SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 14
HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)
1 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
1
PENDAHULUAN
Miskonsepsi merupakan kesilapan yang dilakukan secara berulang-ulang.Kanak-
kanak tidak tahu mereka melakukan kesilapan kerana mereka menjawab soalan
mengikut kefahaman mereka yang sedia ada. Kesilapan ini akan dilakukan berulang-
ulang sehingga ada orang yang memperbetulkan konsep mereka. Masalah ini sangat
serius dan saya sebagai seorang bakal guru bertanggungjawab untuk mengenalpasti
faktor berlakunya miskonsepsi-miskonsepsi dan seterusnya berikhtiar untuk mengambil
langkah bagi mengatasi miskonsepsi ini daripada berlaku lagi pada masa akan datang.
Bermulanya 23 Julai 2012 sehinggalah 21 September 2012, saya bersama-sama
lima orang lagi rakan seperjuangan saya iaitu Nur Salsabila, Nor Fazana, Mohamad
Safwan, Afifuddin dan Mohd Azizi telah menjalani sesi praktikum fasa kedua di Sekolah
Kebangsaan Seri Sentosa yang terletakdi Nibong Tebal,Pulau Pinang. Bak kata
pepatah, sambil menyelam, minum air. Jadi, saya telah mengambil kesempatan ini
untuk melaksanakan tugasan individu bagi subjek MTE3114 yang mana memerlukan
saya untukmenjalankan kritikal analisis terhadap miskonsepsi yang dihadapi oleh anak-
anak murid saya dalam subjek Matematik.
Skop yang telah saya kaji meliputi tiga topik kecil iaitu topik Geometri, Ukuran
dan juga Pengendalian Data.Untuk menjalankan kritikal analisis ini, saya telah
mengambil 19 spesimen iaitu murid-murid 4 Cemerlang. Sebelum memulakan analisis,
saya telah menjalankan beberapa kajian tentang topik geometri, ukuran dan
pengendalian data serta miskonsepsi-miskonsepsi yang kerapkali dilakukan oleh murid
dalam mempelajari ketiga-tiga topik ini.
Bagi miskonsepsi melibatkan topik geometri, saya telah mengenalpasti dua
miskonsepsi yang dilakukan oleh murid kelas 4 Cemerlang.Manakala bagi topik ukuran,
dua miskonsepsi juga yang saya berjaya kesan.Bagi topik pengendalian data saya telah
mengenalpasti satu miskonsepsi. Saya juga telah menjalankan kritikal analisis
mengenai apakah faktor-faktor yang mendorong kepada berlakunya miskonsepsi-
miskonsepsi tersebut dan cara untuk mengatasi miskonsepsi tersebut.
HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)
2 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
2
DAPATAN ANALISIS DOKUMEN- LEMBARAN KERJA
PELAJAR TAHUN 4 CEMERLANG
1.0 MISKONSEPSI MENGENAI GEOMETRI
CONTOH 1
Berdasarkan gambar rajah di atas, saya mendapati miskonsepsi
yang telah dilakukan oleh dua orang murid saya yang telah saya kenalpasti
ialahmasalah kefahaman yang kurang mengenai bahasa Matematik. Bagi sesetengah
murid, kelemahan dalam Matematik mungkin disebabkan oleh kurang membaca,
menulis dan bercakap. Dalam Matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya
istilah matematik yang sebahagiannya belum pernah dengar di luar bilik matematik
ataupun mempunyai erti yang berlainan.
. Sebagai contoh, seperti yang telah dipaparkan di atas, kedua-dua murid saya
tidak dapat membezakan antara bentuk bulat dengan bentuk sfera.Natijahnya, murid
berkenaan menganggap bola berbentuk bulat.Begitu juga dengan bentuk kubus.Mereka
juga menganggap dadu berbentuk segi empatwalhal pada dasarnya, dadu merupakan
objek tiga dimensi dan berbentuk kubus.Dan pada pandanganperibadi saya, faktor
berlakunya miskonsepsi ini berkemungkinan besar disebabkan oleh pengetahuan sedia
ada murid tentang istilah bentuk dua matra dan tiga matra yang telah mereka pelajari
secara tidak sengaja dari kecil.
HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)
3 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
3
PEMBETULAN
Oleh yang demikian, saya telah mengkaji cara untuk mengatasi miskonsepsi ini
daripada berlaku.saya sebagai bakal guru berazam untuk menggunakan objek maujud
ataupun alat bantu mengajar yang konkrit bagi mengajar topic bentuk dua matra dan
tiga matra supaya murid mendapat gambaran yang jelas. Selain itu, objek maujud
sangat penting kerana saya berpendapat bahawa jika guru menggunakngaan objek
maujud, murid dapat menyelidik sendiri ciri-ciri bentuk dua dimensi dantiga dimensi.
Oleh yang demikian, murid tidaklah berasa keliru untuk menentukan yang mana adalah
merupakan objek tiga matra dan yang manakah pula yang dimaksudkandengan bentuk
dua matra.miskonsepsi ini dapat diatasi dengan penggunaan alat bantu mengajar dan
objek maujud dengan efisien.
1.
a) Circle / bulat
b) Oval / bujur
c) Sphere / sfera
d) Hemisphere / hemisfera
2.
a) Square / Segiempat sama
b) rectangle / Segiempat tepat
