SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 11
KPD4063 KAEDAH MENGAJAR




MODEL HUNTER / PENGAJARAN DALAM AMALAN

Murid yang diajar mengikut ‘Teori Pengajaran Dalam Amalan’ adalah berdasarkan kepada Hunter (1991).
Beliau menyatakan bahawa pengajaran meliputi suatu siri keputusan profesional yang mempengaruhi tahap
pembelajaran seseorang murid. Keputusan-keputusan ini adalah berkenaan dengan isi kandungan pelajaran,
bagaimana murid mencapai pembelajaran melalui aktiviti tertentu dan tingkah laku guru yang spesifik dalam
kelas.
         Hunter percaya bahawa konseptualisasi pengajaran dengan ketiga-tiga keputusan tersebut boleh
membekalkan suatu rangka rujukan . Ini bermakna keputusan pengajaran dan tindakan boleh diterangkan,
diinterpretasi, dibincang, dinilai dan diperbaiki. Program Hunter memberikan suatu reka bentuk yang
mengandungi sembilan unsur untuk mengajar suatu pelajaran. Unsur-unsur dalam pengajaran ini ialah:



                                            Menyatakan                    Input
                   Set induksi
                                             objektif                   pengajaran




                                               Semak
                   Pantau dan
                                             kefahaman                   modelan
                    ubah suai
                                               murid




                     Praktis                   Praktis
                                                                          Penutup
                   terbimbing                bertempoh

                          Rajah 1: Model Hunter atau Pengajaran dan Amalan




                                                     1
KPD4063 KAEDAH MENGAJAR



1. Set Induksi (Anticipatory Set)
   Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran
   yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu. Ee Ah Meng (1987) menyatakan set
   induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti
   sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran. Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan
   bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama
   mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya
   mereka       dapat   memusatkan   perhatian   terhadap   isi   pelajaran   yang   hendak   disampaikan.


   Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara
   memulakan pengajaran di mana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru
   menyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan
   pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menimbulkan minat dan
   menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran
   yang dipersembahkan oleh guru mereka. Sehubungan itu, set induksi juga memberikan lebih
   pemahaman dan aplikasi idea melalui penggunaan contoh, gambar, cerita, soalan dan perkara-perkara
   yang boleh menarik perhatian pelajar. Di samping membolehkan murid menjangka apa yang akan
   dipelajari




                            Rajah 2: Contoh set induksi berbantukan computer



                                                   2
KPD4063 KAEDAH MENGAJAR



   2. Menyatakan Objektif Dan Tujuan




   input – murid mendapat maklumat baru
   modeling – guru memberikan contoh-contoh, demonstrasi, idea,
   menguji kefahaman – guru menguji di celah-celah pelajaran
   latihan berpandu – murid berlatih dengan skala yang dipelajari dan diselia oleh guru
   latihan bebas – murid membuat tugasan yang diberi oleh guru tentang apa yang telah dipelajari secara bebas




                                  Jadual : Jadual Teori Pengajaran dan Amalan
Semasa guru hendak membuat keputusan, guru tersebut haruslah membuat keputusan berasaskan kepada
pengajaran yang berkesan. Ini seterusnya memerlukan guru memahami sains pengajaran kerana ini akan
menjadi asas untuk guru dalam membuat keputusan. Di samping itu, guru haruslah berkemahiran untuk
melaksanakan keputusan yang tepat. Model ini boleh dipraktikkan dengan merancang soalan yang diperoleh
daripada tiga jenis keputusan di atas iaitu:
      Apakah yang murid akan belajar?
      Bagaimanakah murid akan belajar?

                                                      3
KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

   Keputusan yang bersangkutan dengan kadar pembelajaran, pemindahan pembelajaran kepada situasi
    yang baru.




                                                4
KPD4063 KAEDAH MENGAJAR




Huraian Rancangan Pengajaran Harian B (Pelajar Sederhana)

Pengenalan

Huraian rancangan pengajaran harian ini adalah sangat penting bagi menunjukkan perkaitan antara teori yang
telah dipelajari dengan penyediaan pelan pengajaran yang telah disediakan oleh guru. Oleh yang demikian,
tujuan dalam menghuraikan langkah yang terdapat dalam RPH adalah bagi menentukan tahap rasional dan
justifikasi terhadap sesuatu yang telah dirancang. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya
psikologi, sosiologi, falsafah   dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersama dalam huraian yang telah
dinyatakan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Manakala, soalan taksiran yang
disediakan oleh guru merupakan satu langkah bagi    melihat keberkesanan objektif yang hendak dicapai dan
disemak sendiri oleh pelajar dalam menentukan maklumbalas dari pelajar.

Profil Kelas

       Rancangan pengajaran harian ini, melibatkan pelajar-pelajar kelas tingkatan 5 Perdaganagan 2 iaitu
seramai 30 pelajar yang wajib mengambil subjek Perdagangan. Kelas ini terdiri daripada 15 pelajar lelaki dan
15 pelajar perempuan. Saya merupakan guru bagi subjek Perdagangan untuk kelas ini. Sebelum saya mengajar
mereka, saya akan melihat kepada Rancangan Pengajaran Tahunan terlebih dahulu. Selepas itu, saya akan
menerangkan kepada pelajar mengenai topik yang akan saya ajar dalam subjek Perdagangan ini. Latar belakang
pelajar di dalam kelas ini adalah sederhana berdasarkan daripada keputusan peperiksaan meraka pada tahun
lepas. Faktor pelajar yang ramai didalam kelas ini dapat memudahkan guru dalam menjalankan aktiviti dan
mengambil prestasi mereka. Hal ini kerana mereka tidak ada masalah dalam memberi tumpuan. Kecenderungan

                                                     5
KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

murid di kelas ini disebabkan oleh teori kognitif intrapersonal yang mengatakan mereka lebih memahami diri
mereka sendiri dan yakin akan kebolehan mereka sendiri tanpa bantuan orang lain.

       Oleh yang demikian, tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut ialah mengenai faktor-faktor
pemilihan media pengiklanan. Sesi P&P ini dijalankan selama 80 minit dimana P&P bermula pada jam 7.30
pagi hingga 8.50 pagi. Sebelum ini pelajar telah didedahkan dengan jenis-jenis media pengiklanan dan
mempunyai sedikit pengalaman melalui keadaan semasa. Oleh itu, dalam sesi P&P ini lebih menumpukan
terhadap faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh peniaga dalam menentukan media pengiklanan untuk
memasarkan produk mereka.

Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran merupakan penggerak utama kepada isi kandungan kursus dan struktur pengukurannya.
Pengukuran hasil pembelajaran merupakan kunci penting dalam memastikan objektif dan matlamat dapat
dicapai sama ada dalam jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Oleh itu, dalam pembentukan hasil
pembelajaran yang berkesan saya telah menggunakan kaedah Mager. Melalui kaedah Mager ini saya dapat
gambaran yang jelas dan terperinci terhadap setiap komponen yang diukur iaitu audience (A), behavior (B),
condition (C), dan desired criteria (D). Oleh yang demikian, saya telah menetapkan dua hasil pembelajaran
dalam proses p&p yang dilaksanakan. Hasil pembelajaran yang pertama ialah :

Sebelum tamat tamat proses pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar-pelajar
Tingkatan 5 Perdagangan 2 (A) dapat ;
a) Menghuraikan (B – Aras 2) 70% faktor-faktor pemilihan (D) media pengiklanan
       Perkataan menghuraikan merupakan kata kerja yang telah saya guna dalam menentukan hasil
pembelajaran. Hal ini kerana perkataan menghuraikan merupakan kata kerja yang telah diletakkan pada aras
kedua dalam Model Taksonomi Bloom iaitu aras kefahaman. Berdasarkan andaian, saya mengjangkakan pelajar
dapat menyenaraikan dan menghuraikan sebanyak 70% daripada tujuh faktor yang perlu dipertimbangkan
dalam pemilihan media pengiklanan mengikut tahap pemahaman mereka dan hanya 30% sahaja pelajar yang
kurang tepat dalam menghuraikan faktor-faktor tersebut. Saya beranggapan bahawa pelajar tersebut tidak faham
terhadap topik tersebut atau pelajar kurang memberi tumpuan sewaktu proses P&P dilaksanakan.
       Manakala, hasil pembelajaran kedua yang telah ditetapkan ialah :
b) Mengenal pasti (B – Aras 4 ) faktor-faktor pemilihan media pengiklanan yang diambil kira dalam
   iklan perniagaan yang dipilih
    Dalam Taksonomi Bloom perkataan mengenalpasti terletak pada aras analisis iaitu aras keempat dalam
Taksonomi Bloom sebelum aras aplikasi. Tujuan saya memilih aras ini adalah untuk menguji tahap pemikiran
pelajar sama ada mereka dapat menguasai pembelajaran yang saya sampaikan atau sebaliknya. Oleh itu, saya
menjangkakan pelajar akan akan mengenalpasti setiap faktor yang terdapat dalam penentuan pemilihan media
                                                      6
KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

pengiklanan yang perlu dipertimbangkan oleh peniaga atau syarikat sebelum mengiklankan produk keluaran
mereka di pasaran.


Huraian Aktiviti
Dalam pembentukan rancangan pengajaran harian ini, saya telah menggunakan model Hunter’s Lesson Cycle
Design (1976) sebagai panduan dalam menghasilkan rancangan pengajaran harian ini. Tujuan saya
menggunakan model ini adalah memudahkan saya dalam menyemak kefahaman pelajar dan dapat memantau
segala aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. Selain itu, melalui model ini guru juga dapat melakukan praktis
terbimbing dan praktis bertempoh bagi memantapkan kefahaman pelajar terhadap topik berkenaan.


Set Induksi
1. Dalam set induksi ini, saya telah memperuntukkan selama 5 minit sebelum memulakan proses P&P. Oleh
   itu, saya telah memaparkan gambar-gambar yang berkaitan dengan media cetak dan media eletronik. (Rujuk
   Lampiran BBM 1)
       Oleh yang demikian, melalui pengetahuan sedia ada pelajar akan meneka gambar yang saya pamerkan
   tanpa sebarang pertanyaan daripada saya. Saya beranggapan bahawa gambar yang saya paparkan pelajar
   sudah biasa lihat dalam kehidupan seharian mereka seperti gambar risalah, akhbar dan majalah. Penggunaan
   gambar dalam set induksi ini dapat menunjukkan sesuatu yang baru kepada murid dengan jelas dan tepat
   (Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003). Hal ini kerana melalui gambar dapat menerangkan dengan
   jelas konsep atau idea yang ingin disampaikan oleh guru.
       Selain itu, saya juga menerapkan nilai kerjasama dalam set induksi ini di mana 5 daripada 30 orang
   pelajar telah memberi kerjasama dengan meneka gambar yang dipaparkan secara sukarela yang mempunyai
   hubung kait dengan topik pengajaran yang ingin disampaikan.


Memaklumkan Hasil Pembelajaran.
2. Guru memaklumkan hasil pembelajaran kepada pelajar supaya pelajar dapat membuat gambaran terhadap
   kepentingan dalam menguasai isi pelajaran yang akan disampaikan oleh guru. Tujuan hasil pembelajaran ini
   disampaikan kepada pelajar adalah bagi memastikan pelajar memberi tumpuan dalam proses pengajaran dan
   pembelajaran serta menguasai perkara yang disampaikan oleh guru (Ng Kim Choi, 2011).


Input Pengajaran
3. Dalam menyampaikan input mengenai topik yang akan diajar, saya telah menggunakan alat bantu mengajar
   iaitu slaid power point yang telah disediakan oleh guru (Rujuk Lampiran BBM 2). Tujuan saya memilih
   slaid power point ini dalam menyampaikan input pengajaran topik tersebut adalah untuk meningkatkan
   minat pelajar terhadap topik yang diajar dan membantu pelajar dalam menguasai isi pelajaran topik tersebut.
                                                      7
KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

      Jean Piaget (1950) menyatakan bahawa kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul
   dalam usahanya menyesuaikan diri dalam persekitaran. Pembelajaran berbantukan komputer ini dapat
   memberikan peluang kepada pelajar dalam memahami sesuatu konsep. Manakala, Rashidi (1986)
   menyatakan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini dapat mewujudkan
   persekitaran pembelajaran yang baru dan suasana pembelajaran yang seronok untuk pelajar.
      Oleh yang demikian, berdasarkan slide power point saya telah menerangkan kepada pelajar mengenai
   sub topik yang saya akan ajar iaitu sebanyak 5 daripada 7 faktor pemilihan media pengiklanan yang terdiri
   daripada kos pengiklanan, luas pasaran, dasar kerajaan, saiz perniagaan, sasaran pengguna, tujuan
   pengiklanan, serta jenis dan sifat barangan. Di samping itu, saya juga menyatakan contoh yang bersesuaian
   dengan topik pengajaran saya. Misalnya, faktor kos pengeluaran ini perlu di pertimbangkan oleh peniaga
   yang mempunyai modal yang kecil dalam mengiklankan produk syarikat mereka seperti perniagaan runcit.
   Oleh itu, melalui contoh yang diberi pelajar akan lebih mudah untuk memahami.


