SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 17
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Pendahuluan.
Mengajar merupakan kerja yang terpuji. Guru cuba mencerminkan dirinya pada pelajar. Guru
menanamkan sesuatu yang sukar dihapuskan kepada pelajar-pelajar yang sedang membesar
dengan fikiran kanak-kanak . Oleh sebab itu amat sukar untuk memisahkan guru dengan
pengajarannya. Watson ( 1970 ) adalah pengasas behavirisme pernah mencatatkan :
“ Berikan saya 12 bayi yang sihat dan sempurna rupabentuknya dan suasana sekitaran yang
saya sendiri tentukan untuk membesarkan mereka. Saya memberi jaminan bahawa dengan
memilih mana-mana satu bayi secara rawak lalu mengasuhnya untuk menjadi pakar yang saya
pilih sama ada doktor , peguam, pelukis, peniaga, ketua dan juga peminta sedekah atau pencuri
tanpa mengambil kira kebolehan , kecenderungan , kepakaran bakat atau bangsa
keturunannya.”
Berdasarkan kapada petikan di atas kita dapati bahawa peranan yang dimainkan oleh guru amat
penting dalam mencorakan budaya hidup pelajar yang bakal dilahirkan . Tanggungjawab guru
pada hari ini kian mencabar disebabkan oleh perubahan keadaan dan masa. Guru hari ini perlu
bijak dalam melaksanakn tugas mereka , berbagai kaedah dan teknik pengajaran perlu digunakan
bagi merialisasikan pencapaian cemerlang dikalangan pelajar mereka. Pengajaran boleh
difahamkan sebagai proses penyampaian kemahiran , ilmu pengetahuan , sikap dan nilai. Ia akan
menyebabkan perubahan tingkah laku pelajar. Menurut Yaxley, B.G. ( 1991 ) pengajaran
merupakan aktiviti intelek di mana sesuatu tindakan bertujuan untuk membawa perubahan dari
segi kepercayaan nilai dan makna. Pengajaran yang baik bertujuan untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar . Penunjuk kepada kualiti pembelajaran yang baik
dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku yang dialami pelajar.
1
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
1. Pendekatan, Kaedah dan Teknik penulisan wacana.
Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting dalam memastikan pelajar dapat
memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan.Penulisan wacana
sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi
memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Namun pendapat mengatakan bahawa tidak ada
satu pun pendekatan, kaedah atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah, kecuali
setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan wacana yang
hendak diajar.
Pandangan diatas memang ada kebenarannya,oleh itu guru perlu mahir menguasai pelbagai jenis
pendekatan,kaedah dan teknik dalam mengajar penulisan supaya tidak membosankan para pelajar .
Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting adalah pelajar dapat turut serta dan
aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah.Pengajaran dan pembelajaran
mestilah berpusatkan pelajar. Guru hanyalah bertindak selaku pemudah cara.
Pendekatan pengajaran penulisan wacana yang dinyatakan oleh Raimes(dalam Juriah long dan
rakan-rakan,1990:214)ialah:-
i. Pendekatan Terkawal
ii. Pendekatan Bebas
iii. Pendekatan Pola-perenggan
iv. Pendekatan Komunikatif.
2
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Disini saya akan menjelaskan dua pendekatan yang disarankan oleh Raimes iaitu:-
1.1 Pendekatan Terkawal.
Pendekatan ini ialah pendekatan yang di rancang secara berurutan supaya murid-murid menguasai
suatu unsur penulisan dan ketatabahasaan. Murid-murid dikehendaki menyudahkan tugasan
berdasarkan bahan serta mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan.Pendekatan ini menekankan
ketepatan daripada kemahiran dan keaslian. Meliputi pengajaran yang bersistem dan beransur-
ansur; daripada kegiatan meniru hingga penulisan bebas. Penggunaan bahan-bahan pengajaran
/pemelajaran yang fleksibel yakni boleh menerapkan pelbagai jenis karangan, boleh disesuaikan
dengan peringkat kelas, boleh merentas kurikulum, dan sebagainya. Membolehkan pelajar-pelajar
mengukur pencapaiannya pada latihan-latihan yang tertentu dan terbatas. Tidak sukar membuat
persediaan.Meringankan kerja guru; pantas dan mudah diperiksa. Guru dapat merancangkan
latihan pemulihan yang berkesan.
Menerusi pendekatan ini juga, guru memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan
kesalahan.Pada peringkat permulaan,kawalan yang diberikan guru adalah secara
menyeluruh.Walau bagaimanapun,pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih
perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri.
Sebagai contoh,bentuk-bentuk kawalan yang diberikan guru adalah :-
• menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong
dengan perkataan yang sesuai;
• guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar perlu
membina ayat untuk melengkapkan frasa;
• guru mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa
kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan
kejadian itu.
• Menggunakan gambar
• Menggunakan carta
3
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
• Menggunakan cerita daripada kaset
• Menyusun perkataan
• Melengkapkan ayat
• Menyusun ayat
• Menukarkan dialog dan sebagainya.
Sebagai kesimpulan pendekatan terkawal ini dapat membantu guru memandu dan mengawal
pelajar daripada melakukan kesalahan.Pada peringkat permulaan,kawalan yang diberikan guru
adalah secara menyeluruh.Walau bagaimanapun,pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih
perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri.
1.2 Pendekatan Komunikatif
Pendekatan ini diasaskan oleh Dell Hymes yang antara lain menyatakan bahawa kecekapan
komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara yang dimiliki oleh seseorang pelajar mengguna
dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu
lain dan jalinannya dengan konteks sosial.Pendekatan ini menekankan tujuan sesebuah karangan
dan khalayaknya. Murid-murid digalakkan mengarang seperti penulis dewasa dengan berpandukan
dua soalan ini:
1. Mengapa saya menulis karangan ini?
2 Siapa yang akan membaca karangan saya?
Secara tradisional, guru merupakan khalayak kepada karangan murid-murid.Walau bagaimanapun,
penulis berasa lebih selesa apabila karangannya memenuhi jaluran komunikatif.Dengan demikian,
guru yang menggunakan pendekatan ini meluaskan khalayaknya dengan menyertakan murid-murid
lain di dalamkelasnya yang bukan hanya membaca karangan tersebut tetapi melakukan tindak
balas seperti memberikan idea tambahan, membuat ikhtisar, menulis semula dengan pelbagai
bentuk, memberikan komen tetapi bukan bertujuan untuk membuat pembetulan. Atau, guru boleh
membangunkan khalayak `di luar sekolah’ dengan menggalakkan murid-murid menulis kepada
seseorang seperti:-
4
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
• “Anda dikehendaki menulis kepada seorang sahabat pena anda dengan memberitahunya
akan keadaan bilik anda. Katakan kepadanya anda menggemari bilik anda itu kerana