c) cuboid / kuboid
d) cube / kubus
HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)
4 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
4
CONTOH 2
Miskonsepsi kedua yang telah saya kenalpasti ialah miskonsepsi yang juga
melibatkan topik geometri iaitu murid saya tidak dapat membezakan sepenuhnya ciri-
ciri yang terdapat pada bentuk yang berbeza.
Sebagai contoh, murid menyangka bahawa bentuk rhombus itu ialah bentuk segi
empat kerana merekatelah terbiasa dengan bentuk segi empat yang sangat common
dalam kehidupan seharian mereka. Walhal pada dasarnya, kedua-dua bentuk tersebut
mempunyai empat sisi yang sama panjang namun demikian bentuk rhombus
mempunyai empat sisi selari manakala segiempat bersudut 90 darjah. Begitu juga
dengan segiempat sama dengan trapezium. Kedua-duanya mempunyai dua sisi yang
sama panjang yang bertentangan namun apa yang membezakannya ialah trapezium
mempunyai dua sisi bertentangan yang selari.
HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)
5 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
5
PEMBETULAN
Saya mendapati bagi mengatasi miskonsepsi ini guru haruslah memberi
penekanan kepada murid bahawa bukan semua bentuk segi empat adalah dinamakan
segi empat. Terdapat beberapa segiempat istimewa yang diberikan nama yang
istimewa seperti trapezium dan rhombus. Guru perlu memberi penjelasan yang jelas
kepada pelajar bahawa segiempat yang mempunyai dua garis selari yang bertentangan
dinamakan trapezium manakala segiempat yang mempunyai empat garis selari
dinamakan rhombus.
3.
a) Trapezium / trapezium
b) Rhombus / rombus
c) Square / segiempat sama
d) Rectangle / segiempat tepat
2.
a) Trapezium / trapezium
b) Rhombus / rombus
c) Square / segiempat sama
d) Rectangle / segiempat tepat
HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)
6 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
6
CONTOH 3
Miskonsepsi ketiga yang saya telah kenalpasti ialah kekeliruan untuk mengenal
pasti antara segi tiga sama sisi dan segi tiga sama kaki. Saya mendapati bahawa murid
saya gagal untuk melukiskan bentuk segi tiga sama kaki dengan tepat. Merekaberdua
telah melukiskan segi tiga sama kaki sebagai segi tiga sama sisi. Murid saya
berpendapat bahawa kedua-dua segi tiga tersebut adalah sama. Keadaan ini sangat
jelas sekali menunujukkanmurid saya gagal untuk membayangkan bentuk yang betul.
HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)
7 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
7
PEMBETULAN
Oleh yang demikian, saya berazam untuk membuat transformasi pengetahuan
bagi membetulkan miskonsepsi tersebut. Pada fikiran saya, saya boleh menayangkan
atau mempamerkan gambar segi tiga sama sisi kepada murid-murid saya dan meminta
murid saya untuk menyatakan nam bentuk tersebut.Sya perlu membimbing murid saya
ketika murid memberikan respon kepada soalan saya. Saya boleh mengulagi proses
yang sama apabila menayangkan bentuk segi tiga samakaki. Dan yang paling penting
sekali, saya perlu cuba untuk menanamkan kata kunci bagi mewakili kedua-dua
segitiga agar murid lebih jelas dan faham.
HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)
8 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
8
2.0 MISKONSEPSI MENGENAI TOPIK UKURAN
CONTOH 4
Bagi topik ukuran pula, saya telah mengenalpasti satu miskonsepsi yang sangat
lazim ditemui di dalam buku latihan murid.Miskonsepsi yang saya maksudkan ialah
miskonsepsi kelemahan dalam pengiraan.Setelah menjalankan kajian yang sangat
terperinci untuk mengetahui punca sebenar mengapa kerapkali berlakunya miskonsepsi
ini, saya telah menemui jawapannya. Saya mendapati ada murid yang memahami
konsep Matematik tetapi tidak konsisten dalam pengiraan .daripada pemerhatian saya,
mereka melakukan kesilapan dalam membaca symbol atau teknik penyelesaian operasi
yang salah. Murujuk kepada gambar rajah hasil kerja murid saya diatas, jelas sekali
bahawa mereka melakukan kesilapan dalam pengiraan operasi tolak.Mereka tidak
meminjam daripada rumah puluh.Murid saya terus membuat pengiraan tanpa
mengambilkira nilai digit.
HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)
9 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
9
PEMBETULAN
Sebungkus gula mempunyai berat 1520 g. Sebungkus tepung mempunyai berat 367 g
kurang daripada gula tersebut.Apakah berat sebungkus tepung, dalam kilogram?
1520
- 367
1153
Langkah bagi mengatasi masalah ini ialah saya perlu memberi penekan kepada
murid saya mengenai pentingnya mengambilkira nilai tempat dan juga nilai digit dalam
pengiraan. Tidak kisahla sama ada mereka ingin melakukan operasi penambahan atau
