Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Kbk 3073 adhd
1. KBK3073
2013
PEMARKAHAN
TUGASAN 1
TUGASAN 2
JUMLAH
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013
KBK 3073 : MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
TAJUK ESEI ILMIAH
Tugasan 1
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
LEE CHOUI YEE
NO. MATRIK
D 20112054448
PUSAT PEMBELAJARAN:
NO. TELEFON
016-5403127
EL- A13
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MARZAIDA BINTI
BADARUDDIN
TARIKH SERAH:
28-4-2013
1
2. KBK3073
Isi Kandungan
m.s
1.0 Pengenalan
2
1.1 Definisi ADHD
3
2.0 Ciri-ciri Tingkah Laku ADHD
2.2 Gejala-gejala ADHD
2.3 Ciri-ciri Lain
3.0
7
PUNCA ADHD
3.1 Faktor Keturunan
3.2 Perbezaan Fungsi Otak
3.3 Faktor Biokimia
3.4 Persekitaran
3.5 Kecederaan Otak
3.6 Merokok
3.7 Keracunan Timah Hitam (Timbal)
3.8 Dimensi Sosial
4.0 Bagaimana Mengenalpasti ADHD
10
5.0 Interventsi Awal Untuk Kanak-kanak ADHD
11
6.0 Model Teoritikal Dalam Pendidkan Khas
13
6.1 Model Sosial
6.2 Model Perubatan
8.0 PENUTUP
19
9.0 RUJUKAN
20
2
2013
3. KBK3073
2013
1. Pengenalan:
ADHD adalah singkatan kepada Attention Deficit Hyperactivity Disorder ataupun
kecelaruan hiperaktif dan kurang upaya tumpuan. ADHD juga merupakan istilah
perubatan yang digunakan kepada kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah
dari segi tingkah laku dan kognitif dalam aspek kehidupan mereka seperti dalam keluarga
dan hubungan sosial. Dikatakan lebih kurang 1 hinnga 25 orang kanak-kanak
mengalamai ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang
kanak-kanak di setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak
lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan.
Dr Heinrich Hoffman merupakan orang yang menggambarkan ADHD pada tahun
1845. Dr Hoffman, seorang doktor yang menulis buku mengenai perubatan dan psikiatri
telah menulis sebuah buku puisi, lengkap dengan ilustrasi, tentang kanak-kanak dan ciriciri mereka. "Kisah resah Philip" adalah penerangan tepat mengenai seorang budak lelaki
yang mempunyai perhatian defisit gangguan hiperaktif. Di Malaysia, terdapat satu kajian
yang melibatkan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 15 tahun di mana menunjukkan
seramai 4.3% kanak-kanak mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakannya adalah kanakkanak lelaki, tetapi, puncanya tidak dapat dikenalpasti walaupun faktor genetik dan
ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbangkan terjadinya
masalah . Justeru, kajian saintifik mengenai gangguan telah dijalankan dan memberi
maklumat mengenai alam semula jadi, sebab-sebab, kecacatan, dan rawatan ADHD.
1.1 Definisi ADHD
Berdasarkann Kamus Dewan edisi keempat, (2010), hiperaktif didefinisikan sebagai
sifat kanak-kanak yang terlampau cergas pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak
tersebut sukar dikawal. Dr Seto Mulyadi memberikan maksud hiperaktif sebagai suatu pola
perilaku yang menetap pada seorang anak. Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007 dalam rencananya
juga mengatakan bahawa perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat
memberi tumpuan dan bertidak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif.
Menurut Kasmini Kassim (1992), sindrom hiperaktif digunakan untuk menerangkan
tingkah laku kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, kurang tumpuan perhatian,
terlalu lasak, impulsif, resah, suka merosakkan harta benda dan kemudahalihan perhatian.
3
4. KBK3073
2013
Seterusnya, merujuk kepada Wintraub (1997) dalam Natural Treatments for
ADD and Hyperactivity, bunyi, imej , warna dan pergerakan semuanya
berterusan
bergerak dan berterusan mengganggu. Pemikiran merawang dan mengenbara kerana
rangsangan yang ada.
Mereka sukar mengawal diri dan menumpukan perhatian dan
menyelesaikan segala masalah serta tugasan, malah tidak menghiraukan sesiapa yang
bercakap dengannya.
Selain itu, Azizi Yahaya et.al( 2006) berpendapat bahawa gangguan hiperaktif
dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk suatu kecelaruan
perkembangan
yang
berlaku ketika zaman kanak-kanak mempunyai cirri-ciri seperti kurang tumpuan ,keadaan
hiperaktif-impulsif yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa
diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal.
2.0 Ciri-ciri Tingkah Laku ADHD
Menurut William Cruickshank (1986), ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi
kepada dua jenis iaitu:
a) Sensory Hyperactive (pancaindera)
Kanak-kanak hiperaktif lemah dan gagal memberi tumpuan dan mudah hilang tumpuan
dalam proses pembelajaran. Mereka hanya memberi tumpuan perhatian dengan melihat
dan mendengar berulang kali
dalam kelas.
