Sajak "Kau dan Aku" menceritakan tentang kegagalan seorang bapa dalam mendidik anak-anaknya yang tidak bermoral. Bapa itu sangat mengasihi anak-anaknya namun anak-anaknya semakin liar dan tidak menghormatinya. Akhirnya, bapa itu menyisihkan diri dari anak-anaknya kerana gagal memperbetulkan keadaan.
1. Kajian sajak “Kau dan
Aku” karya A.Rahim
Hamid dalam Antologi
Sajak Cermin Diri
KESUSASTERAAN
MELAYU
2. Huraian Maksud
Dalam usaha memberi
maksud, kita
mempunyai kebebasan
untuk mentafsir
maksud mengikut
kefahaman masing-
masing.
Satu rangkap
hendaklah dihurai
dalam satu perenggan
dengan huraian yang
jelas dan terperinci.
HURAIAN MAKSUD KESELURUHAN SAJAK
Sajak ini mengisahkan tentang seorang
bapa yang sangat kasihkan anak-anaknya.
Dia menginginkan anak-anaknya
berkelakuan baik namun sebaliknya anak
tersebut menjadi nakal dan tidak
menurut kata. Anak-anaknya semakin
berkelakuan liar namun bapa itu hanya
mampu memandang kelakuan anak-
anaknya tanpa membuat apa-apa. Jiran
yang memerhati memuji akan sikap bapa
yang baik hati itu. Akhirnya, bapa itu
menyisihkan dirinya dengan anak-
anaknya kerana dia tidak lagi
diperdulikan oleh anak-anaknya.
3. HURAIAN MAKSUD SETIAP RANGKAP
RANGKAP 1:
•Seorang bapa yang ingin menjadi pemurah
dan pengasih terhadap anak-anaknya. Dia
menginginkan anak-anaknya berkelakuan
baik namun sebaliknya anak tersebut menjadi
nakal dan tidak menurut kata. Sungguhpun
kelakuan anaknya sedemikian rupa, bapa
tersebut tetap berlembut, mengalah dan
menurut sahaja akan kemahuan anak-
anaknya.
4. RANGKAP 2:
Di rumah, anak-anaknya mulai meninggikan
suara kepada bapa itu dan tidak mahu
mendengar segala nasihat dan teguran yang
diberikan oleh bapa. Bapa itu hanya mampu
memandang kelakuan anak-anaknya tanpa
membuat apa-apa. Jiran yang memerhati
memuji akan sikap bapa yang baik hati itu.
Walaupun bapa itu senang menerima pujian
tersebut, akan tetapi di benak hatinya dia
merasa sunyi dan berduka kerana dia tidak
dapat melakukan apa-apa lagi untuk mendidik
anak-anaknya itu supaya berkelakuan baik.
5. RANGKAP 3:
Anak-anak itu semakin liar dan dan berani
mengikuti ajaran yang bertentangan dengan
agama Islam. Bapa tersedar bahawa dia
tidak berkemampuan untuk memperbetulkan
keadaan yang semakin teruk. Sementara itu,
anak perempuan pula telah melakukan
perbuatan yang dikutuk oleh Allah dengan
bangsa asing sehingga melahirkan anak luar
nikah. Jirannya masih mengatakan bapa itu
baik hati walaupun pada hakikatnya bapa itu
merasa semakin kecewa dan malu atas
6. RANGKAP 4:
Keadaan yang berlaku pada bapa dan anak-
anaknya menyebabkan hubungan menjadi
rengang dan terpisah. Si Bapa tidak lagi
dipedulikan oleh anak-anaknya. Kini, si bapa
semakin tua dan uzur. Akhirnya, dia pun
menyisihkan dirinya dari anak-anaknya yang
tidak bermoral itu.
7. PROSA SAJAK
MEMPROSA SAJAK KAU DAN AKU
Kau adalah bapa yang ingin jadi pemurah dan jua
kau adalah bapa yang ingin menjadi pengasih. Kini,
jadilah anakmu seorang anak perkasa yang gagah
dan memiliki mata bolanya api yang merah. Dan kau
pun menjadi lilin yang melembutkan.
