SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 42
Descargar para leer sin conexión
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)




                                    Versi 1.0




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com              1
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)




              “Cinta Bahagia”
                             Tips Mencari Cinta Serasi


                                   Oleh : Mohd Faizal


Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara
pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada penerbit
Extreme D Enterprise

Versi 1.0


Diterbitkan Oleh :
Extereme D Enterprise
www.extreme-d.com




Penafian : Ebook ini diterbitkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan panduan dan pendidikan para pembaca.
Panduan dan nasihat di daam ebook ini adalah bertujuan baik dan bersifat umum. Anda mungkin perlu merujuk
penasihat profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda. Pihak pengarang dan
penerbit serta wakil-wakil mereka tidak memberi apa-apa jaminan terhadap isi kandungan ebook ini, dan tidak
boleh dipertanggungjawapkan dengan apa-apa liabiliti ataupun ganguan emosi yang terbit daripada keputusan
yang anda buat selepas membaca ebook ini.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                                           2
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)


                                    Prakata


Setiap insan di dunia yang fana ini menginginkan sebuah cinta yang sejati sehingga
ke akhir hayat. Persoalannya, Bagaimanakah anda ingin mengetahui cinta anda
adalah cinta yang sejati yang dapat menemani anda sepanjang hidup anda?


Bercinta amatlah indah tetapi ada juga di antara kita yang takut untuk bercinta
kerana bimbang kejadian putus cinta. Memang tidak dinafikan terdapat 24 pasangan
yang bercinta akan berpisah setiap hari. Malahan bagi penulis ia adalah perkara
yang biasa bukan sahaja bagi seorang artis malah sesiapa saja di dunia ini.
Tidakkah ia membelenggu fikiran anda untuk bercinta?


Malahan terdapat juga berita-berita penceraian yang diceritakan setiap hari yang
menunjukkan bahawa tiadanya ikatan cinta yang kekal sampai bila-bila. Cuak juga
anda bila ianya terjadi pada orang terdekat dengan anda. Adakah anda berkata
tiadanya cinta yang setia untuk sepanjang hayat kita?


Sebenarnya putus cinta dan penceraian terjadi kerana tiadanya cinta yang sejati
antara pasangan yang bercinta atau pasangan suami isteri. Jadi tidak perlulah kita
membimbangkan perkara yang dasyat seperti itu jika anda tahu bagaimana untuk
mencari cinta yang sejati seperti yang ditunjukkan dalam e-book ini.


Bukan mudah untuk memupuk cinta sejati dalam kehidupan kita tetapi bila ia sudah
dipupuk, amat sukar juga bagi kita untuk menjaganya. Dalam E-book istimewa ini
terkandung pelbagai tips yang hebat untuk anda memupuk dan menjaga cinta sejati
anda agar dapat berkekalan sampai bila-bila.


Semoga e-book ini dapat menjadi panduan untuk pasangan-pasangan yang bercinta,
pasangan suami isteri dan insan yang ingin mencari pasangan agar dapat mencari
cinta sejati yang bakal merealisasikan impian, sumpah dan janji anda untuk hidup
bersama sepanjang hayat anda.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                  3
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)


                            Isi Kandungan


     Tajuk                                                 Mukasurat


     Pengenalan                                               5


     Mitos Cinta                                              7


     Mengapa Perlunya Cinta Sejati                            8


     Mulakan Langkah Pertama Anda                             9


     Teknik Mencari Cinta Sejati                              15


     Petua Memancing Hati Pasangan                            23


     Cara Memelihara Cinta Sejati                             27


     Teknik Pengurusan Cinta dan Kerjaya                      31


     Teknik Pengurusan Masalah Dalam Perhubungan              35


     Kejayaan Dalam Cinta Sejati                              40


     Penutup                                                  42




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                          4
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)




                               Pengenalan


Ramai diantara kita yang mempunyai pengertian sendiri apabila ditanyakan maksud
Cinta. Malah ada yang mengatakan maksud cinta adalah seperti berikut:


             C - Cinta
             I - Itu
             N - Nikmat
             T - Tapi
             A - Awas


Awas kenapa? Kerana cinta itu, mampu membuatkan anda menjadi buta. Sewaktu
bercinta, semuanya adalah indah belaka. Sememangnya sudah menjadi tabiat
manusia, jika anda menyukai sesuatu atau seseorang itu, pasti anda akan hanya
melihat yang baik-baik sahaja. Segala keburukan dan kecacatan, akan anda
singkirkan sejauh-jauhnya dari pandangan anda. Tidak kisahlah si dia itu merokok
atau pun kaki perempuan. Harapan anda, bila sudah berkahwin nanti, semua
perkara buruk itu akan dibuang dan ditinggalkan. tidak mungkin datang jika tidak
dicari dan tidak mungkin dapat jika kita tidak memberi. Alangkah indahnya jika di
alam percintaan tiada sebarang perkara yang mencacatkan hubungan. Oh,
indahnya!!


Cinta adalah satu perasaan yang amat dalam antara dua jiwa yang saling sayang
menyayangi antara satu sama lain. Cinta juga adalah satu ikatan kemesraan bagi
setiap pasangan. Cinta yang sejati pula merupakan ikatan yang teguh antara
pasangan yang bercinta. Satu percintaan yang teguh biasanya akan bertahan lama
berbanding ikatan yang tidak teguh.


Rindu pula adalah sebuah perasaan yang paling indah, bila terkenangkan orang
yang tersayang. Rindu hanya dimiliki oleh insan yang berhati nurani yang tahu akan
betapa dalamnya cinta yang sejati. Bila rindu terbayang di mata, timbullah perasaan


Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                   5
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

ingin berjumpa dengan insan yang tersayang. Rindu ini amatlah dihargai kerana ia
merupakan anugerah yang tidak terhingga daripada Allah S.W.T.


Kasih sayang pula adalah merupakan satu perasaan yang bermula dari hati untuk
menyayangi seseorang. Hati seolah-olah ingin dibelai oleh orang yang disayang
malah ingin membelai orang yang disayang. Amatlah syahdunya perasaan itu bila
percintaan sentiasa dibayangi perasaan seronok untuk bercinta.


Tanpa Cinta, Rindu dan Kasih Sayang tidak akan wujud sebuah Cinta Yang Sejati.
Walaupun ia memerlukan pengorbanan, tetapi amatlah berbaloi untuk seluruh
kehidupan kita. Cuba anda bayangkan betapa ruginya anda tanpa CINTA YANG
SEJATI??


Tidakkah anda rasa gembira setiap saat dan waktu jika anda disayangi dan dikasihi?
Nasib anda amat baik kerana menjumpai e-book ini.
Marilah bersama mengejar cinta yang sejati.............




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                   6
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)




                                 Mitos Cinta

Cinta Yang Sejati adalah merupakan impian bagi setiap pasangan yang bercinta.
Cinta sejati bukanlah senang untuk dicari, ia amat sukar diperolehi jika tidak kena
gayanya. Cinta yang sejati menjadikan anda hidup dalam keadaan yang selamat
untuk bersama sepanjang masa.


Cuba fahami cerita berikut :


              “Satu hari CINTA dan KEKASIH berjalan-jalan di sebuah kampung..
               Tiba-tiba CINTA terjatuh ke dalam perigi.. Kenapa??
               Kerana CINTA itu buta..
               Lalu KEKASIH pun terjun ke dalam perigi.. Kenapa??
               Kerana KEKASIH akan buat apa saja demi CINTA...
               Di dalam perigi tersebut CINTA hilang.. Kenapa??
               Kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga malah sukar
               di cari dalam perigi yang gelap itu..
               Sedangkan KEKASIH masih lagi tercari-cari dimana
               CINTA dan terus menunggu..
               Kenapa?? Kerana KEKASIH ITU SEJATI dan akan kekal sebagai
               KEKASIH YANG SETIA...”




Cinta memang amat bermakna dalam kehidupan kita semua. Jika tidak, tidak
mungkin wujudnya Taj Mahal sebagai lambang cinta yang sejati. Cinta yang amat
dalam bakal menzahirkan rasa kasih sayang yang teguh. Maka wujudlah Cinta Sejati
dalam diri setiap pasangan.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                   7
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)


               Mengapa Perlunya Cinta Sejati


Sama sahaja maknanya seperti mengapa perlu makan nasi dengan lauk dan
bukannya hanya makan nasi sahaja. Jika kita makan nasi sahaja, kita hanya merasai
nasi sahaja. Tetapi jika kita makan nasi bersama lauk, kita akan merasai keenakan
nasi berlauk tersebut. Begitulah juga dengan cinta.


Kita tak mungkin akan merasai keseronokan bercinta jika cinta kita hanyalah cinta
biasa sahaja. Cinta biasa bermaksud cinta tanpa arah tujuan dan masa depan.
Walaupun ia adalah cinta tetapi penulis amat yakin 99% cinta yang sedemikian akan
terputus dan hilang terus daripada pandangan. Apa maknanya bercinta jika sudah
tahu kesudahannya pasrah??


Adakah anda ingin bercinta dengan kekasih anda yang hanya mahu menemani anda
seketika sahaja??


Jika anda hanya mahu bercinta untuk sementara waktu sahaja, maka tidak perlulah
anda memikirkan cara untuk mencari sebuah cinta yang sejati. Jika anda mahu
bercinta sampai ke akhir hayat, bermakna anda memanglah layak mencari sebuah
cinta yang sejati. Tahniah diucapkan!!!


Tiada seorang insan pun mahu dikecewakan oleh pasangannya malahan mahu
bercinta dengan pasangannya seumur hidup. Tiada seorang pun yang meminta
dirinya ditinggalkan sendirian. Malahan tiada siapa pun mahu menderita dalam
percintaan atau dalam hubungan perkahwinan sehingga akan menyebabkan
penceraian.


Kesimpulannya setiap insan di muka bumi ini mahu memiliki sebuah cinta yang ajaib
dan kekal sampai ke hujung nyawa. Cinta yang ajaib inilah yang merupakan
pemangkin kepada asas pehubungan yang kukuh bagi membentuk sebuah cinta
yang sejati. Ayuh semua.. Mari kita mulakan langkah untuk mencari cinta yang
sejati..



Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                 8
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)




                   Mulakan Langkah Pertama


Setiap kerja yang anda lakukan perlulah dimulakan dengan langkah pertama.
Kenapa? Tak Percaya?? Buktinya jika kita hendak berjaya dalam pelajaran, kita
perlulah belajar bersungguh-sungguh. Jika tidak dimulakan dengan langkah pertama,
anda mungkin tidak dapat meneruskan kerja-kerja yang lain. Maklumlah fokus amat
penting untuk berjaya.


Sama juga apabila kita mahu bercinta, kita perlulah memulakannya dengan langkah
yang pertama. Walaupun ia amat sukar, namun percayalah kesukaran itu hanyalah
yang pertama dan yang terakhir. Ini kerana setelah anda mengalami kesukaran yang
pertama, anda akan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan kesukaran yang
seterusnya dengan penuh yakin malah tidak sesukar yang pertama tadi.


    Jadi apakah langkah pertama untuk anda mengejar cinta yang sejati??
    Jawapannya amatlah mudah. Jawapannya ada dalam diri anda sendiri.


Terdapat tiga tips mudah untuk memulakan langkah pertama iaitu :


          1) Motivasi Diri
          2) Perubahan Fizikal
          3) Bina Pautan Yang Luas




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                 9
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)



   1) Motivasi Diri


      Motivasi diri ini amatlah penting bagi seseorang, tidak kira apapun kerja yang
      hendak dilakukannya. Tanpa motivasi diri yang kukuh, seseorang itu akan
      pasti hanyut ditelan arus cabaran yang semakin hari semakin mencabar. Oleh
      sebab itulah saya mengatakan bahawa langkah pertama bermula dari dalam
      diri sendiri anda sendiri.


      Banyak persoalan akan terjadi apabila kita tidak kuat motivasi dan rendah
      tahap memotivasikan diri. Antara persoalan yang sering ditanya ialah:


                 i.      Adakah saya layak bercinta?
                 ii.     Mengapa perlunya bercinta?
                iii.     Apakah saya akan lakukan setelah bercinta?
                iv.      Di manakah saya akan dapat cari cinta?
                 v.      Sanggupkah saya berkorban demi cinta?


      Bila persoalan tersebut membanjiri kotak pemikiran seseorang, tidak mustahil
      seseorang itu akan mendapat penyakit sindrom otak beku kerana tidak dapat
      menjawab         soalan-soalan   tersebut.   Namun   percayalah   saya   dapat
      menyelesaikannya untuk anda.


      Perhatikanlah jawapan serta penerangan saya dan bukalah minda anda
      kerana ia akan mencairkan sindrom tersebut daripada otak anda.


        i.   Adakah saya layak bercinta?
             Jawapan : Ya!! Saya yakin saya layak untuk bercinta seperti orang lain.
             Walaupun wajah saya tidak secantik atau sekacak orang lain, namun,
             saya juga adalah seorang manusia yang mempunyai hati dan
             perasaan. Setiap makhluk yang mempunai hati dan perasaan, adalah
             layak untuk bercinta.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                    1
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)



         ii.    Mengapa perlunya bercinta?
                Jawapan : Saya bercinta untuk mendapatkan keredhaan Allah. dicintai
                pasangan!!




         iii.   Apakah saya akan lakukan setelah bercinta?
                Jawapan : Saya akan bercinta sehingga ke akhir hayat saya dan
                menjaga hati pasangan!!!




         iv.    Di manakah saya akan dapat cari cinta?
                Jawapan : Cinta ada dimana-mana dan saya akan terus mencarinya!!!


         v.     Sanggupkah saya berkorban demi cinta?
                Jawapan : Ya!! Sudah tentu kerana saya akan mempertahankan cinta
                ini walau saya tersiksa sekalipun!!


Berkorban demi pasangan tidak bermakna kita perlu mengorbankan maruah diri
demi pasangan. Tetapi maksudnya kita perlu mengorbankan masa, tenaga malahan
wang ringgit demi cinta. Tidak mustahil cinta yang kita idamkan akan mekar
berkembang menjadi sebuah cinta yang sejati.


Penerangan di atas sesuai untuk semua orang, tidak kira anda sedang mencari cinta
atau sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Cuma maksudnya berbeza
bagi setiap persepsi.


Semestinya anda sekarang sedang terbakar dengan kata-kata dan penerangan
motivasi ini. Ingatlah semua bermula dari dalam diri kita sendiri dan sentiasalah
berfikiran positif.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                   1
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)



   2) Perubahan Fizikal


      Perubahan fizikal di sini tidak bermaksud hanya perlu menukarkan pakaian
      anda supaya lebih seksi ataupun membuat pembedahan plastik untuk
      mencantikkan diri anda. Perubahan fizikal bermaksud mengubahkan sesuatu
      yang menunjukkan perwatakan kita yang baik dan apabila orang lain melihat
      kita, mereka akan menyukai kita.


