SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 14
TREND AND ISSUES IN EDUCATION FOR
         MATHEMATICAL SCIENCES
                         (SME3023)


                ISSUES ON ASSESSMENT


              NAMA                       NO.MATRIK
DAYANG KHAIRUNNISA BT AWANG BATU        D20091034996
     MASLIAH BINTI MANCHING             D20091035049




            NAMA PENSYARAH: PROF.DR.MARZITA PUTEH




                                                       1
ISI KANDUNGAN



                 Perkara                   Muka surat



1.0 Pengenalan                                1-2



2.0 Tujuan Pentaksiran                        2-3



3.0 Isu Pentaksiran

 3.1 Pentaksiran Berasaskan Peperiksaan

 3.2 Bias Dalam Penilaian                     3-9

 3.3Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)




4.0 Kesimpulan                                 10



5.0 Rujukan                                  11-12



6.0 Lampiran                                   13




                                                        2
1.0 Pengenalan

         Dalam Falsafah Pendidikan Negara, banyak penekanan dalam perkembangan secara
menyeluruh, seimbang, dan bersepadu bagi membentuk modal insan yang baik dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, sebagai pendidik haruslah sentiasa bersedia
dalam pelbagai perkara untuk memastikan matlamat pendidikan ini berjaya. Pengujian,
penilaian dan pentaksiran adalah di antara beberapa konsep yang penting dalam
dunia pendidikan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah tersebut membawa maksud yang
berbeza dan tujuan yang berbeza. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga perkara ini membantu
untuk mencapai matlamat yang sama.

         Penaksiran atau pentaksiran berasal daripada perkataan Greek ”Assidere” yang
bermaksud “duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon dengan apa yang
dimaksudkan. Dalam kata lain, pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Selain itu,
mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne
dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah
integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai
kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas
maklumat.

         Seterusnya, menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran dalam
bidang     pendidikan   ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang    merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang
pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan
dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan
kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

         Selain itu, menurut National Council of Teaching Mathematics, 1995 pentaksiran
membawa maksud

         “assessment is the process of gathering evidence about a student’s knowledge of,
ability to use, and disposition toward mathematics and of making inferences from that
evidence for a variety of purposes.”

                                       ( National Council of Teaching Mathematics, 1995)



                                                                                           3
Secara kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan
maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumat
yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar tersebut.




2.0 Tujuan dan prinsip pentaksiran

   Sebagai pendidik, kita hendaklah tahu kegunaan atau tujuan pentaksiran. Pentaksiran
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai pelbagai kesan kepada guru dan
juga pelajar. Salah satu sebab wujudnya proses pentaksiran ini adalah untuk mengumpul
maklumat. Maklumat yang dikumpul ialah dari segi tahap kefahaman pelajar dan
mendapatkan maklum balas perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran sama ada
positif atau negatif. Dari maklum balas yang diterima guru akan dapat tahu sejauh mana
keberkesanan cara pengajaran mereka. Hasil daripada maklumat ini akan digunakan untuk
memperbaiki kelemahan dari kedua-dua belah pihak pelajar dan juga guru.

       Dalam pentaksiran juga terdapat beberapa prinsip yang pelu dipatuhi iaitu:

   a) Kumpulan yang ditaksir iaitu golongan pelajar.
   b) Kumpulan yang menaksir iaitu para pentadbir termasuklah guru-guru.
   c) Instrumen seperti ujian bulanan, kuiz dan sebagainya.
   d) Skor.
   e) Respons.

       Menurut McMillan (2001) dalam Noraini Idris (2005), ciri-ciri pentaksiran pula
meliputi perkara-perkara seperti berikut:

   1. Pentaksiran ialah proses mengumpul data bagi tujuan membuat keputusan tentang
       individu atau kumpulan.
   2. Ujian pula ialah sebahagian daripada pentaksiran.
   3. Apabila pentaksiran dibuat ke atas pelajar, guru sebenarnya mengukur tahap
       kecekapan untuk menentukan sama ada tahap kecekapan yang perlu dikuasai pada
       satu-satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat dihasilkan.

   Pentaksiran bukan sahaja meliputi pembelajaran yang menggunakan kaedah tradisional
seperti teknik kertas dan pensel. Malah ia sepatutnya digunakan untuk menilai secara holistik
dari segala segi. Oleh itu, untuk melaksanakan pentaksiran yang berkesan adalah sangat sukar.

                                                                                           4
Pelaksanaannya hendaklah secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru
sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka
dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis.




3.0 Isu Berkaitan Pentaksiran

3.1 Pentaksiran berasaskan peperiksaan

       Dari zaman selepas kemerdekaan lagi, sistem peperiksaan Malaysia sering berubah-
ubah. Ini sejajar dengan perubahan zaman dalam membentuk modal insan yang bertaraf
dunia. Walau bagaimanapun, proses pengajaran dan pembelajaran masih lagi berasaskan
peperiksaan. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada sistem pendidikan negara kita.
Menurut Moore (2003) pentaksiran tradisional gagal kerana tidak mengambil kira tentang
pencapaian secara holistik dan bagaimana pelajar berupaya bekerja secara berkumpulan.

       Antara ciri-ciri sistem peperiksaan yang sedia ada ialah terlalu berfokuskan kuantiti,
berorientasikan mata pelajaran, pensijilan one-off dan juga di dominasi oleh pusat. Terdapat
terlalu banyak kekurangan dalam sistem yang sedia ada. Pertama sekali, soalan berbentuk
peperiksaan dilatih sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Peter Grootenboer
(2004) (diambil daripada Zaleha Ismail & Arinah Zaidan (2010)), kaedah ini dikatakan lebih
senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar. Menurut Zaleha Ismail & Arinah
Zaidan (2010) pula sistem persekolahan zaman sekarang berasaskan peperiksaan di mana
pembelajaran terlalu menumpukan kepada pengiraan dan penggunaan rumus manakala
kaedah pembelajaran terbatas kepada latih tubi. Namun pengajaran seperti ini tidak dapat
menggalakkan pelajar untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

