SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 4
Descargar para leer sin conexión
Cara iblis menyesatkan manusia amat
canggih
PADA zaman ini yang dianggap sebagai serba canggih dari segi teknologi maklumat dan
sebagainya, masih ada yang berhujah bahawa di dalam memahami ajaran Allah, akal
tidak boleh digunakan. Mereka mengajar dan percaya bahawa apa yang perlu ialah
beriman (percaya) secara buta tuli. Dalam erti kata lain, mereka sebenarnya mengajar
iman tanpa asas ilmu daripada Allah.
Dalam keadaan di mana kita digalak untuk tidak menggunakan akal dalam memahami
ajaran Allah, maka mudahlah guru-guru agama palsu untuk memenuhi hati kita dengan
ajaran yang jauh menyimpang daripada Addin Allah. Sikap menidakkan sama sekali
penggunaan akal adalah sikap yang dimiliki oleh golongan jahiliah.
Kita boleh mengambil iktibar daripada firman Allah yang bermaksud:
³Dan apabila dikatakan kepada mereka: Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah.
Mereka menjawab: (Tidak) tetapi kami hanya mengikuti apa yang kami dapati dari
(perbuatan) nenek moyang kami. (Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun
nenek moyang mereka itu tidak mengetahui sesuatu apa pun dan tidak mendapat
petunjuk?² (Al-Baqarah:170)
Dalam ayat di atas, apabila Rasulullah menyampaikan ajaran Allah, ada satu golongan
yang tanpa kritis terhadap agama yang dianuti oleh mereka, menolak ajaran yang
disampaikan oleh baginda. Mereka enggan untuk menilai ajaran yang disampaikan itu
dengan memikirkan sama ada agama anutan nenek moyang mereka itu warisan palsu.
Golongan jahiliah itu juga menyangka bahawa mereka menyembah Tuhan, walhal
agama mereka dipenuhi pelbagai kepercayaan yang tidak masuk akal serta bersifat
syirik. Mereka enggan menerima ajaran yang dibawa oleh Rasulullah kerana setia
kepada agama warisan daripada nenek moyang mereka.
Namun dalam ayat itu, Allah mengajak kita berfikir dengan soalan yang
bermaksud: ³Walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui sesuatu apa pun
dan tidak mendapat petunjuk?²
Kumpulan ini berpegang teguh kepada tradisi dan upacara agama mereka dan
menyangka bahawa upacara itu adalah sesuatu yang suci. Pegangan dan tindakan
seperti itu mudah berlaku apabila kita enggan menggunakan akal bagi memikirkan inti
ajaran Allah dan Rasul-Nya.
Pada masa sama, kaedah yang digunakan oleh iblis dalam menyesatkan manusia amat
halus dan canggih. Sebagai contoh, kerap kali guru agama palsu akan menyatakan
bahawa ajarannya bertujuan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Maka, mereka
yang memang jahil mengenai ajaran Allah yang terkandung di dalam al-Quran akan
menuruti kata-kata guru agama palsu itu dengan Œkeikhlasan¹ yang lahir daripada
kejahilan sengaja.
Kejahilan ini dikatakan sengaja apabila seorang itu berani dengan sombongnya enggan
membaca al-Quran untuk mengetahui apa yang difirmankan oleh Allah di dalamnya. Kita
boleh mengambil iktibar daripada firman Allah yang bermaksud:
³Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (daripada syirik). Dan orang
yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): Kami tiada menyembah mereka
melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya.
Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara kamu mengenai apa yang mereka
berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang
pendusta dan sangat ingkar.² (Az-Zumar:3).
Ayat di atas jelas menerangkan keadaan di mana manusia dibawa untuk menyekutukan
Allah dengan alasan tindakan seperti ini akan mendekatkan diri kepada Allah.
Sebaliknya, jelas ajaran Allah ialah cara hidup yang berlandaskan prinsip tauhid semata-
mata. Hanya Allah saja yang berhak disembah, bukan berhala berbentuk patung,
manusia, jin, ego dan sebagainya.
Hakikatnya ialah selagi orang seperti itu tidak mahu berusaha menilai apa yang mereka
lakukan, selagi itulah mereka mudah melakukan perkara yang tidak masuk akal serta
bertentangan dengan Addin Allah.
Selagi enggan beriman kepada al-Quran melalui usaha memahaminya, selagi itulah
mereka akan disesatkan dengan kitab tulisan manusia. Manusia yang berniat jahat dan
ingin memalingkan manusia lain daripada sujud hanya kepada Allah akan menggalakkan
keimanan (kepercayaan) buta tuli.
Apabila kita tidak menggunakan akal, kita mudah menerima apa saja yang diajar
sebagai agama terutama apabila si guru itu bercakap mengenai perkara yang ghaib.
Maka manusia rela untuk mendera diri dengan pelbagai cara, seperti memukul diri
sendiri, melukakan badan dan sebagainya, kononnya bertujuan untuk Œmendekatkan
diri dengan Allah.¹
