SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 11
BAHASA MELAYU 
Knp nk jd cikgu bm. Yg tu doa nak mbmmbi.. Pastu lgkah mmrtbatkan bhasa mlayu..dia suh 
bt micro teaching skli.. 
PENDAHULUAN 
' Bahasa jiwa bangsa'itulah frasa yang paling sesuai untuk menunjukkan signifikan 
sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa lain di Malaysia.-Pelbagai polemik telah 
dibangkitkan sejak akhir ini -membicarakan identiti bahasa melayu sebagai bahasa 
kebangsaan bagi sebuah rumpun yang bernama Malaysia.- Menurut kamus 
pelajar,memartabat bermaksud - melestarikan sesuatu supaya ia menjadi kekal seperti 
sediakala.Sejak kebelakangan ramai masyarakat malu untuk menggunakan bahasa ibunda 
kita iaitu bahasa melayu.- Ini menjejaskan imej negara - bahasa melayu bahasa nasional 
kita.- Persoalannya apakah langkah-langkah memartabatkan bahasa melayu? 
ISI-ISI PENTING 
1. Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan 
untuk memupuk kesedaran dalamkalangan masyarakat agar cintakan bahasa melayu.- 
Contohnya,DBP perlu bekerjasamadenagn pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti yang 
menjurus ke arah memartabatkan bahasa melayu.-sekiranya bahasa bahasa melayu 
semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa melayu setanding dengan bahasa-bahasa 
lain.'duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bahasa antarabangsa yang lain. 
2. kita mestilah melibatkan diri dalam komuniti - seperti di sekolah atau badan-badan 
lain yang relevan.- contohnya di sekolah boleh menimbulkan kesedaran tentang 
keistimewaan bahasa melayu -melambangkan jati diri bahasa melayu di dalam kelas.-Boleh 
menjalani program sekolah yang mempromosikan bengkel bahasa melayu. 
3. Memupuk kesedaran tentang kepentingan bahasa melayu dalam kalangan anak-anak 
sejak azali lagi.-kesedaran tersebut perlulah dimainkan peranan oleh ibu bapa dan 
guru.-contonya, ibu bapa mestilah menggunakan bahasa yang betul apbila bertutur dengan 
anak-anak.-sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak azali seperti kata peribahasa 
'melentur buluh biarlah dari rebungnya' sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga 
dewasa 
Sejak lebih 50 tahun lalu bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dan 
menjadi bahasa rasmi sejak merdeka. 
Sepuluh tahun selepas merdeka, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa 
rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, mengikut perkara 152. 
Krisis baharu yang melanda bahasa Melayu ialah adanya rakyat negara ini meminggirkan 
bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan kita. 
Krisis ini berlaku kerana tanggapan yang salah oleh masyarakat tentang kemampuan 
bahasa Melayu sebagai bahasa kemajuan negara ini. 
Faktor kedua ialah kerana sikap orang Melayu sendiri. Ada segelintir orang Melayu yang 
berkuasa telah meminggirkan bahasa Melayu daripada rancangan pembangunan.
Jika keadaan ini berterusan, kita akan terus tertinggal dalam arus kemajuan, bankrap dalam 
bidang ilmu, teknologi, dan budaya serta akhirnya terkubur di negara sendiri. 
Ada ibu bapa mendidik anaknya bertutur dalam bahasa Inggeris, kononnya jika tidak 
menguasai bahasa itu mereka sukar mendapat sebarang pekerjaan di negara ini. 
Dalam dunia keusahawanan, orang-orang Melayu sendiri malu untuk bertutur dalam bahasa 
Melayu dengan bangsanya sendiri, kononnya takut dikaitkan ketinggalan zaman atau 
tertinggal dalam arus teknologi moden. 
Bangsa kita tidak terdesak untuk mencipta ilmu dan teknologi baharu kerana ilmu itu dapat 
diperoleh dan dibeli daripada dunia lain - dari Barat atau Timur. 
Janganlah kita menuding jari sekiranya bahasa Melayu dipinggirkan kerana kita sendiri 
enggan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi, bahasa 
pencipta ilmu dan budaya atau bahasa tamadun tinggi. 
Masyarakat kita sendiri lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan, malah 
dalam perbualan seharian, kita lebih berminat menggunakan bahasa Inggeris walaupun 
penguasaan bahasa Inggeris kita tidaklah sebaik mana. 
Dasar penswastaan yang tidak terhad dikatakan semakin mengetepikan kedudukan bahasa 
Melayu sebagai bahasa pengantar di menara gading. 
Walaupun pelajar-pelajar di sekolah menerima pendidikan bahasa Melayu selama tiga belas 
tahun namun mereka meninggalkan bahasa itu selepas tamat persekolahan untuk 
melanjutkan pengajian ke kolej swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa 
pengantarnya. 
Bagaimanapun, pendidik di negara ini memainkan peranan yang penting untuk 
memartabatkan bahasa Melayu serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Melayu. 
Golongan pendidik hari ini telah melaksanakan konsep bahasa Melayu dalam kalangan ma-syarakat. 
Peranan pendidik adalah penting kerana mereka juga bertanggungjawab 
membimbing guru subjek lain. 
Malah peranan pendidik juga lebih penting dalam memartabatkan bahasa Melayu kerana 
dalam kurikulum pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang 
berupaya menggunakan bahasa Melayu yang baik dan membanggakan. 
Selain itu, dalam konteks yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu diterapkan 
melalui pendidikan bahasa. 
Pelajar di institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan proaktif untuk memartabatkan 
bahasa Melayu. 
Mereka perlu bergerak sederap bagi mengukuhkan lagi kedudukan bahasa Melayu dalam 
semua bidang ilmu. 
Langkah-langkah yang dijalankan seperti menganjurkan Minggu Bahasa Melayu, Bulan 
Bahasa Kebangsaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap 
bahasa Melayu. 
Pembabitan semua pihak yang peka terhadap keperluan dan perubahan patut diberikan 
pujian. Minggu Bahasa Melayu yang dianjurkan contohnya dapat mendaulatkan bahasa 
ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Melayu dalam kalangan generasi 
kini. 
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan badan utama yang memainkan peranan 
penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa 
rasmi di Malaysia. 
Melalui peranan dan usaha yang dimainkan, bahasa Melayu telah digunakan dalam 
pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi, 
perbankan serta insurans.
Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-buku pengistilahan dan glosari dalam bahasa 
Melayu yang mencakupi pelbagai bidang tersebut. Sebelum ini, kebanyakan istilah yang 
digunakan diambil daripada bahasa Inggeris. 
Di samping itu, DBP hendaklah juga menjadi mentor dan menggerakkan semua aktiviti 
pembinaan dan pemantapan bahasa kebangsaan di seluruh negara. 
DBP hendaklah sentiasa menasihat, menegur, dan membimbing pemimpin kerajaan, 
swasta, media cetak atau media elektronik supaya menggunakan bahasa Melayu yang betul 
dalam semua urusan rasmi. 
“Selain itu, peranan media massa juga tidak harus diketepikan. Media massa mempunyai 
tanggungjawab sosial bagi memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Melayu. 
Peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Melayu amatlah dialu-alukan. 
Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar 
Malaysia seiring dengan promosi perniagaan atau produk yang ditawarkan. 
Kegiatan promosi dan pasaran secara sistematik akan memberikan pulangan yang 
memberangsangkan dalam perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi, sains, 
dan teknologi. 
Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan sesuatu jenama haruslah 
menggunakan bahasa Melayu yang betul. 
Dengan cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Melayu bukan 
sahaja di negara kita malah di arena global. 
Warga Malaysia mesti membetulkan kelakuan, sikap, tanggapan, dan semangat mereka 
terhadap bahasa Melayu. 
Pertemuan raksasa dalam kalangan orang Malaysia yang pelbagai latar belakang perlu 
diadakan untuk membincangkan segala masalah yang mengancam bahasa Melayu hari ini. 
Sebagai kesimpulan, langkah-langkah yang konkrit dan pragmatik perlulah diambil untuk 
memartabatkan bahasa Melayu - bahasa kebangsaan kita. Hakikat ini perlu disedari dan 
diakui oleh seluruh rakyat Malaysia. 
Setiap warga yang pelbagai keturunan haruslah memanfaatkan masa untuk mempelajari 
dan menguasai bahasa Melayu dengan baik dan memartabatkan bahasa Melayu yang 
ternyata memberikan faedah yang besar kepada perpaduan, keharmonian dan teknologi 
Malaysia.
Lima Peranan Guru Dalam Menjayakan MBMMBI 
i. Memupuk kesedaran dan minat murid terhadap subjek bahasa Malaysia dan bahasa 
Inggeris melalui kaedah, strategi dan teknik p&p 
Pepatah ada mengatakan "Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya". 
Oleh itu, bagi memastikan generasi muda kita dapat menguasai bahasa Melayu atau 
bahasa Inggeris dengan baik, amatlah penting bagi guru untuk menarik minat mereka sejak 
di bangku sekolah lagi. Persoalannya, bagaimana guru hendak menarik dan memupuk 
kesedaran murid tentang kepentingan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris? Jawapannya 
mudah sahaja iaitu melalui kepelbagaian strategi, kaedah dan teknik p&p di dalam bilik 
darjah. Guru yang berkesan ialah guru yang kreatif dan inovatif dalam p&pnya. Elemen-elemen 
menyeronokkan dan berkonsepkan didik hibur boleh diserap dan diperkenalkan di 
dalam bilik darjah.Guru boleh mempelbagaikan aktiviti p&p dengan aktiviti-aktiviti seperti 
nyanyian, persembahan, lakonan, kuiz dan sebagainya supaya proses p&p lebih menarik 
dan menyeronokkan. Pendekatan p&p yang sebegini menyediakan suasana bilik darjah 
yang lebih ceria dan menarik. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk 
belajar serta menggalakkan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat dan pembelajaran 
yang lebih bermakna dan berkesan. 
ii. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam p&p 
Perkembangan teknologi maklumat begiru dinamik termasuk juga di dalam bidang 
pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran teknologi maklumat 
dan komunikasi dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran. 
Sedar atau tidak kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu 
gelombang yang telah mempengaruhi pendidikan di negara kita dari segi penyediaan 
infrastruktur juga kepada pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat 
seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan p&p yang 
bersifat interaktif serta menghiburkan. Oleh itu, guru perlulah memahirkan diri mereka 
dengan kemahiran teknologi ICT serta dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang terkini 
yang meliputi bidang teknologi maklumat dan komunikasi agar objektif dan matlamat p&p 
mereka dapat dicapai. 
iii. Menganjurkan dan menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam program bacaan 
Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pernah manyatakan hasrat 
beliau untuk menjadikan Malaysia sebagai "Negara Pembaca". Ini kerana melalui bacaan, 
seseorang itu dapat meluaskan ilmu pengetahuannya baik dari segi ekonomi, politik, social 
dan lain-lain. Namun, yang penting di sini ialah melalui budaya membaca juga, kemahiran 
berkomunikasi dan kemahiran berbahasa seseorang itu dapat dipertingkat. Dalam usaha 
menjayakan dasar MBMMBI, guru boleh menggalakkan para pelajarnya terlibat dalam 
program bacaan seperti Komponen Sastera dalam bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku 
Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur , Nilam dan sebagainya. Program atau 
aktiviti sebegini bukan sahaja mampu meluaskan pengetahuan para pelajar malah dapat 
juga mendedahkan mereka kepada elemen-elemen sastera dan seterusnya meningkatkan 
kemahiran berbahasa mereka.
iv. Mewujudkan Persekitaran Pembelajaran yang kondusif 
Aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah secara tersuratnya 
kelihatan tidak berkaitan dengan dasar MBMMBI yang dibincangkan di sini. Namun, secara 
tersiratnya aspek ini memainkan peranan yang agak penting juga bagi guru dalam usaha 
menjayakan dasar ini.Seperti yang kita semua sedia maklum, sekolah ialah tempat 
penyebaran ilmu yang utama. Untuk menjadikan pelajar suka akan ilmu, guru harus bijak 
memainkan peranan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selesa 
dan sesuai untuk pelajar. Untuk itu, aspek kebersihan, keceriaan, dan keselamatan di 
sekolah harus juga dititikberatkan. Guru perlulah kreatif dalam memotivasikan murid untuk 
belajar di sekolah. Misalnya, guru boleh menyediakan bilik darjah yang ceria dengan bahan-bahan 
ABM atau BBM yang berwarna-warni serta menarik, suasana sosioemosi kelas yang 
mesra dan ceria serta persekitaran yang ideal untuk murid menimba ilmu. Dengan ini, p&p 
yang bermakna dan berkesan dapat diwujudkan. 
v. Mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat 
Kita sebagai seorang dewasa mempunyai berbagai-bagai sebab untuk melanjutkan 
pelajaran dalam pelbagai peringkat samaada diploma atau ijazah di pusat-pusat pengajian 
tinggi. Ada yang melanjutkan pelajaran kerana ingin mengikuti program atau aktiviti yang 
ditawarkan, ada yang inginkan kenaikan gaji atau pangkat dan ada juga yang inginkan 
kepuasan ilmu. Namun sebagai seorang pendidik yang matang dan bertanggungjawab, 
budaya pembelajaran sepanjang hayat haruslah diamalkan. Peluang untuk menimba ilmu 
serta kemahiran haruslah direbut bagi memajukan diri, meningkatkan profesionalisme 
keguruan serta menyampaikan ilmu pengetahuan yang kita peroleh kepada anak didik kita. 
Peluang untuk mengahdiri kursus-kursus, bengkel-bengkel, seminar-seminar mahupun 
peluang melanjutkan pelajaran seperti program PPG,PJJ dan sebagainya mampu 
memastikan negara menghasilkan pendidik yang berkualiti serta berpengetahuan luas. 
CARA NAK BAGI MURID KREATIF 
Chambers (1972) pula telah melakukan kajian terhadap 397 orang saintis 
dalam bidang psikologi dan kimia yang telah dicalonkan sebagai kreatif oleh 
jabatan di universiti di mana mereka telah mendapat ijazah sarjana muda atau 
sarjana. Para saintis ini kemudiannya telah mencalonkan seramai 2,696 orang 
guru yang telah mempengaruhi peningkatan kreativiti mereka semasa mereka 
belajar di Intitusi Pengajian Tinggi pada peringkat sarjana muda dan sarjana. 
Mereka kemudiannya telah diminta untuk memilih dari satu inventori tingkah 
laku guru yang membantu peningkatan kreativiti mereka dan kemudiannya 
memilih dari inventori yang sama tingkah laku guru yang membantutkan kreativiti 
mereka. Di antara tingkah laku guru yang membantu peningkatan kreativiti mereka 
mengikut urutan keutamaan ialah: 
i. Guru mendorong pelajar supaya berdikari dan bebas. 
ii. Guru menjadi model kepada pelajar. 
iii. Guru menghabiskan banyak masa dengan pelajar di luar waktu mengajar.
iv. Semangat yang ditunjukkan oleh guru. 
v. Guru menerima pelajar sebagai setaraf dengannya. 
vi. Guru terus memberi ganjaran kepada tingkah laku kreatif yang 
ditunjukkan oleh pelajar (Chambers 1972). 
Manakala tingkah laku guru yang membantutkan kreativiti pelajar 
mengikut senarai keutamaan ialah: 
i. Guru tidak menggalakkan para pelajar mengeluarkan idea mereka sendiri. 
ii. Guru tidak merasa yakin pada diri mereka sendiri. 
iii. Guru menggalakkan pembelajaran secara hafalan. 
iv. Guru menpunyai minat yang sempit. 
v. Guru sukar dihubungi di luar bilik darjah (Chambers 1972). 
Shallcross (1981), menyarankan agar guru menyediakan iklim 
persekitaran yang membantu pembangkitan tingkah laku kreatif di kalangan 
pelajar. Untuk itu tambah beliau lagi, guru perlu mengambil kira tiga faktor utama 
iaitu fizikal, mental dan emosi. Iklim fizikal merujuk kepada susunan fizikal bilik 
darjah yang akan menyokong segala aktiviti yang akan dijalankan. Salah satu 
aspek fizikal yang perlu diambil kira ialah penyediaan ruang untuk aktiviti yang 
berbeza. Iklim mental atau intelektual pula merujuk kepada pelbagai jenis 
rangsangan dan cabaran untuk disesuaikan dengan keperluan tindak balas pelajar. 
Namun begitu, iklim fizikal dan iklim intelektual yang sesuai sahaja masih tidak 
mendatangkan apa-apa kesan seandainya iklim emosional tidak menyokong 
kedua-duanya. Iklim emosional yang menyokong bermaksud memberikan pelajar 
keselamatan peribadi untuk bereaksi terhadap rangsangan fizikal dan intelektu 
Cropley (1997) telah menyenaraikan ciri-ciri tingkah laku guru yang 
berikut sebagai ciri-ciri tingkah laku yang memupuk kreativiti dalam bilik darjah: 
1. Menggalakkan pelajar untuk belajar secara bebas. 
2. Memiliki stail pengajaran yang saling bekerjasama dengan pelajar dan 
bersepadu secara sosial. 
3. Memotivasikan pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan untuk 
dijadikan asas kepada pemikiran divergen. 
4. Menangguhkan sebarang penilaian terhadap idea yang dikemukakan 
oleh pelajar kecuali setelah idea-idea tersebut telah diteliti dan 
diungkapkan dengan jelas. 
5. Menggalakkan pelajar berfikir secara fleksibel. 
6. Menggalakkan pelajar melakukan penilaian kendiri terhadap idea-idea 
yang mereka keluarkan. 
7. Mengambil segala cadangan dan soalan pelajar secara serius atau 
bersungguh-sungguh. 
8. Menawarkan kepada pelajar peluang-peluang untuk melakukan tugasan 
dengan menggunakan pelbagai bahan dan dalam berbagai keadaan. 
9. Membantu pelajar belajar bagaimana untuk menghadapi kekecewaan 
dan kegagalan supaya pelajar akan tabah untuk mencuba sesuatu yang
Apa beza pendidik dan pengajar? 
Sebenarnya pengajar ini lebih tertumpu pengajaran di dalam kelas semata-mata, manakala 
peranan yang dimainkan oleh seorang pendidik ini lebih daripada itu. Pendidik lebih merujuk 
kepada mendidik seseorang supaya menjadi insan kamil dan membentuk peribadi yang 
mulia. Hal ini menunjukkan bahawa pendidik ini bukan sahaja membentuk insan yang 
berilmu pengetahuan tinggi, bahkan dapat melahirkan individu atau masyarakat yang 
bersahsiah tinggi 
Kenapa dulu kementerian pendidikan tapi kini kementerian pelajaran? 
Kementerian Pelajaran kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan, kata Timbalan 
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. 
Beliau, yang juga menteri pendidikan berkata perubahan nama kementerian itu diluluskan 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu lepas setelah pakar bahasa sependapat 
istilah pendidikan lebih tepat berbanding pelajaran. 
“Pakar bahasa berpendapat istilah pendidikan lebih tepat dan sebab itu Perdana Menteri 
bersetuju dan saya juga telah beritahu pegawai supaya menerimanya sebagai nama baru, 
malah nama kementerian pendidikan juga pernah digunakan sebelum ini,” katanya kepada 
wartawan Malaysia di Phuket. 
Apa beza seni dan sains? 
Boleh kamu petik apa yang dikatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan? 
Apa itu PBS? 
Pada pendapat kamu, semua murid perlu diberi band 6 ka? 
Apa pendapat kamu, kalau ada murid yang langsung tiada band? Guru tak buat penaksiran 
ka? 
Pada pendapat kamu, apa peranan panitia di sekolah? adakah diwujudkan kerana suka-suka 
saja? 
Kalaulah kelas kamu mengajar itu, murid mendapat pencapaian yang teruk, adakah soalan 
tu susah? Apa peranan panitia? 
Apa yang kamu akan lakukan kalau murid kelas kamu tak dapat menjawab soalan ujian? 
Berikan satu pendekatan semasa kamu mengajar. 
Apa yang kamu faham tentang 'hands-on'. Berikan satu ayat untuk menerangkannya. 
Definisi Hands On 
Menurut pandangan beberapa orang guru di luar Negara, Pembelajaran secara hands on 
melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya dimana ia dapat meningkatkan keupayaan 
pelajar untuk berfikir secara kritikal. Sister Judith Mary Frederick, fifth grade teacher, St. 
Mary's Elementary School, Sandusky, OH pula mendefiniskan Pembelajaran secara hands 