       Seterusnya adalah kelemahan dari pihak guru sendiri yang hanya terburu-buru hendak
menghabiskan silibus mata pelajaran dalam masa yang ditetapkan dan tidak menekankan
perkaitan pembelajaran dengan kehidupan seharian. Selain itu, para guru juga hanya memberi
penekanan pada keputusan seterusnya mengabaikan proses pembelajaran pelajar. Akibatnya
keseronokan untuk belajar semakin pudar dan berkurangan malah asas pembelajaran turut
hilang. Oleh kerana keputusan peperiksaan terlampau dititikberatkan, kebanyakan sekolah
akan kurang memberi perhatian kepada pelajar yang berprestasi rendah. Golongan yang
diabaikan ini akan menjadi semakin teruk, menyebabkan sebahagian besar mereka tidak
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

                                                                                           5
Selain itu, menurut Wang (2004), terdapat beberapa punca kelemahan pembelajaran
berorientasikan peperiksaan yang dapat dikenalpasti. Antara punca kelemahan yang
dikenalpasti adalah pelajar seolah-olah dibentuk melalui „mesin‟. Pelajar dilihat sebagai
produk yang dibentuk melalui „mesin‟ iaitu pembelajaran yang mengandungi bahan-bahan
yang ditetapkan (kurikulum). Pelajar seolah-olah dipaksa untuk mendapatkan keputusan yang
cemerlang. Pembelajaran yang berlaku dalam paksaan tidak akan membantu pelajar
membentuk keyakinan diri. Selain itu, antara punca lain yang dikenalpasti ialah penekanan
pembelajaran yang lebih tertumpu kepada buku sebagai bahan rujukan kedua selepas guru.
Konsep abstrak yang selektif sangat ditekankan dalam pembelajaran. Penguasaan konsep
adalah melalui latihan secara latih tubi. Pelajar hanya tertumpu kepada konsep yang ada dan
terhad untuk mengatasi masalah tententu sahaja. Kaedah ini dilihat seolah-olah pembelajaran
yang berlaku tidak disepadukan dengan dunia luar. Pembelajaran seperti tidak mempedulikan
isu-isu semasa yang dipisahkan dengan pembelajaran. Ini menjarakkan lagi pembelajaran
dengan dunia realiti.

       Keadaan pelajar akan menjadi lebih teruk lagi apabila mereka hanya menghafal untuk
menghadapi peperiksaan dan akhirnya mereka tidak mampu unutuk menyelesaikan masalah
kehidupan kerana kurang mahir dalam mengaplikasikan pembelajaran. Menurut Darshan and
Ong (2003),

        “ The education system is so exam-oriented that is has forced many students into rote
learning and memorizing to score well. This is said to have greatly reduced creativity and our
ability to understand and analyse things.”

       Oleh itu, secara tidak langsung sistem pendidikan yang sedia ada telah membazirkan
banyak sumber pendidikan yang tidak relevan dalam pembentukan pelajar yang sanggup dan
mampu menghadapai cabaran globalisasi pada abad ini.




3. 2 Bias Dalam Penilaian

       Isu yang kedua ialah bias dalam penilaian. Terdapat beberapa perspektif yang
menjelaskan tentang definisi bias dalam penilaian. Menurut Hambleton, Ronald dan Janne
(1995), bias adalah kewujudan kriteria-kriteria tertentu dalam memberi kesan yang berbeza
terhadap pencapaian individu dengan kebolehan yang sama dari kumpulan, etnik, jantina,
budaya dan agama yang berbeza. Jika sesuatu item itu berfungsi berbeza kepada sesuatu
                                                                                            6
kumpulan dengan yang lain, ia secara terangan adalah bias (Dorans dan Holland, 1993).
Definisi bias menurut The American Heritage Dictionary pula adalah sebagai kecenderungan
atau kecondongan yang menghalang penilaian yang adil. Berdasarkan ketiga-tiga perspektif
tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa bias dalam penilaian adalah ketidakadilan yang wujud
dalam sesuatu penilaian.

       Terdapat empat aspek yang dapat menjelaskan kewujudan bias dalam penilaian iaitu
item soalan ujian, penilaian melalui pemerhatian, penilaian secara lisan dan penilaian melalui
penulisan. Aspek yang pertama ialah bias dalam item soalan ujian. Menurut Zaubedah (2007)
dalam kajiannya yang bertajuk mengesan dif dalam item peperiksaan mata pelajaran
perdagangan sijil pelajaran malaysia (SPM) sukatan pelajaran tingkatan empat menyatakan
bahawa, sesuatu item itu bias apabila seseorang individu yang sama tahap kebolehan,
daripada kumpulan yang berbeza tidak mempunyai kebarangkalian yang sama untuk
menjawab item tersebut dengan betul. Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan bagi
mengesan item-item ujian yang bias atau tidak memihak kepada responden mengikut jantina,
lokasi sekolah, agama, bangsa dan linguistik. Jantina dan lokasi sekolah merupakan dua faktor
yang sering dikaitkan dengan kewujudan bias dalam item soalan.

       Item soalan akan menjadi bias mengikut jantina apabila item soalan yang dibina
cenderung kepada satu jantina sahaja. Menurut Black (1998), pengujian yang menggunakan
soalan yang berkaitan dengan permainan mekanikal lebih cenderung kepada pelajar lelaki
manakala set yang menggunakan contoh dan situasi daripada anak patung atau kerja-kerja
dapur lebih cenderung kepada pelajar perempuan. Beliau juga menyatakan bahawa pelajar
perempuan secara umumnya tidak begitu pandai dalam soalan objektif berbanding soalan esei
kerana mereka tidak suka meneka (guessing) apabila tidak boleh menjawab seperti yang di
lakukan oleh pelajar lelaki. Kajian TIMSS-R (1998) pula menyatakan bahawa item-item
matematik yang berbentuk ayat panjang dan memerlukan calon membaca dan memahami
maksud (kecekapan verbal) lebih memihak kepada pelajar perempuan manakala item-item
yang memerlukan keupayaan „visualization‟ lebih memihak kepada pelajar lelaki.
       Pelajar lelaki dan perempuan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing
dalam sesuatu subjek. Oleh itu, guru haruslah mengambil beberapa tindakan bagi
mengelakkan bias berlaku dalam pembinaan item soalan ujian. Antaranya ialah guru haruslah
mengimbangi bilangan topik dalam kertas soalan, seimbangkan bentuk soalan iaitu terdapat
soalan objektif dan soalan subjektif dan seimbangkan corak soalan iaitu mengambil kira
tentang sterotaip jantina pelajar.

