SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 9
PENGABAIAN PEKERJA TERHADAP KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI KILANG
SMART WOOD PROCESSING SDN BHD DAN CADANGAN MENGATASINYA

Aspek keselamatan adalah suatu perkara yang amat penting di dalam sesebuah
organisasi terutama sektor perkilangan. Persekitaran kerja yang selamat adalah perlu bagi
menjaga kesihatan dan keselamatan pekerja serta

mengelakkan sebarang kejadian buruk

yang mungkin terjadi. Berhubung dengan perkara ini, saya selaku Pengurus Kesihatan dan Keselamatan
Pekerja ,Syarikat Smart Wood Processing Sdn. Bhd. ingin melaporkan kepada pihak tuan mengenai sikap
pekerja yang gagal mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan . Berdasarkan lawatan saya ke
bahagian pengendalian bahan

baru-baru ini, saya mendapati para pekerja secara terang-terangan telah

mengabaikan peraturan keselamatan yang ditetapkan yang boleh membahayakan diri mereka sendiri.
Sebagai sebuah kilang yang mengeluarkan produk perabot kayu, Syarikat Smart Wood Processing
Sdn. Bhd. amat mementingkan kesihatan dan keselamatan para pekerja. Justeru itu, kilang ini telah
melaksanakan pelbagai peraturan keselamatan dan kesihatan bertepatan dengan Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (AKKP 1994). Peraturan ini dibentuk untuk memberi garis panduan kepada majikan
dan pekerja mengenai tanggungjawab mereka bagi mewujudkan satu situasi kerja yang selamat dan sihat.
Namun begitu, berdasarkan lawatan saya ke tempat kerja baru-baru ini, dukacita dimaklumkan para pekerja
telah melakukan berbagai perkara yang melanggar peraturan keselamatan dan kesihatan yang telah ditetapkan
Pengabaian keselamatan dan kesihatan di tempat kerja tentunya akan mendatangkan banyak risiko buruk
kepada pekerja dan majikan. Antaranya ialah kemalangan, kebakaran dan kematian. Jika ini berlaku, majikan
juga akan menanggung akibatnya. Sekiranya kadar kemalangan tinggi, perkara-perkara lain juga tidak dapat
diurus dengan sempurna kerana terpaksa memberi perhatian kepada kejadian, kecederaan, kerugian dan juga
tindakan undang-undang. Dengan itu, majikan mesti mengurus keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat
kerja dengan berkesan kerana produktiviti tenaga kerja akan terjamin jika kebajikan mereka setiasa terpelihara.
Kemalangan di tempat kerja melibatkan kilang produk kayu sering didengari.
Contohnya Berita dari Harian Metro (22 Jun 2011) , seorang pekerja kilang warga Myanmar
di sebuah kilang kayu di Jalan Kuala Ketil nyaris maut apabila sebuah mesin pemotong kayu
yang dikendalikannya meletup menyebabkan serpihannya terkena muka mangsa dan cedera
matanya

.Justeru itu, kita amat berharap kejadian seumpama ini tidak akan berlaku di

syarikat ini.Oleh itu,bersama laporan ini, saya kemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan tahap
keselamatan dan kesihatan pekerja dan mengurangkan risiko di tempat kerja.
1
Pihak majikan diharapkan dapat menyediakan peralatan keselamatan diri (PPE) yang lengkap,
mengadakan skim latihan dan program kesedaran pekerja, menganjurkan kursus keselamatan, menyenggara
mesin dan jentera dan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Saya juga menyatakan kos
perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh pihak majikan bagi melaksanakan langkah-langkah keselamatan ini.
Pihak majikan perlu menyedari pengeluaran wang bagi keselamatan pekerja adalah lebih baik dari
menanggung kerugian akibat kemalangan yang mungkin terjadi. Saya berharap pihak tuan dapat meneliti
laporan ini dan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi mengatasi masalah pengabaian pekerja terhadap
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Untuk makluman tuan, di sini saya senaraikan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh para
pekerja untuk siasatan dan tindakan pihak tuan. Kesalahan-kesalahan pekerja yang telah dikenalpasti ialah:1. Pekerja Tidak Memakai Peralatan Keselamatan yang Lengkap (Personel Protevtive Equipment)
Berdasarkan lawatan saya , saya dapati para pekerja tidak memakai peralatan keselamatan yang lengkap yang
telah disediakan oleh pihak syarikat. Peralatan Keselamatan Diri (PPE) ialah alat yang disediakan kepada
pekerja untuk melindungi daripada kecederaan. Alat ini akan melindungi bahagian kepala, kaki, tangan,
sistem pernafasan dan keseluruhan anggota badan. Contoh peralatan keselamatan ialah topi keselamatan,
google, apron, sarung tangan dan kasut getah.
Hasil tinjauan saya, didapati ramai pekerja tidak memakai google (pelindung muka)
ketika mengendalikan mesin memotong kayu, melicinkan permukaan kayu dan sebagainya..
Ini akan menyebabkan pekerja akan terdedah kepada habuk-habuk kayu dan bahan kimia
yang merbahaya. Pekerja juga akan menghadapi masalah kecederaan mata (eye injury) akibat
terkena serpihan atau habuk kayu di mana kes yang lebih serius boleh menyebabkan masalah
buta kepada mangsa.
Saya juga mendapati para pekerja telah mengabaikan keselamatan dengan tidak
memakai kasut sarung getah yang sesuai dengan tempat kerja. Pemakaian kasut getah adalah
penting bagi kawasan kerja yang menggunakan gris dan minyak untuk mengelakkan
kecederaan kaki atau tergelincir. Terdapat

pekerja lelaki memakai kasut sandal dan kasut

kulit manakala pekerja perempuan memakai kasut bertumit dan yang terbuka di bahagian
hadapan semasa bekerja .Keaadan ini tentulah akan menyebabkan pekerja terdedah kepada
kecederaan atau kemalangan semasa bekerja.

2
Pekerja juga didapati mengabaikan keselamatan diri dengan tidak memakai sarung
tangan ketika mengendalikan mesin pemotong kayu atau gergaji “roller blade” yang
tajam.Hal ini amatlah membimbangkan kerana pekerja akan terdedah kepada bahaya
terluka,terpotong atau terputus anggota badan yang melibatkan jari,tangan,lengan dan kaki
akibat terkena mata gergaji ataupun objek-objek tajam berasaskan kayu.
Terdapat juga pekerja yang memakai pakaian longgar dan berbulu, malahan ada
pekerja yang bertali leher. Pakaian sebegini tidak sesuai dipakai ketika mengendalikan mesin
kerana boleh menyebabkan baju yang longgar, berbulu atau tali leher akan tersepit ke dalam
mesin dan mengakibatkan kecederaan kepada pekerja.
2.

