SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 11
PENGENALAN


       Perkembangan sosio emosi merujuk kepada 2 perkembangan iaitu perkembangan emosi

dan perkembangan sosial. Perkembangan emosi ialah perkembangan perasaan kanak-kanak

manakala perkembangan sosial ialah perkembangan persekitaran kanak-kanak. Banyak

kemahiran bersosial yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam aktiviti

sehari-harian mereka. Kanak-kanak haruslah belajar bersosial dengan kanak-kanak lain dan

masyarakat sekeliling. Sewaktu zaman kanak-kanak adalah pengalaman pertama kanak-kanak

bersosial dengan rakan-rakan dan masyarakat. Perbincangan dalam satu kumpulan adalah salah

satu kemahiran bersosial dimana kanak-kanak belajar berkongsi bahan, berkomunikasi dengan

kanak-kanak lain dan menumpukan perhatian semasa orang lain tengah menerangkan sesuatu

perkara.


       Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak terjadi pada zaman kanak-kanak lagi.

Perkembangan sosio-emosi terjadi serentak dengan perkembangan fizikal dan mental mereka.

Perkembangan sosio-emosi kanak-kanak terbahagi kepada 4 iaitu:


           1) Konsep kendiri dan penerimaan diri

           2) Perhubungan antara kanak-kanak dengan kanak-kanak lain

           3) Perhubungan antara kanak-kanak dengan guru

           4) Perhubungan kanak-kanak di dalam kumpulan.
KONSEP KENDIRI DAN PENERIMAAN DIRI


       Konsep kendiri dapat ditakrifkan sebagai timbulnya kesedaran terhadap diri sendiri dan

ciri-ciri yang terdapat dalam diri (penampilan fizikal, kemahiran dan kemampuan). Konsep ini

adalah perbezaan pada setiap individu.


       Semua kanak-kanak akan merasa bahawa mereka adalah orang yang paling

baik. Perasaan ini disebut penerimaan diri atau harga diri dimana kanak-kanak yang merasa diri

mereka baik dan percaya mereka boleh melakukan perkara-perkara yang baik mempunyai

konsep penerimaan diri yang baik.


       Kanak-kanak yang memiliki konsep kendiri yang positif boleh menerima kekuatan dan

kelemahan mereka sendiri. Pada zaman globalisasi ini, banyak program kanak-kanak yang

disediakan untuk memelihara kesedaran diri dan konsep kendiri yang positif dapat di terapkan di

dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak telah belajar konsep kendiri denga cara sentuhan yang

dilakukan sejak bayi lagi.


       Apabila ibu bapa memegang erat bayi mereka, bayi tersebut membesar dan menjadi

seorang kanak-kanak, mereka akan terus belajar untuk meneraima diri mereka. Apabila kanak-

kanak tersebut dipuji oleh orang sekelillingnya kanak-kanak akan gembira dan akn menerima

pujian itu dengan suka hati. Dari sini, kanak-kanak dapat belajar untuk menerimadiri mereka

sendiri walaupun apa yang mereka lakukan tidak di sukai oleh orang lain.


       Di dalam program seni kanak-kanak, kanak-kanak belajar lebih banyak tentang diri dan

kemampuan diri mereka sendiri. Contohnya, apabila kanak-kanak dipuji dipuji lukisan yang

dilukisnya, kanak-kanak akan berasa bangga dengan prestasi tersebut dan merasakan dirinya
cukup pandai melukis. Mereka akan lebih yakin terhadap diri mereka sendiri, berkeyakinan

terhadap diri sendiri ini adalah baik untuuk kanak-kanak kerana ia bole membina pemikiraan

seni kanak-kanak dan sangat penting bagi perkembangan positif konsep kendiri.


       Konsep kendiri yang baik adalah penting untuk kanak-kanak dan ianya adalah sama

penting untuk orang dewasa. Kanak-kanak juga memerlukan doronga yang sama seperti orang

dewasa.Kanak-kanak memerlukan dorongan dari segi emosional dan persekitaran yang selamat

untuk mengeksppesikan diri mereka secara kreatif. Melalui konsep ini kanak-kanak akan lebih

percaya kepada diri mereka masing-masing.


       Program seni ini adalah bertujuan untuk perkembangan kanak-kanak dimana dengan cara

ini guru-guru dapat membuat pilihan bahan dan aktiviti yang sesuai mengikut peringkat kanak-

kanak melalui perkembangan yang mereka capai. Program ini juga memenuhi perkembangan

individu seseorang kanak-kanak untuk membesar dab bergaul.


Konsep Penerimaan diri melalui kegiatan seni.


       Psikologi dan persekitaran adalah penting untuk pertumbuhan dan pergaulan dalam

konsep penerimaan diri kanak-kanak. Persekitaran kanak-kanak dapat dirancang agar mereka

lebih mudah untuk bergaul


   a) Menerima kanak-kanak dalam peringkat perkembangan mereka.