on bukan sekadar pembelajaran secara suka-suka kerana ia berupaya untuk menjadikan
pelajar sebagai individu yang dapat berfikir secara kritikal, berupaya mengaplikasikan apa 
yang dipelajari dalam kehidupan tetapi apa yang paling penting adalah proses pembelajaran 
untuk menghadapi situasi kehidupan yang pelbagai. 
Beberapa orang tokoh luar Negara juga turut memberikan maksud hand on mengikut 
pandangan dan pendapat masing-masing. Karen Worth, Education Development Center 
Inc., Newton, MA mendefinisikanpembelajaran hands on bukan sekadar memanipulasi 
alatan. Ia melibatkan penyiasatan yang berkaitan objek, bahan, fenomena dan idea serta 
dapat memahami sesuatu daripada pengalaman-pengalaman tersebut. Menurut Julie 
Gantcher, Bronx Zoo Education Department, producers of Pablo Python Looks at Animals, 
Bronx, NY , Pembelajaran secara hands on merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan 
dan jelas serta meningkatkan perasaan ingin tahu, kompetensi serta kreativiti melalui aktiviti 
yang dijalankan secara amali. 
Secara kesimpulannya, Hands on ialah belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka 
lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Ia juga membawa maksud pelajar mempunyai 
objek (hidup atau bukan hidup) yang sesuai yang dapat digunakan untuk tujuan penyiasatan 
Cara Pelaksanaan Aktiviti Hands On 
Terdapat beberapa langkah dan kaedah untuk melaksanakan aktiviti hands on. Antaranya 
ialah aktiviti hands on memerlukan penerangan yang ringkas dan mudah difahami. 
Tambahan pula, kanak-kanak kelainan upaya agak sukar untuk memahami sesuatu arahan. 
Guru juga perlu memilih aktiviti yang biasa berlaku di persekitaran pelajar untuk 
memudahkan mereka memahami apa yang mereka lakukan. 
Bagi meningkatkan kefahaman murid untuk aktiviti yang dilakukan, guru mestilah memilih 
aktiviti yang berkaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain. Guru juga perlu peka 
dengan minat murid-murid kelainan upaya ini. Rancang aktiviti sains yang menjurus kepada 
minat mereka. Dengan itu, guru akan lebih senang untuk mengawal murid-murid ketika 
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. 
Guru juga perlu mengelakkan aktiviti yang memerlukan banyak penerangan dan arahan. Hal 
ini kerana murid akan menjadi keliru dan tidak memahami apa yang perlu dilakukan. Aktiviti 
yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar juga harus dielakkan seperti ingin menerangkan 
konsep medan magnet. Apabila kanak-kanak telah mahir menggunakan alatan sains seperti 
kanta pembesar, pembaris dan sebagainya, jadikan peralatan ini sebagai instrumen 
pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan sepanjang masa 
KELEBIHAN AKTIVITI HANDS ON 
Terdapat beberapa kelebihan aktiviti hands on kepada murid kelainan upaya. Antaranya 
ialah dapat memingkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan 
pembelajaran. Murid kelainan upaya ini kurang berminat untuk belajar dan melibatkan dalam 
pembelajaran. Dengan memberi mereka peluang untuk melaksanakan aktiviti akan 
membuatkan mereka berasa berminat untuk belajar. 
Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang apa yang dipelajari 
dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih lama. Aktiviti hands 
on juga memudahkan murid untuk memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah. 
Murid kelainan upaya juga akan berasa seronok dan terhibur ketika mengikuti pengajaran 
dan pembelajaran. 
Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan strategi aktiviti 
hands on, murid akan dapat memindahkan pengalaman yang dipelajari dalam situasi 
kehidupan yang bersesuaian. Selain itu, murid juga dapat menambahkan pengalaman 
melalui aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru terbaik.
Pencapaian murid dalam pembelajaran sains juga dapat ditingkatkan dengan menggunakan 
strategi aktiviti hands on. Selain itu, aktiviti hands on yang dilakukan dapat meningkatkan 
sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu murid. Aktiviti hands on turut meningkatkan kemahiran-kemahiran 
proses sains seperti kemahiran memerhati dan keupayaan untuk 
menginterpretasi data. 
Sambutan Hari Guru 
Pada masa kini pula, hari guru disambut untuk menghargai jasa dan pengorbanan 
para guru dalam usaha dan kesungguhan mereka menyampaikan ilmu dan 
mendidik anak didiknya. Disebabkan Islam juga mengajar menghargai jasa guru, 
maka acara yang bertujuan menghargai dan mengingati jasa mereka 
adalah mubah (harus) dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja selagi tidak 
melanggar hukum syarak. Antara contoh perlanggaran hukum syarak ialah 
percampuran antara lelaki dan perempuan (ikhtilat), mewajibkan pelajar memberikan 
hadiah kepada guru, dan menetapkan tarikh tertentu agar menyambutnya selari 
dengan peristiwa penting yang disambut oleh hadharah bukan Islam. 
Secara sejarahnya, pemerintah Malaysia memilih tarikh 16 Mei untuk menyambut 
hari guru sebagai memperingati bermulanya Dasar Pelajaran Kebangsaan iaitu pada 
16 Mei 1956. Pada tarikh inilah dokumen cadangannya yang dikenali sebagai 
Penyata Razak diterima oleh Majlis Undang-Undang Tanah Melayu, yang ketika itu 
masih di bawah penjajahan British. 
Sehubungan itu, janganlah kita meraikan guru hanya pada 16 Mei kerana meraikan 
tarikh bermulanya satu dasar pendidikan sekularisme ke dalam sebuah negara yang 
juga mengamalkan sistem kapitalisme. Sebagai Muslim, kita hendaklah memahami 
bahawa hanya aqidah Islam yang boleh menjadi dasar pendidikan negara dan 
hanya ini sahajalah yang mampu melahirkan umat yang sentiasa melaksanakan 
peranan mereka dengan benar di muka bumi ini. Justeru, yang menjadi kewajipan 
bagi kita ialah menukar sistem pendidikan dan semua sistem lain yang berteraskan 
sekularisme dalam negara kepada sistem Islam yang berasaskan aqidah Islam. 
MENGAWAL EMOSI MURID 
Oleh itu, sebagai seorang guru, mereka mesti diberikan galakan dan dorongan untuk 
meningkatkan lagi keinginan mereka untuk menjalankan suatu aktiviti. Mereka perlu 
diberikan peneguhan positif atau penghargaan terhadap kerja atau tugasan yang 
diberikan seperti puji-pujian atau memberikan hadiah sebagai galakan. Ini akan 
memberikan kesan perkembangan emsoi yang baik kepada mereka . sebaliknya 
implikasinya sekiranya keinginan mereka dihalang iaitu perasaaan rendah diri dan 
kurang yakin akan terbentuk. 
Berdasarkan ciri –ciri perkembangan emosi yang dijelaskan di atas, terdapat tiga 
cara guru dapat membantu kanak-kanak untuk mencapai perkembangan emosi 
yang sihat. 
Guru perlu memupuk emosi murid yang sihat mengikut perkembangan umurnya. 
Guru juga perlu mencegah dan mengawal tingkah laku murid dan perkembangan
emosi yang tidak diingini yang mungkin berlaku dalam peringat ini. Oleh itu guru juga 
mesti seorang yang penyayang dan membantu murid dalam mengawal emosi 
mereka dalam situasi tertentu serta membimbing mereka dalam menghadapi 
masalah. 
Dalam membantu dan membimbing mereka, guru boleh membantu kanak-kanak ini 
untuk mencapai perkembangan emosi yang sihat dengan tiga cara. Cara yang 
pertama, guru boleh mengadakan atau menjalankan aktiviti-akitiviti dalam 
pengajaran, dan kendalikan kerja kumpulan agar murid-murid berlainan jantina 
dapat berinteraksi serta bertukar- tukar pendapat. Ini akan dapat memupuk 
perasaan keinginan mereka untuk belajar dan menguasai sesuatu kemahiran 
bersama-sama dengan rakan. 
Selain itu, cara yang lain ialah mengadakan aktiviti-aktiviti kokurikulum agar murid-murid 
dapat bergaul dengan baik dan mempelajari sesuatu kemahiran yang baru. 
Secara tidak langsung ini akan dapat membentuk rasa yakin diri dan motivasi dalam 
diri mereka. Dan akhir sekali, guru mestilah memberikan peluang bagi murid-murid 
dapat menikmati kejayaan dengan memberiukan peluang bagi yang lemah dan 
memberikan perhatian terhadap mereka. Secara tidak langsung ini akan dapat 
mengekalkan penghargaan kendiri mereka yang positif. 
Ini merupakan antara cara atau langkah yang dapat guru aplikasikan dalam 
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Ini kerana 
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada rancangan 
pengajaran guru berlandaskan perkembangan murid. Oleh itu, strategi pengajaran 
dan pembelajaran hendaklah sesuai dengan perkembangan emosi mereka, 
jasmani,kognitifdan sosial murid. 
1. Apakah teknologi hijau? 
Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk 
memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti 
manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang 
bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. 
Apakah yang perlu dilakukan oleh Msia utk capai Wawasan 2020 
2. Sebab Malaysia mahu capai Wawasan 2020. 
3. Apa yang dimaksudkan dengan negara Berpendapatan Tinggi. 
4. Dalam PPPM, apa yang berkaitan dengan LINUS? 
5. KBKK - Jika murid tak reti KV.KVK,KVKV, apa tindakan anda sebagai guru untuk menarik 
minat murid belajar. 
- 11 Anjakan PPPM beserta usaha kerajaan merealisasikan anjakan tersebut. (pastikan 
fakta anda betul) 
- 5 prinsip Rukun Negara beserta huraiannya. 
- Nama-nama Menteri beserta portfolio kementerian mereka. 
- pembentukan sesebuah kerajaan negeri ataupun pusat, (DUN dan Parlimen) 
- GTP 
- NKRA (sub NKRA pendidikan)
- Tugas-tugas GB, Pen. Kanan, Ketua Panitia. 
- Kaedah mengajar subjek 
1)apa tujuan dtg ke sini? 
2)sebutkan prinsip rukun negara 
3)apa itu FPK? 
4)apa yang anda tahu ttg 1M1S? 
5)tujuan 1m1s 
6)apa itu penilaian sumatif? 
Bagaimana guru boleh meningkatkan profesionalismenya di sekolah? 
Berapakah kapasiti penduduk Malaysia? Berapa nisbah lelaki dan perempuan? Berikan 
alasan kamu kenapa? 
Dimanakah kamu perlu merujuk untuk mengetahui kapisiti penduduk di Malaysia?

