SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 152
Descargar para leer sin conexión
Edisi Pertama 2008
© AZIZI YAHAYA & YUSOF BOON & SHAHRIN HASHIM 2008
Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa
jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &
Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Ta'zim,
Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Personaliti gaya hidup remaja / editor Yusof Boon, Azizi Yahaya,
Shahrin Hashim.
Mengandungi indeks
ISBN 978-983-52-0534-7
1. Teenagers--Social life and customs. 2. Teenagers--Conduct of life.
I. Yusof Boon. II. Azizi Hj. Yahaya. III. Shahrin Hashim. IV. Judul.
305.235
Pereka Kulit: MOHD ASMAWIDIN BIDIN
Diatur huruf oleh / Typeset by
AZIZI YAHAYA & RAKAN-RAKAN
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PENERBIT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
34 – 38, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti,
81300 Skudai,
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA.
(PENERBIT UTM anggota PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/
MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION dengan no. keahlian 9101)
Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
UNIVISION PRESS
Lot 47 & 48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9
Jln. Serdang Raya, Tmn Serdang Raya
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
v Kandungan
KANDUNGAN
Prakata vi
Bab 1 Personaliti Remaja
Sharifudin Ismail & Noordin Yahaya
1
Bab 2 Baka Dan Personaliti Remaja
Nurulhuda Azizi & Nurul Ezzati Azizi
14
Bab 3 Remaja dan Pengaruh Keluarga
Noordin Yahaya & Shahrin Hashim
36
Bab 4 Kecerdasan Dan Personaliti
Azizi Yahaya & Shahrin Hashim
44
Bab 5 Pembentukan Konsep Kendiri Remaja
Nurul Ezzati Azizi
69
Bab 6 Pelakuan Agresif Remaja
Azizi Yahaya& Shahrin Hashim
81
Bab 7 Kenakalan Remaja
Nurul Ezzati Azizi, Nurulhuda Azizi &
Yusof Boon
117
Bab 8 Kajian Keremajaan
Nurulhuda Azizi & Nurul Ezzati Azizi
130
Indeks 144
PRAKATA
Buku ini mengajak pembaca bersama-sama melalui pengalaman-
pengalaman bagaimana hendak memahami gaya hidup Remaja
yang sering terdedah dengan masalah social.
Penghasilan buku ini ‘Personaliti Gaya Hidup Remaja’
mendedahkan aktiviti remaja dalam kehidupan sosial. Peranan
golongan remaja tidak dinafikan kerana mereka merupakan waris
yang akan menentukan hala tuju masa depan. Mereka mempunyai
pengaruh besar terhadap keadaan sosial, politik dan ekonomi.
Merekalah yang akan memegang tampuk pentadbiran, penggerak
ekonomi dan pembangun generasi. Namun dalam pada itu kita
tidak putus-putus dibebani dengan masalah sosial remaja yang
semakin hari semakin meruncing. Masyarakat dikejutkan dengan
pelbagai paparan secara terbuka baik di media elektronik, media
cetak mahupun di Internet. Masalah sosial, keruntuhan akhlak dan
kemerosotan disiplin amat membimbangkan kerana ia turut
mengundang pelbagai implikasi yang boleh meruntuhkan
kestabilan negara dalam usaha melahirkan masyarakat produktif
dan berdaya maju. Sebelum ini kita dikejutkan dengan masalah
bohsia, bohjan, pelacuran dan seks bebas dan penyalahgunaan
dadah. Masalah menjadi lebih gawat apabila kita dikejutkan
dengan tindakan ganas pelajar sehingga menyebabkan kematian
dan kecederaan serius kepada si mangsa. Isu ini menimbulkan
pelbagai persoalan dalam merungkai punca keadaan itu.
vii Prakata
Buku ini sesuai dibaca oleh semua pembaca khususnya
bagi mereka yang ingin mempunyai ramai anak yang dalam alam
remaja. Penulis buku ini berusaha memberi panduan kepada
pembaca bagaimana ibu bapa boleh menggunakan buku ini sebagai
panduan untuk mendidik anak Diharapkan dengan membaca
buku ini, pembaca dapat meningkatkan keyakinan diri bagi
menghadapi cabaran semasa dalam memberi pendidikan yang
terbaik kepada anak-anak mereka.
Azizi Hj Yahaya
Yusof Boon
Shahrin Hashim
Fakulti Pendidikan/Jabatan Asas
Universiti Teknologi Malaysia
2008
Personaliti Remaja 1
1
PERSONALITI REMAJA
Sharifudin Ismail
Noordin Yahaya
PENGENALAN
Personaliti merupakan sebahagian daripada bidang psikologi yang
mengambil kira tentang manusia secara keseluruhan sebagai
individu dan makhluk yang kompleks. Personaliti atau dalam
bahasa Inggeris “persons” berasal dari perkataan Latin iaitu
“persona” yang membawa maksud topeng muka. Topeng muka
boleh ditafsirkan sebagai perlakuan baik yang ingin ditonjolkan
oleh setiap manusia dengan menyembunyikan perlakuan yang
buruk.
Kajian saintifik yang dijalankan tentang personaliti
mengajukan persoalan-persoalan tentang mengapa kita seperti
mana kita sekarang. Dalam mencari jawapan kepada persoalan
tersebut, kita tidak dapat mengelak dari menghadapi kenyataan
bahawa tingkah laku manusia adalah sangat kompleks. Manusia
mempunyai banyak persamaan tetapi berbeza dalam berbagai cara
yang lain. Dalam pelbagai kajian yang telah dijalankan,
kebanyakan penyelidik cuba mencari hubungan yang bermakna di
antara personaliti dan berbagai aspek yang melibatkan tingkah laku
manusia.
Definisi personaliti adalah berbeza mengikut setiap ahli
psikologi. Definisi personaliti seperti mana yang diberikan oleh
Hergenhahn dan Olson (1999), iaitu personaliti membolehkan
seseorang itu lebih efektif untuk bersosial kerana individu tersebut
dilihat sebagai orang yang mempunyai personaliti yang menarik,
teruk atau langsung tiada personaliti. Apabila personaliti dikaitkan
dengan perkataan asalnya iaitu persona yang bermaksud topeng,
2 Personaliti Gaya Hidup Remaja
personaliti lebih mencerminkan aspek diri sendiri yang dipilih
untuk dipamerkan kepada dunia. Definisi ini juga membawa
maksud bahawa beberapa aspek penting bagi seseorang manusia
itu cuba disembunyikan atas sebab-sebab yang tertentu.
Selain itu, ada juga ahli psikolgi yang berpendapat bahawa
personaliti adalah sebagai perwatakan, manakala sesetengahnya
mengatakan personaliti hanya terhad kepada tingkahlaku
seseorang. Gordon Allport (1961) menyatakan personaliti adalah
sebagai penyusunan sistem psikofizikal yang dinamik di dalam diri
seseorang individu di mana ia menentukan tingkah laku dan
penyesuaiannya terhadap alam sekeliling. Istilah dinamik yang
diberikan adalah bermaksud sesuatu yang berkembang dan akan
berubah-ubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan. Begitu
juga sistem psikofizikal, merujuk kepada unsur-unsur pemikiran
dan juga hal yang berkaitan denagn keadaan fizikal seseorang.
Mischel (1981), menyatakan personaliti merupakan
susunan pola-pola tingkahlaku manusia yang disesuaikan mengikut
situasi kehidupan mereka. Manakala Eysenk (1967), menjelaskan
definisi personaliti sebagai keseluruhan tingkah laku sesuatu
organisma yang meliputi pelbagai aspek seperti perangai, peribadi,
intelek dan juga bentuk badan yang agak stabil.
Sigmund Freud yang terkenal dengan teori psikoanalisanya
menjelaskan personaliti adalah hasil integrasi struktur-struktur
dalaman seperti id,ego dan superego. Menurut Freud lagi,
keperluan manusia bukan hanya setakat makan dan minum sahaja
tetapi ia meliputi keperluan yang lebih luas seperti kasih sayang,
keselamatan dan juga seks. Oleh itu bagi mencapai faktor yang
dinginkan maka manusia akan menunjukkan personaliti dalam
mencapai tahap kepuasannya.
Berdasarkan definisi-definisi yang diberikan menunjukkan
bahawa personaliti tidaklah hanya terhad kepada sesuatu aspek
sahaja tetapi ia meliputi pelbagai aspek yang mana ianya boleh
mempengaruhi tingkahlaku seseorang. Personaliti seseorang dilihat
sebagai sesuatu yang unik dan membezakannya dengan seseorang
individu yang lain. Aspek tersebut dipanggil perbezaan individu.
Personaliti Remaja 3
Kajian tentang personaliti ini telah menghasilkan berbagai teori
personaliti yang dapat membantu kita memerhati dan menerangkan
berbagai aspek tentang personaliti.
Teori-teori personaliti tersebut adalah dapatan daripada
kajian-kajian yang telah dijalankan terhadap berbagai personaliti
manusia. Memandangkan manusia adalah makhluk yang sangat
kompleks, maka kewujudan berbagai jenis teori personaliti akan
dapat membantu kita memahami personaliti manusia yang
berbeza-beza. Secara kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa
personaliti merupakan ciri-ciri keseluruhan tingkah laku seseorang
manusia sama ada yang dapat dilihat ataupun sebaliknya.
Seseorang yang mempunyai personaliti yang positif biasanya
mempunyai konsep kendiri yang positif dan boleh diterima oleh
masayarakat.
Teori personaliti boleh dilihat dan dibahagikan mengikut
beberapa bahagian seperti teori personaliti, teori trait dan
sebagainya. Walaupun berbeza istilah yang diberikan oleh
psikologi Barat namun ia tetap memberi maksud yang serupa.
TEORI PERSONALITI
Pelbagai teori personaliti yang telah dikemukakan oleh psikologi
Barat. Di mana ia cuba menerangkan bagaimana seseorang
individu itu membentuk tingkah laku yang berbeza-beza di antara
satu sama lain. Oleh kerana setiap pengkaji memberi pandangan
yang berbeza-beza namun begitu terdapat beberapa jenis teori
personaliti yang membincangkan tentang persamaan sifat semula
jadi manusia dan perbezaan individu dari pelbagai perspektif.
Gabungan perbincangan berbagai-bagai teori personaliti tersebut
akan dapat memberikan kefahaman yang baik terhadap personaliti
individu.
Teori Personaliti Sigmund Freud (1940)
Teori ini telah diperkenalkan oleh ahli psikologi Barat yang
terkenal iaitu Sigmund Freud. Menurut teori ini, naluri yang
mempunyai sumber, matlamat dan objek merupakan kuasa
penggerak bagi personaliti. Freud (1940) telah menamakan naluri
4 Personaliti Gaya Hidup Remaja
hidup sebagai eros dan tenaga yang dihubungkan dengan naluri
tersebut sebagai tenaga libido. Tenaga mati pula dinamakan
thanatos yang bertanggungjawab terhadap sikap agresif dan
cenderung kepada destruktif diri. Beliau berpendapat bahawa sifat
dan tingkah laku manusia didorong oleh satu tenaga yang datang
dari dalam diri.
Berdasarkan kajian beliau lagi, beliau telah
memperkenalkan konsep alam sedar dan tidak sedar. Di antara
alam sedar dan alam tidak sedar terdapat satu aras yang dikenali
sebagai alam prasedar. Di mana pada aras prasedar manusia
biasanya sukar untuk menyedari sesuatu yang sudah berlalu tetapi
boleh mengingat semula sesuatu peristiwa sekiranya diberikan
tumpuan yang bersungguh-sungguh. Menurut Freud lagi bahagian
yang tidak sedar sebenarnya merupakan bahagian yang terbesar
dalam fikiran manusia. Akibatnya manusia akan bertindak dan
menunjukkan personaliti yang sukar diterima oleh sebahagian
besar masyarakat.
Freud (1940) membahagikan minda manusia kepada tiga
bahagian iaitu
1. Id
Id merupakan dorongan biologikal dan tenaga
naluri yang mendorong manusia untuk bertindak
dan mendapat kepuasan tanpa mengira akibatnya. Id
juga adalah sebahagian dari minda yang dikawal
oleh prinsip keseronokan dan bersifat semulajadi
dan dipunyai oleh kanak-kanak dan terletak
diperingkat bawah sedar. Ia merupakan gudang
simpanan kepada segala bentuk dorongan. Sifat ini
wujud sejak dilahirkan.
2. Ego
Ego merupakan subsistem personaliti yang
terbentuk melalui pengalaman yang realiti.
Tugasnya adalah mengawal kehendak yang tidak
dapat dipuaskan oleh id. Ego juga merupakan
eksekutif bagi personaliti dan dikawal oleh
Personaliti Remaja 5
personaliti. Ia berkembang daripada id yang
berusaha untuk berhadapan dengan realiti. Ego ialah
sebahagian daripada id dan diubah menjadi ego
melalui persepsi kesedaran. Pada peringkat ini
biasanya kanak-kanak sudah dapat menilai tingkah
laku diri sendiri apabila pemikiran semakin matang.
3. Superego
Superego pula bermaksud mengawal kehendak
yang tidak dapat dipuaskan oleh id dan ego khasnya
yang berkaitan dengan tingkah laku yang salah dan
berlawanan dengan kehendak masyarakat
sekeliling. Idengan kata lain superego merupakan
komponen moral bagi personaliti. Ia berfungsi
untuk menyekat segala kemahuan Id yang tidak
berlandaskan kepada nilai moral dan etika sosial
yang diterima masyarakat. Kegagalan superego
dalam memainkan peranan sebagai pencegah akan
mengakibatkan seseorang itu mengalami konflik
dalaman dan menegakibatkan perasaan ego
mengalami kebimbangan dan seterusnya
membentuk pelbagai helah bela diri.
Mekanisme helah bela diri merupakan proses luar sedar
yang menurunkan keresahan dengan menolak atau menidakkan
sesuatu realiti. Ia adalah proses yang bertujuan mempertahankan
ego dari mengalami kerisauan dan keresahan. Beliau juga percaya
bahawa pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak bagi setiap
peringkat perkembangan psiko seksual akan menentukan jenis
personaliti yang akan dimiliki oleh kanak-kanak tersebut apabila
dewasa kelak.
TEORI PERSONALITI KAREN HORNEY (1950)
Teori ini menekankan tentang hubungan awal di antara ibu bapa
dan anak sebagai faktor penting dalam perkembangan personaliti
seseorang individu. Sekiranya hubungan tersebut adalah positif
6 Personaliti Gaya Hidup Remaja
dan berasaskan kepada kasih sayang, kanak-kanak akan
berkembang secara normal. Manusia yang normal akan lebih
bersikap fleksibel dan spontan serta meletakkan matlamat sesuai
dengan kebolehan mereka. Mereka juga hidup dan
berkecenderungan untuk mencapai realisasi diri.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai hubungan yang negatif
dengan ibu bapa mereka, perasaan tertekan yang wujud akan
menyebabkan timbulnya keresahan dalam diri mereka. Untuk
menghilangkan perasaan tersebut, seseorang akan cuba
menggunakan salah satu daripada kaedah penyesuaian terhadap
orang lain iaitu bergerak ke arahnya, bertentangan atau
meninggalkannya. Individu yang normal akan menggunakan
kaedah tersebut bergantung kepada suasana. Individu yang
bermasalah (neurotik) akan hanya menggunakan satu kaedah
sahaja yang menyebabkan berlakunya konflik dan keresahan.
Selain daripada kaedah yang tersebut di atas, teori ini juga
mencadangkan beberapa teknik penyesuaian lain seperti blind
spots iaitu tindakan mengabaikan sesuatu yang tidak konsisten
dalam kehidupan; rasionalisasi iaitu memberikan alasan yang logik
bagi menutup kesalahan dan beberapa teknik lain lagi.
Menurut Horney (1950), setiap manusia dilahirkan dengan
diri sebenar yang sihat yang sesuai bagi perkembangan personaliti
yang normal. Sekiranya manusia dapat hidup selari dengan diri
mereka yang sebenar, mereka akan berupaya untuk mencapai
potensi sepenuhnya dan dapat hidup harmoni dengan manusia
yang lain (Hergenhahn dan Olson, 1999).
Teori ini disokong oleh dapatan yang menunjukkan bahawa
semakin meningkatnya bilangan manusia yang mempunyai
kepercayaan yang tidak rasional terhadap diri sendiri,
kecenderungan untuk menjadi tertekan, tidak boleh bersosial,
perkahwinan yang tidak bahagia dan menjadi seorang yang tidak
dapat menyelesaikan masalah.
TEORI PERSONALITI ALBERT BANDURA (1977)
Teori ini menyatakan bahawa perbezaan individu disebabkan oleh
faktor kognitif, tingkah laku dan persekitaran yang saling
Personaliti Remaja 7
bekerjasama dalam menentukan tindakan seseorang individu
terutamanya dalam suasana bersosial. Ia turut menekankan bahawa
manusia boleh belajar tentang sesuatu tingkah laku melalui
pemerhatian sebelum ia melakukannya. Ini adalah kerana manusia
sedar tentang konsekuen dan boleh mengandaikan apa yang akan
berlaku serta didorong oleh insentif dalaman dan luaran.
Bandura (1977) juga berpendapat bahawa pembelajaran
sosial memberikan maklumat yang berfaedah melalui interaksi
dengan manusia lain dan elemen lain dari persekitaran.
Pembelajaran melalui pemerhatian merupakan sesuatu yang
penting di mana seseorang akan bertingkah laku menurut model
tertentu.
Menurut teori ini, terdapat dua tingkah laku yang berkaitan
dengan konsep percontohan iaitu peniruan dan pengenalpastian
(Habibah dan Noran, 1997). Peniruan mempunyai pengertian yang
agak sempit manakala pengenalpastian bermaksud mengambil
kesemua pola tingkah laku. Percontohan melibatkan proses yang
lebih luas daripada peniruan tetapi lebih kecil daripada
pengenalpastian.
Bandura (1977) berpendapat bahawa pembelajaran berlaku
melalui dua cara iaitu memerhati dan menerima kesan negatif atau
positif kepada tingkah laku yang dihasilkan. Oleh yang demikian,
pembentukan personaliti seseorang amat bergantung kepada
pemerhatian terutama dalam tempoh pembesaran kanak-kanak
yang mudah menerima dan belajar melalui proses yang tersebut.
Teori Personaliti Humanistik Carl Rogers (1980)
Teori personaliti Humanistik telah diperkenalkan oleh Carl Rogers
dan juga Abraham Maslow. Teori ini mengatakan manusia
mempunyai keupayaan untuk membentuk nasib mereka sendiri
bagi merancang sesuatu. Mengikut teori ini, seseorang itu sentiasa
menunjukkan sifat-sifat personaliti yang baik serta ingin
menjadikan manusia yang berhati mulia, bermoral, pandai
mengambil hati dan saling berhubung di antara satu sama lain.
Menurut Abraham Maslow, manusia selalu mencuba mendapatkan
8 Personaliti Gaya Hidup Remaja
kesempurnaan kendiri untuk membentuk perkembangan personaliti
yang positif.
Asas utama bagi teori ini menyatakan bahawa semua
manusia di lahirkan dengan kecenderungan untuk
memaksimumkan potensi mereka yang menyebabkan mereka
mencari pengalaman yang boleh meningkatkan kehidupan mereka.
Kecenderungan tersebut akan mendorong individu bergerak ke
arah kreativiti, tanggungjawab sosial dan berdikari. Pengalaman
yang memberikan kepuasan akan dipilih manakala pengalaman
yang tidak memuaskan akan dielakkan. Manusia yang sihat akan
menggunakan proses penilaian organismik sebagai panduan dalam
kehidupan mereka. Konsep kendiri wujud hasil daripada
pengalaman yang berulang-ulang.
Kewujudan kendiri menyebabkan wujudnya keperluan
kepada tanggapan positif seperti penerimaan kemesraan, kasih
sayang, simpati dan dihormati dari orang-orang yang mempunyai
hubungan dengan seseorang individu. Keperluan kepada tanggapan
positif akan berkembang kepada keperluan kepada ‘self-regard’.
Ini bermakna seseorang individu memerlukan bukan hanya tindak
balas positif dari orang yang mempunyai hubungan dengannya, ia
juga memerlukan tindak balas yang positif terhadap dirinya
sendiri. Menurut Rogers (1980), kanak-kanak memerlukan
tanggapan positif yang tidak bersyarat. Kedudukan bersyarat yang
dikenakan kepada seseorang akan menjadikannya tidak kongruen
dengan nilai yang ada pada dirinya. Ketidak kongruenan ini akan
menjadikan individu tersebut mengalami keresahan.
Rogers memberikan lebih penekanan kepada dua konsep
lain, iaitu ketekalan diri dan kongruen. Kebanyakan tingkah laku
adalah tekal dengan konsep kendiri, walaupun tingkah laku
tersebut tidak memberi apa-apa ganjaran. Apabila terdapat banyak
ketekalan antara konsep kendiri dengan pengalaman, maka
terdapat banyak kongruen dalam diri individu. Ini dinamakan
kongruen yang tinggi.
Menurut teori ini, manusia mengalami keadaan tidak
kongruen apabila terdapat perbezaan antara diri yang di amati
dengan pengalaman sebenar. Keadaan ini boleh menimbulkan
Personaliti Remaja 9
ketegangan dan kekeliruan. Kerisauan yang merupakan hasil
daripada perbezaan antara pengalaman dan persepsi tentang diri
sendiri berlaku sekiranya individu tidak menyedari akan keadaan
tersebut. Walau bagaimana pun, beliau percaya bahawa setiap
individu cuba mengekalkan konsep kendirinya melalui dua cara
membela diri iaitu dengan memesongkan pengertian pengalaman
yang dialaminya dan menidakkan pengalaman itu pernah berlaku.
TEORI PERSONALITI ALFRED ADLER (1964)
Dari berbagai jenis teori personaliti yang ada, teori Adler
menekankan tentang keunikan seseorang individu yang
dipengaruhi oleh faktor-faktor sosial dan bukan sepenuhnya
dipengaruhi oleh faktor biologi terutamanya pada zaman kanak-
kanak. Menurut Stein dan Edwards (1998), Adler memberikan
penekanan yang mendalam terhadap kepentingan fungsi inferioriti
organ yang menentukan kedudukan personaliti seseorang.
Kelakuan dan perasaan inferioriti wujud apabila seseorang itu,
sama ada secara langsung ataupun tidak langsung membandingkan
dirinya dengan orang lain dan mendapati dirinya berada dalam
kedudukan yang lebih rendah.
Adler (1964) mempercayai bahawa perasaan inferioriti
sentiasa wujud dan memberi motivasi dalam perkembangan
personaliti manusia. Kesan ini dilihat amat penting terutamanya
apabila ia berlaku dalam diri kanak-kanak. Selain daripada konsep
inferioriti, konsep superioriti juga merupakan aspek yang penting
dalam kehidupan individu yang akan mempengaruhi gaya hidup
mereka. Ini adalah kerana matlamat utama seorang manusia
merupakan kesempurnaan diri. Konsep minat sosial yang
diutarakan oleh Adler menekankan tentang pentingnya hidup
bermasyarakat.
Beliau juga menegaskan tentang perlunya memupuk
hubungan baik di antara ibu bapa dan anak. Begitu juga hubungan
di antara ahli keluarga yang merupakan orang-orang signifikan
kepada kanak-kanak. Faktor-faktor ini merupakan aspek yang
mempengaruhi pembentukan gaya hidup di kalangan anak-anak.
10 Personaliti Gaya Hidup Remaja
Selain daripada itu, turutan kelahiran juga memberi kesan sosial
kepada kanak-kanak yang juga memberi sumbangan dalam bentuk
gaya hidup seseorang. Ini adalah kerana turutan kelahiran
dikatakan menjadi asas kepada tingkah laku seseorang kanak-
kanak.
TEORI TRAIT
Trait bermaksud sebarang bentuk sifat yang membezakan
seseorang individu dengan individu yang lain denagn kadar kekal
dan kosisten (Atkinson dan rakan-rakan 1987). Ia juga merupakan
sifat-sifat dalaman yang mempengaruhi tingkah laku seseorang/
Sesetengah ahli psikologi berpendapat trait dipengaruhi oleh baka
dan ada pula yang mengatakan oleh persekitaran. Teori trait
dipelopori oleh William Sheldon, Goldon Allport dan Raymond
Cattell.
Teori Trait Gordon Allport (1961)
Dalam teori ini, Allport (1961) menekankan bahawa personaliti
adalah dinamik, tersusun dan unik. Beliau menambah bahawa
personaliti adalah tingkah laku yang terpandu. Menurut teori ini
lagi, trait menyediakan struktur, keunikan dan motivasi yang
menjadi ciri kepada personaliti seseorang. Personaliti seorang
dewasa yang matang akan berkembang secara perlahan melalui
lapan peringkat.
Beliau juga percaya bahawa trait wujud dalam urat saraf
manusia yang merupakan unsur yang diwarisi yang menyebabkan
tingkah laku. Oleh itu, ia dilihat sebagai struktur dalam personaliti
dan juga desakan yang menyebabkan tingkah laku. Beliau juga
membezakan tiga jenis trait iaitu trait kardinal, trait pusat dan trait
sekunder. Trait kardinal sangat ketara dalam kehidupan seseorang
dan kita boleh mengesan punca trait tersebut. Secara umum, trait
kardinal hanya sedikit. Trait pusat merupakan kecenderungan yang
ada pada seseorang, merangkumi situasi yang agak terhad. Jumlah
trait pusat adalah lima hingga sepuluh misalnya kejujuran,
kebaikan dan tingkah laku asertif. Trait sekunder pula tidak kerap
Personaliti Remaja 11
berlaku dan merupakan tingkah laku yang lebih umum dan tekal.
Walaupun Allport percaya bahawa kebanyakan trait adalah
diwarisi tetapi beliau tidak membuat kajian untuk membuktikan
teorinya.
Beliau berpendapat bahawa seorang yang tidak sihat
merupakan individu yang terganggu perkembangan positifnya
disebabkan oleh rasa kurang selamat di zaman kanak-kanaknya.
Untuk mengatasinya, ia perlu merasa disayangi dan diperlukan.
TEORI TRAIT WILLIAM SHELDON
William Sheldon merupakan seorang doktor perubatan. Menurut
beliau lagi, susuk tubuh badan seseorang seperti gemuk atau
endomorf, tegap atau mesomorf dan juga tinggi serta kurus atau
ektomorf mempengaruhi pembentukan personaliti. Orang yang
gemuk biasanya mempunyai sifat-sifat seperti tidak kedekut,
periang, tidak aktif dalam sukan, senang mencurahkan perasaan,
kurang emosional, lambat bertindak balas dan suka bergaul.
Manakala orang yang segak pula, William Sheldon
menyatakan, individu seperti ini mempunyai sifat seperti
bertenaga, kuat bekerja dan cerdas. Manakala orang yang tinggi
pula biasanya mempunyai sifat seperti banyak berfikir, tidak suka
mencurahkan perasaan, berhati-hati semasa bercakap, kurang
berkawan dan cepat sensitif. Walaubagaimanapun apa yang
dikemukakan oleh Sheldon ini hanyalah secara kebetulan sahaja
dan tidak semua orang yang gemuk itu mempunyai sifat yang
dinyatakan itu tadi.
TEORI TRAIT RAYMOND CATTEL (1965)
Menurut Cattell, personaliti adalah sesuatu yang membenarkan
kita membuat ramalan apa yang dilakukan oleh seseorang individu
dalam sesuatu situasi. Cattell (1965) telah membahagikan trait
kepada dua iaitu trait permukaan dan trait sumber. Trait
permukaan bermaksud trait yang mudah dikenal pasti daripada
tingkahlaku yang ditunjukkan oleh seseorang. Trait sumber pula
adalah sifat-sifat yang tidak dapat dilihat secara langsung tetapi
boleh diketahui melalui faktor analisis. Selain daripada itu, Cattell
juga berpendapat untuk mengenalkan personaliti seseorang bukan
12 Personaliti Gaya Hidup Remaja
bergantung kepada trait sahaja tetapi juga melalui motivasi
seseorang.
TEORI JENIS, INTROVERT DAN EKSTROVERT
Teori jenis introvert (dalaman) dan ekstrovert (luaran) telah
diperkenalkan oleh Carl Jung (1993) dan Hans J. Eysenck (1967).
Menurt Eysenck, baka memainkan peranan yang amat penting
dalam personaliti jenis ini. Individu yang tergolong dalam
kumpulan introvert biasanya mempunyai ciri-ciri berikut:
i Suka memendam perasaan, serius dan tidak suka
marah.
ii Memnetingkan diri sendiri seperti suka membuat
kerja secara bersendirian. Contoh pekerjaans eperti
pelukis, pengubah dan sebagainya.
iii Suka merancang drngan teratur bagi kepentingan
masa hadapan.
iv Mengambil masa yang panjang untuk tidur.
v Mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi
khasnya pada waktu pagi tetapi akan berkurangan
apabila tiba waktu malam.
Sementara itu individu yang tergolong dalam golongan ekstrovert
pula mempunyai ciri-ciri seperti :
i Mempunyai ramai kawan dan selalu berkeadaan
riang.
ii Selalu aktif dalam sukan
iii Cepat marah tetapi tidak menyimpan perasaan
dendam yang berpanjangan.
iv Keadaan mental dan emosi lebih yang stabil dan
tidak mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi.
TEORI PEMBELAJARAN
Teori ini menjelaskan bahawa tingkah laku dan pembentukan
personaliti manusia adalah disebabkan oleh pengaruh persekitaran
dan bukannya dari jiwa atau dalaman. Ini bermaksud jiwa tidak
mempunyai peranan langsung dalam pembentukan tingkah laku
Personaliti Remaja 13
manusia. Jika dilihat melalui andaian yang dibuat oleh ahli dalam
bidang bahaviurisme dan pembelajaran Skinner menyatakan :
i Tingkah laku manusia pada umumnya
ditentukan oleh persekitaran
ii Manusia suka kepada kenikmatan dan ingin
menjauhkan diri dari kesakitan
iii Tingkahlaku manusia boleh dikawal, dibentuk
dan dimanipulasikan.
KESIMPULAN
Memahami personaliti remaja melalui kefahaman teori ini
adalah penting kerana ia boleh menjadi panduan kepada ibu
bapa untuk lebih memahami keadaan anak-anak remaja
mereka
RUJUKAN
Abdul Razak Habib, Salleh Amat, Zuria Mahmud. (2001).
Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja
kepada Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 26: 81 – 92.
Azizi Hj Yahaya dan Shahrin Hashim . (2007). “Membentuk
Personaliti Kanak-kanak”. Pendidikan Kekeluargaan, Desktop
Publisher, 104-121.
Nor ‘Ain Bte Sujak (1999). “Hubungan Masalah Tingkah Laku
Dengan Pencapaian Akademik Pelajar.” Projek Sarjana Muda
Yang Tidak Diterbitkan. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Zulzaidi Bin Mahmod. (09 April 2008). Televisyen 'curi' masa
berkualiti kanak-kanak. Berita Harian
2
BAKA DAN PERSONALITI REMAJA
Nurulhuda Azizi
Nurul Ezzati Azizi
PENGENALAN
Seorang tokoh ulama Islam yang agung iaitu Imam Al-Ghazali,
telah meletakkan tanggungjawab mendidik akhlak kepada ibu
bapa. Ini adalah kerana anak-anak perlu dilatih dan dididik sejak
kecil di mana mereka ini umpama kain putih yang bersih yang
menerima segalanya dari ibu bapa mereka.
Alfred Adler (1964) berpendapat bahawa kanak-kanak
belajar untuk menangani masalah dalam kehidupan melalui
sokongan dan galakan yang diberikan oleh orang-orang signifikan
yang membantu dalam perkembangan mereka (Marcus dan
Rosenberg, 1998). Dengan adanya asas yang positif, kanak-kanak
akan membesar dan dapat menempuh tiga tugas utama dalam
kehidupan mereka iaitu pekerjaan, masyarakat dan hubungan kasih
sayang dengan jayanya. Mereka akan dapat berkembang dengan
baik dan menyumbang kepada masyarakat. Sekiranya kanak-kanak
tidak mendapat sokongan dan galakan yang diperlukan, mereka
akan dikuasai oleh perasaan rendah diri dan kesannya, mereka
akan memiliki cara hidup yang negatif.
Adler (1964) menegaskan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam mempengaruhi gaya hidup yang
merupakan antara ciri-ciri personaliti kanak-kanak. Pendapat ini
turut disokong oleh Karen Horney (1950) yang mengatakan
bahawa hubungan awal di antara ibu bapa dan anak sebagai faktor
penting dalam perkembangan personaliti seseorang individu.
Sekiranya hubungan tersebut adalah positif dan berasaskan kepada
15 Baka dan Personaliti Remaja
kasih sayang, kanak-kanak akan berkembang secara normal.
Menurut satu kajian lain yang dijalankan, mereka
mencadangkan bahawa sesetengah jenis personaliti yang
bermasalah mempunyai hubungan yang signifikan dengan masalah
didikan ibu bapa. Kajian yang dijalankan oleh Gallant (1998)
terhadap hubungan di antara ciri-ciri personaliti dengan masalah
keibubapaan di kalangan mereka yang alkoholik, mendapati wujud
hubungan yang positif di antara ciri-ciri personaliti yang
bermasalah dengan cara didikan ibu bapa yang alkoholik.
Kail dan Cavanaugh (2000) menyatakan bahawa terdapat
dua dimensi hubungan di antara ibu bapa dan anak iaitu tahap
kemesraan dan responsif serta tahap kawalan yang keterlaluan di
kalangan ibu bapa yang berupaya mempengaruhi sikap, tingkah
laku dan juga personaliti anak. Baumrind dalam Kail dan
Cavanaugh (2000) telah menggabungkan kedua-dua dimensi
tersebut dan menghasilkan empat gaya keibubapaan iaitu:
1. Autoritarian. Gaya ini merupakan gabungan kawalan yang
tinggi dengan sedikit kemesraan. Ibu bapa tersebut
meletakkan peraturan dan mengharapkan ianya akan
dipatuhi tanpa sebarang bantahan dan perbincangan. Nilai
yang ingin disemai di dalam diri anak adalah kesungguhan,
hormat dan ketaatan.
2. Autoritatif. Gaya ini menggabungkan kawalan yang
sederhana dan seimbang dengan kemesraan yang diberikan
kepada anak mereka. Ibu bapa dengan gaya ini lebih
mengutamakan penjelasan terhadap peraturan yang dibuat
dan menggalakkan perbincangan.
3. Permisif. Ibu bapa dengan gaya ini lebih memberikan
kemesraan tetapi terlalu kurang kawalan terhadap anak
mereka. Mereka lebih banyak menerima tingkah laku anak
dan kurang memberikan sebarang hukuman.
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan, ia
menunjukkan bahawa kanak-kanak di bawah jagaan ibu bapa yang
autoritarian mendapat gred yang rendah, estim diri yang rendah
dan juga kurang mempunyai kemahiran bersosial. Kanak-kanak
Personaliti Gaya Hidup Remaja 16
yang mempunyai ibu bapa yang autoritatif lebih cenderung untuk
mendapat gred yang tinggi, bertanggungjawab, berkeyakinan diri
dan kemahiran bersosial yang tinggi. Manakala kanak-kanak
dengan ibu bapa yang permisif cenderung mendapat gred yang
rendah, impulsif dan mudah kecewa. Oleh yang demikian,
kesimpulan yang dapat dibuat adalah gaya keibubapaan yang
menggabungkan kemesraan dan kawalan yang sederhana
merupakan cara yang terbaik dalam membentuk tingkah laku dan
personaliti yang baik di kalangan anak-anak.
Walau bagaimana pun, dapatan kajian yang dibuat oleh
Gorman (1998) berbeza bagi kaum Cina di mana adalah didapati
kebanyakan ibu bapa dari kaum Cina yang berasal dari negara
China mengamalkan gaya keibubapaan autoritarian. Hasilnya
adalah anak-anak mereka didapati lebih berjaya dalam pencapaian
akademik dan juga mempunyai tahap kesihatan psikologikal yang
tinggi.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Brook, Zheng et.
al. (2001) tentang pengaruh sikap ibu bapa terhadap keganasan di
kalangan kanak-kanak berumur 2 tahun mendapati bahawa ibu
bapa yang mengambil dadah dan mengalami konflik dalam
perkahwinan mereka berperanan dalam menyebabkan berlakunya
keganasan di kalangan kanak-kanak terhadap rakan sebaya
mereka. Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa ibu bapa
yang mengambil dadah sememangnya bersikap ganas dan ini telah
menjadi model kepada kanak-kanak tersebut untuk bersikap dan
bertingkah laku yang sama.
FAKTOR ETNIK DAN KETURUNAN
Ciri-ciri personaliti dan perbezaan individu turut dipengaruhi oleh
baka atau keturunan. Nahavandi dan Malekzadeh (1999)
menyatakan bahawa keturunan terdiri daripada kumpulan genetik,
jantina, bangsa dan latar belakang etnik seseorang individu. Dalam
kajian yang dijalankan ke atas sepasang kembar, mendapati
bahawa walaupun mereka dibesarkan secara berasingan,
personaliti kedua-dua kembar tersebut lebih menyerupai antara
satu sama lain berbanding dengan ahli keluarga angkat mereka.
17 Baka dan Personaliti Remaja
Etnik merupakan salah satu ciri yang termasuk di dalam
istilah keturunan. Etnik bermaksud perbezaan kebudayaan yang
diwarisi oleh setiap kumpulan manusia di mana kebudayaan ini
merujuk kepada pertuturan, agama, makanan kebiasaan dan negara
asal (Mohd. Salleh Lebar, 2001). Dalam satu kajian yang
dijalankan, mendapati bahawa terdapat perbezaan yang jelas dalam
pembentukan tingkah laku dan personaliti di kalangan kanak-
kanak dari budaya dan keturunan yang berlainan iaitu Cina,
Amerika Syarikat dan orang-orang Cina yang berhijrah ke
Amerika Syarikat.
Menurut Yong Chee Ken (1998) pembentukan personaliti
