SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 11
Walaupun sudah diterangkan berulangkali, terdapat segelintir pelajar
yang masih tidak mengingati struktur karangan ; pendahuluan, isi
sokongan dan kesimpulan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, para
pelajar akan terus mengulangi kesilapan yang sama dengan
meninggalkan struktur yang patut ada dalam sesuatu struktur karangan.

Pada pendapat saya, mereka perlu diberikan "sesuatu" yang konkrit bagi
memudah dan memperkukuh daya ingatan mereka. Saya berharap
dengan adanya senarai semak struktur karangan seperti paparan di
bawah, alasan popular mereka iaitu "tidak ingat" akan dapat diatasi.

Para guru sedaya mungkin akan mencari jalan penyelesaian yang
difikirkan boleh mengatasi masalah anda (pelajar). Sekarang, giliran anda
pula menngaplikasikan cara yang dicadangkan.



           PRAUNIVERSITI SMK. BANDAR MAS, KOTA TINGGI, JOHOR
          SENARAI SEMAK STRUKTUR PENDAHULUAN KARANGAN STPM


                                                                           Penilaian
Bahagian/Ayat      Struktur              Perincian struktur
                                                                     Pelajar        Guru
                                        Tulis semula dalam binaan
      1         Penyataan Isu
                                 ayat yang lain
                                        Sama ada :
                                 2.1 Definisi isu
     2          Penjelasan isu
                                 2.2 Konsep isu
                                 2.3 Gambaran umum tentang isu
                                        Contoh yang berkaitan
                                 dengan apa-apa sahaja tentang isu
                Contoh
                                        Tidak semestinya wujud
                                 secara berasingan
     3          Ulasan isu              Tulis apa-apa sahaja idea
     4          Ulasan isu       yang
                                        berkaitan dengan isu
     5          Ulasan isu               Sebaiknya, kaitkan dengan
                                 isu-isu semasa
                                        Tulis semula
                                 frasa/perkataan kehendak soalan
                                 dalam bentuk ayat penyata.
                Kehendak
     6                                  Sekiranya terdapat 2 KS,
                soalan
                                 bina 2 ayat.
                                         Sekiranya KSnya kesan,
                                 tulis kesan baik dan kesan buruk
PRAUNIVERSITI SMK. BANDAR MAS, KOTA TINGGI, JOHOR
          SENARAI SEMAK STRUKTUR ISI SOKONGAN KARANGAN STPM


                                                                            Penilaian
Bahagian/Ayat      Struktur               Perincian struktur
                                                                      Pelajar        Guru
                                         Ayat yang mengandungi isi
      1         Ayat Judul             Sebaik-baiknya, isi bersifat
                                 umum supaya boleh dihurai
                Ayat sokongan
     2
                1
                Ayat sokongan           Ayat yang memberi
     3
                1                penjelasan lanjut tentang isi yang
                Ayat sokongan    dinyatakan dalam ayat judul
     4
                1
                                         Mesti bersifat khusus
                Ayat sokongan
     5                                   Tidak boleh bersifat umum
                1
                Ayat sokongan
     6
                1
     7          Kesimpulan               Menegaskan semula isi




          PRAUNIVERSITI SMK. BANDAR MAS, KOTA TINGGI, JOHOR
          SENARAI SEMAK STRUKTUR KESIMPULAN KARANGAN STPM


                                                                            Penilaian
Bahagian/Ayat      Struktur               Perincian struktur
                                                                      Pelajar        Guru
                                       Tulis semula isu yang
                                 terdapat dalam KS
      1         Pernyataan isu
                                         Kaitkan dengan pandangan
                                 calon
                                        Nyatakan kesan isu, sama
     2          Kesan
                                 ada baik atau buruk
                                       Nyatakan pendapat calon
     3          Pendapat
                                 tentang isu
                                       Nyatakan penilaian calon
     4          Penilaian
                                 tentang isu
                                       Nyatakan cadangan calon
     5          Cadangan
                                 tentang isu
Nyatakan harapan calon
        6          Harapan
                                      tentang isu


 Sebelum mula membuat latihan, sila rujuk terlebih dahulu senarai semak
 struktur karangan di atas. Buatlah karangan berpandukan senarai semak
 tersebut. Setelah siap, buat penilaian kendiri sebelum latihan tersebut
 dihantar kepada guru untuk dinilai. Perhatikan pula penilaian guru dan
 peka serta ambil tindakan terhadap komen-komen guru. Sekiranya
 tindakan-tindakan ini dibuat, saya agak yakin prestasi anda boleh
 meningkat.

 di 12:17:00 PM Pautan pada catatan ini Tiada ulasan: Dicatat oleh Mohd Fadil b. Talib
 E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
 Label: BM 2 : Karangan.

Khamis, 24 Mei 2012
 STPM Baharu : Bahagian B - Pemikiran Kritis dan
 Analitis
 PEMBACAAN KRITIS DAN ANALITIS

 Pembacaan Kritis dan Analitis merupakan bahagian baru yang terkandung dalam sukatan
 pelajaran STPM Baharu bermula sesi 2012-2013. Bahagian B ini dipelajari dan dinilai pada
 penggal 1. Waktu yang diperuntukkan untuk proses PdP bahagian ini ialah 24 waktu.

 Berdasarkan contoh soalan yang dikemukan oleh MPM, calon akan diberikan petikan yang
 panjangnya antara 300-350 patah perkataan. Calon perlu menjawab soalan 2 soalan struktur
 dan 1 soalan esei pendek. Keseluruhan markah bahagian ini ialah 30.

 Semasa mempelajari bahagian ini, calon seharusnya dapat :
 (a) menerangkan maksud perkataan, frasa, ayat, atau perenggan yang terdapat dalam
     teks;
 (b) mengenal pasti idea dan mesej penulis;
 (c) membezakan fakta dengan pendapat penulis
 (d) menyusun dan mengolah idea atau fakta dengan lancar dan berkesan
 (e) membuat inferens, ramalan, parafrasa, dan kesimpulan;
 (f) memberikan pandangan, ulasan, atau kritikan terhadap kandungan teks;
 (g) menggunakan bahasa yang baik dan berkesan

 Kemahiran yang penting :
 1. Pengetahuan bahasa
 2. Pengetahuan latar
 Pengetahuan bahasa membolehkan calon memahami :
 1. kandungan teks.
 2. Makna perkataan, frasa, klausa dan ayat.

