SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 16
Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam
    Yang Ditandai Oleh Keunggulan
              Intelektual

Ibn Sina, Al-Biruni
    & Ibn Haytham
NAMA :
   MARYAM ARIFFIN (2009827058)
   AIN NORIN(2009825528)
   AMIRA ADILA(2009210874)
GROUP :    DS3G1/G2
DATE : 22 SEPTEMBER 2010
PENSYARAH : HJH. MAKIAH TUSSARIPAH BT JAMIL
PENGENALAN
Mengikut kamus dewan, inovasi merupakan penciptaan sesuatu yang baru yang memberi
kemudahan dalam kehidupan manusia. Pada zaman Kerajaan Abbasiyah banyak
penemuan-penemuan baru yang dijumpai oleh tokoh-tokoh mereka. Antaranya ialah Ibnu
Sina, Al-Biruni dan juga Ibnu Haytham. Mereka merupakan tokoh-tokoh yang amat dikenali
sehingga kini. Ibnu Sina, Ibnu Haytham dan Al-Biruni hidup pada zaman kerajaan
Abbasiyah(750-1258 M). banyak inovasi yang telah mereka cipta masih digunakan sehigga
ke hari ini. Walaupun pada zaman mereka amat sukar namun mereka mampu mencari ilmu
sehingga ke Negara orang. Mereka juga merupakan sahabat perjuangan dalam pengkajian
Islam.




IBNU SINA
LATAR BELAKANG

Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Hussien bin Abdullah b. Hassan b. Ali b. Sina (Avicenna,
gelaran yang diberikan oleh barat ). Beliau berasal dari parsi dan telah dilahirkan pada
981M di Afshara berhampiran Bukhara (Asia Tengah), seterusnya beliau mendapat
pendidikan awal di sana seawal usia 5 tahun. Ketika itu, beliau menerima pendidikan
sastera dan Al-Quran. Sewaktu usianya 10 tahun, beliau telah berjaya menghafal Al-Quran
dan menguasai ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin),
tasawuf dan sebagainya. Beliau mula belajar mengenai falsafah dengan membaca pelbagai
tulisan seperti tulisan Greek, Muslim dan buku-buku lain mengenai subjek ini serta
mempelajari logik dan subjek lain daripada Abu Abdallah Natili iaitu sahabat karib bapanya
dan merupakan seorang ahli falsafah terkenal pada waktu itu.

       Ibn Sina merupakan seorang yang bertuah kerana mempunyai seorang ayah yang
amat mementingkan pendidikan agama dan juga keduniaan walaupun beliau dilahirkan
dalam keluarga yang sederhana kerana bapa beliau merupakan seorang pemungut cukai.
Ibnu Sina merupakan seorang yang rajin membaca buku. Beliau telah membaca buku
Metafizik Aristotle sebanyak 40 kali hanya semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada
permasalahan yang dihadapi. Ketokohannya memang terserlah semenjak kecil lagi. Ini
kerana sewaktu berusia 17 tahun, beliau telah berjaya menyembuhkan penyakit Putera Raja
Bukhara, Nooh Ibn Mansoor selepas semua pakar perubatan yang terkenal gagal dalam
usaha tersebut. Raja Mansoor amat terhutang budi dan telah menawarkan hadiah yang
lumayan kepadanya. Namun begitu, beliau menolak dan hanya meminta kebenaran untuk
menggunakan perpustakaan Di Raja sahaja. Kemudian, beliau telah dilantik menjadi „
Doktor Di Raja‟. Semenjak itu beliau telah menjadi terkenal kerana kehebatan dan
kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan
gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

       Sewaktu berumur 20 tahun iaitu selepas kematian ayahnya, beliau telah
mengembara ke Juran dan bertemu dengan Abu Raihan Al-Biruni. Pada usia 21 tahun,
semasa beliau di Kawarazm, beliau telah mencipta karyanya yang pertama iaitu “Al-Majmu”
yang mangandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau berhijrah
pula ke Hamadan. Di Hamadan, beliau mengarang kitab al-Qanun fit Tibb untuk mengubati
Raja Hamdan iaitu Shams al-Daulah. Dari Hamadan beliau menuju pula ke Ispahan (Iran) di
mana beliau telah menyempurnakan penulisannya dalam pelbagai bidang.
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah
diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris
dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu
telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan
sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad
ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

        Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The
Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan
dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil
tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut
merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu
bahasa), syair, prosa, dan agama. Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah
menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar
menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap zenith iaitu puncak kecemerlangan tertinggi
dalam bidang yang diceburinya.Di samping menjadi zenith dalam bidang perubatan, Ibnu
Sina juga menduduki keputusan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru
ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk
kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

        Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan
seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah
yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi
oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu,
pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani
khususnya Hippocrates. Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan
humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam
(black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran
keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang
seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat
penyakit.

        Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan.
Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada
dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina
telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya. Pengaruh pemikiran
Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan
perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh
digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli
falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi
Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini.
Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina
sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

       Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-
Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai Wajib al-
Wujud (Pencipta) ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-
apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit
daripada Pencipta yang tidak ada permulaan. Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu
datang daripada Pencipta sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau
bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Pencipta untuk melimpahkan atau menerbitkan
segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya. Pemikiran falsafah dan
konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab Himah Ilahiyyah dalam fasal
Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan. Pemikiran Ibnu Sina ini
telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk
membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al-
Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan
pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.

        Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam
perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap
sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam.
Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan
dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu al-Farabi. Beliau merancang untuk
meneruskan pengembaraannya, namun terpaksa kembali semula ke Hamadan kerana
faktor kesihatan yang dihadapinya yang mana akhirnya beliau meniggal dunia di Hamdan
,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M dan beliau telah dimakamkan di
sana. Dalam rangka memperingati 1000 tahun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran
pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai “Father of Doctor” untuk selamanya-
selamanya dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu.
Selain itu, sebagai mengenang jasa yang telah disumbangkan oleh beliau dalam ilmu
perubatan, potret beliau telah digantungkan didinding Fakulti Perubatan Universiti Paris.
Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini
menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah
perkuburan di mana “zeninth” itu dimakamkan.



PENDIDIKAN

Pendidikan amat penting sehingga mencari ilmu merupakan perkara yang wajib untuk setiap
umat Isalm. Sejak kecil lagi Ibnu Sina telah mendapat pendidikan sehingga beliau amat
mencintai ilmu.

        Beliau mendapat pendidikan awal di sana seawal usia 5 tahun. Ketika itu, beliau
menerima pendidikan sastera dan Al-Quran. Sewaktu usianya 10 tahun, beliau telah berjaya
menghafal Al-Quran dan menguasai ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan
agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya. Beliau mula belajar mengenai falsafah
dengan membaca pelbagai tulisan seperti tulisan Greek, Muslim dan buku-buku lain
mengenai subjek ini serta mempelajari logik dan subjek lain daripada Abu Abdallah Natili
iaitu sahabat karib bapanya dan merupakan seorang ahli falsafah terkenal pada waktu itu.
Beliau turut mempelajari ilmu-ilmu asas agama seperti fiqah, Tasawuf, tauhid daripada
keluarganya.

         Beliau telah menjadi doktor ketika berumur 17 tahun setelah mendapat galakan
daripada Ibnu Yahya. Hal ini disebabkan beliau telah berjaya menyembuhkan Putera Raja
Bukhara, Nooh Ibn Mansoor selepas semua pakar perubatan yang terkenal gagal dalam
usaha tersebut. Beliau juga mempelajari berbagai-bagai ilmu kemahiran seperti Matematik,
Fizik, Sains dan Astronomi. Beliau mampu menghasilkan „mutiara‟ dalam bidang perubatan
iaitu al-Qanun Fit- Tibb ketika berusia 18 tahun.



SUMBANGAN

Bidang Kedoktoran
Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai Medicorum Principal atau Raja Diraja Doktor oleh
kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai
Raja Ubat. Malahan dalam dunia Islam, beliau dianggap sebagai Zenith, puncak tertinggi
dalam ilmu kedoktoran. Ibnu Sina menjadi Doktor Di Raja iaitu doktor kepada Sultan Nuh bin
Mansur di Bukhara pada tahun 378 H (997 M) iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada
waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya
mengubati baginda. Namun begitu, Ibnu Sina telah berjaya mengubati penyakit sultan
tersebut.

       Selain itu Ibn Sina juga merupakan seorang doktor perubatan pertama yang
mencatatkan bahawa penyakit paru-paru adalah (pulmonary tuberculosis) adalah suatu
penyakit yang boleh berjangkit (contagious). Di samping itu beliau turut menceritakan
dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis (diabetes) dan masalah yang timbul
darinya. Beliau amat berminat dalam bidang yang berkaitan dengan kesan akal ke atas
jasad serta telah banyak menulis mengenai gangguan psikologi.

       Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat
beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan
psikosomatics (psychosomatic medicine). Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis
melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa
detik sahaja ketidakseimbangan humor yang berkenaan. Diagnosis melalui denyutan
jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan,
Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari
Amerika (1981) melaporkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi
sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang
pelbagai.


Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi
Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah mengambarkan analogi
manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai
makrokosmos (dunia besar).

        Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah
persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat
musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan
(anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Sementara itu Canon of Medicine yang
memuatkan pernyataan tegas bahawa darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu
lingkaran dan tidak pernah berhenti. Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu
penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat
darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (Arteri). Analogi tersebut hanyalah analogi yang
digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan
gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirikal pada keadaan yang sebenarnya.


Perintis Pengenalan Penyakit Saraf
Al- Qanun Fit-Tibb merupakan buku perubatan yang amat terkenal yang dikarang oleh Ibnu
Sina yang telah menjadi perintis kepada penyakit saraf.

       Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah
menterjemahkan buku Ibnu Sina (Al-Qanun Fit-Tibb) ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku
rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku beliau telah dicetak
sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi
(Hebrew). Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris,
Perancis, Sepanyol dan Itali. Pada abad ke 16 M, buku ini dicetak sebanyak 21 kali.
Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di kebanyakkan universiti di
Perancis.
Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah
menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K.
Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai Ensiklopedia Kedoktoran.
Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai Bapa Kedoktoran kerana Ibnu
Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan
pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri.
Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenengahkan mengenai penyakit saraf.
Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah
menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga
dinyatakan keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-
sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.


Bidang Geografi
Ibnu Sina bukan sahaja mahir dalam bidang perubatan malahan dalam bidang geografi
juga. Oleh yang demikian, beliau mampu menerangkan pelbagai hal yang berkaitan dengan
geografi.

       Ibnu Sina mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan asal-
usul sungai yang datang dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan beliau mampu
mengemukakan suatu hipotesis (teori) pada waktu itu yang mana gagal dilakukan oleh ahli
Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut
Ibnu Sina gunung-ganang asalnya memanglah tinggi, apabila ia dilalui oleh sungai-sungai
menyebabkan ia berganti rupa kerana sungai-sungai yang meruntuhkan tebing-tebingnya.
Akibat daripada proses seperti ini, maka terjadilah lembah-lembah.


Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi
Geologi merupakan kajian sains tentang asal usul, sejarah, struktur, dan komposisi bumi
manakala kosmologi ialah salah satu bidang falsafah yg mengkaji asal usul, proses, dan
struktur alam semesta.

       Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak
dapat disangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu
pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia, ia juga
meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina
telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu sama
lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah
memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan,
Bapa Kimia Muslim.




AL-BIRUNI

LATAR BELAKANG

Al-Biruni merupakan salah seorang ahli falsafah yang serba boleh. Nama asal beliau ialah
Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M)
di Birun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal
ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin, putera raja Parsi dan merupakan seorang pakar
ilmu matematik dan alam.
Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu
pengetahuan telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa
beliau berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi kerana
beliau telah mengikuti gerakan ketenteraan. Tembok penjara tidak menjadi penghalang
kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam
pelbagai bidang. Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh
ruang dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah
tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal di dalam istana Mahmud al
Ghaznawi. Setelah menyedari keilmuannya beliau telah dibebaskan dan ditugaskan di
istana sebagai salah seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni
untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. Di sana beliau mengambil
kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah India. Hasilnya beliau telah menulis
beberapa buah buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan hidup dalam
kebudayaan Hindu.

       Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan konsep
penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan triniti
dalam agama Kristian. Beliau juga telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid al
Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut mendirikan
sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu perkembangan
pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya dalam bidang sains,
matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah yang tidak dapat
diselesaikan sebelum ini. Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar.
Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka-
angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Beliau
juga telah berjaya menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu
negara di dunia.

       Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan
beliau digelar sebagai Ustaz fil Ulum atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang sejarah
Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Chronology of Ancient
Nation. Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan
baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang hidupnya, Al-Biruni telah
menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138
tajuk. Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-
Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb,
tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia
pada 1048M. Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi
juga bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas
tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh
dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu
pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta
membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.

      Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan
permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal.
Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang masih
muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar al
baqiya 'Anil Quran al Khaliya. Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan
dengan Ibnu Sina. Keadaan ini menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap
ketokohan dan kesarjanaannya. Sekali gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam
yang serba boleh dengan sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada
manusia seluruhnya. Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa
golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-
awangan. Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan.
Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta
peradaban manusia. Akhirnya beliau telah meninggal dunia pada usia 75 tahun pada 437H
(1048M).

      Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah
mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang
berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu
sendiri.



PENDIDIKAN

Al-Biruni sangat dikenali kerana kajiannya yang terdapat pelbagai bidang. Ilmu perlulah
dicari kerana Allah dan berusahalah untuk mempelajarinya. Bukan mudah untuk menjadi
seorang insan seperti beliau namun, perkara ini adalah tidak mustahil.

       Beliau mendapat pendidikan awal di ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali
sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin, putera
raja Parsi dan merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam. Keluarga Abu Nasr
begitu mengambil berat tentang al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir
abad ke-4H (1OM) dan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa.

       Setelah itu beliau telah mengembara ke India untuk mencari ilmu. Oleh sebab
minatnya terhadap ilmu, telah membuatkan beliau berani merantau ke Negara lain.
Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit
dan bahasa lain di sana. Dengan itu, beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar
pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani. Sebagai seorang yang dahagakan
ilmu, beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang hayatnya ditumpukan kepada bidang
penyelidikan dan penulisan. Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan
bidang telah menyebabkan beliau digelar sebagai Ustaz fil Ulum atau guru segala ilmu.

       Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam dan Kristian. Seorang
daripadanya ialah Abu Sahl Masihi (ahli flzik Kristian). Beliau juga berhubung rapat dengan
para saudagar Kristian Syria, tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama orang
Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul.



SUMBANGAN

Bidang Astronomi
Minat dan aktiviti al-Binuni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori abstrak
tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi.
Bidang pengajiannya yang utama ialah astronomi. Ini adalah berdasarkan pengakuannya
sendiri iaitu:

“Oleh kerana bidang saya adalah bidang astronomi dan sejak saya wujud di dunia ini lagi
saya terkenal dengan ilmu itu dan saya tidak berniat untuk keIuar dari disipIin ilmu itu, maka
saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Mas‟ud) yang dikenali sebagai
nikmat, dengan menulis kanun (undang-undang) Sina‟at al-Tanjim (Seni Astronomi)”

       Beliau memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan
astronomi. Contoh inimenunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim
dan pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang binatang-binatang dan kedudukannya
sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. Ia juga sangat
berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garis lintang atau bujur
sesuatu bandar. Maka beliau telah menunjukkan bahawa astnonomi sangat berguna dan
sesuai menurut Islam. Beliau telah mencipta pelbagai teori terutama dalam bidang
astronomi.

        Al-Biruni telah mencipta teori alam semesta yang mana beliau menganggap bahawa
alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Pada masa yang sama beliau
tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat
seperti yang dilihat daripada pengalaman. Beliau mendakwa bahawa, apabila sesuatu
bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis Iurus dan satu bahagian ke satu
bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain dalam gerakan bulatan yang
rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik tetap seperti pusat bumi ketika jasad lain itu
tegar. Walau bagaimanapun, kawasan persekitaran matahari menyebabkan planet bergerak
dalam bentuk elips.

         Walaupun Qanun al-Mas‟udi tidak membincangkan asal-usul alam Semesta tetapi al-
Biruni membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau menolak
pandangan yang menyatakan dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai arus pertukaran
bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busti yang
mempunyai muka surat. Al-Biruni dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang
kontroversi geosentrik dan heliosentrik. Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru
tidak dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh dalam teori geosentrik. Selagi sesuatu
teori alternatif yang sebenar belum ditemui maka wajarlah seseorang itu mempercayai dan
menerima teori dan penerangan yang terdahulu. Al-Biruni menulis mengenai pergerakan
matahari dalam sebuah buku berjudul Kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syam yang
berkaitan dengan teori ini.

        Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam
yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah mencipta
sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hari serta menulis buku mengenainya
iaitu Ta‟bir al-Mizan wa Taqbir al-Azman. Bukunya yang bertajuk Tanqih al-Tawarikh
membincangkan tentang tarikh. Manakala buku Tasawwur Amr al-Fajr wa al Shafiq fi Jihat
al-Gharb wa al-Sharq pula membincangkan tentang terbitnya fajar. Qanun al-Mas‟udi
adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan tentang siang dan malam, bulan
dan tahun, bulan serta matahari, juga penerangan terperinci mengenai perbezaan takwin,
maklumat tambahan mengenai kalendar orang India, mengubah takwin Sakkala kepada
takwin Hijrah.

       Al-Biruni turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan
seperti sifat fizikal matahari.Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala
memberikan sumbangan asli.Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu
Matahari. Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh
diperhatikan apabila gerhana penuh, sama seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad
yang membakar.Gerakan tahunan juga merupakan kajiannya.AI-Biruni mempercayai teori
geosentrik dan menganggap Matahani bergerak mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa
gerakan matahari yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit.Selain itu,
Panjang tahun solar (tropika) yang mana semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni
memerhati perubahan dan perbezaan pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melaporkan
ada empat rumusan yang berbeza iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al-
Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali
juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini tidak jauh perbezaan nya
dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 47 saat.
Ketika menulis Qanun, beliau mengira titik yang tertinggi di antara Matahari dengan
Bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun. Perkiraan yang telah dibuat oleh al-Biruni
ini hampir sama dengan angka moden iaitu 52.2 senti. Tambahan pula, beliau turut mengkaji
mengenai fajar dan senja. Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan
senja. Al-Biruni mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di
bawah ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis buku
al-Lam‟at mengenai perkara ini.


Bidang Matematik
Beliau amat mahir dalam bidang matemtik sehingga mampu mencipta rumus trigonometri.
Beliau sempat menguasai arimetrik orang India semasa menetap di India.

       Al-Biruni menulis Kitab Maqalid „Ilm al-Hai‟ah fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan
sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana
penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami. Ketika ahli sains ini
berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Satu daripadanya diberi tajuk
Jami‟ al-Tarq al-Sa‟irah fi Ma‟rafah Awtar al-Da‟irah yang membincangkan mengenai
kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan. Al-Biruni patut diberi penghargaan
kerana beliau menganggap trigonometri sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi
mengembang kannya dengan cara yang sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya
setakat huraian yang ringkas tetapi membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain
yang berkaitan, menilai, mengkritik dan memberi pengolahan yang lebih baik.

        Karangan Qanun al-Mas‟udi yang berkaitan dengan trigonometri mengandungi 10
bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi-sisi daripada pelbagai gambar
rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan.
Bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk.
Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda. Beliau
turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu ke satuan mnenggantikan 60
darjah. Ini akan memendekkan lagi kerja-kerja pengiraan. Beliau berjaya mendahului ahli
matematik yang lain dengan membuktikan rumus sinus dalam satah segi tiga iaitu:
               sinA = sinB = sinC
                a      b       c

        Banyak lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau.
Beliaulah orang pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi tiga.
Beliau cekap menggunakan rumus dan penentu dalaman dan yang pertama memberikan
contoh mengenai kalkulus dan teorem umum.

       Di samping trigonometri sfera, al-Biruni turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau
telah menulis beberapa buah buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya ialah Rashikat
al-Hind iaitu zodiak di India, kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant,
kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik dam mansubat al-
Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.


Bidang Sains
Al-biruni amat berkebolehan dalam bidang sains terutamanya fizik. Kajian beliau lebih
tertumpu dalam bidang fizik. Oleh itu,beliau amat disanjungi kerana mahir dalam pelbagai
bidang.

        Al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau
sinaran membawa haba dari Matahari dan ia dapat menembusi air dan udara. Beliau juga
mendapati senja bermula atau berakhir apabila Matahari berada di bawah kaki langit.
Penemuan al-Biruni ini sama dengan penemuan moden. Beliau turut memberikan
sumbangan yang besar dalam bidang graviti. Beliau menolak pandangan Aristotle yang
menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau menolak idea bahawa tempat asal
bagi air ialah di atas bumi kerana tidak ada tempat asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika
air mengalir ia akan sampai ke pusatnya.

         Selain itu, beliau dapat menyukat dengan betul ketumpatan bahan-bahan. Al-Biruni
menggunakan suatu alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat ketumpatan.
Beliau dapat menyukat air yang begitu tepat sehinggakan hasil pencubaannya itu selaras
dengan nilai moden. Beliau turut memberikan sumbangan yang tulen dalam bidang
hidrostatik. Beliau menerangkan fenomena tentang banjir, mata air dan pninsip-prinsip yang
berkaitan. Al-Biruni menggunakan emas, raksa, zamrud dan kuartza untuk menentukan
ketumpatan. Dalam bidang mekanik behiau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa
logam dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi. Sebagai contoh, beliau telah
mengira ketumpatan besi iaitu 7.82 manakala penemuan moden pula sebanyak 7.79 yang
nilai tersebut hampir-hampir sama dengan penemuan moden.

       Tambahan pula, beliau turut memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang
mekanik. Beliau mahir dalam bidang pengetahuan tentang peralatan. Beliau telah mencipta
dua alat yang istimewa. Satu daripadanya ialah pengimbang hidrostatik. Melalui alat ini
beliau dapat mencari ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat ialah sejenis balai cerap yang
baru, ia dinamakan al-Ustawani yang beliau gunakan untuk mengukur bintang-bintang,
ketinggian menara dan bukit, dan kedalaman telaga atau sungai.Minatnya dalam matematik
menyebabkan al-Biruni mempelajari tentang berat dan ukuran. Ini kenana ia berkait rapat
dengan bidang kajian astronomi dan fizik. Ketumpatan sebenar 18 bahan yang diukur oleh
beliau menunjukkan kepakarannya dalam menyediakan berat dan ukuran yang paling tepat.


Bidang Geografi, Geodesi dan Stratografi
Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau mahir
dalam pelbagai ilmu. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan menggunakan
algebra dengan mahir. Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang
muzik.

        Al-Biruni telah memberikan sumbangan yang sangat berharga dalam bidang
geografi. Antaranya beliau telah membezakan antara kuala dan teluk. Beliau menganggap
semua kelompok Eurasia dan Afrika sebagai satu benua yang didapati terletak di Barat dan
Timur. Ahli geografi agung ini tahu tentang banjaran gunung di India yang dikenali sebagai
Himalaya. Dalam bukunya India, beliau membincangkan peranan kawasan pergunungan
dalam menghasikan hujan lebat dan melindungi sebahagian daerah Kashmir. Pengetahuan
al-Biruni tentang Asia sangat luas. Beliau memberitahu dengan terpeninci tentang negeri
Turki, yang berkaitan dengan Sungai Augarer dan kawasan Tasik Baikal. Namun
sumbangan utama beliau ialah tentang India. Beliau memberikan maklumat tentang
kawasan barat laut India.

         Al-Biruni telah mengarang beberapa karya geografi, antaranya Tahdid Nihayat al-
Amakin(Penentuan Batas Daerah). Beliau telah menghasilkan kaedah baru untuk mengukur
latitud (darjah lintang) dan longitud (darjah bujur) dan membuat pengukuran sendiri untuk
menetapkan lilitan bumi dan ketinggiannya serta sifat-sifat geografi bandar-bandar. Beliau
telah membuat ukuran bagi mengira lilitan bumi dan mendapat anggaran sebanyak 25,000
batu. Oleh sebab al-Biruni, kita mendapat tahu bahawa pada abad ke-11, saudagar-
saudagar Muslim telah sampai di pulau-pulau Lautan India berhampiran dengan Pulau
Jawa.
IBNU HAYTHAM
LATAR BELAKANG

Dalam kalangan cerdik pandai di Barat, Ibn Haytham dikenali dengan nama
Alhazen Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai
Alhazen. Ibnu Haytham dilahirkan di Basrah, Iraq pada tahun 354H bersamaan dengan
965M. Beliau memulakan pendidikan awalnya di Basrah dan Baghdad (pusat ilmu pada
zaman Abbasiyah) sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya.
Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil
keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan
pengajian dan menumpukan perhatian pada bidang penulisan.

         Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir untuk
menyambung pengajian di Universiti al-Azhar. Semasa di sana, beliau telah mengambil
kesempatan melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil
serta menyalin buku-buku mengenai matematik dan falak setelah mendapat undangan dari
pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir, iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386-
411H/996-1021M). Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah untuk memanfaatkan
keluasan ilmu yang dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir
Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun. Tujuan beliau menerima tawaran
itu adalah untuk mendapatkan wang saraan dalam tempoh pengajiannya. Sebaliknya, beliau
tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa yang dibuatnya kerana kurang
peralatan canggih yang ada pada masa itu. Beliau kemudian meninggalkan pekerjaan itu
dengan berpura-pura hilang ingatan untuk melindungi dirinya dari kemurkaan sultan tersebut
sehingga pada tahun 1021M yang mana Sultan Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat dan
dari tarikh itulah Ibnu Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan ilmu.