yang asas bertitik tolak daripada empat andaian daripada yang
berikut:
1. Pengalaman awal seseorang individu membawa kepada
pengaruh yang berpanjangan terhadap personalitinya.
2. Pengalaman yang serupa cenderung menghasilkan ciri-ciri
personaliti yang serupa di kalangan individu yang terdedah
dengan pengalaman-pengalaman itu.
3. Amalan-amalan dalam penjagaan anak adalah mengikut
corak budaya, dan cenderung serupa walaupun tidak pernah
identikal bagi pelbagai keluarga dalam masyarakat.
4. Cara penjagaan anak berbeza-beza antara satu masyarakat
dengan masyarakat yang lain.
Di antara masyarakat yang berlainan kerap kali wujud
pengalaman-pengalaman yang berbeza. Dari itu norma-norma
personaliti mereka juga berbeza. Tambahan lagi sistem nilai yang
wujud dalam masyarakat sudah tentu berbeza daripada masyarakat
lain yang turut sama menyumbang kepada wujudnya perbezaan
tersebut.
Hubungan ini juga dapat dibuktikan melalui kajian yang
dijalankan oleh Dion dan Yee (1987) tentang perbezaan personaliti
di kalangan golongan barat (iaitu Anglo dan Eropah) dengan
golongan timur (iaitu Cina, Jepun dan Indo-Pakistan). Golongan
timur mempunyai personaliti yang mengutamakan keharmonian,
kekeluargaan dan keselamatan. Manakala golongan barat pula
Personaliti Gaya Hidup Remaja 18
lebih kepada individualistik, kecenderungan terhadap pengurusan
diri dan persekitaran.
FAKTOR AHLI KELUARGA
Adler memberi penekanan kepada kedudukan seseorang dalam
susunan adik-beradiknya. Beliau mempercayai bahawa personaliti
anak pertama adalah berlainan daripada anak kedua atau anak
bongsu. Anak tunggal dipercayai akan menundukkan kedua ibu
bapanya. Anak sulung yang mempunyai beberapa orang adik
beradik bertingkah laku seperti anak tunggal pada permulaannya.
Dengan munculnya anak kedua, ibu bapa akan lebih memberi
perhatian kepadanya. Ini memungkinkan timbulnya perasaan
cemburu di hati anak sulung tersebut. Begitu juga dengan anak
kedua dan anak bongsu yang masing-masing mempunyai tingkah
laku dan sikap yang tersendiri. Menurut Habibah dan Noran
(1997), telah banyak kajian dibuat terhadap teori Adler ini sama
ada yang menyokong mahupun yang tidak menyokongnya.
Menurut Mizan Adiliah et. al (2000) persepsi individu
terhadap kedudukannya dalam adik-beradik dan keluarga juga
memberikan kesan kepada konsep diri yang akhirnya membentuk
personaliti mereka. Berbanding dengan ahli keluarga yang lain,
individu sentiasa menilai dengan membandingkan sama ada ia
lebih baik, setanding atau kurang, diterima atau tidak.
Perbandingan ini boleh berlaku secara langsung atau tidak melalui
interaksi seharian dengan ahli keluarga mereka.
Menurut Habibah Elias (2002) keluarga boleh memberi kesan
keatas perkembangan personaliti seseorang.Ibubapa memeinkan
peranan yang penting untuk mewujudkan perhubungan yang
harmonis dikalangan ahli keluarga.Ibubapa hendaklah menunjukan
bahawa mereka mengambil berat dan memberikan kasih sayang
yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Cara yang demikian
dapat membantu anak-anak supaya berasa lebih positif terhadap
diri mereka sendiri dan akhirnya menjadi orang dewasa yang
berani dan yakin pada diri sendiri.
19 Baka dan Personaliti Remaja
FAKTOR PERSEKITARAN
Ibn Khaldun dipetik dalam Abdullah Al-Amin Al-Na’miy (1994)
menyatakan bahawa manusia berbeza berdasarkan persekitaran di
mana sesiapa yang mendapati dalam persekitaran dan
pendidikannya, faktor-faktor yang membantunya menuju kebaikan
akan tergolong ke dalam golongan yang baik. Manakala sesiapa
yang mendapati sebaliknya pula boleh jadi tergolong dalam
golongan orang jahat. Beliau juga merumuskan bahawa faktor
perwarisan dan pengaruh persekitaran mempunyai kesan dalam
membentuk dan mengubah sesuatu tingkah laku.
Menurut Nahavandi dan Malekzadeh (1999), perbezaan
yang wujud di kalangan individu juga dipengaruhi oleh interaksi di
antara faktor keturunan dan persekitaran. Faktor persekitaran
dikatakan mempunyai pengaruh yang lebih besar dalam
membentuk personaliti seseorang. Faktor persekitaran
menggabungkan budaya, pendidikan, didikan ibu bapa dan juga
lokasi fizikal.
Kamaruddin (1996) menerangkan bahawa budaya yang
merupakan norma kehidupan seseorang berupaya mencorakkan
personaliti seseorang. Budaya yang berbeza mempunyai norma
dan nilai yang berbeza. Penekanan terhadap satu-satu nilai dalam
budaya yang tertentu akan mempengaruhi perkembangan
personaliti. Nilai-nilai murni yang disemaikan dalam diri
seseorang akan melahirkan individu yang mempunyai personaliti
yang seimbang.
Menurut Hassan Langgulung (1997), pendidikan terbahagi
kepada dua jenis iaitu pendidikan dari segi masyarakat dan
pendidikan dari segi individu. Pendidikan masyarakat merupakan
warisan kebudayaan daripada generasi tua kepada generasi muda.
Ianya merujuk kepada nilai-nilai yang bersifat intelektual, seni,
politik, ekonomi dan berbagai lagi. Pendidikan individu pula
bererti pengembangan potensi-potensi pada diri manusia yang
terpendam dan tersembunyi. Individu itu umpama lautan yang
penuh dengan mutiara dan bermacam-macam hidupan tetapi tidak
kelihatan. Ia perlu digali dan dipancing supaya ia dapat dijadikan
Personaliti Gaya Hidup Remaja 20
perhiasan dan makanan manusia. Manusia mempunyai berbagai
bakat dan kemampuan yang boleh digilap agar ianya memberi
manfaat kepada dirinya dan seluruh masyarakat.
Interaksi di antara faktor keturunan dan persekitaran dalam
membentuk personaliti dapat ditunjukkan dalam rajah 1 berikut:
CIRI
INDIVIDU
Perbezaan individu (dipetik dari Nahavandi dan Malekzadeh
(1999)
Pembinaan sesebuah tamadun bukan hanya terletak pada
generasi muda sahaja.Ianya lebih menekankan kepada para ibu
bapa serta masyarakat kerana orang yang muda akan belajar
melalui contoh tauladan dan menerima didikan dari orang
disekelilingnya.Tanpa contoh dan didikan yang betul, tidak
mungkin mereka akan dapat belajar dan mempunyai
personaliti serta akhlak yang baik.Pembentukan personaliti
seseorang individu itu dipengaruhi oleh beberapa faktor yang
penting.
Habibah dan Noran(1997) menyatakan bahawa
personaliti seseorang itu bergantung kepada beberapa faktor
termasuklah faktor baka dan juga pengaruh persekitaran yang
Keturunan:
Gen, Bangsa, Etnik,
Jantina
Persekitaran: Budaya,
Pendidikan, Ibu bapa,
Fizikal
Personaliti
Kebolehan
dan
kemahiran
Nilai Sikap
Tingkah laku
21 Baka dan Personaliti Remaja
merangkumi didikan keluarga terutamanya ibu bapa, budaya
dan perbezaan kaum.
Kline(1993) menyatakan personaliti dari pandangan
model psiko metrik adalah merupakan jumlah trait bagi
seseorang individu yang menentukan keseluruhan tingkah laku
individu tersebut.Ciri-ciri personaliti yang berbeza menentukan
perbezaan yang wujud dalam diri setiap individu.Personaliti
merupakan sebahagian daripada bidang psikologi yang
mengambil kira tentang manusia secara keseluruhan sebagai
individu dan makhluk yang kompleks.Manusia mempunyai
banyak persamaaan tetapi berbeza dalam berbagai cara yang
lain.Personaliti seseorang dilihat sebagai sesuatu yang unik dan
membezakannya dengan seseorang individu yang lain.Aspek
tersebut dikenali sebagai perbezaan individu.Kewujudan
berbagai jenis teori personaliti akan dapat membantu kita
memahami personaliti manusia yang berbeza-beza.
Menurut Adler (1964), gaya hidup (lifestyle) merupakan
personaliti seseorang individu yang merangkumi pendapat
kreatif terhadap diri sendiri, masalah kehidupan dan
keseluruhan sikap terhadap dirinya dan orang lain.Gaya hidup
juga dianggap lambing kepada tingkah laku seseorang.Terdapat
empat jenis gaya hidup yang asas iaitu pertama memberi
manfaat kepada masyarakat (Socially useful type) merupakan
golongan yang menghasilkan kebaikan bukan sahaja kepada
dirinya sendiri malahan kepada orang lain. Gaya hidup yang
kedua ialah jenis yang menguasai (Ruling type) adalah
golongan yang ingin membuktikan kehebatan dirinya melalui
tindakan menguasai dan mengarah orang lain. Manakala gaya
hidup yang ketiga merupakan golongan yang ingin
mendapatkan kesenangan dengan usaha orang lain tanpa usaha
dari dirinya sendiri. Bagi gaya hidup yang keempat pula,adalah
jenis yang mengelak (Avoiding type) merupakan golongan yang
suka mengelakkan diri dari membuat sebarang keputusan.
Gaya hidup manusia dibentuk oleh pengalaman awal
yang pernah dilalui oleh seseorang.Walaupun ia merupakan ciri
semulajadi seseorang tetapi boleh dipertingkatkan melalui
Personaliti Gaya Hidup Remaja 22
latihan dan bimbingan.Dalam memahami gaya hidup seseorang
adalah perlu untuk mengambil kira orang-orang yang
mempunyai hubungan dengannya seperti ibu bapa, ahli keluarga
dan masyarakat yang turut memberi kesan kepada pemilihan
gaya hidup seseorang individu. Selain itu , terdapat juga
hubungan di antara gaya hidup dengan pencapaian akademik
seseorang itu.
Kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan fenomena
negatif yang melibatkan golongan remaja dalam jenayah-
jenayah seperti membunuh, merompak, merogol dan sebagainya.
Zakaria Stapa (1997) menyatakan bahawa golongan remaja
merupakan golongan yang perlu dilengkapkan diri mereka
dengan pengisian yang bermakna kerana kepada mereka
dipertaruhkan kelangsungan nasib masa depan segala apa yang
kita usahakan pada masa kini.Pembuangan bayi di merata
tempat dan seks di luar nikah semakin menjadi sejak akhir-
akhir ini. Di antara sebab-sebab yang menjadi punca kepada
perlakuan negatif ini ialah perselisihan faham dengan ibubapa,
mempunyai latar belakang keluarga yang sering bergaduh dan
tidak bahagia, gangguan seksual serta masalah pergaulan.
Masyarakat kita pada masa kini menggambarkan warga
masyarakat yang semakin kasar, ganas, tidak bertimbang rasa
dan mementingkan diri sendiri.Kesan daripada sikap ini
ditunjukkan dengan meningkatnya angka kemalangan dan
kematian akibat daripada kemalangan jalan raya. Oleh yang
demikian, adalah perlu untuk kita mengenal pasti gaya hidup
dengan ciri-ciri personaliti seseoprang itu.Menurut Adler,
individu yang normal secara semulajadinya akan ‘mengambil
berat’ tentang orang lain dan mempunyai matlamat untuk
berbakti kepada masyarakat.Beliau juga percaya bahawa orang-
orang yang neurotik dan penjenayah serta orang-orang yang
gagal dalam hidup kurang mempunyai matlamat sosial.Mereka
ini hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira
kebajikan masyarakat.Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa “
Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada
manusia lain”.Dalam hadis yang lain juga, baginda bersabda
23 Baka dan Personaliti Remaja
bahawa “Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang hal
ehwal orang Islam yang lain maka dia bukan dari kalangan
mereka”.
Jelas di sini menunujukkan individu yang baik dan
sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain.Matlamat yang
ingin dicapai adalah menghasilkan insan yang baik.Dengan
mengenal pasti ciri personaliti melalui gaya hidup yang
bermanfaat kepada masyarakat ia akan menghasilkan budaya
hidup yang dapat membentuk personaliti dan masyarakat yang
menyumbang kepada pembangunan manusia yang produktif.
KONSEP PERSONALITI
Perkataan personaliti berasal daripada perkataan Latin, persona
atau personalitas. Maksud pesonalitas ialah topeng yang
merujuk kepada rupa luaran yang ada pada seseorang.Menurut
Ma’rof dan Haslinda (2002), personaliti merupakan keseluruhan
cara bertindak, berfikir dan merasa yang tipikal bagi seseorang
yang menjadikan individu itu berbeza dengan orang lain.Dua
konsep yang ditekankan ialah tipikal dan berbeza.Personaliti
seseorang mengandungi kesemua ciri pskilogi yang secara
relatifnya tidak berubah, yang tipikal(biasa terdapat) pada
individu tersebut. Penekanan kedua adalah berbeza iaitu setiap
daripada kita adalah manusia yang unik kerana tiada seorang
pun yang mempunyai kombinasi kualiti-kualiti psikologi
tipikal yang benar-benar sama.
Allen(2000) personaliti merupakan beberapa set yang
mengandugi dimensi tingkah laku di mana setiap satunya
berkaitan dengan trait yang tertentu. Walaupun terdapat manusia
yang berkongsi trait yang sama berbeza daripada segi pemilikan
setiap trait tersebut dan perkongsian tersebut tidak
melibatkan keseluruhan personaliti. Menurut Habibah dan
Noran (1997), personaliti merujuk kepada dua pengertian iaitu
kemahiran sosial.
Mengikut pengertian ini, personaliti seseorang dinilai
melalui cara dia berjaya mendapatkan tindak balas yang
Personaliti Gaya Hidup Remaja 24
positif daripada orang lain dalam pelbagai situasi. Dalam
konteks ini, seseorang yang dapat berhubung secara menarik
dengan orang lain dikatakan mempunyai personaliti yang
menarik.Pengertian kedua ialah personaliti didefinisikan
sebagai kesan yang diberikan oleh seseorang tentang dirinya
kepada orang lain. Oleh kerana itu, seseorang itu boleh
dikatakan mempunyai ‘personaliti agresif’ atau ‘personaliti
submisif’ atau ‘personaliti penakut’. Atribut atau kualiti
tersebut merupakan kesan yang diberikan oleh seseorang
kepada orang lain.Berdasarkan kedua-dua pengertian tersebut,
adalah jelas menunjukkan personaliti merujuk kepada penilaian
yang dibuat oleh seseorang.
GAYA HIDUP
Adler sering menggunakan kata gaya hidup dalam teori
personaliti dan psikologi individu.Menurut beliau, gaya hidup
seseorang merupakan personaliti, kesatuan personaliti, satu
bentuk pandangan yang kreatif bagi diri seseorang, masalah
hidup dan keseluruhan sikap terhadap kehidupan diri dan
orang lain.Gaya hidup juga merupakan kunci kepada tingkah
laku seseorang dalam mencapai “superioriti”.
Terdapat empat jenis gaya hidup yang diutarakan oleh Alfred
Adler iaitu yang bermanfaat kepada masyarakat (Socially useful), mengelak
(Avoiding), mengambil kesempatan (Getting)dan menguasai (Ruling).
Keempat-empat jenis gaya hidup ini merupakan ciri-ciri personaliti
seseorang individu dalam usaha mereka untuk mencapai superioriti dalam
kehidupan.Gaya hidup ini dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu didikan
ibu bapanya terutamanya bagi tempoh lima tahun pertama dalam
kehidupan kanak-kanak dan juga dipengaruhi oleh turutan kelahiran
seseorang.
DIDIKAN IBU BAPA
Didikan ibu bapa ditakrifkan sebagai segala bentuk asuhan
yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak sama ada
dalam bentuk kasih saying, perhatian dan juga disiplin yang
dikenakan kepada mereka. Menurut Habibah dan Noran(1997)
25 Baka dan Personaliti Remaja
menjelaskan bahawa terdapat berbagai-bagai cara ibu bapa
berhubung dengan anak-anak mereka iaitu bermesra dan
banyak memberi kasih sayang,dingin dan membenci
dan terlalu memberi pelindungan di samping menyedari
keperluan anak untuk bebas serta berdikari.Setiap pola tingkah
laku ibu bapa memberi kesan terhadap pembentukan
personaliti anak.
Terdapat tiga jenis gaya keibubapaan iaitu pertama
autoritarian. Gaya ini merupakan gabungan kawalan yang
tinggi dengan sedikit kemesraan. Ibu bapa tersebut meletakkan
peraturan dan mengharapkan ianya akan dipatuhi sebarang
bantahan dan perbincangan. Nilai yang ingin disemai di dalam
diri anak adalah kesungguhan, hormat dan ketaatan.Gaya
keibubapaan yang kedua ialah autoritatif.
Gaya ini menggabungkan kawalan yang sederhana dan
seimbang dengan rasa
Kemesraan yang diberikan kepada anak mereka.Ibu
bapa yang menggunakan gaya keibubapaan ini lebih
mengutamakan penjelasan terhadap peraturan yang dibuat dan
menggalakkan perbincangan.Manakala gaya keibubapaan yang
ketiga ialah permisif. Ibu bapa dengan gaya ini lebih
memberikan kemesraan tetapi kurang kawalan terhadap anak
mereka.Mereka lebih banyak menerima tingklah laku anak
dan kurang memberikan sebarang hukuman.Ketiga-tiga jenis
gaya keibubapaan ini mempengaruhi personaliti individu dan
berperanan membentuk gaya hidup mereka.
BUDAYA
Budaya merupakan nilai-nilai yang dikongsi oleh masyarakat
setempat.Habibah dan Noran(1997), menyatakan bahawa budaya
mempunyai tingkah laku dan kepercayaan tertentu yang
diterima dan diiktiraf oleh ahli-ahlinya. Ini bermakna terdapat
pola tingkah laku tertentu yang menyebabkan sesebuah
kelompok mempunyai ciri-ciri personaliti yang sama.Faktor
budaya termasuklah budaya menghargai, tekun berusaha,
Personaliti Gaya Hidup Remaja 26
bersaing dan juga budaya cukup makan.
TURUTAN KELAHIRAN
Turutan kelahiran merujuk kepada susunan anak yang dilahirkan
dalam sesebuah keluarga. Menurut Adler (1927), turutan kelahiran
seseorang anak memberi kesan sosial kepada kanak-kanak.
Walaupun, seseorang itu dibesarkan oleh ibu bapa dan di rumah
yang sama tidak bermakna mereka mempunyai identiti sosial yang
sama kerana perbezaan umur memberikan perbezaan dalam
penerimaan terhadap sikap ibu bapa. Maka perbezaan ini
mempengaruhi bentuk personaliti seseorang.Menurut Adler anak
pertama berlainan daripada anak kedua atau bongsu.Anak tunggal
dipercayai akan menundukkan kedua ibubapanya. Anak sulung
yang mempunyai beberapa orang adik beradik juga juga
mempunyai tingkah laku seperti anak tunggal juga tetapi kelahiran
anak kedua mengarah kasih sayang ibu bapa kepada anak kedua
pula.Ini menyebabkan anak sulung tadi berasa tidak selamat dan
bencikan adiknya. Anak kedua mungkin mengalami bahawa pada
peringkat awalnya dia dapat menundukan kakak atau abangnya
kerana ibu bapa akan sering meminta kakak atau abang tadi
mengalah kepada tingkah laku adik. Dengan itu anak kedua tadi
mempunyai cita-cita yang lebih tinggi dan menjadi individu yang
lebih waras daripada anak sulung. Seterusnya anak bongsu
mempunyai lebih banyak peluang untuk menundukan abang-abang
dan kakak-kakak yang ada. Akhirnya dia menjadi rosak dan
mempunyai tingkahlaku neurotik.
Teori Adler yang kedua ini banyak dibuat kajian.Penemuan
kajian tahun tiga puluhan tidak menyokong teori tersebut. Akan
tetepi penemuan kajian yang dilakukan pada tahun lima puluhan
menyokong teori Adler.seterusnya kajian yang dilakukan pada
tahun tujuh puluhan memberi penemuan yang berbelah bagi. Kini
teori Adler tentang kedudukan seseorang dalam susunan adik
beradiknya tidak mendapat banyak sokongan atau dibuat kajian.
27 Baka dan Personaliti Remaja
MEKANISME BELA DIRI
Apabila berhadapan dengan ancaman yang akan menggugat
kestabilan atau kerisauan, terdapat dua cara ego berhadapan
dengan keadaan ini iaitu berhadapan terus dengan keadaan
tegang atau membela diri daripada keadaan tersebut.
Sekiranya sumber ancaman dapat dikenal pasti, ego boleh
menghadapi keadaan ini dengan mempertahankan diri.Cara
seseorang berhadapan dengan keadaan tegang dinamakan
mekanisme bela diri. Mekanisme tersebut mungkin
menyebabkan seseorang menindakkan, memalsukan atau
mengubah kebenaran. Selain itu, mekanisme ini mungkin
dilakukan secara tidak sedar. Terdapat pelbagai cara seseorang
membela dirinya iaitu dengan cara menekan perasaan,
rasionalisasi, penonjolan, sublimasi, pengalihan, pampasan,
pembentukan reaksi dan juga pengenalpastian.
Menekan perasaan
Cara asas bagi ego mengawal tingkah laku yang impulsif
ialah dengan cara memendam diri atau menekan tingkah laku
impulsif. Melalui cara ini, tingkah laku impulsive yang liar
dipaksa balik kembali ke bahagian tidak sedar, maka
terdapatlah imbangan antara id dan ego. Akan tetapi idea
tyang terpendam ini tidak akan terus hilang, ia akan terus
kembali ke bahagian sedar melalui cara lain seperti mimpi
atau terlepas kata.
Rasionalisasi
Mekanisme bela diri yang melibatkan rasionalisasi melibatkan
penerangan tingkah laku yang tidak diterima dari segi motif
peribadi atau sosial. Ia merupakan proses memberi alasan
kepada tingkah laku yang tidak diterima.Pelajar yang
menerima markah yang rendah dalam ujian atau peperiksaan
akan mengatakan kegagalannya disebabkan oleh guru agak
kedekut memberi markah yang tinggi.Sama seperti memendam
Personaliti Gaya Hidup Remaja 28
diri, rasionalisasi berada pada tahap tidak sedar.
Penonjolan diri
Dalam penonjolan diri, seseorang membela dirinya daripada
idea atau ciri peribadi yang tidak diterima oleh orang
lain.Seseorang yang mempunyai perasaan benci kepada orang
lain akan menonjolkan perasaannya sebagai perasaan benci
kawan-kawan terhadapnya dan dengan demikian dia berhak
menyimpan perasaan benci tersebut terhadap kawan-kawannya.
Sublimasi
Seseorang boleh menunjukkan tingkah laku yang tidak
diterima dengan menggantikannya dengan tingkah laku yang
diterima oleh masyarakat.Dengan mengambil bahagian dalam
pertandingan tae kwan do atau judo mungkin boleh
menggantikan tingkah laku agresif.Menurut Freud, cara untuk
menjadi manusia yang matang ialah dengan mempelajari cara
membuat sublimasi sebagai ganti desakan naluri yang liar.
Pengalihan
Kebanyakan tingkah laku tidak mempunyai satu matlamat
tetapi mungkin mempunyai satu hierarki matlamat.Satu
tinglkah laku boleh dikatakan mengalami pengalihan apabila
matlamat yang lebih rendah mengambil tempat matlamat yang
lebih tinggi. Misalnya seorang pemandu kereta yang berasa
marah apabila ditahan polis dan didenda kerana memandu
dengan laju akan mengalihkan perasaan marahnya kepada
orang lain mungkin kepada penjual goring pisang di tepi
jalan kerana lambat membungkus pesanan goreng pisangnya.
29 Baka dan Personaliti Remaja
Pampasan
Pampasan adalah satu bentuk penggantian apabila sesuatu
kelemahan seseorang di atasi dengan berusaha bersungguh-
sungguh dalam bidang yang berlainan tetapi hamper sama
dengan cita-cita asal.Misalnya seorang yang gagal menjadi
seorang doktor akan berusaha belajar bersungguh-sungguh
untuk menjadi ahli farmasi atau doktor pergigian yang
berjaya.
Teori Analitik Sosial
Ahli psikologi yang mula-mula membentuk teori analitik
sosial ialah Alfred Adler. Teori beliau juga dikenali sebagai
teori psikologi individu. Adler memberi penekanan kepada
kedudukan seseorang dalam susunan adik-beradiknya. Beliau
mempercayai bahawa personaliti anak pertama adalah
berlainan daripada anak kedua atau anak bongsu.Anak
tunggal dipercayai akan menundukkan kedua ibubapanya.
Anak sulung mempunyai beberapa orang adik beradik juga
pada mulanya mempunyai tingkah laku seperti anak tunggal,
tetapi kelahiran anak kedua mengarah kasih sayang kepada
anak kedua pula, akan menyebabkan anak sulung berasa tidak
selamat dan bencikan adiknya.Anak kedua pada peringkat
awalnya akan dapat menundukkan kakak atau abangnya
kerana ibu bapa akan sering meminta kaka atau abangnya
mengalah kepada tingkah laku adik.Dengan itu, anak kedua
ini akan mempunyai cita-cita yang lebih tinggi dan menjadi
individu yang lebih waras daripada anak sulung.Manakala
anak bongsu pula mempunyai lebih banyak peluang untuk
menundukkan abang-abang dan kakak-kakaknya. Akhirnya dia
menjadi rosak dan mempunyai kecenderungan untuk
membentuk tingkah laku neurotik.
Personaliti Gaya Hidup Remaja 30
Teori Fenomenologi-Humanistik
Teori ini dikemukakan oleh Carl Rogers. Menurut teori
Rogers, konsep utama dalam struktur personaliti ialah diri.
Menurut beliau seseorang itu melihat sesuatu objek dan
mengalami dan memberi makna kepada objek-objek tersebut.
Keseluruhan persepsi atau pandangan dan makna yang
berkaitan dengan objek merupakan bidang fenomena
seseorang.Bahagian-bahagian dalam bidang tersebut dilihat
sebagai “diri”, “diri saya” dan “saya”.Hasil daripada interaksi
dengan persekitarannya, seseorang itu menghimpun banyak
banyak pengalaman yang berkaitan dengan dirinya.Pengalaman
awal ini akan berkembang menjadi konsep kendiri iaitu
persepsi seseorang tentang dirinya sendiri.
Maksud diri di sini ialah satu set persepsi yang telah
tersusun dan ia wujud secara sedar. Walaupun kita
mempunyai pengalaman yang tidak kita sedari, konsep kendiri
adalah baahgian diri kita yang sedar.Rogers mempercayai
bahawa definisi diri seperti ini adalah tepat dan perlu
digunakan dalam penyelidikan.Definisi diri yang merangkumi
bahagian tidak sedar tidak boleh dikaji secara objektif.Satu
konsep yang berkaitan di sini ialah konsep kendiri yang kita
idamkan. Ia merqngkumi persepsi dan makna yang berkaitan
dengan diri kita sendiri dan sangat dihargai oleh kita.
Teori kognitif sosial
Teori kognitif sosial adalah berasaskan kepada teori
pemelajaran.Pada peringkat awalnya, teori ini dikenal sebagai
teori pemelajaran sosial. Kini ia dikenali sebagai teori kognitif
sosial atau teori pemelajaran kognitif sosial.Teori ini adalah
teori personaliti yang paling popular di kalangan ahli
akademik.Ia juga banyak digunakan dalam bidang psikologi
klinikal. Ahli psikologi yang sering dikaitkan dengan teori
kognitif sosial ialah Albert Bandura.
Struktur personaliti yang diberi penekanan oleh teori
31 Baka dan Personaliti Remaja
kognitif sosial adalah kepada proses kognitif.Dua konsep
penting yang berkaitan dengan struktur adalah konsep diri
dan konsep matlamat. Menurut teori sosial kognitif, diri tidak
merupakan struktur yang tetap tetapi sebagai proses kognitif.
Dalam memahami konsep kendiri seseorang, kita perlu
memahami tentang apa yang berlaku dalam persekitaran dan
tingkah laku.Teori ini juga mengatakan seseorang itu
mempunyai konsep tentang dirinya sendiri dan proses
kawalan diri yang mungkin berbeza dari semasa ke semasa
dan dari satu situasi kepada situasi yang lain.
Satu aspek tentang persepsi diri ialah keberkesanan
diri atau pengamatan tentang kebolehan diri sendiri untuk
berhadapan dengan situasi tertentu. Konsep keberkesanan diri
berkaitan dengan penilaian yang dibuat oleh seseorang
tentang kebolehan dirinya untuk melakukan sesuatu tugas
dalam satu situasi.
Proses pembentukan personaliti
Teori kognitif sosial memberikan penekanan kepada dua
proses yang berlainan daripada teori pemelajaran lain tentang
personaliti iaitu pemelajaran dengan cara pemerhatian dan
pengawalan diri sendiri.Pemelajaran pemerhatian melibatkan
kebolehan untuk mempelajari tingkah laku dengan memerhati
orang lain.Pengawalan diri pula melibatkan kebolehan
seseorang untuk mempengaruhi diri mereka sendiri dan
bukannya dipengaruhi oleh faktor luaran.Kedua-dua proses ini
melibatkan proses pemikiran (kognitif) dan kedua-dua proses
dipengaruhi oleh dendaan dan ganjaran tetapi tidak ditentukan
oleh kedua-dua faktor tersebut.
Pemelajaran Pemerhatian
Menurut teori pemelajaran pemerhatian seseorang itu belajar
dengan hanya memperhatikan tingkah laku orang lain.Orang
yang diperhatikan itu dinamakan model atau contoh. Sebagai
contohnya, seorang anak akan belajar bahasa dengan
Personaliti Gaya Hidup Remaja 32
memperhatikan kedua ibu bapanya bercakap satu proses yang
dinamakan pencontohan. Terdapat dua tingkah laku yang
berkaitan dengan konsep pencontohan iaitu peniruan dan
pengenal pastian. Pencontohan melibatkan proses yang lebih
luas daripada peniruan tetapi lebih kecil daripada
pengenalpastian.
Kawalan Diri
Pemelajaran berlaku dengan dua cara iaitu dengan
memperhati dan juga dengan cara menerima kesan negatif
atau positif kepada tingkah laku yang dihasilkan. Kita belajar
menetapkan matlamat yang sesuai dengan diri kita dan
kadang kala memuji diri kita sendiri apabila kita berasa
berjaya melakukan tingkah laku yang diperhatikan atau
menghukum diri kita rasa gagal untuk melakukan tingkah
laku yang diperhatikan. Jelas bahawa teori pembelajaran sosial
memberi penekanan kepada dua perkara iaitu membentuk
standard bagi pengukuhan diri dan kepada proses kognitif.
Melalui mekanisme kognitif seperti ini, Bandura mempercayai
bahawa manusia boleh mengawal diri mereka dan juga boleh
mengadakan rancangan dan matlamat bagi masa hadapan
mereka.
Pertumbuhan dan perkembangan
Menurut teori kognitif sosial, pertumbuhan dan perkembangan
bergantung kepada kemahiran memproses maklumat atau
kecekapan kognitif yang dipelajari melalui pemerhatian dan
pengalaman langsung. Selain itu, jangkaan, rancangan dan
kawalan diri juga penting. Kecekapan tingkah laku adalah
kebanyakkannya dipengaruhi oleh pengalaman tetapi faktor
baka atau fisiologi memberikan batasan kepada pertumbuhan
dan perkembangan.
Dari segi pembentukan kebolehan dan kecekapan,
Bandura memberikan penekanan kepada pembentukan
keberkesanan diri. Sumber untuk memperolehi keberkesanan
33 Baka dan Personaliti Remaja
adalah berbagai-bagai seperti kejayaan diri sendiri,
memperhatikan orang lain dan juga melalui pujukan. Amat
penting bagi seseorang itu untuk mengalami kejayaan kerana
ia berkaitan dengan pembentukan minat yang bersifat
intrinsik atau dalaman.
PERSONALITI DAN KEUPAYAAN INDIVIDU
Satu perkara yang ketara dalam perkembangan personaliti
ialah perbezaan individu. Tiada dua individu yang
mempunyai personaliti yang serupa.Setiap individu berbeza
dengan individu yang lain dalam aspek-aspek tertentu seperti
kecerdasan, kreativiti dan kepimpinan. Perbezaan dalam ketiga-
tiga aspek tersebut menghasilkan individu yang berbeza-beza
dalam ciri-ciri personaliti mereka
PERSONALITI DAN KEUPAYAAN INDIVIDU
Satu perkara yang ketara dalam perkembangan personaliti
ialah perbezaan individu. Tiada dua individu yang
mempunyai personaliti yang serupa.Setiap individu berbeza
dengan individu yang lain dalam aspek-aspek tertentu seperti
kecerdasan, kreativiti dan kepimpinan. Perbezaan dalam ketiga-
tiga aspek tersebut menghasilkan individu yang berbeza-beza
dalam ciri-ciri personaliti mereka.
1. Kecerdasan lisan
Seseorang yang dianggap cerdas itu mempunyai
perbendaharaan kata yang baik dan berupaya membaca
dengan kefahaman yang tinggi. Individu ini juga mempunyai
perasaan mengetahui yang mendalam terutama perkara-perkara
baru.Apabila menghadapi masalah, dia akan mengkaji masalah
dengan teliti daripada semua aspek dalam masalah
tersebut.Kecerdasan lisan biasanya belajar sesuatu dengan
cepat iaitu mudah menerima sesuatu pengetahuan atau
kemahiran .Apabila ditinjau secara lisan, pertuturannya adalah
lancar.Dia mudah menyesuaikan dirinya sama ada di kalangan
Personaliti Gaya Hidup Remaja 34
orang dewasa atau rakan sebaya.
2. Kebolehan menyelesaikan masalah
Individu yang mempunyai kebolehan ini biasanya boleh
berfikir secara logik dan boleh mengaitkan idea-idea di antara
satu sama lain.Dia juga bergerak balas idea dengan orang
lain melalui fikirannya. Keupayaannya mentafsir maklumat
dengat tepat memudahkannya membuat keputusan dengan
baik.Dia mempunyai idea yang banyak dan bersedia
mendengar pendapat semua pihak dalam sesuatu
perbincangan.
3. Keterampilan sosial
Individu yang menunjukkan keterampilan sosial mudah
menerima orang lain dan menunjukkan minat terhadap dunia
sekelilingnya. Dia merupakan seorang yang menepati janji,
mengakui kesilapan-kesilapannya dan bertanggungjawab
kepada masyarakat. Di samping itu dia akan berfikir dahulu
sebelum berkata-kata atau melakukan sesuatu.Selain itu,
individu ini juga suka berterus-terang, jujur dengan dirinya
dan orang lain serta membuat pertimbangan yang adil.Terdapat
berbagai cara seseorang itu dianggap cerdas. Antaranya ialah
kebolehan menyelesaikan tingkah laku seseorang dengan
lancar dan mudah terhadap pelbagai kehendak dalam situasi
sosial yang berlainan.
KESIMPULAN
Perkembangan tahap mentaliti, kognitiviti dan personaliti anak
perlu diberi perhatian walaupun zahirnya ia kelihatan seperti satu
fitrah semulajadi seseorang itu. Namun, seandainya ia dipandang
remeh tanpa sebarang tindakan susulan dan berpanjangan, aspek
perkembangan tersebut sebenarnya merupakan satu titik awal
bermulanya gangguan-gangguan terhadap perkembangan
personaliti anak-anak. Dengan mempunyai personaliti yang sihat
dan sempurna, maka anak dapat berjaya memiliki satu kekuatan diri
untuk menjadi benteng daripada sebarang anasir jahat yang ingin
35 Baka dan Personaliti Remaja
mempengaruhi atau menguasai diri dari melakukan tindakan atau
perkara yang negatif. Ayah dan ibu adalah teladan pertama bagi
pembentukan peribadi anak. Keyakinan-keyakinan, pemikiran dan
perilaku ayah dan ibu dengan sendirinya memiliki pengaruh yang
sangat dalam terhadap pemikiran dan perilaku anak. Karena
keperibadian manusia muncul berupa lukisan-lukisan pada berbagai
ragam situasi dan kondisi dalam linkungan keluarga. Keluarga
berperanan sebagai faktor pelaksana dalam mewujudkan nilai-nilai,
keyakinan-keyakinan dan persepsi budaya sebuah masyarakat.
Ayah dan ibulah yang harus melaksanakan tugasnya di hadapan
anaknya. Khususnya ibu dan bapa yang harus memfokuskan dirinya
dalam menjaga akhlak, jasmani dan kejiwaannya pada masa pra
kehamilan sampai masa kehamilan dengan harapan Allah
memberikan kepadanya anak yang sehat dan saleh.
RUJUKAN
Abdul Razak Habib, Salleh Amat, Zuria Mahmud. (2001).
Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja
kepada Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 26: 81 – 92.
Azizi Hj Yahaya dan Shahrin Hashim . (2007). “Membentuk
Personaliti Kanak-kanak”. Pendidikan Kekeluargaan, Desktop
Publisher, 104-121.
Nor ‘Ain Bte Sujak (1999). “Hubungan Masalah Tingkah Laku
Dengan Pencapaian Akademik Pelajar.” Projek Sarjana Muda
Yang Tidak Diterbitkan. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Zulzaidi Bin Mahmod. (09 April 2008). Televisyen 'curi' masa
berkualiti kanak-kanak. Berita Harian
3
Remaja dan Pengaruh Keluarga
Noordin Yahaya
Sahrin Hashim
PENGENALAN
Penghasilan ini merupakan suatu ulasan hasil laporan berbentuk
buku daripada tesis mengenai tajuk yang signifikan iaitu ‘Remaja
dan Pengaruh Keluarga’. Peranan golongan remaja tidak dinafikan
kerana mereka merupakan waris yang akan menentukan hala tuju
masa depan. Mereka mempunyai pengaruh besar terhadap
keadaan sosial, politik dan ekonomi. Merekalah yang akan
memegang tampuk pentadbiran, penggerak ekonomi dan
pembangun generasi. Namun dalam pada itu kita tidak putus-
putus dibebani dengan masalah sosial remaja yang semakin hari
semakin meruncing. Masyarakat dikejutkan dengan pelbagai