   Jika ibu bapa dan masyarakat sekeliling menerima kanak-kanak dalam cara yang positif

maka kanak-kanak dapat merasakan yang mereka akan diterima. Program seni ini dapat

membantu kanak-kanak tidak akan terlalu manja dengan ibu bapa malahan akan belajar merasa
lebih yakin pada diri sendiri dan kemahiran yang mereka ada. Kepercayaan kepada diri dapat

membina hubungan di antara guru dan kanak-kanak dimana apabila guru menunjukkan

kepercayaan kepada kanak-kanak, ianya akan membantu kanak-kanak mengembangkan rasa

percaya pada diri.


   b) Menyediakan persekitaran yang selesa mengikut peringkat usia.


   Guru seharusnya menyediakan bilik yang selesa agar kanak-kanak dapat merasa seperti

berada di rumah. Bilik-bilik ini disediakan haruslah mengikut usia kanak-kanak. Meja dan kerusi

yang disediakan adalah menngikut saiz kanak-kanak. Apabila guru menyediakan meja dan kerusi

yang tidak sesuai, kanak-kanak akan berusaha untuk menyelesakan diri mereka dimana

timbulnya kesukaran bagi kanak-kanak. Apbila kanak-kanak mendapat kerusi dan meja yang

bersesuaian mereka akan merasa selesa dan dapat memperkuatkan keyakinan diri sekaligus

memperkuatkan penerimaan diri mereka.


   c) Menyediakan bahan dan aktiviti yang sesuai.


Apabila seorang guru memberikan kanak-kanak alat yang bersesuian kepada mereka, mereka

dapat mengaplikasikan dan meningkatkan kemahiran mereka. Guru juga boleh membantu

mereka dan member tunjuk ajar. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan dan mereka akan

berbangga terhadap diri sendiri.
d) Menyediakan bahan yang lebih kreatif


Kreativiti dapat member keyakinan dan semangat terhadap kanak-kanak. Apabila seorang guru

menyediakan bahan yang kreatif, kanak-kanak akan lebih kreatif dan percaya bahawa mereka

mampu berfikiran kreatif.




HUBUNGAN KANAK-KANAK DENGAN KANAK-KANAK LAIN.


       Perhubungan ini terjadi apabila setelah seorang kanak-kanak telah menerima kanak-

kanak lain dalam hidupnya. Dalam perkembangan program seni, kanak-kanak lebih berpeluang

bersama-sama kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Kanak-kanak yang mempunyai fikiran

positif adalah seorang kanak-kanak yang jujur dan boleh menerima kemampuan diri dan kanak-

kanak lain.


       Program seni adalah platform yang baik untuk perhubungan kanak-kanak dimana mereka

akan bergaul, berkomunikasi dan bermain bersama. Jika program seni dijalankan sesuai dengan

tahap perkembangan kanak-kanak mereka akan berasa seronok dan akan mencuba alat-alat yang

baru. Ibu bapa seharusnya membiarkan kanak-kanak ini lebih banyak kesempatanuntuk

berinteraksi antara satu sama lain.


       Kebebasan seni juga mengalakkan kanak-kanak berinteraksi tentang karya mereka dan

karya-karya kanak-kanak lain. Bekerjasama dalam melukis, mewarna, menampal akan

membuatkan kanak-kanak lebih akrab.
Bertukar-tukar pendapat


       Kegiatan seni menyediakan kesempatan kepada kanak-kanak belajar dan merasa seperti

kanak-kanak lain. Kanak-kanak juga dapat bertukar pendapat mereka contohnya apabila seorang

kanak-kanak sedang melukiskanak-kanak lain dapat member idea tentang lukisannya itu dan

mereka boleh bekerjasama menghasilkan lukisan yang lebih mantap. Kesempatan untuk

berkongsi idea tentang sesuatu karya adalh titik permulaan bagi hubungan antara kanak-kanak.

Kanak-kanak boleh mengetahui bahawa kanak-kanak lain juga memiliki idea yang berbeza

dengan mereka. Kanak-kanak dapat belajar dimana tidak semua orang harus bersetuju dengan

pendapatnya.


Ekspresi dari perasaan


       Proses seni kreatif membolehkan kanak-kanak untuk menterjemah perasaan serta idea-

idea mereka (Deway,1958, Lowenfeld & Britian, 1957). Penggunaan warna dapat mencerminkan

emosi untuk mengungkapkan kata-kata. Hal ini dapat dijelaskan apabila kanak-kanak yang takut

gelap tidak suka kepada warna hitam. Warna hitam dapat menggambarkan perasaan mereka.

Warna-warna yang cerah menggambarkan wajah ceria kanak-kanak.


