SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 1
1.0 Definisi Pengajaran
Pengajaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama
oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak
dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperolehi ilmu dan
kemahiran.
1.1Pendekatan Pengajaran.
Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran
seseorang guru dengan seseorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan(1998), pendekatan
merupakan cara atau langkah-langkah yang ambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu
tugas. Di dalan konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakma cara mendekati sesuatu,
misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata
lain, pendekatan kepada cara bagaimana mata pelajaran diajar untuk mencapai objektif.
Kamarudin Husin (1996), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang
saling berkaitan, yang mencerminkan satu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ditentukan oleh cara sesuatu kandungan mata
pelajaran diolah oleh guru dan ditentukan oleh criteria sejauh mana murid-murid terlibat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikur Kamarudin Husin (2004) mengatakan
pendekatan dalam suatu pengajaran dan pembelajaran adalah satu kumpulan andaian yang saling
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 2
berkait tentang sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap pendekatan mencerminkan
satu pandangan, atau falsafah atau teori.
Menurut Edward M.Anthony(1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling
berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.
Gestalt (2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari sesuatu
perkara atau sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudian mempelajari elemen-elemen
perincian situasi itu. Jika kita menerima sebagai satu teori pembelajaran, maka dijadikan sebagai
atau pendekatan dan pengajaran.
Mangantar Simanjuntak (1982) berpendapat, pendekatan ialah satu rencana (prosedur)
yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah
berdasarkan kepada pendekatan yang digunakan. Secara umumnya pendekatan terbahagi kepada
empat, iaitu Pendekatan Deduktif, Induktif, Elektif dan Komunikatif.
1.3 Konsep Induktif
Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat,
kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Dalam penggunaan kaedah induktif ini,
guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi
mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan, murid-
murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 3
dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang
berkenaan.
Di dalam sesuatu situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif, guru boleh
mengemukakan beberapa contoh yang khusus, diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk
membimbing murid-muridnya memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting
yang terkandung dalam setiap contoh itu. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan
kesimpulan itu. Guru hanya membimbing murid, melalui aktiviti soal jawab, mentafsir dan
membuat kesimpulan daripada contoh-contoh khusus yang dikemukakan.
Menurut Jonh M.Kierzek dan Walker Gibson (1960) pendekatan ini dimulakan dengan
sesuatu sebab atau contoh, kemudian bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Manakala
Kamaruddin Husin (19880, pula berpendapat induktif merupakan satu pendekatan pengajaran
yang bermula dengan contoh-contoh kemudian guru membuat mengaitkan terhadap unsure-unsur
yang terdapat dalam contoh-contoh tersebut.
1.4 Jenis Pendekatan Induktif
Pendekatan Induktif mempunyai banyak kaedah mengajar yang digunakan untuk mengajar
berbagai-bagai mata pelajaran. Demikian juga pendekatan induktif ini ada berbagai-bagai jenis.
Di antaranya ialah:
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 4
1. Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari ciri
segitiga yang sama daripada pelbagai jenis segitiga.
2. Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti
daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.
3. Membentuk satu hukum daripada penyataan-penyataan tertentu. Misalnya mendapat
hukum tatabahasa daripada membuat analisis tertentu ayat-ayat bahasa.
4. Membentuk satu teorem melalui aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mengukur dan
mencari hasil tambah sudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem hasil
tambah sudut segitiga.
5. Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya memerhati tingkah laku
menusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 5
1.5 PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF
Guru harus
menyediakan contoh-
contoh yang
sesuai, (yang boleh
membantu murid
membuat rumusan)
Sediakan contoh-
contoh yang sesuai
Soalan-soalan
disediakan untuk
membimbing
membuat kesimpulan
Guru tidak
menghuraikan isi
pelajaran, murid
dibimbing untuk
mencari kesimpulan
Jenis contoh khusus
dipelbagaikan tetapi
mengandungi ciri
yang sama
Contoh-contoh
khusus yang dipilih
haruslah sesuai &
mencukupi.
Murid-murid
digalakkan memberi
contoh yang sama
Guru tidak harus
memberi contoh
sekaligus
Sediakan alat bantu
mangajar
Penggunaan deria-
deria murid dalam
aktiviti –
lihat, dengar, hidu &
sentuh.
Pengajaran mengikut urutan
yang tepat – contoh-contoh
spesifik membawa kepada
kesimpulan umum.
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 6
2.0 PENGERTIAN KREATIVITI
Definisi kreativiti Menurut Kamus Dewan Edisi ke -4 , kreativiti bermaksud
kemampuan mencipta. Pengertian tentang kreativiti yang dikemukakan oleh pakar June King Mc
Fee Kreativiti bermaksud mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskinikan
perlambangan yang sedia ada. Menyusun dan mengolah semua organisasi yang sedia ada dan
mantap, kepada suatu organisasi yang baru. Berdaya menyatukan idea baru atau idea yang
diambil dari sesuatu, kepada sistem oganisasi atau situasi yang lepas iaitu memberi makna baru.
E. Paul Torrance Pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan, pemerhatian,
penemuan, percubaan, penerokaan, memanupulasi sesuatu semasa bermain tetapi sentiasa
mencuba mencari kebenaran .kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.
Donald W. Mac Kinnon.(1962) Individu kreatif boleh menyatakan tentang dirinya
serta mempunyai aras intelektual yang tinggi, pengalaman dan kepakaran estetika. Mereka
berdiri dalam aspek berfikir dan bertindak. Ada pertalian positif antara kreativiti dengan
kebebasan, kelenturan intelektul, kepekaan, keindahan dan keaslian.
Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek
penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kita kepada
satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa. Ia dapat dibentuk, dilatih menerusi rangsangan
tertentu.
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 7
Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di
kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri
semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak
mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam
bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.
2.1 CIRI-CIRI KREATIVITI.
Penghasilan kreativiti memaparkan 4 ciri yang utama iaitu:
2.1.1 Mempunyai Tujuan.
Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya berlaku secara
kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai
sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan dengan kandungan
imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif
berpotensi membawa idea baru, objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama
sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan.
Contohnya, bot yang dinaiki oleh Samad tenggelam dan Samad cuba sedaya upaya memikirkan
kaedah lain untuk menyelamatkan diri.
2.1.2 Berskala dan bernilai.
Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada tujuan atau
objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk menilai secara kritikal
idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea menyumbang kepada pencapaian
objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 8
digugurkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang
aktiviti berkenaan. Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan,
kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.
2.1.3 Pengurusan Imaginasi.
Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli. Ia juga
memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan proses perbuatan
dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai permainan mental yang diarahkan terhadap
sesuatu objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi
menggunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada
digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam
bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif
adalah kebolehan membuat hubunganyang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan
objek yang sebelum ini belum pernah dilihat.
2.1.4 Bersifat Asli.
Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini bermaksud ia
merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu atau pun
berkumpulan. Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu:
a. Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan dengan hasil kerjanya sendiri
yang terdahulu.
b. Ianya boleh dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan-rakannya.
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 9
c. Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-mana pihak
dalam mana-mana bidang.
3.0 Kajian Kes
3.1 Penyataan Masalah
Pengajaran bahasa seharusnya tidak lari dari matlamat asalnya iaitu menguasai bahasa itu
sendiri. Menguasai bahasa bermakna kebolehan untuk berkomunikasi dengan bahasa itu secara
spontan dan lisan. Komunikasi secara lisan yang terbaik ialah yang boleh difahami oleh
pendengar dan tanpa keupayaan lisan ini, komunikasi belum sempurna (Aziz Talib,1993). Oleh
kerana itu, aspek pertuturan menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa (Mohd
Hilmi, 1982).
Banyak kajian telah dijalankan untuk mengkaji pendekatan yang digunakan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, setiap pendekatan yang digunakan
terdapat kekuatan dan kelemahan tersendiri apabila kita menjalankan atau menggunakannya.
Lebuh-lebih lagi melibatkan murid yang mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Oleh itu satu
kajian telah dilakukan sendiri oleh pengkaji untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan apabila
menggunakan pendekatan tersebut.
3.2 Tujuan Kajian
Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan apabila menggunakan
pendekatan yang dipilih dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 10
3.3 Kajian
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4
BAHASA MALAYSIA
HARI : ISNIN
MASA : 10.00-11.00
TAHUN : 4 EFISIEN
TEMA : KESELAMATAN
TAJUK PELAJARAN: TEKNIK MENYELAMATKAN DIRI SEMASA KEBAKARAN
BILANGAN MURID : 42 ORANG
FOKUS UTAMA
3.1 ARAS 2(i) : Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk
menggunakan istilah, frasa, ayat yang betul dan laras bahasa yang
sesuai.
: Meyampaikan isi penting sesuatu topic secara tersusun dengan
bahasa yang mudah.
FOKUS SAMPINGAN
8.1 Aras 1(i) Membina dan menulis kata kerja.
Menulis perkataan dan pelbagai ayat berdasarkan topic yang
diberikan.
1.1 Aras 1 Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat
atau yang dibaca.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
1) Murid dapat membaca dengan lancer.
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 11
2) Murid pernah membaca dan mendengar tentang kebakaran dalam suratkhabar.
OBJEKTIF EKSPLISIT
Pada akhir pelajaran murid dapat :
1) Membuat hipotesis dengan betul tiga daripada tip-tip keselamatan yang ditunjukkan.
2) Dapat membina sebahagian karangan yang lengkap berdasarkan rangka karangan yang
diberikan.
SISTEM BAHASA
1) Tatabahasa : Sistem ejaan
2) Kosa Kata : Kebakaran /keselamatan , tindakan
PENGISIAN KURIKULUM
1) Ilmu : Pendidikan Moral, Kemahiran Hidup dan Sains
2) Nilai Murni : Berhati-hati ,berhemah, bekerjasama, semangat
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
1) Teori kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, verbalinguistik, kinestatik dan naturalis.
2)Kemahiran Berfikir : Menyusun ataur, mengnalpasti, idea utama dan idea
sokongan.
3) Belajar Cara Belajar : Penilaian secara berkumpulan.
4) Pembelajarn kontekstual : mengaitkan isu keselamatan dengan pengalaman sedia ada
murid.
5)Kajian Masa Depan : Membuat Ramalan.
BAHAN SUMBER
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 12
1) Video klip
2) LCD projector & Laptop
LANGKAH
/MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi Slide gambar kebakaran.
Contoh soalan:
1) Apakah yang anda
lihat dalam klip
video?
2) Apakah pendapat
kamu punca
kebakaran
berlaku?
-kecuaian
-Litar pintas
-api lilin
-Guru bersoal jawab dengan
murid tentang kebakaran.
-Guru menayangkanklip
video tentang gambar
kebakaran.
-Murid berdialog dengan
guru tentang paparan klip
video yang ditunjukkan.
-guru mengaitkan jawapan
murid dengan isi pelajaran.
TKP
-verbal linguistic
-interpersonal
Strategi
Berpusatkan murid
BSM
Klip video
LCD & laptop
Penilaian HP
3.1 Aras 2(i)
Tayangan video
Teknik menyelamatkan
diri semasa kebakaran
-guru menunjukkan
tayangan video teknik
menyelamatkan diri
daripada kebakaran.
Kemahiran Berfikir
Menjana idea
TKP
Intrapersonal
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 13
-guru mengarahkan murid
untuk mencatatkan tip-tip
menyelamatkan diri semasa
kebakaran secara individu.
ILMU
Pendidikan Moral
NILAI
Berhemah
Berhati-hati
Bekerjasama
Penilaian HP
FU:5.1 Aras (i)
Lakonan
Main Peranan
Guru bahagikan murid
kepada 5 kumpulan
Kumpulan 1:Tip 1 dan 2
Kumpulan 2:Tip 2 dan 3
Kumpulan 3:Tip3 dan 4
Strategi
Perbincangan
Kumpulan
TKP
Interpersonal
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 14
Kumpulan 4: Tip 4 dan 5
Kumpulan 5: Tip 5 dan 6
-Guru mengarahkan setiap
kumpulan untuk
melakonkan aksi mengikut
tip-tip menyelamatkan diri
yang telah ditentukan dalam
kumpulan.
*situasi
*tindakan selanjutnya
-Murid-murid berbincang
dalam kumpulan untuk
membahagikan peranan
masing-masing berdasarkan
catatan yang telah dibuat.
Dalam kumpulan masing-
masing murid melakonkan
watak-watak
-Pencerita
-Penunjukcara
-Setiap kumpulan perlu
membuat persembahan di
depan kelas.
Kinestatik
NIlai Murni
Membantu
Teliti
Penilaian HP
FS1.1 Aras 1(i)
Pengayaan
Membuat karangan
berformatkan fakta
(Teknik menyelamatkan
diri semasa kebakaran)
Pemulihan
Murid yang lemah
membina ayat mudah
berdasarkan kata kerja.
-guru menunjukkan jenis
karangan fakta
-murid berbincang tentang
penghuraian/pengembangan
isi pelajaran.
Pemulihan
-Guru membimbing murid
pemuluhan membuat ayat
kata keraja berdasarkan
gambar.
-Murid pemulihan menyalin
TKP
-verbal linguistik
Intrapersonal
Sistem bahasa
