SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 46
Ketaksamaan Peluang
         Pendidikan
                   Pengenalan
Kementerian Pelajaran berusaha menangani jurang
perbezaan dalam Sistem Pendidikan di negara ini.
Terdapatnya jurang yang perlu diatasi dalam
perancangan pelaksanaan pendidikan.
Kelas Sosial
• Konsep Kelas Sosial ini berkaitan dengan
  kedudukan sesuatu kelompok masyarakat.
• Kelas Sosial wujud apabila segolongan individu
  tidak mempunyai kedudukan yang sama dari segi
  kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat,
  pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca
  pengeluaran.
• Antara contoh Kelas Sosial yang terdapat dalam
  Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada 2
  Golongan iaitu:-
• (a) Bourgeoisie: Masyarakat yang memiliki punca-
  punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran.
• (b) Proletariat: Masyarakat yang tidak memiliki
  modal, sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja.
• Institusi Sosial merujuk konsep utama dalam
  memahami masyarakat dan Kebudayaan.
• Antara contoh Institusi Sosial yang utama ialah
  Institusi Keluarga, Institusi Agama, Institusi
  Pelajaran, dll.
• Konsep Mobiliti Sosial merupakan satu proses
  perubahan individu atau Kelompok Sosial dari
  satu Lapisan Sosial yang lain dalam satu
  Sistem Stratifikasi Sosial.
• Dalam Sistem yang lebih terbuka, peluang
  untuk Mobiliti Sosial adalah lebih terbuka.
• Sebaliknya, dalam Sistem Tertutup seperti
  dalam Sistem Kasta yang bercorak tradisi,
  Mobiliti Sosial jarang sekali berlaku.
• Konsep Diskriminasi atau ketidaksamaan pula
  ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan
  kepercayaan Negatif oleh seseorang atau
  Sekelompok Etnik terhadap Kelompok Etnik
  yang lain.
• Ini merupakan manifestasi Prasangka yang
  wujud dalam kalangan Kumpulan Etnik dan
  mudah berlaku apabila wujud Prejudis dan
  Stereotaip dalam sesebuah masyarakat.
• Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk
  sama ada berbentuk individu atau kumpulan
  Etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila
  melibatkan pembuangan kerja, serangan
  fizikal secara terbuka atau percubaan
  penghapusan sesebuah kumpulan Etnik.
• Ketaksamaan Peluang Pendidikan juga
  merupakan satu bentuk diskriminasi yang
  perlu dielakkan.
• Diskriminasi    dan    Ketaksamaan    peluang
  pendidikan masyarakat telah wujud sejak
  munculnya Kelas Sosial masyarakat dari Sistem
  Feudal lagi.
• Rakyat bawahan, golongan pembesar dan
  golongan istana menerima Sistem Pendidikan
  yang berbeza.
• Pihak penjajah meneruskan dasar yang sama
  yang mana anak-anak dari golongan pentadbir
  dan pembesar diberikan peluang untuk belajar di
  sekolah yang dikhaskan untuk mereka.
• Ketidaksamaan Sosial (Social Inequality)
  merujuk kepada Ketidaksamaan Sosial yang
  merujuk Ketidaksamaan peluang-peluang atau
  ganjaran untuk manusia dalam kedudukan
  sosial berbeza akibat daripada Sistem
  Stratifikasi Sosial.
• Rohand Meighan (1986),Ketidaksamaan
  Sosial mengambarkan perbezaan cara hidup
  atau pendapatan sesuatu bangsa yang sama.
• Max Weber mengatakan ada 5 Kelas Sosial
   iatu:-
   i. Golongan Bangsawan (Aristokrat)
  ii. Golongan Pertengahan Atasan (Profesional)
 iii. Golongan Pertengahan Bawahan
 iv. Kelas Pekerja (Kolar Biru)
 v. Golongan Bawahan (Kelulusan Amat
      Rendah)
• Saifuddin Hj. Masduki (1977), dalam kajiannya
  mendapati bahawa terdapat hubungan yang
  signifikan antara pencapaian akademik dengan
  pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu
  bapa.
• Rusli Md Zain (1998), melaporkan terdapat
  hubungan positif antara pencapaian akademik
  dengan pendapatan keluarga.
• Mereka yang berpendapatan tinggi akan dapat
  memenuhi segala perbelanjaan persekolahan
  anak-anak mereka.
• Faktor Kelas Sosial ataupun Status Sosio-
  Ekonomi (SES) jelas mempengaruhi pencapaian
  akademik murid.
• Tahap    Kesihatan     seperti    kemudahan
  mendapatkan rawatan, makanan berkhasiat dan
  kawalan penyakit juga menjadi faktor kepada
  penerimaan peluang belajar dalam kalangan
  murid.
• Suasana tempat tinggal yang lengkap dan
  keadaan persekitaran (Environment) turut
  memberikan impak kepada jurang pendidikan.
• Struktur Keluarga yang mempunyai jumlah ahli
  keluarga yang kecil atau besar, kes penceraian,
  tahap pendidikan ibu bapa, pengaruh luar yang
  terdiri daripada masyarakat dan rakan sebaya
  juga memainkan peranan terhadap pembentukan
  Kelas Sosial dalam masyarakat.
• Dalam Rancangan Malaysia Ketiga (RMke-3),
  kerajaan telah menekankan supaya semua rakyat
  di Malaysia menerima peluang pendidikan yang
  sama.
• Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah
  sekolah menengah yang masih belum mempunyai
  bekalan elektrik 24 jam.
• Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah
  dan tidak mencukupi untuk menampung