perabotnya tersusun dengan kemas, kawasannya luas, berhawa dingin dan sebagainya.Anda
menulis surat kepada ibu saudara anda dengan memberitahu beliau akan keadaan bilik
anda. Katakan kepadannya anda tidak menggemari keadaan bilik”
• Anda menulis surat kepada ibu saudara anda dengan memberitahu beliau akan keadaan
bilik anda. Katakan kepadannya anda tidak menggemari keadaan bilik anda itu dan ingin
membuat perubahan supaya lebihs elesa. Katakan kepada beliau bahawa anda memerlukan
bantuannya kerana beliau seorang penghias rumah.
• Katakan anda akan menerima seorang tetamu buta. Tulis surat kepada tetamu anda itu kan
keadaan bilik anda dengan lengkap supaya tetamu anda itu dapat membuat gambaran
tentang bilik tersebut semasa dia menginap nanti. Tulisan anda itu akan dirakamkan ke
dalam pita kaset supaya mudah rakan anda mendengarnya.
Ketiga-tiga bentuk di atas lebih baik daripada menyuruh murid-murid menulis tentang ‘bilik saya’.
Pembentukan khalayak boleh berlaku andainya guru memberikan tugasan yang wajar seperti main
peranan, bertukar surat, menjawab surat, membuat pertanyaan, memberikan komen dan
sebagainya.
Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang
struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis.Ini tidak bermakna dia sudah
dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya,seperti
aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik sebagai contoh,penulisan tentang kemajuan
teknologi perubatan mestilah memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi
tersebut,iaitu laras bahasa perubatan.Oleh itu,pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan
bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk penulisan.
Kesimpulannya dengan menggunakan pendekatan ini,dapat dikatakan bahawa pelajar menulis
adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat.Justeru,guru perlu memastikan dan
menggalakkan pelajar menulis,sama seperti menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang
5
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik
darjah.
Rumusan.
Sebagai rumusan, Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk
mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau
beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan
aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab
itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud
berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-
pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta
disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran
lain.
Pendekatan terkawal dan pendekatan komunikatif ini dapat membantu guru itu sendiri untuk
mencari satu garis panduan dalam pengajaran dan pembelajaran secara sistematik.Pendekatan ini
juga memudahkan guru merancang rancangan mengajar yang bersesuaian dengan objektif yang
hendak dicapai.
6
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
2. Reka Bentuk Pengajaran
 Reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun,
melaksana dan menilai pengajaran.
Enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran
 Menentukan keperluan pelajar
 Menentukan matlamat dan objektif
 Membina prosedur penilaian
 Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
 Mencuba sistem pengajaran
 Menilai keseluruhan system
Kegunaan Reka Bentuk Pengajaran
 Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.
 Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan
sikap yang diharapkan.
2.1 MODEL PENGAJARAN ASSURE (yang saya gunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran)
Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) dan ia bertujuan menyediakan
panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.Ia
berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu
skop RP yang luas.Oleh itu,ia ditujukan kepada setiap pengajaran.
Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu :-
A – Analyse learner (Analisis pelajar)
S- State objective (Nyatakan objektif)
7
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
S-Select method,media,and materials(Pilih kaedah,media dan bahan)
U-Utilise media dan materials(Gunakan media dan bahan)
R-Rquire learner participation (Dorong penglibatan pelajar)
E-Evaluate and revise ( Nilai dan Semak)
2.1.1 Analisis Pelajar
Tiga perkara penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar:
(a) Ciri-ciri umum
- Merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi
dan sebagainya.
(b) Kompetensi khusus
- Berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan
pelajaran.
(c) Stail pembelajaran
- Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu
menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran.
2.1.2 Nyatakan Objektif
- Ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari
Oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan.
- Ia juga harus difokuskan kepada apakah pengentahuan, kemahiran dan sikap yang baru
untuk dipelajari.
2.1.3 Pilih kaedah, Media dan Bahan
- Terdapat 3 langkah dalam pemilihan.
a) Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran. Seperti
Set Induksi dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demonstrasi latihan
dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru.
b) Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih.
Pemilihan media berasaskan kriteria yang tertentu:
1. Sepadan dengan kurikulum
2. Maklumat tepat dan terkini
8
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
3. Bahasa yang jelas dan tepat
4. Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar
5. Menggalakkan penglibatan pelajar
6. Mempunyai teknikal kualiti yang baik.
7. Terdapat bukti keberkesanannya
8. Bebas daripada bias.
9. Mempunyai buku panduan yang lengkap.
(c) Mereka bentuk media
Tujuh perkara yang perlu diambil kira untuk mengubahsuai media yang
tersedia atau menyediakannya sendiri.
 Objektif
 Pelajar
 Kos
 Kepakaran teknikal
 Peralatan
 Fasiliti
 Masa
2.1.4 Nilai dan Semak
 Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Ia berlaku
sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran.
 Penilaian melibatkan aspek:
- Menilai pencapaian pelajar
- Pembelajaran yang dihasilkan
- Menilai media dan kaedah
9
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Langkah Pengajaran (Model Assure)
Kelas : Tingkatan 5 Sedehana ( A-Analisis pelajar)
Tajuk: Perbincangan Isi-Isi Karangan.
Hasil Pelajaran :7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi
penting dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk membuat
karangan .
Objektif Pelajaran: Pada akhir pelajaran ini.(S- Nyatakan Objektif)
1. Pelajar dapat menyatakan maklumat penting daripada dialog yang di pendengarkan.
2. Pelajar dapat menyatakan kepentingan mempertahankan permainan tradisional.
3. Pelajar dapat membuat sebuah karangan yang berkualiti yang bertajuk Kepentingan
Mempertahankan Permainan Tradisional.
