Sajak ini membicarakan tentang persatuan dan kemanusiaan sejagat. Manusia di seluruh dunia sebenarnya sama kerana mereka semua hidup di bawah langit yang sama, walaupun berbeza latar belakang. Sajak ini menyeru agar perbezaan sejarah dan identiti dihapuskan demi persaudaraan dan harapan bersama.
1. Maksud sajak.
Rangkap 1 : Tidak kira sama ada di Bairut atau di Kuala
Lumpur , semua manusia adalah sama. Mereka
menghirup udara yang sama dan berteduh di bawah langit
yang sama.
Rangkap 2 : Penyajak menyatakan bahawa dia suka akan hujan
rintik-rintik di Kota London. Dia pernah juga terpikat akan
kedinginan angin di Washington. Dia mendapati pohon-
pohon hijau atau aneka warna di sana tiada bezanya
dengan di tempat lain.
Rangkap 3 : Orang yang tinggal di Australia atau di Afrika juga
tetap berada di bawah langit yang sama.
Rangkap 4 : Penyajak ingin menyeberangi Laut China Selatan,
melayari Lautan Teduh, dan merentasi Laluan Sutera. Dia
ingin berkongsi sinag dan malam, menyemaikan rasa cinta
sejagat, dan memberikan harapan yang sama kepada
warga dunia.
2. Sajak `Di Bawah Langit yang Sama’ bertemakan
kemanusiaan sejagat. Manusia yang ada di muka bumi ini
adalah sama kerana semuanya berada di bawah langit
yang sama.
3. 1. Tanggungjawab setiap manusia untuk mewujudkan
keamanan dunia.
2. Halangan-halangan hubungan baik antara masyarakat
dunia.
3. Perkongsian sumber alam secara adil dan saksama.
4. 1. Sajak `Di Bawah Langit yang Sama’ berbentuk bebas.
Sajak ini tidak terikat dengan ciri-ciri khusus seperti
pantun atau syair.
2. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.
3. Bilangan baris dalam setiap rangkap tdak sama.
Rangkap pertama mengandungi enam baris, rangkap
kedua mengandungi empat baris, rangkap ketiga
mengandungi tiga baris, rangkap keempat mengandungi
lapan baris, dan rangkap kelima mengandungi sembilan
baris.
4. Bilangan kata dalam setiap baris pun tidak sama juga,
iaitu antara satu hingga enam patah kata dalam satu
baris.
5. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada
dua hingga enam belas suku kata.
5. 1. Pemilihan kata atau diksi yang indah dan pembnaan ungkapan oleh pengarang
begitu indah dan berkesan. Contohnya:
- Tiupkan harapan senada – rangkap 4, baris 5
- Kita dakapi mimpi tak berbeza – rangkap 5, baris 5
2. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak `Di Bawah Langit yang Sama’
termasuklah:
a. Pengulangan kata atau repetisi. Contohnya:
Di bawah langit yang sama – rangkap 1, baris 1 dan 6
b. Penggunaan kata pinjaman. Contohnya:
- Visa – rangkap 5, baris 3
- Pasport dokumen - rangkap 5, baris
c. Hiperbola. Contohnya:
- amgin dingin-tajam - rangakap 2, baris 2
- Layari Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera - rangkap 4, baris 2
- pelangikan zaman - rangkap 4, baris4
d. Penggunaan ayat yang panjang. Contohnya:
- pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington - rangkap 2, baris 2
- Aku ingin menyeberangi Laut China Selatan - rangkap 4, baris 1
- Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam – rangkap 5, baris 7
6. 3. Antara unsur bunyi yang digunakan dalam sajak “ Di Bawah Langit yang
Sama” termasuklah:
a) asonansi
Pengulangan bunyi huruf vokal atau pengulangan asonansi dalam sajak
ini telah menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberikan kesan
pada emosi semasa membaca sajak. Contohnya
i. pengulangan bunyi vokal a
- Di bawah langit yang sama – rangkap 1, baris 1
- Tiada bezanya – rangkap 2, baris 4
ii. pengulangan bunyi vokal I
- Kerana di bawah langit ini – rangkap 3, baris 2
- Sesama kita – warga dunia – rangkap 4, baris 6
iii. pengulangan bunyi vokal o
- Pohon-pohon hijau atau aneka warna – rangkap 2, baris 3
- Pasport dokumen pengenalan titik mula – rangkap 5, baris 4
iv. pengulangan bunyi vokal u
- Ataupun Kuala Lumpurku – rangkap 1, baris 4
7. b) aliterasi
Pengulangan bunyi huruf konsonan atau pengulangan aliterasi dalam sajak
ini telah menimbulkan keindahan bunyi rentak bunyi dan memberikan kesan
pada emosi semasa membaca sajak. Contohnya:
i. pengulangan bunyi konsonan k
- Berkongsi siang miliki malam - rangkap 4, baris 3
- Kita dakapi mimpi tak berbeza – rangka 5, baris 5
ii. pengulangan bunyi konsonan n
- Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington – rangkap 2, baris 2
- Anyam cinta pelangikan zaman – rangkap 4, baris 4
iii. pengulangan bunyi konsonan r
- Kita hirupi udara – rangkap 1, baris 2
- Visa hanya keperluan rasmi seketika – rangkap 5, baris 3
iv. pengulangan bunyi konsonan t
- Tanpa mengira Beirutmu – rangkap 1, baris 3
- Layari Lautan Teduh rentasi Lautan Sutera – rangkap 4, baris 2
8. Sajak “Di Bawah langit yang Sama” bernada romantis.
Nada ini sesuai dengan sajak tersebut yang
menggambarkan perasaan penyajak yang menganggap
bahawa semua masyarakat dunia ini sama.
9. 1. Nilai kasih sayang. Contohnya, setiap insan adalah sama
dan harus menyayangi atas nama kemanusiaan.
2. Nilai perpaduan. Contohnya, perpaduan hidup masyarakat
dunia menjamin keharmonian kehidupan dan dunia.
3. Nilai muafakat. Contohnya, harapan kehidupan masyarakat
dunia akan tercapai apabila harapan itu dilaungkan secara
bersama-sama dan senada.
4. Nilai persahabatan. Contohnya, manusia di dunia boleh
bersahabat baik kerana halangan yang ada adalah
keperluan dan peraturan rasmi yang seketika sahaja.
5. Nilai berpandangan positif. Contohnya, sikap benci-
membenci dan sejarah hitam dalam kalangan masyarakat
dunia wajar dileburkan.
10. 1. Masyarakat dunia hendaklah bersatu padu dan
menerima antara satu sama lain tanpa mengira
keturunan dan asal usul.
2. Perasaan benci-membenci mesti dihindari bagi
mewujudkan keharmonian hidup sejagat.
3. Pasport, dokumen, visa, dan pos sempadan tidak
seharusnya dijadikan alasan untuk masyarakat dunia
mewujudkan perbezaan.
4. Sejarah hitam mesti dikuburkan dan digantikan dengan
harapan baru yang baik untuk dunia.
5. Manusia di dunia ini walaupun berbeza warna kulit,
keturunan, dan agama tetapi hendaklah menerima
hakikat bahawa semuanya sama, iaitu insan atau
manusia.