SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 22
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)



    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

               HBAE1403
            MENGGAMBAR

      SEMESTER: SEPTEMBER (2010)



        MARSHIZAWATI BINTI RASIP
             761020135460002
            marshiza@gmail.com



            NAMA PENSYARAH:
      PUAN NORHASLINA BINTI NORDIN
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                       761020135460002




   Isi kandungan                                       Muka surat

Biodata Diri                                                 i


Setitis Tinta                                                ii


Pengenalan                                                   1


Soalan 1(a)                                                  1-3


Soalan 2(a)- i Pengenalan                                        3


Soalan 2(a)- ii Proses menghasilkan batik                    4-8


Soalan 2(b)- i Pengenalan                                    8-9
Soalan 2(b)- ii Kepentingan Mempelajari Teknik Resis


                Di Sekolah                                   9-10


Rumusan                                                          11


Rujukan                                                           iii


Lampiran Bahan dan Rujukan                                        iv
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                        761020135460002




          BIODATA DIRI




NAMA           :   MARSHIZAWATI BINTI RASIP

UMUR           :   34 TAHUN

NO. IC         :   761020-13-5460

TARIKH LAHIR   :   20 OKTOBER 1976

NO. TELEFON    :   017 6143324

SEKOLAH        :   SK PAYA RUMPUT MELAKA

OPSYEN         :   MATEMATIK

STATUS         :   BERKAHWIN

E-MAIL         :   marskpr@gmail.com

                   marshiza@gmail.com

ALAMAT RUMAH   :   NO. 9, JLN BJ 31,
                   TAMAN BERTAM JAYA
                   75250, MELAKA.
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                            761020135460002



                                     i




                             Setitis Tinta
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

   Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi
kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk
Menggambar (HBAE1403) pada kali ini.


   Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang
begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam
meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM
Melaka yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga
OUM semester Mei 2010 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah
memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan
tugasan.


   Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah yang di hormati, Puan Norhaslina bt Nordin. kerana telah
memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam
menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Tanpa penerangan beliau, tidak
mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik
datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.
Sekian terima kasih.
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                                          761020135460002




                                              ii


1. Menggambar merupakan salah satu bidang dalam Seni Visual di peringkat Sekolah Rendah.
     Salah satu aktiviti menggambar ialah resis. Hasilkan resis mudah yang anda ketahui melalui
     pengalaman anda membuat penerokaan tentang resis.


     Pengenalan
     Resis merupakan teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang
     tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin,krayon dan warna
     poster dan dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat
     dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting. Melalui teknik resis
     seseorang itu dapat mengolah idea dengan meneroka teknik tersebut dengan menggunakan pelbagai
     gabungan media (bahan dan alatan) secara kreatif dan kritis. Resis telah mula di ajar di sekolah seawal
     tahun satu dengan menggunakan bahan-bahan asas seperti krayon, lilin dengan warna air. Ini juga
     merupakan pengenalan awal kepada penghasilan batik.


     (a) Hasilkan EMPAT teknik resis mudah yang anda ketahui melalui pengalaman anda membuat
        penerokaan tentang resis.

          Gambar-gambar bagi EMPAT teknik resis mudah yang telah di hasilkan.

          Untuk penjelasan lanjut sila lihat lampiran hasil.

1.




                                                                          Resis lilin dan warna poster.
HBAE1403 : MENGGAMBAR
          761020135460002




      1




2..

          Resis dakwat emas ‘Artline

          dan warna air.




3.




          Resis perekat getah dan warna air.
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                                            761020135460002




                                                      2




4.



                                                                            Resis krayon dan warna poster.




2. Resis menggunakan kain di sebut juga sebagai batik. Beberapa proses perlu dijalankan untuk

          menghasilkan batik.




          (a) Lukiskan proses penghasilan batik menggunakan teknik mencanting



     i.       Pengenalan

     Batik merupakan satu hasil seni atau kraf tradisional yang terkenal di Malaysia dan Indonesia. Perkataan
     batik adalah berasal daripada Jawa Indonesia yang digabungkan daripada dua perkataan iaitu ‘amba’
     yang bermaksud menulis dan ‘titik’. Batik adalah salah satu daripada teknik-teknik resis. Lilin dijadikan
     sebagai bahan penyekat daripada kemasukan pewarna di atas kain.Pengahasilan batik terdiri daripada
     beberapa teknik atau cara seperti, teknik cetakan atau blok dan teknik mencanting atau melukis.

     Teknik mencanting pula adalah salah satu kaedah untuk menghasilkan corak dengan menggunakan lilin
     yang diisi dalam alat canting. Corak yang dihasilkan menerusi proses canting adalah unik dan prosesnya
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                                       761020135460002

agak memakan masa berbanding cara cetakan blok. Oleh itu, batik yang dihasilkan menerusi proses
mencanting adalah lebih mahal.

Alat dan bahan untuk membuat batik canting biasanya terdiri daripada alat canting, damar, lilin, warna
batik, pemati warna (sodium silicate), bingkai kayu, periuk, dan kain putih (sutera, fuji, kapas).


                                                3
ii Proses menghasilkan batik: Cara-caranya:


1. Rentang kain putih pada pemidang kayu menggunakan paku tekan atau stapler untuk
   menegangkan dan meluruskan kain.




2. Lakarkan corak dengan pensel pada permukaan kain tersebut.
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                                    761020135460002




                                              4


3. Panaskan lilin di dalam periuk untuk mencairkannya dengan api yang perlahan.




4. Lilin kain menggunakan canting di atas kain yang dilukis. Guna pen canting untuk menceduk lilin
   cair dan alirkan pada corak.
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                                761020135460002




                                            5


5. Warna corak yang dicanting menggunakan berus lembut.




6. Setelah warnaan kering keluarkan daripada pemidang dan rendam dalam sodium
   silikat untuk mematikan warnal
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                                     761020135460002




                                               6
7.   Rebus kain di dalam air panas yang diletak soda ash untuk menanggalkan kesan lilin.




8. Jemur kain yang telah dibersihkan di bawah lindungan matahari dan di kawasan yang berangin.
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                                       761020135460002




                                                7
9. Contoh corak batik yang telah dihasilkan.




   2 ( b) Huraikan kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah.

           Penjelasan tentang fakta perlu berserta dengan contoh serta bahan rujukan.




  i Pengenalan

  Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak
  bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                                        761020135460002

  boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses
  penghasilan batik lukis atau batik canting. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti
  menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Fungsi lilin adalah untuk menutup

  kawasan permukaan kertas atau kain. Ia bermaksud lilin berfungsi sebagai penghadang untuk
  melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena dengan warna baru.

  Satu teknik menggunakan lilin, krayon lilin adalah bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau
  lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Teknik resis boleh menjadikan permukaan
  kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal.




                                                 8

Resis juga boleh dijalankan dengan kaedah menggunakan kaedah atau teknik resis dan menyapu warn a
dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Antara contoh teknik resis yang boleh dijalankan
kepada murid ialah, krayon resis dengan warna air, krayon resis dengan warna poster, krayon resis
dengan warna tempera, resis warna air dengan perekat getah dan pelbagai lagi. Apapun penghasilan resis
adalah begantung kepada kekreativiti individu dalam memanipulasi bahan dan alatan yang diperlukan.

ii Kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah.

1. Seawal tahap satu murid-murid telah diperkenalkan dengan teknik resis asas dengan menggunakan
   krayon dan warna air. Melalui penghasilan melalui teknik resis ini dapat membantu murid-murid
   untuk mengekspresi diri dan dan respon terhadap kehidupan harian mereka melalui bentuk gambaran.
   Selain itu, ia dapat mencungkil tentang kesedaran persepsi murid-murid itu sendiri dan kuasa
   ekspresif supaya mereka boleh menyatakan perasaan yang mereka alami semasa menjalankan aktiviti.
   Murid-murid bebas berbicara secara logik, kritis dan kreatif. Mereka juga bebas dalam mereka cipta

   bentuk-bentuk visual berdasarkan rupa bentuk visual yang sebenar yang berada di dalam persekitaran
   mereka. Contohnya ialah bunga-bungaan, buah-buahan, bentuk-bentuk geometri, daun, rumah dan
   sebagainya. Murid-murid yang berbakat dan kreatif akan mengaplikasi objek-objek persekitaran
   sebagai contoh dengan menghasilkan satu resis yang mengagumkan.



