SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 12
Descargar para leer sin conexión
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                         Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011




                    Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas
                           untuk Kanak-Kanak Disleksia
Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias
                       Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Pendidikan
                   Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia

                                           Abstrak
Membangunkan bahan pembelajaran boleh jadi sangat mencabar apabila pelajarnya merupakan mereka
yang datang dari golongan yang khas. Kajian awal telah dijalankan dan mengenalpasti akan keperluan
merekebentuk instruksi khas untuk pelajar disleksia didalam mempelajari topik pendaraban. Sebagai
pendekatan seterusnya, kajian dibuat untuk menggambarkan pendekatan merekabentuk animasi didalam
pembangunan instruksi sebuah Objek Pembelajaran yang berteraskan multimedia interaktif. Secara
terperinci, kajian ini akan menghuraikan pendekatan rekabentuk animasi untuk instruksi khas melalui tiga
tahap pembangunan, iaitu (1) sebelum pembangunan, (2) semasa pembangunan, dan (3) selepas
pembangunan. Kaedah penilaian untuk Objek Pembelajaran yang dihasilkan menggunakan set soalan
yang diadaptasi dari Borang Penilaian Pelajar Objek Pembelajaran. Hasil dapatannya disahkan melalui
proses pengamatan dan temubual oleh guru berkenaan. Data yang diperolehi menunjukkan
kebolehgunaan dan nilai pembelajaran yang postitif bagi Objek Pembelajaran yang dihasilkan.


Umar, R.S., Abdul Rahman, F., Mokhtar, F. & Alias, N.A. (2011). Menggunakan Animasi di dalam
Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(2), 27-38.



Pengenalan
Kerajaan Malaysia mengharapkan rakyatnya akan dapat menguasai kecekapan literasi seratus peratus pada
tahun 2020. Namun demikian, kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) mungkin sukar untuk
diperolehi. Menurut Julina (2005), salah satu faktor penyumbang kepada masalah pelajar tidak
berkemampuan menguasai 3M di peringkat rendah disebabkan oleh pelajar yang menghadapi masalah
kognitif yang berat seperti disleksia.

Disleksia mempunyai populasi yang tinggi dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah individu, keluarga,
masyarakat dan negara. Menurut Disleksia Antarabangsa (2010), 10%-15% populasi dunia menghidapi
masalah disleksia. DI Malaysia, Perangkaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia
(Nor Afzan, 2006) menganggarkan terdapat seramai 314000 kanak-kanak yang bersekolah di Negara
Malaysia mengidapi disleksia Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan pada tahun 2004 (Komala,
2004) juga melaporkan bahawa terdapat 5% kes disleksia di kesan pada mana-mana komuniti atau satu
bagi setiap 20 pelajar. Tambahannya lagi, jumlah itu adalah besar dibandingkan dengan Sindrom Down,
iaitu sekitar satu dalam 600 orang; dan spastic, sekitar satu dalam 700 orang. Populasi yang tinggi juga
dilaporkan oleh Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia (PSHM), Nordin Ahmad (2005) yang
melalui kajian persatuannya, didapati 10-15% murid sekolah rendah diseluruh Negara yang
kebanyakannya kaum Melayu, mengalami disleksia.

Antara salah satu pendekatan intervensi disleksia adalah dengan menggunakan pendekatan pendidikan
melalui perisian multimedia. Melalui lawatan penyelidik ke Dyslexia International di Brussels, Belgium




                                                  27
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                         Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011




pada bulan November 2010, difahamkan bahawa negara-negara kesatuan Eropah sudahpun menggunakan
multimedia sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran pelajar disleksia.

Pendekatan pendidikan melalui perisian multimedia juga boleh dihasilkan dalam bentuk Objek
Pembelajaran. Konsep Objek Pembelajaran atau learning object (LO) dipopularkan oleh Wayne Hodgins
pada tahun 1994 (Abtar, 2005). LO merupakan cara terkini serta teknologi masa akan datang dalam
penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran (Hodgins, 2000). Menurut Shepherd (2001), LO adalah
pemikiran berorientasikan objek yang diaplikasikan kepada dunia pendidikan.            Definisi objek
pembelajaran oleh Dunning (2004), LO adalah interaktif serta membenarkan pelajar mempelajari
kandungan sehingga peringkat masteri dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam aktiviti kemahiran
berfikir. Dengan menggunakan internet, LO boleh diaksess pada bila-bila masa sahaja. Repositori objek
pembelajaran direkabentuk untuk pelbagai mode aksesibiliti (dimuat-turun, dipindah ke media elektronik
yg lain untuk capaian yg lebih mudah, pengguna boleh mencari objek pembelajaran dengan mudah) boleh
menyediakan ke arah pembelajaran era baru (Ally, 2006)

Pernyataan masalah
Analisis awal telah dijalankan oleh penyelidik untuk mengenalpasti kewujudan LO diantara tujuh buah
sekolah Dyslexia di Lembah Klang termasuk sebuah NGO yang dikenali sebagai Persatuan Disleksia
Malaysia (DAM). Melalui lawatan dan perbualan telefon pada bulan Januari hingga bulan Mei 2009,
pengkaji dapat mengenalpasti masalah kajian, iaitu tiadanya pendekatan multimedia yang sesuai yang
digunakan sebagai strategi pengajaran untuk mengajar matematik dikalangan sekolah disleksia, apatah
lagi menggunakan LO. Pengkaji juga mendapati kurangnya penyelidikan tentang disleksia yang
bermasalah numerasi di Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini akan menyediakan empirical evidence
dalam merekabentuk animasi didalam pembangunan instruksi khas untuk pelajaran matematik di
Malaysia.

Walaubagaimanapun, merekabentuk animasi untuk sesuatu instruksi khas bukanlah perkara yang mudah.
Walaupun animasi mempunyai ciri-ciri multi-modal yang mana ia mampu menyampaikan maklumat
menggunakan kombinasi visual, bunyi, dan suara, tapi belum tentu ia boleh diterima oleh pengguna.
Perkara ini ditekankan oleh Cornell (2010) dengan memberikan contoh bahawa novel grafik yang
menggunakan kombinasi ayat dan gambar untuk menyampaikan mesej secara berkesan, perlu analisa
tersendiri dari segi rekabentuknya. Perkara ini juga dikuatkan oleh Karuchit (2011) didalam
merekabentuk Knowledge Cartoon bahawa sangatlah penting untuk membuat pendekatan dan kajian bagi
memahami pembaca dari segi gaya hidup mereka, minat, dan juga kepercayaan. Justeru, kajian ini
mencuba untuk mengenalpasti animasi yang sesuai untuk menyampaikan teknik pengajaran pendaraban
dua mengikut kehendak dan ciri-ciri pelajar disleksia.

Kepentingan Kajian
Kajian ini melibatkan pembangunan dan penilaian LO untuk dislexia yang bermasalah numerasi. Ia dibuat
berdasarkan keperluan kanak-kanak disleksia yang bermasalah matematik untuk memanfaatkan kelebihan
yang ada pada LO yang dibangunkan. Diharapkan, jumlah pelajar disleksia yang bermasalah numerasi di
sekolah boleh dikurangkan.

Menyedari betapa pentingnya pembangunan LO untuk pelajar disleksia, kandungan yang berkualiti
amatlah penting. Kandungan LO bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak disleksia belajar matematik,
malahan juga menyediakan maklumat yang berguna mengenai bagaimana kanak-kanak disleksia
berinteraksi dengan LO yang boleh disediakan dalam bentuk animasi. Animasi akan dibuat sesuai dengan




                                                 28
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                         Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011




instruksi khas yang telah direkabentuk. Kanak-kanak disleksia akan dapat mengadaptasi dengan proses
pembelajaran yang sesuai dengan kehendak mereka, (Mortimore, 2008) menurut gaya pembelajaran
dislexia, yang mana ia di panggil automaticity.

Oleh sebab itu, kajian ini menyediakan maklumat yang juga berkaitan dengan kepelbagaian gaya
pembelajaran disleksia, dan secara tak langsung juga dapat membantu guru dalam merancang strategi
pengajaran ke arah proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan. Kajian ini juga amat penting
untuk menetapkan standard untuk produksi LO yang menggunakan animasi, terutamanya untuk pelajar
disleksia. Kebolehgunaan LO ini akan menjadi sumber yang berguna untuk guru dan boleh digunakan
untuk kepelbagaian konteks pembelajararan (sebagai contoh untuk pelajar lembab atau untuk masalah
pembelajaran spesifik yang lain).

Tinjuan Kajian Berkaitan
Penggunaan LO yang berteraskan multimedia sememangnya mampu menjadi alat bantu pembelajaran.
Keates (2000) menyokong penggunaan perisian untuk membantu dan memudahkan pembelajaran
disleksia. Mortimore (2008) juga mengesahkan bahawa penyelidikan dan pengalaman mencadangkan
bahawa pelajar yang menghidapi disleksia berjaya apabila pembelajaran dijalankan secara multi-sensori
dan menggunakan kesemua deria untuk memperkukuhkan pembelajaran.

Melalui kajian penggunaan aplikasi pembelajaran mobile komik interaktif, Fadilahwati & Ronaldi (2009)
mendapati kanak-kanak disleksia didapati sangat meminati aplikasi tersebut. Melalui pendekatan animasi
komik interaktif ini, mereka didapati tidak mempunyai masalah didalam mengenal pasti huruf dan
membaca perkataan yang tertera di skrin telefon bimbit. Menurut Keates (2000), pengidap disleksia tidak
pernah gagal didalam menggunakan alat-alat teknologi maklumat seperti komputer. Beacham (2007) juga
percaya bahawa penggunaan multimedia berpotensi untuk menggalakkan pembelajaran kanak-kanak
disleksia. Pada tahun 2010, melalui kajian kebolehgunaan Objek Pembalajaran Multimedia Interaktif,
Fadilahwati et al (2010) mendapati pelajar disleksia berasa bermotivasi, seronok, mudah dan dibantu di
dalam memahami kandungan pelajaran dengan lebih baik.