Begitu juga apabila kita dilatih untuk tidak menggunakan akal, maka kita mudah dibawa
ke alam fantasi atas nama agama. Iblis amat kreatif dalam memujuk manusia ke jalan
yang dimurkai Allah. Dengan menggunakan fantasi, pelbagai cerita karut dicampur aduk
dengan perencah kebenaran sehingga si guru agama itu diangkat sebagai wali dan
segala yang diucapkannya diterima sebagai kata-kata keramat.
Apabila penggunaan akal tidak dibenarkan, amat mencabar untuk berbincang perihal
kebenaran dengan orang seperti ini. Berbincang dengan orang seperti ini adalah seperti
berbincang dengan orang yang baru habis hisap candu kerana tidak ada sesuatu yang
munasabah keluar daripada mulut mereka. Hanya khayalan dan taghut kerana mereka
telah mengangkat manusia menjadi wali mereka selain Allah.
Mereka yang mahu boleh mengambil pengajaran daripada firman Allah yang
bermaksud:
³Orang yang mengambil perlindung-pelindung selain Allah, Allah mengawasi
(perbuatan) mereka dan kamu (ya Muhammad) bukanlah orang yang diserah
mengawasi mereka.² (Asy-Syuura:6)
Apabila kita mengkaji pelbagai agama yang wujud di dunia ini, kita akan dapati bahawa
pelbagai cerita fantasi diterima sebagai kebenaran dan diamalkan sebagai kebenaran
daripada Tuhan. Allah dituduh sebagai pernah menjelma di muka bumi sebagai manusia
dan kononnya mempunyai sanak saudara.
Kononnya ada wali-wali manusia yang menerima arahan daripada Tuhan untuk
menetapkan pelbagai upacara agama dan sebagainya.
Nabi-nabi juga, sebagai contoh Nabi Isa, dijadikan sekutu dengan Allah. Dari manakah
cerita dan kepercayaan ini timbul? Inilah soalan yang jarang sekali ditanya oleh mereka
yang lemah minda dan malas berfikir. Ramai juga yang tidak mahu meluangkan masa
untuk mengkaji dan membaca kitab suci al-Quran dengan pelbagai alasan. Adakah kita
malas membaca surat yang diutus oleh kekasih kita? Mereka yang rela hati boleh
mengambil pengajaran daripada firman Allah yang bermaksud:
³Allah menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang mendalam mengenai al-Quran
dan Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa yang dianugerahi al
hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang yang
berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).² (Al-Baqarah:269)
Kitab suci al-Quran penuh dengan hikmah yang disampaikan oleh Allah kepada mereka
yang mahu menerimanya. Al-Quran pun bukanlah kitab yang sukar untuk difahami (sila
rujuk surah al-Qamar ayat 17, 22,32, dan 40). Namun, seperti yang difirmankan oleh
Allah dalam surah al-Baqarah di atas, hanya mereka yang mahu menggunakan minda
mereka akan memperoleh peringatan atau mesej yang terkandung di dalam al-Quran.
Kita seharusnya berwaspada terhadap mereka yang sengaja memadamkan peranan akal
di dalam menilai agama dan memahami ajaran Allah dan Rasul-Nya. Manusia seperti ini
dengan sedar atau tidak, cuba menjatuhkan Addin Allah ke tahap agama yang
berasaskan keimanan buta tuli.
Melalui ajaran seperti ini, mereka menyulitkan sebarang usaha untuk mengajak manusia
berfikir mengenai ayat-ayat Allah yang terkandung di dalam al-Quran..
Ajaran yang menidakkan peranan akal juga memberi sokongan kepada mereka yang
terjerumus dengan agama palsu supaya terus beriman dengan kepalsuan itu.
Mereka menyangka keimanan tanpa penggunaan minda memadai. Allah tidak pernah
menganjurkan keimanan buta tuli seperti ini. Kita boleh mengambil iktibar daripada
firman Allah yang bermaksud:
³Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya
mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang yang
mempunyai fikiran.² (Shaad:29)
Apabila membaca al-Quran, kita hendaklah membacanya dengan memikirkan maksud
ayat yang terkandung di dalamnya. Kita memarahi anak kita jika ia membaca buku
tanpa memahami apa yang dibaca olehnya. Namun, tidak pernah pula kita menilai sikap
kita sendiri terhadap bacaan al-Quran. Kita hendaklah membacanya dengan
menggunakan akal supaya kita boleh memahami, insya Allah, apa yang difirmankan
Allah.
Kalau kita fikirkan secara jujur, bagaimana seorang itu boleh mempercayai
(beriman) sesuatu yang ia tidak tahu? Allah sebenarnya mengajak kita berfikir mengenai
pelbagai perkara supaya kita boleh sujud (patuh) kepada-Nya dengan sebenar-benar
sujud. Oleh itu, mengajar supaya tidak menggunakan minda bukanlah ajaran Allah dan
Rasul-Nya. Nama-nama Iblis Dan Kerjanya
Dipetik dari buku 'Iblis, Syaitan & Jin' disusun oleh Hj. Abd Rahman
Sulaiman - Malaysia.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxkewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxAthoillahAR
 