2. Selain itu, pembelajaran teknik resis ini, murid-murid dapat mengenal pelbagai media, bahan dan
   alatan yang boleh digunakan semasa menjalankan aktiviti. Contohnya, bahan-bahan yang digunakan
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                                      761020135460002

   dalam penghasilan teknik resis adalah krayon, lilin, dakwat emas( ‘marker’), kertas lukisan, kertas
   lilin, perekat getah, warna air, warna poster, warna tempera dan sebagainya. Ini dapat membantu
   murid mengolah idea secara kreatif dan kritis dalam memanipulasi bahan seterusnya menghasilkan
   resis yang baik dan berkesan. Murid-murid juga akan membuat penerokaan terhadap media dan alatan
   semasa menjalankan aktiviti. Pelbagai kemungkinan atau hasil yang menakjubkan dan mungkin tidak
   di nagka oleh guru sendiri.


3. Teknik resis juga adalah asas untuk memperkenalkan murid-murid tentang proses penghasilan batik.

   Seperti yang telah diketahui, batik merupakan satu kraf yang begitu terkenal di kawasan nusantara
   terutama di Malaysia dan negara jiran, Indonesia. Penghasilan batik adalah sama dengan teknik resis
   yang mana ia melibatkan satu kaedah penolakan antara lilin dan warna. Teknik resis merupakan




                                                9


   pengenalan kepada proses penghasilan batik. Guru bertanggungjawab dalam mengenalkan batik
   semasa menerangkan tentang resisi kerana ia berkait rapat di antara satu sama lain. Ini akan
   menimbulkan rasa minat dan kecintaan murid-murid kepada hasil kraf tradisional Melayu yang begitu
   terkenal di peringkat antarabangsa. Guru juga perlu menerangkan kepada murid-murid bahawa teknik
   resis ini digunakan oleh penghasil-penghasil batik di Kelantan dan di Terengganu yang sinonim
   dengan pengeluaran batik terbesar di Malaysia. Murid-murid juga dapat deserapkan dengan elemen-
   elemen keusahawanan yang mana hasil-hasil resis contohnya batik itu tadi, bukan sahaja dijadikan
   sebagai pameran tetapi boleh dijual kepada orang ramai. Ia mungkin dijadikan sebagai bahan
   perhiasan, pakaian dan barang keperluan pengguna.Ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan ekonomi
   kepada diri sendiri, keluarga seterusnya negara. Selain itu, warisan dan budaya seperti penghasilan
   batik ini akan terus diwarisi oleh generasi sekarang dan akan datang. Oleh yang demikian, seni dan
   warisan ini tidak akan tenggelam dan seterusnya terpelihara sampai bila-bila. Itulah yang diharapkan
   oleh kita semua.


4. Pembelajaran teknik resis juga dapat menggalakkan murid-murid beerkomunikasi, berinteraksi
   dengan kawan-kawan dan guru, meluahkan perasaan dan isi hati, berkongsi idea, membuat percubaan
   serta membuat kritikan yang membina dan membuat penilaian tentang persembahan hasil kerja
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                                          761020135460002

       tersebut. Murid-murid juga dapat menjalankan proses apresiasi seni dengan bimbingan guru.
       Apresiasi seni bermaksud penilaian atau mempunyai kepekaan terhadap sesuatu gambaran, objek
       atau imej dalam pembelajaran terpimpin. Setelah aktiviti penghasilan resis berakhir, guru akan
       meminta pandangan murid-murid tenatang hasil sendiri dan orang lain dari segi, pengetahuan tentang
       tema atau tajuk yang dilukis, cara pelukis mengingterpretasi gambar, alat, bahan, media yang
       digunakan serta teknik yang digunakan. Ini dapat mencungkil bakat murid-murid untuk membuat atau
       mengemukakan penilaian tersendiri terhadap hasil sendiri dan orang lain. Melalui, penilaian itu tadi,
       murid-murid juga boleh mencadangkan pengubahsuaian yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu
       contohnya resis yang lebih menarik.




                                                    10




Rumusan

       Dalam menggambar terdapat pelbagai teknik atau kegiatan yang boleh dilakukan. Di antaranya ialah
resis. Resis merupakan proses menggambar yang sangat menarik dijalankan kepada murid-murid sekolah
rendah. Ia adalah satu cara bagaimana murid-murid dapat meneroka dengan lebih jauh lagi alatan dan bahan
yang digunakan yang digunakan dalm proses menggambar. Pada kebiasaannya, penggunaan alatan seperti
pensel dan pensel warna dalam menghasilkan garisan dan lakaran sudah selalu digunakan. Dalam proses
menghasilkan penggunaan alatan utama yang digunakan ialah lilin. Ia membiatkan hasil kerja resis dianggap
sebagai satu hasil kerja yang lain dari kebiasaannya. Oleh yang demikian, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan tidak akan membosankan murid-murid kerana mereka amat sukakan kelainan
dan pembaharuan dalam hasil kerja mereka.

       Melalui teknik resis ini juga proses penghasilan batik boleh diperkenalkan keana teknik resis
merupakan asas kepada proses penghasilan batik. Semasa ini, guru boleh menerapkan nilai-nilai kecintaan
kepada seni budaya dan warisan Melayu kerana batik adalah salah satu warisan kraf Melayu yang perlu
dipertahankan dan tidak akan tenggelam sehingga masa akan datang. Oleh yang demikian adalah amat
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                                         761020135460002

penting, warisan ini terus dipelihara oleh generasi sekarang dan akan datang melalui pembelajaran
pendidikan seni visual di sekolah-sekolah.

       Maka dengan ini, pembelajaran resis amat penting di sekolah sebagai asas pengenalan kepada murid-
murid tentang budaya dan seni wariasan Melayu seperti batik. Ini juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan
nilai-nilai moral tentang rasa tanggungjawab, semangat nasional dan kecintaan kepada negara.

       Pembelajaran resis di sekolah juga dapat mencungkil bakat murid-murid dalam mengolah idea dan
kreativiti murid menggunakan bahan dan alatan dengan teknik yang betul dan berkesan. Ia juga
menggalakkan murid-murid membuat ekspresi diri serta luahan perasaan melalui hasil yang dibuat. Murid-
murid juga digalakkan menjalankan sesi apresiasi seni di akhir pembelajaran. Apresiasi seni mewujudkan
kritikan atau pendapat seseoarang individu serta melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang.
Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasidengan orang lain apa yang
difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang
cukup mengenai seni yang diperlukan.



                                                    11




   Rujukan

   Haslinda Madon.(2010).HBAE1403Menggambar.OpenUniversityMalaysia(OUM).Selangor Darul

   Ehsan.Meteor Doc.Sdn Bhd



   http://www.masterwanbatik.com/index.php?option=com_content&view=article&id=118:identiti-batik-
   malaysia&catid=42:info-batik&Itemid=108



   http://www.scribd.com/doc/21963733/apresiasi-seni



   http://zacwe91.ads4blog.net/2010/07/03/pengenalan-batik/



   http://zul9990.blogspot.com/2009/09/menggambar-zul9990-pengenalan-bidang.html
HBAE1403 : MENGGAMBAR
         761020135460002




   iii



LAMPIRAN
  BAHAN
   DAN
 RUJUKAN
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                                         761020135460002




                                                   iv

http://zul9990.blogspot.com/2009/09/menggambar-zul9990-pengenalan-bidang.html

RESIS
.satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin.
. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.
. buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke
permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.
.aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas
permukaan kertas yang disapu lilin.
. Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu
permukaan daripada terkena warna baru.
.teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas
kertas dan diwarnakan permukaannya.
. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam
keadaan warna asal
. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihantindihan lilin dan menyapu warna dari
peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.




Identiti Batik Malaysia
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                                           761020135460002

Thursday, 24 December 2009 04:01 administrator

   http://www.masterwanbatik.com/index.php?option=com_content&view=article&id=118:identiti-batik-
   malaysia&catid=42:info-batik&Itemid=108

Batik di Malaysia mula bertapak sejak awal tahun 1920-an. Kini batik Malaysia telah berkembang pesat dan
mempunyai identiti yang tersendiri.

Batik berasal dari Indonesia. Ia berkembang ke Malaysia setelah ramai orang tempatan berminat dengan
batik Jawa yang cantik dan halus buatannya.

Tidak dinafikan, di Kelantan dan Terengganu, pengusaha batik cuba meniru corak-corak batik dari batik
Jawa. Bagaimana pun kehalusan pembuatannya tidak dapat ditandingi.

Dalam penulisan Wan Hashim Wan Teh menyatakan, istilah 'batik' datang daripada perkataan Jawa,
Indonesia.