       Kanak-kanak yang mempunyai perasaan tekanan dapat mengekspresikan perasaan

mereka melalui tindakan vindalisme. Guru yang memahami perasaan kanak-kanak dapat

membantu mengatasi masalah mereka.
Bekerjasama


       Bekerjasama dengan kanak-kanak lain dalam kegiatan seni memberikan kanak-kanak

kesempatan untuk belajar tentang diri kanak-kanak lain. Guru juga boleh berkongsi dan

bekerjasama dengan kanak-kanak lain. Kerjasama antara kanak-kanak juga merupakan

sebahagian program seni dimana kanak-kanak belajar erti kerjasama sambil membanyu kanak-

kanak lain menghasilkan karya mereka.


PERHUBUNGAN ANTARA KANAK-KANAK DENGAN GURU


       Guru adalah seseorang yang sangat penting pada kanak-kanak dimana kanak-kanak akan

mengikut semua arahan guru. Kanak-kanak akan mempelajari sesuatu benda yang baru melalui

ajaran seorang guru. Dari sini, perhubungan antara guru dan kanak-kanak akan terjalin. Kanak-

kanak akan belajar berinteraksi selaindari keluarga mereka di sekolah dan guru-guru akan

membantu mereka berinteraksi antara satu sama lain dengan lebih berkesan.


       Kanak-kanak belajar aktiviti seni dari guru dan guru akan membantu kanak-kanak

mengekspresikan idea mereka dengan cara mereka sendiri. Guru juga seharusnya mendorong

kanak-kanak untuk mengeksplotasikan idea mereka dengan pelbagai ekspesi yang melibatkan

seni. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan dan perkembangan kanak-kanak.


       Guru boleh menjadi teman yang baik kepada kanak-kanak. Oleh itu, penting bagi seorang

guru menjalinkan hubungan yang baik dalam kegiatan seni. Perasaan gembira akan timbul jika

guru bersikap baik dan ianya akan mempengaruhikehadiran kanak-kanak ke sekolah.
Mengeratkan hubungan


       Perhubungan antara guru dan kanak-kanak tidak akan berlaku dengan pantas dimana guru

harus mengambil hati kanak-kanak untuk menyukainya. Antara cara untuk mempertingkatkan

hubungan antara kanak-kanak dengan guru ialah:


       a) Menjemput kanak-kanak setiap kali datang ke sekolah. Hal ini dapat membuatkan

          kanak-kanak merasa diperlukan dan istimewa

       b) Gunakan nama kanak-kanak tersebut apabila bercakap dengannya.

       c) Memandang mata kanak-kanak tersebut apabila bercakap dengannya.

       d) Gunakan suara yang lembut apabila bercakap dengannya.

       e) Mendengar setiap luahan kanak-kanak tersebut.


Memberi motivasi untuk kanak-kanak


       Seorang guru dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangannya melalui motivasi.

Guru boleh melakukan perbincangan untuk merangsang dan mencabar tahap imaginasi kanak-

kanak. Walaupun motivasi yang berkesan adalah pujian dan dorongan tetapi terdapat beberapa

lagi cara untuk memotivasikan kanak-kanak.


       a) Guru harus memastikan mereka mempunyai bahan yang mencukupi untuk kegiatan

          yang akan dijalankkan.

       b) Guru-guru harus mengetahui dan menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti

          yang dijalankan.
PERHUBUNGAN KANAK-KANAK DI DALAM KUMPULAN


       Dalam kegiatan seni, kanak-kanak haruslah belajar untuk bekerjasama dalam kumpulan.

Berada di dalam kumpulan di sekolah adalah tidak sama seperti berada dalam sebuah keluarga.

Dalam seni, seorang kanak-kanak belajar cara untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan.

Mereka akan bekerja mengikut idea-idea kelompok dalam perancangan mereka sendiri. Kanak-

kanak juga belajar mematuhinperaturan dalam kumpulan.


       Selain itu, kanak-kanak juga dapat belajar menjadi pemimpin yang bertanggungjawab.

Kanak-kanak juga dapat berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat di dalam kumpulan di

dalam kumpulan. Oleh itu, dalam kegiatan seni ini kanak-kanak mempunyai banyak kesempatan

untuk belajar menjadi pemimpin dan ahli kumpulan yang bertanggungjawab.


       Tambahan pula, kanak-kanak juga dapat belajar menghormati hak-hak dan idea-idea ahli-

ahli kumpulan. Belajar untuk menghormati orang lain juga merupakan sebahagian daripada

kehidupan kanak-kanak di luar sekolah. Hal ini juga dapat menjadikan kanak-kanak mudah

bersosial di luar sekolah dengan masyarakat sekeliling. Seperti yang kita tahu, sikap egoisme di

dalam diri kanak-kanak adalah sikap semulajadi. Kanak-kanak akan menghadapi kesukaran jika

mereka terlalu mementingkan diri sendiri dalam kumpulan tetapi kanak-kanak boleh belajar cara

untuk mengetepikan egoisme mereka.