                                                                                            7
Faktor yang kedua ialah faktor lokasi sekolah. Item soalan akan menjadi bias
mengikut lokasi sekolah apabila item soalan yang dibina cenderung kepada satu lokasi
sekolah sahaja samaada sekolah luar bandar atau sekolah bandar. Menurut Zaubedah (2007)
dalam kajiannya yang bertajuk mengesan dif dalam item peperiksaan mata pelajaran
perdagangan sijil pelajaran malaysia (SPM) sukatan pelajaran tingkatan empat, terdapat
beberapa item ujian beraneka pilihan yang bias kepada pelajar luar bandar dan tidak terdapat
item yang bias kepada pelajar bandar seperti topik promosi, komunikasi, bank dan
pergudangan. Item tersebut bias kepada pelajar luar bandar mungkin disebabkab oleh faktor
item tersebut memerlukan pembacaan yang luas, tidak termasuk dalam pengalaman hidup dan
memerlukan daya pemikiran yang tinggi. Apabila guru menghadapi situasi sebegini, guru
mata pelajaran seharusnya memberi penekanan yang lebih kepada topik-topik yang tekandung
item yang bais. Hal ini kerana topik-topik tersebut memang telah terkandung dalam sukatan
pelajaran dan guru tidak boleh mengabaikan topik tersebut.
       Aspek yang kedua ialah bias dalam penilaian melalui pemerhatian. Penilaian melalui
pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu, bagaimana hendak
melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Tujuan penilaian ini adalah
untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasuk
proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses
tersebut. Ianya merupakan satu alat penaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan
psikomotor pelajar. Perkara yang dinilai melalui pemerhatian adalah hasil kerja, tingkah laku,
komunikasi dan interaksi pelajar. Bias berlaku semasa penilaian melalui pemerhatian
mungkin disebabkan oleh persepsi guru terhadap pelajar dan guru hanya menilai secara mata
kasar. Persepsi guru akan mempengaruhi cara penilaian atau pemarkahan dan mata kasar guru
hanyalah pandangan luaran sahaja yang tidak dapat membuktikan atau menyatakan keadaan
sebenar pelajar.
       Aspek yang seterusnya ialah bias dalam penilaian secara lisan. Penilaian secara lisan
adalah satu proses untuk mengumpul maklumat semasa interaksi antara murid dengan guru,
murid dengan murid atau murid dengan bahan pengajaran. Tujuannya adalah untuk mengesan
penguasaan pengetahuan, pemahaman hasil pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara serta
merta. Perkara yang dapat dinilai secara lisan ialah kefahaman konsep, kecekapan mendengar,
keyakinan, tahap pemikiran, pengetahuan fakta, kecekapan mengcongak dan penggunaan
bahasa yang tepat. Bias dalam penilaian secara lisan berlaku di pengaruhi oleh persepsi guru
terhadap pelajar, kesukaran pelajar berbahasa dan ketakutan pelajar terhadap guru. Kesukaran
pelajar berbahasa akan menyebabkan guru memberi tanggapan bahawa pelajar tersebut tidak

                                                                                            8
mencapai tahap pemahaman yang baik dalam sesuatu subjek. Terdapat sesetengah pelajar
yang sukar untuk menyatakan secara lisan disebabkan oleh kelemahan dalam berbahasa.
Tetapi kelemahan mereka berbahasa tidak membawa maksud bahawa mereka langsung tidak
memahami apa yang telah di ajar oleh guru. Selain itu, ketakutan pelajar terhadap guru juga
akan menjadi salah satu penghalang kepada pelajar untuk memberi pendapat atau jawapan
mereka.
       Aspek yang terakhir ialah bias dalam penilaian melalui penulisan. Penilaian melalui
penulisan adalah satu proses yang melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan
hasil penulisan. Penilaian ini dianggap sebagai satu medium yang boleh dipercayai dalam
menilai pelajar kerana mempunyai hasil atau produk yang dapat di lihat oleh guru. Perkara
yang dapat di nilai secara penulisan bergantung kepada tugasan yang diberi, tetapi secara
umumnya terdapat beberapa perkara yang dapat di nilai seperti kronologi penulisan, kreativiti
penulisan, susuna ayat atau penggunaan bahasa, kaedah atau formula yang digunakan serta
kekemasan. Persepsi guru terhadap pelajar akan menyebabkan penilaian ini menjadi bias
kerana cara pemarkahan guru dipengaruhi oleh pandangan guru terhadap pelajar.
       Bias akan dapat menyebabkan penilaian yang kurang baik atau tidak berkualiti
terhadap pelajar. Apabila tahap bias terlalu tinggi dalam diri seorang guru, ia akan
menyumbang kepada faktor ketidakadilan dalam penilaian yang mungkin akan menjejaskan
prestasi pelajar. Bagi mengurangkan bias dalam penilaian, guru haruslah mengambil beberapa
langkah atau inisiatif untuk mengurangkan bias dalam penilaian. Terdapat beberapa cadangan
yang dapat guru laksanakan bagi mengurangkan bias dalam penilaian iaitu guru perlu bijak
dan teliti dalam memilih item soalan ujian, gunakan borang penilaian yang standard, buat
penilaian berulang kali dan kurangkan sifat bias dalam diri.



3.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

       Isu yang ketiga ialah pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). PBS merupakan satu
bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi
dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS akan mentaksir bidang akademik dan
bukan akademik. Selain itu, PBS akan dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksiran
dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam P&P mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaaan. Antara komponen PBS adalah pentaksiran
sekolah, pentaksiran pusat, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum dan

                                                                                              9
pentaksiran psikometrik. PBS terbahagi kepada dua bentuk format pentaksiran iaitu kerja
kursus (PEKA) dan pentaksiran lisan berasaskan sekolah (PLBS).

       Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), PBS bukanlah sesuatu yang baru,
kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah,
projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang terbaru ini adalah lebih holistik dan
memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek
berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian
akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan
sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning
manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di
akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning. PBS yang dicadangkan ini
merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan
pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu
guru merekod pencapaian murid secara berterusan.

       Walaupun PBS merupakan salah satu langkah untuk menambahbaik sistem penaksiran
supaya bersifat lebih adil, tetapi terdapat juga isu yang timbul mengenai pelaksanaan PBS.
Terdapat dua isu dalam pelaksanaan PBS iaitu kepimpinan guru besar atau pengetua dan guru
akademik. Guru besar atau pengetua merupakan ketua dalam pelaksaan PBS di sekolah yang
bertanggungjawab untuk memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Oleh itu, guru besar haruslah memahami prosedur
pelaksanaan PBS dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pentaksiran.
Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir guru besar atau pengetua yang kurang faham
mengenai prosedur pelaksanan. Selan itu, ada juga segelintir guru besar yang kurang
mengetahui ilmu dalam bidang pentaksiran termasuklah prinsip asas dalam pentaksiran
pendidikan, pengendalian, penentuan standard dan penggunaan hasil pentaksiran.