'The term batik is of Javanese origin from the word 'ambatik, meaning 'a cloth having dots ordotted cloth.
'Tik' may have come from the word 'titik meaning 'dots' while the word 'ba' means 'doing work actively'
(Wan Hashim,1996)

Batik dalam erti kata perkataan Jawa, adalah 'ba' atau 'amba' bermaksud membuat kerja dengan aktif,
mungkin dari sudut yang lain saya berpendapat 'amba' itu bermaksud 'hamba' atau 'menghambakan diri' dan
'tik' bermaksud titik.

Dengan perkataan 'ba-tik' membawa maksud menghambakan diri untuk menitik lilin di atas kain putih. Titik
dihasilkan daripada lilin dengan menggunakan canting. Canting adalah sejenis alat yang diperbuat daripada
logam (tembaga) berbentuk kasut kecil ruang di mana lilin diisikan.

Bekas ini muncung pada penghujung dan buluh atau kayu diperlengkapkan sebagai pemegangnya.

Batik adalah salah satu daripada teknik-teknik resis. Lilin dijadikan sebagai bahan penyekat daripada
kemasukan pewarna di atas kain.

Menurut Kamaruzaman Mohd Salleh, pengurus Batik Samasa, di Kelantan pada zaman dahulu, pada awal
1930-an bapanya mula menghasilkan kain batik dengan menggunakan blok kayu yang diukir dan dicapkan
ke atas kain.

Warnanya diambil daripada sejenis buah yang mempunyai getah berwarna hitam. Getah buah ini disapukan
ke permukaan blok kayu tadi dan dicopkan ke atas kain putih dengan satu warna sahaja.

Hari ini kita dapat melihat coraknya seperti pada kain sarung sembahyang yang dijual di Kelantan,
Terengganu dan Kedah.

Itu adalah asal pembuatan batik yang diperbuat daripada ukiran kayu blok seperti motif pucuk rebung, bunga
ketola, bunga cempaka, bunga kiambang dan motif-motif ringkas seperti titik, bentuk empat persegi dan
bulat.

Kain yang dipanggil kain batik ini dalam erti kata yang sebenarnya bukanlah batik tetapi kain yang
menggunakan kaedah cop bunga atau motif batik ke atas kain putih.
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                                          761020135460002


Kaedah ini mula digunakan oleh Haji Che Su dari Kelantan dan Haji Ali dari Terengganu dalam tahun 1920-
an.

Melihat cara orang Indonesia menggunakan lilin panas dan blok daripada tembaga untuk mencorakkan kain
batik, maka pengusaha batik Malaysia kemudiannya menginovasikan blok ukiran kayu kepada blok besi
yang diperbuat daripada tin susu atau kepingan zink yang dipanggil sarang bunga.

Pada tahun 1950-an pengusaha batik mula membuat batik menggunakan blok tin dengan panggilan teknik
batik blok, batik terap atau batik cop. Pada masa itu pembatik masih ingin meniru corak batik Jawa. Sehingga
suatu ketika dahulu batik sarung dinamakan kain batik Lasem Kelantan, kain batik Solo Kelantan dan kain
batik Pekalongan Kelantan.

Penggunaan blok tin kemudiannya digantikan dengan tembaga dan ia diteruskan sehingga hari ini. Biasanya
batik blok dijadikan batik ela yang dihasilkan dengan pelbagai corak.

Kebanyakan batik ini dijadikan baju kemeja lelaki, baju perempuan dan baju kanak-kanak. Selain itu kain
batik blok juga dibuatkan sebagai cadar, penutup meja dengan rekaan yang tertentu.

Bagi mempercepatkan pembuatan batik, Batik Samasa telah menginovasikan tekniknya dengan
menggunakan skrin stensil berbentuk kain sarung.

Pada skrin ini di lukiskan motif-motif batik pada bahagian badan kain, kepala kain dan kaki kain. Motif yang
dilukis bercampur dengan bunga-bunga batik Jawa dan bunga tempatan yang telah diilhamkan oleh pereka.

Kemudian lacquer dimasukan ke alat yang berbentuk corong dan dilukis mengikut bentuk yang telah
direkakan di atas skrin. Kawasan yang tidak diwarnakan akan disapukan lacquer.

Beberapa skrin akan diadakan mengikut lapisan warna yang akan digunakan. Batik yang telah dicetak ini,
ada yang dicampurkan dengan teknik blok batik dan disapukan lilin bagi menampakan corak batik serta retak
lilinnya. Proses ini dapat mengurangkan kos serta mempercepatkan pembuatan batik.

Pada tahun 1979, sebagai penuntut Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) (dulu ITM), saya pernah
membuat latihan di kilang Batik Samasa. Di sana saya berlajar cara membuat batik stensil menggunakan
skrin dan melukis corak batik dengan lacquer berwarna hijau.

Saya pernah diminta menunjuk cara menggunakan canting di kilang tersebut dengan membuat sehelai kain
batik tulis sepanjang empat meter kepada Norma, adik pengurus Batik Samasa.

Tiga tahun kemudian, saya terkejut melihat bertapa pantasnya pengusaha Batik Samasa dapat mempelopori
teknik janting hingga menjadi pengusahan batik canting peringkat industri kecil.

Mencanting batik mungkin bermula pada akhir tahun 1960-an. Pada masa itu batik canting digunakan oleh
artis batik dan pembatik secara kecil-kecilan. Teknik mencanting batik mula digunakan di UiTM pada tahun
1976 dalam mata pelajaran Resis Tekstil.

Kebanyakan pelajar-pelajar daripada Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis dan Sen Reka (UiTM),
telah banyak mendirikan perusahaan batik sendiri. Ada yang bekerja sebagai pereka di kilang-kilang batik
dan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                                         761020135460002

Di sinilah bermulanya batik kontemporari. Dengan bekalan ilmu membatik, ramai pembatik berkecimpung
dalam perusahaan batik tulis. Walaupun batik nya tidak sehalus batik Jawa tradisional, batik Malaysia telah
dapat menghasilkan identiti tersendiri daripada pelbagai pengalaman dan eksperimentasi batik. Pada tahun
1990-an, Prof.Madya Zaharah Othman, pensyarah dari Jabatan Senireka Tekstil, UiTM, telah mengajar batik
corak seperti tenun ikat dan dinamakan corak batik ikat. Batik seperti ini adalah dalam golongan batik
eksklusif.

Rekaan batik sebegini mempunyai kelainan corak bergantung kepada beberapa kombinasi teknik dan
penggunaan canting yang berlainan saiz.

Batik Malaysia mempunyai pelbagai cara untuk menghasilkannya seperti batik blok dan batik canting. Di
samping itu, batik blok boleh dibuat dengan beberapa lapisan warna (double boiling), dan boleh dicampurkan
teknik cetakan skrin. Batik juga boleh menggunakan canting dan berus dan batik ini dinamakan batik tulis.
Sungguhpun begitu ramai pengusaha batik yang gemar menggunakan cara mencanting kerana cara ini lebih
senang dan kos tidak tinggi berbanding teknik skrin dan batik blok.

Yusoff Abdullah dari Kelantan terkenal dengan batik tulisnya sejak 1946. Beliau adalah salah seorang
daripada pengusaha batik yang terawal gemar mengeksperimentasi dan inovasi dalam penghasilan batik
dengan motif, tumbuh-tumbuhan daripada alam sekeliling. Pengusaha batik seperti Rashidah's Exclusive
Batik di Kelantan, banyak menghasilkan batik tulis tangan secara eksklusif sejak 1978. Beliau sendiri
merekan motif dan corak serta menyediakan warna yang ditentukan. Pembatik dari Kuala Lumpur seperti
Wan Nong, Zainubah Hamzah dan Kutang Kraf banyak menghasilkan rekaan baru batik yang unik dan
kontemporari.

Seem Noor dan Noor Arfa Batik dari Terengganu juga banyak menghasilkan batik tulis dan batik blok.
Mereka berani menggunakan warna yang berlainan daripada warna kebiasaan batik.

REKAAN batik yang menarik dan versatil mampu diketengahkanke peringkat antarabangsa.

Batik Malaysia kini mempunyai identiti tersendiri iaitu mengikut trend warna terkini dan corak mengikut
pereka, yang menjurus kepada bentuk kontemporari.

Melihat pada batik hari ini, rekaan dan warnanya sangat menarik serta penggunaan pelbagai teknik dan jenis
kain seperti sutera jaquard, sifon, organza dan sebagainya. Dengan galakan daripada Allahyarham Datin Seri
Endon, telah memberi satu platfom bagi pembatik-pembatik untuk memajukan batik Malaysia di dalam dan
ke luar negara.