Kewajiban Belajar Perspektif Hadits.pptx
Kewajiban Belajar Perspektif Hadits.pptxKewajiban Belajar Perspektif Hadits.pptx
Kewajiban Belajar Perspektif Hadits.pptxAthoillahAR
 
Ilmu, Iman Dan Amal
Ilmu, Iman Dan AmalIlmu, Iman Dan Amal
Ilmu, Iman Dan Amalilmihusna
 
Tasawuf perbandingan
Tasawuf perbandinganTasawuf perbandingan
Tasawuf perbandinganfitrimisnan
 
Slide mukasyafah wa musyahadah
Slide mukasyafah wa musyahadahSlide mukasyafah wa musyahadah
Slide mukasyafah wa musyahadahnashuri
 
Ajaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnyaAjaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnyaFaizah Yahya
 
Nota tafsir ayat makiyyah
Nota tafsir ayat makiyyahNota tafsir ayat makiyyah
Nota tafsir ayat makiyyahustazahruby
 
Proses mendapatkan akidah
Proses mendapatkan akidahProses mendapatkan akidah
Proses mendapatkan akidahghaziplanters
 
Makalah aqidah (iman kepada allah)
Makalah aqidah (iman kepada allah)Makalah aqidah (iman kepada allah)
Makalah aqidah (iman kepada allah)hilman shodri
 

La actualidad más candente (18)

kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docxkewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
kewajiban belajar sudah di takhrij hadist-1.docx
 
Kewajiban Belajar Perspektif Hadits.pptx
Kewajiban Belajar Perspektif Hadits.pptxKewajiban Belajar Perspektif Hadits.pptx
Kewajiban Belajar Perspektif Hadits.pptx
 
Quranik
QuranikQuranik
Quranik
 
Media gambar
Media gambarMedia gambar
Media gambar
 
Presentation of ilmu kalam
Presentation of ilmu kalamPresentation of ilmu kalam
Presentation of ilmu kalam
 
Ilmu, Iman Dan Amal
Ilmu, Iman Dan AmalIlmu, Iman Dan Amal
Ilmu, Iman Dan Amal
 
Rpp akidah akhlak kelas vii
Rpp akidah akhlak kelas viiRpp akidah akhlak kelas vii
Rpp akidah akhlak kelas vii
 
Ilmu iman amal
Ilmu iman amalIlmu iman amal
Ilmu iman amal
 
TUGAS FIDA.docx
TUGAS FIDA.docxTUGAS FIDA.docx
TUGAS FIDA.docx
 
Tasawuf perbandingan
Tasawuf perbandinganTasawuf perbandingan
Tasawuf perbandingan
 
Slide mukasyafah wa musyahadah
Slide mukasyafah wa musyahadahSlide mukasyafah wa musyahadah
Slide mukasyafah wa musyahadah
 
Ajaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnyaAjaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnya
 