       Kanak-kanak harus belajar mendisiplinkan diri agar kerjasama dalam sebuah kumpulan

dapat dibentuk. Kemahiran yang mereka ada harus dikongsi bersama agar setiap karya yang

dihasilkan adalah yang terbaik. Kegiatan seni ini memberikan kebaikan yang begitu banyak,
dimana kanak-kanak dapat belajar tentang diri sendiri, rakan-rakan lain dan dapat belajar di

dalam kumpulan yang besar mahupun kumpulan kecil.


PENUTUP


       Seni adalah sinonim dengan kanak-kanak dimana seni boleh menjadi satu platform bagi

perkembangan diri kanak-kkanak sama ada dari segi fizikal, konigtif mahupun sosio emosi.

Dalam perkembangan sosio emosi kanak-kanak berkembang melalui 4 bahagian iaitu konsep

kendiri dan penerimaan diri, perhubungan antara kanak-kanak dengan kanak-kanak lain,

perhubungan antara kanak-kanak dengan guru dan perhubungan kanak-kanak di dalam

kumpulan. Apabila keempat-empat elemen ini bergabung maka perkembangan sosio emosi

kanak-kanak akan menjadi lebih sempurna. Secara kesimpulannya, pendidikan dan penglibatan

kanak-kanak dalam seni akan member peluang kepada kanak-kanakuntuk berinteraksi dan

meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti seni member

peluang kepada kanak-kanak untuk saling hormat menghormati dan menjadi landasan untuk

memupuk perasaan bertoleransi. Seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam

aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
BIBLIOGRAFI




Mayesky, M.(2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York.

       Delmar Thomson Learning




Perkembangan Seni dan Kanak-kanak (2003). Diperolehi pada 20 Febuari, 2010 daripada

       http://www.docstoc.com/docs//Perkembangan-seni-dan-Kanak-kanak

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Rancangan pengajaran harian model assure
Rancangan pengajaran harian model assure Rancangan pengajaran harian model assure
Rancangan pengajaran harian model assure sharifah mu'minah
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapmanaliasafia
 
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDINPsv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDINNorhaniza Taharuddin
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanWany Hardy
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
Jenis jenis dan fungsi kraf traditional
Jenis jenis dan fungsi kraf traditionalJenis jenis dan fungsi kraf traditional
Jenis jenis dan fungsi kraf traditionalPika Osman
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniWany Hardy
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan fitri norlida
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT Santa Barbara
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahRohini Egambaram
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesionalModul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesionalbeeeeth
 
Boneka prasekolah
Boneka prasekolahBoneka prasekolah
Boneka prasekolaheela5346
 
Refleksi waj 3107 seni dalam pendidikan
Refleksi waj 3107 seni dalam pendidikanRefleksi waj 3107 seni dalam pendidikan
Refleksi waj 3107 seni dalam pendidikanjohn law
 
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensiJelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensiPensil Dan Pemadam
 
Contoh Membuat Jadual Spesifikasi Ujian
Contoh Membuat Jadual Spesifikasi UjianContoh Membuat Jadual Spesifikasi Ujian
Contoh Membuat Jadual Spesifikasi UjianHafiz Pk
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualWany Hardy
 

La actualidad más candente (20)

Rancangan pengajaran harian model assure
Rancangan pengajaran harian model assure Rancangan pengajaran harian model assure
Rancangan pengajaran harian model assure
 
multimedia interaktif
multimedia interaktifmultimedia interaktif
multimedia interaktif
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapman
 
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDINPsv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Jenis jenis boneka
Jenis jenis bonekaJenis jenis boneka
Jenis jenis boneka
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Jenis jenis dan fungsi kraf traditional
Jenis jenis dan fungsi kraf traditionalJenis jenis dan fungsi kraf traditional
Jenis jenis dan fungsi kraf traditional
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seni
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesionalModul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional
 
Boneka prasekolah
Boneka prasekolahBoneka prasekolah
Boneka prasekolah
 
Refleksi waj 3107 seni dalam pendidikan
Refleksi waj 3107 seni dalam pendidikanRefleksi waj 3107 seni dalam pendidikan
Refleksi waj 3107 seni dalam pendidikan
 
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensiJelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
 
mengenal kraftangan tradisional
mengenal kraftangan tradisionalmengenal kraftangan tradisional
mengenal kraftangan tradisional
 
Contoh Membuat Jadual Spesifikasi Ujian
Contoh Membuat Jadual Spesifikasi UjianContoh Membuat Jadual Spesifikasi Ujian
Contoh Membuat Jadual Spesifikasi Ujian
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
 