Tatabahasa
Kemahiran Berfikir
Menjana idea
BSM
Kad gambar
Kad Kata Kerja
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 15
format dan rangka karangan
yang telah dibincangkan.
Penilaian HP
FS:8.1 Aras (i)
Penutup
Kita mestilah sentiasa
berhati-hati semasa
menggunakan bahan api.
Kita wajib memilih
-Murid membuat rumusan
-Guru menekankan betapa
pentingnya menjaga
keselamatan semasa
kebakaran.
Kecerdasan pelbagai
-intrapersonal
Verbal linguistic
Nilai Murni
Mendengar nasihat
Menjaga keselamatan
diri
Mematuhi peraturan
3.4. Hasil Kajian
3.4.1 Kekuatan dalam pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Induktif.
Semasa menjalan makro teaching saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan apabila
menggunakan pendekatan induktif . Pertama pendekatan ini dapat mengasah kemahiran berfikir
dalam kalangan murid-murid contohnya dalan set induksi yang dijalankan dengan penayangan
klip video kebakaran . Murid begitu berminat dengan aktiviti ini. Hal ini disebabkan mereka
menggunakan keupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus yang menjadi dasar kepada
dasar pembentukan sesuatu ayat. Di samping itu, dalam pengajaran menjadi bertambah menarik
lagi apabila daya kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat ditingkatkan kerana
mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan rumus seperti dalam aktiviti main peranan.
Selain itu, pendekatan ini juga dapat melibatkan penglibatan yang aktif dalam kalangan
murid. Melalui pendekatan ini, strategi perbincangan dapat digalakkan kerana tugas menentukan
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 16
rumus dibuat oleh murid sendiri dengan suasana pembelajaran menjadi lebih seronok seperti
dalam aktiviti main peranan yang memerlukan murid berlakon dan berdialog dengan
menggunakan ayat sendiri. Sebelum berlakon mereka dihendaki berbingcang dalam kumpulan
untuk menentukan siapa yang terlibat dalam aktiviti main peranan tersebut.
Kelebihan pendekatan ini juga, ialah kemahiran lisan dapat disuburkan kerana
pendekatan ini memerlukan perbincangan yang banyak di dalam bilik darjah dan murid-murid
tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus pada peringkat awal pembelajaran sebaliknya mereka
didedahkan dengan pelbagai contoh penggunaan terlebih dahulu. Justeru perkara ini boleh
mengurangkan kebosanan mereka.
3.5 Kelemahan dalam pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Induktif.
Setiap sesuatu itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri begitu juga
dengan pendekatan induktif yang telah dijalankan. Antara kelemahan pendekatan ini adalah
pengajaran yang dilakukan mengambil masa yang panjang kerana guru perlu membimbing murid
mengesan rumus. Sekiranya sesebuah kelas itu terdiri daripada murid yang ramai jumlahnya,
penjurusan fikiran ke satu arah sukar dibuat kerana setiap murid mempunyai fikiran dan
pendapat dan pemahaman yang berbeza. Bagi murid-murid yang lemah pula, pendekatan ini
akan menimbulkan masalah kerana sukar bagi mereka untuk memikirkan rumus-rumus
tatabahasa daripada contoh-contoh ayat yang diberikan. Selain itu, pendekatan ini memerlukan
pengetahuan-pengetahun asas tentang tatabahasa dalam kalangan murid tanpa pengetahuan asas
rumus-rumus tatabahasa sukar dikesan. Sekiranya banyak kekecualian daripada rumus-rumus
tatabahasa dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya, pendekatan ini akan
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 17
menimbulkan masalah kerana rumus-rumus yang dibuat hanya berdasarkan contoh-contoh yang
diberi. Kelemahan lain pendekatan ini ialah, tidak dapat memperlihatkan penggunaan tatabahasa
yang diajarkan dalam konteks yang sebenarnya. Oleh yang demikian, kecekapan berkomunikasi
dalam situasi yang sebenar tidak dapat dikembangkan. Tegasnya pengajaran dan pembelajaran
lebih memnberatkan aspek ilmu bahasa.
3.6 Ciri-ciri kreatif yangtelah dijalankan semasapengajaran tersebut.
Semasa menjalankan pengajaran dengan menggunakan pendekatan induktif terdapar beberapa ciri-
ciri kreatif yang telah digunakan untuk menarik minat murid. Antaranya ialah dengan menggunakan klip
video kebakaran yang mana murid dapat melihat sendiri bagaimana kebakaran boleh berlalu jika berlakunya
kelalaian sendiri. Di samping itu, murid juga dapat menilai dan membuat rumusan sendiri bagaimana
kebakaran bolehberlakudenganmelihat videoklip yangtelahdipaparkan.
Di samping itu, ciri kreatif seterusnya ialah dengan menunjukkan klip video cara untuk
menyelamatkan diri jika berlakunya kabakaran sama ada di sekolah, rumah dan sebagainya. Murid dapat
membuat rumusandanmencari jawapankepadapersoalan yangtelahdi berikanoleh guru.
Main peranan juga, merupakan ciri-ciri kreatif yang ditunjukkan di mana murid dapat menjalankan
aktiviti dengan begitu aktif sekali apabila dapat melakonkan watak- watak yang telah diberikan. Melalui
aktiviti ini juga, murid dapat berbincang dalam kumpulan masing-masing dan dapat memberikan idea mereka
untuk menjalankanaktiviti tersebut.
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 18
3.7 Penerimaan murid terhadappengajaran melalui pendekatan induktif.
Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya untuk menyampaian isi kandungan
pelajaran dengan baik. Mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang
dengan kemas dan teratur.Pemilihanpendekatan yangsesuai sangat diperlukan supaya muriddapat menerima
isi pelajaran dengan lancar dan baik. Permulaan set induksi dengan membuat tayangan slaid video kebakaran
kepada murid dapat menarik perhatian murid untuk meneruskan pembelajaran . Murid begitu aktif dan dapat
menjawab persoalan yang diajukan oleh guru dengan baik sekali. Penggunaan ICT dapat menarik minat
murid dan membantumerekamemahami denganjelas terhadappelajaran yangingindisampaikanoleh guru.
Selain itu, dalam aktiviti main peranan murid dapat menjalankan tugas mereka dengan baik dan mereka begitu
teruja untuk melakonkan watak yang diberikan kepada mereka. Walau bagaimanapun bagi murid-murid
pemulihan mereka tidak dapat menguasainya dengan baik kerana guru tidak dapat membimbing mereka
dengan sepenuhnya kerana dengan menggunakan pendekatan ini masa begitu terbatas untuk menjalankan
aktiviti –aktiviti yang lebih mudah untuk mereka. Tindakan susulan murid di mana mereka dapat mengarang
karangan denganbaikmenunjukkanmereka faham terhadappengajaran guru.
4.Refleksi Kendiri
Semasa menjalankan makro teaching saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan
pengajaran saya. Antara kekuatan yang saya dapati ialah dengan menggunakan pendekatan induktif murid
dapat menerima isi pelajaran mengikut peringkat daripada yang senang kepada yang lebih susah. Semasa set
induksi di mana dengan tayangan slaid video di dapati murid begitu teruja untuk meneruskan aktiviti
seterusnya. Saya dapati dengan menggunakan ICT murid lebih berasa seronok dan berminat untuk belajar.
Pengajaran Sekolah Rendah EED3103
SEMESTER KHAS Page 19
Pendekatan induktif yang digunakan dapat memudahkan murid untuk faham dengan lebih cepat isi pelajaran
yang disampaikan oleh guru di mana guru memberi contoh-contoh yang sesuai Selain itu, guru juga
membimbing murid untuk lebih faham dengan bersoaljawab dengan murid di samping kepelbagaian aktiviti
begitu menarik minat murid. Didapati semasa aktiviti main peranan murid dapat melakukannya dengan baik
sekali dan memudahkanmuriduntukmemahami apa yanghendakdisampaikanoleh guru.