Sebuah koswer untuk mempelajari bahasa Malaysia telah dibangun dan dikaji oleh Abdullah et al (2009)
yang mana isi kandungannya menyediakan cara-cara belajar huruf, suku kata, dan perkataan. Menurutnya,
penggunaan elemen multimedia memberikan kebebasan kepada pelajar untuk berinteraksi dan pada masa
yang sama menarik perhatian pelajar untuk mengerjakan sesuatu tugasan. Bagaimanapun, pengkaji
mendapati beberapa kesilapan didalam skrin yang dipaparkan yang mana rekabentuknya tidak merujuk
kepada keupayaan pelajar disleksia. Pelajar disleksia mempunyai masalah untuk mengenal huruf “b” dan
“d”, terutama bila ia ditulis dengan warna hitam dan berlatarbelakangkan wana putih (Rajah 1). Ini
menyebabkan huruf tersebut nampak bergerak dan sukar untuk dibaca. Pengkaji juga berpendapat bahawa
perlunya elemen animasi yang yang dapat menerangkan isi kandungan mengikut kefahaman pelajar
disleksia. Menurut Taylor et al (2007), animasi mampu menyokong kefahaman pelajar jika ia digunakan
dengan cara yang kosisten mengikut teori pembalajaran multimedia.

Oleh sebab itu, pengkaji mencadangkan penggunaan animasi yang sesuai untuk pelajar disleksia seperti
yang akan diterangkan pada bab berikutnya. Parette (2011) ada menyatakan bahawa animasi mempunyai
keupayaan untuk menarik perhatian kepada dimensi kritikal pelajar cacat secara berkesan dan boleh
memberikan respon yang benar keatas sesuatu visual dengan cepat. Walaubagaimanapun, pengkaji
percaya bahawa dengan mengenalpasti cirri-ciri khas pembelajaran disleksia, animasi tersebut akan
menjadi lebih berkesan.




                                                  29
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                         Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011




                               Rajah 1      Koswer Bahasa Malaysia

Pembangunan Objek Pembelajaran
Kajian ini mencadangkan pembangunan Objek Pembelajaran yang menggunakan animasi. Ia direkabentuk
khas bagi membantu pembalajaran pelajar disleksia yang mempunyai masalah pembelajaran matematik,
khususnya untuk topik Pendaraban Dua. Objek Pembelajaran ini dihasilkan melalui kajian terperinci yang
merujuk kepada punca masalah pembalajaran untuk topik tersebut dan ia dibuat selaras dengan silibus
pembelajaran sekolah. Topik pendaraban dua dipilih berdasarkan pengamatan kelas, analisis dokumen-
dokumen (seperti hasil ujian dan buku laporan), dan juga temuduga terhadap guru.

Model pembangunan telah diadaptasi dari model ADDIE, yang mana secara amnya mempunyai proses
yang tersusun melalui (1) Analisis Keperluan (Need Assessment), (2) Rekabentuk (Design), (3)
Pembangunan (Development), (4) Implementasi (Implementation), dan (5) Penilaian (Evaluation). Model
yang diberinama DIMLOM/Disleksia Interaktif Multimedia Learning Object Model (Fadilahwati et al,
2011) ini direka mengikut tiga fasa utama, iaitu (1) sebelum pembangunan (2) semasa pembangunan, dan
(3) selepas pembangunan (Rajah 2).

           Fasa 1: Analisis              Fasa 2:                      Phase 1: Penilian
                                         Pembangunan


                                         Tahap 1:
                                         Papan cerita


                                         Level 2:
                                         Prototaip



                                         Level 3:
                                         Penyelengaraan

           Sebelum                       Semasa                       Selepas
           pembangunan                   Pembangunan                  pembangunan




        Rajah 2        Model DIMLOM yang memberi penekanan kepada proses
                       pembangunan (fasa 2) dimana ia dibahagikan kepada tiga tahap.




                                                     30
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                         Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011




Sebelum pembangunan
Pengkaji cuba mengenal pasti ciri-ciri pelajar disleksia dengan mengambilkira masalah-masalah yang
dihadapi dan juga peluang-peluang boleh ditelusuri. Seperti yang dijelaskan oleh Newton et al (1979),
pelajar disleksia mempunyai masalah memori-jangka-masa-singkat, disamping masalah kemahiran
menulis dan membaca. Oleh sebab itu, adalah penting untuk mengenalpasti masalah topik pembelajaran
dengan spesifik, supaya pendekatan yang tidak banyak melibatkan pembacaan dan penulisan boleh dibuat
secara terperinci.

Melalui pengamatan hasil ujian bulanan pelajar, didapati bahawa soalan yang paling banyak gagal adalah
soalan yang berkaitan dengan pendaraban. Ia juga disahkan oleh guru berkenaan melalui temuduga yang
telah dibuat. Selain daripada itu, pengkaji juga telah membuat pemerhatian kelas semasa topik tersebut
diterangkan. Pelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri
khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore, 2008) berfikir secara menyeluruh (bukan
fokus dan spesifik) dan gaya pembelajaran yang merujuk kepada satu gaya pembelajaran sahaja (yang
mana boleh menyebabkan masalah kepada pelajar untuk memberi tindak balas yang terperinci).

Melalui kajian peringkat awal, pengkaji telah membuat kajian gaya pembelajaran kepada lima orang
pelajar (populasi keseluruhan kelas) dan mendapati bahawa kecenderungan untuk gaya pembelajaran
visual cukup nyata. Majoriti pelajar didapati mempunyai kecenderungan untuk merujuk kepada gambar
(visual) jika diberi sesuatu arahan. Antara pendekatan lain yang boleh diambil kira ialah saranan Dean
(1996) yang menyatakan bahawa pendekatan kepada pelajar disleksia boleh dibuat melalui:
     Pemecahan kepada topik-topik kecil.
     Aktiviti yang membolehkan pelajar tersebut membuat latihan setelah mengulangkaji
     Kerja yang melibatkan rangsangan secara terus

Melalui analisa sebegini, pengkaji lebih peka didalam menghasilkan prototaip yang boleh digunakan oleh
pelajar-pelajar disleksia

Semasa Pembangunan
Papancerita dihasilkan dengan mengambil kira isu ciri-ciri pelajar, gaya pembalajaran dan isi kandungan
yang diambil dari silibus pembalajaran. Pandangan pakar seperti Bradford (n.d) juga diambil kira, yang
mana teks menggunakan warna cerah dan berlatarbelakangkan warna gelap bagi mengelakkan sensitivity
penglihatan pelajar disleksia. Teknik sebegini juga mampu mengelakkan masalah yang teks yang
kelihatan bergerak. Jenis huruf seperti “arial” juga sesuai digunakan bagi mengelakkan masalah yang
sama. Huruf sebegini mempunyai bentuk yang sederhana dan jelas. Selain daripada teks, penggunaan
visual juga diberi penekanan yang amat penting. Visual direka khas untuk memudahkan pemahaman teks,
isi kandungan, dan juga konsep pembelajaran.

Konsep penceritaan dibuat untuk mendapatkan rangsangan secara terus kepada pelajar disleksia dengan
menggunakan karakter murid pandai yang boleh bercakap, suara latar belakang, ikon-ikon gambar yang
memberi kefahaman secara terus dan animasi yang menunjukkan proses pendaraban tersebut. Didalam
cerita ini, pelajar digalakkan untuk turut serta membuat persiapan majlis hari jadi, dimana mereka perlu
memasukkan dua buah gula-gula kedalam beg plastik. Kemudian jumlah gula-gula tersebut dikira dan
konsep tambah berulang boleh diperkenalkan (Rajah 3).




                                                  31
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                       Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011




                                                    Aktiviti berkonsep penceritaan dimana
                                                    Amir/karakter utama (menggunakan suara
                                                    latar) mengajak pengguna untuk membantu
                                                    menyiapkan beg plastik bagi meraikan
                                                    harijadinya.

                                                    Imej yang direka khas sebagai ikon dua biji
                                                    gula-gula untuk mewakili darab dua.


                                                    Imej khas lain; Tiga ikon beg platik dalam
                                                    tiga warna asas (merah, kuning dan biru)
                                                    untuk mewakili jumlah yang akan di darab.


                                                    Jumlah gula-gula ditulis dalam bentuk angka
                                                    berwarna cerah dan berlatarbelakangkan
                                                    warna gelap bagi memudahkan pelajar
                                                    disleksia untuk mengenalpasti angka



                                                    Animasi yang menunjukkan dua biji gula-
                                                    gula dimasukkan kedalam setiap beg plastik.


                                                    Jumlah    keseluruhan gula-gula       juga
                                                    dibacakan menggunakan     suara       latar
                                                    belakang.

                                                    huruf  “x”    berkelip    bagi       tujuan
                                                    memperkenalkan tanda darab.


                                                    Secara keseluruhan animasi dimainkan
                                                    untuk muka surat satu dalam jangka masa
                                                    yang singkat bagi memudahkan proses
                                                    mengingat.