        Setelah itu, beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan
Eropah pada masa itu. Di sana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang
optik. Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan yang penting dalam
bidang pengajian sains di Barat. Malahan kajiannya mengenai perubatan mata telah
menjadi asas kepada pengajian perubatan moden mengenai mata. Ibnu Haitham
merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan. Penyelidikannya mengenai
cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler
mencipta mikroskop serta teleskop. Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan
menemui pelbagai data penting mengenai cahaya. Beberapa buah buku mengenai cahaya
yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Light dan On
Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja dan lingkaran
cahaya di sekitar bulan dan matahari serta baying-bayang dan gerhana. Menurut Ibnu
Haytham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis 19 darjah di ufuk timur.
Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari berada di garis 19 darjah ufuk
barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah berjaya menghasilkan kedudukan cahaya seperti
bias cahaya dan pembalikan cahaya. Ibnu Haytham juga turut melakukan percubaan
terhadap kaca yang dibakar. Oleh itu, terhasillah teori lensa pembesar. Teori itu telah
digunakan oleh para saintis di Itali untuk menghasilkan kanta pembesar yang pertama di
dunia.

        Seterusnya, Ibnu Haytham telah menemui prinsip isi padu udara sebelum seorang
saintis yang bernama Trricella mengetahui perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haytham
juga telah menemui kewujudan tarikan graviti sebelum Issaac Newton mengetahuinya.
Selain itu, teori Ibnu Haytham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang
bersambung-sambung secara teratur telah memberikan ilham kepada saintis barat untuk
menghasilkan wayang gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem yang
kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana
yang dapat kita tontoni pada masa kini.

        Selain sains, Ibnu Haytham juga banyak menulis mengenai falsafah, logik, metafizik,
dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Beliau turut menulis ulasan dan
ringkasan terhadap karya-karya sarjana terdahulu. Penulisan falsafahnya banyak tertumpu
kepada aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi pertikaian. Padanya pertikaian dan
pertelingkahan mengenai sesuatu perkara berpunca daripada pendekatan yang digunakan
dalam mengenalinya. Beliau juga berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu. Oleh itu,
semua dakwaan kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan yang sedia ada.
Jadi, pandangannya mengenai falsafah amat menarik untuk diikuti. Bagi Ibnu Haitham,
falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik, sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga
bidang dan cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu
menggunakan waktu mudanya dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat,
kekuatan fizikal dan mental akan turut mengalami kemerosotan. Ibnu Haitham membuktikan
pandangannya apabila beliau begitu ghairah mencari dan mendalami ilmu pengetahuan
pada usia mudanya. Sehingga kini beliau berjaya menghasilkan banyak buku dan majalah.

       Sumbangan Ibnu Haytham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Oleh itu,
Ibnu Haytham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan
ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari
ini. Walaubagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah dicuri dan diceduk oleh ilmuwan
Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya
barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa
mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu
Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa
yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana
Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.



PENDIDIKAN

Pendidikan awal di Malaysia telah bermula sejak di rumah lagi. Pendidikan ini diterapkan
oleh ahli keluarga seperti bersopan-santun,adab-adab dan sebagainya. Begitu juga Ibnu
Haytham telah dididik sejak kecil lagi.

        Pendidikan awal beliau ialah di bandar Basrah dan Baghdad (pusat ilmu pada zaman
Abbasiyah). Beliau turut menerima ilmu dari ahli keluarga. Setelah itu, beliau melanjutkan
pengajian dan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan di Ahwaz. Keintelektualan
Ibnu Haytham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar kerana kecenderungan
beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu pengetahuan, baik
agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah, mantik
dan lain-lain lagi.

        Beliau telah mengabdikan diri di Universiti al-Azhar dalam bidang saintifik. Sebelum
berhijrah ke Andalusia (Sepanyol), beliau mempelajari optik sehigga terkenal dalam bidang
tersebut. Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan
percubaan ilmiah berhubung dengan bidang optik. Beliau kembali ke Kaherah (Mesir)
sebagai ahli matematik sehingga ke akhir hayatnya.
SUMBANGAN

Bidang Falsafah
Menurut kamus dewan, falsafah merupakan pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-
sebab (asas-asas, hukum dan lain-lain) kewujudan sesuatu ataupun tentang kebenaran dan
erti wujudnya sesuatu. Tidak hairanlah Ibnu Haytham telah memberi sumbangan dalam
bidang ini kerana beliau amat berminat dalam pengkajian.

       Ibnu Haytham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo.
Dikalangannya adalah sahabat beliau sendiri iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haytham
mendahului Kant lebih tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya
datang daripada beliau iaitu untuk mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui
pendapat-pendapat yang berunsur kepada kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal
rasional.


Bidang Astronomi
Astronomi melibatkan ilmu tentang bintang-bintang, planet, bulan dan matahari. Bidang ini
amat menarik kerana kajiannya mengenai angkasa lepas.

        Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit
abstrak menjadi benda-benda padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan
planet-plenet, tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam satu model
fizik. Pendapatnya banyak mempengaruhi dunia pemikiran Barat pada zaman Johannes
Kepler. Tiga abad kemudian karya ini ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim
iaitu Nasiruddin at-Tusi.


Bidang Fizik
Dalam bidang fizik Ibnu Haytham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa beliau
menemui prinsip inersia dan statik. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optic sebagai
satu sains baru.

        Pelbagai teori mengenai optik telah dicipta dan di antaranya ialah teori hukum
pembiasan. Selama di Sepanyol, Ibnu Haytham melakukan beberapa penyelidikan dan
percubaan ilmiah berhubung dengan bidang optik. Penemuannya yang terkenal ialah hukum
pembiasan, iaitu hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran
cahaya sama dengan sudut masuk. Menurut pengamatan Ibnu Haytham, beliau
berpendapat bahawa cahaya merah di kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika
matahari berada di 19 darjah di bawah kaki langit. Sementara cahaya warna merah di kaki
langit di waktu senja (syuruk) akan hilang apabila matahari berada 19 darjah di bawah kaki
langit selepas jatuhnya matahari. Dalam fizik moden, hukum ini dikenali dengan nama
hukum pembiasan Snell yang bersempena nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen
Snell.

       Selain itu, beliau telah mencipta teori penglihatan. Dengan menggunakan kaedah
matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat membuat eksperimen yang teliti, Ibnu
Haytham telah meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. Beliau telah menggabungkan
teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau telah mengkaji
gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej serta banyak lagi fenomena optik yang penting.
Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa manusia melihat
benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham,
bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat itulah yang memantulkan
cahaya ke mata manusia.
Tambahan pula, beliau turut mencipta teori biasan cahaya. Kajian ini amat unik
kerana beliau telah menggunakan segi empat hala tuju pada permukaan biasan beberapa
abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat. Beliau juga percaya
kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat).

        Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo da
Vinci, dan Johannes Kepler. Ibnu Haytham telan menggunakan mesin larik untuk membuat
cermin kanta cekung dan kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan ini beliau telah
mengkaji tentang cermin sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji aberasi sfera dan
memehami bahawa dalam cermin parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.


Karya –karya Agung Ibnu Haytham
Ibnu Haytham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan
dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku,
namun hanya sedikit yang terselamat.

       Di antaranya ialah Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi
hayat al-Alam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-
Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit),
Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar,
Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu
adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi. Karya-karya tersebut adalah berhubung
dengan ilmu fizik dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat dikuasainya dan hampir
keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.

       Ibnu Haytham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu
ukur. Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah
tersebar dengan meluas di Eropah sejak tahun 1907M. Al-Munadzir adalah satu daripada
karya Ibnu Haytham yang teragung tentang bidang kajian optik dan buku tersebut pernah
menjadi rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya. Karya ini diterjemahkan oleh Witelo
pada tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F. Risner pada tahun 1572M dengan
namaThesaurus Opticae.




PENUTUP
Pencapaian pada hari ini adalah disebabkan penemuan terdahulu. Ibnu Sina, Al-Biruni dan
Ibnu Haytham telah menjadi perintis dengan pelbagai penemuan.

       Sumbangan dalam bidang perubatan banyak daripada Ibnu Sina yang telah banyak
menjumpai penemuan baru dalam penyelidikan beliau. Al-Biruni pula banyak
menyumbangkan idea beliau dalam bidang fizik seperti penciptaan jam yang masih
digunakan sehingga ke hari ini. Manakala Ibnu Haytham telah mengkaji mengenai optik
sehinggakan idea beliau telah disalin dan dicuri.