operasi penolakan. Nilai digit sangat penting dan perlu diambilkira sewajarnya. Selain
itu, bagi menarik minat murid , saya boleh juga menggunakan alat bantu mengajar
jadual nilai tempat bagi memberi gambaran yang jelas kepada murid tentang besarnya
nilai puluh berbanding nilai sa.
Jawapan : 1153
HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)
10 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
10
3.0 MISKONSEPSI MENGENAI PENGENDALIAN DATA
CONTOH 6
Miskonsepsi bagi topik pengendalian data yang telah murid saya lakukan ialah
murid saya tidak dapatmemindahkan maklumat daripada piktograf kepada nombor.
Saya telah mengenalpasti punca berlakunya situasi ini.Murid saya tidak memberi fokus
kepada petunjuk yang saya beri di bawah piktograf iaitu petunjuk satu gambar pokok
mewakili sepuluh batang pokok.Oleh yang demikian, mereka tidak dapat memindahkan
maklumat dengan betul kerana mereka mengabaikan petunjuk tersebut.
Selain itu, saya berpendapat bahawa murid saya tidak tahu untuk menjawab
soalan c, sebab itulah mereka hanya menulis jawapan sesuka hati.Mereka tidak pandai
membaca piktograf yang diberi.
HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)
11 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
11
PEMBETULAN
Number of trees planted in Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa in 5 months.
Bilangan pokok yang ditanam dalam Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa dalam 5 bulan.
represents 10 trees
mewakili 10 batang pokok
a) Which month has the most number of trees planted?
Bulan yang manakah mempunyai bilangan pokok yang paling banyak
ditanam?
_______________May_______________________________________
b) Which months has the same number of trees planted?
Dalam bulan yang manakah mempunyai bilangan yang sama bagi pokok yang
ditanam?
_______________January and March___________________________
c) Find the total number of trees planted in the five months.
Hitung jumlah bilangan pokok yang ditanam dalam lima bulan itu.
____________130 trees______________________________________
January
Januari
February
Februari
March
Mac
April
April
May
Mei
HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)
12 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
12
Saya telah mengenalpasti cara untuk mengatasi miskonsepsi ini. Setelah saya
mengkaji segala hasil kerja murid saya, saya dapati sangat ramai murid yang
menghadapi miskonsepsi ini. Saya perlu memberikan penekanan kepada mereka
setiap kali mereka diberi soalan yang melibatkan piktograf supaya peka terhadap
petunjuk yang diberi .saya juga perlu mengingatkan mereka semua bahwa petunjuk
adalah sangat penting untuk memindahkan maklumat daripada piktograf.
HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)
13 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
13
PENUTUP
Setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini, saya sangat berpuas hati
kerana banyak input baru yang saya peroleh yang sangat bermanfaat kepada saya
sebagai bakal guru. Pertama sekali, saya telah dapat mengenalpasti beberapa
miskonsepsi yang kerap berlaku dalam topik geometri, ukuran dan juga pengendalian
data.Selain itu, saya juga dapat mempelajari beberapa sebab miskonsepsi terbebut
boleh berlaku serta turut merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
untuk mengatasinya.
Saya tutur berasa teruja memandangkan saya telah berjaya menjalankan analisa
ini terhadap murid saya dandapat mengenalpasti apa sebenarnya yang menghalang
mereka daripada mendapat markah tinggi dalam peperiksaan. Menerusi tugasan ini
juga, saya dapat merancang pelbagai alat bantu mengajar yang kreatif yang sesuai
untuk membinbing murid memahami konsep dalam topic ini. Akhir kata, saya berharap
dengan setinggi-tinggi harapan agar semua pendidik serra bakal pendidik termasuklah
diri saya peka terhadap miskonsepsi dalam Matematik yang dihadapi oleh kebanyakan
murid. Sama-samalah kita melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang semaksima mungkin menjelang 2012 
HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)
14 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA
14
BIBLIOGRAFI
Mike Askew (2005). Teaching Primary mathematics
London :Hoddler Arnold
Website retrived on 29th
Aug 2012 from
http://ms.wikipedia.org/wiki/Unit_ukuran
http://azimatmate.blogspot.com/2011/07/matematik-ukuran-jarak.html
http://www.col.org/stamp/JSMath6.pdf
http://www.scribd.com/doc/56449705/definisi-istilah-geometrik
http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_definition_of_data_handling_in_mathematics_term