                 Rajah 3    Skrin animasi untuk pengenalan konsep pendaraban

Bagi memperkenalkan konsep kiraan melangkau (skip counting), pelajar seterusnya dikehendaki untuk
mengira jumlah sepasang kek cawan untuk sembilan orang kawan. Dengan cara bertahap, pelajar
dikehendaki menghitung jumlah kawan dahulu, kemudian menghitung dua buah kek cawan tersebut
sebanyak sembilan kali, dan membahagikannya kepada kesemua sembilan kawannya (Rajah 4).




                                               32
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                        Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011




                                                      Animasi angka yang keluar disetiap orang
                                                      untuk menghitung jumlah kawan.



                                                      Aktiviti dimana animasi karakter Amir
                                                      mengajak pengguna untuk membantunya
                                                      menghitung jumlah kawannya. Mata, mulut
                                                      dan tangan Amir bergerak mengikut suara
                                                      latar bagi memperjelas situasi.



                                                      Animasi karakter Amir yang sentiasa
                                                      member perhatian kerana kemunculannya
                                                      yang tak disangka-sangka. Teknik ini
                                                      membantu mengekalkan fokus pelajar.


                                                      Animasi anak panah yang keluar serentak
                                                      dengan tulisan “+ 2+ dan angka bagi
                                                      mempercepat pemahaman konsep kiraan
                                                      melangkau.




                                                      Watak kawan-kawan Amir dihidupkan
                                                      dengan riak wajah yang gembira dan mata
                                                      yang berkedip. Animasi yang konsisten
                                                      sebegini mampu mengekalkan fokus
                                                      pelajar.


                                                      Animasi angka yang menunjukkan jumlah
                                                      kek cawan keluar satu persatu mengikut
                                                      suara latar. Tulisan angka tersebut
                                                      berlatarbelakangkan warna gelap bagi
                                                      memudahkan pembacaan.


                                 Rajah 4     LO untuk pendaraban

Bagi melengkapkan penceritaan secara keseluruhan, kisah majlis hari jadi ini diakhiri dengan aktiviti
soalan yang meminta pelajar disleksia untuk menyelesaikan masalah konsep pendaraban dua dengan
menggunakan pendekatan yang sama (tambah berulang dan kiraan melangkau).

Selepas pembangunan
Penilaian terhadap Objek Pembelajaran telahpun dijalankan keatas pelajar-pelajar tahun dua di kesemua
sekolah disleksia di Lembah Kelang. Tujuan penilaian ialah untuk memastikan supaya bahan yang




                                                 33
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                         Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011




dihasilkan berkualiti. Data daripada penilaian pelajar menjadi faktor penting kepada kepenggunaan Objek
Pembelajaran tersebut. Pengkaji menggunakan borang penilaian yang dihasilkan oleh Leeder (2003) dari
the Universities’ Collaboration in eLearning. Ia mengandungi 7 item soalan yang dipilih daripada 23
soalan mengikut kesesuaian proses pembangunan animasi. Item dalam tinjauan terdiri daripada dua
bahagian iaitu Penggunaan LO dan Nilai Pembelajaran. Peratus respons pelajar atas setiap ítem dianalisis
dan kemudian purata jumlah keseluruhan dikira bagi mendapatkan rumusan.
    1. Penggunaan LO – Fokus kepada persepsi pelajar terhadap betapa mudah dan jelasnya mereka
        dapat mengikut pengajaran dan aktiviti dalam LO (yang mana disampaikan dengan menggunakan
        teknik animasi yang telah direka khas)
    2. Nilai pembelajaran LO – Merangkumi ítem yang menunjukkan persepsi pelajar terhadap betapa
        berkesannya LO (khususnya animasi yang telah direka khas) didalam membantu mereka belajar
        dan memahami kandungan yang relevan

Bagi memastikan kesahihan jawapan, pengkaji cuba menanyakan setiap soalan tersebut melalui proses
temuduga yang direkodkan kedalam video dan ditayang semula untuk tujuan pengamatan dan pengesahan
jawapan pelajar. Untuk melengkapkan proses analisis, pengkaji mendapatkan pandangan guru untuk
mengesahkan sekali lagi keatas setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar.

Keputusan dan Perbincangan
Sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah SK TTDI 2 Kuala Lumpur dan SK Bandar Tasik
Puteri Rawang. Setakat ini hanya kedua-dua sekolah ini sahaja yang mempunyai program pembelajaran
matematik untuk pelajar disleksia. Secara demografiknya, pelajar disini terdiri daripada berbilang kaum
dengan pelbagai status ekonomi. Disebabkan jumlah pelajar yang terhad di setiap sekolah, jumlah pelajar
yang terlibat bagi kajian ini adalah seramai 11 orang (populasi). Mereka datang dari pelbagai
latarbelakang bangsa Melayu, Cina dan India dengan tahap pencapaian tiga peringkat; baik, sederhana
dan lemah. Kesemua pelajar dikehendaki mengakses LO yang telah disimpan di dalam komputer. Selepas
menggunakannya, mereka dikehendaki menilai LO menggunakan borang tinjauan penilaian yang
disediakan.

Untuk bahagian pertama jadual 1 menerangkan Penggunaan LO yang mana Majoriti pelajar mengaku
yang LO senang digunakan. Fungsi ikon-ikon senang difahami dan mereka boleh menelusuri isi
kandungan dengan menekan ikon-ikon butang. LO ini juga senang digunakan sebab tersedia fungsi butang
navigasi untuk mengulang semula cerita, meneruskan cerita, dan memilih mukasurat penceritaan. 82%
pelajar bersetuju bahawa LO distruktur dengan baik. Ini kerana struktur konsep penceritaan perayaan hari
jadi mampu menyusun isi kandungan mengikut silabus. Pada masa yang sama, tempoh masa animasi yang
singkat mengikut tahap penceritaan menjadikan isi kandungan lebih tersusun dan mudah difahami.
Manakala 100% pelajar bersetuju bahawa mereka suka dengan apa yang mereka lihat dan rasa. Melalui
pengamatan video dan pjuga pengesahan dari guru berkenaan, pelajar menunjukkan reaksi minat, rasa
ingin tahu dan dimotivasi semasa menggunakan LO.

Dengan adanya majoriti bersetuju bagi kesemua soalan dibahagian Penggunaan LO, menunjukkan bahawa
pelajar disleksia mempunyai persepsi betapa mudah dan jelasnya mereka dapat mengikut pengajaran dan
aktiviti yang disampaikan menggunakan teknik animasi yang telah direka khas.




                                                  34
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                           Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011




                           Jadual 1 Respons pelajar terhadap LO Pendaraban

     Jumlah pelajar = 11               sangat setuju                 neutral           tidak setuju
     Item                          Bilangan        %         Bilangan          %     Bilangan     %
                                    pelajar                   pelajar                pelajar
                               Bahagian 1: Penggunaan LO ( Usability of LO)
     LO senang digunakan              10          90.1           -              -       1        9.1
     LO distruktur dengan baik         9          81.8           -              -       2         -
     Suka dengan apa yang             11          100            -              -       -         -
     saya lihat dan rasa
                                     Bahagian 2: Nilai Pembelajaran
     LO adalah menarik                11          100            -              -       -         -
     Imej & animasi                   11          100            -              -       -         -
     komponen penting LO
     Aktiviti sesuai dan              10          90.1           -              -       1        9.1
     membantu
     Kandungan sesuai dengan          10          90.1           1             9.1      -         -
     keperluan

Untuk bahagian kedua, jadual 1 menunjukkan reaksi positif terhadap Nilai Pembelajaran. 100% pelajar
bersetuju bahawa LO adalah menarik. Bukan sahaja pelajar yang menggunakan LO, pelajar-pelajar lain
yang tidak menggunakan LO pada masa itu juga menunjukkan keinginan untuk turut serta menggunakan
LO tersebut. Kesemua mereka menyatakan keinginan belajar melalui bentuk pembelajaran sebegini untuk
subjek-subjek lain. 100% pelajar juga bersetuju bahawa imej dan animasi adalah komponen penting LO
(Rajah 5). Mereka memahami imej ikon gula-gula, plastik dan kek cawan sebagai simbol kepada angka
yang akan dikira.

Animasi yang ditayangkan diikuti dengan tindak balas fokus, rasa ingin tahu, dan menganggukkan kepala
(tanda faham). Bahkan juga, mereka memberikan respon dengan bercakap sesuatu untuk menyelesaikan
penceritaan dengan menjawab hasil kiraan. Manakala 90% pelajar didapati bersetuju yang aktiviti
penceritaan adalah sesuai dan membantu. Aktiviti penceritaan sememangnya direka untuk mengajak
pengguna untuk turutserta memeriahkan majlis hari jadi Amir sambil memahami konsep pendaraban. 90%
pelajar juga bersetuju bahawa kandungan adalah sesuai dengan keperluan. Pelajar mendapati bahawa
penggunaan imej dan animasi yang direka khas untuk pelajar disleksia ini dapat diterima dengan baik dan
kesemua pelajar menunjukkan kefahaman keatas isi kandungan.

Sebagai kesimpulan bagi bahagian Nilai Pembelajaran, didapati majoriti persetujuan untuk kesemua ítem
dan rumusan kepada animasi yang telah direka khas berkesan didalam membantu mereka belajar dan
memahami kandungan yang relevan.




