SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 5
Hujah-hujah pencadang kedua
Terima kasih saudara/saudari Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif
lagi bijaksana, penjaga masa yang taat setia, pihak pembangkang yang disegani
tetapi tidak ditakuti serta hadirin dan hadirat sekalian. Salam sejahtera dan
salam satu Malaysia.
Berdirinya saya sebagai pencadang yang kedua adalah sebagai penyambung
bicara kami dalam usaha menyokong dan terus menyokong tajuk pendebatan
kita pada pagi ini iaitu Kemajuan sains dan teknologi lebih banyak
mendatangkan masalah daripada menyelesaikan masalah.
Dari runtuhnya kota Melaka,
Bersama dirikan Puterajaya,
Hujah palsu bohong belaka
Akan ditangkis seberapa daya,

Bidasan saya yang pertama

   1. Pihak pembangkang ada mengatakan bahawa_______________________
      ___________________________________________________________
      Tetapi sedarkah/Walau bagaimanapun____________________________
      ___________________________________________________________
   2. Bidasan saya yang kedua, pihak pembangkang kedua juga mengatakan
      ___________________________________________________________
      ___________________________________________________________
   3. Bidasan saya yang ketiga_______________________________________
      ___________________________________________________________
Setelah bidasan saya utarakan, muncul kini hujah saya yang pertama
di bawah lembayung kata,” pengklonan mendatangkan masalah dan melanggar fitrah
kehidupan manusia

Isu pengklonan pembiakan haiwan telah mula timbul dan diperkatakan oleh masyarakat dunia
ekoran isu pengklonan haiwan biri-biri bernama Dolly yang dilakukan oleh Dr. Dr. Ian
Wilmut, saintis di Institut Roslin di Edinburgh, Britain.Seterusnya pengklonan seorang bayi
perempuan bernama Eve pada 26 Disember 2002 yang diklon daripada ibunya seorang warga
Amerika Syarikat terus menarik masyarakat di seluruh dunia.Walau bagimanapun, langit
tidak selalu cerah kerana isu pengklonan adalah suatu masalah.
Hadirin sekalian,
         Terdapat pelbagai implikasi yang akan timbul ekoran daripada pengklonan manusia
yang meliputi pelbagai aspek. Dengan mengambil pandangan Dr. Nasir Farid Wasil, Mufti
Mesir, beliau menyenaraikan 6 aspek dan implikasi berkaitan pengklonan.
    1. Dari segi nafkah, siapakah yang bertanggungjawab memberikan nafkah kepada anak
        tersebut. Ini kerana anak yang diklon bukanlah dilahirkan dari perkahwinan yang sah.
    2. Dari segi saintifik, status anak yang dilahirkan hasil daripada kaedah pengklonan
        sebenarnya bukanlah „anak‟ kepada pemberi nukleus terbabit.
    3. Dari segi perwalian nikah, keadaan ini akan menimbulkan masalah ketika anak
        tersebut akan berkahwin
4. Dari segi nasab anak klon juga akan menghadapi masalah yang sama kerana dia
      tidak dapat diangkat untuk dijadikan anak sendiri
   5. Dari segi pusaka, anak klon akan menghadapi masalah untuk mendapat harta pusaka
      kerana dia tidak mempunyai hubungan darah dan kerabat yang sebenarnya.
   6. Dari segi kemasyarakatan, pengklonan manusia akan mendatangkan masalah kerana
      ia mengganggu sistem keturunan dan kesucian sistem kekeluargaan.

Konklusinya, kemajuan sains dan teknologi dalam pengklonan manusia ini memang
mendatangkan pelbagai masalah termasuklah dari segi hukum-hakam, kesihatan,
kemasyarakatan dan perundangan dan yang paling penting aspek aqidah dan syariah.
Hujah Pencadang Ketiga,
Pengukuhan Hujah yang pertama Penggunaan Nuklear Mengundang Masalah Kepada
Manusia Sejagat.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Pada hari ini,
Malaysia berharap Korea Utara kembali ke meja rundingan dan menghentikan ujian nuklearnya bagi
menjaga kestabilan dan keselamatan rantau Asia Timur.