paparan secara terbuka baik di media elektronik, media cetak
mahupun di Internet. Masalah sosial, keruntuhan akhlak dan
kemerosotan disiplin amat membimbangkan kerana ia turut
mengundang pelbagai implikasi yang boleh meruntuhkan
kestabilan negara dalam usaha melahirkan masyarakat produktif
dan berdaya maju. Sebelum ini kita dikejutkan dengan masalah
bohsia, bohjan, pelacuran dan seks bebas dan penyalahgunaan
dadah. Masalah menjadi lebih gawat apabila kita dikejutkan
dengan tindakan ganas pelajar sehingga menyebabkan kematian
dan kecederaan serius kepada si mangsa. Isu ini menimbulkan
pelbagai persoalan dalam merungkai punca keadaan itu.
Anak-anak, khasnya remaja pada abad ke-21 ini terdedah
dengan pelbagai bentuk pengaruh. Dalam dunia yang disebut
sebagai"borderless world" ini banyak menyuntik unsur-unsur yang
positif mahu pun yang negatif. Anak-anak lebih mudah tertawan
Remaja dan Pengaruh Keluarga 37
dengan program yang membunuh sahsiah berbanding program
yang menghidupkan peribadinya (Hassan Mohd Ali,1977)
Secara tidak langsung, ini memberi tamparan yang hebat
kepada ibu bapa. Ibu bapa harus dapat membimbing individu
mengenali diri sendiri sebagai insan dalam alam sosial. Masalah
berkaitan sosial remaja banyak berpunca daripada hubungan antara
ibu bapa dengan remaja itu sendiri. Sejumlah besar remaja
menyalahkan ibu bapa. Sebagaimana petikan akhbar berjudul
"Ayah Sibuk, Remaja Liar" Harian Metro, 1 Ogos 2001, "Keluarga
Terbiar, Remaja Jadi Liar" Harian Metro, 6 September 2001 dan
"Jenayah Rogol Juvana Salah Siapa?" Utusan Malaysia, 23 Julai
2001.
Kesibukan urusan kerja menyebabkan kekurangan agihan
masa. Kasih sayang yang mereka harapkan diganti dengan
kemewahan dan wang ringgit.
Ibu bapa pula menafikan kenyataan ini dan menyalahkan
pihak lain sama ada disebabkan faktor ego dengan kedudukan
mereka atau persepsi mereka terhadap golongan remaja yang
dikatogerikan sebagai golongan yang masih mentah.
Bagaimanapun tugas tersebut nampaknya telah diserahkan bulat-
bulat kepada pembantu rumah atau pihak sekolah. Dengan berbuat
demikian mereka berharap akhlak, personaliti dan kendiri anak
mereka dapat dibentuk sebaik mungkin. Akibatnya, mereka
mengundang gejala sosial di kalangan remaja.
DEFINISI REMAJA
Menurut Kamus Dewan Bahasa Pustaka, istilah remaja bermaksud
mulai dewasa atau sudah baligh. Remaja merujuk kepada satu
peringkat perkembangan di antara umur 12 tahun sehingga 20
tahun di mana seseorang itu mengalami perubahan dari aspek
fizikal, kognitif dan social. Menurut Rogers(1985) remaja
mengalami beberapa bentuk perubahan dari segi :
i Perubahan fizikal : Pada tahap ini remaja mengalami
perubahan fizikal badannya iaiatu remaja lelaki akan
menjadi lebih tegap dan menunjukkan cirri-ciri maskulin.
38 Personaliti Gaya Hidup Remaja
Remaja perempuan akan menunjukkan cirri-ciri
kewanitaannya seperti pembesaran buah dada dan
punggung. Rangsangan seksual akan berlaku.
ii Perubahan emosi dan fikiran : Pada peringkat ini kegilaan
mereka meniru tingkah laku idola mereka meningkat.
Perasaan ingin mencintai dan dicintai wujud bukan lagi
terhadap ibu bapa tetapi rakan social yang lain.
iii Menyertai kumpulan: Pada peringkat ini remaja akan
memilih rakan sebaya sebagai orang paling signifikan
dalam hidupnya dan ini menimbulkan konflik dengan ibu
bapa. Masalah delinkuen timbul kerana remaja sering
memberontak pada peringkat ini.
iv Menentang kekuasaan : Konflik yang timbul antara remaja
dengan ibu bapa timbul kerana perbezaan pendapat yang
ingin menghalang minat pencapaian dan potensi diri
mereka. Keadaan ini menjerumuskan mereka kea rah
negatif.
Menurut Erikson(1968) peringkat remaja merupakan satu
revolusi diri ke arah kematangan di mana mereka perlu menilai
semula diri dari aspek fizikal, emosi dan social serta pandangan
orang lain terhadap mereka. Pada masa tersebut, remaja perlu
membuat pilihan tentang kehidupan mereka termasuklah
perhubungan pekerjaan dan sebagainya berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman yang minimum. Oleh itu remaja mungkin
mengalami ‘self diffusion’ atau kecelaruan kendiri disebabkan
perubahan bentuk badan yang mendadak, keinginan seks yang
bertambah dan persediaan menghadapi dunia dewasa yang penuh
dengan pilihan dan kemungkinan. Sama ada kecelaruan kendiri ini
dapat diatasi atau membawa kepada masalah delinkuen bergantung
kepada pengalaman masa lalu dan perkembangan personality
remaja tersebut. Sekirannya remaja ini mempunyai perkembangan
personality yang sihat, dia seharusnya dapat menangani tekanan ini
dengan baik.
Coleman(1974) berpendapat bahawa remaja mempunyai dua
set identity iaitu, keadaan dirinya pada masa akan datang. Hasil
dapatan analisa beliau menunjukkan konflik identity masa depan
Remaja dan Pengaruh Keluarga 39
yang akan bertambah selaras dengan pertambahan umur, bukannya
identity sedia ada. Kajian juga menunjukkan terdapat peningkatan
dalam jumlah remaja yang mementingkan hala tuju masa depan
mereka yang kadangkala menimbulkan kekeliruan identity
DEFINISI KELUARGA DAN PENGARUH IBU BAPA
Keluarga adalah institusi yang mempunyai ibu, bapa, anak-anak
atau lebih hubungan darah perkahwinan atau anak angkat dan
tinggal bersama dalam satu rumah tangga(Horton dan Hunt,1991).
Keluarga juga dikatakan sebagai sebuah kumpulan yang
terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak. Keluarga ini boleh
terdiri daripada keluarga besar atau sekecil-kecilnya terdiri
daripada seorang isteri dan seorang suami.
Ibu bapa merupakan orang signifikan yang mempunyai
pengaruh yang sangat besar ke atas anak mereka. Orang signifikan
adalah mereka yang dianggap penting, rapat dan berpengaruh
dalam hidup kanak-kanak sebagai sumber keselamatan, kasih
saying, dan harga diri. Sumber itu boleh diberi secara positif atau
negatif (Burns, 1979). Orang yang signifikan ini boleh terdiri
daripada ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan dan guru dan orang
yang berpengaruh di sekeliling kita(Rogers, 1951) Terdapat tiga
cara bagaimana ibu bapa mempengaruhi konsep kendiri seseorang
anak iaitu :
a) Keadaan awal kehidupan yang dipengaruhi oleh perasaan dan
tingkah laku orang signifikan terhadap dirinya.
b) Proses pengajaran dan pembelajaran melalui ganjaran dan
hukuman
c) Modelling-cara hidup dan tingkah laku orang signifikan yang
diterima dan dicontohi(Baron, & Byrne,1987.
Ibu bapa dianggap sumber konsep kendiri terpenting
berbanding bapa. Menerusi emosi ibu ketika dalam kandungan lagi
dan ketika menyusu iaitu ‘attachment theory’ pembentukan konsep
kendiri anak terbentuk. Contohnya, jika ibu mengambil berat dan
prihatin serta mencurahkan kasih sayang kepada anak maka anak
akan merasa dirinya dihargai dan tidak mudah meragam. Jika anak
tidak dapat layanan dan kehendaknya tidak dipenuhi maka mereka
40 Personaliti Gaya Hidup Remaja
berasa bahawa dirinya diabaikan dan sering meragam.
Pemberian nama yang baik boleh mempengaruhi konsep
kendiri kanak-kanak. Nama yang mempunyai makna yang baik
memberi satu keyakinan kepada kanak-kanak. Dapat menonjolkan
persepsi yang baik daripada pandangan orang lain. Panggilan atas
nama ini juga merupakan doa daripada ibu bapa. Mengenai gaya
didikan dan asuhan ibu bapa Baumrind(1971) menyatakan terdapat
tiga bentuk gaya asuhan ibu bapa iaitu:
a) Authorotatif iaitu ibu bapa mengawal anak dengan peraturan
ketat tetapi anak boleh berkomunikasi terbuka dengan mereka.
b)Authoritarian iaitu ibu bapa mengenakan kawalan ketat kepada
anak-anak. Anak dilarang menyoal tindakan mereka.
c) Permisif iaitu ibu bapa mengamalkan komunikasi terbuka
Seperti yang diketahui perkembangan personaliti dan gaya
asuhan ibu bapa adalah antara pembolehubah-pembolehubah
konsep kendiri seseorang. Oleh itu bapa mempunyai pengaruh ke
atas pembentukan konsep kendiri anak. Pendidikan ibu bapa
mempengaruhi perkembangan konsep kendiri anak-anak kerana
konsep kendiri merupakan satu proses pembelajaran. Kebanyakan
proses pembelajaran ini diperoleh dari orang signifikan seperti ibu
bapa terutamanya di peringkat awal pembesaran anak-anak. Ibu
bapa memainkan peranan yang unik untuk mempengaruhi anak-
anak dalam proses pembelajaran konsep kendiri kerana
kebergantungan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak tersebut
kepada mereka. Antara pengkaji yang mengkaji tentang peranan
ibu bapa dalam pembentukan konsep kendiri anak ialah
Coppersmith, Sear dan Rosenberg. Coppersmith(1967) mendapati
bahawa hubungan antara kanak-kanak dan ibu bapa merupakan
faktor utama dalam pembinaan harga diri. Beliau mengkaji
terhadap kanak-kanak lelaki sebelum melangkah ke alam remaja
sehingga ke alam remaja. Coppersmith membahagikan kanak-
kanak lelaki kepada 3 kumpulan iaitu harga diri yang tinggi,
sederhana dan rendah. Coppersmith tidak menjangka dengan
kanak-kanak harga diri yang tinggi tidak berkelakuan mulia, tetapi
kanak-kanak harga diri yang rendah sentiasa berkelakuan baik.
Beliau mendapati bahwa konsep kendiri lebih bertumpukan kepada
Remaja dan Pengaruh Keluarga 41
kebebasan yang diberi oleh ibu bapa.
Sear(1957) pula mendapati konsep kendiri adalah hasil
daripada proses pembelajaran dan pengalaman lampau. Sear
mendapati bahawa kawan memainkan peranan utama dalam
pembentukan konsep kendiri pada zaman remaja. Menurut beliau
ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan konsep
kendiri awal kanak-kanak.
Rossenberg(1965) pula mendapati bahawa anak-anak yang
dihargai oleh ibu bapa akan mempunyai harga diri yang tinggi
berbanding dengan kanak-kanak yang ibu bapa sentiasa tidak puas
hati terhadap pencapaian anak-anak. Estim kanak-kanak yang
sering dipuji akan meningkat. Rosenberg mendapati bahawa
konsep kendiri lebih bertumpukan kepada kehendak ibu bapa.
Kamphaus (1992) membincangkan juga faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan kepintaran. Ia termasuklah faktor;
Keluarga dan baka – keluarga yang berpisah, membezaan dalam
mendidik kanak-kanak, kedudukan ibu bapa dan ibu bapa yang
pintar.
i Persekitaran – media massa, guru, rakan sebaya dan
saudara-mara.
ii Perbezaan bangsa – contoh daripada kajian, kanak-
kanak Asia lebih pintar daripada kumpulan minority
Amerika, antara kulit orang kulit putih dan hitam.
iii Perbezaan jantina – lelaki lebih bijak daripada
perempuan (Kaufman, 1979)
iv Status sosioekonomi – golongan ibu bapa
profesional dan ibu bapa pinggir/ luar bandar.
v Kedudukan kelahiran – Bouch. D dan Segal (1985)
anak pertama lebih bijak kerana perhatian dan
tumpuan padanya, dalam keluarga yang besar anak
hujung agak ketinggalan dan tahap kepintaran yang
agak sama bagi keluarga yang mem punyai 2 @ 3
orang anak.
vi Trauma dan teratogens – malnutrition (kekurangan
zat – organ tidak membesar), kurang berat badan
semasa lahir, anoxia (kurang oksigen semasa lahir –
42 Personaliti Gaya Hidup Remaja
terencat akal) dan pendedahan alkohol.
vii Kesihatan – selalu sakit
viii Motivasi dan penerimaan individu
Kesemua perkara di atas mempunyai hubungan dengan
kepintaran yang secara tidak langsung mengakibatkan pencapaian
akademik menjadi tinggi atau rendah. Lazimnya kepintaran tinggi
akan mendapat markah yang tinggi dalam pencapaian akademik.
Sebaliknya jika kurang pintar maka pencapaian akademik akan
merosot.
KESIMPULAN
Menurut Kamal (1996), dari perspektif Islam, personaliti adalah
satu kesedaran tingkah laku, budi pekerti, amalan, perkataan-
perkataan dan pandangan hidup individu. Pootkay dan Allen
(1986) pula menyatakan konsep kendiri adalah pandangan
individu tentang personaliti dirinya sendiri. Ini adalah persepsi
personaliti dari dalam. Dapat disimpulkan bahawa konsep kendiri
adalah sebahagian dari personaliti.
Personaliti yang terdapat pada manusia adalah berbeza
bagi setiap individu. Fulner (1972) berpendapat konsep kendiri
bergantung kepada interaksi sosial seseorang dengan
persekitarannya. Oleh itu hubungan dan ikatan dalam sesebuah
keluarga adalah penting. Ikatan dalam keluarga serta peranan yang
dimainkan oleh ahli keluarga pada masa ini berbeza berbanding
dengan keluarga pada zaman dahulu.
RUJUKAN
Baumrind, D. (1971). “Current patterns of parental authority”.
Developmental Psychology Monographs, 4 (1, Pt.2).
Ghafani bin Awang. (2007). “Kenakalan Remaja dari Perspektif
Islam” Retrieved on 8 Aug 2008, from
http://halaqah.net/v10/index.php
Kimberly Kopko. (2007). “Parenting Styles and Adolescents”.
Remaja dan Pengaruh Keluarga 43
Cornell Cooperative Extension
Maccoby, E. E., & Martin, J. A. (1983). Socialization in the
context of the family: Parent-child interaction. In E. M.
Hetherington (Ed.) & P. H. Mussen (Series Ed.),
Handbook of child psychology: Vol. 4. Socialization,
personality and social development (pp. 1–101).
New York: Wiley.
Marzita Abdullah. (2003), Bebas samseng - Kelulusan,
pengalaman pengetua bukan penentu. Portal Pendidikan
Utusan, 9.9.2003. Retrieved on 8 Aug 2008, from
http://www.tutor.com.my
Marzita Abdullah. (2003), Disiplin pelajar - Kadangkala berpunca
daripada guru. Portal Pendidikan Utusan, 30.9.2003.
Retrieved on 8 Aug 2008, from
http://www.tutor.com.my
Nurul Izzah Sidek. (2007), Menghukum remaja dengan rotan.
Portal Pendidikan Utusan, 26.07.2007. Retrieved on 5 Sept
2008, from http://www.tutor.com.my
Rohana Man. (2004), Bunuh diri - Pelajar terpinggir dan terasing.
Portal Pendidikan Utusan, 13.07.2004. Retrieved on 5
Sept 2008, from http://www.tutor.com.my
Rosmah Dain. (2004), Personaliti anak - Keluarga kumpulan
penting bentuk peribadi. Portal Pendidikan Utusan,
12.08.2004. Retrieved on 5 Sept 2008, from
http://www.tutor.com.my
Sarjit Singh Gill. (2007). “Menangani Masalah Salah Laku
Pelajar”. Berita Harian – Jumaat, 27.7.2007
4
KECERDASAN DAN PERSONALITI
Azizi Yahaya
Sahrin Hashim
PENGENALAN
Kecerdasan juga dikaitkan dengan prestasi dalam persekitaran
sosiobudaya yang khusus.Orang yang cerdas dalam bidang
sosial biasanya dapat melakukan perkara yang betul dalam
masa yang sesuai.Mereka meneliti setiap masalah itu dengan
mendalam dan menyelesaikan masalah tersebut.Kecerdasan
juga dikaitkan dengan tindakan kerana membolehkan
seseorang itu bertindak untuk mencapai matlamat mereka.
Sebaliknya orang yang tidak memiliki kebolehan ini sukar
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana pemikiran
dan matlamat yang tidak jelas.
Pada pandangan orang biasa, kecerdasan menekankan
kepakaran seseorang dalam bidang pengetahuan, terutama
dalam keterampilan sosial dan menyelesaikan masalah secara
praktik. Orang yang bijak mempunyai kepakaran dalam
perancangan dalam kehidupan dan mempunyai pertimbangan
yang baik tentang perkara-perkara penting dalam
kehidupan.Dia mempunyai kebijaksanaan sosialnya untuk
menyelesaikan masalah hidup yang penting seperti konflik
yang berlaku antara suami isteri. Walau bagaimanapun
kecerdasan sosial sukar diukur kerana masalah dalam
kehidupan sosial tidak difahami dengan cara yang sama dan
penyelesaiannya sukar di persetujui oleh ramai orang.
Menurut Cattell (1949), mendapati bahawa terdapat
kolerasi yang tinggi antara kecerdasan dengan kawalan diri,
kebolehpercayaan, kerajinan, kebebasan emosi, ketekunan dan
Kecerdasan dan Personaliti 45
ketabahan merupakan trait tingkah laku. Perkaitan antara
kecerdasan dengan penyesuaian boleh diterangkan dengan
beberapa kemungkinan.Pertama, kanak-kanak yang cerdik
mempunyai ibubapa yang cerdik juga dan boleh menangani
masalah emosi kanak-kanak dengan bijak. Dengan demikiab,
mereka dapat membina asas psikologi yang kukuh semmasa
peringkat kanak-kanak.
Kedua, kanak-kanak yang cerdik akan dapat
menghadapi harapan dan kehendak sosial dan dengan itu
tingkah laku mereka diberikan ganjaran dan menghasilkan
penyesuaian yang baik kepada kehendak-kehendak tersebut.
Ketiga, kanak-kanak yang lebih cerdik kana menghadapi
harapan-harapan dan kehendak-kehendak sosial
berkemungkinan akan menjadi lebih bejaya. Keempat terdapat
perkaitan antara kecerdasan dengan kreativiti, ingin tahu
dengan kebijaksanaan, iaitu trait-trait yang membantu
meningkatkan popularity dan penyesuaian di kalangan
kumpulan sebaya. Kelima perkaitan antara penyesuaian di
jangkakan di klanagan kanak-kanak kelas menengah
berbanding dengan kanak-kanak kelas rendah kerana
penekanan yang diberikan oleh golongan kelas menengah ke
atas pencapaian akademik dan kemajuan pendidikan.
Aspek-aspek personaliti juga boleh mempengaruhi
fungsi intelek. Individu yang mempunyai kecerdasan yang
lebih tinggi akan menunjukkan daya uasaha yang lebih
tinggi, darjah kebebasan yang lebih tinggi,berkeupayaan
menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi persaingan
berbanding dengan individu yang mempunyai kecerdasan
yang rendah. Interaksi antara intelek dengan personaliti adalah
kompleks dan terdapat perbezaan yang besar dalam
penyesuaian personaliti di semua peringkat
kecerdasan.Beberapa masalah penyesuaian emosi yang tertentu
didapati lebih kerp berlaku di kalangan mereka yang rendah
kecerdasannya. Walaupun tidak terdapat perkaitan yang jelas
antara intelek dengan personaliti, kecerdasan tetap
mempengaruhi interaksi sesorang dengan orang lain. Di
46 Personaliti Gaya Hidup Remaja
samping itu juga, kecerdasan juga memberikan kesan ke atas
penyesuaian terhadap kehendak-kehendak persekitaran.
KEPIMPINAN
Kepimpinan ialah kebolehan untuk mempengaruhi dsesuatu
kumpulan kea rah pencapaian matlamat yang tertentu.Punca
pengaruh ini sama ada secara formal seperti seseorang yang
dilantik supaya memegang jawatan pengurus sebuah syarikat
atau tidak formal iaitu seorang pemimpin yang wujud di luar
struktur formal seperti dalam kumpulan sosial di Bandar dan
di desa,Ahli-ahli Ahli-ahli ang mempunyai banyak kuasa atau
pengaruh sosial atau mereka yang banyak memberikan
sumbangan kea rah matlamat kumpulan biasanya dinamakan
sebagai pemimpin.
Ciri-ciri yang menunjukkan perkaitan yang konsisten
walaupun kecil ialah kecerdasan dan motivasi. Pemimpin di
dapati lebih tinggi kecerdasannya dan mereka lebih
berorientasikan pencapaian, dominan dan mempunyai
keyakinan terhadap diri sendiri.Oleh itu, ciri-ciri personaliti
yang positif seperti kecerdasan yang lebih tinggi, motivsi
yang kukuh dan keyakinan diri anatara sifat yang
membezakan pemimpin dengan orang lain.
KREATIVITI
Menurut de Bono (1992), menjadi kreatif bermaksud
mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada aiatu sesuatu
yang baru dan mempunyai nilai.Sesuatu yang kreatif
sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu yang
biasa. Ianya mestilah merupakan sesuatu yang unik dan jarang
ditemui.Di samping itu juga, ada pendapat yang menyamakan
kreativiti denagn keistimewaan semulajadi atau kecerdasan.
Secara ringkasnya, kreativiti ialah satu proses mental yang
dengannya individu mencipta idea atau menggabungkan idea
Kecerdasan dan Personaliti 47
atau produk yang sedia ada menjadi sesuatu yang baru
(Gallangher 1985).
PERSONALITI KREATIF
Seseorang yang kreatif boleh menunpukan perhatian ,
mengemukakan teka-teki, menerima konflik dan ketegangan
dan mepunyai keinginan supaya dilahirkan setiap hari(Fromm
1959). Individu yang kreatif menggunakan masalah dengan cara
yang membina. Menurut Davis(1976), ciri paling penting pada
individu yang kreatif ialah sikap kreatif. Sikap kreatif
merangkumi tujuan, nilai dan beberapa trait personaliti yang
menggalakkan seseorang itu berfikir dengan cara bebas,
mudah suai dan berimaginasi.Individu yang kreatif boleh
berfikir tentang penggunaan baru atau cara yang lebih
baik.Kebolehannya menggunakan pemikiran yang bercapah
boleh membantunya menghasilkan sesuatu yang baru.
Ciri-ciri atau trait personaliti boleh membantu kita mengenal
pasti kanak-kanak dan remaja yang kreatif di dalam bilik
darjah. Kajian Getzels dan Jackson(1962) mengemukan
penemuan yang berikut :
a. Kreativiti tinggi-kecerdasan tinggi
Kanak-kanak dalam kumpulan ini boleh mengawal diri
dan juga mendapat kebebasan, menunjukkan tingkah laku
orang dewasa dan juga kanak-kanak.
b. Kreativiti tinggi-kecerdasan rendah
Kanak-kanak dalam kumpulan ini menghadapi konflik
antara diri sendiri dengan persekitaran sekolah, mengalami
perasaan tidak berharga dan kekurangan. Namun demikian,
dalam situasi yang bebas daripada ketegangan, merka
boleh berkembang dan maju dari segi kognitif.
48 Personaliti Gaya Hidup Remaja
c. Kreativiti rendah-kecerdasan tinggi
Kumpulan kanak-kanak ini hanya menumpukan kepada
pencapaian sekolah. Pada kanak-kanak ini, kegagalan
akademik adlalah suatu kehancuran dan oleh itu mereka
akan terus berusaha untuk mencapai gred terbaik dan
mengelakkan kegagalan yang menyakitkan.
d. Kreativiti rendah-kecerdasan rendah
Kumpulan kanak-kanak ini selalu menunjukkan
pelbagai tingkah laku bela diri seperti Bergiat dalam
aktiviti sosial atau tingkah laku yang pasif.
Kebolehan mencipta dan kreativiti tidak lagi hanya ada
pada mereka yang istimewa sahaja. Pemikiran kreatif boleh
berkembang apabila para guru sedar bahawa semua kanak-
kanak mempunyai keupayaan dan mampu melakukannya.Walau
bagaimanapun, kreativiti perlu dipelajari. Oleh yang demkian,
ibu bapa dan guru adalah orang yang berperanan dalam
membentuk kreativiti kanak-kanak atau remaja.
MASALAH KECERDASAN
Dalam dunia pendidikan masalah kecerdasan adalah masalah
utama, ntuk membincangkannya. Peranan kecerdasan adalah faktor
penting bagi menekerana masalah tersebut tidak diendahkan,
walaupun ramai yang cuba untukan pembelajaran berjaya atau
gagal terutama di kalangan kanak-kanak.
Perbahasan mengenai kecerdasan pada dasarnya dapat di
katogarikan kepada:
1. Perbahasan mengenai sifat kebenaran kecerdasan
2. Perbahasan mengenai penyelidikan kecerdasan
Kecerdasan adalah bersifat teori-konsep manakala penyelidikan
kecerdasan lebih bersifat metodologi, namun ianya tidak dapat
dipisahkan antara satu sama lain
Kecerdasan dan Personaliti 49
PANDANGAN TENTANG KECERDASAN
Sifat hakikat kecerdasan dapat dimulakan dengan pertanyaan:’
Apakah itu kecerdasan dan ia telah dibincangkan oleh ahli
psikologi sekitar tahun 1990-1925.
Ahli-ahli psikologi yang mula membahaskan masalah ini telah
mendefinisikan atas dasar Spekulatif-logik. Sepanjang pengalaman
penulis, tidak ada hubungan yang jelas di antara definisi mengenai
kecerdasan dan Pengukuran kecerdasan yang diajukan oleh
seseorang ahli psikologi.
Pendekatan falsafah spekulatif-logik masih diikuti oleh ahli-ahli
psikologi di Eropah namun ia tidak diikuti lagi oleh ahli psikologi
di Amerika Syarikat dan Inggeris dan mereka lebih mengutamakan
Data Empiris yang membincangkan dan menganalisis data dari
eksperimen yang dijalankan.
Data Empiris ada hubungkaitnya dengan masalah sifat hakiki
kecerdasan dan masalah-masalah lain seperti:
1. Bagaimanakah perkembangan kecerdasan pada kanak-
kanak normal dan kurang normal.
2. Sejauh manakah perkembangan kecerdasan itu
dipengaruhi oleh faktor-faktor dasar dan faktor
lingkungan.
3. Bagaimanakah kita dapat membezakan kecerdasan dengan
prestasi pengajaran dan pembelajaran.
Pada tahun 1920-1930 ramai pengkaji telah melakukan kajian
untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan di atas. Hasil dari
kajian mereka mendapati tidak ada satu persoalan pun yang dapat
dijawab dengan terperinci tetapi ia akan menimbulkan masalah
lain.
Hari ini ahli-ahli psikologi tidak cuba untuk membuat penelitian
terhadap “Apakah kecerdasan itu?” Akan tetapi mereka
menumpukan kepada masalah yang lebih khusus seperti:
50 Personaliti Gaya Hidup Remaja
1. Bagaimanakah struktur mental orang dewasa?
2. Bagaimanakah struktur mental itu berubah-ubah mengikut
pertambahan umur?
3. Adakah kecerdasan seseorang akan berubah-ubah pada
tahap yang lain?
Konsep-konsep kecerdasan adalah:
1. Konsep yang bersifat spekulatif
2. Konsep yang bersifat pragmatis
3. Konsep yang berdasarkan faktor analisis
4. Konsep yang bersifat operasi
5. Konsep analisis fungsi.
1 Konsep-konsep mengenai kecerdasan yang bersifat
spekulatif
Spearman, dalam bukunya ‘The Abilities of Man (1927)
mengkatogarikan kepada tiga bahagian, iaitu:
i Definasi mengenai kecerdasan umum.
ii Definisi kebolehan individu
iii Definisi kecerdasan secara umum daripada yang
khusus.
a) Kecerdasan umum.
i Ebbinghaus (1897) mendefinasikan sebagai
kemampuan untuk membuat kombinasi
ii Terman (1921) mendefinisikan sebagai kemampuan
untuk memikir benda yang abstrak
iii Thorndike mendifinisikan sebagai hal yang dapat di
nilai dengan ketidak sempurnaan dalam perjuangan
hidup mereka.
b) Kecerdasan dari kesatuan dari kebolehan diri.
Kecerdasan adalah gabungan daripada kebolehan diri yang
khusus. Pengukuran dapat dibuat dari kebolehan yang khusus
seperti daya berfikir, pengamatan dan kebolehan
melaksanakan sesuatu.
Kecerdasan dan Personaliti 51
c) Kecerdasan secara umum daripada yang khusus.
Ia lahir dari keyakinan. Yang di perolehi dengan ujian
kecekapan umum. Oleh yang demikian kecerdasan
didefinisikan sebagai taraf umum yang mewakili kebolehan
khusus.
2. Konsep yang bersifat pragmatis
Pada dasarnya konsep ini yang dinyatakan oleh Boring bahawa ia
adalah apa yang diuji oleh ujian kecekapan,
“Intelligence is what the tests test. This is narrow definition, but it
is the only point of departure for a rigorous discussion of the test.
It would be better if the psychologists could have used some other
and more technical term; since the ordinary annotation intelligence
is much broader. The damage is done, however, and no harm needs
result if we but remember that measurable intelligence is simply
what the test of intelligence test, until further scientific observation
allows us to extend the definition”.
Konsep ini amat selari dengan pendapat ahli psikologi di Amerika
Syarikat. Namun berbeza dari pendapat Boring, iaitu tahap
kecekapan dapat di ukur sesuai dengan definisinya. Pernyataan ini
dianalogikan dengan pengetahuan tentang listrik, dan
pengukurannya bergantung kepada definisi, kepentingan, aliran
dan sebagainya.
3. Konsep yang berdasarkan faktor analisis.
Konsep ini telah dipelopori oleh Spearman dan terus berkembang
di daerah Anglo Saksis. Konsep ini amat penting di kalangan
golongan dewasa.
a) Teori Spearman
Teknik analisis faktor Spearman telah menemui bahawa tingkah
laku manusia disebabkan oleh dua faktor, iaitu:
52 Personaliti Gaya Hidup Remaja
1) Faktor umum / general
2) Faktor-faktor khusus
Faktor umum yang dilambangkan dengan huruf g merupakan
faktor yang menentukan tingkah laku seseorang. Jadi di dalam
tingkah laku itu wujud faktor g tersebut. Manakala faktor khusus
dilambangkan sebagai huruf s dan hanya berfungsi dan hanya
berfungsi sebagai tingkah laku khusus sahaja. Jadi setiap tingkah
laku itu wujud dalam dua faktor iaitu faktor g dan s. Ia dapat
disimpulkan seperti berikut:
Tingkah laku 1 = Tlı = g + sı
Tingkah laku 2 = Tl = g + s
Tingkah laku 3 = Tl = g + s
Tingkah laku 4 = Tl = g + s
Tingkah laku 5 = Tl = g + s
Spearman berpendapat, bahawa faktor g bergantung kepada
dasarnya, sedangkan factor s dipengaruhi oleh pengalaman
(lingkungan pendidikan).
b) Teori Thomson
Pendapat Thomson bercanggah dengan pendapat Spearman.
Menurutnya faktor g yang disebut oleh Spearman tidak wujud,
bahkan yang ada hanyalah faktor-faktor khusus, iaitu factor s.
Faktor s ini tidak bergantung kepada keturunan melainkan
bergantung kepada pendidikan. Maka tidak hairan ada golongan
yang lebih cergas dari golongan yang rendah, ini disebabkan oleh
kesempatan pendidikan.
c) Teori Cyrill Burt
Pendirian Burt sama seperti pendirian Spearman. Pendapatnya
adalah manusia terdapat faktor g, yang mendasari semua tingkah
laku iaitu factor g ini bergantung kepada latar belakang yang di
bawa sejak kecil. Selain itu beliau berpendapat bahawa setiap
orang memiliki banyak factor s.
Disamping itu wujud juga faktor ketiga iaitu factor kelompok yang
Kecerdasan dan Personaliti 53
biasanya menggunakan faktor c. Ia berfungsi pada sejumlah
tingkah laku tetapi tidak pada semua tingkah laku. Oleh yang
demikian faktor c lebih luas daripada factor s, tetapi lebih sempit
daripada faktor g.
Setiap tingkah laku mempunyai tiga faktor iaitu faktor g, factor c
dan factor s. Ia dapat dijelaskan seperti berikut:
Tingkah laku 1 = Tl = g + c + s
Tingkah laku 2 = Tl = g + c + s
Tingkah laku 3 = Tl = g + c + s
Tingkah laku 4 = Tl = g + c + s
Tingkah laku 5 = Tl = g + c + s
d) Teori Thurstone
Beliau adalah tokoh dari Chicago yang sependapat dengan Burt,
bahawa ada faktor c, dan factor s yang berfungsi pada sebahagian
tingkah laku. Faktor s ini mempunyai jumlah yang banyak sama
dengan jumlah tingkah laku khusus yang di lakukan oleh individu.
Namun pada pendapatnya faktor g tidak wujud.
Faktor c ada tiga peringkat iaitu:
i Faktor ingatan iaitu kemampuan untuk mengingat
(faktor M)
ii Faktor verbal iaitu kecekapan untu menggunakan
bahasa (faktor V)
iii Faktor bilangan iaitu kemampuan untuk mengira
(faktor N)
iv Faktor kelancaran bertutur iaitu kebolehan sesorang
menggunakan perkataan yang sukar (faktor W)
v Faktor reasoning iaitu faktor kecekapan untuk berfikir
secara logik. (faktor R)
vi Faktor persepsi iaitu iaitu kemampuan untuk
mengamati dengan cepat dan cermat (faktor P)
vii Faktor ruang iaitu kemampuan untuk megadakan
orientasi dalam ruang.
54 Personaliti Gaya Hidup Remaja
Sekiranya ada kecekapan umum, itu bukan kerana adanya faktor g,
tetapi kerana kombinasi dari faktor c.
e) Pendapat Guilford
Beliau terkenal dalam bidang psikometri dan bersependapat
dengan Thurdson, iaitu yang utama adalah faktor c sahaja.
Terdapat 120 faktor c. Variasi kecerdasan dapat dilihat dari tiga
aspek, iaitu:
1) Proses psikologi yang terlibat
2) Isi atau benda yang diproses
3) Bentuk maklumat yang dihasilkan.
1) Berdasarkan proses adalah:
i Cognition
ii Memory
iii Divergent production
iv Evaluation
2) Berdasarkan isi kandungan yang diproses adalah:
i Figural
ii Symbolic
iii Semantic
iv Behavioral
3) Berdasarkan bentuk maklumat yang di hasilkan adalah
i Unit
ii Classes
iii Relations
iv Systems
v Transformation
vi Implications
Oleh itu keseluruhannya adalah 5 x 4 x 6 = 120 faktor kecerdasan
4. Konsepsi yang bersifat Operasi
Ahli pragmatis mendefinisikan kecerdasan sebagai apa yang
diukur oleh soalan ujian dan di analisis dapatan yang diperolehi.
Kemudian diikuti dengan menyusun dapatan yang diperolehi
secara objekif dalam analisis faktor.
Kecerdasan dan Personaliti 55
Ahli pragmatis menyokong pendapat teori faktor tersebut, iaitu
dengan mengukurnya seperti berikut:
i) Menyusun peta atau gambar secara objektif mengenai
susunan akal dengan cara menganalisis ujian yang diperolehi
hingga ke hari ini.
ii) Menyusun ujian kemampuan secara objektif dalam analisis
faktor.
Ahli-ahli dalam bidang ini mendefinasikan teori faktor dengan
cara:
i) Mendefinasi- tindakkan
ii) Mengukurnya- menganalisis hasil-hasil ujian.
5. Konsep-konsep Fungsi
Konsep-konsep telah disusun atas dasar analisis mengenai
bagaimana fungsinya kecerdasan dan didefinasikan sebagai:
i) Kecenderungan untuk memperjuangkan tujuan tertentu -
semakin cerdas seseorang maka semakin cepat melaksanakan
tujuannya yang mempunyai inisiatif sendiri tanpa menunggu
arahan. Semakin cerdas seseorang maka semakin mempunyai
pendirian yang tetap pada matlamatnya dan ia tidak mudah
dipengaruhi oleh faktor luar.
ii) Berkemampuan untuk menyesuaikan maksudnya agar
matlamatnya tercapai. Oleh itu, semakin cerdas seseorang,
dia akan dapat menyesuaikan cara menghadapi sesuatu
dengan betul dan akan melahirkan sifat kritis.
iii) Kemampuan untuk menkritik diri sendiri. Iaitu belajar dari
kesilapan yang telah dilakukan. Oleh itu semakin cerdas
seseorang ia dapat belajar dari kesilapan yang telah
dilakukan dan tidak akan mengulanginya lagi.
Langeveld yang sependapat dengan Stern, mendefinasikan
kecerdasan sebagai langkah untuk bertindak, bagi menentukan
tujuan baru dalam hidupnya. Pendapat ini adalah sama dengan apa
yang dikemukakan oleh Binet iaitu:
56 Personaliti Gaya Hidup Remaja
i Pendirian yang ada bukan merupakan faktor utama tetapi
merupakan sebahagian daripada keperibadian yang tidak
dapat berdiam diri.
ii Pendirian ini tidak semata-mata ditentukan oleh dasar tetapi
ia ditentukan oleh factor luar atau gabungan diantara factor
dalaman dan factor luaran.
iii Pendirian ini lengkap, apabila ia berpotensi dan ada arah
tujunya yang tertentu.
iv Pendirian ini akan muncul yang akan digunakan dalam
aktiviti berfikir.
Maka dapat disimpulkan bahawa definasi kecerdasan tidak dapat
dinyatakan dengan tepat. Namun setiap konsep harus menetapkan
pendirian masing-masing.
B. PENGUKURAN KECERDASAN
Semenjak ahli psikologi mula mengadakan cara pendekatan secara
impiris, maka pengukuran kecerdasan telah banyak menarik
perhatian ahli psikologi tambahan pula gerakan gerakan
pengukuran dalam lapangan psikologi telah berkembang. Dalam
membincangkan mengenai pengukuran kecerdasan pada
pandangan penulis jalan yang paling baik ialah sejarah, Jadi
mengemukakan sejarah adalah usaha para ahli psikologi dalam
bidang ini dan pada masa yang sama dapat menunjukkan teknik
yang dapat digunakan dalam penyelidikan dan atau pengukuran
kecerdasan serta penilaian dalam usaha-usaha tersebut.
Sekiranya melihat sejarah maka dapat dilihat dari segi:
i Mengemukakan sejarah perkembangan dengan memberi
gambaran yang bersifat umum mengenai persoalannya.
ii Mengemukan sejarah perkembangan ujian kecekapan Binet,
kerana model ini yang dianggap oleh kebanyakkan ahli
psikologi sebagai yang terbaik dan banyak diguna pakai
terutama dalam menyelidik anak-anak yang masih muda.
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20
Bookchapter fp20

