Dokumen tersebut memberikan ringkasan hasil kajian tinjauan mengenai pendapat murid-murid terhadap program Frog VLE yang dilaksanakan di sekolah. Kebanyakan murid memberikan maklum balas positif terhadap program tersebut dan infrastruktur ICT di sekolah. Walau bagaimanapun, beberapa murid masih bergantung pada kemudahan sekolah kerana tiada akses di rumah. Analisis SWOT mengenal pasti kekuatan program dan infrastruktur sekolah, tetapi jug
1. PEMARKAHAN
KOD & NAMA KURSUS
Semester 1 Sesi 2013/2014
KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
TAJUK:
TUGASAN 3 KAJIAN TINJAUAN
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NO. MATRIK
PROGRAM
MOHD HARMAN BIN MD RODZI
M20121000447
PEDAGOGI (MT13)
PENSYARAH
: PROF. MADYA DATO’ DR. ABD. LATIFF HJ GAPOR
TARIKH
: 30 NOVEMBER 2013
0
2. PENGENALAN
Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan
baru-baru ini oleh Menteri Pendidikan 1, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) berhasrat untuk meningkatkan tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam kalangan guru dan murid. Ini kerana berdasarkan kajian yang
dijalankan oleh KPM pada tahun 2010, didapati penggunaan ICT di sekolah adalah terhad, di
mana 80% guru hanya menggunakan ICT kurang daripada satu jam seminggu (PPPM 20132025). Maka, KPM telah menggariskan beberapa langkah penting bagi memastikan guru dan
murid-murid dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran:
Menyediakan murid dengan kemahiran dan pengetahuan untuk belajar dengan berkesan dan
hidup secara produktif dalam dunia global dan digital
Melengkapkan kesemua 10,000 sekolah seluruh negara dengan capaian Internet 4G dan
platform pembelajaran maya (virtual learning platform) yang boleh digunakan oleh guru,
murid dan ibu bapa menerusi program 1BestariNet
Memberi latihan kepada semua guru untuk menerapkan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi menyokong pembelajaran murid
Meningkatkan nisbah peralatan ICT berbanding murid kepada 10:1. Nisbah ini mungkin
boleh dikurangkan lagi bergantung kepada pentaksiran impak dan adanya dana
Merintis cara penyampaian pembelajaran dengan menggunakan inovasi ICT seperti
pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri (self-paced) sebelum disebarkan ke
seluruh negara
1
3. 1BestariNet merupakan salah satu projek yang dibangunkan oleh KPM dengan kerjasama YTL
Communication bagi mentransformasikan sistem pendidikan negara berteraskan ICT. Di bawah
projek ini, 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan dilengkapkan dengan
akses Internet 4G dan persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment (VLE))
pada penghujung 2013. Sambungan internet berkelajuan tinggi dan akses kepada Penyelesaian
Pembelajaran Bersepadu (Integrated Learning Solution) bertaraf dunia akan menjadi pemangkin
kepada penerapan ICT dalam operasi harian KPM dan mampu memacu Malaysia ke barisan
hadapan inovasi ICT dalam pendidikan. KPM juga berhasrat untuk memastikan semua guru
dilatih dan cekap menggunakan VLE menjelang 2015.
Penyelidikan ini dijalankan bagi meninjau pendapat dan persepsi murid-murid terhadap program
persekitaran pembelajaran maya (Frog VLE) yang baru diperkenalkan dengan berfokus kepada
aspek program itu sendiri dan penyediaan infrastruktur serta kemudahan ICT di sekolah. Dapatan
kajian ini diharapkan dapat menjelaskan sama ada program Frog VLE ini berpotensi dalam
membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang dilalui oleh murid-murid di sekolah.
OBJEKTIF KAJIAN
Penyelidikan ini dijalankan dengan berpandukan kepada objektif-objektif berikut iaitu:
1. Menilai pendapat murid-murid terhadap program Frog VLE dari aspek program itu sendiri
dan infrastruktur serta kemudahan ICT yang disediakan di sekolah
2. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan program Frog VLE yang dijalankan di sekolah bagi
melihat potensinya dalam membantu guru dan murid-murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
METODOLOGI KAJIAN
(a) Reka bentuk Kajian
Penyelidikan ini menggunakan kajian tinjauan, di mana para responden yang dipilih akan
menjawab borang soal selidik yang disediakan. Sebelum diberikan borang soal selidik, para
2
4. responden yang dipilih telahpun menerima latihan atau kursus penggunaan program Frog
VLE di sekolah dalam beberapa sesi.
