Hbae3103 kraf tradisional
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Hbae3103 kraf tradisional

el

  • 10,737 reproducciones

 

Estadísticas

reproducciones

reproducciones totales
10,737
reproducciones en SlideShare
10,737
reproducciones incrustadas
0

Actions

Me gusta
2
Descargas
636
Comentarios
1

0 insertados 0

No embeds

Accesibilidad

Categorias

Detalles de carga

Uploaded via as Microsoft Word

Derechos de uso

© Todos los derechos reservados

Report content

Marcada como inapropiada Marcar como inapropiada
Marcar como inapropiada

Seleccione la razón para marcar esta presentación como inapropiada.

Cancelar
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    ¿Está seguro?
    Tu mensaje aparecerá aquí
    Processing...
  • thanks 4 the info
    ¿Está seguro?
    Tu mensaje aparecerá aquí
    Processing...
Publicar comentario
Edite su comentario

Hbae3103 kraf tradisional Document Transcript

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2012 HBAE3103 KRAF TRADISIONALPUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MELAKA
  • 2. HBAE3103:Kraf Tradisional Isi Kandungan HalamanPenghargaan iPengenalan 11. Seni Batik 2-3 1.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik Melayu 3-4 1.2 Analisis Mengenai Contoh Batik Lukis MelayuYang Berkonsepkan Islam 52. Seni Ukiran 6 2.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Ukiran Melayu 6-7 2.2 Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Islam 7-83. Seni Tenunan Songket 9 3.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket Melayu 9-10 3.2 Analisis Mengenai Contoh Tenunan SongketMelayu Yang Berkonsepkan Islam 10-114. Seni Anyaman Melayu 11 4.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Anyaman Melayu 11-12 4.2 Analisis Mengenai Contoh Anyaman Melayu Yang Berkonsepkan Islam 12-13Kesimpulan 13Rujukan ii-iii Marshizawati Binti Rasip 761020135460002 Semester Januari 2012
  • 3. HBAE3103:Kraf Tradisional Penghargaan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayahkepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk ‘Kraf Tradisional’ HBAE3103 pada kaliini. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami sertamemberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan danpembelajaran saya di OUM Melaka yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruhwarga OUM semester Januari 2012 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikankerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarahyang di hormati, Pn Maria Mohammad. kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada sayadan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Begitu juga dengan E-Tutor,Encik Muhamad Ali Bin Zakaria,yang banyak memberi maklumat melalui laman forum LMS.Tanpa penerangan mereka, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yangbaik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri. Sekian terima kasih. i Marshizawati Binti Rasip 761020135460002 Semester Januari 2012
  • 4. HBAE3103:Kraf TradisionalPengenalanMungkin kita sering kali mendengar istilah kraf dalam kehidupan ini seperti kraf tangan dan kraftradisional yang merupakan salah satu bidang dalam matapelajaran dunia seni visual. Seni kraf,menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil seni yangmemerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yangmempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Kraf tangan juga adalah dikategorikan sebagai seni rupadalam masyarakat Melayu kerana ia merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yangdihasilkan oleh orang Melayu melalui batik, ukiran, anyaman, wau, gasing, tekat, tenunan, seni binadan lain-lain. Di Malaysia, kraf sudah menjadi karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yangtersendiri. Hasil seni kraf ini selalunya dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sebilanganmasyarakat di Malaysia. Namun begitu, kraf juga sudah menjadi sebati dalam diri rakyat Malaysiabukan sahaja di kalangan Melayu malah pelbagai kaum lagi seperti, Cina, India, Kadazan, Bidayuhdan sebagainya. Semuanya