Biasanya mereka tidak boleh membuat
gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan atau perhubungan seperti tidak
membezakan bas dan lori.
Mereka juga lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang seperti segi saiz dan
jarak.
b) Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus)
Tingkahlaku kanak-kanak aktif dan melampau seperti bersikap agresif sehingga
menyebabkan pergaduhan. Apabila mereka mendapat sesuatu, mereka memainpulasikan
bahan atau apa saja yang dipegang.
Ibu bapa dan guru-guru haruslah mengetahui ciri-ciri intelektual kanak-kanak
hiperaktif seperti mudah terganggu, tidak boleh tumpu perhatian terhadap sesuatu
perkara, tidak boleh menyiapkan tugasan dan menghasilkan kerja yang tidak berkualiti
4
5. KBK3073
2013
atau suka buat aktiviti tetapi tak siap. Tambahan pula , perkembangan bahasa mereka
lambat.
Dari segi ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak hiperaktif dianggap suka memberontak,
bertindak sebelum berfikir, memerlukan kepuasan dengan segera, tidak boleh menunggu
giliran, suka menggangu kawan, suka mencuri dan sentiasa bermasalah. Mereka juga selalu
merosakkan harta benda orang, selalu bergaduh dengan rakan. Kadang-kala, mereka akan
mencederakan diri dan orang lain. Mereka juga suka membuat bising, perlakuan secara tibatiba degil dan sukar dikawal. Kanak-kanak ini lemah merancang, perlukan perhatian yang
lebih, tidak suka dengar nasihat dan tidak tahun mempertahankan diri. Mereka selalau tukar
aktiviti, tidak suka dibelai, suka menjerit dan sensitive terhadap bau-bauan serta suka
bermain tanpa mengira bahaya.
Seterusnya, ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak ADHD mudah
teransang, lasak atau tidak mendengar kata.
Akhirnya, menurut buku “Anak Hiperaktif” (Zafiera, Ferdinand., 2007.Jogjakarta :
Katahati) Ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif atau ADHD adalah tidak memokuskan sesuatu
perkara. Ini dapat dijelaskan bahawa kanak-kanak dengan gangguan ADHD tidak
menumpukan perhatian lebih dari lima meter. Mereka tidak memiliki fokus yang jelas
dan melakukan sesuatu tanpa tujuan. Mereka tidak mampu melakukan hubungan sosial
yang baik. Keduanya, mereka sulit untuk dikendalikan kerana mereka memang selalu
bergerak, nakal dan keinginannya harus segera dipenuhi. Mereka tidak boleh diam dalam
waktu lama dan mudah teralih. Ketiga, mereka bersikap impulsif dengan melakukan
sesuatu secara tiba-tiba tanpa difikir dahulu. Mereka selalu ingin memegang apapun yang
ada di depannya. Gangguan perilaku ini biasanya terjadi pada usia prasekolah ataupun
sebelum mereka berusia 7 tahun. Keempat. suka menentang. Biaasanya mereka memiliki
sikap penentang dan tidak mahu mendengar nasihat. Keempat, kanak-kanak bersikap
destruktif umpamanya suka merosakkan alat mainan yang dimainkan dan menghancurkan
apa-apa yang tidak disukai.Kelimanya, kanak-kanak tidak kenal lelah dan ketujuh tidak
sabar, contohnya semasa mereka bermain taidak mahu menunggu giliran, tetapi langsung
merebut. Akhirnya intelektual rendah disebabkan psikologi mentalnya terganggu
sehingga ia tidak biasa menunjukkan kemampuan kreatifnya.
5
6. KBK3073
2013
2.2 Gejala-gejala ADHD
Gejala-gejala ADHD terdiri daripada tiga gejala iaitu inatesi(kekurangan tumpuan
perhatian), Impulsif ( mengikut dorongan hati) dan hiperaktif (berlaku terlalu aktif).
Kanak-kanak ADHD kebanyakannya dari kumpulan inatesi dan selebihnya
mungkin mempunyai kombinasi jenis. Mereka yang tergolong dalam inatesi ini lazimnya
kurang mengganggu dan lebih cenderung untuk tidak didiagnos dengan ADHD.
Gejala pertama, Kekurangan tumpuan perhatian (inatesi) ialah kanak-kanak gagal
untuk memberikan perhatian teliti kepada butir-butir atau cuai dalam kerja sekolah.
Mereka mempunyai kesukaran untuk memberi perhatian semasa belajar atau bermain dan
sukar untuk memberi perhatian atau mendengar apabila bercakap secara langsung. Maka,
mereka tidak mengikuti arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja-kerja atau
tugas di tempat kerja. Mereka juga mempunyai kesukaran mengatur tugas dan aktiviti
serta mengelak atau tidak suka tugas yang memerlukan penggunaan mental secara
berterusan seperti kerja sekolah. Secara umumnya. Mereka sering kehilangan mainan,
tugasan, pensil, buku, atau alat-alat yang diperlukan untuk kerja-kerja atau aktiviti.
Emosinya mudah terganggu dan bersikap pelupa dalam aktiviti harian.
