Dokumen tersebut membahasikan kecerdasan emosi (EQ) pelajar dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Ia juga menjelaskan definisi EQ, kepentingan EQ, dan cara meningkatkan EQ.
1. Objektif 1) Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap kecerdikan emosi (EQ). 2) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan EQ pelajar. 3) Mengenalpasti kesan-kesan perkembangan EQ terhadap pelajar. 4) Mewujudkan kesedaran pelajar mengenali kepentingan perkembangan EQ. Pengenalan Kecerdikan emosi ataupun EQ (Emotional Quotient) berkaitan dengan emosi mental seseorang dan juga disebut sebagai “kiraan kepintaran emosi”. Menurut Goleman dalam buku Emotional Intelligence (1995), tahap kecerdikan emosi seseorang individu adalah merupakan faktor utama kejayaan seseorang individu, terutamanya pelajar. Merujuk kepada Goleman dalam buku Emotional Intelligence (1997) berpendapat bahawa kecemerlangan seseorang individu adalah bergantung kepada 20% daripada kecerdikan intelek dan 80% lagi adalah bergantung kepada pengurusan emosi secara berkesan. Kecerdikan emosi bukan merupakan lawan kepada kecerdikan intelektual yang biasa dikenali sebagai IQ, namun kedua-duanya saling berinteraksi antara satu sama lain. Adakah EQ boleh dipelajari? EQ boleh dipelajari tetapi bukan melalui cara membaca buku, pembelajaran daripada peperiksaan. Manakala dapat melalui penilaian kendiri, matlamat yang ditetapkan oleh sendiri, berusaha meneruskan ke arah pencapaian matlamat. Penilaian kendiri adalah memerlukan seseorang memahami dimana kekuranganya EQ. Adalah dicadangkan menerima pandangan daripada orang lain ( mereka yang mempunyai EQ yang tinggi). Apabila mengenalpasti dimana kekuranganya EQ boleh menetapkan matlamat yang sesuai untuk meningkatkan EQ. Definisi Kecerdikan Emosi (EQ: Emotional Quotient) Istilah kecerdikan emosi pertama kali diperkenalkan oleh Jack Mayer dan Peter Salovey pada tahun 1990 (dalam artikel Imagination, Cognition, and Personality). Menurut Mayer & Salovey (Dalam Stein & Book, 2002), kecerdikan emosi adalah kemampuan untuk mengenali perasaan, meraih dan membangkitkan perasaan untuk membantu fikiran, memahami perasaan dan maknanya serta mengendalikan perasaan secara mendalam sehingga membantu perkembangan emosi dan intelektual. Goleman dalam buku bernama Emotional Intelligence (1997) mengatakan bahawa kecerdikan emosi adalah kemampuan lebih yang dimiliki seseorang dalam memotivasi diri, ketahanan dalam menghadapi kegagalan, mengendalikan emosi dan menunda kepuasan, serta mengatur keadaan jiwa, berempati dan berdoa. 3 (tiga) unsur penting kecerdikan emosi terdiri dari : kecekapan peribadi (mengelola diri sendiri); kecekapan sosial (menangani suatu hubungan) dan keterampilan sosial (kepandaian menggugah tanggapan yang dikehendaki pada orang lain). Faktor-faktor yang mempengaruhi EQ Faktor internal ini memiliki dua sumber iaitu dari segi jasmani dan segi psikologi. Segi jasmani adalah faktor fizikal dan kesihatan individu, apabila fizikal dan kesihatan seseorang diganggu mungkin adalah dipengaruhi oleh proses kecerdasan emosinya. Segi psikologi merangkumi pengalaman, perasaan, kemampuan berfikir dan motivasi. Faktor external adalah stimulus dan lingkungan dimana kecerdasan emosi berlangsung. Faktor external meliputi stimulus itu sendiri dan daripada persekitaran luar seperti perlakuan seseorang. Kepentingan Kecerdikan Emosi Dr. Daniel Goleman (dalam buku berjudul Emotional