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Peranan bahasa ibu sebagai bahasa pengantar pendidikan untuk anak di kelas re...
Peranan bahasa ibu sebagai bahasa pengantar pendidikan untuk anak di kelas re...Peranan bahasa ibu sebagai bahasa pengantar pendidikan untuk anak di kelas re...
Peranan bahasa ibu sebagai bahasa pengantar pendidikan untuk anak di kelas re...Delima Ross
 
Masalah pencemaran bahasa
Masalah pencemaran bahasaMasalah pencemaran bahasa
Masalah pencemaran bahasaBlizz Blizzmito
 
SME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa PengantarSME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa Pengantardewiatiqah
 
Bahasa melayu tingkatan_6_semester_2
Bahasa melayu tingkatan_6_semester_2Bahasa melayu tingkatan_6_semester_2
Bahasa melayu tingkatan_6_semester_282328
 
Assgment sejarah melayu
Assgment  sejarah  melayu Assgment  sejarah  melayu
Assgment sejarah melayu Ahmad NazRi
 
Assgment sejarah melayu
Assgment sejarah melayuAssgment sejarah melayu
Assgment sejarah melayuShon Shawn
 
51648086 pencemaran-bahasa
51648086 pencemaran-bahasa51648086 pencemaran-bahasa
51648086 pencemaran-bahasasyanis_72
 
INISIATIF MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
INISIATIF MEMARTABATKAN BAHASA MELAYUINISIATIF MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
INISIATIF MEMARTABATKAN BAHASA MELAYUidahara
 
Bahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu SaintifikBahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu SaintifikRafiza Diy
 
Pembinaan dan pengembangan bahasa indonesia
Pembinaan dan pengembangan bahasa indonesiaPembinaan dan pengembangan bahasa indonesia
Pembinaan dan pengembangan bahasa indonesiaAwanda Siti Hajar
 
PENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAHPENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAHdewiatiqah
 
Contoh teks pidato bulan bahasa
Contoh teks pidato bulan bahasaContoh teks pidato bulan bahasa
Contoh teks pidato bulan bahasaSukardi Juniardi
 
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...Sherly Jewinly
 

La actualidad más candente (18)

Peranan bahasa ibu sebagai bahasa pengantar pendidikan untuk anak di kelas re...
Peranan bahasa ibu sebagai bahasa pengantar pendidikan untuk anak di kelas re...Peranan bahasa ibu sebagai bahasa pengantar pendidikan untuk anak di kelas re...
Peranan bahasa ibu sebagai bahasa pengantar pendidikan untuk anak di kelas re...
 
