(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
Falsafah pendidikan islam dan timur
1. FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
DAN TIMUR
PENSYARAH : EN HAJI AHMAD BIN ARIF
PEMBENTANG : NOORUL LLYANI BINTI BESAR
JENNY TING MAY FUN
2. FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
• Berasaskan ajaran al-Quran.
• Hassan Langgung (1979) , perkara-perkara yang menjadi
dasar Pendidikan Islam ialah :
1. Keesaan Tuhan (Tauhid)
2. Kepercayaan pesuruh-pesuruhnya
3. Kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan kepada
Nabi-nabi
4. Manusia mempunyai potensi dalam perkembangan
moral dan kerohanian
5. Setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan
sendiri
6. Kehidupan keduniaan dan akhirat
7. Persamaan dan persaudaraan sejagat antara semua
umat Islam
3. Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas, ilmu Islam masa kini
merangkumi
dua disiplin yang utama, iaitu :
1. Disiplin Agama : Ajaran Quran, teologi, metafizik, bahasa
Arab dan sastera
2. Disiplin Kognitif : Kemanusiaan, Alam Sekitar, Sains
Gunaan dan Teknologi
• Pendidikan menurut agama Islam merupakan usaha-usaha
membaiki diri supaya membentuk sifat-sifat kesempurnaan
sebagai manusia beriman, berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia dan beramal ikhlas.
4. TOKOH PENDAPAT
Muhammad Qatb Pendidikan adalah proses membentuk
manusia secara menyeluruh dan seimbang
Dr.Mohd Athiyah al-Abrasyi Proses pendidikan sebagai pembinaan
tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi
dan mulia di bawah teras ajaran agama
islam
Amal al-Shaibani Pendidikan digunakan untuk melatih
manusia membuat persiapan bagi
kehidupan dunia dan akhirat
Al-Ghazali Proses pendidikan hendaklah merangkumi
aspek intelek latihan jasmani serta
pembinaan akhlak yang mulia, berani dan
hormat-menghormati
Hamka Pendidikan adalah suatu proses yang boleh
membentuk tingkah laku yang baik, sikap
yang berani serta budi pekerti yang mulia
6. FALSAFAH PENDIDIKAN KONFUSIANISME
• Berasas daripada pemikiran Confucius (551-479 SM) dan
pengikut-pengikutnya seperti Mengzi (372-289 SM), Xunzi
(313-238 SM) dan Hanyu (768-824 TM) dari negara China.
Dari pandangan tokoh-tokoh pendidikan Konfusianisme, ramai
di antara mereka berpendapat peranan utama pendidikan ialah
membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang
berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada
pemerintah dan negara.
7. Confucius
• Tokoh pendidik dan ahli falsafah
• Digelar mahaguru yang arif di China
• Mungusulkan amalan li , iaitu peraturan
hubungan manusia
• Ren, iaitu sifat murni manusia
• Menegaskan pendidikan adalah proses untuk
memupuk kesempurnaan tingkah laku
manusia
• Mengakui bahawa setiap individu mempunyai
potensi yang berbeza
8. Mengzi @ Mencius
• Mahaguru arif yang kedua
• Memperkembangkan amalan ren
• Mencadangkan amalan kemurahan hati
(benevolence) dan tingkah laku yang wajar dan
adil (rightteousness)
9. Xun Zi
• Pengikut Konfusianisme
• Berpendapat fitrah manusia adalah dilahir
bersifat jahat yang sentiasa mengejar
kepentingan diri sendiri.
• Maka, beliau mengutamakan pendidikan moral
dan undang-undang untuk menjadikan sistem
peraturan sivil sebagai pembentukan masyarakat
yang aman dan teratur
10. Taoisme
• Pernah meninggalkan penulisan teks Taoisme berjudul
Dao De Jin (Klasik Moral).
• Klasik moral mengandungi 81 ajaran berbentuk puisi,
dan diklasifikasikan kepada dua komponen yang utama,
-Jalan yang Betul dan Prinsip Nilai Murni.
• Dao sebagai jalan yang betul membimbing pelaksanaan
Den sebagai amalan kesejahteraan hidup.
• Oleh itu, menurut Lao Zi, Taoisme mengutamakan etika
hidup berdasarkan ilmu komprehensif terhadap realiti
semula jadi.
11. Zhuang zi (369-286 SM)
• Mengembangkan idea Doa dengan meliputi
kebebasan dan kehidupan berharmoni yang mematuhi
peraturan semulajadi dari syurga.
• Prisip wu wei , iaitu tiada rancangan dan tiada
tindakan, dan hanya mengikut prinsip semula jadi
sahaja.
• Berpendapat, melalui amalan wu wei , pemerintah
negara akan memperolehi De, iaitu nilai-nilai , untuk
membimbing rakyatnya mempelajari semula jadi dan
amalan hidup bahagia tanpa dikonkong oleh peraturan
dan undang negara.