      Perubahan Fizikal amatlah penting agar kita disenangi semua. Antara
      perubahan fizikal yang saya maksudkan di sini ialah :


           i.    Perubahan Paras Wajah


                   •   Perubahan paras wajah ini amat penting kerana dengan
                       mimik   muka      sahaja   kita   dapat   tahu   seseorang   itu
                       perangainya bagaimana.
                   •   Tidak perlu bersolek tebal untuk menunjukkan mimik muka
                       yang sangat disenangi hanya perlu senyum sahaja.
                   •   Jangan tunjukkan riak wajah yang marah pun apabila kita
                       betul-betul sedang marah.
                   •   Tidak perlu ilmu pengasih pun untuk kita disukai orang lain
                       kerana riak wajah yang ceria menggambarkan anda mampu
                       menceriakan orang lain.




           ii.   Perubahan Tingkah Laku


                   •   Tunjukkan kepada semua bahawa anda amat berkeyakinan
                       dalam membuat semua kerja sekalipun.
                   •   Bersopanlah kerana dengan nilai kesopanan itu kita akan
                       lebih disenangi dan disukai orang lain.
                   •   Sentiasalah merendahkan diri kerana sikap ini menunjukkan
                       bahawa diri kita ini tidak sombong atau bongkak.

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                       1
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)


                   •   Jangan memandang orang lain sebelah mata kerana jika kita
                       membuat sebegitu tidak mustahil kita pula akan dipandang
                       sebelah mata.
                   •   Jangan menghina orang lain kerana jika anda menghina
                       orang lain, mereka akan dapat mengetahui perangai anda ini
                       sangat    buruk    malah   sukar   untuk   berkawan   dengan
                       sesiapapun.




          iii.   Perubahan Pertuturan


                   •   Bertuturlah dengan penuh adab sopan kerana kita akan lebih
                       dihormati sekiranya kita menghormati orang lain.
                   •   Jaga hati teman-teman lain apabila kita bercakap dengan
                       mereka kerana kita tidak akan disakiti jika kita menjaga hati
                       mereka.
                   •   Sentiasa beri perhatian tentang apa sahaja yang dikatakan
                       oleh orang lain.
                   •   Jangan sesekali menengking orang lain kerana ia akan
                       memalukan diri orang lain.




          iv.    Perubahan Cara Pemakaian


                   •   Ubahlah cara pemakaian anda supaya lebih sopan dan manis
                       dipandang.
                   •   Ubahlah penampilan diri anda supaya lebih kemas agar lebih
                       sejuk hati dipandang.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                    1
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)



   3) Bina Pautan Yang Luas


      Pautan yang luas disini ialah mencari ramai sahabat malahan dikenali oleh
      semua orang yang tidak mengenali anda. Ini menunjukkan anda senang
      mesra dengan sesiapa sahaja malah amat mementingkan kawan. Cara
      membina pautan yang luas ialah:


             •   Ramaikan kawan kerana dengan meramaikan kawan anda mudah
                 didekati oleh orang lain dan disenangi oleh semua.


             •   Bina kepercayaan yang kukuh antara anda dengan semua orang
                 yang mengenali anda. Ini akan menjadikan anda mudah dipercayai
                 oleh semua orang kerana kejujuran anda itu.




      Nota : Bina pautan yang luas ini amat sesuai digunakan untuk anda yang
      belum mempunyai pasangan atau yang ingin mencari pasangan kerana jika
      anda mempunyai pautan yang luas, mereka akan mudah mendekati anda.




Cuba anda bayangkan setelah anda mengubah diri anda kepada diri anda yang
baru, anda dapat memikat si dia yang menjadi idaman anda. Rupa-rupanya si dia ini
adalah peminat anda yang tertarik dengan perwatakan anda yang amat disenangi
orang lain. Fuh.. Tak mustahil anda anda akan tersenyum kemudian dan
menyalahkan diri anda keran tidak berubah dari dulu lagi.


Kesimpulannya, jika kita ingin disukai oleh sesiapapun di muka bumi ni, kita perlulah
menyukai diri kita dahulu dan berubahlah supaya lebih disenangi atau dihormati oleh
orang lain kerana ia adalah ILMU PENGASIH yang baik untuk disukai orang lain.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                     1
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)




                  Teknik Mencari Cinta Sejati


Kita sudah pun memotivasikan diri dalam bab sebelumnya tadi dan sekarang kita
perlu mengetahui teknik-teknik yang diperlukan untuk mencari pasangan yang sejati.
Pasangan yang sejati di sini bermaksud pasangan yang serasi dengan diri kita dan
akan menemani kita sampai ke hujung nafas kita yang terakhir.


Mungkin ada yang berani mengatakan bahawa saya menulis e-book ini hanya untuk
suka-suka sahaja. Ternyata tersilap besarlah dengan dakwaan anda ini. Saya telah
mengkaji daripada semua aspek mengenai teknik-teknik yang sesuai untuk mencari
pasangan hidup yang sejati ini.


Cuba anda fikirkan betapa bahagianya jika anda mendapat pasangan hidup yang
memang baik dan memahami diri anda sepenuhnya tanpa bergaduh dengan anda.
Pasangan inilah yang akan setia menemani anda anda dalam suka duka anda
menempuh rintangan yang bakal melanda. Walau apapun terjadi, mereka akan terus
memberikan sokongan kepada anda. Cuba anda bayangkan pula bagaimanakah
jadinya jika anda mendapat pasangan yang sebaliknya.


Sebelum anda membaca teknik-teknik tersebut, saya ingin mengingatkan bahawa
teknik-teknik ini hanya untuk individu yang mencari cinta sahaja. Tidak kiralah anda
seorang pelajar remaja atau anda seorang dewasa ataupun anda adalah seorang
yang sudah berumur. Jika anda sedang mencari cinta, teknik ini amat sesuai untuk
anda.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                    1
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

   1) Cari Pasangan Yang Mampu Setia Walau Jauh Di Mata.


      Seperti yang sudah sedia maklum tidak ramai antara kita yang mampu setia
      jika berjauhan dengan insan yang tersayang. Jadi, amatlah sukar bagi kita
      untuk mengetahui seseorang itu setia atau tidak.


      Mengapa perlunya seseorang yang setia dengan kita??


            •   Adakah anda mahu percintaan anda hanya bertahan seketika
                sahaja setelah pasangan anda mencari orang lain?


            •   Adakah anda mahu menangis sendirian setelah ditinggalkan oleh
                insan yang anda amat sayangi kerana anda tinggal jauh darinya?


            •   Adakah anda mahu kehilangan orang yang dikasihi hanya kerana
                anda tidak berada disisinya?


      Jawapannya semestinya tidak. Siapalah yang mahu bercinta jika sudah
      mengetahui kesudahannya dia akan ditinggalkan. Oleh sebab itu, kita perlu
      mencari pasangan yang setia dengan kita walaupun kita berjauhan
      dengannya.


      Ini adalah kerana kesetiaan adalah tiang dalam sesuatu hubungan. Jika ia
      tiada, habislah hubungan tersebut runtuh.




   2) Cari Pasangan Yang Tidak Menipu.


      Ini merupakan kriteria yang paling penting dalam perhubungan. Tanpanya
      seolah tiada kejujuran dan kepercayaan antara pasangan. Amatlah teruk jika
      kepercayaan dan kejujuran itu tiada dalam cinta.




      Mengapa perlunya mencari pasangan yang tidak menipu??


Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                    1
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)



            •   Adakah anda ingin berasa sedih jika anda mengetahui bahawa
                pasangan anda sering keluar dengan orang lain sedangkan dia
                memberitahu anda bahawa dia sedang menonton televisyen di
                rumah?


            •   Adakah anda mahu berasa sakit hati yang teramat sangat apabila
                pasangan anda memberitahu anda bahawa dia sedang pening di
                rumah walhal yang sebenarnya dia pergi ke rumah orang lain
                semata-mata ingin menemani orang lain?


            •   Adakah anda mahu berasa kecewa apabila mendapati bahawa
                pasangan anda keluar dengan orang lain sedangkan dia menolak
                untuk keluar bersama anda dengan alasan banyak kerja?


      Sudah tentu anda tidak mahu ia terjadi. Bayangkan betapa kecewa, sedih dan
      luluhnya hati anda apabila mendapat tahu pasangan anda selama ini telah
      menipu anda. Sedangkan selama ini pasangan anda sering mengungkapkan
      bahawa jika tiada kepercayaan dalam bercinta, tidak perlulah bercinta.


      Oleh sebab itu kita perlu berhati-hati untuk mempercayai seseorang. Ini
      adalah kerana cinta memerlukan kepercayaan antara pasangan dan jika ia
      dikhianati maka hancurlah percintaan itu.


   3) Cari Pasangan Yang Memahami Anda.


      Untuk mencari seseorang yang sesuai dengan anda, anda perlulah mencari
      seseorang yang amat memahami diri anda, keadaan anda dan keluarga anda.
      Amat sukar untuk kita menjalinkan hubungan seandainya pasangan tidak
      memahami diri kita.


      Mengapa anda perlu mencari seseoarang yang memahami??




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                  1
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)


         •    Adakah anda mahu seorang pasangan yang tidak memahami keadaan
              anda yang berada dalam kesusahan?


         •    Adakah anda suka dimarahi oleh pasangan anda ketika anda sedang
              menghadapi masalah yang besar?


      Semestinya anda tidak mahu perkara itu terjadi. Agak sukar bagi kita untuk
      menjalinkan hubungan dengan pasangan yang sebegitu. Silap hari bulan anda
      akan bertambah tension dengan pasangan anda.




   4) Cari Pasangan Yang Tidak Mengambil Kesempatan Terhadap Anda.


      Ini juga adalah antara kriteria yang amat penting untuk memilih pasangan
      anda.    Manusia   kadangkala   suka   mengambil     kesempatan   terhadap
      kesenangan dan kelebihan orang lain.


      Mengapa anda perlu mencari pasangan yang tidak mengambil kesempatan
      terhadap anda??


         •    Adakah anda mahu dikecewakan oleh pasangan anda setelah anda
              menghabiskan semua harta benda anda kepadanya?


         •    Adakah anda mahu pasangan anda menunjuk-nunjukkan kepada
              semua orang bahawa dirinya kaya padahal anda yang memberikan
              kemewahan kepadanya?


      Oleh sebab itulah kita seharusnya mengelakkan diri kita daripada berjumpa
      dengan orang yang suka mengambil kesempatan terhadap kita. Mereka cuma
      cintakan kemewahan dan kesenangan kita dan bukannya mencintai diri kita
      dengan sepenuh hati. Elakkanlah diri anda daripada menjadi mangsa mereka.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                1
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

   5) Cari Pasangan Yang Tiada Abang Angkat atau Kakak Angkat.


      Ha ha ha.. Mungkin anda sedang tergelak bila membacanya tapi inilah hakikat
      yang sebenar. Kadangkala bila difikirkan mungkin mereka ini boleh menjadi
      orang untuk berkongsi masalah dengan kita tetapi selalunya tidak.


      Mengapa anda perlu mencari pasangan yang tiada abang angkat atau kakak
      angkat?


         •   Adakah anda mahu diganggu oleh abang angkat atau kakak angkat
             pasangan sewaktu bercinta kerana mereka sebenarnya meminati
             pasangan anda?


         •   Adakah anda mahu setiap keputusan anda dan pasangan anda
             dipengaruhi oleh abang angkat atau kakak angkat anda?


      Mereka amat bagus untuk berkongsi masalah dengan kita tetapi pada masa
      yang sama kita dilihat tidak matang untuk menguruskan masalah cinta kita
      bersama pasangan kita sendiri. Malah amat teruk lagi bila pasangan anda
      diminati oleh kakak angkat atau abang angkat, semestinya mereka akan ambil
      peluang untuk memisahkan anda dengan pasangan anda.




   6) Cari Pasangan Yang Tiada Adik


      Ini lagi satu kes yang amat berat bagi setiap orang. Masakan tidak, jika adik
      angkat tu dilayan amat mesra tidak mustahil pasangan akan lebih mengatakan
      bahawa adik angkatnya lebih penting daripada anda.


      Mengapa anda perlu mencari pasangan yang tiada adik angkat??


         •   Adakah anda mahu berkongsi kasih sayang pasangan anda yang sama
             dengan adik angkat anda?



Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                   1
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)


         •   Adakah anda tidak berasa malu jika masalah atau segala kelemahan
             anda itu akan diketahui oleh adik angkat pasangan anda setelah
             pasangan anda memberitahunya sendiri?


      Bercinta sebenarnya adalah privacy dan sepatutnya perkara-perkara tersebut
      tidak sepatutnya terbongkar kepada orang lain. Adalah tidak wajar jika kita
      bercinta, kita terpaksa berkongsi kasih dengan orang lain. Manakan tidaknya
      jika kita dipanggil sayang, adik angkat pasangan juga dipanggil sayang, jadi
      dimanakah keistimewaan cinta anda.


   7) Cari Pasangan Yang Mampu Berkorban Untuk Anda.


      Ini merupakan satu kriteria yang terpenting sekali bagi setiap pasangan yang
      bercinta. Ya, komitmen terhadap pasangan memang merupakan kunci utama
      untuk kebahagiaan hidup kita. Tanpa komitmen yang tinggi terhadap
      pasangan, tidak mustahil hubungan itu akan hancur.


      Mengapa anda perlu mencari pasangan yang mampu berkorban untuk
      anda??


         •   Adakah anda mahu pasangan yang sentiasa sibuk dan tidak
             mempunyai masa langsung untuk bersama anda?


         •   Adakah anda inginkan seorang pasangan yang sentiasa mementingkan
             diri sendiri dan tidak membantu anda apabila anda berada dalam
             kesesakan?


      Semestinya anda akan mengatakan tidak kerana tujuan anda bercinta adalah
      untuk menyayangi dan disayangi. Maka tidak bermaknalah jika anda bercinta
      dengan orang yang lebih mencintai dirinya sendiri.


      Berkorban di sini adalah dari segi berkorban masa dan duit bukannya
      berkorban tubuh badan atau maruah. Ini kerana jika kita mencintai seseorang,
      kita sepatutnya menjaga pasangan dan maruahnya sebelum kita berkahwin.


Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                  2
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)




   8) Cari Pasangan Yang Soleh atau Solehah.


      Ya, mencari pasangan yang soleh atau solehah adalah suruhan agama kita.
      Jika pasangan kita tidak mementingkan agama bagaimana nak menguruskan
      rumah tangga yang harmoni dan diredhai.


      Mengapa anda perlu mencari pasangan yang soleh atau solehah?


         •   Adakah anda mahu pasangan yang cetek agama dan sentiasa
             mengajak anda membuat maksiat ?


         •   Adakah anda mahu pasangan yang tidak menghormati ibu bapa anda
             malah sentiasa membelakangkan agama?




      Walaupun cinta itu penting, tetapi kita patut tahu bahawa cinta yang tidak
      berlandaskan agama tidak akan kekal sampai ke akhir hayat. Agama
      mencorakkan hidup kita supaya lebih sempurna.




   9) Cari Pasangan Yang Sentiasa Menyenangkan Hati Anda.


      Pasangan yang kekal lama ialah pasangan yang saling menyenangkan hati
      pasangan mereka masing-masing. Mana mungkin kita akan kekal dengan
      pasangan jika ketika kita sedang bersedih, pasangan anda pula memarahi
      anda. Ini boleh menyebabkan anda menjadi gila kerana bertambah tension.


      Mengapa anda perlu mencari pasangan yang sentiasa menyenangkan hati
      anda??




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                   2
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)


           •   Adakah anda mahukan pasangan yang memberikan tekanan kepada
               anda dua kali ganda daripada tekanan yang anda hadapi di tempat
               kerja anda?


           •   Adakah anda inginkan pasangan yang akan memberikan kesedihan
               kepada anda disaat anda sedang berduka akibat sesuatu?