Pekerja Tidak Memakai Penutup Hidung dan Penyumbat Telinga

Hasil lawatan saya juga , didapati pekerja mengabaikan keselamatan diri dengan tidak
memakai penutup hidung dan penyumbat telinga.Pekerja terdedah kepada habuk-habuk kayu
ketika mengendalikan mesin pemotong kayu. Pekerja juga terdedah kepada ancaman tersedut
habuk –habuk halus ketika mengendalikan proses melicinkan permukaan kayu secara
“sanding”yang menghasilkan habuk-habuk halus.
Begitu juga di bahagian penyemburan cat atau lekar kayu yang tertutup yang
menghasilkan wap-wap bahan pelarut organic seperti “thinner” dan “tupertine” turut disedut
oleh pekerja. Akibatnya dalam jangka masa panjang, pekerja akan mengalami masalah
kesihatan badan kronik seperti radang paru-paru,asma ,kanser paru-paru di samping impak
irritasi pada salur pernafasan kesan terdedah kepada keadaan kerja sekitar yang bahaya dan
kotor. Hal ini dapat dielakkan sekiranya pekerja memakai penutup hidung setiap masa ketika
menjalankan tugas mereka.
Pekerja juga didapati tidak memakai penyumbat telinga yang lengkap ketika
mengendalikan mesin dan menggergaji kayu bermotor yang menghasilkan bising yang
berterusan. Pekerja terdedah kepada ancaman keadaan bunyi bising yang melampau yang
boleh mengakibatkan masalah pendengaran (hearing impairment) untuk jangka masa
beberapa tahun.Masalah ini tentulah dapat dihindari sekiranya pekerja sentiasa memakai alat
perlindungan diri seperti penutup hidung dan penyumbat telinga setiap masa. Pekerja mesti
sedar bahawa menjaga keselamatan diri adalah amat penting dari merawatnya.
3.

Tatakerja Pekerja yang Tidak Selamat
3
Hasil lawatan saya juga, didapati pekerja tidak menjalankan kerja dengan betul dan
selamat. Terdapat pekerja baru yang menggunakan peralatan mesin dengan tidak betul
tanpa dipantau oleh penyelia atau pekerja lama. Saya telah memeriksa kelajuan mesin itu
telah diubah dari yang sepatutnya. Terdapat bahan buangan yang telah diletakkan dengan
mesin yang sedang bergerak. Ini adalah perkara yang amat membimbangkan kerana ianya
akan menyebabkan mesin terbakar dan meletup.
Banyak kes kecederaan dan kemalangan di tempat kerja adalah berpunca dari penyalahgunaan
pekerja dalam mengendalikan mesin atau jentera. .Seksyen 25 AKKP 1994 . menyatakan kewajipan pekerja
untuk tidak mengganggu atau menyalahgunakan apa-apa jua yang diadakan atau dilakukan
untuk kepentingan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.
Berita dari Harian Metro 29 Mei 2012, patut dijadikan pengajaran kepada kita
semua.Seorang pekerja kilang kayu hancur kaki kanannya setelah terkena bilah mesin
pemotong kayu di sebuah kilang kayu getah di During Guling.Kejadian berlaku apabila
pekerja tersebut menggunakan kaki kanannya yang hanya berselipar menekan brek yang
terletak di bahagian tepi mesin berkenaan, tetapi malangnya kakinya tergelincir ke dalam
mesin yang sedang berputar.
Berpandukan kisah yang dinyatakan, memang jelas keselamatan diri semasa bekerja
amatlah penting dan tidak boleh diabaikan oleh para pekerja. Saya amat berharap pihak tuan
dapat memberi latihan yang sepenuhnya kepada para pekerja bagi meningkatkan tatakerja
yang selamat.Pihak penyelia diharapkan sentiasa mengawasi dan menegur kesalahan yang
dilakukan oleh pekerja.
4. Pekerja Tidak Menjaga Kebersihan Persekitaran Kerja
Hasil

lawatan saya juga didapati, para pekerja tidak menjaga kebersihan di

persekitaran tempat kerja .Para pekerja didapati tidak membersihkan habuk- habuk kayu yang
dihasilkan dari mesin pemotong kayu, mesin melicinkan kayu dan lain-lain bahagian.
Terdapat juga pekerja yang makan dan minum di kawasan tempat kerja. Keadaan ini boleh
menyebabkan risiko terdedah kepada kebakaran.
Lebih malang lagi, saya mendapati ada pekerja lelaki yang merokok di kawasan
pengendalian mesin. Perbuatan ini adalah salah sama sekali dalam peraturan keselamatan

4
kilang,yang boleh menyebabkan terjadinya kebakaran. Kebakaran pasti akan cepat merebak
kerana banyak bahan-bahan bakar seperti kayu, thinner dan tupertine. Saya juga mendapati
alat pemadam api tidak disediakan . Perkara ini amatlah membahayakan kerana sekiranya
berlaku kebakaran, tiada alat yang dapat mecegahnya dan ini akan membahayakan nyawa
pekerja.
Berdasarkan AKKP 1994 ,terdapat peruntukan ,tanggungjawab pekerja untuk samasama berganding dengan majikan menangani kecederaan di tempat kerja.Setiap pekerja perlu
memastikan tempat kerja mereka selamat, bersih dan kemas tanpa sebarang ancaman bahaya
kesihatan mahupun fizikal. Pekerja mesti bertanggungjawab memastikan keselamatan dan
kesihatan mereka di tempat kerja terjamin.
Saya berharap pihak tuan dapat menambah papan tanda mengenai bahaya kebakaran
serta panduan mengenai langkah-langkah keselamatan ketika kebakaran di kawasan tempat
kerja. Plan-plan kebakaran serta laluan kecemasan perlu dipamerkan untuk panduan
pekerja.Selain itu, pekerja diberi latihan kebakaran serta cara penggunaan alat penyembur api
yang betul.
Sekiranya kecederaan atau kemalangan berlaku di tempat kerja, sudah tentu pihak
majikan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk tindakan undang-undang dan
pampasan. Oleh itu, saya amat berharap pihak tuan dapat meneliti laporan dan mengambil
tindakan yang sepatutnya bagi mengatasi masalah ini. Di bawah ini saya nyatakan kos-kos
yang dianggarkan bagi perkara-perkara berikut:
Bil

Peralatan / bahan

1

Anggaran kos

Peralatan Keselamatan Diri (PPE)
earplug, ear muff, cartridge respirator, safety eye RM2,000 satu set
goggle, hand glove dan safety boot

2

Papan Tanda Peraturan keselamatan

RM3,000.00

3

Papan tanda panduan kebakaran

RM3,000.00

3

Alat pemadam api

RM500.00 satu set

4

Latihan kebakaran

RM2,000.00 satu sesi

5

Risalah keselamatan dan Kesihatan Pekerja

RM3,000.00

5
Bersama ini, saya senaraikan beberapa cadangan yang merupakan sebahagian
tindakan kawalan yang boleh dirujuk oleh pihak majikan bagi meningkatkan tahap kesedaran
pekerja terhadap keselamatan diri sekaligus dapat mengurangkan kes kemalangan di tempat
kerja.
1.