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kel. 1 etika profesi
Kel. 1 etika profesiKel. 1 etika profesi
Kel. 1 etika profesiFarRhah Ay
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN IIPSIKOLOGI PERKEMBANGAN II
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN IIFirdasari6
 
Metodologi Studi Islam - Materi IAIN Tulungagung (Mr. Khutbuddin Aibak,M. HI)
Metodologi Studi Islam - Materi IAIN Tulungagung (Mr. Khutbuddin Aibak,M. HI)Metodologi Studi Islam - Materi IAIN Tulungagung (Mr. Khutbuddin Aibak,M. HI)
Metodologi Studi Islam - Materi IAIN Tulungagung (Mr. Khutbuddin Aibak,M. HI)Asma'ul Khusna
 
Pengertian metodologi studi islam
Pengertian metodologi studi islamPengertian metodologi studi islam
Pengertian metodologi studi islamEdwarn Abazel
 
Islam sebagai produk budaya dan pengetahuan ilmiah
Islam sebagai produk budaya dan pengetahuan ilmiahIslam sebagai produk budaya dan pengetahuan ilmiah
Islam sebagai produk budaya dan pengetahuan ilmiahazzahracaem
 
Teori Personaliti Humanistik dan Sosiokognitif
Teori Personaliti Humanistik dan SosiokognitifTeori Personaliti Humanistik dan Sosiokognitif
Teori Personaliti Humanistik dan SosiokognitifNURUL NADIAH AHMAD KAMAL
 
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas PsikologiTopik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas Psikologiguest0321ac
 
Makalah psikologi humanistik memandang hakikat manusia
Makalah psikologi humanistik memandang hakikat manusiaMakalah psikologi humanistik memandang hakikat manusia
Makalah psikologi humanistik memandang hakikat manusiaJuwita Yulianto
 
Psikologi Power Point
Psikologi Power PointPsikologi Power Point
Psikologi Power Pointalekbadrudin
 
Konsep nilai
Konsep nilaiKonsep nilai
Konsep nilaiodaxboy
 
Makalah etika profesi mengenai kejujuran pendidikan karakter
Makalah etika profesi mengenai kejujuran pendidikan karakterMakalah etika profesi mengenai kejujuran pendidikan karakter
Makalah etika profesi mengenai kejujuran pendidikan karaktertio_arkarna
 
metodologi studi islam
metodologi studi islammetodologi studi islam
metodologi studi islamDevi Risnawati
 
Psikologi Kepribadian
Psikologi KepribadianPsikologi Kepribadian
Psikologi KepribadianJoko Setiawan
 
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
Jawaban  s oal metodologi studi keislamanJawaban  s oal metodologi studi keislaman
Jawaban s oal metodologi studi keislamanHamba La'eh
 
Psikologi umum Holistik dan Humanistik
Psikologi umum Holistik dan HumanistikPsikologi umum Holistik dan Humanistik
Psikologi umum Holistik dan Humanistikcahya ningsih
 

La actualidad más candente (20)

Konsep dasar perilaku
Konsep dasar perilakuKonsep dasar perilaku
Konsep dasar perilaku
 
Kel. 1 etika profesi
Kel. 1 etika profesiKel. 1 etika profesi
Kel. 1 etika profesi
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN IIPSIKOLOGI PERKEMBANGAN II
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II
 
Metodologi Studi Islam - Materi IAIN Tulungagung (Mr. Khutbuddin Aibak,M. HI)
Metodologi Studi Islam - Materi IAIN Tulungagung (Mr. Khutbuddin Aibak,M. HI)Metodologi Studi Islam - Materi IAIN Tulungagung (Mr. Khutbuddin Aibak,M. HI)
Metodologi Studi Islam - Materi IAIN Tulungagung (Mr. Khutbuddin Aibak,M. HI)
 
Pengertian metodologi studi islam
Pengertian metodologi studi islamPengertian metodologi studi islam
Pengertian metodologi studi islam
 
Tugas word
Tugas wordTugas word
Tugas word
 
Islam sebagai produk budaya dan pengetahuan ilmiah
Islam sebagai produk budaya dan pengetahuan ilmiahIslam sebagai produk budaya dan pengetahuan ilmiah
Islam sebagai produk budaya dan pengetahuan ilmiah
 
Teori Personaliti Humanistik dan Sosiokognitif
Teori Personaliti Humanistik dan SosiokognitifTeori Personaliti Humanistik dan Sosiokognitif
Teori Personaliti Humanistik dan Sosiokognitif
 
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas PsikologiTopik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
 
Makalah psikologi humanistik memandang hakikat manusia
Makalah psikologi humanistik memandang hakikat manusiaMakalah psikologi humanistik memandang hakikat manusia
Makalah psikologi humanistik memandang hakikat manusia
 
Psikologi Power Point
Psikologi Power PointPsikologi Power Point
Psikologi Power Point
 
Psikologi kepribadian
Psikologi kepribadianPsikologi kepribadian
Psikologi kepribadian
 
Konsep nilai
Konsep nilaiKonsep nilai
Konsep nilai
 
Makalah etika profesi mengenai kejujuran pendidikan karakter
Makalah etika profesi mengenai kejujuran pendidikan karakterMakalah etika profesi mengenai kejujuran pendidikan karakter
Makalah etika profesi mengenai kejujuran pendidikan karakter
 
Filsafat hidup
Filsafat hidupFilsafat hidup
Filsafat hidup
 
metodologi studi islam
metodologi studi islammetodologi studi islam
metodologi studi islam
 
Psikologi Kepribadian
Psikologi KepribadianPsikologi Kepribadian
Psikologi Kepribadian
 
Henry alexander murray
Henry alexander murrayHenry alexander murray
Henry alexander murray
 
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
Jawaban  s oal metodologi studi keislamanJawaban  s oal metodologi studi keislaman
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
 
Psikologi umum Holistik dan Humanistik
Psikologi umum Holistik dan HumanistikPsikologi umum Holistik dan Humanistik
Psikologi umum Holistik dan Humanistik
 

Destacado

Etd 2132 bab 2
Etd 2132 bab 2Etd 2132 bab 2
Etd 2132 bab 2Amar Ariff
 
Simetria no corpo humano
Simetria no corpo humanoSimetria no corpo humano
Simetria no corpo humanoDoug Caesar
 
OpenCoesione: trasparenza, contenuti, navigazione, qualità dei dati
OpenCoesione: trasparenza, contenuti, navigazione, qualità dei datiOpenCoesione: trasparenza, contenuti, navigazione, qualità dei dati
OpenCoesione: trasparenza, contenuti, navigazione, qualità dei datiOpenCoesione
 