-- http://www.kosmo.com.my



http://zacwe91.ads4blog.net/2010/07/03/pengenalan-batik/

Batik ialah kraf tangan tradisional yang terkenal di serata tempat. Batik menjadi terkenal kerana mempunyai
hubungan dengan kegunaan harian orang-orang Melayu misalnya sebagai penggunaan tekstil. Kini seni
tekstil ini semakin digemari oleh semua lapisan masyarakat malah digemari juga oleh pelancong-pelancong
sebagai oleh2 untuk saudara mara mereka ataupun juga untuk dipakai ke majlis2 tertentu.
HBAE1403 : MENGGAMBAR
                                                                           761020135460002

Dahulu batik dianggap sebagai seni pakaian tradisional tetapi setelah pelbagai usaha dilakukan kini batik
juga telah melalui revolusi kontemporari di mana batik dijadikan sebagai elemen penting dalam rekabentuk
dan rekahias pakaian fesyen terkini.

Di tanah air kita sendiri,batik menjadi popular sejak beberapa tahun yang lepas setelah batik dimartabatkan
sebagai pakaian rasmi tertentu terutama kepada mereka yang berkhidmat dengan badan kerajaan seperti
menghadiri mesyuarat , perjumpaan , mengikuti program2 besar besaran




dan lain lain.
Batik dihasilkan melalui 2 kaedah yang utama iaitu yang pertama menerusi blok tangan, di mana corak
tertentu dibuat pada blok kemudiannya dicetak ke atas kain. Penghasilan begini juga digelar ‘printed batik’
atau batik cop. Melalui proses ini , penghasilan sesuatu batik itu menjadi cepat dan cermat.

Cara kedua pula ialah melukis corak batik di atas kain menggunakan buluh yang dikhususkan untuk melukis
ataupun dipanggil ‘canting’. Batik Terengganu dan Kelantan terkenal dengan batik cantingnya. Corak yang
dihasilkan menerusi proses canting adalah unik dan prosesnya agak memakan masa berbanding cara yang
pertama tadi. Oleh itu, batik yang dihasilkan menerusi proses mencanting adalah lebih mahal.

Selain itu banyak lagi proses untuk menyiapkan sehelai kain batik yang sangat diminati oleh kaum hawa
ini.ini meliputi keseluruhan proses nya yang rumit dan sukar untuk dihasilkan.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Rancangan pengajaran harian bidang menggambar
Rancangan pengajaran harian bidang menggambarRancangan pengajaran harian bidang menggambar
Rancangan pengajaran harian bidang menggambarSalihin Leen
 
Rancanganpengajaranharianduniasenivisualtahun2 121015043148-phpapp02
Rancanganpengajaranharianduniasenivisualtahun2 121015043148-phpapp02Rancanganpengajaranharianduniasenivisualtahun2 121015043148-phpapp02
Rancanganpengajaranharianduniasenivisualtahun2 121015043148-phpapp02Juniz Junainah
 
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capan
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capanRancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capan
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capanSalihin Leen
 
Contoh rph dsv tahun 2
Contoh rph dsv tahun 2Contoh rph dsv tahun 2
Contoh rph dsv tahun 2Salmah Md Amin
 
Rancangan pengajaran harian mengenal kraf tradisional
Rancangan pengajaran harian mengenal kraf tradisionalRancangan pengajaran harian mengenal kraf tradisional
Rancangan pengajaran harian mengenal kraf tradisionalSalihin Leen
 
Rpp prakarya kerajinan lunak
Rpp prakarya kerajinan lunakRpp prakarya kerajinan lunak
Rpp prakarya kerajinan lunakyuyunhafizh
 
SD-MI kelas02 mengenal lingkungan sekitar nurhadi hartitik
SD-MI kelas02 mengenal lingkungan sekitar nurhadi hartitikSD-MI kelas02 mengenal lingkungan sekitar nurhadi hartitik
SD-MI kelas02 mengenal lingkungan sekitar nurhadi hartitiksekolah maya
 
Rancangan Pengajaran Harian - Topeng
Rancangan Pengajaran Harian -  TopengRancangan Pengajaran Harian -  Topeng
Rancangan Pengajaran Harian - TopengHui Chew
 
Kumpulan 7
Kumpulan 7Kumpulan 7
Kumpulan 7celestie
 
Soal uts-sem-2-2012-2013-kelas-8
Soal uts-sem-2-2012-2013-kelas-8Soal uts-sem-2-2012-2013-kelas-8
Soal uts-sem-2-2012-2013-kelas-8Fuhr Heri
 
Rph membuat corak dan rekaan (kad ucapan hari ibu) kbsr thn 4
Rph membuat corak dan rekaan (kad ucapan hari ibu) kbsr thn 4Rph membuat corak dan rekaan (kad ucapan hari ibu) kbsr thn 4
Rph membuat corak dan rekaan (kad ucapan hari ibu) kbsr thn 4emynfz
 
psv t4 Pembentangan boneka
psv t4 Pembentangan bonekapsv t4 Pembentangan boneka
psv t4 Pembentangan bonekashare with me
 

La actualidad más candente (16)

Rancangan pengajaran harian bidang menggambar
Rancangan pengajaran harian bidang menggambarRancangan pengajaran harian bidang menggambar
Rancangan pengajaran harian bidang menggambar
 
Rancanganpengajaranharianduniasenivisualtahun2 121015043148-phpapp02
Rancanganpengajaranharianduniasenivisualtahun2 121015043148-phpapp02Rancanganpengajaranharianduniasenivisualtahun2 121015043148-phpapp02
Rancanganpengajaranharianduniasenivisualtahun2 121015043148-phpapp02
 
Contoh rph
Contoh rphContoh rph
Contoh rph
 
Topeng muka
Topeng mukaTopeng muka
Topeng muka
 
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capan
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capanRancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capan
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capan
 
Contoh rph dsv tahun 2
Contoh rph dsv tahun 2Contoh rph dsv tahun 2
Contoh rph dsv tahun 2
 
Rancangan pengajaran harian mengenal kraf tradisional
Rancangan pengajaran harian mengenal kraf tradisionalRancangan pengajaran harian mengenal kraf tradisional
Rancangan pengajaran harian mengenal kraf tradisional
 
Rpp prakarya kerajinan lunak
Rpp prakarya kerajinan lunakRpp prakarya kerajinan lunak
Rpp prakarya kerajinan lunak
 
huraian sukatan pelajaran psv Y4
huraian sukatan pelajaran psv Y4huraian sukatan pelajaran psv Y4
huraian sukatan pelajaran psv Y4
 
Prakarya kelas 9
Prakarya kelas 9Prakarya kelas 9
Prakarya kelas 9
 
SD-MI kelas02 mengenal lingkungan sekitar nurhadi hartitik
SD-MI kelas02 mengenal lingkungan sekitar nurhadi hartitikSD-MI kelas02 mengenal lingkungan sekitar nurhadi hartitik
SD-MI kelas02 mengenal lingkungan sekitar nurhadi hartitik
 
Rancangan Pengajaran Harian - Topeng
Rancangan Pengajaran Harian -  TopengRancangan Pengajaran Harian -  Topeng
Rancangan Pengajaran Harian - Topeng
 
Kumpulan 7
Kumpulan 7Kumpulan 7
Kumpulan 7
 
Soal uts-sem-2-2012-2013-kelas-8
Soal uts-sem-2-2012-2013-kelas-8Soal uts-sem-2-2012-2013-kelas-8
Soal uts-sem-2-2012-2013-kelas-8
 
Rph membuat corak dan rekaan (kad ucapan hari ibu) kbsr thn 4
Rph membuat corak dan rekaan (kad ucapan hari ibu) kbsr thn 4Rph membuat corak dan rekaan (kad ucapan hari ibu) kbsr thn 4
Rph membuat corak dan rekaan (kad ucapan hari ibu) kbsr thn 4
 
psv t4 Pembentangan boneka
psv t4 Pembentangan bonekapsv t4 Pembentangan boneka
psv t4 Pembentangan boneka
 

Destacado

Tugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visualTugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visualFaridah Husin
 
94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk
94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk
94746001 peranan-kepentingan-rekabentuksk zainab 2
 
Modul khb pk ting 3 2013 - skema pdf
Modul khb pk ting 3 2013 - skema pdfModul khb pk ting 3 2013 - skema pdf
Modul khb pk ting 3 2013 - skema pdfnorlizajais
 