Membekalkan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang Selamat

Seperti yang telah diperuntukkan dalam AKKP 1994, sebahagian daripada seksyen telah
memerlukan majikan untuk menyediakan tempat kerja yang sihat dan selamat untuk para
pekerja.Oleh itu, saya mencadangkan pihak majikan perlu memperuntukkan PPE yang sesuai
serta selamat kepada pekerja .
Majikan perlu membekalkan peralatan lindungan diri (PPE) seperti earplug, ear muff,
cartridge respirator, safety eye goggle, hand glove dan safety boot untuk melindung
keselamatan dan kesihatan pekerja . Perlu diingatkan bahawa PPE tersebut mestilah
bersesuaian

dengan

tahap

risiko

kerja

serta

selesa

dipakai

oleh

para

pekerja .
Ini bertepatan dengan langkah proaktif kerajaan yang bercadang menghapuskan cukai import
bagi alatan-alatan keselamatan kerja yang telah diperkenalkan dalam Belanjawan 2002 .
(Laporan Media 27 Ogos 2001). Kegagalan majikan mematuhi perkara-perkara perkaitan
keselamatan pekerja juga suatu kesalahan di bawah AKJ 1967 (Seksyen 50) dan AKKP 1994
(Seksyen 51).

2.

Mengadakan skim latihan serta program kesedaran tatakerja sihat dan selamat

Bagi meningkatkan tahap kesedaran para pekerja terhadap peraturan keselamatan , pihak
majikan perlu memberi arahan, maklumat , latihan dan penyeliaan yang sesuai mengenai
keselamatan kepada pekerja semasa mereka bekerja. Pihak majikan boleh mengadakan skim
latihan serta program kesedaran berasaskan tatakerja sihat dan selamat, contohnya
penggunaan PPE yang betul dan selamat.
Latihan dalam aspek keselamatan dan kesihatan boleh dilakukan contohnya drill
kebakaran, mengangkat beban secara manual dan sebagainya. Selain itu, pihak majikan perlu
menghantar kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan atau kaunseling.Bagi kakitangan baru

6
pula perlulah diberikan latihan induksi agar mereka memahami tatakerja yang selamat dan
peraturan keselamatan di tempat kerja.

3.

Menganjur kempen keselamatan dan kesihatan pekerja

Kempen keselamatan di tempat kerja perlulah diadakan dengan mempamerkan dasar
keselamatan dan kesihatan yang bertulis. Pihak majikan perlu menyediakan buku panduan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk setiap kakitangan. Program kesedaran
keselamatan atau “minggu keselamatan” perlu diisi dengan taklimat atau ceramah kesihatan
yang dapat memberi kesedaran kepada para pekerja tentang pentingnya menjaga kesihatan.
Selain itu, pihak majikan perlu mengadakan program keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja melalui program pemantauan kebisingan di tempat kerja(noise monitoring),
pemantauan kesihatan pekerja (health surveillance) ataupun audit keselamatan tempat kerja
(safety audit). Ini dapat membantu pekerja mengesan bahaya di tempat kerja dan tahu cara
menghindarinya.
4.

Menyenggara peralatan dan mesin

Tahap keselamatan mesin perlu dipantau dan dipastikan keselamatannya. Pihak
majikan perlu memastikan pengoperasian dan penggunaan jentera atau alatan itu adalah
selamat dan tidak memberi risiko kesihatan. Sekiranya mesin dikaji tidak selamat, pihak
majikan boleh mempertimbangkan “engineering control”, iaitu mempertingkatkan tahap
keselamatan mesin yang sedia ada seperti menambah pengadang mata gergaji pada mesin
gergaji ataupun meletakkan besi pengadang di sekitar mesin untuk mengelak pekerja lain
memasuki kawasan kerja tersebut.
Selain itu, pihak majikan boleh meningkatkan tahap keselamatan dengan memasang
sistem ekzos dengan “scrubber" atau “collector” yang baik untuk membuang serta menyedut
keluar wap-wap cat, pelarut organik

ataupun habuk-habuk kayu halus yang bahaya.Ini

merupakan kaedah pencegahan yang baik bagi menjaga keselamatan para pekerja.
5.

Menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat

Pihak majikan adalah bertanggungjawab menyediakan persekitaran kerja yang sihat
dan selamat bagi pekerja. Majikan mestilah menyediakan laluan yang mencukupi di kawasan
7
tempat kerja. Majikan juga perlu menyediakan ruang khas untuk menyimpan bahan
berbahaya serta melabelkan setiap bekas bahan.
Majikan juga perlu menyediakan peralatan kecemasan seperti alat pemadam api, hose
reel, penggera dan kotak pertolongan cemas. Selain itu, pihak majikan hendaklah memeriksa
dan memantau keadaan tempat kerja dengan menggunakan senarai semak dari masa ke
semasa. Majikan perlu memastikan persekitaran kerja sentiasa dalam keadaan sihat dan
selamat.
6.

Mengadakan kaedah pengurusan kerja yang berkesan

Bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja ,pihak majikan juga
bertanggungjawab mengadakan kaedah pengurusan berkesan (administrative control) seperti
mengujudkan jadual kerja bergilir (rotating work schedule ).Jadual kerja bergilir ini
khususnya untuk pekerja-pekerja yang lebih kerap terdedah kepada bahaya kerja seperti di
kawasan penyemburan cat serta kawasan menggergaji yang terlalu bising.Kaedah jadual kerja
bergilir ini dapat mengurangkan frekuensi pendedahan pekerja terhadap bahaya kerja yang
dilakukan.
Besarlah harapan saya, sekiranya pihak tuan dapat meneliti serta menyiasat mengenai
sikap pekerja yang mengabaikan peraturan keselamatan di tempat kerja. Diharapkan pihak
tuan dapat meninjau ke kawasan tempat kerja dan membuat penambaikan masalah-masalah
yang telah dinyatakan tadi. Pihak tuan juga dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan
yang telah dikemukakan dan melaksanakannya secepat mungkin bagi memastikan pekerja
sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri semasa bekerja.
Walau apa pun, perkara terpenting yang perlu ada pada setiap pihak ialah keinsafan,
rasa tanggunjawab, amanah dan sikap positif dalam hal-hal berkaitan kepentingan
keselamatan pekerja. Perlu diingatkan bahawa pekerja merupakan asset penting dalam
kejayaan sesuatu industri. Majikan seharusnya menjaga tahap keselamatan dan kesihatan
pekerja mereka kerana jikalau aspek ini tidak dititikberatkan, yang rugi bukan sahaja adalah
di kalangan majikan, tetapi negara turut akan kehilangan asset yang berharga ini. Sekiranya
aspek keselamatan pekerja diutamakan , sudah tentu pekerja akan lebih berusaha bersungguhsungguh dan sekaligus produktiviti syarikat akan semakin meningkat.