 Pengetahuan latar pula membolehkan calon memahami kandungan teks yang dibaca.
Sekiranya calon memang telah sedia maklum (pernah membaca daripada sumber-sumber lain)
tentang kandungan teks yang diberi, maka semakin tinggilah tahap pemahaman terhadap teks
yang dibacanya. Kandungan teks mengandungi maksud tersurat dan tersirat

Teks yang diberi merupakan sebuah karangan. Oleh itu calon perlu mengesan idea-idea yang
terkandung dalam teks tersebut.

Calon seharusnya dapat mengesan :
1. Isu
2. Fokus penulisan
3. Isi utama
4. Isi sokongan
5. Kesimpulan

Calon juga seharusnya boleh mengenal pasti dan membezakan :
1. Fakta
2. Pendapat
3. Bukti
4. Alasan
5. Cadangan
6 Contoh
7. Dll

Seterusnya, pada peringkat lebih tinggi, calon boleh membuat rumusan dan penilaian
terhadap kandungan teks tersebut.

Kesimpulannya, semasa membaca teks, calon akan melalui proses-proses berikut :
1. Mengetahui
2. Memahami
3. Menganalisa
4. Merumus
5. Menilai
                                 Soalan Contoh MPM

                                     Bahagian B
                                     [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.


     Kini, kita menyaksikan bahawa dunia terus dibelenggu
oleh pelbagai polemik. Antaranya ialah krisis kenaikan harga
minyak, krisis kenaikan harga barangan, dan krisis
kekurangan bekalan makanan. Kita seharusnya sedar bahawa
setiap sesuatu yang berlaku ini merupakan petanda bahawa                             5
dunia semakin hampir ke penghujung jalan. Pada hakikatnya,
sesuatu kejadian itu berlaku disebabkan kecuaian dan
kealpaan kita dalam hal mengurus alam dengan bijaksana.
     Apabila pertimbangan nafsu melebihi kepentingan sejagat,
bencana akan menimpa. Perjanjian pengurangan pelepasan                              10
gas rumah hijau peringkat global dicabuli, malah ada yang
enggan untuk menandatanganinya atas kepentingan ekonomi.
Akibatnya, bumi menjadi semakin panas dan penderitaan
penduduk bumi, terutamanya di negara-negara miskin                                  15
semakin dirasai. Kegilaan negara besar untuk menakluki dunia
dengan melepaskan pelbagai jenis bom, menambahkan derita
penghuni planet ini. Pembangunan senjata nuklear dan
pelbagai senjata baharu bukan dengan tujuan untuk
mengamankan dunia, sebaliknya telah menjadikan dunia                                20
semakin tidak aman.
     Di Malaysia, kita perlu bersyukur atas segala nikmat yang
diberikan Tuhan. Kita dilimpahi dengan pelbagai sumber alam
yang mencukupi. Setakat ini bencana alam yang meragut
puluhan ribu nyawa manusia di negara ini belum pernah lagi                          25
berlaku. Belum ada daerah yang musnah seratus peratus
akibat dilanda oleh bencana alam. Walaupun krisis makanan
berlaku dengan peningkatan harga beras dan tepung, namun
keadaan masih terkawal tanpa berlaku apa-apa rusuhan dan
huru-hara.                                                                          30
     Perpaduan dan keharmonian kaum harus dipertahankan,
manakala sumber alam perlu dijaga dan diuruskan dengan
bijaksana. Amalan masyarakat tentang penjagaan alam
sekitar perlu dipertingkatkan. Rasa tanggungjawab untuk
menjaga persekitaran seharusnya disemai sejak seseorang itu
kecil lagi. Penjagaan alam sekitar harus dilakukan umpama
menjaga diri sendiri. Janganlah setelah alam ini musnah dan
kita mula merasai kesan buruknya, barulah kita mula
berusaha untuk menjaganya.
     Kita perlu sedar bahawa bencana alam tidak mengenal
tempat dan masa. Pada bila-bila masa dan di mana-mana
sahaja, bencana boleh berlaku. Malang akan menimpa kita,
sekiranya kita terus leka dan berbalah serta tuduh-menuduh
mengenai punca pemusnahan alam sekitar. Sudah tiba
masanya untuk kita mengelakkan perbalahan yang boleh
mengundang permusuhan, sedangkan dalam masa yang sama
alam terus musnah. Kita perlu menghargai nilai-nilai
kemanusiaan, di samping menjaga biodiversiti yang amat
besar kepentingannya kepada kita.
(Disesuaikan daripada Utusan Malaysia, 14 Mei 2008)
1    Jelaskan maksud frasa
     (a) …dunia semakin hampir ke penghujung jalan (baris 4 dan 5)                 [2]
    (b) …menjaga biodiversiti yang amat besar kepentingannya kepada kita (baris 34) [2]

2    Apakah mesej yang mahu disampaikan oleh penulis melalui petikan di atas?    [6]


3    “Apabila pertimbangan nafsu melebihi kepentingan sejagat, bencana akan
menimpa.”          (baris 7 dan 8)


 Berikan ulasan anda tentang pendapat ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang sesuai.
 Panjang jawapan anda hendaklah tidak lebih daripada 150 patah perkataan.
                 [20]



 di 12:25:00 PM Pautan pada catatan ini Tiada ulasan: Dicatat oleh Mohd Fadil b. Talib
 E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
 Label: STPM Baharu : Bahagian B - Pemikiran Kritis dan Analitis.

