SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 15
Definisi Penilaian Dalam Kurikulum:
Penilaian ialah perkara yang tidak asing kepada guru-guru. Guru akan memberikan ujian kepada
pelajar-pelajar dan dari ujian ini para guru dapat membuat beberapa keputusan. Guru dapat
mengelaskan kumpulan pelajar yang telah menguasai kemahiran yang diajar, termasuk pelajar yang
mencapai keputusan cemerlang, pelajar yang perlu latihan lebih banyak dan adakah cara pengajaran
guru itu telah disampaikan dengan baik dan berkesan. (Penilaian Kendalian Sekolah:PKS)
Selain ujian-ujian dan peperiksaan, guru-guru juga boleh mendapatkan maklumat dengan cara menyoal
pelajar dari masa ke semasa. Apabila guru mengajar, pelajar akan selalu disoal. Daripada jawapan yang
diberi pelajar, guru dapat mengenalpasti sama ada pelajar itu tahu atau tidak tahu jawapan sebenarnya.
Daripada latihan-latihan dan kerja rumah, guru juga dapat mengetahui kemajuan seseorang pelajar itu.
Banyak cara yang dilakukan oleh guru-guru bagi mendapatkan maklumat tentang pelajar dan kemajuan
di dalam pembelajarannya.
Jika dihalusi, kita akan mengetahui bahawa penilaian ialah sebahagian besar daripada aktiviti pengajaran
yang dilakukan oleh guru-guru. Setiap masa guru perlu membuat keputusan. Sebelum keputusan dibuat,
guru secara sedar atau tidak, ada menjalankan penilaian. Kadang-kadang penilaian itu dilakukan dengan
cara terkawal. Hal ini adalah menerusi ujian dan peperiksaan. Selalunya penilaian dibuat dengan cara
tidak terkawal dan berterusan. Hal ini dapat dilihat di dalam aktiviti guru semasa melakukan proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). (Panduan Penilaian Dalam Bilik Darjah,Dewan Bahasa dan
Pustaka: 1983)
Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian secara
terkawal atau penilaian tidak terkawal.
a) Penilaian Terkawal:
Dijalankan dalam suasana yang terkawal dan serius, di mana pelajar menjawab soalan-
soalan dalam keadaan tenteram dan tidak diganggu. Ia merupakan ujian pencapaian yang
berbentuk kertas dan pensel. Pelajar diberi masa yang sama panjang, menjawab dalam masa
yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan yang sama dan diawasi oleh
pengawas atau petugas sepanjang masa. (masa ujian atau peperiksan)
Antara contoh penilaian terkawal ialah ujian-ujian yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran
seperti SPM,STPM (yang ada menawarkan kertas PSV) serta ujian atau peperiksaan pada setiap
penggal persekolahan yang telah dimasukkan dalam takwim persekolahan sepanjang tahun.
Penilaian terkawal sangat sesuai untuk mendapatkan maklumat yang dengan pengetahuan dan
juga kemahiran. Dalam masa yang singkat, banyak perkara yang dapat dinilaikan kerana
penilaian cara ini dapat mengelakkan pelajar dari meniru, berbincang sesama mereka ketika
menjawab soalan, kualiti soalan yang sam arata dan sebagai.
b) Penilaian Tidak Terkawal:
Sebagaimana yang diketahui, guru menilai pelajar pada setiap masa.
Penilaian adalah sebahagian daripada aktiviti pengajaran. Penilaian tidak terkawal ini
didahulukan dalam keadaan sebenarnya semasa perlakuan itu berlaku. Guru memerhatikan
tingkah laku pelajar setiap hari dan mengumpul maklumat daripada pemerhatian tersebut.
Dalam proses P&P, banyak perkara yang diajar dan dipelajari, justeru untuk menyedia dan
menjalankan penilaian terkawal amat mustahil. Ini disebabkan banyak juga perkara yang bersabit
dengan sikap, nilai dan aktiviti-aktiviti seni yang kreatif tidak dapat dinilai dengan berkesan jika
dibuat secara terkawal.
Sebagai guru perlu sentiasa bersedia dan sensitif kepada keadaan apabila perkara-perkara yang
ingin diketahui itu berlaku. Setiap masa penilaian dijalankan. Sebagai contoh, jika sifat sabar
pelajar yang ingin dinilai maka keadaan tidak terkawal ini adalah keadaan yang baik kerana
perkara ini dapat memberi maklumat yang sebenarnya tentang pelajar tersebut. Hal ini sangat
ketara tentang perkara-perkara yang bersabit dengan sikap dan nilai.(Furst,E.J.:1958)
Gambarajah 1:
Perkaitan di antara 3 perkara penting dalam proses Pengajaran & Pembelajaran
Contoh Jenis-Jenis Instrumen:
- Ujian (sejarah & apresiasi seni)
- Kaedah pemerhatian
- Kaedah temubual
- Kaedah perbincangan
- Kaedah anekdot
- Menggunakan senarai semak
- Menggunakan soal selidik
- Pengukuran sikap
- Portfolio
(Crow & Crow dalam Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan,DBP. Kementerian Pelajaran
Malaysia:1983)
Jenis-jenis instrumen yng boleh digunakan dalam penilaian Pendidikan Seni Visual di sekolah:
a) ujian diagnostik (tentang minat/ sikap dan lain-lain contoh):
Mengenalpasti sesuatu masalah yang berlaku dan menentukan punca
punca yang menimbulkan masalah itu. Diagnostik mempunyai tujuan-tujuan yang konstruktif. Dalam
prosese P&P, Ujian Diagnostik (UD) dapat memenuhi dua tujuan.
Pertama menentukan kedudukan seseorang pelajar dalam pelajarannya. Kedudukan pelajar
perlu diketahui sebelum memulai sesuatu pelajaran. Dengan cara sedemikian barulah sesuatu pelajaran
itu dapat diajar dengan lebih berkesan kepada pelajar-pelajar yang ditempatkan pada peringkat yang
sesuai.
Kedua, untuk mengenalpasti sebab wujud kelemahan dalam pembelajaran setelah punca
kelemahan itu diketahui maka sesuatu P&P pemulihan dapat dirancang dan dijalankan. Sebagai contoh,
seorang guru ingin menilai kebolehan pelajar menguasai kemahiran mewarna pada waktu pagi. Guru
perlu menilai dari aspek pilihan warna serta penggunaan teknik yang sesuai. Dari penghasilan kerja
pelajar tersebut guru mengumpul data, seterusnya sudah dapat menilai kebolehan pelajar sama ada
boleh menguasai, kurang menguasai atau lemah. Dari sini guru akan merangka strategi pengayaan atau
pemulihan dengan meletakkan pelajar di dalam sesuatu kumpulan yang sesuai dengan aras kebolehan
mereka. (Guilford,J.P.:1967)
Justeru penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan/membuat keputusan
dalam mengkritik nilai, mutu, kualiti, harga bagi sesuatu perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa
Penilaian ialah proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi
menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu tercapai. Penilaian boleh dijalankan
dengan menggunakan maklumat atau data berbentuk kuantitatif atau kualitatif atau kedua-duanya sekali.
Contoh Ujian Diagnostik:
Guru mengumpul maklumat selepas ujian pencapaian terhasil dalam bentuk profil individu atau pelajar
berasaskan kemahiran yang diajar. Berdasar data yang dikumpul guru akan mengetahui aspek yang
manakah masih beum dikuasai oleh pelajar sepenuhnya ataupun di peringkat yang dapat diterima.
Contoh: Data individu dalam Unit 1: Unsur Seni.
Contoh maklumat terkumpul melalui ujian pencapaian yang diadakan berdasar sukatan pelajaran,
selalunya dilapurkan dalam bentuk peratus (%), jumlah markah dan peringkat peratusan.
Gambarajah 2:
Berdasar data yang dikumpul dapat membantu guru menyediakan rancangan P&P yang lebih
sistematik sama ada latihan dalam bentuk pengayaan atau pemulihan.
Ujian diagnostik ini sesuai digunakan kerana tujuan pengujian dan penilaian yang paling jelas adalah
untuk memberi pergerakan kepada pelajar supaya mereka belajar dan guru pula mengajar dengan
sempurna.(Gronlund,N.E:1965)
Kesimpulannya di sini penilaian merupakan sebagai proses pengajaran-pembelajaran secara berterusan.
Maklumat yang diperolehi selepas penilaian dilakukan dapat digunakan serta merta bagi mengatasi
mana-mana masalah pembelajaran yang wujud. Keadaan ini dapat dilihat dalam gambarajah 3. (Abu
Bakar Nordin:1986)
b) pemerhatian/pengamatan:
Dalam bidang seperti Pendidikan Seni Visual, pelajar perlu menyelami perkara-perkara yang berkait
dengan bidang itu untuk mengetahui ciri-ciri dan bidang itu. Sebagai contoh dalam Pendidikan Seni