Oh,   tidak.   Anda   bercinta    untuk   dikasihi   pasangan   dan   bukannya   untuk
menambahkan beban kerungsingan yang anda hadapi. Semestinya anda inginkan
seseorang yang boleh meredakan kesedihan anda. Ini akan memberikan anda
keyakinan untuk bangkit dari kesedihan itu.


Saya amat yakin bahawa anda akan memperoleh sebuah cinta yang sejati
seandainya anda dapat mencari pasangan yang menepati kriteria-kriteria tersebut.
Apa lagi yang anda tunggu-tunggu? Mulakanlah langkah anda memburu pasangan
hidup anda.


Kepada yang sudah mempunyai pasangan hidup pula, adakah pasangan anda
menepati kriteria diatas?? Jika tidak, anda masih boleh mencari cinta sejati dengan
memupuk cinta yang sedia ada. Jika anda bertanya bagaimana, sila baca bab yang
berikutnya dengan penuh teliti.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                      2
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)




              Petua Memancing Hati Pasangan


Kepada yang sedang mencari cinta, saya membayangkan bahawa anda sekarang
telah pun mempunyai seseorang yang ingin anda jadikan pasangan hidup anda.
Anda sudah pun memulakan langkah dan telah pun cuba mendekati bakal pasangan
anda, sekarang kita akan membincangkan mengenai cara untuk memancing hati
bakal pasangan anda.


Cara ini sebenarnya juga boleh digunakan oleh pasangan yang sedang bercinta
ataupun pasangan yang sudah berkahwin. Yang penting di sini ialah bagaimana juga
untuk memancing hati pasangan anda agar cinta anda akan berkekalan sampai bila-
bila. Namun begitu, ingatlah bahawa cara yang salah akan menghancurkan impian
cinta anda.


Jangan bimbang kerana di dalam bab ini, anda bakal di sajikan dengan petua-petua
yang amat berkesan untuk memastikan cinta anda mekar di hati pasangan anda.
Setiap petua ini amatlah berharga walaupun bagi anda semua ia terlalu praktikal dan
sangat mudah. Antara petua tersebut ialah :


      1) Sentiasa Hiburkan Hati Pasangan.


              •   Sentiasa membuat lawak yang berkesan agar bila anda tiada di sisi
                  mereka pun mereka masih lagi mengingatinya malah adakalanya
                  mungkin   tergelak   sendirian.   Ini   juga   dapat   mengurangkan
                  kesedihan mereka.


      2) Sentiasa Mengambil Berat Tentang Pasangan.


              •   Sentiasalah mengambil tahu apa-apa perkara pun yang berlaku
                  pada pasangan anda kerana ia menunjukkan bahawa anda sangat
                  komited terhadap hubungan cinta dengan mereka. Ia juga bakal
                  menjadikan diri anda lebih disayangi pasangan.

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                      2
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)



      3) Tunjukkan Keikhlasan Anda Terhadap Pasangan.


            •   Sentiasalah jujur dalam melakukan apa-apa sahaja dalam cinta
                kerana jika kita ikhlas dan jujur dalam cinta, kita akan lebih
                dihormati malah akan dipandang tinggi oleh pasangan kita. Ini
                menunjukkan bahawa kita bersungguh-sungguh mengejar cinta
                mereka.




      4) Sentiasa Luangkan Masa Untuk Bersama Pasangan.


            •   Sentiasalah mempunyai masa untuk berjumpa atau keluar bersama
                agar mereka tidak mudah mengatakan anda tidak mementingkan
                mereka. Kesibukan dengan kerja bukanlah penghalang bagi
                seseorang untuk berjumpa dengan pasangan mereka kerana dalam
                sehari ada 24 jam semuanya.




      5) Sentiasa Buatkan Pasangan Selesa Dengan Anda.


            •   Anda   perlulah   senantiasa     memberikan      sokongan    terhadap
                pasangan anda jika mereka berada di dalam kesedihan. Ini akan
                membuatkan pasangan anda merasakan dirinya difahami malah
                disayangi sepenuh hati oleh anda.




      6) Sentiasa Berikan Bantuan Kepada Pasangan Walau Tidak Disuruh.


            •   Anda perlulah peka terhadap masalah yang pasangan anda alami
                malah anda juga perlulah menjadi orang yang pertama untuk
                menyelesaikan     masalah     tersebut   walau   tidak   disuruh   oleh
                pasangan anda. Ini akan membuatkan mereka rasa bahawa mereka
                penting di dalam hati anda.

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                       2
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)



      7) Sentiasa Rapat Dengan Ahli Keluarga Pasangan atau Ibu Bapa Mertua.


            •   Anda perlulah sentiasa menziarahi keluarga pasangan anda agar
                mereka dapat melihat bahawa anda amat jujur untuk bercinta
                dengan pasangan anda. Anda juga bakal menjadi orang yang
                terpenting dalam keluarga mereka sekiranya anda rapat dan
                dikenali mereka.




      8) Sentiasa Ambil Tahu Mengenai Kegiatan Pasangan Anda.


            •   Anda perlu tahu segalanya mengenai kegiatan yang sedang
                dilakukan oleh pasangan anda agar mereka rasa diri mereka
                sentiasa diambil berat oleh anda. Malahan tidak mustahil mereka
                dapat mengawal diri mereka daripada melakukan sesuatu yang
                menyakitkan hati anda.




      9) Sentiasa Berbincang Untuk Menyelesaikan Apa Jua Masalah Sekalipun.


            •   Anda hendaklah sentiasa tenang malah tidak mudah melenting jika
                anda dan pasangan anda mengalami masalah. Jalan terbaik bagi
                menghadapi segala masalah tersebut adalah dengan berbincang
                kerana dengan berbincang kita akan dapat tahu apa yang perlu kita
                lakukan tanpa pertengkaran.


      10) Sentiasa Berhubung Dan Berkomunikasi Dengan Pasangan.


            •   Sentiasalah berhubung dan bercakap dengan pasangan anda
                setiap waktu agar pasangan anda fikir bahawa setiap saat yang
                dilaluinya sentiasa bersama anda. Ini dapat mengukuhkan ikatan
                cinta agar lebih kuat kerana selalu berhubungan dan berkomunikasi
                antara satu sama lain.

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                 2
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)



Sekali pandang memang amat senang dan praktikal tetapi percayalah bahawa ia
amatlah mendatangkan kesan yang amat mendalam dalam diri setiap pasangan kita.
Ia juga bakal membuatkan pasangan anda tertawan kepada anda dan anda akan
lebih dihargai malah dihormati oleh pasangan.


Kesimpulan dalam bab ini ialah kita perlulah menarik hati pasangan kita dengan
menunjukkan kesungguhan kita dalam mengejar cinta. Ini akan membuatkan mereka
percaya dan yakin terhadap cinta anda.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                              2
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)


                   Cara Memelihara Cinta Sejati


Bukan senang bagi seseorang untuk mendapatkan seorang pasangan dan bercinta
dengan kita walau dalam sekelip mata sekalipun. Oleh sebab itu kita sepatutnya
menghargai cinta kita, pasangan kita atau isteri kita agar cinta kita terus kukuh.
Susah bagi kita jika kita hanya tahu bercinta sahaja tetapi tidak tahu cara untuk
memelihara dan mencorakkan cinta tersebut .


Oleh sebab itu, kita perlulah menjaga hati pasangan agar hati kita sendiri dijaga rapi
oleh pasangan. Ini adalah kerana cinta tidak akan dapat jika kita tidak memberikan
cinta kita kepada pasangan. Cinta juga bukan mudah diperolehi malah mudah hilang
jika kita tidak menjaganya. Namun begitu, bagaimanakah caranya untuk memelihara
cinta yang kita ada agar ia tidak hilang?


Senang sahaja jawapannya kerana di bawah ini saya telah selitkan antara cara-cara
hendak memelihara sesebuah cinta itu agar kekal lama. Antara cara-cara tersebut
ialah :


          1) Sentiasa Berterus-Terang Dengan Pasangan


            •   Jika kita tidak berpuas hati mengenai sesuatu tentang pasangan kita
                atau apa-apa hal, berterus-teranglah kepadanya kerana kadangkala dia
                tidak faham apa kemahuan kita jika kita tidak berterus-terang.




          2) Jangan Menipu Pasangan Anda


            •   Jangan sesekali kita menipu pasangan kita kerana jika kita menipu,
                kepercayaan yang diberikan oleh pasangan kita terhadap kita akan
                berkurangan.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                      2
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

      3) Sentiasa Ambil Tahu Masalah Anda Dan Pasangan Anda


         •   Sentiasa mengambil tahu apa yang pasangan anda tidak puas hati
             dengan   anda    dan   berusahalah   untuk     memperbaikinya   kerana
             kadangkala ia akan menjadi masalah yang besar dalam hubungan
             anda.




      4) Sentiasa Tunjukkan Kasih Sayang Kepada Pasangan


         •   Tunjukkanlah bahawa anda sangat menyayanginya sepenuh hati
             kerana pasangan anda sebenarnya ingin disayangi oleh anda dan
             mereka juga akan menyayangi anda dengan sepenuh hati.




      5) Sentiasa Dengar Nasihat Yang Tersayang


         •   Bukalah minda dan telinga anda untuk mendengar setiap teguran dan
             nasihat daripada yang tersayang kerana mereka tahu apa yang kita
             perlu ubah dalam hidup kita. Ini kerana merekalah orang yang paling
             rapat dengan kita.




      6) Sentiasa Punyai Masa Untuk Pasangan


         •   Luangkanlah sedikit masa anda setiap hari untuk bersamanya atau
             hubungilah pasangan anda agar pasangan anda akan rasa lebih
             seronok untuk bercinta kerana diambil berat.




      7) Berikan Ruang Kebebasan Dalam Bercinta


         •   Janganlah sekali-kali mengongkong pasangan anda untuk berkawan
             dengan rakan-rakan mereka(yang sama kaum dengan mereka). Ini

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                    2
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

             adalah kerana mereka juga memerlukan masa untuk bersantai dengan
             rakan-rakan mereka.




      8) Sentiasa Berkorban Demi Kebahagiaan Pasangan


         •   Jangan terlalu berkira dengan pasangan apabila pasangan anda
             meminta pertolongan daripada anda sama ada untuk dirinya atau
             keluarganya kerana ia menunjukkan betapa pentingnya anda dalam
             kehidupannya.




      9) Jaga Pasangan Anda Seperti Anda Menjaga Diri Anda Sendiri


         •   Sentiasalah menjaga pasangan anda apabila mereka tidak sihat atau
             berada di dalam bahaya kerana kita sepatutnya bertanggungjawab
             terhadap   keselamatan   mereka     selain   ibu   bapa   mereka.     Ini
             menunjukkan bahawa mereka amat selamat jika bersama anda.




      10) Jangan Buat Pasangan Anda Sakit Hati Dengan Anda


         •   Sentiasalah menjaga hati pasangan dan tidak perlulah anda mengguris
             hati pasangan anda dengan menghinanya atau membuat sesuatu yang
             membelakangkannya     dan   tidak   disukainya     sehingga   dia   amat
             membenci kita. Jika ia berlaku, nescaya kepercayaannya terhadap
             anda semakin berkurangan.




      11) Jangan Buat Pasangan Anda Meragui Cinta Anda.


         •   Janganlah membuat sesuatu yang menunjukkan bahawa anda tidak
             memerlukan mereka. Contohnya menyimpan gambar perempuan atau
             lelaki lain di dalam dompet kita. Jika ia berlaku, ada kemungkinan

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                      2
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

            perang dunia ketiga akan berlaku atau anda akan dikawal (Queen
            Control atau King Control) oleh pasangan anda sepenuhnya tanpa
            kebebasan.




Ingatlah wahai pembaca, tidak mungkin pasangan akan menjaga hati kita jika kita
tidak menjaga hati pasangan. Sama juga jika kita mahu diri kita disayangi sepenuh
hati, kita sepatutnya menyayangi pasangan kita dengan sepenuh hati.


Kesimpulannya cinta tidak akan dapat jika kita tidak mencarinya malah tidak akan
dapat jika kita tidak memberi. Marilah bersama-sama menjaga hati masing-masing
agar cinta anda menjadi amat berharga dalam diri pasangan anda.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                 3
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)


           Teknik Pengurusan Cinta Dan Kerjaya


Ini adalah suatu topik yang menjadi kemestian bagi setiap pasangan yang bercinta.
Bagi setiap wanita pastilah menginginkan seorang lelaki yang mempunyai kerjaya
agar masa depan mereka selepas berkahwin menjadi terjamin. Kenyataan itu amat
benar kerana jika seorang lelaki itu tiada pekerjaan, bagaimana hendak membeli
makanan dan membahagiakan rumah tangga.


Ya, seperti yang telah sedia maklum wanita tidak akan memandang seorang lelaki itu
jika lelaki itu tidak mempunyai kerja. Bagi mereka hanyalah sia-sia bercinta dan
berkahwin dengan lelaki sebegitu. Namun begitu terdapat lagi satu masalah juga jika
lelaki tersebut lebih mementingkan kerjaya daripada cinta.


Kita sepatutnya tahu bagaimana hendak menguruskan kerjaya kita di samping
menguruskan cinta dan menjaga hati pasangan pada masa yang sama. Tidak semua
orang yang dapat mengawal dua perkara penting tersebut dengan baik malahan ada
yang menganggap bahawa kerjaya adalah yang terpenting sampai sanggup
mengabaikan pasangan dan ada juga yang sebaliknya.


Teknik pengurusan cinta dan kerjaya ini dipecahkan kepada dua golongan iaitu
golongan yang belum berkahwin dan golongan yang sudah berkahwin seperti
berikut:




   1) Untuk Yang Belum Berkahwin


       •   Sekiranya anda dan pasangan bekerja di tempat yang berhampiran,
           pastikan anda sentiasa mengambil pasangan anda semasa pulang dari
           bekerja.
       •   Sentiasalah mengambil berat tentang keadaan pasangan pada setiap
           masa dengan menelefon pasangan anda pada waktu masuk kerja, pada
           waktu rehat, dan pada waktu balik.


Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                   3
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)



      •   Sentiasa luangkan masa untuk pasangan anda sekurang-kurangnya 2 jam
          sehari.


      •   Jangan cuba-cuba menipu pasangan anda kerana keparcayaan dalam
          cinta amatlah penting dan janganlah musnahkan kepercayaan tersebut.


      •   Sentiasa bersedia mengorbankan jiwa kita, masa malahan wang ringgit
          demi kekasih dan jangan sekali-kali kedekut.


      •   Sentiasa penuhkan masa tidak bekerja dengan bersama pasangan anda
          kerana ia dapat mengurangkan tekanan anda.


      •   Sentiasa ada masa untuk pasangan bila diperlukan contohnya ketika anda
          bekerja, pasangan anda meminta untuk menghantarnya ke hospital, maka
          anda patut mengorbankan sedikit masa kecemasan seperti itu.


      •   Sentiasa menziarahi ibu bapa pasangan anda untuk menunjukkan bahawa
          anda amat ikhlas menjalinkan hubungan dengan pasangan anda dan
          mahu direstui oleh mereka.


      •   Jangan lupakan pasangan anda walau sesaat pun. Ini bermaksud setiap
          perkara yang anda lakukan mestilah memikirkan baik buruk tindakan anda
          terhadap pasangan anda.


