SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 29
Descargar para leer sin conexión
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 1
Memahami konsep asas pandangan isometrik dan
mengolahnya daripada unjuran ortografik kepada
pandangan isometrik serta dimensi piawainya.
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :
Menerangkan konsep asas pandangan
isometrik.
Menerangkan hubungkait unjuran ortografik
dalam bentuk objek tiga dimensi.
Menerangkan persamaan dan perbezaan
unjuran ortografik dengan pandangan isometrik.
Membina pandangan isometrik daripada unjuran
ortografik berpandukan titik terendah dan anak
panah.
Melukis dimensi piawai pada pandangan
isometrik.
Semua rajah dalam bab ini dipeti dari buku :
i. Lukisan Kejuruteraan (Tingkatan 4, DBP)
ii. Lukisan Kejuruteraan (ABD. SAMAD HANIF)
iii. Lukisan Kejuruteraan (Dewan Bahasa &
Pustaka).
iv. Lukisan Geometri (MD. NASIR ABD MANAN)
v. Lukisan Geometri (Nota Panduan Politeknik)
vi. Lukisan Geometri (ONG KOK SENG)
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 2
6.0 PENGENALAN
Lukisan pandangan isometrik bolehlah dianggapkan sebagai lukisan tiga
dimensi. Ianya membantu untuk lebih memahami sesuatu rekabentuk objek
dengan mudah. Pada pandangan – pandangan yang lain, biasanya objek dilukis
dalam bentuk lukisan oblik, ortografik atau perspektif.
Bagi pandangan isometrik, objek dipegang condong pada suatu sudut. Dalam
rajah 6.1 menunjukkan jenis – jenis pandangan sesuatu objek dalam lukisan
kejuruteraan.
(a) Pandangan Ortografik (b) Pandangan Isometrik
(c) Pandangan Oblik (d) Pandangan Perspektif
Rajah 6.1 Jenis – jenis pandangan
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 3
(a) Rahang Bebas (b) Engkol Putar
(c) Fius Kartrij (d) Butiran Kekuda Bumbung
Rajah 6.2 Contoh – contoh pandangan Isometrik
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 4
6.1 HUBUNGKAIT LUKISAN ORTOGRAFIK DENGAN BENTUK
OBJEK DALAM TIGA DIMENSI.
Lukisan ortografik adalah membantu untuk melukis pandangan isometrik
supaya sesuatu objek sebenar dapat dilihat dan difahami dengan lebih
mudah lagi. Dengan bantuan lukisan ortografik yang terdiri daripada
pandangan pelan, hadapan dan sisi pandangan isometrik dengan mudah
dapat digambarkan dan dilukiskan. Dalam rajah 6.3 menunjukkan lukisan
ortografik dengan bentuk dalam tiga dimensi. Semua contoh rajah dalam
unit ini adalah unjuran sudut ketiga, kecuali jika dimaklumkan.
Rajah 6.3 Lukisan Ortografik dengan bentuk objek dalam tiga dimensi
Pandangan
Isometrik
sisi
Pelan
Hadapan
Pandangan
Isometrik
Sisi
Pelan
Hadapan
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 5
6.2 KENALPASTI PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA UNJURAN
ORTOGRAFIK DENGAN PANDANGAN ISOMETRIK.
Di dalam lukisan kejuruteraan, unjuran ortografik dan pandangan isometrik
adalah sangat memerlukan di antara satu dengan yang lain. Dengan itu,
terdapat persamaan dan perbezaan di antara keduanya.
6.2.1 Persamaan di antara unjuran ortografik dengan pandangan
isometrik.
Di antara persamaannya ialah unjuran ortografik mempunyai tiga
pandangan iaitu pelan, hadapan dan sisi. Rajah 6.4 menunjukkan
tiga pandangan dalam unjuran ortografik.
Rajah 6.4 Unjuran Ortografik mempunyai tiga pandangan
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 6
Dalam pandangan isometrik juga mempunyai tiga pandangan iaitu
pandangan pelan, hadapan dan sisi. Rajah 6.5 di bawah
menunjukkan pandangan isometrik yang dapat dilihat dari arah tiga
pandangan.
Rajah 6.5 Pandangan Isometrik dari arah tiga pandangan
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 7
6.2.2 Perbezaan di antara unjuran ortografik dengan pandangan
isometrik.
Di antara perbezaan yang dapat dilihat diantara unjuran ortografik
dengan pandangan isometrik ialah objek yang sebenar. Di dalam
unjuran ortografik, objek sebenar tidak dapat dilihat dengan jelas,
kecuali pelukis yang mahir dalam teknikal sahaja yang dapat
mengambarkan objek sebenar daripada unjuran ortografik. Rajah
6.6 menunjukkan unjuran ortografik yang hanya membayangkan
objek sebenar.
Rajah 6.6 Unjuran ortografik dalam membantu melukis objek sebenar
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 8
Dalam pandangan isometrik, objek sebenar dapat dilihat dengan
mudah dan pandangan pelan, hadapan dan sisi dapat diperhatikan
dengan jelas dalam membantu memahami objek sebenar itu lagi.
Rajah 6.7 menunjukkan pandangan isometrik yang mengambarkan
suatu objek sebenar.
Rajah 6.7 Pandangan Isometrik yang mengambarkan objek sebenar.