Gejala keduanya ialah impulsive iaitu memberi jawapan sebelum jawapan soalan
selesai ditanya. Mereka mengalami kesukaran menunggu giliran dan suka menyampuk
atau mengganggu orang lain.
Mereka bersikap degil, suka membantah dan suka
melanggar peraturan terutamnya di sekolah. Tambahan pula, mereka mudah leka dan
tidak memberi tumpuan terhadap sesuatu hal, sering kali merasa tidak puas hati dan
sering tertekan. Selain itu, mereka menghadapi masalah dalam pelajaran dan hubungan
sosial, cepat takut dan risau dan suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau
cirit-birit.
Gejala ketiga ialah hiperaktif seperti selalu bermain-main dengan tangan atau kaki
dan meninggalkan tempat duduk sebelum waktunya. Mereka berjalan atau memanjat
dalam situasi yang tidak sesuai dan kesukaran bermain secara senyap-senyap. Mereka
sentiasa bergerak dan bertindak seolah-olah “dipacu oleh motor” dan bercakap
berlebihan.
6
7. KBK3073
2013
2.3 Ciri-ciri Lain
Ciri-ciri yang biasa ADHD adalah tidak memberi tumpuan, hiperaktif, dan
impulsif. Gejala-gejala ini muncul awal dalam kehidupan kanak-kanak. Ramai kanakkanak yang normal boleh mempunyai gejala-gejala ini, tetapi pada tahap yang rendah,
atau gejala mungkin disebabkan oleh gangguan lain, ia adalah penting bahawa kanak kanak menerima pemeriksaan teliti dan diagnosis yang sesuai oleh profesional yang
berkelayakan. Seorang kanak-kanak yang "tidak boleh duduk diam" atau selainnya
mengganggu akan menjadi ketara di sekolah, tetapi perenung lengah boleh diabaikan.
Kanak-kanak impulsif yang bertindak sebelum berfikir boleh dianggap hanya "masalah
disiplin," manakala kanak-kanak yang pasif atau lembap boleh dilihat sebagai sematamata malas. Namun kedua-duanya mungkin mempunyai jenis ADHD. Semua kanakkanak kadang-kadang resah, kadang-kadang bertindak tanpa berfikir, kadang-kadang
berkhayal masa jauh. Apabila kanak-kanak hiperaktif, terganggu, penumpuan miskin,
atau impulsif mula menjejaskan prestasi di sekolah, hubungan sosial dengan kanak-kanak
lain, atau tingkah laku di rumah, ADHD boleh disyaki. Tetapi kerana gejala berbeza
begitu banyak di seluruh tetapan, ADHD tidak mudah untuk mendiagnosis. Ini adalah
benar terutama apabila kecuaian adalah gejala utama.
Walau bagaimanapun, kesemua ciri-ciri ADHD ini dapat dikesan sebelum kanakkanak berumur 7 tahun lagi. Bagi memastikan kanak-kanak tersebut mengalami masalah ini,
ciri-ciri ini mestilah melebihi tempoh 6 bulan. Mereka tidak mempunyai masalah kesihatan
atau tumbesaran. Kebiasaanya, ADHD wujud bersama dengan Gejala Tentangan dan
Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) iaitu kanak-kanak ini berkelakuan degil, keras
kepala dan pemarah dan bersikap pembangkang. Mereka mempunyai masalah harga diri
kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan-rakan. Masalah pembelajaran biasa terjejas
disebabkan
kanak-kanak
tidak
dapat
memberi
tumpuan.
Menurut versi paling terkini Manual Diagnostik dan Statistik Disorders2 Mental
(DSM-IV-TR), terdapat tiga corak tingkah laku yang menunjukkan ADHD. Kanak-kanak
dengan ADHD mungkin menunjukkan beberapa tanda-tanda yang konsisten lengah.
Mereka mungkin mempunyai corak yang hiperaktif dan impulsif jauh lebih daripada
orang lain umur mereka. Mereka mungkin menunjukkan ketiga-tiga jenis tingkah laku.
Ini bermakna bahawa terdapat tiga sub-ADHD diiktiraf oleh golongan profesional. Ini
7
8. KBK3073
2013
adalah jenis yang kebanyakannya hiperaktif-impulsif (yang tidak menunjukkan
pengabaian yang ketara); jenis kebanyakannya lengah (yang tidak menunjukkan
signifikan tingkah laku hiperaktif-impulsif) kadang-kadang dipanggil ADD-istilah lapuk
bagi seluruh masalah ini; dan jenis gabungan.
Seterusnya, anak-kanak-kanak ADHD
juga mempunyai Intelektual yang lebih rendah. Kemungkinan, secara psikologi
mentalnya sudah terganggu sehingga ia tidak biasa menunjukkan kemampuan kreatifnya.
3.0
Punca-punca atau Penyebab ADHD
ADHD adalah gangguan tingkah laku yang paling sering didiagnosis kanak-kanak.
Ia memberi kesan kepada kira-kira 3 – 5% daripada kanak-kanak sekolah. ADHD
didiagnosis jauh lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak
perempuan.
