Rangkaian menjelaskan perancangan aktiviti untuk murid prasekolah yang melibatkan perkembangan motor kasar dan halus melalui aktiviti menyambung garisan, menggunting, melipat kertas untuk membuat rantai kertas, dan berjalan serta melompat di sepanjang rantai tersebut. Rangkaian menekankan pentingnya perancangan dan pelaksanaan aktiviti motorik untuk pembangunan optimum kanak-kanak.
1. RANCANGAN
PENGAJARAN
SATU SLOT YANG
MELIBATKAN AKTIVITI
MOTOR KASAR DAN
MOTOR HALUS
2. Motor Halus- Kemahiran yang melibatkan pengawalan
otot-otot kecil tangan ,pergelangan tangan, jari –jari
tangan ,kaki, jari kaki, bibir dan lidah.Motor Halus
juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan
organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan
koordinasinya dengan mata.
Motor Kasar – Tindakan yang melibatkan pergerakan
besar seperti gerakan tangan , lengan , kaki atau
keseluruhan bahagian badan.Motor halus juga terlibat
dalam pergerakan motor kasar .
3. Nama kelas : Prasekolah As- Sakinah 1
Bil. Murid : 14
Umur : 6 tahun
Masa : 9.30 – 10.30 pagi
Tunjang : KTI
KBKK : Membanding beza, menjana idea
Std Pembelajaran :
Objektif : 1. Murid dapat menyambung titik-titik menjadi
garisan yang lurus.
2. Murid dapat menggunting mengikut
garisan lurus.
3. Murid dapat berjalan lurus dan mengundur
sepanjang untaian gelungan kertas.
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah belajar memegang pensel dengan
cara yang betul.
Penerapan nilai : Bekerjasama, berwaspada, cermat
Penggabungjalinan : Perkembangan fizikal dan Penjagaan
keselamatan
ABM/Bahan : Kertas warna saiz A4
Gunting
Gam
4. SET INDUKSI
Isi Pelajaran : Lagu “Mana Ibu”
Aktiviti :
1. Mengenal nama-nama jari.
2.Menyanyi lagu “Mana Ibu” sambil
menunjukkan jari yang disebut.
3.Guru menerangkan kegunaan jari
5. LANGKAH 1
Isi Pelajaran : Menyambung garisan putus-putus
Aktiviti :
1.Guru mengedarkan kertas A4 pelbagai warna
yang mengandungi garis-garis putus yang lurus
kepada murid-murid dalam kumpulan.
Setiap ahli kumpulan akan mendapat kertas
warna yang berbeza.
2.Guru mengarahkan murid untuk menyambung
garis putus- putus tersebut supaya menjadi garisan-
garisan yang lurus.
6. LANGKAH 2
Isi Pelajaran : Menggunting garisan lurus membentuk
jalur-jalur kertas.
Aktiviti :
1.Guru menerangkan kepada murid tentang bahaya
gunting jika tidak dikendalikan dengan betul.
2.Guru menunjukkan cara memegang gunting dengan
betul.
3. Guru mengedarkan gunting kepada murid.
4. Guru mengarahkan murid menggunting kertas A4
mengikut garisan lurus yang dihasilkan semasa
langkah 1.
7. LANGKAH 3
Isi Pelajaran : Melipat jaluran kertas
Aktiviti :
1.Guru mengarahkan dan membimbing murid
melipat jalur-jalur kertas kepada
2 bahagian.
2.Guru mengarah dan membimbing murid
untuk menggunting jaluran kertas menjadi dua
bahagian mengikut kesan lipatan.
8. LANGKAH 4
Isi pelajaran : Menghubungkan jaluran
kertas menjadi rantai kertas.
Aktiviti :
1.Guru membimbing murid menghubungkan
jaluran kertas menjadi rantai kertas.
2.Murid menghubungkan setiap rantai
kertas yang telah siap menjadi rantai kertas
yang lebih panjang.
