SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 15
Descargar para leer sin conexión
DISUSUN OLEH:
HAJI MOHD. NIZAR BIN YUSOFF
GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU,
SMK GURUN, KEDAH DARUL AMAN,
Sinopsis
Tema
Persoalan
Watak & Perwatakan
Latar
Nilai & Pengajaran
Plot
Contoh jawapan pmr
KAJIAN NOVEL
ISI KANDUNGAN
Novel “Hikmah”
Contoh 1 – Tema
Contoh 2 – Persoalan
Contoh 3 – Perwatakan watak utama
Contoh 4 – Latar tempat
Contoh 5 – Latar masa
Contoh 6 – Latar masyarakat
Contoh 7 – Nilai
Contoh 8 – Pengajaran
Novel “Erti Sebuah Pengorbanan”
Contoh 9 – Tema
Contoh 10 – Persoalan
Contoh 11 – Perwatakan watak utama
Contoh 12 – Latar tempat
Contoh 13 – Latar masa
Contoh 14 – Latar masyarakat
Contoh 15 – Nilai
Contoh 16 – Pengajaran
Novel “6:20”
Contoh 17 – Tema
Contoh 18 – Persoalan
Contoh 19 – Perwatakan watak utama
Contoh 20 – Latar tempat
Contoh 21 – Latar masa
Contoh 22 – Latar masyarakat
Contoh 23 – Nilai
Contoh 24 – Pengajaran
CONTOH 1
Soalan:
Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tema bagi
novel ini. Berikan tiga contoh peristiwa yang sesuai yang dapat
menggambarkan tema tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.
Tema novel ini ialah kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak
memberontak dan berubah tingkah laku.
Peristiwa yang berkaitan dengan tema ini ialah Amri merupakan anak
yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarganya. Malangnya, sikap
ayahnya yang berubah menjadi kejam dan tidak bertanggungjawab terhadap
keluarga menyebabkan Amri yang berubah sikap.
Ekoran daripada itu, Amri menjadi murid yang bermasalah disiplin di
sekolah. Dia sering membuli murid lain di sekolahnya.
Selain itu, Amri juga tidak suka akan Sapura, seorang pengawas
sekolah yang selalu melaporkan salah lakunya kepada guru. Dia juga pernah
mengganggu ketika Sapura sedang berbasikal sehingga Sapura terjatuh ke
dalam bendang berlumpur.
CONTOH 2
Soalan:
Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga
persoalan yang terdapat dalam novel ini. Berikan juga contoh peristiwa yang
sesuai bagi menggambarkan persoalan tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.
Dalam novel ini terdapat beberapa persoalan.
Antaranya ialah tanggungjawab bapa terhadap kesejahteraan
keluarga. Bapa Amri tidak bertanggungjawab dan kejam sehingga sanggup
memukul ibunya. Keadaan ini menyebabkan Amri berubah sikap menjadi
budak nakal.
Persoalan seterusnya adalah kasih sayang ibu terhadap anaknya.
Emak Amri sangat sayang dan mengambil berat terhadap Amri. Segala
keperluan Amri sedaya upaya dipenuhi walaupun dia sendiri dalam keadaan
lemah.
Di samping itu, prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukan
juga merupakan satu daripada persoalan yang dapat ditampilkan daripada
novel ini. Sapura dan ayahnya bersimpati dengan nasib yang menimpa Amri
dan ibunya. Mereka menghantar ibu Amri yang demam dan cedera di dahi dan
Amri yang cedera dipukul ke hospital.
CONTOH 3
Soalan
Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan watak utama
dalam novel ini. Nyatakan juga tiga perwatakannya dan berikan contoh
peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan setiap perwatakan
tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.
Watak Utama dalam novel ini ialah Amri.
Perwatakan Amri ialah dia seorang yang berani. Contohnya, Amri
berani meminta ayahnya memulangkan semula gelang emaknya walaupun
akhirnya dia ditampar oleh ayahnya.
Selain itu, Amri juga seorang anak yang bertanggungjawab. Hal ini
dibuktikan apabila ibunya cedera akibat dipukul oleh ayahnya, Amri pergi ke
pekan untuk membeli ubat demam dan ubat luka bagi merawat luka emaknya.
Di samping itu, Amri juga merupakan anak yang baik dan mentaati
emaknya. Walaupun Amri nakal di sekolah tetapi dia sangat baik ketika di
rumah. Amri juga akan mematuhi setiap arahan ibunya.
CONTOH 4
Soalan:
Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga latar
tempat. Bagi setiap latar tempat tersebut, berikan contoh peristiwa yang
berlaku.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.
Dalam novel ini terdapat beberapa latar tempat.
Antara latar yang terdapat dalam novel ini ialah di dalam
kelas/sekolah. Contohnya murid-murid lain tidak berani mengangkat muka
apabila Amri masuk ke dalam kelas selepas dia dirotan oleh Cikgu Salman
kecuali Siva seorang sahaja yang berani berbual-bual dengannya.
Seterusnya di tempat letak basikal sekolah. Amri menunggu Sapura di
tempat letak basikal sekolah dan berpura-pura baik sebelum balik bersama-
sama dan mengenakan Sapura sehingga terjatuh ke dalam lumpur bendang.
Seterusnya di farmasi di pekan. Amri membeli ubat demam dan luka
untuk ibunya di farmasi, di pekan berhampiran kampungnya.
CONTOH 5
Soalan:
Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga latar
masa. Bagi setiap latar masa tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.
Terdapat beberapa latar masa dalam novel tersebut.
Latar masa dalam novel ini adalah pada waktu siang. Masa ini ialah
ketika Amri dan Sapura pulang dari sekolah bersama-sama dan Amri telah
mengenakan Sapura sehingga terjatuh ke dalam bendang yang berlumpur.
Seterusnya, pada waktu malam, iaitu apabila ayah Amri pulang untuk
meminta wang daripada isterinya. Ayahnya telah menyelongkar gerobok baju
dan seterusnya apabila wang yang diperoleh agak sedikit, ayahnya telah
meragut rantai yang dipakai oleh ibunya.
Selain itu, pada waktu tengah hari. Hal ini digambarkan ketika Amri
berbasikal dalam cuaca yang panas terik ke pekan sejauh 10 kilometer semata-
mata untuk membeli ubat demam dan luka untuk ibunya.
CONTOH 6
Soalan:
Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga latar
masyarakat. Bagi setiap latar masyarakat tersebut, berikan contoh peristiwa
yang berlaku.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ialah masyarakat
yang mengalami tekanan hidup, Contohnya Amri mengalami tekanan hidup
kerana keadaan keluarganya yang porak-peranda, ayahnya hanya tahu pulang
meminta duit dan berjudi.
Seterusnya, terdapat juga masyarakat yang mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya ayah Amri yang terlibat dengan
kegiatan perjudian dan penyalahgunaan dadah telah mengabaikan
tanggungjawabnya kepada keluarga.
Selain itu, latar masyarakat yang lain pula ialah masyarakat yang suka
membantu. Contohnya Sapura telah membantu Amri semasa diperas ugut di
satu lorong semasa hendak pulang daripada membeli ubat untuk ibunya di
farmasi.
CONTOH 7
Soalan:
Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga nilai.
Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan setiap nilai
tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.
Terdapat beberapa nilai dalam novel ini.
Nilai yang pertama adalah bertanggungjawab. Contoh peristiwa yang
terdapat dalam novel ialah ibu Amri telah menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang ibu dengan menyediakan makan tengah hari dan wang saku
untuk persekolahan anaknya walaupun hidupnya susah.
Nilai yang seterusnya adalah berani. Contohnya, Sapura berani
melaporkan tindakan Amri membuli murid-murid lain di sekolah kepada guru
disiplin.
Dalam pada itu, nilai yang lain pula adalah tolong-menolong. Contoh
peristiwa yang menunjukkan nilai ini ialah Sapura dan ayahnya menolong
membawa ibu Amri yang demam mendapatkan rawatan di hospital.
CONTOH 8
Soalan:
Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga
pengajaran. Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan
setiap pengajaran tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal.
Terdapat beberapa pengajaran yang dapat kita peroleh daripada novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah amanah dalam
menjalankan tanggungjawab. Contoh peristiwa yang berlaku ialah Sapura
menjalankan tugas sebagai pengawas dengan amanah dan bertanggungjawab.
Dia sanggup melaporkan kepada guru disiplin perbuatan Amri yang selalu
membuli murid-murid lain.
Selain itu, kita juga haruslah membantu orang yang sedang dalam
kesusahan. Sebagai contoh, Sapura dan ayahnya telah membantu membawa
ibu Amri yang demam dan Amri yang cedera dipukul penjahat ke hospital
untuk mendapatkan rawatan.
Di samping itu, kita juga patutlah menyayangi ibu kita. Amri sangat
sayang akan ibunya, dia sanggup berbasikal sejauh 10 kilometer semata-mata