ADHD mungkin disebabkan oleh masalah keturunan, tetapi punca yang lebih jelas masih
belum dapat ditentukan. Gejala ini lazimnnya terbentuk di fasa awal kehidupan ketika
otak/minda sedang pesat berkembang. Kajian pengimejan menunjukkan bahawa otak
kanak-kanak ADHD adalah berbeza daripada kanak-kanak lain.
Seterusnya, setiap kanak-kanak yang disyaki mempunyai ADHD perlu diperiksa
dengan teliti oleh doktor untuk memastikan sebab sebenar mereka berkelakuan begitu
dengan merujuk masalah kemurungan, kurang tidur, kurang upaya pembelajaran yang
dihadapi.
3.1 Faktor Keturunan
Menurut kajian oleh Friend (2006), menunjukkan bahawa sifat dan ciri ibu bapa, adik beradik atau ahli keluarga yang rapat mempengaruhi kecacatan.
Kanak-kanak yang
mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda lebih
berpotensi menjadi ADHD berbanding mereka tidak mempunyai sejarah ADHD. Menurut
Baekley (1998), 80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca daripada keturuanan.
Ini bermaksud seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak lelaki mereka.
Oleh itu, keadaan ini telah menjadikan kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami
hiperaktif sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan (Zuhayati yazid,
2009).
8
9. KBK3073
2013
Di samping itu, menurut Mohd Sharani Ahmad (2009), kecacatan pada kanak-kanak
berlaku akibat baka iaitu daripada hubungan seksual suami dan isteri. Ketidakseimbangan
kromosom yang pertama iaitu autosomal dominal di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh
anak.
3.2 Perbezaan Fungsi Otak
Menurut Sandra (2005) ADHD berlaku disebabkan kekurangan aktiviti dan tahap
metabolisma yang rendah di bahagian otak tertentu. Ahli sains mendapati tiga bahagian
otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia, dan serebelum kerap berfungsi secara
berbeza-beza pada individu dengan ADHD berbanding individu lain. Menurut Friend
(2006), menyatakan bahawa kekurangan elektrik aktiviti dan kekurangan tindak balas kepada
stimulasi di bahagian otak khusus bagi ADHD.
3.3 Faktor Biokimia
Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neutransmitter yang memancarkan
malmukat daripada tiga bahagian di atas kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan
dan diserap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD.
3.4 Faktor biologi
Faktor biologi terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat prenatal, perinatal dan
postnatal.
Kanak-kanak ADHD dihasilkan dari peringat prenatal bererti persekitaran sebelum lahir
meliputi emosi ibu yang berkaitan dengan stress seperti kemiskinan, masalah keluarga,
beban kerja dan sebagainya akan mendorong ibu mengeluarkan hormon kortisone yang
mengalir ke saluran darah kesannya janin tidak mencukupi oksigen yang cukup. Maka,
hasilnya kategori ADHD yang kuat menangis dan sangat aktif.
Pada peringkat prenatal, amalan ibu merokok dan pengambilan alkohol juga
menyebabkan kanak-kanak ADHD seperti tidak mendapat menumpukan perhatian dan
prestasi rendah di sekolah. Berdasarkan beberapa penelitian menunjukkan anak yang
mengidap ADHD berhubungan erat dengan ibu yang merokok semasa kehamilan, diduga
nikotin di asap rokok dapat mengakibatkan kekurangan oksigen pada janin yang dan
akhirnya dapat membuat bayi kekurangan oksigen ke otak dan menimbulkan kerosakan.
9
10. KBK3073
2013
3.5 Persekitaran
Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa punca persekitaran seperti kemiskinan,
permasalahan keluarga, trauma, pendedahan dengan komuniti dan masyarakat yang
kurang berdisiplin merupakan punca utama terjadinya ADHD. Punca persekitaran pula
dilihat sebagai penyumbang kepada tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanakkanak.
3.6 Psikologi
Punca psikologi juga merupakan penyumbang kepada permasalahan yang timbul
khususnya latar belakang ibu bapa dan persekitaran tempat kanak-kanak membesar turut
mempengaruhi perkembangab emosi dan sosial. Kanak-kanak yang kurang mendapat
kasih-sayang daripada ibu bapanya kebiasaanya akan bertindak aktif untuk menarik
perhatian ibu bapanya. Justeru, ibu bapa haruslah menambah pengetahuan tentang
ADHD.
3.7 Zat Makanan dan Timah
Beberapa zat makanan seperti bahan pengawet dan pewarna tiruan boleh menyebabkan
pembentukan perilaku ADHD. Kadar timah(lead) dalam serum darah anak yang
meningkat ketika hamil juga dapat melahiran anak ADHD.
4.0 Bagaimana Mengenalpasti ADHD
ADD & ADHD tidak dapat dikenal pasti secara biologi tetapi boleh menggunakan alat
penilaian untuk pengenalpastian. Berikut adalah kaedah mengenalpasti kanak-kanak
khas.Ibu bapa harus berhati-hati untuk tidak melabelkan kanak-kanak normal tetapi sangat
aktif dan riuh sebagai hiperaktif. Lihat dan teliti terlebih dahulu pada ciri khusus kanakkanak
hiperaktif.