                                                   35
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                            Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011




                         12
                         10
        Jumlah pelajar    8
                          6
                          4                                             Imej dan animasi adalah
                          2                                             komponen penting LO
                          0
                              Sangat     Neutral     Sangat
                              Setuju                  Tidak
                                                    Bersetuju


           Rajah 5            Item yang menanyakan bahawa imej dan animasi adalah komponen
                              penting LO mendapat respon dari semua sebelas pelajar untuk kategori
                              sangat setuju

Kesimpulan Dan Cadangan
Secara keseluruhannya, prototaip LO yang dibangun mendapat respon yang positif. Kesemua pelajar
didapati boleh menggunakan LO tersebut dengan pengawasan yang sangat minimum. Mereka juga
didapati mampu menggunakan setiap butang kawalan dan boleh berinteraksi tanpa sebarang masalah.
Bahkan, ada yang mengaku bahawa LO sebegini menyeronokkan, mudah dan membantu mereka didalam
memahami isi kandungan. Adalah penting bagi pelajar disleksia untuk mendapatkan galakkan
pembelajaran mengikut cara yang mereka mahukan. Dengan memecahkan isi topik kepada pecahan tajuk-
tajuk kecil, pelajar-pelajar disleksia boleh membuat kawalan diri untuk memahami konsep baik secara
perlahan, berulang kali, dan berinteraksi mengikut cara kawalan masing-masing. Pelajar-pelajar disleksia
sememangnya boleh memahami dan membuat aktiviti yang disuruh disetiap pecahan tajuk kecil
tersebut dalam jangka masa yang singkat.

Dari segi nilai pembelajaran, adalah penting untuk memahami yang pelajar disleksia amat tertarik dengan
konsep aktiviti penceritaan yang dianimasikan. Didapati bahawa pelajar suka kepada pembelajaran yang
dikaitkan dengan masalah dunia sebenar. Kajian ini juga membuktikan yang majoriti pelajar juga
berpendapat bahawa grafik dan animasi adalah menarik dan memudahkan mereka memahami kandungan.
Sememangnya pelajar disleksia perlu mendapatkan daya tarikan dan motivasi untuk mengekalkan fokus
mereka terhadap bahan pembelajaran. Para pelajar didapati dapat menelusuri kesemua isi kandungan topik
Pendaraban Dua dalam masa kurang dari 10 minit. Perkara sebegini diakui oleh guru berkenaan bahawa
amatlah susah untuk dicapai didalam kelas biasa.

Adalah penting untuk merujuk kepada ciri-ciri pelajar disleksia, pemahaman masalah topik pembelajaran
secara teliti, dan mengenalpasti kaedah strategi pengajaran seperti yang telah dicadangkan. Dimasa yang
akan datang pengkaji akan melihat banyak lagi kemungkinan untuk mengenalpasti lebih banyak unsur-
unsur yang memotivasikan pembelajaran mereka.

Rujukan
Annual Report (2006). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Abtar Kaur, Ansary Ahmed, Zoraini Wati Abas & David Asirvatham. (2005). E-Learning in Malaysia:
       Streching Our Horizons. 11th International Conference on Technology Supported Learning &
       Training 30 November – 2 December 2005 in Berlin, Germany.




                                                    36
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                          Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011




Ally, M., Cleveland-Innes, M., Boskic, N., & Larwill, S. (2006) Learner’s Use of Learning Objects.
        Journal of Distance Education Revue De L’Education A Distance Fall/Automne 2006, 21(2), 44-
        5.
Abdullah, M Haziq. Hisham, S. & Parumo.S. (2009) MyLexics: An Assistive Courseware for Dyslexic
        Children to Learn Basic Malay Language. SigAccess Newsletter, Issue 95, [Online] daripada:
        http://www.sigaccess.org/community/newsletter/september_2009/sep09_2.pdf [15 December
        2009].
Beacham, N. (2007) The potential of multimedia to enhance learning for students with dyslexia.Skills for
        Access. Dimuat turun March 19, 2008, from http://skillsforaccess.org.uk/articles.php?id=150
Bradford, J. (n.d.). Designing web pages for dyslexic readers. [Online] Dimuat turun pada May 3 2009,
        daripada: http://www.dyslexia-parent.com/mag35.html
Cornell, W. B. (2010). History Is Relatives; Educational Affordances of the Graphic Novel in The
        Magical Life of Long Tack Sam. International Journal of Comic Art, 12(1), 147-156.
Dean, J (1996). Managing Special Needs in the Primary School. London: Routledge
Fadilahwati Abdul Rahman & Fattawi Mokhtar (2009), Dyslexic Children Learning styles” Proceedings:
        3 rd International Malaysia Educational Technology Convention, Batu Ferringhi, Penang, Malaysia
        2009: 21-26.
Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Ronaldi Saleh Umar. (2010) Usability Testing on
        Interactive Multimedia Learning Object for Dyslexic Children: Proceeding of 5th International
        Conference on e-Learning, 12-13 July 2010. Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia
Fadilahwati Abdul Rahman, Fattwai Mokhtar, Ronaldi Saleh & Nor Aziah Alias. (2011). Mengatasi
        Masalah Disleksia Menggunakan Teknologi Pendidikan: Konferensi Akademik Pendidikan UITM-
        UPI, Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung, 25 April 2011, Bandung Indonesia
Fadilahwati Abdul Rahman & Ronaldi Saleh (2009). New Technology Approach (D-Mic) for Dyslexia
        Learning Style. Proceedings: Regional Conference on Special Need Education, University of
        Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia 20 -22 July 2009.
International Dyslexia Association (2010).Promoting Literacy Through Research, Education and
        Advocacy. Dimuat turun pada March 19, 2010, daripada http://www.interdys.org/
Julina Johan (2005). Kementerian rujuk aduan masih banyak pelajar gagal kuasai 3M, Utusan Malaysia
        14 Februari:14
Karuchit, Warat. (2010). The Renaisance of Thai Knowledge Cartoon. International Journal of Comic
        Art, 12(1), 147-156.
Keates, A. (2000). Dyslexia and Information and Communication Technology: A Guide for Teachers and
        Parents. London: David Fulton Publishers.
Komala, P. Devi. (2004, September 22). Disleksia- Ramai Kanak-kanak tidak kenal huruf. Utusan
        Malaysia, p.17.
Leeder, D. (2003). Learning object instructor and student surveys. Universities’ Collaboration in
        eLearning.        Dimuat      turun      pada      November         17,       2003,      daripada
        http://www.ucel.ac.uk/resources/dev_pack.html
Mortimore, Tilly (2008). Dyslexia and learning style: a practitioner’s handbook 2nd ed. England: John
        Wiley & Sons Ltd.
Newton, M. J., Thomson, M. E., & Richards, I. L.(1979) . Readings in dyslexia: A study text to
        accompany the Aston index. Wisbech, England: Bemrose UK Limited.
Nor Afzan Mohamad Yusof. (2006). Kerajaan perlu tambah program khas di sekolah. Berita Harian, 31
        Julai
Nordin Ahmad. “350,000 murid sekolah rendah alami Disleksia”. Utusan Malaysia, 17 December 2005.
        p. 2.




                                                   37
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                        Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011




Parette, H., Hourcade, J. & Blum, C.. (2011). Using Animation in Microsoft PowerPoint to Enhance
         Engagement and Learning in Young Learners With Developmental Delay. Teaching Exceptional
         Children, 43(4), 58-67. Retrieved March 27, 2011, from ProQuest Education Journals.
         (Document ID: 2301060811).
Shepherd, Clive. (2001). Objects of Interest. Dimuat turun pada March 19, 2010, daripada
         http://www.fastrak-consulting.co.uk/tactix/features/objects/objects.htm
Taylor,M., Duffy, S., Hughes,G. (2007). The use of animation in higher education teaching to support
         students with dyslexia. Education and Training, 49(1), pp. 25-35




                                                38

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...shah_idah86
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranDIHYAUDDIN SAAD
 
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikanAlinLin10
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentationNor Aminah
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurshamsuhaila85
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...Anas Redzuan Shariff
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Zakaria Mohamed
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikelSiew Sin Wong
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pHome
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhvincentraj74
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianSme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianDgMasniah
 

La actualidad más candente (17)

Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikel
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianSme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
 

Destacado

Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Ena Ros
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11Ena Ros
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasLaling Honey
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasAnjini Anjni
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalNur Kareena
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalSayshare
 
Final tugasan 1 ulasan
Final tugasan 1  ulasanFinal tugasan 1  ulasan
Final tugasan 1 ulasanEna Ros
 
Jurnal presentation web
Jurnal presentation webJurnal presentation web
Jurnal presentation webvincentraj74
 
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaUlasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaSuziana Kamaruddin
 
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHASISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHASSya Natasya
 
Analisis jurnal pendidikan
Analisis  jurnal pendidikanAnalisis  jurnal pendidikan
Analisis jurnal pendidikanleonypurba
 
Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1Ena Ros
 
Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Zalina Razali
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
Impetus proposal
Impetus proposalImpetus proposal
Impetus proposalAndeel Ali
 
Presentation to Northern Sydney District Teacher Librarian Association
Presentation to Northern Sydney District Teacher Librarian Association Presentation to Northern Sydney District Teacher Librarian Association
Presentation to Northern Sydney District Teacher Librarian Association Roxanne Missingham
 

Destacado (20)

Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan Khas
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan Khas
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnal
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
Final tugasan 1 ulasan
Final tugasan 1  ulasanFinal tugasan 1  ulasan
Final tugasan 1 ulasan
 
Jurnal presentation web
Jurnal presentation webJurnal presentation web
Jurnal presentation web
 
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaUlasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
 
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHASISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
 
ULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL ULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL
 
Analisis jurnal pendidikan
Analisis  jurnal pendidikanAnalisis  jurnal pendidikan
Analisis jurnal pendidikan
 
Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1
 
Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Perbentangan proposal
Perbentangan proposalPerbentangan proposal
Perbentangan proposal
 