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 9
6.3 MELUKIS PANDANGAN ISOMETRIK BERPANDUKAN TITIK
TERENDAH DAN ARAH ANAK PANAH PADA UNJURAN
ORTOGRAFIK
6.3.1 Pengenalan
Pandangan isometrik adalah satu cara bagi menghasilkan
pandangan objek dengan lebih jelas. Dalam lukisan kejuruteraan,
hampir semua lukisan dilukis dalam unjuran ortografik dalam
membantu melukis objek sebenar dalam pandangan isometrik.
Bagi lukisan pandangan isometrik, satu pandangan
memperlihatkan ketiga-tiga bahagian objek itu.
Rajah 6. menunjukkan garis paksi isometrik. Paksi-paksi ini adalah
asas dalam pembinaan pandangan isometrik. Rajah 6.9 di bawah
pula menunjukkan kaedah melukis paksi isometrik.
Rajah 6.8 Paksi – paksi isometrik
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 10
Rajah 6.9 Kaedah melukis paksi isometrik
6.3.2 Objek yang dilukis dengan garisan isometrik
Objek dalam rajah 6.10 dilukis dengan cara mengalih semua
dimensi pada pandangan ortografik secara terus ke atas
garisan isometrik. Rajah 6.10 dapat memberi panduan
bagaimana cara melukis objek tersebut. Pada unjuran
ortografik dalam rajah 6.10 adalah unjuran sudut pertama.
Rajah 6.10 Pandangan ortografik dilukis secara terus ke atas
garisan isometrik.
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 11
6.3.3 Objek yang dilukis dengan garisan Tak Isometrik.
Ini adalah garisan pada objek yang mengakibatkan sudut
bukan terdiri daripada golongan garisan isometrik. Semua
sudut tidak boleh dialih secara terus ke atas garisan
isometrik kerana ia bukan pandangan sebenar. Sudut tepat
pada kubus mestilah digambarkan dengan sudut 600
atau
1200
pada unjuran isometrik. Cara yang betul untuk melukis
sudut dapat dilihat dalam rajah 6.11. Pada pandangan
ortografik dalam rajah 6.11 adalah unjuran sudut pertama.
Rajah 6.11 Objek yang dilukis dengan garisan Tak Isometrik
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 12
6.3.4 Objek dengan permukaan berlengkok.
Melukis lengkok pada unjuran isometrik dengan cara
meletakkan beberapa titik pada lengkok di pandangan garis
finiti. Kemudian setiap ordinat titik itu dialihkan ke
pandangan isometrik satu demi satu. Jika terdapat dua garis
lengkok yang selari dan sama tebal, cara melukisnya
ditunjukkan dalam rajah 6.12 . Pada unjuran ortografik
dalam rajah 6.12 adalah unjuran sudut pertama.
Rajah 6.12 Objek dengan permukaan berlengkok.
Hadapan
Pelan
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 13
6.3.5 Bulatan pada unjuran isometrik
Bulatan pada garis finiti akan wujud sebagai sebuah elips
dalam pandangan isometrik. Terdapat tiga cara untuk
melukis elips seperti yang ditunjukkan dalam rajah-rajah di
bawah.
6.3.5.1 Cara 1 (Rajah 6.13)
Ini adalah cara pengalihan ordinat X dan Y dari bulatan pada
pandangan garis finiti ke unjuran isometrik. Ordinat pada
salah satu kuadrant sahaja yang perlu dialih kerana yang
lain itu sama sahaja jaraknya. Titik itu kemudian
dicantumkan dengan menggunakan pembaris lengkok.
Rajah 6.13 Cara pengalihan ordinat X dan Y
6.3.5.2 Cara 2 (Rajah 6.14)
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 14
Dalam cara ini, sebuah segiempat sama dilukis mengelilingi
bulatan serta ditambah satu garisan pepenjuru.Kemudian
segiempat ini dilukiskan pada unjuran isometrik. Akhirnya,
kelapan-lapan titik elips diperolehi dengan cara
menyilangkan garisan penengah dan garisan pepenjuru
dengan bulatan X adalah ordinat yang diletakkan pada
garisan pepenjuru. Elips ini disempurnakan dengan
menggunakan pembaris lengkok.
Rajah 6.14 Kaedah segiempat sama melukis bulatan pada
unjuran isometrik.
6.3.5.3 Cara 3 (Rajah 6.15)
Cara ini digunakan ketika melukis suatu elips. Apabila
melukis sebuah silinder, titik elips boleh didapati dengan
ketiga-tiga cara ini. Kemudian elips pada tapak boleh
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 15
dibentuk dengan cara pengalihan terus seperti dalam rajah
6.15 .
Rajah 6.15 Melukis elips dengan cara pengalihan terus
6.3.6 Unjuran Isometrik dalam Lukisan Mesin.
Rajah 6.16 menunjukkan kegunaan unjuran isometrik dalam
lukisan mesin.
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 16
Rajah 6.16 Kegunaan Unjuran Isometrik dalam lukisan
Mesin.
6.3.7 Melukis pandangan isometrik berpandukan titik
terendah dan arah anak panah pada unjuran ortografik.
6.3.7.1 Melukis pandangan isometrik berpandukan
titik terendah pada unjuran ortografik.
Rajah adalah unjuran sudut pertama.
Pelan
Hadapan
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 17
Rajah 6.17 Titik terendah unjuran ortografik dilukis ke pandangan isometrik.