Bernama- Menteri Luar, Datuk Seri Abdul Hamid Albar berharap Korea Utara kembali ke meja
rundingan bagi menghentikan ujian nuklearnya kerana keadaan ini akan mendatangkan lebih banyak
masalah.
 Utusan Malaysia bertarikh 9 April –Seoul, Korea Utara dipercayai sedang menggali sebuah
terowong baru bawah tanah sebagai persiapan untuk menjalankan ujian nuklear ketiga.
PYONGYANG: Korea Utara berjaya mengadakan ujian letupan nuklear bawah tanah pagi semalam,
menyebabkan gempa bumi buatan berukuran 4.7 pada skala Richter
Masih ingatkah lagiakan          peristiwaPengeboman atomke atas Bandar Hiroshima dan
Nagasakisewaktu Perang Dunia Kedua suatu ketika dahulu? Kejadian merupakan serangan nuklear
yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan PresidenHarry S.
Truman sewaktu Perang Dunia II. Pada 6 Ogos1945, senjata nuklear "Little Boy" dijatuhkan di
bandaraya Hiroshima, diikuti pada 9 Ogos1945 oleh pengguguran bom nuklear "Fat Man" di
Nagasaki. Cuma inilah penggunaan senjata nuklear dalam peperangan dalam sejarah.

Akibat pengeboman di Hiroshima telah membunuh kira-kira 70,000 orang manusia yang tidak
berdosa akibat kesan serta-merta peletupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban meningkat
menjelang akhir tahun 1945 diberi dari 90,000 hingga 140,000, akibat terbakar, penyinaran, dan
penyakit yang menyusul, diburukkan oleh kesuntukan sumber perubatan.[Sesetengah anggaran
mencatat sebanyak 200,000 orang mati menjelang tahun 1950, akibat penyakit barah dan kesan
jangka panjang yang lain.
Di Nagasaki pula bilangan yang terkorban serta-merta dianggarkan dari 40,000 hingga 75,000
orang.Di kedua-dua bandaraya, kebanyakan besar kematian merupakan rakyat biasa yang menjadi
mangsa akibat masalah yang ditimbulkan oleh pihak yang berkuasa.


Pada jam 8.15 pagi, 6 Ogos 1994, bom atom pertama di dunia meletup dengan sinaran cahaya
yang paling hebat di atas bangunan Dewan Galakan Industri. Ledakan itu dengan serta-merta
merubah      bandar     Hiroshima    menjadi    padang      jarak    padang     tekukur.
Kesan letupan bom itu secara mendatar, 550 meter di atas kubahnya tidak memusnahkan
terus bangunan itu.Rangkanya kini menjadi saksi tunggal hingga ke hari ini terhadap
malapetaka                                                                           itu.

KIRA-KIRA 137,000 orang dilaporkan terkorban di Jepun pagi tadi.Peristiwa yang berlaku
lebih 40 tahun lalu di Hiroshima itu tidak mudah dilupakan begitu sahaja. Kejayaan
penyelidikan tiga tahun The Manhattan Project di Los Alamos, Amerika Syarikat,
meninggalkan            catatan          hitam           yang              memilukan.