Impetus proposal
Impetus proposalImpetus proposal
Impetus proposal
 
Presentation to Northern Sydney District Teacher Librarian Association
Presentation to Northern Sydney District Teacher Librarian Association Presentation to Northern Sydney District Teacher Librarian Association
Presentation to Northern Sydney District Teacher Librarian Association
 

Similar a 123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3

Analisis jurnal disleksia
Analisis jurnal disleksiaAnalisis jurnal disleksia
Analisis jurnal disleksiasyakhira husna
 
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...faiza mohdzuki
 
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empatKelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empatfaiza mohdzuki
 
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...huda hamdan
 
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...huda hamdan
 
Assignment aplikasi komputer bm
Assignment aplikasi komputer bmAssignment aplikasi komputer bm
Assignment aplikasi komputer bmachik011091
 
Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054hanyjamal
 
Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054hanyjamal
 
Jurnal multimedia
Jurnal multimediaJurnal multimedia
Jurnal multimediamalikkiomar
 
Analisis Jurnal- Kebaikan TMK
Analisis Jurnal- Kebaikan TMKAnalisis Jurnal- Kebaikan TMK
Analisis Jurnal- Kebaikan TMKZakaria Mohamed
 
penyelidiikan
penyelidiikanpenyelidiikan
penyelidiikanAIC
 
5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...
5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...
5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...thila thilaga
 
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahKumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahIzawati Saat
 
23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestari23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestariNur Iza
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5NurAlias91
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningsalwa76
 

Similar a 123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3 (20)

Analisis jurnal disleksia
Analisis jurnal disleksiaAnalisis jurnal disleksia
Analisis jurnal disleksia
 
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
 
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empatKelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
 
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
 
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
 
Origami
OrigamiOrigami
Origami
 
Origami1
Origami1Origami1
Origami1
 
Origami
OrigamiOrigami
Origami
 
Assignment aplikasi komputer bm
Assignment aplikasi komputer bmAssignment aplikasi komputer bm
Assignment aplikasi komputer bm
 
E learning
E learningE learning
E learning
 
Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054
 
Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054
 
Jurnal multimedia
Jurnal multimediaJurnal multimedia
Jurnal multimedia
 
Analisis Jurnal- Kebaikan TMK
Analisis Jurnal- Kebaikan TMKAnalisis Jurnal- Kebaikan TMK
Analisis Jurnal- Kebaikan TMK
 
penyelidiikan
penyelidiikanpenyelidiikan
penyelidiikan
 
5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...
5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...
5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...
 
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahKumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
 
23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestari23729924 sekolah-bestari
23729924 sekolah-bestari
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learning
 

Más de Ena Ros

Rph ikan
Rph ikanRph ikan
Rph ikanEna Ros
 
Presentation
PresentationPresentation
PresentationEna Ros
 
Papan cerita
Papan ceritaPapan cerita
Papan ceritaEna Ros
 
Persediaan mengajar harian
Persediaan mengajar harianPersediaan mengajar harian
Persediaan mengajar harianEna Ros
 
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt60432012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043Ena Ros
 
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt60432012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043Ena Ros
 
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt60432012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043Ena Ros
 
Model pembelajaran abm 2010
Model pembelajaran abm 2010Model pembelajaran abm 2010
Model pembelajaran abm 2010Ena Ros
 
Matapelajaran
MatapelajaranMatapelajaran
MatapelajaranEna Ros
 
60 rosnaini mahmud
60 rosnaini mahmud60 rosnaini mahmud
60 rosnaini mahmudEna Ros
 

Más de Ena Ros (10)

Rph ikan
Rph ikanRph ikan
Rph ikan
 
Presentation
PresentationPresentation
Presentation
 
Papan cerita
Papan ceritaPapan cerita
Papan cerita
 
Persediaan mengajar harian
Persediaan mengajar harianPersediaan mengajar harian
Persediaan mengajar harian
 
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt60432012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043
 
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt60432012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043
 
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt60432012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043
 
Model pembelajaran abm 2010
Model pembelajaran abm 2010Model pembelajaran abm 2010
Model pembelajaran abm 2010
 