8
Yang Benar,

...........................
(NORASIAH BT ABDULLAH)
Pengurus Kesihatan dan Keselamatan Pekerja,

9

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Makalah keselamatan kerja
Makalah keselamatan kerja Makalah keselamatan kerja
Makalah keselamatan kerja Irjan Kusuma Ian
 
Presentation K3 ( PPT Kesehatan Keselamatan Kerja )
Presentation K3 ( PPT Kesehatan Keselamatan Kerja )Presentation K3 ( PPT Kesehatan Keselamatan Kerja )
Presentation K3 ( PPT Kesehatan Keselamatan Kerja )Dzul Fiqri
 
Makalah kesehatan dan keselamatan kerja
Makalah kesehatan dan keselamatan kerjaMakalah kesehatan dan keselamatan kerja
Makalah kesehatan dan keselamatan kerjagetris gean
 
Pengaruh program k3 terhadap produktivitas kerja pd pt. tasma puja kbc Desa K...
Pengaruh program k3 terhadap produktivitas kerja pd pt. tasma puja kbc Desa K...Pengaruh program k3 terhadap produktivitas kerja pd pt. tasma puja kbc Desa K...
Pengaruh program k3 terhadap produktivitas kerja pd pt. tasma puja kbc Desa K...HarIeyes Yêu
 
Makalah bab 13 kesehatan dan keselamatan kerja (k3) & hubungan tenaga kerja...
Makalah bab 13   kesehatan dan keselamatan kerja (k3) & hubungan tenaga kerja...Makalah bab 13   kesehatan dan keselamatan kerja (k3) & hubungan tenaga kerja...
Makalah bab 13 kesehatan dan keselamatan kerja (k3) & hubungan tenaga kerja...Shelly Intan Permatasari
 
Makalah k3 lh nur alifah
Makalah k3 lh nur alifahMakalah k3 lh nur alifah
Makalah k3 lh nur alifahE Fitriawan
 
Pengaruh Keselamatan dan Kesehatan Kerja ppt
Pengaruh Keselamatan dan Kesehatan Kerja  pptPengaruh Keselamatan dan Kesehatan Kerja  ppt
Pengaruh Keselamatan dan Kesehatan Kerja pptYuliRanti1
 
Keselamatan dan Kesehatan Kerja
Keselamatan dan Kesehatan KerjaKeselamatan dan Kesehatan Kerja
Keselamatan dan Kesehatan KerjaRizal Triyandi
 
PPT kesehatan dan keselamatan kerja (K3)
PPT kesehatan dan keselamatan kerja (K3)PPT kesehatan dan keselamatan kerja (K3)
PPT kesehatan dan keselamatan kerja (K3)Lilis Suryani Arta
 
Identifikasi k3-pada-bengkel-dan-lab-sipil-dan-perencanaan
Identifikasi k3-pada-bengkel-dan-lab-sipil-dan-perencanaanIdentifikasi k3-pada-bengkel-dan-lab-sipil-dan-perencanaan
Identifikasi k3-pada-bengkel-dan-lab-sipil-dan-perencanaanAgus Witono
 
Keamanan dan keselamatan kerja
Keamanan dan keselamatan kerjaKeamanan dan keselamatan kerja
Keamanan dan keselamatan kerjaEko Mardianto
 
Keselamatan Kesehatan Kerja Dan Lingkungan
Keselamatan Kesehatan Kerja Dan LingkunganKeselamatan Kesehatan Kerja Dan Lingkungan
Keselamatan Kesehatan Kerja Dan LingkunganRochmad Putra
 
K3: Dasar-Dasar Keselamtan Kerja dan Bahaya
K3: Dasar-Dasar Keselamtan Kerja dan BahayaK3: Dasar-Dasar Keselamtan Kerja dan Bahaya
K3: Dasar-Dasar Keselamtan Kerja dan BahayaMokh Afifuddin Machfudz
 

La actualidad más candente (17)

Bab 4 -prosedur-k31
Bab 4 -prosedur-k31Bab 4 -prosedur-k31
Bab 4 -prosedur-k31
 
Makalah keselamatan kerja
Makalah keselamatan kerja Makalah keselamatan kerja
Makalah keselamatan kerja
 
Presentation K3 ( PPT Kesehatan Keselamatan Kerja )
Presentation K3 ( PPT Kesehatan Keselamatan Kerja )Presentation K3 ( PPT Kesehatan Keselamatan Kerja )
Presentation K3 ( PPT Kesehatan Keselamatan Kerja )
 
Makalah kesehatan dan keselamatan kerja
Makalah kesehatan dan keselamatan kerjaMakalah kesehatan dan keselamatan kerja
Makalah kesehatan dan keselamatan kerja
 
Pengaruh program k3 terhadap produktivitas kerja pd pt. tasma puja kbc Desa K...
Pengaruh program k3 terhadap produktivitas kerja pd pt. tasma puja kbc Desa K...Pengaruh program k3 terhadap produktivitas kerja pd pt. tasma puja kbc Desa K...
Pengaruh program k3 terhadap produktivitas kerja pd pt. tasma puja kbc Desa K...
 
Makalah bab 13 kesehatan dan keselamatan kerja (k3) & hubungan tenaga kerja...
Makalah bab 13   kesehatan dan keselamatan kerja (k3) & hubungan tenaga kerja...Makalah bab 13   kesehatan dan keselamatan kerja (k3) & hubungan tenaga kerja...
Makalah bab 13 kesehatan dan keselamatan kerja (k3) & hubungan tenaga kerja...
 
