SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
HBAE2203
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEPTEMBER 2013
HBAE2203 SMP
TAJUK:
MEMBENTUK DAN MEMBUAT
BINAAN
NO. MATRIKULASI : 710824105339001
NO. KAD PENGENALAN : 710824-10-5339
NO. TELEFON : 0193481012
E-MEL : bba1038zihanmdaris@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SHAH ALAM
2
Prakata
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya berasa amat bersyukur kerana akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan
kursus yang diamanahkan dalam subjek HBAE2203 Membentuk dan membuat binaan.
Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman yang
amat berharga dan bermakna dalam hidup sebagai seorang pelajar. Misalnya, kami dapat
meluaskan ilmu pengetahuan dan memantapkan ilmu yang berkaitan dengan ilmu
Seni Visual.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya pensyarah HBAE2203 pada kali ini
iaitu Pn.Rashimah Binti Nordin. Saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
yang telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Bantuan dan dorongan dari kalian telah
menjadi tulang belakang kepada saya agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh agar tugasan ini dapat disempurnakan dalam waktu yang ditetapkan.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan
ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan
amatlah dihargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.
3
1.0 Pengenalan
Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat
menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama
dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan
semasa zaman silam. Diorama digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan
orang ramai dan mula popular sekitar abad ke sembilan belas. Diorama boleh digunakan untuk
pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan
sebagainya. Diorama juga boleh dihasilkan dengan mudah. Murid boleh digalakkan membuat
projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan
bahan-bahan buangan lain. Diorama berasal daripada perkataan Yunani iaitu “melihat melalui”.
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk
menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di
dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari
hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada
tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk
menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak
pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. Secara
mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi. Kontemporari ini
objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan,
fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya jelas, diorama dapat memperihalkan semula
unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2 D dan 3 D dalam konteks diorama. Bentuk 3D
ialah bentuk yang mengandungi 3 dimensi iaitu panjang, lebar dan kedalaman. Ia mempunyai
permukaan sama ada rata atau melengkung.
4
2.0 Kelebihan dan kelemahan diorama kepada perkembangan kreativiti kanak-
kanak
2.1 Kelebihan diorama kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak
Perkembangan persepsi kanak-kanak tehadap aspek seni dari segi bentuk, ruang
,struktur, imbangan dan kestabilan. Kanak-kanak dapat mengenalpasti bahagian-
bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan dengan memerhati, mengenali dan
memahami bentuk dan ruang objek stabil. Kanak-kanak juga boleh menggunakan
kreativiti mereka bagi mendapatkan susunan kedudukan dan keseimbangan sesuatu
diorama. Memilih dan menggunakan alat dan media yang bersesuaian dalam
pengolahan rekabentuk diorama. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi
secara aktif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Tema
dan subjeknya pula meliputi alam semulajadi,perasaan dalaman,khayalan dan imaginasi
si pelukis,aliran dan tema sejagat serta keperluan dan pengalaman harian. Kanak-kanak
juga perlu memikirkan bagaimana untuk mempamer dan mempersembahkan diorama
dan membuat apresiasi mengikut fungsinya. Pelaksanaan apresiasi seni juga
bertujuan untuk membina tatabahasa visual dan meningkatkan daya estetik seseorang.
Pengalaman estetik akan meningkat kerana proses ini juga mendedahkan seseorang itu
dengan bahasa tampak yang membantu menyelami perasaan penghasil karya. Apresiasi
seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan seniman
(Johari Abdul Hamid,2004). Apresiasi seni terbahagi kepada enam peringkat iaitu
peringkat analitikal, peringkat penerangan, konteks dan skop, aspek assosiasi, aspek
kritikal dan aspek hubungan baik.
2.2 Kelemahan diorama kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak
Peralatan dan media seperti gerudi, player, pisau dan lain-lain sangat bahaya dan
kurang sesuai untuk kegunaan kanak-kanak dan memerlukan pengawasan teliti orang
dewasa. Media juga sukar didapati. Arca yang tidak kukuh juga adalah merbahaya
kepada kanak-kanak. Bagi menghasilkan arca stabil, kanak-kanak perlu sentiasa
ditemani orang dewasa yang dapat membantu mereka melakukan kerja-kerja yang
berbahaya seperti memotong dan menggunting. Ini akan membantutkan kreativiti
mereka.
5
3.0 Bagaimana untuk memperkembangkan daya kreativiti kanak-kanak?
Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi
ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ianya berkait rapat
dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang. Menurut Kamus
Dewan Edisi Ketiga(1994), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kuala Lumpur kreatif bermaksud kebolehan mencipta atau menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Manakala dalam bahasa Greek pula membawa
maksud “memenuhi” yakni diambil dari perkataan “creare”.
Bagi June King McFee pula, beliau berpendapat bahawa kreativiti adalah keupayaan
mencipta perlambangan dan idea baru bagi memperkemaskini idea yang ada. Aktiviti
menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu
organisasi yang baru dianggap sesuatu kreativiti. Berdasarkan beberapa pendapat tokoh bijak
pandai ini, dapatlah kita rumuskan kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan sesorang
untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan asli yang mungkin tidak ada tercipta sebelum ini.
Kreatif bagi Herbert Read (1958) ialah jika seseorang itu sering membayangkan suatu
penemuan bagi mewujudkan sesuatu yang belum pernah dihasilkan atau sesuatu yang
memberi makna kepada anda. Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat
respons tentang maksud kreativiti. Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu
yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua
orang kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan
untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat atau
menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk. Carl
Rogers pula mentafsirkan kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan
dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa
terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka. Kreativiti melibatkan daya berfikir dan
kemahiran berfikir yang bermakna ia boleh di bentuk dan dilatih. Individu yang kreatif
biasanya mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana mereka dianggap mempunyai
kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003).
Bagi Lowenfeld (1975) setiap kanak-kanak adalah kreatif dengan cara mereka sendiri
di sebabkan oleh rasa ingin tahu mereka. Disamping itu ia melibatkan daya berfikir dan
kemahiran berfikir. Adalah penting bagi guru Seni Visual merancang aktiviti yang sesuai
bagi menjamin proses pembelajaran tersebut berjalan lancar.
6
Dalam menjana idea, pengkarya perlulah menetapkan objektif, haluan dan tujuan
penghasilan karya, walaupun ada kalanya ia tidak dapat menetapkan haluan penghasilan
karya kerana ia bergantung kepada ilham dan cetusan idea. Oleh itu guru PSV perlulah
membimbing kanak-kanak dalam menentukan hala tuju penghasilan karya.
Sekiranya diabaikan , dikuatiri kanak-kanak mungkin tidak mampu menghasilkan karya.
Antara kaedah yang boleh dijalankan bagi menjana kreativiti kanak-kanak, guru PSV
bolehlah:
a. Merangsang pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku-buku bergambar,
bercerita, menonton filem, menayangkan slaid dan gambar foto dalam sesi
sumbangsaran.
b. Membuat lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan.
c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang
baik dan berketerampilan.
d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk
memperkaya maklumat dan pengetahuan.
e. kritikan yang keterlaluan terhadap karya mereka akan membantutkan kreativiti
kanak- kanak. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai
cabaran untuk peningkatan.
f. Pemberian ganjaran atau insentif akan menggalakkan kanak-kanak berfikir
dengan lebih kreatif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-
tempat strategik.
g. Mengadakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di
kalangan pelajar.
Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - bagi memastikan
bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya, kanak-kanak
hendaklah digalakkan membuat penerokaan dan eksperimen terhadap bahan-bahan yang
difikirkan boleh digunakan untuk penghasilan diorama yang dirancang.
Sebagai contoh:
Bagaimana perkembangan dan penghalusan idea
a. Pemerhatian dan kajian visual – penggunaan bahan dalam menghasilkan
7
karya.
b. Perubahan cara bekerja - Membuat percubaan yang tidak putus-putus akan
mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik
dan berketerampilan.
c. Penerokaan simbol dan makna - mencari dan mengkaji ilham-ilham baru.
Penerokaan dan ekperimen bahan
1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula.
2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang,
kulit siput dan sebagainya.
3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam
dan sebagainya
4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah, papan
yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.
Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga Dimensi
1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.
2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek.
3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan.
4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk.
5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi
pergerakan.
6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.
7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar.
8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.
9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat,
olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.
10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan
menyatakan kesannya.
11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk
rekaan.
12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan
mengikut fungsi.
Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
8
1. Kesesuaian topik, tema dan teknik.
2. Membuat “tumbnail-print” / lakaran.
3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia.
4. Pilih teknik membuat yang sesuai.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib.
6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan
untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.
7. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.
9
4.1 Diorama
i. Pemerhatian secara aktif
Kegiatan seni yang sering dilaksanakan oleh guru dalam kelas salah satunya ialah membina
diorama. Diorama merupakan salah satu aktiviti seni dalam bidang membentuk dan membuat
binaan.Dalam kerja menghasilkan binaan diorama ini memerlukan pemerhatian yang teliti
terutama melibatkan penggunaan ruang objek yang dibentuk. Guru menunjukkan contoh
diorama kepada murid untuk memberi gambaran atau pengetahuan asas mengenai diorama.
Diorama ini melibatkan objek yang hendak disusun boleh gantung, didiri atau dilekatkan pada
tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Justeru, bagi menghasilkan diorama ini murid perlu
membentuk atau menggunakan objek yang sebenar atau memotong gambar dan
mewarnakannya supaya lebih menarik. Diorama hidupan laut ini diambil sebagai bahan
pengajaran memandangkan ianya mudah untuk murid membentuk objek ikan, kerang, kuda laut
kerana pengetahuan sedia ada murid.Murid sering melihat akuarium di sekitar mereka.
Bagi menghasilkan diorama ini, murid memerhati secara terperinci bagaimana objek
ikan digantung dengan stabil. Penggunaan ruang yang sesuai dan kekemasan mestilah
dititikberatkan bagi menghasilkan diorama dan menarik. Untuk menghasilkan keseimbangan
maka objek perlu disusun seimbang supaya menarik. Murid boleh menekatkan model tersebut
pada kertas tebal atau bahan lain yang bersesuaian kemudian menggunting atau memotongnya.
Objek yang siap digunting akan diwarnakan serta dirikan, dilekat, digantung menggunakan tali
1
0
atau benang pada kotak. Hasil ini boleh dipamer di dalam kelas atau tempat-tempat lain yang
sesuai.
ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
Kerja menghasilkan diorama ini memerlukan alat dan bahan yang sesuai dengan
diorama yang hendak dibuat. Alat dan bahan yang digunakan seperti kotak, kertas tebal, tali,
gunting, pisau, dan sebagainya yang sesuai. Kertas tebal digunakan untuk membentuk objek
yang akan dihasilkan. Setelah kerja menekat selesai, disusuli pula dengan kerja memotong
kemudian mewarna dan seterusnya menyusun pada kedudukan yang sesuai dalam kotak.
Pelbagai alat dan bahan lain boleh digunakan dalam menghasilkan diorama. Bahan-bahan
terbuang seperti biji getah, tudung botol, kulit siput atau sebagainya boleh diadaptasikan
menjadi alat dan bahan yang yang menarik dalam diorama. Fungsi warna juga penting dalam
menghasilkan diorama yang cantik. Warna-warna panas seperti merah, kuning dan lain-lain
dicadangkan untuk menghasilkan mobail supaya lebih terserlah serta menjadikan suasanan yang
indah apabaila diorama ini dipamerkan. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang
dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.
iii. Apresiasi seni visual secara mudah
Kata-kata pujian atau penghargaan kepada murid di atas penghasilan diorama yang baik
akan mendorong murid berminat dalam kerja-kerja seni. Diorama yang dihasilkan hendaklah
dipamerkan di ruang pameran di hadapan kelas. Rasa dihargai dan disanjung terbit dalam diri
murid apabila hasil yang dibuat mendapat pengiktirafan daripada guru dan rakan-rakan.
Keadaan ini akan mewujudkan suasana pembelajaran harmoni dan berkesan. Selain itu,
pemilihan objek dan gabungan warna yang menarik akan menambahkan lagi keindahan pada
diorama tersebut. Diorama juga boleh dihasilkan dengan meletakkan pelbagai objek namun
imbangan objek mesti diberi perhatian yang sewajarnya. Penghasilan diorama masa kini lebih
kreatif dan moden. Diorama kini dipamer pada dinding hotel dan pusat membeli belah , pejabat
dan sebagainya.
iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Ketika kerja-kerja menghasilkan mobail ini berlaku, beberapa nilai baik dapat dicedok seperti
sikap sabar, tekun, rajin dan bertanggungjawab. Sewaktu murid menyiapkan diorama ini,
mereka begitu tekun dan sabar dalam kerja menggunting, mewarna serta menggantung objek
1
1
yang dibentuk menjadi menarik. Seandainya sikap begini tidak lahir dalam diri mereka maka
sudah pasti karya yang dihasilkan tidak menarik dan kemas sepertimana orang lain. Menerusi
kerja-kerja penghasilan diorama ini juga akan melahirkan sikap bekerjasama, bantu-membantu
dan bertolak ansur di kalangan murid-murid. Keadaan ini timbul kerana mereka akan saling
bertanya dan bertukar-tukar alat atau bahan dalam menghasilkan karya masing-masing.
Kesedaran tentang keindahan alam maya dan segala penghuninya dapat diterapkan menerusi
penghasilan diorama ini. Sikap mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. juga
dapat disemai dalam diri murid-murid menerusi penghasilan diorama hidupan dasar laut ini.
Mereka melihat keunikan hidupan laut yang pelbagai warna dan bentuk adalah kebesaran cipta
Allah S.W.T. Di samping itu, iklim bilik darjah juga turut merasai tempiasnya apabila diorama
ini di pamer dalam ruang pameran dalam bilik darjah. Situasi ini menjadikan bilik darjah
semakin cantik dan ceria.
Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Diorama
Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan
dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek-
objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan, tema dan
subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka.
Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama:
Tema :
(a) Alam semula jadi dan objek persekitaran
Flora dan fauna menjadi sumber utama dalam menghasilkan karya. Dikaji dari segi
dinamik fom, kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di
samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.
(b) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi Si Pelukis
Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau
pelukis. Sigmund Freud dan Paul Jean Sartre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta
sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status seorang pelukis.
(c) Aliran dan tema sejagat - konsep dalam agenda kehidupan manusia. contoh wau bulan,
wau helang, wau kapal dan lain-lain lagi.
1
2
Jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan
dan mengujudkan satu kekaguman. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan
akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk.
(d) Keperluan dan pengalaman hidup harian – peralatan kegunaan
harian.
Idea datang dari akibat desakan untuk mengguna di samping mengatasi sebarang kesulitan
mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan
manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta
objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetiknya.
Menentukan Alat dan Media
Setelah subjek dan tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi
kriteria yang penting. Pemilihan alat dan bahan mengambilkira keberkesanan dan relevannya
hal subjek yang ingin diutarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak
kepenggunaannya . Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar
diaplikasikan dalam penghasilan diorama. Konsep artistik diorama ditampilkan melalui
pemilihan objek yang real tetapi cantik dan dikecilkan atau dimodelkan pada kadaran atau
nisbah gambar latar secara idealistik.
Contoh :
Subjek dan Tema Tajuk Alatan
Alam semulajadi dan
persekitaran
Hidupan di dasar laut Karangan laut, gam UHU,
Tulang ikan, dawai, tangsi,
kad tebal, pasir laut, batu-
batu laut.
Rumusan
Merangsang pemikiran kreatif sangat penting semasa melaksanakan aktiviti membuat diorama.
Rangsangan terhadap pemikiran yang kreatif akan menghasilkan dapatan yang asli, unik dan
berketrampilan. Penghasilan sesuatu diorama memerlukan penelitian dan rancangan yang
sepatutnya. Hal yang demikian adalah bertujuan agar hasil karya yang dipamerkan menepati
semua sifat dan sudut yang menarik kepada tumpuan. Selain itu aktiviti ini juga boleh
meransang minda pelajar dan membuat pelajar bekerjasama dalam menyiapkan aktiviti seni.
Penggunaan alat dan media turut mempengaruhi diorama yang dibina. Oleh itu guru PSV
1
3
perlulah lebih kreatif menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.
Seni itu indah dan sepatutnya kita sebagai tenaga pendidik perlu memotivasikan pelajar agar
sentiasa berusaha untuk menghasilkan karya yang baik dan bermutu.