       Mereka telah banyak berjasa khususnya pada dunia hari ini. Tanpa mereka
penciptaan baru tidak dapat dihasilkan. Mereka merupakan tokoh yang mahsyur dan amat
dikenali ramai. Oleh itu, kita perlulah mengenang jasa mereka dan menjadikan mereka
sebagai idola yang memang patut dicontohi.
RUJUKAN

 1. Fadzlullah Shuib, 2010. Modul Pengajaran Kursus: Sains dan Teknologi Islam. UITM
    Negeri Sembilan.
 2. Zalti Bt Deraman dan Rohana Bt Awang, 2003. Siri Ensklopedia Remaja Islam.
    Kelantan: Sabunai Media Sdn. Bhd.
 3. Zainal Abidin, 2003. Perubatan Islam dan bukti Sains Moden. Bentong, Pahang
    Darul Makmur.
 4. http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/sina.htm
 5. http://norsalim.net/kembara/?p=40
 6. http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id3.html
 7. http://tokohislam2u.tripod.com/id7.html
 8. http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id15.html
 9. http://rumahislam.com/tokoh/3-ilmuwan/70-ibnu-haitham.html

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
AsmidahIsdal
 
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
akmalmustafakamal
 
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad sawstruktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw
Upper6
 
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratUitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
sakura rena
 
Fiqh Awlawiyyat
Fiqh AwlawiyyatFiqh Awlawiyyat
Fiqh Awlawiyyat
dr2200s
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Durratun Dian
 
7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al Sunnah
WanBK Leo
 

La actualidad más candente (20)

Kerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' ArrasyidinKerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' Arrasyidin
 
Penentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan UnionPenentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan Union
 
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
 
Salehuddin Al-Ayubbi
Salehuddin Al-AyubbiSalehuddin Al-Ayubbi
Salehuddin Al-Ayubbi
 
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQSUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
 
Piagam madinah
Piagam madinahPiagam madinah
Piagam madinah
 
Piagam Madinah
Piagam MadinahPiagam Madinah
Piagam Madinah
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
Sahifah madinah
Sahifah madinahSahifah madinah
Sahifah madinah
 
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
 
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad sawstruktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw
struktur pemerintahan kerajaan islam pada zaman nabi muhammad saw
 
Reaksi masyarakat tempatan sejarah stpm p2
Reaksi masyarakat tempatan sejarah stpm p2Reaksi masyarakat tempatan sejarah stpm p2
Reaksi masyarakat tempatan sejarah stpm p2
 
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun baratUitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat
 
Fiqh Awlawiyyat
Fiqh AwlawiyyatFiqh Awlawiyyat
Fiqh Awlawiyyat
 
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
 
Adab Amar Ma'ruf Nahi Munkar
Adab Amar Ma'ruf Nahi Munkar Adab Amar Ma'ruf Nahi Munkar
Adab Amar Ma'ruf Nahi Munkar
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
 
Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
 
7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al Sunnah
 

Similar a CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

vi) Saintis Islam
vi) Saintis Islamvi) Saintis Islam
vi) Saintis Islam
dr2200s
 
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannyaTokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Izzat Najmi
 
Ibnu sina bapa perubatan dunia
Ibnu sina bapa perubatan duniaIbnu sina bapa perubatan dunia
Ibnu sina bapa perubatan dunia
Nur Fatehah
 
Ctu 311:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan In...
Ctu 311:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan In...Ctu 311:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan In...
Ctu 311:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan In...
MARYAM ARIFFIN
 
Slide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufSlide presentation tasawuf
Slide presentation tasawuf
UNISZA
 

Similar a CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham (20)

Ibn sina
Ibn sinaIbn sina
Ibn sina
 
vi) Saintis Islam
vi) Saintis Islamvi) Saintis Islam
vi) Saintis Islam
 
Tokoh Islam
Tokoh IslamTokoh Islam
Tokoh Islam
 
Tokoh Islam : Ibnu Sina
Tokoh Islam : Ibnu SinaTokoh Islam : Ibnu Sina
Tokoh Islam : Ibnu Sina
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNAFALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL BANNA
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Sumbangan tokoh intelek
Sumbangan tokoh intelekSumbangan tokoh intelek
Sumbangan tokoh intelek
 
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannyaTokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
 
IBNU SINA SEM 2
IBNU SINA SEM 2IBNU SINA SEM 2
IBNU SINA SEM 2
 
Ibnu sina bapa perubatan dunia
Ibnu sina bapa perubatan duniaIbnu sina bapa perubatan dunia
Ibnu sina bapa perubatan dunia
 
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUMSUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
 
Ctu 311:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan In...
Ctu 311:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan In...Ctu 311:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan In...
Ctu 311:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan In...
 
Ketokohan Imam Hanafi
Ketokohan Imam HanafiKetokohan Imam Hanafi
Ketokohan Imam Hanafi
 
Sumbangan ibnu khaldun
Sumbangan ibnu khaldunSumbangan ibnu khaldun
Sumbangan ibnu khaldun
 
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun YunaniInteraksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
 
Tokoh islam
Tokoh islamTokoh islam
Tokoh islam
 
[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarah[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarah
 
Slide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufSlide presentation tasawuf
Slide presentation tasawuf
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINIFALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
 
Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan AnotasiTaha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
Taha Husayn: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan Anotasi
 

CTU211:Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual-Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham

  • 1. Kemuncak Kecemerlangan Inovasi Islam Yang Ditandai Oleh Keunggulan Intelektual Ibn Sina, Al-Biruni & Ibn Haytham NAMA : MARYAM ARIFFIN (2009827058) AIN NORIN(2009825528) AMIRA ADILA(2009210874) GROUP : DS3G1/G2 DATE : 22 SEPTEMBER 2010 PENSYARAH : HJH. MAKIAH TUSSARIPAH BT JAMIL
  • 2. PENGENALAN Mengikut kamus dewan, inovasi merupakan penciptaan sesuatu yang baru yang memberi kemudahan dalam kehidupan manusia. Pada zaman Kerajaan Abbasiyah banyak penemuan-penemuan baru yang dijumpai oleh tokoh-tokoh mereka. Antaranya ialah Ibnu Sina, Al-Biruni dan juga Ibnu Haytham. Mereka merupakan tokoh-tokoh yang amat dikenali sehingga kini. Ibnu Sina, Ibnu Haytham dan Al-Biruni hidup pada zaman kerajaan Abbasiyah(750-1258 M). banyak inovasi yang telah mereka cipta masih digunakan sehigga ke hari ini. Walaupun pada zaman mereka amat sukar namun mereka mampu mencari ilmu sehingga ke Negara orang. Mereka juga merupakan sahabat perjuangan dalam pengkajian Islam. IBNU SINA LATAR BELAKANG Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Hussien bin Abdullah b. Hassan b. Ali b. Sina (Avicenna, gelaran yang diberikan oleh barat ). Beliau berasal dari parsi dan telah dilahirkan pada 981M di Afshara berhampiran Bukhara (Asia Tengah), seterusnya beliau mendapat pendidikan awal di sana seawal usia 5 tahun. Ketika itu, beliau menerima pendidikan sastera dan Al-Quran. Sewaktu usianya 10 tahun, beliau telah berjaya menghafal Al-Quran dan menguasai ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya. Beliau mula belajar mengenai falsafah dengan membaca pelbagai tulisan seperti tulisan Greek, Muslim dan buku-buku lain mengenai subjek ini serta mempelajari logik dan subjek lain daripada Abu Abdallah Natili iaitu sahabat karib bapanya dan merupakan seorang ahli falsafah terkenal pada waktu itu. Ibn Sina merupakan seorang yang bertuah kerana mempunyai seorang ayah yang amat mementingkan pendidikan agama dan juga keduniaan walaupun beliau dilahirkan dalam keluarga yang sederhana kerana bapa beliau merupakan seorang pemungut cukai. Ibnu Sina merupakan seorang yang rajin membaca buku. Beliau telah membaca buku Metafizik Aristotle sebanyak 40 kali hanya semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi. Ketokohannya memang terserlah semenjak kecil lagi. Ini kerana sewaktu berusia 17 tahun, beliau telah berjaya menyembuhkan penyakit Putera Raja Bukhara, Nooh Ibn Mansoor selepas semua pakar perubatan yang terkenal gagal dalam usaha tersebut. Raja Mansoor amat terhutang budi dan telah menawarkan hadiah yang lumayan kepadanya. Namun begitu, beliau menolak dan hanya meminta kebenaran untuk menggunakan perpustakaan Di Raja sahaja. Kemudian, beliau telah dilantik menjadi „ Doktor Di Raja‟. Semenjak itu beliau telah menjadi terkenal kerana kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama). Sewaktu berumur 20 tahun iaitu selepas kematian ayahnya, beliau telah mengembara ke Juran dan bertemu dengan Abu Raihan Al-Biruni. Pada usia 21 tahun, semasa beliau di Kawarazm, beliau telah mencipta karyanya yang pertama iaitu “Al-Majmu” yang mangandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau berhijrah pula ke Hamadan. Di Hamadan, beliau mengarang kitab al-Qanun fit Tibb untuk mengubati Raja Hamdan iaitu Shams al-Daulah. Dari Hamadan beliau menuju pula ke Ispahan (Iran) di
  • 3. mana beliau telah menyempurnakan penulisannya dalam pelbagai bidang. Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan. Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap zenith iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.Di samping menjadi zenith dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki keputusan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif. Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates. Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit. Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya. Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani. Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An- Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai Wajib al- Wujud (Pencipta) ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa- apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada Pencipta yang tidak ada permulaan. Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Pencipta sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Pencipta untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya. Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab Himah Ilahiyyah dalam fasal Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan. Pemikiran Ibnu Sina ini
  • 4. telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al- Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi. Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu al-Farabi. Beliau merancang untuk meneruskan pengembaraannya, namun terpaksa kembali semula ke Hamadan kerana faktor kesihatan yang dihadapinya yang mana akhirnya beliau meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M dan beliau telah dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tahun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai “Father of Doctor” untuk selamanya- selamanya dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Selain itu, sebagai mengenang jasa yang telah disumbangkan oleh beliau dalam ilmu perubatan, potret beliau telah digantungkan didinding Fakulti Perubatan Universiti Paris. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana “zeninth” itu dimakamkan. PENDIDIKAN Pendidikan amat penting sehingga mencari ilmu merupakan perkara yang wajib untuk setiap umat Isalm. Sejak kecil lagi Ibnu Sina telah mendapat pendidikan sehingga beliau amat mencintai ilmu. Beliau mendapat pendidikan awal di sana seawal usia 5 tahun. Ketika itu, beliau menerima pendidikan sastera dan Al-Quran. Sewaktu usianya 10 tahun, beliau telah berjaya menghafal Al-Quran dan menguasai ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya. Beliau mula belajar mengenai falsafah dengan membaca pelbagai tulisan seperti tulisan Greek, Muslim dan buku-buku lain mengenai subjek ini serta mempelajari logik dan subjek lain daripada Abu Abdallah Natili iaitu sahabat karib bapanya dan merupakan seorang ahli falsafah terkenal pada waktu itu. Beliau turut mempelajari ilmu-ilmu asas agama seperti fiqah, Tasawuf, tauhid daripada keluarganya. Beliau telah menjadi doktor ketika berumur 17 tahun setelah mendapat galakan daripada Ibnu Yahya. Hal ini disebabkan beliau telah berjaya menyembuhkan Putera Raja Bukhara, Nooh Ibn Mansoor selepas semua pakar perubatan yang terkenal gagal dalam usaha tersebut. Beliau juga mempelajari berbagai-bagai ilmu kemahiran seperti Matematik, Fizik, Sains dan Astronomi. Beliau mampu menghasilkan „mutiara‟ dalam bidang perubatan iaitu al-Qanun Fit- Tibb ketika berusia 18 tahun. SUMBANGAN Bidang Kedoktoran Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai Medicorum Principal atau Raja Diraja Doktor oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai Raja Ubat. Malahan dalam dunia Islam, beliau dianggap sebagai Zenith, puncak tertinggi
  • 5. dalam ilmu kedoktoran. Ibnu Sina menjadi Doktor Di Raja iaitu doktor kepada Sultan Nuh bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H (997 M) iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Namun begitu, Ibnu Sina telah berjaya mengubati penyakit sultan tersebut. Selain itu Ibn Sina juga merupakan seorang doktor perubatan pertama yang mencatatkan bahawa penyakit paru-paru adalah (pulmonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh berjangkit (contagious). Di samping itu beliau turut menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis (diabetes) dan masalah yang timbul darinya. Beliau amat berminat dalam bidang yang berkaitan dengan kesan akal ke atas jasad serta telah banyak menulis mengenai gangguan psikologi. Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics (psychosomatic medicine). Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidakseimbangan humor yang berkenaan. Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melaporkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai. Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah mengambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar). Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Sementara itu Canon of Medicine yang memuatkan pernyataan tegas bahawa darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti. Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (Arteri). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirikal pada keadaan yang sebenarnya. Perintis Pengenalan Penyakit Saraf Al- Qanun Fit-Tibb merupakan buku perubatan yang amat terkenal yang dikarang oleh Ibnu Sina yang telah menjadi perintis kepada penyakit saraf. Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina (Al-Qanun Fit-Tibb) ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku beliau telah dicetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali. Pada abad ke 16 M, buku ini dicetak sebanyak 21 kali. Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di kebanyakkan universiti di Perancis.
  • 6. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai Ensiklopedia Kedoktoran. Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai Bapa Kedoktoran kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri. Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenengahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa- sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas. Bidang Geografi Ibnu Sina bukan sahaja mahir dalam bidang perubatan malahan dalam bidang geografi juga. Oleh yang demikian, beliau mampu menerangkan pelbagai hal yang berkaitan dengan geografi. Ibnu Sina mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan asal- usul sungai yang datang dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan beliau mampu mengemukakan suatu hipotesis (teori) pada waktu itu yang mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina gunung-ganang asalnya memanglah tinggi, apabila ia dilalui oleh sungai-sungai menyebabkan ia berganti rupa kerana sungai-sungai yang meruntuhkan tebing-tebingnya. Akibat daripada proses seperti ini, maka terjadilah lembah-lembah. Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi Geologi merupakan kajian sains tentang asal usul, sejarah, struktur, dan komposisi bumi manakala kosmologi ialah salah satu bidang falsafah yg mengkaji asal usul, proses, dan struktur alam semesta. Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak dapat disangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia, ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu sama lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan, Bapa Kimia Muslim. AL-BIRUNI LATAR BELAKANG Al-Biruni merupakan salah seorang ahli falsafah yang serba boleh. Nama asal beliau ialah Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) di Birun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin, putera raja Parsi dan merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam.
  • 7. Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuan telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa beliau berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi kerana beliau telah mengikuti gerakan ketenteraan. Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal di dalam istana Mahmud al Ghaznawi. Setelah menyedari keilmuannya beliau telah dibebaskan dan ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan hidup dalam kebudayaan Hindu. Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan triniti dalam agama Kristian. Beliau juga telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid al Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya dalam bidang sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini. Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka- angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia. Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan beliau digelar sebagai Ustaz fil Ulum atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Chronology of Ancient Nation. Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang hidupnya, Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk. Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al- Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb, tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M. Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat. Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal. Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya. Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan dengan Ibnu Sina. Keadaan ini menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan kesarjanaannya. Sekali gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba boleh dengan sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia seluruhnya. Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang- awangan. Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan.