Makalah k3 lh nur alifah
Makalah k3 lh nur alifahMakalah k3 lh nur alifah
Makalah k3 lh nur alifah
 
K3 presentation
K3 presentationK3 presentation
K3 presentation
 
Pengaruh Keselamatan dan Kesehatan Kerja ppt
Pengaruh Keselamatan dan Kesehatan Kerja  pptPengaruh Keselamatan dan Kesehatan Kerja  ppt
Pengaruh Keselamatan dan Kesehatan Kerja ppt
 
Pengantar k3
Pengantar k3 Pengantar k3
Pengantar k3
 
Chapter 3 - OSHA
Chapter 3 - OSHAChapter 3 - OSHA
Chapter 3 - OSHA
 
Keselamatan dan Kesehatan Kerja
Keselamatan dan Kesehatan KerjaKeselamatan dan Kesehatan Kerja
Keselamatan dan Kesehatan Kerja
 
PPT kesehatan dan keselamatan kerja (K3)
PPT kesehatan dan keselamatan kerja (K3)PPT kesehatan dan keselamatan kerja (K3)
PPT kesehatan dan keselamatan kerja (K3)
 
Identifikasi k3-pada-bengkel-dan-lab-sipil-dan-perencanaan
Identifikasi k3-pada-bengkel-dan-lab-sipil-dan-perencanaanIdentifikasi k3-pada-bengkel-dan-lab-sipil-dan-perencanaan
Identifikasi k3-pada-bengkel-dan-lab-sipil-dan-perencanaan
 
Keamanan dan keselamatan kerja
Keamanan dan keselamatan kerjaKeamanan dan keselamatan kerja
Keamanan dan keselamatan kerja
 
Keselamatan Kesehatan Kerja Dan Lingkungan
Keselamatan Kesehatan Kerja Dan LingkunganKeselamatan Kesehatan Kerja Dan Lingkungan
Keselamatan Kesehatan Kerja Dan Lingkungan
 
K3: Dasar-Dasar Keselamtan Kerja dan Bahaya
K3: Dasar-Dasar Keselamtan Kerja dan BahayaK3: Dasar-Dasar Keselamtan Kerja dan Bahaya
K3: Dasar-Dasar Keselamtan Kerja dan Bahaya
 

Similar a Asg report oumh 2012

Modul keselamatan-dan-kesehatan-kerja
Modul keselamatan-dan-kesehatan-kerjaModul keselamatan-dan-kesehatan-kerja
Modul keselamatan-dan-kesehatan-kerjaSyaifi Al-Mahfudzi
 
Keselamatan kerja
Keselamatan kerja Keselamatan kerja
Keselamatan kerja ANN Novianti
 
INDUKSI OFN NEW.pptx
INDUKSI OFN NEW.pptxINDUKSI OFN NEW.pptx
INDUKSI OFN NEW.pptxLerPe1
 
makalah stres dan keselamatan kerja
makalah stres dan keselamatan kerjamakalah stres dan keselamatan kerja
makalah stres dan keselamatan kerjairvankhoirul
 
Prosedur keselamatan dan kesehatan kerja
Prosedur keselamatan dan kesehatan kerjaProsedur keselamatan dan kesehatan kerja
Prosedur keselamatan dan kesehatan kerjaduhitzrof
 
Keselamatan kerja guru 1000 0101
Keselamatan kerja guru 1000 0101Keselamatan kerja guru 1000 0101
Keselamatan kerja guru 1000 0101Eko Supriyadi
 
Aircraft Manufacture Assy Parts
Aircraft Manufacture   Assy PartsAircraft Manufacture   Assy Parts
Aircraft Manufacture Assy PartslombkTBK
 
Pengantar K3.ppt
Pengantar K3.pptPengantar K3.ppt
Pengantar K3.pptazwararsyad
 
Menerapkan kesehatan kerja di bidang elektronika
Menerapkan kesehatan kerja di bidang elektronikaMenerapkan kesehatan kerja di bidang elektronika
Menerapkan kesehatan kerja di bidang elektronikaDendy Maulana Septiyadi
 
Ppt kesehatan dan keselamatan kerja di pertambangan
Ppt kesehatan  dan keselamatan kerja di pertambanganPpt kesehatan  dan keselamatan kerja di pertambangan
Ppt kesehatan dan keselamatan kerja di pertambanganDhieta Vida
 
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2Agus Candra
 
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2Agus Candra
 
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2Agus Candra
 
Alat pelindungan diri
Alat pelindungan diriAlat pelindungan diri
Alat pelindungan diriSitiFauriah
 
MATERI K3 & KEBAKARAN.ppt
MATERI K3 & KEBAKARAN.pptMATERI K3 & KEBAKARAN.ppt
MATERI K3 & KEBAKARAN.pptNurElyani2
 

Similar a Asg report oumh 2012 (20)

Modul keselamatan-dan-kesehatan-kerja
Modul keselamatan-dan-kesehatan-kerjaModul keselamatan-dan-kesehatan-kerja
Modul keselamatan-dan-kesehatan-kerja
 
PPT RESUMAN K3.pptx
PPT RESUMAN K3.pptxPPT RESUMAN K3.pptx
PPT RESUMAN K3.pptx
 
Keselamatan kerja
Keselamatan kerja Keselamatan kerja
Keselamatan kerja
 
INDUKSI OFN NEW.pptx
INDUKSI OFN NEW.pptxINDUKSI OFN NEW.pptx
INDUKSI OFN NEW.pptx
 
makalah stres dan keselamatan kerja
makalah stres dan keselamatan kerjamakalah stres dan keselamatan kerja
makalah stres dan keselamatan kerja
 
Prosedur keselamatan dan kesehatan kerja
Prosedur keselamatan dan kesehatan kerjaProsedur keselamatan dan kesehatan kerja
Prosedur keselamatan dan kesehatan kerja
 
Keselamatan kerja guru 1000 0101
Keselamatan kerja guru 1000 0101Keselamatan kerja guru 1000 0101
Keselamatan kerja guru 1000 0101
 
HRM K3.pdf
HRM K3.pdfHRM K3.pdf
HRM K3.pdf
 
HRM K3.pdf
HRM K3.pdfHRM K3.pdf
HRM K3.pdf
 
Aircraft Manufacture Assy Parts
Aircraft Manufacture   Assy PartsAircraft Manufacture   Assy Parts
Aircraft Manufacture Assy Parts
 
Pengantar K3.ppt
Pengantar K3.pptPengantar K3.ppt
Pengantar K3.ppt
 
Menerapkan kesehatan kerja di bidang elektronika
Menerapkan kesehatan kerja di bidang elektronikaMenerapkan kesehatan kerja di bidang elektronika
Menerapkan kesehatan kerja di bidang elektronika
 
Ppt kesehatan dan keselamatan kerja di pertambangan
Ppt kesehatan  dan keselamatan kerja di pertambanganPpt kesehatan  dan keselamatan kerja di pertambangan
Ppt kesehatan dan keselamatan kerja di pertambangan
 
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2
 
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2
 
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2
Dasar kesehatan kerja.sesi.1 2
 
K3 konstruksi
K3 konstruksiK3 konstruksi
K3 konstruksi
 
Alat pelindungan diri
Alat pelindungan diriAlat pelindungan diri
Alat pelindungan diri
 
03. Keselamatan kerja.ppt
03. Keselamatan kerja.ppt03. Keselamatan kerja.ppt
03. Keselamatan kerja.ppt
 
MATERI K3 & KEBAKARAN.ppt
MATERI K3 & KEBAKARAN.pptMATERI K3 & KEBAKARAN.ppt
MATERI K3 & KEBAKARAN.ppt
 

Último

UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...Kanaidi ken
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasarrenihartanti
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)PUNGKYBUDIPANGESTU1
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 