BBM : Slaid gambar,carta gambar,dialog.internet,vedio.Gambar dan Carta
Kaedah : Kaedah gambar dan carta.(S-Pilih kaedah,media dan bahan)
Langkah 1. ( U- Gunakan media dan bahan )
1.Guru tayangkan sebuah Video dari internet bertajuk ‘Permainan tradisional’.
2. Murid menonton dan menghayati video yang ditayangkan oleh guru.
3. Guru menerangkan serba sedikit tentang permainan tradisional yang ditayangkan tadi.
4. Guru bersoal-jawab dengan pelajar tentang permainan tradisional.
• Apakah permainan tradisonal yang pernah kamu mainkan?
• Dimanakah tempat sesuai permainan ini dimainkan?
• Berapakah bilangan pemainnya?
• Boleh terangkan sedikit cara bermain permainan ini?
10
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Langkah 2.( R- Dorong penglibatan pelajar)
1. Guru berbincang bersama dengan murid permainan tradisional.
2. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
3. Guru menetapkan jenis Permainan Tradisional yang perlu dibincangkan oleh setiap kumpulan.
Kumpulan 1 : Permainan Congkak
Kumpulan 2 : Permainan Wau
Kumpulan 3 : Permainan Gasing
Kumpulan 4 : Permainan Raga
Kumpulan 5 : Permainan Guli
4. Murid berbincang mengikut kumpulan masing-masing tentang :-
• Sejarah permainan
• Tempat bermain
• Bilangan pemain
Kenapa permainan ini perlu dipertahankan.
Langkah 3. ( R- Dorong penglibatan pelajar)
1. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan kumpulan menggunakan power
point.
2. Semasa kumpulan membentangkan hasil perbincangan murid lain mencatat.
Langkah 4. ( R- Dorong penglibatan pelajar)
1. Guru mengarahkan pelajar untuk membina peta minda yang berkaitan dengan semua
tajuk perbincangan menggunakan power point.
2. Murid –murid membuat di dalam kumpulan masing-masing.
3. Guru membimbing dan memantau hasil kerja murid.
Langkah 5 ( R- Dorong penglibatan pelajar)
11
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
1. Para pelajar bergilir-gilir membentang peta minda menggunakan power point tentang
KepentinganMempertahankan Permainan Tradisional.
2. Peta minda dilekatkan di sudut pelajaran.
Penutup ( E - Nilai dan Semak)
1. Para pelajar disuruh membuat karangan bertajuk :Kepentingan Mempertahankan Permaianan
Tradisional.
2. Karangan itu hendaklah berdasarkan peta minda yang telah dihasilkan.
KESIMPULAN
Model pengajaran Assure ini merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang cukup
menarik minat pelajar. Pelajar di sekolah menengah khususnya memerlukan satu kaedah dan cara
yang paling berkesan bagi menarik minat mereka untuk terus belajar. Banyak faedah dan kebaikan
yang dapat diperolehi oleh pelajar sewaktu menjalankan aktiviti.
Kesesuaian tajuk dengan aktiviti yang dijalankan adalah penting bagi memastikan objektif dan
matlamat yang ditetapkan akan tercapai. Kesungguhan dan kecekapan guru dalam melaksanakan
proses pengajaran amat perlu agar pelaksanaannya dapat berjalan dengan lancar dan sistematik.
12
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Rujukan:
Tarigan,Henry Guntur.(1995).Pengajaran Wacana.Selangor:Penerbit Dayasities Sdn
Bhd.
New Meyer,Frederick J.Sulaiman Masri.(1996).Teori tatabahasa: keterbatasan dan
kemungkinannya.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
Amir Awang.(1993).Teor i- teori pembelajaran. Konsep teori pembelajaran. Kuala
Lumpur:Penerbit Fajar Bakti.
Zainol Ismail.(2003).Fokus Unggul / UPSR Penulisan.Johor Bahru: Penerbitan Pelangi
Sdn.Bhd.
Mat Nor Hussin.Ab.Rahman Ab. Rashid.(1987).Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran
Bahasa.Selangor:Ling Wah Press Sdn Bhd.
Ahmad Haji Mohd Tahir.(1982).Pengajaran Tatabahasa Di Sekolah Menengah Rendah
Kebangsaan di Negeri Selangor.Serdang,Selangor : Universiti Pertanian Malaysia.
13
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Lampiran 1.
Kaedah Bergambar dan Carta.
Permainan Congkak Permainan Wau
Permainan Tradisional
Permainan Gasing Permainan Raga
14
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Permainan Guli
Lampiran II ( Contoh karangan pelajar )
Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional
Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan
tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan pada
kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak,
guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para
penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru
rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya.
Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional.
Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. Sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan
tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah mempopularkannya
seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan bermain permainan
tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah tersebut penting
supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang
kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan langkah proaktif
tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk
generasi yang akan datang.
Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan
bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan
tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa
melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang
dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan
permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita.
Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan
sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana
15
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana
pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.
Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak
formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di
samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan
tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain
memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. Yang indahnya,
kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara
supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus
sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam
kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.
Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan lebih
dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini
sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan
tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia.
Kesimpulannya, saya berharap permainan tradisional di Malaysia akan terus popular dalam carta
kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah. Ayuh kita main congkak!
16
HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Lampiran III ( Peta Minda )
17
KEPENTINGAN
MEMPERTAHANKAN
PERMAINAN
TRADISONAL
kempen
“Jom Main
Permainan
Tradisional”
mengisi masa
lapang
menjadi
warisan
budaya
lambang
keagunga
n bangsa
dan
negara
tercinta
menguku
hkan
semangat
perpadua
n
mematan
gkan
pemikira
n