Aswaja xi
Aswaja xiAswaja xi
Aswaja xi
 
Nota tafsir ayat makiyyah
Nota tafsir ayat makiyyahNota tafsir ayat makiyyah
Nota tafsir ayat makiyyah
 
Proses mendapatkan akidah
Proses mendapatkan akidahProses mendapatkan akidah
Proses mendapatkan akidah
 
Tasawwuf slide
Tasawwuf slideTasawwuf slide
Tasawwuf slide
 
Perbezaan mazhab ilmu kalam
Perbezaan mazhab ilmu kalamPerbezaan mazhab ilmu kalam
Perbezaan mazhab ilmu kalam
 
Makalah aqidah (iman kepada allah)
Makalah aqidah (iman kepada allah)Makalah aqidah (iman kepada allah)
Makalah aqidah (iman kepada allah)
 

Destacado

Gangguan iblis di saat sakaratul maut
Gangguan iblis di saat sakaratul mautGangguan iblis di saat sakaratul maut
Gangguan iblis di saat sakaratul mautmr_haryono
 
Dialog iblis dan rasulullah s
Dialog iblis dan rasulullah sDialog iblis dan rasulullah s
Dialog iblis dan rasulullah smr_haryono
 
Menjelang ajal Sakaratul Maut
Menjelang ajal Sakaratul MautMenjelang ajal Sakaratul Maut
Menjelang ajal Sakaratul MautSriH42
 
Dukun dan peramal didalam islam
Dukun dan peramal didalam islamDukun dan peramal didalam islam
Dukun dan peramal didalam islammr_haryono
 
Rahasia kehebatan dukun
Rahasia kehebatan dukunRahasia kehebatan dukun
Rahasia kehebatan dukunmr_haryono
 
BAWALAH HATIKU BERSAMA CINTA [4]
BAWALAH HATIKU BERSAMA CINTA [4]BAWALAH HATIKU BERSAMA CINTA [4]
BAWALAH HATIKU BERSAMA CINTA [4]andri zulfikar
 

Destacado (9)

Gangguan iblis di saat sakaratul maut
Gangguan iblis di saat sakaratul mautGangguan iblis di saat sakaratul maut
Gangguan iblis di saat sakaratul maut
 
Dialog iblis dan rasulullah s
Dialog iblis dan rasulullah sDialog iblis dan rasulullah s
Dialog iblis dan rasulullah s
 
Menjelang ajal Sakaratul Maut
Menjelang ajal Sakaratul MautMenjelang ajal Sakaratul Maut
Menjelang ajal Sakaratul Maut
 
Dukun dan peramal didalam islam
Dukun dan peramal didalam islamDukun dan peramal didalam islam
Dukun dan peramal didalam islam
 
Rahasia kehebatan dukun
Rahasia kehebatan dukunRahasia kehebatan dukun
Rahasia kehebatan dukun
 
Jodoh dalam Islam
Jodoh dalam IslamJodoh dalam Islam
Jodoh dalam Islam
 
BAWALAH HATIKU BERSAMA CINTA [4]
BAWALAH HATIKU BERSAMA CINTA [4]BAWALAH HATIKU BERSAMA CINTA [4]
BAWALAH HATIKU BERSAMA CINTA [4]
 
JODOH CINTA
JODOH CINTAJODOH CINTA
JODOH CINTA
 
Menjemput Jodoh Impian
Menjemput Jodoh ImpianMenjemput Jodoh Impian
Menjemput Jodoh Impian
 

Similar a Cara iblis menyesatkan manusia amat canggih

Urgensii aqidah di era modern
Urgensii aqidah di era modernUrgensii aqidah di era modern
Urgensii aqidah di era modernZaky Maulani
 
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelek
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelekIslam akal, fikir, rasional, cerdas, intelek
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelekYuliana Seputra
 
BUKU MAFAHIM BKLDK _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( LENGKAP )
BUKU MAFAHIM BKLDK _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( LENGKAP ) BUKU MAFAHIM BKLDK _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( LENGKAP )
BUKU MAFAHIM BKLDK _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( LENGKAP ) downloadbukumafahim
 
Makalah Implementasi iman dan taqwa dalam kehidupan modern
Makalah Implementasi iman dan taqwa dalam kehidupan modernMakalah Implementasi iman dan taqwa dalam kehidupan modern
Makalah Implementasi iman dan taqwa dalam kehidupan modernAchmad Syarief
 