Permodelan
4. Dalam langkah ini saya menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) kepada kelas yang
   saya ajar ini iaitu kelas pada tahap sederhana. Oleh yang demikian, melalui kaedah ini pelajar akan berusaha
   untuk mendapatkan maklumat dan menyelesaikan masalah dengan usahanya sendiri. Proses ini kan
   menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut kajian yang dijalankan oleh Nor Ratna
   Masrom (2005) mendapati bahawa pelajar tidak akan mampu menguasai pelajaran dan menyelesaikan
   pelajaran sekiranya pelajar tidak memahami proses dalam perlaksanaan kaedah PBL.
      Maka, Lynda Wee (2004) telah menggariskan tujuh langkah dalam melaksanakan proses PBL. Langkah
   –langkah tersebut adalah pembahagian kumpulan, mengenalpasti masalah, menjana idea, isu pelajaran,
   pembelajaran kendiri, sintesis dan aplikasi, dan refleksi dan tindak balas. Selain itu, kajian tersebut
   mendapati bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah, pelajar tidak mampu untuk
   melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan sempurna dan cekap. Justeru itu, Edward dan
   Monika (1995) telah menggariskan lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah
   mengenalpasti masalah, menganalisis masalah dan mengumpul data, membuat keputusan, mengenalpasti
   penyelesaian yang terbaik dan melaksanakan keputusan.
      Oleh yang demikian, dalam melaksanakan PBL ini saya telah membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan
   yang terdiri daripada 6 orang pelajar sama ada pelajar lelaki atau pelajar perempuan. Bagi mewujudkan
   suasana yang harmoni saya telah memberi kebenaran kepada pelajar untuk menetapkan ahli kumpulan
   masing-masing dengan syarat dalam setiap kumpulan perlu mempunyai seorang pelajar lelaki dan berlainan
   bangsa. Hal ini kerana saya ingin merapatkan jurang antara pelajar Melayu, Cina dan India supaya wujud
   semangat 1 Malaysia yang diterapkan oleh pihak kerajaan.


                                                      8
KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

      Apabila pelajar telah membentuk kumpulan, guru akan meminta seorang wakil daripada setiap
   kumpulan untuk mengambil sampul yang mengandungi gambar suatu jenis perniagaan. Sampul yang diberi
   kepada pelajar mengandungi gambar suatu jenis perniagaan. Dalam 5 sampul tersebut saya meletakkan
   gambar bagi setiap jenis perniagaan iaitu perniagaan runcit, perniagaan borong, pasaraya, kedai kecantikan,
   dan kedai cermin mata. Dengan itu, melalui gambar pelajar perlu menghuraikan 5 daripada 7 faktor yang
   mereka pelajari dalam mempertimbangkan media pengiklanan yang bersesuaian bagi memasarkan produk
   yang dijual mengikut jenis perniagaan. Kemudian, pelajar perlu berbincang dengan ahli kumpulan mereka
   mengenalpasti 5 faktor pemilihan media pengiklanan yang diambil kira oleh peniaga sebelum mengiklankan
   produk mereka. Contohnya, kumpulan 1 membincangkan gambar perniagaan runcit. Oleh itu, pelajar perlu
   berfikir cara-cara untuk mengiklankan barangan daripada perniagaan runcit ini dengan mengambil kira 5
   faktor pemilihan media pengiklanan. Kumpulan ini telah memilih faktor kos pengeluaran, sasaran
   pengguna, jenis barangan, tujuan pengiklanan dan saiz peniagaan. (Rujuk Lampiran BBM 3)


Semak Kefahaman Pelajar.
5. Dalam langkah ini guru memainkan peranan sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang
   dilakukan oleh pelajar. Pelajar diberi kebebasan untuk menyatakan dan menyumbangkan idea dalam
   perbincangan diantara ahli kumpulan (Noor Azizah, 2002). Oleh itu, guru hendaklah menyatakan bahawa
   setiap ahli kumpulan perlu diberikan peluang dalam menyumbangkan idea dan menghormati idea serta
   menyokong idea rakan-rakan lain.
      Selain itu, setiap hasil perbincangan yang telah dicapai dalam kumpulan perlu direkodkan oleh pelajar.
   Hal ini kerana dapat memudahkan pelajar untuk membuat rujukan. Aktiviti perbincangan dalam kumpulan
   ini juga dapat menerapkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif iaitu menjana idea. Idea yang kreatif
   dapat membantu pelajar dalam memahami topik yang dipelajari pada hari tersebut sama ada untuk dirinya
   dan rakan-rakan yang lain.


Pantau dan ubahsuai
6. Dalam langkah ini guru perlu memantau bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas. Hal ini
   kerana bagi memastikan mutu pembelajaran sentiasa konsisten dan menepati isi pelajaran yang
   disampaikan. Mohd Salleh (2006) juga menyatakan kepentingan pemantauan dalam proses P&P kerana
   melalui pemantauan dapat menentukan pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Oleh yang
   demikian, guru perlu memberi panduan kepada pelajar bagi menyelesaikan masalah dalam aktiviti pelajar.
      Menurut Suppiah (2008), bagi mencapai pengajaran yang berkesan guru perlu mempunyai kemahiran
   professional dan berpengetahuan. Oleh itu, pemantauan ini tergolong dalam kemahiran guru bagi
   menguruskan situasi bilik darjah dan kemahiran komunikasi antara guru dengan pelajar. Guru perlu bijak


                                                      9
KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

   dalam berkomunikasi dengan pelajar supaya emosi pelajar tidak terganggu dan proses P&P dapat dijalankan
   dalam keadaan yang harmoni.