membeli ubat untuk ibunya yang demam dan luka.
CONTOH 9
Soalan:
Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin,
nyatakan tema bagi novel ini. Berikan tiga contoh peristiwa yang sesuai yang
dapat menggambarkan tema tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya
Zaihanim Zainal Abidin. Tema bagi novel ini ialah kasih sayang.
Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku yang dapat memperlihatkan
tema ini. Sebagai contoh, kasih sayang Iman terhadap kedua ibu bapanya.
Iman melakukan pelbagai usaha dan masih berharap untuk menyatukan
kembali ibu dan bapanya yang telah terpisah.
Selain itu, walaupun terpisah dengan ibu bapanya, Iman sering
menghubungi ibunya yang berada di New Zealand. Iman dan ibu kerap
berbalas e-mel bertanyakan khabar dan perkembangan masing-masing.
Selain itu, Iman juga amat sayang akan datuk dan neneknya. Setelah
ibu dan bapanya bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama datuk dan
neneknya di kampung. Hubungan mereka sangat erat dan Iman amat
menyayangi datuk dan neneknya.
CONTOH 10
Soalan:
Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin,
nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam novel ini. Berikan juga contoh
peristiwa yang sesuai bagi menggambarkan persoalan tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya
Zaihanim Zainal Abidin. Dalam novel ini terdapat beberapa persoalan.
Persoalan yang pertama ialah pengorbanan seorang ayah. Ayah Iman
dan ibu Adif Danial terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin
kerana anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut. Ayah Iman
akur dengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya
semula.
Persoalan yang kedua pula ialah ketabahan menghadapi dugaan dan
cabaran. Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya.
Setelah ditinggalkan oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand,
dia menyesuaikan dirinya tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung.
Segala masalah dihadapinya tanpa merungut malahan dia lebih berazam untuk
berjaya.
Seterusnya, persoalan yang ketiga ialah berkaitan dengan hubungan
persahabatan antara dua insan berlainan bangsa. Iman dan Pei Wen
bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh mereka.
CONTOH 11
Soalan
Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin,
nyatakan watak utama dalam novel ini. Nyatakan juga tiga perwatakannya
dan berikan contoh peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan setiap
perwatakan tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya
Zaihanim Zainal Abidin. Watak Utama dalam novel ini ialah Iman Zulaikha.
Perwatakan Iman ialah dia seorang yang penyayang. Iman amat
menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai.
Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula. Iman juga
sering menghubungi ibunya melalui e-mel
Selain itu, Iman juga seorang yang gigih. Iman gigih berlatih untuk
memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah.
Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan.
Di samping itu, perwatakan Iman yang seterusnya ialah dia seorang
yang pemaaf. Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya
sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum
pertandingan.
CONTOH 12
Soalan:
Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin,
nyatakan tiga latar tempat. Bagi setiap latar tempat tersebut, berikan contoh
peristiwa yang berlaku.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya
Zaihanim Zainal Abidin. Berdasarkan novel tersebut, terdapat beberapa latar
tempat.
Latar tempat pertama ialah di rumah nenek . Buktinya , Iman yang
baru pulang dari sekolah , menceritakan hal Pei Wen iaitu kawan karibnya
kepada nenek di rumah neneknya.
Selain itu , latar tempat yang seterusnya ialah di tangga sekolah . Hal
ini terbukti apabila Linda bertemu dengan Iman di tangga sekolah dan
meminta Iman menarik diri daripada menyertai pertandingan pidato.
Akhir sekali, latar tempat yang lain ialah di dalam kelas Tingkatan Satu
Dinamik . Buktinya, Iman dimalukan oleh Linda dengan menyatakan bahawa
dia tidak mahu berada dalam satu kumpulan dengan Iman untuk Tugasan
Kerja Kursus Sejarah, peristiwa ini berlaku di dalam kelas Tingkatan Satu
Dinamik.
CONTOH 13
Soalan:
Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin,
nyatakan tiga latar masa. Bagi setiap latar masa tersebut, berikan contoh
peristiwa yang berlaku.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya
Zaihanim Zainal Abidin. Dalam novel ini terdapat beberapa latar masa.
Latar masa yang pertama adalah pada waktu pagi. Pada suatu pagi,
guru kelas Satu Dinamik , Cikgu Julia membawa dan memperkenalkan seorang
pelajar baru, iaitu Adif Danial yang baru berpindah dari Kuala Lumpur.
Di samping itu, latar masa yang seterusnya adalah pada waktu tengah
hari. Iman Zulaikha yang baru pulang dari sekolah pada suatu tengah hari telah
bercerita kepada neneknya bahawa dia bersimpati dengan Pei Wen yang
menghadapi masalah dengan ibu tirinya.
Selain itu, latar masa yang lain pula adalah pada waktu malam. Pada
suatu malam, Encik Yusri, iaitu ayah Iman Zulaikha telah membawanya makan
malam di sebuah restoran sebagai meraikan kemenangan anaknya dalam
pertandingan pidato.
CONTOH 14
Soalan:
Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin,
nyatakan tiga latar masyarakat. Bagi setiap latar masyarakat tersebut, berikan
contoh peristiwa yang berlaku.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya
Zaihanim Zainal Abidin. Terdapat beberapa latar masyarakat yang dapat dilihat
dalam novel ini.
Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang penyayang.
Iman Zulaikha amat menyayangi ibu dan bapanya. Dia cuba menyatukan
kembali mereka yang telah bercerai kerana dia amat sayang akan kedua-
duanya.
Selain itu, latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang
bersabar menerima dugaan. Iman Zulaika masih boleh bersabar walaupun
diari yang mengandungi teks pidato dan nota-nota kecilnya hilang. Dia tetap
meneruskan penyertaan dalam pertandingan pidato dan akhirnya berjaya
menjadi johan.
Di samping itu, latar masyarakat yang lain pula yang terdapat dalam
novel ini ialah masyarakat yang bertanggungjawab. Sebagai bukti, ibu Iman
merupakan seorang yang bertanggungjawab. Walaupun dia berada jauh
daripada Iman, dia amat mengambil berat akan Iman dengan selalu mengirim
e-mel kepada Iman memberikan nasihat dan perangsang,
CONTOH 15
Soalan:
Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin,
nyatakan tiga nilai. Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai
dengan setiap nilai tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya
Zaihanim Zainal Abidin. Dalam novel ini terdapat beberapa nilai.
Nilai pertama ialah hormat-menghormati. Iman amat menghormati
ibu, bapa, datuk dan neneknya. Dia tidak pernah meninggikan suara terhadap
mereka, malah berbicara dengan sopan dan tingkah lakunya juga
menyenangkan. Begitulah juga sikap Iman terhadap rakan-rakan dan guru-
gurunya.
Nilai kedua ialah saling membantu. Adif Danial, Zulkarnain, dan Pei
Wen sentiasa membantu Iman membuat rujukan mengenai tajuk pidato yang
bakal dipertandingkan. Mereka juga sering menjadi pengkritik ketika Iman
berlatih pidato demi mendapatkan hasil yang terbaik.
Nilai terakhir ialah kasih sayang. Sungguhpun ibu dan bapa Iman telah
berpisah, namun Iman tidak pernah disisihkan. Ibu bapa Iman amat
menyayangi Iman dan mengambil berat akan keadaannya meskipun anak
tunggal mereka itu tinggal berjauhan
CONTOH 16
Soalan:
Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin,
nyatakan tiga pengajaran. Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai
dengan setiap pengajaran tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya
Zaihanim Zainal Abidin. Dalam novel ini terdapat beberapa pengajaran yang
dapat dijadikan iktibar.
Pengajaran pertama ialah kita hendaklah bersemangat waja demi
mencapai impian. Contohnya, Iman telah bulat hati untuk berjaya dalam
bidang akademik mahupun kokurikulum, meskipun terlalu banyak perkara
yang harus dikorbankan.
Pengajaran kedua ialah kita hendaklah menyayangi kedua-dua orang
tua. Contohnya, Iman sangat menyayangi kedua-dua orang tuanya meskipun
mereka telah berpisah. Begitu juga dengan Yusri, bapa Iman. Yusri sering