Bencana nuklear yang pertama di muka bumi ini pada jam 8.15 pagi hari ini, 44 tahun yang
lalu, sukar untuk dilupakan.Kepada segolongan manusia, ledakan bom akibat tindak balas
bahan utama satu kilogram uranium 235, adalah mimpi yang menakutkan dan tidak
munasabah. Bagi yang lain, malapetaka daripada bom yang digelar Little Boy seberat 4,100
kilogram        itu       adalah      suatu       impian        yang         diharapkan.
Tiga hari kemudian, bandar Nagasaki pula menjadi `padang jarak padang tekukur', dengan
78,000 orang dilaporkan terkorban akibat tindak balas bahan plutonium 239 yang dimuatkan
dalam                          Fat                         Man.
Daripada dua peristiwa ini, tidak boleh dinafikan bahawa kuasa nuklear adalah ancaman
terbesar kepada kewujudan manusia di muka bumi serta mampu manjadi faktor yang
mendatangkan masalah keamanan dunia. Sebaliknya, teknologi ini penting dan mempunyai
nilai    yang    tinggi,   dengan     faedah     besar    bagi    ekonomi     perusahaan.
Dalam pada itu, pelbagai reaksi akan wujud apabila perkataan nuklear disebut. Walupun ia
telah mengalami pelbagai peristiwa menarik sejak lebih 40 tahun lalu, agak menghairankan
mengapa ramai yang masih takut dengan kematian yang disebabkan olehnya, sedangkan
mekatian berlaku di mana-mana. Lombong arang batu pernah membunuh beratus-ratus
pekerja manakala kemalangan jalanraya meragut beribu-ribu nyawa setiap tahun.
Dapatkah kita mengetepikan sahaja kuasa nuklear sebagai sumber alternatif tenaga?
Haruskah kita terus membakar bahan api daripada fosil seperti arang batu, gas dan minyak?
Perlu disedari bahawa bekalan minyak di bumi ini tidak akan kekal selamanya. Bagi arang
batu, ia menyebabkan pencemaran udara, memendekkan nyawa dan mewujudkan hujan asid.

Walaupun wajar kita meragui nuklear adalah satu sumber tenaga yang amat merbahaya,
tetapi perlu disedari bahawa bahaya itu wujud sebagai satu kemungkinan.Mungkin
sebahagiannya kerana ketakutan mengenai perang nuklear.Secara tidak langsung, kegunaan
nuklear secara aman ditafsirkan sebagai satu punca bahaya yang amat membimbangkan.

Mengenai bantahan yang banyak dikemukakan, terutama daripada pertubuhan alam sekitar,
ketakutan dan tunjuk perasaan yang diadakan nampaknya lebih tertumpu kepada stesen
janaelektrik berkuasa nuklear dan bukannya kemusnahan menyeluruh yang adisebabkan oleh
nuklear.Harus disedari bahawa stesen janaelektrik tidak boleh meletup seperti sebutir bom.

Yang perlu diragui ialah alat dan kelengkapan kuasa nuklear untuk tujuan pemusnahan dan
dilonggokkan dengan banyaknya oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Soviet
Union. Jika perang nuklear meletus, tiada stesen janaelektrik yang akan meletup, sebaliknya
bumi ini! Jumlah penuh senjata yang telah dihasilkan kini beribu kali ganda daripada
kekuatan bom atom yang meledak di Hiroshima dan Nagasaki.Buat sementara, kita masih
boleh hidup dengan aman selagi negara yang saling mencurigai itu belum membuat
kesilapan.

Dalam pada itu, sikap pemimpin dunia mengenai senjata nuklear amat menyedihkan sejak
kebelakangan ini.Selain pergeseran antara kuasa besar (walaupun beberapa persetujuan
perlucutan senjata dicapai dan belum terlaksana), negara dunia ketiga sebaliknya tidak mahu
ketinggalan untuk membuat senjata nuklear.Dalam masa mereka berusaha mencapai impian,
sebahagian besar rakyat terpaksa menghadapi kemiskinan dan kelaparan.Contohnya ialah
India                                     dan                                      Pakistan.

Inikah layanan kerajaan dan pemimpin negara untuk rakyat yang memerlukan
pembelaan?Walaupun menghadapi masalah kewangan, kedua-dua negara berlumba
menghasilkan peluru berpandu buatan sendiri dengan keupayaan membawa bahan pemusnah
berkuasa nuklear. Rakyat yang malang di kedua-dua negara itu makin terdedah kepada
bahaya              yang               sengaja              diwujudkan.

Seperti kuasa dan bahan api yang lain, kuasa nuklear juga mempunyai bahaya dan risiko.
Bagaimanapun, semuanya telah sengaja diperbesarkan sehingga menenggelamkan
kemampuan                                      dan                                   manafaatnya.