Matapelajaran
MatapelajaranMatapelajaran
Matapelajaran
 
60 rosnaini mahmud
60 rosnaini mahmud60 rosnaini mahmud
60 rosnaini mahmud
 

123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3

  • 1. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia Abstrak Membangunkan bahan pembelajaran boleh jadi sangat mencabar apabila pelajarnya merupakan mereka yang datang dari golongan yang khas. Kajian awal telah dijalankan dan mengenalpasti akan keperluan merekebentuk instruksi khas untuk pelajar disleksia didalam mempelajari topik pendaraban. Sebagai pendekatan seterusnya, kajian dibuat untuk menggambarkan pendekatan merekabentuk animasi didalam pembangunan instruksi sebuah Objek Pembelajaran yang berteraskan multimedia interaktif. Secara terperinci, kajian ini akan menghuraikan pendekatan rekabentuk animasi untuk instruksi khas melalui tiga tahap pembangunan, iaitu (1) sebelum pembangunan, (2) semasa pembangunan, dan (3) selepas pembangunan. Kaedah penilaian untuk Objek Pembelajaran yang dihasilkan menggunakan set soalan yang diadaptasi dari Borang Penilaian Pelajar Objek Pembelajaran. Hasil dapatannya disahkan melalui proses pengamatan dan temubual oleh guru berkenaan. Data yang diperolehi menunjukkan kebolehgunaan dan nilai pembelajaran yang postitif bagi Objek Pembelajaran yang dihasilkan. Umar, R.S., Abdul Rahman, F., Mokhtar, F. & Alias, N.A. (2011). Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(2), 27-38. Pengenalan Kerajaan Malaysia mengharapkan rakyatnya akan dapat menguasai kecekapan literasi seratus peratus pada tahun 2020. Namun demikian, kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) mungkin sukar untuk diperolehi. Menurut Julina (2005), salah satu faktor penyumbang kepada masalah pelajar tidak berkemampuan menguasai 3M di peringkat rendah disebabkan oleh pelajar yang menghadapi masalah kognitif yang berat seperti disleksia. Disleksia mempunyai populasi yang tinggi dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah individu, keluarga, masyarakat dan negara. Menurut Disleksia Antarabangsa (2010), 10%-15% populasi dunia menghidapi masalah disleksia. DI Malaysia, Perangkaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (Nor Afzan, 2006) menganggarkan terdapat seramai 314000 kanak-kanak yang bersekolah di Negara Malaysia mengidapi disleksia Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan pada tahun 2004 (Komala, 2004) juga melaporkan bahawa terdapat 5% kes disleksia di kesan pada mana-mana komuniti atau satu bagi setiap 20 pelajar. Tambahannya lagi, jumlah itu adalah besar dibandingkan dengan Sindrom Down, iaitu sekitar satu dalam 600 orang; dan spastic, sekitar satu dalam 700 orang. Populasi yang tinggi juga dilaporkan oleh Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia (PSHM), Nordin Ahmad (2005) yang melalui kajian persatuannya, didapati 10-15% murid sekolah rendah diseluruh Negara yang kebanyakannya kaum Melayu, mengalami disleksia. Antara salah satu pendekatan intervensi disleksia adalah dengan menggunakan pendekatan pendidikan melalui perisian multimedia. Melalui lawatan penyelidik ke Dyslexia International di Brussels, Belgium 27
  • 2. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 pada bulan November 2010, difahamkan bahawa negara-negara kesatuan Eropah sudahpun menggunakan multimedia sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran pelajar disleksia. Pendekatan pendidikan melalui perisian multimedia juga boleh dihasilkan dalam bentuk Objek Pembelajaran. Konsep Objek Pembelajaran atau learning object (LO) dipopularkan oleh Wayne Hodgins pada tahun 1994 (Abtar, 2005). LO merupakan cara terkini serta teknologi masa akan datang dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran (Hodgins, 2000). Menurut Shepherd (2001), LO adalah pemikiran berorientasikan objek yang diaplikasikan kepada dunia pendidikan. Definisi objek pembelajaran oleh Dunning (2004), LO adalah interaktif serta membenarkan pelajar mempelajari kandungan sehingga peringkat masteri dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam aktiviti kemahiran berfikir. Dengan menggunakan internet, LO boleh diaksess pada bila-bila masa sahaja. Repositori objek pembelajaran direkabentuk untuk pelbagai mode aksesibiliti (dimuat-turun, dipindah ke media elektronik yg lain untuk capaian yg lebih mudah, pengguna boleh mencari objek pembelajaran dengan mudah) boleh menyediakan ke arah pembelajaran era baru (Ally, 2006) Pernyataan masalah Analisis awal telah dijalankan oleh penyelidik untuk mengenalpasti kewujudan LO diantara tujuh buah sekolah Dyslexia di Lembah Klang termasuk sebuah NGO yang dikenali sebagai Persatuan Disleksia Malaysia (DAM). Melalui lawatan dan perbualan telefon pada bulan Januari hingga bulan Mei 2009, pengkaji dapat mengenalpasti masalah kajian, iaitu tiadanya pendekatan multimedia yang sesuai yang digunakan sebagai strategi pengajaran untuk mengajar matematik dikalangan sekolah disleksia, apatah lagi menggunakan LO. Pengkaji juga mendapati kurangnya penyelidikan tentang disleksia yang bermasalah numerasi di Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini akan menyediakan empirical evidence dalam merekabentuk animasi didalam pembangunan instruksi khas untuk pelajaran matematik di Malaysia. Walaubagaimanapun, merekabentuk animasi untuk sesuatu instruksi khas bukanlah perkara yang mudah. Walaupun animasi mempunyai ciri-ciri multi-modal yang mana ia mampu menyampaikan maklumat menggunakan kombinasi visual, bunyi, dan suara, tapi belum tentu ia boleh diterima oleh pengguna. Perkara ini ditekankan oleh Cornell (2010) dengan memberikan contoh bahawa novel grafik yang menggunakan kombinasi ayat dan gambar untuk menyampaikan mesej secara berkesan, perlu analisa tersendiri dari segi rekabentuknya. Perkara ini juga dikuatkan oleh Karuchit (2011) didalam merekabentuk Knowledge Cartoon bahawa sangatlah penting untuk membuat pendekatan dan kajian bagi memahami pembaca dari segi gaya hidup mereka, minat, dan juga kepercayaan. Justeru, kajian ini mencuba untuk mengenalpasti animasi yang sesuai untuk menyampaikan teknik pengajaran pendaraban dua mengikut kehendak dan ciri-ciri pelajar disleksia. Kepentingan Kajian Kajian ini melibatkan pembangunan dan penilaian LO untuk dislexia yang bermasalah numerasi. Ia dibuat berdasarkan keperluan kanak-kanak disleksia yang bermasalah matematik untuk memanfaatkan kelebihan yang ada pada LO yang dibangunkan. Diharapkan, jumlah pelajar disleksia yang bermasalah numerasi di sekolah boleh dikurangkan. Menyedari betapa pentingnya pembangunan LO untuk pelajar disleksia, kandungan yang berkualiti amatlah penting. Kandungan LO bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak disleksia belajar matematik, malahan juga menyediakan maklumat yang berguna mengenai bagaimana kanak-kanak disleksia berinteraksi dengan LO yang boleh disediakan dalam bentuk animasi. Animasi akan dibuat sesuai dengan 28
  • 3. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 instruksi khas yang telah direkabentuk. Kanak-kanak disleksia akan dapat mengadaptasi dengan proses pembelajaran yang sesuai dengan kehendak mereka, (Mortimore, 2008) menurut gaya pembelajaran dislexia, yang mana ia di panggil automaticity. Oleh sebab itu, kajian ini menyediakan maklumat yang juga berkaitan dengan kepelbagaian gaya pembelajaran disleksia, dan secara tak langsung juga dapat membantu guru dalam merancang strategi pengajaran ke arah proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan. Kajian ini juga amat penting untuk menetapkan standard untuk produksi LO yang menggunakan animasi, terutamanya untuk pelajar disleksia. Kebolehgunaan LO ini akan menjadi sumber yang berguna untuk guru dan boleh digunakan untuk kepelbagaian konteks pembelajararan (sebagai contoh untuk pelajar lembab atau untuk masalah pembelajaran spesifik yang lain). Tinjuan Kajian Berkaitan Penggunaan LO yang berteraskan multimedia sememangnya mampu menjadi alat bantu pembelajaran. Keates (2000) menyokong penggunaan perisian untuk membantu dan memudahkan pembelajaran disleksia. Mortimore (2008) juga mengesahkan bahawa penyelidikan dan pengalaman mencadangkan bahawa pelajar yang menghidapi disleksia berjaya apabila pembelajaran dijalankan secara multi-sensori dan menggunakan kesemua deria untuk memperkukuhkan pembelajaran. Melalui kajian penggunaan aplikasi pembelajaran mobile komik interaktif, Fadilahwati & Ronaldi (2009) mendapati kanak-kanak disleksia didapati sangat meminati aplikasi tersebut. Melalui pendekatan animasi komik interaktif ini, mereka didapati tidak mempunyai masalah didalam mengenal pasti huruf dan membaca perkataan yang tertera di skrin telefon bimbit. Menurut Keates (2000), pengidap disleksia tidak pernah gagal didalam menggunakan alat-alat teknologi maklumat seperti komputer. Beacham (2007) juga percaya bahawa penggunaan multimedia berpotensi untuk menggalakkan pembelajaran kanak-kanak disleksia. Pada tahun 2010, melalui kajian kebolehgunaan Objek Pembalajaran Multimedia Interaktif, Fadilahwati et al (2010) mendapati pelajar disleksia berasa bermotivasi, seronok, mudah dan dibantu di dalam memahami kandungan pelajaran dengan lebih baik. Sebuah koswer untuk mempelajari bahasa Malaysia telah dibangun dan dikaji oleh Abdullah et al (2009) yang mana isi kandungannya menyediakan cara-cara belajar huruf, suku kata, dan perkataan. Menurutnya, penggunaan elemen multimedia memberikan kebebasan kepada pelajar untuk berinteraksi dan pada masa yang sama menarik perhatian pelajar untuk mengerjakan sesuatu tugasan. Bagaimanapun, pengkaji mendapati beberapa kesilapan didalam skrin yang dipaparkan yang mana rekabentuknya tidak merujuk kepada keupayaan pelajar disleksia. Pelajar disleksia mempunyai masalah untuk mengenal huruf “b” dan “d”, terutama bila ia ditulis dengan warna hitam dan berlatarbelakangkan wana putih (Rajah 1). Ini menyebabkan huruf tersebut nampak bergerak dan sukar untuk dibaca. Pengkaji juga berpendapat bahawa perlunya elemen animasi yang yang dapat menerangkan isi kandungan mengikut kefahaman pelajar disleksia. Menurut Taylor et al (2007), animasi mampu menyokong kefahaman pelajar jika ia digunakan dengan cara yang kosisten mengikut teori pembalajaran multimedia. Oleh sebab itu, pengkaji mencadangkan penggunaan animasi yang sesuai untuk pelajar disleksia seperti yang akan diterangkan pada bab berikutnya. Parette (2011) ada menyatakan bahawa animasi mempunyai keupayaan untuk menarik perhatian kepada dimensi kritikal pelajar cacat secara berkesan dan boleh memberikan respon yang benar keatas sesuatu visual dengan cepat. Walaubagaimanapun, pengkaji percaya bahawa dengan mengenalpasti cirri-ciri khas pembelajaran disleksia, animasi tersebut akan menjadi lebih berkesan. 29