bertanya khabar dan mengunjungi mertuanya meskipun dia sudah bercerai
dengan isterinya.
Pengajaran terakhir ialah kita janganlah menyimpan perasaan
dendam terhadap orang lain. Contohnya, Iman tidak berdendam terhadap
Linda meskipun Linda banyak melukakan hatinya selama ini. Malah, Iman
bersedia memaafkan Linda asalkan Linda bersedia mengubah sikapnya
CONTOH 17
Soalan:
Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tema bagi
novel ini. Berikan tiga contoh peristiwa yang sesuai yang dapat
menggambarkan tema tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Novel
ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-
anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka.
Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih
untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan
universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang
menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’
yang telah dilakukan oleh Jerry.
Selain itu, Sukma dan rakan-rakannya berusaha untuk menyiasat
aktiviti yang dilakukan di Kelab WX2 itu, walaupun mungkin ada bahaya yang
menanti.
Seterusnya, kegigihan Sukma dan rakan-rakannya itu berhasil apabila
usaha mereka itu berjaya dengan kerjasama anggota keselamatan.
CONTOH 18
Soalan:
Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga persoalan
yang terdapat dalam novel ini. Berikan juga contoh peristiwa yang sesuai bagi
menggambarkan persoalan tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim.
Terdapat beberapa persoalan yang menunjangi novel ini.
Satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah kasih
sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya. Ibu Sukma berasa sangat bimbang
apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan
rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa
bahaya kepada dirinya.
Selain itu, persoalan yang lain ialah konflik dalam keluarga.
Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara Puan Delia
dengan anaknya Sukma. Puan Delia beranggapan Sukma mengalami tekanan
perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan
masalahnya.
Di samping itu, tanggungjawab seorang sahabat juga merupakan
satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel 6:20 ini. Sebagai contoh,
Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab
WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya akan terancam.
CONTOH 19
Soalan
Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan watak utama
dalam novel ini. Nyatakan juga tiga perwatakannya dan berikan contoh
peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan setiap perwatakan
tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim.
Watak Utama dalam novel ini ialah Nur Sukma binti Haji Shakir.
Perwatakan Sukma ialah dia seorang yang taat kepada ibunya. Sebagai
contoh, Sukma akur dengan arahan ibunya yang melarangnya berjumpa
dengan tetamu misteri yang hadir di hadapan rumah pada setiap jam 6:20
pagi.
Selain itu, Sukma juga seorang yang berani. Hal ini terbukti ketika
Sukma secara berseorangan pergi ke Kelab WX2 semata-mata hendak
menyiasat aktiviti yang dilakukan di kelab tersebut.
Di samping itu, Sukma juga seorang yang bijak. Hal ini jelas dilihat
apabila Sukma sering dipuji oleh pensyarahnya, Profesor Darul atas
kebijaksanaannya mengemukakan pendapat dalam dewan kuliah.
CONTOH 20
Soalan:
Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga latar
tempat. Bagi setiap latar tempat tersebut, berikan contoh peristiwa yang
berlaku.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Dalam
novel ini terdapat beberapa latar tempat.
Latar tempat yang pertama ialah di hadapan pagar rumah Sukma.
Sukma berasa pelik apabila menerima tetamu yang tidak dikenali di hadapan
rumahnya pada jam 6:20 pagi.
Seterusnya, latar tempat yang kedua ialah di dalam bilik Sukma.
Sukma membawa Aim balik ke rumahnya lalu menyembunyikan Aim di dalam
biliknya kerana bimbang dimarahi oleh ibunya.
Di samping itu, latar yang lain ialah di dalam dewan kuliah di universiti
tempat Sukma belajar. Sukma sering mendapat pujian daripada Profesor Darul
yang kagum dengan kebijaksanaannya memberikan pendapat dan menjawab
soalan yang dikemukakan dalam kuliah.
CONTOH 21
Soalan:
Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga latar
masa. Bagi setiap latar masa tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim.
Terdapat beberapa latar masa yang dipaparkan dalam novel ini.
Satu daripadanya ialah pada jam 6:20 setiap pagi. Sukma berasa pelik
apabila menerima tetamu yang tidak dikenali di hadapan rumahnya pada jam
6:20 pagi.
Selain itu, latar masa yang lain ialah pada waktu pagi. Sukma biasanya
akan menghadiri kuliah di universiti pada waktu pagi.
Seterusnya, latar masa yang juga terdapat dalam novel ini ialah pada
waktu petang. Pada suatu petang, Aim telah mengejutkan Sukma daripada
tertidur. Sukma tertidur dalam biliknya kerana keletihan dan kesedihan
mengenangkan keadaan dirinya sekarang berbanding ketika dia masih kecil.
CONTOH 22
Soalan:
Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga latar
masyarakat. Bagi setiap latar masyarakat tersebut, berikan contoh peristiwa
yang berlaku.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Dalam
novel ini terdapat beberapa latar masyarakat yang dipaparkan.
Pertama, latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah
masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda. Peristiwa yang
berkaitan latar masyarakat ini ialah Puan Delia iaitu ibu kepada Sukma
menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi
pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan
kumpulan tersebut.
Selain itu, latar masyarakat yang lain pula ialah masyarakat yang
tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Sebagai contoh, Nenek dan Aim
tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara
kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia,
ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.
Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang mudah
terpengaruh oleh golongan pemikiran Barat. Hal ini dapat dilihat apabila
Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang
memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Barat.
CONTOH 23
Soalan:
Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga nilai.
Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan setiap nilai
tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim.
Terdapat beberapa nilai dalam novel ini.
Nilai yang pertama ialah kasih sayang. Ibu Sukma menghadiahkan
Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan
mengalami tekanan perasaan. Hal ini menunjukkan kasih sayang seorang ibu
terhadap anaknya.
Selain itu, nilai yang lain ialah bantu-membantu. Tuan Haji Syaqir
berjaya membantu Ehsan dengan mengumpulkan dana bagi membiayai
pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.
Di samping itu, nilai seterusnya ialah setia kawan. Sukma dan Rafiq
sanggup menasihati dan menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan
baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi pemikiran
barat melalui penglibatan mereka dalam “ruang sepi” di Kelab WX2.
CONTOH 24
Soalan:
Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga
pengajaran. Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan
setiap pengajaran tersebut.
Jawapan:
Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Dalam
novel ini terdapat beberapa pengajaran yang dapat diambil iktibar.
Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah menghormati golongan
yang lebih tua daripada kita. Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi
menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia
ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.
Kedua, seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setia kawan.
Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan
rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi
dengan pemikiran barat.
Ketiga, kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran.
Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis
untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim)
meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Prosa tradisional asal padi
Prosa tradisional asal padiProsa tradisional asal padi
Prosa tradisional asal padiAyuFatihah1
 
Rancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahRancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahAzhar Abu
 
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-iTopik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-iBotol Budu
 
Pengekstrakan mineral
Pengekstrakan mineralPengekstrakan mineral
Pengekstrakan mineralIzzat Najmi
 
8.0 keelektromagnetan
8.0 keelektromagnetan8.0 keelektromagnetan
8.0 keelektromagnetanMrHan Physics
 
CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)
CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)
CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)SUFINA SHUKRI
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutanNinie Aziz
 
Sajak kita umpama sehelai daun
Sajak kita umpama sehelai daunSajak kita umpama sehelai daun
Sajak kita umpama sehelai daunHanifDanial
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 
Petroleum dan gas asli
Petroleum dan gas asliPetroleum dan gas asli
Petroleum dan gas aslishaqirah
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan firo HAR
 
Nota lengkap sejarah tingkatan 1
Nota lengkap sejarah tingkatan 1Nota lengkap sejarah tingkatan 1
Nota lengkap sejarah tingkatan 1Izzat YP
 
Kepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanKepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanHana Roxstar
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spmarisha akram
 

La actualidad más candente (20)

Adat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat ibanAdat resam masyarakat iban
Adat resam masyarakat iban
 
Prosa tradisional asal padi
Prosa tradisional asal padiProsa tradisional asal padi
Prosa tradisional asal padi
 
Rancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahRancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarah
 
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-iTopik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
Topik 5-imbuhan-men-kan-dan-men-i
 
Pengekstrakan mineral
Pengekstrakan mineralPengekstrakan mineral
Pengekstrakan mineral
 
8.0 keelektromagnetan
8.0 keelektromagnetan8.0 keelektromagnetan
8.0 keelektromagnetan
 
CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)
CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)
CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutan
 
Sajak kita umpama sehelai daun
Sajak kita umpama sehelai daunSajak kita umpama sehelai daun
Sajak kita umpama sehelai daun
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Petroleum dan gas asli
Petroleum dan gas asliPetroleum dan gas asli
Petroleum dan gas asli
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
 
Tingkatan 3 Bawod
Tingkatan 3 BawodTingkatan 3 Bawod
Tingkatan 3 Bawod
 
Sejarah kertas 2
Sejarah kertas 2Sejarah kertas 2
Sejarah kertas 2
 
Bab 1 Tingkatan 2 Sains
Bab 1 Tingkatan 2 SainsBab 1 Tingkatan 2 Sains
Bab 1 Tingkatan 2 Sains
 
Nota lengkap sejarah tingkatan 1
Nota lengkap sejarah tingkatan 1Nota lengkap sejarah tingkatan 1
Nota lengkap sejarah tingkatan 1
 
Objektif kajian sejarah pmr
Objektif kajian sejarah pmrObjektif kajian sejarah pmr
Objektif kajian sejarah pmr
 
Kepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanKepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladan
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
 

Destacado

Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5
Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5
Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5Kamal Muchtar
 
Sinopsis novel di sebalik dinara
Sinopsis novel di sebalik dinaraSinopsis novel di sebalik dinara
Sinopsis novel di sebalik dinaraNorsuhaila Haron
 
Novel di sebalik wajah
Novel di sebalik wajahNovel di sebalik wajah
Novel di sebalik wajahIzzat Hakim
 
Soalan kesusasteraan melayu
Soalan kesusasteraan melayuSoalan kesusasteraan melayu
Soalan kesusasteraan melayuAdra Namira
 
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bmAryanna Soleha
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 
Nota Rujukan - Konserto Terakhir
Nota Rujukan - Konserto TerakhirNota Rujukan - Konserto Terakhir
Nota Rujukan - Konserto TerakhirIdrus Aizat
 
Teknik menjawab sastera puisi
Teknik menjawab sastera puisiTeknik menjawab sastera puisi
Teknik menjawab sastera puisiSyafiq Red
 
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMRKomsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMRroszelan majid
 
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101) Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101) Stephanie Unsil
 
Rpt bm tingkatan 3 2015
Rpt  bm tingkatan 3 2015Rpt  bm tingkatan 3 2015
Rpt bm tingkatan 3 2015Rusnah Muhd
 

Destacado (20)

Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5
Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5
Rpt sastera melayu tingkatan 4 dan 5
 
Tema
TemaTema
Tema
 
Destinasi Impian Tingkatan 2
Destinasi Impian Tingkatan 2Destinasi Impian Tingkatan 2
Destinasi Impian Tingkatan 2
 
Sinopsis novel di sebalik dinara
Sinopsis novel di sebalik dinaraSinopsis novel di sebalik dinara
Sinopsis novel di sebalik dinara
 
Novel di sebalik wajah
Novel di sebalik wajahNovel di sebalik wajah
Novel di sebalik wajah
 
Soalan kesusasteraan melayu
Soalan kesusasteraan melayuSoalan kesusasteraan melayu
Soalan kesusasteraan melayu
 
NOTA GRAFIK GENRE KESUSATERAAN MELAYU
NOTA GRAFIK GENRE KESUSATERAAN MELAYUNOTA GRAFIK GENRE KESUSATERAAN MELAYU
NOTA GRAFIK GENRE KESUSATERAAN MELAYU
 
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
Nota Rujukan - Konserto Terakhir
Nota Rujukan - Konserto TerakhirNota Rujukan - Konserto Terakhir
Nota Rujukan - Konserto Terakhir
 
Teknik menjawab sastera puisi
Teknik menjawab sastera puisiTeknik menjawab sastera puisi
Teknik menjawab sastera puisi
 
Bmm 3163 sem 8
Bmm 3163 sem 8Bmm 3163 sem 8
Bmm 3163 sem 8
 
Disebalik Dinara Sinopsis Bab-6
Disebalik Dinara Sinopsis Bab-6Disebalik Dinara Sinopsis Bab-6
Disebalik Dinara Sinopsis Bab-6
 