More Related Content

What's hot

BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanAYU_TEMPOYAK
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifRashidah Awang
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumXiaoling Lew
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Noorezayu Mohd Said
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
4 model pengajaran
4 model pengajaran4 model pengajaran
4 model pengajaranKamal Khalid
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran Universiti selangor
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanKmk Ktk
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masterizabidah awang
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYSanta Barbara
 
BAB 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT.pptx
BAB 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT.pptxBAB 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT.pptx
BAB 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT.pptxAzizonBintiAhmad
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 

What's hot (20)

BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatif
 
KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
4 model pengajaran
4 model pengajaran4 model pengajaran
4 model pengajaran
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Pendekatan deduktif ppt.
Pendekatan deduktif ppt.Pendekatan deduktif ppt.
Pendekatan deduktif ppt.
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakan
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masteri
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
BAB 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT.pptx
BAB 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT.pptxBAB 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT.pptx
BAB 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT.pptx
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 

Viewers also liked

Kpd 3026 unit pengajaran dan rph
Kpd 3026   unit pengajaran dan rphKpd 3026   unit pengajaran dan rph
Kpd 3026 unit pengajaran dan rphAzidah Abu Ziden
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahFarah Waheeda
 
Kpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razaliKpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razaliaisyamafiza
 
18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kesChales Etin
 
cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...Nurfaten Ismail
 
Contoh rph latihan mengajar
Contoh rph latihan mengajarContoh rph latihan mengajar
Contoh rph latihan mengajarMohd Zaidy
 
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANNad0209
 
Contoh rancangan mengajar
Contoh rancangan mengajarContoh rancangan mengajar
Contoh rancangan mengajar89hani
 
HUkum Mim Mati Tahun 4
HUkum Mim Mati Tahun 4HUkum Mim Mati Tahun 4
HUkum Mim Mati Tahun 4Profshida
 
1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifikIlyanie Hasan
 
Pemetaan matematik-tingkatan-2-2013
Pemetaan matematik-tingkatan-2-2013Pemetaan matematik-tingkatan-2-2013
Pemetaan matematik-tingkatan-2-2013Mohd Hasanul Fathi
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranNgan Jiaing
 
KONSEP ASAS PROSES PENYELIDIKAN
KONSEP ASAS PROSES PENYELIDIKANKONSEP ASAS PROSES PENYELIDIKAN
KONSEP ASAS PROSES PENYELIDIKANMuhammad Nasrullah
 
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1Azima Rahim
 
Rpp sistem persamaan linear 3 variabel sma n 5 manisah
Rpp sistem persamaan linear 3 variabel sma n 5   manisahRpp sistem persamaan linear 3 variabel sma n 5   manisah
Rpp sistem persamaan linear 3 variabel sma n 5 manisahMaryanto Sumringah SMA 9 Tebo
 

Viewers also liked (20)

Kpd 3026 unit pengajaran dan rph
Kpd 3026   unit pengajaran dan rphKpd 3026   unit pengajaran dan rph
Kpd 3026 unit pengajaran dan rph
 
Pendekatan Pengajaran
Pendekatan PengajaranPendekatan Pengajaran
Pendekatan Pengajaran
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
 
Kpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razaliKpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razali
 
18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes
 
cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...
 