      •   Kumpul gaji bulanan anda untuk berkahwin dengan pasangan anda. Ini
          akan menunjukkan betapa bersungguh-sungguhnya anda bercinta dengan
          pasangan anda sehingga ke jinjang pelamin.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                   3
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

   2) Untuk Yang Sudah Berkahwin


      •   Sentiasa balik pada waktu rehat setiap hari bekerja jika berkesempatan
          untuk menikmati juadah yang pasangan anda sediakan dirumah. Ini akan
          menunjukkan penghargaan kita terhadap isteri kita.


      •   Jangan habiskan masa hujung minggu dengan kerja-kerja pejabat. Ini
          adalah kerana isteri anda juga perlukan masa untuk bersama anda tanpa
          memerlukan anda berfikir mengenai pasangan anda.


      •   Sentiasa dapat asingkan hal pejabat dengan hal-hal rumah tangga.
          Jangan tunjukkan tekanan kerja anda di rumah kerana pasangan anda
          tidak bersalah langsung tentang pekerjaan anda. Jangan nanti pasangan
          anda menyangkakan bahawa merekalah penyebab tekanan anda itu.


      •   Sentiasa menghargai apa yang pasangan anda lakukan. Pasangan anda
          juga adalah manusia dan sifat manusia adalah untuk dihargai terhadap
          kerja-kerja yang mereka lakukan. Berterima kasihlah kepada pasangan
          malah pujilah pasangan anda agar pasangan anda rasa dirinya dihargai.


      •   Pastikan waktu kerja anda tetap dan tidak pulang lewat ke rumah. Ini
          adalah kerana kasihan pasangan anda, setiap hari menunggu kepulangan
          anda di rumah sedangkan anda sibuk bekerja pada waktu lepas kerja.


      •   Jangan sekalipun anda menyakitkan hati pasangan anda dengan
          menghina pasangan anda ketika anda sedang marah. Ini akan
          meruntuhkan lagi rumah tangga anda. Sebaiknya jika anda sedang marah,
          duduk diam dan cuba tenangkan fikiran anda.


      •   Sentiasa mempunyai masa untuk berbincang dengan pasangan. Ini akan
          merapatkan lagi hubungan anda dengan pasangan anda malah dapat
          menyelesaikan sebarang masalah tanpa perlu bergaduh.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                     3
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)


        •   Sentiasa membuat pasangan anda selesa dengan anda. Ini bermaksud
            jika pasangan anda didalam kesedihan, cubalah hiburkan hati pasangan
            anda agar mereka dapat mempunyai mood kembali.


        •   Sentiasa mengambil tahu perihal pasangan anda setiap hari . Anda boleh
            menelefon mereka setiap masa agar mereka rasa diambil berat oleh anda.


        •   Sentiasa membantu pasangan menguruskan rumah tangga bersama-
            sama. Ini dapat mengeratkan lagi ikatan pasangan malahan dapat
            mengurangkan bebanan kerja pasangan anda di rumah.


        •   Jangan membelakangkan pasangan anda dalam apa jua hal sekalipun. Ini
            bermaksud kongsilah segalanya dengan pasangan anda tanpa perlu
            beselindung atau menipu.


Penulis amat yakin sekiranya anda mampu menguruskan cinta dan kerjaya anda,
maka tidak mustahil anda akan berjaya di dalam hidup anda. Anda juga bakal
menjadi antara manusia yang sentiasa bahagia didalam hidup anda. Oleh itu,
marilah     bersama-sama      belajar   daripada   teknik-teknik   tersebut   untuk
menguruskannya dengan lebih baik lagi.


Bayangkanlah jika anda telah mempunyai kekasih yang setia tetapi anda asyik sibuk
bekerja dan sering mengabaikannya, tidak mustahillah mereka yang setia akan jadi
orang yang tidak setia lagi kerana diabaikan anda. Jadi siapa yang akan menangis??
Siapa pula yang akan bahagia?? Tentunya yang menangis itulah anda kerana
kehilangan kekasih yang setia dan yang bahagia pula ialah kekasih baru pasangan
anda kerana mendapatkan seorang yang setia untuk diri mereka. Jadi, fikir-
fikirkanlah....




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                   3
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)


                 Teknik Pengurusan Masalah
                        Dalam Perhubungan


Seperti yang telah sedia maklum, bercinta tidaklah selalunya membuahkan bahagia
kerana bercinta juga dipenuhi dengan halangan-halangan tidak kira yang kecil
ataupun yang besar. Malahan terlalu banyak perpisahan terjadi kerana tidak dapat
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Maka tidak mustahillah ada 24
pasangan bercinta yang akan berpisah dan bercerai setiap hari akibat daripada
masalah-masalah tersebut.


Akan tetapi, jika kita mampu menguruskan masalah-masalah tersebut, kita sudah
pasti dapat menghalang daripada terjadinya perpisahan atau penceraian antara anda
dengan pasangan anda. Bagaimanakah caranya?? Sila kaji 9 modul masalah dan
penyelesaian yang telah saya sediakan dibawah. Masalah-masalah tersebut ialah:


   1) Bergaduh kerana cemburu


      •   Puncanya ialah salah seorang daripada pasangan tersebut melakukan
          sesuatu yang membuatkan pasangannya mencurigainya.


      •   Penyelesaiannya ialah jangan sekali pun anda melakukan perkara yang
          tidak disukai oleh pasangan anda termasuk tidak melakukan perkara yang
          akan menyebabkan pasangan anda berasa cemburu dan terus mencurigai
          cinta anda.




   2) Bergaduh kerana tekanan bekerja


          •   Puncanya ialah anda atau pasangan terlalu tension ditempat kerja
              akibat pekerjaan atau dimarahi bos anda dan melepaskan keseluruhan
              tension tersebut di rumah anda dan dihadapan pasangan masing-
              masing.


Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                    3
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)



         •   Penyelesaiannya ialah sentiasalah mengetahui cara terbaik untuk
             mengelakkan anda melepaskan tekanan kerja anda di rumah dengan
             mengetahui cara mengasingkan hal pejabat dengan hal rumah tangga
             anda. Ingatlah bahawa pasangan anda tidak bersalah langsung diatas
             tekanan anda itu.




   3) Bergaduh kerana terkongkong


         •   Puncanya    ialah   pasangan       merasa    terkongkong     atau    dikawal
             sepenuhnya oleh anda malah tidak bebas bergerak ke mana sahaja.


         •   Penyelesaiannya ialah berikanlah sedikit ruang untuk pasangan anda
             bebas tetapi mempunyai had yang tertentu agar pasangan anda tidak
             menggunakan kebebasan tersebut untuk menyakiti hati anda.




   4) Bergaduh kerana kesempitan wang


         •   Puncanya ialah tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung
             perbelanjaan keluarga.


         •   Penyelesaiannya     ialah   cari   kerja-kerja   sampingan    yang    boleh
             menambah duit pendapatan bulanan anda tanpa mengganggu kerja-
             kerja harian anda. Ia bukan sahaja dapat membantu keluarga, malahan
             dapat memperoleh pengalaman kerja yang banyak.




   5) Bergaduh kerana ditipu pasangan


         •   Puncanya ialah seringkali ditipu pasangan sama ada penipuan yang
             kecil mahupun penipuan yang besar yang boleh menggoyahkan
             keteguhan cinta anda.

Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                         3
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)



         •   Penyelesaiannya ialah sentiasa jujur dalam percintaan dan tidak
             menipu dalam semua perkara yang kita lakukan. Jangan sekali-kali
             anda menipu pasangan anda kerana setiap kali anda menipu,
             kepercayaan yang mereka berikan akan pudar.




   6) Bergaduh kerana tiada masa bersama


         •   Puncanya ialah terlalu sibuk dengan urusan kerja tanpa melayan
             pasangan anda yang menunggu anda untuk bersama.


         •   Penyelesaiannya ialah pastikan bahawa masa kerja anda terhad hanya
             pada waktu kerja pada siang hari dan pada hari-hari bekerja sahaja
             dan bukannya pada malam hari atau pada hujung-hujung minggu. Ini
             akan mengeratkan lagi hubungan anda bersama pasangan anda.




   7) Bergaduh kerana lambat kahwin


         •   Puncanya ialah pasangan tidak mempunyai duit yang cukup untuk
             mengahwini      pasangan    masing-masing     walaupun   telah   lama
             menjalinkan hubungan cinta.


         •   Penyelesaiannya    ialah   pasangan   perlulah   membantu   pasangan
             masing-masing mengumpulkan wang untuk perkahwinan dan bukanlah
             hanya membiarkan pasangan mengumpulkan wang tersebut sendirian.
             Lagi satu penyelesaian ialah kawal pengaliran keluar wang gaji anda
             setiap bulan.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                   3
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)



   8) Bergaduh kerana anak-anak


         •   Puncanya ialah pasangan anda tidak memberikan nafkah yang
             secukupnya untuk menjaga anak anda atau anak-anak anda menjadi
             semakin degil akibat dimanjakan atau dibiarkan berseorangan.


         •   Penyelesaiannya ialah sentiasalah mengambil tahu dan mengambil
             berat terhadap anak-anak anda malahan bertanggungjawablah ke atas
             anak-anak anda kerana ia adalah tanggungjawab anda.




   9) Bergaduh kerana tidak serasi.


         •   Puncanya ialah tidak mempunyai kemahuan dan kehendak yang sama
             malahan juga tidak mempunyai minat yang sama. Ia juga adalah
             berpunca daripada ego pasangan yang tinggi dan tidak mahu
             mengalah.


         •   Penyelesaiannya ialah bertolak ansurlah terhadap kehendak pasangan
             anda dan turunkanlah ego anda untuk sementara waktu agar hubungan
             anda kembali harmoni. Jika anda sentiasa bertolak ansur, tidak
             mustahil pasangan anda akan turut bertolak ansur dengan anda.




Cubalah anda fikirkan jika hubungan cinta anda tidak megalami pergaduhan dan
sentiasa tenteram dan aman damai, sudah tentulah segala masalah yang
mendatang akan dapat diselesaikan dalam sekelip mata sahaja tanpa sebarang
pergeseran faham.


Namun begitu, terdapat lagi satu tips sekiranya hubungan kita dilanda bencana iaitu
jangan mudah melatah sekiranya terdapat masalah. Berfikirlah secara positif bahawa
setiap masalah tersebut mempunyai jalan penyelesaiannya.



Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                   3
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Jika anda mengalami perselisihan faham atau menghadapi masalah, anda bolehlah
mengkaji masalah tersebut berdasarkan teknik pengurusan masalah di mukasurat
sebelah. Ia boleh dijadikan asas untuk menyelesaikan setiap masalah yang anda
alami.


                           Teknik Pengurusan Masalah




                                    Bertolak Ansur


                             Berbincang Satu Sama Satu


                 Minta Nasihat Daripada Yang Lebih Berpengalaman.


                      Kenangkanlah Detik-detik Indah Bersama


                               Fikirkan Tanggungjawab


                           Berjumpalah dengan Kaunselor.




    Jika anda mengikuti teknik-teknik di atas, maka tidak mustahillah walau sebesar
     mana masalah yang timbul pun, anda tetap akan mengatasinya. Yang penting
                    ialah ketenangan ketika menghadapi masalah.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                    3
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)


                       Kejayaan Dalam Cinta


Mungkin anda tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dalam kejayaan mencari
cinta sejati. Ia bermaksud kejayaan anda mengukuhkan keharmonian antara
pasangan anda malah kekal sampai ke hujung nyawa anda. Itulah kejayaan dalam
cinta sejati yang amat diidam-idamkan oleh semua orang.


Sebenarnya banyak faktor penting yang dapat menjayakan sebuah cinta yang sejati
tetapi yang paling penting MATLAMAT CINTA anda kenalah jelas. Jika matlamat
cinta anda hanya untuk seketika sahaja lebih baik anda tidak perlu bercinta kerana
jika anda bercinta, anda tidak akan berjaya dalam cinta anda.


Antara faktor-faktor lain yang amat penting ialah:


      1. Fahami Diri Anda, Fahamilah Pasangan Anda


      2. Sayangi Pasangan Anda Seperti Anda Sayangkan Diri Anda


      3. Sentiasa Jujur dan Ikhlas Dalam Perhubungan


      4. Sentiasa Dapat Menyelesaikan Apa Jua Masalah


      5. Wujudkan Kesefahaman Dalam Bercinta


      6. Sentiasa Ada Kepercayaan Dalam Cinta




Dengan adanya faktor-faktor berikut, maka tidak mustahillah sesebuah ikatan itu
sangat kukuh dan akan memperoleh kejayaan dalam percintaan anda. Tetapi
bagaimanakah anda dapat mengetahui sesebuah hubungan itu berjaya atau tidak?




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                  4
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)

Senang sahaja. Jika anda terlihat pasangan-pasangan yang mempunyai ciri-ciri
seperti dibawah bermakna merekalah antara pasangan yang telah berjaya dalam
cinta.
Antara ciri-ciri tersebut ialah :


         1) Sentiasa Senyum Apabila Bersama


         2) Sentiasa Bahagia Walaupun Dihimpit Pelbagai Masalah


         3) Sesebuah Hubungan Itu Telah Lama Bertahan


         4) Sentiasa Mesra Di Mana-mana


         5) Tiada Kemarahan Dalam Diri Anda Atau Pasangan




Jadi, adakah anda dan pasangan anda mempunyai ciri-ciri seperti di atas??


Jika Ya, Tahniah diucapkan kerana anda telah memperoleh kejayaan dalam
mengejar sebuah cinta yang sejati. Jika Tidak, tidak mengapalah kerana anda masih
belum terlambat mencari kejayaan dalam bercinta.


Bacalah E-Book panduan ini berulang kali agar anda dapat memperoleh kejayaan
dalam cinta anda dilandasan yang betul.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                 4
Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0)


                                 Penutup

Saya amat berharap agar anda semua dapat memperoleh sesuatu daripada e-book
ini. Ini kerana e-book ini ditulis untuk panduan semua pembaca agar dapat
mengecapi kebahagiaan dalam bercinta tidak kira anda belum berkahwin ataupun
yang sudah berkahwin.


Inilah dikatakan bahawa panduan yang betul akan mengelakkan diri anda daripada
memilih pasangan yang tidak betul ataupun mengelak daripada berlakunya
perpisahan.


Akhir kata, saya berharap anda dapat menikmati hidup yang bahagia malahan dapat
mengukuhkan lagi ikatan cinta anda terhadap pasangan anda. Saya mendoakan
kebahagiaan anda semua berkekalan hingga ke anak cucu. Selamat berbahagia.


   “Cinta Tidak Datang Sendiri Jika Kita Tidak Bersungguh-sungguh Mencarinya”




Ikhlas Daripada Saya,
Mohd Faisal a.k.a Fai




              Terima Kasih Kerana Membaca E-Book Ini.




Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com                                   4

Más contenido relacionado

Similar a Panduan Cinta Bahagia

Empat tanda cinta sejati
Empat tanda cinta sejatiEmpat tanda cinta sejati
Empat tanda cinta sejati
tiyan_aja
 
Cara Membuat Cowo' Jatuh Cinta
Cara Membuat Cowo' Jatuh CintaCara Membuat Cowo' Jatuh Cinta
Cara Membuat Cowo' Jatuh Cinta
070912
 
Puisi cantik untuk_moe..
Puisi cantik untuk_moe..Puisi cantik untuk_moe..
Puisi cantik untuk_moe..
emafitriani
 
24 tips menempuh kehidupan
24 tips menempuh kehidupan24 tips menempuh kehidupan
24 tips menempuh kehidupan
PT. SASA
 
Cinta di Masa Dewasa Muda
Cinta di Masa Dewasa MudaCinta di Masa Dewasa Muda
Cinta di Masa Dewasa Muda
guest5c0849c7
 
About life mengapa kesepian- part1
About life mengapa kesepian-  part1About life mengapa kesepian-  part1
About life mengapa kesepian- part1
Mar Tunis
 
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh allah yang maha esa
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh allah yang maha esaJodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh allah yang maha esa
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh allah yang maha esa
vieeira88
 

Similar a Panduan Cinta Bahagia (20)

Mario teguh
Mario teguhMario teguh
Mario teguh
 
bangkit
bangkitbangkit
bangkit
 
Mencari kesempurnaan yang mustahil - urbanoir.net
Mencari kesempurnaan yang mustahil -  urbanoir.netMencari kesempurnaan yang mustahil -  urbanoir.net
Mencari kesempurnaan yang mustahil - urbanoir.net
 
Kalimat bijak
Kalimat bijak Kalimat bijak
Kalimat bijak
 
Siluet rasa - cinta
Siluet rasa - cintaSiluet rasa - cinta
Siluet rasa - cinta
 
Empat tanda cinta sejati
Empat tanda cinta sejatiEmpat tanda cinta sejati
Empat tanda cinta sejati
 
CINTA ?
CINTA ?CINTA ?
CINTA ?
 
Majalah kekuatan sugesti februari 2019
Majalah kekuatan sugesti februari 2019Majalah kekuatan sugesti februari 2019
Majalah kekuatan sugesti februari 2019
 
cintaaa
cintaaacintaaa
cintaaa
 
Cara Membuat Cowo' Jatuh Cinta
Cara Membuat Cowo' Jatuh CintaCara Membuat Cowo' Jatuh Cinta
Cara Membuat Cowo' Jatuh Cinta
 
Tugas tik mei
Tugas tik meiTugas tik mei
Tugas tik mei
 
cinta-yang-selalu-indah.ppt
cinta-yang-selalu-indah.pptcinta-yang-selalu-indah.ppt
cinta-yang-selalu-indah.ppt
 
SI DIA.doc
SI DIA.docSI DIA.doc
SI DIA.doc
 
Cinta
Cinta Cinta
Cinta
 
sex before marriage
sex before marriagesex before marriage
sex before marriage
 
Puisi cantik untuk_moe..
Puisi cantik untuk_moe..Puisi cantik untuk_moe..
Puisi cantik untuk_moe..
 
24 tips menempuh kehidupan
24 tips menempuh kehidupan24 tips menempuh kehidupan
24 tips menempuh kehidupan
 
Cinta di Masa Dewasa Muda
Cinta di Masa Dewasa MudaCinta di Masa Dewasa Muda
Cinta di Masa Dewasa Muda
 
About life mengapa kesepian- part1
About life mengapa kesepian-  part1About life mengapa kesepian-  part1
About life mengapa kesepian- part1
 
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh allah yang maha esa
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh allah yang maha esaJodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh allah yang maha esa
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh allah yang maha esa
 

Más de MuhammaD RaffanI

Más de MuhammaD RaffanI (10)

Present Work Order
Present Work OrderPresent Work Order
Present Work Order
 
Presentation Labu sayong
Presentation Labu sayongPresentation Labu sayong
Presentation Labu sayong
 
kursus asas pneumatik
kursus asas pneumatikkursus asas pneumatik
kursus asas pneumatik
 
Sejarah Seni Batik 1 (7)
Sejarah Seni Batik 1 (7)Sejarah Seni Batik 1 (7)
Sejarah Seni Batik 1 (7)
 
Sejarah Seni Batik 1 (6)
Sejarah Seni Batik 1 (6)Sejarah Seni Batik 1 (6)
Sejarah Seni Batik 1 (6)
 
Sejarah Seni Batik 1 (1)
Sejarah Seni Batik 1 (1)Sejarah Seni Batik 1 (1)
Sejarah Seni Batik 1 (1)
 
Sejarah Seni Batik 1
Sejarah Seni Batik 1Sejarah Seni Batik 1
Sejarah Seni Batik 1
 
Presentation 3
Presentation 3Presentation 3
Presentation 3
 
Presentation 2
Presentation 2Presentation 2
Presentation 2
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 