memiliki kelebihan tersendiri dengan hasil kraf tangan yang dihasilkanyang begitu indah dan menarik. Contohnya kaum Bidayuh di Sarawak menghasilkan pelbagaiperhiasan rumah yang diperbuat daripada buluh, akar dan rotan. Dalam seni kraf tangan, apa jua hasilseni yang dicipta bagi keperluan manusia akan digubah indah dengan memasukkan unsur-unsur senidengan memberi bentuk yang cantik dan menarik hati. Rekaan kraf tangan itu memerlukan kemahirandan kecekapan yang tinggi dalam menggunakan bahan-bahan asas dengan teratur mulai dari prosesyang awal sehinggalah sesuatu hasil seni kraf tangan itu tercipta. Proses penciptaan seni kraf tanganitu juga memerlukan daya estetika yang tinggi demi untuk menghasilkan reka bentuk yang indah danmenarik. Selalunya, motif-motif yang dipilih adalah seperti motif flora yang lebih kepada tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang dipilih pula adalah berkisar kepadaserangga seperti rama-rama, kupu-kupu, siput, ayam dan lain-lain. Bagi kraf yang dihasilkan olehorang Melayu yang beragama Islam, kebanyakan motif atau corak yang dipilih lebih berunsurkantumbuh-tumbuhan, geometri dan arabes yang tidak bercanggah dengan apa yang dilarangagama.Unsur-unsur figura seperti manusia, haiwan seperti harimau, singa, gajah dan sebagainyaadalah tidak digalakkan dalam seni kraf Tradisional Islam. Ini berlaku kerana motif benda bernyawayang dihasilkan dalam kraf seperti batik dan sebagainya dikhuatiri mewujudkan unsur yang tidakdiingini seperti pemujaan dan sebagainya. Di dalam tugasan pada kali ini empat seni kraf yang akandikupas bagaimana proses menggarap idea, mentafsir idea dan memberi pengaruh makna kepada 1Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
  • 5. HBAE3103:Kraf Tradisionalhasil seni yang berkonsepkan Islam dilakukan. Seni kraf yang dipilih ialah batik, ukiran, tenunansongket, dan anyaman. Diharap apa yang dirungkaikan ini nanti dapat memenuhi kehendak tugasanpada kali ini. 1. Seni Batik MelayuBatik adalah seni kraftangan yang terkenal di Malaysia. Batik dikatakan berasal daripada KepulauanJawa sejak abad ke 12 lagi. Ia telah dikembangkan ke Tanah Melayu terutamanya di kawasanKelantan dan Terengganu berkemungkinan daripada kedatangan orang Jawa ke sini. Batik merupakansatu proses yang memerlukan terapan lilin pada kain putih yang telah diregang pada kayu pemidang.Setelah lakaran dibuat lilin panas akan dimasukkan ke dalam canting dan proses terapan bermula.Setelah itu sapuan pelbagai warna yang indah akan dilakukan oleh pembuat batik yang mahir.Seterusnya beberapa proses seperti merendam kain selama 8 hingga 12 jam dengan sodium silikituntuk mematikan warna dan air dilalukan kepada kain untuk menghilangkan sodium silikit tersebut.Kemudian, kain direbus dengan soda ash untuk menanggalkan lilin. Akhir sekali, kain di cuci dandibilas di dalam air bersih sebelun ia dikeringkan. Sesungguhnya, walaupun proses membuat batikagak lama dan rumit, tetapi harga yang ditawarkan kepada pembeli sememangnya amat berpatutandengan hasil kerja pembuat-pembuat batik. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis batik yangdihasilkan di sini. Antaranya ialah; a. Batik BlokTeknik pembuatan ini adalah terawal digunakan oleh masyarakat kita. Blok yang digunakan diperbuatdaripada kayu atau logam yang diukir dengan motif tertentu dan sesuai bagi mengecap kain yangdikenali sebagi batik blok atau cop.. Kain yang digunakan terdiri daripada kain kapas, kain sutera danorganza yang kini menjadi satu jenama fesyen dan digemari rakyat Malaysia bahkan luar negara.Selain daripada pakaian, batik blok juga boleh dijadikan sebagai hiasan rumah yang menarik. b. Batik CantingBatik canting juga digelar sebagai batik lukis. Ia memerlukan kemahiran proses yang tinggi untukmenghasilkan motif dan corak yang tertentu di atas sehelai kain putih yang diregang padamenggunakan pemidang. Ini kerana, pembuat batik memerlukan lilin cair untuk diterapkan di atas 2Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