Namun begitu, internet juga dapat menimbulkan implikasi negatif jika disalahgunakan oleh individu
atau
pihak – pihak tertentu. Internet digunakan sebagai medium penyebaran dakyah jahat. Terdapat juga
laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia
„Trench Coat‟.
Internet bagaikan pisau tajam.Pisau dapat mengukir sesuatu yang indah, dan juga dapat membunuh.
Inilah pancaran kesannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyalurkan maklumat yang
berunsur pornografi, propaganda, ajaran sesat, dan sebagainya melalui Internet. Sukar bagi kita
menghalang, menyaring, dan menyekat penggunaan dan pengaliran bahan negatif daripada meresapi
minda kita. Hal ini memang membimb angkan kita. Pemuda pemudi kita mungkin terdedah kepada
nilai
yang bercanggah dengan nilai murni kita. Akibatnya, keruntuhan sosial mungkin berlaku. Internet
menjajakan seks dan menyebarkan fitnah serta menjadi lebuh raya sampah dan jaringan lucah
berkelasdunia.
Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Orang yang mahir dalam komputer dapat
menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di Internet.
Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasu ki sistem komputer itu. Mereka
akan
mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar
atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu
melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem komputer. Terdapat pula pihak -pihak yang
menganjurkan
“skim cepat kaya” di internet untuk menipu orang. Mereka mempelawai pengguna Internet menyertai
skim itu dengan membayar yuran penyertaan. Sebenarnya, skim sedemikian tidak selamat dan o rang
yang menyertai skim tersebut kehilangan yuran penyertaan mereka. Sudah ada banyak kes penipuan
dan
jenayah komputer dilaporkan dalam akhbar. Hal ini menunjukkan Internet amat berbahaya jika
disalahgunakan.
Ketagihan Internet juga akan mengubah hidup dan peribadi seseorang. Kita tidak perlu berganjak dari
kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Orang yang dilanda “demam” Internet mungkin
melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja. Ibu
bapa
mengabaikan anak-anaknya. Manusia mungkin memencilkan diri semata -mata hendak menyelami
maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan
tebing,
akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau dalam belukar, melepas kan pucuk masing-
masing.
Oleh rtu, Internet merenggangkan hubungan sesama manusia.
Bahaya sungguh jika kita menyalahgunakan internet ini.

Más contenido relacionado

Similar a Hujah

Introduction to Public Health: Clean Environment (Schneider M.J., 2006)
Introduction to Public Health: Clean Environment (Schneider M.J., 2006)Introduction to Public Health: Clean Environment (Schneider M.J., 2006)
Introduction to Public Health: Clean Environment (Schneider M.J., 2006)Indah Maya Safitri
 
BUKU : INDONESIA EMERGENSI - 3 SUMBU MEGA ANCAMAN (EARLY WARNING THREATENING...
BUKU :  INDONESIA EMERGENSI - 3 SUMBU MEGA ANCAMAN (EARLY WARNING THREATENING...BUKU :  INDONESIA EMERGENSI - 3 SUMBU MEGA ANCAMAN (EARLY WARNING THREATENING...
BUKU : INDONESIA EMERGENSI - 3 SUMBU MEGA ANCAMAN (EARLY WARNING THREATENING...Asean Damai
 
perkembangan teknologi
perkembangan teknologiperkembangan teknologi
perkembangan teknologiDilaytuzzahrok
 
Makalah Luka Bakar (combustio)
Makalah Luka Bakar (combustio)Makalah Luka Bakar (combustio)
Makalah Luka Bakar (combustio)HeravFebrianto
 
Dampak negatif nuklir
Dampak negatif nuklirDampak negatif nuklir
Dampak negatif nuklirAzka Fauzian
 
adoc.pub_tantangan-dan-masa-depan-ilmu.pdf
adoc.pub_tantangan-dan-masa-depan-ilmu.pdfadoc.pub_tantangan-dan-masa-depan-ilmu.pdf
adoc.pub_tantangan-dan-masa-depan-ilmu.pdfAhmadAfandi75
 
Indonesia Terjangkit Phobia Nuklir?
Indonesia Terjangkit Phobia Nuklir?Indonesia Terjangkit Phobia Nuklir?
Indonesia Terjangkit Phobia Nuklir?Gilang Prabowo
 
17682785 makalah-pencemaran-lingkungan-hidup-bidang-industri
17682785 makalah-pencemaran-lingkungan-hidup-bidang-industri17682785 makalah-pencemaran-lingkungan-hidup-bidang-industri
17682785 makalah-pencemaran-lingkungan-hidup-bidang-industriIndriati Dewi
 