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMRKomsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
 
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101) Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
 
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYUKESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 
Rpt bm tingkatan 3 2015
Rpt  bm tingkatan 3 2015Rpt  bm tingkatan 3 2015
Rpt bm tingkatan 3 2015
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
KEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATANKEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATAN
 

Similar a KAJIAN NOVEL PMRI

Contoh jawapan kajian novel pmr (edisi percuma)
Contoh jawapan kajian novel pmr  (edisi percuma)Contoh jawapan kajian novel pmr  (edisi percuma)
Contoh jawapan kajian novel pmr (edisi percuma)Saadiah Ayob
 
Slide Kritikan Sosial
Slide Kritikan Sosial Slide Kritikan Sosial
Slide Kritikan Sosial tunnurdayana
 
Novel hikmah- Tema dan Persoalan
Novel hikmah- Tema dan PersoalanNovel hikmah- Tema dan Persoalan
Novel hikmah- Tema dan PersoalanRahim Affandi
 
Mengubah Pengalaman Diri Sendiri dan Orang Lain ke dalam Bentuk Cerpen
Mengubah Pengalaman Diri Sendiri dan Orang Lain ke dalam Bentuk CerpenMengubah Pengalaman Diri Sendiri dan Orang Lain ke dalam Bentuk Cerpen
Mengubah Pengalaman Diri Sendiri dan Orang Lain ke dalam Bentuk CerpenDhea Yulia Ningsih
 
Perbandingan cerpen tempatan dan cerpen luar negara.
Perbandingan cerpen tempatan dan cerpen luar negara.Perbandingan cerpen tempatan dan cerpen luar negara.
Perbandingan cerpen tempatan dan cerpen luar negara.nuridayu16
 
Perbandingan Cerpen Tempatan dalam Antologi Sejadah Rindu dengan Cerpen Luar ...
Perbandingan Cerpen Tempatan dalam Antologi Sejadah Rindu dengan Cerpen Luar ...Perbandingan Cerpen Tempatan dalam Antologi Sejadah Rindu dengan Cerpen Luar ...
Perbandingan Cerpen Tempatan dalam Antologi Sejadah Rindu dengan Cerpen Luar ...MuhammadZarif7
 
Resensi cerpen dunia di dalam mata
Resensi cerpen dunia di dalam mataResensi cerpen dunia di dalam mata
Resensi cerpen dunia di dalam mataNoviayuana Putri
 
Belajar mengarang novel
Belajar mengarang novelBelajar mengarang novel
Belajar mengarang novelHendra Surya
 
Ensiklopedia sastra indonesia sd smp
Ensiklopedia sastra indonesia sd smpEnsiklopedia sastra indonesia sd smp
Ensiklopedia sastra indonesia sd smpDhek Prasetya
 
Tamasya ke Negeri Imaji
Tamasya ke Negeri Imaji Tamasya ke Negeri Imaji
Tamasya ke Negeri Imaji tammi prastowo
 
Cerpen -Regina Ibrahim-
Cerpen -Regina Ibrahim-Cerpen -Regina Ibrahim-
Cerpen -Regina Ibrahim-Umi Nurfarahin
 

Similar a KAJIAN NOVEL PMRI (19)

Contoh jawapan kajian novel pmr (edisi percuma)
Contoh jawapan kajian novel pmr  (edisi percuma)Contoh jawapan kajian novel pmr  (edisi percuma)
Contoh jawapan kajian novel pmr (edisi percuma)
 
Slide Kritikan Sosial
Slide Kritikan Sosial Slide Kritikan Sosial
Slide Kritikan Sosial
 
Slide drama melayu
Slide drama melayuSlide drama melayu
Slide drama melayu
 
Flim lani
Flim laniFlim lani
Flim lani
 
Resensi Novel
Resensi Novel Resensi Novel
Resensi Novel
 
Novel hikmah- Tema dan Persoalan
Novel hikmah- Tema dan PersoalanNovel hikmah- Tema dan Persoalan
Novel hikmah- Tema dan Persoalan
 
MODUL "NOVEL"
MODUL "NOVEL"MODUL "NOVEL"
MODUL "NOVEL"
 
Laskar pelangi
Laskar pelangiLaskar pelangi
Laskar pelangi
 
Mengubah Pengalaman Diri Sendiri dan Orang Lain ke dalam Bentuk Cerpen
Mengubah Pengalaman Diri Sendiri dan Orang Lain ke dalam Bentuk CerpenMengubah Pengalaman Diri Sendiri dan Orang Lain ke dalam Bentuk Cerpen
Mengubah Pengalaman Diri Sendiri dan Orang Lain ke dalam Bentuk Cerpen
 
Perbandingan cerpen tempatan dan cerpen luar negara.
Perbandingan cerpen tempatan dan cerpen luar negara.Perbandingan cerpen tempatan dan cerpen luar negara.
Perbandingan cerpen tempatan dan cerpen luar negara.
 
Perbandingan Cerpen Tempatan dalam Antologi Sejadah Rindu dengan Cerpen Luar ...
Perbandingan Cerpen Tempatan dalam Antologi Sejadah Rindu dengan Cerpen Luar ...Perbandingan Cerpen Tempatan dalam Antologi Sejadah Rindu dengan Cerpen Luar ...
Perbandingan Cerpen Tempatan dalam Antologi Sejadah Rindu dengan Cerpen Luar ...
 
Ibu
IbuIbu
Ibu
 
Resensi cerpen dunia di dalam mata
Resensi cerpen dunia di dalam mataResensi cerpen dunia di dalam mata
Resensi cerpen dunia di dalam mata
 
Belajar mengarang novel
Belajar mengarang novelBelajar mengarang novel
Belajar mengarang novel
 
Warna kejujuran
Warna kejujuranWarna kejujuran
Warna kejujuran
 
Ensiklopedia sastra indonesia sd smp
Ensiklopedia sastra indonesia sd smpEnsiklopedia sastra indonesia sd smp
Ensiklopedia sastra indonesia sd smp
 
Tamasya ke Negeri Imaji
Tamasya ke Negeri Imaji Tamasya ke Negeri Imaji
Tamasya ke Negeri Imaji
 
Website
WebsiteWebsite
Website
 
Cerpen -Regina Ibrahim-
Cerpen -Regina Ibrahim-Cerpen -Regina Ibrahim-
Cerpen -Regina Ibrahim-
 

Más de Sufi Lee Fizah Chuswan (7)

Soalan pjpk latest
Soalan pjpk latestSoalan pjpk latest
Soalan pjpk latest
 
KOMSAS
KOMSASKOMSAS
KOMSAS
 
TEKS UCAPAN
TEKS UCAPANTEKS UCAPAN
TEKS UCAPAN
 
Jadual p dan d latest grup 3
Jadual p dan d latest grup 3Jadual p dan d latest grup 3
Jadual p dan d latest grup 3
 
15 lampiran 6 (huraian rph b)
15 lampiran 6 (huraian rph b)15 lampiran 6 (huraian rph b)
15 lampiran 6 (huraian rph b)
 
Report kaedah mengajar (dr khalid)
Report kaedah mengajar (dr khalid)Report kaedah mengajar (dr khalid)
Report kaedah mengajar (dr khalid)
 