  • 6. HBAE3103:Kraf Tradisionallakaran pada kain dengan menggunakan satu canting khas. Proses mencanting memerlukan ketelitiandan kesabaran kepada pembuatnya. Kemudian, ia diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Rekacorak dan warna yang indah bukan sahaja menjadi tarikan dari segi fesyen pakaian malahan turutdijadikan sebagai alat perhiasan dan kelengkapan rumah serta cenderamata. Kain yang digunakanuntuk batik canting terdiri daripada kain sutera, organza, rayon, voile dan kain kapas. c. Batik SkrinBatik skrin adalah batik stensil atau batik sutera saring yang mana ia menggunakan teknik lakarancorak dan terapan warna dibuat di atas skrin yang dhasilkan dari poliester dan diregang di ataspemidang. Motif dilukis di atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Selalunya, beberapa kepingpemidang dengan reka corak yang berlainan disediakan. Ini disebabkan satu pemidang bolehdisapukan satu warna sahaja. Skrin akan dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan prosespenwarnaan dan ia dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik. 1.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik MelayuDalam penghasilan batik, memilih motif dan membuat reka corak adalah kemahiran yang tinggi perluada pada pembuat batik. Bagaimana seseorang itu menggarap motif yang kreatif dan indah laluditerjemahkan kepada sehelai kain polos yang berwarna putih. Proses penggarapan motif selalunyaadalah berasakan sumber alam sekeliling seperti motif flora, arabes geometri, fauna, benda buatanmanusia, atau motif isen. Jika di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu yang terkenaldengan penghasilan batik yang halus dan ekslusif, unsur-unsur motif yang dipilih adalah berasaskanhidupan alam seperti tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, subjek yang berkaitan pantai dan lautseperti motif isen yang terdiri daripada sisik, mata dara, poleng, dan lain-lain lagi. Merekamenjadikan objek sekeliling sebagai motif yang digubah indah dan mempunyai nilai estetika yangtinggi. Orang-orang lama selalunya melihat sesuatu objek yang berada disekeliling mereka itumempunyai keistimewaan dan menggubahkan serta menjadikan ia sebagai motif yang tersirat didalam batik yang dihasilkan. Contohnya sisik ikan yang digubah menjadi corak yang menarik dalambatik. Begitu juga paku-pakis, pucuk rebung, bunga raya, dan sebagainya yang banyak di dapati dikawasan itu menjadi sumber inspirasi dan motif popular kepada para pembuat batik. Namun begitu,tidak semua motif yang digunakan oleh pengusaha batik di negara kita. Ini kerana para pengusaha 3Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
  • 7. HBAE3103:Kraf Tradisionalbatik di sini adalah kebanyakannya Melayu yang beragama Islam, maka motif-motif yang dipilihadalah tidak bercanggah dengan agama dan lebih berkonsepkan Islamik. Dalam Islam juga sendirimenggalakkan kesenian kepada manusia sejagat dalam menunjukkan penghargaan dan rasa syukurkepada Tuhan yang esa. AlGhazali pernah mengatakan bahawa, "Kesenian merupakan satupenghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibaratpengaduan rasa dan ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia”. BudayaMelayu itu sendiri, lebih mengutamakan sesuatu yang positif, kelembutan dan kebaikan dalammenghasilkan seni berlandaskan kepada seni yang dituntut oleh Islam. Jika di Indonesia ataukepulauan Jawa, mereka menghasilkan batik tanpa mengira motif subjek. Ini kerana pengaruh agamaseperti Hindu telah meresapi budaya di sana. Jadi terhasillah motif fauna seperti kuda, harimau, ular,naga dan sebagainya, malahan motif figura seperti manusia juga dipersembahkan sebagai karya senibatik yang digemari di sana. Ini adalah bercanggah dengan konsep seni Islam yang kita amalkan yangmana unsur benda hidup seperti haiwan dan figura manusia tidak digalakkan kerana dikhuatirimenjadi unsur pemujaan dan diagung-agungkan oleh sesetengah pihak. Dalam Islam itu sendirimelalui para ulama Islam, tiga mazhab Islam iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al-Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal, menyatakan bahawa membuat