6.3.7.2 Melukis pandangan isometrik berpandukan
arah anak panah pada unjuran ortografik.
Dalam rajah 6.18 adalah pengertian arah
anak panah bagi pandangan isometrik.
Perhatikan dan kaji tiap-tiap lukisan tersebut.
Hadapan
Pelan
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 18
Rajah 6.18 Pandangan isometrik berpandukan arah anak panah pada unjuran
Ortografik.
6.1 Lukiskan pandangan isometrik berpandukan titik terendah pada unjuran
ortografik dalam rajah A6.1 . Rajah A6.1 ini adalah unjuran sudut pertama.
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 19
Rajah A6.1 titik terendah
6.2 Lukiskan pandangan isometrik berpandukan arah anak panah pada
unjuran ortografik dalam rajah A6.2 .
Rajah A6.2
6.1
MAKLUM BALAS AKTIVITI 6A
Semak jawapan anda pada maklum balas
berikut ! tetapi…jika anda gagal mendapat
jawapan yang betul sila buat ulang kaji atau
mendapat penjelasan dari pensyarah
anda!!!.....
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 20
6.2
6.4 DIMENSI PIAWAI PADA LUKISAN ISOMETRIK
INPUT
Tahniah!!!
Saya pasti anda dapat memberi jawapan
yang tepat.
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 21
Prinsip asas yang digunakan untuk mendimensi unjuran ortografik
digunakan juga untuk mendimensi lukisan isometrik. Terdapat dua sistem
pendimensian lukisan isometrik, iaitu sistem terjajar dan sistem ekaarah.
Namun demikian terdapat beberapa perbezaan antara pendimensian
lukisan isometrik dengan pendimensian lukisan ortografik. Perbezaan ini
adalah seperti berikut :
i. Garisan tambahan dan garisan dimensi dilukis selari dengan paksi
isometrik. Garisan-garisan tersebut perlu diletakkan pada satah
isometrik yang sama. Garisan tambahan dan garisan dimensi
biasanya ditempatkan pada satah yang sama dengan permukaan
objek yang didimensikan, lihat rajah 6.19 .
Kekeliruan biasanya timbul apabila mendimensi pinggir objek yang tidak
terletak pada satah isometrik utama. Rajah 6.20 (a) menunjukkan
kesalahan yang lazim dilakukan oleh pelukis. Kaedah yang betul
ditunjukkan dalam rajah 6.20 (b).
Rajah 6.19 Kedudukan garisan tambahan dan garisan dimensi
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 22
Rajah 6.20 Kaedah mendimensi pinggir pada satah condong
ii. Dalam pendimensian lukisan isometrik mengikut sistem terjajar,
angka dimensi yang digunakan untuk pendimensian lukisan
isometrik perlu diubah suai supaya angka itu kelihatan selaras
dengan pandangan isometrik. Hal ini dilakukan dengan menulis
huruf dan angka yang dicondongkan ke kiri atau ke kanan
sebanyak 600
seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6.21. Pemilihan
arah kecondongan bergantung kepada satah isometrik yang mana
satu garisan dimensi ditempatkan, lihat rajah 6.22.
Rajah 6.21 Bentuk angka dimensi isometrik
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 23
Rajah 6.22 Pendimensian lukisan isometrik
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 24
Rajah 6.23 menunjukkan contoh pandangan objek yang sama mengikut
terjajar dan sistem ekaarah. Perhatikan dan kaji perbezaan kaedah
menulis angka dimensi.
Rajah 6.23 Pendimensian lukisan isometrik mengikut sistem terjajar dan sistem
ekaarah.
Untuk menguji kefahaman anda, sila
buat aktiviti berikut……
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 25
6.3 Daripada unjuran ortografik pada rajah A6.3 , lukiskan
Isometriknya.
Rajah A6.3
6.4 Daripada soalan satu di atas, dimensikan pandangan isometrik yang
diperolehi berpandukan unjuran ortografik yang diberi.
22
35
70
10
14
30
10
10
Titik A
Semak jawapan anda pada maklum balas
berikut. Tetapi….jika gagal mendapat jawapan
yang betul sila buat ulang kaji atau mendapat
penjelasan dari pensyarah anda…..
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 26
6.3
6.4
MAKLUM BALAS AKTIVITI 6B
Titik A
Tahniah!!! Anda berjaya
menyelesaikan soalan aktiviti 6B…
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 27
1. Lukiskan pandangan isometrik berpandukan titik terendah (A) pada
unjuran ortografik yang diberi.
a. b.
2. Lukiskan pandangan isometrik berpandukan anak panah pada unjuran
ortografik yang diberi.
PENILAIAN KENDIRI
MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI
Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan
dalam penilaian kendiri. Sila semak jawapan
anda pada maklum balas untuk memastikan
jawapan anda betul.
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 28
1.
a.
b.
2.
PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 29
a.
b.
Anda sudah berpuas
hati dengan unit ini.
Kalau sudah mari kita
ke unit 7……………