Similar a Seni dan perkembangan kanak-kanak

kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutazimahbtomar
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Najwa Ahmad
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permataNooraidy
 
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusKonstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusLamino Aliya
 
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakEdit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakLiching Ching
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...mashinichi14
 
K7.5 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (BERCERITA) (3).pptx
K7.5 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (BERCERITA) (3).pptxK7.5 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (BERCERITA) (3).pptx
K7.5 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (BERCERITA) (3).pptxPJ0621MuhammadNaufal
 
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaAsgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaDurratul Aini
 
M2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan KognitifM2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan KognitifNormala Mehat
 
Topik 2 kanak dan seni
Topik 2 kanak dan seniTopik 2 kanak dan seni
Topik 2 kanak dan seniMazli Jaafar
 
Laurachapman 121203095303-phpapp01
Laurachapman 121203095303-phpapp01Laurachapman 121203095303-phpapp01
Laurachapman 121203095303-phpapp01Hem Emmiey
 
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK Rean Leh
 
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1Young Lia
 
Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahIzz Khalil
 
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahPengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahDennis Ha
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107radeanmas
 

Similar a Seni dan perkembangan kanak-kanak (20)

kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
 
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusKonstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
 
Permata
PermataPermata
Permata
 
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakEdit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
 
K7.5 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (BERCERITA) (3).pptx
K7.5 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (BERCERITA) (3).pptxK7.5 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (BERCERITA) (3).pptx
K7.5 JENIS-JENIS TERAPI KANAK-KANAK (BERCERITA) (3).pptx
 
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaAsgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
 
M2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan KognitifM2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan Kognitif
 
CTL
CTLCTL
CTL
 
Topik 2 kanak dan seni
Topik 2 kanak dan seniTopik 2 kanak dan seni
Topik 2 kanak dan seni
 
Laurachapman 121203095303-phpapp01
Laurachapman 121203095303-phpapp01Laurachapman 121203095303-phpapp01
Laurachapman 121203095303-phpapp01
 
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK
 
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
 
Alam belajar
Alam belajarAlam belajar
Alam belajar
 
Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolah
 
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahPengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107
 

Más de Linda Zain

Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2Linda Zain
 
Standard Pengajaran Profesional
Standard Pengajaran ProfesionalStandard Pengajaran Profesional
Standard Pengajaran ProfesionalLinda Zain
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraLinda Zain
 
Fobia kanak kanak
Fobia kanak kanakFobia kanak kanak
Fobia kanak kanakLinda Zain
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakLinda Zain
 
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolah
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolahKertas kerja perkhemahan murid prasekolah
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolahLinda Zain
 
Kertas cadangan sambutan hari raya aidilfitri
Kertas cadangan sambutan hari raya aidilfitri Kertas cadangan sambutan hari raya aidilfitri
Kertas cadangan sambutan hari raya aidilfitri Linda Zain
 

Más de Linda Zain (7)

Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2
 
Standard Pengajaran Profesional
Standard Pengajaran ProfesionalStandard Pengajaran Profesional
Standard Pengajaran Profesional
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
 
Fobia kanak kanak
Fobia kanak kanakFobia kanak kanak
Fobia kanak kanak
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanak
 
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolah
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolahKertas kerja perkhemahan murid prasekolah
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolah
 
Kertas cadangan sambutan hari raya aidilfitri
Kertas cadangan sambutan hari raya aidilfitri Kertas cadangan sambutan hari raya aidilfitri
Kertas cadangan sambutan hari raya aidilfitri
 