Di dalam rumahmu, anak-anakmu lebih bersuara
lantang namun matamu hanya mampu berkelip-kelip
cuma. Walaubagaimanapun, jiran masih mengatakan
bahawa kau sangat baik hati dan senang hatimu
menerima pujian tersebut. Kini, kau pun semakin
terasa sunyi.
Anak-anakmu menjadi semakin berani dan mulai
berguru liar pada gagak-gagak hitam di rimba. Dan
baru kau sedar kini bahawa langkahmu semakin
terbelenggu. Sementara itu, anakmu si manis pula
pulang bersama dengan cucumu yang berambut
warna perang. Sunggguhpun begitu, jiran masih
mengatakan kau memang baik hati sedangkan
hatimu semakin dilanda pilu.
Beginilah lumrahnya alam, kau pun telah tersisih
dari anak-anakmu. Di perlabuhan waktu, kau berada
di sisiku di sepanjang hujung perjalananmu dan aku
pun terpisah.
Memprosa puisi berbeza
dengan mentafsirkan
atau memberi maksud.
Ganti nama diri perlu
dikekalkan (tidak boleh
ditukar).
Contohnya jika penyajak
menggunakan perkataan
aku, kau dan kami, maka
perkataan tersebut perlu
dikekalkan. Begitu juga
dengan ganti nama
tempat.
Tugas memprosa hanya
mengubahkan bahasa
puisi kepada bahasa
prosa karangan biasa.
8. BENTUK SAJAK
• RANGKAP: Pelajar perlu menyatakan
berapa jumlah rangkap bagi sesebuah
sajak itu.
• BARIS: Pelajar perlu menyatakan jumlah
baris dalam satu rangkap beserta
namanya. Misalnya: monoton (1 baris),
distikon (2 baris), terzina (3 baris) dan
sebagainya.
• SUKUKATA: Pelajar perlu menyatakan
suku kata yang paling pendek dan yang
paling panjang bagi sesebuah sajak itu.
• RIMA: Rima akhir merujuk kepada huruf
terakhir bagi setiap baris dalam setiap
rangkap. Kemudian dinyatakan
menggunakan format a/b/c/d/e.
Bentuk sajak itu merujuk
kepada luaran atau fizikal
sajak sebelum menyelami
kandungan sajak itu.
Perkara yang diberi
perhatian dalam
menganalisis bentuk
sajak ialah rangkap, baris,
suku kata dan rima.
9. BENTUK
SAJAK “KAU
DAN AKU”
Sajak ini mempunyai empat rangkap. Rangkap satu
mempunyai enam baris (sekstet). Rangkap dua
mempunyai enam baris (sekstet). Rangkap tiga
mempunyai sembilan baris. Rangkap empat
mempunyai lima baris (quint).
Jumlah sukukata yang paling pendek ialah empat
suku kata. Contohnya, Di/rum/ah/mu/ (R2, B1).
Jumlah sukukata yang paling panjang ialah lima
belas suku kata. Contohnya,
kau/a/da/lah/ba/pa/ya/ng/ing/in/ja/di/pe/mu/rah (R1,
B1).
Rima akhir bagi rangkap satu ialah a/a/b/c/c/d.
Rangkap dua ialah a/b/c/d/d/d. Rangkap ketiga ialah
a/b/c/a/d/e/e/a/d dan rangkap keempat ialah
a/b/b/b/c.
Kesimpulannya, sajak ini bebas dan tidak
terpengaruh dari puisi lama sama ada dari segi
jumlah baris dalam serangkap, jumlah sukukata dan
rima akhirnya.