  • 4. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Rajah 1 Koswer Bahasa Malaysia Pembangunan Objek Pembelajaran Kajian ini mencadangkan pembangunan Objek Pembelajaran yang menggunakan animasi. Ia direkabentuk khas bagi membantu pembalajaran pelajar disleksia yang mempunyai masalah pembelajaran matematik, khususnya untuk topik Pendaraban Dua. Objek Pembelajaran ini dihasilkan melalui kajian terperinci yang merujuk kepada punca masalah pembalajaran untuk topik tersebut dan ia dibuat selaras dengan silibus pembelajaran sekolah. Topik pendaraban dua dipilih berdasarkan pengamatan kelas, analisis dokumen- dokumen (seperti hasil ujian dan buku laporan), dan juga temuduga terhadap guru. Model pembangunan telah diadaptasi dari model ADDIE, yang mana secara amnya mempunyai proses yang tersusun melalui (1) Analisis Keperluan (Need Assessment), (2) Rekabentuk (Design), (3) Pembangunan (Development), (4) Implementasi (Implementation), dan (5) Penilaian (Evaluation). Model yang diberinama DIMLOM/Disleksia Interaktif Multimedia Learning Object Model (Fadilahwati et al, 2011) ini direka mengikut tiga fasa utama, iaitu (1) sebelum pembangunan (2) semasa pembangunan, dan (3) selepas pembangunan (Rajah 2). Fasa 1: Analisis Fasa 2: Phase 1: Penilian Pembangunan Tahap 1: Papan cerita Level 2: Prototaip Level 3: Penyelengaraan Sebelum Semasa Selepas pembangunan Pembangunan pembangunan Rajah 2 Model DIMLOM yang memberi penekanan kepada proses pembangunan (fasa 2) dimana ia dibahagikan kepada tiga tahap. 30
  • 5. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Sebelum pembangunan Pengkaji cuba mengenal pasti ciri-ciri pelajar disleksia dengan mengambilkira masalah-masalah yang dihadapi dan juga peluang-peluang boleh ditelusuri. Seperti yang dijelaskan oleh Newton et al (1979), pelajar disleksia mempunyai masalah memori-jangka-masa-singkat, disamping masalah kemahiran menulis dan membaca. Oleh sebab itu, adalah penting untuk mengenalpasti masalah topik pembelajaran dengan spesifik, supaya pendekatan yang tidak banyak melibatkan pembacaan dan penulisan boleh dibuat secara terperinci. Melalui pengamatan hasil ujian bulanan pelajar, didapati bahawa soalan yang paling banyak gagal adalah soalan yang berkaitan dengan pendaraban. Ia juga disahkan oleh guru berkenaan melalui temuduga yang telah dibuat. Selain daripada itu, pengkaji juga telah membuat pemerhatian kelas semasa topik tersebut diterangkan. Pelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore, 2008) berfikir secara menyeluruh (bukan fokus dan spesifik) dan gaya pembelajaran yang merujuk kepada satu gaya pembelajaran sahaja (yang mana boleh menyebabkan masalah kepada pelajar untuk memberi tindak balas yang terperinci). Melalui kajian peringkat awal, pengkaji telah membuat kajian gaya pembelajaran kepada lima orang pelajar (populasi keseluruhan kelas) dan mendapati bahawa kecenderungan untuk gaya pembelajaran visual cukup nyata. Majoriti pelajar didapati mempunyai kecenderungan untuk merujuk kepada gambar (visual) jika diberi sesuatu arahan. Antara pendekatan lain yang boleh diambil kira ialah saranan Dean (1996) yang menyatakan bahawa pendekatan kepada pelajar disleksia boleh dibuat melalui:  Pemecahan kepada topik-topik kecil.  Aktiviti yang membolehkan pelajar tersebut membuat latihan setelah mengulangkaji  Kerja yang melibatkan rangsangan secara terus Melalui analisa sebegini, pengkaji lebih peka didalam menghasilkan prototaip yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar disleksia Semasa Pembangunan Papancerita dihasilkan dengan mengambil kira isu ciri-ciri pelajar, gaya pembalajaran dan isi kandungan yang diambil dari silibus pembalajaran. Pandangan pakar seperti Bradford (n.d) juga diambil kira, yang mana teks menggunakan warna cerah dan berlatarbelakangkan warna gelap bagi mengelakkan sensitivity penglihatan pelajar disleksia. Teknik sebegini juga mampu mengelakkan masalah yang teks yang kelihatan bergerak. Jenis huruf seperti “arial” juga sesuai digunakan bagi mengelakkan masalah yang sama. Huruf sebegini mempunyai bentuk yang sederhana dan jelas. Selain daripada teks, penggunaan visual juga diberi penekanan yang amat penting. Visual direka khas untuk memudahkan pemahaman teks, isi kandungan, dan juga konsep pembelajaran. Konsep penceritaan dibuat untuk mendapatkan rangsangan secara terus kepada pelajar disleksia dengan menggunakan karakter murid pandai yang boleh bercakap, suara latar belakang, ikon-ikon gambar yang memberi kefahaman secara terus dan animasi yang menunjukkan proses pendaraban tersebut. Didalam cerita ini, pelajar digalakkan untuk turut serta membuat persiapan majlis hari jadi, dimana mereka perlu memasukkan dua buah gula-gula kedalam beg plastik. Kemudian jumlah gula-gula tersebut dikira dan konsep tambah berulang boleh diperkenalkan (Rajah 3). 31
  • 6. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Aktiviti berkonsep penceritaan dimana Amir/karakter utama (menggunakan suara latar) mengajak pengguna untuk membantu menyiapkan beg plastik bagi meraikan harijadinya. Imej yang direka khas sebagai ikon dua biji gula-gula untuk mewakili darab dua. Imej khas lain; Tiga ikon beg platik dalam tiga warna asas (merah, kuning dan biru) untuk mewakili jumlah yang akan di darab. Jumlah gula-gula ditulis dalam bentuk angka berwarna cerah dan berlatarbelakangkan warna gelap bagi memudahkan pelajar disleksia untuk mengenalpasti angka Animasi yang menunjukkan dua biji gula- gula dimasukkan kedalam setiap beg plastik. Jumlah keseluruhan gula-gula juga dibacakan menggunakan suara latar belakang. huruf “x” berkelip bagi tujuan memperkenalkan tanda darab. Secara keseluruhan animasi dimainkan untuk muka surat satu dalam jangka masa yang singkat bagi memudahkan proses mengingat. Rajah 3 Skrin animasi untuk pengenalan konsep pendaraban Bagi memperkenalkan konsep kiraan melangkau (skip counting), pelajar seterusnya dikehendaki untuk mengira jumlah sepasang kek cawan untuk sembilan orang kawan. Dengan cara bertahap, pelajar dikehendaki menghitung jumlah kawan dahulu, kemudian menghitung dua buah kek cawan tersebut sebanyak sembilan kali, dan membahagikannya kepada kesemua sembilan kawannya (Rajah 4). 32
  • 7. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Animasi angka yang keluar disetiap orang untuk menghitung jumlah kawan. Aktiviti dimana animasi karakter Amir mengajak pengguna untuk membantunya menghitung jumlah kawannya. Mata, mulut dan tangan Amir bergerak mengikut suara latar bagi memperjelas situasi. Animasi karakter Amir yang sentiasa member perhatian kerana kemunculannya yang tak disangka-sangka. Teknik ini membantu mengekalkan fokus pelajar. Animasi anak panah yang keluar serentak dengan tulisan “+ 2+ dan angka bagi mempercepat pemahaman konsep kiraan melangkau. Watak kawan-kawan Amir dihidupkan dengan riak wajah yang gembira dan mata yang berkedip. Animasi yang konsisten sebegini mampu mengekalkan fokus pelajar. Animasi angka yang menunjukkan jumlah kek cawan keluar satu persatu mengikut suara latar. Tulisan angka tersebut berlatarbelakangkan warna gelap bagi memudahkan pembacaan. Rajah 4 LO untuk pendaraban Bagi melengkapkan penceritaan secara keseluruhan, kisah majlis hari jadi ini diakhiri dengan aktiviti soalan yang meminta pelajar disleksia untuk menyelesaikan masalah konsep pendaraban dua dengan menggunakan pendekatan yang sama (tambah berulang dan kiraan melangkau). Selepas pembangunan Penilaian terhadap Objek Pembelajaran telahpun dijalankan keatas pelajar-pelajar tahun dua di kesemua sekolah disleksia di Lembah Kelang. Tujuan penilaian ialah untuk memastikan supaya bahan yang 33
  • 8. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 dihasilkan berkualiti. Data daripada penilaian pelajar menjadi faktor penting kepada kepenggunaan Objek Pembelajaran tersebut. Pengkaji menggunakan borang penilaian yang dihasilkan oleh Leeder (2003) dari the Universities’ Collaboration in eLearning. Ia mengandungi 7 item soalan yang dipilih daripada 23 soalan mengikut kesesuaian proses pembangunan animasi. Item dalam tinjauan terdiri daripada dua bahagian iaitu Penggunaan LO dan Nilai Pembelajaran. Peratus respons pelajar atas setiap ítem dianalisis dan kemudian purata jumlah keseluruhan dikira bagi mendapatkan rumusan. 1. Penggunaan LO – Fokus kepada persepsi pelajar terhadap betapa mudah dan jelasnya mereka dapat mengikut pengajaran dan aktiviti dalam LO (yang mana disampaikan dengan menggunakan teknik animasi yang telah direka khas) 2. Nilai pembelajaran LO – Merangkumi ítem yang menunjukkan persepsi pelajar terhadap betapa berkesannya LO (khususnya animasi yang telah direka khas) didalam membantu mereka belajar dan memahami kandungan yang relevan Bagi memastikan kesahihan jawapan, pengkaji cuba menanyakan setiap soalan tersebut melalui proses temuduga yang direkodkan kedalam video dan ditayang semula untuk tujuan pengamatan dan pengesahan jawapan pelajar. Untuk melengkapkan proses analisis, pengkaji mendapatkan pandangan guru untuk mengesahkan sekali lagi keatas setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar. Keputusan dan Perbincangan Sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah SK TTDI 2 Kuala Lumpur dan SK Bandar Tasik Puteri Rawang. Setakat ini hanya kedua-dua sekolah ini sahaja yang mempunyai program pembelajaran matematik untuk pelajar disleksia. Secara demografiknya, pelajar disini terdiri daripada berbilang kaum dengan pelbagai status ekonomi. Disebabkan jumlah pelajar yang terhad di setiap sekolah, jumlah pelajar yang terlibat bagi kajian ini adalah seramai 11 orang (populasi). Mereka datang dari pelbagai latarbelakang bangsa Melayu, Cina dan India dengan tahap pencapaian tiga peringkat; baik, sederhana dan lemah. Kesemua pelajar dikehendaki mengakses LO yang telah disimpan di dalam komputer. Selepas menggunakannya, mereka dikehendaki menilai LO menggunakan borang tinjauan penilaian yang disediakan. Untuk bahagian pertama jadual 1 menerangkan Penggunaan LO yang mana Majoriti pelajar mengaku yang LO senang digunakan. Fungsi ikon-ikon senang difahami dan mereka boleh menelusuri isi kandungan dengan menekan ikon-ikon butang. LO ini juga senang digunakan sebab tersedia fungsi butang navigasi untuk mengulang semula cerita, meneruskan cerita, dan memilih mukasurat penceritaan. 82% pelajar bersetuju bahawa LO distruktur dengan baik. Ini kerana struktur konsep penceritaan perayaan hari jadi mampu menyusun isi kandungan mengikut silabus. Pada masa yang sama, tempoh masa animasi yang singkat mengikut tahap penceritaan menjadikan isi kandungan lebih tersusun dan mudah difahami. Manakala 100% pelajar bersetuju bahawa mereka suka dengan apa yang mereka lihat dan rasa. Melalui pengamatan video dan pjuga pengesahan dari guru berkenaan, pelajar menunjukkan reaksi minat, rasa ingin tahu dan dimotivasi semasa menggunakan LO. Dengan adanya majoriti bersetuju bagi kesemua soalan dibahagian Penggunaan LO, menunjukkan bahawa pelajar disleksia mempunyai persepsi betapa mudah dan jelasnya mereka dapat mengikut pengajaran dan aktiviti yang disampaikan menggunakan teknik animasi yang telah direka khas. 34