Strumenti innovativi e banche dati territoriali per la valutazione
Strumenti innovativi e banche dati territoriali per la valutazioneStrumenti innovativi e banche dati territoriali per la valutazione
Strumenti innovativi e banche dati territoriali per la valutazioneOpenCoesione
 
OpenCoesione DJD 2012 - La qualità dei dati
OpenCoesione DJD 2012 - La qualità dei datiOpenCoesione DJD 2012 - La qualità dei dati
OpenCoesione DJD 2012 - La qualità dei datiOpenCoesione
 
Storie da raccontare con i dati di OpenCoesione
Storie da raccontare con i dati di OpenCoesioneStorie da raccontare con i dati di OpenCoesione
Storie da raccontare con i dati di OpenCoesioneOpenCoesione
 
L’iniziativa di OpenCoesione nel quadro della strategia di open government
L’iniziativa di OpenCoesione nel quadro della strategia di open government L’iniziativa di OpenCoesione nel quadro della strategia di open government
L’iniziativa di OpenCoesione nel quadro della strategia di open government OpenCoesione
 
OpenCoesione: dove e come informarsi sulle risorse
OpenCoesione: dove e come informarsi sulle risorseOpenCoesione: dove e come informarsi sulle risorse
OpenCoesione: dove e come informarsi sulle risorseOpenCoesione
 
ΕΡΓΑΣΤΗΡΙΟ ΔΙΑΦΗΜΙΣΗΣ ΚΑΙ ΔΗΜΟΣΙΩΝ ΣΧΕΣΕΩΝ
ΕΡΓΑΣΤΗΡΙΟ ΔΙΑΦΗΜΙΣΗΣ ΚΑΙ ΔΗΜΟΣΙΩΝ ΣΧΕΣΕΩΝΕΡΓΑΣΤΗΡΙΟ ΔΙΑΦΗΜΙΣΗΣ ΚΑΙ ΔΗΜΟΣΙΩΝ ΣΧΕΣΕΩΝ
ΕΡΓΑΣΤΗΡΙΟ ΔΙΑΦΗΜΙΣΗΣ ΚΑΙ ΔΗΜΟΣΙΩΝ ΣΧΕΣΕΩΝnefelou
 
The incredible barley
The incredible barleyThe incredible barley
The incredible barleyjansen21
 
Il Piano d'azione per la coesione
Il Piano d'azione per la coesioneIl Piano d'azione per la coesione
Il Piano d'azione per la coesioneOpenCoesione
 
OPENCOESIONE VERSO IL 2014-2020: IL FUTURO È GIÀ PRESENTE?
OPENCOESIONE VERSO IL 2014-2020: IL FUTURO È GIÀ PRESENTE?OPENCOESIONE VERSO IL 2014-2020: IL FUTURO È GIÀ PRESENTE?
OPENCOESIONE VERSO IL 2014-2020: IL FUTURO È GIÀ PRESENTE?OpenCoesione
 

Destacado (20)

Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Etd 2132 bab 2
Etd 2132 bab 2Etd 2132 bab 2
Etd 2132 bab 2
 
Simetria no corpo humano
Simetria no corpo humanoSimetria no corpo humano
Simetria no corpo humano
 
OpenCoesione: trasparenza, contenuti, navigazione, qualità dei dati
OpenCoesione: trasparenza, contenuti, navigazione, qualità dei datiOpenCoesione: trasparenza, contenuti, navigazione, qualità dei dati
OpenCoesione: trasparenza, contenuti, navigazione, qualità dei dati
 
Strumenti innovativi e banche dati territoriali per la valutazione
Strumenti innovativi e banche dati territoriali per la valutazioneStrumenti innovativi e banche dati territoriali per la valutazione
Strumenti innovativi e banche dati territoriali per la valutazione
 
Bbc sustainable development
Bbc sustainable developmentBbc sustainable development
Bbc sustainable development
 
Interior Points of Conic Sections
Interior Points of Conic SectionsInterior Points of Conic Sections
Interior Points of Conic Sections
 
Shirish
ShirishShirish
Shirish
 
OpenCoesione DJD 2012 - La qualità dei dati
OpenCoesione DJD 2012 - La qualità dei datiOpenCoesione DJD 2012 - La qualità dei dati
OpenCoesione DJD 2012 - La qualità dei dati
 
Storie da raccontare con i dati di OpenCoesione
Storie da raccontare con i dati di OpenCoesioneStorie da raccontare con i dati di OpenCoesione
Storie da raccontare con i dati di OpenCoesione
 
WynneLaw
WynneLawWynneLaw
WynneLaw
 
L’iniziativa di OpenCoesione nel quadro della strategia di open government
L’iniziativa di OpenCoesione nel quadro della strategia di open government L’iniziativa di OpenCoesione nel quadro della strategia di open government
L’iniziativa di OpenCoesione nel quadro della strategia di open government
 
Shirish
ShirishShirish
Shirish
 
Literary Elements
Literary ElementsLiterary Elements
Literary Elements
 
OpenCoesione: dove e come informarsi sulle risorse
OpenCoesione: dove e come informarsi sulle risorseOpenCoesione: dove e come informarsi sulle risorse
OpenCoesione: dove e come informarsi sulle risorse
 
ΕΡΓΑΣΤΗΡΙΟ ΔΙΑΦΗΜΙΣΗΣ ΚΑΙ ΔΗΜΟΣΙΩΝ ΣΧΕΣΕΩΝ
ΕΡΓΑΣΤΗΡΙΟ ΔΙΑΦΗΜΙΣΗΣ ΚΑΙ ΔΗΜΟΣΙΩΝ ΣΧΕΣΕΩΝΕΡΓΑΣΤΗΡΙΟ ΔΙΑΦΗΜΙΣΗΣ ΚΑΙ ΔΗΜΟΣΙΩΝ ΣΧΕΣΕΩΝ
ΕΡΓΑΣΤΗΡΙΟ ΔΙΑΦΗΜΙΣΗΣ ΚΑΙ ΔΗΜΟΣΙΩΝ ΣΧΕΣΕΩΝ
 
Seo marketing update
Seo marketing updateSeo marketing update
Seo marketing update
 
The incredible barley
The incredible barleyThe incredible barley
The incredible barley
 
Il Piano d'azione per la coesione
Il Piano d'azione per la coesioneIl Piano d'azione per la coesione
Il Piano d'azione per la coesione
 
OPENCOESIONE VERSO IL 2014-2020: IL FUTURO È GIÀ PRESENTE?
OPENCOESIONE VERSO IL 2014-2020: IL FUTURO È GIÀ PRESENTE?OPENCOESIONE VERSO IL 2014-2020: IL FUTURO È GIÀ PRESENTE?
OPENCOESIONE VERSO IL 2014-2020: IL FUTURO È GIÀ PRESENTE?
 

Similar a Bookchapter fp20

Sosiologi pendidikan
Sosiologi pendidikanSosiologi pendidikan
Sosiologi pendidikanFauzi Din
 
Psikologi kepribadia ne
Psikologi kepribadia nePsikologi kepribadia ne
Psikologi kepribadia neelmakrufi
 
Jd005862 155 172
Jd005862 155 172Jd005862 155 172
Jd005862 155 172faizah12
 
02 Psikologi
02   Psikologi02   Psikologi
02 PsikologiWanBK Leo
 
Konsep Perilaku Manusia
Konsep Perilaku ManusiaKonsep Perilaku Manusia
Konsep Perilaku Manusiapjj_kemenkes
 
KELOMPOK 1.ppt
KELOMPOK 1.pptKELOMPOK 1.ppt
KELOMPOK 1.pptFIRYAL14
 
Perspektif dalam psikologi sosial
Perspektif dalam psikologi sosialPerspektif dalam psikologi sosial
Perspektif dalam psikologi sosialDian Bunga Lestari
 
Metode penelitian dan etika dalam psikologi sosial
Metode penelitian dan etika dalam psikologi sosialMetode penelitian dan etika dalam psikologi sosial
Metode penelitian dan etika dalam psikologi sosialAnis Qurli
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikan Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikan sittiromlah2
 
Tugas Psikologi Pendidikan
Tugas Psikologi PendidikanTugas Psikologi Pendidikan
Tugas Psikologi PendidikanIIKCASIKIN
 
Makalah atribusi sosial
Makalah atribusi sosialMakalah atribusi sosial
Makalah atribusi sosialistiyuliawati
 
Makalah perkembangan peserta didik
Makalah perkembangan peserta didikMakalah perkembangan peserta didik
Makalah perkembangan peserta didikUlanJegeg
 
Paper dokmatika III
Paper dokmatika IIIPaper dokmatika III
Paper dokmatika IIIMelkiasAdu
 
Manusia dalam Pandangan Psikologi
Manusia dalam Pandangan PsikologiManusia dalam Pandangan Psikologi
Manusia dalam Pandangan PsikologiMelkiasAdu
 
Persepsi sosial
Persepsi sosialPersepsi sosial
Persepsi sosialtyaadhietz
 
Persepsi sosial
Persepsi sosial Persepsi sosial
Persepsi sosial tyaadhietz
 

Similar a Bookchapter fp20 (20)

Sosiologi pendidikan
Sosiologi pendidikanSosiologi pendidikan
Sosiologi pendidikan
 
Psikologi kepribadia ne
Psikologi kepribadia nePsikologi kepribadia ne
Psikologi kepribadia ne
 
Makalah pak fatah
Makalah pak fatahMakalah pak fatah
Makalah pak fatah
 
Jd005862 155 172
Jd005862 155 172Jd005862 155 172
Jd005862 155 172
 
Psikologi
PsikologiPsikologi
Psikologi
 
02 Psikologi
02   Psikologi02   Psikologi
02 Psikologi
 
Konsep Perilaku Manusia
Konsep Perilaku ManusiaKonsep Perilaku Manusia
Konsep Perilaku Manusia
 
KELOMPOK 1.ppt
KELOMPOK 1.pptKELOMPOK 1.ppt
KELOMPOK 1.ppt
 
Perspektif dalam psikologi sosial
Perspektif dalam psikologi sosialPerspektif dalam psikologi sosial
Perspektif dalam psikologi sosial
 
Metode penelitian dan etika dalam psikologi sosial
Metode penelitian dan etika dalam psikologi sosialMetode penelitian dan etika dalam psikologi sosial
Metode penelitian dan etika dalam psikologi sosial
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikan Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Tugas Psikologi Pendidikan
Tugas Psikologi PendidikanTugas Psikologi Pendidikan
Tugas Psikologi Pendidikan
 
Makalah atribusi sosial
Makalah atribusi sosialMakalah atribusi sosial
Makalah atribusi sosial
 
Makalah perkembangan peserta didik
Makalah perkembangan peserta didikMakalah perkembangan peserta didik
Makalah perkembangan peserta didik
 
Neo psikoanalisa
Neo psikoanalisaNeo psikoanalisa
Neo psikoanalisa
 
Paper dokmatika III
Paper dokmatika IIIPaper dokmatika III
Paper dokmatika III
 
Manusia dalam Pandangan Psikologi
Manusia dalam Pandangan PsikologiManusia dalam Pandangan Psikologi
Manusia dalam Pandangan Psikologi
 