Aqidah islamiyah
Aqidah islamiyahAqidah islamiyah
Aqidah islamiyahnyongkoh
 
Islam dan ilmu Pengetahuan
Islam dan ilmu PengetahuanIslam dan ilmu Pengetahuan
Islam dan ilmu PengetahuanDUNIS RESTU
 
Tauhid, Al-Qur’an&Hadits, Generasi Terbaik dan Salafussalih, Berbagi, Keadila...
Tauhid, Al-Qur’an&Hadits, Generasi Terbaik dan Salafussalih, Berbagi, Keadila...Tauhid, Al-Qur’an&Hadits, Generasi Terbaik dan Salafussalih, Berbagi, Keadila...
Tauhid, Al-Qur’an&Hadits, Generasi Terbaik dan Salafussalih, Berbagi, Keadila...DitiTriAriputry
 
Bab 1 memahami akidah islam
Bab 1 memahami akidah islamBab 1 memahami akidah islam
Bab 1 memahami akidah islammarisaphega
 
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidahNurul Fatin
 
AL ISLAM 01 2022 Pertemuan 01 ILMU & AKAL.ppt
AL ISLAM 01 2022 Pertemuan 01 ILMU & AKAL.pptAL ISLAM 01 2022 Pertemuan 01 ILMU & AKAL.ppt
AL ISLAM 01 2022 Pertemuan 01 ILMU & AKAL.pptssuser21fe3e
 

Similar a Cara iblis menyesatkan manusia amat canggih (20)

Urgensii aqidah di era modern
Urgensii aqidah di era modernUrgensii aqidah di era modern
Urgensii aqidah di era modern
 
Definisi akal
Definisi  akalDefinisi  akal
Definisi akal
 
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelek
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelekIslam akal, fikir, rasional, cerdas, intelek
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelek
 
Aqidah islam
Aqidah islamAqidah islam
Aqidah islam
 
BUKU MAFAHIM BKLDK _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( LENGKAP )
BUKU MAFAHIM BKLDK _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( LENGKAP ) BUKU MAFAHIM BKLDK _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( LENGKAP )
BUKU MAFAHIM BKLDK _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( LENGKAP )
 
Makalah Implementasi iman dan taqwa dalam kehidupan modern
Makalah Implementasi iman dan taqwa dalam kehidupan modernMakalah Implementasi iman dan taqwa dalam kehidupan modern
Makalah Implementasi iman dan taqwa dalam kehidupan modern
 
Akidah
AkidahAkidah
Akidah
 
Aqidah islamiyah
Aqidah islamiyahAqidah islamiyah
Aqidah islamiyah
 
Islam dan ilmu Pengetahuan
Islam dan ilmu PengetahuanIslam dan ilmu Pengetahuan
Islam dan ilmu Pengetahuan
 
KONSEP AGAMA.pdf
KONSEP AGAMA.pdfKONSEP AGAMA.pdf
KONSEP AGAMA.pdf
 
Tauhid, Al-Qur’an&Hadits, Generasi Terbaik dan Salafussalih, Berbagi, Keadila...
Tauhid, Al-Qur’an&Hadits, Generasi Terbaik dan Salafussalih, Berbagi, Keadila...Tauhid, Al-Qur’an&Hadits, Generasi Terbaik dan Salafussalih, Berbagi, Keadila...
Tauhid, Al-Qur’an&Hadits, Generasi Terbaik dan Salafussalih, Berbagi, Keadila...
 
Bab 1 memahami akidah islam
Bab 1 memahami akidah islamBab 1 memahami akidah islam
Bab 1 memahami akidah islam
 
Sumber ilmu
Sumber ilmuSumber ilmu
Sumber ilmu
 
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
 
Keutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmuKeutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmu
 
AL ISLAM 01 2022 Pertemuan 01 ILMU & AKAL.ppt
AL ISLAM 01 2022 Pertemuan 01 ILMU & AKAL.pptAL ISLAM 01 2022 Pertemuan 01 ILMU & AKAL.ppt
AL ISLAM 01 2022 Pertemuan 01 ILMU & AKAL.ppt
 
Khurafat 130420025512-phpapp02
Khurafat 130420025512-phpapp02Khurafat 130420025512-phpapp02
Khurafat 130420025512-phpapp02
 
Ilmu dan belajar
Ilmu dan belajarIlmu dan belajar
Ilmu dan belajar
 
Islam dan Ilmu Pengetahuan
Islam dan Ilmu PengetahuanIslam dan Ilmu Pengetahuan
Islam dan Ilmu Pengetahuan
 