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
AnibintiMisran
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
fitri norlida
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
Ranjene Ramaya
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
HanaFitrah
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
AnibintiMisran
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Sharmilah Mimi
 

La actualidad más candente (20)

ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama Grice
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfxKuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
Kuliah 8 peraturan berbahasa pdfx
 
Penulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisPenulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalis
 
Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)
 
Strategi Kesantunan
Strategi KesantunanStrategi Kesantunan
Strategi Kesantunan
 
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Puisi Tradisional (pantun, syair, seloka, gurindam)- BMM1024 Pengenalan Kebud...
Puisi Tradisional (pantun, syair, seloka, gurindam)- BMM1024 Pengenalan Kebud...Puisi Tradisional (pantun, syair, seloka, gurindam)- BMM1024 Pengenalan Kebud...
Puisi Tradisional (pantun, syair, seloka, gurindam)- BMM1024 Pengenalan Kebud...
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Fonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayuFonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayu
 
Komunikasi bertulis
Komunikasi bertulisKomunikasi bertulis
Komunikasi bertulis
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
 
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisanJenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
 

Destacado

Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Ahmad NazRi
 
Kebaikan sukan
Kebaikan sukanKebaikan sukan
Kebaikan sukan
fardzli71
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
Suhaida Anior
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
Nur Afifa
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cik BaCo
 
Bahasa arkaik
Bahasa arkaikBahasa arkaik
Bahasa arkaik
azwawawa
 
Menabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang muliaMenabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang mulia
harris-7575
 
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputerPengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
government
 
Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaan
Karen Kayny
 

Destacado (20)

Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
 
Kebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalKebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisional
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASA
 
Kebaikan sukan
Kebaikan sukanKebaikan sukan
Kebaikan sukan
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
 