Panduan pengajaran mpv landskap dan nurseri
Panduan pengajaran mpv landskap dan nurseriPanduan pengajaran mpv landskap dan nurseri
Panduan pengajaran mpv landskap dan nurseriNabila_Ayuni
 
2 sistem pengudaraan
2 sistem pengudaraan2 sistem pengudaraan
2 sistem pengudaraanZurainah MS
 

Destacado (7)

Teras-Tingkatan 1
Teras-Tingkatan 1Teras-Tingkatan 1
Teras-Tingkatan 1
 
Tugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visualTugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visual
 
94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk
94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk
94746001 peranan-kepentingan-rekabentuk
 
Modul khb pk ting 3 2013 - skema pdf
Modul khb pk ting 3 2013 - skema pdfModul khb pk ting 3 2013 - skema pdf
Modul khb pk ting 3 2013 - skema pdf
 
Nota reka bentuk
Nota reka bentukNota reka bentuk
Nota reka bentuk
 
Panduan pengajaran mpv landskap dan nurseri
Panduan pengajaran mpv landskap dan nurseriPanduan pengajaran mpv landskap dan nurseri
Panduan pengajaran mpv landskap dan nurseri
 
2 sistem pengudaraan
2 sistem pengudaraan2 sistem pengudaraan
2 sistem pengudaraan
 

Similar a TEKNIK RESIS

Rancangan tahunan-psv-tahun-5
Rancangan tahunan-psv-tahun-5Rancangan tahunan-psv-tahun-5
Rancangan tahunan-psv-tahun-5Mashi Laoshi
 
Hbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisionalHbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisionalmarshiza
 
Karya tulis kemasan batik titik agustina t1210077
Karya tulis kemasan batik  titik agustina t1210077Karya tulis kemasan batik  titik agustina t1210077
Karya tulis kemasan batik titik agustina t1210077RevaNku TeeNa
 
Seni tekstil
Seni tekstilSeni tekstil
Seni tekstilAin Ailyn
 
Rph (batik)
Rph (batik)Rph (batik)
Rph (batik)NJ1617
 
MAKALAH SENI RUPA TEKNIK “MEMBATIK SEDERHANA & TARIKAN BENANG, INKBLOT”
MAKALAH SENI RUPA TEKNIK “MEMBATIK SEDERHANA & TARIKAN BENANG, INKBLOT”MAKALAH SENI RUPA TEKNIK “MEMBATIK SEDERHANA & TARIKAN BENANG, INKBLOT”
MAKALAH SENI RUPA TEKNIK “MEMBATIK SEDERHANA & TARIKAN BENANG, INKBLOT”Van Damian Kawashima
 

Similar a TEKNIK RESIS (8)

Rancangan tahunan-psv-tahun-5
Rancangan tahunan-psv-tahun-5Rancangan tahunan-psv-tahun-5
Rancangan tahunan-psv-tahun-5
 
Hbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisionalHbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisional
 
Karya tulis kemasan batik titik agustina t1210077
Karya tulis kemasan batik  titik agustina t1210077Karya tulis kemasan batik  titik agustina t1210077
Karya tulis kemasan batik titik agustina t1210077
 
Seni tekstil
Seni tekstilSeni tekstil
Seni tekstil
 
BATIK
BATIKBATIK
BATIK
 
Rph (batik)
Rph (batik)Rph (batik)
Rph (batik)
 
MAKALAH SENI RUPA TEKNIK “MEMBATIK SEDERHANA & TARIKAN BENANG, INKBLOT”
MAKALAH SENI RUPA TEKNIK “MEMBATIK SEDERHANA & TARIKAN BENANG, INKBLOT”MAKALAH SENI RUPA TEKNIK “MEMBATIK SEDERHANA & TARIKAN BENANG, INKBLOT”
MAKALAH SENI RUPA TEKNIK “MEMBATIK SEDERHANA & TARIKAN BENANG, INKBLOT”
 
Batik Tulis
Batik TulisBatik Tulis
Batik Tulis
 

Más de marshiza

LABEL BUKU TULIS MATEMATIK
LABEL BUKU TULIS MATEMATIKLABEL BUKU TULIS MATEMATIK
LABEL BUKU TULIS MATEMATIKmarshiza
 
LABEL BUKU TULIS
LABEL BUKU TULISLABEL BUKU TULIS
LABEL BUKU TULISmarshiza
 
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1marshiza
 
Petak seratus
Petak seratusPetak seratus
Petak seratusmarshiza
 
NUMBER PATTERN
NUMBER PATTERNNUMBER PATTERN
NUMBER PATTERNmarshiza
 
Petak100 besar
Petak100 besarPetak100 besar
Petak100 besarmarshiza
 
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIK
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIKDOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIK
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIKmarshiza
 
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIKQRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIKmarshiza
 
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6marshiza
 
Data graf palang y2 wsheet
Data graf palang y2 wsheetData graf palang y2 wsheet
Data graf palang y2 wsheetmarshiza
 
DIVISION YEAR 2
DIVISION YEAR 2DIVISION YEAR 2
DIVISION YEAR 2marshiza
 
Lembaran Kerja Tahun 3 DARAB
Lembaran Kerja Tahun 3 DARABLembaran Kerja Tahun 3 DARAB
Lembaran Kerja Tahun 3 DARABmarshiza
 
PAKSI SIMETRI TAHUN 3
PAKSI SIMETRI TAHUN 3PAKSI SIMETRI TAHUN 3
PAKSI SIMETRI TAHUN 3marshiza
 
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGI
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGILembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGI
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGImarshiza
 
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2marshiza
 
ADD MONEY YEAR 2
ADD MONEY YEAR 2ADD MONEY YEAR 2
ADD MONEY YEAR 2marshiza
 
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai Wang
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai WangLembaran Kerja Tahun1 Nilai Wang
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai Wangmarshiza
 
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1marshiza
 
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONE
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONEWORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONE
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONEmarshiza
 
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2marshiza
 

Más de marshiza (20)

LABEL BUKU TULIS MATEMATIK
LABEL BUKU TULIS MATEMATIKLABEL BUKU TULIS MATEMATIK
LABEL BUKU TULIS MATEMATIK
 
LABEL BUKU TULIS
LABEL BUKU TULISLABEL BUKU TULIS
LABEL BUKU TULIS
 
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
 
Petak seratus
Petak seratusPetak seratus
Petak seratus
 
NUMBER PATTERN
NUMBER PATTERNNUMBER PATTERN
NUMBER PATTERN
 
Petak100 besar
Petak100 besarPetak100 besar
Petak100 besar
 
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIK
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIKDOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIK
DOKUMEN PENJAJARAN MATEMATIK
 
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIKQRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK
QRCODE RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK
 
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6
QRCODE RPT MATEMATIK TAHUN 1-6
 
Data graf palang y2 wsheet
Data graf palang y2 wsheetData graf palang y2 wsheet
Data graf palang y2 wsheet
 
DIVISION YEAR 2
DIVISION YEAR 2DIVISION YEAR 2
DIVISION YEAR 2
 
Lembaran Kerja Tahun 3 DARAB
Lembaran Kerja Tahun 3 DARABLembaran Kerja Tahun 3 DARAB
Lembaran Kerja Tahun 3 DARAB
 
PAKSI SIMETRI TAHUN 3
PAKSI SIMETRI TAHUN 3PAKSI SIMETRI TAHUN 3
PAKSI SIMETRI TAHUN 3
 
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGI
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGILembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGI
Lembaran Kerja Tahun 2 Darab BAHAGI
 
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2
LEMBARAN UKURAN Panjang TAHUN 2
 
ADD MONEY YEAR 2
ADD MONEY YEAR 2ADD MONEY YEAR 2
ADD MONEY YEAR 2
 
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai Wang
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai WangLembaran Kerja Tahun1 Nilai Wang
Lembaran Kerja Tahun1 Nilai Wang
 
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
KOMBINASI NOMBOR TAHUN 1
 
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONE
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONEWORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONE
WORKSHEET ADDITION WITHIN 20 YEAR ONE
 
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2
WORKSHEET PLACE VALUE YEAR 2
 