Último (20)

UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 

Asg report oumh 2012

  • 1. PENGABAIAN PEKERJA TERHADAP KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI KILANG SMART WOOD PROCESSING SDN BHD DAN CADANGAN MENGATASINYA Aspek keselamatan adalah suatu perkara yang amat penting di dalam sesebuah organisasi terutama sektor perkilangan. Persekitaran kerja yang selamat adalah perlu bagi menjaga kesihatan dan keselamatan pekerja serta mengelakkan sebarang kejadian buruk yang mungkin terjadi. Berhubung dengan perkara ini, saya selaku Pengurus Kesihatan dan Keselamatan Pekerja ,Syarikat Smart Wood Processing Sdn. Bhd. ingin melaporkan kepada pihak tuan mengenai sikap pekerja yang gagal mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan . Berdasarkan lawatan saya ke bahagian pengendalian bahan baru-baru ini, saya mendapati para pekerja secara terang-terangan telah mengabaikan peraturan keselamatan yang ditetapkan yang boleh membahayakan diri mereka sendiri. Sebagai sebuah kilang yang mengeluarkan produk perabot kayu, Syarikat Smart Wood Processing Sdn. Bhd. amat mementingkan kesihatan dan keselamatan para pekerja. Justeru itu, kilang ini telah melaksanakan pelbagai peraturan keselamatan dan kesihatan bertepatan dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP 1994). Peraturan ini dibentuk untuk memberi garis panduan kepada majikan dan pekerja mengenai tanggungjawab mereka bagi mewujudkan satu situasi kerja yang selamat dan sihat. Namun begitu, berdasarkan lawatan saya ke tempat kerja baru-baru ini, dukacita dimaklumkan para pekerja telah melakukan berbagai perkara yang melanggar peraturan keselamatan dan kesihatan yang telah ditetapkan Pengabaian keselamatan dan kesihatan di tempat kerja tentunya akan mendatangkan banyak risiko buruk kepada pekerja dan majikan. Antaranya ialah kemalangan, kebakaran dan kematian. Jika ini berlaku, majikan juga akan menanggung akibatnya. Sekiranya kadar kemalangan tinggi, perkara-perkara lain juga tidak dapat diurus dengan sempurna kerana terpaksa memberi perhatian kepada kejadian, kecederaan, kerugian dan juga tindakan undang-undang. Dengan itu, majikan mesti mengurus keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja dengan berkesan kerana produktiviti tenaga kerja akan terjamin jika kebajikan mereka setiasa terpelihara. Kemalangan di tempat kerja melibatkan kilang produk kayu sering didengari. Contohnya Berita dari Harian Metro (22 Jun 2011) , seorang pekerja kilang warga Myanmar di sebuah kilang kayu di Jalan Kuala Ketil nyaris maut apabila sebuah mesin pemotong kayu yang dikendalikannya meletup menyebabkan serpihannya terkena muka mangsa dan cedera matanya .Justeru itu, kita amat berharap kejadian seumpama ini tidak akan berlaku di syarikat ini.Oleh itu,bersama laporan ini, saya kemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja dan mengurangkan risiko di tempat kerja. 1
  • 2. Pihak majikan diharapkan dapat menyediakan peralatan keselamatan diri (PPE) yang lengkap, mengadakan skim latihan dan program kesedaran pekerja, menganjurkan kursus keselamatan, menyenggara mesin dan jentera dan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Saya juga menyatakan kos perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh pihak majikan bagi melaksanakan langkah-langkah keselamatan ini. Pihak majikan perlu menyedari pengeluaran wang bagi keselamatan pekerja adalah lebih baik dari menanggung kerugian akibat kemalangan yang mungkin terjadi. Saya berharap pihak tuan dapat meneliti laporan ini dan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi mengatasi masalah pengabaian pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Untuk makluman tuan, di sini saya senaraikan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh para pekerja untuk siasatan dan tindakan pihak tuan. Kesalahan-kesalahan pekerja yang telah dikenalpasti ialah:1. Pekerja Tidak Memakai Peralatan Keselamatan yang Lengkap (Personel Protevtive Equipment) Berdasarkan lawatan saya , saya dapati para pekerja tidak memakai peralatan keselamatan yang lengkap yang telah disediakan oleh pihak syarikat. Peralatan Keselamatan Diri (PPE) ialah alat yang disediakan kepada pekerja untuk melindungi daripada kecederaan. Alat ini akan melindungi bahagian kepala, kaki, tangan, sistem pernafasan dan keseluruhan anggota badan. Contoh peralatan keselamatan ialah topi keselamatan, google, apron, sarung tangan dan kasut getah. Hasil tinjauan saya, didapati ramai pekerja tidak memakai google (pelindung muka) ketika mengendalikan mesin memotong kayu, melicinkan permukaan kayu dan sebagainya.. Ini akan menyebabkan pekerja akan terdedah kepada habuk-habuk kayu dan bahan kimia yang merbahaya. Pekerja juga akan menghadapi masalah kecederaan mata (eye injury) akibat terkena serpihan atau habuk kayu di mana kes yang lebih serius boleh menyebabkan masalah buta kepada mangsa. Saya juga mendapati para pekerja telah mengabaikan keselamatan dengan tidak memakai kasut sarung getah yang sesuai dengan tempat kerja. Pemakaian kasut getah adalah penting bagi kawasan kerja yang menggunakan gris dan minyak untuk mengelakkan kecederaan kaki atau tergelincir. Terdapat pekerja lelaki memakai kasut sandal dan kasut kulit manakala pekerja perempuan memakai kasut bertumit dan yang terbuka di bahagian hadapan semasa bekerja .Keaadan ini tentulah akan menyebabkan pekerja terdedah kepada kecederaan atau kemalangan semasa bekerja. 2