Contoh rph latihan mengajar
Contoh rph latihan mengajarContoh rph latihan mengajar
Contoh rph latihan mengajar
 
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
 
Contoh rancangan mengajar
Contoh rancangan mengajarContoh rancangan mengajar
Contoh rancangan mengajar
 
HUkum Mim Mati Tahun 4
HUkum Mim Mati Tahun 4HUkum Mim Mati Tahun 4
HUkum Mim Mati Tahun 4
 
Rph kata nama
Rph kata namaRph kata nama
Rph kata nama
 
1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik
 
Pemetaan matematik-tingkatan-2-2013
Pemetaan matematik-tingkatan-2-2013Pemetaan matematik-tingkatan-2-2013
Pemetaan matematik-tingkatan-2-2013
 
Mte 3110 linear algebra
Mte 3110 linear algebraMte 3110 linear algebra
Mte 3110 linear algebra
 
Tugasan p.kritis
Tugasan p.kritisTugasan p.kritis
Tugasan p.kritis
 
RPT
RPTRPT
RPT
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
KONSEP ASAS PROSES PENYELIDIKAN
KONSEP ASAS PROSES PENYELIDIKANKONSEP ASAS PROSES PENYELIDIKAN
KONSEP ASAS PROSES PENYELIDIKAN
 
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
 
Rpp sistem persamaan linear 3 variabel sma n 5 manisah
Rpp sistem persamaan linear 3 variabel sma n 5   manisahRpp sistem persamaan linear 3 variabel sma n 5   manisah
Rpp sistem persamaan linear 3 variabel sma n 5 manisah
 

Similar to Kajian induktif

Strategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran KontextualStrategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran KontextualPratiwiKartikaSari
 
Pendekatan, strategi, metode, teknik pembelajaran
Pendekatan, strategi, metode, teknik pembelajaranPendekatan, strategi, metode, teknik pembelajaran
Pendekatan, strategi, metode, teknik pembelajaranAsri Maulida Ramadhani
 
Ppt pendekatan pembelajaran
Ppt pendekatan pembelajaranPpt pendekatan pembelajaran
Ppt pendekatan pembelajaranrizka_pratiwi
 
Model pembelajaran clis
Model pembelajaran clisModel pembelajaran clis
Model pembelajaran clismartinrusmaja
 
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptx
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptxGrant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptx
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptxLeli85
 
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiriStrategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiriIzny Atikah
 
Model Pembelajaran Kurikulum Merdeka.ppsx
Model Pembelajaran Kurikulum Merdeka.ppsxModel Pembelajaran Kurikulum Merdeka.ppsx
Model Pembelajaran Kurikulum Merdeka.ppsxlalumhw88
 
Makalah Strategi Pembelajaran inkuiri
Makalah Strategi Pembelajaran inkuiriMakalah Strategi Pembelajaran inkuiri
Makalah Strategi Pembelajaran inkuiriChi'onk Pemimpin
 
Lutvia resta-setyawati 1406973
Lutvia resta-setyawati 1406973Lutvia resta-setyawati 1406973
Lutvia resta-setyawati 1406973Nadia Anwar
 
Pembelajaran Discovery Learning
Pembelajaran Discovery LearningPembelajaran Discovery Learning
Pembelajaran Discovery LearningAndi Rafiah S
 

Similar to Kajian induktif (20)

Makalah dppm
Makalah dppmMakalah dppm
Makalah dppm
 
Strategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran KontextualStrategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran Kontextual
 
Pendekatan, strategi, metode, teknik pembelajaran
Pendekatan, strategi, metode, teknik pembelajaranPendekatan, strategi, metode, teknik pembelajaran
Pendekatan, strategi, metode, teknik pembelajaran
 
Ppt pendekatan pembelajaran
Ppt pendekatan pembelajaranPpt pendekatan pembelajaran
Ppt pendekatan pembelajaran
 
Model pembelajaran clis
Model pembelajaran clisModel pembelajaran clis
Model pembelajaran clis
 
4 modelnl
4 modelnl4 modelnl
4 modelnl
 
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptx
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptxGrant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptx
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptx
 
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiriStrategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
 
Model Pembelajaran Kurikulum Merdeka.ppsx
Model Pembelajaran Kurikulum Merdeka.ppsxModel Pembelajaran Kurikulum Merdeka.ppsx
Model Pembelajaran Kurikulum Merdeka.ppsx
 
Makalah Strategi Pembelajaran inkuiri
Makalah Strategi Pembelajaran inkuiriMakalah Strategi Pembelajaran inkuiri
Makalah Strategi Pembelajaran inkuiri
 
Tekno pdf
Tekno pdfTekno pdf
Tekno pdf
 
Artikel Belajar Pembelajaran
Artikel Belajar PembelajaranArtikel Belajar Pembelajaran
Artikel Belajar Pembelajaran
 
Sbm
SbmSbm
Sbm
 
Lutvia resta-setyawati 1406973
Lutvia resta-setyawati 1406973Lutvia resta-setyawati 1406973
Lutvia resta-setyawati 1406973
 
Model Pembelajaran Terpadu
Model Pembelajaran TerpaduModel Pembelajaran Terpadu
Model Pembelajaran Terpadu
 
A
AA
A
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Pembelajaran Discovery Learning
Pembelajaran Discovery LearningPembelajaran Discovery Learning
Pembelajaran Discovery Learning
 
Teori belajar gestalt
Teori belajar gestaltTeori belajar gestalt
Teori belajar gestalt
 
Modul (kb 6) contextual
Modul (kb 6) contextualModul (kb 6) contextual
Modul (kb 6) contextual
 

More from CIKGU NAZARINANAWAWI

Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR) CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritisKajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis CIKGU NAZARINANAWAWI
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasiPantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102 CIKGU NAZARINANAWAWI
 

More from CIKGU NAZARINANAWAWI (13)

Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
 
Kajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatifKajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatif
 
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritisKajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
 
Kajian dialek TRENGGANU
Kajian dialek TRENGGANUKajian dialek TRENGGANU
Kajian dialek TRENGGANU
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROMKAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
 
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasiPantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
 
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
 
Tugasan buku cerita ppg2012
Tugasan buku cerita ppg2012Tugasan buku cerita ppg2012
Tugasan buku cerita ppg2012
 
Edward De Bono
 Edward De Bono Edward De Bono
Edward De Bono
 
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA  HADAPAN BAHASA MELAYUMASA  HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
 

