SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 66
Descargar para leer sin conexión
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
      SEKOLAH RENDAH (PPG)


 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM




MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH



                      BMM3103

            PENTAKSIRAN
    BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




        INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
        KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

        Berkuat kuasa Jan 2012
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR
  YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
  KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
  PENSISWAZAHAN   GURU   (PPG)  IJAZAH  SARJANA    MUDA
  PERGURUAN.

  MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
  PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.




Cetakan Jan 2012
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan,       berketrampilan,     berakhlak       mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.




                     Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.




                           Cetakan Nov 2009
                       Kementerian Pelajaran Malaysia

        Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak
        ada     kepentingan    komersial,   tidak   dibenarkan   sesiapa
        mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
        ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
        dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
        mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
        daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
        Pelajaran Malaysia.




                                        i
KANDUNGAN
                                          MUKA SURAT
Falsafah Pendidikan Kebangsaan                 i

Falsafah Pendidikan Guru                       i

Kandungan                                      ii

Kata Alu-aluan                                iii

Panduan Pelajar                               iv

Pengenalan                                    v

Agihan Tajuk                                  vi



Tajuk Pembelajaran

                                              1
Tajuk 1. Pengertian dan Konsep
1.1 Sinopsis
1.2 Hasil Pembelajaran
1.3 Kerangka Konsep
1.4 Kandungan


Tajuk 2. Taksonomi dan Domain Krathwohl
                                              8
2.1 Sinopsis
2.2 Hasil Pembelajaran
2.3 Kerangka Konsep
2.4 Kandungan


Tajuk 3. Jadual Spesifikasi Ujian
                                              14
3.1 Sinopsis
3.2 Hasil Pembelajaran
3.3 Kerangka Konsep
3.4 Kandungan




                                    ii
Tajuk 4. Pembinaan Ujian           20
4.1 Sinopsis
4.2 Hasil Pembelajaran
4.3 Kerangka Konsep
4.4 Kandungan


Tajuk 5. Jenis Penilaian Bahasa    28


5.1 Sinopsis
5.2 Hasil Pembelajaran
5.3 Kerangka Konsep
5.4 Kandungan


Tajuk 6. Kaedah Penilaian Bahasa
                                   33
5.1 Sinopsis
5.2 Hasil Pembelajaran
5.3 Kerangka Konsep
5.4 Kandungan

                                   40
Tajuk 7. Kaedah Penilaian Bahasa
7.1 Sinopsis
7.2 Hasil Pembelajaran
7.3 Kerangka Konsep
7.4 Kandungan


Tajuk 8. Kaedah Penilaian Bahasa   46
8.1 Sinopsis
8.2 Hasil Pembelajaran
8.3 Kerangka Konsep
8.4 Kandungan




Rujukan                            50

Panel Penulis Modul                51
Panel Pemurni Modul                            52

Ikon Modul                                     53

Struktur Pelaksanaan (Akan ditulis kemudian)
PANDUAN PELAJAR


PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan
pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin
kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun
meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah
kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk
menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.


PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang
pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.


SASARAN KURSUS

Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program
Pensiswazahan Guru (PPG).


JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah
seperti dalam Jadual 1:




                                       vi
Agihan Jam pembelajaran
Aktiviti-aktiviti Pembelajaran                     Mengikut Kredit Kursus
                                   3 Kredit               2 Kredit                1 Kredit
                                 Tanpa       Ada       Tanpa        Ada     Tanpa        Ada
                                 Amali       Amali     Amali        Amali   Amali        Amali
                                 (3+0)       (2+1)     (2+0)        (1+1)   (1+0)        (0+1)
                                             (1+2)                  (0+2)
                                             (0+3)
Membaca modul
pembelajaran dan
menyiapkan latihan /              70          60        70           62      70           65
tugasan terarah / amali
Menghadiri kelas interaksi
                                  10          10         5           5       5               5
bersemuka (5 kali)
Latihan Amali*                     -          10         -           8        -              5
Perbincangan Atas Talian          7½          7½        5½          5½       5½          5½
Kerja Kursus                      20          20        20           20      15           15
Ulangkaji                         10          10        10           10      5               5
Amali/Peperiksaan                 2½          2½        2½          2½       2½          2½
Jumlah Jam Pembelajaran                120                     80                   40
* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.



SUSUNAN TAJUK MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih
membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh
berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat
masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar
pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.




                                             vii
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga
perbincangan


Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

   1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
      diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
      perpustakaan.

   2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
      pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
      modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
      dicadangkan.

   3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
      sasaran pembelajaran anda.

   4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
      pembacaan anda.

   5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
      Teliti maklumat yang diterima.

   6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
      bahan yang bermakna.

   7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.




                                     viii
Pengenalan



    Kursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3103)
       merupakan     sebahagian    daripada       kursus   dalam   Program
       Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah. Dalam modul ini para pelajar
       akan diperkenalkan dengan 8 tajuk daripada 12 tajuk seperti yang
       terdapat dalam Pro Forma kursus. Tajuk 1 hingga 8 telah dimodulkan.
       Bagi Tajuk 8 ( Penilaian Melalui Projek ) telah dimodulkan manakala
       tajuk   Penilaian Melalui Kertas Kerja akan dibincangkan    semasa
       interaksi bersemuka.


Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yang
meliputi:-
    Pengertian dn Konsep
    Taksonomi dan Domain
    Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU )
    Pembinaan Ujian
    Jenis Penilaian Bahasa
    Kaedah Penilaian Bahasa


Sepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan dan
aktiviti bagi setiap tajuk dan pada akhirnya pula para pelajar akan
melaksanakan 2 latihan utama modul ini sebagai memenuhi aspek penilaian
dalam proses pelengkap modul akses kendiri ini.




                                        v
AGIHAN TAJUK
             Panduan kepada pengguna


Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima
belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk
untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.




        Bil.                 Tajuk/Topik              Modul    Jum.
                                                      (jam)    Jam

         1     Pengertian dan Konsep                     2       2
                  Pentaksiran
                  Pengujian
                  Penilaian
                  Perkaitan antara Pentaksiran,
                    Pengujian dan Penilaian

         2     Taksonomi dan Domain                      2       2
                   Taksonomi Bloom
                   Domain Krathwohl

         3     Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)            2       2
                   Definisi
                   Kepentingan
                   Langkah Pembinaan

         4     Pembinaan Ujian                           2       2
                  Soalan Objektif
                  Soalan Subjektif

         5     Jenis Penilaian Bahasa                    2       2
                   Ujian Formatif, Sumatif
                   Ujian Kefasihan, Kemajuan
                   Ujian Bakat, Pencapaian

         6                                               2       2
               Kaedah Penilaian Bahasa
                  Penilaian Melalui Portfolio
                  Penilaian Melalui Pemerhatian




                                      vi
Bil.                 Tajuk/Topik            Modul   Jum.
                                            (jam)   Jam

 7     Kaedah Penilaian Bahasa               2       2
          Penilaian Melalui Kontrak
            Pembelajaran
          Penilaian Melalui Soal Jawab

 8     Kaedah Penilaian Bahasa               1       2
          Penilaian Melalui Projek
          Penilaian Melalui Kertas Kerja




                             vi
BMM 3103
                                          PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




               TAJUK 1: PENGERTIAN DAN KONSEP



 Tahukah anda, penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada
 proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata
 dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses
 pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar.
 Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan
 untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar


1.1 Sinopsis

Topik    ini membincangkan konsep-konsep penting dalam penilaian dan
pentaksiran bahasa Melayu iaitu pentaksiran, pengujian, penilaian. Di akhir topik,
para pelajar akan menjalankan beberapa aktiviti serta menjawab beberapa
soalan untuk menguji pemahaman anda. Rujukan lanjut melalui sumber internet,
perbincangan dalam talian serta aktiviti kolaboratif bersama pensyarah anda
boleh juga dilakukan.




                                                                                 1
BMM 3103
                                            PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




1.2 Hasil pembelajaran
   1.2.1. Konsep pentaksiran
   1.2.2. Konsep pengujian
   1.2.3. Konsep penilaian
   1.2.4. Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian




1.3 Kerangka Konsep




                                     Pengertian
                                        dan
                                      Konsep



                                                                   Perkaitan antara
                                                                     Pentaksiran,
   Pentaksiran           Pengujian                Penilaian
                                                                    Pengujian dan
                                                                      Penilaian




1.4 Pentaksiran

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat

penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-

hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti

pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula

melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula



                                                                                      2
BMM 3103
                                            PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran

ialah:-

   i. Instrumen

   ii. Kumpulan yang ditaksir

   iii. Respon

   iv. Kumpulan yang menaksir

   v. Skor



1.5 Pengujian

    Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara
          yang sistematik.
    Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.
    Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas
          sesuatu pengajaran
    Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan
          untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre-
          test.
    Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada
          secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang
          dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.


Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau
tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu
kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman
membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu
diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian
menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur.           Oleh itu, ujian
perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya,


                                                                                   3
BMM 3103
                                           PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan
bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini
tidak menggalakkan.


1.6 Penilaian

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv)
menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and
providing useful information for judging decision alternatives.



Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu
proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat
pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.



Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia
adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan
membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat
tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan
keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data
kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau
selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu
pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.




                                                                                    4
BMM 3103
                                       PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah

Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:
           mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang
            sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
           menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar
            mereka telah dapat menguasai atau mempelajari        perkara yang
            telah disampaikan.
           membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-
            teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di
            sekolah.
           menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat
            lemah dalam pencapaian mereka.
           membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta
            kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka
            sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan
           membolehkan pelajar    mengetahui kelemahan-kelemahan mereka
            dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula
            memperbaikinya.




                                                                               5
BMM 3103
                                       PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




1.7 Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Rajah 1.




                             PENILAIAN




           PENTAKSIRAN                          PENGUJIAN




Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai
perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk
P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.




                                                                              6
BMM 3103
                                         PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




 1.8 Aktiviti


Arahan:

Anda dikehendaki mengumpul satu set bahan ujian bulanan, semester dan akhir

tahun. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, sila jawab soalan-soalan dibawah;

a. Sila nyatakan tujuan-tujuan pengujian, pengukuran, dan penilaian
   dilakukan.

b. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsep-
   konsep pengujian, penilaian, dan pengukuran ini dalam bentuk grafik.
c. Sejauh manakah kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun yang dibina
   menepati ciri-ciri pentaksiran yang berkesan?




                                                                                7
BMM 3103
                                        PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




        TAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN KRATHWOHL


2.1 Sinopsis

Sebagaimana yang anda tahu,Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang
dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh
Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 dan seterusnya Domain Krathwohl. Dalam
hal ini, tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain (ranah, kawasan)
dan setiap domain tersebut diperincikan berdasarkan hierarkinya. Dalam
panduan pembelajaran ini, dua aspek ini akan dibincangkan serta aktiviti yang
berkaitan boleh dijalankan bersama pensyarah anda untuk memudahkan
pemahaman anda. Selamat berjaya !


2.2 Hasil Pembelajaran

   2.2.1. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian.
   2.2.2. Menjelaskan taksonomi Bloom, taksonomi Solo, dan domain
         Krathwohl.
   2.2.3. Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu;
   2.2.4. Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan
         sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa
         Melayu.




                                                                               8
BMM 3103
                                        PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




2.3 Kerangka Konsep


                            Taksonomi
                               dan
                             Domain



               Taksonomi                   Domain
                 Bloom                    Krathwohl



2.4 Taksonomi Bloom

Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:

1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan          perilaku-perilaku yang
   menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan
   keterampilan berfikir.
2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan         perilaku-perilaku yang
   menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan
   cara penyesuaian diri.
3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku
   yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan,
   berenang, dan mengoperasi mesin.




                                                                                9
BMM 3103
                                          PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




Domain Kognitif

Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri
dari dua tahap iaitu:

   i.     Pengetahuan
   ii.    Kemampuan dan Keterampilan Intelektual

Pengetahuan (Knowledge)

Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi,
fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.

Pemahaman (Comprehension)

Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan,
jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.

Aplikasi (Application)

Pada tahap ini, seseorang pelajar     memiliki kemampuan untuk menerapkan
gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya             di dalam
persekitaran sebenar.

Analisis (Analysis)

Pada tahap     analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang
diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam
bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu
mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario
yang rumit.




                                                                                 10
BMM 3103
                                         PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




Sintesis (Synthesis)

Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau
pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali
data   atau   maklumat   yang    harus didapati untuk menghasilkan        bentuk
penyelesaian yang diharapkan..




Penilaian (Evaluation)

Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian,
gagasan, metodologi dan sebagainya        dengan menggunakan kriteria yang
sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.

 Domain Psikomotor
1. Persepsi
2. Persediaan (Set)
3. Respons Terpimpin
4. Mekanisme (Mechanism)
5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response)
6. Penyesuaian (Adaptation)
7. Penciptaan (Origination)




                                                                               11
BMM 3103
                                        PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




2.5 Domain David Krathwohl

 Domain Afektif

    Penerimaan (Receiving/Attending)
    Tanggapan (Responding)
    Penghargaan (Valuing)
    Pengorganisasian (Organization)
    Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value
      Complex)




                                                                              12
BMM 3103
                                          PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




 2.6 Aktiviti


Arahan:
Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami Taksonomi Bloom dan
Domain Krathwolh. Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang
diberikan.


1.    Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun
      di sekolah anda dari segi:
      a. Aras kesukaran/ kognitif Taksonomi Bloom.
      b. Sila nyatakan bilangan soalan yang dianalisis mengikut aras Bloom.
      c. Sila huraikan sejauh manakah penggunaan Domain Krathwohl dalam
          soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun untuk
          setiap kelas di sekolah anda.


      Lawatilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:-




              1. http://www.nwlink.com/~Donclark/hrd/bloom.html

              2. http://classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/krath

                 stax.htm

              3. http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah.pdf




                                                                                13
BMM 3103
                                      PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




                TAJUK 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN



3.1 Sinopsis

Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan
sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina    soalan-soalan ujian
secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan
yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan          yang
tinggi.   Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan
menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU
dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan
matrik dua paksi iaitu    paksi   “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras
Kemahiran” (melintang).




3.2 Hasil pembelajaran
    3.2.1. Memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU
    3.2.2. Penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian




                                                                            14
BMM 3103
                                          PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




3.3 Kerangka konsep




                              JADUAL SPESIFIKASI
                                    UJIAN




                                                                LANGKAH
    KEPENTINGAN JSU                  DEFINISI
                                                              PEMBINAAN JSU




3.4 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)

    Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
    Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
    Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa
     mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
    Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan
     lain-lain.
    Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
    Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.


3.5 Kepentingan JSU
    Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
    Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
    Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
    Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran
     yang diuji.


                                                                                15
BMM 3103
                                                       PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




     Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.

Bil       Bentuk Soalan                          Objektif

                                                                  Aras Kognitif
          Kemahiran


                   Bidang/Topik/Topik Kecil      Jam                                  Jumlah
                                                         1    2     3    4    5   6
                                                                                       Item

1.1       Sejarah Perkembangan Bahasa

          Melayu                                  5                                     4

              Asal usul BM, BM sebelum

               dan selepas merdeka                       2    2

1.2
          Linguistik BM                          15                                     12


              Pengenalan linguistik

               Definisi, Sejarah, Linguistik

               Diskriptif                                1    5     4    1    1

1.3
          Fonologi                               20                                     16


              Definisi, alat artikulasi, cara

               penghasilan                                    3     2    1    1

              Fonem segmental                                2     2    1    1   1

              Fonem suprasegmental                                 1    1

                            Jumlah               40                                     32



                                        Jadual 1: Contoh JSU
             Contoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi di
              sekolah.




                                                                                               16
BMM 3103
                                           PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




3.6 Langkah-langkah Membina JSU

Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu
a.    soalan objektif (30 soalan)
b.    1 markah bagi 1 item
c.    jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
      =   Jumlah masa      X Jumlah soalan
      Jumlah Masa keseluruhan


Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item
Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom
Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor

Domain Kognitif

6.    Penilaian                                  Sukar

5.    Sintesis

4.    Analisis

3.    Penggunaan

2.    Kefahaman

1.    Pengetahuan                                Mudah




Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?
     Ujian objektif
     Ujian struktur
     Ujian esei, dan lain-lain.




                                                                                 17
BMM 3103
                                         PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




Langkah V:
     Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei
      dll)
     Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)
     Pemarkahan


Langkah VI
     Nyatakan mata pelajaran
     Nyatakan tingkatan
     Susunan nombor soalan mengikut tajuk


Rumusan
Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan
ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata
sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data
yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan
pemilihan, pengkelasan atau bimbingan.




                                                                               18
BMM 3103
                                           PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




    3.7 Aktiviti

Arahan:


Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah
ditetapkan. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif.


     Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras
      kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran.
     Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.


Layarilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;




            1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf

            2. http://www.geocities.com/kheru2006/iv.htm




                                                                                 19
BMM 3103
                                         PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




                 TAJUK 4 : PEMBINAAN UJIAN



   4.1 Sinopsis

Anda telah membincangkan konsep penilaian dan kepentingannya dalam
pendidikan serta P&P di dalam bilik darjah. Dengan itu, dalam proses menilai
ini, guru sewajarnya dapat menentukan dengan jelas kedudukan ujian sebagai
alat penilaian dalam pendidikan. Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulis
yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Dalam
topik ini anda, kita akan membincangkan bagaimana untuk membina bahan-
bahan ujian untuk para pelajar kita dan pada akhir topik ini, anda bolehlah
menjawab soalan-soalan dalam aktiviti yang diberi serta berbincang dengan
pensyarah anda. Hasil tugasan anda perlu dimasukkan dalam folio pembelajaran
anda.


   4.2 Hasil Pembelajaran
        4.2.1. Memahami serta menghuraikan konsep-konsep ujian.
        4.2.2. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan objektif.
        4.2.3. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan subjektif.
        4.2.4. Mengaplikasikan kemahiran pembinaan soalan .




                                                                               20
BMM 3103
                                            PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




   4.3 Kerangka Konsep




                                 Pembinaan
                                   Ujian



                   Objektif                         Subjektif


4.4 Pendahuluan

Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan
ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang
pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-
pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini           berguna        bagi    guru   untuk
memperbaiki     dan meningkatkan kualiti P&P.



4.5. Jenis-jenis Ujian
Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.



4.5.1. Ujian Objektif
       Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu
jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item
jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.




                                                                                  21
BMM 3103
                                          PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




Item Respons Bebas
      i. Jenis soalan:
             contoh:
             a)      Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
             b)      Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai
                       kasut)


      ii. Item Melengkapkan Penyataan
             contoh:
             a)      Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah
                     turun.
             b)      Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya
                     bekerja.


Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)
      Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling
tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu
ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.



Item Salah - Betul
      Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi
penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau
salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS)
pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.




                                                                                22
BMM 3103
                                           PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




Item Padanan
                Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan
objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan
memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/
perkara di sebelah kanan.



Kata Bilangan                Contoh

1. Kata Adjektif Sifatan     A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.

2. Kata Adjektif             B. Budak baik selalu dipuji.

  Pancaindera

3. Kata Adjektif Bentuk     C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.

4. Kata Adjektif Perasaan    D. Dia amat rindu akan emaknya.



Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana
diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang
berikut.

           a.   Item aneka pilihan berbentuk soalan

           b.   Jenis jawapan terbaik

           c.   Analogi




                                                                                 23
BMM 3103
                                           PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




Item Jenis Cantuman

Teknik Kloz

                Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji
kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah .
Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan
ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan
sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz
pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh
guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta
melihat   dan    membaca   keratan   itu   secara   keseluruhannya.     Kemudian,
berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan
mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling
sesuai menurut makna keseluruhan teks.



4.5.2. Soalan Subjektif

Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-

    Item Jenis Struktur

    Item Jenis Esei

    Pembinaan Ujian




                                                                                 24
BMM 3103
                                         PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
         Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam
pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

i.       Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)
         a.     Kesahan Isi
         b.     Kesahan Ramalan
         c.     Kesahan Serentak
         d.     Kesahan Gagasan


ii.      Kebolehpercayaan Ujian
         Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan
dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang
diuji.


Rumusan
Dalam proses pembinaan item ujian beberapa          perkara yang berhubungan
dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah
objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan
seterusnya aras ujian itu sendiri.




                                                                               25
BMM 3103
                                          PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




 4.7 Aktiviti


Arahan :
Anda dikehendaki membaca dan memahami aspek-aspek pembinaan ujian dan
sila sediakan carta pengurusan grafik bagi perkara-perkara yang berikut:


a. Senaraikan dan huraikan garis panduan membina item objektif dan
   esei.


b. Sila bina 24 item objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran tatabahasa

   bagi pelajar anda. Item yang anda bina mestilah merangkumi 4 soalan untuk

   setiap aras iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan

   penilaian.Tunjukkan soalan-soalan yang dibina itu kepada guru

   panitia Bahasa Melayu dan bincangkan bersamanya tentang kelebihan dan

   kelemahan pembinaan item objektif tersebut berdasarkan garis panduan

   membina item ujian objektif. Aplikasikan atau ujikan item tersebut kepada

   pelajar anda. Kemudian buat laporan menyeluruh tentang pencapaian pelajar

   anda dan kaitkan keputusan itu dengan item yang telah dibina dari segi

   kelebihan atau kelemahannya.




                                                                                26
BMM 3103
                                         PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




Layari Internet untuk mendapatkan maklumat lanjut;


1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf

2. http://www.usm.my/education/publication/JPP23-

9_PEMBINAAN%20DAN%20PENGESAHAN%20UJIAN%20MEMBACA.pdf




                                                                               27
BMM 3103
                                         PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




                     TAJUK 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA


5.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami jenis
penilaian bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan proses
p&p Bahasa Melayu. Jenis penilaian tersebut merangkumi ujian
Formatif,Sumatif, Ujian Kefasihan, Kemajuan, Ujian Bakat, Pencapaian.



5.2 Hasil Pembelajaran

5.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan jenis penilaian bahasa.

5.2.2 Menganalisis dan membanding-beza jenis penilaian.

5.2.3 Menerangkan dan menganalisis ujian kefasihan, kemajuan dan ujian bakat,
      pencapaian.


5.3 Kerangka Konsep



                                Jenis Penilaian
                                    bahasa



          Ujian Formatif        Ujian Kefasihan           Ujian Bakat
          Ujian Sumatif         Ujian Kemajuan         Ujian Pencapaian




                                                                               28
BMM 3103
                                        PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




5.4 Ujian Formatif dan Sumatif


   Terdapat beberapa     jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian
kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara
ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka
masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.




5.5 Ujian Formatif

Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji
sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop
pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan
utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses
pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan
pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam
bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.



5.6 Ujian Sumatif

Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada
akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam
kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian
Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran
dan aspek bahasa.




                                                                              29
BMM 3103
                                                PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




5.7 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif


Ujian Formatif                             Perbezaan         Ujian Sumatif

   1. Maklum balas kepada pelajar                            1. Pensijilan atau
      dan guru:     kemajuan dan
                                  Fungsi                       penggredan
      kelemahan.
                                                             2. Pada akhir
   2. Sepanjang pengajaran               Masa                  unit/kursus


   3. Kognitif, psikomotor dan afektif   Penekanan           3.Kognitif
                                                             4. Beraneka jenis
   4. Terhad kepada tugasan              Sifat
                                                             5. Senang – sukar
   5. Berubah-ubah                       Kesukaran
                                                             6. Peperiksaan akhir
   6. Dibentuk khas                      Alat                  tahun


  7. Rujukan kriteria                    Jenis ujian         7.Rujukan norma



5.8 Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan
 Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam
 menguasai bahasa asing.

 Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-
 murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah
 dipelajari.

 Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah
 seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara
 keseluruhan.

 Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari
 semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.
                                                                                      30
  Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan
  mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.
BMM 3103
                                 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




NOTA TAMBAHAN

Ujian Bakat

Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi
unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui
ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa
seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur
sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan
sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti
murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu
bahasa dengan cepat.

Ujian Pencapaian
Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya
sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai
dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set
ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.

Ujian Kefasihan

Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang
dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan
seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan
pengetahuan dan kebolehan mereka.




                                                                        31
BMM 3103
                                      PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




    AKTIVITI




Arahan

1. Anda dikehendaki mendapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitan
dengan tajuk di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

2. Kemudian buat banding beza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yang
telah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik.

 Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satu
kemahiran bahasa. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebut
untuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu.




                                                                            32
BMM 3103
                                            PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH



                      TAJUK 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA



6.1 Sinopsis

Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan

cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara

penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple

ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi

penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar

kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.



6.2 Hasil Pembelajaran

6.2.1 Menghuraikan kaedah penilaian melalui portfolio.

6.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui

      pemerhatian.

6.2.3. Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui

     pemerhatian penilaian melalui portfolio.