Tugasan ppsmi
Tugasan ppsmiTugasan ppsmi
Tugasan ppsmi
 

Último

Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimAsi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimNodd Nittong
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Abdiera
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlineMMario4
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxKualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxSelviPanggua1
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docNurulAiniFirdasari1
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.pptPPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.pptBennyKurniawan42
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfwaktinisayunw93
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Abdiera
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfHeriyantoHeriyanto44
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxHeriyantoHeriyanto44
 
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxProduct Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxKaista Glow
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 

Último (20)

Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimAsi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 2 Fase A [abdiera.com]
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxKualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.pptPPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
PPT uji anova keterangan dan contoh soal.ppt
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
 
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxProduct Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 

KAJIAN NOVEL PMRI

  • 1. DISUSUN OLEH: HAJI MOHD. NIZAR BIN YUSOFF GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU, SMK GURUN, KEDAH DARUL AMAN, Sinopsis Tema Persoalan Watak & Perwatakan Latar Nilai & Pengajaran Plot Contoh jawapan pmr KAJIAN NOVEL
  • 2. ISI KANDUNGAN Novel “Hikmah” Contoh 1 – Tema Contoh 2 – Persoalan Contoh 3 – Perwatakan watak utama Contoh 4 – Latar tempat Contoh 5 – Latar masa Contoh 6 – Latar masyarakat Contoh 7 – Nilai Contoh 8 – Pengajaran Novel “Erti Sebuah Pengorbanan” Contoh 9 – Tema Contoh 10 – Persoalan Contoh 11 – Perwatakan watak utama Contoh 12 – Latar tempat Contoh 13 – Latar masa Contoh 14 – Latar masyarakat Contoh 15 – Nilai Contoh 16 – Pengajaran Novel “6:20” Contoh 17 – Tema Contoh 18 – Persoalan Contoh 19 – Perwatakan watak utama Contoh 20 – Latar tempat Contoh 21 – Latar masa Contoh 22 – Latar masyarakat Contoh 23 – Nilai Contoh 24 – Pengajaran
  • 3. CONTOH 1 Soalan: Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tema bagi novel ini. Berikan tiga contoh peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan tema tersebut. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal. Tema novel ini ialah kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan berubah tingkah laku. Peristiwa yang berkaitan dengan tema ini ialah Amri merupakan anak yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarganya. Malangnya, sikap ayahnya yang berubah menjadi kejam dan tidak bertanggungjawab terhadap keluarga menyebabkan Amri yang berubah sikap. Ekoran daripada itu, Amri menjadi murid yang bermasalah disiplin di sekolah. Dia sering membuli murid lain di sekolahnya. Selain itu, Amri juga tidak suka akan Sapura, seorang pengawas sekolah yang selalu melaporkan salah lakunya kepada guru. Dia juga pernah mengganggu ketika Sapura sedang berbasikal sehingga Sapura terjatuh ke dalam bendang berlumpur. CONTOH 2 Soalan: Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam novel ini. Berikan juga contoh peristiwa yang sesuai bagi menggambarkan persoalan tersebut. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal. Dalam novel ini terdapat beberapa persoalan. Antaranya ialah tanggungjawab bapa terhadap kesejahteraan keluarga. Bapa Amri tidak bertanggungjawab dan kejam sehingga sanggup memukul ibunya. Keadaan ini menyebabkan Amri berubah sikap menjadi budak nakal. Persoalan seterusnya adalah kasih sayang ibu terhadap anaknya. Emak Amri sangat sayang dan mengambil berat terhadap Amri. Segala keperluan Amri sedaya upaya dipenuhi walaupun dia sendiri dalam keadaan lemah. Di samping itu, prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukan juga merupakan satu daripada persoalan yang dapat ditampilkan daripada novel ini. Sapura dan ayahnya bersimpati dengan nasib yang menimpa Amri dan ibunya. Mereka menghantar ibu Amri yang demam dan cedera di dahi dan Amri yang cedera dipukul ke hospital.
  • 4. CONTOH 3 Soalan Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan watak utama dalam novel ini. Nyatakan juga tiga perwatakannya dan berikan contoh peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan setiap perwatakan tersebut. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal. Watak Utama dalam novel ini ialah Amri. Perwatakan Amri ialah dia seorang yang berani. Contohnya, Amri berani meminta ayahnya memulangkan semula gelang emaknya walaupun akhirnya dia ditampar oleh ayahnya. Selain itu, Amri juga seorang anak yang bertanggungjawab. Hal ini dibuktikan apabila ibunya cedera akibat dipukul oleh ayahnya, Amri pergi ke pekan untuk membeli ubat demam dan ubat luka bagi merawat luka emaknya. Di samping itu, Amri juga merupakan anak yang baik dan mentaati emaknya. Walaupun Amri nakal di sekolah tetapi dia sangat baik ketika di rumah. Amri juga akan mematuhi setiap arahan ibunya. CONTOH 4 Soalan: Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga latar tempat. Bagi setiap latar tempat tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal. Dalam novel ini terdapat beberapa latar tempat. Antara latar yang terdapat dalam novel ini ialah di dalam kelas/sekolah. Contohnya murid-murid lain tidak berani mengangkat muka apabila Amri masuk ke dalam kelas selepas dia dirotan oleh Cikgu Salman kecuali Siva seorang sahaja yang berani berbual-bual dengannya. Seterusnya di tempat letak basikal sekolah. Amri menunggu Sapura di tempat letak basikal sekolah dan berpura-pura baik sebelum balik bersama- sama dan mengenakan Sapura sehingga terjatuh ke dalam lumpur bendang. Seterusnya di farmasi di pekan. Amri membeli ubat demam dan luka untuk ibunya di farmasi, di pekan berhampiran kampungnya.
  • 5. CONTOH 5 Soalan: Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga latar masa. Bagi setiap latar masa tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal. Terdapat beberapa latar masa dalam novel tersebut. Latar masa dalam novel ini adalah pada waktu siang. Masa ini ialah ketika Amri dan Sapura pulang dari sekolah bersama-sama dan Amri telah mengenakan Sapura sehingga terjatuh ke dalam bendang yang berlumpur. Seterusnya, pada waktu malam, iaitu apabila ayah Amri pulang untuk meminta wang daripada isterinya. Ayahnya telah menyelongkar gerobok baju dan seterusnya apabila wang yang diperoleh agak sedikit, ayahnya telah meragut rantai yang dipakai oleh ibunya. Selain itu, pada waktu tengah hari. Hal ini digambarkan ketika Amri berbasikal dalam cuaca yang panas terik ke pekan sejauh 10 kilometer semata- mata untuk membeli ubat demam dan luka untuk ibunya. CONTOH 6 Soalan: Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga latar masyarakat. Bagi setiap latar masyarakat tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal. Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ialah masyarakat yang mengalami tekanan hidup, Contohnya Amri mengalami tekanan hidup kerana keadaan keluarganya yang porak-peranda, ayahnya hanya tahu pulang meminta duit dan berjudi. Seterusnya, terdapat juga masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya ayah Amri yang terlibat dengan kegiatan perjudian dan penyalahgunaan dadah telah mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga. Selain itu, latar masyarakat yang lain pula ialah masyarakat yang suka membantu. Contohnya Sapura telah membantu Amri semasa diperas ugut di satu lorong semasa hendak pulang daripada membeli ubat untuk ibunya di farmasi.