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangNurul Syuhada
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik Jerry Jessy
 
Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanHabibah Abdullah
 
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiKemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiZarah Ahmad
 
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabMeningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabHamidah Samsiah
 
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2Norazlin Mohd Rusdin
 
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )Mohd Norrazli Md Rasdi
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikPuspachacha89
 
RPH Penyelesaian Masalah Menggunakan Heuristik Garis Jjalur
RPH Penyelesaian Masalah Menggunakan Heuristik Garis JjalurRPH Penyelesaian Masalah Menggunakan Heuristik Garis Jjalur
RPH Penyelesaian Masalah Menggunakan Heuristik Garis JjalurNorazlin Mohd Rusdin
 

La actualidad más candente (16)

Pemulihan Sifir 1 hingga 4
Pemulihan Sifir 1 hingga 4Pemulihan Sifir 1 hingga 4
Pemulihan Sifir 1 hingga 4
 
Kajian 2017
Kajian 2017Kajian 2017
Kajian 2017
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silang
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik
 
Kaedah petak sifir
Kaedah petak sifirKaedah petak sifir
Kaedah petak sifir
 
Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihan
 
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiKemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
 
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabMeningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
 
Keberkesanan Tiga Teknik Darab
Keberkesanan Tiga Teknik DarabKeberkesanan Tiga Teknik Darab
Keberkesanan Tiga Teknik Darab
 
Kajian tindakan03
Kajian tindakan03Kajian tindakan03
Kajian tindakan03
 
Kajian
KajianKajian
Kajian
 
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
Kit Pengajaran Penyelesaian Masalah Bahagi Tahun 2
 
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
 
enriquez oribio
enriquez oribioenriquez oribio
enriquez oribio
 
RPH Penyelesaian Masalah Menggunakan Heuristik Garis Jjalur
RPH Penyelesaian Masalah Menggunakan Heuristik Garis JjalurRPH Penyelesaian Masalah Menggunakan Heuristik Garis Jjalur
RPH Penyelesaian Masalah Menggunakan Heuristik Garis Jjalur
 

Similar a Miskonsepsi yati

Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Habibah Abdullah
 
Krm 3063 refleksi 5 unit
Krm 3063 refleksi 5 unitKrm 3063 refleksi 5 unit
Krm 3063 refleksi 5 unitMashudi Misban
 
Unit pelajaran 4_miskonsepsi
Unit pelajaran 4_miskonsepsiUnit pelajaran 4_miskonsepsi
Unit pelajaran 4_miskonsepsiCik BaCo
 
kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3Kamal Ludin
 
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyhttp://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyKamal Ludin
 
6 chua li
6 chua li6 chua li
6 chua lisp k
 
Jurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian TindakanJurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian Tindakankoperasi
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2UPSI2010
 
HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School.
HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School. HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School.
HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School. Teacher Nasrah
 
Pakej soalan ramalan topikal pbs maths tingkatan1 (pbsf1-2013)
Pakej soalan ramalan topikal pbs   maths tingkatan1 (pbsf1-2013)Pakej soalan ramalan topikal pbs   maths tingkatan1 (pbsf1-2013)
Pakej soalan ramalan topikal pbs maths tingkatan1 (pbsf1-2013)Nirmala Rothinam
 
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp0136246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01sreedewi
 

Similar a Miskonsepsi yati (20)

Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
 
Krm 3063 refleksi 5 unit
Krm 3063 refleksi 5 unitKrm 3063 refleksi 5 unit
Krm 3063 refleksi 5 unit
 
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 
Unit pelajaran 4_miskonsepsi
Unit pelajaran 4_miskonsepsiUnit pelajaran 4_miskonsepsi
Unit pelajaran 4_miskonsepsi
 
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
 
Sains
SainsSains
Sains
 
kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3
 
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyhttp://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
 
6 chua li
6 chua li6 chua li
6 chua li
 
Bahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digitBahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digit
 
2003 andy
2003 andy2003 andy
2003 andy
 
Jurnal 8
Jurnal 8Jurnal 8
Jurnal 8
 
Jurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian TindakanJurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian Tindakan
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
Pola kesilapan murid tahun tiga wira menyelesaikan draf2
 
HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School.
HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School. HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School.
HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School.
 