More Related Content

What's hot

PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanPSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanShin Lee
 
rph psv boneka membentuk dan membuat binaan
rph psv boneka membentuk dan membuat binaanrph psv boneka membentuk dan membuat binaan
rph psv boneka membentuk dan membuat binaan'Sahrul Hafizi'
 
Pengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSVPengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSVErica Leenya
 
Rph Pendidikan Seni Visual Tahun 4 - Boneka
Rph Pendidikan Seni Visual Tahun 4 - BonekaRph Pendidikan Seni Visual Tahun 4 - Boneka
Rph Pendidikan Seni Visual Tahun 4 - BonekaPaan Artcreative
 
Rancangan pengajaran harian mengenal kraf tradisional
Rancangan pengajaran harian mengenal kraf tradisionalRancangan pengajaran harian mengenal kraf tradisional
Rancangan pengajaran harian mengenal kraf tradisionalSalihin Leen
 
Rph topeng muka 3 d
Rph  topeng muka 3 dRph  topeng muka 3 d
Rph topeng muka 3 dAhmad NazRi
 
SENI BONEKA PRASEKOLAH
SENI BONEKA PRASEKOLAHSENI BONEKA PRASEKOLAH
SENI BONEKA PRASEKOLAHnurulanwar
 
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaan
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaanRph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaan
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaanFaeza Hamzah
 
Rph dsv t1 membentuk dan membuat binaan
Rph dsv t1 membentuk dan membuat binaanRph dsv t1 membentuk dan membuat binaan
Rph dsv t1 membentuk dan membuat binaanzul042748
 
Rancangan pengajaran harian bidang menggambar
Rancangan pengajaran harian bidang menggambarRancangan pengajaran harian bidang menggambar
Rancangan pengajaran harian bidang menggambarSalihin Leen
 
Rancangan Pengajaran Harian - Topeng
Rancangan Pengajaran Harian -  TopengRancangan Pengajaran Harian -  Topeng
Rancangan Pengajaran Harian - TopengHui Chew
 
Rancangan pengajaran harian kssr seni tahun 4
Rancangan   pengajaran    harian    kssr   seni   tahun  4Rancangan   pengajaran    harian    kssr   seni   tahun  4
Rancangan pengajaran harian kssr seni tahun 4Ahmad NazRi
 
Laporan reka bentuk magic drawing board
Laporan reka bentuk magic drawing boardLaporan reka bentuk magic drawing board
Laporan reka bentuk magic drawing boardSherren Khoo Khoo
 
Rancangan pengajaran harian mencorak dan membuat rekaan
Rancangan pengajaran harian mencorak dan membuat rekaanRancangan pengajaran harian mencorak dan membuat rekaan
Rancangan pengajaran harian mencorak dan membuat rekaanSalihin Leen
 
Rancangan pengajaran harian tahun 5
Rancangan pengajaran harian tahun 5Rancangan pengajaran harian tahun 5
Rancangan pengajaran harian tahun 5Edmond Manogaran
 
Penerangan teknik menggambar
Penerangan teknik menggambarPenerangan teknik menggambar
Penerangan teknik menggambarsafarinsalwa
 
Rph topeng membentuk n membina
Rph topeng membentuk n membinaRph topeng membentuk n membina
Rph topeng membentuk n membinaLily Suzana
 

What's hot (20)

PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanPSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
 
rph psv boneka membentuk dan membuat binaan
rph psv boneka membentuk dan membuat binaanrph psv boneka membentuk dan membuat binaan
rph psv boneka membentuk dan membuat binaan
 
Pengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSVPengajian Kurikulum PSV
Pengajian Kurikulum PSV
 
Rph Pendidikan Seni Visual Tahun 4 - Boneka
Rph Pendidikan Seni Visual Tahun 4 - BonekaRph Pendidikan Seni Visual Tahun 4 - Boneka
Rph Pendidikan Seni Visual Tahun 4 - Boneka
 
4 bidang psv
4 bidang psv4 bidang psv
4 bidang psv
 
Rancangan pengajaran harian mengenal kraf tradisional
Rancangan pengajaran harian mengenal kraf tradisionalRancangan pengajaran harian mengenal kraf tradisional
Rancangan pengajaran harian mengenal kraf tradisional
 
Rph topeng muka 3 d
Rph  topeng muka 3 dRph  topeng muka 3 d
Rph topeng muka 3 d
 
Topeng muka
Topeng mukaTopeng muka
Topeng muka
 
SENI BONEKA PRASEKOLAH
SENI BONEKA PRASEKOLAHSENI BONEKA PRASEKOLAH
SENI BONEKA PRASEKOLAH
 
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaan
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaanRph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaan
Rph kssr bidang 2 membuat corak dan rekaan
 
Rph dsv t1 membentuk dan membuat binaan
Rph dsv t1 membentuk dan membuat binaanRph dsv t1 membentuk dan membuat binaan
Rph dsv t1 membentuk dan membuat binaan
 
Rancangan pengajaran harian bidang menggambar
Rancangan pengajaran harian bidang menggambarRancangan pengajaran harian bidang menggambar
Rancangan pengajaran harian bidang menggambar
 
Rancangan Pengajaran Harian - Topeng
Rancangan Pengajaran Harian -  TopengRancangan Pengajaran Harian -  Topeng
Rancangan Pengajaran Harian - Topeng
 
Rancangan pengajaran harian kssr seni tahun 4
Rancangan   pengajaran    harian    kssr   seni   tahun  4Rancangan   pengajaran    harian    kssr   seni   tahun  4
Rancangan pengajaran harian kssr seni tahun 4
 