  penggunaan Teknologi Maklumat (ICT).
• Cabaran KPM adalah untuk membekalkan
  janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa.
• Terdapat juga sekolah yang mengalami
  masalah kekurangan murid.
• Sehingga than 2005, terdapat 2,261 (29.7%)
  sekolah rendah yang dikategorikan sebagai
  ‘Sekolah Kekurangan Murid’.
• Sekolah yang mempunyai kurang daripada
  250 orang murid dikategorikan sebagai
  ‘Sekolah Kekurangan Murid’.
• Hampir 90% ‘Sekolah Kekurangan Murid’ ini
  berada dalam keadaan daif dan menghadapi
  masalah kekurangan peruntukan, kemudahan
  dan guru terlatih.
• Penempatan guru di kawasan pedalaman sukar
  dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di
  pedalaman.
• Jumlah murid yang kecil pula menyebabkan
  ‘Sekolah Kekurangan Murid’ mengamalkan
  pengajaran Kelas Bercantum atau ‘Multigrade
  Teaching’.
• Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar
  infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan
  yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di
  kawasan luar bandar yang kurang terdedah
  dengan ICT berbanding kawasan bandar.
• Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan
  Akses Jalur Lebar SchoolNet dan bagi sebahagian
  sekolah di luar bandar dan pedalaman serta pusat
  akses akan dibina.
• Kementerian           Pelajaran      Malaysia
  memperuntukkan RM 1 Billion untuk keluarga
  miskin dan golongan kurang upaya melalui
  program pembangunan pendidikan dalam usaha
  mengatasi Ketaksamaan pendidikan dalam
  masyarakat di negara ini.
• Apa yang kita perlukan ialah melihat cara kita
  menanam nilai dan kepercayaan dalam
  mempromosikan pembelajaran dalam kalangan
  rakyat Malaysia tanpa membataskan mengikut
  Kelas Sosial Masyarakat.
• Antara yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah seperti berikut:
   i. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
  ii. Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)
 iii. Bantuan Makanan Asrama
 iv. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan
      Murid.
 v. Jaket Keselamatan
 vi. Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya
 vii. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
 viii. Skim Baucer Tuisyen (SBT)
  ix. Biasiswa Kecil Peruntukan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan
  x. Asrama Harian.
• Kita perlu mengurangkan pendekatan yang
  hanya memberi penekanan kepada aspek
  membaca, menulis dan mengira.
• Rakyat di negara ini perlu digalak ‘Memburu’
  maklumat daripada sekadar menerimanya
  secara pasif sahaja.
• Segala bentuk pendekatan yang diambil perlu
  diterima bagi menggalakkan rakyat bersikap
  terbuka pada idea baru dan berlainan.
• Selain Budaya pembelajaran, masyarakat
  Malaysia juga harus meningkatkan pembangunan
  dalam ‘Budaya Analitikal’.
• Murid perlu dilatih merenung dan faham ‘apa’,
  ‘bagaimana’, ‘kenapa’ sesuatu perkara itu kita
  lakukan.
• Tanpa Budaya analitikal, setiap keputusan dibuat
  akan menimbulkan pelbagai pandangan dan
  prejudis berbanding logik dan bersebab.
• Pembangunan intelektual pula sudah tidak lagi
  menjadi perhatian utama dalam kebanyakan
  masyarakat termasuklah negara-negara kaya yang
  kelihatan enggan menyokong Budaya tersebut.
• Jika kita ingin membangunkan Modal Insan, kita
  harus memiliki komuniti yang mengamalkan
  Budaya kerja yang banyak bertanya, mencabar
  dan berfikir dan setiap Kelas Sosial perlu
  diberikan hak yang sama dalam mendapatkan
  ilmu pengetahuan tersebut.
Jantina
• Pada zaman penjajahan, peluang melanjutkan
  pengajian diutamakan untuk golongan lelaki.
• Golongan wanita seolah-olah dinafikan peluang
  untuk menerima pendidikan pada ketika itu.
• Hasil kajian mendapati bahawa kadar pencapaian
  murid perempuan di Pengajian Tinggi telah
  meningkat daripada 0.5% (1970) pada tahun
  1970 kepada 4.9% pada tahun (1991).
• Peningkatan pencapaian dalam pendidikan
  formal telah mempengaruhi kadar penglibatan
  guna tenaga.
• Siti Rohani Yahya (1989 & 1998) melihat secara
  Makro penyertaan tenaga wanita dalam proses
  pembangunan.
• Faktor Pertama ialah kemudahan dan peluang
  pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki.
• Faktor Kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang
  pesat dan perubahan dalam proses perindustrian.
• Faktor Ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi
  Baru(1971-1990) yang telah mempercepatkan
  peralihan penglibatan wanita Melayu luar bandar
  ke kawasan bandar.
• Penyelidik Aminah Ahmad (2000), menyatakan
  penglibatan wanita dalam pendidikan sangat
  menggalakkan tetapi masih wujud segregasi
  mengikut gender dalam pendidikan di peringkat
  menengah, sekolah vokasional dan teknik serta di
  Institut Pengajian Tinggi, khususnya di Politeknik.
• Di pusat pengajian tinggi, kebanyakan ruang dan
  peluang lebih dimonopoli oleh golongan
  perempuan.
Kumpulan Minoriti