gambar atau mengukirpatung berunsurkan manusia atau haiwan adalah dilarang sama sekali kerana menurut hadithRasulullah, ia dikira mencabar kuasa Allah Taala. Apatah lagi jika sesuatu gambar itu dihasilkanuntuk tujuan penyembahan agama lain ia mewujudkan kemaksiatan dan menyekutukan Allah SWT.Namun begitu, dalam Mazhab Imam Al Maliki pula, para ulama menyatakan bahawa melukis objekini dibenarkan walaupun makruh. Pada pendapat penulis adalah lebih baik kita mengelakkan darimelakukan sesuatu yang bercanggah agama kerana itu akan mendatang keburukan daripada kebaikan.Berbalik kepada motif yang dihasilkan dalam budaya Melayu bercirikan Islam, motif flora seringmenjadi pilihan seperti dalam batik ela motif bunga, kudup, putik ranting dan pucuk digunakan secaratunggal atau bertabur disusun indah seolah-olah pembuat batik ingin menterjemahkan perasaannyayang mengagumi ciptaan Tuhan dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. Unsur geometrijuga menjadi pilihan yang menarik dan mempunyai keistimewaan sendiri dan sering dijadikan kakikain atau gigi. Kadang-kadang, garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperticengkerang, siput, kisi-kisi dan lain-lain lagi. Gambar pada rajah 1 adalah salah satu contoh batikcanting yang dibeli oleh penulis daripada seorang teman di Terengganu. 4Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
  • 8. HBAE3103:Kraf Tradisional1.2 Analisis Mengenai Contoh Batik Lukis Yang Berkonsepkan Kesenian Islam Rajah 1 Kain batik canting atau batik lukis keluaran Batik Eksklusif TerengganuMotif batik yang dihasilkan adalah bercorak Arabes iaitu gabungan antara motif flora dan geometri.Bunga dan daun disusun indah secara menegak dan dihiasi dengan corak paku-pakis,akar kayu danbentuk geometri yang melingkar di kiri, kanan hingga ke atas kain. Penulis berpendapat, susunanmotif ini menterjemahkan imaginasi pembuat batik melalui motif-motif yang dipilih untukmenggambarkan bahawa betapa indahnya objek ciptaan Allah. Pembuat batik mungkin melihatobjek-objek tersebut di sekitar rumah mereka. Contohnya bungaan dan dedaunan,akar serta corakpaku-pakis. Warna-warna harmoni digunakan adalah merah muda serta kuning dan jingga sertaberlatarkan warna hitam yang menarik mata memandang. Dari konsep sains pula, tumbuhan memberibanyak faedah kepada manusia dengan menghasilkan oksigen untuk keperluan pernafasan setiapmakluk yang hidup di muka bumi ini serta ia dapat mengindahkan rumah kediaman atau baik untukpenglihatan manusia dan memberi ketenangan pada jiwa manusia. Keseniaan seperti inilah yangdituntut dalam Islam. 5Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
  • 9. HBAE3103:Kraf Tradisional 2. Seni Ukiran MelayuUkiran kayu tradisional juga adalah satu hasil kreativiti masyarakat Melayu yang mengagumkan.Ukiran ini kerap kita lihat pada tangga rumah Melayu, kisi-kisi rumah, masjid, istana, rumah makam,rumah kediaman, kepala sampan, perabot rumah dan barangan hiasan dan keperluan harian sepertibingkai jam, bingkai cermin, bingkai gambar, katil dan sebagainya. Namun di Malaysia, ukiran bukansahaja dihasilkan oleh orang Melayu malahan, suku kaum di Sabah dan Sarawak serta masyarakatOrang Asli. Teknik ukiran yang dihasilkan adalah hampir sama, tetapi motif yang dipilih mungkinagak berbeza. Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu menggunakan alatmengukir seperti pisau wali, ‘carving tool’(Khairuddin Talib: 2011). Terdapat empat jenis ukiraniaitu, ukiran layang, ukiran larik, ukiran timbul dan ukiran tebukan tembus. Seni ukir di TanahMelayu banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu yang menyatakan seniukiran Melayu tradisi telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayusudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumahkediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembangdan menghidupkan suasana seni ukiran. yang kini menjadi peninggalan yang amat berharga.Tambahan pula, kedatangan Islam pada ketika itu yang membawa AlQuran sebagai peganganmenjadi sumber motif ukiran bercirikan Islam contohnya