Seni dan perkembangan kanak-kanak

  • 1. PENGENALAN Perkembangan sosio emosi merujuk kepada 2 perkembangan iaitu perkembangan emosi dan perkembangan sosial. Perkembangan emosi ialah perkembangan perasaan kanak-kanak manakala perkembangan sosial ialah perkembangan persekitaran kanak-kanak. Banyak kemahiran bersosial yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam aktiviti sehari-harian mereka. Kanak-kanak haruslah belajar bersosial dengan kanak-kanak lain dan masyarakat sekeliling. Sewaktu zaman kanak-kanak adalah pengalaman pertama kanak-kanak bersosial dengan rakan-rakan dan masyarakat. Perbincangan dalam satu kumpulan adalah salah satu kemahiran bersosial dimana kanak-kanak belajar berkongsi bahan, berkomunikasi dengan kanak-kanak lain dan menumpukan perhatian semasa orang lain tengah menerangkan sesuatu perkara. Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak terjadi pada zaman kanak-kanak lagi. Perkembangan sosio-emosi terjadi serentak dengan perkembangan fizikal dan mental mereka. Perkembangan sosio-emosi kanak-kanak terbahagi kepada 4 iaitu: 1) Konsep kendiri dan penerimaan diri 2) Perhubungan antara kanak-kanak dengan kanak-kanak lain 3) Perhubungan antara kanak-kanak dengan guru 4) Perhubungan kanak-kanak di dalam kumpulan.
  • 2. KONSEP KENDIRI DAN PENERIMAAN DIRI Konsep kendiri dapat ditakrifkan sebagai timbulnya kesedaran terhadap diri sendiri dan ciri-ciri yang terdapat dalam diri (penampilan fizikal, kemahiran dan kemampuan). Konsep ini adalah perbezaan pada setiap individu. Semua kanak-kanak akan merasa bahawa mereka adalah orang yang paling baik. Perasaan ini disebut penerimaan diri atau harga diri dimana kanak-kanak yang merasa diri mereka baik dan percaya mereka boleh melakukan perkara-perkara yang baik mempunyai konsep penerimaan diri yang baik. Kanak-kanak yang memiliki konsep kendiri yang positif boleh menerima kekuatan dan kelemahan mereka sendiri. Pada zaman globalisasi ini, banyak program kanak-kanak yang disediakan untuk memelihara kesedaran diri dan konsep kendiri yang positif dapat di terapkan di dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak telah belajar konsep kendiri denga cara sentuhan yang dilakukan sejak bayi lagi. Apabila ibu bapa memegang erat bayi mereka, bayi tersebut membesar dan menjadi seorang kanak-kanak, mereka akan terus belajar untuk meneraima diri mereka. Apabila kanak- kanak tersebut dipuji oleh orang sekelillingnya kanak-kanak akan gembira dan akn menerima pujian itu dengan suka hati. Dari sini, kanak-kanak dapat belajar untuk menerimadiri mereka sendiri walaupun apa yang mereka lakukan tidak di sukai oleh orang lain. Di dalam program seni kanak-kanak, kanak-kanak belajar lebih banyak tentang diri dan kemampuan diri mereka sendiri. Contohnya, apabila kanak-kanak dipuji dipuji lukisan yang dilukisnya, kanak-kanak akan berasa bangga dengan prestasi tersebut dan merasakan dirinya
  • 3. cukup pandai melukis. Mereka akan lebih yakin terhadap diri mereka sendiri, berkeyakinan terhadap diri sendiri ini adalah baik untuuk kanak-kanak kerana ia bole membina pemikiraan seni kanak-kanak dan sangat penting bagi perkembangan positif konsep kendiri. Konsep kendiri yang baik adalah penting untuk kanak-kanak dan ianya adalah sama penting untuk orang dewasa. Kanak-kanak juga memerlukan doronga yang sama seperti orang dewasa.Kanak-kanak memerlukan dorongan dari segi emosional dan persekitaran yang selamat untuk mengeksppesikan diri mereka secara kreatif. Melalui konsep ini kanak-kanak akan lebih percaya kepada diri mereka masing-masing. Program seni ini adalah bertujuan untuk perkembangan kanak-kanak dimana dengan cara ini guru-guru dapat membuat pilihan bahan dan aktiviti yang sesuai mengikut peringkat kanak- kanak melalui perkembangan yang mereka capai. Program ini juga memenuhi perkembangan individu seseorang kanak-kanak untuk membesar dab bergaul. Konsep Penerimaan diri melalui kegiatan seni. Psikologi dan persekitaran adalah penting untuk pertumbuhan dan pergaulan dalam konsep penerimaan diri kanak-kanak. Persekitaran kanak-kanak dapat dirancang agar mereka lebih mudah untuk bergaul a) Menerima kanak-kanak dalam peringkat perkembangan mereka. Jika ibu bapa dan masyarakat sekeliling menerima kanak-kanak dalam cara yang positif maka kanak-kanak dapat merasakan yang mereka akan diterima. Program seni ini dapat membantu kanak-kanak tidak akan terlalu manja dengan ibu bapa malahan akan belajar merasa
