SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 9
KAEDAH PENGUMPULAN DATA KUALITATIF

                               PENGENALAN

Proses pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif memberi peluang kepada
penyelidik untuk mendapat data yang berciri seperti berikut:

i) memberi bermakna dan penting kepada peserta kajian,
ii) data yang tidak dijangka atau diandai oleh penyelidik,
iii) data yang mendalam serta dapat menjelaskan sesuatu isu yang dikaji (Mack,
Woodsong, MackQueen, Guest, & Namey, 2005).

Empat kaedah mengumpul data kualitatif yang akan dibincangkan ialah
Pemerhatian, temubual Individu, Kumpulan Fokus serta analisa artifek. Setiap
satu dari kaedah ini sesuai untuk digunakan untuk mengutip jenis-jenis data-data
tertentu. Data dari kaedah-kaedah ini adalah dalam bentuk nota, rakaman audio
dan video, serta trankripsi.


PERMERHATIAN

Pemerhatian dalam kajian kualitatif boleh dilakukan melalui tiga cara iaitu i)
Pemerhatian Tidak Turut Serta ii) Pemerhatian Separa Turut Serta dan
iii)Pemerhatian Turut Serta. Ketiga-tiga bentuk pemerhatian ini melibatkan
pengkaji berada di persekitaran yang membenarkan peserta bertingkahlaku secara
semulajadi. Perkara yang membezakan ketiga jenis pemerhatian ini ialah tahap
penglibatan pengkaji dalam aktiviti yang dilakukan oleh peserta kajian. Dalam
Pemerhatian Tanpa Turut Serta pengkaji hanya memerhati dan mengutip data
tanpa perlu mewujudkan apa-apa interaksi dengan peserta atau persekitaranya.
Sebaliknya Pemerhatian Turut Serta memerlukan penglibatan pengkaji dalam
persekitaran dan aktiviti-aktiviti peserta. Terdapat juga kajian yang memerlukan
pengkaji menggunakan kedua-dua kaedah bila perlu. Ini dinamakan Pemerhatian
Separa Turut Serta. Pengkaji yang membuat Pemerhatian Secara Turut Serta
mempelajari bagaimana rasanya berada dalam dunia dan kehidupan sebenar
peserta kajian dan pada masa yang sama perlu kekal sebagai seorang luaran untuk
membolehkannya membuat laporan secara objektif.

       Kaedah pemerhatian berasal dari kajian ethnografik yang bertujuan
mempelajari perspektif populasi yang dikaji dalam konteks peserta sendiri.
Penyelidik kualitif perlu membuat andaian bahawa dalam sesuatu populasi
terdapat pelbagai perspektif tentang sesuatu isu. Kita berminat mengetahui
pelbagai perspektif ini dan memahami jalinan yang berlaku antara perspektif-
perspektif yang berbeza ini.
Langkah-Langkah Menjalankan Pemerhatian

1. Berada dilokasi kajian
Pengkaji pergi ke komuniti atau persekitaran di mana terdapat populasi yang
dapat memberi jawapan kepada soalan kajian. Peserta boleh terus bertingkahlaku
secara natural dalam persekitaran mereka. Sebagai persediaan kepada proses
pemerhatian, pengkaji perlu mengenalpasti invidu yang dapat memberikan
maklumat terbanyak kepadanya. Dalam Pemerhatian Turut Serta, pengkaji boleh
membina hubungan dan seterusnya berinteraksi dengan individu-individu dalam
persekitaran tersebut yang dapat membantu pengkaji memahami fenomena-
fenomena yang diperhatikannya.


2. Membuat Catatan
Semasa berada dalam persekitaran yang dikaji, pengkaji mencatat segala
maklumat yang diperolehi dalam buku nota lapangan. Maklumat ini diperolehi
melalui pemerhatian tingkahlaku, perbualan personal, dan juga peristiwa yang
berlaku dalam persekitaran tersebut. Maklumat yang diperolehi dari media masa
di kawasan tersebut juga boleh dijadikan sumber data. Walaupun selalunya data
pemerhatian adalah dalam bentuk teks, catatan juga boleh dilakukan dalam bentuk
rajah dan peta minda (untuk menggambarkan sesuatu hubungan, kronologi
peristiwa, kedudukan kuasa, dll. Dalam proses ini, pengkaji perlu sentiasa berhati-
hati mencatatkan pemerhatiannya secara empirikal tanpa melakukan interpretasi
mengikut nilai pengkaji sendiri.

       Cara mengambil nota lapangan

a. Catatkan Tarikh, Masa, tempat dan peristiwa.

b. Tinggalkan ruang kosong pada setiap catatan supaya nota ini boleh
   dikembangkan.

c Ambil nota secara strategik dengan mencatatkan hanya perkataan kunci.

d Gunakan short hand.

e. Liputi pelbagai aspek pemerhatian seperti peristiwa, perbualan, bahasa badan,
mood, persekitaran secara am, interaksi sesama peserta, dan lain-lain yang
relevan.



3. Mengembangkan Data Pemerhatian
Data pemerhatian dalam bentuk nota-nota ringkas perlu dikembangkan secepat
mungkin supaya dapat memberi maklumat lengkap sebelum dianalisa. Data ini
perlu ditulis atau ditaip kepada data naratif yang menerangkan:
 a. peristiwa yang telah berlaku
 b. pembelajaran yang anda perolehi daripada pemerhatian tersebut.
 c. mengenalpasti soalan yang akan ditanya seterusnya jika data yang diperolehi
belum memuaskan. Pengkaji perlu menyemak semula data naratif tersebut,
memasukkan komen-komen terakhir untuk mengukuhkan data pemerhatian
tersebut.

        Data teks dan gambarajah daripada pemerhatian boleh dimasukkan dalam
komputer dan diproses untuk menghasilkan sesuatu patten atau tema yang
menonjol (sila rujuk bahagaian pengurusan data). Data pemerhatian dalam
pelbagai bentuk ini sentiasa dirujuk untuk menyokong satu sama lain sepanjang
kajian ini. Data pemerhatian dapat membantu pengkaji memahami perspektif dan
tingkahlaku peserta dari konteks budaya dan persekitaran peserta semasa dalam
proses temubual dan kumpulan fokus. Dengan merujuk kepada data pemerhatian,
pengkaji boleh mengukuhkan rekabentuk instrumen temubual, menjimatkan masa
dan mengelakkan kesilapan-kesilapan sepanjang kajian tersebut.


TEMUBUAL INDIVIDU

Temubual Individu adalah kaedah yang paling berkesan membolehkan pengkaji
mengutip data secara mendalam tentang sejarah, pandangan, dan pengalaman
seseorang peserta terutamanya bagi topik-topik yang sensitif. Temubual
mendalam boleh dilakukan kepada

i) individu yang mengalami sesuatu fenomena,
ii) individu yang mempunyai hubungan dengan populasi yang mengalami
     fenomena tersebut seperti ahli keluarga, rakan-rakan, ahli masyarakat, dan
iii) pakar yang mengendalikan sesuatu tugasan profesional berkaitan fenomena
     tersebut seperti contohnya doktor, guru, ahli politik, dan lain-lain yang
     berkenaan.