Visual, pelajar perlu memahami dan mempelajari bidang penghasilan seni yang meliputi Asas Seni Reka,
Seni Halus, Komunikasi Visual, Reka bentuk dan Kraf Tradisional, manakala bidang sejarah dan
apresiasi seni pula meliputi perkembangan Seni Visual di Malaysia, alat permaianan, seni bina dan
sebagai. (Sukatan Pelajaran P.Seni: Kementerian Pelajaran Malaysia)
Pelajar perlu memerhati setiap elemen dalam kandungan dan perkembangan seni supaya dapat menjadi
pelajar yang kreatif dan kritis. Melalui pemerhatian dan pengamatan pelajar akan mempelajari dan
kemudian menyatakannya dalam bentuk ekspresi atau penyataan diri tentang apa yang dilihat dan
diamati. Pengamatan adalah asas kepada pembentukan sesuatu hasil atau ciptaan karya. Apabila pelajar
mengamati sesuatu, dia akan menerapkannya di dalam pemikirannya. Penggabungannya dengan
pengetahuan dan didorong oleh motivasi tertentu menyebabkan pelajar bersedia untuk mengemukakan
sesuatu gubahan idea atau hasil karya.
Pengamatan adalah satu proses yang kompleks. Ini dapat dilihat daripada hasil karya yang dikemukakan
kelak. Hasil karya banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berkait dengan kemahiran mekanis. Jika
pelajar disoal, mungkin ia akan memberi gambaran yang berlainan tentang benda yang diamati itu
daripada gambaran sebenar.
Sebagai contoh yang lain, seorang pelukis mengamati sebuah rumah, hasil pengamatannya tidak lagi
serupa dengan rumah asalnya. Di dalam instrumen pemerhatian/pengamatan ini, kemahiran yang berkait
rapat melalui deria patut diberi penekanan, ini termasuklah sensitif terhadap pergerakan, pendengaran,
penglihatan, penyentuhan dan sebagai.
Hasil karya pelajar akan dinilai guru dengan mengambil kira aspek-aspek tertentu seperti ketelitian,
kehalusan karya, bahkan hasil dari pemerhatian dan pengamatan tersebut, guru akan membuat penilaian
untuk mengesan perkara yang telah dipelajari oleh murid hasil dari pengajarannya. Guru juga
memerlukan maklum balas mengenai keberkesanan kaedah mengajar yang telah digunakan.
b) Ujian bertulis:
i) Ujian Objektif
Manusia mempunyai sifat yang sukar diketahui. Di antara sifat-sifat ini ialah pengetahuan tentang
sesuatu, kemahiran di dalam bidang, sikap terhadap sesuatu kumpulan manusia, minat dalm seni serta
reaksi terhadap sesuatu pergerakan. Maklumat tentang sifat-sifat ini hanya dapat “di infer” daripada
perlakuan yang ditunjukkan melalui sesuatu situasi. Satu daripada situasi ini ialah situasi ujian.
Ujian selalu digunakan untuk mendapat maklumat tentang pembelajaran pelajar. Banyak keputusan
dibuat berasaskan maklumat daripada ujian. Ujian mesti mempunyai keesahan yang dapat diterima dan
ujian itu juga boleh dipercayai bahkan senang dan praktikal kepada pihak yang menggunakannya
seterusnya dapat memberi maklumat tentang apa yan g ingin diketahui guru.
Seseorang pelajar yang selalu mendapat kepujian dalam ujian akan mempunyai sikap positif
terhadap guru, sekolah dan pembelajarnnya. Sebaliknya pelajar yang selalu gagal akan mempunyai
sikap yang negative dan aspirasi rendah. Justeru guru dan pengguna ujian sama ada dalam dibentuk
sendiri atau didapati daripada punca lain.
Jenis ujian objektif sebagai contoh, merupakan pembentukan soalan-soalan yang mudah, cepat serta
senang dijawab. Satu daripadanya adalah ujian benar-salah. Item ini boleh dijawab dengan mudah dan
cepat. Pemberian markah boleh dijalankan dengan menggunakan petunjuk. Langkah cermat perlu
diambil kira supaya susunan perkataan dalam kenyataan jelas dan tepat serta maknanya tidak boleh
dipersoalkan lagi. Guru dapat membuat penilaian tentang keberkesanan pembelajarannya melalui
keputusan ujian tersebut sama ada pelajar dapat menjawab dengan cemerlang atau tidak. Pembinaan
item jenis objektif ini sesuai digunakan sama ada bagi pelajr di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Ini
disebabkan setiap satu item hanya menumpukan satu perkara dan satu peringkat dalam pengetahuan
atau kemahiran.
Dalam erti kata lain pembinaan item jenis objektif ini tidak menguji banyak perkara sekaligus.
Pembinaan item jenis ini cukup berstruktur bagi mengelakkan penyelewengan semasa menjawab.
Namun begitu ada juga pelajar yang menjawab secara meneka sahaja.Justeru satu panduan tentang
pembinaan item ini perlu dibincangkan supaya kebolehpercayaan dan kesahannya diperakukan.
ii) Ujian Subjektif:
Makna perkataan yang membawa maksud dipengaruhi oleh pilihan diri sendiri, oleh itu perkara yang
subjektif tidak dapat dibuktikan dengan saintiik. Penyataan juga tidak dapat dipastikan dengan tepat.
Ujian subjektif biasanya berbentuk esei dan pemberian markahnya boleh dibuat dengan dua cara iaitu
dengan cara;
a) pemarkahan secara pandangan sepintas lalu
- membaca lalu memberi pandangan berdasar perasaan sama ada esei pelajar itu baik atau
sebaliknya dan markah diberi berasaskan kepada pandangan tadi.
b) pemarkahan secara analitik
- pemberian markah yang lebih relevan dan baik berdasar ciri-ciri jawapan esei itu sendiri. Sebagai
contoh melalui markah 100%, beberapa elemen telah diberi pecahan markah mengikut kronologi
kepentingan isi. Sebagai contoh dalam kertas Pendidikan Seni Visual Sijil Pelajaran Malaysia
iaitu Kertas 2: Seni Halus (menggambar) , markah 50 yang ditetapkan meliputi markah seperti
yang telah dipecahkan kepada beberapa bahagian utama iaitu;
i) Warna – 15 markah
ii) Gubahan – 15 markah
iii) Interpretasi – 10 markah
iv) Kreativiti – 10 markah
Biasanya cara pemberian markah secara analitikal ini akan tersedia rapi dalam satu skim
pemarkahan. Namun begitu skim pemarkahan ini bukanlah sesuatu yang rigid dan tidak boleh disangkal.
Ia tetap mempunyai kelemahan berdasar hasil karya pelajar dengan markah yang diberi, di mana
kadang-kadang tidak boleh diterima akal. Maksud di sini karya pelajar tidak sepatutnya dapat markah
yang tinggi apabila dinilai penghasilannya kurang memuaskan. Justeru ciri-ciri utama mengadakan ujian
seperti keesahan, kebolehpercayaan, interpretasi data dan sebagai diragui apabila timbul isu-isu di
sebaliknya.
(c) Pentaksiran
Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham
(2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap
sebagai sinonim. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi pencapaian P&P yang
berkesan melalui langkah2 pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan
dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian dan penilaian amat
penting.
Namun begitu cara penilaian seperti ini mengundang beberapa isu, yang secara tidak langsung
mempertikaikan corak penilaian dalam sistem pendidikan dalam negara kita. Antara persoalan yang
timbul seperti berikut;
a) Soalan bocor
b) Skrip tidak diperiksa tetapi markah ada
c) Soalan di luar sukatan pelajaran
d) Berlaku pakatan untuk capai kejayaan
e) Pelajar masih gagal walaupun telah menduduki peperiksaan beberapa kali.
f) Terdapat pelajar yang tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.
g) Peperiksaan dan pentaksiran kurang menjurus ke arah pembelajaran yang
berkualiti tinggi.
h) Mendorong pelajar berbuat apa sahaja untuk dapat markah tinggi.
i) Berlaku kesilapan dalam pemberian markah.
j) Gagal menjawab soalan walaupun telah diajar berulang kali.
(d) Portfolio
Penilaian portfolio berdasar kesesuaian tema, kecekapan menggunakan alat dan bahan untuk
transform idea melalui pengolahan unsur-unsur seni visual, menilai juga tentang kreativiti pelajar
menyelesaikan masalah artistik, ketepatan, kesempurnaan, ketelitian dan kehalusan kerja. Michael
(1998) mencadang 8 objektif perlu dibuat penilaian berasas pengalaman studio dan hasil kerja seni
pelajar itu sendiri; meliputi:
a) Komunikasi/ekspresi
b) Keyakinan diri
c) Perkembangan persepsi