  • 9. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Jadual 1 Respons pelajar terhadap LO Pendaraban Jumlah pelajar = 11 sangat setuju neutral tidak setuju Item Bilangan % Bilangan % Bilangan % pelajar pelajar pelajar Bahagian 1: Penggunaan LO ( Usability of LO) LO senang digunakan 10 90.1 - - 1 9.1 LO distruktur dengan baik 9 81.8 - - 2 - Suka dengan apa yang 11 100 - - - - saya lihat dan rasa Bahagian 2: Nilai Pembelajaran LO adalah menarik 11 100 - - - - Imej & animasi 11 100 - - - - komponen penting LO Aktiviti sesuai dan 10 90.1 - - 1 9.1 membantu Kandungan sesuai dengan 10 90.1 1 9.1 - - keperluan Untuk bahagian kedua, jadual 1 menunjukkan reaksi positif terhadap Nilai Pembelajaran. 100% pelajar bersetuju bahawa LO adalah menarik. Bukan sahaja pelajar yang menggunakan LO, pelajar-pelajar lain yang tidak menggunakan LO pada masa itu juga menunjukkan keinginan untuk turut serta menggunakan LO tersebut. Kesemua mereka menyatakan keinginan belajar melalui bentuk pembelajaran sebegini untuk subjek-subjek lain. 100% pelajar juga bersetuju bahawa imej dan animasi adalah komponen penting LO (Rajah 5). Mereka memahami imej ikon gula-gula, plastik dan kek cawan sebagai simbol kepada angka yang akan dikira. Animasi yang ditayangkan diikuti dengan tindak balas fokus, rasa ingin tahu, dan menganggukkan kepala (tanda faham). Bahkan juga, mereka memberikan respon dengan bercakap sesuatu untuk menyelesaikan penceritaan dengan menjawab hasil kiraan. Manakala 90% pelajar didapati bersetuju yang aktiviti penceritaan adalah sesuai dan membantu. Aktiviti penceritaan sememangnya direka untuk mengajak pengguna untuk turutserta memeriahkan majlis hari jadi Amir sambil memahami konsep pendaraban. 90% pelajar juga bersetuju bahawa kandungan adalah sesuai dengan keperluan. Pelajar mendapati bahawa penggunaan imej dan animasi yang direka khas untuk pelajar disleksia ini dapat diterima dengan baik dan kesemua pelajar menunjukkan kefahaman keatas isi kandungan. Sebagai kesimpulan bagi bahagian Nilai Pembelajaran, didapati majoriti persetujuan untuk kesemua ítem dan rumusan kepada animasi yang telah direka khas berkesan didalam membantu mereka belajar dan memahami kandungan yang relevan. 35
  • 10. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 12 10 Jumlah pelajar 8 6 4 Imej dan animasi adalah 2 komponen penting LO 0 Sangat Neutral Sangat Setuju Tidak Bersetuju Rajah 5 Item yang menanyakan bahawa imej dan animasi adalah komponen penting LO mendapat respon dari semua sebelas pelajar untuk kategori sangat setuju Kesimpulan Dan Cadangan Secara keseluruhannya, prototaip LO yang dibangun mendapat respon yang positif. Kesemua pelajar didapati boleh menggunakan LO tersebut dengan pengawasan yang sangat minimum. Mereka juga didapati mampu menggunakan setiap butang kawalan dan boleh berinteraksi tanpa sebarang masalah. Bahkan, ada yang mengaku bahawa LO sebegini menyeronokkan, mudah dan membantu mereka didalam memahami isi kandungan. Adalah penting bagi pelajar disleksia untuk mendapatkan galakkan pembelajaran mengikut cara yang mereka mahukan. Dengan memecahkan isi topik kepada pecahan tajuk- tajuk kecil, pelajar-pelajar disleksia boleh membuat kawalan diri untuk memahami konsep baik secara perlahan, berulang kali, dan berinteraksi mengikut cara kawalan masing-masing. Pelajar-pelajar disleksia sememangnya boleh memahami dan membuat aktiviti yang disuruh disetiap pecahan tajuk kecil tersebut dalam jangka masa yang singkat. Dari segi nilai pembelajaran, adalah penting untuk memahami yang pelajar disleksia amat tertarik dengan konsep aktiviti penceritaan yang dianimasikan. Didapati bahawa pelajar suka kepada pembelajaran yang dikaitkan dengan masalah dunia sebenar. Kajian ini juga membuktikan yang majoriti pelajar juga berpendapat bahawa grafik dan animasi adalah menarik dan memudahkan mereka memahami kandungan. Sememangnya pelajar disleksia perlu mendapatkan daya tarikan dan motivasi untuk mengekalkan fokus mereka terhadap bahan pembelajaran. Para pelajar didapati dapat menelusuri kesemua isi kandungan topik Pendaraban Dua dalam masa kurang dari 10 minit. Perkara sebegini diakui oleh guru berkenaan bahawa amatlah susah untuk dicapai didalam kelas biasa. Adalah penting untuk merujuk kepada ciri-ciri pelajar disleksia, pemahaman masalah topik pembelajaran secara teliti, dan mengenalpasti kaedah strategi pengajaran seperti yang telah dicadangkan. Dimasa yang akan datang pengkaji akan melihat banyak lagi kemungkinan untuk mengenalpasti lebih banyak unsur- unsur yang memotivasikan pembelajaran mereka. Rujukan Annual Report (2006). Kementerian Pelajaran Malaysia. Abtar Kaur, Ansary Ahmed, Zoraini Wati Abas & David Asirvatham. (2005). E-Learning in Malaysia: Streching Our Horizons. 11th International Conference on Technology Supported Learning & Training 30 November – 2 December 2005 in Berlin, Germany. 36
  • 11. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Ally, M., Cleveland-Innes, M., Boskic, N., & Larwill, S. (2006) Learner’s Use of Learning Objects. Journal of Distance Education Revue De L’Education A Distance Fall/Automne 2006, 21(2), 44- 5. Abdullah, M Haziq. Hisham, S. & Parumo.S. (2009) MyLexics: An Assistive Courseware for Dyslexic Children to Learn Basic Malay Language. SigAccess Newsletter, Issue 95, [Online] daripada: http://www.sigaccess.org/community/newsletter/september_2009/sep09_2.pdf [15 December 2009]. Beacham, N. (2007) The potential of multimedia to enhance learning for students with dyslexia.Skills for Access. Dimuat turun March 19, 2008, from http://skillsforaccess.org.uk/articles.php?id=150 Bradford, J. (n.d.). Designing web pages for dyslexic readers. [Online] Dimuat turun pada May 3 2009, daripada: http://www.dyslexia-parent.com/mag35.html Cornell, W. B. (2010). History Is Relatives; Educational Affordances of the Graphic Novel in The Magical Life of Long Tack Sam. International Journal of Comic Art, 12(1), 147-156. Dean, J (1996). Managing Special Needs in the Primary School. London: Routledge Fadilahwati Abdul Rahman & Fattawi Mokhtar (2009), Dyslexic Children Learning styles” Proceedings: 3 rd International Malaysia Educational Technology Convention, Batu Ferringhi, Penang, Malaysia 2009: 21-26. Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Ronaldi Saleh Umar. (2010) Usability Testing on Interactive Multimedia Learning Object for Dyslexic Children: Proceeding of 5th International Conference on e-Learning, 12-13 July 2010. Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia Fadilahwati Abdul Rahman, Fattwai Mokhtar, Ronaldi Saleh & Nor Aziah Alias. (2011). Mengatasi Masalah Disleksia Menggunakan Teknologi Pendidikan: Konferensi Akademik Pendidikan UITM- UPI, Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung, 25 April 2011, Bandung Indonesia Fadilahwati Abdul Rahman & Ronaldi Saleh (2009). New Technology Approach (D-Mic) for Dyslexia Learning Style. Proceedings: Regional Conference on Special Need Education, University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia 20 -22 July 2009. International Dyslexia Association (2010).Promoting Literacy Through Research, Education and Advocacy. Dimuat turun pada March 19, 2010, daripada http://www.interdys.org/ Julina Johan (2005). Kementerian rujuk aduan masih banyak pelajar gagal kuasai 3M, Utusan Malaysia 14 Februari:14 Karuchit, Warat. (2010). The Renaisance of Thai Knowledge Cartoon. International Journal of Comic Art, 12(1), 147-156. Keates, A. (2000). Dyslexia and Information and Communication Technology: A Guide for Teachers and Parents. London: David Fulton Publishers. Komala, P. Devi. (2004, September 22). Disleksia- Ramai Kanak-kanak tidak kenal huruf. Utusan Malaysia, p.17. Leeder, D. (2003). Learning object instructor and student surveys. Universities’ Collaboration in eLearning. Dimuat turun pada November 17, 2003, daripada http://www.ucel.ac.uk/resources/dev_pack.html Mortimore, Tilly (2008). Dyslexia and learning style: a practitioner’s handbook 2nd ed. England: John Wiley & Sons Ltd. Newton, M. J., Thomson, M. E., & Richards, I. L.(1979) . Readings in dyslexia: A study text to accompany the Aston index. Wisbech, England: Bemrose UK Limited. Nor Afzan Mohamad Yusof. (2006). Kerajaan perlu tambah program khas di sekolah. Berita Harian, 31 Julai Nordin Ahmad. “350,000 murid sekolah rendah alami Disleksia”. Utusan Malaysia, 17 December 2005. p. 2. 37
  • 12. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Parette, H., Hourcade, J. & Blum, C.. (2011). Using Animation in Microsoft PowerPoint to Enhance Engagement and Learning in Young Learners With Developmental Delay. Teaching Exceptional Children, 43(4), 58-67. Retrieved March 27, 2011, from ProQuest Education Journals. (Document ID: 2301060811). Shepherd, Clive. (2001). Objects of Interest. Dimuat turun pada March 19, 2010, daripada http://www.fastrak-consulting.co.uk/tactix/features/objects/objects.htm Taylor,M., Duffy, S., Hughes,G. (2007). The use of animation in higher education teaching to support students with dyslexia. Education and Training, 49(1), pp. 25-35 38