• Kumpulan      Minoriti   merupakan     sesuatu
  kumpulan Etnik dalam sesebuah masyarakat yang
  mempunyai jumlah ahli yang kecil.
• Faktor Geografi mempengaruhi Budaya sesebuah
  kumpulan itu. Contohnya, masyarakat pedalaman
  kaum Asli, Kadazan, Murud dan sebagainya.
• Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal
  sahaja melalui keturunan atau warisan daripada
  ibu bapa mereka.
• Pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai
  alternatif antara kumpulan minoriti ini supaya
  mereka tidak terus mengalami keciciran dalam
  proses pembelajaran di sekolah.
• Kesemua kumpulan minoriti ini perlu diberi
  perhatian supaya mereka tidak terus tercicir
  dalam arus pendidikan.
• Dasar kerajaan yang telah mewajibkan
  pendidikan wajib kepada semua warganegara
  merupakan salah satu cara untuk mengelakkan
  keciciran berlaku.
Murid Berkeperluan Khas
• Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr. Chua
  Tee Tee (1982) merupakan satu program
  pendidikan yang dirancangkan khas untuk
  kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi
  intelek, jasmani, sosial atau emosi.
• Murid Berkeperluan Khas mempunyai
  kecerdasan yang amat rendah serta
  menghadapi masalah penyesuaian diri dalam
  masyarakat dan dalam program sekolah biasa.
• Kanak-kanak pintar-cerdas adalah golongan yang mana
  kebolehan Mental jauh lebih tingggi daripada rakan
  sebaya mereka.
• Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi
  mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan
  mental mereka jauh lebih maju.
• Antara konsep kendiri yang bakal mereka hadapi ialah
  seperi phobia, perkembangan nilai dan moral,
  keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran
  bersosial dan masalah mengembangkan potensi.
• Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang
  memerlukan Program Pendidikan Khas iaitu;
• i. Kerencatan Mental
• ii. Bermasalah Pembelajaran
• iii. Kecelaruan Tingkah Laku
• iv. Cacat Pendengaran dan Masalah
       Komunikasi.
• v. Cacat Penglihatan
• vi. Cacat Fizikal
• vii. Pintar-Cerdas dan Berbakat Istimewa
• Kanak-kanak yang berkeperluan khas juga
  menghadapi kecelaruan tingkah laku.
• Mereka mempunyai tingkah-laku yang suka
  menentang autoriti, tidak mematuhi undang-
  undang, kurang bertimbang rasa dan suka
  menyerang orang lain.
• Kanak-kanak golongan ini adalah ‘Hiperaktif’ atau
  ‘Hiperkinetik’.
• Kanak-kanak ini juga bersifat pendiam, sensitif,
  pasif, tidak suka berkawan dan mudah
  tersinggung.
• Kanak-kanak Berkeperluan khas juga menghadapi
  tingkah laku ketidakmatangan yang agak ketara.
• Mereka tidak berminat belajar, sering berkhayal
  dan tidak mengendahkan nilai diri kendiri. Kanak-
  kanak ini juga mempunyai tingkah laku anti-
  sosial.
• Kanak-kanak ini sering bertindak liar dan kerap
  menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti
  memeras ugut, mencuri, ponteng, dll.
• Menurut Kirk dan Kirk (1994), Murid Berkeperluan
  Khas berbeza dari Murid Biasa dari segi Mental
  (kognitif), Fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi),
  Sosial (interaksi dan komunikasi interpersonal) dan
  Emosi (keupayaan menangani perasaan).
• Murid Berkeperluan Khas yang lain adalah seperti
  ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder).
• Murid ini kurang memberi perhatian, kurang
  mengekalkan perhatian lama dalam penglibatan setiap
  aktiviti dan tidak dapat memyempurnakan tugasan
  yang diberikan.
• Murid akan ditempatkan berdekatan dengan
  guru. Guru juga menghadkan ruang terbuka
  untuk mengurangkan kesempatannya bertingkah
  laku negatif.
• Guru juga boleh mengurangkan rangsangan dan
  hanya membenarkan murid bergerak di suatu
  kawasan yang tertentu sahaja.
• Guru        perlu     mengurangkan       kerja
  tugasan, pecahkan tugasan kepada beberapa unit
  kecil serta elakkan memberi kerja atau latihan
  ulangan.
• Guru disarankan sering memberikan Peneguhan Positif
  daripada Negatif.
• Guru perlu menyediakan program latihan sosial bagi
  murid ADHD supaya mereka dapat terus belajar dan
  bersaing dengan murid normal yang lain.
• Akta Pendidikan Khas 1961, telah memberi kuasa
  kepada Kementerian Pendidikan untuk menyediakan
  kemudahan Pendidikan khas, menggubal kurikulum
  yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid
  serta lain-lain tindakan bagi mengembangkan
  Pendidikan Khas.
• Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada
  tahun 2004.
• Pada 2005, sebanyak 32 Program Pendidikan Khas
  Integrasi untuk pelajar bermasalah pembelajaran
  diwujudkan di sekolah harian biasa.
• Kanak-kanak kurang upaya memasuki sistem pendidikan
  KPM seawal umur 4 tahun.
• Kanak-Kanak Kurang Upaya berusia kurang daripada 4
  tahun mendapat pendidikan awal di Pusat Kelolaan
  Kementerian Kesihatan atau di Pusat Pemulihan Dalam
  Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di
  bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
  Masyarakat.
• Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) juga
  menyediakan pendidikan kepada pelajar
  kurang upaya dengan lebih daripada satu
  jenis kecacatan kerana pada ketika ini, KPM
  hanya menyediakan pendidikan bagi pelajar
  yang mempunyai satu jenis kecacatan sahaja
  serta boleh mengurus diri seperti yang
  tertakluk dalam Peraturan Pendidikan
  (Pendidikan Khas) 1995.
Orang Asli
• Kadar keciciran yang tinggi dalam kalangan murid
  orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara
  bersama dan bersemuka sejajar dengan Dasar
  Pendemokrasian Pendidikan.
• Orang asli merupakan komuniti yang terbukti kaya
  dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang
  pengurusan alam semulajadi.
• Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam
  sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana
  tanah untuk bertani, hasil hutan yang sesuai serta cara
  pemeliharaannya (Rusli Zaenal, 2002).
• Orang Asli dibahagikan kepada 3 rumpun
  bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli.
• Pada tahun 2005, jumlah Orang Asli adalah
  sebanyak 141, 230 orang.
• Orang Asli banyak lagi berasaskan pertanian
  dan bersifat sara diri.
• Orang Asli masih terpinggir dalam arus
  pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana
  yang kurang legkap di tempat tinggal.
• Kemunduran Orang Asli turut dikaitkan
  dengan latar belakang akademik yang rendah
  (Mustaffa Omar, 2004).
• Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam
  kalangan masyarakat Orang Asli masih berada
  dalam tahap yang rendah di mana kecicicran
  yang dicatatkan pada 1998 adalah 45.8% dan
  kadar buta huruf adalah 49.2% (Kadar
  Nasional 6.4%).
• Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli
  juga adalah rendah.
• Ini turut didorong oleh faktor persekitaran seperti
  ibu bapa yang kurang mengambil berat mengenai
  pelajaran anak-anak mereka.
• Cara hidup mereka masih tertumpu kepada hutan
  telah mendorong ramai anak Orang Asli berhenti
  sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka
  mencari rotan, membantu ladang ubi dan padi
  bukit.
Indigenous
• Indigenous merujuk Penduduk Pribumi di
  pedalaman Sabah dan Sarawak.
• Mereka dibezakan dari segi kawasan tempat
  tinggal, ekonomi, sosial dan Budaya.
• Di Sabah terdapat kira-kira 23 suku kaum Etnik
  manakala di Sarawak terdapat kira-kira 24 suku
  kaum Etnik.
• Di Malaysia, masih terdapat sebilangan kecil
  mereka tinggal jauh di pedalaman Sabah dan
  Sarawak.
• Masyarakat Indigenous masih belum bersedia
  menerima perubahan dalam dunia pendidikan
  kerana masih berpegang kepada Budaya hidup
  tradisional mereka (Indigenous Learning).
• Sistem belajar Asli memiliki banyak aspek positif,
  antaranya ialah mempertahankan nilai-nilai
  Budaya tanpa kehilangan mempelajari sesuatu.
• Sistem belajar Asli secara turun-temurun diwarisi
  masyarakat indigenous tradisional merupakan
  potensi sangat berharga.
Masyarakat Pedalaman
• Faktor-faktor kurangnya ketaksamaan peluang
  pendidikan bagi masyarakat pedalaman kerana
  kurangnya guru pakar pengalaman dalam satu-
  satu bidang.
• Suasana persekitaran Fizikal dan Sosio-Budaya
  bagi kawasan pedalaman juga kurang meransang.
  Tidak ada akses untuk ICT.
• Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara
  jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosio-ekonomi
  dan tahap keupayaan murid.
• Usaha untuk menangani jurang ni terus
  mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan
  Malaysia Ke-3.
• “…merapatkan jurang perbezaan dalam
  peluang-peluang pendidikan antara yang kaya
  dengan yang miskin serta antara wilayah dan
  antara kaum melalui pembahagian sumber-
  sumber dan kemudahan negara dengan lebih
  saksama…” (RMKe-3, 1976-1980).
• Ibu bapa di kawasan pedalaman tidak
  mementingkan pelajaran.
• Segala kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid,
  secara tidak langsung menjadi satu halangan
  kepada mereka untuk memajukan diri.
• Ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan
  ataupun tidak berpelajaran.
• Pendekatan ataupun kaedah yang digunakan oleh
  guru-guru juga tidak menarik.
• Kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard
  minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir dalam
  Sistem Pendidikan.
• Sudah menjadi tanggungjawab semua untuk
  merapatkan jurang perbezaan tersebut. Sebagai guru,
  kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat
  kerajaan tersebut melalui dasar-dasar yang terdapat
  dalam Kementerian Pelajaran.
• Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada
  penyediaan     infrastruktur,    penempatan      guru
  terutamanya di ‘Sekolah Kurang Murid’ (SKM),
  ‘Sekolah Orang Asli’ dan ‘Sekolah di Pedalaman’.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Siti Kamaruddin
 