10. TEMA • TEMA:
Kegagalan seorang bapa dalam mendidik
anak-anak yang tidak berakhlak
• Penjelasannya:
Seorang bapa merasa kesal atas kelakuan anak-
anaknya yang semakin terpesong dan tidak
bermoral. Demi kasihnya terhadap anak-
anaknya, dia sanggup mengalah dan menuruti
apa saja keinginan anak-anaknya. Dia hanya
mampu berdiam diri melihat kerenah anak-
anaknya yang semakin liar itu. Anak lelaki telah
mengikuti ajaran yang bertentangan dengan
agama Islam dan anak perempuan pula telah
melahirkan anak luar nikah. Tatkala keadaan
menjadi semakin teruk, dia tersedar bahawa
tingkahlaku anak-anaknya tidak lagi dapat
diperbetulkan. Hati si bapa menjadi pilu dan
mulai membawa dirinya jauh dari anak-
anaknya. Dia gagal mendidik anak-anaknya
supaya berkelakuan baik.
Tema diperolehi
melalui huraian
maksud dan persoalan-
persoalan yang
terdapat dalam sajak
itu. Dalam hal ini,
persoalan yang paling
penting boleh
disimpulkan menjadi
sebuah tema.
11. PERSOALAN
Persoalan yang timbul dalam sajak “kau dan
aku” ialah:
1. Kasih sayang ayah terhadap anak-
anaknya
-Seorang bapa yang sangat mengasihi anaknya
sehingga sanggup mengalah dan menuruti
kemahuan anak-anaknya yang nakal.
2.Kekesalan seorang bapa terhadap
anaknya
-seorang bapa merasa kecewa terhadap anak-
anaknya yang berkelakuan tidak bermoral dan
tidak berakhlak.
3. Anak yang tidak menurut kata dan
menyisihkan orang tuanya
-anak-anak yang telah mulai melampaui
batasan sehingga berani meninggikan suara
dan tidak mahu mendengar nasihat dari orang
tuanya
Sesebuah sajak selalunya
mempunyai satu atau
beberapa persoalan yang
cuba diketengahkan oleh
penulisnya. Biasanya satu
rangkap mengandungi
satu persoalan.
Untuk mendapatkan
persoalan, langkah awal
yang perlu dilakukan
ialah memberikan
maksud keseluruhan sajak
12. PERUTUSAN Antara perutusan yang dapat diambil dari
sajak “kau dan aku”:
1. Sebagai ketua keluarga, seorang bapa
harus bersikap tegas dalam menangani
soal anak-anaknya. Apabila anak
melakukan sesuatu kelakuan yang tidak
baik, bapa mesti menegur anak tersebut
dan bukan mendiamkan diri sahaja.
2. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-
anak mereka dengan baik dan mengasuh
mereka dengan nilai-nilai dan akhlak yang
mulia.
3. Seorang anak hendaklah menuruti
perintah dan kata, menerima teguran
dengan baik dan tidak sekali-kali
menderhaka kepada orang tuanya. Mereka
hendaklah menghormati orang tuanya dan
berkelakuan baik kepada mereka.
Perutusan juga dikenali
sebagai pengajaran.
Selepas mentafsir
maksud sajak, pelajar
perlu mencari apakah
pengajaran di sebalik
sajak itu dibuat.
Perutusan sajak itu
boleh diambil melalui
sajak sama ada yang
bersifat langsung atau
tidak langsung
13. corak • Elegi - kesedihan dan kekecewaan
bapa terhadap kelakuan anak-
anak yang melampaui batasan
dan tidak menghormati bapanya
lagi. Contohnya: Di rumah, anak-
anaknya mulai meninggikan
suara kepada bapa itu dan tidak
mahu mendengar segala nasihat
dan teguran yang diberikan oleh
bapa. Bapa itu hanya mampu
memandang kelakuan anak-
anaknya tanpa membuat apa-apa.
*ELEGI-Bermaksud sajak yang menekankan
kepada ratapan, hiba, pilu, duka, sedih, rindu,
kesal, kecewa, hampa dan sebagainya terhadap
sesuatu peristiwa mahupun kehidupannya.