Kajian induktif

  • 1. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 1 1.0 Definisi Pengajaran Pengajaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperolehi ilmu dan kemahiran. 1.1Pendekatan Pengajaran. Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran seseorang guru dengan seseorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan(1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang ambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalan konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakma cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan kepada cara bagaimana mata pelajaran diajar untuk mencapai objektif. Kamarudin Husin (1996), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan, yang mencerminkan satu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ditentukan oleh cara sesuatu kandungan mata pelajaran diolah oleh guru dan ditentukan oleh criteria sejauh mana murid-murid terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikur Kamarudin Husin (2004) mengatakan pendekatan dalam suatu pengajaran dan pembelajaran adalah satu kumpulan andaian yang saling
  • 2. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 2 berkait tentang sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap pendekatan mencerminkan satu pandangan, atau falsafah atau teori. Menurut Edward M.Anthony(1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Gestalt (2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari sesuatu perkara atau sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudian mempelajari elemen-elemen perincian situasi itu. Jika kita menerima sebagai satu teori pembelajaran, maka dijadikan sebagai atau pendekatan dan pengajaran. Mangantar Simanjuntak (1982) berpendapat, pendekatan ialah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah berdasarkan kepada pendekatan yang digunakan. Secara umumnya pendekatan terbahagi kepada empat, iaitu Pendekatan Deduktif, Induktif, Elektif dan Komunikatif. 1.3 Konsep Induktif Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Dalam penggunaan kaedah induktif ini, guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan, murid- murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung
  • 3. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 3 dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan. Di dalam sesuatu situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif, guru boleh mengemukakan beberapa contoh yang khusus, diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk membimbing murid-muridnya memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap contoh itu. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu. Guru hanya membimbing murid, melalui aktiviti soal jawab, mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh-contoh khusus yang dikemukakan. Menurut Jonh M.Kierzek dan Walker Gibson (1960) pendekatan ini dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh, kemudian bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Manakala Kamaruddin Husin (19880, pula berpendapat induktif merupakan satu pendekatan pengajaran yang bermula dengan contoh-contoh kemudian guru membuat mengaitkan terhadap unsure-unsur yang terdapat dalam contoh-contoh tersebut. 1.4 Jenis Pendekatan Induktif Pendekatan Induktif mempunyai banyak kaedah mengajar yang digunakan untuk mengajar berbagai-bagai mata pelajaran. Demikian juga pendekatan induktif ini ada berbagai-bagai jenis. Di antaranya ialah:
  • 4. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 4 1. Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari ciri segitiga yang sama daripada pelbagai jenis segitiga. 2. Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah. 3. Membentuk satu hukum daripada penyataan-penyataan tertentu. Misalnya mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisis tertentu ayat-ayat bahasa. 4. Membentuk satu teorem melalui aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mengukur dan mencari hasil tambah sudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem hasil tambah sudut segitiga. 5. Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya memerhati tingkah laku menusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.
  • 5. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 5 1.5 PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF Guru harus menyediakan contoh- contoh yang sesuai, (yang boleh membantu murid membuat rumusan) Sediakan contoh- contoh yang sesuai Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi. Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama Guru tidak harus memberi contoh sekaligus Sediakan alat bantu mangajar Penggunaan deria- deria murid dalam aktiviti – lihat, dengar, hidu & sentuh. Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.
  • 6. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 6 2.0 PENGERTIAN KREATIVITI Definisi kreativiti Menurut Kamus Dewan Edisi ke -4 , kreativiti bermaksud kemampuan mencipta. Pengertian tentang kreativiti yang dikemukakan oleh pakar June King Mc Fee Kreativiti bermaksud mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskinikan perlambangan yang sedia ada. Menyusun dan mengolah semua organisasi yang sedia ada dan mantap, kepada suatu organisasi yang baru. Berdaya menyatukan idea baru atau idea yang diambil dari sesuatu, kepada sistem oganisasi atau situasi yang lepas iaitu memberi makna baru. E. Paul Torrance Pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan, pemerhatian, penemuan, percubaan, penerokaan, memanupulasi sesuatu semasa bermain tetapi sentiasa mencuba mencari kebenaran .kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan. Donald W. Mac Kinnon.(1962) Individu kreatif boleh menyatakan tentang dirinya serta mempunyai aras intelektual yang tinggi, pengalaman dan kepakaran estetika. Mereka berdiri dalam aspek berfikir dan bertindak. Ada pertalian positif antara kreativiti dengan kebebasan, kelenturan intelektul, kepekaan, keindahan dan keaslian. Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa. Ia dapat dibentuk, dilatih menerusi rangsangan tertentu.
  • 7. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 7 Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan. 2.1 CIRI-CIRI KREATIVITI. Penghasilan kreativiti memaparkan 4 ciri yang utama iaitu: 2.1.1 Mempunyai Tujuan. Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya berlaku secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru, objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan. Contohnya, bot yang dinaiki oleh Samad tenggelam dan Samad cuba sedaya upaya memikirkan kaedah lain untuk menyelamatkan diri. 2.1.2 Berskala dan bernilai. Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna
  • 8. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 8 digugurkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan. Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok. 2.1.3 Pengurusan Imaginasi. Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli. Ia juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan proses perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai permainan mental yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubunganyang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang sebelum ini belum pernah dilihat. 2.1.4 Bersifat Asli. Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini bermaksud ia merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu atau pun berkumpulan. Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu: a. Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan dengan hasil kerjanya sendiri yang terdahulu. b. Ianya boleh dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan-rakannya.
  • 9. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 9 c. Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-mana pihak dalam mana-mana bidang. 3.0 Kajian Kes 3.1 Penyataan Masalah Pengajaran bahasa seharusnya tidak lari dari matlamat asalnya iaitu menguasai bahasa itu sendiri. Menguasai bahasa bermakna kebolehan untuk berkomunikasi dengan bahasa itu secara spontan dan lisan. Komunikasi secara lisan yang terbaik ialah yang boleh difahami oleh pendengar dan tanpa keupayaan lisan ini, komunikasi belum sempurna (Aziz Talib,1993). Oleh kerana itu, aspek pertuturan menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa (Mohd Hilmi, 1982). Banyak kajian telah dijalankan untuk mengkaji pendekatan yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, setiap pendekatan yang digunakan terdapat kekuatan dan kelemahan tersendiri apabila kita menjalankan atau menggunakannya. Lebuh-lebih lagi melibatkan murid yang mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Oleh itu satu kajian telah dilakukan sendiri oleh pengkaji untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan apabila menggunakan pendekatan tersebut. 3.2 Tujuan Kajian Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan apabila menggunakan pendekatan yang dipilih dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 10. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 10 3.3 Kajian CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4 BAHASA MALAYSIA HARI : ISNIN MASA : 10.00-11.00 TAHUN : 4 EFISIEN TEMA : KESELAMATAN TAJUK PELAJARAN: TEKNIK MENYELAMATKAN DIRI SEMASA KEBAKARAN BILANGAN MURID : 42 ORANG FOKUS UTAMA 3.1 ARAS 2(i) : Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan istilah, frasa, ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. : Meyampaikan isi penting sesuatu topic secara tersusun dengan bahasa yang mudah. FOKUS SAMPINGAN 8.1 Aras 1(i) Membina dan menulis kata kerja. Menulis perkataan dan pelbagai ayat berdasarkan topic yang diberikan. 1.1 Aras 1 Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang dibaca. PENGETAHUAN SEDIA ADA 1) Murid dapat membaca dengan lancer.
  • 11. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 11 2) Murid pernah membaca dan mendengar tentang kebakaran dalam suratkhabar. OBJEKTIF EKSPLISIT Pada akhir pelajaran murid dapat : 1) Membuat hipotesis dengan betul tiga daripada tip-tip keselamatan yang ditunjukkan. 2) Dapat membina sebahagian karangan yang lengkap berdasarkan rangka karangan yang diberikan. SISTEM BAHASA 1) Tatabahasa : Sistem ejaan 2) Kosa Kata : Kebakaran /keselamatan , tindakan PENGISIAN KURIKULUM 1) Ilmu : Pendidikan Moral, Kemahiran Hidup dan Sains 2) Nilai Murni : Berhati-hati ,berhemah, bekerjasama, semangat KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH 1) Teori kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, verbalinguistik, kinestatik dan naturalis. 2)Kemahiran Berfikir : Menyusun ataur, mengnalpasti, idea utama dan idea sokongan. 3) Belajar Cara Belajar : Penilaian secara berkumpulan. 4) Pembelajarn kontekstual : mengaitkan isu keselamatan dengan pengalaman sedia ada murid. 5)Kajian Masa Depan : Membuat Ramalan. BAHAN SUMBER
  • 12. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 12 1) Video klip 2) LCD projector & Laptop LANGKAH /MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN Set Induksi Slide gambar kebakaran. Contoh soalan: 1) Apakah yang anda lihat dalam klip video? 2) Apakah pendapat kamu punca kebakaran berlaku? -kecuaian -Litar pintas -api lilin -Guru bersoal jawab dengan murid tentang kebakaran. -Guru menayangkanklip video tentang gambar kebakaran. -Murid berdialog dengan guru tentang paparan klip video yang ditunjukkan. -guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran. TKP -verbal linguistic -interpersonal Strategi Berpusatkan murid BSM Klip video LCD & laptop Penilaian HP 3.1 Aras 2(i) Tayangan video Teknik menyelamatkan diri semasa kebakaran -guru menunjukkan tayangan video teknik menyelamatkan diri daripada kebakaran. Kemahiran Berfikir Menjana idea TKP Intrapersonal
  • 13. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 13 -guru mengarahkan murid untuk mencatatkan tip-tip menyelamatkan diri semasa kebakaran secara individu. ILMU Pendidikan Moral NILAI Berhemah Berhati-hati Bekerjasama Penilaian HP FU:5.1 Aras (i) Lakonan Main Peranan Guru bahagikan murid kepada 5 kumpulan Kumpulan 1:Tip 1 dan 2 Kumpulan 2:Tip 2 dan 3 Kumpulan 3:Tip3 dan 4 Strategi Perbincangan Kumpulan TKP Interpersonal
  • 14. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 14 Kumpulan 4: Tip 4 dan 5 Kumpulan 5: Tip 5 dan 6 -Guru mengarahkan setiap kumpulan untuk melakonkan aksi mengikut tip-tip menyelamatkan diri yang telah ditentukan dalam kumpulan. *situasi *tindakan selanjutnya -Murid-murid berbincang dalam kumpulan untuk membahagikan peranan masing-masing berdasarkan catatan yang telah dibuat. Dalam kumpulan masing- masing murid melakonkan watak-watak -Pencerita -Penunjukcara -Setiap kumpulan perlu membuat persembahan di depan kelas. Kinestatik NIlai Murni Membantu Teliti Penilaian HP FS1.1 Aras 1(i) Pengayaan Membuat karangan berformatkan fakta (Teknik menyelamatkan diri semasa kebakaran) Pemulihan Murid yang lemah membina ayat mudah berdasarkan kata kerja. -guru menunjukkan jenis karangan fakta -murid berbincang tentang penghuraian/pengembangan isi pelajaran. Pemulihan -Guru membimbing murid pemuluhan membuat ayat kata keraja berdasarkan gambar. -Murid pemulihan menyalin TKP -verbal linguistik Intrapersonal Sistem bahasa Tatabahasa Kemahiran Berfikir Menjana idea BSM Kad gambar Kad Kata Kerja
