1. SMS3872 Pengurusan B ~ Lantai Komposit
Mohd Nizam bin Mohd Zan SX041275BSJ04
4
2.0 Kelebihan dan kekurangan Lantai komposit ‘Steel Decking’
2.1 Kelebihan dan kekurangan dari aspek pembinaan dan senibina
Kelebihan
-
Penggunaan lantai jenis ini boleh menjimatkan penggunaan besi tetulang
sehingga 25% bergantung kepada jenis lantai besi yang digunakan jika
dibandingkan dengan kaedah konvensional. Ini bermakna dapat menjimatkan
kos
-
Pemasangannya dapat meliputi kawasan yang luas dan dapat dilakukan dalam
masa yang singkat. Ia juga dapat menjimatkan penggunaan perancah
(‘scaffolding’) dan tiang - tiang penyokong.
Jumlah tiang penyangga bahagian bawah lantai ketika kerja-kerja konkrit dilakukan
dapat dikurangkan.
Sumberhttp://www.adeha.co.id/indo/index_indo.htm
-
Memberikan ikatan yang kuat diantara besi tetulang, konkrit dan kepingan
besi lantai .Rusuk-rusuk yang terdapat pada kepingan besi lantai ini juga boleh
berfungsi sama dengan besi tetulang.
-
Menjimatkan kawasan penyimpanan sementaranya di tapak binaan kerana
kepingan lantai besi komposit ini datang dalam bungkusan.
-
Lapisan bergalvani yang menyelaputi lantai besi komposit ini dapat
mengurangkan tahap hakisan kepada besi dan sesuai untuk dipasangkan di apa
jua cuaca.
SPACE - Universiti Teknologi Malaysia
Sarjana Muda Senibina (April 2006)
2. SMS3872 Pengurusan B ~ Lantai Komposit
Mohd Nizam bin Mohd Zan SX041275BSJ04
-
5
Memudahkan pembinaan bangunan yang menggunakan system modular atau
pun rekabentuk yang berulang-ulang (‘repetition’).
-
Mengurangkan kesilapan yang disebabkan ketidak tepatan atau kerosakan
kotak bentuk (‘form work’).
Kekurangan
2.2 Kelebihan dan kekurangan dari aspek pekerja, pengguna dan klien.
Kelebihan
-
Penghantaran yang mudah. Kepingan besi lantai konkrit dapat dibawa ke
tapak pembinaan dari kilang dalam kuatiti yang banyak dengan menyusunnya
rapat dan dibungkus. Ini dapat menjimatkan kos pengangkutan dan trip yang
perlu dilakukan.
-
Dapat menjadikan kawasan kerja lebih selamat daripada bahaya tergelincir /
tersadung ketika pekerja berjalan diatasnya. Kawasan yang telah dipasang
lapisan besi komposit ini boleh menjadi platform kerja yang stabil untuk
pekerja walaupun belum dituangkan konkrit diatasnya.
Kawasan kerja lebih kemas dan selamat..
Sumberhttp://www.adeha.co.id/indo/index_indo.htm
SPACE - Universiti Teknologi Malaysia
Sarjana Muda Senibina (April 2006)
3. SMS3872 Pengurusan B ~ Lantai Komposit
Mohd Nizam bin Mohd Zan SX041275BSJ04
-
Ketahanan terhadap kebakaran sehingga 4 jam, bergantung kepada jenis lantai
besi yang digunakan.
-
Menjimatkan kos dan masa. Penggunaan kren dapat dikurangkan. Biasanya
lantai jenis ini dipasang dengan menggunakan tangan.
Kekurangan
-
Terdedah kepada habuk yang dihasilkan oleh lantai ini semasa proses
pemotongan boleh memudaratkan kesihatan.
2.3 Kelebihan dan kekurangan dari aspek alam semulajadi
Kelebihan
-
Menjimatkan penggunaan kayu sebagai kotak bentuk dan sekaligus
mengurangkan kadar sampah yang dikeluarkan dari tapak binaan.
-
Lebihan bahan buangan buleh dikitar semula.
Kekurangan
-
Mengeluarkan gas dan habuk terampai di udara ketika pemasangan lapisan
besi lantai. Gas dan habuk ini boleh membahayakan kesihatan pekerja dan
penghuni dan penghuni di sekitar tapak pembinaan.
-
6
Lebihan kepingan besi lantai yang dibuang boleh mencemarkan alam sekitar
kerana tidak boleh dikitar semula secara semulajadi.
SPACE - Universiti Teknologi Malaysia
Sarjana Muda Senibina (April 2006)