2. Dorling Kindersley Illustrated Factopaedia:
Sutera berasal daripada kepompong rama-rama.
Nama saintifik: Bombyx Mori.
Terhasil daripada ulat putih (ulat sutera) yang
memintal kepompong sutera.
Kepompong akan dimasukkan ke dalam air panas
yang mendidih kemudian dipintal menjadi benang.
Setiap kepompong dapat menghasilkan 300 sehingga
900 meter panjang.
Benang sutera tersebut ditenun menjadi kain.
Kain sutera asli mengeluarkan bau yang harum.
3.
4. Pada awalnya, sutera merupakan produk kerajaan China
atau Tiongkok.
Sutera mula dikenal di Cina sejak sekitar tahun 2700
SM.
Hanya bangsa Cina yang mengetahui rahsia pembuatan
sutera selama berabad-abad.
Siapapun yang membocorkan cara pembuatan sutera
akan dibunuh dan dilabelkan sebagai seorang pengkhianat.
5. Kerana inilah yang membuat harga sutera sangat mahal,
bahkan sebanding dengan emas pada masa itu.
Lalu pada tahun 550 M, Kerajaan Romawi Timur atau
Bizantium yang bernama Justinian I mengirim 2 biarawan
yang menyamar sebagai pengintip ke negeri Cina.
Mereka berjaya mengambil ulat sutera dari negeri Cina
dan mengetahui cara membuat sutera pada tahun 552 M.
6. Sejak saat itu, sutera bukan lagi dimonopoli oleh
Kerajaan Cina.
Sejak saat itu, sutera dikembangkan di seluruh wilayah
Kerajaan Romawi dan tersebar ke seluruh dunia.
Di Malaysia ,sutera mula dikenal sejak abad kesepuluh.
8. bertelur sehingga 500 telur ulat sutera berukuran kepala
jarum.
sekitar 20 hari, telur tersebut menetas menjadi larva
ulat yang kecil.
18 hari kemudian, ukuran badan larva ulat tersebut
akan membesar sehingga 70 kali serta empat kali
mengganti kulitnya.
Kemudian larva ulat tersebut akan terus membesar
sehingga beratnya mencapai 10 kali berat.
9. Pada saat itu ulat sutera akan berwarna kekuningan
dan lebih padat. Itulah tanda ulat sutera akan mula
membungkus dirinya dengan kepompong.
Kemudian kepompong direbus agar larva ulat
di dalamnya mati.
Setelah ulat mati, serat di kepompong dapat diuraikan
menjadi serat sutera yang sangat halus.
Kemudian serat sutra yang halus tersebut dipintal.
15. PROSES PEMBUATAN KAIN SUTERA
Secara umum tiga proses utama :
Penampalan lilin batik pada kain baik secara tulis, cap maupun
kuas. Lilin berfungsi sebagai resist (penutup) terhadap warna yang
akan diberikan pada kain.
Pemberian warna. Dapat diakukan dengan teknik celupan
(deying) atau coletan (painting). Pemberian warna dilakukan tanpa
pemanasan dan warna tidak hilang pada waktu penghiangan ilin
batik.
Menghilangkan kembali lilin batik dari kain, dapat diakukan
dengan di kerok (dikerik).
16. Sutera merupakan bahan yang sangat kuat.
Sutera juga lembut ketika menyentuh kulit.
Bahan sutera memiliki ciri khas iaitu berkilau seperti mutiara.
Sutera memiliki kemampuan penyerapan yang baik.
Sutera memiliki daya tahan terhadap panas dan tidak mudah
terbakar.
Salah satu kemampuan istimewa sutera adalah mampu
melindungi kulit tubuh dari sinar ultraviolet yang dapat
merosakkan kulit.
17.
18.
19. Kosmetik
Kepompong dijadikan scrub untuk
perawatan kecantikan.
Kepompong mengandungi banyak protien
yang bermanfaat untuk kulit, iaitu untuk
memgekalkan kehalusan dan keremajaan
kulit.