Praktis Terbimbing
7. Dalam langkah ini pelajar diberikan masa selama 20 minit untuk melakukan perbincangan di dalam
   kumpulan. Setiap ahli kumpulan akan bekerjasama dalam mengaplikasikan dan mengeluarkan segala isi
   pelajaran yang dikehendaki berdasarkan kepada rujukan yang tertentu seperti buku teks, buku rujukan dan
   bimbingan guru. Oleh yang demikian, kemahiran sosial yang telah diterapkan dalam aktiviti yang dijalankan
   ialah mengintergrasikan idea semua ahli kumpulan dalam membentuk jawapan yang dikehendaki mengikut
   ketetapan.
       Selain itu, pelajar dikehendaki untuk menghasilkan nota ringkas mengikut kumpulan masing-masing.
   Apabila tamat masa untuk perbincangan pelajar dikehendaki menukarkan nota ringkas mereka kepada
   kumpulan yang lain. Kumpulan tersebut akan menilai dan menyemak isi pelajaran yang terdapat dalam nota
   ringkas tersebut dengan dibimbing oleh guru. Nota ringkas tersebut boleh dihasilkan mengikut kreativiti ahli
   kumpulan masing-masing. Menurut Skinner (1953) dalam teori perlaziman menyatakan bahawa gerak balas
   boleh dikuatkan atau dihapuskan jika diberi peneguhan sebaik sahaja gerak balas tersebut dilakukan.
   Peneguhan bermaksud perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi seperti
   kata-kata pujian, senyuman, memberi hadiah dan sebagainya. Oleh yang demikian, saya akan memberi
   respon terhadap kumpulan yang menghasilkan nota ringkas yang menarik, mudah difahami, dan kreatif.
   Nota ringkas yang sangat menarik akan diberi ganjaran dan hasil kerja mereka akan saya jadikan panduan
   serta rujukan kepada semua pelajar kelas tersebut. Pendekatan ini dilakukan bagi memupuk semangat dan
   minat pelajar untuk memberikan dan menintegrasikan idea dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Praktis Bertempoh
8. Menerusi praktis ini guru akan meminta pelajar untuk merumuskan isi pelajaran yang diperolehi daripada
   pengajaran dan aktiviti yang telah dilaksanakan. Oleh yang demikian, pelajar akan diberikan soalan taksiran
   bagi menguji tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran (Rujuk Lampiran BBM 4).
   Pelajar diberi masa selama 5 minit untuk menjawab soalan ini manakala, jawapan akan ditulis pada papan
   hitam/putih selepas pelajar menjawab soalan tersebut. Soalan taksiran ini adalah berbentuk aneka pilihan.
   Guru menganalisa pencapaian murid dengan mengarahkan murid-murid mengangkat tangan mengikut skor
   markah yang diperolehi dan membuat penilaian berdasarkan skor yang diperolehi bagi setiap murid.
Penutup
9. Oleh itu, melalui skor markah yang telah diperolehi sebanyak 80% pelajar dapat skor 7 ke atas daripada 10
   soalan yang diberi. Saya telah merumuskan isi pelajaran yang disampaikan kepada pelajar melalui proses
                                                      10
KPD4063 KAEDAH MENGAJAR

pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan pada hari tersebut. Sub topik faktor pemilihan media
pengiklanan merupakan topik yang terakhir dalam Bab 6 (Promosi). Oleh yang demikian, saya telah
merumuskan keseluruhan bab 6 dengan mengimbas kembali setiap subtopik yang telah diajar kepada pelajar
Tingkatan 5 Perdagangan 2. Saya mengakhiri proses P&P pada hari tersebut dengan ucapan terima kasih
kepada pelajar di atas sikap kerjasama pelajar dalam menjalankan aktiviti pada hari tersebut.




                                                   11

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)Ieta Sa'ad
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Norafsah Awang Kati
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018NANAPOYO
 
Pengajaran makro kemahiran
Pengajaran makro kemahiranPengajaran makro kemahiran
Pengajaran makro kemahiranLinda Salleh
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputerPengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputergovernment
 
Contoh rph assure_model
Contoh rph assure_modelContoh rph assure_model
Contoh rph assure_modelMohd Nor Ahmad
 
5. kaedah pengajara nl
5. kaedah pengajara nl5. kaedah pengajara nl
5. kaedah pengajara nla5yr4f08
 
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
strategi : Perbincangan
strategi : Perbincanganstrategi : Perbincangan
strategi : Perbincanganshahme
 
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbeza
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbezaPenggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbeza
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbezaDr. Saprani
 
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarRPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarZuzan Michael Japang
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarZuzan Michael Japang
 
Penulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaranPenulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajarancik noorlyda
 
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan MasalahRancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan MasalahZuzan Michael Japang
 

La actualidad más candente (20)

STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018
 
Pengajaran makro kemahiran
Pengajaran makro kemahiranPengajaran makro kemahiran
Pengajaran makro kemahiran
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputerPengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Contoh rph assure_model
Contoh rph assure_modelContoh rph assure_model
Contoh rph assure_model
 
5. kaedah pengajara nl
5. kaedah pengajara nl5. kaedah pengajara nl
5. kaedah pengajara nl
 
Model Pengajaran Behavourial
Model Pengajaran Behavourial Model Pengajaran Behavourial
Model Pengajaran Behavourial
 
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
 
strategi : Perbincangan
strategi : Perbincanganstrategi : Perbincangan
strategi : Perbincangan
 
Teknik KBKK dalam PdP
Teknik KBKK dalam PdPTeknik KBKK dalam PdP
Teknik KBKK dalam PdP
 
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbeza
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbezaPenggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbeza
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbeza
 
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarRPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
 
Rph assure (1)
Rph assure (1)Rph assure (1)
Rph assure (1)
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
 
Penulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaranPenulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaran
 
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan MasalahRancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah
 

Destacado

RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...Zuzan Michael Japang
 
RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah
RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan LemahRPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah
RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan LemahZuzan Michael Japang
 
Unsur unsur pengajaran berkesan
Unsur unsur pengajaran berkesanUnsur unsur pengajaran berkesan
Unsur unsur pengajaran berkesanEyeinn Bahrim
 
Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Huraian Rancangan Pengajaran Harian InformalHuraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Huraian Rancangan Pengajaran Harian InformalZuzan Michael Japang
 
PENGAJARAN BERKESAN
PENGAJARAN BERKESANPENGAJARAN BERKESAN
PENGAJARAN BERKESANKakram Gc
 
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..nakirah
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridfiro HAR
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
Pembinaan Soalan
Pembinaan SoalanPembinaan Soalan
Pembinaan SoalanNiena Majid
 
Panduan mengajar perdagangan
Panduan mengajar perdaganganPanduan mengajar perdagangan
Panduan mengajar perdaganganHayati Yatt
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahKee-Man Chuah
 
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTArra Asri
 

Destacado (20)

RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...
 