Intelligent, 1995) mengungkapkan 5 (lima) wilayah kecerdikan emosi yang dapat menjadi pedoman bagi individu. A) Kebolehan Intrapersonal Kebolehan Intrapersonal bertindakbalas terhadap mod, perasaan, keinginan dan suka kepada orang lain. 1) Mengenali emosi sendiri (to know your own emotion) Ini meliputi kemampuan diri untuk identifikasi apa yang sesungguhnya diri rasakan. Setiap kali suatu emosi tertentu muncul dalam fikiran, kita sendiri harus dapat menangkap apa pesanan yang ingin disampaikan. Contoh pesanan dari emosi ialah takut, sakit hati, marah, frustasi, kecewa, rasa bersalah, kesepian. Penguasaan seseorang dalam ini akan memiliki kepekaan atas pengambilan keputusan-keputusan masalah pribadi. 2) Mengelola emosi diri Kemampuan individu dalam menangani perasaan agar dapat terungkap dengan tepat atau selaras, sehingga tercapai keseimbangan dalam diri individu. Ini ditunjukkan dengan menghibur diri sendiri, melepaskan kecemasan, dan kemurungan. 3) Memotivasi diri sendiri (self-motivation) Kebolehan untuk mengawal dan mengimbang tenaga, pendirian, desakan dan kepuasan diri bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Aspek self-motivation ini sangat penting kepada pelajar kerana dengan mempunyai kebolehan EQ ini mereka akan dapat mengawal diri dan menetapkan pendirian sendiri walaupun menghadapi cabaran yang besar dan hebat daripada luar. B) Kebolehan Interpersonal Manakala kebolehan Interpersonal adalah kebolehan merasai perasaan orang lain dan memandu tingkah laku mereka serta memahami kekuatan, kelemahan, keinginan dan kebolehan orang lain. 1) Mengenali emosi orang lain (empati) Mengenali emosi orang lain bererti kita memiliki empati terhadap apa yang dirasakan oleh orang lain. Penguasaan ini membuat kita lebih efektif dalam berkomunikasi dengan orang lain. Empati dibangun berdasarkan pada kesedaran diri. Jika seseorang terbuka pada emosi sendiri, maka dapat dipastikan bahwa ia akan terampil membaca perasaan orang lain. 2) Membina hubungan (kerjasama) Menunjukkan seni membina hubungan, menuntut kecerdasan dan keterampilan seseorang dalam mengelola emosi orang lain. Tanpa memiliki keterampilan seseorang akan mengalami kesulitan dalam pergaulan sosial. Kesan Kecerdikan Emosi yang rendah Seorang akan terlalu bergantung kepada pelajar lain seperti bertindak mengikut cara dan keputusan. Kemampuan yang rendah dalam mengurus kemahiran komunikasi. Kemahiran berkomunikasi yang baik adalah penting untuk setiap pelajar kerana ia merupakan asas dalam kehidupan harian dan memerlukannya untuk membina hubungan dengan rakan, guru dan ahli keluarga. Kelemahan dalam menghadapi kebimbangan akan menyebabkan sesuatu masalah tidak dapat diatasi dan sebaliknya akan menyebabkannya bertambah buruk. Kebimbangan yang serius akan menyebabkan pelajar tidak dapat memupuk tenaga dalam pelajaran dankeputusan yang kurang memuaskan. Pelajar yang EQ rendah adalah lebih suka meleter. Apabila menghadapi masalah atau berkonflik dengan pelajar lain hanya bertindak meleter kepada orang ketiga. Masalah tidak dapat diselesaikan dan akan menambah buruk. Mudah dipengaruhi oleh pelajar keranan tiada pandangan sendiri. Keadaan adalah bahaya semasa mengikuti pandangan negatif daripada pelajar lain seperti ponteng kelas dan menipu dalam peperiksaan Mudah berkonflik dengan pelajar kerana kegagalan mengurus emosinya. Berkonflik yang negatif akan memburukkan keadaan atau hasil sesuatu perkara. Contohnya, pelajar