Panduan Cinta Bahagia

  • 1. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Versi 1.0 Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1
  • 2. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) “Cinta Bahagia” Tips Mencari Cinta Serasi Oleh : Mohd Faizal Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada penerbit Extreme D Enterprise Versi 1.0 Diterbitkan Oleh : Extereme D Enterprise www.extreme-d.com Penafian : Ebook ini diterbitkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan panduan dan pendidikan para pembaca. Panduan dan nasihat di daam ebook ini adalah bertujuan baik dan bersifat umum. Anda mungkin perlu merujuk penasihat profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda. Pihak pengarang dan penerbit serta wakil-wakil mereka tidak memberi apa-apa jaminan terhadap isi kandungan ebook ini, dan tidak boleh dipertanggungjawapkan dengan apa-apa liabiliti ataupun ganguan emosi yang terbit daripada keputusan yang anda buat selepas membaca ebook ini. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2
  • 3. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Prakata Setiap insan di dunia yang fana ini menginginkan sebuah cinta yang sejati sehingga ke akhir hayat. Persoalannya, Bagaimanakah anda ingin mengetahui cinta anda adalah cinta yang sejati yang dapat menemani anda sepanjang hidup anda? Bercinta amatlah indah tetapi ada juga di antara kita yang takut untuk bercinta kerana bimbang kejadian putus cinta. Memang tidak dinafikan terdapat 24 pasangan yang bercinta akan berpisah setiap hari. Malahan bagi penulis ia adalah perkara yang biasa bukan sahaja bagi seorang artis malah sesiapa saja di dunia ini. Tidakkah ia membelenggu fikiran anda untuk bercinta? Malahan terdapat juga berita-berita penceraian yang diceritakan setiap hari yang menunjukkan bahawa tiadanya ikatan cinta yang kekal sampai bila-bila. Cuak juga anda bila ianya terjadi pada orang terdekat dengan anda. Adakah anda berkata tiadanya cinta yang setia untuk sepanjang hayat kita? Sebenarnya putus cinta dan penceraian terjadi kerana tiadanya cinta yang sejati antara pasangan yang bercinta atau pasangan suami isteri. Jadi tidak perlulah kita membimbangkan perkara yang dasyat seperti itu jika anda tahu bagaimana untuk mencari cinta yang sejati seperti yang ditunjukkan dalam e-book ini. Bukan mudah untuk memupuk cinta sejati dalam kehidupan kita tetapi bila ia sudah dipupuk, amat sukar juga bagi kita untuk menjaganya. Dalam E-book istimewa ini terkandung pelbagai tips yang hebat untuk anda memupuk dan menjaga cinta sejati anda agar dapat berkekalan sampai bila-bila. Semoga e-book ini dapat menjadi panduan untuk pasangan-pasangan yang bercinta, pasangan suami isteri dan insan yang ingin mencari pasangan agar dapat mencari cinta sejati yang bakal merealisasikan impian, sumpah dan janji anda untuk hidup bersama sepanjang hayat anda. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3
  • 4. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Isi Kandungan Tajuk Mukasurat Pengenalan 5 Mitos Cinta 7 Mengapa Perlunya Cinta Sejati 8 Mulakan Langkah Pertama Anda 9 Teknik Mencari Cinta Sejati 15 Petua Memancing Hati Pasangan 23 Cara Memelihara Cinta Sejati 27 Teknik Pengurusan Cinta dan Kerjaya 31 Teknik Pengurusan Masalah Dalam Perhubungan 35 Kejayaan Dalam Cinta Sejati 40 Penutup 42 Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 4
  • 5. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Pengenalan Ramai diantara kita yang mempunyai pengertian sendiri apabila ditanyakan maksud Cinta. Malah ada yang mengatakan maksud cinta adalah seperti berikut: C - Cinta I - Itu N - Nikmat T - Tapi A - Awas Awas kenapa? Kerana cinta itu, mampu membuatkan anda menjadi buta. Sewaktu bercinta, semuanya adalah indah belaka. Sememangnya sudah menjadi tabiat manusia, jika anda menyukai sesuatu atau seseorang itu, pasti anda akan hanya melihat yang baik-baik sahaja. Segala keburukan dan kecacatan, akan anda singkirkan sejauh-jauhnya dari pandangan anda. Tidak kisahlah si dia itu merokok atau pun kaki perempuan. Harapan anda, bila sudah berkahwin nanti, semua perkara buruk itu akan dibuang dan ditinggalkan. tidak mungkin datang jika tidak dicari dan tidak mungkin dapat jika kita tidak memberi. Alangkah indahnya jika di alam percintaan tiada sebarang perkara yang mencacatkan hubungan. Oh, indahnya!! Cinta adalah satu perasaan yang amat dalam antara dua jiwa yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Cinta juga adalah satu ikatan kemesraan bagi setiap pasangan. Cinta yang sejati pula merupakan ikatan yang teguh antara pasangan yang bercinta. Satu percintaan yang teguh biasanya akan bertahan lama berbanding ikatan yang tidak teguh. Rindu pula adalah sebuah perasaan yang paling indah, bila terkenangkan orang yang tersayang. Rindu hanya dimiliki oleh insan yang berhati nurani yang tahu akan betapa dalamnya cinta yang sejati. Bila rindu terbayang di mata, timbullah perasaan Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 5
  • 6. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) ingin berjumpa dengan insan yang tersayang. Rindu ini amatlah dihargai kerana ia merupakan anugerah yang tidak terhingga daripada Allah S.W.T. Kasih sayang pula adalah merupakan satu perasaan yang bermula dari hati untuk menyayangi seseorang. Hati seolah-olah ingin dibelai oleh orang yang disayang malah ingin membelai orang yang disayang. Amatlah syahdunya perasaan itu bila percintaan sentiasa dibayangi perasaan seronok untuk bercinta. Tanpa Cinta, Rindu dan Kasih Sayang tidak akan wujud sebuah Cinta Yang Sejati. Walaupun ia memerlukan pengorbanan, tetapi amatlah berbaloi untuk seluruh kehidupan kita. Cuba anda bayangkan betapa ruginya anda tanpa CINTA YANG SEJATI?? Tidakkah anda rasa gembira setiap saat dan waktu jika anda disayangi dan dikasihi? Nasib anda amat baik kerana menjumpai e-book ini. Marilah bersama mengejar cinta yang sejati............. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 6
  • 7. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Mitos Cinta Cinta Yang Sejati adalah merupakan impian bagi setiap pasangan yang bercinta. Cinta sejati bukanlah senang untuk dicari, ia amat sukar diperolehi jika tidak kena gayanya. Cinta yang sejati menjadikan anda hidup dalam keadaan yang selamat untuk bersama sepanjang masa. Cuba fahami cerita berikut : “Satu hari CINTA dan KEKASIH berjalan-jalan di sebuah kampung.. Tiba-tiba CINTA terjatuh ke dalam perigi.. Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KEKASIH pun terjun ke dalam perigi.. Kenapa?? Kerana KEKASIH akan buat apa saja demi CINTA... Di dalam perigi tersebut CINTA hilang.. Kenapa?? Kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga malah sukar di cari dalam perigi yang gelap itu.. Sedangkan KEKASIH masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu.. Kenapa?? Kerana KEKASIH ITU SEJATI dan akan kekal sebagai KEKASIH YANG SETIA...” Cinta memang amat bermakna dalam kehidupan kita semua. Jika tidak, tidak mungkin wujudnya Taj Mahal sebagai lambang cinta yang sejati. Cinta yang amat dalam bakal menzahirkan rasa kasih sayang yang teguh. Maka wujudlah Cinta Sejati dalam diri setiap pasangan. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 7
  • 8. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Mengapa Perlunya Cinta Sejati Sama sahaja maknanya seperti mengapa perlu makan nasi dengan lauk dan bukannya hanya makan nasi sahaja. Jika kita makan nasi sahaja, kita hanya merasai nasi sahaja. Tetapi jika kita makan nasi bersama lauk, kita akan merasai keenakan nasi berlauk tersebut. Begitulah juga dengan cinta. Kita tak mungkin akan merasai keseronokan bercinta jika cinta kita hanyalah cinta biasa sahaja. Cinta biasa bermaksud cinta tanpa arah tujuan dan masa depan. Walaupun ia adalah cinta tetapi penulis amat yakin 99% cinta yang sedemikian akan terputus dan hilang terus daripada pandangan. Apa maknanya bercinta jika sudah tahu kesudahannya pasrah?? Adakah anda ingin bercinta dengan kekasih anda yang hanya mahu menemani anda seketika sahaja?? Jika anda hanya mahu bercinta untuk sementara waktu sahaja, maka tidak perlulah anda memikirkan cara untuk mencari sebuah cinta yang sejati. Jika anda mahu bercinta sampai ke akhir hayat, bermakna anda memanglah layak mencari sebuah cinta yang sejati. Tahniah diucapkan!!! Tiada seorang insan pun mahu dikecewakan oleh pasangannya malahan mahu bercinta dengan pasangannya seumur hidup. Tiada seorang pun yang meminta dirinya ditinggalkan sendirian. Malahan tiada siapa pun mahu menderita dalam percintaan atau dalam hubungan perkahwinan sehingga akan menyebabkan penceraian. Kesimpulannya setiap insan di muka bumi ini mahu memiliki sebuah cinta yang ajaib dan kekal sampai ke hujung nyawa. Cinta yang ajaib inilah yang merupakan pemangkin kepada asas pehubungan yang kukuh bagi membentuk sebuah cinta yang sejati. Ayuh semua.. Mari kita mulakan langkah untuk mencari cinta yang sejati.. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 8
  • 9. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Mulakan Langkah Pertama Setiap kerja yang anda lakukan perlulah dimulakan dengan langkah pertama. Kenapa? Tak Percaya?? Buktinya jika kita hendak berjaya dalam pelajaran, kita perlulah belajar bersungguh-sungguh. Jika tidak dimulakan dengan langkah pertama, anda mungkin tidak dapat meneruskan kerja-kerja yang lain. Maklumlah fokus amat penting untuk berjaya. Sama juga apabila kita mahu bercinta, kita perlulah memulakannya dengan langkah yang pertama. Walaupun ia amat sukar, namun percayalah kesukaran itu hanyalah yang pertama dan yang terakhir. Ini kerana setelah anda mengalami kesukaran yang pertama, anda akan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan kesukaran yang seterusnya dengan penuh yakin malah tidak sesukar yang pertama tadi. Jadi apakah langkah pertama untuk anda mengejar cinta yang sejati?? Jawapannya amatlah mudah. Jawapannya ada dalam diri anda sendiri. Terdapat tiga tips mudah untuk memulakan langkah pertama iaitu : 1) Motivasi Diri 2) Perubahan Fizikal 3) Bina Pautan Yang Luas Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 9
  • 10. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) 1) Motivasi Diri Motivasi diri ini amatlah penting bagi seseorang, tidak kira apapun kerja yang hendak dilakukannya. Tanpa motivasi diri yang kukuh, seseorang itu akan pasti hanyut ditelan arus cabaran yang semakin hari semakin mencabar. Oleh sebab itulah saya mengatakan bahawa langkah pertama bermula dari dalam diri sendiri anda sendiri. Banyak persoalan akan terjadi apabila kita tidak kuat motivasi dan rendah tahap memotivasikan diri. Antara persoalan yang sering ditanya ialah: i. Adakah saya layak bercinta? ii. Mengapa perlunya bercinta? iii. Apakah saya akan lakukan setelah bercinta? iv. Di manakah saya akan dapat cari cinta? v. Sanggupkah saya berkorban demi cinta? Bila persoalan tersebut membanjiri kotak pemikiran seseorang, tidak mustahil seseorang itu akan mendapat penyakit sindrom otak beku kerana tidak dapat menjawab soalan-soalan tersebut. Namun percayalah saya dapat menyelesaikannya untuk anda. Perhatikanlah jawapan serta penerangan saya dan bukalah minda anda kerana ia akan mencairkan sindrom tersebut daripada otak anda. i. Adakah saya layak bercinta? Jawapan : Ya!! Saya yakin saya layak untuk bercinta seperti orang lain. Walaupun wajah saya tidak secantik atau sekacak orang lain, namun, saya juga adalah seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Setiap makhluk yang mempunai hati dan perasaan, adalah layak untuk bercinta. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1
  • 11. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) ii. Mengapa perlunya bercinta? Jawapan : Saya bercinta untuk mendapatkan keredhaan Allah. dicintai pasangan!! iii. Apakah saya akan lakukan setelah bercinta? Jawapan : Saya akan bercinta sehingga ke akhir hayat saya dan menjaga hati pasangan!!! iv. Di manakah saya akan dapat cari cinta? Jawapan : Cinta ada dimana-mana dan saya akan terus mencarinya!!! v. Sanggupkah saya berkorban demi cinta? Jawapan : Ya!! Sudah tentu kerana saya akan mempertahankan cinta ini walau saya tersiksa sekalipun!! Berkorban demi pasangan tidak bermakna kita perlu mengorbankan maruah diri demi pasangan. Tetapi maksudnya kita perlu mengorbankan masa, tenaga malahan wang ringgit demi cinta. Tidak mustahil cinta yang kita idamkan akan mekar berkembang menjadi sebuah cinta yang sejati. Penerangan di atas sesuai untuk semua orang, tidak kira anda sedang mencari cinta atau sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Cuma maksudnya berbeza bagi setiap persepsi. Semestinya anda sekarang sedang terbakar dengan kata-kata dan penerangan motivasi ini. Ingatlah semua bermula dari dalam diri kita sendiri dan sentiasalah berfikiran positif. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1
  • 12. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) 2) Perubahan Fizikal Perubahan fizikal di sini tidak bermaksud hanya perlu menukarkan pakaian anda supaya lebih seksi ataupun membuat pembedahan plastik untuk mencantikkan diri anda. Perubahan fizikal bermaksud mengubahkan sesuatu yang menunjukkan perwatakan kita yang baik dan apabila orang lain melihat kita, mereka akan menyukai kita. Perubahan Fizikal amatlah penting agar kita disenangi semua. Antara perubahan fizikal yang saya maksudkan di sini ialah : i. Perubahan Paras Wajah • Perubahan paras wajah ini amat penting kerana dengan mimik muka sahaja kita dapat tahu seseorang itu perangainya bagaimana. • Tidak perlu bersolek tebal untuk menunjukkan mimik muka yang sangat disenangi hanya perlu senyum sahaja. • Jangan tunjukkan riak wajah yang marah pun apabila kita betul-betul sedang marah. • Tidak perlu ilmu pengasih pun untuk kita disukai orang lain kerana riak wajah yang ceria menggambarkan anda mampu menceriakan orang lain. ii. Perubahan Tingkah Laku • Tunjukkan kepada semua bahawa anda amat berkeyakinan dalam membuat semua kerja sekalipun. • Bersopanlah kerana dengan nilai kesopanan itu kita akan lebih disenangi dan disukai orang lain. • Sentiasalah merendahkan diri kerana sikap ini menunjukkan bahawa diri kita ini tidak sombong atau bongkak. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1
  • 13. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) • Jangan memandang orang lain sebelah mata kerana jika kita membuat sebegitu tidak mustahil kita pula akan dipandang sebelah mata. • Jangan menghina orang lain kerana jika anda menghina orang lain, mereka akan dapat mengetahui perangai anda ini sangat buruk malah sukar untuk berkawan dengan sesiapapun. iii. Perubahan Pertuturan • Bertuturlah dengan penuh adab sopan kerana kita akan lebih dihormati sekiranya kita menghormati orang lain. • Jaga hati teman-teman lain apabila kita bercakap dengan mereka kerana kita tidak akan disakiti jika kita menjaga hati mereka. • Sentiasa beri perhatian tentang apa sahaja yang dikatakan oleh orang lain. • Jangan sesekali menengking orang lain kerana ia akan memalukan diri orang lain. iv. Perubahan Cara Pemakaian • Ubahlah cara pemakaian anda supaya lebih sopan dan manis dipandang. • Ubahlah penampilan diri anda supaya lebih kemas agar lebih sejuk hati dipandang. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1
  • 14. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) 3) Bina Pautan Yang Luas Pautan yang luas disini ialah mencari ramai sahabat malahan dikenali oleh semua orang yang tidak mengenali anda. Ini menunjukkan anda senang mesra dengan sesiapa sahaja malah amat mementingkan kawan. Cara membina pautan yang luas ialah: • Ramaikan kawan kerana dengan meramaikan kawan anda mudah didekati oleh orang lain dan disenangi oleh semua. • Bina kepercayaan yang kukuh antara anda dengan semua orang yang mengenali anda. Ini akan menjadikan anda mudah dipercayai oleh semua orang kerana kejujuran anda itu. Nota : Bina pautan yang luas ini amat sesuai digunakan untuk anda yang belum mempunyai pasangan atau yang ingin mencari pasangan kerana jika anda mempunyai pautan yang luas, mereka akan mudah mendekati anda. Cuba anda bayangkan setelah anda mengubah diri anda kepada diri anda yang baru, anda dapat memikat si dia yang menjadi idaman anda. Rupa-rupanya si dia ini adalah peminat anda yang tertarik dengan perwatakan anda yang amat disenangi orang lain. Fuh.. Tak mustahil anda anda akan tersenyum kemudian dan menyalahkan diri anda keran tidak berubah dari dulu lagi. Kesimpulannya, jika kita ingin disukai oleh sesiapapun di muka bumi ni, kita perlulah menyukai diri kita dahulu dan berubahlah supaya lebih disenangi atau dihormati oleh orang lain kerana ia adalah ILMU PENGASIH yang baik untuk disukai orang lain. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1
  • 15. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Teknik Mencari Cinta Sejati Kita sudah pun memotivasikan diri dalam bab sebelumnya tadi dan sekarang kita perlu mengetahui teknik-teknik yang diperlukan untuk mencari pasangan yang sejati. Pasangan yang sejati di sini bermaksud pasangan yang serasi dengan diri kita dan akan menemani kita sampai ke hujung nafas kita yang terakhir. Mungkin ada yang berani mengatakan bahawa saya menulis e-book ini hanya untuk suka-suka sahaja. Ternyata tersilap besarlah dengan dakwaan anda ini. Saya telah mengkaji daripada semua aspek mengenai teknik-teknik yang sesuai untuk mencari pasangan hidup yang sejati ini. Cuba anda fikirkan betapa bahagianya jika anda mendapat pasangan hidup yang memang baik dan memahami diri anda sepenuhnya tanpa bergaduh dengan anda. Pasangan inilah yang akan setia menemani anda anda dalam suka duka anda menempuh rintangan yang bakal melanda. Walau apapun terjadi, mereka akan terus memberikan sokongan kepada anda. Cuba anda bayangkan pula bagaimanakah jadinya jika anda mendapat pasangan yang sebaliknya. Sebelum anda membaca teknik-teknik tersebut, saya ingin mengingatkan bahawa teknik-teknik ini hanya untuk individu yang mencari cinta sahaja. Tidak kiralah anda seorang pelajar remaja atau anda seorang dewasa ataupun anda adalah seorang yang sudah berumur. Jika anda sedang mencari cinta, teknik ini amat sesuai untuk anda. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1