d) Pengetahuan seni
e) Ketekalan organisasi estetika
f) Kreativiti
g) Kemahiran
h) keupayaan
Isu yang timbul:
a) Peruntukan perbelanjaan PCG tidak mencukupi kerana anggaran kewangan berdasar kepala
pelajar. Jadi jika pelajar tidak ramai maka wang peruntukan yang diterima juga kurang sedangkan
perbelanjaan untuk menghasilkan folio memerlukan perbelanjaan yang melebihi daripada apa yang
diperuntukkan oleh PCG; terpaksa ambil dari menengah rendah T1 hingga T3 kerana biasanya
peruntukan PCG untuk mereka tinggi kerana bilangan pelajar yang ramai
b) Pelajar membuat kerja amali selepas waktu persekolahan. Aktiviti-aktiviti anjuran sekolah serta
kekangan waktu menyebab pelajar gagal menyiapkan bidang tugas yang telah ditetapkan mengikut
takwim penghasilan folio dan hasil karya; menyebabkan mereka terpaksa datang pada waktu sebelh
petang atau hari Sabtu tetapi disebabkan masalah kewangan di kalangan pelajar orang asli, mereka
kerap tidak hadir ke sekolah. Justeru folio dan hasil karya disiap dalam keadaan tidak sempurna
d) Penguasaan sesuatu kemahiran tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Terdapat pelajar yang tidak
mempunyai asas langsung dalam mata pelajaran PSV semasa di T4 dn T5, tetapi mendaftar mata
pelajaran tersebut semasa di T6; guru perlu bermula dari awal proses P&P.
a) Modul P&P m/p PSV perlu dibuat post mortem serta penambahbaikan supaya kualiti P&P dapat
ditingkatkan.
(e) Menggunakan senarai semak
Borang senarai semak boleh dijadikan sebagai instrumen untuk menilai pelajar dalam ketiga-tiga aspek
domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Guru membuat senarai semak untuk melihat keberkesanan
pembelajaran. Sebagai contoh dalam pembelajaran di Tingkatan 6, guru menyediakan borang senarai
semak sama ada pelajar telah menyiapkan tugasan yang diberikan secara berperingkat mengikut sekuen
yang telah ditetapkan. Berdasar senarai semak juga guru boleh menilai tahap penguasaan pelajar dalam
satu-satu tajuk di samping mendapatkan maklumat daripada pelajar tentang respon mereka terhadap
P&P Pendidikan Seni.
Daripada maklumat atau data yang diperolehi guru dapat mengambil tindakan susulan sama ada
meneruskan kaedah yang sama dalam P&P atau membuat pengubahsuaian ke arah pembelajaran yang
lebih sistematik. Begitu juga dengan maklumat yang dikumpul, guru boleh merancang aktiviti seterusnya
sama ada membuat aktiviti pengayaan, pemulihan atau penambah baikan. Malahan daripada maklumat
tersebut kelemahan pelajar dapat dikesan tentang penguasaan dan pemahaman setiap tajuk yang diajar
guru. Rumusan daripada soal selidik itu, guru akan tahu keberkesanan proses P&P mereka. (Abu Bakar
Nordin:1986)
Selain daripada itu dapat membina pelajar menjadi pengguna yang bekerjasama dan yang
mementingkan kualiti dan nilai estetika dalam penghasilan karya seperti terkandung dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual itu sendiri. (Stephen & Rederick:1978)
Penutup
Seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang
tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, hasil yang diperolehi daripada ukuran yang
dijalankan juga tidak tepat. Prosedur penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran,
penganalisisan serta merumus data yang diperolehi.(Popham:2000)
Rujukan:
1. Moskal,Barbara et.Al (2002) Validity, Realibility and The Assessment of Engineering
Education; Journal of Enginnering Education.
2. Thorndike,et.Al (1991). Measurement and Evaluation in Psychology and
Education.(5th Edition) New York;Macmillan.
3. Van Krieken,R (Dr).(1995);Writing and Administring Examinations,CITO.
4. Van Dallen,D.P (1979); Understanding Educational Research 4th Edition.Mc Graw
Hill Inc.
5. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001);Penilaian Kendalian Sekolah. Pusat
Perkembangan Kurikulum.
6. Stoner (1984);The Function of Executives Cambridge, Harvard University Press:
Strategy, Quality and Resources Philadelpia. Open University Press.
7. Kementerian Pendidikan Malaysia (Nov.2003): Laporan Penilaian Pelaksanaan Mata
pelajaran MPV. Pusat Perkembangan Kurikulum.
8. Cronbach,L.J.(1970).Essential of Psycological Testing (3rd ed) New York: Harper &
Row.
9. Gay,L.R (1985). Educational and Evaluation and Measurement.Competencies for
analysis and application 2nd ed. Charles E.Merril.
10. Popham,W.J (1975) .Educational Evaluation. New Jersey:Printice Hall Inc.
11. Popham,W.J (2000). Testing: What every parent should know about school tests.
London: Allyn & Bacon.
12. Raminah Hj Sabran (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia.
Pencerapannya pada peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur. DBP.
13. Panduan Pengurusan & Pengajaran Sejarah (2007). Jemaah Nazir Sekolah:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
14. Jaafar Muhamad (1992):Asas Pengurusan Edisi Kedua . Siri Pengurusan Fajar Bakti.
15. Dr Abu Bakar Nordin (1986): Siri Maktab Perguruan. Asas Penilaian Pendidikan.
16. Sharifah Alwiyah Al Sagoff (1983): Ilmu Pendidikan Pedagogi. Siri Maktab
Perguruan.
17. Crow & Crow (1983): Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
18. Meg Keen, Valerie A.Brown & Rob Dyball (2005): Social Learning in Enviromental
Management Towards a Sustainable Future.
19. Gronland,N.E (1965): Measurement and Evaluation in Teaching, New York;
Macmillan.
20. Dunn,T.F, & Goldstein, L.G.(1959): Test Difficulty, Validity and Realibility as
Functions of Selective Multiple-choice item construction principles. Educational &
Psychological Measurement.
21. Kementerian Pelajaran Malaysia (1983): Panduan Penilaian Dalam Bilik Darjah. DBP
Kuala Lumpur.
22. Furst,E.J. (1958): Constructing Evaluation Instruments. New York Longman Green.
23. Gulford,J.P. (1967): The Nature of Human Intelligence. New York Mc Graw Hill.
24. Stephen & Roderick (1978): Sumber internet.
25. Ebel,R.L.(1965): Confidence Weighting and Test Realibility. Journal of Educational
Measurement.
2
)
Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatutopik pembelajaran.Guru menentukan kebolehan pelajar
dalam mengenalwarna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluantopik berkenaan.
S
etelah aspek berkenaan ditentukan, makaguru bolehmenentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilikdarjah
terhadap satu-satu topik berkenaan.Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga90% pelajar telah
menunjukkan penguasaan terhadapsesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajarsudah menguasai topik
berkenaan.
3
)
Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapatdalam setiaptopik.
y
Guru perlu menyusun elemen-elemen yangterdapatdalam topik-topik pembelajaran pada peringkatperlakuan
tertentu dengan berdasarkan taksonomipendidikan.
y
S
etelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuanselesai, gurus seterusnyamengaitkan semua elemenberkenaan
yang terdapat dalam satu-satu topik agarsaling bertautan dan tidak terpisah.4
)
Membentuk soalan ujian.
y
Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan
y
S
etiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepadapelajar sekurang-kurangnya satusoalan.
5
)
Mencadangkan langkah susulan.
y
Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatutopikpembelajaran di samping kesukaran yangdihadapi olehmurid-murid.
y
Tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkankeputusan ujian yang diperolehi.
y
Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahanketara dalam sesuatutopik, makatindakan selanjutnyayang harus
diambil oleh guru ialah mengulang semulatopik berkenaan ataumengubah suai pendekatanpenyampaian agar
murid-murid boleh menguasai topiktersebut.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
aflah jamaluddin
 