       Isu yang seterusnya ialah guru akademik. Guru akademik merupakan individu yang
penting dalam menjalankan PBS kerana merekalah yang akan menjalankan atau
mengendalikan PBS. Terdapat empat pula isu yang timbul mengenai guru ekademik sebagai
pelaksana PBS iaitu guru kurang pemahaman tentang pelaksanaan dan konsep PBS, guru
mengajar tidak mengikut opsyen yang sebenar, guru yang tidak terlatih dan persepsi guru
terhadap PBS.



                                                                                       10
Guru yang kurang pemahaman tentang pelaksanaan dan konsep PBS akan
menyukarkan mereka untuk merancang strategi bagi menjalankan PBS. Selain itu, isu guru
pelaksana PBS mengajar tidak mengikut opsyen sebenar dan guru tidak terlatih merupakan
isu yang sering di persoalkan kerana kompetensi guru sebagai pembimbing dan pemudahcara
dalam melaksanakan pentaksiran di dalam bilik darjah yang kurang profesional. Hal ini
demikian kerana mereka kurang mahir dalam subjek yang bukan opsyen dan keadaan ini akan
menghasilkan penaksiran yang tidak berkualiti.

       Seterusnya adalah isu persepsi guru terhadap PBS. Terdapat segelintir guru yang
menganggap PBS sebagai beban kepada mereka. Persepsi guru ini disokong oleh Gan (2000)
yang menyatakan bahawa kebanyakan guru merasakan perubahan pendidikan telah
meningkatkan beban kerja mereka. Guru bukan sahaja perlu mengajar tetapi juga melakukan
kerja-kerja pentadbiran dan kokurikulum. Guru juga perlu mentaksir dan mengajar dalam
masa yang sama. Tan (2010) juga menyatakan perkara yang sama bahawa PBS menambah
beban tugas guru di sekolah yang memang telah dibebani dengan tugas-tugas pentadbiran dan
kokurikulum. Ini menyebabkan guru melaksanakan pentaksiran sebagai satu produk dan
bukan sebagai satu proses.




                                                                                      11
4.0 Kesimpulan

         Secara kesimpulannya, terdapat tiga isu pentaksiran yang telah dikupas iaitu isu
pentaksiran berorentasikan sekolah, bias dalam penilaian dan pentaksiran berasaskan sekolah
(PBS). Berdasarkan ketiga-tiga isu tersebut dapatlah disimpulkan bahawa pentaksiran adalah
satu proses yang penting dalam dunia pendidikan amnya. Dengan adanya penaksiran, pihak
sekolah dan ibu bapa dapat melihat tahap kebolehan, kekuatan dan kelemahan para pelajar.
Penaksiran yang dilaksanakan haruslah merangkumi aspek akademik dan bukan akademik
bagi menghasilkan suatu penaksiran yang holistik. Bagi menghasilkan penaksiran yang baik ,
pihak yang terlibat mestilah mengikut prosedur pelaksanaan penaksiran yang betul dan
mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bidang penaksiran dan kandungan subjek yang
diajar. Guru haruslah teliti dalam menjalankan penaksiran terhadap pelajar bagi memastikan
tiada pelajar yang akan tercicir dalam pembelajaran. Penaksiran yang berkualiti akan dapat
menyumbangkan kepada pembentukan pelajar yang berkualiti dan berkemahiran dari semua
aspek.




                                                                                        12
5.0 Rujukan

Noraini Idris (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Penerbit
      Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Arsaythamby Veloo (2006). Bias Ujian Aneka Pilihan Matematik KBSM Berdasarkan
      Perbezaan Individu Dan Orientasi Pembelajran Matematik. Tesis Doktor Falsafah
      (Ph.D.), Sintok : Universiti Utara Malaysia.

Daliyani (2011). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Dalam Matematik Di
      Peringkat Sekolah Menengah. Tesis Sarjana Muda, Johor : Universiti Teknologi
      Malaysia.

Zaubedah (2007). Mengesan Dif Dalam Item Peperiksaan Mata Pelajaran Perdagangan Sijil
      Pelajaran Malaysia (SPM) Sukatan Pelajaran Tingkatan Empat. Tesis Sarjana,
      Universiti Sains Malaysia.

Modul Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (m.s. 2-5). Diperoleh pada April 20,
      2012.

Anna peacocks (2010, April 26). Disadvantage Of An Examination Oriented Education
      System. Diperoleh pada April 8, 2012 daripada
      http://ezinearticles.com/?Disadvantages-of-an-Examination-Oriented-
      EducationSystem&id=4178597

Jamil Adimin (2008). Peperiksaan Vs Pentaksiran. Diperoleh pada April 9, 2012 daripada
     http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPendidikan&s
     ec=      erspektif&pg=ps_01.htm

Mohd Faizan dan Muhammad Rafiq (2009). Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
      (PKSR). Diperoleh pada April 10, 2012 daripada
      http://www.slideshare.net/ayujqaf09/ilmu-pendidikan

Pandangan Kami Terhadap Cadangan Pemansuhan UPSR dan PMR (2010, Sept 11).
      Diperoleh pada April 8, 2012 daripada
      http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=11079




                                                                                   13
Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
      Diperoleh pada April 10, 2012 daripada
      http://www.moe.gov.my/index.php?id=17&act=faq&rid=147

Rosnani , Farhan Nashrah, Kunasundari A/P Nalasamy & Nurul Rozaida (2012). Isu
      Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik : Penilaian. Diperoleh pada April 11,
      2012 daripada http://www.slideshare.net/daripenacikgu/penilaian-group-8/



Zulkiply Yaakob (2010). Penilaian Rekod Perkembangan Murid. Diperoleh pada April 11,
      2012 daripada http://www.scribd.com/doc/33387875/modul-penilaian




                                                                                      14

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)EyzahEs Brabies
 
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Nadzirah Bazlaa' Kamaruzzamri
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Thamo Thiran
 
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahIsu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahFarah Waheeda
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksirankrys73
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematikonearbaein
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahkamektok2011
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralKioshi Reizo
 
Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8khaidiny
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
PentaksiranRoyal Fu
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044hazwaniAM
 
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengah
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengahIsu pentaksiran matematik di sekolah menengah
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengahWana Ariza
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrMohamad Tarmizi
 

La actualidad más candente (19)

Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
 
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
 
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahIsu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksiran
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematik
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
 
Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8
 
15 unit 11
15 unit 1115 unit 11
15 unit 11
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
(Group 12) pbs
(Group 12) pbs(Group 12) pbs
(Group 12) pbs
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Pentaksiran Matematik
Pentaksiran MatematikPentaksiran Matematik
Pentaksiran Matematik
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044
 
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengah
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengahIsu pentaksiran matematik di sekolah menengah
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengah
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
 
Pentaksiran Autentik
Pentaksiran AutentikPentaksiran Autentik
Pentaksiran Autentik
 

Destacado

Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanSuzi Suziyana
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)Adila Dila
 

Destacado (6)

Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
 

Similar a Penulisan ilmiah SME3023

059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-convertedmmcc10
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikchummyk
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)zahjannanti
 
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docxDefinisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docxKalaiselviVelu1
 
Definisi pentaksiran dan_penilaian
Definisi pentaksiran dan_penilaianDefinisi pentaksiran dan_penilaian
Definisi pentaksiran dan_penilaianABDULFATTAHBINAMIRUP
 
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdfTopik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdfSyahrulRawi
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukLing Leh
 
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di SekolahIsu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolahikhwankmk92
 
Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Nurul Atiyah
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)intansyafika
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)intansyafika
 
Ulasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitraUlasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitrahuda hamdan
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikstephchun93
 

Similar a Penulisan ilmiah SME3023 (20)

059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
 
Pentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimenPentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimen
 
Pentaksiran rbt asimen (2)
Pentaksiran rbt asimen (2)Pentaksiran rbt asimen (2)
Pentaksiran rbt asimen (2)
 
Trend hanan
Trend hananTrend hanan
Trend hanan
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
 
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docxDefinisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
 
Definisi pentaksiran dan_penilaian
Definisi pentaksiran dan_penilaianDefinisi pentaksiran dan_penilaian
Definisi pentaksiran dan_penilaian
 
Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002
 
Peniaian formatif
Peniaian formatifPeniaian formatif
Peniaian formatif
 
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdfTopik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di SekolahIsu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
 
Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
 
Ulasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitraUlasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitra
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044
 