Rabu, 23 Mei 2012
 Soalan Bahagian D : Analisis Kesalahan Bahasa
 Peperiksaan Pertengahan Tahun 6 Atas Tahun 2012 :
 Bahasa Malaysia Kertas 2 Kota Tinggi, Johor
                                       BAHAGIAN D

 8       Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini.
 Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahandan kemudian buat
 pembetulan.
  [15]

 Pengeluar mahupun pemborong perlu menimbangkan kepentingan
 minyak masak kepada pengguna dan bukan sepatutnya menaikkan harga
 minyak masak atas pelbagai alasan setelah mereka memperoleh subsidi
 daripada kerajaan semenjak bulan Januari yang lalu.Pengeluar
 mengaitkan kenaikan harga minyak masak dengan kenaikan harga petrol,
 upah membungkus, dan harga plastik peket yang digunakan.Oleh kerana
 itu, harga sekilogram minyak masak peket terpaksa dinaikkan kepada
 RM2.75 hingga RM3.00 sepeket berbanding dengan harga siling RM2.50
 yang kerajaan tetapkan.Sehubungan dengan itu, kerajaan harus
 melipatgandakan usaha-usaha praktikal dan berkesan untuk menangani
 masalah ini.

 Skema jawapan :

 BIL         KESALAHAN                  ANALISIS SEBAB                     PEMBETULAN
                                          KESALAHAN
 1      Pengeluar mahupun           Kata hubung                         Baik pengeluar
        pemborong...                berpasangan tidak                   mahupun
                                    digunakan secara                    pemborong...
                                    lengkap. Kata hubung
                                    "mahupun" harus
digandingkan atau
                          berpasangan dengan
                          kata "baik" untuk
                          membawa maksud
                          kedua-duanya.
2   ... bukan sepatut     Kata nafi "bukan"           ... tidak
    menaikkan...          digunakan sebagai unsur     sepatutnya
                          nafi bagi frasa nama atau   menaikkan...
                          frasa sendi nama sahaja
                          sedangkan "menaikkan"
                          ialah kata kerja.
3   ...plastik peket...   Kesalahan Hukum D-M.        ...peket plastik...
                          "Peket" ialah unsur yang
                          diterangkan (D)
                          merupakan inti atau kata
                          utama yang harus
                          mendahului unsur atau
                          perkara yang
                          menerangkan (M)
                          "plastik"
4   Oleh kerana itu...    Kata "oleh" ialah kata      Oleh sebab itu...
                          sendi nama yang harus
                          diikuti oleh kata nama
                          "sebab" sebagai
                          penyambut sedangkan
                          "kerana" ialah kata
                          hubung pancangan
                          keterangan yang
                          berfungsi sebagai
                          penghubung klausa yang
                          menjadi keterangan pada
                          klausa utama.
5   ... yang kerajaan     Kesalahan struktur ayat     ...yang ditetapkan
    tetapkan...           pasif dengan kata ganti     oleh kerajaan...
                          nama diri
                          ketiga.”Kerajaan”
                          merupakan kata ganti
                          nama diri ketiga dan
                          dalam struktur ayat
                          pasif, kata kerja
                          dipasifkan dengan
                          imbuhan pasif
                          mendahului kata ganti
nama diri
 6    ... melipatgandakan       Kata nama yang                 ...melipatgandakan
      usaha-usaha...            mengikuti atau                 usaha...
                                mendahului kata kerja
                                yang bermaksud jamak
                                tidak perlu digandakan
                                kerana pengulangan
                                maksud jamak
                                menyebabkan lewah.

 Soalan di atas merupakan soalan STPM sebenar. Bahagian ini memang agak sukar.
 Kebiasaannya calon agak lemah pada bahagian menyatakan sebab kesalahan
 bahasa. Dalam skrip jawapan calon, sangat jarang saya jumpa ruangan tersebut
 penuh. Tindakan ini merugikan calon. Cubalah memenuhkan ruangan tersebut.

 Bahagian D ini diajar dalam BM 1 tetapi dinilai dalam BM 2. Sekiranya masa
 mencukupi, tulislah seberapa banyak kesalahan bahasa yang calon fikirkan,
 walaupun pada kebiasaannya hanya terdapat hanya 5-6 kesalahan bahasa sahaja.

 Calon seharusnya mempunyai "sandaran" tentang kemungkinan kesalahan bahasa.
 Sebagai contoh, kemungkinan kesalahan bahasa tersebut ialah bahagian morfologi
 iaitu kata tugas atau kata sendi nama. Dengan adanya "sandaran" tentang
 kemungkinan kesalahan bahasa, maka calon akan lebih fokus semasa mencari
 jawapannya.

 Dengan membuat banyak latihan "persendirian" dan melihat skema jawapan , calon
 akan "terbiasa" dengan kemungkinan kesalahan-kesalahan bahasa tersebut.
 di 9:19:00 AM Pautan pada catatan ini Tiada ulasan: Dicatat oleh Mohd Fadil b. Talib
 E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
 Label: BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa.

Selasa, 22 Mei 2012
 Filem Berunsur Mistik & 1 Murid 1 Sukan : Peperiksaan
 Pertengahan Tahun 6 Atas Tahun 2012 : Bahasa
 Malaysia Kertas 2 Kota Tinggi, Johor
                               SKEMA JAWAPAN
                            BAHAGIAN A : KARANGAN


 Soalan 3 :
 Kini, filem tempatan banyak yang bertemakan unsur mistik. Bincangkan
 kesan pemaparan tema tersebut kepada penonton.
Pendahuluan

- Filem yang bertemakan unsur mistik ialah wayang gambar yang
  memaparkan kisah kehidupan keadaan ghaib yang tidak dapat diselami
oleh
  pemikiran manusia untuk tontonan masyarakat.
- Contoh, Jangan Pandang Belakang, Zombie Kampung Pisang, Pontianak
  Harum Sundal Malam dan sebagainya.
- Pemaparan tema tersebut memberikan kesan kepada penonton.

Isi
Kesan filem yang bertemakan unsur mistik
IS1      : Menyebabkan ketakutan membelenggu jiwa penonton.
IS2      : Mendorong penonton untuk meniru aksi pelakon yang
           mengamalkan ilmu hitam atau amalan khurafat
IS3      : Memberikan keuntungan kepada penerbit filem kerana
sambutan
           yang memberangsangkan daripada penonton.
IS4      : Penonton dapat mengambil iktibar daripada cerita yang
ditonton.
IS5      : Menambah pengetahuan penonton tentang kehidupan alam
ghaib
IS6      : Mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat – terpesong
akidah
           – meniru perlakuan tersebut
IS7      : Memperbodoh masyarakat – pemikiran tahyul
IS8      : Pengaruh kepada kanak-kanak – tingkah laku, pemahaman
dan
           percakapan

Kesimpulan
Pemaparan filem yang bertemakan mistik mendatangkan kesan positif
dan negatif kepada penonton. Oleh itu, pihak yang berkenaan harus
memberikan garis panduan yang relevan kepada penerbit filem mistik di
Malaysia.