  • 16. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) 1) Cari Pasangan Yang Mampu Setia Walau Jauh Di Mata. Seperti yang sudah sedia maklum tidak ramai antara kita yang mampu setia jika berjauhan dengan insan yang tersayang. Jadi, amatlah sukar bagi kita untuk mengetahui seseorang itu setia atau tidak. Mengapa perlunya seseorang yang setia dengan kita?? • Adakah anda mahu percintaan anda hanya bertahan seketika sahaja setelah pasangan anda mencari orang lain? • Adakah anda mahu menangis sendirian setelah ditinggalkan oleh insan yang anda amat sayangi kerana anda tinggal jauh darinya? • Adakah anda mahu kehilangan orang yang dikasihi hanya kerana anda tidak berada disisinya? Jawapannya semestinya tidak. Siapalah yang mahu bercinta jika sudah mengetahui kesudahannya dia akan ditinggalkan. Oleh sebab itu, kita perlu mencari pasangan yang setia dengan kita walaupun kita berjauhan dengannya. Ini adalah kerana kesetiaan adalah tiang dalam sesuatu hubungan. Jika ia tiada, habislah hubungan tersebut runtuh. 2) Cari Pasangan Yang Tidak Menipu. Ini merupakan kriteria yang paling penting dalam perhubungan. Tanpanya seolah tiada kejujuran dan kepercayaan antara pasangan. Amatlah teruk jika kepercayaan dan kejujuran itu tiada dalam cinta. Mengapa perlunya mencari pasangan yang tidak menipu?? Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1
  • 17. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) • Adakah anda ingin berasa sedih jika anda mengetahui bahawa pasangan anda sering keluar dengan orang lain sedangkan dia memberitahu anda bahawa dia sedang menonton televisyen di rumah? • Adakah anda mahu berasa sakit hati yang teramat sangat apabila pasangan anda memberitahu anda bahawa dia sedang pening di rumah walhal yang sebenarnya dia pergi ke rumah orang lain semata-mata ingin menemani orang lain? • Adakah anda mahu berasa kecewa apabila mendapati bahawa pasangan anda keluar dengan orang lain sedangkan dia menolak untuk keluar bersama anda dengan alasan banyak kerja? Sudah tentu anda tidak mahu ia terjadi. Bayangkan betapa kecewa, sedih dan luluhnya hati anda apabila mendapat tahu pasangan anda selama ini telah menipu anda. Sedangkan selama ini pasangan anda sering mengungkapkan bahawa jika tiada kepercayaan dalam bercinta, tidak perlulah bercinta. Oleh sebab itu kita perlu berhati-hati untuk mempercayai seseorang. Ini adalah kerana cinta memerlukan kepercayaan antara pasangan dan jika ia dikhianati maka hancurlah percintaan itu. 3) Cari Pasangan Yang Memahami Anda. Untuk mencari seseorang yang sesuai dengan anda, anda perlulah mencari seseorang yang amat memahami diri anda, keadaan anda dan keluarga anda. Amat sukar untuk kita menjalinkan hubungan seandainya pasangan tidak memahami diri kita. Mengapa anda perlu mencari seseoarang yang memahami?? Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1
  • 18. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) • Adakah anda mahu seorang pasangan yang tidak memahami keadaan anda yang berada dalam kesusahan? • Adakah anda suka dimarahi oleh pasangan anda ketika anda sedang menghadapi masalah yang besar? Semestinya anda tidak mahu perkara itu terjadi. Agak sukar bagi kita untuk menjalinkan hubungan dengan pasangan yang sebegitu. Silap hari bulan anda akan bertambah tension dengan pasangan anda. 4) Cari Pasangan Yang Tidak Mengambil Kesempatan Terhadap Anda. Ini juga adalah antara kriteria yang amat penting untuk memilih pasangan anda. Manusia kadangkala suka mengambil kesempatan terhadap kesenangan dan kelebihan orang lain. Mengapa anda perlu mencari pasangan yang tidak mengambil kesempatan terhadap anda?? • Adakah anda mahu dikecewakan oleh pasangan anda setelah anda menghabiskan semua harta benda anda kepadanya? • Adakah anda mahu pasangan anda menunjuk-nunjukkan kepada semua orang bahawa dirinya kaya padahal anda yang memberikan kemewahan kepadanya? Oleh sebab itulah kita seharusnya mengelakkan diri kita daripada berjumpa dengan orang yang suka mengambil kesempatan terhadap kita. Mereka cuma cintakan kemewahan dan kesenangan kita dan bukannya mencintai diri kita dengan sepenuh hati. Elakkanlah diri anda daripada menjadi mangsa mereka. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1
  • 19. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) 5) Cari Pasangan Yang Tiada Abang Angkat atau Kakak Angkat. Ha ha ha.. Mungkin anda sedang tergelak bila membacanya tapi inilah hakikat yang sebenar. Kadangkala bila difikirkan mungkin mereka ini boleh menjadi orang untuk berkongsi masalah dengan kita tetapi selalunya tidak. Mengapa anda perlu mencari pasangan yang tiada abang angkat atau kakak angkat? • Adakah anda mahu diganggu oleh abang angkat atau kakak angkat pasangan sewaktu bercinta kerana mereka sebenarnya meminati pasangan anda? • Adakah anda mahu setiap keputusan anda dan pasangan anda dipengaruhi oleh abang angkat atau kakak angkat anda? Mereka amat bagus untuk berkongsi masalah dengan kita tetapi pada masa yang sama kita dilihat tidak matang untuk menguruskan masalah cinta kita bersama pasangan kita sendiri. Malah amat teruk lagi bila pasangan anda diminati oleh kakak angkat atau abang angkat, semestinya mereka akan ambil peluang untuk memisahkan anda dengan pasangan anda. 6) Cari Pasangan Yang Tiada Adik Ini lagi satu kes yang amat berat bagi setiap orang. Masakan tidak, jika adik angkat tu dilayan amat mesra tidak mustahil pasangan akan lebih mengatakan bahawa adik angkatnya lebih penting daripada anda. Mengapa anda perlu mencari pasangan yang tiada adik angkat?? • Adakah anda mahu berkongsi kasih sayang pasangan anda yang sama dengan adik angkat anda? Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 1
  • 20. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) • Adakah anda tidak berasa malu jika masalah atau segala kelemahan anda itu akan diketahui oleh adik angkat pasangan anda setelah pasangan anda memberitahunya sendiri? Bercinta sebenarnya adalah privacy dan sepatutnya perkara-perkara tersebut tidak sepatutnya terbongkar kepada orang lain. Adalah tidak wajar jika kita bercinta, kita terpaksa berkongsi kasih dengan orang lain. Manakan tidaknya jika kita dipanggil sayang, adik angkat pasangan juga dipanggil sayang, jadi dimanakah keistimewaan cinta anda. 7) Cari Pasangan Yang Mampu Berkorban Untuk Anda. Ini merupakan satu kriteria yang terpenting sekali bagi setiap pasangan yang bercinta. Ya, komitmen terhadap pasangan memang merupakan kunci utama untuk kebahagiaan hidup kita. Tanpa komitmen yang tinggi terhadap pasangan, tidak mustahil hubungan itu akan hancur. Mengapa anda perlu mencari pasangan yang mampu berkorban untuk anda?? • Adakah anda mahu pasangan yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa langsung untuk bersama anda? • Adakah anda inginkan seorang pasangan yang sentiasa mementingkan diri sendiri dan tidak membantu anda apabila anda berada dalam kesesakan? Semestinya anda akan mengatakan tidak kerana tujuan anda bercinta adalah untuk menyayangi dan disayangi. Maka tidak bermaknalah jika anda bercinta dengan orang yang lebih mencintai dirinya sendiri. Berkorban di sini adalah dari segi berkorban masa dan duit bukannya berkorban tubuh badan atau maruah. Ini kerana jika kita mencintai seseorang, kita sepatutnya menjaga pasangan dan maruahnya sebelum kita berkahwin. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2
  • 21. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) 8) Cari Pasangan Yang Soleh atau Solehah. Ya, mencari pasangan yang soleh atau solehah adalah suruhan agama kita. Jika pasangan kita tidak mementingkan agama bagaimana nak menguruskan rumah tangga yang harmoni dan diredhai. Mengapa anda perlu mencari pasangan yang soleh atau solehah? • Adakah anda mahu pasangan yang cetek agama dan sentiasa mengajak anda membuat maksiat ? • Adakah anda mahu pasangan yang tidak menghormati ibu bapa anda malah sentiasa membelakangkan agama? Walaupun cinta itu penting, tetapi kita patut tahu bahawa cinta yang tidak berlandaskan agama tidak akan kekal sampai ke akhir hayat. Agama mencorakkan hidup kita supaya lebih sempurna. 9) Cari Pasangan Yang Sentiasa Menyenangkan Hati Anda. Pasangan yang kekal lama ialah pasangan yang saling menyenangkan hati pasangan mereka masing-masing. Mana mungkin kita akan kekal dengan pasangan jika ketika kita sedang bersedih, pasangan anda pula memarahi anda. Ini boleh menyebabkan anda menjadi gila kerana bertambah tension. Mengapa anda perlu mencari pasangan yang sentiasa menyenangkan hati anda?? Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2
  • 22. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) • Adakah anda mahukan pasangan yang memberikan tekanan kepada anda dua kali ganda daripada tekanan yang anda hadapi di tempat kerja anda? • Adakah anda inginkan pasangan yang akan memberikan kesedihan kepada anda disaat anda sedang berduka akibat sesuatu? Oh, tidak. Anda bercinta untuk dikasihi pasangan dan bukannya untuk menambahkan beban kerungsingan yang anda hadapi. Semestinya anda inginkan seseorang yang boleh meredakan kesedihan anda. Ini akan memberikan anda keyakinan untuk bangkit dari kesedihan itu. Saya amat yakin bahawa anda akan memperoleh sebuah cinta yang sejati seandainya anda dapat mencari pasangan yang menepati kriteria-kriteria tersebut. Apa lagi yang anda tunggu-tunggu? Mulakanlah langkah anda memburu pasangan hidup anda. Kepada yang sudah mempunyai pasangan hidup pula, adakah pasangan anda menepati kriteria diatas?? Jika tidak, anda masih boleh mencari cinta sejati dengan memupuk cinta yang sedia ada. Jika anda bertanya bagaimana, sila baca bab yang berikutnya dengan penuh teliti. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2
  • 23. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Petua Memancing Hati Pasangan Kepada yang sedang mencari cinta, saya membayangkan bahawa anda sekarang telah pun mempunyai seseorang yang ingin anda jadikan pasangan hidup anda. Anda sudah pun memulakan langkah dan telah pun cuba mendekati bakal pasangan anda, sekarang kita akan membincangkan mengenai cara untuk memancing hati bakal pasangan anda. Cara ini sebenarnya juga boleh digunakan oleh pasangan yang sedang bercinta ataupun pasangan yang sudah berkahwin. Yang penting di sini ialah bagaimana juga untuk memancing hati pasangan anda agar cinta anda akan berkekalan sampai bila- bila. Namun begitu, ingatlah bahawa cara yang salah akan menghancurkan impian cinta anda. Jangan bimbang kerana di dalam bab ini, anda bakal di sajikan dengan petua-petua yang amat berkesan untuk memastikan cinta anda mekar di hati pasangan anda. Setiap petua ini amatlah berharga walaupun bagi anda semua ia terlalu praktikal dan sangat mudah. Antara petua tersebut ialah : 1) Sentiasa Hiburkan Hati Pasangan. • Sentiasa membuat lawak yang berkesan agar bila anda tiada di sisi mereka pun mereka masih lagi mengingatinya malah adakalanya mungkin tergelak sendirian. Ini juga dapat mengurangkan kesedihan mereka. 2) Sentiasa Mengambil Berat Tentang Pasangan. • Sentiasalah mengambil tahu apa-apa perkara pun yang berlaku pada pasangan anda kerana ia menunjukkan bahawa anda sangat komited terhadap hubungan cinta dengan mereka. Ia juga bakal menjadikan diri anda lebih disayangi pasangan. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2
  • 24. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) 3) Tunjukkan Keikhlasan Anda Terhadap Pasangan. • Sentiasalah jujur dalam melakukan apa-apa sahaja dalam cinta kerana jika kita ikhlas dan jujur dalam cinta, kita akan lebih dihormati malah akan dipandang tinggi oleh pasangan kita. Ini menunjukkan bahawa kita bersungguh-sungguh mengejar cinta mereka. 4) Sentiasa Luangkan Masa Untuk Bersama Pasangan. • Sentiasalah mempunyai masa untuk berjumpa atau keluar bersama agar mereka tidak mudah mengatakan anda tidak mementingkan mereka. Kesibukan dengan kerja bukanlah penghalang bagi seseorang untuk berjumpa dengan pasangan mereka kerana dalam sehari ada 24 jam semuanya. 5) Sentiasa Buatkan Pasangan Selesa Dengan Anda. • Anda perlulah senantiasa memberikan sokongan terhadap pasangan anda jika mereka berada di dalam kesedihan. Ini akan membuatkan pasangan anda merasakan dirinya difahami malah disayangi sepenuh hati oleh anda. 6) Sentiasa Berikan Bantuan Kepada Pasangan Walau Tidak Disuruh. • Anda perlulah peka terhadap masalah yang pasangan anda alami malah anda juga perlulah menjadi orang yang pertama untuk menyelesaikan masalah tersebut walau tidak disuruh oleh pasangan anda. Ini akan membuatkan mereka rasa bahawa mereka penting di dalam hati anda. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2
  • 25. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) 7) Sentiasa Rapat Dengan Ahli Keluarga Pasangan atau Ibu Bapa Mertua. • Anda perlulah sentiasa menziarahi keluarga pasangan anda agar mereka dapat melihat bahawa anda amat jujur untuk bercinta dengan pasangan anda. Anda juga bakal menjadi orang yang terpenting dalam keluarga mereka sekiranya anda rapat dan dikenali mereka. 8) Sentiasa Ambil Tahu Mengenai Kegiatan Pasangan Anda. • Anda perlu tahu segalanya mengenai kegiatan yang sedang dilakukan oleh pasangan anda agar mereka rasa diri mereka sentiasa diambil berat oleh anda. Malahan tidak mustahil mereka dapat mengawal diri mereka daripada melakukan sesuatu yang menyakitkan hati anda. 9) Sentiasa Berbincang Untuk Menyelesaikan Apa Jua Masalah Sekalipun. • Anda hendaklah sentiasa tenang malah tidak mudah melenting jika anda dan pasangan anda mengalami masalah. Jalan terbaik bagi menghadapi segala masalah tersebut adalah dengan berbincang kerana dengan berbincang kita akan dapat tahu apa yang perlu kita lakukan tanpa pertengkaran. 10) Sentiasa Berhubung Dan Berkomunikasi Dengan Pasangan. • Sentiasalah berhubung dan bercakap dengan pasangan anda setiap waktu agar pasangan anda fikir bahawa setiap saat yang dilaluinya sentiasa bersama anda. Ini dapat mengukuhkan ikatan cinta agar lebih kuat kerana selalu berhubungan dan berkomunikasi antara satu sama lain. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2
  • 26. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Sekali pandang memang amat senang dan praktikal tetapi percayalah bahawa ia amatlah mendatangkan kesan yang amat mendalam dalam diri setiap pasangan kita. Ia juga bakal membuatkan pasangan anda tertawan kepada anda dan anda akan lebih dihargai malah dihormati oleh pasangan. Kesimpulan dalam bab ini ialah kita perlulah menarik hati pasangan kita dengan menunjukkan kesungguhan kita dalam mengejar cinta. Ini akan membuatkan mereka percaya dan yakin terhadap cinta anda. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2
  • 27. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Cara Memelihara Cinta Sejati Bukan senang bagi seseorang untuk mendapatkan seorang pasangan dan bercinta dengan kita walau dalam sekelip mata sekalipun. Oleh sebab itu kita sepatutnya menghargai cinta kita, pasangan kita atau isteri kita agar cinta kita terus kukuh. Susah bagi kita jika kita hanya tahu bercinta sahaja tetapi tidak tahu cara untuk memelihara dan mencorakkan cinta tersebut . Oleh sebab itu, kita perlulah menjaga hati pasangan agar hati kita sendiri dijaga rapi oleh pasangan. Ini adalah kerana cinta tidak akan dapat jika kita tidak memberikan cinta kita kepada pasangan. Cinta juga bukan mudah diperolehi malah mudah hilang jika kita tidak menjaganya. Namun begitu, bagaimanakah caranya untuk memelihara cinta yang kita ada agar ia tidak hilang? Senang sahaja jawapannya kerana di bawah ini saya telah selitkan antara cara-cara hendak memelihara sesebuah cinta itu agar kekal lama. Antara cara-cara tersebut ialah : 1) Sentiasa Berterus-Terang Dengan Pasangan • Jika kita tidak berpuas hati mengenai sesuatu tentang pasangan kita atau apa-apa hal, berterus-teranglah kepadanya kerana kadangkala dia tidak faham apa kemahuan kita jika kita tidak berterus-terang. 2) Jangan Menipu Pasangan Anda • Jangan sesekali kita menipu pasangan kita kerana jika kita menipu, kepercayaan yang diberikan oleh pasangan kita terhadap kita akan berkurangan. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2
  • 28. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) 3) Sentiasa Ambil Tahu Masalah Anda Dan Pasangan Anda • Sentiasa mengambil tahu apa yang pasangan anda tidak puas hati dengan anda dan berusahalah untuk memperbaikinya kerana kadangkala ia akan menjadi masalah yang besar dalam hubungan anda. 4) Sentiasa Tunjukkan Kasih Sayang Kepada Pasangan • Tunjukkanlah bahawa anda sangat menyayanginya sepenuh hati kerana pasangan anda sebenarnya ingin disayangi oleh anda dan mereka juga akan menyayangi anda dengan sepenuh hati. 5) Sentiasa Dengar Nasihat Yang Tersayang • Bukalah minda dan telinga anda untuk mendengar setiap teguran dan nasihat daripada yang tersayang kerana mereka tahu apa yang kita perlu ubah dalam hidup kita. Ini kerana merekalah orang yang paling rapat dengan kita. 6) Sentiasa Punyai Masa Untuk Pasangan • Luangkanlah sedikit masa anda setiap hari untuk bersamanya atau hubungilah pasangan anda agar pasangan anda akan rasa lebih seronok untuk bercinta kerana diambil berat. 7) Berikan Ruang Kebebasan Dalam Bercinta • Janganlah sekali-kali mengongkong pasangan anda untuk berkawan dengan rakan-rakan mereka(yang sama kaum dengan mereka). Ini Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2
