge Local Division dan
Commercial Local Devision.clvi
Disebabkan penumpuan lebih banyak diberikan kepada
sistem pendidikan berorientasikan Barat, pendidikan Melayu terus diabaikan. Misalnya
188
Sejarah Tanah Melayu atau Nusantara dan pelajaran agama tidak diajar di sekolah-sekolah
Inggeris, manakala pelajaran bahasa Melayu hanya diajar kepada pelajar yang berminat di
luar waktu persekolahan.
Namun begitu, bilangan pelajar bukan Melayu lebih ramai berbanding pelajar
Melayu. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan sekolah Inggeris dibina di kawasan bandar
yang majoriti penduduknya bukan Melayu. Orang Melayu tinggal menetap di kampung-
kampung yang terletak jauh dari bandar. Perjalanan yang jauh dan sukar ke bandar juga telah
mengurangkan penyertaan orang Melayu di sekolah Inggeris. Oleh itu, masyarakat bukan
Melayu lebih berpeluang untuk memasuki sekolah tersebut berbanding orang Melayu yang
menetap di kawasan kampung.clvii
Selain faktor keengganan pihak British untuk membina sekolah Inggeris di kampung-
kampung telah menyebabkan kekurangan penyertaan pelajar Melayu di Sekolah Inggeris.
Sejak awal tahun 1920-an orang Melayu telah membuat banyak permintaan kepada kerajaan
British supaya mendirikan sekolah Inggeris di kampung mereka tetapi telah ditolak.
Contohnya, orang Melayu di Lenggong, Krian Perak dan Negeri Sembilan telah membuat
permintaan supaya mendirikan sekolah Inggeris tetapi tetap ditolak.clviii
Hal ini telah
menyebabkan orang Melayu yang paling sedikit bersekolah di sekolah Inggeris berbanding
kaum Cina dan India.
Jadual 5.3 Pelajar Sekolah Inggeris di Negeri- Negeri Melayu Bersekutu dan
Negeri - Negeri Selat (1924)
Kaum Jumlah Pelajar
Melayu 3,850
Cina 20,166
India 4,613
European/Eurasian 3,504
Lain-lain 740
Sumber: Ibrahim Saad, Pendidikan dan Politik di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka,1986, hlm. 26.
189
Berdasarkan jadual 5.3, jelas menunjukkan bahawa jumlah pelajar Melayu di Sekolah
Inggeris pada tahun 1924 hanya 3 850 berbanding 20 166 pelajar Cina dan 4 613 pelajar
India. Perbezaan yang ketara dapat dilihat antara kaum-kaum tersebut. Namun, ini tidak
bermaksud masyarakat Melayu tidak mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Jika
dilihat jumlah pelajar Melayu di sekolah bukan Inggeris (vernakular), penyertaan orang
Melayu adalah tertinggi berbanding bangsa-bangsa lain.clix
Misalnya pada tahun 1924,
jumlah pelajar Melayu di sekolah Melayu adalah tertinggi, iaitu 39 884 pelajar berbanding 12
175 pelajar sekolah Cina dan 7 317 pelajar sekolah India. Ini kerana sejak dahulu masyarakat
Melayu sangat menitikberatkan pendidikan anak-anak sama ada pendidikan formal mahupun
tidak formal. Disebabkan ingin menarik lebih ramai anak-anak Melayu memasuki sekolah
vernakular Inggeris ini, pihak British telah memberikan beberapa kelebihan kepada para
pelajar Melayu. Misalnya pelajar Melayu yang memasuki sekolah Inggeris telah dikecualikan
membayar yuran sekolah berbanding pelajar bangsa lain yang dikenakan yuran sebanyak 2
hingga 6 dolar setahun. Bagi mereka yang pintar dan cemerlang, mereka akan diberikan
biasiswa sebanyak 10 dolar setahun sebagai ganjaran atas usaha yang telah ditunjukkan oleh
mereka.clx
Selain biasiswa kerajaan, pelajar yang cemerlang dan memenuhi syarat-syarat tertentu
akan diberikan kelulusan oleh Cecil Clementi Smith untuk memperoleh Queen Scholarship.
Mulai tahun 1885, semua pelajar sekolah Inggeris yang cemerlang akan diberikan biasiswa
khas ini demi memperingati Ratu Victoria.clxi
Anak-anak Melayu daripada kalangan
bangsawan yang mempunyai pendidikan Inggeris ini kemudiannya akan diberi peluang untuk
berkhidmat dengan jabatan kerajaan sebagai pegawai kelas kedua.clxii
Di samping itu, terdapat juga biasiswa lain yang turut ditawarkan kepada pelajar
cemerlang, iaitu Singapore Scholarship pada akhir abad ke-19. Anak-anak Melayu yang
cemerlang di sekolah Inggeris tidak ketinggalan mendapat ganjaran biasiswa sebanyak $3
190
sebulan. Misalnya, Mohd Said Haji Sulaiman yang muncul sebagai pelajar terbaik dengan
memperoleh keputusan tertinggi berbanding pelajar lain dalam ujian penilaian di Council
Chamber, Pejabat Kerajaan Singapura telah diberikan ganjaran biasiswa sebanyak $3 sebulan
selama setahun. Setelah berjaya menamatkan pendidikannya dalam Darjah Empat di Sekolah
Melayu Teluk Belanga dan Darjah Dua di Sekolah Inggeris Kampong Baru, beliau telah
meneruskan pengajiannya di Sekolah Inggeris Raffles (Raffles School). Sepanjang
pengajiannya di Singapura, perbelanjaan tambang, pergi dan balik hari telah dibiayai oleh
kerajaan Johor.clxiii
Kebiasaannya ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah Inggeris dengan
tujuan supaya anak-anak mereka akan mendapat pekerjaan yang lebih baik. Walaupun anak-
anak yang bersekolah Inggeris berpeluang mendapat pekerjaan yang lebih baik berbanding
mereka yang mendapat pendidikan Melayu, namun hasrat British adalah untuk melatih tenaga
kerja seperti kerani, juruteknik bagi pekerjaan di jabatan-jabatan kerajaan. Jawatan tertinggi
dalam jabatan kerajaan adalah dalam kalangan orang Eropah. Walau bagaimanapun,
pentadbiran negeri Kedah di bawah pemerintahan British berbeza berbanding negeri-negeri
Melayu yang lain. Ini kerana pentadbiran dan pemerintahan di Kedah rata-ratanya telah
dikuasai oleh orang Melayu, manakala pegawai-pegawai British hanya melibatkan diri dalam
beberapa bahagian pentadbiran. Kynnersley, iaitu salah seorang pegawai British pernah
berkata, “it’s interesting to see how a purely Malay Government without European
interference and guidance has endearvured to model the administration on colonial
lines”.clxiv
Hal ini membuktikan bahawa orang Melayu juga mampu mentadbir dan
memerintah negeri mereka sendiri.
Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Kedah telah dipegang oleh orang Melayu
seperti Pegawai Majlis Negeri dipegang oleh Haji Mohamed Sheriff C.B.E, Hakim Besar
Melayu (Che Hanafi Sukun), Pegawai State Treasurer (Tuan Syed Omar Shahabudin),
191
Pegawai Auditor General (Tunku Mohamed Jiwa), dan Pegawai Tanah (Che Laedin Abdul
Manan) sebagainya.clxv
Pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan Awam Kedah (K.C.S) telah
dilantik berdasarkan beberapa syarat kelayakan yang diuruskan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri.clxvi
Menurut Dato’ Paduka Hj. Shaari, pegawai-pegawai K.C.S
diambil daripada mereka yang mempunyai kelulusan akademik daripada Kolej Sultan Abdul
Hamid, Penang Free School atau mempunyai kelulusan Senior Cambridge atau Junior
Cambridge.clxvii
Semasa pemerintahan British, kedudukan orang Melayu yang memegang
jawatan dalam pentadbiran walaupun sebagai budak pejabat akan dipandang tinggi oleh
masyarakat setempat. Dalam usaha mengekalkan Kedah sebagai negeri Melayu, keanggotaan
dalam Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) hanya dihadkan kepada orang Melayu kecuali
penasihat British. Namun begitu, orang Cina di Kedah juga turut diberikan peluang
menjawat jawatan pentadbiran seperti dalam Majlis Bandaran, Rumah Sakit dan Lembaga
Perlesenan.clxviii
Pendidikan bagi Kaum Wanita
Sebelum abad ke-20, masyarakat Melayu masih kurang kesedaran mengenai kepentingan
pendidikan formal bagi anak-anak perempuan berbanding anak lelaki. Rata-rata ibu bapa
lebih cenderung menghantar anak-anak lelaki ke sekolah Melayu berbanding anak
perempuan. Ini disebabkan mereka beranggapan bahawa anak lelaki akan menjadi pemimpin
dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rumah tangga mereka. Anak lelaki turut menjadi
harapan yang tinggi oleh ibu bapa untuk membantu dan menambahkan pendapatan keluarga
berbanding anak-anak perempuan yang akan meninggalkan mereka apabila sudah mendirikan
rumah tangga kelak.
Bagi anak-anak perempuan pula, mereka hanya diberi perhatian dari segi pendidikan
asas agama di samping mempelajari sedikit sebanyak bahasa Melayu. Ini disebabkan adat
192
resam orang Melayu ketika itu melarang anak gadis yang sudah remaja keluar dengan bebas
lebih-lebih lagi tiada bangunan tetap bagi sekolah perempuan.clxix
Di samping itu, ibu-ibu
juga bimbang kehilangan pembantu yang boleh menguruskan rumah tangga seperti memasak,
menjahitclxx
dan adakalanya membantu ibu bapa di sawah.clxxi
Tambahan pula, kaum wanita
akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling sekiranya cuba untuk melakukan
perubahan melalui pendidikan yang dianggap tidak seiring dengan amalan masyarakat
Melayu tradisional.
Kedinginan ibu bapa terhadap pendidikan kanak-kanak perempuan bertambah apabila
mereka menganggap dengan kepandaian menulis dan membaca akan menyumbang kepada
penulisan surat cinta dan pandangan bahawa duduk di rumah juga boleh belajar memasak dan
menjahit tanpa perlu pergi ke sekolah. Sesetengah mereka pula menganggap orang
perempuan hanya layak menjadi isteri, menjaga anak dan penunggu rumah sehingga ke akhir
hayat.clxxii
Oleh itu, mereka hanya diberikan pendidikan asas agama secara tidak formal di
rumah atau surau seperti mempelajari al-Quran, Fiqh, Tauhid, dan Akhlak.clxxiii
Selain pendidikan asas agama dan bahasa Melayu, kaum perempuan turut diasuh
dengan melakukan tugas-tugas harian di rumah sahaja supaya apabila berumah tangga kelak
mereka dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.clxxiv
Biasanya mereka
akan dikahwinkan pada usia muda, iaitu selepas usia baligh dalam lingkungan umur 12 tahun
terutamanya yang telah dapat menjalankan tugas rumah tangga dengan baik. Menurut Lenore
Manderson “As the girls grew older, increasing responsibility would fall to them, so that at a
marriageable age they were capable, with some continued guidance from older women of
running their own homes.”clxxv
Pendidikan tidak formal ini menyebabkan tidak berlakunya perkembangan pemikiran
malah kehidupan seharian mereka hanya tertumpu kepada urusan rumah tangga dan keluarga
sahaja.clxxvi
Amalan masyarakat Melayu tradisional yang tidak memberatkan pendidikan bagi
193
kaum wanita telah merugikan masyarakat itu sendiri malah bertentangan dengan agama Islam
yang begitu mementingkan pendidikan sama ada lelaki mahupun perempuan.
Menjelang awal abad ke-20, telah wujud kesedaran tentang kepentingan pendidikan
dalam kalangan masyarakat Melayu. Ibu bapa mula merasakan pendidikan begitu penting
untuk masa depan anak-anak mereka sama ada lelaki mahupun perempuan. Terdapat
beberapa faktor yang mendorong kepada kesedaran ini sehingga peratusan kanak-kanak
perempuan ke sekolah formal mula meningkat dari semasa ke semasa.
Pertama, terdapat banyak seruan atau saranan di dada-dada akhbar dan majalah
mengenai kepentingan pendidikan dalam kalangan anak-anak Melayu sama ada lelaki
mahupun perempuan. Di samping itu, penulis-penulis akhbar dan majalah turut mengkritik
beberapa amalan Melayu yang menyekat kaum wanita untuk maju ke hadapan. Mereka
merasakan hal ini tidak bersesuaian untuk digunakan pada zaman tersebut.clxxvii
Majalah al-
Imamclxxviii
misalnya menekankan manfaat dan kepentingan pendidikan sebagai kunci
kesedaran dan kemajuan bangsa Melayu.clxxix
Di samping itu, majalah ini turut membicarakan mengenai masalah wanita terutama
perjuangan emansipasi wanita selain menyarankan supaya kelas-kelas untuk anak-anak
perempuan dibuka di sekolah-sekolah rendah hingga darjah tiga untuk memberi pelajaran al-
Quran dan agama agar kelak mereka menjadi ibu-ibu yang berpelajaran.clxxx
Selain al-Imam,
terdapat juga seruan yang sama ditulis oleh Hajah Zain binti Sulaimanclxxxi
dalam majalah
Bulan Melayuclxxxii
dan Kencana.clxxxiii
Artikel tersebut turut menekankan betapa pentingnya
pendidikan kepada kaum wanita yang bakal menjadi pendidik pertama kepada anak-anak
mereka.clxxxiv
Kedua, terdapat juga dalam kalangan pemimpin dan sultan yang turut berusaha
memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak
perempuan. Misalnya Maharaja Abu Bakar bukan sekadar menyumbang wang untuk
194
pembinaan sekolah tetapi turut menyarankan agar ruangan bilik anak perempuannya untuk
dijadikan kelas bagi kanak-kanak perempuan. Baginda juga telah bertindak sebagai penaung
bagi sekolah perempuan pertama yang ditubuhkan di Teluk Belanga, Singapura.clxxxv
Sementara itu di Selangor, Raja Sulaiman turut menyedari tentang pentingnya pelajaran dan
pendidikan bagi kanak-kanak perempuan. Baginda telah mendesak British untuk membina
sekolah khusus bagi kanak-kanak perempuan. Hasilnya pada tahun 1895, sebuah sekolah
perempuan di Bandar Langat, Banting telah ditubuhkan. Ini merupakan permulaan sekolah
bagi kanak-kanak perempuan di negeri Selangor.clxxxvi
Ketiga, saranan daripada tokoh pendidik seperti Za’ba mengenai kepentingan
pendidikan dalam kalangan wanita. Menurut beliau, menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap
orang Islam sama ada lelaki mahupun perempuan demi mendapat kemuliaan di dunia dan
akhirat. Ini ditegaskan dalam karyanya, Ilmu Mengarang Melayu:
“…Pelajaran itu amat wajibnya bagi kemajuan dan keselamatan
kaum Melayu. …Perempuan-perempuan itu sangat patut bahkan
wajib juga diberi pelajaran sebagaimana laki-laki; kerana mereka
itupun manusia juga dan sama-sama ada hak mendapat pelajaran
dan pengetahuan seperti laki-laki.”clxxxvii
Za’ba menjelaskan bahawa pendidikan bagi anak-anak perempuan dan kaum wanita
Melayu amat penting kerana adalah tidak adil jika mereka diketepikan dalam soal mencari
ilmu pengetahuan sedangkan Rasulullah SAW juga tidak membezakan antara lelaki dan
wanita dalam hal-hal pendidikan dan pelajaran. Malah Rasulullah SAW menggalakkan
pengikutnya memberi pendidikan walaupun kepada hamba-hamba wanita. Di dalam al-
Quran turut menuntut umatnya membaca (Iqra’) dan meletakkan golongan yang berilmu
dalam satu darjat lebih tinggi.clxxxviii
Pendidikan kepada wanita penting kerana mereka yang berpendidikan ini akan dapat
mendidik anak-anak dengan lebih sempurna kerana ibu adalah guru yang pertama bagi anak-
anak tersebut. Merekalah yang mendidik, memimpin, memberi acuan, latihan dan sebagainya
195
kepada anak-anak. Daripada latihan dan didikan inilah akan membentuk kelakuan dan
fikiran anak-anak kecil sehingga mereka meningkat dewasa.clxxxix
Di samping itu, Za’ba juga
cuba menjelaskan kepentingan ilmu pengetahuan secara umum sebagai penyelesaian terhadap
kemunduran pendidikan anak-anak Melayu pada ketika itu dengan membayangkan betapa
pentingnya pendidikan anak-anak yang akan mempengaruhi jiwa dan akhlak mereka. Jika
asas pendidikan kurang elok, maka anak-anak bakal mempunyai sifat “kurang amanah,
rendah hemah dan kasar budi pekerti”.cxc
Selain itu, Syed Syeikh al-Hadi,cxci
tokoh Kaum Muda juga turut menyelar sikap ibu
bapa yang tidak mementingkan pendidikan anak-anak perempuan. Baginya wanita sebagai
isteri dan ibu kepada anak-anak haruslah mempunyai pendidikan untuk mengharmoni dan
mengatur rumah tangganya dengan bijaksana. Beliau turut menegaskan bahawa jika sesuatu
bangsa itu ingin maju haruslah memajukan dahulu kaum wanitanya.cxcii
Melalui ibu bapa yang
berpendidikan diharap dapat melahirkan dan mendidik anak-anak menjadi orang yang
berguna kelak.
Keempat, sesetengah guru juga turut membimbing kebanyakan ibu bapa tentang
kepentingan pendidikan. Misalnya abang ipar kepada Tan Sri Aishah Ghani iaitu Encik
Abdul Halim yang merupakan seorang guru agama dari Indonesia sentiasa membuka minda
ibu bapanya untuk membenarkan Aishah mendalami ilmu pengetahuan sebanyak
mungkin.cxciii
Melalui kesedaran itu, maka Aishah dibenarkan untuk mendapatkan pendidikan
awalnya di Sekolah Melayu Bukit Raya, Hulu Langat pada tahun 1930 dan pada masa yang
sama beliau telah meneruskan pelajarannya di Sekolah Agama Rakyat pada sebelah
petangnya.cxciv
Kemudian beliau telah dapat meneruskan pelajarannya ke Sekolah Diniyah
Puteri,cxcv
Sumatera Barat Indonesia, iaitu sebuah sekolah agama terkenal di Padang Panjang
pada tahun 1935.cxcvi
196
Kelima, guru-guru juga turut memberi galakan dan semangat kepada para pelajar
untuk meneruskan pelajaran sehingga berjaya. Misalnya Cik Kontik Kamariah binti Ahmad
yang merupakan seorang guru pelawat pernah datang ke beberapa buah sekolah di Selangor
pada tahun 1933 sentiasa menyuntik semangat kepada para pelajar untuk terus maju dan
berjaya dalam pendidikan.cxcvii
Pada tahun yang sama, seorang guru pelawat bernama Encik
Mohd. Yusof Ahmadcxcviii
telah datang ke sekolah di Selangor untuk mengenal pasti pelajar
yang bijak untuk dimasukkan ke sekolah Inggeris setelah tamat Darjah Lima.cxcix
Tawaran ke
sekolah Inggeris ini menyebabkan ibu bapa merasakan bahawa pendidikan anak-anak begitu
penting terutama apabila mengetahui lulusan sekolah Inggeris mempunyai masa depan yang
cerah. Ini kerana pelajar berkelulusan sekolah Inggeris mempunyai peluang yang tinggi
untuk menjawat jawatan dalam sektor-sektor kerajaan berbanding pelajar yang berkelulusan
sekolah Melayu.cc
Keenam, guru-guru Melayu juga turut menyuarakan pandangan agar sekolah bagi
kanak-kanak perempuan juga dibina.cci
Ini disebabkan mereka mahu anak-anak Melayu
terutamanya perempuan agar turut maju dalam segala bidang yang bakal mereka ceburi kelak.
Oleh itu, pada tahun 1844, sekolah khas bagi kanak-kanak perempuan telah ditubuhkan di
Singapura iaitu Raffles Girl’s School dan Holy Infant Jesus School pada tahun 1854. Selain
itu pada tahun 1883, sekolah perempuan Melayu pertama didirikan di Teluk Belanga, Johor
Bahru diikuti empat buah lagi sekolah perempuan pada tahun 1884 di Singapura.ccii
Johor
merupakan antara negeri yang memberi perhatian sepenuhnya kepada pendidikan untuk
kanak-kanak perempuan. Hal ini dapat dibuktikan menerusi pembinaan sekolah perempuan di
Johor sekitar abad ke-20.
Pada tahun 1911, Sekolah Perempuan “Sukapeti” telah ditubuhkan di Muar untuk
memberi pendidikan kepada kanak-kanak perempuan Melayu. Sekolah yang dibina oleh
penduduk kampung ini kemudiannya telah diambil alih oleh kerajaan dan digantikan
197
namanya kepada Sekolah Perempuan Bandar Maharani Muar yang diketuai oleh guru Melayu
iaitu Cik Inon binti Abdullah. Pada tahun 1918, beberapa buah sekolah perempuan telah
didirikan seperti Sekolah Perempuan Bandar Tinggi, Sekolah Perempuan Bandar Penggaram
dan Sekolah Perempuan Bagan. Seterusnya pada tahun 1920-30-an, Johor terus menunjukkan
perkembangan dalam pendidikan untuk wanita menerusi penubuhan Sekolah Perempuan
Kampung Baru, Sekolah Perempuan Bukit Senyum, Sekolah Perempuan Bandar Segamat,
Sekolah Perempuan Bandar Kluang dan Sekolah Perempuan Bandar Tangkak. Fokus
pembelajaran di sekolah perempuan ini sama seperti sekolah lelaki yang lain cuma terdapat
beberapa penambahan bidang yang berkaitan dengan wanita seperti jahitan, kesihatan,
masakan dan mendidik anak.
Gambar 5.4 Guru dan Murid Perempuan Sekolah Melayu Pulau Pinang, 1941.
Sumber: Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur
Melalui kesedaran ini, sesetengah ibu bapa telah mula memberikan perhatian
terhadap pendidikan formal kepada anak-anak perempuan mereka. Ibu bapa merasakan
198
bahawa anak-anak perempuan juga perlu diberikan pendidikan formal untuk kesenangan
masa hadapan mereka.
Penubuhan sekolah kanak-kanak perempuan di Singapura ini mendapat perhatian
masyarakat dan lima tahun berikutnya kerajaan British telah berusaha mendirikan beberapa
buah sekolah perempuan, iaitu di Kedah Road, Pulau Pinang, Melaka, Perak, Kampung Baru,
Selangorcciii
dan sebagainya bagi menggalakkan pendidikan bagi kanak-kanak perempuan
bukan sahaja di peringkat rendah malahan di peringkat menengah.cciv
Pada akhir abad ke-19,
negeri Perak mempunyai sembilan buah sekolah untuk kanak-kanak perempuan diikuti di
Selangor pula sebanyak dua buah sekolah.ccv
Manakala, di Kedah terdapat lima buah sekolah
Melayu Perempuan pada tahun 1930, iaitu di Alor Setar, Yan, Sungai Petani, Kulim dan Kota
Kuala Muda.ccvi
Sekolah-sekolah ini mula memperkenalkan pelajaran berkaitan sains rumah
tangga seperti seni jahitan, membuat renda, menenun kain sutera dengan tujuan supaya kelak
mereka dapat menjana pendapatan keluarga melalui kemahiran tersebut.ccvii
Gambar 5.5 Pelajar Perempuan Belajar Membuat Lace di Sekolah
Sumber: Department of Education Annual Report 1951
Di samping itu, mereka juga turut diajar pelajaran memasak, clay modelling
(merupakan benda), menggunting kertas, mencabut benang, ilmu kebersihan dan kesihatan
199
yang diajar oleh doktor perempuan Inggeris. Pelajaran baharu ini diterapkan untuk lebih
menarik minat anak-anak perempuan berbanding skop pelajaran sekolah perempuan suatu
masa dahulu.ccviii
Selain pelajaran Sains Rumah Tangga, kanak-kanak perempuan juga turut terlibat
dalam aktiviti kepanduan. Misalnya Bahtera bilangan 26, April 1932 menyebut mengenai
penglibatan pelajar perempuan Melayu dalam aktiviti Girl Guides. Penyelia sekolah-sekolah
perempuan Melayu, Zain bin Sulaiman telah menyertai Girl Guides sebagai pegawai. Beliau
menyarankan agar pelajar perempuan Melayu menyertai Girl Guides untuk membina
keyakinan diri agar bersaing dengan bangsa-bangsa lain. Pada masa itu baharulah orang
Melayu mampu melahirkan kaum ibu yang berkualiti.
Gambar 5.6 Kanak-Kanak Perempuan Melayu Terlibat dalam Brownies di Sekolah Inggeris
Kg. Baru (Jan.1932-Julai 1938)
Sumber: Bulan Melayu Jan. 1932- Julai 1938 G.22 600, Arkib Negera Malaysia, Cawangan
Kuala Lumpur.
Dengan kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan dalam kalangan anak-anak
perempuan, jumlah pelajar perempuan mula meningkat dari semasa ke semasa. Annual
200
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new
Bab 5. new