kaligrafi. Seni ukiran di Malaysia jugaantara seni kraf yang terkenal di dunia mungkin kerana keadaan alam semula jadi yang kaya dengankayu-kayan yang digunakan sebagai bahan binaan, alat perahu, senjata, dan hiasan.2.1 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Ukiran MelayuTerdapat pelbagai motif yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah terdiri daripada motif flora,motif fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos, motif geometri dan motif seni khat atau kaligrafiyang menggunakan huruf Arab. Proses menggarap idea adalah berunsurkan objek disekeliling merekaseperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri daripada bintang,matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat Al Quran. Kebanyakannyamelambangkan budaya Melayu itu sendiri yang bernaungkan agama Islam. Dikebanyakan rumahMelayu, ciri-ciri Islam agak terserlah dengan ukiran khat pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkaicermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Di masjid atau surau juga sering kita dapati 6Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
  • 10. HBAE3103:Kraf Tradisionalayat-ayat Al Quran di ukir di kayu dan diletakkan di dinding serta ukiran motif pelbagai diukir padamimbar masjid atau surau. Di bawah adalah contoh-contoh ukiran yang telah diambil untuk kitaanalisis bagaimana idea motif itu digarap dan ditafsirkan dan pengaruh apakah yang memberi maknakepada hasil ukiran tersebut.2.2 Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam Contoh Ukiran 1 Foto ini diambil daripada: http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241eaUkiran di atas dinamakan sebagai ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari motif arabes yangmenggabungkan unsur flora dan geometri dan ada ciri-ciri kosmos yang berbentuk bintang di situ.Corak disusun dengan indah dan teratur menunjukkan bahawa motif yang dipilih menggambarkanbahawa pengukir cuba melihat dunia ciptaan Allah yang luas ini dan menterjemahkannya dengan caratersendiri. Di sini juga kita boleh menafsirkan bahawa pengukir sebenarnya menghayati kebesaranIlahi dan mengagumi bahawa setiap apa yang diciptakan Allah mempunyai fungsi tersendiri. Konseppenting dalam penghasilan seni ukiran yang bercirikan Islam kerana ia mewujudkan perasaan tenang,aman dan damai di hati dan merendah diri pada Tuhan yang Esa. Pengagungan dan perhiasanbukanlah matlamat sebenar bagi seni ukiran Islam. (Norashikin Mohd Bani, 2002). Dalam seniukiran Islam, pengukir perlulah mengikut syariat agama seperti tidak menghasilkan ukiran berbentukhaiwan dan manusia atau makhluk bernyawa. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang tidakdiingini terjadi seperti unsur-unsur, penyembahan, pemujaan dan mengagung-agungkan benda buatan 7Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
  • 11. HBAE3103:Kraf Tradisionalmanusia. Ukiran pada tembaga dan gangsa juga perlulah bergabung dengan motif-motif kaligrafi danarabes supaya tidak timbul ciri-ciri motif yang melampau dan dilarang dalam Islam. Selain itu, seniukiran tradisional Melayu yang bercirikan Islam seharusnya dipelajari kerana mengandungi nilai-nilaiestetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi sesuatu kaum (Norashikin MhdBani,2002) Contoh Ukiran 2 Foto diambil daripada blog: http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang- terbiar-old-and.htmlDi atas adalah foto ukiran jenis tebuk tembus yang didapati di sebuah surau lama di Perakbermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa seni khat adalahkeitimewaan seni ukiran yang sering menghiasi bangunan-bangunan Islam, masjid, surau, sekolahagama, dan segelintir rumah orang Melayu Islam. Seni khat ini berasal dari Negara-negara TimurTengah.Wujudnya ukiran seperti ini adalah memberi kesan keindahan yang mendekatkan dirimanusia kepada Penciptanya. Oleh itu, ukiran-ukiran dari pelbagai motif itu terjalin dengankeindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang dapat menambat hati danperasaan manusia (Abdul Ghani Samsudin etal 2001). Budaya Melayu sendiri juga mengajar anak-anak agar mencintai ayat-ayat Allah dan sentiasa menyemaikan jiwa dengan iman melaluipenghayatan kepada agama Islam. 8Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