1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme
Zul Isa
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Noor Hidayah Ghazali
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruan
Cik Sakura
 
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaTakrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Dorma Jn
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
share with me
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan Masyarakat
Siti Mariam
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Ansar Azman
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
Sohib AlQuran
 

La actualidad más candente (20)

Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
 
1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme
 
Model taba
Model tabaModel taba
Model taba
 
My presentation
My presentationMy presentation
My presentation
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruan
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Tajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-guruTajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-guru
 
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaTakrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
Falsafah tvet
Falsafah tvetFalsafah tvet
Falsafah tvet
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan Masyarakat
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
 

Destacado

Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
Mickgun
 
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang PendidikanKetaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
misscorby90
 
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikanTopik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Dady Cool Edek
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Tan Hooi
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Ahmad NazRi
 
Bab 4 ketaksamaan peluang pendidikan
Bab 4  ketaksamaan peluang pendidikanBab 4  ketaksamaan peluang pendidikan
Bab 4 ketaksamaan peluang pendidikan
Hazel Bug
 
Ketaksamaan peluang pendidikan dr. maheran edu
Ketaksamaan peluang pendidikan   dr. maheran eduKetaksamaan peluang pendidikan   dr. maheran edu
Ketaksamaan peluang pendidikan dr. maheran edu
Sadzna Sarip
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106
FSAA Aziz
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Nirwanah Snd
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
Nur Az
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Nurul Hidayu Abd Halim
 

Destacado (20)

Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
 
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang PendidikanKetaksamaan Peluang Pendidikan
Ketaksamaan Peluang Pendidikan
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
 
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikanTopik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Bab 4 ketaksamaan peluang pendidikan
Bab 4  ketaksamaan peluang pendidikanBab 4  ketaksamaan peluang pendidikan
Bab 4 ketaksamaan peluang pendidikan
 
Ketaksamaan peluang pendidikan dr. maheran edu
Ketaksamaan peluang pendidikan   dr. maheran eduKetaksamaan peluang pendidikan   dr. maheran edu
Ketaksamaan peluang pendidikan dr. maheran edu
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Ketaksamaan peluang pendidikan
Ketaksamaan peluang pendidikanKetaksamaan peluang pendidikan
Ketaksamaan peluang pendidikan
 
Bab 7 pelan tindakan mewujudkan persekitaran yang mesra budaya
Bab 7 pelan tindakan mewujudkan persekitaran yang mesra budayaBab 7 pelan tindakan mewujudkan persekitaran yang mesra budaya
Bab 7 pelan tindakan mewujudkan persekitaran yang mesra budaya
 
2. Jurang Pendidikan
2.  Jurang Pendidikan2.  Jurang Pendidikan
2. Jurang Pendidikan
 
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
moral forum (1)
 moral forum (1) moral forum (1)
moral forum (1)
 
Asgment sc
Asgment scAsgment sc
Asgment sc
 

Similar a Ketaksamaan peluang-pendidikan

Ketaksamaan peluang-pendidikan-120808114520-phpapp02
Ketaksamaan peluang-pendidikan-120808114520-phpapp02Ketaksamaan peluang-pendidikan-120808114520-phpapp02
Ketaksamaan peluang-pendidikan-120808114520-phpapp02
Zulaikha Mohd
 
Ketaksamaan peluang pendidikan
Ketaksamaan peluang pendidikanKetaksamaan peluang pendidikan
Ketaksamaan peluang pendidikan
753314
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
sookvon
 
Implikasi kepelbagaian sosio-budaya_1
Implikasi kepelbagaian sosio-budaya_1Implikasi kepelbagaian sosio-budaya_1
Implikasi kepelbagaian sosio-budaya_1
FROGGY ENTERPRISE
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
Nur Fateha
 
Edu 3109-bagaimana-pendemokrasian-dlm-pendidikan-meningkatkan-integrasi-nasional
Edu 3109-bagaimana-pendemokrasian-dlm-pendidikan-meningkatkan-integrasi-nasionalEdu 3109-bagaimana-pendemokrasian-dlm-pendidikan-meningkatkan-integrasi-nasional
Edu 3109-bagaimana-pendemokrasian-dlm-pendidikan-meningkatkan-integrasi-nasional
lebah12345
 
Sekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiSekolah Integrasi
Sekolah Integrasi
Vince Here
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
Wawa Comel
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
Wawa Comel
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
Wawa Comel
 
Cultural reproduction
Cultural reproductionCultural reproduction
Cultural reproduction
Huzi Hanim
 

Similar a Ketaksamaan peluang-pendidikan (20)

Ketaksamaan peluang-pendidikan-120808114520-phpapp02
Ketaksamaan peluang-pendidikan-120808114520-phpapp02Ketaksamaan peluang-pendidikan-120808114520-phpapp02
Ketaksamaan peluang-pendidikan-120808114520-phpapp02
 
Ketaksamaan peluang pendidikan
Ketaksamaan peluang pendidikanKetaksamaan peluang pendidikan
Ketaksamaan peluang pendidikan
 
Falsafah Pendidikan SJH1108
Falsafah Pendidikan SJH1108Falsafah Pendidikan SJH1108
Falsafah Pendidikan SJH1108
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
Implikasi kepelbagaian sosio-budaya_1
Implikasi kepelbagaian sosio-budaya_1Implikasi kepelbagaian sosio-budaya_1
Implikasi kepelbagaian sosio-budaya_1
 
Ppt tulisan ilmiah
Ppt tulisan ilmiahPpt tulisan ilmiah
Ppt tulisan ilmiah
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 
Edu 3109-bagaimana-pendemokrasian-dlm-pendidikan-meningkatkan-integrasi-nasional
Edu 3109-bagaimana-pendemokrasian-dlm-pendidikan-meningkatkan-integrasi-nasionalEdu 3109-bagaimana-pendemokrasian-dlm-pendidikan-meningkatkan-integrasi-nasional
Edu 3109-bagaimana-pendemokrasian-dlm-pendidikan-meningkatkan-integrasi-nasional
 
Sekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiSekolah Integrasi
Sekolah Integrasi
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul edu3093
Modul edu3093Modul edu3093
Modul edu3093
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul edu3093
Modul edu3093Modul edu3093
Modul edu3093
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
 
Cultural reproduction
Cultural reproductionCultural reproduction
Cultural reproduction
 
Karangan ikut tema
Karangan ikut temaKarangan ikut tema
Karangan ikut tema
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 

Ketaksamaan peluang-pendidikan

  • 1. Ketaksamaan Peluang Pendidikan Pengenalan Kementerian Pelajaran berusaha menangani jurang perbezaan dalam Sistem Pendidikan di negara ini. Terdapatnya jurang yang perlu diatasi dalam perancangan pelaksanaan pendidikan.
  • 2. Kelas Sosial • Konsep Kelas Sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok masyarakat. • Kelas Sosial wujud apabila segolongan individu tidak mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. • Antara contoh Kelas Sosial yang terdapat dalam Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada 2 Golongan iaitu:-
  • 3. • (a) Bourgeoisie: Masyarakat yang memiliki punca- punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran. • (b) Proletariat: Masyarakat yang tidak memiliki modal, sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja. • Institusi Sosial merujuk konsep utama dalam memahami masyarakat dan Kebudayaan. • Antara contoh Institusi Sosial yang utama ialah Institusi Keluarga, Institusi Agama, Institusi Pelajaran, dll.
  • 4. • Konsep Mobiliti Sosial merupakan satu proses perubahan individu atau Kelompok Sosial dari satu Lapisan Sosial yang lain dalam satu Sistem Stratifikasi Sosial. • Dalam Sistem yang lebih terbuka, peluang untuk Mobiliti Sosial adalah lebih terbuka. • Sebaliknya, dalam Sistem Tertutup seperti dalam Sistem Kasta yang bercorak tradisi, Mobiliti Sosial jarang sekali berlaku.
  • 5. • Konsep Diskriminasi atau ketidaksamaan pula ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan Negatif oleh seseorang atau Sekelompok Etnik terhadap Kelompok Etnik yang lain. • Ini merupakan manifestasi Prasangka yang wujud dalam kalangan Kumpulan Etnik dan mudah berlaku apabila wujud Prejudis dan Stereotaip dalam sesebuah masyarakat.
  • 6. • Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk sama ada berbentuk individu atau kumpulan Etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan Etnik. • Ketaksamaan Peluang Pendidikan juga merupakan satu bentuk diskriminasi yang perlu dielakkan.
  • 7. • Diskriminasi dan Ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak munculnya Kelas Sosial masyarakat dari Sistem Feudal lagi. • Rakyat bawahan, golongan pembesar dan golongan istana menerima Sistem Pendidikan yang berbeza. • Pihak penjajah meneruskan dasar yang sama yang mana anak-anak dari golongan pentadbir dan pembesar diberikan peluang untuk belajar di sekolah yang dikhaskan untuk mereka.
  • 8. • Ketidaksamaan Sosial (Social Inequality) merujuk kepada Ketidaksamaan Sosial yang merujuk Ketidaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial berbeza akibat daripada Sistem Stratifikasi Sosial. • Rohand Meighan (1986),Ketidaksamaan Sosial mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan sesuatu bangsa yang sama.
  • 9. • Max Weber mengatakan ada 5 Kelas Sosial iatu:- i. Golongan Bangsawan (Aristokrat) ii. Golongan Pertengahan Atasan (Profesional) iii. Golongan Pertengahan Bawahan iv. Kelas Pekerja (Kolar Biru) v. Golongan Bawahan (Kelulusan Amat Rendah)
  • 10. • Saifuddin Hj. Masduki (1977), dalam kajiannya mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. • Rusli Md Zain (1998), melaporkan terdapat hubungan positif antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. • Mereka yang berpendapatan tinggi akan dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.
  • 11. • Faktor Kelas Sosial ataupun Status Sosio- Ekonomi (SES) jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid. • Tahap Kesihatan seperti kemudahan mendapatkan rawatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit juga menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid. • Suasana tempat tinggal yang lengkap dan keadaan persekitaran (Environment) turut memberikan impak kepada jurang pendidikan.
  • 12. • Struktur Keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes penceraian, tahap pendidikan ibu bapa, pengaruh luar yang terdiri daripada masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukan Kelas Sosial dalam masyarakat. • Dalam Rancangan Malaysia Ketiga (RMke-3), kerajaan telah menekankan supaya semua rakyat di Malaysia menerima peluang pendidikan yang sama.
  • 13. • Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. • Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan Teknologi Maklumat (ICT). • Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa.
  • 14. • Terdapat juga sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid. • Sehingga than 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai ‘Sekolah Kekurangan Murid’. • Sekolah yang mempunyai kurang daripada 250 orang murid dikategorikan sebagai ‘Sekolah Kekurangan Murid’.
  • 15. • Hampir 90% ‘Sekolah Kekurangan Murid’ ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. • Penempatan guru di kawasan pedalaman sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di pedalaman. • Jumlah murid yang kecil pula menyebabkan ‘Sekolah Kekurangan Murid’ mengamalkan pengajaran Kelas Bercantum atau ‘Multigrade Teaching’.
  • 16. • Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. • Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan Akses Jalur Lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman serta pusat akses akan dibina.