  • 4. lebih yakin pada diri sendiri dan kemahiran yang mereka ada. Kepercayaan kepada diri dapat membina hubungan di antara guru dan kanak-kanak dimana apabila guru menunjukkan kepercayaan kepada kanak-kanak, ianya akan membantu kanak-kanak mengembangkan rasa percaya pada diri. b) Menyediakan persekitaran yang selesa mengikut peringkat usia. Guru seharusnya menyediakan bilik yang selesa agar kanak-kanak dapat merasa seperti berada di rumah. Bilik-bilik ini disediakan haruslah mengikut usia kanak-kanak. Meja dan kerusi yang disediakan adalah menngikut saiz kanak-kanak. Apabila guru menyediakan meja dan kerusi yang tidak sesuai, kanak-kanak akan berusaha untuk menyelesakan diri mereka dimana timbulnya kesukaran bagi kanak-kanak. Apbila kanak-kanak mendapat kerusi dan meja yang bersesuaian mereka akan merasa selesa dan dapat memperkuatkan keyakinan diri sekaligus memperkuatkan penerimaan diri mereka. c) Menyediakan bahan dan aktiviti yang sesuai. Apabila seorang guru memberikan kanak-kanak alat yang bersesuian kepada mereka, mereka dapat mengaplikasikan dan meningkatkan kemahiran mereka. Guru juga boleh membantu mereka dan member tunjuk ajar. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan dan mereka akan berbangga terhadap diri sendiri.
  • 5. d) Menyediakan bahan yang lebih kreatif Kreativiti dapat member keyakinan dan semangat terhadap kanak-kanak. Apabila seorang guru menyediakan bahan yang kreatif, kanak-kanak akan lebih kreatif dan percaya bahawa mereka mampu berfikiran kreatif. HUBUNGAN KANAK-KANAK DENGAN KANAK-KANAK LAIN. Perhubungan ini terjadi apabila setelah seorang kanak-kanak telah menerima kanak- kanak lain dalam hidupnya. Dalam perkembangan program seni, kanak-kanak lebih berpeluang bersama-sama kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Kanak-kanak yang mempunyai fikiran positif adalah seorang kanak-kanak yang jujur dan boleh menerima kemampuan diri dan kanak- kanak lain. Program seni adalah platform yang baik untuk perhubungan kanak-kanak dimana mereka akan bergaul, berkomunikasi dan bermain bersama. Jika program seni dijalankan sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak mereka akan berasa seronok dan akan mencuba alat-alat yang baru. Ibu bapa seharusnya membiarkan kanak-kanak ini lebih banyak kesempatanuntuk berinteraksi antara satu sama lain. Kebebasan seni juga mengalakkan kanak-kanak berinteraksi tentang karya mereka dan karya-karya kanak-kanak lain. Bekerjasama dalam melukis, mewarna, menampal akan membuatkan kanak-kanak lebih akrab.
  • 6. Bertukar-tukar pendapat Kegiatan seni menyediakan kesempatan kepada kanak-kanak belajar dan merasa seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak juga dapat bertukar pendapat mereka contohnya apabila seorang kanak-kanak sedang melukiskanak-kanak lain dapat member idea tentang lukisannya itu dan mereka boleh bekerjasama menghasilkan lukisan yang lebih mantap. Kesempatan untuk berkongsi idea tentang sesuatu karya adalh titik permulaan bagi hubungan antara kanak-kanak. Kanak-kanak boleh mengetahui bahawa kanak-kanak lain juga memiliki idea yang berbeza dengan mereka. Kanak-kanak dapat belajar dimana tidak semua orang harus bersetuju dengan pendapatnya. Ekspresi dari perasaan Proses seni kreatif membolehkan kanak-kanak untuk menterjemah perasaan serta idea- idea mereka (Deway,1958, Lowenfeld & Britian, 1957). Penggunaan warna dapat mencerminkan emosi untuk mengungkapkan kata-kata. Hal ini dapat dijelaskan apabila kanak-kanak yang takut gelap tidak suka kepada warna hitam. Warna hitam dapat menggambarkan perasaan mereka. Warna-warna yang cerah menggambarkan wajah ceria kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai perasaan tekanan dapat mengekspresikan perasaan mereka melalui tindakan vindalisme. Guru yang memahami perasaan kanak-kanak dapat membantu mengatasi masalah mereka.
  • 7. Bekerjasama Bekerjasama dengan kanak-kanak lain dalam kegiatan seni memberikan kanak-kanak kesempatan untuk belajar tentang diri kanak-kanak lain. Guru juga boleh berkongsi dan bekerjasama dengan kanak-kanak lain. Kerjasama antara kanak-kanak juga merupakan sebahagian program seni dimana kanak-kanak belajar erti kerjasama sambil membanyu kanak- kanak lain menghasilkan karya mereka. PERHUBUNGAN ANTARA KANAK-KANAK DENGAN GURU Guru adalah seseorang yang sangat penting pada kanak-kanak dimana kanak-kanak akan mengikut semua arahan guru. Kanak-kanak akan mempelajari sesuatu benda yang baru melalui ajaran seorang guru. Dari sini, perhubungan antara guru dan kanak-kanak akan terjalin. Kanak- kanak akan belajar berinteraksi selaindari keluarga mereka di sekolah dan guru-guru akan membantu mereka berinteraksi antara satu sama lain dengan lebih berkesan. Kanak-kanak belajar aktiviti seni dari guru dan guru akan membantu kanak-kanak mengekspresikan idea mereka dengan cara mereka sendiri. Guru juga seharusnya mendorong kanak-kanak untuk mengeksplotasikan idea mereka dengan pelbagai ekspesi yang melibatkan seni. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan dan perkembangan kanak-kanak. Guru boleh menjadi teman yang baik kepada kanak-kanak. Oleh itu, penting bagi seorang guru menjalinkan hubungan yang baik dalam kegiatan seni. Perasaan gembira akan timbul jika guru bersikap baik dan ianya akan mempengaruhikehadiran kanak-kanak ke sekolah.