Soalan 4 :

Program 1Murid 1Sukan banyak memberikan manfaat kepada murid.
Huraikan manfaat yang boleh diperoleh daripada program ini.

Pendahuluan
- Program 1Murid 1Sukan: pembangunan sukan sekolah ke arah
meningkatkan
  kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di
  sekolah.
-Terdapat pelbagai manfaat sukan kepada murid.
Isi
Manfaat sukan
IS1        : Aktiviti sukan dapat mengisi masa lapang murid secara
berfaedah.
IS2        : Murid yang menceburkan diri secara serius dalam bidang
sukan
             dapat mengharumkan nama sekolah dan negara apabila
memenangi
             pertandingan sehingga peringkat antarabangsa.
IS3        : Sukan juga penting sebagai alat perpaduan
IS4        : Dengan menyertai aktiviti sukan dapat membentuk sahsiah,
jati diri,
             dan disiplin murid.
IS5        : Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid.
IS6        : Berpengetahuan luas tentang sukan yang diceburi. Contoh,
             badminton – pelajar tahu cara pegang raket, undang-undang
dan
             sebagainya.
IS7        : Membangunkan modal insan melalui penyataan yang
menyeluruh
IS8        : Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan
             berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
IS9        : Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan
             keperluan fizikal

Kesimpulan

Soalan 3 :
Kini, filem tempatan banyak   yang bertemakan    unsur    mistik.
Bincangkan kesan pemaparan tema tersebut kepada penonton.

Soalan 4 :
Program 1Murid 1Sukan banyak memberikan manfaat kepada
murid. Huraikan manfaat yang boleh diperoleh daripada program ini.

Pastikan anda memang benar-benar memahami isunya. Pemahaman
tentang isu akan memudahkan anda mencari isi-isi yang relevan.

Pemilihan soalan yang ingin calon jawab bergantung kepada beberapa
kriteria.

Dalam memilih soalan, jangan sesekali melihat kepada susah atau
senangnya sesuatu isu pada pandangan sendiri. Yang lebih penting bukan
isunya tetapi jumlah isi dan pengetahuan tentang sesuatu isu tersebut.
Fikirkan juga bilangan kehendak soalannya, sama ada satu atau dua.
Kriteria-kriteria ini boleh membantu calon memilih soalan dengan lebih
baik.
di 8:23:00 AM Pautan pada catatan ini Tiada ulasan: Dicatat oleh Mohd Fadil b. Talib
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
Label: BM 2 : Karangan.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahCiri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahfiro HAR
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2Fitriah Gi Kwang
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Thanushah Soniyasee
 
STPM PENGGAL 2 kata nama
STPM PENGGAL 2 kata namaSTPM PENGGAL 2 kata nama
STPM PENGGAL 2 kata namaSahira Suhad
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmnurAkhma
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuhanifah mohiji
 
Wawasan 2020(pengajian malaysia or pengajian am)
Wawasan 2020(pengajian malaysia or pengajian am)Wawasan 2020(pengajian malaysia or pengajian am)
Wawasan 2020(pengajian malaysia or pengajian am)Kim Afaka
 
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQSUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQGuru Sejarah PraU
 
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad sawstruktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad sawUpper6
 
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871azam_hazel
 
PENGELUARAN- PENGAJIAN PERNIAGAAN
PENGELUARAN- PENGAJIAN PERNIAGAANPENGELUARAN- PENGAJIAN PERNIAGAAN
PENGELUARAN- PENGAJIAN PERNIAGAANCkg Nizam
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologinurul amyeza
 
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)Russlan Ssvs
 
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad sawKegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad sawLiyaZafirah1
 
Pengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
Pengajian perniagaan Bab 2 PengeluaranPengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
Pengajian perniagaan Bab 2 PengeluaranSMK Kuala Penyu
 
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAMETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAMGuru Sejarah PraU
 

La actualidad más candente (20)

Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahCiri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
 
Ayat Dasar
Ayat DasarAyat Dasar
Ayat Dasar
 
STPM PENGGAL 2 kata nama
STPM PENGGAL 2 kata namaSTPM PENGGAL 2 kata nama
STPM PENGGAL 2 kata nama
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpm
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Wawasan 2020(pengajian malaysia or pengajian am)
Wawasan 2020(pengajian malaysia or pengajian am)Wawasan 2020(pengajian malaysia or pengajian am)
Wawasan 2020(pengajian malaysia or pengajian am)
 
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQSUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
 
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad sawstruktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw
 
SEJARAH ISLAM BAB 2 STPM
SEJARAH ISLAM BAB 2 STPMSEJARAH ISLAM BAB 2 STPM
SEJARAH ISLAM BAB 2 STPM
 
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
 
PENGELUARAN- PENGAJIAN PERNIAGAAN
PENGELUARAN- PENGAJIAN PERNIAGAANPENGELUARAN- PENGAJIAN PERNIAGAAN
PENGELUARAN- PENGAJIAN PERNIAGAAN
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
 
SEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIANSEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIAN
 
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
 
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad sawKegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
 
Pengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
Pengajian perniagaan Bab 2 PengeluaranPengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
Pengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
 
Pengajian Am
Pengajian AmPengajian Am
Pengajian Am
 
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAMETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
 

Destacado

Taklimat Mata Pelajaran Bahasa Melayu STPM : Minggu Orientasi Pelajar 6 Bawah...
Taklimat Mata Pelajaran Bahasa Melayu STPM : Minggu Orientasi Pelajar 6 Bawah...Taklimat Mata Pelajaran Bahasa Melayu STPM : Minggu Orientasi Pelajar 6 Bawah...
Taklimat Mata Pelajaran Bahasa Melayu STPM : Minggu Orientasi Pelajar 6 Bawah...Mohd Fadil Talib
 
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2farhana zailan
 
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2Nazira M
 
New pengajian perniagaan
New pengajian perniagaanNew pengajian perniagaan
New pengajian perniagaanfazrul
 

Destacado (6)

Taklimat Mata Pelajaran Bahasa Melayu STPM : Minggu Orientasi Pelajar 6 Bawah...
Taklimat Mata Pelajaran Bahasa Melayu STPM : Minggu Orientasi Pelajar 6 Bawah...Taklimat Mata Pelajaran Bahasa Melayu STPM : Minggu Orientasi Pelajar 6 Bawah...
Taklimat Mata Pelajaran Bahasa Melayu STPM : Minggu Orientasi Pelajar 6 Bawah...
 