Makalah pemanasan global
Makalah pemanasan globalMakalah pemanasan global
Makalah pemanasan globalWaidatin Azizah
 

Similar a Hujah (14)

Ski 2 2
Ski 2 2Ski 2 2
Ski 2 2
 
07 krisis nuklir
07 krisis nuklir07 krisis nuklir
07 krisis nuklir
 
Introduction to Public Health: Clean Environment (Schneider M.J., 2006)
Introduction to Public Health: Clean Environment (Schneider M.J., 2006)Introduction to Public Health: Clean Environment (Schneider M.J., 2006)
Introduction to Public Health: Clean Environment (Schneider M.J., 2006)
 
BUKU : INDONESIA EMERGENSI - 3 SUMBU MEGA ANCAMAN (EARLY WARNING THREATENING...
BUKU :  INDONESIA EMERGENSI - 3 SUMBU MEGA ANCAMAN (EARLY WARNING THREATENING...BUKU :  INDONESIA EMERGENSI - 3 SUMBU MEGA ANCAMAN (EARLY WARNING THREATENING...
BUKU : INDONESIA EMERGENSI - 3 SUMBU MEGA ANCAMAN (EARLY WARNING THREATENING...
 
perkembangan teknologi
perkembangan teknologiperkembangan teknologi
perkembangan teknologi
 
Tik
Tik Tik
Tik
 
Makalah Luka Bakar (combustio)
Makalah Luka Bakar (combustio)Makalah Luka Bakar (combustio)
Makalah Luka Bakar (combustio)
 
Dampak negatif nuklir
Dampak negatif nuklirDampak negatif nuklir
Dampak negatif nuklir
 
adoc.pub_tantangan-dan-masa-depan-ilmu.pdf
adoc.pub_tantangan-dan-masa-depan-ilmu.pdfadoc.pub_tantangan-dan-masa-depan-ilmu.pdf
adoc.pub_tantangan-dan-masa-depan-ilmu.pdf
 
Indonesia Terjangkit Phobia Nuklir?
Indonesia Terjangkit Phobia Nuklir?Indonesia Terjangkit Phobia Nuklir?
Indonesia Terjangkit Phobia Nuklir?
 
Teknologi nano
Teknologi nanoTeknologi nano
Teknologi nano
 
17682785 makalah-pencemaran-lingkungan-hidup-bidang-industri
17682785 makalah-pencemaran-lingkungan-hidup-bidang-industri17682785 makalah-pencemaran-lingkungan-hidup-bidang-industri
17682785 makalah-pencemaran-lingkungan-hidup-bidang-industri
 
Bab i (baru)
Bab i (baru)Bab i (baru)
Bab i (baru)
 
Makalah pemanasan global
Makalah pemanasan globalMakalah pemanasan global
Makalah pemanasan global
 