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
Assignment CTU151-Zaman Kerajaan UthmaniyyahAssignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
Assignment CTU151-Zaman Kerajaan UthmaniyyahUniversity Of Dungun
 
Peranan-guru-dalam-pelaksanaan-kurikulum (1).ppt
Peranan-guru-dalam-pelaksanaan-kurikulum (1).pptPeranan-guru-dalam-pelaksanaan-kurikulum (1).ppt
Peranan-guru-dalam-pelaksanaan-kurikulum (1).pptZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiafiro HAR
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasamarzieta
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanalexsonn
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuAlif Akram
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahIr Deena
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Noorezayu Mohd Said
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as soutkenjisword
 
Laporan penyata razak
Laporan penyata razakLaporan penyata razak
Laporan penyata razakfiro HAR
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanffyue
 
Kerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani UmmayahKerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani UmmayahIzzat Amir
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliah
Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliahBab 1 manusia dan masyarakat jahiliah
Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliahKarsodikromo Yatiman
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Alif Akram
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibDenne Freddy
 
Topik 4. kemahiran membuat rujukan
Topik 4. kemahiran membuat rujukanTopik 4. kemahiran membuat rujukan
Topik 4. kemahiran membuat rujukanAlecis Alex
 
Al ghazali
Al  ghazaliAl  ghazali
Al ghazalinurAkhma
 

La actualidad más candente (20)

Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
Assignment CTU151-Zaman Kerajaan UthmaniyyahAssignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
Assignment CTU151-Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
 
Peranan-guru-dalam-pelaksanaan-kurikulum (1).ppt
Peranan-guru-dalam-pelaksanaan-kurikulum (1).pptPeranan-guru-dalam-pelaksanaan-kurikulum (1).ppt
Peranan-guru-dalam-pelaksanaan-kurikulum (1).ppt
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
Panduan Penulisan Akademik (Institut Pendidikan Guru)
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as sout
 
Laporan penyata razak
Laporan penyata razakLaporan penyata razak
Laporan penyata razak
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
 
Kerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani UmmayahKerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani Ummayah
 
Masalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturanMasalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturan
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliah
Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliahBab 1 manusia dan masyarakat jahiliah
Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliah
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman Talib
 
Topik 4. kemahiran membuat rujukan
Topik 4. kemahiran membuat rujukanTopik 4. kemahiran membuat rujukan
Topik 4. kemahiran membuat rujukan
 
Al ghazali
Al  ghazaliAl  ghazali
Al ghazali
 

Destacado

Soalan Kertas 2. Trial Melaka 2016
Soalan Kertas 2. Trial Melaka 2016Soalan Kertas 2. Trial Melaka 2016
Soalan Kertas 2. Trial Melaka 2016isharsmiaa
 
Skema Kertas 2. Trial Melaka 2016
Skema Kertas 2. Trial Melaka 2016Skema Kertas 2. Trial Melaka 2016
Skema Kertas 2. Trial Melaka 2016isharsmiaa
 
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)isharsmiaa
 
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatSolat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatAzizan Jae
 

Destacado (8)

Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
LGBT
LGBTLGBT
LGBT
 
Silibus 1
Silibus 1Silibus 1
Silibus 1
 
Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)
 
Soalan Kertas 2. Trial Melaka 2016
Soalan Kertas 2. Trial Melaka 2016Soalan Kertas 2. Trial Melaka 2016
Soalan Kertas 2. Trial Melaka 2016
 
Skema Kertas 2. Trial Melaka 2016
Skema Kertas 2. Trial Melaka 2016Skema Kertas 2. Trial Melaka 2016
Skema Kertas 2. Trial Melaka 2016
 
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)
 
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatSolat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
 

Similar a Bab 5. new

Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu
Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu nur saadan
 
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu edited
Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu editedPresentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu edited
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu editednur saadan
 
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)Kegemilangan melaka (UPSI 2014)
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)TG Huda EG Hadi
 
Titas present kump 2
Titas present kump 2Titas present kump 2
Titas present kump 2Biru Langit
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameriameri57
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameriameri57
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuNormurni Mohamad
 
CH8F4
CH8F4CH8F4
CH8F4cgsha
 
Islam dalam tamadun melayu
Islam dalam tamadun melayuIslam dalam tamadun melayu
Islam dalam tamadun melayufaizah12
 
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Abdul Khaliq
 
sejarah perundangan islam di malaysia.pdf
sejarah perundangan islam di malaysia.pdfsejarah perundangan islam di malaysia.pdf
sejarah perundangan islam di malaysia.pdfDanialAfiq12
 
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
KARYA AGUNG Topik 1   sejarahKARYA AGUNG Topik 1   sejarah
KARYA AGUNG Topik 1 sejarahHasnah Bukini
 
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113NursKitchen
 
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu MelakaPeranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu MelakaHalim Sallehuddin
 
Tutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awalTutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awalFara Dianna
 
(Sadn1013 h) kump 14
(Sadn1013 h) kump 14(Sadn1013 h) kump 14
(Sadn1013 h) kump 14sadn1013
 
Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZairol83
 

Similar a Bab 5. new (20)

BAB 1 .pdf
BAB 1 .pdfBAB 1 .pdf
BAB 1 .pdf
 
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu
Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu
 
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu edited
Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu editedPresentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu edited
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu edited
 
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)Kegemilangan melaka (UPSI 2014)
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)
 
Titas present kump 2
Titas present kump 2Titas present kump 2
Titas present kump 2
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
 
CH8F4
CH8F4CH8F4
CH8F4
 
Islam dalam tamadun melayu
Islam dalam tamadun melayuIslam dalam tamadun melayu
Islam dalam tamadun melayu
 
Nota Bab 8
Nota Bab 8Nota Bab 8
Nota Bab 8
 
Nota B8T4
Nota B8T4Nota B8T4
Nota B8T4
 
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
 
sejarah perundangan islam di malaysia.pdf
sejarah perundangan islam di malaysia.pdfsejarah perundangan islam di malaysia.pdf
sejarah perundangan islam di malaysia.pdf
 
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
KARYA AGUNG Topik 1   sejarahKARYA AGUNG Topik 1   sejarah
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
 
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
 
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu MelakaPeranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Peranan Islam dalam Memacu Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
 
Tutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awalTutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awal
 
(Sadn1013 h) kump 14
(Sadn1013 h) kump 14(Sadn1013 h) kump 14
(Sadn1013 h) kump 14
 
Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melaka
 

Bab 5. new

  • 1. BAB 5 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MELAYU Pengenalan Kemajuan pendidikan dalam masyarakat Melayu bukanlah suatu kesedaran yang baharu, malah penekanan mengenai kepentingan pendidikan dapat dilihat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Orang yang berilmu dalam masyarakat Melayu tetap dimuliakan dan dipandang tinggi meskipun mereka berketurunan rakyat biasa. Bezanya, pendidikan dalam masyarakat Melayu sebelum berkembangnya pendidikan Barat, lebih berteraskan pendidikan Islam dan al-Quran. Menjelang awal abad ke-20, penerimaan masyarakat Melayu terhadap pendidikan yang diperkenalkan pihak British beransur terbuka. Dengan kata lain, mulai tempoh tersebut, sistem pendidikan yang dilalui anak-anak Melayu berteraskan dua elemen iaitu agama dan sekular. Namun perkembangan yang paling penting ialah timbulnya kesedaran dalam masyarakat Melayu bahawa kemajuan pendidikan merupakan elemen baharu yang dapat menyediakan mereka memasuki pasaran pekerjaan yang baharu. Pencapaian yang terbesar dalam kesedaran ini ialah kedudukan wanita. Anak-anak perempuan Melayu yang mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi diberi ruang untuk memainkan peranan yang lebih penting berbanding era sebelumnya. Pendidikan Tradisional Awal Masyarakat di Alam Melayu Sebelum kedatangan British ke Alam Melayu dan Tanah Melayu secara khususnya, masyarakat Melayu telah mempunyai corak pendidikan sendiri, iaitu pendidikan asas agama dan al-Quran. Pendidikan tersebut telah berkembang pesat seawal kedatangan Islam ke Alam Melayu, iaitu setelah pengislaman kerajaan Melaka dan beberapa kerajaan Melayu yang lain. Pendidikan agama di peringkat awal kedatangan Islam boleh dilihat melalui gambaran yang 148
  • 2. diberikan oleh karya-karya yang telah dihasilkan. Misalnya Sejarah Melayu memperlihatkan Samudra-Pasai sebagai negeri yang mula-mula menerima Islami dan masyhur dari segi pendidikan agama dan kesusasteraan Melayu-Islam.ii Kemasyhuran Pasai dalam pendidikan agama ketika itu tidak dapat disangkal lagi sehingga hal-hal penterjemahan mahupun yang berkaitan dengan agama yang tidak dapat diselesaikan akan dirujuk kepada ulama Pasai. Sejarah Melayu turut menyebut bahawa Maulana Abu Bakar telah membawa sebuah kitab tasawuf yang ditulis oleh gurunya, iaitu seorang sufi bernama Abu Ishaq bertajuk Durr al-Manzumiii kepada Sultan Mansur Syah, lalu baginda menitahkan supaya buku tersebut perlu dibawa ke istana Pasai bagi mendapatkan penjelasan dan tafsiran lanjut sebelum dibawa ke Melaka semula untuk dipelajari oleh baginda sendiri.iv Kitab berkenaan ajaran tauhid bercampur tasawuf ini telah ditafsir oleh seorang ulama Pasai bernama Tuan Pematakan atau Tuan Patakan setelah dipertanggungjawabkan oleh Sultan Pasai. Dengan usaha dan jasa tersebut, beliau telah diberi hadiah berupa tujuh tahil emas urai serta dua orang perempuan bernama Dang Bunga dan Dang Bibah oleh Sultan Mansur Syah.v Kitab Durr al-Manzum yang memang terkenalvi sejak zaman Sultan Mansur Syahvii dan masih terus dipelajari oleh golongan istana seperti Sultan Alauddin Riayat Shahviii dengan bergurukan Maulana Abu Bakar dan anaknya Raja Ahmad (Sultan Mahmud Shah)ix yang bergurukan Maulana Sadar Jahan.x Apabila kerajaan Pasai dikalahkan oleh Majapahit, kedudukannya dalam politik tidak lagi berpengaruh. Oleh sebab itu, tempatnya telah diganti oleh kerajaan Melayu Melaka pada hujung abad ke-15 dan mula menjadi masyhur serta menjadi tumpuan kepada para pedagang dan ulama Islam sehingga terkenal sebagai pusat penyebaran Islam di Alam Melayu.xi Melaka mula menjadi pusat pendidikan dan pembudayaan ilmu sehingga terkenal di rantau ini. Memang sukar untuk menentukan wujudnya pendidikan dan pembudayaan ilmu ketika 149
  • 3. itu disebabkan kekurangan sumber mengenainya, namun melalui Sejarah Melayu dapat diperhatikan wujudnya keadaan tersebut. Terdapat tiga fakta yang mencerminkan pendidikan agama yang terpancar di Melaka. Pertama, penyebutan nama beberapa tokoh ilmuan seperti Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Yusuf, Kadi Yusuf, Kadi Munawar dan sebagainya. Kedua, tempat-tempat pengajian ilmu agama seperti di istana Sultan Mansur Syah, rumah Maulana Yusuf, rumah Kadi Munawar. Ketiga, bahan-bahan pengajian seperti Kitab Durr al-Manzum, Kitab Maklumat (al-Luma’), Hikayat Muhammad Hanafiyyah, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya.xii Dengan adanya guru atau tenaga pengajar, tempat atau lokasi dan bahan pengajian menunjukkan bahawa pendidikan yang dijalankan bersifat formal. Dipercayai bahawa pendidikan ilmu tasawuf telah wujud melalui tarekat-tarekatxiii yang terbentuk di rantau ini. Sejarah Melayu menggambarkan bahawa pengajaran ilmu tasawwuf ini telah berkembang di Melaka. Misalnya persoalan tentang penghuni syurga dan neraka sama ada kekal atau tidak seperti yang ditanya oleh Tun Bija Wangsa ke Pasai setelah dititahkan oleh Sultan Mansur Syah. Persoalan tersebut telah berjaya dijawab oleh dua orang ahli tasawuf Pasai, iaitu Tun Makhdum Mua dan Tun Hasanxiv berdasarkan surah al- Bayyinah ayat 6-8 yang menegaskan bahawa para penghuni syurga dan neraka itu kekal selama di dalamnya.xv Jawapan tersebut menggambarkan bahawa pendidikan ilmu tasawuf telah berkembang di Melaka dan Pasai. Selain aliran tasawuf, aliran teologi (usuluddin) yang menjadi asas kepada akidah bagi orang Islam juga telah diajar kepada para pemerintah dan rakyat Melaka.xvi Jika dirujuk melalui Sejarah Melayu, aliran ahli sunnah wa al-jamaah dapat dilihat melalui ajaran Abu Ishak, iaitu seorang ahli sufi yang berasal dari Makkah melalui kitab Durr al-Manzumnya yang telah dibawa oleh muridnya, Maulana Abu Bakar. Karya yang membahaskan tentang zat, sifat dan af’al Allah ini merupakan persoalan utama yang dibahaskan dalam bidang 150
  • 4. teologi. Ajaran teologi ahli sunnah wa al-jamaah ini kemudiannya telah diajar oleh Maulana Abu Bakar bukan sahaja kepada Sultan Mansur Syah (1459-1477) dan pembesar istana, malah juga kepada seorang Kadi Melaka bernama Kadi Yusuf.xvii Semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, baginda masih diajar oleh Maulana Abu Bakar menggunakan kitab yang sama tetapi semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah, baginda bersama anaknya, iaitu Sultan Ahmad Syah dan para pembesar yang lain telah diajar pula oleh Makhdum Sadar Jahan.xviii Memandangkan kitab Durr al-Manzum terkenal di Melaka, Acheh dan Riau pada ketika itu, maka dipercayai Maulana Sadar Jahan turut menggunakan kitab yang sama untuk mengajarkan Sultan Mahmud Syah.xix Di samping itu, pendidikan hukum fiqh (syariah) juga turut diajar secara meluas pada ketika itu sehingga mempengaruhi pemikiran sesetengah raja Melayu. Misalnya kitab Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka menunjukkan bahawa pengaruh daripada pendidikan hukum fiqh ini telah tersebar sehingga ditulis sebagai panduan dalam pemerintahan.xx Berteraskan pendidikan agama terutama aspek siasah (politik) seseorang pemerintah itu dapat memerintah dengan adil dan saksama. Penekanan terhadap pemerintahan yang adil berteraskan syariah Islam dapat dilihat menerusi wasiat Sultan Mansur Shah kepada anaknya Sultan Alauddin Riayat Syah: “Adapun peninggalan aku ini, hei anakku, hendaklah engkau berbuat adil sangat-sangat, dan jangan engkau mengambil hak orang tiada sebenarnya. Makan haqu’l-adam terlalu besar dosanya, tiada diampuni Allah subhanahu wa taala; melainkan dengan izin yang empunya hak juga; dan jangan khali engkau keluar dihadap orang, kerana hamba Allah sekaliannya banyak berserah kepadamu; jikalau kesukaran baginya, hendaklah segala yang kesakitan itu segera engkau tolong;jikalau teraniaya ia, hendaklah engkau periksa ia baik-baik, supaya di akhirat jangan diberatkan Allah atasmu…”xxi Walaupun tidak diketahui dengan jelas sejauh manakah Sultan Mansur Syah telah mempraktikkan hukum syariah dalam pemerintahannya namun melalui wasiat berupa nasihat 151
  • 5. agar anaknya bersikap adil dalam pemerintahan menunjukkan bahawa pemahaman tentang hukum syariah telah wujud dalam pemikiran baginda. Keadaan ini juga menunjukkan bahawa baginda mahu pentadbiran berteraskan hukum syariah dijalankan dalam pentadbiran kerajaan Melaka seterusnya. Setelah kejatuhan Melaka pada tahun 1511, Acheh dikatakan telah menjadi kuasa terkuat di Alam Melayu. Pada tahun 1525, kerajaan Acheh bahagian utara Pulau Percha (Sumatera) mula bangkit dan Sultan Ibrahim di Acheh Utara telah dapat menakluki Pasai dengan jayanya sehingga ramai ulama yang berada di Pasai beralih tumpuan ke Acheh. Kerajaan Acheh menjadi bertambah luas apabila penaklukan dilakukan sehingga ke Bangkahulu termasuk daerah-daerah pantai laut Minangkabau (Padang, Bengkulu, Moko- moko, Pariaman, Tiku) yang mana semua daerah ini berada di bawah kerajaan Acheh selama 50 tahun. Manakala, di Timur pula Acheh telah meluaskan pula kuasanya sehingga ke Jambi, Siak, Riau, Lingga dan Semenanjung Tanah Melayu (Johor dan Pahang). xxii Di samping itu, Acheh juga menjadi pusat perdagangan terkenal dan begitu gemilang dengan pemerintahan bercorak Islam serta perkembangan ilmu pengetahuan pada abad ke-17. Setelah Acheh menjadi pusat perdagangan, para pedagang Islam yang sebelum ini berdagang di Melaka telah menukar arah dan memilih Acheh sebagai pusat pedangangan yang baharu di rantau ini. Ketika ini, Acheh telah dapat menguasai pelbagai daerah di bahagian selatan dan barat Sumatera.xxiii Pada ketika ini telah wujud penulisan berbentuk agama yang telah dilahirkan oleh ulama-ulama Acheh mahupun pedagang luar yang datang ke Acheh.xxiv Antara ulama masyhur di Acheh pada abad ke- 16 dan ke-17 termasuklah Abul Khair ibn Shaikh ibn al-Hajar (mengajar ilmu Fiqh dan kitab al-Saif al-Kati (Pedang Tajam) dan Muhammad al-Yaman (mengajar ilmu usul) yang berasal dari Makah, Sheikh Muhammad Jailani ibn Muhammad Hamid al-Raniri (guru ilmu Mantik, Sharahan dan Fekah) berasal dari Gujerat dan Muhammad Azhari dari Mesir. Hasil karya mereka meliputi bidang pengajian 152
  • 6. Islam yang luas seperti Fiqh, Usuluddin, Falsafah, Tasawuf, Tafsir, Hadis, Tatabahasa Arab selain kesusasteraan yang meliputi sejarah. Melalui pengajian dan pendidikan agama maka telah terbentuk satu golongan intelektual yang sedar akan kepentingan ilmu pengetahuanxxv dan mereka turut berkebolehan dalam pelbagai bidang keilmuan. Buktinya dapat dilihat melalui dakwaan De Eredia, sewaktu beliau berada di Melaka pada abad ke-16 seperti berikut: “The majority of the Malayos are cheerful, roguish, and very wanton; ingenious and intelligent, but negligent and careless about studies and arts; they spend their time amusing themselves, and so, as a rule, few literati, mathematicians, or astrologers are to be found amongst them.”xxvi Begitu juga dengan kenyataan Francois Valentyn dalam gambarannya tentang masyarakat Melaka pada awal abad ke-18 seperti yang berikut: “The Malays are the most cunning, the most ingenius and the politest people of the whole East…Their language, Bahasa Malayu…the Malays are accustomed to study it, trying their utmost to enlarge their knowledge of it and to learn Arabic; even some among them the Persian language too, and those who are more studious still strive to obtain knowledge of the Sanskrit…”xxvii Melalui kedua-dua petikan di atas menunjukkan bahawa kebanyakan orang Melayu adalah bijaksana, mahir, cerdik dan boleh membaca serta menulis. Walaupun dikatakan ketika ini mereka lalai dari segi pelajaran dan kemahiran kerana lebih banyak menghabiskan masa dengan berseronok namun masih terdapat dalam kalangan mereka yang telah menjadi pemerintah, ahli matematik, ahli kaji bintang, sejarawan dan sebagainya. Mereka bukan sahaja menguasai bahasa Melayu tetapi turut mempelajari bahasa Arab dan sesetengahnya mempelajari bahasa Parsi serta Sanskrit. Manakala di Kelantan pula, pendidikan agama setidak-tidaknya dikesan bermula sekitar tahun 1780-an. Pada ketika itu, Tuan Syeikh Haji Abdul Halim merupakan individu yang bertanggungjawab mendidik anak-anak raja dan pembesar serta masyarakat tempatan. 153
  • 7. Beliau yang mendapat pendidikan di Makkah telah menggunakan kitab yang dibawa dari Makkah dan menyampaikannya dalam kaedah lisan dengan menggunakan bahasa Melayu. Hal ini kerana kitab yang digunakannya ialah kitab Jawi dan Arab, sementara penduduk Kelantan pada ketika itu kebanyakannya adalah buta huruf. Sebagaimana di kawasan- kawasan lain, proses pendidikan awal di Kelantan ini juga menjadikan istana dan surau sebagai institusi pendidikan. Malah sultan sendiri telah mengarahkan penduduk Kelantan pada ketika itu bergotong-royong mendirikan surau untuk dijadikan tempat Tuan Syeikh Haji Abdul Halim mengajar.xxviii Antara fokus pembelajaran yang disampaikan ialah fardu ain, rukun Islam, rukun Iman, al-Quran dan menulis Jawi. Proses pengajaran dan pembelajaran agama ini kemudiannya diteruskan pula oleh anaknya, iaitu Haji Yaakub. Sama seperti bapanya, Haji Yaakub mendapat pendedahan agama di Mekah sebelum kembali ke Kelantan untuk mengajar di istana dan surau. Pada ketika ini Haji Yaakub menitikberatkan pendidikan kepada semua penduduk tempatan meliputi kaum lelaki dan wanita selain mempelbagaikan lagi fokus pengajarannya. Antara ilmu yang diajar oleh Haji Yaakub termasuklah Figh, Tauhid, Tasawuf, Maani (Sastera Arab), Mantik, Tafsir dan syair.xxix Oleh sebab Haji Yaakub tidak mempunyai anak, usaha ini diteruskan oleh anak saudaranya Haji Osman dan Haji Ahmad bin Haji Yusoff berserta anaknya Haji Taib, Haji Ishak dan Haji Ibrahim.xxx Perkembangan pendidikan agama secara tidak formal ini berterusan hingga abad ke- 19. Rata-rata masyarakat Melayu menganggap pendidikan agama sebagai suatu yang penting kerana tanpa pendidikan, masyarakat tidak akan dapat memahami dan mempraktikkan Islam dengan sebenar-benarnya dalam kehidupan mereka. Oleh itu, selain pihak istana, terdapat juga usaha yang telah dilakukan untuk memberi pendidikan dalam kalangan masyarakat seperti melalui pengajian agama di rumah, masjid, surau, pondok atau rumah guru agama 154
  • 8. sendiri.xxxi Buktinya dapat dilihat dalam kenyataan Abdullah Munsyi dalam Hikayat Abdullah seperti yang berikut: “Maka pada tiap-tiap pagi aku pergi mengaji ke tempat belajar, dan malam-malam diajar oleh bapaku di rumah....xxxii Hendaklah engkau pergi pada tiap-tiap hari lepas sembahyang Maghrib mengaji dalam masjid; kerana dalam masjid itu beratus- ratus orang keluar masuk, maka barang siapa mendengar salah bacaanmu itu dapat tiada ditegurkannya.”xxxiii Guru-guru agama juga turut memainkan peranan dalam memberikan pendidikan kepada masyarakat. Ini dapat dilihat melalui Tuhfat al-Nafis yang menyebut bahawa Raja Ali Haji mengambil inisiatif untuk mengajar masyarakat sama ada golongan diraja, pegawai kerajaan mahupun masyarakat biasa di Pulau Penyengat, Riau mengenai ilmu agama dengan menggunakan beberapa buah kitab seperti kitab Umm al-Barahin karangan al-Sanusi dan Jawharat al-Tawhid karangan Ibrahim b. Hasan al-Lakani.xxxiv Selain itu, terdapat juga beberapa orang guru agama turut dijemput mengajar ilmu usuluddin di Riau seperti Habib Syeikh Syakaf, Syed Hasan al-Hadad, Tuan Kiai Beranjang, Haji Syahab al-din, Haji Abu Bakar Bugis, Syeikh Ahmad Jibrati dan sebagainya pada zaman pemerintahan YDM Raja Abdul Rahman.xxxv Dengan perkembangan ilmu pengetahuan ini, maka Pulau Penyengat akhirnya menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan terkenal pada abad ke-19 terutamanya dalam bidang agama, sastera dan sejarah. Pendidikan agama ini adalah dalam bentuk pengajian al-Quran atau juga disebut Sekolah Qur’an, di samping mempelajari asas-asas agama seperti ilmu Fiqh, Tauhid, Tasawuf dan Sejarah Islam dengan menggunakan kitab-kitab dari Makkah yang kemudiannya telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu.xxxvi Struktur dan kurikulum ini tidak banyak bezanya di mana-mana daerah atau kawasan lain yang didatangi ulama Islam. Secara umumnya, pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah seawal usia enam hingga tujuh tahun kerana mereka mudah dibentuk 155