  • 17. • Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan RM 1 Billion untuk keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program pembangunan pendidikan dalam usaha mengatasi Ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat di negara ini. • Apa yang kita perlukan ialah melihat cara kita menanam nilai dan kepercayaan dalam mempromosikan pembelajaran dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa membataskan mengikut Kelas Sosial Masyarakat.
  • 18. • Antara yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah seperti berikut: i. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ii. Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) iii. Bantuan Makanan Asrama iv. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid. v. Jaket Keselamatan vi. Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya vii. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) viii. Skim Baucer Tuisyen (SBT) ix. Biasiswa Kecil Peruntukan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan x. Asrama Harian.
  • 19. • Kita perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek membaca, menulis dan mengira. • Rakyat di negara ini perlu digalak ‘Memburu’ maklumat daripada sekadar menerimanya secara pasif sahaja. • Segala bentuk pendekatan yang diambil perlu diterima bagi menggalakkan rakyat bersikap terbuka pada idea baru dan berlainan.
  • 20. • Selain Budaya pembelajaran, masyarakat Malaysia juga harus meningkatkan pembangunan dalam ‘Budaya Analitikal’. • Murid perlu dilatih merenung dan faham ‘apa’, ‘bagaimana’, ‘kenapa’ sesuatu perkara itu kita lakukan. • Tanpa Budaya analitikal, setiap keputusan dibuat akan menimbulkan pelbagai pandangan dan prejudis berbanding logik dan bersebab.
  • 21. • Pembangunan intelektual pula sudah tidak lagi menjadi perhatian utama dalam kebanyakan masyarakat termasuklah negara-negara kaya yang kelihatan enggan menyokong Budaya tersebut. • Jika kita ingin membangunkan Modal Insan, kita harus memiliki komuniti yang mengamalkan Budaya kerja yang banyak bertanya, mencabar dan berfikir dan setiap Kelas Sosial perlu diberikan hak yang sama dalam mendapatkan ilmu pengetahuan tersebut.
  • 22. Jantina • Pada zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. • Golongan wanita seolah-olah dinafikan peluang untuk menerima pendidikan pada ketika itu. • Hasil kajian mendapati bahawa kadar pencapaian murid perempuan di Pengajian Tinggi telah meningkat daripada 0.5% (1970) pada tahun 1970 kepada 4.9% pada tahun (1991). • Peningkatan pencapaian dalam pendidikan formal telah mempengaruhi kadar penglibatan guna tenaga.
  • 23. • Siti Rohani Yahya (1989 & 1998) melihat secara Makro penyertaan tenaga wanita dalam proses pembangunan. • Faktor Pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. • Faktor Kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian. • Faktor Ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru(1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita Melayu luar bandar ke kawasan bandar.
  • 24. • Penyelidik Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, sekolah vokasional dan teknik serta di Institut Pengajian Tinggi, khususnya di Politeknik. • Di pusat pengajian tinggi, kebanyakan ruang dan peluang lebih dimonopoli oleh golongan perempuan.
  • 25. Kumpulan Minoriti • Kumpulan Minoriti merupakan sesuatu kumpulan Etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil. • Faktor Geografi mempengaruhi Budaya sesebuah kumpulan itu. Contohnya, masyarakat pedalaman kaum Asli, Kadazan, Murud dan sebagainya. • Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibu bapa mereka.
  • 26. • Pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai alternatif antara kumpulan minoriti ini supaya mereka tidak terus mengalami keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah. • Kesemua kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan. • Dasar kerajaan yang telah mewajibkan pendidikan wajib kepada semua warganegara merupakan salah satu cara untuk mengelakkan keciciran berlaku.
  • 27. Murid Berkeperluan Khas • Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr. Chua Tee Tee (1982) merupakan satu program pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. • Murid Berkeperluan Khas mempunyai kecerdasan yang amat rendah serta menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan dalam program sekolah biasa.
  • 28. • Kanak-kanak pintar-cerdas adalah golongan yang mana kebolehan Mental jauh lebih tingggi daripada rakan sebaya mereka. • Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. • Antara konsep kendiri yang bakal mereka hadapi ialah seperi phobia, perkembangan nilai dan moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi.
  • 29. • Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan Khas iaitu; • i. Kerencatan Mental • ii. Bermasalah Pembelajaran • iii. Kecelaruan Tingkah Laku • iv. Cacat Pendengaran dan Masalah Komunikasi. • v. Cacat Penglihatan • vi. Cacat Fizikal • vii. Pintar-Cerdas dan Berbakat Istimewa
  • 30. • Kanak-kanak yang berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku. • Mereka mempunyai tingkah-laku yang suka menentang autoriti, tidak mematuhi undang- undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang lain. • Kanak-kanak golongan ini adalah ‘Hiperaktif’ atau ‘Hiperkinetik’. • Kanak-kanak ini juga bersifat pendiam, sensitif, pasif, tidak suka berkawan dan mudah tersinggung.
  • 31. • Kanak-kanak Berkeperluan khas juga menghadapi tingkah laku ketidakmatangan yang agak ketara. • Mereka tidak berminat belajar, sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai diri kendiri. Kanak- kanak ini juga mempunyai tingkah laku anti- sosial. • Kanak-kanak ini sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti memeras ugut, mencuri, ponteng, dll.