Penulisan ilmiah SME3023

  • 1. TREND AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES (SME3023) ISSUES ON ASSESSMENT NAMA NO.MATRIK DAYANG KHAIRUNNISA BT AWANG BATU D20091034996 MASLIAH BINTI MANCHING D20091035049 NAMA PENSYARAH: PROF.DR.MARZITA PUTEH 1
  • 2. ISI KANDUNGAN Perkara Muka surat 1.0 Pengenalan 1-2 2.0 Tujuan Pentaksiran 2-3 3.0 Isu Pentaksiran 3.1 Pentaksiran Berasaskan Peperiksaan 3.2 Bias Dalam Penilaian 3-9 3.3Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 4.0 Kesimpulan 10 5.0 Rujukan 11-12 6.0 Lampiran 13 2
  • 3. 1.0 Pengenalan Dalam Falsafah Pendidikan Negara, banyak penekanan dalam perkembangan secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu bagi membentuk modal insan yang baik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, sebagai pendidik haruslah sentiasa bersedia dalam pelbagai perkara untuk memastikan matlamat pendidikan ini berjaya. Pengujian, penilaian dan pentaksiran adalah di antara beberapa konsep yang penting dalam dunia pendidikan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah tersebut membawa maksud yang berbeza dan tujuan yang berbeza. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga perkara ini membantu untuk mencapai matlamat yang sama. Penaksiran atau pentaksiran berasal daripada perkataan Greek ”Assidere” yang bermaksud “duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon dengan apa yang dimaksudkan. Dalam kata lain, pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Selain itu, mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Seterusnya, menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Selain itu, menurut National Council of Teaching Mathematics, 1995 pentaksiran membawa maksud “assessment is the process of gathering evidence about a student’s knowledge of, ability to use, and disposition toward mathematics and of making inferences from that evidence for a variety of purposes.” ( National Council of Teaching Mathematics, 1995) 3
  • 4. Secara kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar tersebut. 2.0 Tujuan dan prinsip pentaksiran Sebagai pendidik, kita hendaklah tahu kegunaan atau tujuan pentaksiran. Pentaksiran sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai pelbagai kesan kepada guru dan juga pelajar. Salah satu sebab wujudnya proses pentaksiran ini adalah untuk mengumpul maklumat. Maklumat yang dikumpul ialah dari segi tahap kefahaman pelajar dan mendapatkan maklum balas perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran sama ada positif atau negatif. Dari maklum balas yang diterima guru akan dapat tahu sejauh mana keberkesanan cara pengajaran mereka. Hasil daripada maklumat ini akan digunakan untuk memperbaiki kelemahan dari kedua-dua belah pihak pelajar dan juga guru. Dalam pentaksiran juga terdapat beberapa prinsip yang pelu dipatuhi iaitu: a) Kumpulan yang ditaksir iaitu golongan pelajar. b) Kumpulan yang menaksir iaitu para pentadbir termasuklah guru-guru. c) Instrumen seperti ujian bulanan, kuiz dan sebagainya. d) Skor. e) Respons. Menurut McMillan (2001) dalam Noraini Idris (2005), ciri-ciri pentaksiran pula meliputi perkara-perkara seperti berikut: 1. Pentaksiran ialah proses mengumpul data bagi tujuan membuat keputusan tentang individu atau kumpulan. 2. Ujian pula ialah sebahagian daripada pentaksiran. 3. Apabila pentaksiran dibuat ke atas pelajar, guru sebenarnya mengukur tahap kecekapan untuk menentukan sama ada tahap kecekapan yang perlu dikuasai pada satu-satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat dihasilkan. Pentaksiran bukan sahaja meliputi pembelajaran yang menggunakan kaedah tradisional seperti teknik kertas dan pensel. Malah ia sepatutnya digunakan untuk menilai secara holistik dari segala segi. Oleh itu, untuk melaksanakan pentaksiran yang berkesan adalah sangat sukar. 4
  • 5. Pelaksanaannya hendaklah secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis. 3.0 Isu Berkaitan Pentaksiran 3.1 Pentaksiran berasaskan peperiksaan Dari zaman selepas kemerdekaan lagi, sistem peperiksaan Malaysia sering berubah- ubah. Ini sejajar dengan perubahan zaman dalam membentuk modal insan yang bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, proses pengajaran dan pembelajaran masih lagi berasaskan peperiksaan. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada sistem pendidikan negara kita. Menurut Moore (2003) pentaksiran tradisional gagal kerana tidak mengambil kira tentang pencapaian secara holistik dan bagaimana pelajar berupaya bekerja secara berkumpulan. Antara ciri-ciri sistem peperiksaan yang sedia ada ialah terlalu berfokuskan kuantiti, berorientasikan mata pelajaran, pensijilan one-off dan juga di dominasi oleh pusat. Terdapat terlalu banyak kekurangan dalam sistem yang sedia ada. Pertama sekali, soalan berbentuk peperiksaan dilatih sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Peter Grootenboer (2004) (diambil daripada Zaleha Ismail & Arinah Zaidan (2010)), kaedah ini dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar. Menurut Zaleha Ismail & Arinah Zaidan (2010) pula sistem persekolahan zaman sekarang berasaskan peperiksaan di mana pembelajaran terlalu menumpukan kepada pengiraan dan penggunaan rumus manakala kaedah pembelajaran terbatas kepada latih tubi. Namun pengajaran seperti ini tidak dapat menggalakkan pelajar untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Seterusnya adalah kelemahan dari pihak guru sendiri yang hanya terburu-buru hendak menghabiskan silibus mata pelajaran dalam masa yang ditetapkan dan tidak menekankan perkaitan pembelajaran dengan kehidupan seharian. Selain itu, para guru juga hanya memberi penekanan pada keputusan seterusnya mengabaikan proses pembelajaran pelajar. Akibatnya keseronokan untuk belajar semakin pudar dan berkurangan malah asas pembelajaran turut hilang. Oleh kerana keputusan peperiksaan terlampau dititikberatkan, kebanyakan sekolah akan kurang memberi perhatian kepada pelajar yang berprestasi rendah. Golongan yang diabaikan ini akan menjadi semakin teruk, menyebabkan sebahagian besar mereka tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 5
  • 6. Selain itu, menurut Wang (2004), terdapat beberapa punca kelemahan pembelajaran berorientasikan peperiksaan yang dapat dikenalpasti. Antara punca kelemahan yang dikenalpasti adalah pelajar seolah-olah dibentuk melalui „mesin‟. Pelajar dilihat sebagai produk yang dibentuk melalui „mesin‟ iaitu pembelajaran yang mengandungi bahan-bahan yang ditetapkan (kurikulum). Pelajar seolah-olah dipaksa untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Pembelajaran yang berlaku dalam paksaan tidak akan membantu pelajar membentuk keyakinan diri. Selain itu, antara punca lain yang dikenalpasti ialah penekanan pembelajaran yang lebih tertumpu kepada buku sebagai bahan rujukan kedua selepas guru. Konsep abstrak yang selektif sangat ditekankan dalam pembelajaran. Penguasaan konsep adalah melalui latihan secara latih tubi. Pelajar hanya tertumpu kepada konsep yang ada dan terhad untuk mengatasi masalah tententu sahaja. Kaedah ini dilihat seolah-olah pembelajaran yang berlaku tidak disepadukan dengan dunia luar. Pembelajaran seperti tidak mempedulikan isu-isu semasa yang dipisahkan dengan pembelajaran. Ini menjarakkan lagi pembelajaran dengan dunia realiti. Keadaan pelajar akan menjadi lebih teruk lagi apabila mereka hanya menghafal untuk menghadapi peperiksaan dan akhirnya mereka tidak mampu unutuk menyelesaikan masalah kehidupan kerana kurang mahir dalam mengaplikasikan pembelajaran. Menurut Darshan and Ong (2003), “ The education system is so exam-oriented that is has forced many students into rote learning and memorizing to score well. This is said to have greatly reduced creativity and our ability to understand and analyse things.” Oleh itu, secara tidak langsung sistem pendidikan yang sedia ada telah membazirkan banyak sumber pendidikan yang tidak relevan dalam pembentukan pelajar yang sanggup dan mampu menghadapai cabaran globalisasi pada abad ini. 3. 2 Bias Dalam Penilaian Isu yang kedua ialah bias dalam penilaian. Terdapat beberapa perspektif yang menjelaskan tentang definisi bias dalam penilaian. Menurut Hambleton, Ronald dan Janne (1995), bias adalah kewujudan kriteria-kriteria tertentu dalam memberi kesan yang berbeza terhadap pencapaian individu dengan kebolehan yang sama dari kumpulan, etnik, jantina, budaya dan agama yang berbeza. Jika sesuatu item itu berfungsi berbeza kepada sesuatu 6