Peringkat kanak-kanak adalah biasa jika mereka terlampau aktif, suka bermain dan
mengalami pencapaian pelajaran sedikit merosot adalah normal. Ia bergantung pada umur
dan
peringkat
perkembangan
kanak-kanak.
Secara umumnya, hiperaktif dikategorikan kepada tiga tahap iaitu kekurangan tumpuan,
mengikut
dorongan
hati
dan
10
berkelakuan
aktif.
11. KBK3073
2013
Daripada kajian , didapati bahawa kanak-kanak ADHD
•
Biasanya turut mengalami gangguan lain.
•
26% mengalami MP yang lain (lewat perkembangan,autistic)
•
43% mengalami masalah mental dan gangguan emosi.
•
20-40% gangguan anti sosial yang serius
•
29-30%-disleksia
•
Kini populasi kanak-kanak ADHD & ADD dianggarkan melebihi 7 juta orang
diseluruh dunia
5.0 Interventsi Awal Untuk Kanak-kanak ADHD
Intervensi awal merupakan satu program berstruktur yang sangat kritikal dalam
membantu
mempertingkatkan
pertumbuhan
dan
perkembangan
kanak-kanak
berkeperluan khas seawal umur kelahiran sehingga umur persekolahan. Ia dijalankan
dengan berkesan melalui pasukan pelbagai disiplin serta turut menyokong kepada
keluarga kanak-kanak berkaitan.
Perkhidmatan intervensi awal dijalankan melalui fokus berikut:
memembantu kanak-kanak membesar menjadi individu yang produktif dan mampu berdikari
memempertingkatkan perkembangan serta pendidikan kanak-kanak
memenjimatkan kos pendidikan, keperluan, rehabilitasi dan kesihatan
memengurangkan perasaan keseorangan yang mungkin boleh menimbulkan tekanan dan
kekecewaan khususnya di dikalangan ahli keluarga.
Intervensi awal juga ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan
sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam
perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan
menghalang pembelajaran. Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan
adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas
dalam lima bidang perkembangan, iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi,
sosial dan emosi dan adaptasi (Sandler, Brazdziunas, Cooley & De Pijem 2001) melalui
pelbagai terapi atau perkhidmatan, seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan
dan khidmat sokongan untuk keluarga (Addison 2003).
Menurut Majnemer (1998), intervensi awal boleh mengurangkan kesan kelambatan
11
12. KBK3073
2013
perkembangan yang dialami, malah boleh mengelakkannya daripada menjadi semakin
serius. Selain itu, intervensi awal juga boleh memaksimumkan potensi kanak -kanak
berkeperluan khas dan mengurangkan bebanan masyarakat. Addison (2003) merumuskan
beberapa pengaruh positif intervensi awal ke atas kanak-kanak berkeperluan khas.
Antaranya termasuklah kemajuan kanak-kanak dalam pelbagai perkembangan pada tahap
tertentu, mengelakkan atau mengurangkan masalah susulan, mengurangkan tekanan
keluarga dan keperluan pendidikan khas bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Guralnick
(1997) berpendapat bahawa intervensi awal ialah satu sistem yang dibentuk untuk
menyokong bentuk interaksi keluarga supaya perkembangan kanak-kanak tidak
terganggu.
Wolfendale (1997) mengemukakan empat tujuan utama intervensi awal. Pertama,
intervensi awal bertujuan untuk membekalkan sokongan kepada keluarga supaya
berupaya menyokong perkembangan kanak-kanak. Kedua, intervensi awal adalah untuk
meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan
mobiliti. Ketiga adalah untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak, dan keempat adalah
untuk mengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan. Oleh itu, tidak dapat
dinafikan bahawa intervensi awal memainkan peranan yang sangat penting dalam
kalangan kanak-kanak berkeperluan khas, termasuklah kanak-kanak bermasalah
pembelajaran.
Intervensi awal juga bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya
kepada pembelajaran dan untuk mengelakkan menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak
memasuki sekolah rendah. Selain itu, pusat ini juga memberi perkhidmatan awal bagi
rawatan, pemulihan, bimbingan, khidmat nasihat, gabungan pendidikan, penjagaan diri,
interaksi sosial, perkembangan kemahiran motor dan sebagainya kepada kanak-kanak dan
juga keluarga sebaik sahaja sesuatu kecacatan dapat dikesan. Menurut Hanson & Lynch
(1989), intervensi awal diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas sejak lahir
hingga berusia 6 tahun adalah penting. Ia terdiri daripada gabungan usaha pendidikan,
pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan kendiri, interaksi sosial dan
sokongan keluarga.
12
13. KBK3073
2013
6.0 Model Sosial dan Model Perubatan Dalam Pendidkan Khas
Terdapat dua model utama dlam pengendalian murid berkeperluan khas iaitu Model
Sosial dan Model Perubatan. Kanak - kanak khas perlu menjalani ujian diagnosis secara
komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi pendidikan khas ke atas mereka.
Ujian diagnosis ini perlu bagi memahami keadaan biologikal serta fizikal mereka.
Dengan itu kita boleh melihat tahap keupayaan mereka .