  • 32. • Menurut Kirk dan Kirk (1994), Murid Berkeperluan Khas berbeza dari Murid Biasa dari segi Mental (kognitif), Fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), Sosial (interaksi dan komunikasi interpersonal) dan Emosi (keupayaan menangani perasaan). • Murid Berkeperluan Khas yang lain adalah seperti ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). • Murid ini kurang memberi perhatian, kurang mengekalkan perhatian lama dalam penglibatan setiap aktiviti dan tidak dapat memyempurnakan tugasan yang diberikan.
  • 33. • Murid akan ditempatkan berdekatan dengan guru. Guru juga menghadkan ruang terbuka untuk mengurangkan kesempatannya bertingkah laku negatif. • Guru juga boleh mengurangkan rangsangan dan hanya membenarkan murid bergerak di suatu kawasan yang tertentu sahaja. • Guru perlu mengurangkan kerja tugasan, pecahkan tugasan kepada beberapa unit kecil serta elakkan memberi kerja atau latihan ulangan.
  • 34. • Guru disarankan sering memberikan Peneguhan Positif daripada Negatif. • Guru perlu menyediakan program latihan sosial bagi murid ADHD supaya mereka dapat terus belajar dan bersaing dengan murid normal yang lain. • Akta Pendidikan Khas 1961, telah memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan untuk menyediakan kemudahan Pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid serta lain-lain tindakan bagi mengembangkan Pendidikan Khas.
  • 35. • Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004. • Pada 2005, sebanyak 32 Program Pendidikan Khas Integrasi untuk pelajar bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa. • Kanak-kanak kurang upaya memasuki sistem pendidikan KPM seawal umur 4 tahun. • Kanak-Kanak Kurang Upaya berusia kurang daripada 4 tahun mendapat pendidikan awal di Pusat Kelolaan Kementerian Kesihatan atau di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  • 36. • Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) juga menyediakan pendidikan kepada pelajar kurang upaya dengan lebih daripada satu jenis kecacatan kerana pada ketika ini, KPM hanya menyediakan pendidikan bagi pelajar yang mempunyai satu jenis kecacatan sahaja serta boleh mengurus diri seperti yang tertakluk dalam Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1995.
  • 37. Orang Asli • Kadar keciciran yang tinggi dalam kalangan murid orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka sejajar dengan Dasar Pendemokrasian Pendidikan. • Orang asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi. • Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah untuk bertani, hasil hutan yang sesuai serta cara pemeliharaannya (Rusli Zaenal, 2002).
  • 38. • Orang Asli dibahagikan kepada 3 rumpun bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli. • Pada tahun 2005, jumlah Orang Asli adalah sebanyak 141, 230 orang. • Orang Asli banyak lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. • Orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang legkap di tempat tinggal.
  • 39. • Kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustaffa Omar, 2004). • Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli masih berada dalam tahap yang rendah di mana kecicicran yang dicatatkan pada 1998 adalah 45.8% dan kadar buta huruf adalah 49.2% (Kadar Nasional 6.4%).
  • 40. • Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli juga adalah rendah. • Ini turut didorong oleh faktor persekitaran seperti ibu bapa yang kurang mengambil berat mengenai pelajaran anak-anak mereka. • Cara hidup mereka masih tertumpu kepada hutan telah mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka mencari rotan, membantu ladang ubi dan padi bukit.
  • 41. Indigenous • Indigenous merujuk Penduduk Pribumi di pedalaman Sabah dan Sarawak. • Mereka dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan Budaya. • Di Sabah terdapat kira-kira 23 suku kaum Etnik manakala di Sarawak terdapat kira-kira 24 suku kaum Etnik. • Di Malaysia, masih terdapat sebilangan kecil mereka tinggal jauh di pedalaman Sabah dan Sarawak.
  • 42. • Masyarakat Indigenous masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada Budaya hidup tradisional mereka (Indigenous Learning). • Sistem belajar Asli memiliki banyak aspek positif, antaranya ialah mempertahankan nilai-nilai Budaya tanpa kehilangan mempelajari sesuatu. • Sistem belajar Asli secara turun-temurun diwarisi masyarakat indigenous tradisional merupakan potensi sangat berharga.
  • 43. Masyarakat Pedalaman • Faktor-faktor kurangnya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pedalaman kerana kurangnya guru pakar pengalaman dalam satu- satu bidang. • Suasana persekitaran Fizikal dan Sosio-Budaya bagi kawasan pedalaman juga kurang meransang. Tidak ada akses untuk ICT. • Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid.
  • 44. • Usaha untuk menangani jurang ni terus mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ke-3. • “…merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara yang kaya dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber- sumber dan kemudahan negara dengan lebih saksama…” (RMKe-3, 1976-1980).
  • 45. • Ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran. • Segala kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung menjadi satu halangan kepada mereka untuk memajukan diri. • Ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran. • Pendekatan ataupun kaedah yang digunakan oleh guru-guru juga tidak menarik.
  • 46. • Kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir dalam Sistem Pendidikan. • Sudah menjadi tanggungjawab semua untuk merapatkan jurang perbezaan tersebut. Sebagai guru, kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat kerajaan tersebut melalui dasar-dasar yang terdapat dalam Kementerian Pelajaran. • Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada penyediaan infrastruktur, penempatan guru terutamanya di ‘Sekolah Kurang Murid’ (SKM), ‘Sekolah Orang Asli’ dan ‘Sekolah di Pedalaman’.