Hujah

  • 1. Hujah-hujah pencadang kedua Terima kasih saudara/saudari Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang taat setia, pihak pembangkang yang disegani tetapi tidak ditakuti serta hadirin dan hadirat sekalian. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Berdirinya saya sebagai pencadang yang kedua adalah sebagai penyambung bicara kami dalam usaha menyokong dan terus menyokong tajuk pendebatan kita pada pagi ini iaitu Kemajuan sains dan teknologi lebih banyak mendatangkan masalah daripada menyelesaikan masalah. Dari runtuhnya kota Melaka, Bersama dirikan Puterajaya, Hujah palsu bohong belaka Akan ditangkis seberapa daya, Bidasan saya yang pertama 1. Pihak pembangkang ada mengatakan bahawa_______________________ ___________________________________________________________ Tetapi sedarkah/Walau bagaimanapun____________________________ ___________________________________________________________ 2. Bidasan saya yang kedua, pihak pembangkang kedua juga mengatakan ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ 3. Bidasan saya yang ketiga_______________________________________ ___________________________________________________________ Setelah bidasan saya utarakan, muncul kini hujah saya yang pertama di bawah lembayung kata,” pengklonan mendatangkan masalah dan melanggar fitrah kehidupan manusia Isu pengklonan pembiakan haiwan telah mula timbul dan diperkatakan oleh masyarakat dunia ekoran isu pengklonan haiwan biri-biri bernama Dolly yang dilakukan oleh Dr. Dr. Ian Wilmut, saintis di Institut Roslin di Edinburgh, Britain.Seterusnya pengklonan seorang bayi perempuan bernama Eve pada 26 Disember 2002 yang diklon daripada ibunya seorang warga Amerika Syarikat terus menarik masyarakat di seluruh dunia.Walau bagimanapun, langit tidak selalu cerah kerana isu pengklonan adalah suatu masalah. Hadirin sekalian, Terdapat pelbagai implikasi yang akan timbul ekoran daripada pengklonan manusia yang meliputi pelbagai aspek. Dengan mengambil pandangan Dr. Nasir Farid Wasil, Mufti Mesir, beliau menyenaraikan 6 aspek dan implikasi berkaitan pengklonan. 1. Dari segi nafkah, siapakah yang bertanggungjawab memberikan nafkah kepada anak tersebut. Ini kerana anak yang diklon bukanlah dilahirkan dari perkahwinan yang sah. 2. Dari segi saintifik, status anak yang dilahirkan hasil daripada kaedah pengklonan sebenarnya bukanlah „anak‟ kepada pemberi nukleus terbabit. 3. Dari segi perwalian nikah, keadaan ini akan menimbulkan masalah ketika anak tersebut akan berkahwin
  • 2. 4. Dari segi nasab anak klon juga akan menghadapi masalah yang sama kerana dia tidak dapat diangkat untuk dijadikan anak sendiri 5. Dari segi pusaka, anak klon akan menghadapi masalah untuk mendapat harta pusaka kerana dia tidak mempunyai hubungan darah dan kerabat yang sebenarnya. 6. Dari segi kemasyarakatan, pengklonan manusia akan mendatangkan masalah kerana ia mengganggu sistem keturunan dan kesucian sistem kekeluargaan. Konklusinya, kemajuan sains dan teknologi dalam pengklonan manusia ini memang mendatangkan pelbagai masalah termasuklah dari segi hukum-hakam, kesihatan, kemasyarakatan dan perundangan dan yang paling penting aspek aqidah dan syariah.
  • 3. Hujah Pencadang Ketiga, Pengukuhan Hujah yang pertama Penggunaan Nuklear Mengundang Masalah Kepada Manusia Sejagat. Hadirin dan hadirat sekalian, Pada hari ini, Malaysia berharap Korea Utara kembali ke meja rundingan dan menghentikan ujian nuklearnya bagi menjaga kestabilan dan keselamatan rantau Asia Timur. Bernama- Menteri Luar, Datuk Seri Abdul Hamid Albar berharap Korea Utara kembali ke meja rundingan bagi menghentikan ujian nuklearnya kerana keadaan ini akan mendatangkan lebih banyak masalah. Utusan Malaysia bertarikh 9 April –Seoul, Korea Utara dipercayai sedang menggali sebuah terowong baru bawah tanah sebagai persiapan untuk menjalankan ujian nuklear ketiga. PYONGYANG: Korea Utara berjaya mengadakan ujian letupan nuklear bawah tanah pagi semalam, menyebabkan gempa bumi buatan