Laporan reka bentuk magic drawing board
Laporan reka bentuk magic drawing boardLaporan reka bentuk magic drawing board
Laporan reka bentuk magic drawing board
 
Rancangan pengajaran harian mencorak dan membuat rekaan
Rancangan pengajaran harian mencorak dan membuat rekaanRancangan pengajaran harian mencorak dan membuat rekaan
Rancangan pengajaran harian mencorak dan membuat rekaan
 
Rancangan pengajaran harian tahun 5
Rancangan pengajaran harian tahun 5Rancangan pengajaran harian tahun 5
Rancangan pengajaran harian tahun 5
 
Penerangan teknik menggambar
Penerangan teknik menggambarPenerangan teknik menggambar
Penerangan teknik menggambar
 
Rph topeng membentuk n membina
Rph topeng membentuk n membinaRph topeng membentuk n membina
Rph topeng membentuk n membina
 
psv t4 Mozek
psv t4 Mozekpsv t4 Mozek
psv t4 Mozek
 

Viewers also liked

Maksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat Binaan
Maksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat BinaanMaksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat Binaan
Maksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat BinaanConnie Mimie
 
112073100 psv-3108-kraf-tradisional
112073100 psv-3108-kraf-tradisional112073100 psv-3108-kraf-tradisional
112073100 psv-3108-kraf-tradisionalMan Long
 
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaan
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaanRancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaan
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaanSalihin Leen
 
Seni arca
Seni arcaSeni arca
Seni arcamradzi
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Mandy Cheng 92
 
Powerpoint sdp kohot 7
Powerpoint sdp kohot 7Powerpoint sdp kohot 7
Powerpoint sdp kohot 7marshiza
 
Nota seni t 1 asa seni reka
Nota seni t 1 asa seni rekaNota seni t 1 asa seni reka
Nota seni t 1 asa seni rekaAni Eliani
 
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanakAssignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanakAhmad NazRi
 
5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukanSing Lin Tiong
 
Seni Arca Ting 2
Seni Arca Ting 2Seni Arca Ting 2
Seni Arca Ting 2azham
 
Digital Classicist London Seminars 2013 - Seminar 10 - Agnes Thomas et al.
Digital Classicist London Seminars 2013 - Seminar 10 - Agnes Thomas et al. Digital Classicist London Seminars 2013 - Seminar 10 - Agnes Thomas et al.
Digital Classicist London Seminars 2013 - Seminar 10 - Agnes Thomas et al. DigitalClassicistLondon
 
Presentation multichannel
Presentation multichannelPresentation multichannel
Presentation multichannelalenahaas2014
 

Viewers also liked (20)

Maksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat Binaan
Maksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat BinaanMaksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat Binaan
Maksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat Binaan
 
112073100 psv-3108-kraf-tradisional
112073100 psv-3108-kraf-tradisional112073100 psv-3108-kraf-tradisional
112073100 psv-3108-kraf-tradisional
 
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaan
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaanRancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaan
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaan
 
Seni arca
Seni arcaSeni arca
Seni arca
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan
 
Powerpoint sdp kohot 7
Powerpoint sdp kohot 7Powerpoint sdp kohot 7
Powerpoint sdp kohot 7
 
Nota seni t 1 asa seni reka
Nota seni t 1 asa seni rekaNota seni t 1 asa seni reka
Nota seni t 1 asa seni reka
 
Soalan
SoalanSoalan
Soalan
 
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanakAssignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak
 
Origami [part 1]
Origami [part 1]Origami [part 1]
Origami [part 1]
 
Azlanmohdnorf
AzlanmohdnorfAzlanmohdnorf
Azlanmohdnorf
 
5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan
 
Seni Arca Ting 2
Seni Arca Ting 2Seni Arca Ting 2
Seni Arca Ting 2
 
Honest About Marketing
Honest About MarketingHonest About Marketing
Honest About Marketing
 
Digital Classicist London Seminars 2013 - Seminar 10 - Agnes Thomas et al.
Digital Classicist London Seminars 2013 - Seminar 10 - Agnes Thomas et al. Digital Classicist London Seminars 2013 - Seminar 10 - Agnes Thomas et al.
Digital Classicist London Seminars 2013 - Seminar 10 - Agnes Thomas et al.
 
Warum acquia
Warum acquiaWarum acquia
Warum acquia
 
6px
6px6px
6px
 
Flats for rent in south delhi
Flats for rent in south delhiFlats for rent in south delhi
Flats for rent in south delhi
 
Presentation multichannel
Presentation multichannelPresentation multichannel
Presentation multichannel
 
nama-nama bulan
nama-nama bulannama-nama bulan
nama-nama bulan
 

Similar to Assignment hbae membentuk dan membuat binaan

Pengertian kreativiti
Pengertian kreativitiPengertian kreativiti
Pengertian kreativitisafarinsalwa
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentRina Majin
 
Hbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativitiHbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativitiAnne Gd
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG melissaluai
 
700203015788 158362 final
700203015788 158362 final700203015788 158362 final
700203015788 158362 finalMIchelle NGu
 
Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam PendidikanSeni Dalam Pendidikan
Seni Dalam PendidikanFlorida Hunay
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakMazri Muhammad
 
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan senitopik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan seniFlorida Hunay
 
4 komponan psv
4 komponan psv4 komponan psv
4 komponan psvSandy Chin
 
Ciri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangCiri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangMariah Inah
 
Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Robotgerm King
 

Similar to Assignment hbae membentuk dan membuat binaan (20)