Bahasa rojak
Bahasa rojakBahasa rojak
Bahasa rojak
 
Masalah pencemaran bahasa
Masalah pencemaran bahasaMasalah pencemaran bahasa
Masalah pencemaran bahasa
 
SME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa PengantarSME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa Pengantar
 
Bahasa melayu tingkatan_6_semester_2
Bahasa melayu tingkatan_6_semester_2Bahasa melayu tingkatan_6_semester_2
Bahasa melayu tingkatan_6_semester_2
 
Assgment sejarah melayu
Assgment  sejarah  melayu Assgment  sejarah  melayu
Assgment sejarah melayu
 
Tugasan tamadun islam dan tamadun asia
Tugasan tamadun islam dan tamadun asiaTugasan tamadun islam dan tamadun asia
Tugasan tamadun islam dan tamadun asia
 
Assgment sejarah melayu
Assgment sejarah melayuAssgment sejarah melayu
Assgment sejarah melayu
 
Asgmt BMT.doc
Asgmt BMT.docAsgmt BMT.doc
Asgmt BMT.doc
 
Motivasi bahasa
Motivasi bahasaMotivasi bahasa
Motivasi bahasa
 
51648086 pencemaran-bahasa
51648086 pencemaran-bahasa51648086 pencemaran-bahasa
51648086 pencemaran-bahasa
 
INISIATIF MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
INISIATIF MEMARTABATKAN BAHASA MELAYUINISIATIF MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
INISIATIF MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
 
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan RemajaMenyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
 
Bahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu SaintifikBahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu Saintifik
 
Pembinaan dan pengembangan bahasa indonesia
Pembinaan dan pengembangan bahasa indonesiaPembinaan dan pengembangan bahasa indonesia
Pembinaan dan pengembangan bahasa indonesia
 
PENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAHPENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAH
 
Contoh teks pidato bulan bahasa
Contoh teks pidato bulan bahasaContoh teks pidato bulan bahasa
Contoh teks pidato bulan bahasa
 
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan...
 

Destacado

Assignment pra 5.2009 organisasi
Assignment pra 5.2009 organisasiAssignment pra 5.2009 organisasi
Assignment pra 5.2009 organisasiAishah Idris
 
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanakKerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanakSherly Jewinly
 
Akta 308 akta taman asuhan kanak-kanak 1984
Akta 308   akta taman asuhan kanak-kanak 1984Akta 308   akta taman asuhan kanak-kanak 1984
Akta 308 akta taman asuhan kanak-kanak 1984Izuan Iqbal
 
Pemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistikPemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistikTan Kiew
 
pembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistikpembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistikVertigo Nopristine
 
Edup3033 rubrik pemarkahan kkp
Edup3033 rubrik pemarkahan kkpEdup3033 rubrik pemarkahan kkp
Edup3033 rubrik pemarkahan kkpShyakir Randy
 
Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)
Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)
Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)Stephanie Unsil
 
Panduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadikaPanduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadikaaliztrade
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahHon Shan Shan
 
Pengurusan pembelajaran (Bilik Darjah)
Pengurusan pembelajaran (Bilik Darjah)Pengurusan pembelajaran (Bilik Darjah)
Pengurusan pembelajaran (Bilik Darjah)Aisyah Ismail
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 

Destacado (18)

Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanakSoalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
 
Assignment pra 5.2009 organisasi
Assignment pra 5.2009 organisasiAssignment pra 5.2009 organisasi
Assignment pra 5.2009 organisasi
 
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanakKerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
 
Akta 308 akta taman asuhan kanak-kanak 1984
Akta 308   akta taman asuhan kanak-kanak 1984Akta 308   akta taman asuhan kanak-kanak 1984
Akta 308 akta taman asuhan kanak-kanak 1984
 
Pentaksiran holistik
Pentaksiran holistikPentaksiran holistik
Pentaksiran holistik
 
Pemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistikPemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistik
 
Temu duga
Temu dugaTemu duga
Temu duga
 
pembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistikpembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistik
 
Kemahiran temuduga
Kemahiran temuduga Kemahiran temuduga
Kemahiran temuduga
 
Rubrik pemarkahan holistik
Rubrik pemarkahan holistikRubrik pemarkahan holistik
Rubrik pemarkahan holistik
 
Edup3033 rubrik pemarkahan kkp
Edup3033 rubrik pemarkahan kkpEdup3033 rubrik pemarkahan kkp
Edup3033 rubrik pemarkahan kkp
 
Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)
Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)
Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Panduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadikaPanduan.penubuhan.tadika
Panduan.penubuhan.tadika
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolah
 
Pengurusan pembelajaran (Bilik Darjah)
Pengurusan pembelajaran (Bilik Darjah)Pengurusan pembelajaran (Bilik Darjah)
Pengurusan pembelajaran (Bilik Darjah)
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 

Similar a temuduga (20)

Tugasan ppsmi
Tugasan ppsmiTugasan ppsmi
Tugasan ppsmi
 
MBMMBI
MBMMBIMBMMBI
MBMMBI
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Oum
OumOum
Oum
 
Hsp bm f3
Hsp bm f3Hsp bm f3
Hsp bm f3
 
Asigm bm
Asigm bmAsigm bm
Asigm bm
 
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
 
Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5
 
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5 Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
 
Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5
 
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
 
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
 
Sukatan Pelajaran
Sukatan PelajaranSukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran
 
Sp bm kbsm
Sp bm kbsmSp bm kbsm
Sp bm kbsm
 
Sp bm kbsm
Sp bm kbsmSp bm kbsm
Sp bm kbsm
 
Sukatan pelajaran-bm2
Sukatan pelajaran-bm2Sukatan pelajaran-bm2
Sukatan pelajaran-bm2
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Hsp bm f2
Hsp bm f2Hsp bm f2
Hsp bm f2
 

Último

Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 

Último (20)

Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 

temuduga

  • 1. BAHASA MELAYU Knp nk jd cikgu bm. Yg tu doa nak mbmmbi.. Pastu lgkah mmrtbatkan bhasa mlayu..dia suh bt micro teaching skli.. PENDAHULUAN ' Bahasa jiwa bangsa'itulah frasa yang paling sesuai untuk menunjukkan signifikan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa lain di Malaysia.-Pelbagai polemik telah dibangkitkan sejak akhir ini -membicarakan identiti bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun yang bernama Malaysia.- Menurut kamus pelajar,memartabat bermaksud - melestarikan sesuatu supaya ia menjadi kekal seperti sediakala.Sejak kebelakangan ramai masyarakat malu untuk menggunakan bahasa ibunda kita iaitu bahasa melayu.- Ini menjejaskan imej negara - bahasa melayu bahasa nasional kita.- Persoalannya apakah langkah-langkah memartabatkan bahasa melayu? ISI-ISI PENTING 1. Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalamkalangan masyarakat agar cintakan bahasa melayu.- Contohnya,DBP perlu bekerjasamadenagn pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa melayu.-sekiranya bahasa bahasa melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain.'duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bahasa antarabangsa yang lain. 2. kita mestilah melibatkan diri dalam komuniti - seperti di sekolah atau badan-badan lain yang relevan.- contohnya di sekolah boleh menimbulkan kesedaran tentang keistimewaan bahasa melayu -melambangkan jati diri bahasa melayu di dalam kelas.-Boleh menjalani program sekolah yang mempromosikan bengkel bahasa melayu. 3. Memupuk kesedaran tentang kepentingan bahasa melayu dalam kalangan anak-anak sejak azali lagi.-kesedaran tersebut perlulah dimainkan peranan oleh ibu bapa dan guru.-contonya, ibu bapa mestilah menggunakan bahasa yang betul apbila bertutur dengan anak-anak.-sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak azali seperti kata peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa Sejak lebih 50 tahun lalu bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa rasmi sejak merdeka. Sepuluh tahun selepas merdeka, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, mengikut perkara 152. Krisis baharu yang melanda bahasa Melayu ialah adanya rakyat negara ini meminggirkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan kita. Krisis ini berlaku kerana tanggapan yang salah oleh masyarakat tentang kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa kemajuan negara ini. Faktor kedua ialah kerana sikap orang Melayu sendiri. Ada segelintir orang Melayu yang berkuasa telah meminggirkan bahasa Melayu daripada rancangan pembangunan.
  • 2. Jika keadaan ini berterusan, kita akan terus tertinggal dalam arus kemajuan, bankrap dalam bidang ilmu, teknologi, dan budaya serta akhirnya terkubur di negara sendiri. Ada ibu bapa mendidik anaknya bertutur dalam bahasa Inggeris, kononnya jika tidak menguasai bahasa itu mereka sukar mendapat sebarang pekerjaan di negara ini. Dalam dunia keusahawanan, orang-orang Melayu sendiri malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan bangsanya sendiri, kononnya takut dikaitkan ketinggalan zaman atau tertinggal dalam arus teknologi moden. Bangsa kita tidak terdesak untuk mencipta ilmu dan teknologi baharu kerana ilmu itu dapat diperoleh dan dibeli daripada dunia lain - dari Barat atau Timur. Janganlah kita menuding jari sekiranya bahasa Melayu dipinggirkan kerana kita sendiri enggan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi, bahasa pencipta ilmu dan budaya atau bahasa tamadun tinggi. Masyarakat kita sendiri lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan, malah dalam perbualan seharian, kita lebih berminat menggunakan bahasa Inggeris walaupun penguasaan bahasa Inggeris kita tidaklah sebaik mana. Dasar penswastaan yang tidak terhad dikatakan semakin mengetepikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di menara gading. Walaupun pelajar-pelajar di sekolah menerima pendidikan bahasa Melayu selama tiga belas tahun namun mereka meninggalkan bahasa itu selepas tamat persekolahan untuk melanjutkan pengajian ke kolej swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Bagaimanapun, pendidik di negara ini memainkan peranan yang penting untuk memartabatkan bahasa Melayu serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Melayu. Golongan pendidik hari ini telah melaksanakan konsep bahasa Melayu dalam kalangan ma-syarakat. Peranan pendidik adalah penting kerana mereka juga bertanggungjawab membimbing guru subjek lain. Malah peranan pendidik juga lebih penting dalam memartabatkan bahasa Melayu kerana dalam kurikulum pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya menggunakan bahasa Melayu yang baik dan membanggakan. Selain itu, dalam konteks yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu diterapkan melalui pendidikan bahasa. Pelajar di institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan proaktif untuk memartabatkan bahasa Melayu. Mereka perlu bergerak sederap bagi mengukuhkan lagi kedudukan bahasa Melayu dalam semua bidang ilmu. Langkah-langkah yang dijalankan seperti menganjurkan Minggu Bahasa Melayu, Bulan Bahasa Kebangsaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Melayu. Pembabitan semua pihak yang peka terhadap keperluan dan perubahan patut diberikan pujian. Minggu Bahasa Melayu yang dianjurkan contohnya dapat mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Melayu dalam kalangan generasi kini. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan badan utama yang memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Melalui peranan dan usaha yang dimainkan, bahasa Melayu telah digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi, perbankan serta insurans.
  • 3. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-buku pengistilahan dan glosari dalam bahasa Melayu yang mencakupi pelbagai bidang tersebut. Sebelum ini, kebanyakan istilah yang digunakan diambil daripada bahasa Inggeris. Di samping itu, DBP hendaklah juga menjadi mentor dan menggerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan bahasa kebangsaan di seluruh negara. DBP hendaklah sentiasa menasihat, menegur, dan membimbing pemimpin kerajaan, swasta, media cetak atau media elektronik supaya menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam semua urusan rasmi. “Selain itu, peranan media massa juga tidak harus diketepikan. Media massa mempunyai tanggungjawab sosial bagi memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Melayu. Peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Melayu amatlah dialu-alukan. Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar Malaysia seiring dengan promosi perniagaan atau produk yang ditawarkan. Kegiatan promosi dan pasaran secara sistematik akan memberikan pulangan yang memberangsangkan dalam perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi, sains, dan teknologi. Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan sesuatu jenama haruslah menggunakan bahasa Melayu yang betul. Dengan cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Melayu bukan sahaja di negara kita malah di arena global. Warga Malaysia mesti membetulkan kelakuan, sikap, tanggapan, dan semangat mereka terhadap bahasa Melayu. Pertemuan raksasa dalam kalangan orang Malaysia yang pelbagai latar belakang perlu diadakan untuk membincangkan segala masalah yang mengancam bahasa Melayu hari ini. Sebagai kesimpulan, langkah-langkah yang konkrit dan pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu - bahasa kebangsaan kita. Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh seluruh rakyat Malaysia. Setiap warga yang pelbagai keturunan haruslah memanfaatkan masa untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu dengan baik dan memartabatkan bahasa Melayu yang ternyata memberikan faedah yang besar kepada perpaduan, keharmonian dan teknologi Malaysia.
  • 4. Lima Peranan Guru Dalam Menjayakan MBMMBI i. Memupuk kesedaran dan minat murid terhadap subjek bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui kaedah, strategi dan teknik p&p Pepatah ada mengatakan "Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya". Oleh itu, bagi memastikan generasi muda kita dapat menguasai bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dengan baik, amatlah penting bagi guru untuk menarik minat mereka sejak di bangku sekolah lagi. Persoalannya, bagaimana guru hendak menarik dan memupuk kesedaran murid tentang kepentingan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris? Jawapannya mudah sahaja iaitu melalui kepelbagaian strategi, kaedah dan teknik p&p di dalam bilik darjah. Guru yang berkesan ialah guru yang kreatif dan inovatif dalam p&pnya. Elemen-elemen menyeronokkan dan berkonsepkan didik hibur boleh diserap dan diperkenalkan di dalam bilik darjah.Guru boleh mempelbagaikan aktiviti p&p dengan aktiviti-aktiviti seperti nyanyian, persembahan, lakonan, kuiz dan sebagainya supaya proses p&p lebih menarik dan menyeronokkan. Pendekatan p&p yang sebegini menyediakan suasana bilik darjah yang lebih ceria dan menarik. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk belajar serta menggalakkan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat dan pembelajaran yang lebih bermakna dan berkesan. ii. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam p&p Perkembangan teknologi maklumat begiru dinamik termasuk juga di dalam bidang pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran. Sedar atau tidak kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu gelombang yang telah mempengaruhi pendidikan di negara kita dari segi penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan p&p yang bersifat interaktif serta menghiburkan. Oleh itu, guru perlulah memahirkan diri mereka dengan kemahiran teknologi ICT serta dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang terkini yang meliputi bidang teknologi maklumat dan komunikasi agar objektif dan matlamat p&p mereka dapat dicapai. iii. Menganjurkan dan menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam program bacaan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pernah manyatakan hasrat beliau untuk menjadikan Malaysia sebagai "Negara Pembaca". Ini kerana melalui bacaan, seseorang itu dapat meluaskan ilmu pengetahuannya baik dari segi ekonomi, politik, social dan lain-lain. Namun, yang penting di sini ialah melalui budaya membaca juga, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran berbahasa seseorang itu dapat dipertingkat. Dalam usaha menjayakan dasar MBMMBI, guru boleh menggalakkan para pelajarnya terlibat dalam program bacaan seperti Komponen Sastera dalam bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur , Nilam dan sebagainya. Program atau aktiviti sebegini bukan sahaja mampu meluaskan pengetahuan para pelajar malah dapat juga mendedahkan mereka kepada elemen-elemen sastera dan seterusnya meningkatkan kemahiran berbahasa mereka.
  • 5. iv. Mewujudkan Persekitaran Pembelajaran yang kondusif Aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah secara tersuratnya kelihatan tidak berkaitan dengan dasar MBMMBI yang dibincangkan di sini. Namun, secara tersiratnya aspek ini memainkan peranan yang agak penting juga bagi guru dalam usaha menjayakan dasar ini.Seperti yang kita semua sedia maklum, sekolah ialah tempat penyebaran ilmu yang utama. Untuk menjadikan pelajar suka akan ilmu, guru harus bijak memainkan peranan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selesa dan sesuai untuk pelajar. Untuk itu, aspek kebersihan, keceriaan, dan keselamatan di sekolah harus juga dititikberatkan. Guru perlulah kreatif dalam memotivasikan murid untuk belajar di sekolah. Misalnya, guru boleh menyediakan bilik darjah yang ceria dengan bahan-bahan ABM atau BBM yang berwarna-warni serta menarik, suasana sosioemosi kelas yang mesra dan ceria serta persekitaran yang ideal untuk murid menimba ilmu. Dengan ini, p&p yang bermakna dan berkesan dapat diwujudkan. v. Mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat Kita sebagai seorang dewasa mempunyai berbagai-bagai sebab untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai peringkat samaada diploma atau ijazah di pusat-pusat pengajian tinggi. Ada yang melanjutkan pelajaran kerana ingin mengikuti program atau aktiviti yang ditawarkan, ada yang inginkan kenaikan gaji atau pangkat dan ada juga yang inginkan kepuasan ilmu. Namun sebagai seorang pendidik yang matang dan bertanggungjawab, budaya pembelajaran sepanjang hayat haruslah diamalkan. Peluang untuk menimba ilmu serta kemahiran haruslah direbut bagi memajukan diri, meningkatkan profesionalisme keguruan serta menyampaikan ilmu pengetahuan yang kita peroleh kepada anak didik kita. Peluang untuk mengahdiri kursus-kursus, bengkel-bengkel, seminar-seminar mahupun peluang melanjutkan pelajaran seperti program PPG,PJJ dan sebagainya mampu memastikan negara menghasilkan pendidik yang berkualiti serta berpengetahuan luas. CARA NAK BAGI MURID KREATIF Chambers (1972) pula telah melakukan kajian terhadap 397 orang saintis dalam bidang psikologi dan kimia yang telah dicalonkan sebagai kreatif oleh jabatan di universiti di mana mereka telah mendapat ijazah sarjana muda atau sarjana. Para saintis ini kemudiannya telah mencalonkan seramai 2,696 orang guru yang telah mempengaruhi peningkatan kreativiti mereka semasa mereka belajar di Intitusi Pengajian Tinggi pada peringkat sarjana muda dan sarjana. Mereka kemudiannya telah diminta untuk memilih dari satu inventori tingkah laku guru yang membantu peningkatan kreativiti mereka dan kemudiannya memilih dari inventori yang sama tingkah laku guru yang membantutkan kreativiti mereka. Di antara tingkah laku guru yang membantu peningkatan kreativiti mereka mengikut urutan keutamaan ialah: i. Guru mendorong pelajar supaya berdikari dan bebas. ii. Guru menjadi model kepada pelajar. iii. Guru menghabiskan banyak masa dengan pelajar di luar waktu mengajar.
  • 6. iv. Semangat yang ditunjukkan oleh guru. v. Guru menerima pelajar sebagai setaraf dengannya. vi. Guru terus memberi ganjaran kepada tingkah laku kreatif yang ditunjukkan oleh pelajar (Chambers 1972). Manakala tingkah laku guru yang membantutkan kreativiti pelajar mengikut senarai keutamaan ialah: i. Guru tidak menggalakkan para pelajar mengeluarkan idea mereka sendiri. ii. Guru tidak merasa yakin pada diri mereka sendiri. iii. Guru menggalakkan pembelajaran secara hafalan. iv. Guru menpunyai minat yang sempit. v. Guru sukar dihubungi di luar bilik darjah (Chambers 1972). Shallcross (1981), menyarankan agar guru menyediakan iklim persekitaran yang membantu pembangkitan tingkah laku kreatif di kalangan pelajar. Untuk itu tambah beliau lagi, guru perlu mengambil kira tiga faktor utama iaitu fizikal, mental dan emosi. Iklim fizikal merujuk kepada susunan fizikal bilik darjah yang akan menyokong segala aktiviti yang akan dijalankan. Salah satu aspek fizikal yang perlu diambil kira ialah penyediaan ruang untuk aktiviti yang berbeza. Iklim mental atau intelektual pula merujuk kepada pelbagai jenis rangsangan dan cabaran untuk disesuaikan dengan keperluan tindak balas pelajar. Namun begitu, iklim fizikal dan iklim intelektual yang sesuai sahaja masih tidak mendatangkan apa-apa kesan seandainya iklim emosional tidak menyokong kedua-duanya. Iklim emosional yang menyokong bermaksud memberikan pelajar keselamatan peribadi untuk bereaksi terhadap rangsangan fizikal dan intelektu Cropley (1997) telah menyenaraikan ciri-ciri tingkah laku guru yang berikut sebagai ciri-ciri tingkah laku yang memupuk kreativiti dalam bilik darjah: 1. Menggalakkan pelajar untuk belajar secara bebas. 2. Memiliki stail pengajaran yang saling bekerjasama dengan pelajar dan bersepadu secara sosial. 3. Memotivasikan pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan untuk dijadikan asas kepada pemikiran divergen. 4. Menangguhkan sebarang penilaian terhadap idea yang dikemukakan oleh pelajar kecuali setelah idea-idea tersebut telah diteliti dan diungkapkan dengan jelas. 5. Menggalakkan pelajar berfikir secara fleksibel. 6. Menggalakkan pelajar melakukan penilaian kendiri terhadap idea-idea yang mereka keluarkan. 7. Mengambil segala cadangan dan soalan pelajar secara serius atau bersungguh-sungguh. 8. Menawarkan kepada pelajar peluang-peluang untuk melakukan tugasan dengan menggunakan pelbagai bahan dan dalam berbagai keadaan. 9. Membantu pelajar belajar bagaimana untuk menghadapi kekecewaan dan kegagalan supaya pelajar akan tabah untuk mencuba sesuatu yang
  • 7. Apa beza pendidik dan pengajar? Sebenarnya pengajar ini lebih tertumpu pengajaran di dalam kelas semata-mata, manakala peranan yang dimainkan oleh seorang pendidik ini lebih daripada itu. Pendidik lebih merujuk kepada mendidik seseorang supaya menjadi insan kamil dan membentuk peribadi yang mulia. Hal ini menunjukkan bahawa pendidik ini bukan sahaja membentuk insan yang berilmu pengetahuan tinggi, bahkan dapat melahirkan individu atau masyarakat yang bersahsiah tinggi Kenapa dulu kementerian pendidikan tapi kini kementerian pelajaran? Kementerian Pelajaran kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Beliau, yang juga menteri pendidikan berkata perubahan nama kementerian itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu lepas setelah pakar bahasa sependapat istilah pendidikan lebih tepat berbanding pelajaran. “Pakar bahasa berpendapat istilah pendidikan lebih tepat dan sebab itu Perdana Menteri bersetuju dan saya juga telah beritahu pegawai supaya menerimanya sebagai nama baru, malah nama kementerian pendidikan juga pernah digunakan sebelum ini,” katanya kepada wartawan Malaysia di Phuket. Apa beza seni dan sains? Boleh kamu petik apa yang dikatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan? Apa itu PBS? Pada pendapat kamu, semua murid perlu diberi band 6 ka? Apa pendapat kamu, kalau ada murid yang langsung tiada band? Guru tak buat penaksiran ka? Pada pendapat kamu, apa peranan panitia di sekolah? adakah diwujudkan kerana suka-suka saja? Kalaulah kelas kamu mengajar itu, murid mendapat pencapaian yang teruk, adakah soalan tu susah? Apa peranan panitia? Apa yang kamu akan lakukan kalau murid kelas kamu tak dapat menjawab soalan ujian? Berikan satu pendekatan semasa kamu mengajar. Apa yang kamu faham tentang 'hands-on'. Berikan satu ayat untuk menerangkannya. Definisi Hands On Menurut pandangan beberapa orang guru di luar Negara, Pembelajaran secara hands on melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya dimana ia dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal. Sister Judith Mary Frederick, fifth grade teacher, St. Mary's Elementary School, Sandusky, OH pula mendefiniskan Pembelajaran secara hands on bukan sekadar pembelajaran secara suka-suka kerana ia berupaya untuk menjadikan