Slot 4 pdp berkesan
Slot 4   pdp berkesanSlot 4   pdp berkesan
Slot 4 pdp berkesan
 
RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah
RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan LemahRPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah
RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah
 
SISTEM PERBANKAN DAN SUMBER KEWANGAN LAIN
SISTEM PERBANKAN DAN SUMBER KEWANGAN LAINSISTEM PERBANKAN DAN SUMBER KEWANGAN LAIN
SISTEM PERBANKAN DAN SUMBER KEWANGAN LAIN
 
Unsur unsur pengajaran berkesan
Unsur unsur pengajaran berkesanUnsur unsur pengajaran berkesan
Unsur unsur pengajaran berkesan
 
Report kaedah mengajar (dr khalid)
Report kaedah mengajar (dr khalid)Report kaedah mengajar (dr khalid)
Report kaedah mengajar (dr khalid)
 
Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Huraian Rancangan Pengajaran Harian InformalHuraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
 
PENGAJARAN BERKESAN
PENGAJARAN BERKESANPENGAJARAN BERKESAN
PENGAJARAN BERKESAN
 
Pedagogi pendidikan
Pedagogi pendidikanPedagogi pendidikan
Pedagogi pendidikan
 
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
BAB 6:PROMOSI (jenis-jenis promosi)..
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
 
Pedagogi berkesan
Pedagogi berkesanPedagogi berkesan
Pedagogi berkesan
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Definisi bbm
Definisi bbmDefinisi bbm
Definisi bbm
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
Pembinaan Soalan
Pembinaan SoalanPembinaan Soalan
Pembinaan Soalan
 
Panduan mengajar perdagangan
Panduan mengajar perdaganganPanduan mengajar perdagangan
Panduan mengajar perdagangan
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
 
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
 

Similar a 15 lampiran 6 (huraian rph b)

5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional GuruArthur Jupong
 
Stail latihan complete
Stail  latihan completeStail  latihan complete
Stail latihan completeAhmad Afnan
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanHazel Bug
 
Huraian Sukatan ICT Bahasa Malaysia
Huraian Sukatan ICT Bahasa MalaysiaHuraian Sukatan ICT Bahasa Malaysia
Huraian Sukatan ICT Bahasa MalaysiaAizat Fikri
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)Nasran Syahiran
 
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2一世 一生
 
10. tajuk 2 model model pengajaran
10. tajuk 2 model  model pengajaran10. tajuk 2 model  model pengajaran
10. tajuk 2 model model pengajaranIPG95
 
10. tajuk 2 model model pengajaran
10. tajuk 2 model  model pengajaran10. tajuk 2 model  model pengajaran
10. tajuk 2 model model pengajaranPuteri Hanni
 
Tugasan 2 model dick 2
Tugasan 2 model dick 2Tugasan 2 model dick 2
Tugasan 2 model dick 2julaizah
 
Etd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanEtd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanHayatuNMustapHa
 
Mengapakan model pengajaran Masteri dikatakan sesuai dalam pengajaran PSV. Bi...
Mengapakan model pengajaran Masteri dikatakan sesuai dalam pengajaran PSV. Bi...Mengapakan model pengajaran Masteri dikatakan sesuai dalam pengajaran PSV. Bi...
Mengapakan model pengajaran Masteri dikatakan sesuai dalam pengajaran PSV. Bi...farhi3364
 

Similar a 15 lampiran 6 (huraian rph b) (20)

5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 
Stail latihan complete
Stail  latihan completeStail  latihan complete
Stail latihan complete
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Model pembelajaran
Model pembelajaranModel pembelajaran
Model pembelajaran
 
Model pembelajaran tawaf
Model pembelajaran tawafModel pembelajaran tawaf
Model pembelajaran tawaf
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
Huraian Sukatan ICT Bahasa Malaysia
Huraian Sukatan ICT Bahasa MalaysiaHuraian Sukatan ICT Bahasa Malaysia
Huraian Sukatan ICT Bahasa Malaysia
 
Hsp tmk
Hsp tmkHsp tmk
Hsp tmk
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
 
Hsp ict t4
Hsp ict t4Hsp ict t4
Hsp ict t4
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
 
10. tajuk 2 model model pengajaran
10. tajuk 2 model  model pengajaran10. tajuk 2 model  model pengajaran
10. tajuk 2 model model pengajaran
 
10. tajuk 2 model model pengajaran
10. tajuk 2 model  model pengajaran10. tajuk 2 model  model pengajaran
10. tajuk 2 model model pengajaran
 
Jawapan minggu 7
Jawapan minggu 7Jawapan minggu 7
Jawapan minggu 7
 
Tugasan 2 model dick 2
Tugasan 2 model dick 2Tugasan 2 model dick 2
Tugasan 2 model dick 2
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Etd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanEtd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatan
 
Mengapakan model pengajaran Masteri dikatakan sesuai dalam pengajaran PSV. Bi...
Mengapakan model pengajaran Masteri dikatakan sesuai dalam pengajaran PSV. Bi...Mengapakan model pengajaran Masteri dikatakan sesuai dalam pengajaran PSV. Bi...
Mengapakan model pengajaran Masteri dikatakan sesuai dalam pengajaran PSV. Bi...
 

Más de Sufi Lee Fizah Chuswan (6)

Soalan pjpk latest
Soalan pjpk latestSoalan pjpk latest
Soalan pjpk latest
 
KOMSAS
KOMSASKOMSAS
KOMSAS
 
TEKS UCAPAN
TEKS UCAPANTEKS UCAPAN
TEKS UCAPAN
 
Contoh jawapan kajian novel pmr
Contoh jawapan kajian novel pmr Contoh jawapan kajian novel pmr
Contoh jawapan kajian novel pmr
 
Jadual p dan d latest grup 3
Jadual p dan d latest grup 3Jadual p dan d latest grup 3
Jadual p dan d latest grup 3
 
Tugasan ppsmi
Tugasan ppsmiTugasan ppsmi
Tugasan ppsmi
 

15 lampiran 6 (huraian rph b)

