2. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (1) A pa guna kepuk di ladang, Kalau tidak berisi padi; Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati.
3. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (2) L imau bintan di tepi tingkap, Budak-budak melempar burung; Harimau di hutan lagi kutangkap, Inikan pula cicak mengkarung.
4. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (3) G uruh berdentum bumi bergegar, Ayam jaguh sedang bersabung; Jangan cakap sahaja berdegar, Hulur senjata mari bertarung.
5. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (4) A nak Cina bersampan kotak, Muatan sarat dengan ragi; Biar retak bumi kupijak , Kamu takkan kulepaskan lagi.
6. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (5) P atah rotan tali bersilang, B atang meranti rimbun berjejal; Langkah pahlawan di tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal.
7. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (6) M emang pahit buah peria, Makanan orang pergi menjala; Jikalau mengaku taat setia, Bersamalah kita pertahan negara.
8. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (7) K alau mengail di lubuk dangkal, Dapat ikan sepenuh raga; Kalau kail panjang sejengkal, Jangan lautan hendak diduga;
9. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (8) A pa guna kepuk di ladang? Kalau tidak berisi padi; Apa guna keris di pinggang? Kalau tidak berani mati.
10. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (9) S ampan kotak mengapa dikayuh? H endak belayar ke tanah seberang; Patah kepak bertongkatkan paruh Pantang menyerah di tengah gelanggang
11. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (10) A ir dalam bertambah dalam, Hujan di hulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Dendam dahulu belumlah sembuh.
12. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (11) L emaknya nasi bergulai udang, L emak berbau santan kelapa; Relaku mati berputih tulang, Tidak kumahu berputih mata.
13. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (12) O rang menyeberang gunakan titi, Titi dibuat tinggi di atas; Dalam telur lagikan dinanti, Inikan pula sudah menetas.
14. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (13) J ika terjumpa ular tedung, Carilah buluh kayu pemukul; Berani buat beranilah tanggung, Tangan menjinjing bahu memikul.
15. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (14) P erahu payang layarnya merah, Belayar menuju arah utara; Keris dipegang bermandikan darah, Adat pahlawan membela negara.
16. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (15) S ungguh cantik bunga nan merah, Tumbuh segar tepi perigi; Kalau jasadku rebah ke tanah, Rela bersemadi aku di sini.
17. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (16) T uan puteri pergi ke Lukut, Bawa pulang kacang panjang; Sedikit pun hamba tak takut, Kalau berani turun gelanggang.
18. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (17) P udak bukan sebarang pudak, Pudak tumbuh di tepi lombong; Jalak bukan sebarang jalak, Jalak biasa menang bersabung.
19. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (18) H ang Jebat Hang Kasturi, Budak-budak raja Melaka; Jika hendak jangan dicuri, Mari kita bertentang mata.
20. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (19) B anyak batang tumbuh cendawan, C endawan kukur jalan ke huma; Banyak orang mengaku pahlawan, Sambutlah pukul tikaman pertama.
21. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (20) P utus sudah tali temberang, Semasa belayar di tengah lautan; Jangan berlagak jaguh yang garang, Kalau tidak sanggup berdepan.