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Bab 3 lukisan teknik lengkap
Bab 3 lukisan teknik lengkapBab 3 lukisan teknik lengkap
Bab 3 lukisan teknik lengkapArwina Ariffin
 
Alat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuranAlat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuranYuseri Bujang
 
Kertas kerja lukisan pemasangan
Kertas kerja lukisan pemasanganKertas kerja lukisan pemasangan
Kertas kerja lukisan pemasanganKusnin Lan
 
Pemesinan Konvensional
 Pemesinan Konvensional Pemesinan Konvensional
Pemesinan KonvensionalAyubkhan Kks
 
Lukisan kejuruteraan (isometri)
Lukisan kejuruteraan (isometri)Lukisan kejuruteraan (isometri)
Lukisan kejuruteraan (isometri)Noor FirDaus
 
Topik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegasTopik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegasAyubkhan Kks
 
Jenis alatan tangan dan fungsinya
Jenis alatan tangan dan fungsinyaJenis alatan tangan dan fungsinya
Jenis alatan tangan dan fungsinyaRaz Garai
 
Pengurusan bengkel dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
Pengurusan bengkel dan keselamatan dan kesihatan pekerjaanPengurusan bengkel dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
Pengurusan bengkel dan keselamatan dan kesihatan pekerjaanREBECCA MULGRAND
 
J1001 - Unit 4
J1001 - Unit 4J1001 - Unit 4
J1001 - Unit 4mechestud
 
Bab 3 lukisan teknik - unjuran ortografik
Bab 3  lukisan teknik - unjuran ortografikBab 3  lukisan teknik - unjuran ortografik
Bab 3 lukisan teknik - unjuran ortografikanis_idris
 

La actualidad más candente (20)

AUTOCAD
AUTOCAD AUTOCAD
AUTOCAD
 
Bab 3 lukisan teknik lengkap
Bab 3 lukisan teknik lengkapBab 3 lukisan teknik lengkap
Bab 3 lukisan teknik lengkap
 
Asas autocad 2D
Asas autocad 2DAsas autocad 2D
Asas autocad 2D
 
Isometrik
IsometrikIsometrik
Isometrik
 
Alat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuranAlat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuran
 
Mesin gerudi
Mesin gerudiMesin gerudi
Mesin gerudi
 
Kertas kerja lukisan pemasangan
Kertas kerja lukisan pemasanganKertas kerja lukisan pemasangan
Kertas kerja lukisan pemasangan
 
Alatan lukisan teknik
Alatan lukisan teknikAlatan lukisan teknik
Alatan lukisan teknik
 
03 elips
03 elips03 elips
03 elips
 
Pemesinan Konvensional
 Pemesinan Konvensional Pemesinan Konvensional
Pemesinan Konvensional
 
Lukisan kejuruteraan (isometri)
Lukisan kejuruteraan (isometri)Lukisan kejuruteraan (isometri)
Lukisan kejuruteraan (isometri)
 
02 Garisan
02 Garisan02 Garisan
02 Garisan
 
Topik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegasTopik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegas
 
Jenis alatan tangan dan fungsinya
Jenis alatan tangan dan fungsinyaJenis alatan tangan dan fungsinya
Jenis alatan tangan dan fungsinya
 
Lukisan teknik
Lukisan teknikLukisan teknik
Lukisan teknik
 
Litar siri dan selari
Litar siri dan selariLitar siri dan selari
Litar siri dan selari
 
Pengurusan bengkel dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
Pengurusan bengkel dan keselamatan dan kesihatan pekerjaanPengurusan bengkel dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
Pengurusan bengkel dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
 
J1001 - Unit 4
J1001 - Unit 4J1001 - Unit 4
J1001 - Unit 4
 
Elektro pneumatik
Elektro pneumatikElektro pneumatik
Elektro pneumatik
 
Bab 3 lukisan teknik - unjuran ortografik
Bab 3  lukisan teknik - unjuran ortografikBab 3  lukisan teknik - unjuran ortografik
Bab 3 lukisan teknik - unjuran ortografik
 

Similar a Unit 8 lukisan isometrik

J1001 - Unit 6
J1001 - Unit 6J1001 - Unit 6
J1001 - Unit 6mechestud
 
Gambar proyeksi
Gambar proyeksiGambar proyeksi
Gambar proyeksifrans2014
 
PENGERTIAN GAMBAR TEKNIK BAHAN AJAR MATRIKULASI GAMBAR TEKNIK
PENGERTIAN GAMBAR TEKNIK BAHAN AJAR MATRIKULASI GAMBAR TEKNIKPENGERTIAN GAMBAR TEKNIK BAHAN AJAR MATRIKULASI GAMBAR TEKNIK
PENGERTIAN GAMBAR TEKNIK BAHAN AJAR MATRIKULASI GAMBAR TEKNIKHimawanSutanto22
 
MODUL TKP M5KB1 - GAMBAR BANGUNAN GEDUNG
MODUL TKP M5KB1 - GAMBAR BANGUNAN GEDUNGMODUL TKP M5KB1 - GAMBAR BANGUNAN GEDUNG
MODUL TKP M5KB1 - GAMBAR BANGUNAN GEDUNGPPGHybrid1
 
Gambar 1 SAMBUNGAN
Gambar 1 SAMBUNGANGambar 1 SAMBUNGAN
Gambar 1 SAMBUNGANMOSES HADUN
 
Makalah Kelompok
Makalah KelompokMakalah Kelompok
Makalah KelompokHamimSuyuti
 
Kb3 Membaca Gambar Teknik
Kb3 Membaca Gambar TeknikKb3 Membaca Gambar Teknik
Kb3 Membaca Gambar Teknikemodul-learning
 
178__8_Matematik Tingkata 3_8_Matematik Tingkata 3 (1).pdf
178__8_Matematik Tingkata 3_8_Matematik Tingkata 3 (1).pdf178__8_Matematik Tingkata 3_8_Matematik Tingkata 3 (1).pdf
178__8_Matematik Tingkata 3_8_Matematik Tingkata 3 (1).pdfAzrul Akmar
 
PPT MEMBACA GAMBAR TEKNIK 2.pptx
PPT MEMBACA GAMBAR TEKNIK 2.pptxPPT MEMBACA GAMBAR TEKNIK 2.pptx
PPT MEMBACA GAMBAR TEKNIK 2.pptxMurdiyono4
 