  • 1. KPD4063 KAEDAH MENGAJAR MODEL HUNTER / PENGAJARAN DALAM AMALAN Murid yang diajar mengikut ‘Teori Pengajaran Dalam Amalan’ adalah berdasarkan kepada Hunter (1991). Beliau menyatakan bahawa pengajaran meliputi suatu siri keputusan profesional yang mempengaruhi tahap pembelajaran seseorang murid. Keputusan-keputusan ini adalah berkenaan dengan isi kandungan pelajaran, bagaimana murid mencapai pembelajaran melalui aktiviti tertentu dan tingkah laku guru yang spesifik dalam kelas. Hunter percaya bahawa konseptualisasi pengajaran dengan ketiga-tiga keputusan tersebut boleh membekalkan suatu rangka rujukan . Ini bermakna keputusan pengajaran dan tindakan boleh diterangkan, diinterpretasi, dibincang, dinilai dan diperbaiki. Program Hunter memberikan suatu reka bentuk yang mengandungi sembilan unsur untuk mengajar suatu pelajaran. Unsur-unsur dalam pengajaran ini ialah: Menyatakan Input Set induksi objektif pengajaran Semak Pantau dan kefahaman modelan ubah suai murid Praktis Praktis Penutup terbimbing bertempoh Rajah 1: Model Hunter atau Pengajaran dan Amalan 1
  • 2. KPD4063 KAEDAH MENGAJAR 1. Set Induksi (Anticipatory Set) Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu. Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran. Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan. Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran di mana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru menyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menimbulkan minat dan menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka. Sehubungan itu, set induksi juga memberikan lebih pemahaman dan aplikasi idea melalui penggunaan contoh, gambar, cerita, soalan dan perkara-perkara yang boleh menarik perhatian pelajar. Di samping membolehkan murid menjangka apa yang akan dipelajari Rajah 2: Contoh set induksi berbantukan computer 2
  • 3. KPD4063 KAEDAH MENGAJAR 2. Menyatakan Objektif Dan Tujuan input – murid mendapat maklumat baru modeling – guru memberikan contoh-contoh, demonstrasi, idea, menguji kefahaman – guru menguji di celah-celah pelajaran latihan berpandu – murid berlatih dengan skala yang dipelajari dan diselia oleh guru latihan bebas – murid membuat tugasan yang diberi oleh guru tentang apa yang telah dipelajari secara bebas Jadual : Jadual Teori Pengajaran dan Amalan Semasa guru hendak membuat keputusan, guru tersebut haruslah membuat keputusan berasaskan kepada pengajaran yang berkesan. Ini seterusnya memerlukan guru memahami sains pengajaran kerana ini akan menjadi asas untuk guru dalam membuat keputusan. Di samping itu, guru haruslah berkemahiran untuk melaksanakan keputusan yang tepat. Model ini boleh dipraktikkan dengan merancang soalan yang diperoleh daripada tiga jenis keputusan di atas iaitu:  Apakah yang murid akan belajar?  Bagaimanakah murid akan belajar? 3
  • 4. KPD4063 KAEDAH MENGAJAR  Keputusan yang bersangkutan dengan kadar pembelajaran, pemindahan pembelajaran kepada situasi yang baru. 4
  • 5. KPD4063 KAEDAH MENGAJAR Huraian Rancangan Pengajaran Harian B (Pelajar Sederhana) Pengenalan Huraian rancangan pengajaran harian ini adalah sangat penting bagi menunjukkan perkaitan antara teori yang telah dipelajari dengan penyediaan pelan pengajaran yang telah disediakan oleh guru. Oleh yang demikian, tujuan dalam menghuraikan langkah yang terdapat dalam RPH adalah bagi menentukan tahap rasional dan justifikasi terhadap sesuatu yang telah dirancang. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi, sosiologi, falsafah dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersama dalam huraian yang telah dinyatakan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Manakala, soalan taksiran yang disediakan oleh guru merupakan satu langkah bagi melihat keberkesanan objektif yang hendak dicapai dan disemak sendiri oleh pelajar dalam menentukan maklumbalas dari pelajar. Profil Kelas Rancangan pengajaran harian ini, melibatkan pelajar-pelajar kelas tingkatan 5 Perdaganagan 2 iaitu seramai 30 pelajar yang wajib mengambil subjek Perdagangan. Kelas ini terdiri daripada 15 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan. Saya merupakan guru bagi subjek Perdagangan untuk kelas ini. Sebelum saya mengajar mereka, saya akan melihat kepada Rancangan Pengajaran Tahunan terlebih dahulu. Selepas itu, saya akan menerangkan kepada pelajar mengenai topik yang akan saya ajar dalam subjek Perdagangan ini. Latar belakang pelajar di dalam kelas ini adalah sederhana berdasarkan daripada keputusan peperiksaan meraka pada tahun lepas. Faktor pelajar yang ramai didalam kelas ini dapat memudahkan guru dalam menjalankan aktiviti dan mengambil prestasi mereka. Hal ini kerana mereka tidak ada masalah dalam memberi tumpuan. Kecenderungan 5
  • 6. KPD4063 KAEDAH MENGAJAR murid di kelas ini disebabkan oleh teori kognitif intrapersonal yang mengatakan mereka lebih memahami diri mereka sendiri dan yakin akan kebolehan mereka sendiri tanpa bantuan orang lain. Oleh yang demikian, tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut ialah mengenai faktor-faktor pemilihan media pengiklanan. Sesi P&P ini dijalankan selama 80 minit dimana P&P bermula pada jam 7.30 pagi hingga 8.50 pagi. Sebelum ini pelajar telah didedahkan dengan jenis-jenis media pengiklanan dan mempunyai sedikit pengalaman melalui keadaan semasa. Oleh itu, dalam sesi P&P ini lebih menumpukan terhadap faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh peniaga dalam menentukan media pengiklanan untuk memasarkan produk mereka. Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran merupakan penggerak utama kepada isi kandungan kursus dan struktur pengukurannya. Pengukuran hasil pembelajaran merupakan kunci penting dalam memastikan objektif dan matlamat dapat dicapai sama ada dalam jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Oleh itu, dalam pembentukan hasil pembelajaran yang berkesan saya telah menggunakan kaedah Mager. Melalui kaedah Mager ini saya dapat gambaran yang jelas dan terperinci terhadap setiap komponen yang diukur iaitu audience (A), behavior (B), condition (C), dan desired criteria (D). Oleh yang demikian, saya telah menetapkan dua hasil pembelajaran dalam proses p&p yang dilaksanakan. Hasil pembelajaran yang pertama ialah : Sebelum tamat tamat proses pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar-pelajar Tingkatan 5 Perdagangan 2 (A) dapat ; a) Menghuraikan (B – Aras 2) 70% faktor-faktor pemilihan (D) media pengiklanan Perkataan menghuraikan merupakan kata kerja yang telah saya guna dalam menentukan hasil pembelajaran. Hal ini