1. Upah yang dapat, bukan lah tak cukup untuk menabung, tetapi sara hidup perlu juga di layan, yuran hiburan perlu juga di sediakan; memancing, susu anak, majalah manggo, URVCD, makan, sedikit untuk itu dan ini, lebihan yang tinggal hanya sekadar untuk di habisi pula bila kecemasan. Baru semalam emergency, hilang semua simpanan, terpaksa di belanjakan. Teringin sungguh rasa di hati , tapi apakan daya. Dengan kemampuan yang ada,nampak gayanya hanya yang termampu, berbuah dalam khayalan. Bukan tiada usaha untuk memilikinya, tapi, serasanya jauh sungguh cita-cita yang satu ini hendak di gapai. Hairan, bila " nampak " orang lain dapat memilikinya. Cemburu, geram, teransang dan macam-macam lagi. Seharian masih terus juga berusaha, bukan patah sudah semangatnya untuk memiliki Mercedes Lampu Mata Belalang tersebut. Masih lagi berbunga harapan. Masih lagi harum khayalan. Tapi kadang-kadang diri sendiri terasa cukup miskin. Tak termampu. Dengan apa yang ada pada dirinya, dengan upah lebih kurang 40Rm sehari, hanya yang termampu baginya miliki adalah Honda kapcai lampu bulat. Itupun mungkin dapat mungkin tidak.
2. Esok paginya, tercegat di depan pejabat Cycle and Carriage jalan Tun Razak. Dah tak tertahan lagi menanggung kerinduan. Tak tertanggung lagi ghairah untuk memiliki, apatah lagi setiap hari " di racuni " mendengar bos-bos di pejabatnya yang memiliki Mercedes tersebut. "200km/j macam airrr..... rasa macam bawak 40km/j je" "JB - KL 1 jam setengah, stabelnya jangan kirala. Selekoh ke lipat ke sama saja macam jalan straight!" .. dan bermacam-macam lagi statement bombastik yang mungkin benar mungkin tidak di dengar. Arghh... tak kira hari ini, dapat atau tidak - NAK JUGA. Setelah tokey C&C buka kedai, terus sahaja terjengah, melulu masuk dek kerana hamburan nafsu yang tak tertanggung.
3. Maka hasrat di hati pun di ceritakan pada si tokey. Si tokey hanya tersengih-sengih mendengarkan hikayat. " Perlukan aku melayan ini olang" mungkin itulah apa yang tokey tersebut bisikan dalam hatinya bila melihatkan gayanya yang agak selekeh itu? Tapi dengan santun tokey tersebut meminta apa yang harus sebagai syarat pembelian .... Dengan muka sedih menyeluk saku.Sambil terjulur keluar seluruh kain poket, menghulurkan genggaman dan membuka nya. 10 sen !!! "ada wang?"
4. habiskanlah cerita tersebut dengan imaginasi masing masing. Mungkin ia di campak keluar, dianggap main-main dengan barang dagangan yang mahal itu. Mungkin ia di saman, entah sebab apa. Mungkin ia di pukul bonzer. Atau mungkin tokey itu bermurah hati dan memberikannya Mercedes tersebut, bukan kerana 10 sen yang di bayarnya, tetapi.... entah.....?
5. Adakah kita sanggup membelinya dengan nyawa kita yang rasanya paling bernilai pada kita seperti Serikandi Hawaa Baraayev? Saudara dan saudari, muslimin dan muslimat. Tujuan hikayat dongeng ini dikarang bukan untuk menambahkan lagi lawak yang selalu kita gelakkan saban hari. Tapi renungkanlah. Apakah yang telah kita bekalkan untuk kita membeli barang dagangan Allah? Apakah yang telah kita simpan, siapkan, menabung untuk membeli syurga Allah yang menjadi idaman, igauan dan luahan hati setiap kita. Adakah kita mampu membeli barang dagangan Allah ini? Yang shahid di medan Jihad Chehnya. Memandu kereta yang sarat dengan bom untuk memusnahkan Pengkalan Latihan Russia. " I know what I am doing; Paradise has a price and I hope this will be the price for Paradise ." Hawaa' Barayev, The Sword of the Hijab. [ http://63.249.218.164/html/ profileshawaa . htm ]
6. Tapi bila ia di seru Allah, bila Allah berbisik dan panggil padanya, menjemputnya; ia pekakkan telinga. Ibaratkanlah 10 sen yang kita ada itu dengan Mercedes idaman. Renungkan kembali. Amalan kita yang bernilai 10 sen ini membeli kehidupan kekal abadi di syurga Allah yang indah, yang mengalir di bawahnya sungai sungai. Sedang kita kedekut untuk menabung buat kemudian untuk berjumpa Allah, untuk membeli syurga ALlah. Kedekut untuk luangkan masa buat berdampingan dengan ALlah. Bakhil, rimas, kelam kabut, beralasan, untuk menghadiri majlis-majlis yang Allah suka padanya. Andaikan Syarikat menghantarnya keluar negara, ia sanggup. Andai Syarikat menghantarnya ke kem bina semangat, ia kena, kerana terpaksa. Sampai juga. Andai negara menghantarnya ... kesukan itu ini, mewakili negara, lagi-lagi ia bangga. Begitupun ia masih terhegeh-hegehkan pada syurga Allah!
7. Kita tak mampu membeli syurga Allah dengan wang berjuta. Tidak sekali-kali dengan apa-apa jua. Tetapi InsyaAllah dengan keredhaan Allah dan sifatNya yang Rahman dan Raheem, moga-moga di ganjarinya dengan syurga itu. Hatta 10 sen sahaja yang dapat kita persembahkan …. … mungkin qiamullail ini sebahagian dari 10 sen itu …. ? Wallahu’alam