Pengajaran berasaskan kajian masa depan t6
Pengajaran berasaskan kajian masa depan t6Pengajaran berasaskan kajian masa depan t6
Pengajaran berasaskan kajian masa depan t6
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Bahasa arkaik
Bahasa arkaikBahasa arkaik
Bahasa arkaik
 
Gambar Permainan Tradisional Melayu
Gambar Permainan Tradisional MelayuGambar Permainan Tradisional Melayu
Gambar Permainan Tradisional Melayu
 
Latihan tatabahasa f4
Latihan tatabahasa f4Latihan tatabahasa f4
Latihan tatabahasa f4
 
Menabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang muliaMenabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang mulia
 
Tahap 2
Tahap 2Tahap 2
Tahap 2
 
Permainan tradisional melayu
Permainan tradisional melayuPermainan tradisional melayu
Permainan tradisional melayu
 
Nota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa anda
Nota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa andaNota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa anda
Nota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa anda
 
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputerPengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
 
Kuiz Kata kerja
Kuiz Kata kerjaKuiz Kata kerja
Kuiz Kata kerja
 
RPH BM Tahun 6
RPH BM Tahun 6RPH BM Tahun 6
RPH BM Tahun 6
 
Pengenalan Komsas
Pengenalan KomsasPengenalan Komsas
Pengenalan Komsas
 
Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaan
 

Similar a tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu

peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
Wan Nor Faezah
 
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisUpaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
andri wahyudi
 
Interaksi dan pembelajaraan
Interaksi dan pembelajaraanInteraksi dan pembelajaraan
Interaksi dan pembelajaraan
Awin Ayura
 
Ciri kelas yang kondusif
Ciri kelas yang kondusifCiri kelas yang kondusif
Ciri kelas yang kondusif
Junidah Sukiman
 
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Siti Jaharah Muhamad
 
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengahPeran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
Ig Fandy Jayanto
 

Similar a tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu (20)

PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Teori
TeoriTeori
Teori
 
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdfArtikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
Modul KB 2 Menjelaskan
Modul KB 2 MenjelaskanModul KB 2 Menjelaskan
Modul KB 2 Menjelaskan
 
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulisUpaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
Upaya meningkatkan kemampuan siswa menulis
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
 
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan PembelajaranPerancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
 
Interaksi dan pembelajaraan
Interaksi dan pembelajaraanInteraksi dan pembelajaraan
Interaksi dan pembelajaraan
 
Ciri kelas yang kondusif
Ciri kelas yang kondusifCiri kelas yang kondusif
Ciri kelas yang kondusif
 
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
 
Ciri ciri guru-efektif
Ciri ciri guru-efektifCiri ciri guru-efektif
Ciri ciri guru-efektif
 
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengahPeran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
 
Makalah pendekatan sbm
Makalah pendekatan sbmMakalah pendekatan sbm
Makalah pendekatan sbm
 
Kps presentation (1)
Kps presentation (1)Kps presentation (1)
Kps presentation (1)
 
Makalah metode ceramah
Makalah metode ceramahMakalah metode ceramah
Makalah metode ceramah
 
Modul KB 5 Mendakan Variasi
Modul KB 5 Mendakan VariasiModul KB 5 Mendakan Variasi
Modul KB 5 Mendakan Variasi
 
Laporan 1
Laporan 1Laporan 1
Laporan 1
 
Kaedah1
Kaedah1Kaedah1
Kaedah1
 

Más de muhammad

Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
muhammad
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
muhammad
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)
muhammad
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014
muhammad
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2
muhammad
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
muhammad
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
muhammad
 

Más de muhammad (20)

Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxTaklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
 
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala ponteng
 
Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1
 
Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1
 
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanAnsur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
 
Fekah 1
Fekah 1Fekah 1
Fekah 1
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan add
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guru
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalamHBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
 
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarHBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala ponteng
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zaleha
 

Último

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
AtiAnggiSupriyati
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 

Último (20)

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptLingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 

tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu

  • 1. HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Pendahuluan. Mengajar merupakan kerja yang terpuji. Guru cuba mencerminkan dirinya pada pelajar. Guru menanamkan sesuatu yang sukar dihapuskan kepada pelajar-pelajar yang sedang membesar dengan fikiran kanak-kanak . Oleh sebab itu amat sukar untuk memisahkan guru dengan pengajarannya. Watson ( 1970 ) adalah pengasas behavirisme pernah mencatatkan : “ Berikan saya 12 bayi yang sihat dan sempurna rupabentuknya dan suasana sekitaran yang saya sendiri tentukan untuk membesarkan mereka. Saya memberi jaminan bahawa dengan memilih mana-mana satu bayi secara rawak lalu mengasuhnya untuk menjadi pakar yang saya pilih sama ada doktor , peguam, pelukis, peniaga, ketua dan juga peminta sedekah atau pencuri tanpa mengambil kira kebolehan , kecenderungan , kepakaran bakat atau bangsa keturunannya.” Berdasarkan kapada petikan di atas kita dapati bahawa peranan yang dimainkan oleh guru amat penting dalam mencorakan budaya hidup pelajar yang bakal dilahirkan . Tanggungjawab guru pada hari ini kian mencabar disebabkan oleh perubahan keadaan dan masa. Guru hari ini perlu bijak dalam melaksanakn tugas mereka , berbagai kaedah dan teknik pengajaran perlu digunakan bagi merialisasikan pencapaian cemerlang dikalangan pelajar mereka. Pengajaran boleh difahamkan sebagai proses penyampaian kemahiran , ilmu pengetahuan , sikap dan nilai. Ia akan menyebabkan perubahan tingkah laku pelajar. Menurut Yaxley, B.G. ( 1991 ) pengajaran merupakan aktiviti intelek di mana sesuatu tindakan bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan nilai dan makna. Pengajaran yang baik bertujuan untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar . Penunjuk kepada kualiti pembelajaran yang baik dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku yang dialami pelajar. 1
  • 2. HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu 1. Pendekatan, Kaedah dan Teknik penulisan wacana. Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting dalam memastikan pelajar dapat memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan.Penulisan wacana sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Namun pendapat mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan, kaedah atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah, kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan wacana yang hendak diajar. Pandangan diatas memang ada kebenarannya,oleh itu guru perlu mahir menguasai pelbagai jenis pendekatan,kaedah dan teknik dalam mengajar penulisan supaya tidak membosankan para pelajar . Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting adalah pelajar dapat turut serta dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah.Pengajaran dan pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar. Guru hanyalah bertindak selaku pemudah cara. Pendekatan pengajaran penulisan wacana yang dinyatakan oleh Raimes(dalam Juriah long dan rakan-rakan,1990:214)ialah:- i. Pendekatan Terkawal ii. Pendekatan Bebas iii. Pendekatan Pola-perenggan iv. Pendekatan Komunikatif. 2
  • 3. HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Disini saya akan menjelaskan dua pendekatan yang disarankan oleh Raimes iaitu:- 1.1 Pendekatan Terkawal. Pendekatan ini ialah pendekatan yang di rancang secara berurutan supaya murid-murid menguasai suatu unsur penulisan dan ketatabahasaan. Murid-murid dikehendaki menyudahkan tugasan berdasarkan bahan serta mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan.Pendekatan ini menekankan ketepatan daripada kemahiran dan keaslian. Meliputi pengajaran yang bersistem dan beransur- ansur; daripada kegiatan meniru hingga penulisan bebas. Penggunaan bahan-bahan pengajaran /pemelajaran yang fleksibel yakni boleh menerapkan pelbagai jenis karangan, boleh disesuaikan dengan peringkat kelas, boleh merentas kurikulum, dan sebagainya. Membolehkan pelajar-pelajar mengukur pencapaiannya pada latihan-latihan yang tertentu dan terbatas. Tidak sukar membuat persediaan.Meringankan kerja guru; pantas dan mudah diperiksa. Guru dapat merancangkan latihan pemulihan yang berkesan. Menerusi pendekatan ini juga, guru memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan kesalahan.Pada peringkat permulaan,kawalan yang diberikan guru adalah secara menyeluruh.Walau bagaimanapun,pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. Sebagai contoh,bentuk-bentuk kawalan yang diberikan guru adalah :- • menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai; • guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa; • guru mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu. • Menggunakan gambar • Menggunakan carta 3
  • 4. HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu • Menggunakan cerita daripada kaset • Menyusun perkataan • Melengkapkan ayat • Menyusun ayat • Menukarkan dialog dan sebagainya. Sebagai kesimpulan pendekatan terkawal ini dapat membantu guru memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan kesalahan.Pada peringkat permulaan,kawalan yang diberikan guru adalah secara menyeluruh.Walau bagaimanapun,pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. 1.2 Pendekatan Komunikatif Pendekatan ini diasaskan oleh Dell Hymes yang antara lain menyatakan bahawa kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara yang dimiliki oleh seseorang pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial.Pendekatan ini menekankan tujuan sesebuah karangan dan khalayaknya. Murid-murid digalakkan mengarang seperti penulis dewasa dengan berpandukan dua soalan ini: 1. Mengapa saya menulis karangan ini? 2 Siapa yang akan membaca karangan saya? Secara tradisional, guru merupakan khalayak kepada karangan murid-murid.Walau bagaimanapun, penulis berasa lebih selesa apabila karangannya memenuhi jaluran komunikatif.Dengan demikian, guru yang menggunakan pendekatan ini meluaskan khalayaknya dengan menyertakan murid-murid lain di dalamkelasnya yang bukan hanya membaca karangan tersebut tetapi melakukan tindak balas seperti memberikan idea tambahan, membuat ikhtisar, menulis semula dengan pelbagai bentuk, memberikan komen tetapi bukan bertujuan untuk membuat pembetulan. Atau, guru boleh membangunkan khalayak `di luar sekolah’ dengan menggalakkan murid-murid menulis kepada seseorang seperti:- 4
