SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SEJARAH SPM 2014 
7.1 CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN 
1. PENGENALAN (5m) 
a) Maksud demokrasi berparlimen / Latar belakang demokrasi 
berparlimen di Malaysia. 
Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri 
dalam sistem pemerintahan negara. 
Dalam konteks Malaysia pula, meletakkan Raja-raja Melayu 
sebagailambang taat setia rakyat . 
Selain itu demokrasi berparlimen memberi rakyat peluang 
membentuk kerajaan. 
Rakyat juga bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. 
Umumnya pula negara demokrasi lahir 
daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. 
Terdapat dua corak pemerintahan Negara demokrasi 
iaitu sistem Raja berpelembagaan dan sistem republik. 
Sistem Raja berpelembagaan pula bermaksud sistem 
pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintahan 
tertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana 
Menteri. 
Bagi sistem Republik pula ialah bermaksud sistem 
yang menolak institusi beraja. Kerajaan diketuai oleh presiden. 
Manakala Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. 
Contoh seperti Negara Perancis, Korea Selatan, India dan 
Filipina. Presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua 
kerajaan dan ketua negara 
** Atau latar belakang demokrasi berparlimen di Malaysia 
Asas demokrasi berparlimen bermula apabila British 
memperkenalkanSistem Ahli 1955. Seterusnya tertubuhnya Parti 
Perikatan iaitu kerjasama kaum melalui UMNO dan MCA untuk 
menghadapi pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur 1952. Asas 
ini bertambah kukuh apabila kemasukan parti MIC dalam Parti 
Perikatan bagi menghadapi pilihan raya umum pertama 1955. 
Demokrasi berparlimen direalisasikan apabila Parti Perikatan 
menang dan membentuk kerajaan iaitu Tunku Abdul Rahman 
sebagai Ketua Menteri. Seterusnya demokrasi berparlimen jelas 
apabila peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan 
Persekutuan Tanah Melayu 1957. 
Antaranya menjadikan Yang diPertuan Agong 
sebagai Ketua Negaradan konsep Raja 
Berperlembagaan. Pilihanraya umum yang diadakan lima tahun 
sekali merupakan tonggak utama demokrasi berparlimen di 
Malaysia. Sejak merdeka hingga kini Malaysia adalah sebuah 
negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. 
2. PEMAHAMAN 
Ciri-ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen (30 m) 
Ciri utama dalam sistem pemerintahan demokrasi 
berparlimen ialah mempunyai perlembagaan. 
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang 
menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. 
Perlembagaan menjadi panduan kepada kerajaan untuk 
melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik / 
kerajaan yang memerintah akan mengetahui hala tuju 
pentadbiran negara.
Perlembagaaan ini menjamin kerajaan menunaikan 
tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang 
terkandung di dalamnya. 
Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti Senarai 
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan senarai Bersama. 
Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan 
Badan Kehakiman dan Perlembagaan Malaysia telah membuat 
pembahagian kuasa. Wujud kerajaan Persekutuan dan Kerajaan 
Negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan. 
Negeri-negeri yang bergabung dengan persekutuan 
Malaysia diberi hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang 
diperuntukkan dalam perlembagaan negeri. 
Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan sesebuah 
negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. 
Perlembagaan membantu dan menjamin kecekapan, kejujuran, 
keadilan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah 
kerajaan. 
Ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen berikutnya 
ialah institusi Raja Berpelembagaan. Di Malaysia, Raja 
Berpelembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut 
peruntukkan dalam perlembagaan Malaysia. 
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan 
Perlembagaan. Dalam menjalankan tugasnya,Yang di-Pertuan 
Agong tidak boleh bertindak sendirikecuali dalam perkara tertentu 
yang memerlukan budi bicara baginda dalam membuat 
keputusan. 
Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan 
sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri 
Melayu secara bergillir-gilir. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong 
dibuat mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. 
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua 
Negara. Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga badan kerajaan 
iaitu Badan Perundangan(Legislatif),Badan Pemerintah (Eksekutif) 
dan Badan Kehakiman (Judisiari) 
Baginda merupakan Ketua Tertinggi angkatan 
Bersenjata.Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan 
menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang 
dibicarakan oleh Mahkamah tentera. Baginda 
bertanggungjawabmenjaga dan memelihara kedudukan dan hak 
istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja 
Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan 
keistimewaaan,kedudukan,kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja 
Melayu. 
Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua Agama 
Islam bagi negeri baginda sendiri,Pulau Pinang, Melaka, Wilayah 
Persekutuan,Sarawak dan Sabah. 
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara 
untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa 
melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan 
Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri. 
Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang 
darurat di bawah ‘Undang-undang X’ jika mendapati 
keselamatan negara terancam.
Baginda melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya 
Pilihan Raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman,serta Pengerusi dan 
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. 
Baginda bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan 
seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.Yang di-Pertuan 
Agong mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta 
negara kita. 
Sistem Raja Berpelembagaan merupakan tonggak 
keagungan kerajaan Malaysia sehingga kini. Sistem ini membantu 
memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di 
samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi 
rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja. 
Ciri demokrasi berparlimen seterusnya ialah parlimen / 
badan perundangan. Parlimen merupakan badan perundangan 
yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Malaysia. 