6.1 Model Sosial
Model Sosial Perihal Kecacatan penting untuk menggalakkan perubahan . Model ini
menganggap kecacatan bukan masalah individu. Individu keperluan khas tidak dapat
bersaing pada tahap
yang sama sebab terlalu banyak
perlu menyedari bahawa
halangan dan kekangan. Mereka
“masyarakat”, melalui kerajaan serta
agensinya),
bertanggungjawab menghapuskan halangan-halangan tersebut. Mereka mempunyai hakhak yang sama seperti rakyat lain.
Model pendidikan khas berasaskan perubatan dan pendidikan adalah saling berkait. Bagi
menjayakan model ini, prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak seperti i bu
bapa, sekolah dan masyarakata dalam program pendidiakn khas amat diutamakan .
Kolaborasi merupakan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak untuk mencapai
sesuatu matlamat. Bagi menyelesaikan masalah dalam pendidkan khas, pelbagai pihak
yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu akan bergabung tenaga. Pihak-pihak
ini berperanan untuk mengenal pasti masalah murid , merancang program pendidikan dan
menilai perkembangan murid,
Hal ini bertujuan untuk memastikan keberkesanan
Program Pendidikan Khas.
6.2 Model Perubatan
Dalam Model Perubatan, individu tersebut bermasalah dan memerlukan perubatan untuk
menyembuhkannya.
kehidupannya.
Individu tidak dapat membuat kepuusan sendiri mengenai cara
Mereka memerlukan ahli professional untuk menjaganya. Pakar
perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran memainkan peranan penting unt8k
mendiagnostik kanak-kanak dan mengesan punca masalah kecacatan untuk memulihkan
kecacatan tersebut. Misalnya pakar neurologi. Mereka berperanan untuk mendiagnostik
dan mengubati penyakit yang berkaitan dengan neurologica seperti kecederaan otak.
13
14. KBK3073
2013
Pakar ini juga mengawal hiperaktif dan masalah menumpukan perhatian dengan
memberikan kanak-kanak ubat “Ritalin” untuk mengawal keaktifannya.
7. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu
kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktif
Mengikut Kamus Dewan, (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-lankah
yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan pengajaran
dan pembelajaran dalam pendidikan khas memerlukan guru menggunakan pelbagai
pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat, minat serta
latar belakang murid. Memandangkan murid mempunyai keupayaan yang berbeza, guru
harus menyediakan aktiviti yang sesuai. Usaha ini dapat memastkan murid terlibat aktif, juga
membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan
menggembirakan.
Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti
dan sistematik bagi menjamin setiap murid ADHD mendapat peluang yang sama, sama ada
dilaksanakan secara kelas, kumpulan mahupun secara individu.
Sehubungan ini, ciri-ciri guru amat diutarakan. Mengikut Oliva dan Henson (1980),
menyatakan terdapat beberapa ciri guru yang efektif dalam pengajaran dan pembelajaran
iaitu konsep kendiri yang tinggi, latar belakang pendidikan yang sesuai. Guru itu juga
mempunyai minat dan pengetahuan dalam apa yang diajar dan memahami prinsip asas
dalam proses pembelajaran. Guru juga berperanan mementingkan kejayaan murid tetapi
berfikiran terbuka dan bersikap adil. Selain itu, guru akan mempunyai
strategi pengajaran
yang berkesan serta pengawalam pengurusan kelas yang baik.
Guru pendidikan khas wajarlah memainkan peranan dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum bagi kanak-kanak ADHD. Guru sentiasa
mewujudkan suasana kelas yang menggalakkan pengajaran dan pembelajaran serta mengurus
tingkah laku mereka.
Guru juga berperanan menjalankan pelbagai pentaksiran dan
membantu penyelaras dalam usaha menjayakan program khas. Di samping itu, guru menjadi
“Advocate” bagi kanak-kanak ADHD agar membantu mereka bergaul dengan murid-murid
biasa dari segi sosial dan emosi. Guru perlulah mencari atau mengesan kelemahan dan
kekuatan kanak-kanak semasa menjalankan pengajaran. Guru membuat alat-alat bahan bantu
14
15. KBK3073
2013
mengajar untuk pengajaran yang lebih berkesan dan menarik. Guru jjuga dikehendaki
merancang (RPI) untuk kanak-kanak ADHD mengikut keupayaan kanak-kanak dan
membantu kanak-kanak mencapai perkembangan yang optimum. Guru juga merancang
aktiviti untuk kanak-kanak ADHD berasaskan keperluan individu dan ujian diagostik. Selain
itu, guru juga merancang penilaian berkala tentang pencapaian kanak-kanak berdasarkan
keputusan untuk perubahan atau kutipan data. Akhirnya, guru juga boleh melaksanakan
sistem modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tingkah laku yang dikehendaki.
Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan,
pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran yang
telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Sebagai seorang guru, sebelum kita
memahami model-model teoritikal yang boleh diaplikasikan dalam proses P&P, kita juga
perlu terlebih dahulu memahmi beberapa konsep asas dalam pengajarn kanak-kanak
ADHD ini.