  • 5. HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu • “Anda dikehendaki menulis kepada seorang sahabat pena anda dengan memberitahunya akan keadaan bilik anda. Katakan kepadanya anda menggemari bilik anda itu kerana perabotnya tersusun dengan kemas, kawasannya luas, berhawa dingin dan sebagainya.Anda menulis surat kepada ibu saudara anda dengan memberitahu beliau akan keadaan bilik anda. Katakan kepadannya anda tidak menggemari keadaan bilik” • Anda menulis surat kepada ibu saudara anda dengan memberitahu beliau akan keadaan bilik anda. Katakan kepadannya anda tidak menggemari keadaan bilik anda itu dan ingin membuat perubahan supaya lebihs elesa. Katakan kepada beliau bahawa anda memerlukan bantuannya kerana beliau seorang penghias rumah. • Katakan anda akan menerima seorang tetamu buta. Tulis surat kepada tetamu anda itu kan keadaan bilik anda dengan lengkap supaya tetamu anda itu dapat membuat gambaran tentang bilik tersebut semasa dia menginap nanti. Tulisan anda itu akan dirakamkan ke dalam pita kaset supaya mudah rakan anda mendengarnya. Ketiga-tiga bentuk di atas lebih baik daripada menyuruh murid-murid menulis tentang ‘bilik saya’. Pembentukan khalayak boleh berlaku andainya guru memberikan tugasan yang wajar seperti main peranan, bertukar surat, menjawab surat, membuat pertanyaan, memberikan komen dan sebagainya. Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis.Ini tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya,seperti aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik sebagai contoh,penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut,iaitu laras bahasa perubatan.Oleh itu,pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk penulisan. Kesimpulannya dengan menggunakan pendekatan ini,dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat.Justeru,guru perlu memastikan dan menggalakkan pelajar menulis,sama seperti menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang 5
  • 6. HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah. Rumusan. Sebagai rumusan, Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan- pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan terkawal dan pendekatan komunikatif ini dapat membantu guru itu sendiri untuk mencari satu garis panduan dalam pengajaran dan pembelajaran secara sistematik.Pendekatan ini juga memudahkan guru merancang rancangan mengajar yang bersesuaian dengan objektif yang hendak dicapai. 6
  • 7. HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu 2. Reka Bentuk Pengajaran  Reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran  Menentukan keperluan pelajar  Menentukan matlamat dan objektif  Membina prosedur penilaian  Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian  Mencuba sistem pengajaran  Menilai keseluruhan system Kegunaan Reka Bentuk Pengajaran  Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.  Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. 2.1 MODEL PENGAJARAN ASSURE (yang saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran) Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) dan ia bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop RP yang luas.Oleh itu,ia ditujukan kepada setiap pengajaran. Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu :- A – Analyse learner (Analisis pelajar) S- State objective (Nyatakan objektif) 7
  • 8. HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu S-Select method,media,and materials(Pilih kaedah,media dan bahan) U-Utilise media dan materials(Gunakan media dan bahan) R-Rquire learner participation (Dorong penglibatan pelajar) E-Evaluate and revise ( Nilai dan Semak) 2.1.1 Analisis Pelajar Tiga perkara penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar: (a) Ciri-ciri umum - Merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi dan sebagainya. (b) Kompetensi khusus - Berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. (c) Stail pembelajaran - Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran. 2.1.2 Nyatakan Objektif - Ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari Oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan. - Ia juga harus difokuskan kepada apakah pengentahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. 2.1.3 Pilih kaedah, Media dan Bahan - Terdapat 3 langkah dalam pemilihan. a) Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran. Seperti Set Induksi dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demonstrasi latihan dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru. b) Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih. Pemilihan media berasaskan kriteria yang tertentu: 1. Sepadan dengan kurikulum 2. Maklumat tepat dan terkini 8
  • 9. HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu 3. Bahasa yang jelas dan tepat 4. Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar 5. Menggalakkan penglibatan pelajar 6. Mempunyai teknikal kualiti yang baik. 7. Terdapat bukti keberkesanannya 8. Bebas daripada bias. 9. Mempunyai buku panduan yang lengkap. (c) Mereka bentuk media Tujuh perkara yang perlu diambil kira untuk mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri.  Objektif  Pelajar  Kos  Kepakaran teknikal  Peralatan  Fasiliti  Masa 2.1.4 Nilai dan Semak  Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran.  Penilaian melibatkan aspek: - Menilai pencapaian pelajar - Pembelajaran yang dihasilkan - Menilai media dan kaedah 9