Pakej soalan ramalan topikal pbs maths tingkatan1 (pbsf1-2013)
Pakej soalan ramalan topikal pbs   maths tingkatan1 (pbsf1-2013)Pakej soalan ramalan topikal pbs   maths tingkatan1 (pbsf1-2013)
Pakej soalan ramalan topikal pbs maths tingkatan1 (pbsf1-2013)
 
Kamsiah geografi sek men
Kamsiah geografi sek menKamsiah geografi sek men
Kamsiah geografi sek men
 
Kerja hana
Kerja hanaKerja hana
Kerja hana
 
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp0136246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
 

Más de Haryati Ismail

Present eduyatisal copy
Present eduyatisal copyPresent eduyatisal copy
Present eduyatisal copyHaryati Ismail
 
Phrgaan pgakuan n b0rg
Phrgaan pgakuan n b0rgPhrgaan pgakuan n b0rg
Phrgaan pgakuan n b0rgHaryati Ismail
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifHaryati Ismail
 
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by suKertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by suHaryati Ismail
 
Asemen mte3114 pengenalan
Asemen mte3114 pengenalanAsemen mte3114 pengenalan
Asemen mte3114 pengenalanHaryati Ismail
 
Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2Haryati Ismail
 
Min mesy jerjak pjalanan aktixiti
Min mesy jerjak pjalanan aktixitiMin mesy jerjak pjalanan aktixiti
Min mesy jerjak pjalanan aktixitiHaryati Ismail
 
Min mesy jerjak latest3
Min mesy jerjak latest3Min mesy jerjak latest3
Min mesy jerjak latest3Haryati Ismail
 
Min mesy jerjak latest2
Min mesy jerjak latest2Min mesy jerjak latest2
Min mesy jerjak latest2Haryati Ismail
 
Min mesy jerjak latest1
Min mesy jerjak latest1Min mesy jerjak latest1
Min mesy jerjak latest1Haryati Ismail
 
Min mesy jerjak cdgn lokasi
Min mesy jerjak cdgn lokasiMin mesy jerjak cdgn lokasi
Min mesy jerjak cdgn lokasiHaryati Ismail
 

Más de Haryati Ismail (20)

Worksheet darab yati
Worksheet darab yatiWorksheet darab yati
Worksheet darab yati
 
Worksheet yatie kiutt
Worksheet yatie kiuttWorksheet yatie kiutt
Worksheet yatie kiutt
 
Present eduyatisal copy
Present eduyatisal copyPresent eduyatisal copy
Present eduyatisal copy
 
Pn haliza punyas
Pn haliza punyasPn haliza punyas
Pn haliza punyas
 
Phrgaan pgakuan n b0rg
Phrgaan pgakuan n b0rgPhrgaan pgakuan n b0rg
Phrgaan pgakuan n b0rg
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
 
Miskonsepsi
MiskonsepsiMiskonsepsi
Miskonsepsi
 
Miskonsepsi yati
Miskonsepsi yatiMiskonsepsi yati
Miskonsepsi yati
 
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by suKertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
 
Individual reflection
Individual reflectionIndividual reflection
Individual reflection
 
Asemen mte3114
Asemen mte3114Asemen mte3114
Asemen mte3114
 
Asemen mte3114 pengenalan
Asemen mte3114 pengenalanAsemen mte3114 pengenalan
Asemen mte3114 pengenalan
 
Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2
 
Min mesy jerjak pjalanan aktixiti
Min mesy jerjak pjalanan aktixitiMin mesy jerjak pjalanan aktixiti
Min mesy jerjak pjalanan aktixiti
 
Min mesy jerjak latest3
Min mesy jerjak latest3Min mesy jerjak latest3
Min mesy jerjak latest3
 
Min mesy jerjak latest2
Min mesy jerjak latest2Min mesy jerjak latest2
Min mesy jerjak latest2
 
Min mesy jerjak latest1
Min mesy jerjak latest1Min mesy jerjak latest1
Min mesy jerjak latest1
 
Min mesy jerjak cdgn lokasi
Min mesy jerjak cdgn lokasiMin mesy jerjak cdgn lokasi
Min mesy jerjak cdgn lokasi
 