2.2 gambar proyeksi
2.2 gambar proyeksi2.2 gambar proyeksi
2.2 gambar proyeksiHendra Arie
 
Ppt aturan proyeksi orthogonal dan gambar potong
Ppt aturan proyeksi orthogonal dan gambar potongPpt aturan proyeksi orthogonal dan gambar potong
Ppt aturan proyeksi orthogonal dan gambar potongIrwanWitono
 
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksiBahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksiarie eric
 
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksiBahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksiarie eric
 
Materi Gambar Teknik Pemesinan
Materi Gambar Teknik PemesinanMateri Gambar Teknik Pemesinan
Materi Gambar Teknik PemesinanNovi Antoro
 

Similar a Unit 8 lukisan isometrik (20)

J1001 - Unit 6
J1001 - Unit 6J1001 - Unit 6
J1001 - Unit 6
 
Gambar proyeksi
Gambar proyeksiGambar proyeksi
Gambar proyeksi
 
LUKISAN ISOMETRIK
LUKISAN ISOMETRIKLUKISAN ISOMETRIK
LUKISAN ISOMETRIK
 
PENGERTIAN GAMBAR TEKNIK BAHAN AJAR MATRIKULASI GAMBAR TEKNIK
PENGERTIAN GAMBAR TEKNIK BAHAN AJAR MATRIKULASI GAMBAR TEKNIKPENGERTIAN GAMBAR TEKNIK BAHAN AJAR MATRIKULASI GAMBAR TEKNIK
PENGERTIAN GAMBAR TEKNIK BAHAN AJAR MATRIKULASI GAMBAR TEKNIK
 
Gambar mesin
Gambar mesinGambar mesin
Gambar mesin
 
MODUL TKP M5KB1 - GAMBAR BANGUNAN GEDUNG
MODUL TKP M5KB1 - GAMBAR BANGUNAN GEDUNGMODUL TKP M5KB1 - GAMBAR BANGUNAN GEDUNG
MODUL TKP M5KB1 - GAMBAR BANGUNAN GEDUNG
 
Membaca Gambar Teknik
Membaca Gambar TeknikMembaca Gambar Teknik
Membaca Gambar Teknik
 
Gambar Teknik.pptx
Gambar Teknik.pptxGambar Teknik.pptx
Gambar Teknik.pptx
 
Gambar 1 SAMBUNGAN
Gambar 1 SAMBUNGANGambar 1 SAMBUNGAN
Gambar 1 SAMBUNGAN
 
Proyeksi ortogonal
Proyeksi ortogonalProyeksi ortogonal
Proyeksi ortogonal
 
Gambar teknik
Gambar teknikGambar teknik
Gambar teknik
 
Makalah Kelompok
Makalah KelompokMakalah Kelompok
Makalah Kelompok
 
Kb3 Membaca Gambar Teknik
Kb3 Membaca Gambar TeknikKb3 Membaca Gambar Teknik
Kb3 Membaca Gambar Teknik
 
178__8_Matematik Tingkata 3_8_Matematik Tingkata 3 (1).pdf
178__8_Matematik Tingkata 3_8_Matematik Tingkata 3 (1).pdf178__8_Matematik Tingkata 3_8_Matematik Tingkata 3 (1).pdf
178__8_Matematik Tingkata 3_8_Matematik Tingkata 3 (1).pdf
 
PPT MEMBACA GAMBAR TEKNIK 2.pptx
PPT MEMBACA GAMBAR TEKNIK 2.pptxPPT MEMBACA GAMBAR TEKNIK 2.pptx
PPT MEMBACA GAMBAR TEKNIK 2.pptx
 
2.2 gambar proyeksi
2.2 gambar proyeksi2.2 gambar proyeksi
2.2 gambar proyeksi
 
Ppt aturan proyeksi orthogonal dan gambar potong
Ppt aturan proyeksi orthogonal dan gambar potongPpt aturan proyeksi orthogonal dan gambar potong
Ppt aturan proyeksi orthogonal dan gambar potong
 
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksiBahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
 
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksiBahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
 
Materi Gambar Teknik Pemesinan
Materi Gambar Teknik PemesinanMateri Gambar Teknik Pemesinan
Materi Gambar Teknik Pemesinan
 

Más de M Hedhir Samsuri

Más de M Hedhir Samsuri (16)

Pereka cipta dan hasil ciptaan
Pereka cipta dan hasil ciptaanPereka cipta dan hasil ciptaan
Pereka cipta dan hasil ciptaan
 
Unit 1 Pereka Cipta dan Hasil Ciptaan
Unit 1 Pereka Cipta dan Hasil CiptaanUnit 1 Pereka Cipta dan Hasil Ciptaan
Unit 1 Pereka Cipta dan Hasil Ciptaan
 
Tugasan 1 (Unit 1)
Tugasan 1 (Unit 1)Tugasan 1 (Unit 1)
Tugasan 1 (Unit 1)
 
Soalan tugasan
Soalan tugasanSoalan tugasan
Soalan tugasan
 
Hsp rekacipta f5
Hsp rekacipta f5Hsp rekacipta f5
Hsp rekacipta f5
 
Hsp rekacipta f4
Hsp rekacipta f4Hsp rekacipta f4
Hsp rekacipta f4
 
Unit 4 geometri satah (slide)
Unit 4   geometri satah (slide)Unit 4   geometri satah (slide)
Unit 4 geometri satah (slide)
 
Ujian Bulanan Mei 2013
Ujian Bulanan Mei 2013Ujian Bulanan Mei 2013
Ujian Bulanan Mei 2013
 