Pengertian kreativiti
Pengertian kreativitiPengertian kreativiti
Pengertian kreativiti
 
Bahan p.seni
Bahan p.seniBahan p.seni
Bahan p.seni
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigment
 
Hbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativitiHbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativiti
 
Hbae1403
Hbae1403Hbae1403
Hbae1403
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
 
700203015788 158362 final
700203015788 158362 final700203015788 158362 final
700203015788 158362 final
 
Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam PendidikanSeni Dalam Pendidikan
Seni Dalam Pendidikan
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanak
 
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan senitopik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
 
4 komponan psv
4 komponan psv4 komponan psv
4 komponan psv
 
Kanak
KanakKanak
Kanak
 
Bahan 1
Bahan 1Bahan 1
Bahan 1
 
Ciri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangCiri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlang
 
Hbef1403
Hbef1403Hbef1403
Hbef1403
 
paud
paudpaud
paud
 
green arts
green artsgreen arts
green arts
 
Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2
 
Sp pseni kbsr
Sp pseni kbsrSp pseni kbsr
Sp pseni kbsr
 
Sp Pseni Kbsr
Sp Pseni KbsrSp Pseni Kbsr
Sp Pseni Kbsr
 

Recently uploaded

RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxSyifaDzikron
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxdonny761155
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfHeriyantoHeriyanto44
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...Riyan Hidayatullah
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Abdiera
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxProduct Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxKaista Glow
 
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxUNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxFranxisca Kurniawati
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxjohan effendi
 
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxUlyaSaadah
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docNurulAiniFirdasari1
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024MALISAAININOORBINTIA
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfHendroGunawan8
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 

Recently uploaded (20)

RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxProduct Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
 
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxUNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
 