Komponen Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, 
Dewan Negara dan dewan Rakyat. 
Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi 
dalam sistem pemerintahan negara kita. Dewan Negara 
mempunyai 69 orang ahli,26 orang ahli dipilih daripada 13 buah 
negeri,iaitu dua orang setiap negeri. 
Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 
kalangan ahli DUN. Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan 
Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 
seorang lagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. 
40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang 
terdiri daripada individu yang telah memberi sumbangan yang 
cemerlang dalam perkhidmatan awam,bidang professional atau 
bidang tertentu seperti perniagaan,perusahaan,pertanian,kesenian 
dan kebajikan atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti 
orang asli. 
Ahli Dewan Negara digelar Senator dan mereka dilantik 
tanpa bertanding dalam pilihan raya.Seorang Senator memegang 
jawatannya bagi tempoh 3 tahun. Selain itu, Senator mesti berumur 
sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf senator sama dengan ahli 
Parlimen. Seseorang Senator boleh dilantik menjadi ahli Jemaah 
Menteri. 
Dewan rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya 
dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan rakyat 
mempunyai 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan 
raya di seluruh negara. 
Tempoh jawatan bagi anggota Dewan Rakyat ialah 5 
tahun. Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan 
meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. 
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dikenal sebagai 
Akta. Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri 
dinamakan Enakmen. Manakala Undang-udang yang dibuat oleh 
Dewan Undangan Negeri di Sarawak dan Sabah 
dinamakan Ordinan. 
Pilihanraya juga merupakan salah satu ciri demokrasi 
berparlimen di Malaysia. Pilihan raya ialah proses memilih wakil 
rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau
persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan 
menggunakan prosedur yang telus dan teratur. 
Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya 
direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. 
Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. Pilihan raya 
merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. 
Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan 
Raya (SPR). Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong 
selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu. Suruhanjaya 
Pilihan Raya ditubuhkan untukmenjamin pilihan raya yang adil dan 
bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. 
Terdapat dua jenis pilihanraya di Malaysia iaitu pilihanraya 
umum dan pilihan raya kecil. Pilihan raya umum diadakan untuk 
memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri 
secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.Di Sarawak dan 
Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan 
Undangan Negeri diadakan secara berasingan. 
Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan 
kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan 
Negeri. Setiap warganegara Malaysiabebas memilih dan 
menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari. 
Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam 
pilihan raya. Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan 
raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, 
bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, 
tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak 
disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah. 
Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam 
sistem pemerintahan demokrasi. Setiap warganegara perlu 
bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa. 
Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin 
negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak 
pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya. 
Dalam konteks Malaysia, demokrasi 
berparlimen mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa 
pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang,iaitu Badan 
Perundangan,Badan Pelaksana,dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga 
badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk 
mengelakkan pembolotan kuasa. 
Fungsi badan perundangan merujuk kepada undang-undang 
yang digubaloleh badan perundangan yang 
dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan 
perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin 
keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan badan 
perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang 
di Malaysia.Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan 
Agong,Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 
Jemaah Menteri,atau kabinet merupakan badan pelaksana 
dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi 
negara. Tugas Jemaah Menteri, atau Kabinet ialah menggubal 
dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri 
merupakan Ketua Jemaah Menteri.
Sebagai negara demokrasi berparlimen, badan 
kehakiman mempunyai kuasa mendengar dan menentukan 
perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman 
(biasanya memerlukan affidavit) manakala perkara jenayah pula 
melibatkan kanun keseksaan. 
Badan Kehakiman menentukan kesahihan undang-undang 
yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan 
pelaksana. Selain itu, badan ini mentafsir Perlembagaan 
Persekutuan dan Perlembagaan Negeri 
Sistem mahkamah pula diwujudkan oleh Perlembagaan 
Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di 
Malaysia.Antara tugas Mahkamah ialah mentafsir perlembagaan 
negara, mentafsir undang-undang, mengisytiharkan undang-undang 
bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan 
mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang 
Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana 
pindaan tertakluk pada badan perundangan atau Parlimen. Sistem 
mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. 
Penubuhan parti-parti politik juga merupakan salah satu ciri 
demokrasi berparlimen. Secara umumnya parti politik merujuk 
kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk 
mencapai matlamat bersama.Parti-parti politik ini berjuang untuk 
mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan 
selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap 
perjuangan parti. 
Selain ideologi politik, sikap perkauman juga menjadi asas 
pembentukandan penyatuan ahli-ahli parti.Contohnya Parti 