                                                                                  33
BMM 3103
                                         PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




6.3 Kerangka Konsep




                             Kaedah Penilaian
                                 Bahasa



                Penilaian Melalui          Penilaian Melalui
                    Portfolio                Pemerhatian


6.4 Penilaian Melalui Porfolio
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan
merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui
bersama.      Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks
pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti
pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang
menyeluruh.

Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan,
pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara
kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran
secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal
hingga ke akhir.




                                                                               34
BMM 3103
                                          PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




6.4.1 Tujuan Portfolio

Tujuan portfolio ialah untuk :

      Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan
       yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.
      Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka
       secara sistematik.
      Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat
       peribadi.




6.4.2 Kegunaan Portfolio

    menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
    menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.
    digunakan        bagi       menggambarkan    keperluan     spesifik    dalam
       penyempurnaan gred.
    menilai secara sumatif pembelajaran.
    menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar




6.4.3 Ciri-ciri Portfolio

(a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat,
halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.

(b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah
konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika
melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.


                                                                                35
BMM 3103
                                           PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




(c)      Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan,
komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu
tugasan pembelajaran.

(d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan
membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

(e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan
pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara
aktif.

6.4.4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.
       Portfolio Kerja Harian
       Portfolio Hasil Terbaik
       Portfolio Dokumen


6.4.5 Bagaimana Menilai Portfolio?


       Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan
          berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-
          kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.


       Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi
          gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.
      Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang
      mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.


          E            5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
          J            4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
          A            3 Membentuk suku kata
          A            2 Menyebut bunyi huruf
          N            1 Permulaan mengenal huruf


                                                                                 36
BMM 3103
                                         PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




   Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil
    pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran
    seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.
   Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi
    matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya
    membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.


6.4.6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio
    Sesebuah portfolio mengandungi:
          Senarai semak yang disediakan oleh guru
          Nota-nota yang disediakan oleh guru
          Catatan jurnal
          Buku log
          Refleksi kendiri murid
          Gambar dan foto


6.4.7 Kebaikan Penilaian Portfolio
     Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
     Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
     Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
     Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman
       kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.


6.5 Penilaian Melalui Pemerhatian.
Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu
yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang
keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek
kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan
persekitaran.




                                                                               37
BMM 3103
                                           PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




6.5.1 Jenis Pemerhatian
    Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:
    Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
    Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.
    Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.
6.5.2 Strategi Pemerhatian
    Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
    Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal
      berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.
    Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod
      anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan
      dan persekitaran.
    Menjalankan      tindakan   susulan    terhadap    hasil   pemerhatian   yang
      dijalankan.




6.5.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian
Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.
Antaranya ialah:


    Kualiti Pemerhatian
    Bentuk Perancangan
    Jenis-jenis Pemerhatian


6.5.4 Fungsi Pemerhatian
    Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses
      pembelajaran.
    Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan
      sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
    Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti
      projek.


                                                                                 38
BMM 3103
                                          PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




6.6 Rumusan.
      Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan
tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar.         Penilaian cara ini
biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai,
pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan,
dan sikap bias serta prasangka penilai.




 AKTIVITI


1. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat
   sumber yang berdekatan.


2. Anda juga dikehendaki membuat penilaian murid dalam kelas anda
   berdasarkan penilaian portfolio. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihan
   dan kelemahan kaedah penilaian tersebut.




                                                                                 39
BMM 3103
                                             PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




                     TAJUK 7: KAEDAH PENILAIAN BAHASA



7.1 Sinopsis

 Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan
 cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara
 penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple
 ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi
 penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar
 kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.


7.2 Hasil Pembelajaran

7.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui kontrak

     pembelajaran.

7.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui soal jawab.




                                                                                   40
BMM 3103
                                         PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




7.3 Kerangka Konsep



                               Kaedah Penilaian
                                   Bahasa




                Penilaian Melalui            Penilaian Melalui Soal
              Kontrak Pembelajaran                   Jawab




7.4 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran


  Penilaian   melalui   Kontrak Pembelajaran      dikenali   juga   sebagai
  Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak
  yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan)
  berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini
  biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan
  kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat
  kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh
  guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.


7.4.1 Cara Pelaksanaan

    Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk

       keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.

    Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan

       proses pelaksanaan tugasan.




                                                                               41
BMM 3103
                                         PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




     Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar

       berdasarkan kriteria yang ditentukan.

     Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau

       penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.



7.4.2 Fungsi Kontrak Pembelajaran

      Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang

berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :

      a.     pelajar mengenal pasti dan merekod,

      b.     menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,

      c.     mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai

             matlamat tersebut.



7.4.3 Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?

     Penilaian objektif tugasan

     Hasil Pembelajaran

     Penilaian

     Format / Bentuk

7.4.4 Format Kontrak Pembelajaran

Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut

keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan

kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas.




                                                                               42
BMM 3103
                                                                      PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak

formal tetapi terancang dan jelas.

                           Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu

                                         KONTRAK PEMBELAJARAN

Mata Pelajaran : ............................................................

Nama            : ........................................................................

Tahun/Tingkatan :...........................................................

Tugasan : .....................................................................

Objektif :

                    1..................................................................

                    2..................................................................

                    3..................................................................



Perkembangan            Apa yang ingin       Bagaimana               Tempoh masa             Bagaimana                   Catatan
Peringkat               dicapai    pada      akan                    pelaksanaan             penilaian peringkat
                        peringkat ini        dilaksanakan            peringkat ini           ini dibuat
                                             pada peringkat
                                             ini




Tandatangan murid                         Tandatangan rakan sebaya                                     Tandatangan guru

..............................           ....................................                     ...............................

Nama:                                   Nama:                                                         Nama:


                                                                                                                                    43
BMM 3103
                                         PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




7.5 Penilaian Melalui Soal Jawab

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular

digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa

Melayu akan dapat       melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara

berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-

konsep,   kesanggupan     memberi    penyataan    dan    melahirkan    perasaan,

penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.




7.5.1 Cara Pelaksanaan

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang

berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas

yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan

pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan

penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk

menguasai teknik menyoal.




                                                                               44
BMM 3103
                                        PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




 AKTIVITI


1. Pilih satu bahan pengajaran grafik untuk sesi pengajaran Bahasa Melayu
  kelas KBSR, anda mahu menguji dan menilai murid melalui kaedah soal
  jawab, sediakan soalan-soalan yang sesuai untuk menguji pemahaman
  murid tentang grafik. Sediakan rumusan tentang pencapaian murid anda dan
  keberkesanan kaedah tersebut.


2. Bagaimana anda menjalankan Penilaian Kontrak Pembelajaran semasa
  proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.
  Huraikan dengan contoh-contoh yang tepat dan cara pelaksanaannya.




                                                                              45
BMM 3103
                                         PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




                       TAJUK 8: KAEDAH PENILAIAN BAHASA


8.1 Sinopsis

 Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan
 cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara
 penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple
 ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi
 penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar
 kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Modul ini membincangkan tajuk
 penilaian melalui projek sahaja. Tajuk penilaian melalui kertas kerja akan
 disampaikan ketika interaksi bersemuka.


8.2 Hasil Pembelajaran

8.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui projek

8.2.2 Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui projek


8.3 Kerangka Konsep


                            Kaedah Penilaian
                                Bahasa




               Penilaian Melalui           Penilaian Melalui
                    Projek                   Kertas Kerja




                                                                               46
BMM 3103
                                               PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




8.4 Penilaian Melalui Projek




 Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh
 masa yang tertentu.       Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data
 persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,
 projek bermaksud secara amali.           Tugasan ini boleh dijalankan secara
 individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka
 masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses
 sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.


 Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau
 membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins,
 1989).




    Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?
       Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:
             Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
             Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan
              inovasi.
             Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang
              terdapat di luar bilik darjah.




                                                                                         47
BMM 3103
                                           PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




8.5 Ciri-ciri Penilaian Projek
      Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
      Jangka masa yang panjang
      Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
      Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan
       yang benar.
      Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan
       projek atau dalam kumpulan.
      Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
      Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran
       merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan
       bersama orang lain.
      Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
      Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
      Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.


8.6 Jenis-jenis penilaian Projek
      Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan
       atau bertulis.
      Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan
       menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
      Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
      Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.


8.7 Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.
Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.



                                                                                 48
BMM 3103
                                                  PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




 AKTIVITI

Arahan:
1. Anda dikehendaki membaca dan memahami tajuk di atas, kemudian sila
   lengkapkan pengetahuan anda dalam borang pengurusan grafik yang sesuai.