  • 7. kumpulan dengan yang lain, ia secara terangan adalah bias (Dorans dan Holland, 1993). Definisi bias menurut The American Heritage Dictionary pula adalah sebagai kecenderungan atau kecondongan yang menghalang penilaian yang adil. Berdasarkan ketiga-tiga perspektif tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa bias dalam penilaian adalah ketidakadilan yang wujud dalam sesuatu penilaian. Terdapat empat aspek yang dapat menjelaskan kewujudan bias dalam penilaian iaitu item soalan ujian, penilaian melalui pemerhatian, penilaian secara lisan dan penilaian melalui penulisan. Aspek yang pertama ialah bias dalam item soalan ujian. Menurut Zaubedah (2007) dalam kajiannya yang bertajuk mengesan dif dalam item peperiksaan mata pelajaran perdagangan sijil pelajaran malaysia (SPM) sukatan pelajaran tingkatan empat menyatakan bahawa, sesuatu item itu bias apabila seseorang individu yang sama tahap kebolehan, daripada kumpulan yang berbeza tidak mempunyai kebarangkalian yang sama untuk menjawab item tersebut dengan betul. Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan bagi mengesan item-item ujian yang bias atau tidak memihak kepada responden mengikut jantina, lokasi sekolah, agama, bangsa dan linguistik. Jantina dan lokasi sekolah merupakan dua faktor yang sering dikaitkan dengan kewujudan bias dalam item soalan. Item soalan akan menjadi bias mengikut jantina apabila item soalan yang dibina cenderung kepada satu jantina sahaja. Menurut Black (1998), pengujian yang menggunakan soalan yang berkaitan dengan permainan mekanikal lebih cenderung kepada pelajar lelaki manakala set yang menggunakan contoh dan situasi daripada anak patung atau kerja-kerja dapur lebih cenderung kepada pelajar perempuan. Beliau juga menyatakan bahawa pelajar perempuan secara umumnya tidak begitu pandai dalam soalan objektif berbanding soalan esei kerana mereka tidak suka meneka (guessing) apabila tidak boleh menjawab seperti yang di lakukan oleh pelajar lelaki. Kajian TIMSS-R (1998) pula menyatakan bahawa item-item matematik yang berbentuk ayat panjang dan memerlukan calon membaca dan memahami maksud (kecekapan verbal) lebih memihak kepada pelajar perempuan manakala item-item yang memerlukan keupayaan „visualization‟ lebih memihak kepada pelajar lelaki. Pelajar lelaki dan perempuan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam sesuatu subjek. Oleh itu, guru haruslah mengambil beberapa tindakan bagi mengelakkan bias berlaku dalam pembinaan item soalan ujian. Antaranya ialah guru haruslah mengimbangi bilangan topik dalam kertas soalan, seimbangkan bentuk soalan iaitu terdapat soalan objektif dan soalan subjektif dan seimbangkan corak soalan iaitu mengambil kira tentang sterotaip jantina pelajar. 7
  • 8. Faktor yang kedua ialah faktor lokasi sekolah. Item soalan akan menjadi bias mengikut lokasi sekolah apabila item soalan yang dibina cenderung kepada satu lokasi sekolah sahaja samaada sekolah luar bandar atau sekolah bandar. Menurut Zaubedah (2007) dalam kajiannya yang bertajuk mengesan dif dalam item peperiksaan mata pelajaran perdagangan sijil pelajaran malaysia (SPM) sukatan pelajaran tingkatan empat, terdapat beberapa item ujian beraneka pilihan yang bias kepada pelajar luar bandar dan tidak terdapat item yang bias kepada pelajar bandar seperti topik promosi, komunikasi, bank dan pergudangan. Item tersebut bias kepada pelajar luar bandar mungkin disebabkab oleh faktor item tersebut memerlukan pembacaan yang luas, tidak termasuk dalam pengalaman hidup dan memerlukan daya pemikiran yang tinggi. Apabila guru menghadapi situasi sebegini, guru mata pelajaran seharusnya memberi penekanan yang lebih kepada topik-topik yang tekandung item yang bais. Hal ini kerana topik-topik tersebut memang telah terkandung dalam sukatan pelajaran dan guru tidak boleh mengabaikan topik tersebut. Aspek yang kedua ialah bias dalam penilaian melalui pemerhatian. Penilaian melalui pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu, bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Tujuan penilaian ini adalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasuk proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut. Ianya merupakan satu alat penaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotor pelajar. Perkara yang dinilai melalui pemerhatian adalah hasil kerja, tingkah laku, komunikasi dan interaksi pelajar. Bias berlaku semasa penilaian melalui pemerhatian mungkin disebabkan oleh persepsi guru terhadap pelajar dan guru hanya menilai secara mata kasar. Persepsi guru akan mempengaruhi cara penilaian atau pemarkahan dan mata kasar guru hanyalah pandangan luaran sahaja yang tidak dapat membuktikan atau menyatakan keadaan sebenar pelajar. Aspek yang seterusnya ialah bias dalam penilaian secara lisan. Penilaian secara lisan adalah satu proses untuk mengumpul maklumat semasa interaksi antara murid dengan guru, murid dengan murid atau murid dengan bahan pengajaran. Tujuannya adalah untuk mengesan penguasaan pengetahuan, pemahaman hasil pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara serta merta. Perkara yang dapat dinilai secara lisan ialah kefahaman konsep, kecekapan mendengar, keyakinan, tahap pemikiran, pengetahuan fakta, kecekapan mengcongak dan penggunaan bahasa yang tepat. Bias dalam penilaian secara lisan berlaku di pengaruhi oleh persepsi guru terhadap pelajar, kesukaran pelajar berbahasa dan ketakutan pelajar terhadap guru. Kesukaran pelajar berbahasa akan menyebabkan guru memberi tanggapan bahawa pelajar tersebut tidak 8