Tauhid
TauhidTauhid
Tauhid
 

Más de mr_haryono

Musuh dan kawan syetan
Musuh dan kawan syetanMusuh dan kawan syetan
Musuh dan kawan syetanmr_haryono
 
Kelompok iblis dan syaitan
Kelompok iblis dan syaitanKelompok iblis dan syaitan
Kelompok iblis dan syaitanmr_haryono
 
Gangguan iblis di saat sakaratul maut
Gangguan iblis di saat sakaratul mautGangguan iblis di saat sakaratul maut
Gangguan iblis di saat sakaratul mautmr_haryono
 
Amal2 disyaritkan
Amal2 disyaritkanAmal2 disyaritkan
Amal2 disyaritkanmr_haryono
 
12 tempat yg disukai syetan
12 tempat yg disukai syetan12 tempat yg disukai syetan
12 tempat yg disukai syetanmr_haryono
 
7 tipudaya syaitanatasummat_islam
7 tipudaya syaitanatasummat_islam7 tipudaya syaitanatasummat_islam
7 tipudaya syaitanatasummat_islammr_haryono
 
Risalah tentangsihirdanperdukunan
Risalah tentangsihirdanperdukunanRisalah tentangsihirdanperdukunan
Risalah tentangsihirdanperdukunanmr_haryono
 
Perdukunan global
Perdukunan globalPerdukunan global
Perdukunan globalmr_haryono
 

Más de mr_haryono (20)

French 24
French 24French 24
French 24
 
French 22
French 22French 22
French 22
 
French 13
French 13French 13
French 13
 
French 12
French 12French 12
French 12
 
Musuh dan kawan syetan
Musuh dan kawan syetanMusuh dan kawan syetan
Musuh dan kawan syetan
 
Kelompok iblis dan syaitan
Kelompok iblis dan syaitanKelompok iblis dan syaitan
Kelompok iblis dan syaitan
 
Gangguan iblis di saat sakaratul maut
Gangguan iblis di saat sakaratul mautGangguan iblis di saat sakaratul maut
Gangguan iblis di saat sakaratul maut
 
Amal2 disyaritkan
Amal2 disyaritkanAmal2 disyaritkan
Amal2 disyaritkan
 
12 tempat yg disukai syetan
12 tempat yg disukai syetan12 tempat yg disukai syetan
12 tempat yg disukai syetan
 
7 tipudaya syaitanatasummat_islam
7 tipudaya syaitanatasummat_islam7 tipudaya syaitanatasummat_islam
7 tipudaya syaitanatasummat_islam
 
Chinese 026
Chinese 026Chinese 026
Chinese 026
 
Chinese 027
Chinese 027Chinese 027
Chinese 027
 
Chinese 029
Chinese 029Chinese 029
Chinese 029
 
Chinese 028
Chinese 028Chinese 028
Chinese 028
 
Chinese 030
Chinese 030Chinese 030
Chinese 030
 
Chinese 031
Chinese 031Chinese 031
Chinese 031
 
Chinese 033
Chinese 033Chinese 033
Chinese 033
 
Risalah tentangsihirdanperdukunan
Risalah tentangsihirdanperdukunanRisalah tentangsihirdanperdukunan
Risalah tentangsihirdanperdukunan
 
Perdukunan global
Perdukunan globalPerdukunan global
Perdukunan global
 
Jimat
JimatJimat
Jimat
 

Último

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAAmmar Ahmad
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 

Último (20)