  • 8. Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia. Akhirnya beliau telah meninggal dunia pada usia 75 tahun pada 437H (1048M). Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri. PENDIDIKAN Al-Biruni sangat dikenali kerana kajiannya yang terdapat pelbagai bidang. Ilmu perlulah dicari kerana Allah dan berusahalah untuk mempelajarinya. Bukan mudah untuk menjadi seorang insan seperti beliau namun, perkara ini adalah tidak mustahil. Beliau mendapat pendidikan awal di ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin, putera raja Parsi dan merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam. Keluarga Abu Nasr begitu mengambil berat tentang al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir abad ke-4H (1OM) dan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa. Setelah itu beliau telah mengembara ke India untuk mencari ilmu. Oleh sebab minatnya terhadap ilmu, telah membuatkan beliau berani merantau ke Negara lain. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di sana. Dengan itu, beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani. Sebagai seorang yang dahagakan ilmu, beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang hayatnya ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan penulisan. Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan beliau digelar sebagai Ustaz fil Ulum atau guru segala ilmu. Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam dan Kristian. Seorang daripadanya ialah Abu Sahl Masihi (ahli flzik Kristian). Beliau juga berhubung rapat dengan para saudagar Kristian Syria, tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul. SUMBANGAN Bidang Astronomi Minat dan aktiviti al-Binuni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori abstrak tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi. Bidang pengajiannya yang utama ialah astronomi. Ini adalah berdasarkan pengakuannya sendiri iaitu: “Oleh kerana bidang saya adalah bidang astronomi dan sejak saya wujud di dunia ini lagi saya terkenal dengan ilmu itu dan saya tidak berniat untuk keIuar dari disipIin ilmu itu, maka saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Mas‟ud) yang dikenali sebagai nikmat, dengan menulis kanun (undang-undang) Sina‟at al-Tanjim (Seni Astronomi)” Beliau memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi. Contoh inimenunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang binatang-binatang dan kedudukannya
  • 9. sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. Ia juga sangat berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garis lintang atau bujur sesuatu bandar. Maka beliau telah menunjukkan bahawa astnonomi sangat berguna dan sesuai menurut Islam. Beliau telah mencipta pelbagai teori terutama dalam bidang astronomi. Al-Biruni telah mencipta teori alam semesta yang mana beliau menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Pada masa yang sama beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman. Beliau mendakwa bahawa, apabila sesuatu bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis Iurus dan satu bahagian ke satu bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain dalam gerakan bulatan yang rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik tetap seperti pusat bumi ketika jasad lain itu tegar. Walau bagaimanapun, kawasan persekitaran matahari menyebabkan planet bergerak dalam bentuk elips. Walaupun Qanun al-Mas‟udi tidak membincangkan asal-usul alam Semesta tetapi al- Biruni membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau menolak pandangan yang menyatakan dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai arus pertukaran bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busti yang mempunyai muka surat. Al-Biruni dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentrik dan heliosentrik. Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh dalam teori geosentrik. Selagi sesuatu teori alternatif yang sebenar belum ditemui maka wajarlah seseorang itu mempercayai dan menerima teori dan penerangan yang terdahulu. Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari dalam sebuah buku berjudul Kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syam yang berkaitan dengan teori ini. Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hari serta menulis buku mengenainya iaitu Ta‟bir al-Mizan wa Taqbir al-Azman. Bukunya yang bertajuk Tanqih al-Tawarikh membincangkan tentang tarikh. Manakala buku Tasawwur Amr al-Fajr wa al Shafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq pula membincangkan tentang terbitnya fajar. Qanun al-Mas‟udi adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan tentang siang dan malam, bulan dan tahun, bulan serta matahari, juga penerangan terperinci mengenai perbezaan takwin, maklumat tambahan mengenai kalendar orang India, mengubah takwin Sakkala kepada takwin Hijrah. Al-Biruni turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan seperti sifat fizikal matahari.Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberikan sumbangan asli.Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu Matahari. Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, sama seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang membakar.Gerakan tahunan juga merupakan kajiannya.AI-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahani bergerak mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan matahari yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit.Selain itu, Panjang tahun solar (tropika) yang mana semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati perubahan dan perbezaan pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melaporkan ada empat rumusan yang berbeza iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al- Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini tidak jauh perbezaan nya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 47 saat.
  • 10. Ketika menulis Qanun, beliau mengira titik yang tertinggi di antara Matahari dengan Bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun. Perkiraan yang telah dibuat oleh al-Biruni ini hampir sama dengan angka moden iaitu 52.2 senti. Tambahan pula, beliau turut mengkaji mengenai fajar dan senja. Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di bawah ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis buku al-Lam‟at mengenai perkara ini. Bidang Matematik Beliau amat mahir dalam bidang matemtik sehingga mampu mencipta rumus trigonometri. Beliau sempat menguasai arimetrik orang India semasa menetap di India. Al-Biruni menulis Kitab Maqalid „Ilm al-Hai‟ah fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami. Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Satu daripadanya diberi tajuk Jami‟ al-Tarq al-Sa‟irah fi Ma‟rafah Awtar al-Da‟irah yang membincangkan mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan. Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi mengembang kannya dengan cara yang sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan, menilai, mengkritik dan memberi pengolahan yang lebih baik. Karangan Qanun al-Mas‟udi yang berkaitan dengan trigonometri mengandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi-sisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda. Beliau turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu ke satuan mnenggantikan 60 darjah. Ini akan memendekkan lagi kerja-kerja pengiraan. Beliau berjaya mendahului ahli matematik yang lain dengan membuktikan rumus sinus dalam satah segi tiga iaitu: sinA = sinB = sinC a b c Banyak lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau. Beliaulah orang pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi tiga. Beliau cekap menggunakan rumus dan penentu dalaman dan yang pertama memberikan contoh mengenai kalkulus dan teorem umum. Di samping trigonometri sfera, al-Biruni turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau telah menulis beberapa buah buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya ialah Rashikat al-Hind iaitu zodiak di India, kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant, kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik dam mansubat al- Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza. Bidang Sains Al-biruni amat berkebolehan dalam bidang sains terutamanya fizik. Kajian beliau lebih tertumpu dalam bidang fizik. Oleh itu,beliau amat disanjungi kerana mahir dalam pelbagai bidang. Al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran membawa haba dari Matahari dan ia dapat menembusi air dan udara. Beliau juga mendapati senja bermula atau berakhir apabila Matahari berada di bawah kaki langit.
  • 11. Penemuan al-Biruni ini sama dengan penemuan moden. Beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang graviti. Beliau menolak pandangan Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas bumi kerana tidak ada tempat asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya. Selain itu, beliau dapat menyukat dengan betul ketumpatan bahan-bahan. Al-Biruni menggunakan suatu alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat ketumpatan. Beliau dapat menyukat air yang begitu tepat sehinggakan hasil pencubaannya itu selaras dengan nilai moden. Beliau turut memberikan sumbangan yang tulen dalam bidang hidrostatik. Beliau menerangkan fenomena tentang banjir, mata air dan pninsip-prinsip yang berkaitan. Al-Biruni menggunakan emas, raksa, zamrud dan kuartza untuk menentukan ketumpatan. Dalam bidang mekanik behiau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi. Sebagai contoh, beliau telah mengira ketumpatan besi iaitu 7.82 manakala penemuan moden pula sebanyak 7.79 yang nilai tersebut hampir-hampir sama dengan penemuan moden. Tambahan pula, beliau turut memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang mekanik. Beliau mahir dalam bidang pengetahuan tentang peralatan. Beliau telah mencipta dua alat yang istimewa. Satu daripadanya ialah pengimbang hidrostatik. Melalui alat ini beliau dapat mencari ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat ialah sejenis balai cerap yang baru, ia dinamakan al-Ustawani yang beliau gunakan untuk mengukur bintang-bintang, ketinggian menara dan bukit, dan kedalaman telaga atau sungai.Minatnya dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari tentang berat dan ukuran. Ini kenana ia berkait rapat dengan bidang kajian astronomi dan fizik. Ketumpatan sebenar 18 bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan kepakarannya dalam menyediakan berat dan ukuran yang paling tepat. Bidang Geografi, Geodesi dan Stratografi Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau mahir dalam pelbagai ilmu. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik. Al-Biruni telah memberikan sumbangan yang sangat berharga dalam bidang geografi. Antaranya beliau telah membezakan antara kuala dan teluk. Beliau menganggap semua kelompok Eurasia dan Afrika sebagai satu benua yang didapati terletak di Barat dan Timur. Ahli geografi agung ini tahu tentang banjaran gunung di India yang dikenali sebagai Himalaya. Dalam bukunya India, beliau membincangkan peranan kawasan pergunungan dalam menghasikan hujan lebat dan melindungi sebahagian daerah Kashmir. Pengetahuan al-Biruni tentang Asia sangat luas. Beliau memberitahu dengan terpeninci tentang negeri Turki, yang berkaitan dengan Sungai Augarer dan kawasan Tasik Baikal. Namun sumbangan utama beliau ialah tentang India. Beliau memberikan maklumat tentang kawasan barat laut India. Al-Biruni telah mengarang beberapa karya geografi, antaranya Tahdid Nihayat al- Amakin(Penentuan Batas Daerah). Beliau telah menghasilkan kaedah baru untuk mengukur latitud (darjah lintang) dan longitud (darjah bujur) dan membuat pengukuran sendiri untuk menetapkan lilitan bumi dan ketinggiannya serta sifat-sifat geografi bandar-bandar. Beliau telah membuat ukuran bagi mengira lilitan bumi dan mendapat anggaran sebanyak 25,000 batu. Oleh sebab al-Biruni, kita mendapat tahu bahawa pada abad ke-11, saudagar- saudagar Muslim telah sampai di pulau-pulau Lautan India berhampiran dengan Pulau Jawa.