  • 9. dalam usia sebegini. Mereka diajar mengenal huruf-huruf al-Quran, mengeja, menulis menggunakan abjad Jawi, menghafal dan membaca al-Quran. Ini dapat dilihat melalui keterangan Abdullah Munsyi dalam karyanya seperti yang berikut: “...adalah pada zaman itu dalam negeri Melaka, bahawa nenek perempuan sebelah bapaku itulah menjadi guru besar dalam Kampung Pali, ada kira-kira dua ratus anak muridnya daripada laki-laki dan perempuan mengaji Qur’an. Dan berbagai-bagai orang belajar kepadanya; ada yang menulis, ada yang belajar surat dan bahasa Melayu masing-masing dengan kehendaknya. Maka hampir-hampir habis seMelaka itu punya kanak-kanak datang belajar kepadanya.”xxxvii Melalui petikan di atas dapat dilihat bahawa selain al-Quran, mereka juga diajar bahasa Melayu, kemahiran menulis dan surat kiriman. Walaupun mereka diajar bahasa Melayu namun hanya sebilangan kecil sahaja yang mengambil berat dalam pelajaran bahasa Melayu. Rata-rata orang Melayu tidak menitikberatkan bahasa Melayu kerana mereka menganggap bahasa Melayu adalah sebagai bahasa komunikasi harian dan hanya berguna di dunia sahaja, sementara al-Quran atau bahasa Arab berguna di akhirat kelak.xxxviii Selain pendidikan agama, mereka juga turut diajar dengan pelbagai kemahiran seperti ukiran, anyaman bakul, pertukangan besi, jampi serapah, surat menyurat, seni mempertahankan diri, membuat keris, azimat dan sebagainya. Pembelajaran yang bersifat kemahiran tersebut telah dijadikan sistem pendidikan masyarakat Melayu tradisional. Tujuannya untuk memperlengkapkan diri mereka sebelum menghadapi kehidupan akan datang.xxxix Sistem pendidikan Islam yang dijalankan ini telah diterima hampir semua masyarakat Melayu dan tradisi ini masih berterusan sehingga akhir abad ke-19. Walaupun sistem pendidikan Islam ini dianggap oleh sesetengah pihak sebagai tidak formal, namun sistem yang dikendalikan ini boleh dikategorikan sebagai formal. Ini kerana pendidikan yang dijalankan telah memenuhi ciri-ciri pendidikan formal seperti mempunyai tempat pengajian, 156
  • 10. mempunyai guru dan murid serta menggunakan buku-buku yang dikhaskan dalam pengajian tersebut. Secara umumnya, masyarakat Melayu berada dalam keadaan mundur dari segi ekonomi, namun mereka masih mempertahankan institusi pendidikan tradisional ini tanpa merubah struktur asasnya. Sesetengahnya telah mempertingkatkan lagi pengajian anak-anak hingga ke peringkat yang lebih tinggi dengan menghantar mereka ke Pattani, Makkah, Mesir dan sebagainya. Apabila mereka pulang ke tanah air mereka membuka institusi-institusi pengajian yang lebih tersusun seperti institusi pengajian pondok.xl Penubuhan Sekolah Pondok Pada pertengahan abad ke-20, perubahan mula berlaku apabila masyarakat mula sedar tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Selain di istana, rumah, masjid atau surau, sekolah pondok juga dibina bagi meneruskan sistem pendidikan Islam di Tanah Melayu. Pondok berasal daripada perkataan Arab, iaitu ‘fondoq’ yang membawa maksud “tempat menumpang sementara” yang menggambarkan tentang sistem murid-murid mendirikan pondok sebagai tempat tinggal mereka yang berhampiran dengan rumah guru. Tanah yang dialami oleh pelajar-pelajar tersebut sesetengahnya diwakafkan oleh masyarakat setempat.xli Struktur dan ciri-ciri pengajian Sekolah Qur’an zaman tradisional telah dijadikan asas dalam struktur pengajian dan komponen pembinaan sesebuah institusi pondok. Pembinaan pondok-pondok ini telah memberi kemudahan kepada pelajar yang tinggal berjauhan. Struktur dan ciri-ciri pengajian Sekolah Qur’an telah dijadikan asas dalam struktur pengajian dan komponen pembinaan sesebuah institusi pondok. Institusi pengajian pondok merupakan institusi yang istimewa kedudukannya dalam masyarakat Melayu tradisional, terutamanya masyarakat Kelantan, Terengganu, Kedah dan lain-lain lagi. Perkembangan sekolah-sekolah pondok ini dikatakan berkaitan dengan pertambahan tokoh-tokoh ulama dan 157
  • 11. cendekiawan yang berwibawa. Sebahagian besar mereka ini lepasan daripada Masjid al- Haram yang kembali ke tanah air dan telah memainkan peranan penting dalam penubuhan sekolah pondok. Antaranya termasuklah Tuan Tabal, Haji Wan Ali bin Abdul Rahman Khutan, Haji Yaakob Haji Abdul Halim dan sebagainya.xlii Tokoh-tokoh tersebut telah menyemai kesedaran agama terutamanya melalui pengajaran dan pendidikan. Sistem pendidikan berasaskan pondok di Kelantan dipercayai bermula pada awal abad ke-19, iaitu sekitar tahun 1820. Pelopor kepada institusi pondok ini ialah Tuan Guru Haji Abdul Samad Abdullah,xliii apabila beliau mewakafkan tanahnya untuk dibina pondok bagi mengajar anak muridnya. Murid-murid Tok Pulai Chondong ini terdiri daripada penduduk tempatan dan dari luar Kelantan antaranya termasuklah Kampar, Sumatera, Pattani, Kampuchea dan negeri-negeri Semenanjung. Sehingga tahun 1880 sahaja, terdapat kira-kira 500 orang murid yang menuntut ilmu agama dengan Tok Pulai Chondong. Mereka inilah yang kemudiannya menjadi penyambung kepada sistem pendidikan berasaskan pondok di tempat asal mereka setelah tamat belajar. Antara yang dikenal pasti ialah Tok Kemuning yang membuka pondok di Kemuning, Machang pada awal abad ke-20.xliv Kemudiannya pondok lain telah dibina oleh Haji Ismail di Machang.xlv Sekitar hujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, terdapat puluhan ulama terbilang di seluruh negeri Kelantan.xlvi Perkembangan sekolah pondok di Kelantan mulai pesat selepas tahun 1909 berikutan kepulangan sejumlah besar ulama negeri ini dari Pattani dan Makkah. Mereka telah memainkan peranan penting dalam memperkembangkan sistem pondok dengan membuka pondok di kawasan mereka.xlvii Melalui institusi ini, perkembangan pendidikan agama telah mencapai tahap kegemilangan pada awal abad ke-20. Tambahan pula, kegiatan menterjemah kitab oleh Tuan Tabal, Haji Wan Ali dan beberapa ulama dari luar seperti dari Pattani, Aceh, Banjar dan sebagainya telah dicetak dan diedarkan secara meluas. 158
  • 12. Fenomena pondok di Kelantan terus bersinar menjelang pertengahan abad ke-20 apabila beberapa buah pondok baharu telah dibina.xlviii Sekitar tahun 1910-1945 merupakan zaman keemasan perkembangan sekolah pondok. Banyak sekolah pondok telah dibina dan bilangan pelajar semakin bertambah.xlix Keadaan ini telah menyebabkan pengajian pondok di Kelantan ketika itu mencapai kemajuan yang gemilang dengan lahirnya ulama-ulama terkenal yang mengharumkan nama negeri Kelantan. Sesetengah pondok pada masa itu mempunyai penuntut lebih daripada seribu orang. Hal ini tidak menghairankan kerana dalam konteks masyarakat Melayu tradisi, pengajian pondok merupakan institusi pengajian agama yang amat disanjung tinggi. Ibu bapa menaruh kepercayaan penuh kepada sistem ini kerana pelajar lepasan pondok begitu dihormati dan mereka adalah alim ulama yang akan membimbing masyarakat kelak. Menurut William R.Roff, pendidikan pondok semakin berkembang pesat disebabkan peranan yang telah dimainkan murid-murid Tuan Tabal.l Tuan Tabal bukan sahaja telah mengajarkan ilmu agama seperti Fiqh, Tauhid, Usuluddin malah Tasawuf. Beliau yang merupakan pengikut aliran Tasawuf Wahdatul Wujud dan telah mengasaskan Tareqat Ahmadiyah di jajahan Kota Bharu.li Salah satu keistimewaan negeri Kelantan pada masa itu yang tidak terdapat di negeri lain ialah kewujudan pondok di setiap kampung. Ramai pelajar dari dalam dan luar negeri Kelantan telah tertumpu ke negeri ini untuk menuntut ilmu agama dan hal ini bertepatan dengan laporan pihak British seperti yang berikut: “.........there are many places, scattered all over the states where the instruction in the Islamic religious and Mohammadan law is given by private teacher. There are attended by a considerable number of locally born pupils as well as from other Malay States in Malaya, Sumatera and Borneo,”lii Sekitar tahun 1900, kebanyakan sekolah pondok di negeri Kelantan telah mendapat saingan daripada sekolah sekular yang ditaja oleh British. Sekolah sekular ini telah dibina di 159
  • 13. Kota Bharu pada tahun 1904.liii British telah mengunakan pelbagai cara untuk menarik rakyat tempatan pada ketika itu untuk memasuki sekolah sekular. Antaranya dengan menyatakan sekolah pondok lebih berbentuk primitif kerana mata pelajarannya tidak sama dengan sekolah Inggeris. Selain itu, mereka turut mendakwa bahawa silibus pengajian pondok hanya sedikit iaitu mengajar murid cara menulis dan membaca.liv Walaupun pihak British telah memperkenalkan sistem pendidikan mereka tetapi masyarakat Melayu Kelantan lebih gemar menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok kerana pendidikan agama dianggap sebagai tuntutan Islam dan begitu penting dalam memenuhi keperluan hidup di dunia dan akhirat. Selain Kelantan, terdapat juga banyak sekolah pondok yang didirikan di negeri Kedah dan Terengganu pada sekitar abad ke-19 dan ke-20. Ini kerana negeri-negeri ini mempunyai pertalian yang erat dengan sistem pondok di Pattani. Sekurang-kurangnya terdapat lapan buah pondok yang terkenal di Kedah pada masa tersebut antaranya termasuklah Pondok Haji Muhammad Taib, Mufti Titi Gajah, Pondok Haji Muhammad Noor, Pondok Haji Abdullah (Langgar), Pondok Haji Muhammad Salleh (Penaga, Alor Setar), Pondok Haji Sahak/Ishak (Pulau Pinang), Pondok Tuan Syeikh Waksa (Kota Kuala Muda), Pondok Haji Muhammad Tamin (Anak Bukit), Pondok Engku Bidaul Hafiz (Yan)lv dan Pondok Haji Abdul Aziz (Pendang).lvi Selain itu, perkembangan sekolah pondok tersebut mempunyai hubung kait dengan kemunculan ulama-ulama atau tuan guru yang menerajui sistem pendidikan di sesebuah institusi pondok.lvii Antara tahun 1850-1935, terdapat lebih daripada 60 orang ulama yang terkenal di negeri Kedah.lviii Hal ini telah menyebabkan bilangan sekolah pondok di Kedah semakin bertambah. Pertambahan pembukaan sekolah pondok ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sedar pentingnya pendidikan untuk melahirkan masyarakat yang cerdik pandai dalam bidang agama. 160
  • 14. Peningkatan pelajar yang berterusan serta kesedaran terhadap kepentingan ilmu pengetahuan telah menjadi faktor pendesak kepada kewujudan sistem pengajian pondok pada awal abad ke-19. Melalui sistem pondok, guru biasanya akan mengajar sepenuh masa, bermula selepas solat subuh hingga pukul sebelas pagi dan disambung semula dari pukul dua petang sehingga pukul empat petang. Seterusnya pada waktu malam, sebaik sahaja solat Maghrib hingga jam sepuluh. Cara pembelajaran pula adalah dengan cara pelajar duduk di lantai dalam bentuk tiga perempat bulatan atau dalam bentuk ladam kuda bagi memudahkan penyampaian dan mendengar apa yang diajarkan oleh guru. Sistem pembelajaran pondok yang mengambil masa yang lama, iaitu antara sepuluh hingga lima belas tahunlix ini lebih memberikan penekanan yang tinggi terhadap mata pelajaran Islam menerusi kitab-kitab Arab, kitab-kitab Jawi terjemahan Pattani, Aceh, Palembang dan sebagainya.lx Dalam tempoh tersebut corak pembelajaran dibahagikan kepada dua tahap, iaitu pembelajaran secara hafalan oleh pelajar dan pembacaan kitab. Apabila tahap pertama telah dikuasai dengan baik, maka corak pembelajaran seterusnya adalah dengan cara membuka kitab. Para pelajar diberi ulasan mengenai isi kandungan kitab yang diajar. Kelemahan sistem ini ialah kurangnya galakan kepada pelajar dalam menimbulkan persoalan kepada gurunya. Para pelajar perlu mendengar dengan cermat setiap ayat yang disebut oleh guru sebagai satu bentuk penghormatan kepada pengajaran guru tersebut.lxi Sistem pembelajaran pondok pula lebih menekankan kepada perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu Islam seperti Ilmu Tauhid, Tafsir al-Quran, Ilmu Fiqh, Tasawuf, Wirid, Usul Fiqh, Nahu Arab, Sastera Arab, dan Tarekat Islam. Ini kerana pelajaran yang diberikan itu bertujuan mengukuhkan pegangan murid-murid terhadap agama Islam.lxii Corak pendidikan ini terus berkembang seiring dengan pertambahan pelajar. Keadaan ini telah menimbulkan masalah terutama ruang dan tempat untuk belajar. Berikutan masalah 161
  • 15. ini, masyarakat setempat telah mengambil inisatif mendirikan surau berhampiran dengan rumah tok guru.lxiii Oleh itu, tidak hairanlah jika kebanyakan rumah tok guru berdekatan dengan surau yang telah dibina oleh masyarakat kampung untuk menampung pertambahan bilangan pelajar. Misalnya di Nibong, Pulau Pinang sejak tahun 1880 masyarakat sekeliling telah memulakan pengajian mereka di rumah guru agama iaitu Tuan Haji Mohd. Amin Shaikh Adam Bapoyang berhampiran dengan masjid Sungai Nibong. Beliau yang merupakan pengasas kepada Sekolah Melayu Sungai Nibong bukan sahaja guru agama tetapi juga sebagai ketua kampung dan imam masjid. Pengajian berasaskan pondok ini kemudiannya bertukar menjadi sekolah Melayu seiring dengan perubahan pendidikan pada masa itu.lxiv Susulan pertambahan pelajar dari semasa ke semasa, masjid berdekatan telah dijadikan institusi untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama bagi penduduk kampung. Sistem Pendidikan Islam Selain pengajian pondok, terdapat juga pendidikan agama berbentuk persekolahan yang sudah lama ditubuhkan di Kelantan. Seawal tahun 1917, Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menubuhkan sekolah pertamanya, iaitu Madrasah Muhammadiyah (Melayu) pada tahun tersebut khas untuk murid lelaki sahaja. lxv MAIK yang mempunyai sebuah jabatan yang menguruskan secara khusus mengenai pendidikan serta pelajaran diketuai oleh seorang nazir merancang hal-hal mengenai pelajaran dan pentadbiran sekolah di bawahnya. Beberapa langkah telah diambil bagi memajukan sistem pendidikan di Kelantan, antaranya dengan membuka sekolah untuk masyarakat Melayu. Sekolah yang pertama dibina oleh Majlis ialah Muhammadiah Al-Kelantaniah pada 15 Ogos 1917. Sekolah ini terbahagi kepada tiga bahagian, salah satu daripadanya ialah sekolah agama yang terletak di Masjid Kayu di Kota Bharu. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelajar dari luar Kelantan termasuklah dari seberang laut.lxvi 162
  • 16. Pada peringkat permulaan sekolah ini sambutannya kurang memberangsangkan lebih- lebih lagi terdapat saingan dari sistem persekolahan pondok yang cukup berpengaruh ketika itu. Sekitar tahun 1920-an, beberapa cawangan sekolah ini telah didirikan dan pada tahun 1932, cawangan sekolah ini telah dibina di Kota Bharu.lxvii Pada tahun 1932 juga bahagian wanita Madrasah Muhamadiah telah dibuka. Kemuncak perkembangan Madrasah Muhammadiyah adalah pada tahun 1937, apabila Majlis Ugama Islam Kelantan menubuhkan Madrasah Muhammadiyah (Arabiah) yang dibina di Jalan Sultan, Kota Bharu dan dirasmikan oleh Sultan Muhammad IV. Dua buah kelas dan tiga orang guru telah disediakan serta seramai 75 orang murid mengikuti sesi pengajian pada tahun tersebut. Pada 1 Julai 1942, sekolah ini berpindah ke bangunan baharunya di Jalan Merbau, Kota Bharu dan menukarkan namanya kepada Jami ‘Merbau al-Isma’ili. Sekolah ini telah mengalami proses perkembangan apabila kelas-kelas telah bertambah untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat menjelang Perang Dunia Kedua. Apabila bangunan baharu yang berharga $200,000 telah siap dibina pada tahun 1956, maka dipindahkan pula ke bangunan tersebut dengan gelaran Ma’ahad Muhamadi Arab dan namanya kekal sehingga sekarang.lxviii Sekitar awal abad ke-20 ini juga, sistem pendidikan Islam formal berasaskan madrasah pula telah mula diperkenalkan oleh bekas pelajar dari Timur Tengah yang mendapat pengaruh gerakan Pan-Islamisme dari Mesir.lxix Sistem pendidikan madrasah yang lebih teratur mirip pendidikan vernakular ini bertujuan menyaingi sekolah-sekolah vernakular Inggeris dan Melayu yang diperkenalkan oleh kerajaan British selain menerapkan cara Islam yang progresif bagi menentang ideologi sekularisme Barat dan menjadikan pelajar lebih terbuka.lxx Di samping memberikan pendidikan agama, pembelajaran baharu turut diperkenalkan seperti Bahasa Inggeris, Sejarah, Ilmu Hisab dan beberapa mata pelajaran moden yang lain. Tujuannya adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat dalam aspek keduniaan dan akhirat.lxxi Walaupun pihak British telah memperkenalkan sistem pendidikan 163
  • 17. vernakular tetapi masyarakat Melayu lebih gemar menghantar anak-anak mereka kepada guru agama kerana pendidikan agama dianggap sebagai tuntutan Islam dan begitu penting dalam memenuhi keperluan hidup di dunia dan akhirat. Di Terengganu, sistem pendidikan Islam secara formal di sekolah Arab yang dikenali sebagai Madrasah Sultan Zainal Abidin (MSZA) telah diperkenalkan pada tahun 1930-an.lxxii Penubuhan MSZA ini adalah berikutan daripada laporan Jawatankuasa Pelajaran yang dilantik oleh kerajaan Terengganu untuk memajukan pendidikan agama bagi memastikan pengaruh daripada pendidikan Barat dapat dibendung. Bagi memastikan proses pendidikan agama di institusi ini menjadi lebih berkesan, seorang tenaga pengajar dari Pattani, al-Sheikh Ahmad Mohd Noor al-Pattani yang sebelum ini belajar di Makkah telah dilantik menjadi guru besar. Seterusnya, jawatan ini disandang pula oleh Ustaz Haji Wan Abdul Rahman Daud sebelum digantikan oleh Haji Wan Zain Mohd Noor. Kesemua tenaga pengajar ini merupakan lulusan dari Timur Tengah. Di MSZA ini, kurikulum yang diberikan penekanan ialah pendidikan Islam, bahasa Arab, ilmu Fiqh, Usul Fiqh, Tauhid, Hadis, Mantiq, Akhlak, Sejarah Islam dan Tafsir dengan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Selain itu, pendidikan Islam secara formal juga telah dikesan wujud di Johor. Pendidikan ini tertumpu kepada kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun yang dididik oleh guru daripada golongan Haji.lxxiii Merujuk kepada institusi pendidikan Islam ini, Mohd Salleh Perang salah seorang penuntutnya menyatakan : “Tiap-tiap pukul enam pagi dahulu daripada mengaji mengangkat air memenuhkan tempayannya hingga sampai pukul tujuh baharulah mengaji kira- kira pukul sepuluh berhenti dan balik makan ke rumah. Maka setelah habis makan datang pula ke rumah guru disuruh berjaja kuih-kuih sehingga pukul satu balik mengaji pula sampai empat petang berhenti...dan bila hari Jumaat tiada mengaji...belum cukup dua tahun telah tamatlah saya dan fahamlah saya atas kadar daripada jalan hukum Agama Islam.”lxxiv 164