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 

Cara iblis menyesatkan manusia amat canggih

  • 1. Cara iblis menyesatkan manusia amat canggih PADA zaman ini yang dianggap sebagai serba canggih dari segi teknologi maklumat dan sebagainya, masih ada yang berhujah bahawa di dalam memahami ajaran Allah, akal tidak boleh digunakan. Mereka mengajar dan percaya bahawa apa yang perlu ialah beriman (percaya) secara buta tuli. Dalam erti kata lain, mereka sebenarnya mengajar iman tanpa asas ilmu daripada Allah. Dalam keadaan di mana kita digalak untuk tidak menggunakan akal dalam memahami ajaran Allah, maka mudahlah guru-guru agama palsu untuk memenuhi hati kita dengan ajaran yang jauh menyimpang daripada Addin Allah. Sikap menidakkan sama sekali penggunaan akal adalah sikap yang dimiliki oleh golongan jahiliah. Kita boleh mengambil iktibar daripada firman Allah yang bermaksud: ³Dan apabila dikatakan kepada mereka: Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah. Mereka menjawab: (Tidak) tetapi kami hanya mengikuti apa yang kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami. (Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui sesuatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk?² (Al-Baqarah:170) Dalam ayat di atas, apabila Rasulullah menyampaikan ajaran Allah, ada satu golongan yang tanpa kritis terhadap agama yang dianuti oleh mereka, menolak ajaran yang
  • 2. disampaikan oleh baginda. Mereka enggan untuk menilai ajaran yang disampaikan itu dengan memikirkan sama ada agama anutan nenek moyang mereka itu warisan palsu. Golongan jahiliah itu juga menyangka bahawa mereka menyembah Tuhan, walhal agama mereka dipenuhi pelbagai kepercayaan yang tidak masuk akal serta bersifat syirik. Mereka enggan menerima ajaran yang dibawa oleh Rasulullah kerana setia kepada agama warisan daripada nenek moyang mereka. Namun dalam ayat itu, Allah mengajak kita berfikir dengan soalan yang bermaksud: ³Walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui sesuatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk?² Kumpulan ini berpegang teguh kepada tradisi dan upacara agama mereka dan menyangka bahawa upacara itu adalah sesuatu yang suci. Pegangan dan tindakan seperti itu mudah berlaku apabila kita enggan menggunakan akal bagi memikirkan inti ajaran Allah dan Rasul-Nya. Pada masa sama, kaedah yang digunakan oleh iblis dalam menyesatkan manusia amat halus dan canggih. Sebagai contoh, kerap kali guru agama palsu akan menyatakan bahawa ajarannya bertujuan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Maka, mereka yang memang jahil mengenai ajaran Allah yang terkandung di dalam al-Quran akan menuruti kata-kata guru agama palsu itu dengan Œkeikhlasan¹ yang lahir daripada kejahilan sengaja. Kejahilan ini dikatakan sengaja apabila seorang itu berani dengan sombongnya enggan membaca al-Quran untuk mengetahui apa yang difirmankan oleh Allah di dalamnya. Kita boleh mengambil iktibar daripada firman Allah yang bermaksud: ³Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (daripada syirik). Dan orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): Kami tiada menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara kamu mengenai apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang pendusta dan sangat ingkar.² (Az-Zumar:3). Ayat di atas jelas menerangkan keadaan di mana manusia dibawa untuk menyekutukan Allah dengan alasan tindakan seperti ini akan mendekatkan diri kepada Allah. Sebaliknya, jelas ajaran Allah ialah cara hidup yang berlandaskan prinsip tauhid semata- mata. Hanya Allah saja yang berhak disembah, bukan berhala berbentuk patung, manusia, jin, ego dan sebagainya. Hakikatnya ialah selagi orang seperti itu tidak mahu berusaha menilai apa yang mereka lakukan, selagi itulah mereka mudah melakukan perkara yang tidak masuk akal serta bertentangan dengan Addin Allah. Selagi enggan beriman kepada al-Quran melalui usaha memahaminya, selagi itulah mereka akan disesatkan dengan kitab tulisan manusia. Manusia yang berniat jahat dan ingin memalingkan manusia lain daripada sujud hanya kepada Allah akan menggalakkan keimanan (kepercayaan) buta tuli.