Min ke 3
Min ke 3Min ke 3
Min ke 3
 
Dokumen bukti
Dokumen buktiDokumen bukti
Dokumen bukti
 

Miskonsepsi yati

  • 1. HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164) 1 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA 1 PENDAHULUAN Miskonsepsi merupakan kesilapan yang dilakukan secara berulang-ulang.Kanak- kanak tidak tahu mereka melakukan kesilapan kerana mereka menjawab soalan mengikut kefahaman mereka yang sedia ada. Kesilapan ini akan dilakukan berulang- ulang sehingga ada orang yang memperbetulkan konsep mereka. Masalah ini sangat serius dan saya sebagai seorang bakal guru bertanggungjawab untuk mengenalpasti faktor berlakunya miskonsepsi-miskonsepsi dan seterusnya berikhtiar untuk mengambil langkah bagi mengatasi miskonsepsi ini daripada berlaku lagi pada masa akan datang. Bermulanya 23 Julai 2012 sehinggalah 21 September 2012, saya bersama-sama lima orang lagi rakan seperjuangan saya iaitu Nur Salsabila, Nor Fazana, Mohamad Safwan, Afifuddin dan Mohd Azizi telah menjalani sesi praktikum fasa kedua di Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa yang terletakdi Nibong Tebal,Pulau Pinang. Bak kata pepatah, sambil menyelam, minum air. Jadi, saya telah mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan tugasan individu bagi subjek MTE3114 yang mana memerlukan saya untukmenjalankan kritikal analisis terhadap miskonsepsi yang dihadapi oleh anak- anak murid saya dalam subjek Matematik. Skop yang telah saya kaji meliputi tiga topik kecil iaitu topik Geometri, Ukuran dan juga Pengendalian Data.Untuk menjalankan kritikal analisis ini, saya telah mengambil 19 spesimen iaitu murid-murid 4 Cemerlang. Sebelum memulakan analisis, saya telah menjalankan beberapa kajian tentang topik geometri, ukuran dan pengendalian data serta miskonsepsi-miskonsepsi yang kerapkali dilakukan oleh murid dalam mempelajari ketiga-tiga topik ini. Bagi miskonsepsi melibatkan topik geometri, saya telah mengenalpasti dua miskonsepsi yang dilakukan oleh murid kelas 4 Cemerlang.Manakala bagi topik ukuran, dua miskonsepsi juga yang saya berjaya kesan.Bagi topik pengendalian data saya telah mengenalpasti satu miskonsepsi. Saya juga telah menjalankan kritikal analisis mengenai apakah faktor-faktor yang mendorong kepada berlakunya miskonsepsi- miskonsepsi tersebut dan cara untuk mengatasi miskonsepsi tersebut.
  • 2. HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164) 2 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA 2 DAPATAN ANALISIS DOKUMEN- LEMBARAN KERJA PELAJAR TAHUN 4 CEMERLANG 1.0 MISKONSEPSI MENGENAI GEOMETRI CONTOH 1 Berdasarkan gambar rajah di atas, saya mendapati miskonsepsi yang telah dilakukan oleh dua orang murid saya yang telah saya kenalpasti ialahmasalah kefahaman yang kurang mengenai bahasa Matematik. Bagi sesetengah murid, kelemahan dalam Matematik mungkin disebabkan oleh kurang membaca, menulis dan bercakap. Dalam Matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang sebahagiannya belum pernah dengar di luar bilik matematik ataupun mempunyai erti yang berlainan. . Sebagai contoh, seperti yang telah dipaparkan di atas, kedua-dua murid saya tidak dapat membezakan antara bentuk bulat dengan bentuk sfera.Natijahnya, murid berkenaan menganggap bola berbentuk bulat.Begitu juga dengan bentuk kubus.Mereka juga menganggap dadu berbentuk segi empatwalhal pada dasarnya, dadu merupakan objek tiga dimensi dan berbentuk kubus.Dan pada pandanganperibadi saya, faktor berlakunya miskonsepsi ini berkemungkinan besar disebabkan oleh pengetahuan sedia ada murid tentang istilah bentuk dua matra dan tiga matra yang telah mereka pelajari secara tidak sengaja dari kecil.
  • 3. HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164) 3 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA 3 PEMBETULAN Oleh yang demikian, saya telah mengkaji cara untuk mengatasi miskonsepsi ini daripada berlaku.saya sebagai bakal guru berazam untuk menggunakan objek maujud ataupun alat bantu mengajar yang konkrit bagi mengajar topic bentuk dua matra dan tiga matra supaya murid mendapat gambaran yang jelas. Selain itu, objek maujud sangat penting kerana saya berpendapat bahawa jika guru menggunakngaan objek maujud, murid dapat menyelidik sendiri ciri-ciri bentuk dua dimensi dantiga dimensi. Oleh yang demikian, murid tidaklah berasa keliru untuk menentukan yang mana adalah merupakan objek tiga matra dan yang manakah pula yang dimaksudkandengan bentuk dua matra.miskonsepsi ini dapat diatasi dengan penggunaan alat bantu mengajar dan objek maujud dengan efisien. 1. a) Circle / bulat b) Oval / bujur c) Sphere / sfera d) Hemisphere / hemisfera 2. a) Square / Segiempat sama b) rectangle / Segiempat tepat c) cuboid / kuboid d) cube / kubus