Psikologi
PsikologiPsikologi
Psikologi
 
Persepsi sosial
Persepsi sosialPersepsi sosial
Persepsi sosial
 
Persepsi sosial
Persepsi sosial Persepsi sosial
Persepsi sosial
 

Bookchapter fp20

  • 1.
  • 2.
  • 3.
  • 4. Edisi Pertama 2008 © AZIZI YAHAYA & YUSOF BOON & SHAHRIN HASHIM 2008 Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Ta'zim, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Personaliti gaya hidup remaja / editor Yusof Boon, Azizi Yahaya, Shahrin Hashim. Mengandungi indeks ISBN 978-983-52-0534-7 1. Teenagers--Social life and customs. 2. Teenagers--Conduct of life. I. Yusof Boon. II. Azizi Hj. Yahaya. III. Shahrin Hashim. IV. Judul. 305.235 Pereka Kulit: MOHD ASMAWIDIN BIDIN Diatur huruf oleh / Typeset by AZIZI YAHAYA & RAKAN-RAKAN Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by PENERBIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 34 – 38, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA. (PENERBIT UTM anggota PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/ MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION dengan no. keahlian 9101) Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by UNIVISION PRESS Lot 47 & 48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9 Jln. Serdang Raya, Tmn Serdang Raya 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan MALAYSIA
  • 5. v Kandungan KANDUNGAN Prakata vi Bab 1 Personaliti Remaja Sharifudin Ismail & Noordin Yahaya 1 Bab 2 Baka Dan Personaliti Remaja Nurulhuda Azizi & Nurul Ezzati Azizi 14 Bab 3 Remaja dan Pengaruh Keluarga Noordin Yahaya & Shahrin Hashim 36 Bab 4 Kecerdasan Dan Personaliti Azizi Yahaya & Shahrin Hashim 44 Bab 5 Pembentukan Konsep Kendiri Remaja Nurul Ezzati Azizi 69 Bab 6 Pelakuan Agresif Remaja Azizi Yahaya& Shahrin Hashim 81 Bab 7 Kenakalan Remaja Nurul Ezzati Azizi, Nurulhuda Azizi & Yusof Boon 117 Bab 8 Kajian Keremajaan Nurulhuda Azizi & Nurul Ezzati Azizi 130 Indeks 144
  • 6. PRAKATA Buku ini mengajak pembaca bersama-sama melalui pengalaman- pengalaman bagaimana hendak memahami gaya hidup Remaja yang sering terdedah dengan masalah social. Penghasilan buku ini ‘Personaliti Gaya Hidup Remaja’ mendedahkan aktiviti remaja dalam kehidupan sosial. Peranan golongan remaja tidak dinafikan kerana mereka merupakan waris yang akan menentukan hala tuju masa depan. Mereka mempunyai pengaruh besar terhadap keadaan sosial, politik dan ekonomi. Merekalah yang akan memegang tampuk pentadbiran, penggerak ekonomi dan pembangun generasi. Namun dalam pada itu kita tidak putus-putus dibebani dengan masalah sosial remaja yang semakin hari semakin meruncing. Masyarakat dikejutkan dengan pelbagai paparan secara terbuka baik di media elektronik, media cetak mahupun di Internet. Masalah sosial, keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin amat membimbangkan kerana ia turut mengundang pelbagai implikasi yang boleh meruntuhkan kestabilan negara dalam usaha melahirkan masyarakat produktif dan berdaya maju. Sebelum ini kita dikejutkan dengan masalah bohsia, bohjan, pelacuran dan seks bebas dan penyalahgunaan dadah. Masalah menjadi lebih gawat apabila kita dikejutkan dengan tindakan ganas pelajar sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan serius kepada si mangsa. Isu ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam merungkai punca keadaan itu.
  • 7. vii Prakata Buku ini sesuai dibaca oleh semua pembaca khususnya bagi mereka yang ingin mempunyai ramai anak yang dalam alam remaja. Penulis buku ini berusaha memberi panduan kepada pembaca bagaimana ibu bapa boleh menggunakan buku ini sebagai panduan untuk mendidik anak Diharapkan dengan membaca buku ini, pembaca dapat meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi cabaran semasa dalam memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Azizi Hj Yahaya Yusof Boon Shahrin Hashim Fakulti Pendidikan/Jabatan Asas Universiti Teknologi Malaysia 2008
  • 8. Personaliti Remaja 1 1 PERSONALITI REMAJA Sharifudin Ismail Noordin Yahaya PENGENALAN Personaliti merupakan sebahagian daripada bidang psikologi yang mengambil kira tentang manusia secara keseluruhan sebagai individu dan makhluk yang kompleks. Personaliti atau dalam bahasa Inggeris “persons” berasal dari perkataan Latin iaitu “persona” yang membawa maksud topeng muka. Topeng muka boleh ditafsirkan sebagai perlakuan baik yang ingin ditonjolkan oleh setiap manusia dengan menyembunyikan perlakuan yang buruk. Kajian saintifik yang dijalankan tentang personaliti mengajukan persoalan-persoalan tentang mengapa kita seperti mana kita sekarang. Dalam mencari jawapan kepada persoalan tersebut, kita tidak dapat mengelak dari menghadapi kenyataan bahawa tingkah laku manusia adalah sangat kompleks. Manusia mempunyai banyak persamaan tetapi berbeza dalam berbagai cara yang lain. Dalam pelbagai kajian yang telah dijalankan, kebanyakan penyelidik cuba mencari hubungan yang bermakna di antara personaliti dan berbagai aspek yang melibatkan tingkah laku manusia. Definisi personaliti adalah berbeza mengikut setiap ahli psikologi. Definisi personaliti seperti mana yang diberikan oleh Hergenhahn dan Olson (1999), iaitu personaliti membolehkan seseorang itu lebih efektif untuk bersosial kerana individu tersebut dilihat sebagai orang yang mempunyai personaliti yang menarik, teruk atau langsung tiada personaliti. Apabila personaliti dikaitkan dengan perkataan asalnya iaitu persona yang bermaksud topeng,
  • 9. 2 Personaliti Gaya Hidup Remaja personaliti lebih mencerminkan aspek diri sendiri yang dipilih untuk dipamerkan kepada dunia. Definisi ini juga membawa maksud bahawa beberapa aspek penting bagi seseorang manusia itu cuba disembunyikan atas sebab-sebab yang tertentu. Selain itu, ada juga ahli psikolgi yang berpendapat bahawa personaliti adalah sebagai perwatakan, manakala sesetengahnya mengatakan personaliti hanya terhad kepada tingkahlaku seseorang. Gordon Allport (1961) menyatakan personaliti adalah sebagai penyusunan sistem psikofizikal yang dinamik di dalam diri seseorang individu di mana ia menentukan tingkah laku dan penyesuaiannya terhadap alam sekeliling. Istilah dinamik yang diberikan adalah bermaksud sesuatu yang berkembang dan akan berubah-ubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan. Begitu juga sistem psikofizikal, merujuk kepada unsur-unsur pemikiran dan juga hal yang berkaitan denagn keadaan fizikal seseorang. Mischel (1981), menyatakan personaliti merupakan susunan pola-pola tingkahlaku manusia yang disesuaikan mengikut situasi kehidupan mereka. Manakala Eysenk (1967), menjelaskan definisi personaliti sebagai keseluruhan tingkah laku sesuatu organisma yang meliputi pelbagai aspek seperti perangai, peribadi, intelek dan juga bentuk badan yang agak stabil. Sigmund Freud yang terkenal dengan teori psikoanalisanya menjelaskan personaliti adalah hasil integrasi struktur-struktur dalaman seperti id,ego dan superego. Menurut Freud lagi, keperluan manusia bukan hanya setakat makan dan minum sahaja tetapi ia meliputi keperluan yang lebih luas seperti kasih sayang, keselamatan dan juga seks. Oleh itu bagi mencapai faktor yang dinginkan maka manusia akan menunjukkan personaliti dalam mencapai tahap kepuasannya. Berdasarkan definisi-definisi yang diberikan menunjukkan bahawa personaliti tidaklah hanya terhad kepada sesuatu aspek sahaja tetapi ia meliputi pelbagai aspek yang mana ianya boleh mempengaruhi tingkahlaku seseorang. Personaliti seseorang dilihat sebagai sesuatu yang unik dan membezakannya dengan seseorang individu yang lain. Aspek tersebut dipanggil perbezaan individu.
  • 10. Personaliti Remaja 3 Kajian tentang personaliti ini telah menghasilkan berbagai teori personaliti yang dapat membantu kita memerhati dan menerangkan berbagai aspek tentang personaliti. Teori-teori personaliti tersebut adalah dapatan daripada kajian-kajian yang telah dijalankan terhadap berbagai personaliti manusia. Memandangkan manusia adalah makhluk yang sangat kompleks, maka kewujudan berbagai jenis teori personaliti akan dapat membantu kita memahami personaliti manusia yang berbeza-beza. Secara kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa personaliti merupakan ciri-ciri keseluruhan tingkah laku seseorang manusia sama ada yang dapat dilihat ataupun sebaliknya. Seseorang yang mempunyai personaliti yang positif biasanya mempunyai konsep kendiri yang positif dan boleh diterima oleh masayarakat. Teori personaliti boleh dilihat dan dibahagikan mengikut beberapa bahagian seperti teori personaliti, teori trait dan sebagainya. Walaupun berbeza istilah yang diberikan oleh psikologi Barat namun ia tetap memberi maksud yang serupa. TEORI PERSONALITI Pelbagai teori personaliti yang telah dikemukakan oleh psikologi Barat. Di mana ia cuba menerangkan bagaimana seseorang individu itu membentuk tingkah laku yang berbeza-beza di antara satu sama lain. Oleh kerana setiap pengkaji memberi pandangan yang berbeza-beza namun begitu terdapat beberapa jenis teori personaliti yang membincangkan tentang persamaan sifat semula jadi manusia dan perbezaan individu dari pelbagai perspektif. Gabungan perbincangan berbagai-bagai teori personaliti tersebut akan dapat memberikan kefahaman yang baik terhadap personaliti individu. Teori Personaliti Sigmund Freud (1940) Teori ini telah diperkenalkan oleh ahli psikologi Barat yang terkenal iaitu Sigmund Freud. Menurut teori ini, naluri yang mempunyai sumber, matlamat dan objek merupakan kuasa penggerak bagi personaliti. Freud (1940) telah menamakan naluri
  • 11. 4 Personaliti Gaya Hidup Remaja hidup sebagai eros dan tenaga yang dihubungkan dengan naluri tersebut sebagai tenaga libido. Tenaga mati pula dinamakan thanatos yang bertanggungjawab terhadap sikap agresif dan cenderung kepada destruktif diri. Beliau berpendapat bahawa sifat dan tingkah laku manusia didorong oleh satu tenaga yang datang dari dalam diri. Berdasarkan kajian beliau lagi, beliau telah memperkenalkan konsep alam sedar dan tidak sedar. Di antara alam sedar dan alam tidak sedar terdapat satu aras yang dikenali sebagai alam prasedar. Di mana pada aras prasedar manusia biasanya sukar untuk menyedari sesuatu yang sudah berlalu tetapi boleh mengingat semula sesuatu peristiwa sekiranya diberikan tumpuan yang bersungguh-sungguh. Menurut Freud lagi bahagian yang tidak sedar sebenarnya merupakan bahagian yang terbesar dalam fikiran manusia. Akibatnya manusia akan bertindak dan menunjukkan personaliti yang sukar diterima oleh sebahagian besar masyarakat. Freud (1940) membahagikan minda manusia kepada tiga bahagian iaitu 1. Id Id merupakan dorongan biologikal dan tenaga naluri yang mendorong manusia untuk bertindak dan mendapat kepuasan tanpa mengira akibatnya. Id juga adalah sebahagian dari minda yang dikawal oleh prinsip keseronokan dan bersifat semulajadi dan dipunyai oleh kanak-kanak dan terletak diperingkat bawah sedar. Ia merupakan gudang simpanan kepada segala bentuk dorongan. Sifat ini wujud sejak dilahirkan. 2. Ego Ego merupakan subsistem personaliti yang terbentuk melalui pengalaman yang realiti. Tugasnya adalah mengawal kehendak yang tidak dapat dipuaskan oleh id. Ego juga merupakan eksekutif bagi personaliti dan dikawal oleh
  • 12. Personaliti Remaja 5 personaliti. Ia berkembang daripada id yang berusaha untuk berhadapan dengan realiti. Ego ialah sebahagian daripada id dan diubah menjadi ego melalui persepsi kesedaran. Pada peringkat ini biasanya kanak-kanak sudah dapat menilai tingkah laku diri sendiri apabila pemikiran semakin matang. 3. Superego Superego pula bermaksud mengawal kehendak yang tidak dapat dipuaskan oleh id dan ego khasnya yang berkaitan dengan tingkah laku yang salah dan berlawanan dengan kehendak masyarakat sekeliling. Idengan kata lain superego merupakan komponen moral bagi personaliti. Ia berfungsi untuk menyekat segala kemahuan Id yang tidak berlandaskan kepada nilai moral dan etika sosial yang diterima masyarakat. Kegagalan superego dalam memainkan peranan sebagai pencegah akan mengakibatkan seseorang itu mengalami konflik dalaman dan menegakibatkan perasaan ego mengalami kebimbangan dan seterusnya membentuk pelbagai helah bela diri. Mekanisme helah bela diri merupakan proses luar sedar yang menurunkan keresahan dengan menolak atau menidakkan sesuatu realiti. Ia adalah proses yang bertujuan mempertahankan ego dari mengalami kerisauan dan keresahan. Beliau juga percaya bahawa pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak bagi setiap peringkat perkembangan psiko seksual akan menentukan jenis personaliti yang akan dimiliki oleh kanak-kanak tersebut apabila dewasa kelak. TEORI PERSONALITI KAREN HORNEY (1950) Teori ini menekankan tentang hubungan awal di antara ibu bapa dan anak sebagai faktor penting dalam perkembangan personaliti seseorang individu. Sekiranya hubungan tersebut adalah positif
  • 13. 6 Personaliti Gaya Hidup Remaja dan berasaskan kepada kasih sayang, kanak-kanak akan berkembang secara normal. Manusia yang normal akan lebih bersikap fleksibel dan spontan serta meletakkan matlamat sesuai dengan kebolehan mereka. Mereka juga hidup dan berkecenderungan untuk mencapai realisasi diri. Bagi kanak-kanak yang mempunyai hubungan yang negatif dengan ibu bapa mereka, perasaan tertekan yang wujud akan menyebabkan timbulnya keresahan dalam diri mereka. Untuk menghilangkan perasaan tersebut, seseorang akan cuba menggunakan salah satu daripada kaedah penyesuaian terhadap orang lain iaitu bergerak ke arahnya, bertentangan atau meninggalkannya. Individu yang normal akan menggunakan kaedah tersebut bergantung kepada suasana. Individu yang bermasalah (neurotik) akan hanya menggunakan satu kaedah sahaja yang menyebabkan berlakunya konflik dan keresahan. Selain daripada kaedah yang tersebut di atas, teori ini juga mencadangkan beberapa teknik penyesuaian lain seperti blind spots iaitu tindakan mengabaikan sesuatu yang tidak konsisten dalam kehidupan; rasionalisasi iaitu memberikan alasan yang logik bagi menutup kesalahan dan beberapa teknik lain lagi. Menurut Horney (1950), setiap manusia dilahirkan dengan diri sebenar yang sihat yang sesuai bagi perkembangan personaliti yang normal. Sekiranya manusia dapat hidup selari dengan diri mereka yang sebenar, mereka akan berupaya untuk mencapai potensi sepenuhnya dan dapat hidup harmoni dengan manusia yang lain (Hergenhahn dan Olson, 1999). Teori ini disokong oleh dapatan yang menunjukkan bahawa semakin meningkatnya bilangan manusia yang mempunyai kepercayaan yang tidak rasional terhadap diri sendiri, kecenderungan untuk menjadi tertekan, tidak boleh bersosial, perkahwinan yang tidak bahagia dan menjadi seorang yang tidak dapat menyelesaikan masalah. TEORI PERSONALITI ALBERT BANDURA (1977) Teori ini menyatakan bahawa perbezaan individu disebabkan oleh faktor kognitif, tingkah laku dan persekitaran yang saling
  • 14. Personaliti Remaja 7 bekerjasama dalam menentukan tindakan seseorang individu terutamanya dalam suasana bersosial. Ia turut menekankan bahawa manusia boleh belajar tentang sesuatu tingkah laku melalui pemerhatian sebelum ia melakukannya. Ini adalah kerana manusia sedar tentang konsekuen dan boleh mengandaikan apa yang akan berlaku serta didorong oleh insentif dalaman dan luaran. Bandura (1977) juga berpendapat bahawa pembelajaran sosial memberikan maklumat yang berfaedah melalui interaksi dengan manusia lain dan elemen lain dari persekitaran. Pembelajaran melalui pemerhatian merupakan sesuatu yang penting di mana seseorang akan bertingkah laku menurut model tertentu. Menurut teori ini, terdapat dua tingkah laku yang berkaitan dengan konsep percontohan iaitu peniruan dan pengenalpastian (Habibah dan Noran, 1997). Peniruan mempunyai pengertian yang agak sempit manakala pengenalpastian bermaksud mengambil kesemua pola tingkah laku. Percontohan melibatkan proses yang lebih luas daripada peniruan tetapi lebih kecil daripada pengenalpastian. Bandura (1977) berpendapat bahawa pembelajaran berlaku melalui dua cara iaitu memerhati dan menerima kesan negatif atau positif kepada tingkah laku yang dihasilkan. Oleh yang demikian, pembentukan personaliti seseorang amat bergantung kepada pemerhatian terutama dalam tempoh pembesaran kanak-kanak yang mudah menerima dan belajar melalui proses yang tersebut. Teori Personaliti Humanistik Carl Rogers (1980) Teori personaliti Humanistik telah diperkenalkan oleh Carl Rogers dan juga Abraham Maslow. Teori ini mengatakan manusia mempunyai keupayaan untuk membentuk nasib mereka sendiri bagi merancang sesuatu. Mengikut teori ini, seseorang itu sentiasa menunjukkan sifat-sifat personaliti yang baik serta ingin menjadikan manusia yang berhati mulia, bermoral, pandai mengambil hati dan saling berhubung di antara satu sama lain. Menurut Abraham Maslow, manusia selalu mencuba mendapatkan
  • 15. 8 Personaliti Gaya Hidup Remaja kesempurnaan kendiri untuk membentuk perkembangan personaliti yang positif. Asas utama bagi teori ini menyatakan bahawa semua manusia di lahirkan dengan kecenderungan untuk memaksimumkan potensi mereka yang menyebabkan mereka mencari pengalaman yang boleh meningkatkan kehidupan mereka. Kecenderungan tersebut akan mendorong individu bergerak ke arah kreativiti, tanggungjawab sosial dan berdikari. Pengalaman yang memberikan kepuasan akan dipilih manakala pengalaman yang tidak memuaskan akan dielakkan. Manusia yang sihat akan menggunakan proses penilaian organismik sebagai panduan dalam kehidupan mereka. Konsep kendiri wujud hasil daripada pengalaman yang berulang-ulang. Kewujudan kendiri menyebabkan wujudnya keperluan kepada tanggapan positif seperti penerimaan kemesraan, kasih sayang, simpati dan dihormati dari orang-orang yang mempunyai hubungan dengan seseorang individu. Keperluan kepada tanggapan positif akan berkembang kepada keperluan kepada ‘self-regard’. Ini bermakna seseorang individu memerlukan bukan hanya tindak balas positif dari orang yang mempunyai hubungan dengannya, ia juga memerlukan tindak balas yang positif terhadap dirinya sendiri. Menurut Rogers (1980), kanak-kanak memerlukan tanggapan positif yang tidak bersyarat. Kedudukan bersyarat yang dikenakan kepada seseorang akan menjadikannya tidak kongruen dengan nilai yang ada pada dirinya. Ketidak kongruenan ini akan menjadikan individu tersebut mengalami keresahan. Rogers memberikan lebih penekanan kepada dua konsep lain, iaitu ketekalan diri dan kongruen. Kebanyakan tingkah laku adalah tekal dengan konsep kendiri, walaupun tingkah laku tersebut tidak memberi apa-apa ganjaran. Apabila terdapat banyak ketekalan antara konsep kendiri dengan pengalaman, maka terdapat banyak kongruen dalam diri individu. Ini dinamakan kongruen yang tinggi. Menurut teori ini, manusia mengalami keadaan tidak kongruen apabila terdapat perbezaan antara diri yang di amati dengan pengalaman sebenar. Keadaan ini boleh menimbulkan
  • 16. Personaliti Remaja 9 ketegangan dan kekeliruan. Kerisauan yang merupakan hasil daripada perbezaan antara pengalaman dan persepsi tentang diri sendiri berlaku sekiranya individu tidak menyedari akan keadaan tersebut. Walau bagaimana pun, beliau percaya bahawa setiap individu cuba mengekalkan konsep kendirinya melalui dua cara membela diri iaitu dengan memesongkan pengertian pengalaman yang dialaminya dan menidakkan pengalaman itu pernah berlaku. TEORI PERSONALITI ALFRED ADLER (1964) Dari berbagai jenis teori personaliti yang ada, teori Adler menekankan tentang keunikan seseorang individu yang dipengaruhi oleh faktor-faktor sosial dan bukan sepenuhnya dipengaruhi oleh faktor biologi terutamanya pada zaman kanak- kanak. Menurut Stein dan Edwards (1998), Adler memberikan penekanan yang mendalam terhadap kepentingan fungsi inferioriti organ yang menentukan kedudukan personaliti seseorang. Kelakuan dan perasaan inferioriti wujud apabila seseorang itu, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung membandingkan dirinya dengan orang lain dan mendapati dirinya berada dalam kedudukan yang lebih rendah. Adler (1964) mempercayai bahawa perasaan inferioriti sentiasa wujud dan memberi motivasi dalam perkembangan personaliti manusia. Kesan ini dilihat amat penting terutamanya apabila ia berlaku dalam diri kanak-kanak. Selain daripada konsep inferioriti, konsep superioriti juga merupakan aspek yang penting dalam kehidupan individu yang akan mempengaruhi gaya hidup mereka. Ini adalah kerana matlamat utama seorang manusia merupakan kesempurnaan diri. Konsep minat sosial yang diutarakan oleh Adler menekankan tentang pentingnya hidup bermasyarakat. Beliau juga menegaskan tentang perlunya memupuk hubungan baik di antara ibu bapa dan anak. Begitu juga hubungan di antara ahli keluarga yang merupakan orang-orang signifikan kepada kanak-kanak. Faktor-faktor ini merupakan aspek yang mempengaruhi pembentukan gaya hidup di kalangan anak-anak.
  • 17. 10 Personaliti Gaya Hidup Remaja Selain daripada itu, turutan kelahiran juga memberi kesan sosial kepada kanak-kanak yang juga memberi sumbangan dalam bentuk gaya hidup seseorang. Ini adalah kerana turutan kelahiran dikatakan menjadi asas kepada tingkah laku seseorang kanak- kanak. TEORI TRAIT Trait bermaksud sebarang bentuk sifat yang membezakan seseorang individu dengan individu yang lain denagn kadar kekal dan kosisten (Atkinson dan rakan-rakan 1987). Ia juga merupakan sifat-sifat dalaman yang mempengaruhi tingkah laku seseorang/ Sesetengah ahli psikologi berpendapat trait dipengaruhi oleh baka dan ada pula yang mengatakan oleh persekitaran. Teori trait dipelopori oleh William Sheldon, Goldon Allport dan Raymond Cattell. Teori Trait Gordon Allport (1961) Dalam teori ini, Allport (1961) menekankan bahawa personaliti adalah dinamik, tersusun dan unik. Beliau menambah bahawa personaliti adalah tingkah laku yang terpandu. Menurut teori ini lagi, trait menyediakan struktur, keunikan dan motivasi yang menjadi ciri kepada personaliti seseorang. Personaliti seorang dewasa yang matang akan berkembang secara perlahan melalui lapan peringkat. Beliau juga percaya bahawa trait wujud dalam urat saraf manusia yang merupakan unsur yang diwarisi yang menyebabkan tingkah laku. Oleh itu, ia dilihat sebagai struktur dalam personaliti dan juga desakan yang menyebabkan tingkah laku. Beliau juga membezakan tiga jenis trait iaitu trait kardinal, trait pusat dan trait sekunder. Trait kardinal sangat ketara dalam kehidupan seseorang dan kita boleh mengesan punca trait tersebut. Secara umum, trait kardinal hanya sedikit. Trait pusat merupakan kecenderungan yang ada pada seseorang, merangkumi situasi yang agak terhad. Jumlah trait pusat adalah lima hingga sepuluh misalnya kejujuran, kebaikan dan tingkah laku asertif. Trait sekunder pula tidak kerap
  • 18. Personaliti Remaja 11 berlaku dan merupakan tingkah laku yang lebih umum dan tekal. Walaupun Allport percaya bahawa kebanyakan trait adalah diwarisi tetapi beliau tidak membuat kajian untuk membuktikan teorinya. Beliau berpendapat bahawa seorang yang tidak sihat merupakan individu yang terganggu perkembangan positifnya disebabkan oleh rasa kurang selamat di zaman kanak-kanaknya. Untuk mengatasinya, ia perlu merasa disayangi dan diperlukan. TEORI TRAIT WILLIAM SHELDON William Sheldon merupakan seorang doktor perubatan. Menurut beliau lagi, susuk tubuh badan seseorang seperti gemuk atau endomorf, tegap atau mesomorf dan juga tinggi serta kurus atau ektomorf mempengaruhi pembentukan personaliti. Orang yang gemuk biasanya mempunyai sifat-sifat seperti tidak kedekut, periang, tidak aktif dalam sukan, senang mencurahkan perasaan, kurang emosional, lambat bertindak balas dan suka bergaul. Manakala orang yang segak pula, William Sheldon menyatakan, individu seperti ini mempunyai sifat seperti bertenaga, kuat bekerja dan cerdas. Manakala orang yang tinggi pula biasanya mempunyai sifat seperti banyak berfikir, tidak suka mencurahkan perasaan, berhati-hati semasa bercakap, kurang berkawan dan cepat sensitif. Walaubagaimanapun apa yang dikemukakan oleh Sheldon ini hanyalah secara kebetulan sahaja dan tidak semua orang yang gemuk itu mempunyai sifat yang dinyatakan itu tadi. TEORI TRAIT RAYMOND CATTEL (1965) Menurut Cattell, personaliti adalah sesuatu yang membenarkan kita membuat ramalan apa yang dilakukan oleh seseorang individu dalam sesuatu situasi. Cattell (1965) telah membahagikan trait kepada dua iaitu trait permukaan dan trait sumber. Trait permukaan bermaksud trait yang mudah dikenal pasti daripada tingkahlaku yang ditunjukkan oleh seseorang. Trait sumber pula adalah sifat-sifat yang tidak dapat dilihat secara langsung tetapi boleh diketahui melalui faktor analisis. Selain daripada itu, Cattell juga berpendapat untuk mengenalkan personaliti seseorang bukan
  • 19. 12 Personaliti Gaya Hidup Remaja bergantung kepada trait sahaja tetapi juga melalui motivasi seseorang. TEORI JENIS, INTROVERT DAN EKSTROVERT Teori jenis introvert (dalaman) dan ekstrovert (luaran) telah diperkenalkan oleh Carl Jung (1993) dan Hans J. Eysenck (1967). Menurt Eysenck, baka memainkan peranan yang amat penting dalam personaliti jenis ini. Individu yang tergolong dalam kumpulan introvert biasanya mempunyai ciri-ciri berikut: i Suka memendam perasaan, serius dan tidak suka marah. ii Memnetingkan diri sendiri seperti suka membuat kerja secara bersendirian. Contoh pekerjaans eperti pelukis, pengubah dan sebagainya. iii Suka merancang drngan teratur bagi kepentingan masa hadapan. iv Mengambil masa yang panjang untuk tidur. v Mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi khasnya pada waktu pagi tetapi akan berkurangan apabila tiba waktu malam. Sementara itu individu yang tergolong dalam golongan ekstrovert pula mempunyai ciri-ciri seperti : i Mempunyai ramai kawan dan selalu berkeadaan riang. ii Selalu aktif dalam sukan iii Cepat marah tetapi tidak menyimpan perasaan dendam yang berpanjangan. iv Keadaan mental dan emosi lebih yang stabil dan tidak mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. TEORI PEMBELAJARAN Teori ini menjelaskan bahawa tingkah laku dan pembentukan personaliti manusia adalah disebabkan oleh pengaruh persekitaran dan bukannya dari jiwa atau dalaman. Ini bermaksud jiwa tidak mempunyai peranan langsung dalam pembentukan tingkah laku
  • 20. Personaliti Remaja 13 manusia. Jika dilihat melalui andaian yang dibuat oleh ahli dalam bidang bahaviurisme dan pembelajaran Skinner menyatakan : i Tingkah laku manusia pada umumnya ditentukan oleh persekitaran ii Manusia suka kepada kenikmatan dan ingin menjauhkan diri dari kesakitan iii Tingkahlaku manusia boleh dikawal, dibentuk dan dimanipulasikan. KESIMPULAN Memahami personaliti remaja melalui kefahaman teori ini adalah penting kerana ia boleh menjadi panduan kepada ibu bapa untuk lebih memahami keadaan anak-anak remaja mereka RUJUKAN Abdul Razak Habib, Salleh Amat, Zuria Mahmud. (2001). Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja kepada Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 26: 81 – 92. Azizi Hj Yahaya dan Shahrin Hashim . (2007). “Membentuk Personaliti Kanak-kanak”. Pendidikan Kekeluargaan, Desktop Publisher, 104-121. Nor ‘Ain Bte Sujak (1999). “Hubungan Masalah Tingkah Laku Dengan Pencapaian Akademik Pelajar.” Projek Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Zulzaidi Bin Mahmod. (09 April 2008). Televisyen 'curi' masa berkualiti kanak-kanak. Berita Harian
  • 21. 2 BAKA DAN PERSONALITI REMAJA Nurulhuda Azizi Nurul Ezzati Azizi PENGENALAN Seorang tokoh ulama Islam yang agung iaitu Imam Al-Ghazali, telah meletakkan tanggungjawab mendidik akhlak kepada ibu bapa. Ini adalah kerana anak-anak perlu dilatih dan dididik sejak kecil di mana mereka ini umpama kain putih yang bersih yang menerima segalanya dari ibu bapa mereka. Alfred Adler (1964) berpendapat bahawa kanak-kanak belajar untuk menangani masalah dalam kehidupan melalui sokongan dan galakan yang diberikan oleh orang-orang signifikan yang membantu dalam perkembangan mereka (Marcus dan Rosenberg, 1998). Dengan adanya asas yang positif, kanak-kanak akan membesar dan dapat menempuh tiga tugas utama dalam kehidupan mereka iaitu pekerjaan, masyarakat dan hubungan kasih sayang dengan jayanya. Mereka akan dapat berkembang dengan baik dan menyumbang kepada masyarakat. Sekiranya kanak-kanak tidak mendapat sokongan dan galakan yang diperlukan, mereka akan dikuasai oleh perasaan rendah diri dan kesannya, mereka akan memiliki cara hidup yang negatif. Adler (1964) menegaskan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi gaya hidup yang merupakan antara ciri-ciri personaliti kanak-kanak. Pendapat ini turut disokong oleh Karen Horney (1950) yang mengatakan bahawa hubungan awal di antara ibu bapa dan anak sebagai faktor penting dalam perkembangan personaliti seseorang individu. Sekiranya hubungan tersebut adalah positif dan berasaskan kepada
  • 22. 15 Baka dan Personaliti Remaja kasih sayang, kanak-kanak akan berkembang secara normal. Menurut satu kajian lain yang dijalankan, mereka mencadangkan bahawa sesetengah jenis personaliti yang bermasalah mempunyai hubungan yang signifikan dengan masalah didikan ibu bapa. Kajian yang dijalankan oleh Gallant (1998) terhadap hubungan di antara ciri-ciri personaliti dengan masalah keibubapaan di kalangan mereka yang alkoholik, mendapati wujud hubungan yang positif di antara ciri-ciri personaliti yang bermasalah dengan cara didikan ibu bapa yang alkoholik. Kail dan Cavanaugh (2000) menyatakan bahawa terdapat dua dimensi hubungan di antara ibu bapa dan anak iaitu tahap kemesraan dan responsif serta tahap kawalan yang keterlaluan di kalangan ibu bapa yang berupaya mempengaruhi sikap, tingkah laku dan juga personaliti anak. Baumrind dalam Kail dan Cavanaugh (2000) telah menggabungkan kedua-dua dimensi tersebut dan menghasilkan empat gaya keibubapaan iaitu: 1. Autoritarian. Gaya ini merupakan gabungan kawalan yang tinggi dengan sedikit kemesraan. Ibu bapa tersebut meletakkan peraturan dan mengharapkan ianya akan dipatuhi tanpa sebarang bantahan dan perbincangan. Nilai yang ingin disemai di dalam diri anak adalah kesungguhan, hormat dan ketaatan. 2. Autoritatif. Gaya ini menggabungkan kawalan yang sederhana dan seimbang dengan kemesraan yang diberikan kepada anak mereka. Ibu bapa dengan gaya ini lebih mengutamakan penjelasan terhadap peraturan yang dibuat dan menggalakkan perbincangan. 3. Permisif. Ibu bapa dengan gaya ini lebih memberikan kemesraan tetapi terlalu kurang kawalan terhadap anak mereka. Mereka lebih banyak menerima tingkah laku anak dan kurang memberikan sebarang hukuman. Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan, ia menunjukkan bahawa kanak-kanak di bawah jagaan ibu bapa yang autoritarian mendapat gred yang rendah, estim diri yang rendah dan juga kurang mempunyai kemahiran bersosial. Kanak-kanak
  • 23. Personaliti Gaya Hidup Remaja 16 yang mempunyai ibu bapa yang autoritatif lebih cenderung untuk mendapat gred yang tinggi, bertanggungjawab, berkeyakinan diri dan kemahiran bersosial yang tinggi. Manakala kanak-kanak dengan ibu bapa yang permisif cenderung mendapat gred yang rendah, impulsif dan mudah kecewa. Oleh yang demikian, kesimpulan yang dapat dibuat adalah gaya keibubapaan yang menggabungkan kemesraan dan kawalan yang sederhana merupakan cara yang terbaik dalam membentuk tingkah laku dan personaliti yang baik di kalangan anak-anak. Walau bagaimana pun, dapatan kajian yang dibuat oleh Gorman (1998) berbeza bagi kaum Cina di mana adalah didapati kebanyakan ibu bapa dari kaum Cina yang berasal dari negara China mengamalkan gaya keibubapaan autoritarian. Hasilnya adalah anak-anak mereka didapati lebih berjaya dalam pencapaian akademik dan juga mempunyai tahap kesihatan psikologikal yang tinggi. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Brook, Zheng et. al. (2001) tentang pengaruh sikap ibu bapa terhadap keganasan di kalangan kanak-kanak berumur 2 tahun mendapati bahawa ibu bapa yang mengambil dadah dan mengalami konflik dalam perkahwinan mereka berperanan dalam menyebabkan berlakunya keganasan di kalangan kanak-kanak terhadap rakan sebaya mereka. Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa ibu bapa yang mengambil dadah sememangnya bersikap ganas dan ini telah menjadi model kepada kanak-kanak tersebut untuk bersikap dan bertingkah laku yang sama. FAKTOR ETNIK DAN KETURUNAN Ciri-ciri personaliti dan perbezaan individu turut dipengaruhi oleh baka atau keturunan. Nahavandi dan Malekzadeh (1999) menyatakan bahawa keturunan terdiri daripada kumpulan genetik, jantina, bangsa dan latar belakang etnik seseorang individu. Dalam kajian yang dijalankan ke atas sepasang kembar, mendapati bahawa walaupun mereka dibesarkan secara berasingan, personaliti kedua-dua kembar tersebut lebih menyerupai antara satu sama lain berbanding dengan ahli keluarga angkat mereka.