  • 3. Pekerja juga didapati mengabaikan keselamatan diri dengan tidak memakai sarung tangan ketika mengendalikan mesin pemotong kayu atau gergaji “roller blade” yang tajam.Hal ini amatlah membimbangkan kerana pekerja akan terdedah kepada bahaya terluka,terpotong atau terputus anggota badan yang melibatkan jari,tangan,lengan dan kaki akibat terkena mata gergaji ataupun objek-objek tajam berasaskan kayu. Terdapat juga pekerja yang memakai pakaian longgar dan berbulu, malahan ada pekerja yang bertali leher. Pakaian sebegini tidak sesuai dipakai ketika mengendalikan mesin kerana boleh menyebabkan baju yang longgar, berbulu atau tali leher akan tersepit ke dalam mesin dan mengakibatkan kecederaan kepada pekerja. 2. Pekerja Tidak Memakai Penutup Hidung dan Penyumbat Telinga Hasil lawatan saya juga , didapati pekerja mengabaikan keselamatan diri dengan tidak memakai penutup hidung dan penyumbat telinga.Pekerja terdedah kepada habuk-habuk kayu ketika mengendalikan mesin pemotong kayu. Pekerja juga terdedah kepada ancaman tersedut habuk –habuk halus ketika mengendalikan proses melicinkan permukaan kayu secara “sanding”yang menghasilkan habuk-habuk halus. Begitu juga di bahagian penyemburan cat atau lekar kayu yang tertutup yang menghasilkan wap-wap bahan pelarut organic seperti “thinner” dan “tupertine” turut disedut oleh pekerja. Akibatnya dalam jangka masa panjang, pekerja akan mengalami masalah kesihatan badan kronik seperti radang paru-paru,asma ,kanser paru-paru di samping impak irritasi pada salur pernafasan kesan terdedah kepada keadaan kerja sekitar yang bahaya dan kotor. Hal ini dapat dielakkan sekiranya pekerja memakai penutup hidung setiap masa ketika menjalankan tugas mereka. Pekerja juga didapati tidak memakai penyumbat telinga yang lengkap ketika mengendalikan mesin dan menggergaji kayu bermotor yang menghasilkan bising yang berterusan. Pekerja terdedah kepada ancaman keadaan bunyi bising yang melampau yang boleh mengakibatkan masalah pendengaran (hearing impairment) untuk jangka masa beberapa tahun.Masalah ini tentulah dapat dihindari sekiranya pekerja sentiasa memakai alat perlindungan diri seperti penutup hidung dan penyumbat telinga setiap masa. Pekerja mesti sedar bahawa menjaga keselamatan diri adalah amat penting dari merawatnya. 3. Tatakerja Pekerja yang Tidak Selamat 3
  • 4. Hasil lawatan saya juga, didapati pekerja tidak menjalankan kerja dengan betul dan selamat. Terdapat pekerja baru yang menggunakan peralatan mesin dengan tidak betul tanpa dipantau oleh penyelia atau pekerja lama. Saya telah memeriksa kelajuan mesin itu telah diubah dari yang sepatutnya. Terdapat bahan buangan yang telah diletakkan dengan mesin yang sedang bergerak. Ini adalah perkara yang amat membimbangkan kerana ianya akan menyebabkan mesin terbakar dan meletup. Banyak kes kecederaan dan kemalangan di tempat kerja adalah berpunca dari penyalahgunaan pekerja dalam mengendalikan mesin atau jentera. .Seksyen 25 AKKP 1994 . menyatakan kewajipan pekerja untuk tidak mengganggu atau menyalahgunakan apa-apa jua yang diadakan atau dilakukan untuk kepentingan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. Berita dari Harian Metro 29 Mei 2012, patut dijadikan pengajaran kepada kita semua.Seorang pekerja kilang kayu hancur kaki kanannya setelah terkena bilah mesin pemotong kayu di sebuah kilang kayu getah di During Guling.Kejadian berlaku apabila pekerja tersebut menggunakan kaki kanannya yang hanya berselipar menekan brek yang terletak di bahagian tepi mesin berkenaan, tetapi malangnya kakinya tergelincir ke dalam mesin yang sedang berputar. Berpandukan kisah yang dinyatakan, memang jelas keselamatan diri semasa bekerja amatlah penting dan tidak boleh diabaikan oleh para pekerja. Saya amat berharap pihak tuan dapat memberi latihan yang sepenuhnya kepada para pekerja bagi meningkatkan tatakerja yang selamat.Pihak penyelia diharapkan sentiasa mengawasi dan menegur kesalahan yang dilakukan oleh pekerja. 4. Pekerja Tidak Menjaga Kebersihan Persekitaran Kerja Hasil lawatan saya juga didapati, para pekerja tidak menjaga kebersihan di persekitaran tempat kerja .Para pekerja didapati tidak membersihkan habuk- habuk kayu yang dihasilkan dari mesin pemotong kayu, mesin melicinkan kayu dan lain-lain bahagian. Terdapat juga pekerja yang makan dan minum di kawasan tempat kerja. Keadaan ini boleh menyebabkan risiko terdedah kepada kebakaran. Lebih malang lagi, saya mendapati ada pekerja lelaki yang merokok di kawasan pengendalian mesin. Perbuatan ini adalah salah sama sekali dalam peraturan keselamatan 4
  • 5. kilang,yang boleh menyebabkan terjadinya kebakaran. Kebakaran pasti akan cepat merebak kerana banyak bahan-bahan bakar seperti kayu, thinner dan tupertine. Saya juga mendapati alat pemadam api tidak disediakan . Perkara ini amatlah membahayakan kerana sekiranya berlaku kebakaran, tiada alat yang dapat mecegahnya dan ini akan membahayakan nyawa pekerja. Berdasarkan AKKP 1994 ,terdapat peruntukan ,tanggungjawab pekerja untuk samasama berganding dengan majikan menangani kecederaan di tempat kerja.Setiap pekerja perlu memastikan tempat kerja mereka selamat, bersih dan kemas tanpa sebarang ancaman bahaya kesihatan mahupun fizikal. Pekerja mesti bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan mereka di tempat kerja terjamin. Saya berharap pihak tuan dapat menambah papan tanda mengenai bahaya kebakaran serta panduan mengenai langkah-langkah keselamatan ketika kebakaran di kawasan tempat kerja. Plan-plan kebakaran serta laluan kecemasan perlu dipamerkan untuk panduan pekerja.Selain itu, pekerja diberi latihan kebakaran serta cara penggunaan alat penyembur api yang betul. Sekiranya kecederaan atau kemalangan berlaku di tempat kerja, sudah tentu pihak majikan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk tindakan undang-undang dan pampasan. Oleh itu, saya amat berharap pihak tuan dapat meneliti laporan dan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi mengatasi masalah ini. Di bawah ini saya nyatakan kos-kos yang dianggarkan bagi perkara-perkara berikut: Bil Peralatan / bahan 1 Anggaran kos Peralatan Keselamatan Diri (PPE) earplug, ear muff, cartridge respirator, safety eye RM2,000 satu set goggle, hand glove dan safety boot 2 Papan Tanda Peraturan keselamatan RM3,000.00 3 Papan tanda panduan kebakaran RM3,000.00 3 Alat pemadam api RM500.00 satu set 4 Latihan kebakaran RM2,000.00 satu sesi 5 Risalah keselamatan dan Kesihatan Pekerja RM3,000.00 5