TEKNIK RESIS

  • 1. PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBAE1403 MENGGAMBAR SEMESTER: SEPTEMBER (2010) MARSHIZAWATI BINTI RASIP 761020135460002 marshiza@gmail.com NAMA PENSYARAH: PUAN NORHASLINA BINTI NORDIN
  • 2. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 Isi kandungan Muka surat Biodata Diri i Setitis Tinta ii Pengenalan 1 Soalan 1(a) 1-3 Soalan 2(a)- i Pengenalan 3 Soalan 2(a)- ii Proses menghasilkan batik 4-8 Soalan 2(b)- i Pengenalan 8-9 Soalan 2(b)- ii Kepentingan Mempelajari Teknik Resis Di Sekolah 9-10 Rumusan 11 Rujukan iii Lampiran Bahan dan Rujukan iv
  • 3. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 BIODATA DIRI NAMA : MARSHIZAWATI BINTI RASIP UMUR : 34 TAHUN NO. IC : 761020-13-5460 TARIKH LAHIR : 20 OKTOBER 1976 NO. TELEFON : 017 6143324 SEKOLAH : SK PAYA RUMPUT MELAKA OPSYEN : MATEMATIK STATUS : BERKAHWIN E-MAIL : marskpr@gmail.com marshiza@gmail.com ALAMAT RUMAH : NO. 9, JLN BJ 31, TAMAN BERTAM JAYA 75250, MELAKA.
  • 4. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 i Setitis Tinta Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk Menggambar (HBAE1403) pada kali ini. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM Melaka yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga OUM semester Mei 2010 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang di hormati, Puan Norhaslina bt Nordin. kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Tanpa penerangan beliau, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri. Sekian terima kasih.
  • 5. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 ii 1. Menggambar merupakan salah satu bidang dalam Seni Visual di peringkat Sekolah Rendah. Salah satu aktiviti menggambar ialah resis. Hasilkan resis mudah yang anda ketahui melalui pengalaman anda membuat penerokaan tentang resis. Pengenalan Resis merupakan teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin,krayon dan warna poster dan dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting. Melalui teknik resis seseorang itu dapat mengolah idea dengan meneroka teknik tersebut dengan menggunakan pelbagai gabungan media (bahan dan alatan) secara kreatif dan kritis. Resis telah mula di ajar di sekolah seawal tahun satu dengan menggunakan bahan-bahan asas seperti krayon, lilin dengan warna air. Ini juga merupakan pengenalan awal kepada penghasilan batik. (a) Hasilkan EMPAT teknik resis mudah yang anda ketahui melalui pengalaman anda membuat penerokaan tentang resis. Gambar-gambar bagi EMPAT teknik resis mudah yang telah di hasilkan. Untuk penjelasan lanjut sila lihat lampiran hasil. 1. Resis lilin dan warna poster.
  • 6. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 1 2.. Resis dakwat emas ‘Artline dan warna air. 3. Resis perekat getah dan warna air.
  • 7. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 2 4. Resis krayon dan warna poster. 2. Resis menggunakan kain di sebut juga sebagai batik. Beberapa proses perlu dijalankan untuk menghasilkan batik. (a) Lukiskan proses penghasilan batik menggunakan teknik mencanting i. Pengenalan Batik merupakan satu hasil seni atau kraf tradisional yang terkenal di Malaysia dan Indonesia. Perkataan batik adalah berasal daripada Jawa Indonesia yang digabungkan daripada dua perkataan iaitu ‘amba’ yang bermaksud menulis dan ‘titik’. Batik adalah salah satu daripada teknik-teknik resis. Lilin dijadikan sebagai bahan penyekat daripada kemasukan pewarna di atas kain.Pengahasilan batik terdiri daripada beberapa teknik atau cara seperti, teknik cetakan atau blok dan teknik mencanting atau melukis. Teknik mencanting pula adalah salah satu kaedah untuk menghasilkan corak dengan menggunakan lilin yang diisi dalam alat canting. Corak yang dihasilkan menerusi proses canting adalah unik dan prosesnya
  • 8. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 agak memakan masa berbanding cara cetakan blok. Oleh itu, batik yang dihasilkan menerusi proses mencanting adalah lebih mahal. Alat dan bahan untuk membuat batik canting biasanya terdiri daripada alat canting, damar, lilin, warna batik, pemati warna (sodium silicate), bingkai kayu, periuk, dan kain putih (sutera, fuji, kapas). 3 ii Proses menghasilkan batik: Cara-caranya: 1. Rentang kain putih pada pemidang kayu menggunakan paku tekan atau stapler untuk menegangkan dan meluruskan kain. 2. Lakarkan corak dengan pensel pada permukaan kain tersebut.
  • 9. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 4 3. Panaskan lilin di dalam periuk untuk mencairkannya dengan api yang perlahan. 4. Lilin kain menggunakan canting di atas kain yang dilukis. Guna pen canting untuk menceduk lilin cair dan alirkan pada corak.
  • 10. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 5 5. Warna corak yang dicanting menggunakan berus lembut. 6. Setelah warnaan kering keluarkan daripada pemidang dan rendam dalam sodium silikat untuk mematikan warnal
  • 11. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 6 7. Rebus kain di dalam air panas yang diletak soda ash untuk menanggalkan kesan lilin. 8. Jemur kain yang telah dibersihkan di bawah lindungan matahari dan di kawasan yang berangin.
  • 12. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 7 9. Contoh corak batik yang telah dihasilkan. 2 ( b) Huraikan kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah. Penjelasan tentang fakta perlu berserta dengan contoh serta bahan rujukan. i Pengenalan Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang
  • 13. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Fungsi lilin adalah untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Ia bermaksud lilin berfungsi sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena dengan warna baru. Satu teknik menggunakan lilin, krayon lilin adalah bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Teknik resis boleh menjadikan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. 8 Resis juga boleh dijalankan dengan kaedah menggunakan kaedah atau teknik resis dan menyapu warn a dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Antara contoh teknik resis yang boleh dijalankan kepada murid ialah, krayon resis dengan warna air, krayon resis dengan warna poster, krayon resis dengan warna tempera, resis warna air dengan perekat getah dan pelbagai lagi. Apapun penghasilan resis adalah begantung kepada kekreativiti individu dalam memanipulasi bahan dan alatan yang diperlukan. ii Kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah. 1. Seawal tahap satu murid-murid telah diperkenalkan dengan teknik resis asas dengan menggunakan krayon dan warna air. Melalui penghasilan melalui teknik resis ini dapat membantu murid-murid untuk mengekspresi diri dan dan respon terhadap kehidupan harian mereka melalui bentuk gambaran. Selain itu, ia dapat mencungkil tentang kesedaran persepsi murid-murid itu sendiri dan kuasa ekspresif supaya mereka boleh menyatakan perasaan yang mereka alami semasa menjalankan aktiviti. Murid-murid bebas berbicara secara logik, kritis dan kreatif. Mereka juga bebas dalam mereka cipta bentuk-bentuk visual berdasarkan rupa bentuk visual yang sebenar yang berada di dalam persekitaran mereka. Contohnya ialah bunga-bungaan, buah-buahan, bentuk-bentuk geometri, daun, rumah dan sebagainya. Murid-murid yang berbakat dan kreatif akan mengaplikasi objek-objek persekitaran sebagai contoh dengan menghasilkan satu resis yang mengagumkan. 2. Selain itu, pembelajaran teknik resis ini, murid-murid dapat mengenal pelbagai media, bahan dan alatan yang boleh digunakan semasa menjalankan aktiviti. Contohnya, bahan-bahan yang digunakan
