1. KAEDAH PEROLEHAN KERAJAAN YANG LAZIM
DILAKUKAN
Terdapat sepuluh kaedah ataupun cara pihak kerajaan melakukan
perolehan dan kita akan bincangkan enam daripadanya yang
menjadi kebiasaan bagi Jabatan atau Agensi kerajaan. Kaedah
perolehan kerajaan adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
Perolehan Melalui Pancar Wang Runcit
Kebiasaannya perolehan dengan cara ini adalah untuk membeli
bekalan bagi kegunaan dalam kadar segera. Jumlah harga setiap
perolehan mestilah tidak melebihi RM 500 dan tiada dokumen
perolehan diperlukan tetapi mestilah disertakan dengan resit
perolehan. Perolehan boleh dilakukan dari orang perseorangan,
kedai atau pembekal dan tidak perlu berdaftar dengan
Kementerian Kewangan atau bertaraf Bumiputera.
2. Perolehan Melalui Kontrak Pusat
Barang yang biasa dibeli melalui kontrak pusat adalah seperti
perabut, kenderaan, perkhidmatan percetakan, uniform dan
banyak lagi barang-barang yang bersifat gunasama. Perolehan
dengan cara ini perlu merujuk kepada peraturan yang telah
ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan atau Agensi kerajaan perlulah
menggunakan pesanan kerajaan sebagai dokumen perolehan.
Pembelian Terus
Kaedah ini adalah yang paling popular, ia adalah untuk setiap jenis
item yang melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan sehingga RM
50,000 boleh dibuat dengan cara ini. Perolehan boleh dilakukan
dengan mana-mana pembekal yang berdaftar atau tidak
berdaftar dengan Kementerian Kewangan sama ada bertaraf
Bumiputera atau bukan Bumiputera.
Sebelum melakukan pembelian terus, Jabatan atau Agensi
kerajaan yang terlibat bertanggungjawab untuk membuat kajian
pasaran. Perolehan haruslah tidak tertumpu kepada satu-satu
pembekal tertentu sahaja selaras dengan prinsip yang diamalkan
dalam melakukan perolehan kerajaan.
Untuk bidang khusus yang memerlukan lesen atau permit yang sah
seperti kawalan keselamatan, farmasi dan sebagainya perlulah
3. mendapatkan lessen dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagi kontrak kerja yang bernilai tidak melebihi RM 20,000, perolehan
boleh dibuat secara lantikan terus di kalangan kontraktor kelas F
yang berdaftar dengan PKK di bawah kepala, sub kepala yang
berkaitan. Jabatan atau Agensi kerajaan perlulah menggunakan
pesanan kerajaan atau inden sebagai dokumen perolehan
mengikut mana yang berkaitan.
Klik sini untuk Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan
Perolehan Melalui Sebutharga
Had nilai perolehan melalui sebutharga adalah melebihi RM
50,000 hingga RM 500,000. Jabatan atau Agensi kerajaan yang
mengeluarkan sebutharga hendaklah mempamerkan
pemberitahuan sebutharga (Notis Sebutharga) di papan kenyataan
awam Jabatan atau Agensi yang mengeluarkan sebutharga,
mengiklankan di akhbar utama dan juga mempelawa sebutharga
kepada penyebutharga yang telah disenarai pendek.
Perolehan Melalui Tender
Tender dibahagikan kepada empat kategori iaitu Tender Terbuka,
Tender Terhad dan Tender Secara Pra-Kelayakan dan Tender
Rundingan Terus. Tender Terbuka dan Tender Terhad terbahagi
4. kepada empat iaitu Terbuka atau Terhad Tempatan, Terbuka atau
Terhad Antarabangsa, Terbuka atau Terhad Khas Bumiputera dan
Terbuka atau Terhad khas kepada Pembuat atau Pengilang. Had
nilai perolehan melalui sebutharga adalah melebihi RM 500,000 ke
atas.
Untuk lebih makulmat dalam perolehan kerajaan dan bagaimana
untuk anda memenangi perolehan kerajaan. Sila dapatkan ebook
Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan.
Klik sini untuk dapatkannya.
LIKE fanpage kami!