Unit 7 lukisan perspektif
Unit 7   lukisan perspektifUnit 7   lukisan perspektif
Unit 7 lukisan perspektif
 
Unit 9 oblik
Unit 9   oblikUnit 9   oblik
Unit 9 oblik
 
Latihan isometri
Latihan isometriLatihan isometri
Latihan isometri
 
Soalan pra spm 3
Soalan pra spm 3Soalan pra spm 3
Soalan pra spm 3
 
Soalan PRA SPM 2
Soalan PRA SPM 2Soalan PRA SPM 2
Soalan PRA SPM 2
 
Soalan PRA SPM 1
Soalan PRA SPM 1Soalan PRA SPM 1
Soalan PRA SPM 1
 
Syllabus Specifications Enginering Drawing
Syllabus Specifications Enginering DrawingSyllabus Specifications Enginering Drawing
Syllabus Specifications Enginering Drawing
 
Sukatan Pelajaran Lukisan Kejuruteraan
Sukatan Pelajaran Lukisan KejuruteraanSukatan Pelajaran Lukisan Kejuruteraan
Sukatan Pelajaran Lukisan Kejuruteraan
 

Unit 8 lukisan isometrik

  • 1. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 1 Memahami konsep asas pandangan isometrik dan mengolahnya daripada unjuran ortografik kepada pandangan isometrik serta dimensi piawainya. Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat : Menerangkan konsep asas pandangan isometrik. Menerangkan hubungkait unjuran ortografik dalam bentuk objek tiga dimensi. Menerangkan persamaan dan perbezaan unjuran ortografik dengan pandangan isometrik. Membina pandangan isometrik daripada unjuran ortografik berpandukan titik terendah dan anak panah. Melukis dimensi piawai pada pandangan isometrik. Semua rajah dalam bab ini dipeti dari buku : i. Lukisan Kejuruteraan (Tingkatan 4, DBP) ii. Lukisan Kejuruteraan (ABD. SAMAD HANIF) iii. Lukisan Kejuruteraan (Dewan Bahasa & Pustaka). iv. Lukisan Geometri (MD. NASIR ABD MANAN) v. Lukisan Geometri (Nota Panduan Politeknik) vi. Lukisan Geometri (ONG KOK SENG)
  • 2. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 2 6.0 PENGENALAN Lukisan pandangan isometrik bolehlah dianggapkan sebagai lukisan tiga dimensi. Ianya membantu untuk lebih memahami sesuatu rekabentuk objek dengan mudah. Pada pandangan – pandangan yang lain, biasanya objek dilukis dalam bentuk lukisan oblik, ortografik atau perspektif. Bagi pandangan isometrik, objek dipegang condong pada suatu sudut. Dalam rajah 6.1 menunjukkan jenis – jenis pandangan sesuatu objek dalam lukisan kejuruteraan. (a) Pandangan Ortografik (b) Pandangan Isometrik (c) Pandangan Oblik (d) Pandangan Perspektif Rajah 6.1 Jenis – jenis pandangan
  • 3. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 3 (a) Rahang Bebas (b) Engkol Putar (c) Fius Kartrij (d) Butiran Kekuda Bumbung Rajah 6.2 Contoh – contoh pandangan Isometrik
  • 4. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 4 6.1 HUBUNGKAIT LUKISAN ORTOGRAFIK DENGAN BENTUK OBJEK DALAM TIGA DIMENSI. Lukisan ortografik adalah membantu untuk melukis pandangan isometrik supaya sesuatu objek sebenar dapat dilihat dan difahami dengan lebih mudah lagi. Dengan bantuan lukisan ortografik yang terdiri daripada pandangan pelan, hadapan dan sisi pandangan isometrik dengan mudah dapat digambarkan dan dilukiskan. Dalam rajah 6.3 menunjukkan lukisan ortografik dengan bentuk dalam tiga dimensi. Semua contoh rajah dalam unit ini adalah unjuran sudut ketiga, kecuali jika dimaklumkan. Rajah 6.3 Lukisan Ortografik dengan bentuk objek dalam tiga dimensi Pandangan Isometrik sisi Pelan Hadapan Pandangan Isometrik Sisi Pelan Hadapan
  • 5. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 5 6.2 KENALPASTI PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA UNJURAN ORTOGRAFIK DENGAN PANDANGAN ISOMETRIK. Di dalam lukisan kejuruteraan, unjuran ortografik dan pandangan isometrik adalah sangat memerlukan di antara satu dengan yang lain. Dengan itu, terdapat persamaan dan perbezaan di antara keduanya. 6.2.1 Persamaan di antara unjuran ortografik dengan pandangan isometrik. Di antara persamaannya ialah unjuran ortografik mempunyai tiga pandangan iaitu pelan, hadapan dan sisi. Rajah 6.4 menunjukkan tiga pandangan dalam unjuran ortografik. Rajah 6.4 Unjuran Ortografik mempunyai tiga pandangan
  • 6. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 6 Dalam pandangan isometrik juga mempunyai tiga pandangan iaitu pandangan pelan, hadapan dan sisi. Rajah 6.5 di bawah menunjukkan pandangan isometrik yang dapat dilihat dari arah tiga pandangan. Rajah 6.5 Pandangan Isometrik dari arah tiga pandangan
  • 7. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 7 6.2.2 Perbezaan di antara unjuran ortografik dengan pandangan isometrik. Di antara perbezaan yang dapat dilihat diantara unjuran ortografik dengan pandangan isometrik ialah objek yang sebenar. Di dalam unjuran ortografik, objek sebenar tidak dapat dilihat dengan jelas, kecuali pelukis yang mahir dalam teknikal sahaja yang dapat mengambarkan objek sebenar daripada unjuran ortografik. Rajah 6.6 menunjukkan unjuran ortografik yang hanya membayangkan objek sebenar. Rajah 6.6 Unjuran ortografik dalam membantu melukis objek sebenar