Dr Hauschka dari Jerman:
• Komposisi asid amino dan pH yang hampir
sama dengan struktur kulit manusia.
• Zat antibakteria yang bermanfaat
melindungi jaringan kulit.
• Fibre membantu melindungi kulit dari sinaran
ultraviolet.
20. Perhiasan
• Sutera yang telah menjadi
benang kemudian ditenun
menjadi sehelai kain atau
pakaian.
• Perhiasan kraftangan
(kraftangan di dinding)
Kegunaan lain
22. Ayat-ayat al-Quran
Sebanyak 7 kali disebut dalam al-Quran.
Surah al-Kahfi ayat 31
Surah al-Hajj ayat 23
Al-Faatir ayat 33
Ad-Dukhaan ayat 53
Ar-Rahman ayat 54
Al-Insaan ayat 12 dan ayat 21
23. Surah al-kahfi ayat 31
Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan
gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera
yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di
dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias).
Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah
Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.
24. Surah al-Hajj ayat 23
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang
beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir
padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan
gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka di situ
dari sutera.
25. Surah al-Faatir ayat 33
(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan
masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang
tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ
adalah dari sutera.
26. Surah ad-Dukhaan ayat 53
Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera
tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa
berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).
27. Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu
dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan
sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan
kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
28. Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan
meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan
(persalinan dari) sutera.
29. Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari
sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi
dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh
Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.
30. Hukum
1. ADAKAH SUTERA ITU NAJIS ?
Prof. Dr. TM. Hasbi Ash Shiddieqy dalam Ahkam Al-
Fiqh Al-Islami atau Hukum-hukum Fiqh Islami:
Air mata, peluh, air liur, air hidung daripada binatang
yang, sama ada binatang tersebut boleh dimakan atau
tidak adalah suci
Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam Halal dan Haram dalam
Islam:
i. Prinsip-prinsip Islam dari hal halal dan haram: Asal
segala sesuatu ialah membolehkan.
31. 2. PEMAKAIAN SUTERA.
Dr. Yusuf al-Qardhawi: Halal dan Haram dalam
Kehidupan Peribadi Muslim: Soal pakaian dan
perhiasan.
a. sutera yang asli haram bagi lelaki
الرزق من والطيبات لعباده أخرج التي هللا زينة حرم من قل
“Katakanlah! Siapa yang berani mengharamkan
perhiasan Tuhan yang disediakanNya untuk
para hambaNya dan begitu pula yang baik-baik
dari rezeki.” (al-A’raf:32)
32. ولباس وريشا سوءتكم يوارى لباسا عليكم أنزلنا قد ادم يبنى
يذكرون لعلهم هللا ءايات من ذلك خير ذلك التقوى
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah
menurunkan pakaian untuk menutupi
'auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.
Dan pakaian takwa itulah yang baik." (Al-
A'raf: 26).
33. b. Islam membolehkan memakai sutera jika ada
keperluan kesihatan yang menetapkannya.
• Rasulullah pernah membenarkan Abdul
Rahman bin Auf dan Az-Zubair bin Al-Awwam
memakai sutera ketika mereka diserang
penyakit gatal-gatal (Bukhari)
34. Jumhur fuqaha' (majoriti ahli feqah)
berpendapat ia adalah haram.
اآلخ في يلبسه لم الدنيا في لبسه من فان الحرير تلبسوا الرة
Dari Umar bin Al-Khattab bahawa Rasulullah
s.a.w berkata: “Janganlah sampai kamu
memakai pakaian sutera, kerana
sesungguhnya sesiapa yang memakainya di
dunia, tidak akan dapat memakainya di
akhirat nanti.” (Bukhari&Muslim)
35. يمينه في فجعله حريرا ص هللا رسول أخذ,في فجعله ذهبا وأخذ
شماله,قال ثم:أمتي ذكور على حرام هذين ان
Dari Saidina Ali: “Rasulullah s.a.w telah
mengambil kain sutera dan dipegangnya di
tangan kanannya, dan mengambil emas dan
dipegangnya di tangan kirinya, kemudian
beliau berujar: Sesungguhnya kedua-dua ini
adalah haram bagi kaum lelaki bagi umatku.”