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 

Assignment hbae membentuk dan membuat binaan

  • 1. HBAE2203 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER 2013 HBAE2203 SMP TAJUK: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN NO. MATRIKULASI : 710824105339001 NO. KAD PENGENALAN : 710824-10-5339 NO. TELEFON : 0193481012 E-MEL : bba1038zihanmdaris@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SHAH ALAM
  • 2. 2 Prakata Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya berasa amat bersyukur kerana akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan kursus yang diamanahkan dalam subjek HBAE2203 Membentuk dan membuat binaan. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman yang amat berharga dan bermakna dalam hidup sebagai seorang pelajar. Misalnya, kami dapat meluaskan ilmu pengetahuan dan memantapkan ilmu yang berkaitan dengan ilmu Seni Visual. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya pensyarah HBAE2203 pada kali ini iaitu Pn.Rashimah Binti Nordin. Saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Bantuan dan dorongan dari kalian telah menjadi tulang belakang kepada saya agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh agar tugasan ini dapat disempurnakan dalam waktu yang ditetapkan. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah dihargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sekian, terima kasih.
  • 3. 3 1.0 Pengenalan Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam. Diorama digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai dan mula popular sekitar abad ke sembilan belas. Diorama boleh digunakan untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya. Diorama juga boleh dihasilkan dengan mudah. Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain. Diorama berasal daripada perkataan Yunani iaitu “melihat melalui”. Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi. Kontemporari ini objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya jelas, diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2 D dan 3 D dalam konteks diorama. Bentuk 3D ialah bentuk yang mengandungi 3 dimensi iaitu panjang, lebar dan kedalaman. Ia mempunyai permukaan sama ada rata atau melengkung.
  • 4. 4 2.0 Kelebihan dan kelemahan diorama kepada perkembangan kreativiti kanak- kanak 2.1 Kelebihan diorama kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak Perkembangan persepsi kanak-kanak tehadap aspek seni dari segi bentuk, ruang ,struktur, imbangan dan kestabilan. Kanak-kanak dapat mengenalpasti bahagian- bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan dengan memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek stabil. Kanak-kanak juga boleh menggunakan kreativiti mereka bagi mendapatkan susunan kedudukan dan keseimbangan sesuatu diorama. Memilih dan menggunakan alat dan media yang bersesuaian dalam pengolahan rekabentuk diorama. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara aktif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Tema dan subjeknya pula meliputi alam semulajadi,perasaan dalaman,khayalan dan imaginasi si pelukis,aliran dan tema sejagat serta keperluan dan pengalaman harian. Kanak-kanak juga perlu memikirkan bagaimana untuk mempamer dan mempersembahkan diorama dan membuat apresiasi mengikut fungsinya. Pelaksanaan apresiasi seni juga bertujuan untuk membina tatabahasa visual dan meningkatkan daya estetik seseorang. Pengalaman estetik akan meningkat kerana proses ini juga mendedahkan seseorang itu dengan bahasa tampak yang membantu menyelami perasaan penghasil karya. Apresiasi seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan seniman (Johari Abdul Hamid,2004). Apresiasi seni terbahagi kepada enam peringkat iaitu peringkat analitikal, peringkat penerangan, konteks dan skop, aspek assosiasi, aspek kritikal dan aspek hubungan baik. 2.2 Kelemahan diorama kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak Peralatan dan media seperti gerudi, player, pisau dan lain-lain sangat bahaya dan kurang sesuai untuk kegunaan kanak-kanak dan memerlukan pengawasan teliti orang dewasa. Media juga sukar didapati. Arca yang tidak kukuh juga adalah merbahaya kepada kanak-kanak. Bagi menghasilkan arca stabil, kanak-kanak perlu sentiasa ditemani orang dewasa yang dapat membantu mereka melakukan kerja-kerja yang berbahaya seperti memotong dan menggunting. Ini akan membantutkan kreativiti mereka.
  • 5. 5 3.0 Bagaimana untuk memperkembangkan daya kreativiti kanak-kanak? Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ianya berkait rapat dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga(1994), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur kreatif bermaksud kebolehan mencipta atau menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Manakala dalam bahasa Greek pula membawa maksud “memenuhi” yakni diambil dari perkataan “creare”. Bagi June King McFee pula, beliau berpendapat bahawa kreativiti adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru bagi memperkemaskini idea yang ada. Aktiviti menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru dianggap sesuatu kreativiti. Berdasarkan beberapa pendapat tokoh bijak pandai ini, dapatlah kita rumuskan kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan sesorang untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan asli yang mungkin tidak ada tercipta sebelum ini. Kreatif bagi Herbert Read (1958) ialah jika seseorang itu sering membayangkan suatu penemuan bagi mewujudkan sesuatu yang belum pernah dihasilkan atau sesuatu yang memberi makna kepada anda. Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons tentang maksud kreativiti. Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk. Carl Rogers pula mentafsirkan kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka. Kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir yang bermakna ia boleh di bentuk dan dilatih. Individu yang kreatif biasanya mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana mereka dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003). Bagi Lowenfeld (1975) setiap kanak-kanak adalah kreatif dengan cara mereka sendiri di sebabkan oleh rasa ingin tahu mereka. Disamping itu ia melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir. Adalah penting bagi guru Seni Visual merancang aktiviti yang sesuai bagi menjamin proses pembelajaran tersebut berjalan lancar.
  • 6. 6 Dalam menjana idea, pengkarya perlulah menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya, walaupun ada kalanya ia tidak dapat menetapkan haluan penghasilan karya kerana ia bergantung kepada ilham dan cetusan idea. Oleh itu guru PSV perlulah membimbing kanak-kanak dalam menentukan hala tuju penghasilan karya. Sekiranya diabaikan , dikuatiri kanak-kanak mungkin tidak mampu menghasilkan karya. Antara kaedah yang boleh dijalankan bagi menjana kreativiti kanak-kanak, guru PSV bolehlah: a. Merangsang pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku-buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayangkan slaid dan gambar foto dalam sesi sumbangsaran. b. Membuat lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan. c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan. d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan. e. kritikan yang keterlaluan terhadap karya mereka akan membantutkan kreativiti kanak- kanak. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk peningkatan. f. Pemberian ganjaran atau insentif akan menggalakkan kanak-kanak berfikir dengan lebih kreatif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat- tempat strategik. g. Mengadakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - bagi memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya, kanak-kanak hendaklah digalakkan membuat penerokaan dan eksperimen terhadap bahan-bahan yang difikirkan boleh digunakan untuk penghasilan diorama yang dirancang. Sebagai contoh: Bagaimana perkembangan dan penghalusan idea a. Pemerhatian dan kajian visual – penggunaan bahan dalam menghasilkan