Corak sesebuah sajak
dapat dikenal pasti
setelah pelajar benar-
benar membaca dan
mendalaminya dengan
penghayatan yang baik.
Biasanya corak dapat
dikesan setelah
seseorang dapat
mengetahui maksud,
persoalan dan tema.
Ia juga dihubungkan
dengan motif atau
pengajaran sajak itu.
Antara corak dalam sajak
ialah satira, ode, epigram,
elergi dan himne.
14. NADA • Kecewa dan hampa-
memperlihatkan perasaan kecewa dan
hilang harapan seorang bapa terhadap
anak-anaknya. Contohnya: Si bapa
merasa pilu kerana anak-anaknya
semakin liar dan anak perempuannya
telah melakukan perbuatan yang
dikutuk sehingga melahirkan anak luar
nikah. Dia tidak lagi berkemampuan
untuk memperbetulkan keadaan yang
semakin teruk lalu dia meninggalkan
anak-anaknya.
*Kecewa dan hampa – Nada ini biasanya terdapat
dalam sajak yang memperlihatkan perasaan putus
asa dan hilang harapan. Diksi yang dipilih bernada
rendah dan lembut bagi mengimbangi emosi
kecewa atau hampa itu.
Ia dikaitkan dengan
sikap atau semangat
penyajak ketika
mengungkapkan isi
dalam sajaknya.
Antara nada yang
selalu digunakan
adalah seperti protes,
kecewa dan hampa,
semangat dan harapan,
simpati, sinis dan
romantis
15. ALIRAN • Realisme iaitu nyata memang terdapat
sesetengah anak-anak yang tidak lagi
menghormati kepada orang tuanya. Di
samping itu, memang terdapat juga
sesetengah orang tua yang gagal dalam
mendidik anak-anak mereka.
• Didaktisisme iaitu mendidik masyarakat
supaya memberi perhatian kepada anak
dalam soal menberi kasih sayang. Ibu bapa
perlu tegas terhadap anak-anak mereka
sekiranya mereka melakukan sesuatu
perbuatan yang tidak baik.
*Realisme-Aliran ini mengungkapkan kehidupan secara
real atau benar seperti yang dapat dilihat dalam kehidupan
sebenar atau seharian.
Didaktisme- Aliran ini merujuk kepada maksud mengajar,
membimbing, menasihati, mengajak kepada kebaikan dan
menjadi perbandingan untuk ikutan pembaca.
Aliran merujuk kepada
seluruh idea yang
disampaikan dalam
sesebuah sajak secara
keseluruhan. Aliran
dapat dikesan setelah
memahami maksud
sajak.
Antara aliran-aliran itu
ialah realisme,
simbolisme,
humanisme,
naturalisme,
didaktisme dan
idealisme
16. GAYA BAHASA
A. Asonasi- pengulangan huruf vokal dalam satu
baris
Contohnya: kau adalah bapa yang ingin jadi
pengasih (vokal a), kau di sisiku di hujung
perjalananmu (vocal u)
B. Aliterasi- pengulangan huruf konsonan dalam
satu baris Contohnya: Matamu mampu berkelip-
kelip cuma (konsonan m)
C. Repitasi- pengulangan kata di mana-mana.
Contohnya: Kau, mu, anak-anakmu
D. Simbolik- kata perlambangan. Contohnya:
1. Api( R1 B5): marah, bahaya dan kejahatan
2. Merah (R1 B5):bahaya dan garang
3. Gagak-gagak (R3 B3): kejahatan
E. Gandaan- kata yang berganda
1. Contohnya:
2. Anak-anak (R2 B2)
3. Berkelip-kelip (R2 B3)
4. Gagak-gagak (R3 B3)
Gaya Bahasa merujuk
kepada bahasa yang
digunakan oleh
penyajak dalam
sajaknya.
Antara aspek-aspek
yang perlu
diperhatikan ialah
diksi, frasa, unsur
perbandingan dan
unsur pengulangan