(Ahmad,Abu Daud,Nasa’I,Ibnu Hibban&Ibnu
Majah)
36. • Minoriti fuqaha' berpendapat tidak haram kerana
berdalilkan amalan sahabat
Segelintir sahabat (20 orang) memakai sutera,
antaranya Anas dan al Barra' (Sunan Abi Daud)
• Tarjih oleh Imam Syawkani dalam Nailool Awthor:
Apabila kesemua dalil hadis yang melarang dan
membolehkan digabungkan, maka hukumnya
makruh memakai sutera. Buktinya 20 orang
sahabat memakainya sedangkan mustahil
sahabat memakai sesuatu yang diharamkan oleh
syari'at.
37. Bagaimana pula kalau bukan 100% sutera?
• Dalil hadis yang berbunyi:
Dari Umar al Khattab bahawa RasuluLlah saw melarang
memakai sutera kecuali pada tempat selebar dua, tiga
atau empat jari. (Muslim)
• Dalam kitab Nahjul Balaghah (Imam Ali):
sedikit sutera untuk lelaki adalah diharuskan, kerana ia
adalah bab berpakaian, dan kemungkinan pakaian itu
memerlukan sedikit sutera.
• Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah, Jld 2) berpendapat:
memakai sedikit sutera bagi lelaki adalah harus.
38. Syarat sah solat
Haram dipakai ketika solat bagi lelaki, sama seperti
hukum memakai pakaian yang dirampas, dicuri dan
sebagainya yang bukan miliknya yang mana ia tidak
menjejaskan kesahihan solat seseorang.
Maksudnya, solat seorang lelaki yang memakai sutera
tidak memberi apa-apa kesan dari segi sah-batalnya
mengikut hukum syarak.
Sebaliknya, orang itu adalah berdosa kerana memakai
sesuatu yang diharamkan oleh syarak, samada ia
dipakai dalam solat atau pun di luar solat.
39. والبغى واالثم بطن وما منها ظهر ما الفوحش ربى حرم انما قل
ع تقولوا وأن سلطنا به ينزل مالم باهلل تشركوا وأن الحق بغيرلى
تعلمون ال ما هللا
Katakanlah: “Tuhanku hanya mengharamkan
perbuatan yang keji, baik yang nampak mahupun
yang tersembunyi, dan perbuatan dosa,
melanggar hak manusia tanpa alasan yang
benar, mempersekutukan Allah dengan sesuatu
yang Allah tidak menurunkan dasarnya untuk itu
dan mengada-adakan terhadap Allah apa saja
yang tidak kamu ketahui”. (Qs. 7 al-A’raaf 33)
40. Hikmah pengharaman sutera ke atas
kaum lelaki
Untuk mendidik mereka dengan suatu moraliti
yang tinggi lagi mulia
Untuk memerangi segala rupa hidup
bermewah-mewahan
41. Hikmah boleh memakainya bagi kaum
wanita
Terdapat pengecualian hukum, kerana
menjaga perasaan kaum wanita dan tuntutan
kewanitaannya.
Fitrah wanita suka dan cenderung untuk
menghias diri.
42. • Sutera terhasil daripada sejenis serangga yang
dikenali sebagai ulat sutera (ulat putih), atau
nama saintifiknya Bombyx Mori.
• Secara umumnya, memakai sutera haram bagi
lelaki dan harus bagi wanita dengan syarat
tidak melangkaui batas syariat.
• Pendapat ulama’ : haram apabila memakai
keseluruhan pakaian itu daripada sutera,
tetapi harus sekiranya ia adalah sedikit.