kerana perkataan menghuraikan merupakan kata kerja yang telah diletakkan pada aras kedua dalam Model Taksonomi Bloom iaitu aras kefahaman. Berdasarkan andaian, saya mengjangkakan pelajar dapat menyenaraikan dan menghuraikan sebanyak 70% daripada tujuh faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan media pengiklanan mengikut tahap pemahaman mereka dan hanya 30% sahaja pelajar yang kurang tepat dalam menghuraikan faktor-faktor tersebut. Saya beranggapan bahawa pelajar tersebut tidak faham terhadap topik tersebut atau pelajar kurang memberi tumpuan sewaktu proses P&P dilaksanakan. Manakala, hasil pembelajaran kedua yang telah ditetapkan ialah : b) Mengenal pasti (B – Aras 4 ) faktor-faktor pemilihan media pengiklanan yang diambil kira dalam iklan perniagaan yang dipilih Dalam Taksonomi Bloom perkataan mengenalpasti terletak pada aras analisis iaitu aras keempat dalam Taksonomi Bloom sebelum aras aplikasi. Tujuan saya memilih aras ini adalah untuk menguji tahap pemikiran pelajar sama ada mereka dapat menguasai pembelajaran yang saya sampaikan atau sebaliknya. Oleh itu, saya menjangkakan pelajar akan akan mengenalpasti setiap faktor yang terdapat dalam penentuan pemilihan media 6
  • 7. KPD4063 KAEDAH MENGAJAR pengiklanan yang perlu dipertimbangkan oleh peniaga atau syarikat sebelum mengiklankan produk keluaran mereka di pasaran. Huraian Aktiviti Dalam pembentukan rancangan pengajaran harian ini, saya telah menggunakan model Hunter’s Lesson Cycle Design (1976) sebagai panduan dalam menghasilkan rancangan pengajaran harian ini. Tujuan saya menggunakan model ini adalah memudahkan saya dalam menyemak kefahaman pelajar dan dapat memantau segala aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. Selain itu, melalui model ini guru juga dapat melakukan praktis terbimbing dan praktis bertempoh bagi memantapkan kefahaman pelajar terhadap topik berkenaan. Set Induksi 1. Dalam set induksi ini, saya telah memperuntukkan selama 5 minit sebelum memulakan proses P&P. Oleh itu, saya telah memaparkan gambar-gambar yang berkaitan dengan media cetak dan media eletronik. (Rujuk Lampiran BBM 1) Oleh yang demikian, melalui pengetahuan sedia ada pelajar akan meneka gambar yang saya pamerkan tanpa sebarang pertanyaan daripada saya. Saya beranggapan bahawa gambar yang saya paparkan pelajar sudah biasa lihat dalam kehidupan seharian mereka seperti gambar risalah, akhbar dan majalah. Penggunaan gambar dalam set induksi ini dapat menunjukkan sesuatu yang baru kepada murid dengan jelas dan tepat (Jamaludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003). Hal ini kerana melalui gambar dapat menerangkan dengan jelas konsep atau idea yang ingin disampaikan oleh guru. Selain itu, saya juga menerapkan nilai kerjasama dalam set induksi ini di mana 5 daripada 30 orang pelajar telah memberi kerjasama dengan meneka gambar yang dipaparkan secara sukarela yang mempunyai hubung kait dengan topik pengajaran yang ingin disampaikan. Memaklumkan Hasil Pembelajaran. 2. Guru memaklumkan hasil pembelajaran kepada pelajar supaya pelajar dapat membuat gambaran terhadap kepentingan dalam menguasai isi pelajaran yang akan disampaikan oleh guru. Tujuan hasil pembelajaran ini disampaikan kepada pelajar adalah bagi memastikan pelajar memberi tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta menguasai perkara yang disampaikan oleh guru (Ng Kim Choi, 2011). Input Pengajaran 3. Dalam menyampaikan input mengenai topik yang akan diajar, saya telah menggunakan alat bantu mengajar iaitu slaid power point yang telah disediakan oleh guru (Rujuk Lampiran BBM 2). Tujuan saya memilih slaid power point ini dalam menyampaikan input pengajaran topik tersebut adalah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap topik yang diajar dan membantu pelajar dalam menguasai isi pelajaran topik tersebut. 7
  • 8. KPD4063 KAEDAH MENGAJAR Jean Piaget (1950) menyatakan bahawa kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dalam persekitaran. Pembelajaran berbantukan komputer ini dapat memberikan peluang kepada pelajar dalam memahami sesuatu konsep. Manakala, Rashidi (1986) menyatakan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baru dan suasana pembelajaran yang seronok untuk pelajar. Oleh yang demikian, berdasarkan slide power point saya telah menerangkan kepada pelajar mengenai sub topik yang saya akan ajar iaitu sebanyak 5 daripada 7 faktor pemilihan media pengiklanan yang terdiri daripada kos pengiklanan, luas pasaran, dasar kerajaan, saiz perniagaan, sasaran pengguna, tujuan pengiklanan, serta jenis dan sifat barangan. Di samping itu, saya juga menyatakan contoh yang bersesuaian dengan topik pengajaran saya. Misalnya, faktor kos pengeluaran ini perlu di pertimbangkan oleh peniaga yang mempunyai modal yang kecil dalam mengiklankan produk syarikat mereka seperti perniagaan runcit. Oleh itu, melalui contoh yang diberi pelajar akan lebih mudah untuk memahami. Permodelan 4. Dalam langkah ini saya menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) kepada kelas yang saya ajar ini iaitu kelas pada tahap sederhana. Oleh yang demikian, melalui kaedah ini pelajar akan berusaha untuk mendapatkan maklumat dan menyelesaikan masalah dengan usahanya sendiri. Proses ini kan menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut kajian yang dijalankan oleh Nor Ratna Masrom (2005) mendapati bahawa pelajar tidak akan mampu menguasai pelajaran dan menyelesaikan pelajaran sekiranya pelajar tidak memahami proses dalam perlaksanaan kaedah PBL. Maka, Lynda Wee (2004) telah menggariskan tujuh langkah dalam melaksanakan proses PBL. Langkah –langkah tersebut adalah pembahagian kumpulan, mengenalpasti masalah, menjana idea, isu pelajaran, pembelajaran kendiri, sintesis dan aplikasi, dan refleksi dan tindak balas. Selain itu, kajian tersebut mendapati bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah, pelajar tidak mampu untuk melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan sempurna dan cekap. Justeru itu, Edward dan Monika (1995) telah menggariskan lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah mengenalpasti masalah, menganalisis masalah dan mengumpul data, membuat keputusan, mengenalpasti penyelesaian yang terbaik dan melaksanakan keputusan. Oleh yang demikian, dalam melaksanakan PBL ini saya telah membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 6 orang pelajar sama ada pelajar lelaki atau pelajar perempuan. Bagi mewujudkan suasana yang harmoni saya telah memberi kebenaran kepada pelajar untuk menetapkan ahli kumpulan masing-masing dengan syarat dalam setiap kumpulan perlu mempunyai seorang pelajar lelaki dan berlainan bangsa. Hal ini kerana saya ingin merapatkan jurang antara pelajar Melayu, Cina dan India supaya wujud semangat 1 Malaysia yang diterapkan oleh pihak kerajaan. 8