  • 3. Apabila kita tidak menggunakan akal, kita mudah menerima apa saja yang diajar sebagai agama terutama apabila si guru itu bercakap mengenai perkara yang ghaib. Maka manusia rela untuk mendera diri dengan pelbagai cara, seperti memukul diri sendiri, melukakan badan dan sebagainya, kononnya bertujuan untuk Œmendekatkan diri dengan Allah.¹ Begitu juga apabila kita dilatih untuk tidak menggunakan akal, maka kita mudah dibawa ke alam fantasi atas nama agama. Iblis amat kreatif dalam memujuk manusia ke jalan yang dimurkai Allah. Dengan menggunakan fantasi, pelbagai cerita karut dicampur aduk dengan perencah kebenaran sehingga si guru agama itu diangkat sebagai wali dan segala yang diucapkannya diterima sebagai kata-kata keramat. Apabila penggunaan akal tidak dibenarkan, amat mencabar untuk berbincang perihal kebenaran dengan orang seperti ini. Berbincang dengan orang seperti ini adalah seperti berbincang dengan orang yang baru habis hisap candu kerana tidak ada sesuatu yang munasabah keluar daripada mulut mereka. Hanya khayalan dan taghut kerana mereka telah mengangkat manusia menjadi wali mereka selain Allah. Mereka yang mahu boleh mengambil pengajaran daripada firman Allah yang bermaksud: ³Orang yang mengambil perlindung-pelindung selain Allah, Allah mengawasi (perbuatan) mereka dan kamu (ya Muhammad) bukanlah orang yang diserah mengawasi mereka.² (Asy-Syuura:6) Apabila kita mengkaji pelbagai agama yang wujud di dunia ini, kita akan dapati bahawa pelbagai cerita fantasi diterima sebagai kebenaran dan diamalkan sebagai kebenaran daripada Tuhan. Allah dituduh sebagai pernah menjelma di muka bumi sebagai manusia dan kononnya mempunyai sanak saudara. Kononnya ada wali-wali manusia yang menerima arahan daripada Tuhan untuk menetapkan pelbagai upacara agama dan sebagainya. Nabi-nabi juga, sebagai contoh Nabi Isa, dijadikan sekutu dengan Allah. Dari manakah cerita dan kepercayaan ini timbul? Inilah soalan yang jarang sekali ditanya oleh mereka yang lemah minda dan malas berfikir. Ramai juga yang tidak mahu meluangkan masa untuk mengkaji dan membaca kitab suci al-Quran dengan pelbagai alasan. Adakah kita malas membaca surat yang diutus oleh kekasih kita? Mereka yang rela hati boleh mengambil pengajaran daripada firman Allah yang bermaksud: ³Allah menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang mendalam mengenai al-Quran dan Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).² (Al-Baqarah:269) Kitab suci al-Quran penuh dengan hikmah yang disampaikan oleh Allah kepada mereka yang mahu menerimanya. Al-Quran pun bukanlah kitab yang sukar untuk difahami (sila rujuk surah al-Qamar ayat 17, 22,32, dan 40). Namun, seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah al-Baqarah di atas, hanya mereka yang mahu menggunakan minda mereka akan memperoleh peringatan atau mesej yang terkandung di dalam al-Quran.
  • 4. Kita seharusnya berwaspada terhadap mereka yang sengaja memadamkan peranan akal di dalam menilai agama dan memahami ajaran Allah dan Rasul-Nya. Manusia seperti ini dengan sedar atau tidak, cuba menjatuhkan Addin Allah ke tahap agama yang berasaskan keimanan buta tuli. Melalui ajaran seperti ini, mereka menyulitkan sebarang usaha untuk mengajak manusia berfikir mengenai ayat-ayat Allah yang terkandung di dalam al-Quran.. Ajaran yang menidakkan peranan akal juga memberi sokongan kepada mereka yang terjerumus dengan agama palsu supaya terus beriman dengan kepalsuan itu. Mereka menyangka keimanan tanpa penggunaan minda memadai. Allah tidak pernah menganjurkan keimanan buta tuli seperti ini. Kita boleh mengambil iktibar daripada firman Allah yang bermaksud: ³Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang yang mempunyai fikiran.² (Shaad:29) Apabila membaca al-Quran, kita hendaklah membacanya dengan memikirkan maksud ayat yang terkandung di dalamnya. Kita memarahi anak kita jika ia membaca buku tanpa memahami apa yang dibaca olehnya. Namun, tidak pernah pula kita menilai sikap kita sendiri terhadap bacaan al-Quran. Kita hendaklah membacanya dengan menggunakan akal supaya kita boleh memahami, insya Allah, apa yang difirmankan Allah. Kalau kita fikirkan secara jujur, bagaimana seorang itu boleh mempercayai (beriman) sesuatu yang ia tidak tahu? Allah sebenarnya mengajak kita berfikir mengenai pelbagai perkara supaya kita boleh sujud (patuh) kepada-Nya dengan sebenar-benar sujud. Oleh itu, mengajar supaya tidak menggunakan minda bukanlah ajaran Allah dan Rasul-Nya. Nama-nama Iblis Dan Kerjanya Dipetik dari buku 'Iblis, Syaitan & Jin' disusun oleh Hj. Abd Rahman Sulaiman - Malaysia.