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Cina Se- 
Tanah Melayu (MCA)dan Kongres India Tanah Melayu (MIC) di 
negara kita. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk 
menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing. 
3. Soalan 3 [15 markah] 
Malaysia sebagai Negara Persekutuan 
(a) Konsep pengagihan kuasa. 
Negara Malaysia merupakan sebuah negara 
persekutuan yang mengandungi beberapa buah negeri di 
dalamnya. Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan 
bidang kuasa yang diperuntukkan. 
Pengamalan konsep pengasingan kuasa jelas pada kuasa 
pemerintahan yang terbahagi kepada tiga badan iaitu badan 
pelaksana, badan perundangan dan badan kehakiman. 
Pengasingan kuasa juga melibatkan kuasa kerajaan persekutuan 
dan kerajaan negeri. Terdapat tiga senarai mengikut 
perlembagaan iaitu Senarai Negeri, Senarai Persekutuan dan 
Senarai Bersama. 
Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa 
Persekutuan iaitu hal ehwal luar negeri (hubungan luar), 
Pertahanan, Keselamatan dalam negeri, Pentadbiran dan 
keadilan, Kerakyatan negara, Pilihan raya negara, Kewangan, 
Perniagaan,perdagangan dan perusahaan, Jabatan ukur dan 
penyelidikan, Kerja raya dan tenaga pusat, Pelajaran, Kesihatan, 
Keselamatan buruh dan sosial, Orang asli dan Hal-hal lain.
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa 
eksekutif kepada setiap negeri. Kuasa eksekutif peringkat negeri 
terletak pada Raja atau Sultan atauYang Dipertua Negeri. 
Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh raja atau 
Yang di-Pertua Negeri daripada kalangan Ahli Dewan Undangan 
Negeri (DUN) yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan 
tersebut. 
Seterusnya, urusan pentadbiran negeri terletak pada 
perlembagaan negeri seperti mana yang diperuntukkan oleh 
Perlembagaan Persekutuan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 
(EXCO) di Semenanjung Malaysia, Majlis Tertinggi di Sarawak dan 
Kabinet di Sabah mempunyai sebilangan ahli DUN serta tiga orang 
pegawai kerajaan (ex-officio),iaitu Setiausaha Kerajaan 
Negeri,Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang 
Negeri yang berperanan menjalankan dasar pentadbiran negara 
di peringkat negeri. 
Senarai Negeri terdiri daripada bidang kuasa yang 
diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri iaitu Undang-undang Islam, 
Tanah, Pertanian dan perhutanan, Kerajaan Tempatan, 
Perkhidmatan tempatan, Kerajaan negeri, Hari cuti negeri dan 
Undang-undang negeri. 
Senarai Bersama pula ialah kuasa yang diperuntukkan 
kepada kerajaan pusat, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri 
seperti contoh biasiswa dan taman negara. 
(b) Kerajaan Persekutuan 
Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang 
luas kepada Kerajaan Persekutuan berhubung dengan 
pentadbiran negara. Pentadbiran negara meliputi semua aspek 
perkhidmatan seperti perkhidmatan ekonomi,sosial,keselamatan 
dan pendidikan. 
Badan Pelaksana atau Eksekutif mempunyai tugas untuk 
menjalankan kuasa-kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan 
undang-undang yang sedia ada. Mengikut Perlembagaan 
Persekutuan.kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak 
pada Yang di-Pertuan Agong 
Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang 
menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan 
Agong. Jemaah Menteri ini diketuai oleh seorang Perdana Menteri 
daripada kalangan ahli Dewan Rakyat. Pusat pentadbiran 
Kerajaan Persekutuan Malaysia terletak di Putrajaya. 
Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan 
iaitu hal ehwal luar negeri (hubungan luar), Pertahanan, 
Keselamatan dalam negeri, Pentadbiran dan keadilan, Kerakyatan 
negara, Pilihan raya negara, Kewangan, Perniagaan,perdagangan 
dan perusahaan, Jabatan ukur dan penyelidikan, Kerja raya dan 
tenaga pusat, Pelajaran, Kesihatan, Keselamatan buruh dan sosial, 
Orang asli dan Hal-hal lain.
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa 
eksekutif kepada setiap negeri. Kuasa eksekutif peringkat negeri 
terletak pada Raja atau Sultan atauYang Dipertua Negeri. 
Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh raja atau 
Yang di-Pertua Negeri daripada kalangan Ahli Dewan Undangan 
Negeri (DUN) yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan 
tersebut. 
Seterusnya, urusan pentadbiran negeri terletak pada 
perlembagaan negeri seperti mana yang diperuntukkan oleh 
Perlembagaan Persekutuan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 
(EXCO) di Semenanjung Malaysia, Majlis Tertinggi di Sarawak dan 
Kabinet di Sabah mempunyai sebilangan ahli DUN serta tiga orang 
pegawai kerajaan (ex-officio),iaitu Setiausaha Kerajaan 
Negeri,Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang 
Negeri yang berperanan menjalankan dasar pentadbiran negara 
di peringkat negeri. 
Senarai Negeri terdiri daripada bidang kuasa yang 
diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri iaitu Undang-undang Islam, 
Tanah, Pertanian dan perhutanan, Kerajaan Tempatan, 
Perkhidmatan tempatan, Kerajaan negeri, Hari cuti negeri dan 
Undang-undang negeri 
4. Kepentingan amalan Demokrasi Berparlimen (10m) 
Antara kepentingan amalan demokrasi berparlimen ialah 
adanya perlembagaan yang menjamin kestabilan sesebuah 
negara dan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. 
Selain itu, Perlembagaan membantu dalam menjamin 
kecekapan, kejujuran, ketelusan serta menjamin kelicinan 
pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. 
Seterusnya, perlembagaanb dijadikan sebagai panduan 
pemimpin semasa memerintah agar pemerintahannya menepati 
kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. 
Antara kebaikan sistem pemerintahan demokrasi 
ialah rakyat terlibat dalam memilih dan membentuk 
kerajaan. Rakyat boleh bersuara dan kemukakan pandangan. 
Sistem ini berjalan dengan baik dan mantap kerana 
adanya sokongan rakyat. 
Seterusnya, pemimpin tidak berkuasa mutlak. Rakyat 
juga bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya. Sistem demokrasi 
berparlimen jugamenjamin hak asasi rakyat dan memastikan 
keamanan. Sistem ini jugamenjamin kerajaan yang adil dan stabil. 
Melalui sistem demokrasi berparlimen juga, kedaulatan 
negara di tangan rakyat. Hal ini kerana kerajaan yang dipilih akan 
menunaikan tanggungjawab dengantelus. Keadaan ini 
menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. 
5. Peranan warganegara dalam mengekalkan Malaysia sebagai 
sebuah negara demokrasi berparlimen (10 markah) 
Peranan warganegara dalam mengekalkan demokrasi 
berparlimen ialahmenganggotai mana-mana parti politik. Selain 
itu, mendaftar sebagai pemilih ataumenjadi calon pilihanraya. 