berukuran 4.7 pada skala Richter Masih ingatkah lagiakan peristiwaPengeboman atomke atas Bandar Hiroshima dan Nagasakisewaktu Perang Dunia Kedua suatu ketika dahulu? Kejadian merupakan serangan nuklear yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan PresidenHarry S. Truman sewaktu Perang Dunia II. Pada 6 Ogos1945, senjata nuklear "Little Boy" dijatuhkan di bandaraya Hiroshima, diikuti pada 9 Ogos1945 oleh pengguguran bom nuklear "Fat Man" di Nagasaki. Cuma inilah penggunaan senjata nuklear dalam peperangan dalam sejarah. Akibat pengeboman di Hiroshima telah membunuh kira-kira 70,000 orang manusia yang tidak berdosa akibat kesan serta-merta peletupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban meningkat menjelang akhir tahun 1945 diberi dari 90,000 hingga 140,000, akibat terbakar, penyinaran, dan penyakit yang menyusul, diburukkan oleh kesuntukan sumber perubatan.[Sesetengah anggaran mencatat sebanyak 200,000 orang mati menjelang tahun 1950, akibat penyakit barah dan kesan jangka panjang yang lain. Di Nagasaki pula bilangan yang terkorban serta-merta dianggarkan dari 40,000 hingga 75,000 orang.Di kedua-dua bandaraya, kebanyakan besar kematian merupakan rakyat biasa yang menjadi mangsa akibat masalah yang ditimbulkan oleh pihak yang berkuasa. Pada jam 8.15 pagi, 6 Ogos 1994, bom atom pertama di dunia meletup dengan sinaran cahaya yang paling hebat di atas bangunan Dewan Galakan Industri. Ledakan itu dengan serta-merta merubah bandar Hiroshima menjadi padang jarak padang tekukur. Kesan letupan bom itu secara mendatar, 550 meter di atas kubahnya tidak memusnahkan terus bangunan itu.Rangkanya kini menjadi saksi tunggal hingga ke hari ini terhadap malapetaka itu. KIRA-KIRA 137,000 orang dilaporkan terkorban di Jepun pagi tadi.Peristiwa yang berlaku lebih 40 tahun lalu di Hiroshima itu tidak mudah dilupakan begitu sahaja. Kejayaan penyelidikan tiga tahun The Manhattan Project di Los Alamos, Amerika Syarikat, meninggalkan catatan hitam yang memilukan. Bencana nuklear yang pertama di muka bumi ini pada jam 8.15 pagi hari ini, 44 tahun yang lalu, sukar untuk dilupakan.Kepada segolongan manusia, ledakan bom akibat tindak balas bahan utama satu kilogram uranium 235, adalah mimpi yang menakutkan dan tidak munasabah. Bagi yang lain, malapetaka daripada bom yang digelar Little Boy seberat 4,100 kilogram itu adalah suatu impian yang diharapkan.
  • 4. Tiga hari kemudian, bandar Nagasaki pula menjadi `padang jarak padang tekukur', dengan 78,000 orang dilaporkan terkorban akibat tindak balas bahan plutonium 239 yang dimuatkan dalam Fat Man. Daripada dua peristiwa ini, tidak boleh dinafikan bahawa kuasa nuklear adalah ancaman terbesar kepada kewujudan manusia di muka bumi serta mampu manjadi faktor yang mendatangkan masalah keamanan dunia. Sebaliknya, teknologi ini penting dan mempunyai nilai yang tinggi, dengan faedah besar bagi ekonomi perusahaan. Dalam pada itu, pelbagai reaksi akan wujud apabila perkataan nuklear disebut. Walupun ia telah mengalami pelbagai peristiwa menarik sejak lebih 40 tahun lalu, agak menghairankan mengapa ramai yang masih takut dengan kematian yang disebabkan olehnya, sedangkan mekatian berlaku di mana-mana. Lombong arang batu pernah membunuh beratus-ratus pekerja manakala kemalangan jalanraya meragut beribu-ribu nyawa setiap tahun. Dapatkah kita mengetepikan sahaja kuasa nuklear sebagai sumber alternatif tenaga? Haruskah kita terus membakar bahan api daripada fosil seperti arang batu, gas dan minyak? Perlu disedari bahawa bekalan minyak di bumi ini tidak akan kekal selamanya. Bagi arang batu, ia menyebabkan pencemaran udara, memendekkan nyawa dan mewujudkan hujan asid. Walaupun wajar kita meragui nuklear adalah satu sumber tenaga yang amat merbahaya, tetapi perlu disedari bahawa bahaya itu wujud sebagai satu kemungkinan.Mungkin sebahagiannya kerana ketakutan mengenai perang nuklear.Secara tidak langsung, kegunaan nuklear secara aman ditafsirkan sebagai satu punca bahaya yang amat membimbangkan. Mengenai