  • 4. HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164) 4 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA 4 CONTOH 2 Miskonsepsi kedua yang telah saya kenalpasti ialah miskonsepsi yang juga melibatkan topik geometri iaitu murid saya tidak dapat membezakan sepenuhnya ciri- ciri yang terdapat pada bentuk yang berbeza. Sebagai contoh, murid menyangka bahawa bentuk rhombus itu ialah bentuk segi empat kerana merekatelah terbiasa dengan bentuk segi empat yang sangat common dalam kehidupan seharian mereka. Walhal pada dasarnya, kedua-dua bentuk tersebut mempunyai empat sisi yang sama panjang namun demikian bentuk rhombus mempunyai empat sisi selari manakala segiempat bersudut 90 darjah. Begitu juga dengan segiempat sama dengan trapezium. Kedua-duanya mempunyai dua sisi yang sama panjang yang bertentangan namun apa yang membezakannya ialah trapezium mempunyai dua sisi bertentangan yang selari.
  • 5. HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164) 5 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA 5 PEMBETULAN Saya mendapati bagi mengatasi miskonsepsi ini guru haruslah memberi penekanan kepada murid bahawa bukan semua bentuk segi empat adalah dinamakan segi empat. Terdapat beberapa segiempat istimewa yang diberikan nama yang istimewa seperti trapezium dan rhombus. Guru perlu memberi penjelasan yang jelas kepada pelajar bahawa segiempat yang mempunyai dua garis selari yang bertentangan dinamakan trapezium manakala segiempat yang mempunyai empat garis selari dinamakan rhombus. 3. a) Trapezium / trapezium b) Rhombus / rombus c) Square / segiempat sama d) Rectangle / segiempat tepat 2. a) Trapezium / trapezium b) Rhombus / rombus c) Square / segiempat sama d) Rectangle / segiempat tepat
  • 6. HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164) 6 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA 6 CONTOH 3 Miskonsepsi ketiga yang saya telah kenalpasti ialah kekeliruan untuk mengenal pasti antara segi tiga sama sisi dan segi tiga sama kaki. Saya mendapati bahawa murid saya gagal untuk melukiskan bentuk segi tiga sama kaki dengan tepat. Merekaberdua telah melukiskan segi tiga sama kaki sebagai segi tiga sama sisi. Murid saya berpendapat bahawa kedua-dua segi tiga tersebut adalah sama. Keadaan ini sangat jelas sekali menunujukkanmurid saya gagal untuk membayangkan bentuk yang betul.
  • 7. HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164) 7 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA 7 PEMBETULAN Oleh yang demikian, saya berazam untuk membuat transformasi pengetahuan bagi membetulkan miskonsepsi tersebut. Pada fikiran saya, saya boleh menayangkan atau mempamerkan gambar segi tiga sama sisi kepada murid-murid saya dan meminta murid saya untuk menyatakan nam bentuk tersebut.Sya perlu membimbing murid saya ketika murid memberikan respon kepada soalan saya. Saya boleh mengulagi proses yang sama apabila menayangkan bentuk segi tiga samakaki. Dan yang paling penting sekali, saya perlu cuba untuk menanamkan kata kunci bagi mewakili kedua-dua segitiga agar murid lebih jelas dan faham.
  • 8. HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164) 8 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA 8 2.0 MISKONSEPSI MENGENAI TOPIK UKURAN CONTOH 4 Bagi topik ukuran pula, saya telah mengenalpasti satu miskonsepsi yang sangat lazim ditemui di dalam buku latihan murid.Miskonsepsi yang saya maksudkan ialah miskonsepsi kelemahan dalam pengiraan.Setelah menjalankan kajian yang sangat terperinci untuk mengetahui punca sebenar mengapa kerapkali berlakunya miskonsepsi ini, saya telah menemui jawapannya. Saya mendapati ada murid yang memahami konsep Matematik tetapi tidak konsisten dalam pengiraan .daripada pemerhatian saya, mereka melakukan kesilapan dalam membaca symbol atau teknik penyelesaian operasi yang salah. Murujuk kepada gambar rajah hasil kerja murid saya diatas, jelas sekali bahawa mereka melakukan kesilapan dalam pengiraan operasi tolak.Mereka tidak meminjam daripada rumah puluh.Murid saya terus membuat pengiraan tanpa mengambilkira nilai digit.
  • 9. HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164) 9 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA 9 PEMBETULAN Sebungkus gula mempunyai berat 1520 g. Sebungkus tepung mempunyai berat 367 g kurang daripada gula tersebut.Apakah berat sebungkus tepung, dalam kilogram? 1520 - 367 1153 Langkah bagi mengatasi masalah ini ialah saya perlu memberi penekan kepada murid saya mengenai pentingnya mengambilkira nilai tempat dan juga nilai digit dalam pengiraan. Tidak kisahla sama ada mereka ingin melakukan operasi penambahan atau operasi penolakan. Nilai digit sangat penting dan perlu diambilkira sewajarnya. Selain itu, bagi menarik minat murid , saya boleh juga menggunakan alat bantu mengajar jadual nilai tempat bagi memberi gambaran yang jelas kepada murid tentang besarnya nilai puluh berbanding nilai sa. Jawapan : 1153