  • 6. CONTOH 7 Soalan: Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga nilai. Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan setiap nilai tersebut. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal. Terdapat beberapa nilai dalam novel ini. Nilai yang pertama adalah bertanggungjawab. Contoh peristiwa yang terdapat dalam novel ialah ibu Amri telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan menyediakan makan tengah hari dan wang saku untuk persekolahan anaknya walaupun hidupnya susah. Nilai yang seterusnya adalah berani. Contohnya, Sapura berani melaporkan tindakan Amri membuli murid-murid lain di sekolah kepada guru disiplin. Dalam pada itu, nilai yang lain pula adalah tolong-menolong. Contoh peristiwa yang menunjukkan nilai ini ialah Sapura dan ayahnya menolong membawa ibu Amri yang demam mendapatkan rawatan di hospital. CONTOH 8 Soalan: Berdasarkan novel “Hikmah”, karya Mohd. Faris Ikmal, nyatakan tiga pengajaran. Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan setiap pengajaran tersebut. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “Hikmah”, hasil karya Mohd. Faris Ikmal. Terdapat beberapa pengajaran yang dapat kita peroleh daripada novel ini. Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah amanah dalam menjalankan tanggungjawab. Contoh peristiwa yang berlaku ialah Sapura menjalankan tugas sebagai pengawas dengan amanah dan bertanggungjawab. Dia sanggup melaporkan kepada guru disiplin perbuatan Amri yang selalu membuli murid-murid lain. Selain itu, kita juga haruslah membantu orang yang sedang dalam kesusahan. Sebagai contoh, Sapura dan ayahnya telah membantu membawa ibu Amri yang demam dan Amri yang cedera dipukul penjahat ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Di samping itu, kita juga patutlah menyayangi ibu kita. Amri sangat sayang akan ibunya, dia sanggup berbasikal sejauh 10 kilometer semata-mata membeli ubat untuk ibunya yang demam dan luka.
  • 7. CONTOH 9 Soalan: Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin, nyatakan tema bagi novel ini. Berikan tiga contoh peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan tema tersebut. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya Zaihanim Zainal Abidin. Tema bagi novel ini ialah kasih sayang. Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku yang dapat memperlihatkan tema ini. Sebagai contoh, kasih sayang Iman terhadap kedua ibu bapanya. Iman melakukan pelbagai usaha dan masih berharap untuk menyatukan kembali ibu dan bapanya yang telah terpisah. Selain itu, walaupun terpisah dengan ibu bapanya, Iman sering menghubungi ibunya yang berada di New Zealand. Iman dan ibu kerap berbalas e-mel bertanyakan khabar dan perkembangan masing-masing. Selain itu, Iman juga amat sayang akan datuk dan neneknya. Setelah ibu dan bapanya bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Hubungan mereka sangat erat dan Iman amat menyayangi datuk dan neneknya.
  • 8. CONTOH 10 Soalan: Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin, nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam novel ini. Berikan juga contoh peristiwa yang sesuai bagi menggambarkan persoalan tersebut. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya Zaihanim Zainal Abidin. Dalam novel ini terdapat beberapa persoalan. Persoalan yang pertama ialah pengorbanan seorang ayah. Ayah Iman dan ibu Adif Danial terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin kerana anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut. Ayah Iman akur dengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya semula. Persoalan yang kedua pula ialah ketabahan menghadapi dugaan dan cabaran. Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya. Setelah ditinggalkan oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung. Segala masalah dihadapinya tanpa merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya. Seterusnya, persoalan yang ketiga ialah berkaitan dengan hubungan persahabatan antara dua insan berlainan bangsa. Iman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. CONTOH 11 Soalan Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin, nyatakan watak utama dalam novel ini. Nyatakan juga tiga perwatakannya dan berikan contoh peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan setiap perwatakan tersebut. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya Zaihanim Zainal Abidin. Watak Utama dalam novel ini ialah Iman Zulaikha. Perwatakan Iman ialah dia seorang yang penyayang. Iman amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai. Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula. Iman juga sering menghubungi ibunya melalui e-mel Selain itu, Iman juga seorang yang gigih. Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah. Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan. Di samping itu, perwatakan Iman yang seterusnya ialah dia seorang yang pemaaf. Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.
  • 9. CONTOH 12 Soalan: Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin, nyatakan tiga latar tempat. Bagi setiap latar tempat tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin. Berdasarkan novel tersebut, terdapat beberapa latar tempat. Latar tempat pertama ialah di rumah nenek . Buktinya , Iman yang baru pulang dari sekolah , menceritakan hal Pei Wen iaitu kawan karibnya kepada nenek di rumah neneknya. Selain itu , latar tempat yang seterusnya ialah di tangga sekolah . Hal ini terbukti apabila Linda bertemu dengan Iman di tangga sekolah dan meminta Iman menarik diri daripada menyertai pertandingan pidato. Akhir sekali, latar tempat yang lain ialah di dalam kelas Tingkatan Satu Dinamik . Buktinya, Iman dimalukan oleh Linda dengan menyatakan bahawa dia tidak mahu berada dalam satu kumpulan dengan Iman untuk Tugasan Kerja Kursus Sejarah, peristiwa ini berlaku di dalam kelas Tingkatan Satu Dinamik. CONTOH 13 Soalan: Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin, nyatakan tiga latar masa. Bagi setiap latar masa tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya Zaihanim Zainal Abidin. Dalam novel ini terdapat beberapa latar masa. Latar masa yang pertama adalah pada waktu pagi. Pada suatu pagi, guru kelas Satu Dinamik , Cikgu Julia membawa dan memperkenalkan seorang pelajar baru, iaitu Adif Danial yang baru berpindah dari Kuala Lumpur. Di samping itu, latar masa yang seterusnya adalah pada waktu tengah hari. Iman Zulaikha yang baru pulang dari sekolah pada suatu tengah hari telah bercerita kepada neneknya bahawa dia bersimpati dengan Pei Wen yang menghadapi masalah dengan ibu tirinya. Selain itu, latar masa yang lain pula adalah pada waktu malam. Pada suatu malam, Encik Yusri, iaitu ayah Iman Zulaikha telah membawanya makan malam di sebuah restoran sebagai meraikan kemenangan anaknya dalam pertandingan pidato.
  • 10. CONTOH 14 Soalan: Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin, nyatakan tiga latar masyarakat. Bagi setiap latar masyarakat tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya Zaihanim Zainal Abidin. Terdapat beberapa latar masyarakat yang dapat dilihat dalam novel ini. Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang penyayang. Iman Zulaikha amat menyayangi ibu dan bapanya. Dia cuba menyatukan kembali mereka yang telah bercerai kerana dia amat sayang akan kedua- duanya. Selain itu, latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang bersabar menerima dugaan. Iman Zulaika masih boleh bersabar walaupun diari yang mengandungi teks pidato dan nota-nota kecilnya hilang. Dia tetap meneruskan penyertaan dalam pertandingan pidato dan akhirnya berjaya menjadi johan. Di samping itu, latar masyarakat yang lain pula yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang bertanggungjawab. Sebagai bukti, ibu Iman merupakan seorang yang bertanggungjawab. Walaupun dia berada jauh daripada Iman, dia amat mengambil berat akan Iman dengan selalu mengirim e-mel kepada Iman memberikan nasihat dan perangsang, CONTOH 15 Soalan: Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin, nyatakan tiga nilai. Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan setiap nilai tersebut. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya Zaihanim Zainal Abidin. Dalam novel ini terdapat beberapa nilai. Nilai pertama ialah hormat-menghormati. Iman amat menghormati ibu, bapa, datuk dan neneknya. Dia tidak pernah meninggikan suara terhadap mereka, malah berbicara dengan sopan dan tingkah lakunya juga menyenangkan. Begitulah juga sikap Iman terhadap rakan-rakan dan guru- gurunya. Nilai kedua ialah saling membantu. Adif Danial, Zulkarnain, dan Pei Wen sentiasa membantu Iman membuat rujukan mengenai tajuk pidato yang bakal dipertandingkan. Mereka juga sering menjadi pengkritik ketika Iman berlatih pidato demi mendapatkan hasil yang terbaik. Nilai terakhir ialah kasih sayang. Sungguhpun ibu dan bapa Iman telah berpisah, namun Iman tidak pernah disisihkan. Ibu bapa Iman amat menyayangi Iman dan mengambil berat akan keadaannya meskipun anak tunggal mereka itu tinggal berjauhan