  • 12. HBAE3103:Kraf Tradisional 3. Seni Tenunan Songket MelayuTenunan juga adalah salah satu kraf tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di kalangankaum Melayu. Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejakdahulu lagi. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunanyang indah dan menarik hati sesiapa yang memandang. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlahmelalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu pada zaman dahulu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunantempatan terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Pada zamandahulu, motif dan warna yang terdapat pada songket melambangkan kedudukan seseorang. Sebagaicontoh songket yang ditenun menggunakan benang sutera halus dan benang emas dipakai olehkerabat raja dan golongan bangsawan. Namun kini, songket ditenun dengan menggunakan benangkapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa dalam majlis-majlis tertentu. 3.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket MelayuMotif dalam tenunan songket biasanya terdiri daripada unsur flora seperti Bunga Tanjung, BungaGorek, Bunga Cengkeh, Pucuk Rebung, Bunga Lawang dan lain-lain lagi. Selain itu motif daripadahaiwan seperti Lawi Ayam, Kuda Laut, Kupu-kupu, Ayam Jantan, Burung Merak juga menjadisumber inspirasi para penenun menghasilkan karya. Satu lagi motif yang popular ialah geometri,bintang pecah lapan dan mahkota. Menurut Koordinator Batik International Research Design Access(Birda), International Institute of Design Excellence, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UniversitiTeknologi Mara (UiTM), Dr. Norwani Md. Nawawi, corak dan motif pada kain songket memaparkanciri-ciri unik identiti orang Melayu. Beliau juga menyatakan penenun-penenun tradisional biasanyatinggal di persekitaran suasana kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buah-buahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim tengkujuh. Mereka sangat kreatifdan mempunyai pemerhatian yang tajam dan daya imaginasi yang kuat. Hasilnya kebanyakan motifsongket adalah nama-nama daripada pokok, bunga, burung dan ada juga daripada kuih-kuih Melayuyang menjadi kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan tepung talam(Dr. Norwani Md Nawawi:Utusan Online). Sesungguhya tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telahmemahami dan menghayati seni yang dihasilkan oleh mereka terhasil dari deria kreativiti serta bakatsemulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang 9Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
  • 13. HBAE3103:Kraf Tradisionaldiilhamkan melalui idea dan sumber dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatifyang akan menjadi tenunan hebat yang tidak ternilai. Setiap karya yang dihasilkan mempunyai nilaiestetika yang tinggi dan memikat hati sesipa sahaja yang memandang. Setiap hasil tenunan itukebanyakannya tidak lari daripada bercirikan Islam, yang mana secara tersiratnya, melalui motif-motif tersebut, penenun ingin menyampaikan perasaan mereka mengenai rasa kesyukuran dankekaguman dengan setiap apa yang diciptakan Allah di dunia ini. Dan setiap apa yang diciptakanolehNya itu tidak pernah sia-sia. Itulah kehebatan kraf tradisional Melayu yang bercirikan Islam yangmenemukan keindahan bukan sahaja pada karya yang dihasilkan malahan keindahan dan kasihsayang antara seorang hamba kepada penciptaNya. Di bawah adalah salah satu contoh hasil tenunansongket yang akan di analisis mengenai keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dengan budayaMelayu itu sendiri.3.2 Analisis Mengenai Seni Tenunan Songket Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam Contoh Tenunan Songket yang diambil dari blog: http://seni-art.blogspot.com/2010/01/seni-tenun- songket-melayu-pekanbaru.htmlTenunan songket pada gambar tersebut merupakan