bantahan yang banyak dikemukakan, terutama daripada pertubuhan alam sekitar, ketakutan dan tunjuk perasaan yang diadakan nampaknya lebih tertumpu kepada stesen janaelektrik berkuasa nuklear dan bukannya kemusnahan menyeluruh yang adisebabkan oleh nuklear.Harus disedari bahawa stesen janaelektrik tidak boleh meletup seperti sebutir bom. Yang perlu diragui ialah alat dan kelengkapan kuasa nuklear untuk tujuan pemusnahan dan dilonggokkan dengan banyaknya oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Soviet Union. Jika perang nuklear meletus, tiada stesen janaelektrik yang akan meletup, sebaliknya bumi ini! Jumlah penuh senjata yang telah dihasilkan kini beribu kali ganda daripada kekuatan bom atom yang meledak di Hiroshima dan Nagasaki.Buat sementara, kita masih boleh hidup dengan aman selagi negara yang saling mencurigai itu belum membuat kesilapan. Dalam pada itu, sikap pemimpin dunia mengenai senjata nuklear amat menyedihkan sejak kebelakangan ini.Selain pergeseran antara kuasa besar (walaupun beberapa persetujuan perlucutan senjata dicapai dan belum terlaksana), negara dunia ketiga sebaliknya tidak mahu ketinggalan untuk membuat senjata nuklear.Dalam masa mereka berusaha mencapai impian, sebahagian besar rakyat terpaksa menghadapi kemiskinan dan kelaparan.Contohnya ialah India dan Pakistan. Inikah layanan kerajaan dan pemimpin negara untuk rakyat yang memerlukan pembelaan?Walaupun menghadapi masalah kewangan, kedua-dua negara berlumba menghasilkan peluru berpandu buatan sendiri dengan keupayaan membawa bahan pemusnah berkuasa nuklear. Rakyat yang malang di kedua-dua negara itu makin terdedah kepada bahaya yang sengaja diwujudkan. Seperti kuasa dan bahan api yang lain, kuasa nuklear juga mempunyai bahaya dan risiko. Bagaimanapun, semuanya telah sengaja diperbesarkan sehingga menenggelamkan
  • 5. kemampuan dan manafaatnya. Namun begitu, internet juga dapat menimbulkan implikasi negatif jika disalahgunakan oleh individu atau pihak – pihak tertentu. Internet digunakan sebagai medium penyebaran dakyah jahat. Terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia „Trench Coat‟. Internet bagaikan pisau tajam.Pisau dapat mengukir sesuatu yang indah, dan juga dapat membunuh. Inilah pancaran kesannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyalurkan maklumat yang berunsur pornografi, propaganda, ajaran sesat, dan sebagainya melalui Internet. Sukar bagi kita menghalang, menyaring, dan menyekat penggunaan dan pengaliran bahan negatif daripada meresapi minda kita. Hal ini memang membimb angkan kita. Pemuda pemudi kita mungkin terdedah kepada nilai yang bercanggah dengan nilai murni kita. Akibatnya, keruntuhan sosial mungkin berlaku. Internet menjajakan seks dan menyebarkan fitnah serta menjadi lebuh raya sampah dan jaringan lucah berkelasdunia. Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Orang yang mahir dalam komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasu ki sistem komputer itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem komputer. Terdapat pula pihak -pihak yang menganjurkan “skim cepat kaya” di internet untuk menipu orang. Mereka mempelawai pengguna Internet menyertai skim itu dengan membayar yuran penyertaan. Sebenarnya, skim sedemikian tidak selamat dan o rang yang menyertai skim tersebut kehilangan yuran penyertaan mereka. Sudah ada banyak kes penipuan dan jenayah komputer dilaporkan dalam akhbar. Hal ini menunjukkan Internet amat berbahaya jika disalahgunakan. Ketagihan Internet juga akan mengubah hidup dan peribadi seseorang. Kita tidak perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Orang yang dilanda “demam” Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja. Ibu bapa mengabaikan anak-anaknya. Manusia mungkin memencilkan diri semata -mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau dalam belukar, melepas kan pucuk masing- masing. Oleh rtu, Internet merenggangkan hubungan sesama manusia. Bahaya sungguh jika kita menyalahgunakan internet ini.