Ayat 12-19 surah Luqman menyampaikan nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya tentang pentingnya menghindari syirik, mengajak kebaikan, menunaikan solat dengan kesabaran, serta berbuat baik kepada ibu bapa.
4. SIAPAKAH LUQMAN AL-HAKIM
• Luqman al-Hakim ialah seorang hamba Allah
yang soleh lagi bertaqwa.
• Namanya tercatat di dalam al-Quran
• Dianugerahi ilmu pengetahuan , kebijaksanaan ,
kefahaman tentang agama , kemuliaan dan
kedudukan yang tinggi di sisi Allah.
• Beliau hidup dalam zaman Nabi Daud.
• Digelar al-Hakim kerana kata-kata hikmah dan
kisahnya menjadi pengajaran kepada manusia
• Beliau sangat prihatin dalam mendidik anak.
5. NASIHAT LUQMAN
JANGAN SYIRIK KPD ALLAH
SERU KEBAIKAN
CEGAH KEMUNGKARAN
BERSABAR ATAS UJIAN
MENUNAIKAN SOLAT JANGAN SOMBONG
BERBUAT BAIK PD IBU BAPA
RENDAHKAN SUARA
BILA BERCAKAP
JANGAN PALING MUKA
BILA BERCAKAP
6. JANGAN MENSYIRIKKAN ALLAH
• Syirik ialah menyekutu atau
menyamakan Allah dengan
makhluk sama ada dari segi
zat, sifat atau perbuatannya.
• Syirik merupakan dosa besar
yang tidak diampunkan Allah
• Orang yang syirik akan
terbatal imannya dan
ibadatnya tidak diterima Allah
serta kekal di dalam neraka.
• Contoh syirik ialah memohon
hajat di atas kubur yang
dianggap keramat.
7. BERBUAT BAIK KEPADA
IBU BAPA
• Allah mewajibkan setiap anak
mentaati kedua ibu bapanya.
• Ibu bapa adalah insan yang
sangat berjasa kerana mereka
sanggup menanggung
kesusahan dalam
mengandung, melahir dan
membesarkan kita.
• Anak yang berbuat baik
kepada ibu bapa akan
mendapat keberkatan hidup.
10. MELAKUKAN KEBAIKAN
• Kita perlu sentiasa
melakukan kebaikan dan
mengajak orang lain
melakukan kebaikan.
• Bersyukur adalah satu
amalan baik yang boleh
merapatkan hubungan kita
dengan Allah dan sesama
manusia.
• Segala kebaikan akan diberi
ganjaran baik oleh Allah dan
disayangi oleh manusia.
11. TEGAHAN BERSIFAT SOMBONG
• Islam memerintahkan kita
bergaul dengan baik sesama
manusia iaitu bertegur sapa
dan menunjukkan wajah
yang manis.
• Sifat sombong sangat
ditegah oleh Allah kerana ia
boleh menimbulkan
kebencian masyarakat.
• Orang yang berakhlak mulia
dihormati masyarakat dan
disayangi Allah.
12. MENUNAIKAN SOLAT
• Solat merupakan ibadah
wajib yang mesti
dilaksanakan dalam keadaan
apa sekali pun.
• Ia adalah tiang agama dan
menjadi pemisah di antara
keimanan dan kekufuran
• Orang yang memelihara
solat akan mendapat
keberkatan hidup.
13. BERSABAR ATAS UJIAN
• Sabar merupakan satu
sifat terpuji yang mesti
dimiliki oleh setiap
mukmin.
• Sabar meliputi semua
perkara seperti sabar
ketika ditimpa musibah
dan sabar dalam
melaksanakan ibadah
• Orang yang sabar akan
menerima ganjaran
yang besar di sisi Allah.
14. PENGAJARAN AYAT
• Allah menjadikan kisah Luqman al-Hakim
sebagai panduan hidup
• Orang beriman perlu menjaga dirinya
daripada melakukan perkara yang
merosakkan iman
• Islam memberi penghormatan yang tinggi
kepada ibu bapa
• Kesabaran penting dalam kehidupan
khususnya dalam melaksanakan ibadah