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
Nota pengajian-perniagaan-stpm-semester-2
 
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
Bahasa melayu Sintaksis STPM PENGGAL 2
 
Pola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokalPola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokal
 
New pengajian perniagaan
New pengajian perniagaanNew pengajian perniagaan
New pengajian perniagaan
 
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
 

Similar a Contoh soalan stpm baharu

Psikologi kanak kanak bermasalah pembelajaran
Psikologi kanak kanak bermasalah pembelajaranPsikologi kanak kanak bermasalah pembelajaran
Psikologi kanak kanak bermasalah pembelajaranDonny Donald
 
Penyediaan kertas cadangan pyldkn
Penyediaan kertas cadangan pyldknPenyediaan kertas cadangan pyldkn
Penyediaan kertas cadangan pyldknATANGZ
 
Bmm 3103 soalan
Bmm 3103 soalan Bmm 3103 soalan
Bmm 3103 soalan AMira LIzza
 
Tips to answer around the world in 80 days.
Tips to answer around the world in 80 days.Tips to answer around the world in 80 days.
Tips to answer around the world in 80 days.Maia Asan
 
Contoh rancangan harian tahun 3
Contoh rancangan harian tahun 3Contoh rancangan harian tahun 3
Contoh rancangan harian tahun 3Kamarudin Jaafar
 
4 pembinaan-instrumen-penilaian-dalam-aspek-kognitif
4 pembinaan-instrumen-penilaian-dalam-aspek-kognitif4 pembinaan-instrumen-penilaian-dalam-aspek-kognitif
4 pembinaan-instrumen-penilaian-dalam-aspek-kognitifIla Ali
 
6 ppg3 laporan bmm 3103
6 ppg3 laporan bmm 31036 ppg3 laporan bmm 3103
6 ppg3 laporan bmm 3103Kamal Rohani
 
6 ppg3 laporan bmm 3103
6 ppg3 laporan bmm 31036 ppg3 laporan bmm 3103
6 ppg3 laporan bmm 3103Kamal Rohani
 
Rph pola 5 terbeza edited 2 copy
Rph pola 5 terbeza  edited 2  copyRph pola 5 terbeza  edited 2  copy
Rph pola 5 terbeza edited 2 copyRaziah Abdul Rahim
 

Similar a Contoh soalan stpm baharu (13)

Psikologi kanak kanak bermasalah pembelajaran
Psikologi kanak kanak bermasalah pembelajaranPsikologi kanak kanak bermasalah pembelajaran
Psikologi kanak kanak bermasalah pembelajaran
 
Penyediaan kertas cadangan pyldkn
Penyediaan kertas cadangan pyldknPenyediaan kertas cadangan pyldkn
Penyediaan kertas cadangan pyldkn
 
Bmm 3103 soalan
Bmm 3103 soalan Bmm 3103 soalan
Bmm 3103 soalan
 
Modul bm ting empat
Modul bm ting empat Modul bm ting empat
Modul bm ting empat
 
Debat
DebatDebat
Debat
 
Tips to answer around the world in 80 days.
Tips to answer around the world in 80 days.Tips to answer around the world in 80 days.
Tips to answer around the world in 80 days.
 
Contoh rancangan harian tahun 3
Contoh rancangan harian tahun 3Contoh rancangan harian tahun 3
Contoh rancangan harian tahun 3
 
Interaksi2 2322013
Interaksi2 2322013Interaksi2 2322013
Interaksi2 2322013
 
4 pembinaan-instrumen-penilaian-dalam-aspek-kognitif
4 pembinaan-instrumen-penilaian-dalam-aspek-kognitif4 pembinaan-instrumen-penilaian-dalam-aspek-kognitif
4 pembinaan-instrumen-penilaian-dalam-aspek-kognitif
 
Taksonomi bloom
Taksonomi bloomTaksonomi bloom
Taksonomi bloom
 
6 ppg3 laporan bmm 3103
6 ppg3 laporan bmm 31036 ppg3 laporan bmm 3103
6 ppg3 laporan bmm 3103
 
6 ppg3 laporan bmm 3103
6 ppg3 laporan bmm 31036 ppg3 laporan bmm 3103
6 ppg3 laporan bmm 3103
 
Rph pola 5 terbeza edited 2 copy
Rph pola 5 terbeza  edited 2  copyRph pola 5 terbeza  edited 2  copy
Rph pola 5 terbeza edited 2 copy
 