Seterusnya, bertanding atas parti atau calon bebas. Kita juga
boleh memilih pemimpin yang bertanggungjawab, amanah, 
berwawasan dan pemimpin yang mesra rakyat. 
Warganegara Malaysia juga mestilah 
sentiasa menghayati dan menjunjung perlembagaan negara. 
Seterusnya mesti menerima institusi beraja dan tidak 
memperlekehkan institusi tersebut. 
Warganegara juga perlu taat kepada pemimpin negara. 
Selain itu, tidak menyertai demonstrasi haram atau menganggotai 
pertubuhan haram.Sekiranya warganegara tidak berpuas hati 
terhadap sesuatu dasar, perlulah menyatakan pendirian melalui 
saluran yang betul. 
Kita juga memilih pemimpin yang menghormati hak asasi 
manusia. Kemudian, kita hendaklah patuh kepada undang-undang 
negara serta bertolak ansur, bekerjasamadan saling hormat 
menghormati. 
6. Amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan 
negara dan bangsa Malaysia serta kesejahteraan rakyat. (10 
markah) 
ATAU 
Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah menjamin 
kestabilan politik di Malaysia. Buktikan. (10 markah) 
Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen sememangnya 
dapat menjamin kestabilan politik negara iaitu tiada penggulingan 
kerajaan yang memerintah. Selain itu,tidak berlaku revolusi atau 
demonstrasi yang radikal. 
Selain itu, tidak berlaku perebutan kuasa antara 
pemimpin. Hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat terjalin. 
Pemimpin yang mendapat mandat daripada rakyat dapat 
melahirkan politik yang stabil dan kesannya negara aman makmur. 
Kestabilan politik dijamin dengan konsep pengagihan kuasa 
yang diamalkan kerana hal ini dapat mengelakkan pertindihan 
kuasa. Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara 
boleh mengisytiharkan undang-undang darurat. 
Demokrasi Berparlimen di Malaysia menjamin kestabilan 
politik apabila raja dan pemimpin tertakluk kepada 
Perlembagaan. Raja berperanan memberi ‘kata putus’ dalam 
menyelesaikan krisis politik. 
. 
Raja bertanggungjawab mempertahankan isu sensitif yang 
boleh mencetuskan ketegangan kaum dalam masyarakat majmuk 
di Malaysia. Kestabilan politik juga jelas dengankonsep muafakat. 
**ATAU JIKA SOALAN MENGKEHENDAKI KESAN AMALAN DEMOKRASI 
BERPARLIMEN MENJAMIN KEMAKMURAN SOSIOEKONOMI NEGARA 
DAN RAKYAT. ANTARA CADANGAN JAWAPANNYA: 
Demokrasi berparlimen menjamin kemakmuran ekonomi 
negara ialah apabila kecekapan pentadbiran telah menarik ramai 
pelabur asing. Selain itu, kedatangan pelancong juga bertambah 
kerana kestabilan politik negara. 
Rakyat juga dapat menikmati prasarana yang 
lengkap seperti lebuh raya hasil pentadbiran yang mantap. Juga 
rakyat dapat menikmati kemudahan komunikasi seperti jalur 
lebar tanpa mengira tempat hasil daripada keberkesanan dasar-dasar 
negara.
Amalan demokrasi berparlimen juga berjaya menyediakan 
banyak peluang ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat 
kerana kestabilan politik. 
Soalan 7 (10 markah) 
(a) Cabaran mengekalkan demokrasi berparlimen di Malaysia (5 
markah) 
Antara cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebagai 
sebuah negara demokrasi berparlimen adalah terdapat segelintir 
masyarakat yang tidak memahami konsep demokrasi. 
Selain daripada itu, masyarakat masa kini terdedah dengan 
ideologi baharudalam politik. Kepesatan teknologi maklumat 
menyebabkan rakyat mudah terpengaruhdengan banyak 
fahaman politik negara lain. 
Cabaran seterusnya ialah tuntutan rakyat yang 
melampaui peruntukan Perlembagaan. Masih terdapat masyarakat 
Malaysia yang kurang matang serta bertindak mengikut perasaan. 
(b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran (5 markah) 
Antara langkah untuk mengatasi cabaran menjadikan 
Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen ialah 
melalui proses pendidikan bermula dari peringkat sekolah rendah 
hingga ke institusi pengajian tinggi. 
Selain itu , pihak kerajaan mempergiat usaha meningkatkan 
kesedaran dalam kalangan rakyat tentang kebaikan demokrasi 
berparlimen dan raja berpelembagaan yang telah sekian 
diamalkan di Malaysia. Kerajaan perlu memperkukuhkan semangat 
jati diri rakyat Malaysia supaya tidak mudah terpengaruh dengan 
ideologi luar. 
Seterusnya, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang 
dengan lebih tegas bagi mengenalpasti individu atau 
pihak yang mencabar Perlembagaan. 
Pihak pemerintah hendaklah turun padang untuk mendekati dan 
memahami masalah rakyat bagi mengelakkan salah faham antara 
pemimpin dengan rakyat. 
Soalan 8 (5 markah) 
Nilai-nilai murni/iktibar/patriotism daripada amalan demokrasi 
berparlimen. 
Nilai-nilai murni yang diperoleh dalam demokrasi 
berparlimen di Malaysia ialah pentingnya muafakat dan 
toleransi antara pemimpin dan rakyat demi kemakmuran negara. 
Seterusnya amat penting setiap warganegara membelakangkan 
kepentingan kaummasing-masing demi kesejahteraan negara. 
Setiap warganegara hendaklah menerima unsur-unsur budaya 
kaum lain sesuai dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. 
Seterusnya,sedia menerima perubahan demi kestabilan dan 
keselamatan negara. 
Selain itu, amat penting setiap rakyat mematuhi 
Perlembagaan negara demi mengekalkan kedaulatan Malaysia. 
Kita haruslah memelihara kemakmuran negara dan taat setia 
kepada pemerintah,menyanjung tinggi kepada raja dan patuh 
kepada undang-undang.Perasaan berbangga sebagai 
warganegara juga perlu ada dalam diri setiap warganegara. 
Rakyat Malaysia juga harus bertoleransi dan mengamalkan
permuafakatan dalam apa jua situasi sama ada dalam aspek 
politik atau ekonomi dan sosial. 
Soalan 9 (5 markah) 
Rumusan 
Pengetahuan yang diperoleh ialah negara Malaysia 
ialah negara yang mengamalkan ciri-ciri demokrasi 
berparlimen. Pengetahuan lain ialah permuafakatan antara 
pemimpin dan rakyat menjamin kejayaan sistem demokrasi 
berparlimen di negara kita. 
Sebagai iktibar kepada diri, kita mestilah menunaikan 
tanggungjawab kepada negara dengan mematuhi peraturan. 
Manakala iktibar kepada bangsa, seharusnya bangsa 
Malaysia saling menghormati dan bekerjasama dalam 
menghadapi setiap cabaran. Iktibar kepada negara pula, 
pihak kerajaan dan rakyat harus berganding bahu dan bersama-sama 
membawa kemajuan kepada negara. 
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang 
ialah supaya negara akankekal berdaulat dan dapat meneruskan 
amalan demokrasi berparlimen yang telah terbukti memberikan 
kita kehidupan yang amat harmoni sejak merdeka sehingga kini. 
Seterusnya adalah diharapkan Malaysia akan menjadi negara 
demokrasi yang palingdisegani di mata dunia. 
KERTAS CADANGAN TAMAT 
“Selamat Menjawab Moga Berjaya dlm SPM 2014”