  • 14. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 dalam penghasilan teknik resis adalah krayon, lilin, dakwat emas( ‘marker’), kertas lukisan, kertas lilin, perekat getah, warna air, warna poster, warna tempera dan sebagainya. Ini dapat membantu murid mengolah idea secara kreatif dan kritis dalam memanipulasi bahan seterusnya menghasilkan resis yang baik dan berkesan. Murid-murid juga akan membuat penerokaan terhadap media dan alatan semasa menjalankan aktiviti. Pelbagai kemungkinan atau hasil yang menakjubkan dan mungkin tidak di nagka oleh guru sendiri. 3. Teknik resis juga adalah asas untuk memperkenalkan murid-murid tentang proses penghasilan batik. Seperti yang telah diketahui, batik merupakan satu kraf yang begitu terkenal di kawasan nusantara terutama di Malaysia dan negara jiran, Indonesia. Penghasilan batik adalah sama dengan teknik resis yang mana ia melibatkan satu kaedah penolakan antara lilin dan warna. Teknik resis merupakan 9 pengenalan kepada proses penghasilan batik. Guru bertanggungjawab dalam mengenalkan batik semasa menerangkan tentang resisi kerana ia berkait rapat di antara satu sama lain. Ini akan menimbulkan rasa minat dan kecintaan murid-murid kepada hasil kraf tradisional Melayu yang begitu terkenal di peringkat antarabangsa. Guru juga perlu menerangkan kepada murid-murid bahawa teknik resis ini digunakan oleh penghasil-penghasil batik di Kelantan dan di Terengganu yang sinonim dengan pengeluaran batik terbesar di Malaysia. Murid-murid juga dapat deserapkan dengan elemen- elemen keusahawanan yang mana hasil-hasil resis contohnya batik itu tadi, bukan sahaja dijadikan sebagai pameran tetapi boleh dijual kepada orang ramai. Ia mungkin dijadikan sebagai bahan perhiasan, pakaian dan barang keperluan pengguna.Ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan ekonomi kepada diri sendiri, keluarga seterusnya negara. Selain itu, warisan dan budaya seperti penghasilan batik ini akan terus diwarisi oleh generasi sekarang dan akan datang. Oleh yang demikian, seni dan warisan ini tidak akan tenggelam dan seterusnya terpelihara sampai bila-bila. Itulah yang diharapkan oleh kita semua. 4. Pembelajaran teknik resis juga dapat menggalakkan murid-murid beerkomunikasi, berinteraksi dengan kawan-kawan dan guru, meluahkan perasaan dan isi hati, berkongsi idea, membuat percubaan serta membuat kritikan yang membina dan membuat penilaian tentang persembahan hasil kerja
  • 15. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 tersebut. Murid-murid juga dapat menjalankan proses apresiasi seni dengan bimbingan guru. Apresiasi seni bermaksud penilaian atau mempunyai kepekaan terhadap sesuatu gambaran, objek atau imej dalam pembelajaran terpimpin. Setelah aktiviti penghasilan resis berakhir, guru akan meminta pandangan murid-murid tenatang hasil sendiri dan orang lain dari segi, pengetahuan tentang tema atau tajuk yang dilukis, cara pelukis mengingterpretasi gambar, alat, bahan, media yang digunakan serta teknik yang digunakan. Ini dapat mencungkil bakat murid-murid untuk membuat atau mengemukakan penilaian tersendiri terhadap hasil sendiri dan orang lain. Melalui, penilaian itu tadi, murid-murid juga boleh mencadangkan pengubahsuaian yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu contohnya resis yang lebih menarik. 10 Rumusan Dalam menggambar terdapat pelbagai teknik atau kegiatan yang boleh dilakukan. Di antaranya ialah resis. Resis merupakan proses menggambar yang sangat menarik dijalankan kepada murid-murid sekolah rendah. Ia adalah satu cara bagaimana murid-murid dapat meneroka dengan lebih jauh lagi alatan dan bahan yang digunakan yang digunakan dalm proses menggambar. Pada kebiasaannya, penggunaan alatan seperti pensel dan pensel warna dalam menghasilkan garisan dan lakaran sudah selalu digunakan. Dalam proses menghasilkan penggunaan alatan utama yang digunakan ialah lilin. Ia membiatkan hasil kerja resis dianggap sebagai satu hasil kerja yang lain dari kebiasaannya. Oleh yang demikian, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak akan membosankan murid-murid kerana mereka amat sukakan kelainan dan pembaharuan dalam hasil kerja mereka. Melalui teknik resis ini juga proses penghasilan batik boleh diperkenalkan keana teknik resis merupakan asas kepada proses penghasilan batik. Semasa ini, guru boleh menerapkan nilai-nilai kecintaan kepada seni budaya dan warisan Melayu kerana batik adalah salah satu warisan kraf Melayu yang perlu dipertahankan dan tidak akan tenggelam sehingga masa akan datang. Oleh yang demikian adalah amat
  • 16. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 penting, warisan ini terus dipelihara oleh generasi sekarang dan akan datang melalui pembelajaran pendidikan seni visual di sekolah-sekolah. Maka dengan ini, pembelajaran resis amat penting di sekolah sebagai asas pengenalan kepada murid- murid tentang budaya dan seni wariasan Melayu seperti batik. Ini juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan nilai-nilai moral tentang rasa tanggungjawab, semangat nasional dan kecintaan kepada negara. Pembelajaran resis di sekolah juga dapat mencungkil bakat murid-murid dalam mengolah idea dan kreativiti murid menggunakan bahan dan alatan dengan teknik yang betul dan berkesan. Ia juga menggalakkan murid-murid membuat ekspresi diri serta luahan perasaan melalui hasil yang dibuat. Murid- murid juga digalakkan menjalankan sesi apresiasi seni di akhir pembelajaran. Apresiasi seni mewujudkan kritikan atau pendapat seseoarang individu serta melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasidengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan. 11 Rujukan Haslinda Madon.(2010).HBAE1403Menggambar.OpenUniversityMalaysia(OUM).Selangor Darul Ehsan.Meteor Doc.Sdn Bhd http://www.masterwanbatik.com/index.php?option=com_content&view=article&id=118:identiti-batik- malaysia&catid=42:info-batik&Itemid=108 http://www.scribd.com/doc/21963733/apresiasi-seni http://zacwe91.ads4blog.net/2010/07/03/pengenalan-batik/ http://zul9990.blogspot.com/2009/09/menggambar-zul9990-pengenalan-bidang.html
  • 17. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 iii LAMPIRAN BAHAN DAN RUJUKAN
  • 18. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 iv http://zul9990.blogspot.com/2009/09/menggambar-zul9990-pengenalan-bidang.html RESIS .satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. . Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. . buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. .aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. . Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru. .teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. . Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal . Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihantindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Identiti Batik Malaysia
  • 19. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 Thursday, 24 December 2009 04:01 administrator http://www.masterwanbatik.com/index.php?option=com_content&view=article&id=118:identiti-batik- malaysia&catid=42:info-batik&Itemid=108 Batik di Malaysia mula bertapak sejak awal tahun 1920-an. Kini batik Malaysia telah berkembang pesat dan mempunyai identiti yang tersendiri. Batik berasal dari Indonesia. Ia berkembang ke Malaysia setelah ramai orang tempatan berminat dengan batik Jawa yang cantik dan halus buatannya. Tidak dinafikan, di Kelantan dan Terengganu, pengusaha batik cuba meniru corak-corak batik dari batik Jawa. Bagaimana pun kehalusan pembuatannya tidak dapat ditandingi. Dalam penulisan Wan Hashim Wan Teh menyatakan, istilah 'batik' datang daripada perkataan Jawa, Indonesia. 'The term batik is of Javanese origin from the word 'ambatik, meaning 'a cloth having dots ordotted cloth. 'Tik' may have come from the word 'titik meaning 'dots' while the word 'ba' means 'doing work actively' (Wan Hashim,1996) Batik dalam erti kata perkataan Jawa, adalah 'ba' atau 'amba' bermaksud membuat kerja dengan aktif, mungkin dari sudut yang lain saya berpendapat 'amba' itu bermaksud 'hamba' atau 'menghambakan diri' dan 'tik' bermaksud titik. Dengan perkataan 'ba-tik' membawa maksud menghambakan diri untuk menitik lilin di atas kain putih. Titik dihasilkan daripada lilin dengan menggunakan canting. Canting adalah sejenis alat yang diperbuat daripada logam (tembaga) berbentuk kasut kecil ruang di mana lilin diisikan. Bekas ini muncung pada penghujung dan buluh atau kayu diperlengkapkan sebagai pemegangnya. Batik adalah salah satu daripada teknik-teknik resis. Lilin dijadikan sebagai bahan penyekat daripada kemasukan pewarna di atas kain. Menurut Kamaruzaman Mohd Salleh, pengurus Batik Samasa, di Kelantan pada zaman dahulu, pada awal 1930-an bapanya mula menghasilkan kain batik dengan menggunakan blok kayu yang diukir dan dicapkan ke atas kain. Warnanya diambil daripada sejenis buah yang mempunyai getah berwarna hitam. Getah buah ini disapukan ke permukaan blok kayu tadi dan dicopkan ke atas kain putih dengan satu warna sahaja. Hari ini kita dapat melihat coraknya seperti pada kain sarung sembahyang yang dijual di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Itu adalah asal pembuatan batik yang diperbuat daripada ukiran kayu blok seperti motif pucuk rebung, bunga ketola, bunga cempaka, bunga kiambang dan motif-motif ringkas seperti titik, bentuk empat persegi dan bulat. Kain yang dipanggil kain batik ini dalam erti kata yang sebenarnya bukanlah batik tetapi kain yang menggunakan kaedah cop bunga atau motif batik ke atas kain putih.