Seperti kanak-kanak normal, kanak-kanak ADHD juga mempunyai hak untuk
mendapatkan pendidikan yang sempurna. Bukan mudah untuk mengajar mereka, namun
pasti menyeronokkan bagi sesetengah pihak yang mempunyai minat untuk membantu
mereka.
7.1 Pendekatan Belajar Melalui Bermain
Pendekatan belajar melalui bermain dititikberatkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui aktiviti
ini, mereka melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman
dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini boleh
meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor,
kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi. Ciri-ciri pendekatan ini diutamakan ialah
aktiviti yang menyeronokkan, penerokaan dan interaksi dengan persekitaran, permainan
bebas dan terancang, keanjalan masa, percubaan idea sendiri dan peluang untuk memberi
tumpuan dan perhatian.
15
16. KBK3073
2013
7.2 Pendekatan Konstruktivisme Sosial
Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang tertumpu
dalam bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan pelbagai inovasi
yang dapat mewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran antara guru dengan
murid dan antara para pelajar itu sendiri. Justeru, murid ADHD berpeluang untuk
membina hubungan sosial, belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai
sesuatu ilmu dalam bilik darjah. Seterusnya, para murid hiperaktif ini akan
mempunyai peluang yang lebih banyak untuk berinteraksi dengan rakan -rakan
mereka berbanding pembelajaran yang hanya tertumpu pada guru sahaja. Melalui
proses interaksi ini akan mewujudkan minat mereka untuk belajar sambil bermain
sekaligus dapat mengurangkan kadar kurang tumpuan mereka dalam kelas.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam pendekatan
konstruktivisme
ialah
seperti
pembelajaran
berkumpulan,
sumbangsaran,
kolaboratif, simulasi dan sebagainya yang memberi fokus kepada tugasan yang
melibatkan interaksi dan dapat mengukuhkan ingatan pembelajaran kanak-kanak
melalui permainan dalam pembelajaran. Lantaran itu, minda para pelajar yang
hiperaktif ini mampu berkembang melalui penerokaan idea-idea yang baru.
Pembelajaran berkumpulan juga mampu memaksimumkan kemahiran sosial,
komunikasi, interpersonal, kinestetik dan pelbagai lagi yang dapat meminimumkan
kurang tumpuan dalam kalangan murid yang hiperaktif ini.
Sehubungan
hal
ini,
guru
berpeluang
untuk
menilai
keupayaan,
kesungguhan dan minat para murid dalam bilik darjah melalui pendekatan
konstruktivisme sosial secara langsung. Selain itu, guru dapat memahami aspirasi,
cita rasa, perasaan dan pemikiran murid secara langsung maka segala pembelajaran
akan berpusat kepada pelajar bagi menarik minat mereka untuk belajar. Di samping
itu, guru menjalankan pemerhatian dalam proses pembelajaran tersebut dan perkara
ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengaplikasi proses pengajaran yang
efektif berdasarkan perbezaan murid pelajar tersebut.
7.3 Pendekatan Penggunaan strategi berpusatkan bahan
Guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran melalui strategi berpusatkan
16
17. KBK3073
2013
bahan. Guru wajarlah memastikan bahan yang akan digunakan di dalam kelas merupakan
bahan ynag relevan, kemas kini dn boleh berfungsi. Penggunaan bahan dapat membantu
memudahkan pemahaman murid ADHD serta menarik perhatian mereka sekiranya
digunakan secara betul dan efektif. Peralatan teknologi lazimnya membolehkan guru dan
murid ADHD menggunakannya secara berkesan di mana teknologi ICT mula diperkenalkan
di sekolah, dan bahan pengajaran pelajaran boleh diakses melalui internet dan jalur lebar,
namum bagi kebanyakan sekolah yang sedia ada komputur. Pengajaran boleh dilaksanakan
dalam kumpulan pembelajaran koperatif di samping memberi latihan kemahiran komunikasi
dan sosialisasi.
7.4 Pendekatan Kajian lapangan atau aktiviti luar bilik darjah
Aktiviti ini dijalankan di luar waktu pembelajaran, bertujuan untuk memberi peluang
untuk murid ADHD memperoleh pengalaman sebenar. Aktiviti yang menggembirakan
mereka serta dapat penerokaan dan interaksi dengan persekitaran. Tambahan pula, murid
dapat rekreasi dan boleh menumpukan perhatian serta bersoisialisasi dan berkomunikasi
antara satu sama lain. Guru haruslah menekankan aktiviti ini bebas dan terancang dan
memanfaatkan murid.
7.5 Membina Sistem yang Teratur
7.5.1 Membina sistem
Selain pendekatan pengajaran dan pembelajaran diketengahkan, guru juga
berinovasi membina satu sisitem yang teratur. Ini disebabkan di peringkat persekolahan
seorang ADHD agak „kucar-kacir‟ (disorganized) sifatnya, iaitu mereka belum dapat
mengurus diri mereka. Umpamanya menjaga alat tulis mereka sendiri dan menyimpan
semula buku sendiri ke dalam beg.