More Related Content

What's hot

sejarah tingkatan 4
sejarah tingkatan 4sejarah tingkatan 4
sejarah tingkatan 4Nazmi Nami
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Tuisyen Geliga
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzetaGuru Sejarah
 
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014ciklaili. com
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bMohd Muzlimi Junoh
 
Kerajaan Demokrasi
Kerajaan DemokrasiKerajaan Demokrasi
Kerajaan Demokrasiasam jeruk
 
Perbentangan pengajian malaysia
Perbentangan pengajian malaysia Perbentangan pengajian malaysia
Perbentangan pengajian malaysia dka1a2015
 
Demokrasi di Malaysia
Demokrasi di MalaysiaDemokrasi di Malaysia
Demokrasi di MalaysiaFifii Ridzuan
 
Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11Then Moli
 
Presentation titas
Presentation titasPresentation titas
Presentation titasfnasfea
 
Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7far84
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi BerparlimenRaja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimenmayanggsari
 

What's hot (17)

sejarah tingkatan 4
sejarah tingkatan 4sejarah tingkatan 4
sejarah tingkatan 4
 
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Nota Rujukan Untuk Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
 
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Kertas 3 negeri sembilan 2014
Kertas 3   negeri sembilan 2014Kertas 3   negeri sembilan 2014
Kertas 3 negeri sembilan 2014
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
 
Kerajaan Demokrasi
Kerajaan DemokrasiKerajaan Demokrasi
Kerajaan Demokrasi
 
Perbentangan pengajian malaysia
Perbentangan pengajian malaysia Perbentangan pengajian malaysia
Perbentangan pengajian malaysia
 
Demokrasi di Malaysia
Demokrasi di MalaysiaDemokrasi di Malaysia
Demokrasi di Malaysia
 
Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Presentation titas
Presentation titasPresentation titas
Presentation titas
 
Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7
 
Kertas 3 perlis 2014
Kertas 3   perlis 2014Kertas 3   perlis 2014
Kertas 3 perlis 2014
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
 
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi BerparlimenRaja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
 
Tema 5
Tema 5Tema 5
Tema 5
 

Similar to Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014

Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Tuisyen Geliga
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzetaGuru Sejarah
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahenMohd Muzlimi Junoh
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Suet Yet
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanShila Sim Rin
 
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMarzuq Ismail
 
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptxSISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptxNursKitchen
 
Struktur pemerintahan
Struktur pemerintahanStruktur pemerintahan
Struktur pemerintahanPaish Gto
 
Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di MalaysiaPerlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di Malaysiafiro HAR
 
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfTOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfhambadah
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara MalaysiaFasyah Tutor
 
Pengajianamdisediakan oleh mohd salleh
Pengajianamdisediakan oleh mohd sallehPengajianamdisediakan oleh mohd salleh
Pengajianamdisediakan oleh mohd sallehSMK Methodist Sibu
 
pa presentation
pa presentationpa presentation
pa presentationamgong
 
Sistem pemerintahan negara
Sistem pemerintahan negaraSistem pemerintahan negara
Sistem pemerintahan negaraIsaac Bonnie
 
Tamadun Islam 31032019
Tamadun Islam 31032019Tamadun Islam 31032019
Tamadun Islam 31032019TheCikguSha
 

Similar to Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014 (20)

Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur Pemerintahan
 
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
 
Kertas 3 negeri sembilan 2014
Kertas 3   negeri sembilan 2014Kertas 3   negeri sembilan 2014
Kertas 3 negeri sembilan 2014
 
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptxSISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
 
Struktur pemerintahan
Struktur pemerintahanStruktur pemerintahan
Struktur pemerintahan
 
Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di MalaysiaPerlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di Malaysia
 
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfTOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
 
Pengajianamdisediakan oleh mohd salleh
Pengajianamdisediakan oleh mohd sallehPengajianamdisediakan oleh mohd salleh
Pengajianamdisediakan oleh mohd salleh
 
10 Politik
10 Politik10 Politik
10 Politik
 
pa presentation
pa presentationpa presentation
pa presentation
 
Sistem pemerintahan negara
Sistem pemerintahan negaraSistem pemerintahan negara
Sistem pemerintahan negara
 
Tamadun Islam 31032019
Tamadun Islam 31032019Tamadun Islam 31032019
Tamadun Islam 31032019
 
Kertas 3 johor 2014
Kertas 3   johor 2014Kertas 3   johor 2014
Kertas 3 johor 2014
 
Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
 

More from Mohd Muzlimi Junoh

More from Mohd Muzlimi Junoh (17)

Id pelajar dan ibu bapa 2016
Id pelajar  dan ibu bapa 2016Id pelajar  dan ibu bapa 2016
Id pelajar dan ibu bapa 2016
 
Kertas 3 sabah 2014
Kertas 3   sabah  2014Kertas 3   sabah  2014
Kertas 3 sabah 2014
 
Pecutan akhir andrew choo 2014
Pecutan akhir andrew choo 2014Pecutan akhir andrew choo 2014
Pecutan akhir andrew choo 2014
 
Soalan kbkk dan kbat 2014
Soalan kbkk dan kbat 2014Soalan kbkk dan kbat 2014
Soalan kbkk dan kbat 2014
 
Matematic spm kcm exam tips 1®
Matematic spm kcm exam tips 1®Matematic spm kcm exam tips 1®
Matematic spm kcm exam tips 1®
 
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
 
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
 
Tajuk pilihan spm 2014
Tajuk pilihan spm 2014Tajuk pilihan spm 2014
Tajuk pilihan spm 2014
 