  • 10. HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Langkah Pengajaran (Model Assure) Kelas : Tingkatan 5 Sedehana ( A-Analisis pelajar) Tajuk: Perbincangan Isi-Isi Karangan. Hasil Pelajaran :7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi penting dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk membuat karangan . Objektif Pelajaran: Pada akhir pelajaran ini.(S- Nyatakan Objektif) 1. Pelajar dapat menyatakan maklumat penting daripada dialog yang di pendengarkan. 2. Pelajar dapat menyatakan kepentingan mempertahankan permainan tradisional. 3. Pelajar dapat membuat sebuah karangan yang berkualiti yang bertajuk Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional. BBM : Slaid gambar,carta gambar,dialog.internet,vedio.Gambar dan Carta Kaedah : Kaedah gambar dan carta.(S-Pilih kaedah,media dan bahan) Langkah 1. ( U- Gunakan media dan bahan ) 1.Guru tayangkan sebuah Video dari internet bertajuk ‘Permainan tradisional’. 2. Murid menonton dan menghayati video yang ditayangkan oleh guru. 3. Guru menerangkan serba sedikit tentang permainan tradisional yang ditayangkan tadi. 4. Guru bersoal-jawab dengan pelajar tentang permainan tradisional. • Apakah permainan tradisonal yang pernah kamu mainkan? • Dimanakah tempat sesuai permainan ini dimainkan? • Berapakah bilangan pemainnya? • Boleh terangkan sedikit cara bermain permainan ini? 10
  • 11. HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Langkah 2.( R- Dorong penglibatan pelajar) 1. Guru berbincang bersama dengan murid permainan tradisional. 2. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. 3. Guru menetapkan jenis Permainan Tradisional yang perlu dibincangkan oleh setiap kumpulan. Kumpulan 1 : Permainan Congkak Kumpulan 2 : Permainan Wau Kumpulan 3 : Permainan Gasing Kumpulan 4 : Permainan Raga Kumpulan 5 : Permainan Guli 4. Murid berbincang mengikut kumpulan masing-masing tentang :- • Sejarah permainan • Tempat bermain • Bilangan pemain Kenapa permainan ini perlu dipertahankan. Langkah 3. ( R- Dorong penglibatan pelajar) 1. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan kumpulan menggunakan power point. 2. Semasa kumpulan membentangkan hasil perbincangan murid lain mencatat. Langkah 4. ( R- Dorong penglibatan pelajar) 1. Guru mengarahkan pelajar untuk membina peta minda yang berkaitan dengan semua tajuk perbincangan menggunakan power point. 2. Murid –murid membuat di dalam kumpulan masing-masing. 3. Guru membimbing dan memantau hasil kerja murid. Langkah 5 ( R- Dorong penglibatan pelajar) 11
  • 12. HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu 1. Para pelajar bergilir-gilir membentang peta minda menggunakan power point tentang KepentinganMempertahankan Permainan Tradisional. 2. Peta minda dilekatkan di sudut pelajaran. Penutup ( E - Nilai dan Semak) 1. Para pelajar disuruh membuat karangan bertajuk :Kepentingan Mempertahankan Permaianan Tradisional. 2. Karangan itu hendaklah berdasarkan peta minda yang telah dihasilkan. KESIMPULAN Model pengajaran Assure ini merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang cukup menarik minat pelajar. Pelajar di sekolah menengah khususnya memerlukan satu kaedah dan cara yang paling berkesan bagi menarik minat mereka untuk terus belajar. Banyak faedah dan kebaikan yang dapat diperolehi oleh pelajar sewaktu menjalankan aktiviti. Kesesuaian tajuk dengan aktiviti yang dijalankan adalah penting bagi memastikan objektif dan matlamat yang ditetapkan akan tercapai. Kesungguhan dan kecekapan guru dalam melaksanakan proses pengajaran amat perlu agar pelaksanaannya dapat berjalan dengan lancar dan sistematik. 12
  • 13. HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Rujukan: Tarigan,Henry Guntur.(1995).Pengajaran Wacana.Selangor:Penerbit Dayasities Sdn Bhd. New Meyer,Frederick J.Sulaiman Masri.(1996).Teori tatabahasa: keterbatasan dan kemungkinannya.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. Amir Awang.(1993).Teor i- teori pembelajaran. Konsep teori pembelajaran. Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti. Zainol Ismail.(2003).Fokus Unggul / UPSR Penulisan.Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd. Mat Nor Hussin.Ab.Rahman Ab. Rashid.(1987).Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa.Selangor:Ling Wah Press Sdn Bhd. Ahmad Haji Mohd Tahir.(1982).Pengajaran Tatabahasa Di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan di Negeri Selangor.Serdang,Selangor : Universiti Pertanian Malaysia. 13
  • 14. HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Lampiran 1. Kaedah Bergambar dan Carta. Permainan Congkak Permainan Wau Permainan Tradisional Permainan Gasing Permainan Raga 14
  • 15. HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Permainan Guli Lampiran II ( Contoh karangan pelajar ) Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya. Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang. Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana 15
  • 16. HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat. Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, saya berharap permainan tradisional di Malaysia akan terus popular dalam carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah. Ayuh kita main congkak! 16
  • 17. HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Lampiran III ( Peta Minda ) 17 KEPENTINGAN MEMPERTAHANKAN PERMAINAN TRADISONAL kempen “Jom Main Permainan Tradisional” mengisi masa lapang menjadi warisan budaya lambang keagunga n bangsa dan negara tercinta menguku hkan semangat perpadua n mematan gkan pemikira n