  • 9. mencapai tahap pemahaman yang baik dalam sesuatu subjek. Terdapat sesetengah pelajar yang sukar untuk menyatakan secara lisan disebabkan oleh kelemahan dalam berbahasa. Tetapi kelemahan mereka berbahasa tidak membawa maksud bahawa mereka langsung tidak memahami apa yang telah di ajar oleh guru. Selain itu, ketakutan pelajar terhadap guru juga akan menjadi salah satu penghalang kepada pelajar untuk memberi pendapat atau jawapan mereka. Aspek yang terakhir ialah bias dalam penilaian melalui penulisan. Penilaian melalui penulisan adalah satu proses yang melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan. Penilaian ini dianggap sebagai satu medium yang boleh dipercayai dalam menilai pelajar kerana mempunyai hasil atau produk yang dapat di lihat oleh guru. Perkara yang dapat di nilai secara penulisan bergantung kepada tugasan yang diberi, tetapi secara umumnya terdapat beberapa perkara yang dapat di nilai seperti kronologi penulisan, kreativiti penulisan, susuna ayat atau penggunaan bahasa, kaedah atau formula yang digunakan serta kekemasan. Persepsi guru terhadap pelajar akan menyebabkan penilaian ini menjadi bias kerana cara pemarkahan guru dipengaruhi oleh pandangan guru terhadap pelajar. Bias akan dapat menyebabkan penilaian yang kurang baik atau tidak berkualiti terhadap pelajar. Apabila tahap bias terlalu tinggi dalam diri seorang guru, ia akan menyumbang kepada faktor ketidakadilan dalam penilaian yang mungkin akan menjejaskan prestasi pelajar. Bagi mengurangkan bias dalam penilaian, guru haruslah mengambil beberapa langkah atau inisiatif untuk mengurangkan bias dalam penilaian. Terdapat beberapa cadangan yang dapat guru laksanakan bagi mengurangkan bias dalam penilaian iaitu guru perlu bijak dan teliti dalam memilih item soalan ujian, gunakan borang penilaian yang standard, buat penilaian berulang kali dan kurangkan sifat bias dalam diri. 3.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Isu yang ketiga ialah pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS akan mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Selain itu, PBS akan dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksiran dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam P&P mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaaan. Antara komponen PBS adalah pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum dan 9
  • 10. pentaksiran psikometrik. PBS terbahagi kepada dua bentuk format pentaksiran iaitu kerja kursus (PEKA) dan pentaksiran lisan berasaskan sekolah (PLBS). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang terbaru ini adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning. PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan. Walaupun PBS merupakan salah satu langkah untuk menambahbaik sistem penaksiran supaya bersifat lebih adil, tetapi terdapat juga isu yang timbul mengenai pelaksanaan PBS. Terdapat dua isu dalam pelaksanaan PBS iaitu kepimpinan guru besar atau pengetua dan guru akademik. Guru besar atau pengetua merupakan ketua dalam pelaksaan PBS di sekolah yang bertanggungjawab untuk memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Oleh itu, guru besar haruslah memahami prosedur pelaksanaan PBS dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pentaksiran. Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir guru besar atau pengetua yang kurang faham mengenai prosedur pelaksanan. Selan itu, ada juga segelintir guru besar yang kurang mengetahui ilmu dalam bidang pentaksiran termasuklah prinsip asas dalam pentaksiran pendidikan, pengendalian, penentuan standard dan penggunaan hasil pentaksiran. Isu yang seterusnya ialah guru akademik. Guru akademik merupakan individu yang penting dalam menjalankan PBS kerana merekalah yang akan menjalankan atau mengendalikan PBS. Terdapat empat pula isu yang timbul mengenai guru ekademik sebagai pelaksana PBS iaitu guru kurang pemahaman tentang pelaksanaan dan konsep PBS, guru mengajar tidak mengikut opsyen yang sebenar, guru yang tidak terlatih dan persepsi guru terhadap PBS. 10
  • 11. Guru yang kurang pemahaman tentang pelaksanaan dan konsep PBS akan menyukarkan mereka untuk merancang strategi bagi menjalankan PBS. Selain itu, isu guru pelaksana PBS mengajar tidak mengikut opsyen sebenar dan guru tidak terlatih merupakan isu yang sering di persoalkan kerana kompetensi guru sebagai pembimbing dan pemudahcara dalam melaksanakan pentaksiran di dalam bilik darjah yang kurang profesional. Hal ini demikian kerana mereka kurang mahir dalam subjek yang bukan opsyen dan keadaan ini akan menghasilkan penaksiran yang tidak berkualiti. Seterusnya adalah isu persepsi guru terhadap PBS. Terdapat segelintir guru yang menganggap PBS sebagai beban kepada mereka. Persepsi guru ini disokong oleh Gan (2000) yang menyatakan bahawa kebanyakan guru merasakan perubahan pendidikan telah meningkatkan beban kerja mereka. Guru bukan sahaja perlu mengajar tetapi juga melakukan kerja-kerja pentadbiran dan kokurikulum. Guru juga perlu mentaksir dan mengajar dalam masa yang sama. Tan (2010) juga menyatakan perkara yang sama bahawa PBS menambah beban tugas guru di sekolah yang memang telah dibebani dengan tugas-tugas pentadbiran dan kokurikulum. Ini menyebabkan guru melaksanakan pentaksiran sebagai satu produk dan bukan sebagai satu proses. 11
  • 12. 4.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, terdapat tiga isu pentaksiran yang telah dikupas iaitu isu pentaksiran berorentasikan sekolah, bias dalam penilaian dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Berdasarkan ketiga-tiga isu tersebut dapatlah disimpulkan bahawa pentaksiran adalah satu proses yang penting dalam dunia pendidikan amnya. Dengan adanya penaksiran, pihak sekolah dan ibu bapa dapat melihat tahap kebolehan, kekuatan dan kelemahan para pelajar. Penaksiran yang dilaksanakan haruslah merangkumi aspek akademik dan bukan akademik bagi menghasilkan suatu penaksiran yang holistik. Bagi menghasilkan penaksiran yang baik , pihak yang terlibat mestilah mengikut prosedur pelaksanaan penaksiran yang betul dan mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bidang penaksiran dan kandungan subjek yang diajar. Guru haruslah teliti dalam menjalankan penaksiran terhadap pelajar bagi memastikan tiada pelajar yang akan tercicir dalam pembelajaran. Penaksiran yang berkualiti akan dapat menyumbangkan kepada pembentukan pelajar yang berkualiti dan berkemahiran dari semua aspek. 12
  • 13. 5.0 Rujukan Noraini Idris (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Penerbit Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Arsaythamby Veloo (2006). Bias Ujian Aneka Pilihan Matematik KBSM Berdasarkan Perbezaan Individu Dan Orientasi Pembelajran Matematik. Tesis Doktor Falsafah (Ph.D.), Sintok : Universiti Utara Malaysia. Daliyani (2011). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Dalam Matematik Di Peringkat Sekolah Menengah. Tesis Sarjana Muda, Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Zaubedah (2007). Mengesan Dif Dalam Item Peperiksaan Mata Pelajaran Perdagangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sukatan Pelajaran Tingkatan Empat. Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia. Modul Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (m.s. 2-5). Diperoleh pada April 20, 2012. Anna peacocks (2010, April 26). Disadvantage Of An Examination Oriented Education System. Diperoleh pada April 8, 2012 daripada http://ezinearticles.com/?Disadvantages-of-an-Examination-Oriented- EducationSystem&id=4178597 Jamil Adimin (2008). Peperiksaan Vs Pentaksiran. Diperoleh pada April 9, 2012 daripada http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPendidikan&s ec= erspektif&pg=ps_01.htm Mohd Faizan dan Muhammad Rafiq (2009). Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Diperoleh pada April 10, 2012 daripada http://www.slideshare.net/ayujqaf09/ilmu-pendidikan Pandangan Kami Terhadap Cadangan Pemansuhan UPSR dan PMR (2010, Sept 11). Diperoleh pada April 8, 2012 daripada http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=11079 13
  • 14. Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Diperoleh pada April 10, 2012 daripada http://www.moe.gov.my/index.php?id=17&act=faq&rid=147 Rosnani , Farhan Nashrah, Kunasundari A/P Nalasamy & Nurul Rozaida (2012). Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik : Penilaian. Diperoleh pada April 11, 2012 daripada http://www.slideshare.net/daripenacikgu/penilaian-group-8/ Zulkiply Yaakob (2010). Penilaian Rekod Perkembangan Murid. Diperoleh pada April 11, 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/33387875/modul-penilaian 14