  • 24. 17 Baka dan Personaliti Remaja Etnik merupakan salah satu ciri yang termasuk di dalam istilah keturunan. Etnik bermaksud perbezaan kebudayaan yang diwarisi oleh setiap kumpulan manusia di mana kebudayaan ini merujuk kepada pertuturan, agama, makanan kebiasaan dan negara asal (Mohd. Salleh Lebar, 2001). Dalam satu kajian yang dijalankan, mendapati bahawa terdapat perbezaan yang jelas dalam pembentukan tingkah laku dan personaliti di kalangan kanak- kanak dari budaya dan keturunan yang berlainan iaitu Cina, Amerika Syarikat dan orang-orang Cina yang berhijrah ke Amerika Syarikat. Menurut Yong Chee Ken (1998) pembentukan personaliti yang asas bertitik tolak daripada empat andaian daripada yang berikut: 1. Pengalaman awal seseorang individu membawa kepada pengaruh yang berpanjangan terhadap personalitinya. 2. Pengalaman yang serupa cenderung menghasilkan ciri-ciri personaliti yang serupa di kalangan individu yang terdedah dengan pengalaman-pengalaman itu. 3. Amalan-amalan dalam penjagaan anak adalah mengikut corak budaya, dan cenderung serupa walaupun tidak pernah identikal bagi pelbagai keluarga dalam masyarakat. 4. Cara penjagaan anak berbeza-beza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Di antara masyarakat yang berlainan kerap kali wujud pengalaman-pengalaman yang berbeza. Dari itu norma-norma personaliti mereka juga berbeza. Tambahan lagi sistem nilai yang wujud dalam masyarakat sudah tentu berbeza daripada masyarakat lain yang turut sama menyumbang kepada wujudnya perbezaan tersebut. Hubungan ini juga dapat dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Dion dan Yee (1987) tentang perbezaan personaliti di kalangan golongan barat (iaitu Anglo dan Eropah) dengan golongan timur (iaitu Cina, Jepun dan Indo-Pakistan). Golongan timur mempunyai personaliti yang mengutamakan keharmonian, kekeluargaan dan keselamatan. Manakala golongan barat pula
  • 25. Personaliti Gaya Hidup Remaja 18 lebih kepada individualistik, kecenderungan terhadap pengurusan diri dan persekitaran. FAKTOR AHLI KELUARGA Adler memberi penekanan kepada kedudukan seseorang dalam susunan adik-beradiknya. Beliau mempercayai bahawa personaliti anak pertama adalah berlainan daripada anak kedua atau anak bongsu. Anak tunggal dipercayai akan menundukkan kedua ibu bapanya. Anak sulung yang mempunyai beberapa orang adik beradik bertingkah laku seperti anak tunggal pada permulaannya. Dengan munculnya anak kedua, ibu bapa akan lebih memberi perhatian kepadanya. Ini memungkinkan timbulnya perasaan cemburu di hati anak sulung tersebut. Begitu juga dengan anak kedua dan anak bongsu yang masing-masing mempunyai tingkah laku dan sikap yang tersendiri. Menurut Habibah dan Noran (1997), telah banyak kajian dibuat terhadap teori Adler ini sama ada yang menyokong mahupun yang tidak menyokongnya. Menurut Mizan Adiliah et. al (2000) persepsi individu terhadap kedudukannya dalam adik-beradik dan keluarga juga memberikan kesan kepada konsep diri yang akhirnya membentuk personaliti mereka. Berbanding dengan ahli keluarga yang lain, individu sentiasa menilai dengan membandingkan sama ada ia lebih baik, setanding atau kurang, diterima atau tidak. Perbandingan ini boleh berlaku secara langsung atau tidak melalui interaksi seharian dengan ahli keluarga mereka. Menurut Habibah Elias (2002) keluarga boleh memberi kesan keatas perkembangan personaliti seseorang.Ibubapa memeinkan peranan yang penting untuk mewujudkan perhubungan yang harmonis dikalangan ahli keluarga.Ibubapa hendaklah menunjukan bahawa mereka mengambil berat dan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Cara yang demikian dapat membantu anak-anak supaya berasa lebih positif terhadap diri mereka sendiri dan akhirnya menjadi orang dewasa yang berani dan yakin pada diri sendiri.
  • 26. 19 Baka dan Personaliti Remaja FAKTOR PERSEKITARAN Ibn Khaldun dipetik dalam Abdullah Al-Amin Al-Na’miy (1994) menyatakan bahawa manusia berbeza berdasarkan persekitaran di mana sesiapa yang mendapati dalam persekitaran dan pendidikannya, faktor-faktor yang membantunya menuju kebaikan akan tergolong ke dalam golongan yang baik. Manakala sesiapa yang mendapati sebaliknya pula boleh jadi tergolong dalam golongan orang jahat. Beliau juga merumuskan bahawa faktor perwarisan dan pengaruh persekitaran mempunyai kesan dalam membentuk dan mengubah sesuatu tingkah laku. Menurut Nahavandi dan Malekzadeh (1999), perbezaan yang wujud di kalangan individu juga dipengaruhi oleh interaksi di antara faktor keturunan dan persekitaran. Faktor persekitaran dikatakan mempunyai pengaruh yang lebih besar dalam membentuk personaliti seseorang. Faktor persekitaran menggabungkan budaya, pendidikan, didikan ibu bapa dan juga lokasi fizikal. Kamaruddin (1996) menerangkan bahawa budaya yang merupakan norma kehidupan seseorang berupaya mencorakkan personaliti seseorang. Budaya yang berbeza mempunyai norma dan nilai yang berbeza. Penekanan terhadap satu-satu nilai dalam budaya yang tertentu akan mempengaruhi perkembangan personaliti. Nilai-nilai murni yang disemaikan dalam diri seseorang akan melahirkan individu yang mempunyai personaliti yang seimbang. Menurut Hassan Langgulung (1997), pendidikan terbahagi kepada dua jenis iaitu pendidikan dari segi masyarakat dan pendidikan dari segi individu. Pendidikan masyarakat merupakan warisan kebudayaan daripada generasi tua kepada generasi muda. Ianya merujuk kepada nilai-nilai yang bersifat intelektual, seni, politik, ekonomi dan berbagai lagi. Pendidikan individu pula bererti pengembangan potensi-potensi pada diri manusia yang terpendam dan tersembunyi. Individu itu umpama lautan yang penuh dengan mutiara dan bermacam-macam hidupan tetapi tidak kelihatan. Ia perlu digali dan dipancing supaya ia dapat dijadikan
  • 27. Personaliti Gaya Hidup Remaja 20 perhiasan dan makanan manusia. Manusia mempunyai berbagai bakat dan kemampuan yang boleh digilap agar ianya memberi manfaat kepada dirinya dan seluruh masyarakat. Interaksi di antara faktor keturunan dan persekitaran dalam membentuk personaliti dapat ditunjukkan dalam rajah 1 berikut: CIRI INDIVIDU Perbezaan individu (dipetik dari Nahavandi dan Malekzadeh (1999) Pembinaan sesebuah tamadun bukan hanya terletak pada generasi muda sahaja.Ianya lebih menekankan kepada para ibu bapa serta masyarakat kerana orang yang muda akan belajar melalui contoh tauladan dan menerima didikan dari orang disekelilingnya.Tanpa contoh dan didikan yang betul, tidak mungkin mereka akan dapat belajar dan mempunyai personaliti serta akhlak yang baik.Pembentukan personaliti seseorang individu itu dipengaruhi oleh beberapa faktor yang penting. Habibah dan Noran(1997) menyatakan bahawa personaliti seseorang itu bergantung kepada beberapa faktor termasuklah faktor baka dan juga pengaruh persekitaran yang Keturunan: Gen, Bangsa, Etnik, Jantina Persekitaran: Budaya, Pendidikan, Ibu bapa, Fizikal Personaliti Kebolehan dan kemahiran Nilai Sikap Tingkah laku
  • 28. 21 Baka dan Personaliti Remaja merangkumi didikan keluarga terutamanya ibu bapa, budaya dan perbezaan kaum. Kline(1993) menyatakan personaliti dari pandangan model psiko metrik adalah merupakan jumlah trait bagi seseorang individu yang menentukan keseluruhan tingkah laku individu tersebut.Ciri-ciri personaliti yang berbeza menentukan perbezaan yang wujud dalam diri setiap individu.Personaliti merupakan sebahagian daripada bidang psikologi yang mengambil kira tentang manusia secara keseluruhan sebagai individu dan makhluk yang kompleks.Manusia mempunyai banyak persamaaan tetapi berbeza dalam berbagai cara yang lain.Personaliti seseorang dilihat sebagai sesuatu yang unik dan membezakannya dengan seseorang individu yang lain.Aspek tersebut dikenali sebagai perbezaan individu.Kewujudan berbagai jenis teori personaliti akan dapat membantu kita memahami personaliti manusia yang berbeza-beza. Menurut Adler (1964), gaya hidup (lifestyle) merupakan personaliti seseorang individu yang merangkumi pendapat kreatif terhadap diri sendiri, masalah kehidupan dan keseluruhan sikap terhadap dirinya dan orang lain.Gaya hidup juga dianggap lambing kepada tingkah laku seseorang.Terdapat empat jenis gaya hidup yang asas iaitu pertama memberi manfaat kepada masyarakat (Socially useful type) merupakan golongan yang menghasilkan kebaikan bukan sahaja kepada dirinya sendiri malahan kepada orang lain. Gaya hidup yang kedua ialah jenis yang menguasai (Ruling type) adalah golongan yang ingin membuktikan kehebatan dirinya melalui tindakan menguasai dan mengarah orang lain. Manakala gaya hidup yang ketiga merupakan golongan yang ingin mendapatkan kesenangan dengan usaha orang lain tanpa usaha dari dirinya sendiri. Bagi gaya hidup yang keempat pula,adalah jenis yang mengelak (Avoiding type) merupakan golongan yang suka mengelakkan diri dari membuat sebarang keputusan. Gaya hidup manusia dibentuk oleh pengalaman awal yang pernah dilalui oleh seseorang.Walaupun ia merupakan ciri semulajadi seseorang tetapi boleh dipertingkatkan melalui
  • 29. Personaliti Gaya Hidup Remaja 22 latihan dan bimbingan.Dalam memahami gaya hidup seseorang adalah perlu untuk mengambil kira orang-orang yang mempunyai hubungan dengannya seperti ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat yang turut memberi kesan kepada pemilihan gaya hidup seseorang individu. Selain itu , terdapat juga hubungan di antara gaya hidup dengan pencapaian akademik seseorang itu. Kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan fenomena negatif yang melibatkan golongan remaja dalam jenayah- jenayah seperti membunuh, merompak, merogol dan sebagainya. Zakaria Stapa (1997) menyatakan bahawa golongan remaja merupakan golongan yang perlu dilengkapkan diri mereka dengan pengisian yang bermakna kerana kepada mereka dipertaruhkan kelangsungan nasib masa depan segala apa yang kita usahakan pada masa kini.Pembuangan bayi di merata tempat dan seks di luar nikah semakin menjadi sejak akhir- akhir ini. Di antara sebab-sebab yang menjadi punca kepada perlakuan negatif ini ialah perselisihan faham dengan ibubapa, mempunyai latar belakang keluarga yang sering bergaduh dan tidak bahagia, gangguan seksual serta masalah pergaulan. Masyarakat kita pada masa kini menggambarkan warga masyarakat yang semakin kasar, ganas, tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri.Kesan daripada sikap ini ditunjukkan dengan meningkatnya angka kemalangan dan kematian akibat daripada kemalangan jalan raya. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengenal pasti gaya hidup dengan ciri-ciri personaliti seseoprang itu.Menurut Adler, individu yang normal secara semulajadinya akan ‘mengambil berat’ tentang orang lain dan mempunyai matlamat untuk berbakti kepada masyarakat.Beliau juga percaya bahawa orang- orang yang neurotik dan penjenayah serta orang-orang yang gagal dalam hidup kurang mempunyai matlamat sosial.Mereka ini hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira kebajikan masyarakat.Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa “ Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain”.Dalam hadis yang lain juga, baginda bersabda
  • 30. 23 Baka dan Personaliti Remaja bahawa “Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang hal ehwal orang Islam yang lain maka dia bukan dari kalangan mereka”. Jelas di sini menunujukkan individu yang baik dan sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain.Matlamat yang ingin dicapai adalah menghasilkan insan yang baik.Dengan mengenal pasti ciri personaliti melalui gaya hidup yang bermanfaat kepada masyarakat ia akan menghasilkan budaya hidup yang dapat membentuk personaliti dan masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan manusia yang produktif. KONSEP PERSONALITI Perkataan personaliti berasal daripada perkataan Latin, persona atau personalitas. Maksud pesonalitas ialah topeng yang merujuk kepada rupa luaran yang ada pada seseorang.Menurut Ma’rof dan Haslinda (2002), personaliti merupakan keseluruhan cara bertindak, berfikir dan merasa yang tipikal bagi seseorang yang menjadikan individu itu berbeza dengan orang lain.Dua konsep yang ditekankan ialah tipikal dan berbeza.Personaliti seseorang mengandungi kesemua ciri pskilogi yang secara relatifnya tidak berubah, yang tipikal(biasa terdapat) pada individu tersebut. Penekanan kedua adalah berbeza iaitu setiap daripada kita adalah manusia yang unik kerana tiada seorang pun yang mempunyai kombinasi kualiti-kualiti psikologi tipikal yang benar-benar sama. Allen(2000) personaliti merupakan beberapa set yang mengandugi dimensi tingkah laku di mana setiap satunya berkaitan dengan trait yang tertentu. Walaupun terdapat manusia yang berkongsi trait yang sama berbeza daripada segi pemilikan setiap trait tersebut dan perkongsian tersebut tidak melibatkan keseluruhan personaliti. Menurut Habibah dan Noran (1997), personaliti merujuk kepada dua pengertian iaitu kemahiran sosial. Mengikut pengertian ini, personaliti seseorang dinilai melalui cara dia berjaya mendapatkan tindak balas yang
  • 31. Personaliti Gaya Hidup Remaja 24 positif daripada orang lain dalam pelbagai situasi. Dalam konteks ini, seseorang yang dapat berhubung secara menarik dengan orang lain dikatakan mempunyai personaliti yang menarik.Pengertian kedua ialah personaliti didefinisikan sebagai kesan yang diberikan oleh seseorang tentang dirinya kepada orang lain. Oleh kerana itu, seseorang itu boleh dikatakan mempunyai ‘personaliti agresif’ atau ‘personaliti submisif’ atau ‘personaliti penakut’. Atribut atau kualiti tersebut merupakan kesan yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain.Berdasarkan kedua-dua pengertian tersebut, adalah jelas menunjukkan personaliti merujuk kepada penilaian yang dibuat oleh seseorang. GAYA HIDUP Adler sering menggunakan kata gaya hidup dalam teori personaliti dan psikologi individu.Menurut beliau, gaya hidup seseorang merupakan personaliti, kesatuan personaliti, satu bentuk pandangan yang kreatif bagi diri seseorang, masalah hidup dan keseluruhan sikap terhadap kehidupan diri dan orang lain.Gaya hidup juga merupakan kunci kepada tingkah laku seseorang dalam mencapai “superioriti”. Terdapat empat jenis gaya hidup yang diutarakan oleh Alfred Adler iaitu yang bermanfaat kepada masyarakat (Socially useful), mengelak (Avoiding), mengambil kesempatan (Getting)dan menguasai (Ruling). Keempat-empat jenis gaya hidup ini merupakan ciri-ciri personaliti seseorang individu dalam usaha mereka untuk mencapai superioriti dalam kehidupan.Gaya hidup ini dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu didikan ibu bapanya terutamanya bagi tempoh lima tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak dan juga dipengaruhi oleh turutan kelahiran seseorang. DIDIKAN IBU BAPA Didikan ibu bapa ditakrifkan sebagai segala bentuk asuhan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak sama ada dalam bentuk kasih saying, perhatian dan juga disiplin yang dikenakan kepada mereka. Menurut Habibah dan Noran(1997)
  • 32. 25 Baka dan Personaliti Remaja menjelaskan bahawa terdapat berbagai-bagai cara ibu bapa berhubung dengan anak-anak mereka iaitu bermesra dan banyak memberi kasih sayang,dingin dan membenci dan terlalu memberi pelindungan di samping menyedari keperluan anak untuk bebas serta berdikari.Setiap pola tingkah laku ibu bapa memberi kesan terhadap pembentukan personaliti anak. Terdapat tiga jenis gaya keibubapaan iaitu pertama autoritarian. Gaya ini merupakan gabungan kawalan yang tinggi dengan sedikit kemesraan. Ibu bapa tersebut meletakkan peraturan dan mengharapkan ianya akan dipatuhi sebarang bantahan dan perbincangan. Nilai yang ingin disemai di dalam diri anak adalah kesungguhan, hormat dan ketaatan.Gaya keibubapaan yang kedua ialah autoritatif. Gaya ini menggabungkan kawalan yang sederhana dan seimbang dengan rasa Kemesraan yang diberikan kepada anak mereka.Ibu bapa yang menggunakan gaya keibubapaan ini lebih mengutamakan penjelasan terhadap peraturan yang dibuat dan menggalakkan perbincangan.Manakala gaya keibubapaan yang ketiga ialah permisif. Ibu bapa dengan gaya ini lebih memberikan kemesraan tetapi kurang kawalan terhadap anak mereka.Mereka lebih banyak menerima tingklah laku anak dan kurang memberikan sebarang hukuman.Ketiga-tiga jenis gaya keibubapaan ini mempengaruhi personaliti individu dan berperanan membentuk gaya hidup mereka. BUDAYA Budaya merupakan nilai-nilai yang dikongsi oleh masyarakat setempat.Habibah dan Noran(1997), menyatakan bahawa budaya mempunyai tingkah laku dan kepercayaan tertentu yang diterima dan diiktiraf oleh ahli-ahlinya. Ini bermakna terdapat pola tingkah laku tertentu yang menyebabkan sesebuah kelompok mempunyai ciri-ciri personaliti yang sama.Faktor budaya termasuklah budaya menghargai, tekun berusaha,
  • 33. Personaliti Gaya Hidup Remaja 26 bersaing dan juga budaya cukup makan. TURUTAN KELAHIRAN Turutan kelahiran merujuk kepada susunan anak yang dilahirkan dalam sesebuah keluarga. Menurut Adler (1927), turutan kelahiran seseorang anak memberi kesan sosial kepada kanak-kanak. Walaupun, seseorang itu dibesarkan oleh ibu bapa dan di rumah yang sama tidak bermakna mereka mempunyai identiti sosial yang sama kerana perbezaan umur memberikan perbezaan dalam penerimaan terhadap sikap ibu bapa. Maka perbezaan ini mempengaruhi bentuk personaliti seseorang.Menurut Adler anak pertama berlainan daripada anak kedua atau bongsu.Anak tunggal dipercayai akan menundukkan kedua ibubapanya. Anak sulung yang mempunyai beberapa orang adik beradik juga juga mempunyai tingkah laku seperti anak tunggal juga tetapi kelahiran anak kedua mengarah kasih sayang ibu bapa kepada anak kedua pula.Ini menyebabkan anak sulung tadi berasa tidak selamat dan bencikan adiknya. Anak kedua mungkin mengalami bahawa pada peringkat awalnya dia dapat menundukan kakak atau abangnya kerana ibu bapa akan sering meminta kakak atau abang tadi mengalah kepada tingkah laku adik. Dengan itu anak kedua tadi mempunyai cita-cita yang lebih tinggi dan menjadi individu yang lebih waras daripada anak sulung. Seterusnya anak bongsu mempunyai lebih banyak peluang untuk menundukan abang-abang dan kakak-kakak yang ada. Akhirnya dia menjadi rosak dan mempunyai tingkahlaku neurotik. Teori Adler yang kedua ini banyak dibuat kajian.Penemuan kajian tahun tiga puluhan tidak menyokong teori tersebut. Akan tetepi penemuan kajian yang dilakukan pada tahun lima puluhan menyokong teori Adler.seterusnya kajian yang dilakukan pada tahun tujuh puluhan memberi penemuan yang berbelah bagi. Kini teori Adler tentang kedudukan seseorang dalam susunan adik beradiknya tidak mendapat banyak sokongan atau dibuat kajian.
  • 34. 27 Baka dan Personaliti Remaja MEKANISME BELA DIRI Apabila berhadapan dengan ancaman yang akan menggugat kestabilan atau kerisauan, terdapat dua cara ego berhadapan dengan keadaan ini iaitu berhadapan terus dengan keadaan tegang atau membela diri daripada keadaan tersebut. Sekiranya sumber ancaman dapat dikenal pasti, ego boleh menghadapi keadaan ini dengan mempertahankan diri.Cara seseorang berhadapan dengan keadaan tegang dinamakan mekanisme bela diri. Mekanisme tersebut mungkin menyebabkan seseorang menindakkan, memalsukan atau mengubah kebenaran. Selain itu, mekanisme ini mungkin dilakukan secara tidak sedar. Terdapat pelbagai cara seseorang membela dirinya iaitu dengan cara menekan perasaan, rasionalisasi, penonjolan, sublimasi, pengalihan, pampasan, pembentukan reaksi dan juga pengenalpastian. Menekan perasaan Cara asas bagi ego mengawal tingkah laku yang impulsif ialah dengan cara memendam diri atau menekan tingkah laku impulsif. Melalui cara ini, tingkah laku impulsive yang liar dipaksa balik kembali ke bahagian tidak sedar, maka terdapatlah imbangan antara id dan ego. Akan tetapi idea tyang terpendam ini tidak akan terus hilang, ia akan terus kembali ke bahagian sedar melalui cara lain seperti mimpi atau terlepas kata. Rasionalisasi Mekanisme bela diri yang melibatkan rasionalisasi melibatkan penerangan tingkah laku yang tidak diterima dari segi motif peribadi atau sosial. Ia merupakan proses memberi alasan kepada tingkah laku yang tidak diterima.Pelajar yang menerima markah yang rendah dalam ujian atau peperiksaan akan mengatakan kegagalannya disebabkan oleh guru agak kedekut memberi markah yang tinggi.Sama seperti memendam
  • 35. Personaliti Gaya Hidup Remaja 28 diri, rasionalisasi berada pada tahap tidak sedar. Penonjolan diri Dalam penonjolan diri, seseorang membela dirinya daripada idea atau ciri peribadi yang tidak diterima oleh orang lain.Seseorang yang mempunyai perasaan benci kepada orang lain akan menonjolkan perasaannya sebagai perasaan benci kawan-kawan terhadapnya dan dengan demikian dia berhak menyimpan perasaan benci tersebut terhadap kawan-kawannya. Sublimasi Seseorang boleh menunjukkan tingkah laku yang tidak diterima dengan menggantikannya dengan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat.Dengan mengambil bahagian dalam pertandingan tae kwan do atau judo mungkin boleh menggantikan tingkah laku agresif.Menurut Freud, cara untuk menjadi manusia yang matang ialah dengan mempelajari cara membuat sublimasi sebagai ganti desakan naluri yang liar. Pengalihan Kebanyakan tingkah laku tidak mempunyai satu matlamat tetapi mungkin mempunyai satu hierarki matlamat.Satu tinglkah laku boleh dikatakan mengalami pengalihan apabila matlamat yang lebih rendah mengambil tempat matlamat yang lebih tinggi. Misalnya seorang pemandu kereta yang berasa marah apabila ditahan polis dan didenda kerana memandu dengan laju akan mengalihkan perasaan marahnya kepada orang lain mungkin kepada penjual goring pisang di tepi jalan kerana lambat membungkus pesanan goreng pisangnya.
  • 36. 29 Baka dan Personaliti Remaja Pampasan Pampasan adalah satu bentuk penggantian apabila sesuatu kelemahan seseorang di atasi dengan berusaha bersungguh- sungguh dalam bidang yang berlainan tetapi hamper sama dengan cita-cita asal.Misalnya seorang yang gagal menjadi seorang doktor akan berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi ahli farmasi atau doktor pergigian yang berjaya. Teori Analitik Sosial Ahli psikologi yang mula-mula membentuk teori analitik sosial ialah Alfred Adler. Teori beliau juga dikenali sebagai teori psikologi individu. Adler memberi penekanan kepada kedudukan seseorang dalam susunan adik-beradiknya. Beliau mempercayai bahawa personaliti anak pertama adalah berlainan daripada anak kedua atau anak bongsu.Anak tunggal dipercayai akan menundukkan kedua ibubapanya. Anak sulung mempunyai beberapa orang adik beradik juga pada mulanya mempunyai tingkah laku seperti anak tunggal, tetapi kelahiran anak kedua mengarah kasih sayang kepada anak kedua pula, akan menyebabkan anak sulung berasa tidak selamat dan bencikan adiknya.Anak kedua pada peringkat awalnya akan dapat menundukkan kakak atau abangnya kerana ibu bapa akan sering meminta kaka atau abangnya mengalah kepada tingkah laku adik.Dengan itu, anak kedua ini akan mempunyai cita-cita yang lebih tinggi dan menjadi individu yang lebih waras daripada anak sulung.Manakala anak bongsu pula mempunyai lebih banyak peluang untuk menundukkan abang-abang dan kakak-kakaknya. Akhirnya dia menjadi rosak dan mempunyai kecenderungan untuk membentuk tingkah laku neurotik.
  • 37. Personaliti Gaya Hidup Remaja 30 Teori Fenomenologi-Humanistik Teori ini dikemukakan oleh Carl Rogers. Menurut teori Rogers, konsep utama dalam struktur personaliti ialah diri. Menurut beliau seseorang itu melihat sesuatu objek dan mengalami dan memberi makna kepada objek-objek tersebut. Keseluruhan persepsi atau pandangan dan makna yang berkaitan dengan objek merupakan bidang fenomena seseorang.Bahagian-bahagian dalam bidang tersebut dilihat sebagai “diri”, “diri saya” dan “saya”.Hasil daripada interaksi dengan persekitarannya, seseorang itu menghimpun banyak banyak pengalaman yang berkaitan dengan dirinya.Pengalaman awal ini akan berkembang menjadi konsep kendiri iaitu persepsi seseorang tentang dirinya sendiri. Maksud diri di sini ialah satu set persepsi yang telah tersusun dan ia wujud secara sedar. Walaupun kita mempunyai pengalaman yang tidak kita sedari, konsep kendiri adalah baahgian diri kita yang sedar.Rogers mempercayai bahawa definisi diri seperti ini adalah tepat dan perlu digunakan dalam penyelidikan.Definisi diri yang merangkumi bahagian tidak sedar tidak boleh dikaji secara objektif.Satu konsep yang berkaitan di sini ialah konsep kendiri yang kita idamkan. Ia merqngkumi persepsi dan makna yang berkaitan dengan diri kita sendiri dan sangat dihargai oleh kita. Teori kognitif sosial Teori kognitif sosial adalah berasaskan kepada teori pemelajaran.Pada peringkat awalnya, teori ini dikenal sebagai teori pemelajaran sosial. Kini ia dikenali sebagai teori kognitif sosial atau teori pemelajaran kognitif sosial.Teori ini adalah teori personaliti yang paling popular di kalangan ahli akademik.Ia juga banyak digunakan dalam bidang psikologi klinikal. Ahli psikologi yang sering dikaitkan dengan teori kognitif sosial ialah Albert Bandura. Struktur personaliti yang diberi penekanan oleh teori
  • 38. 31 Baka dan Personaliti Remaja kognitif sosial adalah kepada proses kognitif.Dua konsep penting yang berkaitan dengan struktur adalah konsep diri dan konsep matlamat. Menurut teori sosial kognitif, diri tidak merupakan struktur yang tetap tetapi sebagai proses kognitif. Dalam memahami konsep kendiri seseorang, kita perlu memahami tentang apa yang berlaku dalam persekitaran dan tingkah laku.Teori ini juga mengatakan seseorang itu mempunyai konsep tentang dirinya sendiri dan proses kawalan diri yang mungkin berbeza dari semasa ke semasa dan dari satu situasi kepada situasi yang lain. Satu aspek tentang persepsi diri ialah keberkesanan diri atau pengamatan tentang kebolehan diri sendiri untuk berhadapan dengan situasi tertentu. Konsep keberkesanan diri berkaitan dengan penilaian yang dibuat oleh seseorang tentang kebolehan dirinya untuk melakukan sesuatu tugas dalam satu situasi. Proses pembentukan personaliti Teori kognitif sosial memberikan penekanan kepada dua proses yang berlainan daripada teori pemelajaran lain tentang personaliti iaitu pemelajaran dengan cara pemerhatian dan pengawalan diri sendiri.Pemelajaran pemerhatian melibatkan kebolehan untuk mempelajari tingkah laku dengan memerhati orang lain.Pengawalan diri pula melibatkan kebolehan seseorang untuk mempengaruhi diri mereka sendiri dan bukannya dipengaruhi oleh faktor luaran.Kedua-dua proses ini melibatkan proses pemikiran (kognitif) dan kedua-dua proses dipengaruhi oleh dendaan dan ganjaran tetapi tidak ditentukan oleh kedua-dua faktor tersebut. Pemelajaran Pemerhatian Menurut teori pemelajaran pemerhatian seseorang itu belajar dengan hanya memperhatikan tingkah laku orang lain.Orang yang diperhatikan itu dinamakan model atau contoh. Sebagai contohnya, seorang anak akan belajar bahasa dengan
  • 39. Personaliti Gaya Hidup Remaja 32 memperhatikan kedua ibu bapanya bercakap satu proses yang dinamakan pencontohan. Terdapat dua tingkah laku yang berkaitan dengan konsep pencontohan iaitu peniruan dan pengenal pastian. Pencontohan melibatkan proses yang lebih luas daripada peniruan tetapi lebih kecil daripada pengenalpastian. Kawalan Diri Pemelajaran berlaku dengan dua cara iaitu dengan memperhati dan juga dengan cara menerima kesan negatif atau positif kepada tingkah laku yang dihasilkan. Kita belajar menetapkan matlamat yang sesuai dengan diri kita dan kadang kala memuji diri kita sendiri apabila kita berasa berjaya melakukan tingkah laku yang diperhatikan atau menghukum diri kita rasa gagal untuk melakukan tingkah laku yang diperhatikan. Jelas bahawa teori pembelajaran sosial memberi penekanan kepada dua perkara iaitu membentuk standard bagi pengukuhan diri dan kepada proses kognitif. Melalui mekanisme kognitif seperti ini, Bandura mempercayai bahawa manusia boleh mengawal diri mereka dan juga boleh mengadakan rancangan dan matlamat bagi masa hadapan mereka. Pertumbuhan dan perkembangan Menurut teori kognitif sosial, pertumbuhan dan perkembangan bergantung kepada kemahiran memproses maklumat atau kecekapan kognitif yang dipelajari melalui pemerhatian dan pengalaman langsung. Selain itu, jangkaan, rancangan dan kawalan diri juga penting. Kecekapan tingkah laku adalah kebanyakkannya dipengaruhi oleh pengalaman tetapi faktor baka atau fisiologi memberikan batasan kepada pertumbuhan dan perkembangan. Dari segi pembentukan kebolehan dan kecekapan, Bandura memberikan penekanan kepada pembentukan keberkesanan diri. Sumber untuk memperolehi keberkesanan
  • 40. 33 Baka dan Personaliti Remaja adalah berbagai-bagai seperti kejayaan diri sendiri, memperhatikan orang lain dan juga melalui pujukan. Amat penting bagi seseorang itu untuk mengalami kejayaan kerana ia berkaitan dengan pembentukan minat yang bersifat intrinsik atau dalaman. PERSONALITI DAN KEUPAYAAN INDIVIDU Satu perkara yang ketara dalam perkembangan personaliti ialah perbezaan individu. Tiada dua individu yang mempunyai personaliti yang serupa.Setiap individu berbeza dengan individu yang lain dalam aspek-aspek tertentu seperti kecerdasan, kreativiti dan kepimpinan. Perbezaan dalam ketiga- tiga aspek tersebut menghasilkan individu yang berbeza-beza dalam ciri-ciri personaliti mereka PERSONALITI DAN KEUPAYAAN INDIVIDU Satu perkara yang ketara dalam perkembangan personaliti ialah perbezaan individu. Tiada dua individu yang mempunyai personaliti yang serupa.Setiap individu berbeza dengan individu yang lain dalam aspek-aspek tertentu seperti kecerdasan, kreativiti dan kepimpinan. Perbezaan dalam ketiga- tiga aspek tersebut menghasilkan individu yang berbeza-beza dalam ciri-ciri personaliti mereka. 1. Kecerdasan lisan Seseorang yang dianggap cerdas itu mempunyai perbendaharaan kata yang baik dan berupaya membaca dengan kefahaman yang tinggi. Individu ini juga mempunyai perasaan mengetahui yang mendalam terutama perkara-perkara baru.Apabila menghadapi masalah, dia akan mengkaji masalah dengan teliti daripada semua aspek dalam masalah tersebut.Kecerdasan lisan biasanya belajar sesuatu dengan cepat iaitu mudah menerima sesuatu pengetahuan atau kemahiran .Apabila ditinjau secara lisan, pertuturannya adalah lancar.Dia mudah menyesuaikan dirinya sama ada di kalangan
  • 41. Personaliti Gaya Hidup Remaja 34 orang dewasa atau rakan sebaya. 2. Kebolehan menyelesaikan masalah Individu yang mempunyai kebolehan ini biasanya boleh berfikir secara logik dan boleh mengaitkan idea-idea di antara satu sama lain.Dia juga bergerak balas idea dengan orang lain melalui fikirannya. Keupayaannya mentafsir maklumat dengat tepat memudahkannya membuat keputusan dengan baik.Dia mempunyai idea yang banyak dan bersedia mendengar pendapat semua pihak dalam sesuatu perbincangan. 3. Keterampilan sosial Individu yang menunjukkan keterampilan sosial mudah menerima orang lain dan menunjukkan minat terhadap dunia sekelilingnya. Dia merupakan seorang yang menepati janji, mengakui kesilapan-kesilapannya dan bertanggungjawab kepada masyarakat. Di samping itu dia akan berfikir dahulu sebelum berkata-kata atau melakukan sesuatu.Selain itu, individu ini juga suka berterus-terang, jujur dengan dirinya dan orang lain serta membuat pertimbangan yang adil.Terdapat berbagai cara seseorang itu dianggap cerdas. Antaranya ialah kebolehan menyelesaikan tingkah laku seseorang dengan lancar dan mudah terhadap pelbagai kehendak dalam situasi sosial yang berlainan. KESIMPULAN Perkembangan tahap mentaliti, kognitiviti dan personaliti anak perlu diberi perhatian walaupun zahirnya ia kelihatan seperti satu fitrah semulajadi seseorang itu. Namun, seandainya ia dipandang remeh tanpa sebarang tindakan susulan dan berpanjangan, aspek perkembangan tersebut sebenarnya merupakan satu titik awal bermulanya gangguan-gangguan terhadap perkembangan personaliti anak-anak. Dengan mempunyai personaliti yang sihat dan sempurna, maka anak dapat berjaya memiliki satu kekuatan diri untuk menjadi benteng daripada sebarang anasir jahat yang ingin
  • 42. 35 Baka dan Personaliti Remaja mempengaruhi atau menguasai diri dari melakukan tindakan atau perkara yang negatif. Ayah dan ibu adalah teladan pertama bagi pembentukan peribadi anak. Keyakinan-keyakinan, pemikiran dan perilaku ayah dan ibu dengan sendirinya memiliki pengaruh yang sangat dalam terhadap pemikiran dan perilaku anak. Karena keperibadian manusia muncul berupa lukisan-lukisan pada berbagai ragam situasi dan kondisi dalam linkungan keluarga. Keluarga berperanan sebagai faktor pelaksana dalam mewujudkan nilai-nilai, keyakinan-keyakinan dan persepsi budaya sebuah masyarakat. Ayah dan ibulah yang harus melaksanakan tugasnya di hadapan anaknya. Khususnya ibu dan bapa yang harus memfokuskan dirinya dalam menjaga akhlak, jasmani dan kejiwaannya pada masa pra kehamilan sampai masa kehamilan dengan harapan Allah memberikan kepadanya anak yang sehat dan saleh. RUJUKAN Abdul Razak Habib, Salleh Amat, Zuria Mahmud. (2001). Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja kepada Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 26: 81 – 92. Azizi Hj Yahaya dan Shahrin Hashim . (2007). “Membentuk Personaliti Kanak-kanak”. Pendidikan Kekeluargaan, Desktop Publisher, 104-121. Nor ‘Ain Bte Sujak (1999). “Hubungan Masalah Tingkah Laku Dengan Pencapaian Akademik Pelajar.” Projek Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Zulzaidi Bin Mahmod. (09 April 2008). Televisyen 'curi' masa berkualiti kanak-kanak. Berita Harian