2. Anda memberi tugasan membuat satu projek tentang galakan membaca
   dalam kalangan murid-murid di sekolah anda. Murid-murid secara
   berkumpulan akan menghasilkan pelbagai bahan dan produk, anda
   dikehendaki menyediakan senarai semak yang lengkap untuk menilai
   keberkesanan produk atau bahan yang dihasilkan oleh murid.



Tahniah !

Anda telah berjaya menamatkan Modul Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah dengan jayanya. Pastikan anda membuat latihan yang diberikan untuk
membolehkan anda menguasai modul ini.

Arahan:-

       Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda.
       Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepada
        pensyarah/tutor anda.




----------------------------------------MODUL TAMAT---------------------------------------------




                                                                                              49
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH




                                      50
BMM 3103 PENTAKSIRAN
                                              BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH



RUJUKAN

Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin
     Enterprise.

Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan
     Teknik, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Azman Wan Chik (1987), Isu-Isu dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa
     Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik (1994), Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
    Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anuar Amat dan Zuariah Yusoff (1992) Pembinaan Item Ujian dalam Penilaian
       Pendidikan Bahasa Melayu , Kuala Lumpur : Institut Bahasa.

Bahagian Pendidikan Guru. Menilai dan Mentaksir, Kuala Lumpur: Kementerian
     Pendidikan.

Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas.
      Shah Alam: Fajar Bakti.

Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2008), Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk
     KPLI. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman.

Raminah Hj. Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia:
     Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Dewan
     Bahasa dan Pustaka.

Tan Hui Leng (1996). Penilaian dalam Proses Pendidikan : Asas Pendidikan 3,
     Shah Alam: Fajar Bakti.




                                                                             50
PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN

                 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

                 (PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)

                 NAMA                                 KELAYAKAN


PN.HASNAH BT AWANG                   Kelulusan:

Pensyarah                            M.Ed. ( Bahasa Melayu ) UPSI

IPG Kampus Ipoh,                     B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg Bahasa
31150 Hulu Kinta,                    Pertama) UPM
Perak Darul Ridzuan.
                                     Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPIP


                                     Pengalaman:

                                     Pensyarah Bahasa Melayu

                                     Guru Bahasa Melayu




EN. NORDIN BIN SHAARI                Kelulusan:

Pensyarah                            M.Ed. (Psikologi Pendidikan) USM

IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,      Sarjana Muda Pengajian Melayu ( Bahasa
21030 Kuala Terengganu,              Melayu / Sosio-Budaya Melayu) UM
Terengganu

                                     Pengalaman:

                                     Pensyarah Bahasa Melayu

                                     Guru Bahasa Melayu




                                                                                  51
PANEL PEMURNIAN PANDUAN PEMBELAJARAN

                 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

                 (PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)




                 NAMA                                 KELAYAKAN


PN.HASNAH BT AWANG                   Kelulusan:

Pensyarah                            M.Ed. ( Bahasa Melayu ) UPSI

IPG Kampus Ipoh,                     B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg Bahasa
31150 Hulu Kinta,                    Pertama) UPM
Perak Darul Ridzuan.
                                     Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPIP

                                     Pengalaman:

                                     Pensyarah Bahasa Melayu

                                     Guru Bahasa Melayu




HJ. NIK HARUN AMINARRASHED           Kelulusan:
BIN NIK MAHMOOD
                                     M.Ed. (Pentadbiran Pendidikan) UPM
Pensyarah
                                     B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg Bahasa
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,      Pertama) UPM
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu                           Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPKB


                                     Pengalaman:

                                     Pensyarah Bahasa Melayu

                                     Guru Bahasa Melayu




                                                                                  52
LAMPIRAN A


IKON



       Rehat


       Perbincangan


       Bahan Bacaan


       Buku Rujukan


       Latihan


       Membuat Nota


       Senarai Semakan


       Layari Internet


       Panduan Pengguna


       Mengumpul Maklumat


       Tutorial


       Memikir


       Tamat




                                    53

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
Pamela Lawrance
 
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012
aku_ hafif
 
Proposal penelitian
Proposal penelitianProposal penelitian
Proposal penelitian
SODRI UNJ
 
Penyusunan Proposal Penelitian Tindakan Kelas Dalam Pembelajaran Matematika d...
Penyusunan Proposal Penelitian Tindakan Kelas Dalam Pembelajaran Matematika d...Penyusunan Proposal Penelitian Tindakan Kelas Dalam Pembelajaran Matematika d...
Penyusunan Proposal Penelitian Tindakan Kelas Dalam Pembelajaran Matematika d...
NASuprawoto Sunardjo
 
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar MatematikaProblem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
guestf6b63af
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
Ryabbi Imp
 

La actualidad más candente (20)

Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
 
Kerja kursus edu 3026(pjj- UPSI)
Kerja kursus edu 3026(pjj- UPSI)Kerja kursus edu 3026(pjj- UPSI)
Kerja kursus edu 3026(pjj- UPSI)
 
Refleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarRefleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan Mengajar
 
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012
 
Proposal penelitian
Proposal penelitianProposal penelitian
Proposal penelitian
 
RPP SEJARAH INDONESIA KELAS XI
RPP SEJARAH INDONESIA KELAS XIRPP SEJARAH INDONESIA KELAS XI
RPP SEJARAH INDONESIA KELAS XI
 
PEMBELAJARAN MATEMATIKA BERBASIS MASALAH (Gina Nur Hidayani 0903655))
PEMBELAJARAN MATEMATIKA BERBASIS MASALAH (Gina Nur Hidayani 0903655))PEMBELAJARAN MATEMATIKA BERBASIS MASALAH (Gina Nur Hidayani 0903655))
PEMBELAJARAN MATEMATIKA BERBASIS MASALAH (Gina Nur Hidayani 0903655))
 
Pengembangan Modul
Pengembangan ModulPengembangan Modul
Pengembangan Modul
 
Model pembelajaran untuk keterampilan abad 21
Model pembelajaran untuk keterampilan abad 21Model pembelajaran untuk keterampilan abad 21
Model pembelajaran untuk keterampilan abad 21
 
Penyusunan Proposal Penelitian Tindakan Kelas Dalam Pembelajaran Matematika d...
Penyusunan Proposal Penelitian Tindakan Kelas Dalam Pembelajaran Matematika d...Penyusunan Proposal Penelitian Tindakan Kelas Dalam Pembelajaran Matematika d...
Penyusunan Proposal Penelitian Tindakan Kelas Dalam Pembelajaran Matematika d...
 
Buku saku model pembelajaran
Buku saku model pembelajaran Buku saku model pembelajaran
Buku saku model pembelajaran
 
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar MatematikaProblem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
 
Ppt strategi pembelajaran
Ppt strategi pembelajaranPpt strategi pembelajaran
Ppt strategi pembelajaran
 
Contoh proposal ptk
Contoh proposal ptkContoh proposal ptk
Contoh proposal ptk
 
Lk.5 rpp
Lk.5 rppLk.5 rpp
Lk.5 rpp
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
 
Model blajaran
Model blajaranModel blajaran
Model blajaran
 
2. model pembelajaran lengkap
2. model pembelajaran lengkap2. model pembelajaran lengkap
2. model pembelajaran lengkap
 
micro teaching
micro teachingmicro teaching
micro teaching
 
Minggu 1
Minggu 1Minggu 1
Minggu 1
 

Similar a Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr

Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Aisyalaila
 
Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasa
najib6766
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
haslinda041770
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
syikin Mawaddah
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
syikin Mawaddah
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Nurzila Ibrahim
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Gman Radziman
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Hon Shan Shan
 
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
Pejal Ragbi Terengganu
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]
Ong Ngi Song
 
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
DannyCherish1
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Muhammad Aizat
 

Similar a Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr (20)

Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
 
Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasa
 
Bmm3104
Bmm3104Bmm3104
Bmm3104
 
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motorPjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
 
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
 
Psv3105
Psv3105Psv3105
Psv3105
 
Modul ppg bmm3101[1]
Modul ppg bmm3101[1]Modul ppg bmm3101[1]
Modul ppg bmm3101[1]
 
Asas pend muzik pengenalan
Asas pend muzik  pengenalanAsas pend muzik  pengenalan
Asas pend muzik pengenalan
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahraga
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]
 
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
1.3. Penyamaan Persepsi MA.pppppppppppppppppppppppppppppp
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Panduan edu3103
Panduan edu3103Panduan edu3103
Panduan edu3103
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
 

Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr

  • 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa Jan 2012
  • 2. MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT. Cetakan Jan 2012 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Nov 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. i
  • 4. KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan i Falsafah Pendidikan Guru i Kandungan ii Kata Alu-aluan iii Panduan Pelajar iv Pengenalan v Agihan Tajuk vi Tajuk Pembelajaran 1 Tajuk 1. Pengertian dan Konsep 1.1 Sinopsis 1.2 Hasil Pembelajaran 1.3 Kerangka Konsep 1.4 Kandungan Tajuk 2. Taksonomi dan Domain Krathwohl 8 2.1 Sinopsis 2.2 Hasil Pembelajaran 2.3 Kerangka Konsep 2.4 Kandungan Tajuk 3. Jadual Spesifikasi Ujian 14 3.1 Sinopsis 3.2 Hasil Pembelajaran 3.3 Kerangka Konsep 3.4 Kandungan ii
  • 5. Tajuk 4. Pembinaan Ujian 20 4.1 Sinopsis 4.2 Hasil Pembelajaran 4.3 Kerangka Konsep 4.4 Kandungan Tajuk 5. Jenis Penilaian Bahasa 28 5.1 Sinopsis 5.2 Hasil Pembelajaran 5.3 Kerangka Konsep 5.4 Kandungan Tajuk 6. Kaedah Penilaian Bahasa 33 5.1 Sinopsis 5.2 Hasil Pembelajaran 5.3 Kerangka Konsep 5.4 Kandungan 40 Tajuk 7. Kaedah Penilaian Bahasa 7.1 Sinopsis 7.2 Hasil Pembelajaran 7.3 Kerangka Konsep 7.4 Kandungan Tajuk 8. Kaedah Penilaian Bahasa 46 8.1 Sinopsis 8.2 Hasil Pembelajaran 8.3 Kerangka Konsep 8.4 Kandungan Rujukan 50 Panel Penulis Modul 51
  • 6. Panel Pemurni Modul 52 Ikon Modul 53 Struktur Pelaksanaan (Akan ditulis kemudian)
  • 7. PANDUAN PELAJAR PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1: vi
  • 8. Agihan Jam pembelajaran Aktiviti-aktiviti Pembelajaran Mengikut Kredit Kursus 3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit Tanpa Ada Tanpa Ada Tanpa Ada Amali Amali Amali Amali Amali Amali (3+0) (2+1) (2+0) (1+1) (1+0) (0+1) (1+2) (0+2) (0+3) Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / 70 60 70 62 70 65 tugasan terarah / amali Menghadiri kelas interaksi 10 10 5 5 5 5 bersemuka (5 kali) Latihan Amali* - 10 - 8 - 5 Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½ Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15 Ulangkaji 10 10 10 10 5 5 Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40 * Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. vii
  • 9. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda. viii
  • 10. Pengenalan  Kursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3103) merupakan sebahagian daripada kursus dalam Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah. Dalam modul ini para pelajar akan diperkenalkan dengan 8 tajuk daripada 12 tajuk seperti yang terdapat dalam Pro Forma kursus. Tajuk 1 hingga 8 telah dimodulkan. Bagi Tajuk 8 ( Penilaian Melalui Projek ) telah dimodulkan manakala tajuk Penilaian Melalui Kertas Kerja akan dibincangkan semasa interaksi bersemuka. Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yang meliputi:-  Pengertian dn Konsep  Taksonomi dan Domain  Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU )  Pembinaan Ujian  Jenis Penilaian Bahasa  Kaedah Penilaian Bahasa Sepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan dan aktiviti bagi setiap tajuk dan pada akhirnya pula para pelajar akan melaksanakan 2 latihan utama modul ini sebagai memenuhi aspek penilaian dalam proses pelengkap modul akses kendiri ini. v
  • 11. AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. Bil. Tajuk/Topik Modul Jum. (jam) Jam 1 Pengertian dan Konsep 2 2  Pentaksiran  Pengujian  Penilaian  Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian 2 Taksonomi dan Domain 2 2  Taksonomi Bloom  Domain Krathwohl 3 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 2 2  Definisi  Kepentingan  Langkah Pembinaan 4 Pembinaan Ujian 2 2  Soalan Objektif  Soalan Subjektif 5 Jenis Penilaian Bahasa 2 2  Ujian Formatif, Sumatif  Ujian Kefasihan, Kemajuan  Ujian Bakat, Pencapaian 6 2 2 Kaedah Penilaian Bahasa  Penilaian Melalui Portfolio  Penilaian Melalui Pemerhatian vi
  • 12. Bil. Tajuk/Topik Modul Jum. (jam) Jam 7 Kaedah Penilaian Bahasa 2 2  Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran  Penilaian Melalui Soal Jawab 8 Kaedah Penilaian Bahasa 1 2  Penilaian Melalui Projek  Penilaian Melalui Kertas Kerja vi
  • 13. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 1: PENGERTIAN DAN KONSEP Tahukah anda, penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar 1.1 Sinopsis Topik ini membincangkan konsep-konsep penting dalam penilaian dan pentaksiran bahasa Melayu iaitu pentaksiran, pengujian, penilaian. Di akhir topik, para pelajar akan menjalankan beberapa aktiviti serta menjawab beberapa soalan untuk menguji pemahaman anda. Rujukan lanjut melalui sumber internet, perbincangan dalam talian serta aktiviti kolaboratif bersama pensyarah anda boleh juga dilakukan. 1
  • 14. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 1.2 Hasil pembelajaran 1.2.1. Konsep pentaksiran 1.2.2. Konsep pengujian 1.2.3. Konsep penilaian 1.2.4. Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian 1.3 Kerangka Konsep Pengertian dan Konsep Perkaitan antara Pentaksiran, Pentaksiran Pengujian Penilaian Pengujian dan Penilaian 1.4 Pentaksiran Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal- hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula 2
  • 15. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:- i. Instrumen ii. Kumpulan yang ditaksir iii. Respon iv. Kumpulan yang menaksir v. Skor 1.5 Pengujian  Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.  Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.  Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran  Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre- test.  Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru. Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, 3
  • 16. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan. 1.6 Penilaian Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum. 4
  • 17. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:  mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.  menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.  membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman- teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.  menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.  membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan  membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya. 5
  • 18. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 1.7 Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Rajah 1. PENILAIAN PENTAKSIRAN PENGUJIAN Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan. 6
  • 19. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 1.8 Aktiviti Arahan: Anda dikehendaki mengumpul satu set bahan ujian bulanan, semester dan akhir tahun. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, sila jawab soalan-soalan dibawah; a. Sila nyatakan tujuan-tujuan pengujian, pengukuran, dan penilaian dilakukan. b. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsep- konsep pengujian, penilaian, dan pengukuran ini dalam bentuk grafik. c. Sejauh manakah kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun yang dibina menepati ciri-ciri pentaksiran yang berkesan? 7
  • 20. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN KRATHWOHL 2.1 Sinopsis Sebagaimana yang anda tahu,Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 dan seterusnya Domain Krathwohl. Dalam hal ini, tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain (ranah, kawasan) dan setiap domain tersebut diperincikan berdasarkan hierarkinya. Dalam panduan pembelajaran ini, dua aspek ini akan dibincangkan serta aktiviti yang berkaitan boleh dijalankan bersama pensyarah anda untuk memudahkan pemahaman anda. Selamat berjaya ! 2.2 Hasil Pembelajaran 2.2.1. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian. 2.2.2. Menjelaskan taksonomi Bloom, taksonomi Solo, dan domain Krathwohl. 2.2.3. Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu; 2.2.4. Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu. 8
  • 21. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 2.3 Kerangka Konsep Taksonomi dan Domain Taksonomi Domain Bloom Krathwohl 2.4 Taksonomi Bloom Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu: 1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir. 2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri. 3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin. 9
  • 22. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Domain Kognitif Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu: i. Pengetahuan ii. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual Pengetahuan (Knowledge) Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya. Pemahaman (Comprehension) Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya. Aplikasi (Application) Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar. Analisis (Analysis) Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit. 10
  • 23. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Sintesis (Synthesis) Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan.. Penilaian (Evaluation) Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.  Domain Psikomotor 1. Persepsi 2. Persediaan (Set) 3. Respons Terpimpin 4. Mekanisme (Mechanism) 5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response) 6. Penyesuaian (Adaptation) 7. Penciptaan (Origination) 11
  • 24. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 2.5 Domain David Krathwohl  Domain Afektif  Penerimaan (Receiving/Attending)  Tanggapan (Responding)  Penghargaan (Valuing)  Pengorganisasian (Organization)  Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value Complex) 12
  • 25. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 2.6 Aktiviti Arahan: Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami Taksonomi Bloom dan Domain Krathwolh. Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan. 1. Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun di sekolah anda dari segi: a. Aras kesukaran/ kognitif Taksonomi Bloom. b. Sila nyatakan bilangan soalan yang dianalisis mengikut aras Bloom. c. Sila huraikan sejauh manakah penggunaan Domain Krathwohl dalam soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun untuk setiap kelas di sekolah anda. Lawatilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:- 1. http://www.nwlink.com/~Donclark/hrd/bloom.html 2. http://classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/krath stax.htm 3. http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah.pdf 13
  • 26. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN 3.1 Sinopsis Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang). 3.2 Hasil pembelajaran 3.2.1. Memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU 3.2.2. Penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian 14
  • 27. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 3.3 Kerangka konsep JADUAL SPESIFIKASI UJIAN LANGKAH KEPENTINGAN JSU DEFINISI PEMBINAAN JSU 3.4 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)  Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.  Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.  Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.  Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.  Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.  Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%. 3.5 Kepentingan JSU  Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.  Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.  Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.  Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. 15