Contoh soalan stpm baharu

  • 1. Walaupun sudah diterangkan berulangkali, terdapat segelintir pelajar yang masih tidak mengingati struktur karangan ; pendahuluan, isi sokongan dan kesimpulan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, para pelajar akan terus mengulangi kesilapan yang sama dengan meninggalkan struktur yang patut ada dalam sesuatu struktur karangan. Pada pendapat saya, mereka perlu diberikan "sesuatu" yang konkrit bagi memudah dan memperkukuh daya ingatan mereka. Saya berharap dengan adanya senarai semak struktur karangan seperti paparan di bawah, alasan popular mereka iaitu "tidak ingat" akan dapat diatasi. Para guru sedaya mungkin akan mencari jalan penyelesaian yang difikirkan boleh mengatasi masalah anda (pelajar). Sekarang, giliran anda pula menngaplikasikan cara yang dicadangkan. PRAUNIVERSITI SMK. BANDAR MAS, KOTA TINGGI, JOHOR SENARAI SEMAK STRUKTUR PENDAHULUAN KARANGAN STPM Penilaian Bahagian/Ayat Struktur Perincian struktur Pelajar Guru Tulis semula dalam binaan 1 Penyataan Isu ayat yang lain Sama ada : 2.1 Definisi isu 2 Penjelasan isu 2.2 Konsep isu 2.3 Gambaran umum tentang isu Contoh yang berkaitan dengan apa-apa sahaja tentang isu Contoh Tidak semestinya wujud secara berasingan 3 Ulasan isu Tulis apa-apa sahaja idea 4 Ulasan isu yang berkaitan dengan isu 5 Ulasan isu Sebaiknya, kaitkan dengan isu-isu semasa Tulis semula frasa/perkataan kehendak soalan dalam bentuk ayat penyata. Kehendak 6 Sekiranya terdapat 2 KS, soalan bina 2 ayat. Sekiranya KSnya kesan, tulis kesan baik dan kesan buruk
  • 2. PRAUNIVERSITI SMK. BANDAR MAS, KOTA TINGGI, JOHOR SENARAI SEMAK STRUKTUR ISI SOKONGAN KARANGAN STPM Penilaian Bahagian/Ayat Struktur Perincian struktur Pelajar Guru Ayat yang mengandungi isi 1 Ayat Judul Sebaik-baiknya, isi bersifat umum supaya boleh dihurai Ayat sokongan 2 1 Ayat sokongan Ayat yang memberi 3 1 penjelasan lanjut tentang isi yang Ayat sokongan dinyatakan dalam ayat judul 4 1 Mesti bersifat khusus Ayat sokongan 5 Tidak boleh bersifat umum 1 Ayat sokongan 6 1 7 Kesimpulan Menegaskan semula isi PRAUNIVERSITI SMK. BANDAR MAS, KOTA TINGGI, JOHOR SENARAI SEMAK STRUKTUR KESIMPULAN KARANGAN STPM Penilaian Bahagian/Ayat Struktur Perincian struktur Pelajar Guru Tulis semula isu yang terdapat dalam KS 1 Pernyataan isu Kaitkan dengan pandangan calon Nyatakan kesan isu, sama 2 Kesan ada baik atau buruk Nyatakan pendapat calon 3 Pendapat tentang isu Nyatakan penilaian calon 4 Penilaian tentang isu Nyatakan cadangan calon 5 Cadangan tentang isu
  • 3. Nyatakan harapan calon 6 Harapan tentang isu Sebelum mula membuat latihan, sila rujuk terlebih dahulu senarai semak struktur karangan di atas. Buatlah karangan berpandukan senarai semak tersebut. Setelah siap, buat penilaian kendiri sebelum latihan tersebut dihantar kepada guru untuk dinilai. Perhatikan pula penilaian guru dan peka serta ambil tindakan terhadap komen-komen guru. Sekiranya tindakan-tindakan ini dibuat, saya agak yakin prestasi anda boleh meningkat. di 12:17:00 PM Pautan pada catatan ini Tiada ulasan: Dicatat oleh Mohd Fadil b. Talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label: BM 2 : Karangan. Khamis, 24 Mei 2012 STPM Baharu : Bahagian B - Pemikiran Kritis dan Analitis PEMBACAAN KRITIS DAN ANALITIS Pembacaan Kritis dan Analitis merupakan bahagian baru yang terkandung dalam sukatan pelajaran STPM Baharu bermula sesi 2012-2013. Bahagian B ini dipelajari dan dinilai pada penggal 1. Waktu yang diperuntukkan untuk proses PdP bahagian ini ialah 24 waktu. Berdasarkan contoh soalan yang dikemukan oleh MPM, calon akan diberikan petikan yang panjangnya antara 300-350 patah perkataan. Calon perlu menjawab soalan 2 soalan struktur dan 1 soalan esei pendek. Keseluruhan markah bahagian ini ialah 30. Semasa mempelajari bahagian ini, calon seharusnya dapat : (a) menerangkan maksud perkataan, frasa, ayat, atau perenggan yang terdapat dalam teks; (b) mengenal pasti idea dan mesej penulis; (c) membezakan fakta dengan pendapat penulis (d) menyusun dan mengolah idea atau fakta dengan lancar dan berkesan (e) membuat inferens, ramalan, parafrasa, dan kesimpulan; (f) memberikan pandangan, ulasan, atau kritikan terhadap kandungan teks; (g) menggunakan bahasa yang baik dan berkesan Kemahiran yang penting : 1. Pengetahuan bahasa 2. Pengetahuan latar Pengetahuan bahasa membolehkan calon memahami : 1. kandungan teks. 2. Makna perkataan, frasa, klausa dan ayat. Pengetahuan latar pula membolehkan calon memahami kandungan teks yang dibaca.
  • 4. Sekiranya calon memang telah sedia maklum (pernah membaca daripada sumber-sumber lain) tentang kandungan teks yang diberi, maka semakin tinggilah tahap pemahaman terhadap teks yang dibacanya. Kandungan teks mengandungi maksud tersurat dan tersirat Teks yang diberi merupakan sebuah karangan. Oleh itu calon perlu mengesan idea-idea yang terkandung dalam teks tersebut. Calon seharusnya dapat mengesan : 1. Isu 2. Fokus penulisan 3. Isi utama 4. Isi sokongan 5. Kesimpulan Calon juga seharusnya boleh mengenal pasti dan membezakan : 1. Fakta 2. Pendapat 3. Bukti 4. Alasan 5. Cadangan 6 Contoh 7. Dll Seterusnya, pada peringkat lebih tinggi, calon boleh membuat rumusan dan penilaian terhadap kandungan teks tersebut. Kesimpulannya, semasa membaca teks, calon akan melalui proses-proses berikut : 1. Mengetahui 2. Memahami 3. Menganalisa 4. Merumus 5. Menilai Soalan Contoh MPM Bahagian B [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan. Kini, kita menyaksikan bahawa dunia terus dibelenggu oleh pelbagai polemik. Antaranya ialah krisis kenaikan harga minyak, krisis kenaikan harga barangan, dan krisis kekurangan bekalan makanan. Kita seharusnya sedar bahawa setiap sesuatu yang berlaku ini merupakan petanda bahawa 5 dunia semakin hampir ke penghujung jalan. Pada hakikatnya, sesuatu kejadian itu berlaku disebabkan kecuaian dan kealpaan kita dalam hal mengurus alam dengan bijaksana. Apabila pertimbangan nafsu melebihi kepentingan sejagat,