selalu berkonflik dalam kerja kumpulan kerana terdapat pandangan dan sifat peribadi yang berbeza yang disebabkan rendahnya EQ. Tidak berupaya mengawal emosi dengan rasional kerana tidak memahami emosi sendiri dan juga emosi pelajar lain. Pelajar mungkin terlibat dalam perbuatan negative seperti pertelingkahan dan pergaguhan dengan pelajar lain semasa berkonflik. Selalu menghadapi kekalahan dalam membuat sesuatu perkara kerana tidakberkemahiran dalam komunikasi, tidak memahami emosi sendiri dan pelajar lain yang akan menyebabkan keputusan dan tindakan yang tidak menjayakan sesuatu perkara. Cara meningkatkan Kecerdikan Emosi Memahami kekuatan & kelemahan diri akan membolehkan diri lebih memahami sifat sendiri. Ini membolehkan diri sendiri mengukur potensi sendiri dalam melaksanakan sesuatu perkara. Pelajar perlu memberi perhatian terhadap kelemahan dan cuba meningkatkan dengan cara yang betul. Memahami emosi diri dengan mengetahui kepekaan terhadap sesuatu stimula atau rangsangan. Mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan emosi menjadi tidak tenang, bimbang, marah dan sedih. Tarik nafas sehingga berasa tenang membolehkan diri sendiri menenangkan emosi yang tidak selesa dan tidak rasional. Pelajar boleh memarik nafas semasa menduduki peperiksaan kerana dapat menghilangkan ketegangan. Meninggalkan tempat semasa emosi tidak rasional untuk tujuan menenangkan emosi dan mengelakkan berkonflik dengan orang lain. Pelajar boleh meninggalkan tempat perbincangan dengan sopan semasa terdapat pertelingkahan dengan ahli kumpulan lain. Memotivasi diri sendiri dengan cakap sesama diri seperti “ saya dalam keadaan tenang”. Ini merupakan dorongan yang positif untuk mendapat tenang dan keyakinan. Pelajar boleh memberitahu sendiri yang berada dalam ketegangan untuk membuat presentation dengan memberitahu kepada sendiri bahawa dia perlu tenang. Mempunyai perasaan empati terhadap orang lain. Pelajar perlu memikir sesuatu peristiwa dengan sudut yang berbeza dan perlu berdasarkan pemikiran orang lain semasa menilai dan membuat keputusan. Melepaskan emosi negatif dengan rasional seperti mendengar lagu gemari dan bermain game. Menjadikan diri yang optimistik bermaksud memikir sesuatu peristiwa dengan sudut yang baik walaupun sebenarnya tidak baik. Mengurus emosi dengan Kecerdikan emosi Setiap orang mempunyai sebab mengapa marah tetapi sering kali adalah bermunasabah.nUntuk mengurangkan marah, sebarang provokasi harus dielakkan. Pemarah perlu berusaha mengalihkan perasaan marahnya dengan melibatkan diri dengan sesuatu aktiviti yang diminatinya, misalnya mendengar lagu yang disukai. Bertujuan untuk memberi tempoh menyejuk, demi mengurangkan kadar kemarahan, membiarkan pemikiran rasionalnya meninjau situasi dalam perspektif positif. Mengikut kajian ahli psikologi, Tice mendapati usaha menarik diri dari perasaan marah, seperti membaca, menonton TV dan makan sedap adalah dapat mengurangkan kadar kemarahan. Kebimbangan merupakan pemikiran berulang-ulang ke atas sesuatu peristiwa yang kurang baik dan kurang keyakinan untuk memulihkannya. Mengikut Borkovec dalam kajiannya terdapat beberapa langkah untuk mengawal emosi yang tidak diingini. Langkah pertama adalah kesedaran diri, iaitu mengenalpasti situasi yang menimbulkan kitaran kebimbanga. Orang yang membimbang akan belajar menggunakan kaedah mengendur (relaxation) untuk mengurangkan kadar kebimbangan. Langkah kedua ialah memikir cara yang