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektif
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektifMotivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektif
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektif
KhairunnisaJeman
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajar
share with me
 
Model tyler dan taba
Model tyler dan tabaModel tyler dan taba
Model tyler dan taba
syahmiamni
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
Noradilah Hj Nain
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Aina Azrina
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
Rafiza Diy
 

La actualidad más candente (20)

Model taba
Model tabaModel taba
Model taba
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
 
Pentaksiran Autentik
Pentaksiran AutentikPentaksiran Autentik
Pentaksiran Autentik
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
 
Tindakan susulan
Tindakan susulanTindakan susulan
Tindakan susulan
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektif
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektifMotivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektif
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektif
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajar
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Model tyler dan taba
Model tyler dan tabaModel tyler dan taba
Model tyler dan taba
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 

Destacado

Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Vince Here
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Hayati Mustaffa
 
11_pend_holistik
11_pend_holistik11_pend_holistik
11_pend_holistik
dede Umar
 
Sistem penilaian kokurikulum(baru)
Sistem penilaian kokurikulum(baru)Sistem penilaian kokurikulum(baru)
Sistem penilaian kokurikulum(baru)
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Isu penilaian prestasi
Isu penilaian prestasiIsu penilaian prestasi
Isu penilaian prestasi
suibhamid
 
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan
Kurikulum standard prasekolah kebangsaanKurikulum standard prasekolah kebangsaan
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan
Nur Natasya Umira
 
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAHPERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
Mohd Fuad
 
Sukatan pelajaran prasekolah
Sukatan pelajaran prasekolahSukatan pelajaran prasekolah
Sukatan pelajaran prasekolah
BadRule Izraeel
 
Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996
hazrinimam
 

Destacado (20)

Penilaian Kurikulum
Penilaian KurikulumPenilaian Kurikulum
Penilaian Kurikulum
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
11_pend_holistik
11_pend_holistik11_pend_holistik
11_pend_holistik
 
Isu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbpIsu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbp
 
Sistem penilaian kokurikulum(baru)
Sistem penilaian kokurikulum(baru)Sistem penilaian kokurikulum(baru)
Sistem penilaian kokurikulum(baru)
 
Isu penilaian prestasi
Isu penilaian prestasiIsu penilaian prestasi
Isu penilaian prestasi
 
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan
Kurikulum standard prasekolah kebangsaanKurikulum standard prasekolah kebangsaan
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan
 
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAHPERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
 
Kegiatan Pembelajaran Peribahasa 2
Kegiatan Pembelajaran Peribahasa 2Kegiatan Pembelajaran Peribahasa 2
Kegiatan Pembelajaran Peribahasa 2
 
Peribahasa Grafik 1
Peribahasa Grafik 1Peribahasa Grafik 1
Peribahasa Grafik 1
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
 
Model kurikulum dan pengembangnnya
Model kurikulum dan pengembangnnyaModel kurikulum dan pengembangnnya
Model kurikulum dan pengembangnnya
 
Tugasan utama rekabentuk kurikulum
Tugasan utama rekabentuk kurikulumTugasan utama rekabentuk kurikulum
Tugasan utama rekabentuk kurikulum
 
Head start (Slow Learners)
Head start (Slow Learners)Head start (Slow Learners)
Head start (Slow Learners)
 