Fokus spm sbp 2014
Fokus spm sbp 2014Fokus spm sbp 2014
Fokus spm sbp 2014
 
Tajuk panas spm 2014
Tajuk panas spm 2014Tajuk panas spm 2014
Tajuk panas spm 2014
 
Pt3 2014 (tarikh penting) yes yes
Pt3 2014 (tarikh penting) yes yesPt3 2014 (tarikh penting) yes yes
Pt3 2014 (tarikh penting) yes yes
 
Hem
HemHem
Hem
 
Jadual tarikh-ujian-pt3-2014
Jadual tarikh-ujian-pt3-2014Jadual tarikh-ujian-pt3-2014
Jadual tarikh-ujian-pt3-2014
 
Pt3 2014 (tarikh penting)
Pt3 2014 (tarikh penting)Pt3 2014 (tarikh penting)
Pt3 2014 (tarikh penting)
 
Pt3 2014 (tarikh penting)
Pt3 2014 (tarikh penting)Pt3 2014 (tarikh penting)
Pt3 2014 (tarikh penting)
 
Akademik format instrumen_pt3
Akademik format instrumen_pt3Akademik format instrumen_pt3
Akademik format instrumen_pt3
 

Cadangan jwpn kertas 3 spm 2014

  • 1. CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 SEJARAH SPM 2014 7.1 CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN 1. PENGENALAN (5m) a) Maksud demokrasi berparlimen / Latar belakang demokrasi berparlimen di Malaysia. Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Dalam konteks Malaysia pula, meletakkan Raja-raja Melayu sebagailambang taat setia rakyat . Selain itu demokrasi berparlimen memberi rakyat peluang membentuk kerajaan. Rakyat juga bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Umumnya pula negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Terdapat dua corak pemerintahan Negara demokrasi iaitu sistem Raja berpelembagaan dan sistem republik. Sistem Raja berpelembagaan pula bermaksud sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintahan tertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Bagi sistem Republik pula ialah bermaksud sistem yang menolak institusi beraja. Kerajaan diketuai oleh presiden. Manakala Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Contoh seperti Negara Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina. Presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara ** Atau latar belakang demokrasi berparlimen di Malaysia Asas demokrasi berparlimen bermula apabila British memperkenalkanSistem Ahli 1955. Seterusnya tertubuhnya Parti Perikatan iaitu kerjasama kaum melalui UMNO dan MCA untuk menghadapi pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur 1952. Asas ini bertambah kukuh apabila kemasukan parti MIC dalam Parti Perikatan bagi menghadapi pilihan raya umum pertama 1955. Demokrasi berparlimen direalisasikan apabila Parti Perikatan menang dan membentuk kerajaan iaitu Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri. Seterusnya demokrasi berparlimen jelas apabila peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Antaranya menjadikan Yang diPertuan Agong sebagai Ketua Negaradan konsep Raja Berperlembagaan. Pilihanraya umum yang diadakan lima tahun sekali merupakan tonggak utama demokrasi berparlimen di Malaysia. Sejak merdeka hingga kini Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. 2. PEMAHAMAN Ciri-ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen (30 m) Ciri utama dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah mempunyai perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik / kerajaan yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara.
  • 2. Perlembagaaan ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan senarai Bersama. Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman dan Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa. Wujud kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan. Negeri-negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberi hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan negeri. Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dan menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen berikutnya ialah institusi Raja Berpelembagaan. Di Malaysia, Raja Berpelembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukkan dalam perlembagaan Malaysia. Selain itu, Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan. Dalam menjalankan tugasnya,Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendirikecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda dalam membuat keputusan. Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergillir-gilir. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan(Legislatif),Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari) Baginda merupakan Ketua Tertinggi angkatan Bersenjata.Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah tentera. Baginda bertanggungjawabmenjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaaan,kedudukan,kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri,Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan,Sarawak dan Sabah. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘Undang-undang X’ jika mendapati keselamatan negara terancam.
  • 3. Baginda melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman,serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita. Sistem Raja Berpelembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sehingga kini. Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja. Ciri demokrasi berparlimen seterusnya ialah parlimen / badan perundangan. Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Malaysia. Komponen Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan dewan Rakyat. Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Dewan Negara mempunyai 69 orang ahli,26 orang ahli dipilih daripada 13 buah negeri,iaitu dua orang setiap negeri. Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kalangan ahli DUN. Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang lagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. 40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkhidmatan awam,bidang professional atau bidang tertentu seperti perniagaan,perusahaan,pertanian,kesenian dan kebajikan atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti orang asli. Ahli Dewan Negara digelar Senator dan mereka dilantik tanpa bertanding dalam pilihan raya.Seorang Senator memegang jawatannya bagi tempoh 3 tahun. Selain itu, Senator mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf senator sama dengan ahli Parlimen. Seseorang Senator boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Dewan rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan rakyat mempunyai 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota Dewan Rakyat ialah 5 tahun. Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dikenal sebagai Akta. Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen. Manakala Undang-udang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri di Sarawak dan Sabah dinamakan Ordinan. Pilihanraya juga merupakan salah satu ciri demokrasi berparlimen di Malaysia. Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau
  • 4. persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah. Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu. Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untukmenjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. Terdapat dua jenis pilihanraya di Malaysia iaitu pilihanraya umum dan pilihan raya kecil. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Setiap warganegara Malaysiabebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari. Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya. Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah. Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi. Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya. Dalam konteks Malaysia, demokrasi berparlimen mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang,iaitu Badan Perundangan,Badan Pelaksana,dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. Fungsi badan perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubaloleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Malaysia.Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong,Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Jemaah Menteri,atau kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri, atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.
  • 5. Sebagai negara demokrasi berparlimen, badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman (biasanya memerlukan affidavit) manakala perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Selain itu, badan ini mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Sistem mahkamah pula diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di Malaysia.Antara tugas Mahkamah ialah mentafsir perlembagaan negara, mentafsir undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana pindaan tertakluk pada badan perundangan atau Parlimen. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Penubuhan parti-parti politik juga merupakan salah satu ciri demokrasi berparlimen. Secara umumnya parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama.Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap perjuangan parti. Selain ideologi politik, sikap perkauman juga menjadi asas pembentukandan penyatuan ahli-ahli parti.Contohnya Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Cina Se- Tanah Melayu (MCA)dan Kongres India Tanah Melayu (MIC) di negara kita. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing. 3. Soalan 3 [15 markah] Malaysia sebagai Negara Persekutuan (a) Konsep pengagihan kuasa. Negara Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang mengandungi beberapa buah negeri di dalamnya. Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan. Pengamalan konsep pengasingan kuasa jelas pada kuasa pemerintahan yang terbahagi kepada tiga badan iaitu badan pelaksana, badan perundangan dan badan kehakiman. Pengasingan kuasa juga melibatkan kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Terdapat tiga senarai mengikut perlembagaan iaitu Senarai Negeri, Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hal ehwal luar negeri (hubungan luar), Pertahanan, Keselamatan dalam negeri, Pentadbiran dan keadilan, Kerakyatan negara, Pilihan raya negara, Kewangan, Perniagaan,perdagangan dan perusahaan, Jabatan ukur dan penyelidikan, Kerja raya dan tenaga pusat, Pelajaran, Kesihatan, Keselamatan buruh dan sosial, Orang asli dan Hal-hal lain.
  • 6. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa eksekutif kepada setiap negeri. Kuasa eksekutif peringkat negeri terletak pada Raja atau Sultan atauYang Dipertua Negeri. Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh raja atau Yang di-Pertua Negeri daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut. Seterusnya, urusan pentadbiran negeri terletak pada perlembagaan negeri seperti mana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Semenanjung Malaysia, Majlis Tertinggi di Sarawak dan Kabinet di Sabah mempunyai sebilangan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan (ex-officio),iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri,Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri yang berperanan menjalankan dasar pentadbiran negara di peringkat negeri. Senarai Negeri terdiri daripada bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri iaitu Undang-undang Islam, Tanah, Pertanian dan perhutanan, Kerajaan Tempatan, Perkhidmatan tempatan, Kerajaan negeri, Hari cuti negeri dan Undang-undang negeri. Senarai Bersama pula ialah kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan pusat, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri seperti contoh biasiswa dan taman negara. (b) Kerajaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang luas kepada Kerajaan Persekutuan berhubung dengan pentadbiran negara. Pentadbiran negara meliputi semua aspek perkhidmatan seperti perkhidmatan ekonomi,sosial,keselamatan dan pendidikan. Badan Pelaksana atau Eksekutif mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa-kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada. Mengikut Perlembagaan Persekutuan.kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri ini diketuai oleh seorang Perdana Menteri daripada kalangan ahli Dewan Rakyat. Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia terletak di Putrajaya. Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hal ehwal luar negeri (hubungan luar), Pertahanan, Keselamatan dalam negeri, Pentadbiran dan keadilan, Kerakyatan negara, Pilihan raya negara, Kewangan, Perniagaan,perdagangan dan perusahaan, Jabatan ukur dan penyelidikan, Kerja raya dan tenaga pusat, Pelajaran, Kesihatan, Keselamatan buruh dan sosial, Orang asli dan Hal-hal lain.
  • 7. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa eksekutif kepada setiap negeri. Kuasa eksekutif peringkat negeri terletak pada Raja atau Sultan atauYang Dipertua Negeri. Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh raja atau Yang di-Pertua Negeri daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut. Seterusnya, urusan pentadbiran negeri terletak pada perlembagaan negeri seperti mana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Semenanjung Malaysia, Majlis Tertinggi di Sarawak dan Kabinet di Sabah mempunyai sebilangan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan (ex-officio),iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri,Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri yang berperanan menjalankan dasar pentadbiran negara di peringkat negeri. Senarai Negeri terdiri daripada bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri iaitu Undang-undang Islam, Tanah, Pertanian dan perhutanan, Kerajaan Tempatan, Perkhidmatan tempatan, Kerajaan negeri, Hari cuti negeri dan Undang-undang negeri 4. Kepentingan amalan Demokrasi Berparlimen (10m) Antara kepentingan amalan demokrasi berparlimen ialah adanya perlembagaan yang menjamin kestabilan sesebuah negara dan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Selain itu, Perlembagaan membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran, ketelusan serta menjamin kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Seterusnya, perlembagaanb dijadikan sebagai panduan pemimpin semasa memerintah agar pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Antara kebaikan sistem pemerintahan demokrasi ialah rakyat terlibat dalam memilih dan membentuk kerajaan. Rakyat boleh bersuara dan kemukakan pandangan. Sistem ini berjalan dengan baik dan mantap kerana adanya sokongan rakyat. Seterusnya, pemimpin tidak berkuasa mutlak. Rakyat juga bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya. Sistem demokrasi berparlimen jugamenjamin hak asasi rakyat dan memastikan keamanan. Sistem ini jugamenjamin kerajaan yang adil dan stabil. Melalui sistem demokrasi berparlimen juga, kedaulatan negara di tangan rakyat. Hal ini kerana kerajaan yang dipilih akan menunaikan tanggungjawab dengantelus. Keadaan ini menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. 5. Peranan warganegara dalam mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen (10 markah) Peranan warganegara dalam mengekalkan demokrasi berparlimen ialahmenganggotai mana-mana parti politik. Selain itu, mendaftar sebagai pemilih ataumenjadi calon pilihanraya. Seterusnya, bertanding atas parti atau calon bebas. Kita juga