(b) Pemilihan sampel
Bagi menjalankan penyelidikan ini, seramai 28 orang murid telah dipilih sebagai sampel
kajian atau responden iaitu merangkumi 10 lelaki dan 18 perempuan. Para responden ini
dipilih dalam kalangan murid Tahun 5 di sebuah sekolah di Daerah Batang Padang, Perak.
Mereka ini merupakan kumpulan pertama di sekolah terbabit yang didedahkan dengan
latihan penggunaan Frog VLE. Sebagai kumpulan pertama yang menjalani kursus tersebut,
penyelidik mengandaikan bahawa para responden terbabit telahpun memiliki sedikit
sebanyak pengetahuan dan kemahiran mengenai penggunaan program Frog VLE tersebut.
Oleh sebab itu, penyelidik memilih kumpulan tersebut sebagai subjek dalam kajian ini.
(c) Instrumen
Bagi menilai pendapat murid-murid mengenai program Frog VLE, borang soal selidik telah
digunakan sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik tersebut terdiri daripada 15 soalan
yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 10 soalan bagi Bahagian A yang melibatkan
penilaian murid terhadap program Frog VLE dan 5 soalan bagi Bahagian B yang merupakan
pendapat murid mengenai kemudahan infrastruktur ICT yang disediakan di sekolah (Rujuk
Lampiran). Para responden perlu menjawab soal selidik yang disediakan berdasarkan Skala
Guttman yang mempunyai empat interval iaitu 1 – “Sangat Tidak Setuju”, 2 – “Tidak
Setuju”, 3 – “Setuju” dan 4 – “Sangat Setuju”.
(d) Analisis data
Dapatan soal selidik akan dianalisis berdasarkan peratusan. Manakala, bagi mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan Program Frog VLE yang dijalankan di sekolah tersebut, Analisis
SWOT, dapatan soal selidik dan pemerhatian akan digunakan.
3
5. DAPATAN KAJIAN
Jadual 1 di bawah menunjukkan dapatan soal selidik yang berkaitan dengan pendapat para
responden mengenai Program Frog VLE yang dijalankan di sekolah. Soal selidik ini terkandung
di dalam Bahagian A borang soal selidik yang diedarkan kepada semua responden:
Jadual 1: Dapatan soal selidik Bahagian A: Pendapat responden mengenai Program Frog VLE
BIL
ITEM
SKALA
Sangat Tidak
Tidak
Setuju
Sangat
Setuju
Setuju
(bil.
Setuju
(bil. responden)
(bil.
responden)
(bil.
responden)
1
Saya sangat memahami
responden)
0
5
5
18
(0%)
(17.86%)
(17.86%)
(64.28%)
0
0
3
25
(0%)
(0%)
(10.71%)
(89.29%)
Program FROG VLE
0
0
2
26
dapat membantu saya
(0%)
(0%)
(7.14%)
(92.86%)
0
0
12
16
(0%)
(0%)
(42.86%)
(57.14%)
4
4
17
3
(14.29%)
(14.29%)
(60.71%)
(10.71%)
tujuan pelaksanaan
Program FROG VLE di
sekolah saya.
2
Belajar menggunakan
Program FROG VLE amat
mudah dan
menyeronokkan.
3
dalam pelajaran.
4
Guru membimbing saya
menggunakan FROG VLE
dengan baik.
5
Saya sudah mahir
membina dashboard
peribadi.
4
6. 6
Semua butang item (cth:
2
5
15
6
widget, Quick Launch)
(7.14%)
(17.86%)
(53.57%)
(21.43%)
Belajar menggunakan
0
0
5
23
Program FROG VLE
(0%)
(0%)
(17.86%)
(82.14%)
0
0
9
19
(0%)
(0%)
(32.14%)
(67.86%)
Program FROG VLE
0
0
0
28
boleh meningkatkan
(0%)
(0%)
(0%)
(100%)
0
0
0
28
(0%)
(0%)
(0%)
(100%)
yang disediakan dalam
dashboard mudah
digunakan.
7
adalah lebih menarik
daripada belajar secara
tradisional di dalam kelas.
8
Semua mata pelajaran
seharusnya diajar
menggunakan Program
FROG VLE.
9
pengetahuan dan
kemahiran saya dalam
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT)
10
Saya sangat berminat dan
bersedia untuk terus
mempelajari Program
FROG VLE.
Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan Jadual 1 di atas ialah para responden menunjukkan
maklum balas yang positif mengenai program Frog VLE yang dilaksanakan di sekolah. Ini jelas
terbukti apabila sebahagian besar responden (majoriti) memilih untuk menyatakan “Sangat
Setuju” pada item nombor 2, 3, 7, 8, 9 dan 10. Ini menunjukkan bahawa program Frog VLE
telah berjaya menarik minat para responden walaupun baru diperkenalkan di sekolah tersebut.
Berkaitan dengan seramai lapan orang responden atau 28.58% dan tujuh orang responden atau
5
7. 25% yang menyatakan “Sangat Tidak Setuju” dan “Tidak Setuju” pada item nombor 5 dan 6, ia
boleh difahami dengan jelas mengapa mereka menyatakan sedemikian. Ini kerana para
responden baharu sahaja didedahkan dengan program Frog VLE ini dalam beberapa sesi latihan.
Masih banyak yang perlu mereka pelajari. Maka, adalah sesuatu yang normal terdapat beberapa
orang responden yang masih belum memahami dan menguasai sepenuhnya penggunaan program
tersebut. Penyelidik percaya masalah tersebut akan ditangani apabila mereka didedahkan dengan
lebih banyak lagi mengenai program Frog VLE pada sesi-sesi latihan akan datang.
Sementara itu, Jadual 2 di bawah pula menunjukkan hasil soal selidik mengenai pendapat para
responden mengenai infrastruktur dan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah:
Jadual 2: Dapatan soal selidik Bahagian B - Pendapat responden mengenai infrastruktur dan
kemudahan ICT di sekolah
BIL
ITEM
SKALA
Sangat Tidak
Tidak
Setuju
Sangat
Setuju
Setuju
(bil.
Setuju
(bil. responden)
(bil.
responden)
(bil.
responden)
1
Saya mudah mengakses
atau mempelajari Program
responden)
0
0
11
17
(0%)
(0%)
(39.29%)
(60.71%)
0
0
7
21
(0%)
(0%)
(25%)
(75%)
FROG VLE kerana talian
internet di sekolah saya
sangat baik.
2
Kemudahan ICT yang
disediakan di dalam
makmal komputer sekolah
saya (cth: komputer, LCD
Projektor, mesin pencetak
dsb) adalah lengkap dan
memuaskan.
6
8. 3
Suasana di dalam makmal
0
0
4
24
(0%)
(0%)
(14.29%)
(85.71%)
4
8
6
10
(14.29%)
(28.57%)
(21.43%)
(35.71%)
Kemudahan ICT yang ada
0
0
6
22
di sekolah telah membantu
(0%)
(0%)
(21.43%)
(78.57%)
komputer sangat selesa
dan kondusif untuk
pembelajaran Program
FROG VLE
4
Saya hanya bergantung
kepada kemudahan ICT di
sekolah untuk mempelajari
Program FROG VLE.
5
meningkatkan
pengetahuan dan
kemahiran saya dalam
penggunaan ICT.
Berdasarkan Jadual 2 di atas, didapati majoriti responden sangat berpuas hati dengan kemudahan
dan infrastruktur ICT yang disediakan di sekolah. Mereka juga menyatakan bahawa talian
internet yang baik di sekolah telah memudahkan mereka untuk mengakses program Frog VLE.
Namun begitu, seramai 16 orang responden atau 57.14% menjelaskan bahawa mereka
bergantung sepenuhnya dengan kemudahan komputer di sekolah untuk mengakses program Frog
VLE kerana tidak memiliki komputer dan talian internet di rumah. Ini menunjukkan bahawa
tahap pemilikan dan penggunaan ICT dalam kalangan responden masih lagi rendah khususnya di
rumah.
ANALISIS KEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAM FROG VLE
Bagi menganalisis kekuatan dan kelemahan program Frog VLE yang dijalankan di sekolah,
analisis SWOT (Strengh-Kekuatan, Weakness-Kelemahan, Opportunity-Peluang, ThreatAncaman) telah digunakan. Analisis ini juga turut mengambil kira dapatan soal selidik seperti
7
9. yang tertera di dalam Jadual 1 dan Jadual 2 dan melalui pemerhatian umum penyelidik. Dapatan
analisis SWOT adalah seperti berikut:
KEKUATAN (STRENGH)
KELEMAHAN (WEAKNESS)
Sekolah mempunyai kemudahan dan
infrastruktur ICT termasuk talian internet
yang baik untuk tujuan akses program
Frog VLE.