  • 18. Pada awal abad ke-20, pihak kerajaan Johor telah memainkan peranan aktif dalam membangunkan pendidikan berteraskan Islam. Sebuah institusi formal yang dikenali sebagai Sekolah Quran telah ditubuhkan yang kemudiannya dikenali pula sebagai Sekolah Agama Kerajaan.lxxv Institusi ini dikendalikan sendiri oleh Jabatan Pelajaran Johor. Sehingga tahun 1906, terdapat lapan buah sekolah agama telah ditubuhkan di kawasan Muar. Memasuki tahun 1920-an pula, Jabatan Agama Islam Johor mula memberi perhatian kepada sekolah agama di negeri ini. Beberapa sekolah agama seperti Kuliah al-Attas dan Madrasah al-Attas al-Arabiah (Johor Bahru), Madrasah al-Arabiah dan Madrasah al-Haji Taib (Muar), serta Sekolah Latihan Agama (Segamat) dikelolakan oleh jabatan ini. Sehingga tahun 1938, terdapat 96 buah sekolah agama. Daripada jumlah itu, terdapat 16 buah sekolah agama khusus untuk murid perempuan. Dari segi bilangan muridnya pula, seramai 10 066 murid lelaki dan 1 579 murid perempuan telah mendaftar di sekolah agama. Selain menitikberatkan pendidikan agama di Johor, pihak kerajaan negeri turut menyediakan biasiswa untuk anak- anak Johor melanjutkan pengajian mereka ke luar negara seperti di Kaherah dan Beirut.lxxvi Sistem Pendidikan Vernakular Cadangan merubah bentuk pengajian tradisional ini kepada lebih moden telah dibayangkan pada zaman penjajahan British lagi. Hal ini berlaku berikutan lawatan Raffles ke Melaka pada tahun 1810 dan mendapati anak-anak Melayu Melaka yang mempelajari dan menulis al- Quran di papan batu tidak mengetahui apa yang mereka pelajari dan tiada tempat khusus bagi pendidikan bahasa Melayu. Raffles lantas menyarankan agar diadakan tempat belajar bahasa Melayu yang sesuai pada suatu hari nanti.lxxvii Namun, cadangan beliau ini sukar diterima pihak British kerana seolah-olah bertentangan dengan motif kehadiran dan konsep penjajahan mereka. Motif kedatangan British ke Tanah Melayu tidak banyak bezanya dengan Portugis di Melaka dan Sepanyol di Filipina. Mereka memberi perhatian terhadap aktiviti pendidikan 165
  • 19. Islam dengan memusnahkan institusi tersebut supaya ajaran Kristian dapat disebarkan ke rantau ini. Secara umumnya, sistem pendidikan yang pelbagai telah wujud sekitar pertengahan abad ke-19. Terdapat lima jenis persekolahan pada ketika itu, iaitu sekolah agama madrasah, sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah Inggeris.lxxviii Sistem pendidikan vernakular yang pelbagai telah menggunakan bahasa ibunda masing-masing mewujudkan struktur masyarakat yang terpisah-pisah. Akhirnya, orang Melayu hidup sebagai petani dan nelayan kekal di kampung pedalaman atau pinggir pantai, orang India pula menjadi buruh di ladang-ladang, manakala orang Cina pula menjadi pelombong dan peniaga di bandar. Sistem pendidikan berkenaan bukan sahaja terpisah berdasarkan bahasa pengantar tetapi juga dari segi kurikulum, guru dan budaya sekolah berkenaan secara amnya. Pendidikan vernakular Melayu telah diperkenalkan oleh pihak British apabila kerajaan British mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di Negeri-Negeri Selat dan diikuti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.lxxix Antara tujuan utama diperkenalkan pendidikan vernakular Melayu ini termasuklah untuk menjaga kestabilan politik, mengekalkan status quo, menghasilkan pekerja-pekerja rendah dan menghapuskan buta huruf.lxxx Walaupun secara umumnya British mempunyai tujuan untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak Melayu tetapi dasar mereka terhadap pelajaran Melayu adalah jelas, iaitu memberi pendidikan yang terlalu asas atau peringkat rendah sahaja selama empat tahun dengan bantuan penuh daripada kerajaan. Pihak British tidak mahu anak-anak Melayu berpendidikan tinggi kerana dengan pendidikan tinggi akan menyebabkan mereka menentang British. Ini diutarakan oleh E.W. Birch, “Kita puas hati mengetahui bahawa sistem ini tidak memberi pelajaran yang berlebihan kepada kanak-kanak”lxxxi dan juga keterangan oleh Winstedt “Ajarkan mereka supaya memuliakan kerja buruh, supaya tidak semua menjadi kerani, 166
  • 20. supaya…tidak akan menghadapi kekacauan seperti yang terjadi di India akibat pelajaran berlebihan”.lxxxii Jelas, pendidikan ini adalah untuk melahirkan petani dan nelayan yang baik sedikit berbanding ibu bapa mereka. Bagi mereka, pendidikan orang Melayu cukuplah sekadar pandai membaca, menulis dan mengira sahaja yakni menghapuskan kadar buta huruf setakat minimum sahaja.lxxxiii Ini kerana mereka bimbang dengan ramainya orang Melayu yang berpendidikan tinggi akan melahirkan ramai pegawai berjawatan penting di bandar dan ini akan menggugat kedudukan British di Tanah Melayu. Pendidikan yang dipelopori oleh pihak British telah bermula secara formal pada tahun 1821 apabila pihak penyelenggara Penang Free School memulakan bahagian bahasa Melayunya di Gelugor, Pulau Pinang. Pada tahun 1854, Gabenor Jeneral di India telah mengarahkan Blundell, Gabenor Negeri-Negeri Selat (NNS) menyediakan laporan mengenai sistem pendidikan kepada rakyat di bawah pemerintahan British. Blundell sekian lama berasa kurang berpuas hati dengan sistem pendidikan di NNS terutama pendidikan vernakular Melayu kerana tiada usaha diambil untuk mendidik anak-anak Melayu menggunakan bahasa ibunda mereka. Ini kerana sekolah-sekolah vernakular ini ditubuhkan oleh para mubaligh Kristian. Oleh itu, Blundell mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah vernakular di semua NNS dibiayai oleh kerajaan. Malah Skinner mencadangkan agar sekolah vernakular Melayu ditubuhkan mengikut dasar kelas al-Quran dan Melaka dijadikan tempat permulaan sekolah Melayu kerana hampir semua penduduknya adalah orang Melayu berbanding Pulau Pinang dan Singapura.lxxxiv Pada tahun 1855, sekolah Melayu di Bayan Lepas telah ditubuhkan dan kemudiannya dipindahkan ke Gelugur, Pulau Pinang. Usaha yang sama juga turut dilakukan di Melaka dan Singapura melalui bantuan para mubaligh Kristian dengan tujuan memberikan pendidikan kepada anak-anak Melayu. Misalnya dua buah Sekolah Melayu Harian telah ditubuhkan pada 167
  • 21. tahun 1856 di Teluk Belanga dan Kampung Gelam yang dikenali sebagai Sekolah Abdullah dengan bantuan kewangan sebanyak $1,500 daripada Temenggung Johor dan Blundell. Melihat kepada bilangan pelajarnya, Sekolah Abdullah menunjukkan pertambahan, manakala di Sekolah Teluk Belanga pula bilangannya sentiasa mengalami perubahan.lxxxv Pada tahun 1861, terdapat 63 orang pelajar yang berdaftar di Sekolah Teluk Belanga sebelum menurun kepada 52 orang pada tahun 1863. Namun jumlah pelajar yang berdaftar kemudiannya meningkat kepada 71 orang pada tahun 1865, sebelum menurun kepada 62 orang pada tahun berikutnya.lxxxvi Di Sekolah Abdullah pula, bilangan pelajar yang mendaftar pada tahun 1861 seramai 15 orang sebelum meningkat kepada 28 orang pada tahun 1863. Bilangan pelajar yang berdaftar di sekolah tersebut terus menunjukkan peningkatan kepada 50 orang pada tahun 1864 dan 87 orang pada tahun berikutnya. Manakala di Melaka pula, sembilan buah sekolah Melayu telah didirikan antara tahun 1858 hingga 1863. Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu kerana mereka berasa sangsi apabila pelajaran agama Islam diasingkan daripada pelajaran sekular.lxxxvii Memandangkan bilangan sekolah semakin bertambah dengan sistem tersendiri dan tidak teratur, pada tahun 1872 pihak British telah menubuhkan Jabatan Pelajaran di bawah pengurusan A.M. Skinner. Beliau merupakan nazir bagi sekolah-sekolah bertindak dalam mengurus segala hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah.lxxxviii Keadaan ini secara tidak langsung telah membawa kepada bermulanya pelaksanaan pentadbiran pendidikan secara lebih formal di Tanah Melayu. Pada peringkat awal, pembinaan sekolah vernakular Melayu telah mendapat reaksi negatif berupa tentangan daripada masyarakat Melayu disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, masyarakat Melayu terutama ibu bapa tidak mahu kehilangan tenaga kerja yang membantu mereka bekerja di sawah dan kebun. Kedua, guru-guru agama membantah pembukaan sekolah berkenaan kerana penubuhan sekolah tersebut akan mengganggu 168
  • 22. keutuhan dan mengancam kepentingan ekonomi mereka.lxxxix Ketiga, mereka beranggapan bahawa sekolah vernakular tidak memperuntukkan pelajaran agama Islam lebih-lebih lagi dasar British yang memisahkan pelajaran agama dengan pendidikan bahasa Melayu. Keempat, mereka bimbang akan menjalarnya pengaruh Kristian yang bertentangan dengan Islam yang akan mempengaruhi pemikiran anak-anak mereka lebih-lebih lagi sekolah kerajaan dikelolakan oleh mubaligh-mubaligh Kristian.xc Memandangkan masih terdapat ramai ibu bapa yang enggan menghantar anak-anak mereka ke sekolah, pihak British telah mengadakan peraturan yang mewajibkan anak-anak ke sekolah dan mengenakan denda kepada ibu bapa yang tidak menghantar anak lelaki mereka ke sekolah.xci Kemudian A.M. Skinner yang menjadi Pemangku Majistret di Seberang Prai telah mengubah suai dasar kelas al-Quran yang diajar pada waktu petang dan sistem pendidikan yang dirancang beliau ini telah mendapat sambutan baik daripada kalangan ibu bapa. Dengan kejayaan tersebut, Skinner telah dilantik sebagai Nazir Sekolah pada tahun 1872 untuk menguruskan segala hal berkaitan dengan pentadbiran dan sekolah-sekolah di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Ketika itu lebih banyak sekolah telah didirikan di Tanah Melayu. Misalnya pada penghujung abad ke-19, terdapat 189 buah sekolah vernakular Melayu didirikan di Negeri-Negeri Selat, 168 buah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.xcii Kebiasaannya, mata pelajaran yang diajar di sekolah Melayu berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan pemerintah British. Misalnya pada abad ke-19, murid-murid mempelajari mata pelajaran Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam di sekolah-sekolah Melayu yang didirikan mengikut rancangan Skinner. Pada awal abad ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah dalam kurikulumnya mengikut cadangan Winstedt dalam laporannya pada tahun 1917. Mata pelajaran Bahasa Inggeris pula tidak diperkenalkan di sekolah-sekolah Melayu sehingga 169
  • 23. tahun 1945. Ini kerana mereka bimbang anak-anak Melayu akan meninggalkan kerja kasar dan kampung halaman mereka di samping menjadi saingan kepada anak-anak Melayu bangsawan yang mendapat pendidikan Inggeris.xciii Sekolah Melayu ini hanya terbatas sehingga darjah lima. Hanya sebilangan kecil daripada mereka yang terpilih memasuki Maktab Perguruan atau Malay Special Class untuk meneruskan pelajaran di sekolah Inggeris kelak.xciv Sekolah Melayu di Beberapa Buah Negeri-negeri Melayu Sejak sekolah-sekolah di Negeri-Negeri Selat menunjukkan kemajuan yang memberansangkan, pihak British telah menubuhkan beberapa buah sekolah lain di Negeri- Negeri Melayu Bersekutu. Seperti Perak, Pahang dan Negeri Sembilan, Kuala Lumpur yang berada di bawah naungan negeri Selangor juga tidak terkecuali dalam usaha penubuhan sekolah-sekolah bagi kepentingan anak-anak Melayu. Dalam konteks negeri Selangor, terdapat beberapa buah sekolah utama telah didirikan seperti di Kuala Lumpur, Kelang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.xcv Antara sekolah Melayu yang mula-mula didirikan ketika itu termasuklah di Kelang pada tahun 1875 kerana kawasan Kelang merupakan pusat pentadbiran bagi negeri Selangor. Kemudian Sultan Abdul Samad dikatakan telah mendirikan sebuah sekolah Melayu lain di Bandar Termasa (Langat) dengan perbelanjaan daripada wang baginda sendiri.xcvi Sekitar tahun 1886, Selangor telah mempunyai enam buah sekolah Melayu dan 10 buah pada tahun 1889. Setelah jawatan Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan diperkenalkan sekitar tahun 1898, bilangan sekolah di negeri Selangor mula meningkat, iaitu 32 buah sekolah lelaki dan dua buah sekolah perempuan.xcvii Sekolah Melayu ini hanya menyediakan pendidikan asas atau peringkat rendah sahaja selama empat tahun dengan bantuan penuh daripada kerajaan. Pada awal tahun 1893, penganjur sekolah-sekolah yang utama di Selangor 170
  • 24. ialah Sultan Abdul Samad. Baginda telah menulis tentang perkembangan sekolah Melayu di setiap kampung dengan perkhidmatan yang diberikan oleh guru-guru kerajaan.xcviii Gambar 5.1 Murid-murid Lelaki di Sekolah Melayu Setapak (1908-1910) Sumber: Arkib Negara Malaysia, Cawangan Kuala Lumpur Sekiranya dilihat melalui perkembangan sekolah-sekolah rendah Melayu di Kuala Lumpur, kebanyakan sekolah ini telah diasaskan oleh orang kampung yang berminat untuk memberi pelajaran kepada anak-anak mereka sekitar akhir abad ke-19. Ketua-ketua Kampung dan Penghulu telah memainkan peranan penting terutamanya Penghulu, Tuan Pusu dan Ketua Kampung Setapak, Dato Sati, maka Sekolah Kebangsaan Setapak Kuala Lumpur telah dapat didirikan pada tahun 1893. Bilangan murid yang pertama memasuki sekolah ini seramai 40 orang dan pada tahun 1899 murid-murid perempuan telah diterima masuk ke sekolah tersebut. Dalam jumlah yang kecil ini hanya tiga orang guru ditugaskan mengajar di sekolah tersebut.xcix Pada tahun 1903, Sekolah Kebangsaan Kampung Bahru telah dimulakan dengan bilangan pelajar seramai 28 orang murid perempuan. Sekolah ini telah ditadbir oleh Guru Besar, iaitu Cik Nah dengan dibantu oleh dua orang guru yang lain. Mereka menumpukan perhatian kepada pengajaran membaca, menulis, menjahit dan pelajaran agama.c Beberapa 171
  • 25. buah sekolah lain turut didirikan secara bergotong-royong. Misalnya Sekolah Kebangsaan Segambut Kuala Lumpur yang didirikan pada tahun 1913 dan kemudiannya pada tahun 1919, kerajaan negeri telah memperuntukkan tanah seluas tujuh ekar bagi membangunkan beberapa buah bangunan lagi untuk keselesaan murid-murid lelaki dan perempuan di sekolah tersebut.ci Pada ketika ini terdapat 55 buah sekolah kerajaan iaitu 49 buah daripadanya sekolah Melayu untuk pelajar lelaki dan empat lagi sekolah perempuan.cii Selebihnya ialah sekolah vernakular Tamil dan Cina. Daripada jumlah Sekolah Melayu tersebut, dua daripadanya merupakan sekolah yang baru dibuka pada tahun 1913. Sekolah tersebut ialah Sekolah Melayu Sungai Buaya dan Ulu Semenyih. Bilangan sekolah Melayu dan sekolah perempuan ini terus menunjukkan peningkatan memasuki tahun 1914. Daripada 60 buah sekolah di Selangor, 52 daripadanya adalah sekolah Melayu dan enam buah sekolah perempuan.ciii Pertambahan sekolah perempuan ini disebabkan pembukaan sekolah baharu di Kelang dan Setapak. Pertambahan sekolah perempuan ini secara tidak langsung memberi gambaran mengenai minat dan kecenderungan ibu bapa menghantar anak-anak perempuan mereka untuk mendapat pendidikan di sekolah. Lebih daripada itu, pada tahun 1915 terdapat seorang pelajar perempuan yang lulus darjah V dalam semua mata pelajaran dan merupakan satu- satunya pelajar di Selangor pada ketika itu.civ Menjelang tahun 1920-an, terdapat banyak sekolah Melayu telah dibina seperti di Kelang, Hulu Langat, Kuala Langat dan Hulu Yam Bahru.cv Kebanyakan sekolah yang didirikan pada peringkat awal ini bukannya diperbuat daripada batu moden tetapi sesetengahnya diperbuat daripada kayu beratap nipah. Misalnya Sekolah Kebangsaan Petaling, Kuala Lumpur yang telah dimulakan pada tahun 1914 adalah sebuah rumah beratap nipah berlantaikan tanah yang disewakan daripada Tuan Haji Baharuddin.cvi Keadaan ini juga menunjukkan bahawa bukan semua sekolah yang baharu 172
  • 26. ditubuhkan ketika itu mempunyai bangunan baharu tetapi sesetengahnya disewakan daripada rumah-rumah tertentu untuk tujuan pendidikan anak-anak Melayu. Bilangan sekolah di Kuala Lumpur kemudiannya semakin meningkat pada awal abad ke-20. Jadual 5.1 menunjukkan bahawa sebanyak 18 buah sekolah di Kuala Lumpur telah dimulakan sejak awal abad ke-20 hingga tahun 1941. Dengan pertambahan bilangan sekolah yang semakin banyak, maka British telah mengadakan satu jawatan baharu, iaitu Penolong Pengarah yang bertanggungjawab tentang pelajaran Melayu bukan sahaja di Negeri-Negeri Selat malah juga di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.cvii Sebelum Perang Dunia Kedua, sekolah rendah Melayu diajar selama lima tahun dan pelajaran murid-murid berakhir setakat Darjah lima sahaja. Selepas perang tamat, pengajian pelajar-pelajar dilanjutkan kepada setahun lagi hingga ke Darjah Enam dan ke darjah khas setaraf dengan Darjah Tujuh. Kelas Darjah Tujuh ini merupakan kelas persediaan bagi bakal guru dan pusat yang telah ditubuhkan di Kuala Lumpur ketika itu ialah di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur selain beberapa daerah lain di Sabak Bernam, Kelang, Kajang dan Banting.cviii Jadual 5.1 Taburan Sekolah Rendah Melayu di Kuala Lumpur sehingga tahun 1941 Tahun Jumlah sekolah Sebelum 1900 3 1901-1910 4 1911-1920 2 1921-1930 3 1931-1941 6 Jumlah 18 Sumber: Diubah suai daripada Sejarah Perkembangan Sekolah-sekolah Negeri Selangor, disusun oleh Jawatankuasa Penulisan Kementerian Pelajaran Malaysia, 1975. Beberapa negeri lain juga turut menunjukkan peningkatan dari segi jumlah kehadiran murid-murid ke sekolah Melayu sehingga terdapat permintaan daripada masyarakat Melayu untuk menubuhkan sekolah-sekolah untuk anak-anak Melayu. Kelantan Annual Report pada 173
  • 27. tahun 1921 menunjukkan gambaran tentang perubahan pemikiran ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan meminta dibekalkan guru untuk sekolah yang baharu ditubuhkan.cix Begitu juga suasana di Kedah seperti yang dilaporkan oleh Kedah Annual Report pada tahun 1928 yang antara lain masyarakat meminta kebenaran untuk mereka mendirikan sekolah sendiri dengan bantuan perabot dan guru dibekalkan oleh pihak British.cx Hal yang sama juga turut dirasakan di Johor apabila ibu bapa menunjukkan minat yang bersungguh-sungguh terhadap pendidikan anak-anak Melayu sehingga terdapat lima buah kampung menawarkan bangunan dan sesetengah yang lain pula menawarkan gaji untuk guru-gurunya.cxi Peningkatan dari segi jumlah sekolah dan murid ke sekolah-sekolah Melayu juga turut berubah dari semasa ke semasa. Misalnya Majalah Guru (1928) melaporkan bahawa negeri Perak mencatatkan jumlah tertinggi bilangan sekolah dan murid-murid lelaki serta perempuan yang berdaftar di sekolah Melayu, iaitu sebanyak 198 buah sekolah dengan murid seramai 15 344 pada tahun 1926. Pada tahun 1927, jumlah murid-murid telah meningkat sebanyak 15 700 pada tahun 1927 berbanding Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.cxii Demikianlah perubahan pemikiran masyarakat Melayu terhadap pendidikan kepada anak-anak mereka selepas Perang Dunia Pertama dan kesedaran terhadap pendidikan ini telah membawa kepada peningkatan jumlah sekolah-sekolah Melayu. Jadual 5.2 Bilangan Sekolah Melayu di NNS, NNMB, dan NNMTB pada tahun 1916 hingga 1938 Negeri 1916 1924 1931 1938 Negeri-Negeri Selat 191 207 214 219 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 395 442 534 569 174
  • 28. Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu 137 191 302 381 Jumlah 723 840 1,050 1,169 Sumber: Mazianah Abdul Muin, “Sejarah Sosial Wanita Melayu Tahun 1900-1930-an di Tanah Melayu,” rujukan daripada SS Annual Report, 1916 dan FMS Annual Report 1916, 1924, 1913 dan 1938. Jadual 5.2 menunjukkan bilangan sekolah Melayu di Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB), dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) pada tahun 1916, 1924, 1931 dan 1938. Secara keseluruhan, bilangan sekolah Melayu telah meningkat dari tahun ke tahun. Didapati pada tahun 1938, sebanyak 219 buah sekolah Melayu di NNS, 569 buah di NNMB dan 381 buah di NNMTB. Ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 1 169 buah pada tahun 1938 berbanding hanya 723 buah sekolah Melayu pada tahun 1916. Hal ini jelas menunjukkan pertambahan bilangan sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu sejajar dengan peningkatan bilangan pelajar. Merujuk kepada bilangan pelajar di sekolah Melayu di NNMB, pada tahun 1935 mencatatkan bilangan pelajar seramai 38 064 orang sebelum meningkat kepada 41 467 orang pada tahun berikutnya.cxiii Manakala di NNS pula, bilangan pelajar pada tahun 1935 seramai 21 107 orang sebelum meningkat kepada 21 493 orang pada tahun berikutnya.cxiv Masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah adalah dari segi kekurangan guru-guru yang bakal mengajar di sekolah-sekolah tersebut. Kekurangan guru-guru ini disebabkan kemudahan latihan perguruan yang begitu terhad sekali. Ketika ini jumlah maktab-maktab perguruan amat sedikit, iaitu Maktab Melayu Singapura yang didirikan pada tahun 1878 dan ditutup pada tahun 1895.cxv Penubuhan maktab perguruan amat mengecewakan kerana dilaksanakan dengan cara tidak teratur dan tidak bersungguh-sungguh. Ini kerana British tidak melihat perkara ini sebagai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat Melayu, malah peruntukkan kewangan langsung tidak disediakan. Walau bagaimanapun, terdapat desakan daripada R.J. Wilkinson yang menjadi Pemangku Nazir Sekolah-sekolah di NNS supaya 175
  • 29. memperbaik keadaan pendidikan orang Melayu dan mencadangkan kursus latihan perguruan bagi bakal-bakal guru. Gambar 5.2 Penuntut dan Guru Maktab Melayu Melaka, 1916 Sumber: Ramlah Adam, 1991, Maktab Melayu Melaka 1900-1922. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 27. Berikutan cadangan tersebut, dua buah maktab telah didirikan di Melaka dan Taiping. Maktab Melayu Melaka yang ditubuhkan pada 1 Mac 1900 di Melaka dengan bilangan penuntunya seramai 24 orang telah ditadbir oleh Mr. S.E. Codrington sebagai pengetua pertama. Manakala Maktab di Taiping yang ditubuhkan pada 1898 hanya bertahan selama dua tahun sahaja. Pada tahun 1913 sebuah maktab lagi ditubuhkan di Matang, Taiping.cxvi Pada tahun 1922, dua maktab ini digabungkan menjadi Maktab Perguruan Pusat dengan nama Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjung Malim, Perak. Manakala Maktab Latihan/Perguruan Perempuan Melayu Melaka-Malay Women’s Training College (MWTC) pula ditubuhkan pada tahun 1935 untuk melatih guru-guru perempuan. cxvii Gambar 5.3 Guru Pelatih di Maktab Perempuan Melayu Melaka 176
  • 30. Sumber: INF 10/211 28, Public Record Office, London Pendidikan Sejarah di Sekolah Melayu Dasar pelajaran Melayu yang diasaskan oleh British hanya bertujuan sekadar menghapuskan buta huruf semata-mata. Pendidikan di sekolah Melayu dibataskan sesuai dengan cita-cita British dengan hanya memberi pendidikan asas sahaja seperti mata pelajaran Rumi, Jawi, llmu Kira-kira, Kesihatan dan Lukisan.cxviii Dalam hal pendidikan sejarah, British memperkenalkan kurikulum sejarah secara berbeza-beza antara sekolah-sekolah vernakular. Misalnya sekolah vernakular Cina dan Tamil dibenarkan menggunakan kurikulum sejarah yang berasaskan kurikulum negara China dan India, manakala sekolah aliran Inggeris dan Melayu pula ditentukan oleh pentadbir British. Sekolah aliran Inggeris telah mula memperkenalkan sukatan pelajaran Sejarah pada tahun 1863 di peringkat menengah rendah dengan kurikulum yang ditentukan oleh Universiti Cambridge. Kurikulum sejarah adalah berteraskan tamadun Barat, iaitu tamadun Yunani, Rom dan Sejarah Britain. Selain itu, kurikulum seperti Sejarah British, Sejarah Empayar British, Sejarah Eropah Moden, dan Sejarah India turut diperkenalkan bagi membolehkan seseorang pelajar itu melanjutkan pelajaran ke luar negara.cxix Pada tahun 1891, pelajar di Tanah Melayu 177
  • 31. telah mengambil peperiksaan sejarah dalam Cambridge Local Examinations buat kali pertamanya. Para pelajar aliran Inggeris tidak didedahkan dengan Sejarah Alam Melayu, malah Sejarah Tanah Melayu yang diajar lebih banyak menyebut nama-nama atau peranan tokoh-tokoh British seperti Stamford Raffles, Francis Light, Hugh Low, dan Frank Swettenham.cxx Bagi sekolah Melayu pula, mata pelajaran Sejarah yang diajar adalah untuk memahami budaya Melayu melalui karya kesusasteraan berbentuk hikayat atau berbentuk kesusasteraan Melayu klasik seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Pemerintah British tidak memberi penekanan terhadap mata pelajaran Sejarah sebaliknya menganggap mata pelajaran tersebut sebagai mata pelajaran tambahan sahaja. Tujuan mata pelajaran Sejarah diperkenalkan adalah untuk kepentingan politik British semata-mata. British berusaha mewujudkan penduduk tempatan yang boleh menghormati dan memahami budaya British. Mereka berpandangan jika penduduk tempatan tidak memahami budaya dan Sejarah British, hubungan antara pentadbir dan mereka yang ditadbir akan menjadi renggang.cxxi Pada tahun 1916, Winstedt telah mengkaji sistem pendidikan anak-anak negeri, pelajaran perusahaan anjuran Belanda di Jawa dan pemerintahan Sepanyol di Filipina. Beliau mengutarakan suatu laporan yang dikenali sebagai Laporan Winstedt dan British telah menerbitkan laporan tersebut yang dikemukakan kepada Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1917. Laporan ini adalah panduan bagi pelajaran Melayu dan pelajaran yang diutamakan adalah berkaitan dengan kerja tangan seperti membuat bakul, pertanian dan jahitan. Beliau turut mencadangkan supaya mata pelajaran Sejarah tidak diajar di sekolah-sekolah rendah kerana ini boleh memberi pengaruh yang membahayakan kedudukan British. Bagi beliau, mempelajari Sejarah Melayu yang dianggap penuh dengan cerita-cerita dongeng adalah merosakkan pemikiran anak-anak Melayu. Oleh itu, beliau mencadangkan agar sistem Hindia Timur Belanda dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di Tanah Melayu. cxxii 178
  • 32. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Sejarah tidak dititikberatkan dalam kurikulum sekolah rendah Melayu seperti mana mata pelajaran Bahasa Inggeris kerana dikhuatiri akan menggugat kepentingan politik dan ekonomi pemerintah British. Pihak British bimbang melalui pendidikan Sejarah juga, semangat jati diri Melayu akan mula wujud dan ini amat berbahaya kerana kelak orang Melayu akan bangkit menentang pemerintah British. Oleh itu, mereka tidak memasukkan mata pelajaran Sejarah tetapi kurikulum yang sedia ada di sekolah Melayu diubah suai dengan memasukkan mata pelajaran agama berikutan keengganan ibu bapa menghantar anak-anak mereka kerana bimbang anak-anak mereka akan dikristiankan. Buku-buku teks seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah dianggap kurang sesuai digunakan tetapi mata pelajaran yang bersifat praktikal seperti Pertanian Asas, Anyaman dan Sains Rumah Tangga diutamakan. Ketika ini hanya sekolah Inggeris dan sekolah Cina yang dibenarkan memperkenalkan mata pelajaran Sejarah. Namun, pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah Inggeris hanya melibatkan Sejarah Eropah sahaja di samping mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Geografi, Sains, Sastera Inggeris, Jasmani dan Lukisan. Manakala, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah vernakular Cina pula mengikut sukatan pelajaran tersendiri berorentasikan Tanah Besar China. 50 peratus kurikulum sejarah di sekolah-sekolah Cina berpusat di sekitar Sejarah negeri China, 25 peratus adalah sejarah luar negara China dan 25 peratus lagi berkaitan Sejarah Dunia.cxxiii Pada tahun 1918, Winstedt yang dibantu oleh Daim Abdul Hamid Tengku Muhammad Salleh telah menulis buku teks dalam Bahasa Melayu berjudul Kitab Tawarikh Melayu (1918) yang turut digunakan di maktab-maktab perguruan dan sekolah-sekolah. Sekitar tahun yang sama, bermula pengenalan pendidikan Sejarah Tanah Melayu yang dipelopori oleh golongan berpendidikan Melayu. Bermula di Maktab Melayu Melaka, mata pelajaran Sejarah (Tawarikh pada masa itu) telah dijadikan sebagai salah satu daripada 179
  • 33. sukatan pelajaran maktab pada masa itu. Mata pelajaran Tawarikh dan hikayat diajar selama 45 minit setiap waktu. Langkah ini adalah untuk memenuhi keperluan guru-guru Sejarah terlatih bagi mata pelajaran tersebut di sekolah-sekolah Melayu. Tawarikh merupakan mata pelajaran yang akhir sekali diperkenalkan dalam kurikulum maktab perguruan ketika itu. Pengenalan mata pelajaran ini adalah disebabkan oleh kesedaran sebilangan guru terhadap kepentingan sejarah pada masa itu. Disebabkan kerajinan dan usaha yang bersungguh-sungguh oleh seorang guru yang bernama Abdul Hadi Hassan,cxxiv penuntut-penuntut mula menanamkan minat terhadap mata pelajaran Sejarah. Beliau menceritakan segala peristiwa sejarah dengan penuh aksi yang menarik dan teratur, di samping menyelitkan unsur-unsur nasionalisme dan jenaka ketika mengkritik sikap pihak British.cxxv Beliau juga sering memberi kesedaran kepada para pelajarnya tentang faktor- faktor kejatuhan kerajaan Melayu bagi menyedarkan pelajarnya betapa mahalnya harga yang perlu dibayar oleh bangsa kerana kurangnya perpaduan dalam kalangan mereka.cxxvi Selain Abdul Hadi Hassan, Buyong Adil, Shaharom Hussain, Aminudin Baki dan Harun Aminurrasid turut memberikan kesedaran kepada penuntut-penuntutnya. Secara tidak langsung penerapan pendidikan Sejarah ini sedikit sebanyak telah menimbulkan bibit-bibit kesedaran dan perasaan cintakan tanahair dalam kalangan masyarakat Melayu. Golongan intelek Melayu juga turut memainkan peranan penting dalam memperkembangkan pensejarahan Melayu sehingga banyak karya sama ada dalam bentuk buku, majalah, akhbar dan sebagainya telah diterbitkan pada ketika itu. Antara mereka yang menulis karya sejarah termasuklah Abdul Hadi yang boleh dianggap sebagai tokoh yang telah banyak berjasa dalam bidang pensejarahan. Beliau telah memberikan sumbangan penting dalam menghasilkan Sejarah Alam Melayu pada tahun 1925 yang ditulis dalam bahasa Melayu. Kemudian Sejarah Alam Melayu sebanyak tiga jilid yang dikarangnya telah 180
  • 34. diselesaikan menjadi lima jilid oleh Buyong Adil setelah beliau meninggal dunia pada tahun 1937.cxxvii Abdul Hadi tidak bersetuju dengan sikap Winstedt yang suka merendah-rendahkan keupayaan masyarakat Melayu dan beliau cuba menaikkan semangat nasionalisme kepada anak-anak Melayu dengan menanamkan minat mereka membaca buku-buku sejarah Melayu. Beliau bukan sahaja tokoh yang telah bertanggungjawab menubuhkan Jabatan Pelajaran, mendirikan sebuah Sekolah Latihan Guru dan mengasaskan Persatuan Guru, malah telah dapat melahirkan ramai pejuang-pejuang Melayu bagi menentang penjajah. Antaranya termasuklah Ibrahim Haji Yaacob yang telah menubuhkan Parti Nasional Indonesia di Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun 1928.cxxviii Selain Abdul Hadi, terdapat beberapa pengarang lain yang mengarang karya sejarah seperti Ahmad bin Abdullah dengan karyanya Darah Melaka, Keris Melaka, Falsafah Hang Tuah, Melayu Tak’kan Hilang, Hujan Darah di Selat Melaka dan sebagainya.cxxix Beliau yang mendapat nasihat daripada guru sejarahnya iaitu Buyong Adil, telah menulis kisah-kisah sejarah berdasarkan Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Kesemua usaha ini adalah untuk mempergiatkan penulisan sejarah bagi memperkaya bidang ilmu sejarah Melayu, di samping menyedarkan masyarakat Melayu tentang kepentingan ilmu pengetahuan yang berguna pada masa hadapan. Pada awal abad ke-20 ini juga, terdapat begitu banyak penulisan sejarah oleh penulis- penulis Melayu yang turut dimuatkan dalam akhbar dan majalah yang bertujuan memberi takrifan dan kesedaran tentang pentingnya pendidikan sejarah bagi sesuatu masyarakat. Misalnya makalah “Kegunaan Pelajaran Tawarikh” oleh Mohd Nor Muhammad disiarkan dalam majalah Triwulan, Panduan Guru dan makalah bertajuk “Kegunaan Ilmu al-Tarikh” dalam majalah Lidah Benar oleh Muhammad Yusof bin Sultan Muhyiddin. Kesemua makalah ini cuba memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu tentang peri pentingnya 181
  • 35. sejarah supaya dapat dijadikan iktibar kepada masyarakat demi memajukan bangsa mereka dan memupuk semangat kasihkan tanah air sendiri.cxxx Di samping itu, makalah yang bertajuk “Tarikh” yang dimuatkan dalam majalah Tunas Melayu, majalah al-Iman terutamanya dalam ruangan “Tarikh al-Islam”, ahkbar Edaran Zaman terutama makalah berjudul “Tarikh” juga turut memainkan peranan penting dalam memberikan pengertian dan penerangan tentang takrifan bagi sejarah. Manakala, majalah Neraca dan Pengasuh juga turut mengimbas semula segala peristiwa yang telah berlaku agar menjadi iktibar kepada masyarakat.cxxxi Walaupun sesetengah karya seperti al- Imam, Neraca, Tunas Melayu, Pengasuh dan Lidah Benar lebih bersifat pensejarahan Islam dan yang lain pula merupakan karya-karya bersifat sekular, namun motif penulisan tetap sama, iaitu untuk mewujudkan kesedaran sejarah dalam kalangan masyarakat Melayu, di samping memberikan takrifan dan penerangan tentang sejarah.cxxxii Skop makalah pensejarahan mula berkembang sejak tahun 1920-an dan penulis- penulis makalah tidak tertumpu kepada pensejarahan tempatan semata-mata tetapi turut juga memuatkan pensejarahan luar negara. Misalnya dalam Majalah Guru, boleh dikatakan hampir keseluruhan pensejarahan dalam majalah ini adalah mengenai Alam Melayu, Islam, Asia Timur (khusus kepada Sejarah Jepun) dan Eropah. Majalah Semangat Islam, Cahaya Islam, Bulan Melayu dan Pemimpin Melayu merupakan majalah yang memuatkan pensejarahan Islam sahaja, manakala majalah Penyuluh dan Masa pula lebih memberi tumpuan kepada pensejarahan Islam di Tanah Arab dan luar Semenanjung tersebut.cxxxiii Begitu juga dengan majalah Peredar yang telah diterbitkan oleh Mohd. Said Haji Sulaiman antara tahun 1935-1940. Selain pengetahuan am, Sejarah Alam Melayu dan Islam, majalah ini turut memuatkan tentang Sejarah Johor dan antarabangsa seperti Hikayat Queen Victoria, Ringkasan Tatawarikh Nippon dan Tawarikh England.cxxxiv 182
  • 36. Terdapat juga karya-karya terjemahan daripada Bahasa Inggeris berunsur sejarah yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh tanah air. Misalnya Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)cxxxv telah menterjemah makalah Winstedt iaitu “Malaya” dalam majalah Guru. Abdul Samad Ahmadcxxxvi pula telah menterjemahkan sebuah karya yang bertajuk Abraham Lincoln pada tahun 1936.cxxxvii Selain itu, sidang pengarang H.M Shah Enterprise telah menterjemahkan karya A. J. Toynbee iaitu Dunia dengan Barat. Manakala, Abdul Rahman al-Kudsi pula telah menterjemahkan karya R.O Pringle berkenaan “Kisah Hidup Sir Stamford Raffles”.cxxxviii Beberapa karya telah dikarang dengan tujuan menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Melayu. Antara karya tersebut termasuklah Melihat Tanah Air sekitar 1941, Sedjarah dan Perjuangan di Malaya (1948 dan diterbit pada tahun 1951), Nusa dan Bangsa (1951), dan Sekitar Melayu Merdeka (1957) yang dikarang oleh Ibrahim Yaacob sendiri. Beliau telah mengetengahkan konsep Melayu Raya dan Indonesia Raya selepas Perang Dunia Kedua bagi mempereratkan lagi perasaan dan semangat persaudaraan dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu dan Indonesia. Selain Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam juga dikatakan pernah menerbitkan risalah bertajuk Testament Politik A.P.I dan Dr. Burhanuddin al-Helmy pula menerbitkan Sejarah Perjuangan Kita dan Asas Falsafah Kebangsaan Melayu bagi membangkitkan semangat perjuangan kebangsaan Melayu.cxxxix Mereka ini semuanya terlibat secara langsung dalam politik Tanah Melayu dan menyuarakan tuntutan kemerdekaan bagi membebaskan negara daripada terus dijajah oleh penjajah luar. Manakala, akhbar atau majalah berbentuk pensejarahan yang cuba membangkitkan semangat perjuangan menentang penjajah Barat ialah Fajar Asia yang memuatkan bukan sahaja berkenaan tokoh-tokoh Melayu tempatan seperti Tun Fatimah, Dol Said, malahan juga memaparkan kehebatan Diponegero, Raden Adjeng Kartini, Hayam Wuruk dan sebagainya.cxl 183
  • 37. Kebanyakan karya pensejarahan tempatan yang dikarang oleh penulis-penulis Melayu adalah atas kesedaran mereka untuk memaparkan kebenaran sejarah yang berlaku, di samping menaikkan semangat cintakan tanah air sendiri dan memasukkan unsur teladan agar masyarakat memperbaik bangsa mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan penulisan sejarah masih lagi kurang menggunakan kaedah penyelidikan yang munasabah. Misalnya, kurang pendekatan dan penyampaian secara berhujah dengan memasukkan sumber-sumber yang dirujuk oleh mereka agar karya mereka itu mempunyai kebenaran yang nyata. Malah makalah Cenderamata cuba menyelar sikap penulis atau pengarang yang bebas membuat tafsirannya sendiri dalam mengungkap peristiwa-peristiwa sejarah tanpa memasukkan rujukan sumber. Hanya beberapa karya sahaja yang menggunakan kaedah tersebut, seperti majalah Kencana yang memasukkan sumber rujukan daripada riwayat orang tua-tua, Kitab Alam Melayu, Sejarah Alam Melayu dan Geografi Semenanjung Negeri Kelantan.cxli Begitu juga karya-karya yang dihasilkan oleh Mohd Said Sulaiman yang turut memasukkan sumber rujukan berbentuk tulisan, lisan dan berdasarkan juga pengamatan beliau sebagai Setiausaha Sulit kepada Sultan Ibrahim ketika itu.cxlii Berikutan kesedaran dan desakan golongan intelektual tentang kepentingan sejarah, mata pelajaran Sejarah telah diperkenalkan di sekolah-sekolah aliran Melayu mulai tahun 1930-an, selaras dengan dasar yang dilaksanakan di Indonesia.cxliii Buku Sejarah Alam Melayu Jilid 1 hingga V karangan Abdul Hadi Hassan yang memaparkan tentang masyarakat di Tanah Melayu, perkembangan agama Islam, kerajaan-kerajaan Melayu dan kedatangan kuasa-kuasa asing ini telah digunakan sebagai buku teks di sekolah-sekolah Melayu sehingga Tanah Melayu merdeka.cxliv 184
  • 38. Pendidikan Inggeris bagi Masyarakat Melayu Pada abad ke-19, pendidikan Inggeris telah mula menjadi fokus penting berikutan perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Dua jenis sekolah Inggeris ditubuhkan, iaitu Free School yang dibiayai oleh kerajaan dan sekolah yang dibiayai oleh persatuan mubaligh Kristian. Perkataan “Free School” dipilih kerana sekolah tersebut dibuka kepada semua pelajar tanpa mengira bangsa dan agama. Tujuan penubuhan Free School ini adalah untuk memberi peluang kepada pelbagai bangsa tidak mengira warna kulit dan keturunan. Pelajaran diberikan kepada pelajar daripada umur enam hingga tujuh tahun sahaja yang tidak pernah bersekolah dan semua arahan serta teknik pembelajaran diajar dalam Bahasa Inggeris. Sekolah pertama dimulakan oleh persatuan mubaligh Kristian ialah Penang Free School pada tahun 1816. Pada tahun 1920-an, Penang Free School telah semakin sesak kerana jumlah pelajarnya bertambah ramai.cxlv Penubuhan Penang Free School telah mengalakkan negeri- negeri lain menubuhkan sekolah Inggeris yang serupa antaranya termasuk Victoria Institution, Kuala Lumpur (1894) dan Sekolah King Edward VII, Taiping (1906).cxlvi Walaupun dibiayai oleh kerajaan atau persatuan mubaligh Kristian, hakikat sebenarnya murid tetap dikenakan bayaran tertentu dan kebanyakan murid yang memasuki sekolah ini adalah dalam kalangan golongan bangsawan dan elit istana. Antara golongan elit yang mendapat pendidikan Inggeris di Selangor ialah Raja Muda Selangor, iaitu Raja Sulaiman, Raja Jumaat, Raja Yusof, Raja Osman, Raja Itam, Raja Ibrahim, Raja Ketchee, Raja Jaafar, Ahmad bin Sheikh Mohamad Ali, Abdul Aziz bin Syeikh Abdul dan Tambi Ahmad.cxlvii Pada tahun 1823, Raffles School (kemudian dikenali sebagai Raffles Institution) sebagai sekolah Inggeris pertama ditubuhkan di Jalan Bras Basah, Singapura diikuti dengan beberapa buah sekolah lain.cxlviii Raffles telah merancang agar pengajian di sekolah ini meliputi pengajian Inggeris, Cina, Melayu dan Siam dengan tujuan utamanya memberi 185
  • 39. pendidikan kepada pemimpin tempatan dan juga kakitangan awam.cxlix Jika dilihat dari segi perkembangan pendidikan Inggeris di Negeri-Negeri Selat, hampir kesemuanya telah mencapai perkembangan yang ketara berbanding neger-negeri Melayu yang lain. Misalnya, sekitar tahun 1925, jumlah sekolah Inggeris di Negeri-Negeri Selat ialah 81 buah dan daripada jumlah tersebut, Singapura mempunyai 49 buah sekolah Inggeris, manakala Pulau Pinang dan Melaka masing-masing sebanyak 24 buah dan lapan buah sekolah Inggeris yang telah dibina.cl Daripada perkembangan ini menunjukkan bahawa dasar kerajaan British lebih memberikan perhatian terhadap pendidikan Inggeris di Negeri-Negeri Selat terutamanya Singapura berbanding negeri-negeri Melayu yang lain. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna di negeri-negeri Melayu yang lain tidak terdapat pendidikan Inggeris. Di negeri Kedah misalnya, pada awal abad ke-20, sudah ada usaha untuk mewujudkan sekolah Inggeris. Berikutan dengan itu, pada 8 Disember 1908 sebuah Sekolah Inggeris Kerajaan (Government English School / G.E.S.) telah ditubuhkan di Alor Setar. Pada peringkat permulaannya, seorang guru dari Penang Free School, iaitu Encik Mohamad bin Iskandar telah dilantik menjadi guru besar yang pertama. Namun usaha untuk menarik minat orang Melayu pada ketika ini kurang berjaya kerana masyarakat tempatan menitikberatkan pendidikan berteraskan agama selain mempunyai persepsi negatif terhadap pendidikan Inggeris. Hanya golongan kerabat diraja Kedah yang sebelum ini mendapat pendidikan di Perak, Pulau Pinang dan Siam sahaja menghantar anak-anak ke G.E.S. Menjelang tahun 1912, barulah G.E.S. menunjukkan perkembangan yang positif apabila bilangan pelajar yang mendaftar menunjukkan peningkatan. Jumlah pelajar yang mendaftar pada ketika itu adalah sebanyak 160 orang dan 103 daripada jumlah itu adalah orang Melayu, 43 orang Cina, 11 orang India dan tiga orang Siam. Memasuki tahun 1926, bilangan pelajar yang mendaftar telah meningkat kepada 479 orang dan dari segi pecahannya, 186
  • 40. 263 orang Melayu, 159 orang Cina, 49 orang India dan selebihnya daripada bangsa lain. Selain itu, perkembangan G.E.S. ini juga dapat dinilai menerusi pembinaan bangunan tetap yang dilengkapi enam buah blok, asrama dan perpustakaan. Lepasan daripada sekolah inilah yang akan mengisi jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran negeri seperti perkhidmatan Kedah Civil Service dan kerani. Begitu juga di Johor, sekolah Inggeris setidak-tidaknya dikesan muncul pada awal abad ke-20 lagi. Semasa pemerintahan Temenggung Abu Bakar, sebuah sekolah Inggeris telah dibina di Tanjung Puteri dan seorang paderi dari Sekolah Kampung Gelam, Singapura, iaitu H.G. Yzelman telah dilantik menjadi guru sekolah tersebut. Pembinaan sekolah Inggeris ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kecenderungan penduduk Johor mendapatkan pendidikan Inggeris di Singapura. Memasuki abad ke-20, sekolah Inggeris di Johor mulai menunjukkan perkembangan yang positif dengan munculnya beberapa buah sekolah Inggeris. Antaranya di Muar, Segamat, Batu Pahat dan Johor Bahru. Usaha untuk memberikan pendidikan Inggeris ini tidak tertumpu kepada murid-murid lelaki semata-mata, sebaliknya turut melibatkan murid perempuan dengan membina sekolah khas untuk mereka. Perkembangan pendidikan Inggeris di Johor dilihat bermula di Muar apabila penduduk meminta supaya diwujudkan sekolah Inggeris untuk anak-anak mereka. Untuk itu, Sekolah Melayu Muar dijadikan tempat tumpangan sementara bagi murid-murid sekolah Inggeris sebelum bangunan sekolah itu siap. Pada masa yang sama, kerajaan negeri telah melantik G.H. Robert sebagai Pemeriksa Sekolah-Sekolah Inggeris Johor. Kerajaan juga turut menyediakan biasiswa kepada anak-anak Johor untuk melanjutkan pelajaran khususnya di Raffles College di Singapura. Sehingga tahun 1928 sahaja, terdapat seramai 750 orang anak Melayu mendapat biasiswa untuk belajar di Sekolah Inggeris. Jumlah ini kemudiannya meningkat kepada 768 orang pada tahun 1929.cli Kesemua mereka yang mendapat biasiswa ini merupakan pelajar Sekolah Inggeris di Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Segambut. 187
  • 41. Menjelang tahun 1930, British mengamalkan dasar terbuka dengan membenarkan anak-anak Melayu memasuki sekolah-sekolah Inggeris kerajaan.clii Kod pendidikan 1936 telah mula diperkenalkan untuk menyeragamkan segala dasar pentadbiran, kurikulum, latihan perguruan, waktu persekolahan, umur persekolahan, sukatan pelajaran, peperiksaan dan sebagainya. Berdasarkan kod ini, kanak-kanak yang mempunyai sijil kelahiran Tanah Melayu yang sah berpeluang memasuki sekolah Inggeris tanpa mengira bangsa, agama dan darjat.cliii Hal ini telah memberikan peluang kepada anak-anak Melayu bukan sahaja daripada golongan bangsawan tetapi rakyat biasa untuk memasuki sekolah-sekolah Inggeris tersebut. Pada tahun 1935, terdapat 35 buah sekolah Inggeris khusus untuk kanak-kanak lelaki telah dibuka di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan bilangan pelajar yang mendaftar seramai 11 868 orang. Memasuki tahun 1936, tiada sebarang penambahan sekolah Inggeris namun dari segi bilangan pelajar yang mendaftar menunjukkan peningkatan. Bilangan pelajar yang mendaftar pada tahun tersebut seramai 12 186 orang.cliv Pada tahun 1937, bilangan sekolah Inggeris menunjukkan pengurangan kepada 33 buah sekolah akibat penutupan dua buah sekolah di Perak. Walau bagaimanapun, penutupan ini tidak sedikitpun menjejaskan para pelajarnya. Jumlah pelajar yang mendaftar pada tahun ini meningkat kepada 12 281 orang.clv Pada asasnya sekolah Inggeris yang ditubuhkan lebih berorientasi atau bercirikan sistem pendidikan di England. Bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris dan buku-buku teks yang digunakan pula kebanyakannya dibawa dari England. Mereka yang memasuki sekolah Inggeris perlu menduduki peperiksaan Cambridge Local Examination yang mula diperkenalkan sejak tahun 1901. Mereka yang lulus Junior dan Senior Certificate akan dapat menyambung pelajaran di tahap kedua, iaitu persediaan Cambridge Local Division dan Commercial Local Devision.clvi Disebabkan penumpuan lebih banyak diberikan kepada sistem pendidikan berorientasikan Barat, pendidikan Melayu terus diabaikan. Misalnya 188
  • 42. Sejarah Tanah Melayu atau Nusantara dan pelajaran agama tidak diajar di sekolah-sekolah Inggeris, manakala pelajaran bahasa Melayu hanya diajar kepada pelajar yang berminat di luar waktu persekolahan. Namun begitu, bilangan pelajar bukan Melayu lebih ramai berbanding pelajar Melayu. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan sekolah Inggeris dibina di kawasan bandar yang majoriti penduduknya bukan Melayu. Orang Melayu tinggal menetap di kampung- kampung yang terletak jauh dari bandar. Perjalanan yang jauh dan sukar ke bandar juga telah mengurangkan penyertaan orang Melayu di sekolah Inggeris. Oleh itu, masyarakat bukan Melayu lebih berpeluang untuk memasuki sekolah tersebut berbanding orang Melayu yang menetap di kawasan kampung.clvii Selain faktor keengganan pihak British untuk membina sekolah Inggeris di kampung- kampung telah menyebabkan kekurangan penyertaan pelajar Melayu di Sekolah Inggeris. Sejak awal tahun 1920-an orang Melayu telah membuat banyak permintaan kepada kerajaan British supaya mendirikan sekolah Inggeris di kampung mereka tetapi telah ditolak. Contohnya, orang Melayu di Lenggong, Krian Perak dan Negeri Sembilan telah membuat permintaan supaya mendirikan sekolah Inggeris tetapi tetap ditolak.clviii Hal ini telah menyebabkan orang Melayu yang paling sedikit bersekolah di sekolah Inggeris berbanding kaum Cina dan India. Jadual 5.3 Pelajar Sekolah Inggeris di Negeri- Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri - Negeri Selat (1924) Kaum Jumlah Pelajar Melayu 3,850 Cina 20,166 India 4,613 European/Eurasian 3,504 Lain-lain 740 Sumber: Ibrahim Saad, Pendidikan dan Politik di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1986, hlm. 26. 189
  • 43. Berdasarkan jadual 5.3, jelas menunjukkan bahawa jumlah pelajar Melayu di Sekolah Inggeris pada tahun 1924 hanya 3 850 berbanding 20 166 pelajar Cina dan 4 613 pelajar India. Perbezaan yang ketara dapat dilihat antara kaum-kaum tersebut. Namun, ini tidak bermaksud masyarakat Melayu tidak mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Jika dilihat jumlah pelajar Melayu di sekolah bukan Inggeris (vernakular), penyertaan orang Melayu adalah tertinggi berbanding bangsa-bangsa lain.clix Misalnya pada tahun 1924, jumlah pelajar Melayu di sekolah Melayu adalah tertinggi, iaitu 39 884 pelajar berbanding 12 175 pelajar sekolah Cina dan 7 317 pelajar sekolah India. Ini kerana sejak dahulu masyarakat Melayu sangat menitikberatkan pendidikan anak-anak sama ada pendidikan formal mahupun tidak formal. Disebabkan ingin menarik lebih ramai anak-anak Melayu memasuki sekolah vernakular Inggeris ini, pihak British telah memberikan beberapa kelebihan kepada para pelajar Melayu. Misalnya pelajar Melayu yang memasuki sekolah Inggeris telah dikecualikan membayar yuran sekolah berbanding pelajar bangsa lain yang dikenakan yuran sebanyak 2 hingga 6 dolar setahun. Bagi mereka yang pintar dan cemerlang, mereka akan diberikan biasiswa sebanyak 10 dolar setahun sebagai ganjaran atas usaha yang telah ditunjukkan oleh mereka.clx Selain biasiswa kerajaan, pelajar yang cemerlang dan memenuhi syarat-syarat tertentu akan diberikan kelulusan oleh Cecil Clementi Smith untuk memperoleh Queen Scholarship. Mulai tahun 1885, semua pelajar sekolah Inggeris yang cemerlang akan diberikan biasiswa khas ini demi memperingati Ratu Victoria.clxi Anak-anak Melayu daripada kalangan bangsawan yang mempunyai pendidikan Inggeris ini kemudiannya akan diberi peluang untuk berkhidmat dengan jabatan kerajaan sebagai pegawai kelas kedua.clxii Di samping itu, terdapat juga biasiswa lain yang turut ditawarkan kepada pelajar cemerlang, iaitu Singapore Scholarship pada akhir abad ke-19. Anak-anak Melayu yang cemerlang di sekolah Inggeris tidak ketinggalan mendapat ganjaran biasiswa sebanyak $3 190