  • 8. boleh memilih pemimpin yang bertanggungjawab, amanah, berwawasan dan pemimpin yang mesra rakyat. Warganegara Malaysia juga mestilah sentiasa menghayati dan menjunjung perlembagaan negara. Seterusnya mesti menerima institusi beraja dan tidak memperlekehkan institusi tersebut. Warganegara juga perlu taat kepada pemimpin negara. Selain itu, tidak menyertai demonstrasi haram atau menganggotai pertubuhan haram.Sekiranya warganegara tidak berpuas hati terhadap sesuatu dasar, perlulah menyatakan pendirian melalui saluran yang betul. Kita juga memilih pemimpin yang menghormati hak asasi manusia. Kemudian, kita hendaklah patuh kepada undang-undang negara serta bertolak ansur, bekerjasamadan saling hormat menghormati. 6. Amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia serta kesejahteraan rakyat. (10 markah) ATAU Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah menjamin kestabilan politik di Malaysia. Buktikan. (10 markah) Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen sememangnya dapat menjamin kestabilan politik negara iaitu tiada penggulingan kerajaan yang memerintah. Selain itu,tidak berlaku revolusi atau demonstrasi yang radikal. Selain itu, tidak berlaku perebutan kuasa antara pemimpin. Hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat terjalin. Pemimpin yang mendapat mandat daripada rakyat dapat melahirkan politik yang stabil dan kesannya negara aman makmur. Kestabilan politik dijamin dengan konsep pengagihan kuasa yang diamalkan kerana hal ini dapat mengelakkan pertindihan kuasa. Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara boleh mengisytiharkan undang-undang darurat. Demokrasi Berparlimen di Malaysia menjamin kestabilan politik apabila raja dan pemimpin tertakluk kepada Perlembagaan. Raja berperanan memberi ‘kata putus’ dalam menyelesaikan krisis politik. . Raja bertanggungjawab mempertahankan isu sensitif yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Kestabilan politik juga jelas dengankonsep muafakat. **ATAU JIKA SOALAN MENGKEHENDAKI KESAN AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN MENJAMIN KEMAKMURAN SOSIOEKONOMI NEGARA DAN RAKYAT. ANTARA CADANGAN JAWAPANNYA: Demokrasi berparlimen menjamin kemakmuran ekonomi negara ialah apabila kecekapan pentadbiran telah menarik ramai pelabur asing. Selain itu, kedatangan pelancong juga bertambah kerana kestabilan politik negara. Rakyat juga dapat menikmati prasarana yang lengkap seperti lebuh raya hasil pentadbiran yang mantap. Juga rakyat dapat menikmati kemudahan komunikasi seperti jalur lebar tanpa mengira tempat hasil daripada keberkesanan dasar-dasar negara.
  • 9. Amalan demokrasi berparlimen juga berjaya menyediakan banyak peluang ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat kerana kestabilan politik. Soalan 7 (10 markah) (a) Cabaran mengekalkan demokrasi berparlimen di Malaysia (5 markah) Antara cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen adalah terdapat segelintir masyarakat yang tidak memahami konsep demokrasi. Selain daripada itu, masyarakat masa kini terdedah dengan ideologi baharudalam politik. Kepesatan teknologi maklumat menyebabkan rakyat mudah terpengaruhdengan banyak fahaman politik negara lain. Cabaran seterusnya ialah tuntutan rakyat yang melampaui peruntukan Perlembagaan. Masih terdapat masyarakat Malaysia yang kurang matang serta bertindak mengikut perasaan. (b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran (5 markah) Antara langkah untuk mengatasi cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen ialah melalui proses pendidikan bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi. Selain itu , pihak kerajaan mempergiat usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat tentang kebaikan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang telah sekian diamalkan di Malaysia. Kerajaan perlu memperkukuhkan semangat jati diri rakyat Malaysia supaya tidak mudah terpengaruh dengan ideologi luar. Seterusnya, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas bagi mengenalpasti individu atau pihak yang mencabar Perlembagaan. Pihak pemerintah hendaklah turun padang untuk mendekati dan memahami masalah rakyat bagi mengelakkan salah faham antara pemimpin dengan rakyat. Soalan 8 (5 markah) Nilai-nilai murni/iktibar/patriotism daripada amalan demokrasi berparlimen. Nilai-nilai murni yang diperoleh dalam demokrasi berparlimen di Malaysia ialah pentingnya muafakat dan toleransi antara pemimpin dan rakyat demi kemakmuran negara. Seterusnya amat penting setiap warganegara membelakangkan kepentingan kaummasing-masing demi kesejahteraan negara. Setiap warganegara hendaklah menerima unsur-unsur budaya kaum lain sesuai dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Seterusnya,sedia menerima perubahan demi kestabilan dan keselamatan negara. Selain itu, amat penting setiap rakyat mematuhi Perlembagaan negara demi mengekalkan kedaulatan Malaysia. Kita haruslah memelihara kemakmuran negara dan taat setia kepada pemerintah,menyanjung tinggi kepada raja dan patuh kepada undang-undang.Perasaan berbangga sebagai warganegara juga perlu ada dalam diri setiap warganegara. Rakyat Malaysia juga harus bertoleransi dan mengamalkan
  • 10. permuafakatan dalam apa jua situasi sama ada dalam aspek politik atau ekonomi dan sosial. Soalan 9 (5 markah) Rumusan Pengetahuan yang diperoleh ialah negara Malaysia ialah negara yang mengamalkan ciri-ciri demokrasi berparlimen. Pengetahuan lain ialah permuafakatan antara pemimpin dan rakyat menjamin kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. Sebagai iktibar kepada diri, kita mestilah menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan mematuhi peraturan. Manakala iktibar kepada bangsa, seharusnya bangsa Malaysia saling menghormati dan bekerjasama dalam menghadapi setiap cabaran. Iktibar kepada negara pula, pihak kerajaan dan rakyat harus berganding bahu dan bersama-sama membawa kemajuan kepada negara. Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang ialah supaya negara akankekal berdaulat dan dapat meneruskan amalan demokrasi berparlimen yang telah terbukti memberikan kita kehidupan yang amat harmoni sejak merdeka sehingga kini. Seterusnya adalah diharapkan Malaysia akan menjadi negara demokrasi yang palingdisegani di mata dunia. KERTAS CADANGAN TAMAT “Selamat Menjawab Moga Berjaya dlm SPM 2014”