Dalam hal ini, kerjasama ibu bapa dan guru di sekolah amat penting untuk membina
satu sistem yang lebih teratur untuk anak ADHD. Contohnya membezakan buku mata
pelajaran dengan menggunakan kod warna dan kod warna tersebut dilekatkan di atas
buku. Cara yang sama juga dapat diaplikasikan dengan „harta benda‟ anak sendiri seperti
kotak pensil. Latih anak murid itu memiliki sebuah kotak pensil dan dalam kotak pensil
17
18. KBK3073
2013
itu harus dia pastikan sentiasa lengkap dengan alat tulis miliknya. Kerjasama dengan
guru – guru lain juga perlu agar latihan ini dilaksanakan secara konsisten dan berkesan.
7.4.2 Kreatif dan Fleksibel
Memandangkan kurangnya tumpuan adalah salah satu isu besar untuk murid ADHD,
aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk anak ADHD perlu kreatif dan fleksibel untuk
mereka. Guru tidak seharusnya mengunci diri dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang konservatif.
Mungkin dalam satu kelas ada seorang sahaja ADHD, ada waktu kita boleh
membenarkan murid itu menyiapkan tugasannya sambil dia berdiri atau berjalan – jalan.
Lakukan perubahan tingkah laku ini secara berperingkat. Contohnya bermula dengan
membenarkannya bergerak selama 8 minit ke 5 minit dan seterusnya. Asalkan dia tidak
mengganngu yang lain dan boleh menyiapkan kerjanya. Selain itu, guru boleh
membacakan big book dengan intonasi dan emosI.
7.4.3 Tugasan Manipulatif
Jadikan mereka sibuk melaksanakan tugasannya. Dalam kes murid yang masih
memerlukan kemahiran manipulatif, guru boleh membuatkan murid itu sibuk. Minta
mereka menyiapkan satu kolaj bunga misalnya. Atau menyiapkan 10 utas gelang mutiara
Sabah ( kalau mampu.)
7.4.4 Kontak Mata
Bagi memastikan tumpuannya pada pengajaran dan pembelajaran kita, murid ADHD
boleh di dudukkan di tempat paling hadapan dan mungkin paling dekat dengan guru.
Perkara ini bagi memastikan dia terasa sepertinya guru sentiasa mengawasinya
Ayat pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk
berkomunikasi dengan semua kanak-kanak. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak
autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan
18
19. KBK3073
2013
berdikari. Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan
„pelik‟, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka
dilahirkan
begitu.
Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak ADHD sebenarnya
memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik
golongan
ini.
.
Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi
kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan
objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh,
susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran.
Guru juga boleh menggunakan kaedah ICT dalam menarik tumpuannya. Jangankan murid
ADHD, murid perdana juga mudah tertarik dengan p&p yang menggunakan ICT. Selain
itu, guru boleh membacakan big book dengan intonasi dan emosi…. .
Tugasan Manipulatif
Jadikan mereka sibuk melaksanakan tugasannya. Dalam kes murid yang masih memerlukan
kemahiran manipulatif, guru boleh membuatkan murid itu sibuk. Minta mereka menyiapkan
satu kolaj bunga misalnya. Atau menyiapkan 10 utas gelang mutiara Sabah ( kalau
mampu)…
Kontak Mata
Bagi memastikan tumpuannya pada p&p kita, murid ADHD boleh di dudukkan di
tempat paling hadapan dan mungkin paling dekat dengan guru. Perkara ini bagi memastikan
dia terasa sepertinya guru sentiasa mengawasinya.
Sumber:
1. Pengalaman
2. Internet
19
20. KBK3073
2013
8.0 PENUTUP
Kesimpulannya, perhatian awal itu diperlukan oleh kanak-kanak ADHD kerana keperluan
mereka sama dengan kanak-kanak biasa. Ibu bapa perlu belajar memahami kehendak
anak kerana melalui pemahaman itu, kanak-kanak hiperaktif ini tidak mudah bertindak
ga-nas atau liar apabila dewasa. Kita mesti memberi perhatian, arahan dan per-ingatan
terhadap kanak-kanak ini perlulah dilakukan secara berterusan dan berulang kerana
mereka memang sukar menerima perubahan dalam diri dan persekitaran. Kanak-kanak
ADHD memerlukan rawatan mental dan psikologi yang sesuai untuk meringankan atau
mengubati simptomnya demi kesejahteraan kanak-kanak sendiri.
Bahan Rujukan:
http://id.prmob.net/attention-deficit-hyperactivity-disorder/methylphenidate/atomoxetine170348.html
http://www.scribd.com/doc/36890425/Pembentangan-Ciri-Ciri-Dan-Sebab-ADD-ADHD
http://ideguru.wordpress.com/2010/04/08/ciri-ciri-anak-hiperaktif-atau-penderita-adhd/
http://oze.my/memoplusgold/masalah-adhd-sindrom-kurang-daya-tumpuan-dan-hiperaktif/
Memahami dan Membantu Anak ADHDOleh MIF. Baihaqi, M. Sugiarmin
Pendidikan bagi Anak Berkesulitan Belajar
20