       Samada sebagai populasi yang dikaji ataupun sebagai orang yang
mempunyai hubungan profesional atau personal dengan populasi kajian, peserta
yang terlibat dalam temubual individu akan mendapat faedah melalui proses ini.
Ramai peserta yang berasa gembira dan mengalami carthasis ketika ditemubual
kerana mereka berpeluang menyatakan perspektif mereka dan membuat
pendedahan kendiri kepada seseorang yang mendengar dengan penuh minat.
Penyelidik pula menerima satu penghormatan apabila diberi peluang oleh orang
yang tidak dikenali untuk memahami sebahagian kehidupan orang tersebut
(Mack, Woodsong, MackQueen, Guest, & Namey, 2005).

        Dalam proses menemubual, peserta adalah seseorang yang dapat memberi
respon kepada soalan-soalan kajian manakala penyelidik adalah pelajar yang
ingin mengetahui pandangan peserta tersebut. Penyelidik menerima semua
jawapan yang diberi oleh peserta dan tidak memberi nilai samada jawapan itu
betul atau salah. Proses ini melibatkan penyelidik bersemuka dengan peserta dan
mendengar dengan teliti respon-respon peserta kepada soalan yang diajukan
kepadanya. Jika keselamatan menjadi isu, kehadiran dua penyelidik boleh
digunakan dengan memastikan peserta tidak rasa diperkecilkan. Perbualan
telefon antara penyelidik dengan peserta juga dikira sebagai temubual.

Langkah-langkah dalam proses temubual

1. Persediaan Menemubual: Protokol Soalan
Penyelidik perlu membuat persediaan dengan mencari maklumat asas tentang
tajuk kajian dan elemen-lemen dalam kajiannya seperti teori, fenomena terkini
serta faktor-faktor yang mempengaruhi. Pengetahuan ini membantu penyelidik
membina instrumen kajian yang disebut sebagai protokol soalan (Hill, Knox,
Thompson, Williams, Hess, Ladany, 2005). Protokol soalan adalah senarai
soalan-soalan yang disediakan oleh penyelidik untuk mencari jawapan kepada
soalan kajiannya. Protokol soalan perlulah mengikut susunan berikut:



Bil. Jenis Soalan          Penerangan               Contoh
1    Soalan Pengenalan     Membolehkan peserta ”terangkan tentang diri anda
                           memperkenalkan diri dari aspek: pengalaman
                                                    kerja,umur, jantina,”
2    Soalan Transisi       Memperkenal        topik ”Apakah yang anda faham
                           yang hendak dikaji tentang eq?”
                           dan meminta respon “Pernahkah anda membuat
                           peserta        terhadap keputusan               secara
                           pengetahuan         asas beremosi?”
                           tentang topik tersebut.
3    Soalan Kunci          Soalan Utama yang ”Pada pandangan                anda
                           menghasilkan             apakah          faktor-faktor
                           jawapan          kepada mempengaruhi
                           soalan kajian            kecerdasan emosi?”
                                                    ”bagaimanakah           anda
                                                    menangani masalah masalah
                                                    emosi di tempat kerja?”
                                                    ”bagaimanakah           anda
menangani masalah emosi
                                                   dalam hubungan dengan ahli
                                                   keluarga?”

4    Soalan Penutup        Memeriksa      jika ”adakah anda mempunyai
                           peserta       mahu apa-apa pandangan lagi
                           menambah maklumat ditentang EQ?”




2. Kemahiran Menemubual

Pengkaji perlu menggunakan kemahiran berkomunikasi yang berkesan agar
peserta berasa selesa dan terdorong untuk memberi respon yang memuaskan.
Kemahiran ini termasuklah:

a. Membina hubungan yang baik melalui penggunaan tingkahlaku yang sesuai
dengan budaya peserta, senyum, menggunakan nada suara yang mesra, berhemah
dalam berjenaka, merendah diri, bersabar dan tidak memarahi peserta.

b. Memberi penerangan yang jelas kepada peserta tentang tujuan dan prosedur
kajian, dan bagaimana temubual ini berbeza dari perbualan biasa. Pengkaji perlu
menerangkan tentang senarai soalan yang telah disediakan dan meminta peserta
menjawab secara bebas, iaitu tiada jawapan yang betul atau salah.

c. Memberi keutamaan kepada perspektif peserta. Walaupun pendapat peserta
berbeza dari apa yang anda harapkan, sebagai pengkaji anda perlu objektif dan
mendengar serta merekod segala maklumat tanpa mengubah apa-apa makna.
Bagaimanapun jika terdapat maklumat yang salah dari segi fakta, anda
bertanggungjawab memberi maklumat yang betul selepas temubual tersebut.

d. Menyesuaikan diri kepada pelbagai personaliti dan kedaan emosi peserta.
Pengalaman dan personaliti yang berbeza menjadikan peserta mengekspresi diri
mereka dengan pelbagai cara. Pengkaji kualitatif bukan sahaja perlu bersedia
menerima perspektif dan gaya yang berbeza, malah perlu membina kemahiran
berinteraksi dengan peserta yang berbeza.


e. Menggunakan teknik penyoalan berkesan melalui:
   -bertanyakan satu soalan pada satu masa,
   -meminta penjelasan terhadap respons yang kabur,
   -bertanyakan soalan-soalan terbuka,
-mengelakkan soalan terarah dan bias
   -menggunakan soalan-soalan penerokaan mendalam atau probing. Contoh
    bagi soalan penerokaan atau probing ini ialah:
       ”boleh perjelaskan pernyataan anda tadi?”
       ”apa yang anda maksudkan?”
       ”Kenapa anda berkata begitu?”
       ”Bagaimanakah ini memberi impak kepada anda?”

3. Mendokumentasikan Temubual

Data temubual merupakan perbualan antara penyelidik dan peserta yang dirakam
melalui pita suara, video dan juga nota. Penyelidik kini mempunyai pelbagai
pilihan teknologi perakam data yang membolehkan rakaman dilakukan tanpa
menganggu keselesaan peserta semasa temubual. Apapun teknologi rakaman yang
digunakan, penyelidik perlu mematuhi etika dengan memastikan segala rakaman
ini mendapat kebenaran dari peserta. Temubual mendalam perlu mendapat
informed consent atau persetujuan bermaklumat daripada peserta yang boleh
dinyatakan secara lisan yang dirakam, ataupun secara bertulis dengan
menandatangi surat kebenaran.