Murid menunjukkan minat yang positif
dan menggalakkan terhadap program
Frog VLE
Ketiadaan komputer dan talian internet
di rumah menyebabkan murid hanya
bergantung
sepenuhnya
kepada
kemudahan ICT di sekolah untuk
mengakses program Frog VLE.
Pergantungan
sepenuhnya
kepada
kemudahan komputer di sekolah
menyebabkan kekerapan murid untuk
mengakses program Frog VLE menjadi
terhad.
PELUANG (OPPORTUNITY)
ANCAMAN (THREAT)
Pendedahan awal yang diberikan kepada
murid-murid mengenai program Frog
VLE telah memberi sedikit sebanyak
pengetahuan kepada mereka untuk terus
menerokai program tersebut
Guru yang berkemahiran bersedia
membantu murid untuk meningkatkan
lagi kemahiran mereka dalam program
Frog VLE.
Program
Frog
VLE
ini
boleh
meningkatkan kemahiran murid-murid
dalam ICT
Program ini boleh menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan
dan
menarik
melalui
pengaplikasian ICT bagi menggantikan
kaedah pengajaran konvensional.
Guru kesuntukan masa untuk mengajar
program Frog VLE kepada murid-murid
secara lebih kerap kerana dibebani tugastugas lain.
Objektif program Frog VLE ini
dikhuatiri akan terjejas jika guru tidak
mengaplikasikannya
dalam
proses
pengajaran dan pembelajaran.
8
10. KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan soal selidik dan analisis SWOT, rumusan yang dapat dibuat ialah program
Frog VLE ini mampu membantu dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan dan menarik. Ini kerana perkembangan pesat teknologi telah menyebabkan muridmurid telah terdedah dengan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu,
pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan menimbukan masalah
besar kepada mereka, malahan mereka akan cepat tertarik untuk menerokainya atas sifat ingin
tahu yang kuat dan cepat belajar. Selain itu, pendedahan terhadap program Frog VLE ini juga
secara tidak langsung mampu meningkatkan kemahiran murid-murid dalam penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Mereka akan lebih berkeyakinan untuk
menggunakan ICT dan akan menguasainya sedikit demi sedikit.
Melalui program Frog VLE ini juga, guru boleh mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran untuk
menyampaikan ilmu. Sudah tiba masanya untuk para pendidik mengubah amalan pedagogi
mereka daripada kaedah konvensional seperti “chalk and talk” kepada suatu kaedah yang lebih
kontemporari dan mengikut perkembangan zaman. Harus diakui, murid-murid pada era ini lebih
terdedah dan berpengetahuan mengenai ICT. Malah, mereka adakalanya lebih mahir
menggunakan ICT berbanding dengan ibu bapa dan guru mereka. Maka, mahu atau tidak mahu,
guru-guru mesti melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan pengetahuan mengenai ICT
agar tidak ketinggalan dengan arus semasa.
Kerjasama yang terjalin di antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan YTL
Communication dalam memperkenalkan program 1BestariNet ini adalah suatu usaha yang amat
baik dan tepat pada masanya lebih-lebih lagi dengan transformasi yang sedang giat dilaksanakan
kerajaan terhadap sistem pendidikan Malaysia. Sistem pendidikan Malaysia memerlukan
perubahan sejajar dengan perubahan sejagat. Perubahan bukan sahaja perlu dilakukan dari aspek
fizikal semata-mata, malahan turut merangkumi perubahan minda. Guru sebagai barisan hadapan
sistem pendidikan negara perlu mengubah minda mereka dengan memandang ke hadapan dan
berfikiran positif terhadap transformasi yang dilakukan oleh kerajaan. Segala transformasi
termasuk pengaplikasian ICT di sekolah dilaksanakan demi membawa sistem pendidikan
Malaysia ke arah satu dimensi baru dan mempunyai kualiti yang setanding dengan negara maju
lain di dunia.