membina untuk mengatasi kebimbangan dengan soal-jawab. Ini adalah keranan kebimbangan adalah digambarkan dalam hati-telinga dengan bahasa lisan dan bukan imej melalui mata. Cara melepaskan perasaan sedih dengan cara mengurung diri dalam bilik yang senyap adalah tidak berfungsi dan sebaliknay akan memanjangkan perasaan kesedihan mengikut kajian yang dijalankan. Mengikut Tice, cara berkesan untuk menentang kesedihan adalah membuat sesuatu dengan kawan atau keluarganya seperti bersama-sama melibatkan diri dalam sesuatu permainan. Mengikut kajian, orang yang optimistik biasanya mempunyai kecerdikan emosi yang tinggi. Mereka sentiasa dilihat gemdira, tenang dan tidak terganggu walaupun menghadapi masalah konflik, tekanan. Mengikut Albert Bandura, orang yang bersifat self-efficacy boleh belajar daripada kekalahan, mengambil insiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana membaikinya demi menukarnya kepada kemenangan dan bukan membimbang atau menyedik kerana kekalahan. Kesimpulan EQ menjana pemikiran otak kanan yang menghasilkan pertimbangan yang wajar, secara mudah, bebas dan bersahaja ke arah penyelesaian masaalah. Manakala pemikiran IQ yang menggunakan otak kiri sebenarnya lebih terhad kepada analisa logikal yang memerlukan langkah demi langkah dan berturutan. Individu yang mempunyai pencapaian tinggi dalam akademik atau IQ tidak semestinya mempunyai EQ yang tingginya. Kecerdikan emosi dilihatkan sebagai salah satu elemen yang penting dalam kehidupan individu. Aktiviti Lakonan Cerita:Berlaku satu kejadian yang berkaitan dengan seorang murid membunuh anak guru tuisyen dengan kejam di rumah guru itu. Punca berlakunya adalah anak guru itu sering mengejeknya dan akhirnya murid itu tidak dapat tahan dan mengawal emosinya lalu bunuh anak itu dengan kejamnya dalam bilik guru tuisyen itu. Manfaat daripada lakonan: -Pelajar dapat memahami apa yang menyebabkan kejadian ini iaitu kegagalan mengawal emosi. -Pelajar juga dapat mengetahui kesannya sekiranya tidak dapat mengawal emosi sendiri dan melakukan sesuatu yang tidak diingini dan menyesal. -Pelajar juga menyedari kepentingan pengurusan emosi (EQ) dalam kegiatan hariannya. Aktiviti yang dijalankan : Cerita Terdapat seorang budak yang sangat mudah marah dan bersifat angin. Pada satu hari, Bapa budak tersebut telah memberi satu beg paku, dan memberitahu kepada dia : memaku satu paku pada dinding dibelakang halaman rumah bagi setiap kali anda menjadi marah. Pada hari pertama, budak tersebut telah memaku sebanyak 37 paku di dinding) Pada hari seterusnya, Jumlah paku yang dipaku semakin berkurang. Budak tersebut mendapati dia dapat mengawal anginnya dengan lebih mudah berbanding hendak memahu satu paku.) Akhirnya, budak tersebut tidak akan menghilangkan kesabarannya dan mudah berasa marah. Budak tersebut memberitahu keadaan ini kepada bapa dia, dan bapa dia pula memanggil dia mencabut paku yang sebelum dipakukan apabila budak dapat mengawal anginnya. Selepas satu tempoh masa, budak tersebut bercakap dengan bapanya bahawa dia telah mencabut semua paku di dinding itu. Bapa budak memegang tangan budak dan membawa dia ke halaman belakang rumah, dan bercakap kepada dia : Kamu telah bertindak dengan baik, tetapi dapatkan nampak lumbang-lumbang di atas dinding? Budak mendapati dinding itu tidak dapat membalik kepada rupa asalnya. Bapa budak memberitahu kepada budak :percakapan semasa marah pun semacam dengan parut paku tersebut.Jika anda