  • 11. CONTOH 16 Soalan: Berdasarkan novel “Erti Sebuah Pengorbanan”, karya Zaihanim Zainal Abidin, nyatakan tiga pengajaran. Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan setiap pengajaran tersebut. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “Erti Sebuah Pengorbanan”, hasil karya Zaihanim Zainal Abidin. Dalam novel ini terdapat beberapa pengajaran yang dapat dijadikan iktibar. Pengajaran pertama ialah kita hendaklah bersemangat waja demi mencapai impian. Contohnya, Iman telah bulat hati untuk berjaya dalam bidang akademik mahupun kokurikulum, meskipun terlalu banyak perkara yang harus dikorbankan. Pengajaran kedua ialah kita hendaklah menyayangi kedua-dua orang tua. Contohnya, Iman sangat menyayangi kedua-dua orang tuanya meskipun mereka telah berpisah. Begitu juga dengan Yusri, bapa Iman. Yusri sering bertanya khabar dan mengunjungi mertuanya meskipun dia sudah bercerai dengan isterinya. Pengajaran terakhir ialah kita janganlah menyimpan perasaan dendam terhadap orang lain. Contohnya, Iman tidak berdendam terhadap Linda meskipun Linda banyak melukakan hatinya selama ini. Malah, Iman bersedia memaafkan Linda asalkan Linda bersedia mengubah sikapnya
  • 12. CONTOH 17 Soalan: Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tema bagi novel ini. Berikan tiga contoh peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan tema tersebut. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir- anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’ yang telah dilakukan oleh Jerry. Selain itu, Sukma dan rakan-rakannya berusaha untuk menyiasat aktiviti yang dilakukan di Kelab WX2 itu, walaupun mungkin ada bahaya yang menanti. Seterusnya, kegigihan Sukma dan rakan-rakannya itu berhasil apabila usaha mereka itu berjaya dengan kerjasama anggota keselamatan. CONTOH 18 Soalan: Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam novel ini. Berikan juga contoh peristiwa yang sesuai bagi menggambarkan persoalan tersebut. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Terdapat beberapa persoalan yang menunjangi novel ini. Satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya. Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya. Selain itu, persoalan yang lain ialah konflik dalam keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara Puan Delia dengan anaknya Sukma. Puan Delia beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya. Di samping itu, tanggungjawab seorang sahabat juga merupakan satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel 6:20 ini. Sebagai contoh, Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya akan terancam.
  • 13. CONTOH 19 Soalan Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan watak utama dalam novel ini. Nyatakan juga tiga perwatakannya dan berikan contoh peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan setiap perwatakan tersebut. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Watak Utama dalam novel ini ialah Nur Sukma binti Haji Shakir. Perwatakan Sukma ialah dia seorang yang taat kepada ibunya. Sebagai contoh, Sukma akur dengan arahan ibunya yang melarangnya berjumpa dengan tetamu misteri yang hadir di hadapan rumah pada setiap jam 6:20 pagi. Selain itu, Sukma juga seorang yang berani. Hal ini terbukti ketika Sukma secara berseorangan pergi ke Kelab WX2 semata-mata hendak menyiasat aktiviti yang dilakukan di kelab tersebut. Di samping itu, Sukma juga seorang yang bijak. Hal ini jelas dilihat apabila Sukma sering dipuji oleh pensyarahnya, Profesor Darul atas kebijaksanaannya mengemukakan pendapat dalam dewan kuliah. CONTOH 20 Soalan: Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga latar tempat. Bagi setiap latar tempat tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Dalam novel ini terdapat beberapa latar tempat. Latar tempat yang pertama ialah di hadapan pagar rumah Sukma. Sukma berasa pelik apabila menerima tetamu yang tidak dikenali di hadapan rumahnya pada jam 6:20 pagi. Seterusnya, latar tempat yang kedua ialah di dalam bilik Sukma. Sukma membawa Aim balik ke rumahnya lalu menyembunyikan Aim di dalam biliknya kerana bimbang dimarahi oleh ibunya. Di samping itu, latar yang lain ialah di dalam dewan kuliah di universiti tempat Sukma belajar. Sukma sering mendapat pujian daripada Profesor Darul yang kagum dengan kebijaksanaannya memberikan pendapat dan menjawab soalan yang dikemukakan dalam kuliah.
  • 14. CONTOH 21 Soalan: Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga latar masa. Bagi setiap latar masa tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Terdapat beberapa latar masa yang dipaparkan dalam novel ini. Satu daripadanya ialah pada jam 6:20 setiap pagi. Sukma berasa pelik apabila menerima tetamu yang tidak dikenali di hadapan rumahnya pada jam 6:20 pagi. Selain itu, latar masa yang lain ialah pada waktu pagi. Sukma biasanya akan menghadiri kuliah di universiti pada waktu pagi. Seterusnya, latar masa yang juga terdapat dalam novel ini ialah pada waktu petang. Pada suatu petang, Aim telah mengejutkan Sukma daripada tertidur. Sukma tertidur dalam biliknya kerana keletihan dan kesedihan mengenangkan keadaan dirinya sekarang berbanding ketika dia masih kecil. CONTOH 22 Soalan: Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga latar masyarakat. Bagi setiap latar masyarakat tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Dalam novel ini terdapat beberapa latar masyarakat yang dipaparkan. Pertama, latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda. Peristiwa yang berkaitan latar masyarakat ini ialah Puan Delia iaitu ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut. Selain itu, latar masyarakat yang lain pula ialah masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Sebagai contoh, Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim. Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang mudah terpengaruh oleh golongan pemikiran Barat. Hal ini dapat dilihat apabila Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Barat.
  • 15. CONTOH 23 Soalan: Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga nilai. Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan setiap nilai tersebut. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Terdapat beberapa nilai dalam novel ini. Nilai yang pertama ialah kasih sayang. Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan. Hal ini menunjukkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Selain itu, nilai yang lain ialah bantu-membantu. Tuan Haji Syaqir berjaya membantu Ehsan dengan mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan. Di samping itu, nilai seterusnya ialah setia kawan. Sukma dan Rafiq sanggup menasihati dan menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi pemikiran barat melalui penglibatan mereka dalam “ruang sepi” di Kelab WX2. CONTOH 24 Soalan: Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga pengajaran. Huraikan contoh peristiwa yang berlaku yang sesuai dengan setiap pengajaran tersebut. Jawapan: Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Dalam novel ini terdapat beberapa pengajaran yang dapat diambil iktibar. Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada kita. Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya. Kedua, seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setia kawan. Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat. Ketiga, kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim.