KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan
1. Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan
1. Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah
pendidikan selepas kemerdekaan, iaitu:
i. Laporan Barnes (1950)
a. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.
b. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat
kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
c. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini,
iaitu:
i. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
ii. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai
bahasa pengantar.
iii. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika
terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin
mempelajari bahasa ibunda mereka.
iv. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan
bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.
d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes.
Antaranya ialah:
i. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar
yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu.
ii. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina
dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di
mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa
kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.
1. Laporan Fenn-Wu (1951)
1. Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China)
dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
2. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat
Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan
bahasa dan budaya orang Cina.
2. 3. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas
kepada Ordinan Pelajaran (1952).
4. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:
a. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan
tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa
kebangsaan juga diadakan.
b. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.
c. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk
menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan
untuk pembangunan negara.
5. Ordinan Pelajaran (1952)
a. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British
untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
b. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran
(1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan
kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak
diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
c. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.
d. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak
menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.
Rumusan
Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan berbeza
antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masingmasing dan
lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing-
masing. Apa yang jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran clan aspirasi yang
berlainan di kalangan masyarakatpada masa itu
( Sumber : http://gurusejarah.blogspot.com/2005/11/fakta-pendidikan-zaman-penjajahan.html )
Penafian/Disclaimer.
Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
3. Dibina pada 14 Apr 2007 dan dikemaskini pada oleh Pengendali@2006