menggunakan pisau menikam satu orang, luka tersebut akan wujub selama-lamanya, walaupun anda meminta maaf berkali-kali. Ajaran daripada cerita: Kesakitan daripada perkataan sama dengan kesakitan daripada luka, ia adalah tidak dapat ditanggung oleh sesiapa Dalam kehidupan kami sememangnya terdapat peristiwa yang tdk menyeronokan, tetapi semakin tidak sudi untuk menerima kemarahan, akan menyebabkan anda semakin sukar nak menanggungnya Kesabaran sewajarnya dipelajari oleh semua orang Aktiviti 2 : EQ Test EQ Test : Test tentang kestabilan emosi Ada kemampuan untuk menghadapi segala masalah Ya Tidak Tentu Tidak 2) Dalam sepanjang kehidupan anda selalu berasa dapat mencapai matlamat yang ditetapkan Ya Tidak Tentu Tidak 3) Pada setakat ini, anda masih menghormati guru di sekolah rendah Ya Tidak Tentu Tidak Adakah anda berniat mengelakkan pertemuan dengan orang tidak disukai oleh anda Tidak pernah Kadang-kala Selalu Semasa memberi tumpuan mendengar lagu, tetapi orang lain bercakap kuat ditepi anda Anda membiarkan Tengah antara kedua pilihan Berasa marah Tidak mengira pergi ke tempat mana, anda dapat mengenalpasti semua arah dengan betul Ya Tidak Tentu Tidak Anda gemar dalam bidang pengajian yang diikuti Ya Tidak Tentu Tidak Anda tidak akan dipengaruhi oleh perubahan cuaca Ya Tengah antara kedua pilihan Tidak Anda berasa takut walaupun binatang liar telah ditutup dalam kotak besi Ya Tidak Tentu Tidak Jika dapat sesuatu keadaan yang baru, anda akan menyusun kehidupan dengan berlaian dengan cara lama Tidak Tentu Sama dengan cara lama Tidak mengetahui kenapa terdapat orang yang mengelak berhubung dengan anda Ya Tidak Tentu Tidak Walaupun anda melayan orang dengan ikhlas tetapi masih tidak mendapat balasan yang baik Ya Tidak Tentu Tidak Anda diganggu oleh mimpi Selalu Kadang-kala Tidak pernah Cara Pengiraan Markah : Soalan 1-8 = 2 markah bagi pilihan pertama 1 markah bagi pilihan kedua 0 markah bagi pilihan ketiga Soalan 9-13 = 0 markah bagi pilihan ketiga 1 markah bagi pilihan kedua 2 markah bagi pilihan pertama Penerangan daripada markah yang diperolehi : 0-12 markah : emosi mudah ditimbulkan, mudah menghasilkan masalah. Kebiasaanya tidak mudah bagi menghadapi dan mengatasi masalah dan cabaran. Mudah dipengaruhi oleh persekitaran, tidak dapat menghadapi hasil realistik, mungkin susah dalam tidur. Perlu mengawal emosi sendiri untuk menenangkan emosi dengan stabil. 13-16 markah : tiada perubahan emosi yang ketara. Boleh menghadapi masalah biasa dalam kehidupan, tetapi berasa bimbang dalam keadaan yang jarang dihadapi. Tidak dipengaruhi oleh persekitaran. 17-26 markah : Keadaan emosi yang stabil, matang dan boleh menerima realistik. Dapat mengatasi masalah dengan tenang. Mungkin berasa bimbang semasa masalah rumit dan sememangnya susah tidak dapat diselesaikan. RUJUKAN 1)http://duniapsikologi.dagdigdug.com/2008/11/19/pengertian-kecerdasan-emosional/ 2)http://eprints.utm.my/5917/1/aziziyahEQ.pdf 3)http://myais.fsktm.um.edu.my/4906/1/9.pdf 4)http://repository.gunadarma.ac.id:8000/RA_Catur_Taganing_Kecerdasan_emosi_1398.pdf – 5)http://rinyyunita.wordpress.com/2009/01/25/kecerdasan-emosi/ 6)http://tapnm.melaka.gov.my/UserFiles/File/Ukuran%20Emosi%20dan%20Kecerdasan%20Emosi.pdf 7)http://www.acehforum.or.id/share-ukur-kecerdasan-t16447.html?s=6c8e35d4cc5e0481f005f424776faf0e& 8)http://www.adeshendra.com/2009/01/kecerdasan-emosi-emotional-quotient.html 9)http://www.geocities.com/dien_99/EQ-nl.html