  • 8. pelajar sebagai individu yang dapat berfikir secara kritikal, berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan tetapi apa yang paling penting adalah proses pembelajaran untuk menghadapi situasi kehidupan yang pelbagai. Beberapa orang tokoh luar Negara juga turut memberikan maksud hand on mengikut pandangan dan pendapat masing-masing. Karen Worth, Education Development Center Inc., Newton, MA mendefinisikanpembelajaran hands on bukan sekadar memanipulasi alatan. Ia melibatkan penyiasatan yang berkaitan objek, bahan, fenomena dan idea serta dapat memahami sesuatu daripada pengalaman-pengalaman tersebut. Menurut Julie Gantcher, Bronx Zoo Education Department, producers of Pablo Python Looks at Animals, Bronx, NY , Pembelajaran secara hands on merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan dan jelas serta meningkatkan perasaan ingin tahu, kompetensi serta kreativiti melalui aktiviti yang dijalankan secara amali. Secara kesimpulannya, Hands on ialah belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Ia juga membawa maksud pelajar mempunyai objek (hidup atau bukan hidup) yang sesuai yang dapat digunakan untuk tujuan penyiasatan Cara Pelaksanaan Aktiviti Hands On Terdapat beberapa langkah dan kaedah untuk melaksanakan aktiviti hands on. Antaranya ialah aktiviti hands on memerlukan penerangan yang ringkas dan mudah difahami. Tambahan pula, kanak-kanak kelainan upaya agak sukar untuk memahami sesuatu arahan. Guru juga perlu memilih aktiviti yang biasa berlaku di persekitaran pelajar untuk memudahkan mereka memahami apa yang mereka lakukan. Bagi meningkatkan kefahaman murid untuk aktiviti yang dilakukan, guru mestilah memilih aktiviti yang berkaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain. Guru juga perlu peka dengan minat murid-murid kelainan upaya ini. Rancang aktiviti sains yang menjurus kepada minat mereka. Dengan itu, guru akan lebih senang untuk mengawal murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru juga perlu mengelakkan aktiviti yang memerlukan banyak penerangan dan arahan. Hal ini kerana murid akan menjadi keliru dan tidak memahami apa yang perlu dilakukan. Aktiviti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar juga harus dielakkan seperti ingin menerangkan konsep medan magnet. Apabila kanak-kanak telah mahir menggunakan alatan sains seperti kanta pembesar, pembaris dan sebagainya, jadikan peralatan ini sebagai instrumen pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan sepanjang masa KELEBIHAN AKTIVITI HANDS ON Terdapat beberapa kelebihan aktiviti hands on kepada murid kelainan upaya. Antaranya ialah dapat memingkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid kelainan upaya ini kurang berminat untuk belajar dan melibatkan dalam pembelajaran. Dengan memberi mereka peluang untuk melaksanakan aktiviti akan membuatkan mereka berasa berminat untuk belajar. Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang apa yang dipelajari dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih lama. Aktiviti hands on juga memudahkan murid untuk memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah. Murid kelainan upaya juga akan berasa seronok dan terhibur ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan strategi aktiviti hands on, murid akan dapat memindahkan pengalaman yang dipelajari dalam situasi kehidupan yang bersesuaian. Selain itu, murid juga dapat menambahkan pengalaman melalui aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru terbaik.
  • 9. Pencapaian murid dalam pembelajaran sains juga dapat ditingkatkan dengan menggunakan strategi aktiviti hands on. Selain itu, aktiviti hands on yang dilakukan dapat meningkatkan sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu murid. Aktiviti hands on turut meningkatkan kemahiran-kemahiran proses sains seperti kemahiran memerhati dan keupayaan untuk menginterpretasi data. Sambutan Hari Guru Pada masa kini pula, hari guru disambut untuk menghargai jasa dan pengorbanan para guru dalam usaha dan kesungguhan mereka menyampaikan ilmu dan mendidik anak didiknya. Disebabkan Islam juga mengajar menghargai jasa guru, maka acara yang bertujuan menghargai dan mengingati jasa mereka adalah mubah (harus) dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja selagi tidak melanggar hukum syarak. Antara contoh perlanggaran hukum syarak ialah percampuran antara lelaki dan perempuan (ikhtilat), mewajibkan pelajar memberikan hadiah kepada guru, dan menetapkan tarikh tertentu agar menyambutnya selari dengan peristiwa penting yang disambut oleh hadharah bukan Islam. Secara sejarahnya, pemerintah Malaysia memilih tarikh 16 Mei untuk menyambut hari guru sebagai memperingati bermulanya Dasar Pelajaran Kebangsaan iaitu pada 16 Mei 1956. Pada tarikh inilah dokumen cadangannya yang dikenali sebagai Penyata Razak diterima oleh Majlis Undang-Undang Tanah Melayu, yang ketika itu masih di bawah penjajahan British. Sehubungan itu, janganlah kita meraikan guru hanya pada 16 Mei kerana meraikan tarikh bermulanya satu dasar pendidikan sekularisme ke dalam sebuah negara yang juga mengamalkan sistem kapitalisme. Sebagai Muslim, kita hendaklah memahami bahawa hanya aqidah Islam yang boleh menjadi dasar pendidikan negara dan hanya ini sahajalah yang mampu melahirkan umat yang sentiasa melaksanakan peranan mereka dengan benar di muka bumi ini. Justeru, yang menjadi kewajipan bagi kita ialah menukar sistem pendidikan dan semua sistem lain yang berteraskan sekularisme dalam negara kepada sistem Islam yang berasaskan aqidah Islam. MENGAWAL EMOSI MURID Oleh itu, sebagai seorang guru, mereka mesti diberikan galakan dan dorongan untuk meningkatkan lagi keinginan mereka untuk menjalankan suatu aktiviti. Mereka perlu diberikan peneguhan positif atau penghargaan terhadap kerja atau tugasan yang diberikan seperti puji-pujian atau memberikan hadiah sebagai galakan. Ini akan memberikan kesan perkembangan emsoi yang baik kepada mereka . sebaliknya implikasinya sekiranya keinginan mereka dihalang iaitu perasaaan rendah diri dan kurang yakin akan terbentuk. Berdasarkan ciri –ciri perkembangan emosi yang dijelaskan di atas, terdapat tiga cara guru dapat membantu kanak-kanak untuk mencapai perkembangan emosi yang sihat. Guru perlu memupuk emosi murid yang sihat mengikut perkembangan umurnya. Guru juga perlu mencegah dan mengawal tingkah laku murid dan perkembangan
  • 10. emosi yang tidak diingini yang mungkin berlaku dalam peringat ini. Oleh itu guru juga mesti seorang yang penyayang dan membantu murid dalam mengawal emosi mereka dalam situasi tertentu serta membimbing mereka dalam menghadapi masalah. Dalam membantu dan membimbing mereka, guru boleh membantu kanak-kanak ini untuk mencapai perkembangan emosi yang sihat dengan tiga cara. Cara yang pertama, guru boleh mengadakan atau menjalankan aktiviti-akitiviti dalam pengajaran, dan kendalikan kerja kumpulan agar murid-murid berlainan jantina dapat berinteraksi serta bertukar- tukar pendapat. Ini akan dapat memupuk perasaan keinginan mereka untuk belajar dan menguasai sesuatu kemahiran bersama-sama dengan rakan. Selain itu, cara yang lain ialah mengadakan aktiviti-aktiviti kokurikulum agar murid-murid dapat bergaul dengan baik dan mempelajari sesuatu kemahiran yang baru. Secara tidak langsung ini akan dapat membentuk rasa yakin diri dan motivasi dalam diri mereka. Dan akhir sekali, guru mestilah memberikan peluang bagi murid-murid dapat menikmati kejayaan dengan memberiukan peluang bagi yang lemah dan memberikan perhatian terhadap mereka. Secara tidak langsung ini akan dapat mengekalkan penghargaan kendiri mereka yang positif. Ini merupakan antara cara atau langkah yang dapat guru aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Ini kerana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada rancangan pengajaran guru berlandaskan perkembangan murid. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah sesuai dengan perkembangan emosi mereka, jasmani,kognitifdan sosial murid. 1. Apakah teknologi hijau? Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. Apakah yang perlu dilakukan oleh Msia utk capai Wawasan 2020 2. Sebab Malaysia mahu capai Wawasan 2020. 3. Apa yang dimaksudkan dengan negara Berpendapatan Tinggi. 4. Dalam PPPM, apa yang berkaitan dengan LINUS? 5. KBKK - Jika murid tak reti KV.KVK,KVKV, apa tindakan anda sebagai guru untuk menarik minat murid belajar. - 11 Anjakan PPPM beserta usaha kerajaan merealisasikan anjakan tersebut. (pastikan fakta anda betul) - 5 prinsip Rukun Negara beserta huraiannya. - Nama-nama Menteri beserta portfolio kementerian mereka. - pembentukan sesebuah kerajaan negeri ataupun pusat, (DUN dan Parlimen) - GTP - NKRA (sub NKRA pendidikan)
  • 11. - Tugas-tugas GB, Pen. Kanan, Ketua Panitia. - Kaedah mengajar subjek 1)apa tujuan dtg ke sini? 2)sebutkan prinsip rukun negara 3)apa itu FPK? 4)apa yang anda tahu ttg 1M1S? 5)tujuan 1m1s 6)apa itu penilaian sumatif? Bagaimana guru boleh meningkatkan profesionalismenya di sekolah? Berapakah kapasiti penduduk Malaysia? Berapa nisbah lelaki dan perempuan? Berikan alasan kamu kenapa? Dimanakah kamu perlu merujuk untuk mengetahui kapisiti penduduk di Malaysia?