  • 20. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 Kaedah ini mula digunakan oleh Haji Che Su dari Kelantan dan Haji Ali dari Terengganu dalam tahun 1920- an. Melihat cara orang Indonesia menggunakan lilin panas dan blok daripada tembaga untuk mencorakkan kain batik, maka pengusaha batik Malaysia kemudiannya menginovasikan blok ukiran kayu kepada blok besi yang diperbuat daripada tin susu atau kepingan zink yang dipanggil sarang bunga. Pada tahun 1950-an pengusaha batik mula membuat batik menggunakan blok tin dengan panggilan teknik batik blok, batik terap atau batik cop. Pada masa itu pembatik masih ingin meniru corak batik Jawa. Sehingga suatu ketika dahulu batik sarung dinamakan kain batik Lasem Kelantan, kain batik Solo Kelantan dan kain batik Pekalongan Kelantan. Penggunaan blok tin kemudiannya digantikan dengan tembaga dan ia diteruskan sehingga hari ini. Biasanya batik blok dijadikan batik ela yang dihasilkan dengan pelbagai corak. Kebanyakan batik ini dijadikan baju kemeja lelaki, baju perempuan dan baju kanak-kanak. Selain itu kain batik blok juga dibuatkan sebagai cadar, penutup meja dengan rekaan yang tertentu. Bagi mempercepatkan pembuatan batik, Batik Samasa telah menginovasikan tekniknya dengan menggunakan skrin stensil berbentuk kain sarung. Pada skrin ini di lukiskan motif-motif batik pada bahagian badan kain, kepala kain dan kaki kain. Motif yang dilukis bercampur dengan bunga-bunga batik Jawa dan bunga tempatan yang telah diilhamkan oleh pereka. Kemudian lacquer dimasukan ke alat yang berbentuk corong dan dilukis mengikut bentuk yang telah direkakan di atas skrin. Kawasan yang tidak diwarnakan akan disapukan lacquer. Beberapa skrin akan diadakan mengikut lapisan warna yang akan digunakan. Batik yang telah dicetak ini, ada yang dicampurkan dengan teknik blok batik dan disapukan lilin bagi menampakan corak batik serta retak lilinnya. Proses ini dapat mengurangkan kos serta mempercepatkan pembuatan batik. Pada tahun 1979, sebagai penuntut Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) (dulu ITM), saya pernah membuat latihan di kilang Batik Samasa. Di sana saya berlajar cara membuat batik stensil menggunakan skrin dan melukis corak batik dengan lacquer berwarna hijau. Saya pernah diminta menunjuk cara menggunakan canting di kilang tersebut dengan membuat sehelai kain batik tulis sepanjang empat meter kepada Norma, adik pengurus Batik Samasa. Tiga tahun kemudian, saya terkejut melihat bertapa pantasnya pengusaha Batik Samasa dapat mempelopori teknik janting hingga menjadi pengusahan batik canting peringkat industri kecil. Mencanting batik mungkin bermula pada akhir tahun 1960-an. Pada masa itu batik canting digunakan oleh artis batik dan pembatik secara kecil-kecilan. Teknik mencanting batik mula digunakan di UiTM pada tahun 1976 dalam mata pelajaran Resis Tekstil. Kebanyakan pelajar-pelajar daripada Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis dan Sen Reka (UiTM), telah banyak mendirikan perusahaan batik sendiri. Ada yang bekerja sebagai pereka di kilang-kilang batik dan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
  • 21. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 Di sinilah bermulanya batik kontemporari. Dengan bekalan ilmu membatik, ramai pembatik berkecimpung dalam perusahaan batik tulis. Walaupun batik nya tidak sehalus batik Jawa tradisional, batik Malaysia telah dapat menghasilkan identiti tersendiri daripada pelbagai pengalaman dan eksperimentasi batik. Pada tahun 1990-an, Prof.Madya Zaharah Othman, pensyarah dari Jabatan Senireka Tekstil, UiTM, telah mengajar batik corak seperti tenun ikat dan dinamakan corak batik ikat. Batik seperti ini adalah dalam golongan batik eksklusif. Rekaan batik sebegini mempunyai kelainan corak bergantung kepada beberapa kombinasi teknik dan penggunaan canting yang berlainan saiz. Batik Malaysia mempunyai pelbagai cara untuk menghasilkannya seperti batik blok dan batik canting. Di samping itu, batik blok boleh dibuat dengan beberapa lapisan warna (double boiling), dan boleh dicampurkan teknik cetakan skrin. Batik juga boleh menggunakan canting dan berus dan batik ini dinamakan batik tulis. Sungguhpun begitu ramai pengusaha batik yang gemar menggunakan cara mencanting kerana cara ini lebih senang dan kos tidak tinggi berbanding teknik skrin dan batik blok. Yusoff Abdullah dari Kelantan terkenal dengan batik tulisnya sejak 1946. Beliau adalah salah seorang daripada pengusaha batik yang terawal gemar mengeksperimentasi dan inovasi dalam penghasilan batik dengan motif, tumbuh-tumbuhan daripada alam sekeliling. Pengusaha batik seperti Rashidah's Exclusive Batik di Kelantan, banyak menghasilkan batik tulis tangan secara eksklusif sejak 1978. Beliau sendiri merekan motif dan corak serta menyediakan warna yang ditentukan. Pembatik dari Kuala Lumpur seperti Wan Nong, Zainubah Hamzah dan Kutang Kraf banyak menghasilkan rekaan baru batik yang unik dan kontemporari. Seem Noor dan Noor Arfa Batik dari Terengganu juga banyak menghasilkan batik tulis dan batik blok. Mereka berani menggunakan warna yang berlainan daripada warna kebiasaan batik. REKAAN batik yang menarik dan versatil mampu diketengahkanke peringkat antarabangsa. Batik Malaysia kini mempunyai identiti tersendiri iaitu mengikut trend warna terkini dan corak mengikut pereka, yang menjurus kepada bentuk kontemporari. Melihat pada batik hari ini, rekaan dan warnanya sangat menarik serta penggunaan pelbagai teknik dan jenis kain seperti sutera jaquard, sifon, organza dan sebagainya. Dengan galakan daripada Allahyarham Datin Seri Endon, telah memberi satu platfom bagi pembatik-pembatik untuk memajukan batik Malaysia di dalam dan ke luar negara. -- http://www.kosmo.com.my http://zacwe91.ads4blog.net/2010/07/03/pengenalan-batik/ Batik ialah kraf tangan tradisional yang terkenal di serata tempat. Batik menjadi terkenal kerana mempunyai hubungan dengan kegunaan harian orang-orang Melayu misalnya sebagai penggunaan tekstil. Kini seni tekstil ini semakin digemari oleh semua lapisan masyarakat malah digemari juga oleh pelancong-pelancong sebagai oleh2 untuk saudara mara mereka ataupun juga untuk dipakai ke majlis2 tertentu.
  • 22. HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 Dahulu batik dianggap sebagai seni pakaian tradisional tetapi setelah pelbagai usaha dilakukan kini batik juga telah melalui revolusi kontemporari di mana batik dijadikan sebagai elemen penting dalam rekabentuk dan rekahias pakaian fesyen terkini. Di tanah air kita sendiri,batik menjadi popular sejak beberapa tahun yang lepas setelah batik dimartabatkan sebagai pakaian rasmi tertentu terutama kepada mereka yang berkhidmat dengan badan kerajaan seperti menghadiri mesyuarat , perjumpaan , mengikuti program2 besar besaran dan lain lain. Batik dihasilkan melalui 2 kaedah yang utama iaitu yang pertama menerusi blok tangan, di mana corak tertentu dibuat pada blok kemudiannya dicetak ke atas kain. Penghasilan begini juga digelar ‘printed batik’ atau batik cop. Melalui proses ini , penghasilan sesuatu batik itu menjadi cepat dan cermat. Cara kedua pula ialah melukis corak batik di atas kain menggunakan buluh yang dikhususkan untuk melukis ataupun dipanggil ‘canting’. Batik Terengganu dan Kelantan terkenal dengan batik cantingnya. Corak yang dihasilkan menerusi proses canting adalah unik dan prosesnya agak memakan masa berbanding cara yang pertama tadi. Oleh itu, batik yang dihasilkan menerusi proses mencanting adalah lebih mahal. Selain itu banyak lagi proses untuk menyiapkan sehelai kain batik yang sangat diminati oleh kaum hawa ini.ini meliputi keseluruhan proses nya yang rumit dan sukar untuk dihasilkan.