  • 10. HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164) 10 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA 10 3.0 MISKONSEPSI MENGENAI PENGENDALIAN DATA CONTOH 6 Miskonsepsi bagi topik pengendalian data yang telah murid saya lakukan ialah murid saya tidak dapatmemindahkan maklumat daripada piktograf kepada nombor. Saya telah mengenalpasti punca berlakunya situasi ini.Murid saya tidak memberi fokus kepada petunjuk yang saya beri di bawah piktograf iaitu petunjuk satu gambar pokok mewakili sepuluh batang pokok.Oleh yang demikian, mereka tidak dapat memindahkan maklumat dengan betul kerana mereka mengabaikan petunjuk tersebut. Selain itu, saya berpendapat bahawa murid saya tidak tahu untuk menjawab soalan c, sebab itulah mereka hanya menulis jawapan sesuka hati.Mereka tidak pandai membaca piktograf yang diberi.
  • 11. HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164) 11 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA 11 PEMBETULAN Number of trees planted in Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa in 5 months. Bilangan pokok yang ditanam dalam Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa dalam 5 bulan. represents 10 trees mewakili 10 batang pokok a) Which month has the most number of trees planted? Bulan yang manakah mempunyai bilangan pokok yang paling banyak ditanam? _______________May_______________________________________ b) Which months has the same number of trees planted? Dalam bulan yang manakah mempunyai bilangan yang sama bagi pokok yang ditanam? _______________January and March___________________________ c) Find the total number of trees planted in the five months. Hitung jumlah bilangan pokok yang ditanam dalam lima bulan itu. ____________130 trees______________________________________ January Januari February Februari March Mac April April May Mei
  • 12. HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164) 12 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA 12 Saya telah mengenalpasti cara untuk mengatasi miskonsepsi ini. Setelah saya mengkaji segala hasil kerja murid saya, saya dapati sangat ramai murid yang menghadapi miskonsepsi ini. Saya perlu memberikan penekanan kepada mereka setiap kali mereka diberi soalan yang melibatkan piktograf supaya peka terhadap petunjuk yang diberi .saya juga perlu mengingatkan mereka semua bahwa petunjuk adalah sangat penting untuk memindahkan maklumat daripada piktograf.
  • 13. HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164) 13 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA 13 PENUTUP Setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini, saya sangat berpuas hati kerana banyak input baru yang saya peroleh yang sangat bermanfaat kepada saya sebagai bakal guru. Pertama sekali, saya telah dapat mengenalpasti beberapa miskonsepsi yang kerap berlaku dalam topik geometri, ukuran dan juga pengendalian data.Selain itu, saya juga dapat mempelajari beberapa sebab miskonsepsi terbebut boleh berlaku serta turut merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengatasinya. Saya tutur berasa teruja memandangkan saya telah berjaya menjalankan analisa ini terhadap murid saya dandapat mengenalpasti apa sebenarnya yang menghalang mereka daripada mendapat markah tinggi dalam peperiksaan. Menerusi tugasan ini juga, saya dapat merancang pelbagai alat bantu mengajar yang kreatif yang sesuai untuk membinbing murid memahami konsep dalam topic ini. Akhir kata, saya berharap dengan setinggi-tinggi harapan agar semua pendidik serra bakal pendidik termasuklah diri saya peka terhadap miskonsepsi dalam Matematik yang dihadapi oleh kebanyakan murid. Sama-samalah kita melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang semaksima mungkin menjelang 2012 
  • 14. HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164) 14 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA 14 BIBLIOGRAFI Mike Askew (2005). Teaching Primary mathematics London :Hoddler Arnold Website retrived on 29th Aug 2012 from http://ms.wikipedia.org/wiki/Unit_ukuran http://azimatmate.blogspot.com/2011/07/matematik-ukuran-jarak.html http://www.col.org/stamp/JSMath6.pdf http://www.scribd.com/doc/56449705/definisi-istilah-geometrik http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_definition_of_data_handling_in_mathematics_term