Nota guru dan cabaran semasa (edu 3093)
Nota guru dan cabaran semasa (edu 3093)Nota guru dan cabaran semasa (edu 3093)
Nota guru dan cabaran semasa (edu 3093)
 
Sukatan pelajaran prasekolah
Sukatan pelajaran prasekolahSukatan pelajaran prasekolah
Sukatan pelajaran prasekolah
 
Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan
 

Similar a Definisi penilaian dalam kurikulum

Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Azlinda Abdullah
 
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx
Heppy6
 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Noor Syazwanni
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Azlinda Abdullah
 
Asemen dalam pembelajaran sains sd
Asemen dalam pembelajaran sains sdAsemen dalam pembelajaran sains sd
Asemen dalam pembelajaran sains sd
arif08
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
KPM
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
KPM
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
rielsyah90
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
KPM
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
KPM
 

Similar a Definisi penilaian dalam kurikulum (20)

Prosedur penilaian
Prosedur penilaianProsedur penilaian
Prosedur penilaian
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
 
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx
1. PENGERTIAN EVALUASI.pptx
 
22 article text-47-2-10-20200803
22 article text-47-2-10-2020080322 article text-47-2-10-20200803
22 article text-47-2-10-20200803
 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
 
Evaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaran Evaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaran
 
Pengukuran, penilaian dan evaluasi
Pengukuran, penilaian dan evaluasiPengukuran, penilaian dan evaluasi
Pengukuran, penilaian dan evaluasi
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
 
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKnMengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
 
Konsep pengembangan media pembelajaran
Konsep pengembangan media pembelajaranKonsep pengembangan media pembelajaran
Konsep pengembangan media pembelajaran
 
Presentation1 evaluasi
Presentation1 evaluasiPresentation1 evaluasi
Presentation1 evaluasi
 
Grafik sains
Grafik sainsGrafik sains
Grafik sains
 
Asemen dalam pembelajaran sains sd
Asemen dalam pembelajaran sains sdAsemen dalam pembelajaran sains sd
Asemen dalam pembelajaran sains sd
 
Non tes & pengembangan non tes
Non tes & pengembangan non tesNon tes & pengembangan non tes
Non tes & pengembangan non tes
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
 
Makalah Asesmen
Makalah AsesmenMakalah Asesmen
Makalah Asesmen
 

Más de ROSLINDAWATI LIN

Más de ROSLINDAWATI LIN (10)

MODULE-6-GETTING-AROUND-WORKSHEETS-2.pdf
MODULE-6-GETTING-AROUND-WORKSHEETS-2.pdfMODULE-6-GETTING-AROUND-WORKSHEETS-2.pdf
MODULE-6-GETTING-AROUND-WORKSHEETS-2.pdf
 
MODULE-9-GET-ACTIVE-1.pdf
MODULE-9-GET-ACTIVE-1.pdfMODULE-9-GET-ACTIVE-1.pdf
MODULE-9-GET-ACTIVE-1.pdf
 
MODULE-10-WHATS-THE-MATTER.pdf
MODULE-10-WHATS-THE-MATTER.pdfMODULE-10-WHATS-THE-MATTER.pdf
MODULE-10-WHATS-THE-MATTER.pdf
 
Selan osni siri 1 218 slide
Selan osni siri 1   218 slideSelan osni siri 1   218 slide
Selan osni siri 1 218 slide
 
Ajk pameran psv sk sri tumpat 2
Ajk  pameran psv  sk sri tumpat 2Ajk  pameran psv  sk sri tumpat 2
Ajk pameran psv sk sri tumpat 2
 
kertas kerja projek taman sains sek ren
kertas kerja projek taman sains sek renkertas kerja projek taman sains sek ren
kertas kerja projek taman sains sek ren
 
sce3109 kakisan kuprum dan proses penggalvanian
sce3109 kakisan kuprum dan proses penggalvaniansce3109 kakisan kuprum dan proses penggalvanian
sce3109 kakisan kuprum dan proses penggalvanian
 
Big2012
Big2012Big2012
Big2012
 
Perkhemahan unit beruniform 2012 rosdi
Perkhemahan unit beruniform 2012 rosdiPerkhemahan unit beruniform 2012 rosdi
Perkhemahan unit beruniform 2012 rosdi
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 