  • 8. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 8 Dalam pandangan isometrik, objek sebenar dapat dilihat dengan mudah dan pandangan pelan, hadapan dan sisi dapat diperhatikan dengan jelas dalam membantu memahami objek sebenar itu lagi. Rajah 6.7 menunjukkan pandangan isometrik yang mengambarkan suatu objek sebenar. Rajah 6.7 Pandangan Isometrik yang mengambarkan objek sebenar.
  • 9. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 9 6.3 MELUKIS PANDANGAN ISOMETRIK BERPANDUKAN TITIK TERENDAH DAN ARAH ANAK PANAH PADA UNJURAN ORTOGRAFIK 6.3.1 Pengenalan Pandangan isometrik adalah satu cara bagi menghasilkan pandangan objek dengan lebih jelas. Dalam lukisan kejuruteraan, hampir semua lukisan dilukis dalam unjuran ortografik dalam membantu melukis objek sebenar dalam pandangan isometrik. Bagi lukisan pandangan isometrik, satu pandangan memperlihatkan ketiga-tiga bahagian objek itu. Rajah 6. menunjukkan garis paksi isometrik. Paksi-paksi ini adalah asas dalam pembinaan pandangan isometrik. Rajah 6.9 di bawah pula menunjukkan kaedah melukis paksi isometrik. Rajah 6.8 Paksi – paksi isometrik
  • 10. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 10 Rajah 6.9 Kaedah melukis paksi isometrik 6.3.2 Objek yang dilukis dengan garisan isometrik Objek dalam rajah 6.10 dilukis dengan cara mengalih semua dimensi pada pandangan ortografik secara terus ke atas garisan isometrik. Rajah 6.10 dapat memberi panduan bagaimana cara melukis objek tersebut. Pada unjuran ortografik dalam rajah 6.10 adalah unjuran sudut pertama. Rajah 6.10 Pandangan ortografik dilukis secara terus ke atas garisan isometrik.
  • 11. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 11 6.3.3 Objek yang dilukis dengan garisan Tak Isometrik. Ini adalah garisan pada objek yang mengakibatkan sudut bukan terdiri daripada golongan garisan isometrik. Semua sudut tidak boleh dialih secara terus ke atas garisan isometrik kerana ia bukan pandangan sebenar. Sudut tepat pada kubus mestilah digambarkan dengan sudut 600 atau 1200 pada unjuran isometrik. Cara yang betul untuk melukis sudut dapat dilihat dalam rajah 6.11. Pada pandangan ortografik dalam rajah 6.11 adalah unjuran sudut pertama. Rajah 6.11 Objek yang dilukis dengan garisan Tak Isometrik
  • 12. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 12 6.3.4 Objek dengan permukaan berlengkok. Melukis lengkok pada unjuran isometrik dengan cara meletakkan beberapa titik pada lengkok di pandangan garis finiti. Kemudian setiap ordinat titik itu dialihkan ke pandangan isometrik satu demi satu. Jika terdapat dua garis lengkok yang selari dan sama tebal, cara melukisnya ditunjukkan dalam rajah 6.12 . Pada unjuran ortografik dalam rajah 6.12 adalah unjuran sudut pertama. Rajah 6.12 Objek dengan permukaan berlengkok. Hadapan Pelan
  • 13. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 13 6.3.5 Bulatan pada unjuran isometrik Bulatan pada garis finiti akan wujud sebagai sebuah elips dalam pandangan isometrik. Terdapat tiga cara untuk melukis elips seperti yang ditunjukkan dalam rajah-rajah di bawah. 6.3.5.1 Cara 1 (Rajah 6.13) Ini adalah cara pengalihan ordinat X dan Y dari bulatan pada pandangan garis finiti ke unjuran isometrik. Ordinat pada salah satu kuadrant sahaja yang perlu dialih kerana yang lain itu sama sahaja jaraknya. Titik itu kemudian dicantumkan dengan menggunakan pembaris lengkok. Rajah 6.13 Cara pengalihan ordinat X dan Y 6.3.5.2 Cara 2 (Rajah 6.14)
  • 14. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 14 Dalam cara ini, sebuah segiempat sama dilukis mengelilingi bulatan serta ditambah satu garisan pepenjuru.Kemudian segiempat ini dilukiskan pada unjuran isometrik. Akhirnya, kelapan-lapan titik elips diperolehi dengan cara menyilangkan garisan penengah dan garisan pepenjuru dengan bulatan X adalah ordinat yang diletakkan pada garisan pepenjuru. Elips ini disempurnakan dengan menggunakan pembaris lengkok. Rajah 6.14 Kaedah segiempat sama melukis bulatan pada unjuran isometrik. 6.3.5.3 Cara 3 (Rajah 6.15) Cara ini digunakan ketika melukis suatu elips. Apabila melukis sebuah silinder, titik elips boleh didapati dengan ketiga-tiga cara ini. Kemudian elips pada tapak boleh
  • 15. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 15 dibentuk dengan cara pengalihan terus seperti dalam rajah 6.15 . Rajah 6.15 Melukis elips dengan cara pengalihan terus 6.3.6 Unjuran Isometrik dalam Lukisan Mesin. Rajah 6.16 menunjukkan kegunaan unjuran isometrik dalam lukisan mesin.
  • 16. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 16 Rajah 6.16 Kegunaan Unjuran Isometrik dalam lukisan Mesin. 6.3.7 Melukis pandangan isometrik berpandukan titik terendah dan arah anak panah pada unjuran ortografik. 6.3.7.1 Melukis pandangan isometrik berpandukan titik terendah pada unjuran ortografik. Rajah adalah unjuran sudut pertama. Pelan Hadapan