kain samping songket yang menggunakan motifarabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri. Motif arabes sangat popular dalam kesenianIslam kerana ia lahir dalam satu budaya dan tamadun yang masyarakat awalnya mahir dalampelbagai ilmu matematik, logik, astronomi, kosmologi, seni bina yang kesemuanya menjadi sumbernilai-nilai estetika. Padanan motif geometri dan bunga tersebut sangat indah disusun. Sebenarnyapemilihan bentuk-bentuk geometri, tumbuh-tumbuhan dan corak khat adalah antara alternatif kepadalarangan menggambar yang disebut dalam hadith-hadith contohnya figura manusia atau motifhaiwan. Selain itu juga, penenun mengolah dan mereka cipta bentuk-bentuk geometri dan hiasan 10Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
  • 14. HBAE3103:Kraf Tradisionalbermotifkan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan keseniaan yang harmoni dan bernilai tinggi.Penenun juga menghasilkan motif bukan sekadar indah pada pandangan mata malah ia penuh denganmakna tersirat. Contohnya motif arabes sering diguna pakai dalam keseniaan Islam kerana selainbentuk, idea merupakan aspek penting yg perlu dipertimbangkan dalam penjelmaan pelbagai motifarabes. Idea yang melahirkan pernyataan kreativiti penenun Melayu Islam dalam percubaan danusaha mereka menggali daripada al Quran dan Hadith. (Fleurza, 2004: CARI Malay Forum) 4. Seni Anyaman MelayuAnyaman adalah satu jenis kraf yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Terdapatanyaman ketupat, tikar mengkuang, alat keperluan harian dan sebagainya telah banyak dihasilkan khususnyapenduduk di kampung-kampung. Terdapat beberapa jenis anyaman kaum Melayu seperti, anyaman kelarai,anyaman biasa dan anyaman sulaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar,buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melaluianyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakuldan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk. Anyaman berkembang sejak dahulu lagi dan tidakmempunyai pengaruh dari luar. Orang dahulu menganyam daunan, tali rotan, untuk menghasilkan barangkeperluan hidup seperti tikar, bakul, tempat buaian, dan kini anyaman sudah dikomersilkan denganpenghasilan barangan menarik seperti hiasan dinding, bekas duit, bekas tisu, alas pinggan, kipas, bekastembakau dan sebagainya. Sewaktu dahulu, aktiviti anyaman ini dikatakan dilakukan oleh kaum wanita untukmengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Malah, kini hasil seni anyaman tidak lagiterhad kepada bentuk tradisional malahan reka bentuk baru dari segi rupa, warna dan corak, teknik dan bahan,seringkali diubahsuai mengikut citarasa pengguna.4.1 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Anyaman Melayu.Dalam anyaman, idea motif dan corak juga bersumberkan dari alam sekitar. Motif anyaman yang seringdigunakan terdiri daripada tumbuhan, nama manusia, haiwan dan abstrak. Namun begitu, corak yangdihasilkan bukanlah berbentuk figura manusia ataupun haiwan. Hanya sekadar nama penyedap bicara orangzaman dahulu sahaja. Contohnya kelarai Mak Mek, Kelarai Cik Kedah ketapang, kelarai Jari Kedidi, Kelarai 11Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
  • 15. HBAE3103:Kraf TradisionalTapak Anjing, kelarai Mata Ketitir adalah sebahagian nama-nama manusia dalam anyaman. Anyaman Kelaraiini cukup indah dan menarik dipandang mata. Kelarai daripada tumbuhan pula terdiri daripada Kelarai TampukManggis, Kelarai Bunga Cengkih, Kelarai Bunga Cina dan lain-lain. Begitu hebat orang zaman dahulu yangberpandukan alam sekeliling untuk dijadikan sumber inspirasi lalu dijelmakan dengan pelbagai corak yangmempunyai makna tersendiri . Lihat Rajah 2. Rajah 2: Dipetik dari Blog; http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html4.2 Analisis Mengenai Seni Anyaman Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam Foto dipetik dari Blog Work of Art: http://intan-hmd.blogspot.com/Anyaman di atas bermotifkan Kelarai Tampuk Jantung. Motif yang dipilih adalah berunsurkantumbuh-tumbuhan dan geometri yang dikenali sebagai motif arabes. Motif ini banyak digunakan olehseniman dan tokoh-tokoh seni Islam kerana bentuknya yang digarap mudah dan indah. Idea anyaman 12Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