  • 7. 7 karya. b. Perubahan cara bekerja - Membuat percubaan yang tidak putus-putus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan. c. Penerokaan simbol dan makna - mencari dan mengkaji ilham-ilham baru. Penerokaan dan ekperimen bahan 1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula. 2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya. 3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam dan sebagainya 4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain. Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga Dimensi 1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan. 2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek. 3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan. 4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk. 5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan. 6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan. 7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar. 8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan. 9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan. 10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya. 11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan. 12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi. Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
  • 8. 8 1. Kesesuaian topik, tema dan teknik. 2. Membuat “tumbnail-print” / lakaran. 3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia. 4. Pilih teknik membuat yang sesuai. 5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. 6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik. 7. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.
  • 9. 9 4.1 Diorama i. Pemerhatian secara aktif Kegiatan seni yang sering dilaksanakan oleh guru dalam kelas salah satunya ialah membina diorama. Diorama merupakan salah satu aktiviti seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan.Dalam kerja menghasilkan binaan diorama ini memerlukan pemerhatian yang teliti terutama melibatkan penggunaan ruang objek yang dibentuk. Guru menunjukkan contoh diorama kepada murid untuk memberi gambaran atau pengetahuan asas mengenai diorama. Diorama ini melibatkan objek yang hendak disusun boleh gantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Justeru, bagi menghasilkan diorama ini murid perlu membentuk atau menggunakan objek yang sebenar atau memotong gambar dan mewarnakannya supaya lebih menarik. Diorama hidupan laut ini diambil sebagai bahan pengajaran memandangkan ianya mudah untuk murid membentuk objek ikan, kerang, kuda laut kerana pengetahuan sedia ada murid.Murid sering melihat akuarium di sekitar mereka. Bagi menghasilkan diorama ini, murid memerhati secara terperinci bagaimana objek ikan digantung dengan stabil. Penggunaan ruang yang sesuai dan kekemasan mestilah dititikberatkan bagi menghasilkan diorama dan menarik. Untuk menghasilkan keseimbangan maka objek perlu disusun seimbang supaya menarik. Murid boleh menekatkan model tersebut pada kertas tebal atau bahan lain yang bersesuaian kemudian menggunting atau memotongnya. Objek yang siap digunting akan diwarnakan serta dirikan, dilekat, digantung menggunakan tali
  • 10. 1 0 atau benang pada kotak. Hasil ini boleh dipamer di dalam kelas atau tempat-tempat lain yang sesuai. ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Kerja menghasilkan diorama ini memerlukan alat dan bahan yang sesuai dengan diorama yang hendak dibuat. Alat dan bahan yang digunakan seperti kotak, kertas tebal, tali, gunting, pisau, dan sebagainya yang sesuai. Kertas tebal digunakan untuk membentuk objek yang akan dihasilkan. Setelah kerja menekat selesai, disusuli pula dengan kerja memotong kemudian mewarna dan seterusnya menyusun pada kedudukan yang sesuai dalam kotak. Pelbagai alat dan bahan lain boleh digunakan dalam menghasilkan diorama. Bahan-bahan terbuang seperti biji getah, tudung botol, kulit siput atau sebagainya boleh diadaptasikan menjadi alat dan bahan yang yang menarik dalam diorama. Fungsi warna juga penting dalam menghasilkan diorama yang cantik. Warna-warna panas seperti merah, kuning dan lain-lain dicadangkan untuk menghasilkan mobail supaya lebih terserlah serta menjadikan suasanan yang indah apabaila diorama ini dipamerkan. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik. iii. Apresiasi seni visual secara mudah Kata-kata pujian atau penghargaan kepada murid di atas penghasilan diorama yang baik akan mendorong murid berminat dalam kerja-kerja seni. Diorama yang dihasilkan hendaklah dipamerkan di ruang pameran di hadapan kelas. Rasa dihargai dan disanjung terbit dalam diri murid apabila hasil yang dibuat mendapat pengiktirafan daripada guru dan rakan-rakan. Keadaan ini akan mewujudkan suasana pembelajaran harmoni dan berkesan. Selain itu, pemilihan objek dan gabungan warna yang menarik akan menambahkan lagi keindahan pada diorama tersebut. Diorama juga boleh dihasilkan dengan meletakkan pelbagai objek namun imbangan objek mesti diberi perhatian yang sewajarnya. Penghasilan diorama masa kini lebih kreatif dan moden. Diorama kini dipamer pada dinding hotel dan pusat membeli belah , pejabat dan sebagainya. iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Ketika kerja-kerja menghasilkan mobail ini berlaku, beberapa nilai baik dapat dicedok seperti sikap sabar, tekun, rajin dan bertanggungjawab. Sewaktu murid menyiapkan diorama ini, mereka begitu tekun dan sabar dalam kerja menggunting, mewarna serta menggantung objek
  • 11. 1 1 yang dibentuk menjadi menarik. Seandainya sikap begini tidak lahir dalam diri mereka maka sudah pasti karya yang dihasilkan tidak menarik dan kemas sepertimana orang lain. Menerusi kerja-kerja penghasilan diorama ini juga akan melahirkan sikap bekerjasama, bantu-membantu dan bertolak ansur di kalangan murid-murid. Keadaan ini timbul kerana mereka akan saling bertanya dan bertukar-tukar alat atau bahan dalam menghasilkan karya masing-masing. Kesedaran tentang keindahan alam maya dan segala penghuninya dapat diterapkan menerusi penghasilan diorama ini. Sikap mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. juga dapat disemai dalam diri murid-murid menerusi penghasilan diorama hidupan dasar laut ini. Mereka melihat keunikan hidupan laut yang pelbagai warna dan bentuk adalah kebesaran cipta Allah S.W.T. Di samping itu, iklim bilik darjah juga turut merasai tempiasnya apabila diorama ini di pamer dalam ruang pameran dalam bilik darjah. Situasi ini menjadikan bilik darjah semakin cantik dan ceria. Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Diorama Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek- objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama: Tema : (a) Alam semula jadi dan objek persekitaran Flora dan fauna menjadi sumber utama dalam menghasilkan karya. Dikaji dari segi dinamik fom, kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk. (b) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi Si Pelukis Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Sigmund Freud dan Paul Jean Sartre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status seorang pelukis. (c) Aliran dan tema sejagat - konsep dalam agenda kehidupan manusia. contoh wau bulan, wau helang, wau kapal dan lain-lain lagi.
  • 12. 1 2 Jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengujudkan satu kekaguman. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. (d) Keperluan dan pengalaman hidup harian – peralatan kegunaan harian. Idea datang dari akibat desakan untuk mengguna di samping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetiknya. Menentukan Alat dan Media Setelah subjek dan tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi kriteria yang penting. Pemilihan alat dan bahan mengambilkira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak kepenggunaannya . Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar diaplikasikan dalam penghasilan diorama. Konsep artistik diorama ditampilkan melalui pemilihan objek yang real tetapi cantik dan dikecilkan atau dimodelkan pada kadaran atau nisbah gambar latar secara idealistik. Contoh : Subjek dan Tema Tajuk Alatan Alam semulajadi dan persekitaran Hidupan di dasar laut Karangan laut, gam UHU, Tulang ikan, dawai, tangsi, kad tebal, pasir laut, batu- batu laut. Rumusan Merangsang pemikiran kreatif sangat penting semasa melaksanakan aktiviti membuat diorama. Rangsangan terhadap pemikiran yang kreatif akan menghasilkan dapatan yang asli, unik dan berketrampilan. Penghasilan sesuatu diorama memerlukan penelitian dan rancangan yang sepatutnya. Hal yang demikian adalah bertujuan agar hasil karya yang dipamerkan menepati semua sifat dan sudut yang menarik kepada tumpuan. Selain itu aktiviti ini juga boleh meransang minda pelajar dan membuat pelajar bekerjasama dalam menyiapkan aktiviti seni. Penggunaan alat dan media turut mempengaruhi diorama yang dibina. Oleh itu guru PSV
  • 13. 1 3 perlulah lebih kreatif menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Seni itu indah dan sepatutnya kita sebagai tenaga pendidik perlu memotivasikan pelajar agar sentiasa berusaha untuk menghasilkan karya yang baik dan bermutu.