9
11. Oleh yang demikian, penyelidik berpendapat bahawa program Frog VLE ini perlu diteruskan
kerana ia memiliki potensi yang besar untuk memodenkan sistem pendidikan Malaysia. Jika
sebelum ini, pengaplikasian ICT sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
Malaysia hanya terhad di sekolah-sekolah bestari sahaja, namun begitu, melalui program Frog
VLE ini, semua sekolah tidak kira di bandar atau pedalaman dan semua murid tidak kira apa juga
bangsa dan kepercayaan mereka berpeluang untuk menerokai suatu program yang boleh
mengubah minda mereka mengenai pembelajaran. Memang tidak dapat dinafikan bahawa masih
terdapat kekangan yang timbul seperti guru kurang mahir menggunakan ICT dan sekolah
kekurangan kemudahan ICT. Namun begitu, masalah tersebut akan cuba ditangani oleh kerajaan
dari semasa ke semasa. Apa yang lebih penting kini ialah penerimaan dan kesediaan guru untuk
melaksanakan program tersebut seperti yang dirancang sehingga berjaya. Program Frog VLE ini
akan membantu kerajaan memacu hala tuju pendidikan negara ke arah suatu tahap yang boleh
dibanggakan dan boleh dijadikan rujukan oleh negara-negara lain khususnya negara-negara
membangun.
10
13. BORANG SOAL SELIDIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJUNG MALIM, PERAK.
Tujuan: Soal selidik ini dijalankan bagi menilai pendapat murid mengenai Program FROG
VLE yang dilaksanakan di sekolah.
Arahan: Borang soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Para pelajar perlu melengkapkan kedua-dua bahagian tersebut seperti yang diarahkan
bagi setiap soalan yang terdapat dalam soal selidik ini. Segala maklumat yang diberi
akan dirahsiakan. Kerjasama yang anda berikan didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.
Maklumat latar belakang responden
Arahan: Sila isi jawapan bagi setiap ruang yang disediakan dengan jujur dan ikhlas. Bulatkan
jawapan yang anda fikirkan sesuai.
1.
Umur: __________________________
2.
Jantina: _________________________
3.
Kaum: __________________________
4.
Agama: _________________________
12
14. Bahagian A – Program FROG VLE
Arahan:
Nilaikan setiap item di bawah berdasarkan pendapat anda mengenai Program
FROG VLE yang dijalankan di sekolah anda, kemudian bulatkan nombor yang
mewakili pandangan anda mengenai perkara-perkara berikut:
1 – Sangat Tidak Setuju
3 – Setuju
2 – Tidak Setuju
4 – Sangat Setuju
ITEM
PERKARA
1
Saya sangat memahami tujuan pelaksanaan
Program FROG VLE di sekolah saya.
Belajar menggunakan Program FROG VLE
amat mudah dan menyeronokkan.
Program FROG VLE dapat membantu saya
dalam pelajaran.
Guru membimbing saya menggunakan FROG
VLE dengan baik.
Saya sudah mahir membina dashboard peribadi.
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
Semua butang item (cth: widget, Quick Launch)
yang disediakan dalam dashboard mudah
digunakan.
Belajar menggunakan Program FROG VLE
adalah lebih menarik daripada belajar secara
tradisional di dalam kelas.
Semua mata pelajaran seharusnya diajar
menggunakan Program FROG VLE.
Program FROG VLE boleh meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran saya dalam
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Saya sangat berminat dan bersedia untuk terus
mempelajari Program FROG VLE.
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
2
3
4
5
6
7
8
9
10
SKALA
13
15. Bahagian B – Infrastruktur & Kemudahan ICT Sekolah
Arahan: Nilaikan setiap item di bawah berdasarkan pendapat anda mengenai infrastruktur
dan kemudahan ICT yang disediakan di sekolah anda, kemudian bulatkan
nombor yang mewakili pandangan anda mengenai perkara-perkara berikut:
1 – Sangat Tidak Setuju
3 – Setuju
2 – Tidak Setuju
4 – Sangat Setuju
ITEM
PERKARA
1
Saya mudah mengakses atau mempelajari
Program FROG VLE kerana talian internet di
sekolah saya sangat baik.
Kemudahan ICT yang disediakan di dalam
makmal komputer sekolah saya (cth: komputer,
LCD Projektor, mesin pencetak dsb) adalah
lengkap dan memuaskan.
Suasana di dalam makmal komputer sangat
selesa dan kondusif untuk pembelajaran
Program FROG VLE
Saya hanya bergantung kepada kemudahan ICT
di sekolah untuk mempelajari Program FROG
VLE.
Kemudahan ICT yang ada di sekolah telah
membantu meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran saya dalam penggunaan ICT.
2
3
4
5
SKALA
14
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4