  • 6. Bersama ini, saya senaraikan beberapa cadangan yang merupakan sebahagian tindakan kawalan yang boleh dirujuk oleh pihak majikan bagi meningkatkan tahap kesedaran pekerja terhadap keselamatan diri sekaligus dapat mengurangkan kes kemalangan di tempat kerja. 1. Membekalkan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang Selamat Seperti yang telah diperuntukkan dalam AKKP 1994, sebahagian daripada seksyen telah memerlukan majikan untuk menyediakan tempat kerja yang sihat dan selamat untuk para pekerja.Oleh itu, saya mencadangkan pihak majikan perlu memperuntukkan PPE yang sesuai serta selamat kepada pekerja . Majikan perlu membekalkan peralatan lindungan diri (PPE) seperti earplug, ear muff, cartridge respirator, safety eye goggle, hand glove dan safety boot untuk melindung keselamatan dan kesihatan pekerja . Perlu diingatkan bahawa PPE tersebut mestilah bersesuaian dengan tahap risiko kerja serta selesa dipakai oleh para pekerja . Ini bertepatan dengan langkah proaktif kerajaan yang bercadang menghapuskan cukai import bagi alatan-alatan keselamatan kerja yang telah diperkenalkan dalam Belanjawan 2002 . (Laporan Media 27 Ogos 2001). Kegagalan majikan mematuhi perkara-perkara perkaitan keselamatan pekerja juga suatu kesalahan di bawah AKJ 1967 (Seksyen 50) dan AKKP 1994 (Seksyen 51). 2. Mengadakan skim latihan serta program kesedaran tatakerja sihat dan selamat Bagi meningkatkan tahap kesedaran para pekerja terhadap peraturan keselamatan , pihak majikan perlu memberi arahan, maklumat , latihan dan penyeliaan yang sesuai mengenai keselamatan kepada pekerja semasa mereka bekerja. Pihak majikan boleh mengadakan skim latihan serta program kesedaran berasaskan tatakerja sihat dan selamat, contohnya penggunaan PPE yang betul dan selamat. Latihan dalam aspek keselamatan dan kesihatan boleh dilakukan contohnya drill kebakaran, mengangkat beban secara manual dan sebagainya. Selain itu, pihak majikan perlu menghantar kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan atau kaunseling.Bagi kakitangan baru 6
  • 7. pula perlulah diberikan latihan induksi agar mereka memahami tatakerja yang selamat dan peraturan keselamatan di tempat kerja. 3. Menganjur kempen keselamatan dan kesihatan pekerja Kempen keselamatan di tempat kerja perlulah diadakan dengan mempamerkan dasar keselamatan dan kesihatan yang bertulis. Pihak majikan perlu menyediakan buku panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk setiap kakitangan. Program kesedaran keselamatan atau “minggu keselamatan” perlu diisi dengan taklimat atau ceramah kesihatan yang dapat memberi kesedaran kepada para pekerja tentang pentingnya menjaga kesihatan. Selain itu, pihak majikan perlu mengadakan program keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melalui program pemantauan kebisingan di tempat kerja(noise monitoring), pemantauan kesihatan pekerja (health surveillance) ataupun audit keselamatan tempat kerja (safety audit). Ini dapat membantu pekerja mengesan bahaya di tempat kerja dan tahu cara menghindarinya. 4. Menyenggara peralatan dan mesin Tahap keselamatan mesin perlu dipantau dan dipastikan keselamatannya. Pihak majikan perlu memastikan pengoperasian dan penggunaan jentera atau alatan itu adalah selamat dan tidak memberi risiko kesihatan. Sekiranya mesin dikaji tidak selamat, pihak majikan boleh mempertimbangkan “engineering control”, iaitu mempertingkatkan tahap keselamatan mesin yang sedia ada seperti menambah pengadang mata gergaji pada mesin gergaji ataupun meletakkan besi pengadang di sekitar mesin untuk mengelak pekerja lain memasuki kawasan kerja tersebut. Selain itu, pihak majikan boleh meningkatkan tahap keselamatan dengan memasang sistem ekzos dengan “scrubber" atau “collector” yang baik untuk membuang serta menyedut keluar wap-wap cat, pelarut organik ataupun habuk-habuk kayu halus yang bahaya.Ini merupakan kaedah pencegahan yang baik bagi menjaga keselamatan para pekerja. 5. Menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat Pihak majikan adalah bertanggungjawab menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat bagi pekerja. Majikan mestilah menyediakan laluan yang mencukupi di kawasan 7
  • 8. tempat kerja. Majikan juga perlu menyediakan ruang khas untuk menyimpan bahan berbahaya serta melabelkan setiap bekas bahan. Majikan juga perlu menyediakan peralatan kecemasan seperti alat pemadam api, hose reel, penggera dan kotak pertolongan cemas. Selain itu, pihak majikan hendaklah memeriksa dan memantau keadaan tempat kerja dengan menggunakan senarai semak dari masa ke semasa. Majikan perlu memastikan persekitaran kerja sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat. 6. Mengadakan kaedah pengurusan kerja yang berkesan Bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja ,pihak majikan juga bertanggungjawab mengadakan kaedah pengurusan berkesan (administrative control) seperti mengujudkan jadual kerja bergilir (rotating work schedule ).Jadual kerja bergilir ini khususnya untuk pekerja-pekerja yang lebih kerap terdedah kepada bahaya kerja seperti di kawasan penyemburan cat serta kawasan menggergaji yang terlalu bising.Kaedah jadual kerja bergilir ini dapat mengurangkan frekuensi pendedahan pekerja terhadap bahaya kerja yang dilakukan. Besarlah harapan saya, sekiranya pihak tuan dapat meneliti serta menyiasat mengenai sikap pekerja yang mengabaikan peraturan keselamatan di tempat kerja. Diharapkan pihak tuan dapat meninjau ke kawasan tempat kerja dan membuat penambaikan masalah-masalah yang telah dinyatakan tadi. Pihak tuan juga dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan dan melaksanakannya secepat mungkin bagi memastikan pekerja sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri semasa bekerja. Walau apa pun, perkara terpenting yang perlu ada pada setiap pihak ialah keinsafan, rasa tanggunjawab, amanah dan sikap positif dalam hal-hal berkaitan kepentingan keselamatan pekerja. Perlu diingatkan bahawa pekerja merupakan asset penting dalam kejayaan sesuatu industri. Majikan seharusnya menjaga tahap keselamatan dan kesihatan pekerja mereka kerana jikalau aspek ini tidak dititikberatkan, yang rugi bukan sahaja adalah di kalangan majikan, tetapi negara turut akan kehilangan asset yang berharga ini. Sekiranya aspek keselamatan pekerja diutamakan , sudah tentu pekerja akan lebih berusaha bersungguhsungguh dan sekaligus produktiviti syarikat akan semakin meningkat. 8
  • 9. Yang Benar, ........................... (NORASIAH BT ABDULLAH) Pengurus Kesihatan dan Keselamatan Pekerja, 9