  • 8. Mengeratkan hubungan Perhubungan antara guru dan kanak-kanak tidak akan berlaku dengan pantas dimana guru harus mengambil hati kanak-kanak untuk menyukainya. Antara cara untuk mempertingkatkan hubungan antara kanak-kanak dengan guru ialah: a) Menjemput kanak-kanak setiap kali datang ke sekolah. Hal ini dapat membuatkan kanak-kanak merasa diperlukan dan istimewa b) Gunakan nama kanak-kanak tersebut apabila bercakap dengannya. c) Memandang mata kanak-kanak tersebut apabila bercakap dengannya. d) Gunakan suara yang lembut apabila bercakap dengannya. e) Mendengar setiap luahan kanak-kanak tersebut. Memberi motivasi untuk kanak-kanak Seorang guru dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangannya melalui motivasi. Guru boleh melakukan perbincangan untuk merangsang dan mencabar tahap imaginasi kanak- kanak. Walaupun motivasi yang berkesan adalah pujian dan dorongan tetapi terdapat beberapa lagi cara untuk memotivasikan kanak-kanak. a) Guru harus memastikan mereka mempunyai bahan yang mencukupi untuk kegiatan yang akan dijalankkan. b) Guru-guru harus mengetahui dan menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang dijalankan.
  • 9. PERHUBUNGAN KANAK-KANAK DI DALAM KUMPULAN Dalam kegiatan seni, kanak-kanak haruslah belajar untuk bekerjasama dalam kumpulan. Berada di dalam kumpulan di sekolah adalah tidak sama seperti berada dalam sebuah keluarga. Dalam seni, seorang kanak-kanak belajar cara untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan. Mereka akan bekerja mengikut idea-idea kelompok dalam perancangan mereka sendiri. Kanak- kanak juga belajar mematuhinperaturan dalam kumpulan. Selain itu, kanak-kanak juga dapat belajar menjadi pemimpin yang bertanggungjawab. Kanak-kanak juga dapat berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat di dalam kumpulan di dalam kumpulan. Oleh itu, dalam kegiatan seni ini kanak-kanak mempunyai banyak kesempatan untuk belajar menjadi pemimpin dan ahli kumpulan yang bertanggungjawab. Tambahan pula, kanak-kanak juga dapat belajar menghormati hak-hak dan idea-idea ahli- ahli kumpulan. Belajar untuk menghormati orang lain juga merupakan sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak di luar sekolah. Hal ini juga dapat menjadikan kanak-kanak mudah bersosial di luar sekolah dengan masyarakat sekeliling. Seperti yang kita tahu, sikap egoisme di dalam diri kanak-kanak adalah sikap semulajadi. Kanak-kanak akan menghadapi kesukaran jika mereka terlalu mementingkan diri sendiri dalam kumpulan tetapi kanak-kanak boleh belajar cara untuk mengetepikan egoisme mereka. Kanak-kanak harus belajar mendisiplinkan diri agar kerjasama dalam sebuah kumpulan dapat dibentuk. Kemahiran yang mereka ada harus dikongsi bersama agar setiap karya yang dihasilkan adalah yang terbaik. Kegiatan seni ini memberikan kebaikan yang begitu banyak,
  • 10. dimana kanak-kanak dapat belajar tentang diri sendiri, rakan-rakan lain dan dapat belajar di dalam kumpulan yang besar mahupun kumpulan kecil. PENUTUP Seni adalah sinonim dengan kanak-kanak dimana seni boleh menjadi satu platform bagi perkembangan diri kanak-kkanak sama ada dari segi fizikal, konigtif mahupun sosio emosi. Dalam perkembangan sosio emosi kanak-kanak berkembang melalui 4 bahagian iaitu konsep kendiri dan penerimaan diri, perhubungan antara kanak-kanak dengan kanak-kanak lain, perhubungan antara kanak-kanak dengan guru dan perhubungan kanak-kanak di dalam kumpulan. Apabila keempat-empat elemen ini bergabung maka perkembangan sosio emosi kanak-kanak akan menjadi lebih sempurna. Secara kesimpulannya, pendidikan dan penglibatan kanak-kanak dalam seni akan member peluang kepada kanak-kanakuntuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti seni member peluang kepada kanak-kanak untuk saling hormat menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
  • 11. BIBLIOGRAFI Mayesky, M.(2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York. Delmar Thomson Learning Perkembangan Seni dan Kanak-kanak (2003). Diperolehi pada 20 Febuari, 2010 daripada http://www.docstoc.com/docs//Perkembangan-seni-dan-Kanak-kanak