  • 9. KPD4063 KAEDAH MENGAJAR Apabila pelajar telah membentuk kumpulan, guru akan meminta seorang wakil daripada setiap kumpulan untuk mengambil sampul yang mengandungi gambar suatu jenis perniagaan. Sampul yang diberi kepada pelajar mengandungi gambar suatu jenis perniagaan. Dalam 5 sampul tersebut saya meletakkan gambar bagi setiap jenis perniagaan iaitu perniagaan runcit, perniagaan borong, pasaraya, kedai kecantikan, dan kedai cermin mata. Dengan itu, melalui gambar pelajar perlu menghuraikan 5 daripada 7 faktor yang mereka pelajari dalam mempertimbangkan media pengiklanan yang bersesuaian bagi memasarkan produk yang dijual mengikut jenis perniagaan. Kemudian, pelajar perlu berbincang dengan ahli kumpulan mereka mengenalpasti 5 faktor pemilihan media pengiklanan yang diambil kira oleh peniaga sebelum mengiklankan produk mereka. Contohnya, kumpulan 1 membincangkan gambar perniagaan runcit. Oleh itu, pelajar perlu berfikir cara-cara untuk mengiklankan barangan daripada perniagaan runcit ini dengan mengambil kira 5 faktor pemilihan media pengiklanan. Kumpulan ini telah memilih faktor kos pengeluaran, sasaran pengguna, jenis barangan, tujuan pengiklanan dan saiz peniagaan. (Rujuk Lampiran BBM 3) Semak Kefahaman Pelajar. 5. Dalam langkah ini guru memainkan peranan sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukan oleh pelajar. Pelajar diberi kebebasan untuk menyatakan dan menyumbangkan idea dalam perbincangan diantara ahli kumpulan (Noor Azizah, 2002). Oleh itu, guru hendaklah menyatakan bahawa setiap ahli kumpulan perlu diberikan peluang dalam menyumbangkan idea dan menghormati idea serta menyokong idea rakan-rakan lain. Selain itu, setiap hasil perbincangan yang telah dicapai dalam kumpulan perlu direkodkan oleh pelajar. Hal ini kerana dapat memudahkan pelajar untuk membuat rujukan. Aktiviti perbincangan dalam kumpulan ini juga dapat menerapkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif iaitu menjana idea. Idea yang kreatif dapat membantu pelajar dalam memahami topik yang dipelajari pada hari tersebut sama ada untuk dirinya dan rakan-rakan yang lain. Pantau dan ubahsuai 6. Dalam langkah ini guru perlu memantau bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas. Hal ini kerana bagi memastikan mutu pembelajaran sentiasa konsisten dan menepati isi pelajaran yang disampaikan. Mohd Salleh (2006) juga menyatakan kepentingan pemantauan dalam proses P&P kerana melalui pemantauan dapat menentukan pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, guru perlu memberi panduan kepada pelajar bagi menyelesaikan masalah dalam aktiviti pelajar. Menurut Suppiah (2008), bagi mencapai pengajaran yang berkesan guru perlu mempunyai kemahiran professional dan berpengetahuan. Oleh itu, pemantauan ini tergolong dalam kemahiran guru bagi menguruskan situasi bilik darjah dan kemahiran komunikasi antara guru dengan pelajar. Guru perlu bijak 9
  • 10. KPD4063 KAEDAH MENGAJAR dalam berkomunikasi dengan pelajar supaya emosi pelajar tidak terganggu dan proses P&P dapat dijalankan dalam keadaan yang harmoni. Praktis Terbimbing 7. Dalam langkah ini pelajar diberikan masa selama 20 minit untuk melakukan perbincangan di dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan akan bekerjasama dalam mengaplikasikan dan mengeluarkan segala isi pelajaran yang dikehendaki berdasarkan kepada rujukan yang tertentu seperti buku teks, buku rujukan dan bimbingan guru. Oleh yang demikian, kemahiran sosial yang telah diterapkan dalam aktiviti yang dijalankan ialah mengintergrasikan idea semua ahli kumpulan dalam membentuk jawapan yang dikehendaki mengikut ketetapan. Selain itu, pelajar dikehendaki untuk menghasilkan nota ringkas mengikut kumpulan masing-masing. Apabila tamat masa untuk perbincangan pelajar dikehendaki menukarkan nota ringkas mereka kepada kumpulan yang lain. Kumpulan tersebut akan menilai dan menyemak isi pelajaran yang terdapat dalam nota ringkas tersebut dengan dibimbing oleh guru. Nota ringkas tersebut boleh dihasilkan mengikut kreativiti ahli kumpulan masing-masing. Menurut Skinner (1953) dalam teori perlaziman menyatakan bahawa gerak balas boleh dikuatkan atau dihapuskan jika diberi peneguhan sebaik sahaja gerak balas tersebut dilakukan. Peneguhan bermaksud perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi seperti kata-kata pujian, senyuman, memberi hadiah dan sebagainya. Oleh yang demikian, saya akan memberi respon terhadap kumpulan yang menghasilkan nota ringkas yang menarik, mudah difahami, dan kreatif. Nota ringkas yang sangat menarik akan diberi ganjaran dan hasil kerja mereka akan saya jadikan panduan serta rujukan kepada semua pelajar kelas tersebut. Pendekatan ini dilakukan bagi memupuk semangat dan minat pelajar untuk memberikan dan menintegrasikan idea dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Praktis Bertempoh 8. Menerusi praktis ini guru akan meminta pelajar untuk merumuskan isi pelajaran yang diperolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang telah dilaksanakan. Oleh yang demikian, pelajar akan diberikan soalan taksiran bagi menguji tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran (Rujuk Lampiran BBM 4). Pelajar diberi masa selama 5 minit untuk menjawab soalan ini manakala, jawapan akan ditulis pada papan hitam/putih selepas pelajar menjawab soalan tersebut. Soalan taksiran ini adalah berbentuk aneka pilihan. Guru menganalisa pencapaian murid dengan mengarahkan murid-murid mengangkat tangan mengikut skor markah yang diperolehi dan membuat penilaian berdasarkan skor yang diperolehi bagi setiap murid. Penutup 9. Oleh itu, melalui skor markah yang telah diperolehi sebanyak 80% pelajar dapat skor 7 ke atas daripada 10 soalan yang diberi. Saya telah merumuskan isi pelajaran yang disampaikan kepada pelajar melalui proses 10
  • 11. KPD4063 KAEDAH MENGAJAR pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan pada hari tersebut. Sub topik faktor pemilihan media pengiklanan merupakan topik yang terakhir dalam Bab 6 (Promosi). Oleh yang demikian, saya telah merumuskan keseluruhan bab 6 dengan mengimbas kembali setiap subtopik yang telah diajar kepada pelajar Tingkatan 5 Perdagangan 2. Saya mengakhiri proses P&P pada hari tersebut dengan ucapan terima kasih kepada pelajar di atas sikap kerjasama pelajar dalam menjalankan aktiviti pada hari tersebut. 11