  • 28. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH  Memberikan panduan untuk membentuk format ujian. Bil Bentuk Soalan Objektif Aras Kognitif Kemahiran Bidang/Topik/Topik Kecil Jam Jumlah 1 2 3 4 5 6 Item 1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5 4  Asal usul BM, BM sebelum dan selepas merdeka 2 2 1.2 Linguistik BM 15 12  Pengenalan linguistik Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif 1 5 4 1 1 1.3 Fonologi 20 16  Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan 3 2 1 1  Fonem segmental 2 2 1 1 1  Fonem suprasegmental 1 1 Jumlah 40 32 Jadual 1: Contoh JSU  Contoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi di sekolah. 16
  • 29. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 3.6 Langkah-langkah Membina JSU Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu a. soalan objektif (30 soalan) b. 1 markah bagi 1 item c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira: = Jumlah masa X Jumlah soalan Jumlah Masa keseluruhan Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor Domain Kognitif 6. Penilaian Sukar 5. Sintesis 4. Analisis 3. Penggunaan 2. Kefahaman 1. Pengetahuan Mudah Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?  Ujian objektif  Ujian struktur  Ujian esei, dan lain-lain. 17
  • 30. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Langkah V:  Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll)  Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)  Pemarkahan Langkah VI  Nyatakan mata pelajaran  Nyatakan tingkatan  Susunan nombor soalan mengikut tajuk Rumusan Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan. 18
  • 31. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 3.7 Aktiviti Arahan: Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah ditetapkan. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif.  Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran.  Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan. Layarilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan; 1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf 2. http://www.geocities.com/kheru2006/iv.htm 19
  • 32. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 4 : PEMBINAAN UJIAN 4.1 Sinopsis Anda telah membincangkan konsep penilaian dan kepentingannya dalam pendidikan serta P&P di dalam bilik darjah. Dengan itu, dalam proses menilai ini, guru sewajarnya dapat menentukan dengan jelas kedudukan ujian sebagai alat penilaian dalam pendidikan. Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulis yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Dalam topik ini anda, kita akan membincangkan bagaimana untuk membina bahan- bahan ujian untuk para pelajar kita dan pada akhir topik ini, anda bolehlah menjawab soalan-soalan dalam aktiviti yang diberi serta berbincang dengan pensyarah anda. Hasil tugasan anda perlu dimasukkan dalam folio pembelajaran anda. 4.2 Hasil Pembelajaran 4.2.1. Memahami serta menghuraikan konsep-konsep ujian. 4.2.2. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan objektif. 4.2.3. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan subjektif. 4.2.4. Mengaplikasikan kemahiran pembinaan soalan . 20
  • 33. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 4.3 Kerangka Konsep Pembinaan Ujian Objektif Subjektif 4.4 Pendahuluan Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar- pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P. 4.5. Jenis-jenis Ujian Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif. 4.5.1. Ujian Objektif Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz. 21
  • 34. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Item Respons Bebas i. Jenis soalan: contoh: a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas) b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut) ii. Item Melengkapkan Penyataan contoh: a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun. b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja. Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan) Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan. Item Salah - Betul Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan. 22
  • 35. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Item Padanan Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan. Kata Bilangan Contoh 1. Kata Adjektif Sifatan A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini. 2. Kata Adjektif B. Budak baik selalu dipuji. Pancaindera 3. Kata Adjektif Bentuk C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup. 4. Kata Adjektif Perasaan D. Dia amat rindu akan emaknya. Item Aneka Pilihan Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut. a. Item aneka pilihan berbentuk soalan b. Jenis jawapan terbaik c. Analogi 23
  • 36. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Item Jenis Cantuman Teknik Kloz Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks. 4.5.2. Soalan Subjektif Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-  Item Jenis Struktur  Item Jenis Esei  Pembinaan Ujian 24
  • 37. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah: i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity) a. Kesahan Isi b. Kesahan Ramalan c. Kesahan Serentak d. Kesahan Gagasan ii. Kebolehpercayaan Ujian Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji. Rumusan Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri. 25
  • 38. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 4.7 Aktiviti Arahan : Anda dikehendaki membaca dan memahami aspek-aspek pembinaan ujian dan sila sediakan carta pengurusan grafik bagi perkara-perkara yang berikut: a. Senaraikan dan huraikan garis panduan membina item objektif dan esei. b. Sila bina 24 item objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran tatabahasa bagi pelajar anda. Item yang anda bina mestilah merangkumi 4 soalan untuk setiap aras iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Tunjukkan soalan-soalan yang dibina itu kepada guru panitia Bahasa Melayu dan bincangkan bersamanya tentang kelebihan dan kelemahan pembinaan item objektif tersebut berdasarkan garis panduan membina item ujian objektif. Aplikasikan atau ujikan item tersebut kepada pelajar anda. Kemudian buat laporan menyeluruh tentang pencapaian pelajar anda dan kaitkan keputusan itu dengan item yang telah dibina dari segi kelebihan atau kelemahannya. 26
  • 39. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Layari Internet untuk mendapatkan maklumat lanjut; 1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf 2. http://www.usm.my/education/publication/JPP23- 9_PEMBINAAN%20DAN%20PENGESAHAN%20UJIAN%20MEMBACA.pdf 27
  • 40. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA 5.1 Sinopsis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami jenis penilaian bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan proses p&p Bahasa Melayu. Jenis penilaian tersebut merangkumi ujian Formatif,Sumatif, Ujian Kefasihan, Kemajuan, Ujian Bakat, Pencapaian. 5.2 Hasil Pembelajaran 5.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan jenis penilaian bahasa. 5.2.2 Menganalisis dan membanding-beza jenis penilaian. 5.2.3 Menerangkan dan menganalisis ujian kefasihan, kemajuan dan ujian bakat, pencapaian. 5.3 Kerangka Konsep Jenis Penilaian bahasa Ujian Formatif Ujian Kefasihan Ujian Bakat Ujian Sumatif Ujian Kemajuan Ujian Pencapaian 28
  • 41. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 5.4 Ujian Formatif dan Sumatif Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji. 5.5 Ujian Formatif Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek. 5.6 Ujian Sumatif Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. 29
  • 42. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 5.7 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif Ujian Formatif Perbezaan Ujian Sumatif 1. Maklum balas kepada pelajar 1. Pensijilan atau dan guru: kemajuan dan Fungsi penggredan kelemahan. 2. Pada akhir 2. Sepanjang pengajaran Masa unit/kursus 3. Kognitif, psikomotor dan afektif Penekanan 3.Kognitif 4. Beraneka jenis 4. Terhad kepada tugasan Sifat 5. Senang – sukar 5. Berubah-ubah Kesukaran 6. Peperiksaan akhir 6. Dibentuk khas Alat tahun 7. Rujukan kriteria Jenis ujian 7.Rujukan norma 5.8 Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing. Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid- murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. 30 Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.
  • 43. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH NOTA TAMBAHAN Ujian Bakat Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat. Ujian Pencapaian Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos. Ujian Kefasihan Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka. 31
  • 44. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH AKTIVITI Arahan 1. Anda dikehendaki mendapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan tajuk di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. 2. Kemudian buat banding beza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yang telah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik. Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satu kemahiran bahasa. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebut untuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu. 32
  • 45. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA 6.1 Sinopsis Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. 6.2 Hasil Pembelajaran 6.2.1 Menghuraikan kaedah penilaian melalui portfolio. 6.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui pemerhatian. 6.2.3. Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui pemerhatian penilaian melalui portfolio. 33
  • 46. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 6.3 Kerangka Konsep Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian Melalui Penilaian Melalui Portfolio Pemerhatian 6.4 Penilaian Melalui Porfolio Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir. 34
  • 47. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 6.4.1 Tujuan Portfolio Tujuan portfolio ialah untuk :  Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.  Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.  Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi. 6.4.2 Kegunaan Portfolio  menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).  menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.  digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.  menilai secara sumatif pembelajaran.  menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar 6.4.3 Ciri-ciri Portfolio (a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan. (b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan. 35