  • 43. 3 Remaja dan Pengaruh Keluarga Noordin Yahaya Sahrin Hashim PENGENALAN Penghasilan ini merupakan suatu ulasan hasil laporan berbentuk buku daripada tesis mengenai tajuk yang signifikan iaitu ‘Remaja dan Pengaruh Keluarga’. Peranan golongan remaja tidak dinafikan kerana mereka merupakan waris yang akan menentukan hala tuju masa depan. Mereka mempunyai pengaruh besar terhadap keadaan sosial, politik dan ekonomi. Merekalah yang akan memegang tampuk pentadbiran, penggerak ekonomi dan pembangun generasi. Namun dalam pada itu kita tidak putus- putus dibebani dengan masalah sosial remaja yang semakin hari semakin meruncing. Masyarakat dikejutkan dengan pelbagai paparan secara terbuka baik di media elektronik, media cetak mahupun di Internet. Masalah sosial, keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin amat membimbangkan kerana ia turut mengundang pelbagai implikasi yang boleh meruntuhkan kestabilan negara dalam usaha melahirkan masyarakat produktif dan berdaya maju. Sebelum ini kita dikejutkan dengan masalah bohsia, bohjan, pelacuran dan seks bebas dan penyalahgunaan dadah. Masalah menjadi lebih gawat apabila kita dikejutkan dengan tindakan ganas pelajar sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan serius kepada si mangsa. Isu ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam merungkai punca keadaan itu. Anak-anak, khasnya remaja pada abad ke-21 ini terdedah dengan pelbagai bentuk pengaruh. Dalam dunia yang disebut sebagai"borderless world" ini banyak menyuntik unsur-unsur yang positif mahu pun yang negatif. Anak-anak lebih mudah tertawan
  • 44. Remaja dan Pengaruh Keluarga 37 dengan program yang membunuh sahsiah berbanding program yang menghidupkan peribadinya (Hassan Mohd Ali,1977) Secara tidak langsung, ini memberi tamparan yang hebat kepada ibu bapa. Ibu bapa harus dapat membimbing individu mengenali diri sendiri sebagai insan dalam alam sosial. Masalah berkaitan sosial remaja banyak berpunca daripada hubungan antara ibu bapa dengan remaja itu sendiri. Sejumlah besar remaja menyalahkan ibu bapa. Sebagaimana petikan akhbar berjudul "Ayah Sibuk, Remaja Liar" Harian Metro, 1 Ogos 2001, "Keluarga Terbiar, Remaja Jadi Liar" Harian Metro, 6 September 2001 dan "Jenayah Rogol Juvana Salah Siapa?" Utusan Malaysia, 23 Julai 2001. Kesibukan urusan kerja menyebabkan kekurangan agihan masa. Kasih sayang yang mereka harapkan diganti dengan kemewahan dan wang ringgit. Ibu bapa pula menafikan kenyataan ini dan menyalahkan pihak lain sama ada disebabkan faktor ego dengan kedudukan mereka atau persepsi mereka terhadap golongan remaja yang dikatogerikan sebagai golongan yang masih mentah. Bagaimanapun tugas tersebut nampaknya telah diserahkan bulat- bulat kepada pembantu rumah atau pihak sekolah. Dengan berbuat demikian mereka berharap akhlak, personaliti dan kendiri anak mereka dapat dibentuk sebaik mungkin. Akibatnya, mereka mengundang gejala sosial di kalangan remaja. DEFINISI REMAJA Menurut Kamus Dewan Bahasa Pustaka, istilah remaja bermaksud mulai dewasa atau sudah baligh. Remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan di antara umur 12 tahun sehingga 20 tahun di mana seseorang itu mengalami perubahan dari aspek fizikal, kognitif dan social. Menurut Rogers(1985) remaja mengalami beberapa bentuk perubahan dari segi : i Perubahan fizikal : Pada tahap ini remaja mengalami perubahan fizikal badannya iaiatu remaja lelaki akan menjadi lebih tegap dan menunjukkan cirri-ciri maskulin.
  • 45. 38 Personaliti Gaya Hidup Remaja Remaja perempuan akan menunjukkan cirri-ciri kewanitaannya seperti pembesaran buah dada dan punggung. Rangsangan seksual akan berlaku. ii Perubahan emosi dan fikiran : Pada peringkat ini kegilaan mereka meniru tingkah laku idola mereka meningkat. Perasaan ingin mencintai dan dicintai wujud bukan lagi terhadap ibu bapa tetapi rakan social yang lain. iii Menyertai kumpulan: Pada peringkat ini remaja akan memilih rakan sebaya sebagai orang paling signifikan dalam hidupnya dan ini menimbulkan konflik dengan ibu bapa. Masalah delinkuen timbul kerana remaja sering memberontak pada peringkat ini. iv Menentang kekuasaan : Konflik yang timbul antara remaja dengan ibu bapa timbul kerana perbezaan pendapat yang ingin menghalang minat pencapaian dan potensi diri mereka. Keadaan ini menjerumuskan mereka kea rah negatif. Menurut Erikson(1968) peringkat remaja merupakan satu revolusi diri ke arah kematangan di mana mereka perlu menilai semula diri dari aspek fizikal, emosi dan social serta pandangan orang lain terhadap mereka. Pada masa tersebut, remaja perlu membuat pilihan tentang kehidupan mereka termasuklah perhubungan pekerjaan dan sebagainya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang minimum. Oleh itu remaja mungkin mengalami ‘self diffusion’ atau kecelaruan kendiri disebabkan perubahan bentuk badan yang mendadak, keinginan seks yang bertambah dan persediaan menghadapi dunia dewasa yang penuh dengan pilihan dan kemungkinan. Sama ada kecelaruan kendiri ini dapat diatasi atau membawa kepada masalah delinkuen bergantung kepada pengalaman masa lalu dan perkembangan personality remaja tersebut. Sekirannya remaja ini mempunyai perkembangan personality yang sihat, dia seharusnya dapat menangani tekanan ini dengan baik. Coleman(1974) berpendapat bahawa remaja mempunyai dua set identity iaitu, keadaan dirinya pada masa akan datang. Hasil dapatan analisa beliau menunjukkan konflik identity masa depan
  • 46. Remaja dan Pengaruh Keluarga 39 yang akan bertambah selaras dengan pertambahan umur, bukannya identity sedia ada. Kajian juga menunjukkan terdapat peningkatan dalam jumlah remaja yang mementingkan hala tuju masa depan mereka yang kadangkala menimbulkan kekeliruan identity DEFINISI KELUARGA DAN PENGARUH IBU BAPA Keluarga adalah institusi yang mempunyai ibu, bapa, anak-anak atau lebih hubungan darah perkahwinan atau anak angkat dan tinggal bersama dalam satu rumah tangga(Horton dan Hunt,1991). Keluarga juga dikatakan sebagai sebuah kumpulan yang terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak. Keluarga ini boleh terdiri daripada keluarga besar atau sekecil-kecilnya terdiri daripada seorang isteri dan seorang suami. Ibu bapa merupakan orang signifikan yang mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas anak mereka. Orang signifikan adalah mereka yang dianggap penting, rapat dan berpengaruh dalam hidup kanak-kanak sebagai sumber keselamatan, kasih saying, dan harga diri. Sumber itu boleh diberi secara positif atau negatif (Burns, 1979). Orang yang signifikan ini boleh terdiri daripada ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan dan guru dan orang yang berpengaruh di sekeliling kita(Rogers, 1951) Terdapat tiga cara bagaimana ibu bapa mempengaruhi konsep kendiri seseorang anak iaitu : a) Keadaan awal kehidupan yang dipengaruhi oleh perasaan dan tingkah laku orang signifikan terhadap dirinya. b) Proses pengajaran dan pembelajaran melalui ganjaran dan hukuman c) Modelling-cara hidup dan tingkah laku orang signifikan yang diterima dan dicontohi(Baron, & Byrne,1987. Ibu bapa dianggap sumber konsep kendiri terpenting berbanding bapa. Menerusi emosi ibu ketika dalam kandungan lagi dan ketika menyusu iaitu ‘attachment theory’ pembentukan konsep kendiri anak terbentuk. Contohnya, jika ibu mengambil berat dan prihatin serta mencurahkan kasih sayang kepada anak maka anak akan merasa dirinya dihargai dan tidak mudah meragam. Jika anak tidak dapat layanan dan kehendaknya tidak dipenuhi maka mereka
  • 47. 40 Personaliti Gaya Hidup Remaja berasa bahawa dirinya diabaikan dan sering meragam. Pemberian nama yang baik boleh mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak. Nama yang mempunyai makna yang baik memberi satu keyakinan kepada kanak-kanak. Dapat menonjolkan persepsi yang baik daripada pandangan orang lain. Panggilan atas nama ini juga merupakan doa daripada ibu bapa. Mengenai gaya didikan dan asuhan ibu bapa Baumrind(1971) menyatakan terdapat tiga bentuk gaya asuhan ibu bapa iaitu: a) Authorotatif iaitu ibu bapa mengawal anak dengan peraturan ketat tetapi anak boleh berkomunikasi terbuka dengan mereka. b)Authoritarian iaitu ibu bapa mengenakan kawalan ketat kepada anak-anak. Anak dilarang menyoal tindakan mereka. c) Permisif iaitu ibu bapa mengamalkan komunikasi terbuka Seperti yang diketahui perkembangan personaliti dan gaya asuhan ibu bapa adalah antara pembolehubah-pembolehubah konsep kendiri seseorang. Oleh itu bapa mempunyai pengaruh ke atas pembentukan konsep kendiri anak. Pendidikan ibu bapa mempengaruhi perkembangan konsep kendiri anak-anak kerana konsep kendiri merupakan satu proses pembelajaran. Kebanyakan proses pembelajaran ini diperoleh dari orang signifikan seperti ibu bapa terutamanya di peringkat awal pembesaran anak-anak. Ibu bapa memainkan peranan yang unik untuk mempengaruhi anak- anak dalam proses pembelajaran konsep kendiri kerana kebergantungan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak tersebut kepada mereka. Antara pengkaji yang mengkaji tentang peranan ibu bapa dalam pembentukan konsep kendiri anak ialah Coppersmith, Sear dan Rosenberg. Coppersmith(1967) mendapati bahawa hubungan antara kanak-kanak dan ibu bapa merupakan faktor utama dalam pembinaan harga diri. Beliau mengkaji terhadap kanak-kanak lelaki sebelum melangkah ke alam remaja sehingga ke alam remaja. Coppersmith membahagikan kanak- kanak lelaki kepada 3 kumpulan iaitu harga diri yang tinggi, sederhana dan rendah. Coppersmith tidak menjangka dengan kanak-kanak harga diri yang tinggi tidak berkelakuan mulia, tetapi kanak-kanak harga diri yang rendah sentiasa berkelakuan baik. Beliau mendapati bahwa konsep kendiri lebih bertumpukan kepada
  • 48. Remaja dan Pengaruh Keluarga 41 kebebasan yang diberi oleh ibu bapa. Sear(1957) pula mendapati konsep kendiri adalah hasil daripada proses pembelajaran dan pengalaman lampau. Sear mendapati bahawa kawan memainkan peranan utama dalam pembentukan konsep kendiri pada zaman remaja. Menurut beliau ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan konsep kendiri awal kanak-kanak. Rossenberg(1965) pula mendapati bahawa anak-anak yang dihargai oleh ibu bapa akan mempunyai harga diri yang tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang ibu bapa sentiasa tidak puas hati terhadap pencapaian anak-anak. Estim kanak-kanak yang sering dipuji akan meningkat. Rosenberg mendapati bahawa konsep kendiri lebih bertumpukan kepada kehendak ibu bapa. Kamphaus (1992) membincangkan juga faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kepintaran. Ia termasuklah faktor; Keluarga dan baka – keluarga yang berpisah, membezaan dalam mendidik kanak-kanak, kedudukan ibu bapa dan ibu bapa yang pintar. i Persekitaran – media massa, guru, rakan sebaya dan saudara-mara. ii Perbezaan bangsa – contoh daripada kajian, kanak- kanak Asia lebih pintar daripada kumpulan minority Amerika, antara kulit orang kulit putih dan hitam. iii Perbezaan jantina – lelaki lebih bijak daripada perempuan (Kaufman, 1979) iv Status sosioekonomi – golongan ibu bapa profesional dan ibu bapa pinggir/ luar bandar. v Kedudukan kelahiran – Bouch. D dan Segal (1985) anak pertama lebih bijak kerana perhatian dan tumpuan padanya, dalam keluarga yang besar anak hujung agak ketinggalan dan tahap kepintaran yang agak sama bagi keluarga yang mem punyai 2 @ 3 orang anak. vi Trauma dan teratogens – malnutrition (kekurangan zat – organ tidak membesar), kurang berat badan semasa lahir, anoxia (kurang oksigen semasa lahir –
  • 49. 42 Personaliti Gaya Hidup Remaja terencat akal) dan pendedahan alkohol. vii Kesihatan – selalu sakit viii Motivasi dan penerimaan individu Kesemua perkara di atas mempunyai hubungan dengan kepintaran yang secara tidak langsung mengakibatkan pencapaian akademik menjadi tinggi atau rendah. Lazimnya kepintaran tinggi akan mendapat markah yang tinggi dalam pencapaian akademik. Sebaliknya jika kurang pintar maka pencapaian akademik akan merosot. KESIMPULAN Menurut Kamal (1996), dari perspektif Islam, personaliti adalah satu kesedaran tingkah laku, budi pekerti, amalan, perkataan- perkataan dan pandangan hidup individu. Pootkay dan Allen (1986) pula menyatakan konsep kendiri adalah pandangan individu tentang personaliti dirinya sendiri. Ini adalah persepsi personaliti dari dalam. Dapat disimpulkan bahawa konsep kendiri adalah sebahagian dari personaliti. Personaliti yang terdapat pada manusia adalah berbeza bagi setiap individu. Fulner (1972) berpendapat konsep kendiri bergantung kepada interaksi sosial seseorang dengan persekitarannya. Oleh itu hubungan dan ikatan dalam sesebuah keluarga adalah penting. Ikatan dalam keluarga serta peranan yang dimainkan oleh ahli keluarga pada masa ini berbeza berbanding dengan keluarga pada zaman dahulu. RUJUKAN Baumrind, D. (1971). “Current patterns of parental authority”. Developmental Psychology Monographs, 4 (1, Pt.2). Ghafani bin Awang. (2007). “Kenakalan Remaja dari Perspektif Islam” Retrieved on 8 Aug 2008, from http://halaqah.net/v10/index.php Kimberly Kopko. (2007). “Parenting Styles and Adolescents”.
  • 50. Remaja dan Pengaruh Keluarga 43 Cornell Cooperative Extension Maccoby, E. E., & Martin, J. A. (1983). Socialization in the context of the family: Parent-child interaction. In E. M. Hetherington (Ed.) & P. H. Mussen (Series Ed.), Handbook of child psychology: Vol. 4. Socialization, personality and social development (pp. 1–101). New York: Wiley. Marzita Abdullah. (2003), Bebas samseng - Kelulusan, pengalaman pengetua bukan penentu. Portal Pendidikan Utusan, 9.9.2003. Retrieved on 8 Aug 2008, from http://www.tutor.com.my Marzita Abdullah. (2003), Disiplin pelajar - Kadangkala berpunca daripada guru. Portal Pendidikan Utusan, 30.9.2003. Retrieved on 8 Aug 2008, from http://www.tutor.com.my Nurul Izzah Sidek. (2007), Menghukum remaja dengan rotan. Portal Pendidikan Utusan, 26.07.2007. Retrieved on 5 Sept 2008, from http://www.tutor.com.my Rohana Man. (2004), Bunuh diri - Pelajar terpinggir dan terasing. Portal Pendidikan Utusan, 13.07.2004. Retrieved on 5 Sept 2008, from http://www.tutor.com.my Rosmah Dain. (2004), Personaliti anak - Keluarga kumpulan penting bentuk peribadi. Portal Pendidikan Utusan, 12.08.2004. Retrieved on 5 Sept 2008, from http://www.tutor.com.my Sarjit Singh Gill. (2007). “Menangani Masalah Salah Laku Pelajar”. Berita Harian – Jumaat, 27.7.2007
  • 51. 4 KECERDASAN DAN PERSONALITI Azizi Yahaya Sahrin Hashim PENGENALAN Kecerdasan juga dikaitkan dengan prestasi dalam persekitaran sosiobudaya yang khusus.Orang yang cerdas dalam bidang sosial biasanya dapat melakukan perkara yang betul dalam masa yang sesuai.Mereka meneliti setiap masalah itu dengan mendalam dan menyelesaikan masalah tersebut.Kecerdasan juga dikaitkan dengan tindakan kerana membolehkan seseorang itu bertindak untuk mencapai matlamat mereka. Sebaliknya orang yang tidak memiliki kebolehan ini sukar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana pemikiran dan matlamat yang tidak jelas. Pada pandangan orang biasa, kecerdasan menekankan kepakaran seseorang dalam bidang pengetahuan, terutama dalam keterampilan sosial dan menyelesaikan masalah secara praktik. Orang yang bijak mempunyai kepakaran dalam perancangan dalam kehidupan dan mempunyai pertimbangan yang baik tentang perkara-perkara penting dalam kehidupan.Dia mempunyai kebijaksanaan sosialnya untuk menyelesaikan masalah hidup yang penting seperti konflik yang berlaku antara suami isteri. Walau bagaimanapun kecerdasan sosial sukar diukur kerana masalah dalam kehidupan sosial tidak difahami dengan cara yang sama dan penyelesaiannya sukar di persetujui oleh ramai orang. Menurut Cattell (1949), mendapati bahawa terdapat kolerasi yang tinggi antara kecerdasan dengan kawalan diri, kebolehpercayaan, kerajinan, kebebasan emosi, ketekunan dan
  • 52. Kecerdasan dan Personaliti 45 ketabahan merupakan trait tingkah laku. Perkaitan antara kecerdasan dengan penyesuaian boleh diterangkan dengan beberapa kemungkinan.Pertama, kanak-kanak yang cerdik mempunyai ibubapa yang cerdik juga dan boleh menangani masalah emosi kanak-kanak dengan bijak. Dengan demikiab, mereka dapat membina asas psikologi yang kukuh semmasa peringkat kanak-kanak. Kedua, kanak-kanak yang cerdik akan dapat menghadapi harapan dan kehendak sosial dan dengan itu tingkah laku mereka diberikan ganjaran dan menghasilkan penyesuaian yang baik kepada kehendak-kehendak tersebut. Ketiga, kanak-kanak yang lebih cerdik kana menghadapi harapan-harapan dan kehendak-kehendak sosial berkemungkinan akan menjadi lebih bejaya. Keempat terdapat perkaitan antara kecerdasan dengan kreativiti, ingin tahu dengan kebijaksanaan, iaitu trait-trait yang membantu meningkatkan popularity dan penyesuaian di kalangan kumpulan sebaya. Kelima perkaitan antara penyesuaian di jangkakan di klanagan kanak-kanak kelas menengah berbanding dengan kanak-kanak kelas rendah kerana penekanan yang diberikan oleh golongan kelas menengah ke atas pencapaian akademik dan kemajuan pendidikan. Aspek-aspek personaliti juga boleh mempengaruhi fungsi intelek. Individu yang mempunyai kecerdasan yang lebih tinggi akan menunjukkan daya uasaha yang lebih tinggi, darjah kebebasan yang lebih tinggi,berkeupayaan menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi persaingan berbanding dengan individu yang mempunyai kecerdasan yang rendah. Interaksi antara intelek dengan personaliti adalah kompleks dan terdapat perbezaan yang besar dalam penyesuaian personaliti di semua peringkat kecerdasan.Beberapa masalah penyesuaian emosi yang tertentu didapati lebih kerp berlaku di kalangan mereka yang rendah kecerdasannya. Walaupun tidak terdapat perkaitan yang jelas antara intelek dengan personaliti, kecerdasan tetap mempengaruhi interaksi sesorang dengan orang lain. Di
  • 53. 46 Personaliti Gaya Hidup Remaja samping itu juga, kecerdasan juga memberikan kesan ke atas penyesuaian terhadap kehendak-kehendak persekitaran. KEPIMPINAN Kepimpinan ialah kebolehan untuk mempengaruhi dsesuatu kumpulan kea rah pencapaian matlamat yang tertentu.Punca pengaruh ini sama ada secara formal seperti seseorang yang dilantik supaya memegang jawatan pengurus sebuah syarikat atau tidak formal iaitu seorang pemimpin yang wujud di luar struktur formal seperti dalam kumpulan sosial di Bandar dan di desa,Ahli-ahli Ahli-ahli ang mempunyai banyak kuasa atau pengaruh sosial atau mereka yang banyak memberikan sumbangan kea rah matlamat kumpulan biasanya dinamakan sebagai pemimpin. Ciri-ciri yang menunjukkan perkaitan yang konsisten walaupun kecil ialah kecerdasan dan motivasi. Pemimpin di dapati lebih tinggi kecerdasannya dan mereka lebih berorientasikan pencapaian, dominan dan mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri.Oleh itu, ciri-ciri personaliti yang positif seperti kecerdasan yang lebih tinggi, motivsi yang kukuh dan keyakinan diri anatara sifat yang membezakan pemimpin dengan orang lain. KREATIVITI Menurut de Bono (1992), menjadi kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada aiatu sesuatu yang baru dan mempunyai nilai.Sesuatu yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu yang biasa. Ianya mestilah merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui.Di samping itu juga, ada pendapat yang menyamakan kreativiti denagn keistimewaan semulajadi atau kecerdasan. Secara ringkasnya, kreativiti ialah satu proses mental yang dengannya individu mencipta idea atau menggabungkan idea
  • 54. Kecerdasan dan Personaliti 47 atau produk yang sedia ada menjadi sesuatu yang baru (Gallangher 1985). PERSONALITI KREATIF Seseorang yang kreatif boleh menunpukan perhatian , mengemukakan teka-teki, menerima konflik dan ketegangan dan mepunyai keinginan supaya dilahirkan setiap hari(Fromm 1959). Individu yang kreatif menggunakan masalah dengan cara yang membina. Menurut Davis(1976), ciri paling penting pada individu yang kreatif ialah sikap kreatif. Sikap kreatif merangkumi tujuan, nilai dan beberapa trait personaliti yang menggalakkan seseorang itu berfikir dengan cara bebas, mudah suai dan berimaginasi.Individu yang kreatif boleh berfikir tentang penggunaan baru atau cara yang lebih baik.Kebolehannya menggunakan pemikiran yang bercapah boleh membantunya menghasilkan sesuatu yang baru. Ciri-ciri atau trait personaliti boleh membantu kita mengenal pasti kanak-kanak dan remaja yang kreatif di dalam bilik darjah. Kajian Getzels dan Jackson(1962) mengemukan penemuan yang berikut : a. Kreativiti tinggi-kecerdasan tinggi Kanak-kanak dalam kumpulan ini boleh mengawal diri dan juga mendapat kebebasan, menunjukkan tingkah laku orang dewasa dan juga kanak-kanak. b. Kreativiti tinggi-kecerdasan rendah Kanak-kanak dalam kumpulan ini menghadapi konflik antara diri sendiri dengan persekitaran sekolah, mengalami perasaan tidak berharga dan kekurangan. Namun demikian, dalam situasi yang bebas daripada ketegangan, merka boleh berkembang dan maju dari segi kognitif.
  • 55. 48 Personaliti Gaya Hidup Remaja c. Kreativiti rendah-kecerdasan tinggi Kumpulan kanak-kanak ini hanya menumpukan kepada pencapaian sekolah. Pada kanak-kanak ini, kegagalan akademik adlalah suatu kehancuran dan oleh itu mereka akan terus berusaha untuk mencapai gred terbaik dan mengelakkan kegagalan yang menyakitkan. d. Kreativiti rendah-kecerdasan rendah Kumpulan kanak-kanak ini selalu menunjukkan pelbagai tingkah laku bela diri seperti Bergiat dalam aktiviti sosial atau tingkah laku yang pasif. Kebolehan mencipta dan kreativiti tidak lagi hanya ada pada mereka yang istimewa sahaja. Pemikiran kreatif boleh berkembang apabila para guru sedar bahawa semua kanak- kanak mempunyai keupayaan dan mampu melakukannya.Walau bagaimanapun, kreativiti perlu dipelajari. Oleh yang demkian, ibu bapa dan guru adalah orang yang berperanan dalam membentuk kreativiti kanak-kanak atau remaja. MASALAH KECERDASAN Dalam dunia pendidikan masalah kecerdasan adalah masalah utama, ntuk membincangkannya. Peranan kecerdasan adalah faktor penting bagi menekerana masalah tersebut tidak diendahkan, walaupun ramai yang cuba untukan pembelajaran berjaya atau gagal terutama di kalangan kanak-kanak. Perbahasan mengenai kecerdasan pada dasarnya dapat di katogarikan kepada: 1. Perbahasan mengenai sifat kebenaran kecerdasan 2. Perbahasan mengenai penyelidikan kecerdasan Kecerdasan adalah bersifat teori-konsep manakala penyelidikan kecerdasan lebih bersifat metodologi, namun ianya tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain
  • 56. Kecerdasan dan Personaliti 49 PANDANGAN TENTANG KECERDASAN Sifat hakikat kecerdasan dapat dimulakan dengan pertanyaan:’ Apakah itu kecerdasan dan ia telah dibincangkan oleh ahli psikologi sekitar tahun 1990-1925. Ahli-ahli psikologi yang mula membahaskan masalah ini telah mendefinisikan atas dasar Spekulatif-logik. Sepanjang pengalaman penulis, tidak ada hubungan yang jelas di antara definisi mengenai kecerdasan dan Pengukuran kecerdasan yang diajukan oleh seseorang ahli psikologi. Pendekatan falsafah spekulatif-logik masih diikuti oleh ahli-ahli psikologi di Eropah namun ia tidak diikuti lagi oleh ahli psikologi di Amerika Syarikat dan Inggeris dan mereka lebih mengutamakan Data Empiris yang membincangkan dan menganalisis data dari eksperimen yang dijalankan. Data Empiris ada hubungkaitnya dengan masalah sifat hakiki kecerdasan dan masalah-masalah lain seperti: 1. Bagaimanakah perkembangan kecerdasan pada kanak- kanak normal dan kurang normal. 2. Sejauh manakah perkembangan kecerdasan itu dipengaruhi oleh faktor-faktor dasar dan faktor lingkungan. 3. Bagaimanakah kita dapat membezakan kecerdasan dengan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 1920-1930 ramai pengkaji telah melakukan kajian untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan di atas. Hasil dari kajian mereka mendapati tidak ada satu persoalan pun yang dapat dijawab dengan terperinci tetapi ia akan menimbulkan masalah lain. Hari ini ahli-ahli psikologi tidak cuba untuk membuat penelitian terhadap “Apakah kecerdasan itu?” Akan tetapi mereka menumpukan kepada masalah yang lebih khusus seperti:
  • 57. 50 Personaliti Gaya Hidup Remaja 1. Bagaimanakah struktur mental orang dewasa? 2. Bagaimanakah struktur mental itu berubah-ubah mengikut pertambahan umur? 3. Adakah kecerdasan seseorang akan berubah-ubah pada tahap yang lain? Konsep-konsep kecerdasan adalah: 1. Konsep yang bersifat spekulatif 2. Konsep yang bersifat pragmatis 3. Konsep yang berdasarkan faktor analisis 4. Konsep yang bersifat operasi 5. Konsep analisis fungsi. 1 Konsep-konsep mengenai kecerdasan yang bersifat spekulatif Spearman, dalam bukunya ‘The Abilities of Man (1927) mengkatogarikan kepada tiga bahagian, iaitu: i Definasi mengenai kecerdasan umum. ii Definisi kebolehan individu iii Definisi kecerdasan secara umum daripada yang khusus. a) Kecerdasan umum. i Ebbinghaus (1897) mendefinasikan sebagai kemampuan untuk membuat kombinasi ii Terman (1921) mendefinisikan sebagai kemampuan untuk memikir benda yang abstrak iii Thorndike mendifinisikan sebagai hal yang dapat di nilai dengan ketidak sempurnaan dalam perjuangan hidup mereka. b) Kecerdasan dari kesatuan dari kebolehan diri. Kecerdasan adalah gabungan daripada kebolehan diri yang khusus. Pengukuran dapat dibuat dari kebolehan yang khusus seperti daya berfikir, pengamatan dan kebolehan melaksanakan sesuatu.
  • 58. Kecerdasan dan Personaliti 51 c) Kecerdasan secara umum daripada yang khusus. Ia lahir dari keyakinan. Yang di perolehi dengan ujian kecekapan umum. Oleh yang demikian kecerdasan didefinisikan sebagai taraf umum yang mewakili kebolehan khusus. 2. Konsep yang bersifat pragmatis Pada dasarnya konsep ini yang dinyatakan oleh Boring bahawa ia adalah apa yang diuji oleh ujian kecekapan, “Intelligence is what the tests test. This is narrow definition, but it is the only point of departure for a rigorous discussion of the test. It would be better if the psychologists could have used some other and more technical term; since the ordinary annotation intelligence is much broader. The damage is done, however, and no harm needs result if we but remember that measurable intelligence is simply what the test of intelligence test, until further scientific observation allows us to extend the definition”. Konsep ini amat selari dengan pendapat ahli psikologi di Amerika Syarikat. Namun berbeza dari pendapat Boring, iaitu tahap kecekapan dapat di ukur sesuai dengan definisinya. Pernyataan ini dianalogikan dengan pengetahuan tentang listrik, dan pengukurannya bergantung kepada definisi, kepentingan, aliran dan sebagainya. 3. Konsep yang berdasarkan faktor analisis. Konsep ini telah dipelopori oleh Spearman dan terus berkembang di daerah Anglo Saksis. Konsep ini amat penting di kalangan golongan dewasa. a) Teori Spearman Teknik analisis faktor Spearman telah menemui bahawa tingkah laku manusia disebabkan oleh dua faktor, iaitu:
  • 59. 52 Personaliti Gaya Hidup Remaja 1) Faktor umum / general 2) Faktor-faktor khusus Faktor umum yang dilambangkan dengan huruf g merupakan faktor yang menentukan tingkah laku seseorang. Jadi di dalam tingkah laku itu wujud faktor g tersebut. Manakala faktor khusus dilambangkan sebagai huruf s dan hanya berfungsi dan hanya berfungsi sebagai tingkah laku khusus sahaja. Jadi setiap tingkah laku itu wujud dalam dua faktor iaitu faktor g dan s. Ia dapat disimpulkan seperti berikut: Tingkah laku 1 = Tlı = g + sı Tingkah laku 2 = Tl = g + s Tingkah laku 3 = Tl = g + s Tingkah laku 4 = Tl = g + s Tingkah laku 5 = Tl = g + s Spearman berpendapat, bahawa faktor g bergantung kepada dasarnya, sedangkan factor s dipengaruhi oleh pengalaman (lingkungan pendidikan). b) Teori Thomson Pendapat Thomson bercanggah dengan pendapat Spearman. Menurutnya faktor g yang disebut oleh Spearman tidak wujud, bahkan yang ada hanyalah faktor-faktor khusus, iaitu factor s. Faktor s ini tidak bergantung kepada keturunan melainkan bergantung kepada pendidikan. Maka tidak hairan ada golongan yang lebih cergas dari golongan yang rendah, ini disebabkan oleh kesempatan pendidikan. c) Teori Cyrill Burt Pendirian Burt sama seperti pendirian Spearman. Pendapatnya adalah manusia terdapat faktor g, yang mendasari semua tingkah laku iaitu factor g ini bergantung kepada latar belakang yang di bawa sejak kecil. Selain itu beliau berpendapat bahawa setiap orang memiliki banyak factor s. Disamping itu wujud juga faktor ketiga iaitu factor kelompok yang
  • 60. Kecerdasan dan Personaliti 53 biasanya menggunakan faktor c. Ia berfungsi pada sejumlah tingkah laku tetapi tidak pada semua tingkah laku. Oleh yang demikian faktor c lebih luas daripada factor s, tetapi lebih sempit daripada faktor g. Setiap tingkah laku mempunyai tiga faktor iaitu faktor g, factor c dan factor s. Ia dapat dijelaskan seperti berikut: Tingkah laku 1 = Tl = g + c + s Tingkah laku 2 = Tl = g + c + s Tingkah laku 3 = Tl = g + c + s Tingkah laku 4 = Tl = g + c + s Tingkah laku 5 = Tl = g + c + s d) Teori Thurstone Beliau adalah tokoh dari Chicago yang sependapat dengan Burt, bahawa ada faktor c, dan factor s yang berfungsi pada sebahagian tingkah laku. Faktor s ini mempunyai jumlah yang banyak sama dengan jumlah tingkah laku khusus yang di lakukan oleh individu. Namun pada pendapatnya faktor g tidak wujud. Faktor c ada tiga peringkat iaitu: i Faktor ingatan iaitu kemampuan untuk mengingat (faktor M) ii Faktor verbal iaitu kecekapan untu menggunakan bahasa (faktor V) iii Faktor bilangan iaitu kemampuan untuk mengira (faktor N) iv Faktor kelancaran bertutur iaitu kebolehan sesorang menggunakan perkataan yang sukar (faktor W) v Faktor reasoning iaitu faktor kecekapan untuk berfikir secara logik. (faktor R) vi Faktor persepsi iaitu iaitu kemampuan untuk mengamati dengan cepat dan cermat (faktor P) vii Faktor ruang iaitu kemampuan untuk megadakan orientasi dalam ruang.
  • 61. 54 Personaliti Gaya Hidup Remaja Sekiranya ada kecekapan umum, itu bukan kerana adanya faktor g, tetapi kerana kombinasi dari faktor c. e) Pendapat Guilford Beliau terkenal dalam bidang psikometri dan bersependapat dengan Thurdson, iaitu yang utama adalah faktor c sahaja. Terdapat 120 faktor c. Variasi kecerdasan dapat dilihat dari tiga aspek, iaitu: 1) Proses psikologi yang terlibat 2) Isi atau benda yang diproses 3) Bentuk maklumat yang dihasilkan. 1) Berdasarkan proses adalah: i Cognition ii Memory iii Divergent production iv Evaluation 2) Berdasarkan isi kandungan yang diproses adalah: i Figural ii Symbolic iii Semantic iv Behavioral 3) Berdasarkan bentuk maklumat yang di hasilkan adalah i Unit ii Classes iii Relations iv Systems v Transformation vi Implications Oleh itu keseluruhannya adalah 5 x 4 x 6 = 120 faktor kecerdasan 4. Konsepsi yang bersifat Operasi Ahli pragmatis mendefinisikan kecerdasan sebagai apa yang diukur oleh soalan ujian dan di analisis dapatan yang diperolehi. Kemudian diikuti dengan menyusun dapatan yang diperolehi secara objekif dalam analisis faktor.
  • 62. Kecerdasan dan Personaliti 55 Ahli pragmatis menyokong pendapat teori faktor tersebut, iaitu dengan mengukurnya seperti berikut: i) Menyusun peta atau gambar secara objektif mengenai susunan akal dengan cara menganalisis ujian yang diperolehi hingga ke hari ini. ii) Menyusun ujian kemampuan secara objektif dalam analisis faktor. Ahli-ahli dalam bidang ini mendefinasikan teori faktor dengan cara: i) Mendefinasi- tindakkan ii) Mengukurnya- menganalisis hasil-hasil ujian. 5. Konsep-konsep Fungsi Konsep-konsep telah disusun atas dasar analisis mengenai bagaimana fungsinya kecerdasan dan didefinasikan sebagai: i) Kecenderungan untuk memperjuangkan tujuan tertentu - semakin cerdas seseorang maka semakin cepat melaksanakan tujuannya yang mempunyai inisiatif sendiri tanpa menunggu arahan. Semakin cerdas seseorang maka semakin mempunyai pendirian yang tetap pada matlamatnya dan ia tidak mudah dipengaruhi oleh faktor luar. ii) Berkemampuan untuk menyesuaikan maksudnya agar matlamatnya tercapai. Oleh itu, semakin cerdas seseorang, dia akan dapat menyesuaikan cara menghadapi sesuatu dengan betul dan akan melahirkan sifat kritis. iii) Kemampuan untuk menkritik diri sendiri. Iaitu belajar dari kesilapan yang telah dilakukan. Oleh itu semakin cerdas seseorang ia dapat belajar dari kesilapan yang telah dilakukan dan tidak akan mengulanginya lagi. Langeveld yang sependapat dengan Stern, mendefinasikan kecerdasan sebagai langkah untuk bertindak, bagi menentukan tujuan baru dalam hidupnya. Pendapat ini adalah sama dengan apa yang dikemukakan oleh Binet iaitu:
  • 63. 56 Personaliti Gaya Hidup Remaja i Pendirian yang ada bukan merupakan faktor utama tetapi merupakan sebahagian daripada keperibadian yang tidak dapat berdiam diri. ii Pendirian ini tidak semata-mata ditentukan oleh dasar tetapi ia ditentukan oleh factor luar atau gabungan diantara factor dalaman dan factor luaran. iii Pendirian ini lengkap, apabila ia berpotensi dan ada arah tujunya yang tertentu. iv Pendirian ini akan muncul yang akan digunakan dalam aktiviti berfikir. Maka dapat disimpulkan bahawa definasi kecerdasan tidak dapat dinyatakan dengan tepat. Namun setiap konsep harus menetapkan pendirian masing-masing. B. PENGUKURAN KECERDASAN Semenjak ahli psikologi mula mengadakan cara pendekatan secara impiris, maka pengukuran kecerdasan telah banyak menarik perhatian ahli psikologi tambahan pula gerakan gerakan pengukuran dalam lapangan psikologi telah berkembang. Dalam membincangkan mengenai pengukuran kecerdasan pada pandangan penulis jalan yang paling baik ialah sejarah, Jadi mengemukakan sejarah adalah usaha para ahli psikologi dalam bidang ini dan pada masa yang sama dapat menunjukkan teknik yang dapat digunakan dalam penyelidikan dan atau pengukuran kecerdasan serta penilaian dalam usaha-usaha tersebut. Sekiranya melihat sejarah maka dapat dilihat dari segi: i Mengemukakan sejarah perkembangan dengan memberi gambaran yang bersifat umum mengenai persoalannya. ii Mengemukan sejarah perkembangan ujian kecekapan Binet, kerana model ini yang dianggap oleh kebanyakkan ahli psikologi sebagai yang terbaik dan banyak diguna pakai terutama dalam menyelidik anak-anak yang masih muda.