  • 44. sebulan. Misalnya, Mohd Said Haji Sulaiman yang muncul sebagai pelajar terbaik dengan memperoleh keputusan tertinggi berbanding pelajar lain dalam ujian penilaian di Council Chamber, Pejabat Kerajaan Singapura telah diberikan ganjaran biasiswa sebanyak $3 sebulan selama setahun. Setelah berjaya menamatkan pendidikannya dalam Darjah Empat di Sekolah Melayu Teluk Belanga dan Darjah Dua di Sekolah Inggeris Kampong Baru, beliau telah meneruskan pengajiannya di Sekolah Inggeris Raffles (Raffles School). Sepanjang pengajiannya di Singapura, perbelanjaan tambang, pergi dan balik hari telah dibiayai oleh kerajaan Johor.clxiii Kebiasaannya ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah Inggeris dengan tujuan supaya anak-anak mereka akan mendapat pekerjaan yang lebih baik. Walaupun anak- anak yang bersekolah Inggeris berpeluang mendapat pekerjaan yang lebih baik berbanding mereka yang mendapat pendidikan Melayu, namun hasrat British adalah untuk melatih tenaga kerja seperti kerani, juruteknik bagi pekerjaan di jabatan-jabatan kerajaan. Jawatan tertinggi dalam jabatan kerajaan adalah dalam kalangan orang Eropah. Walau bagaimanapun, pentadbiran negeri Kedah di bawah pemerintahan British berbeza berbanding negeri-negeri Melayu yang lain. Ini kerana pentadbiran dan pemerintahan di Kedah rata-ratanya telah dikuasai oleh orang Melayu, manakala pegawai-pegawai British hanya melibatkan diri dalam beberapa bahagian pentadbiran. Kynnersley, iaitu salah seorang pegawai British pernah berkata, “it’s interesting to see how a purely Malay Government without European interference and guidance has endearvured to model the administration on colonial lines”.clxiv Hal ini membuktikan bahawa orang Melayu juga mampu mentadbir dan memerintah negeri mereka sendiri. Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Kedah telah dipegang oleh orang Melayu seperti Pegawai Majlis Negeri dipegang oleh Haji Mohamed Sheriff C.B.E, Hakim Besar Melayu (Che Hanafi Sukun), Pegawai State Treasurer (Tuan Syed Omar Shahabudin), 191
  • 45. Pegawai Auditor General (Tunku Mohamed Jiwa), dan Pegawai Tanah (Che Laedin Abdul Manan) sebagainya.clxv Pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan Awam Kedah (K.C.S) telah dilantik berdasarkan beberapa syarat kelayakan yang diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.clxvi Menurut Dato’ Paduka Hj. Shaari, pegawai-pegawai K.C.S diambil daripada mereka yang mempunyai kelulusan akademik daripada Kolej Sultan Abdul Hamid, Penang Free School atau mempunyai kelulusan Senior Cambridge atau Junior Cambridge.clxvii Semasa pemerintahan British, kedudukan orang Melayu yang memegang jawatan dalam pentadbiran walaupun sebagai budak pejabat akan dipandang tinggi oleh masyarakat setempat. Dalam usaha mengekalkan Kedah sebagai negeri Melayu, keanggotaan dalam Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) hanya dihadkan kepada orang Melayu kecuali penasihat British. Namun begitu, orang Cina di Kedah juga turut diberikan peluang menjawat jawatan pentadbiran seperti dalam Majlis Bandaran, Rumah Sakit dan Lembaga Perlesenan.clxviii Pendidikan bagi Kaum Wanita Sebelum abad ke-20, masyarakat Melayu masih kurang kesedaran mengenai kepentingan pendidikan formal bagi anak-anak perempuan berbanding anak lelaki. Rata-rata ibu bapa lebih cenderung menghantar anak-anak lelaki ke sekolah Melayu berbanding anak perempuan. Ini disebabkan mereka beranggapan bahawa anak lelaki akan menjadi pemimpin dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rumah tangga mereka. Anak lelaki turut menjadi harapan yang tinggi oleh ibu bapa untuk membantu dan menambahkan pendapatan keluarga berbanding anak-anak perempuan yang akan meninggalkan mereka apabila sudah mendirikan rumah tangga kelak. Bagi anak-anak perempuan pula, mereka hanya diberi perhatian dari segi pendidikan asas agama di samping mempelajari sedikit sebanyak bahasa Melayu. Ini disebabkan adat 192
  • 46. resam orang Melayu ketika itu melarang anak gadis yang sudah remaja keluar dengan bebas lebih-lebih lagi tiada bangunan tetap bagi sekolah perempuan.clxix Di samping itu, ibu-ibu juga bimbang kehilangan pembantu yang boleh menguruskan rumah tangga seperti memasak, menjahitclxx dan adakalanya membantu ibu bapa di sawah.clxxi Tambahan pula, kaum wanita akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling sekiranya cuba untuk melakukan perubahan melalui pendidikan yang dianggap tidak seiring dengan amalan masyarakat Melayu tradisional. Kedinginan ibu bapa terhadap pendidikan kanak-kanak perempuan bertambah apabila mereka menganggap dengan kepandaian menulis dan membaca akan menyumbang kepada penulisan surat cinta dan pandangan bahawa duduk di rumah juga boleh belajar memasak dan menjahit tanpa perlu pergi ke sekolah. Sesetengah mereka pula menganggap orang perempuan hanya layak menjadi isteri, menjaga anak dan penunggu rumah sehingga ke akhir hayat.clxxii Oleh itu, mereka hanya diberikan pendidikan asas agama secara tidak formal di rumah atau surau seperti mempelajari al-Quran, Fiqh, Tauhid, dan Akhlak.clxxiii Selain pendidikan asas agama dan bahasa Melayu, kaum perempuan turut diasuh dengan melakukan tugas-tugas harian di rumah sahaja supaya apabila berumah tangga kelak mereka dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.clxxiv Biasanya mereka akan dikahwinkan pada usia muda, iaitu selepas usia baligh dalam lingkungan umur 12 tahun terutamanya yang telah dapat menjalankan tugas rumah tangga dengan baik. Menurut Lenore Manderson “As the girls grew older, increasing responsibility would fall to them, so that at a marriageable age they were capable, with some continued guidance from older women of running their own homes.”clxxv Pendidikan tidak formal ini menyebabkan tidak berlakunya perkembangan pemikiran malah kehidupan seharian mereka hanya tertumpu kepada urusan rumah tangga dan keluarga sahaja.clxxvi Amalan masyarakat Melayu tradisional yang tidak memberatkan pendidikan bagi 193
  • 47. kaum wanita telah merugikan masyarakat itu sendiri malah bertentangan dengan agama Islam yang begitu mementingkan pendidikan sama ada lelaki mahupun perempuan. Menjelang awal abad ke-20, telah wujud kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu. Ibu bapa mula merasakan pendidikan begitu penting untuk masa depan anak-anak mereka sama ada lelaki mahupun perempuan. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada kesedaran ini sehingga peratusan kanak-kanak perempuan ke sekolah formal mula meningkat dari semasa ke semasa. Pertama, terdapat banyak seruan atau saranan di dada-dada akhbar dan majalah mengenai kepentingan pendidikan dalam kalangan anak-anak Melayu sama ada lelaki mahupun perempuan. Di samping itu, penulis-penulis akhbar dan majalah turut mengkritik beberapa amalan Melayu yang menyekat kaum wanita untuk maju ke hadapan. Mereka merasakan hal ini tidak bersesuaian untuk digunakan pada zaman tersebut.clxxvii Majalah al- Imamclxxviii misalnya menekankan manfaat dan kepentingan pendidikan sebagai kunci kesedaran dan kemajuan bangsa Melayu.clxxix Di samping itu, majalah ini turut membicarakan mengenai masalah wanita terutama perjuangan emansipasi wanita selain menyarankan supaya kelas-kelas untuk anak-anak perempuan dibuka di sekolah-sekolah rendah hingga darjah tiga untuk memberi pelajaran al- Quran dan agama agar kelak mereka menjadi ibu-ibu yang berpelajaran.clxxx Selain al-Imam, terdapat juga seruan yang sama ditulis oleh Hajah Zain binti Sulaimanclxxxi dalam majalah Bulan Melayuclxxxii dan Kencana.clxxxiii Artikel tersebut turut menekankan betapa pentingnya pendidikan kepada kaum wanita yang bakal menjadi pendidik pertama kepada anak-anak mereka.clxxxiv Kedua, terdapat juga dalam kalangan pemimpin dan sultan yang turut berusaha memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak perempuan. Misalnya Maharaja Abu Bakar bukan sekadar menyumbang wang untuk 194
  • 48. pembinaan sekolah tetapi turut menyarankan agar ruangan bilik anak perempuannya untuk dijadikan kelas bagi kanak-kanak perempuan. Baginda juga telah bertindak sebagai penaung bagi sekolah perempuan pertama yang ditubuhkan di Teluk Belanga, Singapura.clxxxv Sementara itu di Selangor, Raja Sulaiman turut menyedari tentang pentingnya pelajaran dan pendidikan bagi kanak-kanak perempuan. Baginda telah mendesak British untuk membina sekolah khusus bagi kanak-kanak perempuan. Hasilnya pada tahun 1895, sebuah sekolah perempuan di Bandar Langat, Banting telah ditubuhkan. Ini merupakan permulaan sekolah bagi kanak-kanak perempuan di negeri Selangor.clxxxvi Ketiga, saranan daripada tokoh pendidik seperti Za’ba mengenai kepentingan pendidikan dalam kalangan wanita. Menurut beliau, menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang Islam sama ada lelaki mahupun perempuan demi mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Ini ditegaskan dalam karyanya, Ilmu Mengarang Melayu: “…Pelajaran itu amat wajibnya bagi kemajuan dan keselamatan kaum Melayu. …Perempuan-perempuan itu sangat patut bahkan wajib juga diberi pelajaran sebagaimana laki-laki; kerana mereka itupun manusia juga dan sama-sama ada hak mendapat pelajaran dan pengetahuan seperti laki-laki.”clxxxvii Za’ba menjelaskan bahawa pendidikan bagi anak-anak perempuan dan kaum wanita Melayu amat penting kerana adalah tidak adil jika mereka diketepikan dalam soal mencari ilmu pengetahuan sedangkan Rasulullah SAW juga tidak membezakan antara lelaki dan wanita dalam hal-hal pendidikan dan pelajaran. Malah Rasulullah SAW menggalakkan pengikutnya memberi pendidikan walaupun kepada hamba-hamba wanita. Di dalam al- Quran turut menuntut umatnya membaca (Iqra’) dan meletakkan golongan yang berilmu dalam satu darjat lebih tinggi.clxxxviii Pendidikan kepada wanita penting kerana mereka yang berpendidikan ini akan dapat mendidik anak-anak dengan lebih sempurna kerana ibu adalah guru yang pertama bagi anak- anak tersebut. Merekalah yang mendidik, memimpin, memberi acuan, latihan dan sebagainya 195
  • 49. kepada anak-anak. Daripada latihan dan didikan inilah akan membentuk kelakuan dan fikiran anak-anak kecil sehingga mereka meningkat dewasa.clxxxix Di samping itu, Za’ba juga cuba menjelaskan kepentingan ilmu pengetahuan secara umum sebagai penyelesaian terhadap kemunduran pendidikan anak-anak Melayu pada ketika itu dengan membayangkan betapa pentingnya pendidikan anak-anak yang akan mempengaruhi jiwa dan akhlak mereka. Jika asas pendidikan kurang elok, maka anak-anak bakal mempunyai sifat “kurang amanah, rendah hemah dan kasar budi pekerti”.cxc Selain itu, Syed Syeikh al-Hadi,cxci tokoh Kaum Muda juga turut menyelar sikap ibu bapa yang tidak mementingkan pendidikan anak-anak perempuan. Baginya wanita sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak haruslah mempunyai pendidikan untuk mengharmoni dan mengatur rumah tangganya dengan bijaksana. Beliau turut menegaskan bahawa jika sesuatu bangsa itu ingin maju haruslah memajukan dahulu kaum wanitanya.cxcii Melalui ibu bapa yang berpendidikan diharap dapat melahirkan dan mendidik anak-anak menjadi orang yang berguna kelak. Keempat, sesetengah guru juga turut membimbing kebanyakan ibu bapa tentang kepentingan pendidikan. Misalnya abang ipar kepada Tan Sri Aishah Ghani iaitu Encik Abdul Halim yang merupakan seorang guru agama dari Indonesia sentiasa membuka minda ibu bapanya untuk membenarkan Aishah mendalami ilmu pengetahuan sebanyak mungkin.cxciii Melalui kesedaran itu, maka Aishah dibenarkan untuk mendapatkan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Bukit Raya, Hulu Langat pada tahun 1930 dan pada masa yang sama beliau telah meneruskan pelajarannya di Sekolah Agama Rakyat pada sebelah petangnya.cxciv Kemudian beliau telah dapat meneruskan pelajarannya ke Sekolah Diniyah Puteri,cxcv Sumatera Barat Indonesia, iaitu sebuah sekolah agama terkenal di Padang Panjang pada tahun 1935.cxcvi 196
  • 50. Kelima, guru-guru juga turut memberi galakan dan semangat kepada para pelajar untuk meneruskan pelajaran sehingga berjaya. Misalnya Cik Kontik Kamariah binti Ahmad yang merupakan seorang guru pelawat pernah datang ke beberapa buah sekolah di Selangor pada tahun 1933 sentiasa menyuntik semangat kepada para pelajar untuk terus maju dan berjaya dalam pendidikan.cxcvii Pada tahun yang sama, seorang guru pelawat bernama Encik Mohd. Yusof Ahmadcxcviii telah datang ke sekolah di Selangor untuk mengenal pasti pelajar yang bijak untuk dimasukkan ke sekolah Inggeris setelah tamat Darjah Lima.cxcix Tawaran ke sekolah Inggeris ini menyebabkan ibu bapa merasakan bahawa pendidikan anak-anak begitu penting terutama apabila mengetahui lulusan sekolah Inggeris mempunyai masa depan yang cerah. Ini kerana pelajar berkelulusan sekolah Inggeris mempunyai peluang yang tinggi untuk menjawat jawatan dalam sektor-sektor kerajaan berbanding pelajar yang berkelulusan sekolah Melayu.cc Keenam, guru-guru Melayu juga turut menyuarakan pandangan agar sekolah bagi kanak-kanak perempuan juga dibina.cci Ini disebabkan mereka mahu anak-anak Melayu terutamanya perempuan agar turut maju dalam segala bidang yang bakal mereka ceburi kelak. Oleh itu, pada tahun 1844, sekolah khas bagi kanak-kanak perempuan telah ditubuhkan di Singapura iaitu Raffles Girl’s School dan Holy Infant Jesus School pada tahun 1854. Selain itu pada tahun 1883, sekolah perempuan Melayu pertama didirikan di Teluk Belanga, Johor Bahru diikuti empat buah lagi sekolah perempuan pada tahun 1884 di Singapura.ccii Johor merupakan antara negeri yang memberi perhatian sepenuhnya kepada pendidikan untuk kanak-kanak perempuan. Hal ini dapat dibuktikan menerusi pembinaan sekolah perempuan di Johor sekitar abad ke-20. Pada tahun 1911, Sekolah Perempuan “Sukapeti” telah ditubuhkan di Muar untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak perempuan Melayu. Sekolah yang dibina oleh penduduk kampung ini kemudiannya telah diambil alih oleh kerajaan dan digantikan 197
  • 51. namanya kepada Sekolah Perempuan Bandar Maharani Muar yang diketuai oleh guru Melayu iaitu Cik Inon binti Abdullah. Pada tahun 1918, beberapa buah sekolah perempuan telah didirikan seperti Sekolah Perempuan Bandar Tinggi, Sekolah Perempuan Bandar Penggaram dan Sekolah Perempuan Bagan. Seterusnya pada tahun 1920-30-an, Johor terus menunjukkan perkembangan dalam pendidikan untuk wanita menerusi penubuhan Sekolah Perempuan Kampung Baru, Sekolah Perempuan Bukit Senyum, Sekolah Perempuan Bandar Segamat, Sekolah Perempuan Bandar Kluang dan Sekolah Perempuan Bandar Tangkak. Fokus pembelajaran di sekolah perempuan ini sama seperti sekolah lelaki yang lain cuma terdapat beberapa penambahan bidang yang berkaitan dengan wanita seperti jahitan, kesihatan, masakan dan mendidik anak. Gambar 5.4 Guru dan Murid Perempuan Sekolah Melayu Pulau Pinang, 1941. Sumber: Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur Melalui kesedaran ini, sesetengah ibu bapa telah mula memberikan perhatian terhadap pendidikan formal kepada anak-anak perempuan mereka. Ibu bapa merasakan 198
  • 52. bahawa anak-anak perempuan juga perlu diberikan pendidikan formal untuk kesenangan masa hadapan mereka. Penubuhan sekolah kanak-kanak perempuan di Singapura ini mendapat perhatian masyarakat dan lima tahun berikutnya kerajaan British telah berusaha mendirikan beberapa buah sekolah perempuan, iaitu di Kedah Road, Pulau Pinang, Melaka, Perak, Kampung Baru, Selangorcciii dan sebagainya bagi menggalakkan pendidikan bagi kanak-kanak perempuan bukan sahaja di peringkat rendah malahan di peringkat menengah.cciv Pada akhir abad ke-19, negeri Perak mempunyai sembilan buah sekolah untuk kanak-kanak perempuan diikuti di Selangor pula sebanyak dua buah sekolah.ccv Manakala, di Kedah terdapat lima buah sekolah Melayu Perempuan pada tahun 1930, iaitu di Alor Setar, Yan, Sungai Petani, Kulim dan Kota Kuala Muda.ccvi Sekolah-sekolah ini mula memperkenalkan pelajaran berkaitan sains rumah tangga seperti seni jahitan, membuat renda, menenun kain sutera dengan tujuan supaya kelak mereka dapat menjana pendapatan keluarga melalui kemahiran tersebut.ccvii Gambar 5.5 Pelajar Perempuan Belajar Membuat Lace di Sekolah Sumber: Department of Education Annual Report 1951 Di samping itu, mereka juga turut diajar pelajaran memasak, clay modelling (merupakan benda), menggunting kertas, mencabut benang, ilmu kebersihan dan kesihatan 199
  • 53. yang diajar oleh doktor perempuan Inggeris. Pelajaran baharu ini diterapkan untuk lebih menarik minat anak-anak perempuan berbanding skop pelajaran sekolah perempuan suatu masa dahulu.ccviii Selain pelajaran Sains Rumah Tangga, kanak-kanak perempuan juga turut terlibat dalam aktiviti kepanduan. Misalnya Bahtera bilangan 26, April 1932 menyebut mengenai penglibatan pelajar perempuan Melayu dalam aktiviti Girl Guides. Penyelia sekolah-sekolah perempuan Melayu, Zain bin Sulaiman telah menyertai Girl Guides sebagai pegawai. Beliau menyarankan agar pelajar perempuan Melayu menyertai Girl Guides untuk membina keyakinan diri agar bersaing dengan bangsa-bangsa lain. Pada masa itu baharulah orang Melayu mampu melahirkan kaum ibu yang berkualiti. Gambar 5.6 Kanak-Kanak Perempuan Melayu Terlibat dalam Brownies di Sekolah Inggeris Kg. Baru (Jan.1932-Julai 1938) Sumber: Bulan Melayu Jan. 1932- Julai 1938 G.22 600, Arkib Negera Malaysia, Cawangan Kuala Lumpur. Dengan kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan dalam kalangan anak-anak perempuan, jumlah pelajar perempuan mula meningkat dari semasa ke semasa. Annual 200