       Data temubual yang telah dirakam ini ditaip kembali dalam komputer
dalam bentuk transkrip untuk melalui proses seterusnya iaitu analisa. Analisis ini
membolehkan pengkaji memetik ungkapan sebenar peserta dan dijadikan bukti
kepada jawapan-jawapan yang dicari oleh soalan kajian.


TEMUBUAL KUMPULAN FOKUS

Temubual kumpulan fokus merupakan kaedah kualitatif yang berkesan untuk
mempelajari budaya dan amalan sesuatu kumpulan, ataupun mendapat pelbagai
pandangan dalam sesebuah kumpulan tentang sesuatu isu. Kumpulan fokus
dijalankan dengan seorang atau dua fasilitator berjumpa dengan ahli kumpulan
untuk membincangkan sesuatu topik kajian.Contoh penggunaan kaedah ini yang
paling sering dilakukan ialah dalam kajian-kajian pasaran di mana pengkaji perlu
mengetahui tentang produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh sesuatu
populasi. Kekuatan data kumpulan fokus terletak kepada dinamika yang terhasil
daripada interaksi kelompok. Selain dari menghasilkan respons yang banyak
pada masa yang pendek, ahli-ahli kelompok juga teransang untuk memberikan
pelbagai jawapan yang berbeza berdasarkan pengalaman dan personaliti mereka.
Bagaimanapun kumpulan fokus kurang sesuai untuk mendapatkan jawapan
kepada soalan-soalan yang sensitif dan terlalu personal.

Langkah-langkah Menemubual Kumpulan Fokus.
1. Persediaan Temubual Kumpulan Fokus

Pengkaji membina soalan fokus

Soalan temubual kumpulan fokus berbentuk terbuka yang memerlukan peserta
memberi penerangan bukannya sekadar ”ya” dan ”tidak”. Temubual kumpulan
fokus menggunakan protokol soalan yang dibina terlebih dahulu oleh pengkaji
(sila rujuk bahagian temubual individu untuk mempelajari cara-cara pembinaan
protokol soalan).

Pengkaji Memilih Kumpulan Fokus
Peserta kumpulan fokus terdiri dari mereka yang dapat memberi respons terhadap
isu yang dikaji. Pengkaji boleh membina kumpulan-kumpulan yang mempunyai
ciri-ciri yang sama ataupun berbeza. Contohnya dalam kajian EQ yang dijalankan
di seluruh negara, pengkaji telah membina 30 kumpulan fokus yang terdiri dari
kumpulan pegawai penjara, kumpulan jururawat, dan kumpulan guru (Noriah,
Zuria, Siti Rahayah, 2004). Walaupun perbezaan didapati dalam respons antara
kumpulan pekerjaan yang berbeza, masih terdapat pelbagai respons di kalangan
ahli-ahli kumpulan homogenus. Walaupun pengkaji mencari tema keseragaman
daripada sesuatu kumpulan, respons dari setiap ahli adalah unik dan diberi
perhatian oleh pengkaji. Respons ini telah berjaya membina satu senarai
soalseldik EQ bagi pekerja di Malaysia. Jumlah ahli yang sesuai untuk sesuatu
kumpulan fokus ialah antara 8-10 orang.

Pengkaji menyediakan alat rakaman
Sesi perbincangan ini dirakam melalui pita video ataupun audio. Oleh itu,
pengkaji perlu membiasakan diri dengan alat rakaman.    Seorang fasilitator
diperlukan untuk membaca soalan dan mengendalikan perbincangan, manakala
seorang lagi diperlukan untuk mencatat, atau memastikann rakaman berjalan
lancar.


2. Mengendalikan Temubual Kumpulan Fokus

Pengkaji memperkenalkan dirinya, menyatakan tujuan perbincangan tersebut, dan
menerangkan bagaimana proses temubual fokus berlaku. Pengkaji perlu
menyatakan bahawa tiada jawapan yang betul atau salah dan semua ahli
berpeluang menyatakan pandangan mereka tanpa perlu risau bahawa ia akan
disalahgunakan. Pengkaji perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari ahli
kumpulan untuk merakam sesi dan menggunakan data untuk kajian. Semasa
temubual berjalan, pengkaji perlu melakukan perkara berikut:

a.   menggalakkan ahli-ahli memberi respons dan berinteraksi sesama mereka
b.   mengaitkan satu respons dengan yang lain. Contohnya, fasilitator boleh
berkata ”Tadi Fatimah telah memberi pendapat beliau tentang tindakan yang
    diambil ketika beliau sedang marah, bagaimana dengan ahli lain, ada yang
    sama, atau berbeza?”.
c. mengelak dari memberi komen kepada peserta samada respons itu tepat atau
    sebaliknya,
d. tidak menegur peserta kerana mempunyai pemikiran yang tidak sesuai,
e. berwaspada supaya tidak bertanyakan soalan yang terlalu sensitif dan
    menyentuh peribadi peserta.

3. Selepas Temubual Fokus

Perbincangan dengan rakan penyelidik selepas sesi kumpulan fokus adalah
penting. Pengkaji perlu mengimbas kembali maklumat yang didapati dalam
kelompok tersebut, serta reaksi ahli kelompok terhadap isu kajian semasa
maklumat tersebut masih segar diingatan. Jika penyelidik menjalankan kajian ini
bersendirian, sangat baik jika maklumat ini dijadikan memo di atas kertas atau
dalam komputer. Maklumat ini sangat penting untuk
a. memeriksa soalan-soalan yang tidak berkesan dan sebabnya,
b. mencari penemuan yang sama atau berbeza dengan data sebelum ini,
c. memeriksa topik baru dan maklumat yang lansung tidak timbul dalam
    kumpulan tersebut, dan
d. mengenalpasti maklumat yang perlu diperiksa lebih mendalam di luar
    kelompok seperti melalui dokumen, pemerhatian, dll.

Rakaman tersebut perlu didengar kembali, ditaip untuk menghasilkan transkrip,
dan seterusnya dianalisa secara manual ataupun dengan software NVIVO.

ARTIFEK

Artifek adalah bahan-bahan maujud yang dapat dijadikan bukti empirikal kepada
sesebuah kajian. Sesuatu artifek itu sesuai dijadikan bahan kajian apabila ia
secara lansung atau tidak lansung mengandungi maklumat-maklumat berkenaan
sesuatu peristiwa, proses, dan budaya. Menurut Gorad (2002), pengkaji kualitatif
melihat pelbagai perkara berpotensi memberi maklumat, dan pengkaji menjadi
pengaut data yang teliti. Sekecil-kecil perkara seperti brosur sekolah, nota-nota,
tiket, senikata lagu, sehinggalah sebesar-besar perkara seperti bangunan,
kapalterbang, dan tempat-tempat sejarah adalah artifek yang mempunyai pelbagai
maklumat untuk dijadikan bahan bukti. Ahli-ahli sejarah umpamanya memainkan
peranan yang amat penting dalam membantu manusia memahami pelbagai
perubahan dan pembentukan peradaban melalui penelitian mereka terhadap
artifek purba seperti bangunan dan peralatan kehidupan sebelum ini. Perkara
yang paling penting bagi pengkaji ialah memastikan bahawa artifek yang dikaji
adalah asli kerana ini memberi pengaruh yang besar ke atas kesahihan dan
kebolehpercayaan kajian tersebut. Seterusnya, pengkaji mencatat nota, dan
merakam secara audio dan visual bentuk fizikal artifek tersebut. Pengkaji
kemudian menggunakan pelbagai aspek dalam artifek itu untuk menjawab
persoalan kajian yang telah disediakan. Pada masa yang sama, terdapat aspek-
aspek artifek tersebut yang memberikan pengetahuan baru ataupun persoalan
kajian baru yang selama ini tidak difikirkan oleh pengkaji tersebut.

                                 RUMUSAN

Bab ini telah membincangkan pelbagai cara yang dapat digunakan oleh pengkaji
kualitif untuk mendapatkan data. Empat cara yang telah dibincangkan adalah
pemerhatian, temubual individu, temubual kumpulan fokus, serta analisa artifek.
Semua cara pengumpuan data ini memberi peluang kepada pengkaji mendapatkan
data yang banyak serta mendalam. Pengkaji perlulah teliti dalam memilih data
yang sesuai digunakan untuk memberi jawapan kepada persoalan kajiannya. Pada
masa yang sama, proses kutipan data kualitatif memberi ruang untuk pengkaji
menjumpai data yang tidak dijangkakan. Oleh itu, pengkaji kualitatif perlu
menyediakan minda yang terbuka dalam proses pengumpulan data untuk
menerima maklumat-maklumat baru ini.
                                  RUJUKAN

Gorad, S. (2002). Can we overcome the methodological schism? Four models for
combining qualitative and quantitative evidence. Research Papers in Education
17(4), 345-361.

Hill, C. B., Knox,S. Thompson, B. J., Williams, E. N., Hess, S. A., & Ladany,
N. 2005). Consensual Qualitative Research: An Update, Journal of Counseling
Psychology, 52, pp. 196-206.

Mack, N. Woodsong, E. MackQueen, K. M. , Guest, G. & Namey, E. (2005).
Qualitative Research Methods: A Data Collectors Field Guide, Family Health
International, Research triangle Park, NC: FHI.

Noriah, M.I, Zuria, M. Siti Rahayah, A. (2004). Kecerdasan Emosi di kalangan
pekerja di Malaysia. Laporan Penyelidikan Geran IRPA. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanKmk Ktk
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifMokhzani Fadir
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi Is Fakarizam
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxMUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneAlice Lee
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaan2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaanFarah Husna
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianairenahmad
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifKajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifTunMastura
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
taksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohltaksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohlnsmm
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 

La actualidad más candente (20)

Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakan
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
 
2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaan2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaan
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifKajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
taksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohltaksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohl
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 

Destacado

Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi
Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologiKaedah pnyelidikan-dlm-psikologi
Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologiShamsuddin Frans
 
Teori gestalt ppt
Teori gestalt pptTeori gestalt ppt
Teori gestalt pptRyan Advan
 
Ppt teori gestalt
Ppt teori gestaltPpt teori gestalt
Ppt teori gestaltFath Anissa
 
TABEL TEORI PENDEKATAN KONSELING DALAM BK
TABEL TEORI PENDEKATAN KONSELING DALAM BKTABEL TEORI PENDEKATAN KONSELING DALAM BK
TABEL TEORI PENDEKATAN KONSELING DALAM BKrina_nurjanah96
 
Instrumen dan teknik pengumpulan data kuantitatif & kualitatif
Instrumen dan teknik pengumpulan data kuantitatif & kualitatifInstrumen dan teknik pengumpulan data kuantitatif & kualitatif
Instrumen dan teknik pengumpulan data kuantitatif & kualitatifMiko Tsukikagami
 
Analisis data kuantitatif (rendra)
Analisis data kuantitatif (rendra) Analisis data kuantitatif (rendra)
Analisis data kuantitatif (rendra) humanistik
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifwmkfirdaus
 
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatifwmkfirdaus
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakannym_namrod
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianRibut Taufan
 
Analisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran dataAnalisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran datahuuriyahbahiirah
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianANIS IBRAHIM
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis datamohdkhamdani
 

Destacado (15)

Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi
Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologiKaedah pnyelidikan-dlm-psikologi
Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi
 
Teori gestalt ppt
Teori gestalt pptTeori gestalt ppt
Teori gestalt ppt
 
Teori Gestalt
Teori GestaltTeori Gestalt
Teori Gestalt
 
Ppt teori gestalt
Ppt teori gestaltPpt teori gestalt
Ppt teori gestalt
 
TABEL TEORI PENDEKATAN KONSELING DALAM BK
TABEL TEORI PENDEKATAN KONSELING DALAM BKTABEL TEORI PENDEKATAN KONSELING DALAM BK
TABEL TEORI PENDEKATAN KONSELING DALAM BK
 
Instrumen dan teknik pengumpulan data kuantitatif & kualitatif
Instrumen dan teknik pengumpulan data kuantitatif & kualitatifInstrumen dan teknik pengumpulan data kuantitatif & kualitatif
Instrumen dan teknik pengumpulan data kuantitatif & kualitatif
 
Analisis data kuantitatif (rendra)
Analisis data kuantitatif (rendra) Analisis data kuantitatif (rendra)
Analisis data kuantitatif (rendra)
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatif
 
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatif
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan Kajian
 
Analisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran dataAnalisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran data
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
 
Presentasi persepsi
Presentasi persepsiPresentasi persepsi
Presentasi persepsi
 

Similar a Kaedah Kualitatif

RPL 1 LEMBAR berpikir kritis dan logis
RPL 1 LEMBAR berpikir kritis dan logisRPL 1 LEMBAR berpikir kritis dan logis
RPL 1 LEMBAR berpikir kritis dan logisNur Arifaizal Basri
 
Pemahaman pribadi siswa
Pemahaman pribadi siswaPemahaman pribadi siswa
Pemahaman pribadi siswaHani Pebri
 
Identifikasi dan rumusan masalah penelitian
Identifikasi dan rumusan masalah penelitianIdentifikasi dan rumusan masalah penelitian
Identifikasi dan rumusan masalah penelitianYanuarti Petrika
 
Identifikasi dan rumusan masalah penelitian
Identifikasi dan rumusan masalah penelitianIdentifikasi dan rumusan masalah penelitian
Identifikasi dan rumusan masalah penelitianYanuarti Petrika
 
6-150330131822-conversion-gate01.pdf
6-150330131822-conversion-gate01.pdf6-150330131822-conversion-gate01.pdf
6-150330131822-conversion-gate01.pdfWulanPurnamasari45
 
tujuan dan manfaat penelitian
tujuan dan manfaat penelitian tujuan dan manfaat penelitian
tujuan dan manfaat penelitian alifemon
 
Bab iii pi PENYEBAB SCHIZOPHRENIA PADA ANAK DILIHAT DARI POLA ASUH DALAM KEL...
Bab iii pi PENYEBAB SCHIZOPHRENIA PADA ANAK DILIHAT  DARI POLA ASUH DALAM KEL...Bab iii pi PENYEBAB SCHIZOPHRENIA PADA ANAK DILIHAT  DARI POLA ASUH DALAM KEL...
Bab iii pi PENYEBAB SCHIZOPHRENIA PADA ANAK DILIHAT DARI POLA ASUH DALAM KEL...Tyaseta Sardjono
 
Pertemuan ke 2 & 3 pengertian penelitian kualitatif
Pertemuan ke 2 & 3 pengertian penelitian kualitatifPertemuan ke 2 & 3 pengertian penelitian kualitatif
Pertemuan ke 2 & 3 pengertian penelitian kualitatifAl Azhar Indonesia University
 
Konsep konsep dalam pendekatan deduktif
Konsep konsep dalam pendekatan deduktifKonsep konsep dalam pendekatan deduktif
Konsep konsep dalam pendekatan deduktifcik noorlyda
 
Resume jurnal
Resume jurnalResume jurnal
Resume jurnalwandary
 
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahMaizatul Malik
 
Materi Kuliah PBK Pertemuan 2
Materi Kuliah PBK Pertemuan 2Materi Kuliah PBK Pertemuan 2
Materi Kuliah PBK Pertemuan 2Akabaru48
 

Similar a Kaedah Kualitatif (20)

RPL 1 LEMBAR berpikir kritis dan logis
RPL 1 LEMBAR berpikir kritis dan logisRPL 1 LEMBAR berpikir kritis dan logis
RPL 1 LEMBAR berpikir kritis dan logis
 
Tips proposal
Tips proposalTips proposal
Tips proposal
 
Gru individu
Gru individuGru individu
Gru individu
 
Pemahaman pribadi siswa
Pemahaman pribadi siswaPemahaman pribadi siswa
Pemahaman pribadi siswa
 
Identifikasi dan rumusan masalah penelitian
Identifikasi dan rumusan masalah penelitianIdentifikasi dan rumusan masalah penelitian
Identifikasi dan rumusan masalah penelitian
 
Identifikasi dan rumusan masalah penelitian
Identifikasi dan rumusan masalah penelitianIdentifikasi dan rumusan masalah penelitian
Identifikasi dan rumusan masalah penelitian
 
6-150330131822-conversion-gate01.pdf
6-150330131822-conversion-gate01.pdf6-150330131822-conversion-gate01.pdf
6-150330131822-conversion-gate01.pdf
 
tujuan dan manfaat penelitian
tujuan dan manfaat penelitian tujuan dan manfaat penelitian
tujuan dan manfaat penelitian
 
Dasar dasar riset bbptp (yuti)
Dasar dasar riset   bbptp (yuti)Dasar dasar riset   bbptp (yuti)
Dasar dasar riset bbptp (yuti)
 
Bab iii pi PENYEBAB SCHIZOPHRENIA PADA ANAK DILIHAT DARI POLA ASUH DALAM KEL...
Bab iii pi PENYEBAB SCHIZOPHRENIA PADA ANAK DILIHAT  DARI POLA ASUH DALAM KEL...Bab iii pi PENYEBAB SCHIZOPHRENIA PADA ANAK DILIHAT  DARI POLA ASUH DALAM KEL...
Bab iii pi PENYEBAB SCHIZOPHRENIA PADA ANAK DILIHAT DARI POLA ASUH DALAM KEL...
 
Pertemuan ke 2 & 3 pengertian penelitian kualitatif
Pertemuan ke 2 & 3 pengertian penelitian kualitatifPertemuan ke 2 & 3 pengertian penelitian kualitatif
Pertemuan ke 2 & 3 pengertian penelitian kualitatif
 
Konsep konsep dalam pendekatan deduktif
Konsep konsep dalam pendekatan deduktifKonsep konsep dalam pendekatan deduktif
Konsep konsep dalam pendekatan deduktif
 
Resume jurnal
Resume jurnalResume jurnal
Resume jurnal
 
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalah
 
1 pbk
1 pbk1 pbk
1 pbk
 
Pertemuan 1
Pertemuan 1Pertemuan 1
Pertemuan 1
 
Pertemuan Pertama
Pertemuan PertamaPertemuan Pertama
Pertemuan Pertama
 
Materi Kuliah PBK Pertemuan 2
Materi Kuliah PBK Pertemuan 2Materi Kuliah PBK Pertemuan 2
Materi Kuliah PBK Pertemuan 2
 
PBK - Pertemuan 1
PBK -  Pertemuan 1PBK -  Pertemuan 1
PBK - Pertemuan 1
 
1 pbk2
1 pbk21 pbk2
1 pbk2
 

Kaedah Kualitatif

  • 1. KAEDAH PENGUMPULAN DATA KUALITATIF PENGENALAN Proses pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif memberi peluang kepada penyelidik untuk mendapat data yang berciri seperti berikut: i) memberi bermakna dan penting kepada peserta kajian, ii) data yang tidak dijangka atau diandai oleh penyelidik, iii) data yang mendalam serta dapat menjelaskan sesuatu isu yang dikaji (Mack, Woodsong, MackQueen, Guest, & Namey, 2005). Empat kaedah mengumpul data kualitatif yang akan dibincangkan ialah Pemerhatian, temubual Individu, Kumpulan Fokus serta analisa artifek. Setiap satu dari kaedah ini sesuai untuk digunakan untuk mengutip jenis-jenis data-data tertentu. Data dari kaedah-kaedah ini adalah dalam bentuk nota, rakaman audio dan video, serta trankripsi. PERMERHATIAN Pemerhatian dalam kajian kualitatif boleh dilakukan melalui tiga cara iaitu i) Pemerhatian Tidak Turut Serta ii) Pemerhatian Separa Turut Serta dan iii)Pemerhatian Turut Serta. Ketiga-tiga bentuk pemerhatian ini melibatkan pengkaji berada di persekitaran yang membenarkan peserta bertingkahlaku secara semulajadi. Perkara yang membezakan ketiga jenis pemerhatian ini ialah tahap penglibatan pengkaji dalam aktiviti yang dilakukan oleh peserta kajian. Dalam Pemerhatian Tanpa Turut Serta pengkaji hanya memerhati dan mengutip data tanpa perlu mewujudkan apa-apa interaksi dengan peserta atau persekitaranya. Sebaliknya Pemerhatian Turut Serta memerlukan penglibatan pengkaji dalam persekitaran dan aktiviti-aktiviti peserta. Terdapat juga kajian yang memerlukan pengkaji menggunakan kedua-dua kaedah bila perlu. Ini dinamakan Pemerhatian Separa Turut Serta. Pengkaji yang membuat Pemerhatian Secara Turut Serta mempelajari bagaimana rasanya berada dalam dunia dan kehidupan sebenar peserta kajian dan pada masa yang sama perlu kekal sebagai seorang luaran untuk membolehkannya membuat laporan secara objektif. Kaedah pemerhatian berasal dari kajian ethnografik yang bertujuan mempelajari perspektif populasi yang dikaji dalam konteks peserta sendiri. Penyelidik kualitif perlu membuat andaian bahawa dalam sesuatu populasi terdapat pelbagai perspektif tentang sesuatu isu. Kita berminat mengetahui pelbagai perspektif ini dan memahami jalinan yang berlaku antara perspektif- perspektif yang berbeza ini.
  • 2. Langkah-Langkah Menjalankan Pemerhatian 1. Berada dilokasi kajian Pengkaji pergi ke komuniti atau persekitaran di mana terdapat populasi yang dapat memberi jawapan kepada soalan kajian. Peserta boleh terus bertingkahlaku secara natural dalam persekitaran mereka. Sebagai persediaan kepada proses pemerhatian, pengkaji perlu mengenalpasti invidu yang dapat memberikan maklumat terbanyak kepadanya. Dalam Pemerhatian Turut Serta, pengkaji boleh membina hubungan dan seterusnya berinteraksi dengan individu-individu dalam persekitaran tersebut yang dapat membantu pengkaji memahami fenomena- fenomena yang diperhatikannya. 2. Membuat Catatan Semasa berada dalam persekitaran yang dikaji, pengkaji mencatat segala maklumat yang diperolehi dalam buku nota lapangan. Maklumat ini diperolehi melalui pemerhatian tingkahlaku, perbualan personal, dan juga peristiwa yang berlaku dalam persekitaran tersebut. Maklumat yang diperolehi dari media masa di kawasan tersebut juga boleh dijadikan sumber data. Walaupun selalunya data pemerhatian adalah dalam bentuk teks, catatan juga boleh dilakukan dalam bentuk rajah dan peta minda (untuk menggambarkan sesuatu hubungan, kronologi peristiwa, kedudukan kuasa, dll. Dalam proses ini, pengkaji perlu sentiasa berhati- hati mencatatkan pemerhatiannya secara empirikal tanpa melakukan interpretasi mengikut nilai pengkaji sendiri. Cara mengambil nota lapangan a. Catatkan Tarikh, Masa, tempat dan peristiwa. b. Tinggalkan ruang kosong pada setiap catatan supaya nota ini boleh dikembangkan. c Ambil nota secara strategik dengan mencatatkan hanya perkataan kunci. d Gunakan short hand. e. Liputi pelbagai aspek pemerhatian seperti peristiwa, perbualan, bahasa badan, mood, persekitaran secara am, interaksi sesama peserta, dan lain-lain yang relevan. 3. Mengembangkan Data Pemerhatian
  • 3. Data pemerhatian dalam bentuk nota-nota ringkas perlu dikembangkan secepat mungkin supaya dapat memberi maklumat lengkap sebelum dianalisa. Data ini perlu ditulis atau ditaip kepada data naratif yang menerangkan: a. peristiwa yang telah berlaku b. pembelajaran yang anda perolehi daripada pemerhatian tersebut. c. mengenalpasti soalan yang akan ditanya seterusnya jika data yang diperolehi belum memuaskan. Pengkaji perlu menyemak semula data naratif tersebut, memasukkan komen-komen terakhir untuk mengukuhkan data pemerhatian tersebut. Data teks dan gambarajah daripada pemerhatian boleh dimasukkan dalam komputer dan diproses untuk menghasilkan sesuatu patten atau tema yang menonjol (sila rujuk bahagaian pengurusan data). Data pemerhatian dalam pelbagai bentuk ini sentiasa dirujuk untuk menyokong satu sama lain sepanjang kajian ini. Data pemerhatian dapat membantu pengkaji memahami perspektif dan tingkahlaku peserta dari konteks budaya dan persekitaran peserta semasa dalam proses temubual dan kumpulan fokus. Dengan merujuk kepada data pemerhatian, pengkaji boleh mengukuhkan rekabentuk instrumen temubual, menjimatkan masa dan mengelakkan kesilapan-kesilapan sepanjang kajian tersebut. TEMUBUAL INDIVIDU Temubual Individu adalah kaedah yang paling berkesan membolehkan pengkaji mengutip data secara mendalam tentang sejarah, pandangan, dan pengalaman seseorang peserta terutamanya bagi topik-topik yang sensitif. Temubual mendalam boleh dilakukan kepada i) individu yang mengalami sesuatu fenomena, ii) individu yang mempunyai hubungan dengan populasi yang mengalami fenomena tersebut seperti ahli keluarga, rakan-rakan, ahli masyarakat, dan iii) pakar yang mengendalikan sesuatu tugasan profesional berkaitan fenomena tersebut seperti contohnya doktor, guru, ahli politik, dan lain-lain yang berkenaan. Samada sebagai populasi yang dikaji ataupun sebagai orang yang mempunyai hubungan profesional atau personal dengan populasi kajian, peserta yang terlibat dalam temubual individu akan mendapat faedah melalui proses ini. Ramai peserta yang berasa gembira dan mengalami carthasis ketika ditemubual kerana mereka berpeluang menyatakan perspektif mereka dan membuat pendedahan kendiri kepada seseorang yang mendengar dengan penuh minat. Penyelidik pula menerima satu penghormatan apabila diberi peluang oleh orang
  • 4. yang tidak dikenali untuk memahami sebahagian kehidupan orang tersebut (Mack, Woodsong, MackQueen, Guest, & Namey, 2005). Dalam proses menemubual, peserta adalah seseorang yang dapat memberi respon kepada soalan-soalan kajian manakala penyelidik adalah pelajar yang ingin mengetahui pandangan peserta tersebut. Penyelidik menerima semua jawapan yang diberi oleh peserta dan tidak memberi nilai samada jawapan itu betul atau salah. Proses ini melibatkan penyelidik bersemuka dengan peserta dan mendengar dengan teliti respon-respon peserta kepada soalan yang diajukan kepadanya. Jika keselamatan menjadi isu, kehadiran dua penyelidik boleh digunakan dengan memastikan peserta tidak rasa diperkecilkan. Perbualan telefon antara penyelidik dengan peserta juga dikira sebagai temubual. Langkah-langkah dalam proses temubual 1. Persediaan Menemubual: Protokol Soalan Penyelidik perlu membuat persediaan dengan mencari maklumat asas tentang tajuk kajian dan elemen-lemen dalam kajiannya seperti teori, fenomena terkini serta faktor-faktor yang mempengaruhi. Pengetahuan ini membantu penyelidik membina instrumen kajian yang disebut sebagai protokol soalan (Hill, Knox, Thompson, Williams, Hess, Ladany, 2005). Protokol soalan adalah senarai soalan-soalan yang disediakan oleh penyelidik untuk mencari jawapan kepada soalan kajiannya. Protokol soalan perlulah mengikut susunan berikut: Bil. Jenis Soalan Penerangan Contoh 1 Soalan Pengenalan Membolehkan peserta ”terangkan tentang diri anda memperkenalkan diri dari aspek: pengalaman kerja,umur, jantina,” 2 Soalan Transisi Memperkenal topik ”Apakah yang anda faham yang hendak dikaji tentang eq?” dan meminta respon “Pernahkah anda membuat peserta terhadap keputusan secara pengetahuan asas beremosi?” tentang topik tersebut. 3 Soalan Kunci Soalan Utama yang ”Pada pandangan anda menghasilkan apakah faktor-faktor jawapan kepada mempengaruhi soalan kajian kecerdasan emosi?” ”bagaimanakah anda menangani masalah masalah emosi di tempat kerja?” ”bagaimanakah anda
  • 5. menangani masalah emosi dalam hubungan dengan ahli keluarga?” 4 Soalan Penutup Memeriksa jika ”adakah anda mempunyai peserta mahu apa-apa pandangan lagi menambah maklumat ditentang EQ?” 2. Kemahiran Menemubual Pengkaji perlu menggunakan kemahiran berkomunikasi yang berkesan agar peserta berasa selesa dan terdorong untuk memberi respon yang memuaskan. Kemahiran ini termasuklah: a. Membina hubungan yang baik melalui penggunaan tingkahlaku yang sesuai dengan budaya peserta, senyum, menggunakan nada suara yang mesra, berhemah dalam berjenaka, merendah diri, bersabar dan tidak memarahi peserta. b. Memberi penerangan yang jelas kepada peserta tentang tujuan dan prosedur kajian, dan bagaimana temubual ini berbeza dari perbualan biasa. Pengkaji perlu menerangkan tentang senarai soalan yang telah disediakan dan meminta peserta menjawab secara bebas, iaitu tiada jawapan yang betul atau salah. c. Memberi keutamaan kepada perspektif peserta. Walaupun pendapat peserta berbeza dari apa yang anda harapkan, sebagai pengkaji anda perlu objektif dan mendengar serta merekod segala maklumat tanpa mengubah apa-apa makna. Bagaimanapun jika terdapat maklumat yang salah dari segi fakta, anda bertanggungjawab memberi maklumat yang betul selepas temubual tersebut. d. Menyesuaikan diri kepada pelbagai personaliti dan kedaan emosi peserta. Pengalaman dan personaliti yang berbeza menjadikan peserta mengekspresi diri mereka dengan pelbagai cara. Pengkaji kualitatif bukan sahaja perlu bersedia menerima perspektif dan gaya yang berbeza, malah perlu membina kemahiran berinteraksi dengan peserta yang berbeza. e. Menggunakan teknik penyoalan berkesan melalui: -bertanyakan satu soalan pada satu masa, -meminta penjelasan terhadap respons yang kabur, -bertanyakan soalan-soalan terbuka,
  • 6. -mengelakkan soalan terarah dan bias -menggunakan soalan-soalan penerokaan mendalam atau probing. Contoh bagi soalan penerokaan atau probing ini ialah: ”boleh perjelaskan pernyataan anda tadi?” ”apa yang anda maksudkan?” ”Kenapa anda berkata begitu?” ”Bagaimanakah ini memberi impak kepada anda?” 3. Mendokumentasikan Temubual Data temubual merupakan perbualan antara penyelidik dan peserta yang dirakam melalui pita suara, video dan juga nota. Penyelidik kini mempunyai pelbagai pilihan teknologi perakam data yang membolehkan rakaman dilakukan tanpa menganggu keselesaan peserta semasa temubual. Apapun teknologi rakaman yang digunakan, penyelidik perlu mematuhi etika dengan memastikan segala rakaman ini mendapat kebenaran dari peserta. Temubual mendalam perlu mendapat informed consent atau persetujuan bermaklumat daripada peserta yang boleh dinyatakan secara lisan yang dirakam, ataupun secara bertulis dengan menandatangi surat kebenaran. Data temubual yang telah dirakam ini ditaip kembali dalam komputer dalam bentuk transkrip untuk melalui proses seterusnya iaitu analisa. Analisis ini membolehkan pengkaji memetik ungkapan sebenar peserta dan dijadikan bukti kepada jawapan-jawapan yang dicari oleh soalan kajian. TEMUBUAL KUMPULAN FOKUS Temubual kumpulan fokus merupakan kaedah kualitatif yang berkesan untuk mempelajari budaya dan amalan sesuatu kumpulan, ataupun mendapat pelbagai pandangan dalam sesebuah kumpulan tentang sesuatu isu. Kumpulan fokus dijalankan dengan seorang atau dua fasilitator berjumpa dengan ahli kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik kajian.Contoh penggunaan kaedah ini yang paling sering dilakukan ialah dalam kajian-kajian pasaran di mana pengkaji perlu mengetahui tentang produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh sesuatu populasi. Kekuatan data kumpulan fokus terletak kepada dinamika yang terhasil daripada interaksi kelompok. Selain dari menghasilkan respons yang banyak pada masa yang pendek, ahli-ahli kelompok juga teransang untuk memberikan pelbagai jawapan yang berbeza berdasarkan pengalaman dan personaliti mereka. Bagaimanapun kumpulan fokus kurang sesuai untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang sensitif dan terlalu personal. Langkah-langkah Menemubual Kumpulan Fokus.
  • 7. 1. Persediaan Temubual Kumpulan Fokus Pengkaji membina soalan fokus Soalan temubual kumpulan fokus berbentuk terbuka yang memerlukan peserta memberi penerangan bukannya sekadar ”ya” dan ”tidak”. Temubual kumpulan fokus menggunakan protokol soalan yang dibina terlebih dahulu oleh pengkaji (sila rujuk bahagian temubual individu untuk mempelajari cara-cara pembinaan protokol soalan). Pengkaji Memilih Kumpulan Fokus Peserta kumpulan fokus terdiri dari mereka yang dapat memberi respons terhadap isu yang dikaji. Pengkaji boleh membina kumpulan-kumpulan yang mempunyai ciri-ciri yang sama ataupun berbeza. Contohnya dalam kajian EQ yang dijalankan di seluruh negara, pengkaji telah membina 30 kumpulan fokus yang terdiri dari kumpulan pegawai penjara, kumpulan jururawat, dan kumpulan guru (Noriah, Zuria, Siti Rahayah, 2004). Walaupun perbezaan didapati dalam respons antara kumpulan pekerjaan yang berbeza, masih terdapat pelbagai respons di kalangan ahli-ahli kumpulan homogenus. Walaupun pengkaji mencari tema keseragaman daripada sesuatu kumpulan, respons dari setiap ahli adalah unik dan diberi perhatian oleh pengkaji. Respons ini telah berjaya membina satu senarai soalseldik EQ bagi pekerja di Malaysia. Jumlah ahli yang sesuai untuk sesuatu kumpulan fokus ialah antara 8-10 orang. Pengkaji menyediakan alat rakaman Sesi perbincangan ini dirakam melalui pita video ataupun audio. Oleh itu, pengkaji perlu membiasakan diri dengan alat rakaman. Seorang fasilitator diperlukan untuk membaca soalan dan mengendalikan perbincangan, manakala seorang lagi diperlukan untuk mencatat, atau memastikann rakaman berjalan lancar. 2. Mengendalikan Temubual Kumpulan Fokus Pengkaji memperkenalkan dirinya, menyatakan tujuan perbincangan tersebut, dan menerangkan bagaimana proses temubual fokus berlaku. Pengkaji perlu menyatakan bahawa tiada jawapan yang betul atau salah dan semua ahli berpeluang menyatakan pandangan mereka tanpa perlu risau bahawa ia akan disalahgunakan. Pengkaji perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari ahli kumpulan untuk merakam sesi dan menggunakan data untuk kajian. Semasa temubual berjalan, pengkaji perlu melakukan perkara berikut: a. menggalakkan ahli-ahli memberi respons dan berinteraksi sesama mereka b. mengaitkan satu respons dengan yang lain. Contohnya, fasilitator boleh
  • 8. berkata ”Tadi Fatimah telah memberi pendapat beliau tentang tindakan yang diambil ketika beliau sedang marah, bagaimana dengan ahli lain, ada yang sama, atau berbeza?”. c. mengelak dari memberi komen kepada peserta samada respons itu tepat atau sebaliknya, d. tidak menegur peserta kerana mempunyai pemikiran yang tidak sesuai, e. berwaspada supaya tidak bertanyakan soalan yang terlalu sensitif dan menyentuh peribadi peserta. 3. Selepas Temubual Fokus Perbincangan dengan rakan penyelidik selepas sesi kumpulan fokus adalah penting. Pengkaji perlu mengimbas kembali maklumat yang didapati dalam kelompok tersebut, serta reaksi ahli kelompok terhadap isu kajian semasa maklumat tersebut masih segar diingatan. Jika penyelidik menjalankan kajian ini bersendirian, sangat baik jika maklumat ini dijadikan memo di atas kertas atau dalam komputer. Maklumat ini sangat penting untuk a. memeriksa soalan-soalan yang tidak berkesan dan sebabnya, b. mencari penemuan yang sama atau berbeza dengan data sebelum ini, c. memeriksa topik baru dan maklumat yang lansung tidak timbul dalam kumpulan tersebut, dan d. mengenalpasti maklumat yang perlu diperiksa lebih mendalam di luar kelompok seperti melalui dokumen, pemerhatian, dll. Rakaman tersebut perlu didengar kembali, ditaip untuk menghasilkan transkrip, dan seterusnya dianalisa secara manual ataupun dengan software NVIVO. ARTIFEK Artifek adalah bahan-bahan maujud yang dapat dijadikan bukti empirikal kepada sesebuah kajian. Sesuatu artifek itu sesuai dijadikan bahan kajian apabila ia secara lansung atau tidak lansung mengandungi maklumat-maklumat berkenaan sesuatu peristiwa, proses, dan budaya. Menurut Gorad (2002), pengkaji kualitatif melihat pelbagai perkara berpotensi memberi maklumat, dan pengkaji menjadi pengaut data yang teliti. Sekecil-kecil perkara seperti brosur sekolah, nota-nota, tiket, senikata lagu, sehinggalah sebesar-besar perkara seperti bangunan, kapalterbang, dan tempat-tempat sejarah adalah artifek yang mempunyai pelbagai maklumat untuk dijadikan bahan bukti. Ahli-ahli sejarah umpamanya memainkan peranan yang amat penting dalam membantu manusia memahami pelbagai perubahan dan pembentukan peradaban melalui penelitian mereka terhadap artifek purba seperti bangunan dan peralatan kehidupan sebelum ini. Perkara yang paling penting bagi pengkaji ialah memastikan bahawa artifek yang dikaji adalah asli kerana ini memberi pengaruh yang besar ke atas kesahihan dan kebolehpercayaan kajian tersebut. Seterusnya, pengkaji mencatat nota, dan
  • 9. merakam secara audio dan visual bentuk fizikal artifek tersebut. Pengkaji kemudian menggunakan pelbagai aspek dalam artifek itu untuk menjawab persoalan kajian yang telah disediakan. Pada masa yang sama, terdapat aspek- aspek artifek tersebut yang memberikan pengetahuan baru ataupun persoalan kajian baru yang selama ini tidak difikirkan oleh pengkaji tersebut. RUMUSAN Bab ini telah membincangkan pelbagai cara yang dapat digunakan oleh pengkaji kualitif untuk mendapatkan data. Empat cara yang telah dibincangkan adalah pemerhatian, temubual individu, temubual kumpulan fokus, serta analisa artifek. Semua cara pengumpuan data ini memberi peluang kepada pengkaji mendapatkan data yang banyak serta mendalam. Pengkaji perlulah teliti dalam memilih data yang sesuai digunakan untuk memberi jawapan kepada persoalan kajiannya. Pada masa yang sama, proses kutipan data kualitatif memberi ruang untuk pengkaji menjumpai data yang tidak dijangkakan. Oleh itu, pengkaji kualitatif perlu menyediakan minda yang terbuka dalam proses pengumpulan data untuk menerima maklumat-maklumat baru ini. RUJUKAN Gorad, S. (2002). Can we overcome the methodological schism? Four models for combining qualitative and quantitative evidence. Research Papers in Education 17(4), 345-361. Hill, C. B., Knox,S. Thompson, B. J., Williams, E. N., Hess, S. A., & Ladany, N. 2005). Consensual Qualitative Research: An Update, Journal of Counseling Psychology, 52, pp. 196-206. Mack, N. Woodsong, E. MackQueen, K. M. , Guest, G. & Namey, E. (2005). Qualitative Research Methods: A Data Collectors Field Guide, Family Health International, Research triangle Park, NC: FHI. Noriah, M.I, Zuria, M. Siti Rahayah, A. (2004). Kecerdasan Emosi di kalangan pekerja di Malaysia. Laporan Penyelidikan Geran IRPA. Universiti Kebangsaan Malaysia.