  • 5. bencana akan menimpa. Perjanjian pengurangan pelepasan 10 gas rumah hijau peringkat global dicabuli, malah ada yang enggan untuk menandatanganinya atas kepentingan ekonomi. Akibatnya, bumi menjadi semakin panas dan penderitaan penduduk bumi, terutamanya di negara-negara miskin 15 semakin dirasai. Kegilaan negara besar untuk menakluki dunia dengan melepaskan pelbagai jenis bom, menambahkan derita penghuni planet ini. Pembangunan senjata nuklear dan pelbagai senjata baharu bukan dengan tujuan untuk mengamankan dunia, sebaliknya telah menjadikan dunia 20 semakin tidak aman. Di Malaysia, kita perlu bersyukur atas segala nikmat yang diberikan Tuhan. Kita dilimpahi dengan pelbagai sumber alam yang mencukupi. Setakat ini bencana alam yang meragut puluhan ribu nyawa manusia di negara ini belum pernah lagi 25 berlaku. Belum ada daerah yang musnah seratus peratus akibat dilanda oleh bencana alam. Walaupun krisis makanan berlaku dengan peningkatan harga beras dan tepung, namun keadaan masih terkawal tanpa berlaku apa-apa rusuhan dan huru-hara. 30 Perpaduan dan keharmonian kaum harus dipertahankan, manakala sumber alam perlu dijaga dan diuruskan dengan bijaksana. Amalan masyarakat tentang penjagaan alam sekitar perlu dipertingkatkan. Rasa tanggungjawab untuk menjaga persekitaran seharusnya disemai sejak seseorang itu kecil lagi. Penjagaan alam sekitar harus dilakukan umpama menjaga diri sendiri. Janganlah setelah alam ini musnah dan kita mula merasai kesan buruknya, barulah kita mula berusaha untuk menjaganya. Kita perlu sedar bahawa bencana alam tidak mengenal tempat dan masa. Pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, bencana boleh berlaku. Malang akan menimpa kita, sekiranya kita terus leka dan berbalah serta tuduh-menuduh mengenai punca pemusnahan alam sekitar. Sudah tiba masanya untuk kita mengelakkan perbalahan yang boleh mengundang permusuhan, sedangkan dalam masa yang sama alam terus musnah. Kita perlu menghargai nilai-nilai kemanusiaan, di samping menjaga biodiversiti yang amat besar kepentingannya kepada kita. (Disesuaikan daripada Utusan Malaysia, 14 Mei 2008) 1 Jelaskan maksud frasa (a) …dunia semakin hampir ke penghujung jalan (baris 4 dan 5) [2] (b) …menjaga biodiversiti yang amat besar kepentingannya kepada kita (baris 34) [2] 2 Apakah mesej yang mahu disampaikan oleh penulis melalui petikan di atas? [6] 3 “Apabila pertimbangan nafsu melebihi kepentingan sejagat, bencana akan
  • 6. menimpa.” (baris 7 dan 8) Berikan ulasan anda tentang pendapat ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang sesuai. Panjang jawapan anda hendaklah tidak lebih daripada 150 patah perkataan. [20] di 12:25:00 PM Pautan pada catatan ini Tiada ulasan: Dicatat oleh Mohd Fadil b. Talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label: STPM Baharu : Bahagian B - Pemikiran Kritis dan Analitis. Rabu, 23 Mei 2012 Soalan Bahagian D : Analisis Kesalahan Bahasa Peperiksaan Pertengahan Tahun 6 Atas Tahun 2012 : Bahasa Malaysia Kertas 2 Kota Tinggi, Johor BAHAGIAN D 8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahandan kemudian buat pembetulan. [15] Pengeluar mahupun pemborong perlu menimbangkan kepentingan minyak masak kepada pengguna dan bukan sepatutnya menaikkan harga minyak masak atas pelbagai alasan setelah mereka memperoleh subsidi daripada kerajaan semenjak bulan Januari yang lalu.Pengeluar mengaitkan kenaikan harga minyak masak dengan kenaikan harga petrol, upah membungkus, dan harga plastik peket yang digunakan.Oleh kerana itu, harga sekilogram minyak masak peket terpaksa dinaikkan kepada RM2.75 hingga RM3.00 sepeket berbanding dengan harga siling RM2.50 yang kerajaan tetapkan.Sehubungan dengan itu, kerajaan harus melipatgandakan usaha-usaha praktikal dan berkesan untuk menangani masalah ini. Skema jawapan : BIL KESALAHAN ANALISIS SEBAB PEMBETULAN KESALAHAN 1 Pengeluar mahupun Kata hubung Baik pengeluar pemborong... berpasangan tidak mahupun digunakan secara pemborong... lengkap. Kata hubung "mahupun" harus
  • 7. digandingkan atau berpasangan dengan kata "baik" untuk membawa maksud kedua-duanya. 2 ... bukan sepatut Kata nafi "bukan" ... tidak menaikkan... digunakan sebagai unsur sepatutnya nafi bagi frasa nama atau menaikkan... frasa sendi nama sahaja sedangkan "menaikkan" ialah kata kerja. 3 ...plastik peket... Kesalahan Hukum D-M. ...peket plastik... "Peket" ialah unsur yang diterangkan (D) merupakan inti atau kata utama yang harus mendahului unsur atau perkara yang menerangkan (M) "plastik" 4 Oleh kerana itu... Kata "oleh" ialah kata Oleh sebab itu... sendi nama yang harus diikuti oleh kata nama "sebab" sebagai penyambut sedangkan "kerana" ialah kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi sebagai penghubung klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. 5 ... yang kerajaan Kesalahan struktur ayat ...yang ditetapkan tetapkan... pasif dengan kata ganti oleh kerajaan... nama diri ketiga.”Kerajaan” merupakan kata ganti nama diri ketiga dan dalam struktur ayat pasif, kata kerja dipasifkan dengan imbuhan pasif mendahului kata ganti
  • 8. nama diri 6 ... melipatgandakan Kata nama yang ...melipatgandakan usaha-usaha... mengikuti atau usaha... mendahului kata kerja yang bermaksud jamak tidak perlu digandakan kerana pengulangan maksud jamak menyebabkan lewah. Soalan di atas merupakan soalan STPM sebenar. Bahagian ini memang agak sukar. Kebiasaannya calon agak lemah pada bahagian menyatakan sebab kesalahan bahasa. Dalam skrip jawapan calon, sangat jarang saya jumpa ruangan tersebut penuh. Tindakan ini merugikan calon. Cubalah memenuhkan ruangan tersebut. Bahagian D ini diajar dalam BM 1 tetapi dinilai dalam BM 2. Sekiranya masa mencukupi, tulislah seberapa banyak kesalahan bahasa yang calon fikirkan, walaupun pada kebiasaannya hanya terdapat hanya 5-6 kesalahan bahasa sahaja. Calon seharusnya mempunyai "sandaran" tentang kemungkinan kesalahan bahasa. Sebagai contoh, kemungkinan kesalahan bahasa tersebut ialah bahagian morfologi iaitu kata tugas atau kata sendi nama. Dengan adanya "sandaran" tentang kemungkinan kesalahan bahasa, maka calon akan lebih fokus semasa mencari jawapannya. Dengan membuat banyak latihan "persendirian" dan melihat skema jawapan , calon akan "terbiasa" dengan kemungkinan kesalahan-kesalahan bahasa tersebut. di 9:19:00 AM Pautan pada catatan ini Tiada ulasan: Dicatat oleh Mohd Fadil b. Talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label: BM 2 : Analisis Kesalahan Bahasa. Selasa, 22 Mei 2012 Filem Berunsur Mistik & 1 Murid 1 Sukan : Peperiksaan Pertengahan Tahun 6 Atas Tahun 2012 : Bahasa Malaysia Kertas 2 Kota Tinggi, Johor SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A : KARANGAN Soalan 3 : Kini, filem tempatan banyak yang bertemakan unsur mistik. Bincangkan kesan pemaparan tema tersebut kepada penonton.
  • 9. Pendahuluan - Filem yang bertemakan unsur mistik ialah wayang gambar yang memaparkan kisah kehidupan keadaan ghaib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia untuk tontonan masyarakat. - Contoh, Jangan Pandang Belakang, Zombie Kampung Pisang, Pontianak Harum Sundal Malam dan sebagainya. - Pemaparan tema tersebut memberikan kesan kepada penonton. Isi Kesan filem yang bertemakan unsur mistik IS1 : Menyebabkan ketakutan membelenggu jiwa penonton. IS2 : Mendorong penonton untuk meniru aksi pelakon yang mengamalkan ilmu hitam atau amalan khurafat IS3 : Memberikan keuntungan kepada penerbit filem kerana sambutan yang memberangsangkan daripada penonton. IS4 : Penonton dapat mengambil iktibar daripada cerita yang ditonton. IS5 : Menambah pengetahuan penonton tentang kehidupan alam ghaib IS6 : Mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat – terpesong akidah – meniru perlakuan tersebut IS7 : Memperbodoh masyarakat – pemikiran tahyul IS8 : Pengaruh kepada kanak-kanak – tingkah laku, pemahaman dan percakapan Kesimpulan Pemaparan filem yang bertemakan mistik mendatangkan kesan positif dan negatif kepada penonton. Oleh itu, pihak yang berkenaan harus memberikan garis panduan yang relevan kepada penerbit filem mistik di Malaysia. Soalan 4 : Program 1Murid 1Sukan banyak memberikan manfaat kepada murid. Huraikan manfaat yang boleh diperoleh daripada program ini. Pendahuluan - Program 1Murid 1Sukan: pembangunan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. -Terdapat pelbagai manfaat sukan kepada murid.
  • 10. Isi Manfaat sukan IS1 : Aktiviti sukan dapat mengisi masa lapang murid secara berfaedah. IS2 : Murid yang menceburkan diri secara serius dalam bidang sukan dapat mengharumkan nama sekolah dan negara apabila memenangi pertandingan sehingga peringkat antarabangsa. IS3 : Sukan juga penting sebagai alat perpaduan IS4 : Dengan menyertai aktiviti sukan dapat membentuk sahsiah, jati diri, dan disiplin murid. IS5 : Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid. IS6 : Berpengetahuan luas tentang sukan yang diceburi. Contoh, badminton – pelajar tahu cara pegang raket, undang-undang dan sebagainya. IS7 : Membangunkan modal insan melalui penyataan yang menyeluruh IS8 : Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. IS9 : Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal Kesimpulan Soalan 3 : Kini, filem tempatan banyak yang bertemakan unsur mistik. Bincangkan kesan pemaparan tema tersebut kepada penonton. Soalan 4 : Program 1Murid 1Sukan banyak memberikan manfaat kepada murid. Huraikan manfaat yang boleh diperoleh daripada program ini. Pastikan anda memang benar-benar memahami isunya. Pemahaman tentang isu akan memudahkan anda mencari isi-isi yang relevan. Pemilihan soalan yang ingin calon jawab bergantung kepada beberapa kriteria. Dalam memilih soalan, jangan sesekali melihat kepada susah atau senangnya sesuatu isu pada pandangan sendiri. Yang lebih penting bukan isunya tetapi jumlah isi dan pengetahuan tentang sesuatu isu tersebut. Fikirkan juga bilangan kehendak soalannya, sama ada satu atau dua. Kriteria-kriteria ini boleh membantu calon memilih soalan dengan lebih baik.
  • 11. di 8:23:00 AM Pautan pada catatan ini Tiada ulasan: Dicatat oleh Mohd Fadil b. Talib E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label: BM 2 : Karangan.