  • 48. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (c) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran. (d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan. (e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif. 6.4.4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.  Portfolio Kerja Harian  Portfolio Hasil Terbaik  Portfolio Dokumen 6.4.5 Bagaimana Menilai Portfolio?  Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran- kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.  Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini. E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru A 3 Membentuk suku kata A 2 Menyebut bunyi huruf N 1 Permulaan mengenal huruf 36
  • 49. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH  Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.  Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja. 6.4.6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio Sesebuah portfolio mengandungi:  Senarai semak yang disediakan oleh guru  Nota-nota yang disediakan oleh guru  Catatan jurnal  Buku log  Refleksi kendiri murid  Gambar dan foto 6.4.7 Kebaikan Penilaian Portfolio  Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran  Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid  Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid  Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru. 6.5 Penilaian Melalui Pemerhatian. Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. 37
  • 50. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 6.5.1 Jenis Pemerhatian Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:  Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.  Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.  Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang. 6.5.2 Strategi Pemerhatian  Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.  Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.  Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran.  Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan. 6.5.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah:  Kualiti Pemerhatian  Bentuk Perancangan  Jenis-jenis Pemerhatian 6.5.4 Fungsi Pemerhatian  Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.  Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.  Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek. 38
  • 51. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 6.6 Rumusan. Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai. AKTIVITI 1. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. 2. Anda juga dikehendaki membuat penilaian murid dalam kelas anda berdasarkan penilaian portfolio. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihan dan kelemahan kaedah penilaian tersebut. 39
  • 52. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 7: KAEDAH PENILAIAN BAHASA 7.1 Sinopsis Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. 7.2 Hasil Pembelajaran 7.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui kontrak pembelajaran. 7.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui soal jawab. 40
  • 53. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 7.3 Kerangka Konsep Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian Melalui Penilaian Melalui Soal Kontrak Pembelajaran Jawab 7.4 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas. 7.4.1 Cara Pelaksanaan  Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.  Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan. 41
  • 54. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH  Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.  Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan. 7.4.2 Fungsi Kontrak Pembelajaran Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan : a. pelajar mengenal pasti dan merekod, b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri, c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut. 7.4.3 Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?  Penilaian objektif tugasan  Hasil Pembelajaran  Penilaian  Format / Bentuk 7.4.4 Format Kontrak Pembelajaran Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas. 42
  • 55. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas. Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu KONTRAK PEMBELAJARAN Mata Pelajaran : ............................................................ Nama : ........................................................................ Tahun/Tingkatan :........................................................... Tugasan : ..................................................................... Objektif : 1.................................................................. 2.................................................................. 3.................................................................. Perkembangan Apa yang ingin Bagaimana Tempoh masa Bagaimana Catatan Peringkat dicapai pada akan pelaksanaan penilaian peringkat peringkat ini dilaksanakan peringkat ini ini dibuat pada peringkat ini Tandatangan murid Tandatangan rakan sebaya Tandatangan guru .............................. .................................... ............................... Nama: Nama: Nama: 43
  • 56. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 7.5 Penilaian Melalui Soal Jawab Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep- konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar. 7.5.1 Cara Pelaksanaan Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal. 44
  • 57. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH AKTIVITI 1. Pilih satu bahan pengajaran grafik untuk sesi pengajaran Bahasa Melayu kelas KBSR, anda mahu menguji dan menilai murid melalui kaedah soal jawab, sediakan soalan-soalan yang sesuai untuk menguji pemahaman murid tentang grafik. Sediakan rumusan tentang pencapaian murid anda dan keberkesanan kaedah tersebut. 2. Bagaimana anda menjalankan Penilaian Kontrak Pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Huraikan dengan contoh-contoh yang tepat dan cara pelaksanaannya. 45
  • 58. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 8: KAEDAH PENILAIAN BAHASA 8.1 Sinopsis Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Modul ini membincangkan tajuk penilaian melalui projek sahaja. Tajuk penilaian melalui kertas kerja akan disampaikan ketika interaksi bersemuka. 8.2 Hasil Pembelajaran 8.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui projek 8.2.2 Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui projek 8.3 Kerangka Konsep Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian Melalui Penilaian Melalui Projek Kertas Kerja 46
  • 59. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 8.4 Penilaian Melalui Projek Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan. Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins, 1989).  Apakah tujuan pembelajaran Projek ini? Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:  Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.  Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.  Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah. 47
  • 60. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 8.5 Ciri-ciri Penilaian Projek  Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).  Jangka masa yang panjang  Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.  Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar.  Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.  Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.  Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.  Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.  Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.  Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. 8.6 Jenis-jenis penilaian Projek  Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis.  Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.  Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.  Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model. 8.7 Langkah-langkah untuk menjalankan Projek. Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek. Langkah 2 : Penilaian awal projek. Langkah 3 : Pelaksanaan strategi. Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat. Langkah 5 : Penilaian hasil projek. 48
  • 61. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH AKTIVITI Arahan: 1. Anda dikehendaki membaca dan memahami tajuk di atas, kemudian sila lengkapkan pengetahuan anda dalam borang pengurusan grafik yang sesuai. 2. Anda memberi tugasan membuat satu projek tentang galakan membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah anda. Murid-murid secara berkumpulan akan menghasilkan pelbagai bahan dan produk, anda dikehendaki menyediakan senarai semak yang lengkap untuk menilai keberkesanan produk atau bahan yang dihasilkan oleh murid. Tahniah ! Anda telah berjaya menamatkan Modul Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jayanya. Pastikan anda membuat latihan yang diberikan untuk membolehkan anda menguasai modul ini. Arahan:-  Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda.  Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepada pensyarah/tutor anda. ----------------------------------------MODUL TAMAT--------------------------------------------- 49
  • 62. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 50
  • 63. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH RUJUKAN Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Azman Wan Chik (1987), Isu-Isu dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Wan Chik (1994), Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Anuar Amat dan Zuariah Yusoff (1992) Pembinaan Item Ujian dalam Penilaian Pendidikan Bahasa Melayu , Kuala Lumpur : Institut Bahasa. Bahagian Pendidikan Guru. Menilai dan Mentaksir, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan. Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2008), Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman. Raminah Hj. Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tan Hui Leng (1996). Penilaian dalam Proses Pendidikan : Asas Pendidikan 3, Shah Alam: Fajar Bakti. 50
  • 64. PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH) NAMA KELAYAKAN PN.HASNAH BT AWANG Kelulusan: Pensyarah M.Ed. ( Bahasa Melayu ) UPSI IPG Kampus Ipoh, B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg Bahasa 31150 Hulu Kinta, Pertama) UPM Perak Darul Ridzuan. Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPIP Pengalaman: Pensyarah Bahasa Melayu Guru Bahasa Melayu EN. NORDIN BIN SHAARI Kelulusan: Pensyarah M.Ed. (Psikologi Pendidikan) USM IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Sarjana Muda Pengajian Melayu ( Bahasa 21030 Kuala Terengganu, Melayu / Sosio-Budaya Melayu) UM Terengganu Pengalaman: Pensyarah Bahasa Melayu Guru Bahasa Melayu 51
  • 65. PANEL PEMURNIAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH) NAMA KELAYAKAN PN.HASNAH BT AWANG Kelulusan: Pensyarah M.Ed. ( Bahasa Melayu ) UPSI IPG Kampus Ipoh, B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg Bahasa 31150 Hulu Kinta, Pertama) UPM Perak Darul Ridzuan. Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPIP Pengalaman: Pensyarah Bahasa Melayu Guru Bahasa Melayu HJ. NIK HARUN AMINARRASHED Kelulusan: BIN NIK MAHMOOD M.Ed. (Pentadbiran Pendidikan) UPM Pensyarah B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg Bahasa IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Pertama) UPM 21030 Kuala Terengganu, Terengganu Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPKB Pengalaman: Pensyarah Bahasa Melayu Guru Bahasa Melayu 52
  • 66. LAMPIRAN A IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat 53