Definisi penilaian dalam kurikulum

  • 1. Definisi Penilaian Dalam Kurikulum: Penilaian ialah perkara yang tidak asing kepada guru-guru. Guru akan memberikan ujian kepada pelajar-pelajar dan dari ujian ini para guru dapat membuat beberapa keputusan. Guru dapat mengelaskan kumpulan pelajar yang telah menguasai kemahiran yang diajar, termasuk pelajar yang mencapai keputusan cemerlang, pelajar yang perlu latihan lebih banyak dan adakah cara pengajaran guru itu telah disampaikan dengan baik dan berkesan. (Penilaian Kendalian Sekolah:PKS) Selain ujian-ujian dan peperiksaan, guru-guru juga boleh mendapatkan maklumat dengan cara menyoal pelajar dari masa ke semasa. Apabila guru mengajar, pelajar akan selalu disoal. Daripada jawapan yang diberi pelajar, guru dapat mengenalpasti sama ada pelajar itu tahu atau tidak tahu jawapan sebenarnya. Daripada latihan-latihan dan kerja rumah, guru juga dapat mengetahui kemajuan seseorang pelajar itu. Banyak cara yang dilakukan oleh guru-guru bagi mendapatkan maklumat tentang pelajar dan kemajuan di dalam pembelajarannya. Jika dihalusi, kita akan mengetahui bahawa penilaian ialah sebahagian besar daripada aktiviti pengajaran yang dilakukan oleh guru-guru. Setiap masa guru perlu membuat keputusan. Sebelum keputusan dibuat, guru secara sedar atau tidak, ada menjalankan penilaian. Kadang-kadang penilaian itu dilakukan dengan cara terkawal. Hal ini adalah menerusi ujian dan peperiksaan. Selalunya penilaian dibuat dengan cara tidak terkawal dan berterusan. Hal ini dapat dilihat di dalam aktiviti guru semasa melakukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). (Panduan Penilaian Dalam Bilik Darjah,Dewan Bahasa dan Pustaka: 1983) Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian secara terkawal atau penilaian tidak terkawal. a) Penilaian Terkawal:
  • 2. Dijalankan dalam suasana yang terkawal dan serius, di mana pelajar menjawab soalan- soalan dalam keadaan tenteram dan tidak diganggu. Ia merupakan ujian pencapaian yang berbentuk kertas dan pensel. Pelajar diberi masa yang sama panjang, menjawab dalam masa yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan yang sama dan diawasi oleh pengawas atau petugas sepanjang masa. (masa ujian atau peperiksan) Antara contoh penilaian terkawal ialah ujian-ujian yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran seperti SPM,STPM (yang ada menawarkan kertas PSV) serta ujian atau peperiksaan pada setiap penggal persekolahan yang telah dimasukkan dalam takwim persekolahan sepanjang tahun. Penilaian terkawal sangat sesuai untuk mendapatkan maklumat yang dengan pengetahuan dan juga kemahiran. Dalam masa yang singkat, banyak perkara yang dapat dinilaikan kerana penilaian cara ini dapat mengelakkan pelajar dari meniru, berbincang sesama mereka ketika menjawab soalan, kualiti soalan yang sam arata dan sebagai. b) Penilaian Tidak Terkawal: Sebagaimana yang diketahui, guru menilai pelajar pada setiap masa. Penilaian adalah sebahagian daripada aktiviti pengajaran. Penilaian tidak terkawal ini didahulukan dalam keadaan sebenarnya semasa perlakuan itu berlaku. Guru memerhatikan tingkah laku pelajar setiap hari dan mengumpul maklumat daripada pemerhatian tersebut. Dalam proses P&P, banyak perkara yang diajar dan dipelajari, justeru untuk menyedia dan menjalankan penilaian terkawal amat mustahil. Ini disebabkan banyak juga perkara yang bersabit dengan sikap, nilai dan aktiviti-aktiviti seni yang kreatif tidak dapat dinilai dengan berkesan jika dibuat secara terkawal. Sebagai guru perlu sentiasa bersedia dan sensitif kepada keadaan apabila perkara-perkara yang ingin diketahui itu berlaku. Setiap masa penilaian dijalankan. Sebagai contoh, jika sifat sabar pelajar yang ingin dinilai maka keadaan tidak terkawal ini adalah keadaan yang baik kerana
  • 3. perkara ini dapat memberi maklumat yang sebenarnya tentang pelajar tersebut. Hal ini sangat ketara tentang perkara-perkara yang bersabit dengan sikap dan nilai.(Furst,E.J.:1958) Gambarajah 1: Perkaitan di antara 3 perkara penting dalam proses Pengajaran & Pembelajaran Contoh Jenis-Jenis Instrumen: - Ujian (sejarah & apresiasi seni) - Kaedah pemerhatian - Kaedah temubual - Kaedah perbincangan - Kaedah anekdot - Menggunakan senarai semak - Menggunakan soal selidik - Pengukuran sikap - Portfolio
  • 4. (Crow & Crow dalam Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan,DBP. Kementerian Pelajaran Malaysia:1983) Jenis-jenis instrumen yng boleh digunakan dalam penilaian Pendidikan Seni Visual di sekolah: a) ujian diagnostik (tentang minat/ sikap dan lain-lain contoh): Mengenalpasti sesuatu masalah yang berlaku dan menentukan punca punca yang menimbulkan masalah itu. Diagnostik mempunyai tujuan-tujuan yang konstruktif. Dalam prosese P&P, Ujian Diagnostik (UD) dapat memenuhi dua tujuan. Pertama menentukan kedudukan seseorang pelajar dalam pelajarannya. Kedudukan pelajar perlu diketahui sebelum memulai sesuatu pelajaran. Dengan cara sedemikian barulah sesuatu pelajaran itu dapat diajar dengan lebih berkesan kepada pelajar-pelajar yang ditempatkan pada peringkat yang sesuai. Kedua, untuk mengenalpasti sebab wujud kelemahan dalam pembelajaran setelah punca kelemahan itu diketahui maka sesuatu P&P pemulihan dapat dirancang dan dijalankan. Sebagai contoh, seorang guru ingin menilai kebolehan pelajar menguasai kemahiran mewarna pada waktu pagi. Guru perlu menilai dari aspek pilihan warna serta penggunaan teknik yang sesuai. Dari penghasilan kerja pelajar tersebut guru mengumpul data, seterusnya sudah dapat menilai kebolehan pelajar sama ada boleh menguasai, kurang menguasai atau lemah. Dari sini guru akan merangka strategi pengayaan atau pemulihan dengan meletakkan pelajar di dalam sesuatu kumpulan yang sesuai dengan aras kebolehan mereka. (Guilford,J.P.:1967) Justeru penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan/membuat keputusan dalam mengkritik nilai, mutu, kualiti, harga bagi sesuatu perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa Penilaian ialah proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu tercapai. Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data berbentuk kuantitatif atau kualitatif atau kedua-duanya sekali.
  • 5. Contoh Ujian Diagnostik: Guru mengumpul maklumat selepas ujian pencapaian terhasil dalam bentuk profil individu atau pelajar berasaskan kemahiran yang diajar. Berdasar data yang dikumpul guru akan mengetahui aspek yang manakah masih beum dikuasai oleh pelajar sepenuhnya ataupun di peringkat yang dapat diterima. Contoh: Data individu dalam Unit 1: Unsur Seni. Contoh maklumat terkumpul melalui ujian pencapaian yang diadakan berdasar sukatan pelajaran, selalunya dilapurkan dalam bentuk peratus (%), jumlah markah dan peringkat peratusan. Gambarajah 2: Berdasar data yang dikumpul dapat membantu guru menyediakan rancangan P&P yang lebih sistematik sama ada latihan dalam bentuk pengayaan atau pemulihan. Ujian diagnostik ini sesuai digunakan kerana tujuan pengujian dan penilaian yang paling jelas adalah untuk memberi pergerakan kepada pelajar supaya mereka belajar dan guru pula mengajar dengan sempurna.(Gronlund,N.E:1965) Kesimpulannya di sini penilaian merupakan sebagai proses pengajaran-pembelajaran secara berterusan. Maklumat yang diperolehi selepas penilaian dilakukan dapat digunakan serta merta bagi mengatasi mana-mana masalah pembelajaran yang wujud. Keadaan ini dapat dilihat dalam gambarajah 3. (Abu Bakar Nordin:1986)