12. Xiang xiu (221-300 TM) dan Guo Xiang (?-312 TM)
• Buku Commentary on Zhuang Zi
• Menghuraikan wu wei sebagai tiada aktiviti dan you wei
yang bertentang sebagai ada aktiviti.
• Mengikut amalan wu wei bermakna menurut semula jadi
dan membenarkannya memandu gaya hidup manusia.
• Amalan you wei merupakan tindakan yang menentang
semula jadi, seorang yang bijaksana tidak mengamal you
wei.
13. NEO-KONFUSIANISME
Han-yu (768-824 TM)
• Tokoh pendidik dan pengikut Konfusianisme
• Pensyarah di Universiti Di-Raja
• Banyak menghasilkan esei dan disertai mengenai
falsafah Konfusianisme
• Bahan teks pelajaran yang diguna masa kini ialah
Asal Dao, Asal Musnah dan lain-lain.
14. MAZHAB NOE-KONFUSIANISME
• Diasaskan oleh dua orang adik-beradik Cheng Hao (1032-1055 TM)
dan Cheng Yi (1133-1108 TM)
• Menjadi aliran pemikiran utama dalam Dinasti Song
MAZHAB LI (THE SCHOOL OF PRINCIPLE)
• Diperkembang dan disempurnakan oleh zhu xi (1130-1200 TM)
• Turut dikenali sebagai Mazhab Cheng-Chu atau Li Xuan yang
bermakna Pengajian Prinsip atau Pengajian Hukum.
• Cheng Yi dan Zhu Xi, mengembang konsep Li, berlandaskan
Apendiks daripada buku Yi Jing (Book of Changes).
• Teori enlightenment Zhu Xi. (ms 145).
15. Mazhab Minda Universal (School Of Universal Mind)
• Dipelopori oleh Cheng Hao
• Pelajar harus memahami ren, yang mengandungi nilai-nilai murni
• Mazhab ini diperkembangkan dan disempurnakan oleh Lu Qiu
Yuan (1139-1193 TM) dan Dinasti Ming (1368-1644 TM)
• Dikenali sebagai Mazhab Lu-Wang
• Konsep Alam Semesta (merupakan satunya yang seluruh dan di
dalam dunia yang kita alami)
• Ilmu Intuitif (sinar minda dalaman manusia dan perkembangan)
• Ringkasnya, Neo-Kofusianisme adalah falsafah Konfusianisme
baru yang diperkembang melalui sintesis intisari falsafah
Konfusianisme, Taoisme dan Buddhisme.
16. Falsafah Pendidikan di India
• Tertumpu kepada ajaran agama iaitu Hinduisme dan Buddhisme
• Hinduisme,
-Bermula 4000 tahun dahulu
-Percaya kepada amalan Yoga – mendisiplin mental dan fizikal untuk
mencapai peringkat moksa
• Buddhisme,
-Diasaskan oleh Siddhartha Gautma (563-483 SM)
-Penderitaan boleh dilepaskan dengan penghapusan nafsu
• Karma – prinsip tindakan manusia menentukan kejadiannya.
• Penulisan tertua – vedas – ilmu suci
• Moksa/Nirvana – kelepasan daripada penderitaan
17. Diamalkan oleh penganut agama Buddha
Lapan Langkah (Eightfold Path)
1. Pengamatan secara betul (right seeing)
2. Pemikiran secara betul (right thinking)
3. Pertuturan secara betul (right speaking)
4. Tindakan secara betul (right acting)
5. Cara hidup secara betul (right life style)
6. Usaha secara betul (right effort)
7. Kesedaran secara betul (right mindset)
8. Bertafakur secara betul (ringht meditating)
18. NASIONALISME DAN INTERNASIONALISME
Rabindranath Tagore (1861-1941)
1. Seorang ahli falsafah dan penyair
2. Pendidikan merupakan proses melahirkan manusia
yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai
aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian
3. Tidak terikat dengan buku sahaja
4. Kecepakan berkhidmat kepada masyarakat
5. Banyak dipengaruhi oleh falsafah Pragmatisme
dan Progresivisme
19. Sharifah Alwiah Alsogoff,
Menyenaraikan idea penting yang terkandung dalam falsafah
Rabindranath Tagore untuk membentuk kesempurnaan manusia
1. Pendidikan tubuh badan
2. Pendidikan intelek
3. Pendidikan rohani
4. Pendidikan realistik
5. Pendidikan harus hidup dan
dinamik
6. Pendidikan dalam perkara semula
jadi
7. Pendidikan nasionalisme
8. Pendidikan internasionalisme
9. Pendidikan perkembangan individu
10.Pendidikan perkhidmatan sosial
dan kecekapan