  • 12. IBNU HAYTHAM LATAR BELAKANG Dalam kalangan cerdik pandai di Barat, Ibn Haytham dikenali dengan nama Alhazen Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen. Ibnu Haytham dilahirkan di Basrah, Iraq pada tahun 354H bersamaan dengan 965M. Beliau memulakan pendidikan awalnya di Basrah dan Baghdad (pusat ilmu pada zaman Abbasiyah) sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada bidang penulisan. Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir untuk menyambung pengajian di Universiti al-Azhar. Semasa di sana, beliau telah mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil serta menyalin buku-buku mengenai matematik dan falak setelah mendapat undangan dari pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir, iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386- 411H/996-1021M). Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah untuk memanfaatkan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun. Tujuan beliau menerima tawaran itu adalah untuk mendapatkan wang saraan dalam tempoh pengajiannya. Sebaliknya, beliau tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa yang dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang ada pada masa itu. Beliau kemudian meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang ingatan untuk melindungi dirinya dari kemurkaan sultan tersebut sehingga pada tahun 1021M yang mana Sultan Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat dan dari tarikh itulah Ibnu Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan ilmu. Setelah itu, beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada masa itu. Di sana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang optik. Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan yang penting dalam bidang pengajian sains di Barat. Malahan kajiannya mengenai perubatan mata telah menjadi asas kepada pengajian perubatan moden mengenai mata. Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan. Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop. Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan menemui pelbagai data penting mengenai cahaya. Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta baying-bayang dan gerhana. Menurut Ibnu Haytham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis 19 darjah di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari berada di garis 19 darjah ufuk barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah berjaya menghasilkan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya. Ibnu Haytham juga turut melakukan percubaan terhadap kaca yang dibakar. Oleh itu, terhasillah teori lensa pembesar. Teori itu telah digunakan oleh para saintis di Itali untuk menghasilkan kanta pembesar yang pertama di dunia. Seterusnya, Ibnu Haytham telah menemui prinsip isi padu udara sebelum seorang saintis yang bernama Trricella mengetahui perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haytham juga telah menemui kewujudan tarikan graviti sebelum Issaac Newton mengetahuinya. Selain itu, teori Ibnu Haytham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang
  • 13. bersambung-sambung secara teratur telah memberikan ilham kepada saintis barat untuk menghasilkan wayang gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat kita tontoni pada masa kini. Selain sains, Ibnu Haytham juga banyak menulis mengenai falsafah, logik, metafizik, dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Beliau turut menulis ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya sarjana terdahulu. Penulisan falsafahnya banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi pertikaian. Padanya pertikaian dan pertelingkahan mengenai sesuatu perkara berpunca daripada pendekatan yang digunakan dalam mengenalinya. Beliau juga berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu. Oleh itu, semua dakwaan kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan yang sedia ada. Jadi, pandangannya mengenai falsafah amat menarik untuk diikuti. Bagi Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik, sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu menggunakan waktu mudanya dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat, kekuatan fizikal dan mental akan turut mengalami kemerosotan. Ibnu Haitham membuktikan pandangannya apabila beliau begitu ghairah mencari dan mendalami ilmu pengetahuan pada usia mudanya. Sehingga kini beliau berjaya menghasilkan banyak buku dan majalah. Sumbangan Ibnu Haytham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Oleh itu, Ibnu Haytham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini. Walaubagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah dicuri dan diceduk oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani. PENDIDIKAN Pendidikan awal di Malaysia telah bermula sejak di rumah lagi. Pendidikan ini diterapkan oleh ahli keluarga seperti bersopan-santun,adab-adab dan sebagainya. Begitu juga Ibnu Haytham telah dididik sejak kecil lagi. Pendidikan awal beliau ialah di bandar Basrah dan Baghdad (pusat ilmu pada zaman Abbasiyah). Beliau turut menerima ilmu dari ahli keluarga. Setelah itu, beliau melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan di Ahwaz. Keintelektualan Ibnu Haytham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar kerana kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah, mantik dan lain-lain lagi. Beliau telah mengabdikan diri di Universiti al-Azhar dalam bidang saintifik. Sebelum berhijrah ke Andalusia (Sepanyol), beliau mempelajari optik sehigga terkenal dalam bidang tersebut. Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah berhubung dengan bidang optik. Beliau kembali ke Kaherah (Mesir) sebagai ahli matematik sehingga ke akhir hayatnya.
  • 14. SUMBANGAN Bidang Falsafah Menurut kamus dewan, falsafah merupakan pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab- sebab (asas-asas, hukum dan lain-lain) kewujudan sesuatu ataupun tentang kebenaran dan erti wujudnya sesuatu. Tidak hairanlah Ibnu Haytham telah memberi sumbangan dalam bidang ini kerana beliau amat berminat dalam pengkajian. Ibnu Haytham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo. Dikalangannya adalah sahabat beliau sendiri iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haytham mendahului Kant lebih tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya datang daripada beliau iaitu untuk mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat yang berunsur kepada kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal rasional. Bidang Astronomi Astronomi melibatkan ilmu tentang bintang-bintang, planet, bulan dan matahari. Bidang ini amat menarik kerana kajiannya mengenai angkasa lepas. Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit abstrak menjadi benda-benda padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan planet-plenet, tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik. Pendapatnya banyak mempengaruhi dunia pemikiran Barat pada zaman Johannes Kepler. Tiga abad kemudian karya ini ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin at-Tusi. Bidang Fizik Dalam bidang fizik Ibnu Haytham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa beliau menemui prinsip inersia dan statik. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optic sebagai satu sains baru. Pelbagai teori mengenai optik telah dicipta dan di antaranya ialah teori hukum pembiasan. Selama di Sepanyol, Ibnu Haytham melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah berhubung dengan bidang optik. Penemuannya yang terkenal ialah hukum pembiasan, iaitu hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan sudut masuk. Menurut pengamatan Ibnu Haytham, beliau berpendapat bahawa cahaya merah di kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di bawah kaki langit. Sementara cahaya warna merah di kaki langit di waktu senja (syuruk) akan hilang apabila matahari berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam fizik moden, hukum ini dikenali dengan nama hukum pembiasan Snell yang bersempena nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen Snell. Selain itu, beliau telah mencipta teori penglihatan. Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat membuat eksperimen yang teliti, Ibnu Haytham telah meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. Beliau telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej serta banyak lagi fenomena optik yang penting. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham, bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata manusia.
  • 15. Tambahan pula, beliau turut mencipta teori biasan cahaya. Kajian ini amat unik kerana beliau telah menggunakan segi empat hala tuju pada permukaan biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat. Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat). Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo da Vinci, dan Johannes Kepler. Ibnu Haytham telan menggunakan mesin larik untuk membuat cermin kanta cekung dan kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang cermin sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji aberasi sfera dan memehami bahawa dalam cermin parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik. Karya –karya Agung Ibnu Haytham Ibnu Haytham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku, namun hanya sedikit yang terselamat. Di antaranya ialah Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al- Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi. Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat dikuasainya dan hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah. Ibnu Haytham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur. Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah tersebar dengan meluas di Eropah sejak tahun 1907M. Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu Haytham yang teragung tentang bidang kajian optik dan buku tersebut pernah menjadi rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya. Karya ini diterjemahkan oleh Witelo pada tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F. Risner pada tahun 1572M dengan namaThesaurus Opticae. PENUTUP Pencapaian pada hari ini adalah disebabkan penemuan terdahulu. Ibnu Sina, Al-Biruni dan Ibnu Haytham telah menjadi perintis dengan pelbagai penemuan. Sumbangan dalam bidang perubatan banyak daripada Ibnu Sina yang telah banyak menjumpai penemuan baru dalam penyelidikan beliau. Al-Biruni pula banyak menyumbangkan idea beliau dalam bidang fizik seperti penciptaan jam yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Manakala Ibnu Haytham telah mengkaji mengenai optik sehinggakan idea beliau telah disalin dan dicuri. Mereka telah banyak berjasa khususnya pada dunia hari ini. Tanpa mereka penciptaan baru tidak dapat dihasilkan. Mereka merupakan tokoh yang mahsyur dan amat dikenali ramai. Oleh itu, kita perlulah mengenang jasa mereka dan menjadikan mereka sebagai idola yang memang patut dicontohi.
  • 16. RUJUKAN 1. Fadzlullah Shuib, 2010. Modul Pengajaran Kursus: Sains dan Teknologi Islam. UITM Negeri Sembilan. 2. Zalti Bt Deraman dan Rohana Bt Awang, 2003. Siri Ensklopedia Remaja Islam. Kelantan: Sabunai Media Sdn. Bhd. 3. Zainal Abidin, 2003. Perubatan Islam dan bukti Sains Moden. Bentong, Pahang Darul Makmur. 4. http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/sina.htm 5. http://norsalim.net/kembara/?p=40 6. http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id3.html 7. http://tokohislam2u.tripod.com/id7.html 8. http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id15.html 9. http://rumahislam.com/tokoh/3-ilmuwan/70-ibnu-haitham.html