  • 6. b) pemerhatian/pengamatan: Dalam bidang seperti Pendidikan Seni Visual, pelajar perlu menyelami perkara-perkara yang berkait dengan bidang itu untuk mengetahui ciri-ciri dan bidang itu. Sebagai contoh dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar perlu memahami dan mempelajari bidang penghasilan seni yang meliputi Asas Seni Reka, Seni Halus, Komunikasi Visual, Reka bentuk dan Kraf Tradisional, manakala bidang sejarah dan apresiasi seni pula meliputi perkembangan Seni Visual di Malaysia, alat permaianan, seni bina dan sebagai. (Sukatan Pelajaran P.Seni: Kementerian Pelajaran Malaysia) Pelajar perlu memerhati setiap elemen dalam kandungan dan perkembangan seni supaya dapat menjadi pelajar yang kreatif dan kritis. Melalui pemerhatian dan pengamatan pelajar akan mempelajari dan kemudian menyatakannya dalam bentuk ekspresi atau penyataan diri tentang apa yang dilihat dan diamati. Pengamatan adalah asas kepada pembentukan sesuatu hasil atau ciptaan karya. Apabila pelajar mengamati sesuatu, dia akan menerapkannya di dalam pemikirannya. Penggabungannya dengan pengetahuan dan didorong oleh motivasi tertentu menyebabkan pelajar bersedia untuk mengemukakan sesuatu gubahan idea atau hasil karya. Pengamatan adalah satu proses yang kompleks. Ini dapat dilihat daripada hasil karya yang dikemukakan kelak. Hasil karya banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berkait dengan kemahiran mekanis. Jika pelajar disoal, mungkin ia akan memberi gambaran yang berlainan tentang benda yang diamati itu daripada gambaran sebenar.
  • 7. Sebagai contoh yang lain, seorang pelukis mengamati sebuah rumah, hasil pengamatannya tidak lagi serupa dengan rumah asalnya. Di dalam instrumen pemerhatian/pengamatan ini, kemahiran yang berkait rapat melalui deria patut diberi penekanan, ini termasuklah sensitif terhadap pergerakan, pendengaran, penglihatan, penyentuhan dan sebagai. Hasil karya pelajar akan dinilai guru dengan mengambil kira aspek-aspek tertentu seperti ketelitian, kehalusan karya, bahkan hasil dari pemerhatian dan pengamatan tersebut, guru akan membuat penilaian untuk mengesan perkara yang telah dipelajari oleh murid hasil dari pengajarannya. Guru juga memerlukan maklum balas mengenai keberkesanan kaedah mengajar yang telah digunakan. b) Ujian bertulis: i) Ujian Objektif Manusia mempunyai sifat yang sukar diketahui. Di antara sifat-sifat ini ialah pengetahuan tentang sesuatu, kemahiran di dalam bidang, sikap terhadap sesuatu kumpulan manusia, minat dalm seni serta reaksi terhadap sesuatu pergerakan. Maklumat tentang sifat-sifat ini hanya dapat “di infer” daripada perlakuan yang ditunjukkan melalui sesuatu situasi. Satu daripada situasi ini ialah situasi ujian. Ujian selalu digunakan untuk mendapat maklumat tentang pembelajaran pelajar. Banyak keputusan dibuat berasaskan maklumat daripada ujian. Ujian mesti mempunyai keesahan yang dapat diterima dan ujian itu juga boleh dipercayai bahkan senang dan praktikal kepada pihak yang menggunakannya seterusnya dapat memberi maklumat tentang apa yan g ingin diketahui guru. Seseorang pelajar yang selalu mendapat kepujian dalam ujian akan mempunyai sikap positif terhadap guru, sekolah dan pembelajarnnya. Sebaliknya pelajar yang selalu gagal akan mempunyai sikap yang negative dan aspirasi rendah. Justeru guru dan pengguna ujian sama ada dalam dibentuk sendiri atau didapati daripada punca lain. Jenis ujian objektif sebagai contoh, merupakan pembentukan soalan-soalan yang mudah, cepat serta senang dijawab. Satu daripadanya adalah ujian benar-salah. Item ini boleh dijawab dengan mudah dan
  • 8. cepat. Pemberian markah boleh dijalankan dengan menggunakan petunjuk. Langkah cermat perlu diambil kira supaya susunan perkataan dalam kenyataan jelas dan tepat serta maknanya tidak boleh dipersoalkan lagi. Guru dapat membuat penilaian tentang keberkesanan pembelajarannya melalui keputusan ujian tersebut sama ada pelajar dapat menjawab dengan cemerlang atau tidak. Pembinaan item jenis objektif ini sesuai digunakan sama ada bagi pelajr di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Ini disebabkan setiap satu item hanya menumpukan satu perkara dan satu peringkat dalam pengetahuan atau kemahiran. Dalam erti kata lain pembinaan item jenis objektif ini tidak menguji banyak perkara sekaligus. Pembinaan item jenis ini cukup berstruktur bagi mengelakkan penyelewengan semasa menjawab. Namun begitu ada juga pelajar yang menjawab secara meneka sahaja.Justeru satu panduan tentang pembinaan item ini perlu dibincangkan supaya kebolehpercayaan dan kesahannya diperakukan. ii) Ujian Subjektif: Makna perkataan yang membawa maksud dipengaruhi oleh pilihan diri sendiri, oleh itu perkara yang subjektif tidak dapat dibuktikan dengan saintiik. Penyataan juga tidak dapat dipastikan dengan tepat. Ujian subjektif biasanya berbentuk esei dan pemberian markahnya boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan cara; a) pemarkahan secara pandangan sepintas lalu - membaca lalu memberi pandangan berdasar perasaan sama ada esei pelajar itu baik atau sebaliknya dan markah diberi berasaskan kepada pandangan tadi. b) pemarkahan secara analitik - pemberian markah yang lebih relevan dan baik berdasar ciri-ciri jawapan esei itu sendiri. Sebagai contoh melalui markah 100%, beberapa elemen telah diberi pecahan markah mengikut kronologi kepentingan isi. Sebagai contoh dalam kertas Pendidikan Seni Visual Sijil Pelajaran Malaysia
  • 9. iaitu Kertas 2: Seni Halus (menggambar) , markah 50 yang ditetapkan meliputi markah seperti yang telah dipecahkan kepada beberapa bahagian utama iaitu; i) Warna – 15 markah ii) Gubahan – 15 markah iii) Interpretasi – 10 markah iv) Kreativiti – 10 markah Biasanya cara pemberian markah secara analitikal ini akan tersedia rapi dalam satu skim pemarkahan. Namun begitu skim pemarkahan ini bukanlah sesuatu yang rigid dan tidak boleh disangkal. Ia tetap mempunyai kelemahan berdasar hasil karya pelajar dengan markah yang diberi, di mana kadang-kadang tidak boleh diterima akal. Maksud di sini karya pelajar tidak sepatutnya dapat markah yang tinggi apabila dinilai penghasilannya kurang memuaskan. Justeru ciri-ciri utama mengadakan ujian seperti keesahan, kebolehpercayaan, interpretasi data dan sebagai diragui apabila timbul isu-isu di sebaliknya. (c) Pentaksiran Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi pencapaian P&P yang berkesan melalui langkah2 pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian dan penilaian amat penting.
  • 10. Namun begitu cara penilaian seperti ini mengundang beberapa isu, yang secara tidak langsung mempertikaikan corak penilaian dalam sistem pendidikan dalam negara kita. Antara persoalan yang timbul seperti berikut; a) Soalan bocor b) Skrip tidak diperiksa tetapi markah ada c) Soalan di luar sukatan pelajaran d) Berlaku pakatan untuk capai kejayaan e) Pelajar masih gagal walaupun telah menduduki peperiksaan beberapa kali. f) Terdapat pelajar yang tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. g) Peperiksaan dan pentaksiran kurang menjurus ke arah pembelajaran yang berkualiti tinggi. h) Mendorong pelajar berbuat apa sahaja untuk dapat markah tinggi. i) Berlaku kesilapan dalam pemberian markah. j) Gagal menjawab soalan walaupun telah diajar berulang kali. (d) Portfolio Penilaian portfolio berdasar kesesuaian tema, kecekapan menggunakan alat dan bahan untuk transform idea melalui pengolahan unsur-unsur seni visual, menilai juga tentang kreativiti pelajar menyelesaikan masalah artistik, ketepatan, kesempurnaan, ketelitian dan kehalusan kerja. Michael (1998) mencadang 8 objektif perlu dibuat penilaian berasas pengalaman studio dan hasil kerja seni pelajar itu sendiri; meliputi:
  • 11. a) Komunikasi/ekspresi b) Keyakinan diri c) Perkembangan persepsi d) Pengetahuan seni e) Ketekalan organisasi estetika f) Kreativiti g) Kemahiran h) keupayaan Isu yang timbul: a) Peruntukan perbelanjaan PCG tidak mencukupi kerana anggaran kewangan berdasar kepala pelajar. Jadi jika pelajar tidak ramai maka wang peruntukan yang diterima juga kurang sedangkan perbelanjaan untuk menghasilkan folio memerlukan perbelanjaan yang melebihi daripada apa yang diperuntukkan oleh PCG; terpaksa ambil dari menengah rendah T1 hingga T3 kerana biasanya peruntukan PCG untuk mereka tinggi kerana bilangan pelajar yang ramai b) Pelajar membuat kerja amali selepas waktu persekolahan. Aktiviti-aktiviti anjuran sekolah serta kekangan waktu menyebab pelajar gagal menyiapkan bidang tugas yang telah ditetapkan mengikut takwim penghasilan folio dan hasil karya; menyebabkan mereka terpaksa datang pada waktu sebelh petang atau hari Sabtu tetapi disebabkan masalah kewangan di kalangan pelajar orang asli, mereka kerap tidak hadir ke sekolah. Justeru folio dan hasil karya disiap dalam keadaan tidak sempurna
  • 12. d) Penguasaan sesuatu kemahiran tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Terdapat pelajar yang tidak mempunyai asas langsung dalam mata pelajaran PSV semasa di T4 dn T5, tetapi mendaftar mata pelajaran tersebut semasa di T6; guru perlu bermula dari awal proses P&P. a) Modul P&P m/p PSV perlu dibuat post mortem serta penambahbaikan supaya kualiti P&P dapat ditingkatkan. (e) Menggunakan senarai semak Borang senarai semak boleh dijadikan sebagai instrumen untuk menilai pelajar dalam ketiga-tiga aspek domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Guru membuat senarai semak untuk melihat keberkesanan pembelajaran. Sebagai contoh dalam pembelajaran di Tingkatan 6, guru menyediakan borang senarai semak sama ada pelajar telah menyiapkan tugasan yang diberikan secara berperingkat mengikut sekuen yang telah ditetapkan. Berdasar senarai semak juga guru boleh menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu tajuk di samping mendapatkan maklumat daripada pelajar tentang respon mereka terhadap P&P Pendidikan Seni. Daripada maklumat atau data yang diperolehi guru dapat mengambil tindakan susulan sama ada meneruskan kaedah yang sama dalam P&P atau membuat pengubahsuaian ke arah pembelajaran yang lebih sistematik. Begitu juga dengan maklumat yang dikumpul, guru boleh merancang aktiviti seterusnya sama ada membuat aktiviti pengayaan, pemulihan atau penambah baikan. Malahan daripada maklumat tersebut kelemahan pelajar dapat dikesan tentang penguasaan dan pemahaman setiap tajuk yang diajar guru. Rumusan daripada soal selidik itu, guru akan tahu keberkesanan proses P&P mereka. (Abu Bakar Nordin:1986) Selain daripada itu dapat membina pelajar menjadi pengguna yang bekerjasama dan yang mementingkan kualiti dan nilai estetika dalam penghasilan karya seperti terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual itu sendiri. (Stephen & Rederick:1978) Penutup
  • 13. Seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, hasil yang diperolehi daripada ukuran yang dijalankan juga tidak tepat. Prosedur penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan serta merumus data yang diperolehi.(Popham:2000) Rujukan: 1. Moskal,Barbara et.Al (2002) Validity, Realibility and The Assessment of Engineering Education; Journal of Enginnering Education. 2. Thorndike,et.Al (1991). Measurement and Evaluation in Psychology and Education.(5th Edition) New York;Macmillan. 3. Van Krieken,R (Dr).(1995);Writing and Administring Examinations,CITO. 4. Van Dallen,D.P (1979); Understanding Educational Research 4th Edition.Mc Graw Hill Inc. 5. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001);Penilaian Kendalian Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. 6. Stoner (1984);The Function of Executives Cambridge, Harvard University Press: Strategy, Quality and Resources Philadelpia. Open University Press. 7. Kementerian Pendidikan Malaysia (Nov.2003): Laporan Penilaian Pelaksanaan Mata pelajaran MPV. Pusat Perkembangan Kurikulum. 8. Cronbach,L.J.(1970).Essential of Psycological Testing (3rd ed) New York: Harper & Row. 9. Gay,L.R (1985). Educational and Evaluation and Measurement.Competencies for analysis and application 2nd ed. Charles E.Merril. 10. Popham,W.J (1975) .Educational Evaluation. New Jersey:Printice Hall Inc. 11. Popham,W.J (2000). Testing: What every parent should know about school tests.
  • 14. London: Allyn & Bacon. 12. Raminah Hj Sabran (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia. Pencerapannya pada peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur. DBP. 13. Panduan Pengurusan & Pengajaran Sejarah (2007). Jemaah Nazir Sekolah: Kementerian Pelajaran Malaysia. 14. Jaafar Muhamad (1992):Asas Pengurusan Edisi Kedua . Siri Pengurusan Fajar Bakti. 15. Dr Abu Bakar Nordin (1986): Siri Maktab Perguruan. Asas Penilaian Pendidikan. 16. Sharifah Alwiyah Al Sagoff (1983): Ilmu Pendidikan Pedagogi. Siri Maktab Perguruan. 17. Crow & Crow (1983): Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 18. Meg Keen, Valerie A.Brown & Rob Dyball (2005): Social Learning in Enviromental Management Towards a Sustainable Future. 19. Gronland,N.E (1965): Measurement and Evaluation in Teaching, New York; Macmillan. 20. Dunn,T.F, & Goldstein, L.G.(1959): Test Difficulty, Validity and Realibility as Functions of Selective Multiple-choice item construction principles. Educational & Psychological Measurement. 21. Kementerian Pelajaran Malaysia (1983): Panduan Penilaian Dalam Bilik Darjah. DBP Kuala Lumpur. 22. Furst,E.J. (1958): Constructing Evaluation Instruments. New York Longman Green. 23. Gulford,J.P. (1967): The Nature of Human Intelligence. New York Mc Graw Hill. 24. Stephen & Roderick (1978): Sumber internet. 25. Ebel,R.L.(1965): Confidence Weighting and Test Realibility. Journal of Educational Measurement.
  • 15. 2 ) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatutopik pembelajaran.Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenalwarna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluantopik berkenaan. S etelah aspek berkenaan ditentukan, makaguru bolehmenentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilikdarjah terhadap satu-satu topik berkenaan.Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadapsesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajarsudah menguasai topik berkenaan. 3 ) Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapatdalam setiaptopik. y Guru perlu menyusun elemen-elemen yangterdapatdalam topik-topik pembelajaran pada peringkatperlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomipendidikan. y S etelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuanselesai, gurus seterusnyamengaitkan semua elemenberkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agarsaling bertautan dan tidak terpisah.4 ) Membentuk soalan ujian. y Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan y S etiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepadapelajar sekurang-kurangnya satusoalan. 5 ) Mencadangkan langkah susulan. y Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatutopikpembelajaran di samping kesukaran yangdihadapi olehmurid-murid. y Tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkankeputusan ujian yang diperolehi. y Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahanketara dalam sesuatutopik, makatindakan selanjutnyayang harus diambil oleh guru ialah mengulang semulatopik berkenaan ataumengubah suai pendekatanpenyampaian agar murid-murid boleh menguasai topiktersebut.