9. LANGKAH 5
Isi Pelajaran : Berjalan lurus dan mengundur sepanjang
rantai kertas.
Melompat dan mendarat dengan kedua-dua
belah kaki.
Aktiviti :
1.Guru meminta 2 orang murid untuk menegangkan rantai
kertas membentuk satu garisan lurus.
2.Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan lelaki dan
perempuan.
3.Murid dibantu untuk berjalan lurus dan mengundur di
sepanjang garisan rantai kertas secara inividu.
4.Dua orang murid memegang rantai kertas pada aras
ketinggian yang rendah.
5.Murid-murid lain diarah untuk melompat melintasi rantai
tersebut dengan kedua-dua belah kaki serentak.
10. PENUTUP
Isi Pelajaran : Refleksi
Aktiviti :
1.Guru meminta murid menyatakan perasaan mereka
setelah menjalankan aktiviti- aktiviti tadi.
2.Guru menegaskan pengajaran yang sepatutnya
diperolehi oleh murid sepanjang aktiviti tadi iaitu nilai
bekerjasama, mendengar arahan, berhati-hati,
cermat dan sabar.
3.Guru mempamerkan rantai kertas di ruang pameran
hasil kerja murid.
11. GAMBAR –GAMBAR SEPANJANG P&P
LANGKAH 1 : Murid- murid menyambung garisan putus-putus supaya
menjadi garisan-garisan lurus.
12. LANGKAH 2 : Murid-murid menggunting mengikut garisan-
garisan lurus yang telah dihasilkan.
13. LANGKAH 3 : Murid-murid melipat dan menggunting jaluran
kertas
kepada dua bahagian.
16. LANGKAH 5 : Rantai-rantai kertas yang dihasilkan secara
individu dicantumkan.
17. Rantai kertas yang telah siap dicantumkan digunakan
sebagai alat untuk menjalankan aktiviti motor kasar.
18. Sebelum aktiviti motor kasar dijalankan, murid-murid diminta
bekerjasama membersih dan mengemas semula kelas.
19. LANGKAH 6 : Murid berjalan lurus dan mengundur sepanjang
rantai kertas secara individu.
20. LANGKAH 6 : Murid berjalan lurus dan mengundur
sepanjang rantai kertas secara kumpulan.
21. LANGKAH 7 : Murid melompat dan mendarat dengan kedua-dua
belah kaki serentak melintasi rantai kertas pada paras
ketinggian yang rendah.
22. Refleksi Guru
. P&P berjalan lancar dengan kerjasama yang baik
diberikan oleh murid-murid.
. Murid-murid menunjukkan kemajuan dalam kemahiran
yang diajar.
. Objektif pengajaran dapat tercapai dengan tahap yang
memuaskan.
. Permintaan murid-murid supaya aktiviti ini dijalankan
lagi menunjukkan keseronokan mereka menjalankan
aktiviti yang dirancang semasa proses P&P.
23. Rumusan
. Perancangan aktiviti-aktiviti yang melibatkan
perkembangan motor kasar dan motor halus
kanak- kanak amat penting diberi perhatian.
. Perancangan yang teliti dan pelaksanaan yang
kerap akan dapat membantu meningkatkan
perkembangan motor kasar dan motor halus
kanak- kanak ke tahap yang optimum.
. Perkembangan motor kasar dan motor halus
yang maksima akan membantu meningkatkan
potensi diri kanak-kanak.
. Guru dan pendidikan memainkan peranan
penting dalam membantu kanak-kanak mencapai
tahap perkembangan motor kasar dan motor halus
ke tahap yang optimum.
24. Bibliografi
www.scribd.com › School Work
www.slideshare.net
www.fp.utm.my
pakarhowto.com
pdknet.com.my
dis-mysimpleworld.blogspot.com
Modul IPG prasekolah
Buku Panduan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan
Buku Panduan Bertema Prasekolah