  • 17. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 17 Rajah 6.17 Titik terendah unjuran ortografik dilukis ke pandangan isometrik. 6.3.7.2 Melukis pandangan isometrik berpandukan arah anak panah pada unjuran ortografik. Dalam rajah 6.18 adalah pengertian arah anak panah bagi pandangan isometrik. Perhatikan dan kaji tiap-tiap lukisan tersebut. Hadapan Pelan
  • 18. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 18 Rajah 6.18 Pandangan isometrik berpandukan arah anak panah pada unjuran Ortografik. 6.1 Lukiskan pandangan isometrik berpandukan titik terendah pada unjuran ortografik dalam rajah A6.1 . Rajah A6.1 ini adalah unjuran sudut pertama.
  • 19. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 19 Rajah A6.1 titik terendah 6.2 Lukiskan pandangan isometrik berpandukan arah anak panah pada unjuran ortografik dalam rajah A6.2 . Rajah A6.2 6.1 MAKLUM BALAS AKTIVITI 6A Semak jawapan anda pada maklum balas berikut ! tetapi…jika anda gagal mendapat jawapan yang betul sila buat ulang kaji atau mendapat penjelasan dari pensyarah anda!!!.....
  • 20. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 20 6.2 6.4 DIMENSI PIAWAI PADA LUKISAN ISOMETRIK INPUT Tahniah!!! Saya pasti anda dapat memberi jawapan yang tepat.
  • 21. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 21 Prinsip asas yang digunakan untuk mendimensi unjuran ortografik digunakan juga untuk mendimensi lukisan isometrik. Terdapat dua sistem pendimensian lukisan isometrik, iaitu sistem terjajar dan sistem ekaarah. Namun demikian terdapat beberapa perbezaan antara pendimensian lukisan isometrik dengan pendimensian lukisan ortografik. Perbezaan ini adalah seperti berikut : i. Garisan tambahan dan garisan dimensi dilukis selari dengan paksi isometrik. Garisan-garisan tersebut perlu diletakkan pada satah isometrik yang sama. Garisan tambahan dan garisan dimensi biasanya ditempatkan pada satah yang sama dengan permukaan objek yang didimensikan, lihat rajah 6.19 . Kekeliruan biasanya timbul apabila mendimensi pinggir objek yang tidak terletak pada satah isometrik utama. Rajah 6.20 (a) menunjukkan kesalahan yang lazim dilakukan oleh pelukis. Kaedah yang betul ditunjukkan dalam rajah 6.20 (b). Rajah 6.19 Kedudukan garisan tambahan dan garisan dimensi
  • 22. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 22 Rajah 6.20 Kaedah mendimensi pinggir pada satah condong ii. Dalam pendimensian lukisan isometrik mengikut sistem terjajar, angka dimensi yang digunakan untuk pendimensian lukisan isometrik perlu diubah suai supaya angka itu kelihatan selaras dengan pandangan isometrik. Hal ini dilakukan dengan menulis huruf dan angka yang dicondongkan ke kiri atau ke kanan sebanyak 600 seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6.21. Pemilihan arah kecondongan bergantung kepada satah isometrik yang mana satu garisan dimensi ditempatkan, lihat rajah 6.22. Rajah 6.21 Bentuk angka dimensi isometrik
  • 23. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 23 Rajah 6.22 Pendimensian lukisan isometrik
  • 24. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 24 Rajah 6.23 menunjukkan contoh pandangan objek yang sama mengikut terjajar dan sistem ekaarah. Perhatikan dan kaji perbezaan kaedah menulis angka dimensi. Rajah 6.23 Pendimensian lukisan isometrik mengikut sistem terjajar dan sistem ekaarah. Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut……
  • 25. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 25 6.3 Daripada unjuran ortografik pada rajah A6.3 , lukiskan Isometriknya. Rajah A6.3 6.4 Daripada soalan satu di atas, dimensikan pandangan isometrik yang diperolehi berpandukan unjuran ortografik yang diberi. 22 35 70 10 14 30 10 10 Titik A Semak jawapan anda pada maklum balas berikut. Tetapi….jika gagal mendapat jawapan yang betul sila buat ulang kaji atau mendapat penjelasan dari pensyarah anda…..
  • 26. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 26 6.3 6.4 MAKLUM BALAS AKTIVITI 6B Titik A Tahniah!!! Anda berjaya menyelesaikan soalan aktiviti 6B…
  • 27. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 27 1. Lukiskan pandangan isometrik berpandukan titik terendah (A) pada unjuran ortografik yang diberi. a. b. 2. Lukiskan pandangan isometrik berpandukan anak panah pada unjuran ortografik yang diberi. PENILAIAN KENDIRI MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan dalam penilaian kendiri. Sila semak jawapan anda pada maklum balas untuk memastikan jawapan anda betul.
  • 29. PANDANGAN ISOMETRIK J1001/6/ 29 a. b. Anda sudah berpuas hati dengan unit ini. Kalau sudah mari kita ke unit 7……………