1. SISTEM FARAID
Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan,
memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta
seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka
harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll),
menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan
setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat
yang dibenarkan oleh syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.
CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA
Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara
waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang
Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.
1. Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada
1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau
datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan
sebapa dan saudara seibu.
2. Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan
asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
(a) Asabah Binafsih
(b) Asabah Bil Ghoir
(c) Asabah Maal Ghoir.
2. (a) Asabah Binafsih
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk
sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang
lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki
sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara
kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara
sebapa.
(b) Asabah Bil Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki
untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu:
anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau
lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.
(c) Asabah Maal Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk
sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang
perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi
dengan anak atau cucu perempuan).
3. Dhawil-Arham
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau
isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan
terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang
daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan
kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat)
iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari
saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan
ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu:
Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.
(a) Hijab Nuqshon
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-
Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-
samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau
cucu.
3. (b) Hijab Hirman
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli
waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta
pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan
datuk terhalang sebab adanya bapa.
SENARAI AHLI-AHLI WARIS YANG LAYAK MENERIMA HARTA PUSAKA
Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan
layak menerima harta pusaka.
Waris dari pihak lelaki seperti berikut:
1. Anak lelaki
2. Cucu lelaki dari anak lelaki
3. Bapa
4. Datuk
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara lelaki seibu
8. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
9. Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
10. Bapa saudara seibu sebapa
11. Bapa saudara sebapa
12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
13. Sepupu dari bapa saudara sebapa
14. Suami
15. Hamba sahaya
Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:
1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami
Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu:
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Nenek sebelah ibu
4. 5. Nenek sebelah bapa
6. Saudara perempuan seibu sebapa
7. Saudara perempuan seibu
8. Saudara perempuan sebapa
9. Isteri
10. Petuan perempuan bagi hamba sahaya
Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak:
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Saudara perempuan seibu sebapa
5. Isteri
Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada
hanya lima ahli waris berikut:
1. Bapa
2. Ibu
3. Anak Lelaki
4. Anak Perempuan
5. Suami/Isteri
KADAR DAN SYARAT BAGI SETIAP AHLI WARIS
Berikut adalah bahagian yang diperolehi oleh ahli waris mengikut syarak..
Bahagian Diperolehi Suami kepada simati
Tidak mempunyai anak ATAU
1/2
Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki
Mempunyai anak ATAU
1/4
Mempunyai cucu dari anak lelaki
Bahagian diperolehi Isteri kepada simati
Tiada anak ATAU
1/4
Tiada cucu dari anak lelaki
Mempunyai anak ATAU
1/8
Mempunyai cucu dari anak lelaki
5. Bahagian
Anak Perempuan Simati
Diperolehi
1/2 Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki
2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada
2/3
anak lelaki
ASABAH BI- Mempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari
GHAIRIH bahagian anak lelaki
Bahagian
Cucu Perempuan Anak Lelaki Simati
Diperolehi
1/2 Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak
2/3 Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak
Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama
1/6 dengan
seorang anak perempuan
Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari
bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki.
ASABAH BI-
Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki
GHAIRIH
ATAU 2 anak perempuan
atau lebih
Bahagian
Bapa Simati
Diperolehi
Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari
1/6
anak lelaki
Mempunyai anak perempuan ATAU cucu
1/6 dan Asabah perempuan
dari anak lelaki
ASABAH Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
Bahagian
Ibu Kepada Simati
Diperolehi
Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU
1/6 mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara
sebapa
Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki
1/3 ATAU
tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3 dari baki Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri
6. Bahagian Diperolehi Datuk kepada simati
Sama seperti bapa Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa
Bahagian
Saudara Perempuan Seibu Sebapa kepada simati
Diperolehi
Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang
1/2
menjadikannya Asabah
Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli
2/3
yang menjadikannya Asabah
ASABAH Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk.
disebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu
Terhalang oleh
lelaki dari anak lelaki
Bahagian
Saudara Perempuan Sebapa
Diperolehi
Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung,
1/2 bapa
DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah
Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki,
saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang
2/3
menjadikannya
Asabah
Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan
1/6 seibu
sebapa
Asabah disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk
1. Bapa
2. Dua orang atau lebih saudara perempuan
kandung
Terhalang Oleh 3. Seorang saudara perempuan kandung dan
mempunyai
anak perempuan dan cucu perempuan
4. Saudara lelaki kandung
Bahagian
Saudara Seibu (Lelaki/Perempuan)
Diperolehi
Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak
1/6
lelaki
Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak
1/3
lelaki
Terhalang oleh Disebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki
7. GAMBARAJAH HIRARKI WARIS YANG LAYAK
Carta Waris ini adalah berdasarkan 25 waris yang layak di faraidkan.