  • 16. HBAE3103:Kraf Tradisionalini dijelmakan oleh orang dahulu berdasarkan tumbuhan di sekitar rumah mereka dan bentuk-bentukgeometri di rumah yang sering dilihat dan menjadi sumber inspirasi dalam penghasilan motif yangakhirnya di kenali dengan pelbagai nama rekaan mereka sendiri. Motif-motif ini saling berkait antarabudaya Melayu dengan kesenian Islam. Ini kerana sumber motif kebanyakannya adalah berlandaskanciptaan Allah yang Esa. Penghasil anyaman selalunya menitikberatkan unsur Islamik denganmengagungkan kebesaran Tuhan dan mengelakkan unsur yang bercanggah dengan syariat agama.KesimpulanSebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang memerlukandaya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagaijenis dan bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu mempunyai hubungan yangerat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Proses penggarapan idea bagisetiap jenis kraf mempunyai ciri-ciri yang sama. Setiap daripada kraf mempunyai motif dan corakdari sumber yang hampir sama seperti flora, fauna, geometri, arabes, abstrak dan sebagainya. Namunbegitu, dalam Islam motif fauna seperti haiwan dan figura berbentuk manusia dilarang dan tidakdigalakkan dalam penghasilan karya berdasarkan hadith dan beberapa mazhab yang terdapat dalamIslam. Ini kerana, kebanyakan hasilan yang berbentuk figura dan haiwan boleh mewujudkan satuelemen pemujaan dan tidak sesuai dijadikan perhiasan kerana ia mirip kepada ciptaan asal. Ini dikiramencabar kuasa Yang Maha Mencipta. Selain itu, motif-motif yang berunsurkan arabes, flora, dangeometri mempunyai makna yang tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendahdiri hamba kepada Penciptanya. Orang Melayu sememangnya sangat kreatif dan mempunyai dayapenglihatan dan pemikiran yang tajam kerana telah menjadikan alam ciptaan Tuhan dan sekitarkehidupan mereka untuk mendapat idea. Sumber idea itu digarap dan dijelmakan dengan pelbagaibentuk corak yang akhirnya setiap satunya diberi nama yang memberi gambaran tentang apa yangdifikirkan oleh mereka. Oleh yang demikian, penghasilan kraf, pengusaha dan tokoh-tokoh seni ini,bukan sahaja menghasilkan karya yang indah pada pandangan lahiriah tetapi menyerapkan unsur-unsur keagamaan seperti kekaguman dengan ciptaan Allah berdasarkan motif-motif yang dipilih. 3774 patah perkataan 13Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
  • 17. HBAE3103:Kraf TradisionalRujukanKhairudin Talib.(2011).HBAE 3103Kraf Tradisional.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.Anyamanhttp://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.htmlBatikhttp://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/10/?menuid=95Contoh Ukiran Kayu Melayuhttp://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241eaContoh Kelaraihttp://artgeng.blogspot.com/2010/04/contoh-kelarai.htmlHukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islamhttp://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=929:hukum-melukis-gambar-menurut-pandangan-islam-&catid=7:ilmiah&Itemid=69Hukum Melukis Objek dan Binatanghttp://www.padinno.com/2011/08/hukum-melukis-gambar.htmlMotif Songket Bercirikan Orang Melayuhttp://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0314&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_04.htm&arc=hiveSarawak Bidayuh Handicrafts.Beautifully crafted. durable and functional works of art.http://www.sarawak-vacation-destinations.com/sarawak-bidayuh-handicrafts.htmlSeni Lama Melayuhttp://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang-terbiar-old-and.html iiMarshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012
  • 18. HBAE3103:Kraf TradisionalTenunan Songkethttp://senivisual1.blogspot.com/2009/10/tenunan-songket.htmlUkiran Kayu Tradisionalhttp://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html iiiMarshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012