  • 15. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 15 format dan rangka karangan yang telah dibincangkan. Penilaian HP FS:8.1 Aras (i) Penutup Kita mestilah sentiasa berhati-hati semasa menggunakan bahan api. Kita wajib memilih -Murid membuat rumusan -Guru menekankan betapa pentingnya menjaga keselamatan semasa kebakaran. Kecerdasan pelbagai -intrapersonal Verbal linguistic Nilai Murni Mendengar nasihat Menjaga keselamatan diri Mematuhi peraturan 3.4. Hasil Kajian 3.4.1 Kekuatan dalam pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Induktif. Semasa menjalan makro teaching saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan apabila menggunakan pendekatan induktif . Pertama pendekatan ini dapat mengasah kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid contohnya dalan set induksi yang dijalankan dengan penayangan klip video kebakaran . Murid begitu berminat dengan aktiviti ini. Hal ini disebabkan mereka menggunakan keupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus yang menjadi dasar kepada dasar pembentukan sesuatu ayat. Di samping itu, dalam pengajaran menjadi bertambah menarik lagi apabila daya kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat ditingkatkan kerana mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan rumus seperti dalam aktiviti main peranan. Selain itu, pendekatan ini juga dapat melibatkan penglibatan yang aktif dalam kalangan murid. Melalui pendekatan ini, strategi perbincangan dapat digalakkan kerana tugas menentukan
  • 16. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 16 rumus dibuat oleh murid sendiri dengan suasana pembelajaran menjadi lebih seronok seperti dalam aktiviti main peranan yang memerlukan murid berlakon dan berdialog dengan menggunakan ayat sendiri. Sebelum berlakon mereka dihendaki berbingcang dalam kumpulan untuk menentukan siapa yang terlibat dalam aktiviti main peranan tersebut. Kelebihan pendekatan ini juga, ialah kemahiran lisan dapat disuburkan kerana pendekatan ini memerlukan perbincangan yang banyak di dalam bilik darjah dan murid-murid tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus pada peringkat awal pembelajaran sebaliknya mereka didedahkan dengan pelbagai contoh penggunaan terlebih dahulu. Justeru perkara ini boleh mengurangkan kebosanan mereka. 3.5 Kelemahan dalam pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Induktif. Setiap sesuatu itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri begitu juga dengan pendekatan induktif yang telah dijalankan. Antara kelemahan pendekatan ini adalah pengajaran yang dilakukan mengambil masa yang panjang kerana guru perlu membimbing murid mengesan rumus. Sekiranya sesebuah kelas itu terdiri daripada murid yang ramai jumlahnya, penjurusan fikiran ke satu arah sukar dibuat kerana setiap murid mempunyai fikiran dan pendapat dan pemahaman yang berbeza. Bagi murid-murid yang lemah pula, pendekatan ini akan menimbulkan masalah kerana sukar bagi mereka untuk memikirkan rumus-rumus tatabahasa daripada contoh-contoh ayat yang diberikan. Selain itu, pendekatan ini memerlukan pengetahuan-pengetahun asas tentang tatabahasa dalam kalangan murid tanpa pengetahuan asas rumus-rumus tatabahasa sukar dikesan. Sekiranya banyak kekecualian daripada rumus-rumus tatabahasa dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya, pendekatan ini akan
  • 17. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 17 menimbulkan masalah kerana rumus-rumus yang dibuat hanya berdasarkan contoh-contoh yang diberi. Kelemahan lain pendekatan ini ialah, tidak dapat memperlihatkan penggunaan tatabahasa yang diajarkan dalam konteks yang sebenarnya. Oleh yang demikian, kecekapan berkomunikasi dalam situasi yang sebenar tidak dapat dikembangkan. Tegasnya pengajaran dan pembelajaran lebih memnberatkan aspek ilmu bahasa. 3.6 Ciri-ciri kreatif yangtelah dijalankan semasapengajaran tersebut. Semasa menjalankan pengajaran dengan menggunakan pendekatan induktif terdapar beberapa ciri- ciri kreatif yang telah digunakan untuk menarik minat murid. Antaranya ialah dengan menggunakan klip video kebakaran yang mana murid dapat melihat sendiri bagaimana kebakaran boleh berlalu jika berlakunya kelalaian sendiri. Di samping itu, murid juga dapat menilai dan membuat rumusan sendiri bagaimana kebakaran bolehberlakudenganmelihat videoklip yangtelahdipaparkan. Di samping itu, ciri kreatif seterusnya ialah dengan menunjukkan klip video cara untuk menyelamatkan diri jika berlakunya kabakaran sama ada di sekolah, rumah dan sebagainya. Murid dapat membuat rumusandanmencari jawapankepadapersoalan yangtelahdi berikanoleh guru. Main peranan juga, merupakan ciri-ciri kreatif yang ditunjukkan di mana murid dapat menjalankan aktiviti dengan begitu aktif sekali apabila dapat melakonkan watak- watak yang telah diberikan. Melalui aktiviti ini juga, murid dapat berbincang dalam kumpulan masing-masing dan dapat memberikan idea mereka untuk menjalankanaktiviti tersebut.
  • 18. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 18 3.7 Penerimaan murid terhadappengajaran melalui pendekatan induktif. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya untuk menyampaian isi kandungan pelajaran dengan baik. Mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur.Pemilihanpendekatan yangsesuai sangat diperlukan supaya muriddapat menerima isi pelajaran dengan lancar dan baik. Permulaan set induksi dengan membuat tayangan slaid video kebakaran kepada murid dapat menarik perhatian murid untuk meneruskan pembelajaran . Murid begitu aktif dan dapat menjawab persoalan yang diajukan oleh guru dengan baik sekali. Penggunaan ICT dapat menarik minat murid dan membantumerekamemahami denganjelas terhadappelajaran yangingindisampaikanoleh guru. Selain itu, dalam aktiviti main peranan murid dapat menjalankan tugas mereka dengan baik dan mereka begitu teruja untuk melakonkan watak yang diberikan kepada mereka. Walau bagaimanapun bagi murid-murid pemulihan mereka tidak dapat menguasainya dengan baik kerana guru tidak dapat membimbing mereka dengan sepenuhnya kerana dengan menggunakan pendekatan ini masa begitu terbatas untuk menjalankan aktiviti –aktiviti yang lebih mudah untuk mereka. Tindakan susulan murid di mana mereka dapat mengarang karangan denganbaikmenunjukkanmereka faham terhadappengajaran guru. 4.Refleksi Kendiri Semasa menjalankan makro teaching saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatan yang saya dapati ialah dengan menggunakan pendekatan induktif murid dapat menerima isi pelajaran mengikut peringkat daripada yang senang kepada yang lebih susah. Semasa set induksi di mana dengan tayangan slaid video di dapati murid begitu teruja untuk meneruskan aktiviti seterusnya. Saya dapati dengan menggunakan ICT murid lebih berasa seronok dan berminat untuk belajar.
  • 19. Pengajaran Sekolah Rendah EED3103 SEMESTER KHAS Page 19 Pendekatan induktif yang digunakan dapat memudahkan murid untuk faham dengan lebih cepat isi pelajaran yang disampaikan oleh guru di mana guru memberi contoh-contoh yang sesuai Selain itu, guru juga membimbing murid untuk lebih faham dengan bersoaljawab dengan murid di samping kepelbagaian aktiviti begitu menarik minat murid. Didapati semasa aktiviti main peranan murid dapat melakukannya dengan baik sekali dan memudahkanmuriduntukmemahami apa yanghendakdisampaikanoleh guru.