  • 29. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) adalah kerana mereka juga memerlukan masa untuk bersantai dengan rakan-rakan mereka. 8) Sentiasa Berkorban Demi Kebahagiaan Pasangan • Jangan terlalu berkira dengan pasangan apabila pasangan anda meminta pertolongan daripada anda sama ada untuk dirinya atau keluarganya kerana ia menunjukkan betapa pentingnya anda dalam kehidupannya. 9) Jaga Pasangan Anda Seperti Anda Menjaga Diri Anda Sendiri • Sentiasalah menjaga pasangan anda apabila mereka tidak sihat atau berada di dalam bahaya kerana kita sepatutnya bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka selain ibu bapa mereka. Ini menunjukkan bahawa mereka amat selamat jika bersama anda. 10) Jangan Buat Pasangan Anda Sakit Hati Dengan Anda • Sentiasalah menjaga hati pasangan dan tidak perlulah anda mengguris hati pasangan anda dengan menghinanya atau membuat sesuatu yang membelakangkannya dan tidak disukainya sehingga dia amat membenci kita. Jika ia berlaku, nescaya kepercayaannya terhadap anda semakin berkurangan. 11) Jangan Buat Pasangan Anda Meragui Cinta Anda. • Janganlah membuat sesuatu yang menunjukkan bahawa anda tidak memerlukan mereka. Contohnya menyimpan gambar perempuan atau lelaki lain di dalam dompet kita. Jika ia berlaku, ada kemungkinan Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 2
  • 30. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) perang dunia ketiga akan berlaku atau anda akan dikawal (Queen Control atau King Control) oleh pasangan anda sepenuhnya tanpa kebebasan. Ingatlah wahai pembaca, tidak mungkin pasangan akan menjaga hati kita jika kita tidak menjaga hati pasangan. Sama juga jika kita mahu diri kita disayangi sepenuh hati, kita sepatutnya menyayangi pasangan kita dengan sepenuh hati. Kesimpulannya cinta tidak akan dapat jika kita tidak mencarinya malah tidak akan dapat jika kita tidak memberi. Marilah bersama-sama menjaga hati masing-masing agar cinta anda menjadi amat berharga dalam diri pasangan anda. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3
  • 31. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Teknik Pengurusan Cinta Dan Kerjaya Ini adalah suatu topik yang menjadi kemestian bagi setiap pasangan yang bercinta. Bagi setiap wanita pastilah menginginkan seorang lelaki yang mempunyai kerjaya agar masa depan mereka selepas berkahwin menjadi terjamin. Kenyataan itu amat benar kerana jika seorang lelaki itu tiada pekerjaan, bagaimana hendak membeli makanan dan membahagiakan rumah tangga. Ya, seperti yang telah sedia maklum wanita tidak akan memandang seorang lelaki itu jika lelaki itu tidak mempunyai kerja. Bagi mereka hanyalah sia-sia bercinta dan berkahwin dengan lelaki sebegitu. Namun begitu terdapat lagi satu masalah juga jika lelaki tersebut lebih mementingkan kerjaya daripada cinta. Kita sepatutnya tahu bagaimana hendak menguruskan kerjaya kita di samping menguruskan cinta dan menjaga hati pasangan pada masa yang sama. Tidak semua orang yang dapat mengawal dua perkara penting tersebut dengan baik malahan ada yang menganggap bahawa kerjaya adalah yang terpenting sampai sanggup mengabaikan pasangan dan ada juga yang sebaliknya. Teknik pengurusan cinta dan kerjaya ini dipecahkan kepada dua golongan iaitu golongan yang belum berkahwin dan golongan yang sudah berkahwin seperti berikut: 1) Untuk Yang Belum Berkahwin • Sekiranya anda dan pasangan bekerja di tempat yang berhampiran, pastikan anda sentiasa mengambil pasangan anda semasa pulang dari bekerja. • Sentiasalah mengambil berat tentang keadaan pasangan pada setiap masa dengan menelefon pasangan anda pada waktu masuk kerja, pada waktu rehat, dan pada waktu balik. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3
  • 32. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) • Sentiasa luangkan masa untuk pasangan anda sekurang-kurangnya 2 jam sehari. • Jangan cuba-cuba menipu pasangan anda kerana keparcayaan dalam cinta amatlah penting dan janganlah musnahkan kepercayaan tersebut. • Sentiasa bersedia mengorbankan jiwa kita, masa malahan wang ringgit demi kekasih dan jangan sekali-kali kedekut. • Sentiasa penuhkan masa tidak bekerja dengan bersama pasangan anda kerana ia dapat mengurangkan tekanan anda. • Sentiasa ada masa untuk pasangan bila diperlukan contohnya ketika anda bekerja, pasangan anda meminta untuk menghantarnya ke hospital, maka anda patut mengorbankan sedikit masa kecemasan seperti itu. • Sentiasa menziarahi ibu bapa pasangan anda untuk menunjukkan bahawa anda amat ikhlas menjalinkan hubungan dengan pasangan anda dan mahu direstui oleh mereka. • Jangan lupakan pasangan anda walau sesaat pun. Ini bermaksud setiap perkara yang anda lakukan mestilah memikirkan baik buruk tindakan anda terhadap pasangan anda. • Kumpul gaji bulanan anda untuk berkahwin dengan pasangan anda. Ini akan menunjukkan betapa bersungguh-sungguhnya anda bercinta dengan pasangan anda sehingga ke jinjang pelamin. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3
  • 33. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) 2) Untuk Yang Sudah Berkahwin • Sentiasa balik pada waktu rehat setiap hari bekerja jika berkesempatan untuk menikmati juadah yang pasangan anda sediakan dirumah. Ini akan menunjukkan penghargaan kita terhadap isteri kita. • Jangan habiskan masa hujung minggu dengan kerja-kerja pejabat. Ini adalah kerana isteri anda juga perlukan masa untuk bersama anda tanpa memerlukan anda berfikir mengenai pasangan anda. • Sentiasa dapat asingkan hal pejabat dengan hal-hal rumah tangga. Jangan tunjukkan tekanan kerja anda di rumah kerana pasangan anda tidak bersalah langsung tentang pekerjaan anda. Jangan nanti pasangan anda menyangkakan bahawa merekalah penyebab tekanan anda itu. • Sentiasa menghargai apa yang pasangan anda lakukan. Pasangan anda juga adalah manusia dan sifat manusia adalah untuk dihargai terhadap kerja-kerja yang mereka lakukan. Berterima kasihlah kepada pasangan malah pujilah pasangan anda agar pasangan anda rasa dirinya dihargai. • Pastikan waktu kerja anda tetap dan tidak pulang lewat ke rumah. Ini adalah kerana kasihan pasangan anda, setiap hari menunggu kepulangan anda di rumah sedangkan anda sibuk bekerja pada waktu lepas kerja. • Jangan sekalipun anda menyakitkan hati pasangan anda dengan menghina pasangan anda ketika anda sedang marah. Ini akan meruntuhkan lagi rumah tangga anda. Sebaiknya jika anda sedang marah, duduk diam dan cuba tenangkan fikiran anda. • Sentiasa mempunyai masa untuk berbincang dengan pasangan. Ini akan merapatkan lagi hubungan anda dengan pasangan anda malah dapat menyelesaikan sebarang masalah tanpa perlu bergaduh. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3
  • 34. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) • Sentiasa membuat pasangan anda selesa dengan anda. Ini bermaksud jika pasangan anda didalam kesedihan, cubalah hiburkan hati pasangan anda agar mereka dapat mempunyai mood kembali. • Sentiasa mengambil tahu perihal pasangan anda setiap hari . Anda boleh menelefon mereka setiap masa agar mereka rasa diambil berat oleh anda. • Sentiasa membantu pasangan menguruskan rumah tangga bersama- sama. Ini dapat mengeratkan lagi ikatan pasangan malahan dapat mengurangkan bebanan kerja pasangan anda di rumah. • Jangan membelakangkan pasangan anda dalam apa jua hal sekalipun. Ini bermaksud kongsilah segalanya dengan pasangan anda tanpa perlu beselindung atau menipu. Penulis amat yakin sekiranya anda mampu menguruskan cinta dan kerjaya anda, maka tidak mustahil anda akan berjaya di dalam hidup anda. Anda juga bakal menjadi antara manusia yang sentiasa bahagia didalam hidup anda. Oleh itu, marilah bersama-sama belajar daripada teknik-teknik tersebut untuk menguruskannya dengan lebih baik lagi. Bayangkanlah jika anda telah mempunyai kekasih yang setia tetapi anda asyik sibuk bekerja dan sering mengabaikannya, tidak mustahillah mereka yang setia akan jadi orang yang tidak setia lagi kerana diabaikan anda. Jadi siapa yang akan menangis?? Siapa pula yang akan bahagia?? Tentunya yang menangis itulah anda kerana kehilangan kekasih yang setia dan yang bahagia pula ialah kekasih baru pasangan anda kerana mendapatkan seorang yang setia untuk diri mereka. Jadi, fikir- fikirkanlah.... Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3
  • 35. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Teknik Pengurusan Masalah Dalam Perhubungan Seperti yang telah sedia maklum, bercinta tidaklah selalunya membuahkan bahagia kerana bercinta juga dipenuhi dengan halangan-halangan tidak kira yang kecil ataupun yang besar. Malahan terlalu banyak perpisahan terjadi kerana tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Maka tidak mustahillah ada 24 pasangan bercinta yang akan berpisah dan bercerai setiap hari akibat daripada masalah-masalah tersebut. Akan tetapi, jika kita mampu menguruskan masalah-masalah tersebut, kita sudah pasti dapat menghalang daripada terjadinya perpisahan atau penceraian antara anda dengan pasangan anda. Bagaimanakah caranya?? Sila kaji 9 modul masalah dan penyelesaian yang telah saya sediakan dibawah. Masalah-masalah tersebut ialah: 1) Bergaduh kerana cemburu • Puncanya ialah salah seorang daripada pasangan tersebut melakukan sesuatu yang membuatkan pasangannya mencurigainya. • Penyelesaiannya ialah jangan sekali pun anda melakukan perkara yang tidak disukai oleh pasangan anda termasuk tidak melakukan perkara yang akan menyebabkan pasangan anda berasa cemburu dan terus mencurigai cinta anda. 2) Bergaduh kerana tekanan bekerja • Puncanya ialah anda atau pasangan terlalu tension ditempat kerja akibat pekerjaan atau dimarahi bos anda dan melepaskan keseluruhan tension tersebut di rumah anda dan dihadapan pasangan masing- masing. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3
  • 36. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) • Penyelesaiannya ialah sentiasalah mengetahui cara terbaik untuk mengelakkan anda melepaskan tekanan kerja anda di rumah dengan mengetahui cara mengasingkan hal pejabat dengan hal rumah tangga anda. Ingatlah bahawa pasangan anda tidak bersalah langsung diatas tekanan anda itu. 3) Bergaduh kerana terkongkong • Puncanya ialah pasangan merasa terkongkong atau dikawal sepenuhnya oleh anda malah tidak bebas bergerak ke mana sahaja. • Penyelesaiannya ialah berikanlah sedikit ruang untuk pasangan anda bebas tetapi mempunyai had yang tertentu agar pasangan anda tidak menggunakan kebebasan tersebut untuk menyakiti hati anda. 4) Bergaduh kerana kesempitan wang • Puncanya ialah tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga. • Penyelesaiannya ialah cari kerja-kerja sampingan yang boleh menambah duit pendapatan bulanan anda tanpa mengganggu kerja- kerja harian anda. Ia bukan sahaja dapat membantu keluarga, malahan dapat memperoleh pengalaman kerja yang banyak. 5) Bergaduh kerana ditipu pasangan • Puncanya ialah seringkali ditipu pasangan sama ada penipuan yang kecil mahupun penipuan yang besar yang boleh menggoyahkan keteguhan cinta anda. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3
  • 37. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) • Penyelesaiannya ialah sentiasa jujur dalam percintaan dan tidak menipu dalam semua perkara yang kita lakukan. Jangan sekali-kali anda menipu pasangan anda kerana setiap kali anda menipu, kepercayaan yang mereka berikan akan pudar. 6) Bergaduh kerana tiada masa bersama • Puncanya ialah terlalu sibuk dengan urusan kerja tanpa melayan pasangan anda yang menunggu anda untuk bersama. • Penyelesaiannya ialah pastikan bahawa masa kerja anda terhad hanya pada waktu kerja pada siang hari dan pada hari-hari bekerja sahaja dan bukannya pada malam hari atau pada hujung-hujung minggu. Ini akan mengeratkan lagi hubungan anda bersama pasangan anda. 7) Bergaduh kerana lambat kahwin • Puncanya ialah pasangan tidak mempunyai duit yang cukup untuk mengahwini pasangan masing-masing walaupun telah lama menjalinkan hubungan cinta. • Penyelesaiannya ialah pasangan perlulah membantu pasangan masing-masing mengumpulkan wang untuk perkahwinan dan bukanlah hanya membiarkan pasangan mengumpulkan wang tersebut sendirian. Lagi satu penyelesaian ialah kawal pengaliran keluar wang gaji anda setiap bulan. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3
  • 38. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) 8) Bergaduh kerana anak-anak • Puncanya ialah pasangan anda tidak memberikan nafkah yang secukupnya untuk menjaga anak anda atau anak-anak anda menjadi semakin degil akibat dimanjakan atau dibiarkan berseorangan. • Penyelesaiannya ialah sentiasalah mengambil tahu dan mengambil berat terhadap anak-anak anda malahan bertanggungjawablah ke atas anak-anak anda kerana ia adalah tanggungjawab anda. 9) Bergaduh kerana tidak serasi. • Puncanya ialah tidak mempunyai kemahuan dan kehendak yang sama malahan juga tidak mempunyai minat yang sama. Ia juga adalah berpunca daripada ego pasangan yang tinggi dan tidak mahu mengalah. • Penyelesaiannya ialah bertolak ansurlah terhadap kehendak pasangan anda dan turunkanlah ego anda untuk sementara waktu agar hubungan anda kembali harmoni. Jika anda sentiasa bertolak ansur, tidak mustahil pasangan anda akan turut bertolak ansur dengan anda. Cubalah anda fikirkan jika hubungan cinta anda tidak megalami pergaduhan dan sentiasa tenteram dan aman damai, sudah tentulah segala masalah yang mendatang akan dapat diselesaikan dalam sekelip mata sahaja tanpa sebarang pergeseran faham. Namun begitu, terdapat lagi satu tips sekiranya hubungan kita dilanda bencana iaitu jangan mudah melatah sekiranya terdapat masalah. Berfikirlah secara positif bahawa setiap masalah tersebut mempunyai jalan penyelesaiannya. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3
  • 39. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Jika anda mengalami perselisihan faham atau menghadapi masalah, anda bolehlah mengkaji masalah tersebut berdasarkan teknik pengurusan masalah di mukasurat sebelah. Ia boleh dijadikan asas untuk menyelesaikan setiap masalah yang anda alami. Teknik Pengurusan Masalah Bertolak Ansur Berbincang Satu Sama Satu Minta Nasihat Daripada Yang Lebih Berpengalaman. Kenangkanlah Detik-detik Indah Bersama Fikirkan Tanggungjawab Berjumpalah dengan Kaunselor. Jika anda mengikuti teknik-teknik di atas, maka tidak mustahillah walau sebesar mana masalah yang timbul pun, anda tetap akan mengatasinya. Yang penting ialah ketenangan ketika menghadapi masalah. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 3
  • 40. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Kejayaan Dalam Cinta Mungkin anda tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dalam kejayaan mencari cinta sejati. Ia bermaksud kejayaan anda mengukuhkan keharmonian antara pasangan anda malah kekal sampai ke hujung nyawa anda. Itulah kejayaan dalam cinta sejati yang amat diidam-idamkan oleh semua orang. Sebenarnya banyak faktor penting yang dapat menjayakan sebuah cinta yang sejati tetapi yang paling penting MATLAMAT CINTA anda kenalah jelas. Jika matlamat cinta anda hanya untuk seketika sahaja lebih baik anda tidak perlu bercinta kerana jika anda bercinta, anda tidak akan berjaya dalam cinta anda. Antara faktor-faktor lain yang amat penting ialah: 1. Fahami Diri Anda, Fahamilah Pasangan Anda 2. Sayangi Pasangan Anda Seperti Anda Sayangkan Diri Anda 3. Sentiasa Jujur dan Ikhlas Dalam Perhubungan 4. Sentiasa Dapat Menyelesaikan Apa Jua Masalah 5. Wujudkan Kesefahaman Dalam Bercinta 6. Sentiasa Ada Kepercayaan Dalam Cinta Dengan adanya faktor-faktor berikut, maka tidak mustahillah sesebuah ikatan itu sangat kukuh dan akan memperoleh kejayaan dalam percintaan anda. Tetapi bagaimanakah anda dapat mengetahui sesebuah hubungan itu berjaya atau tidak? Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 4
  • 41. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Senang sahaja. Jika anda terlihat pasangan-pasangan yang mempunyai ciri-ciri seperti dibawah bermakna merekalah antara pasangan yang telah berjaya dalam cinta. Antara ciri-ciri tersebut ialah : 1) Sentiasa Senyum Apabila Bersama 2) Sentiasa Bahagia Walaupun Dihimpit Pelbagai Masalah 3) Sesebuah Hubungan Itu Telah Lama Bertahan 4) Sentiasa Mesra Di Mana-mana 5) Tiada Kemarahan Dalam Diri Anda Atau Pasangan Jadi, adakah anda dan pasangan anda mempunyai ciri-ciri seperti di atas?? Jika Ya, Tahniah diucapkan kerana anda telah memperoleh kejayaan dalam mengejar sebuah cinta yang sejati. Jika Tidak, tidak mengapalah kerana anda masih belum terlambat mencari kejayaan dalam bercinta. Bacalah E-Book panduan ini berulang kali agar anda dapat memperoleh kejayaan dalam cinta anda dilandasan yang betul. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 4
  • 42. Rahsia Mencari Kebahagiaan Cinta Yang Hilang (Versi 1.0) Penutup Saya amat berharap agar anda semua dapat memperoleh sesuatu daripada e-book ini. Ini kerana e-book ini ditulis untuk panduan semua pembaca agar dapat mengecapi kebahagiaan dalam bercinta tidak kira anda belum berkahwin ataupun yang sudah berkahwin. Inilah dikatakan bahawa panduan yang betul akan mengelakkan diri anda daripada memilih pasangan yang tidak betul ataupun mengelak daripada berlakunya perpisahan. Akhir kata, saya berharap anda dapat menikmati hidup yang bahagia malahan dapat mengukuhkan lagi ikatan cinta anda terhadap pasangan anda. Saya mendoakan kebahagiaan anda semua berkekalan hingga ke anak cucu. Selamat berbahagia. “Cinta Tidak Datang Sendiri Jika Kita Tidak Bersungguh-sungguh Mencarinya” Ikhlas Daripada Saya, Mohd Faisal a.k.a Fai Terima Kasih Kerana Membaca E-Book Ini. Hak Cipta Terpelihara © 2006 CintaBahagia.com 4