SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
TAJUK FOTO : SEKOLAHKU HIJAU

SEKOLAHKU HIJAU

Aktiviti penanaman pokok untuk penerapan nilai Pendidikan Alam Sekitar oleh pelajar-pelajar
tingkatan 1 Bestari 2013

Gambar ini telah dirakam pada 21 Jun 2013 iaitu sebelum saya menyertai kursus pengajian separuh
masa di UTHM.Saya memilih gambar ini kerana saya berpendapat gambar ini ada kaitan dengan tajuk
yang saya pilih untuk melengkapkan tugasan saya ini.Gambar ini diambil di sekitar bilik guru yang baru
dibina di sekolah saya iaitu SMK Tun Ismail, Parit Raja.Kamera yang saya gunakan untuk mengambil
gambar ini ialah Digital Kamera Olympus dengan Internal Memory xD-Picture Card (16 MB to 2 GB), 1/2
.33” CCD (primary color filter).Kamera ini mempunyai kelajuan (speed) 4 hingga 1/2000 sec.

1
Tajuk: IntegrasiPendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum
Sebagai pendidik, sebahagian hidup saya diabadikan di sekolah.Setiap hari, saya berharap dapat
mengajar dalam persekitaran yang bersih dan kondusif agar saya dapat menyampaikan ilmu kepada
pelajar-pelajar pada tahap yang paling maksimum. Saya sangat gembira sekiranya pelajar faham apa
yang mereka pelajari dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan harian mereka. Saya sering
membayangkan, alangkah indahnya andai saya dapat membawa pelajar saya belajar di suatu kawasan
yang bersih, udaranya yang nyaman, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, dan dipenuhi dengan bungabungaan yang mekar mewangi. Seolah-olah berada dia dalam taman syurga.

Saya percaya, semua pelajar di sekolah saya juga berharap agar mereka dapat menimba ilmu
dalam suasana yang menggalakkan agar mereka menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Namun begitu, dewasa ini apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kesedaran pelajar terhadap kebersihan
persekitaran terutamanya kebersihan di dalam bilik darjah adalah sangat rendah. Kadang kala sya
mengambil masa lebih kurang lima minit untuk meminta pelajar membersihkan sampah sarap yang
berada di sekeliling mereka sebelum kelas dimulakan.Kadang kala pula, saya merasa sedih kerana meja
dan kerusi guru dibiarkan berhabuk dan dipenuhi sampah sarap.Seolah-olah, kami tiada nilainya di mata
pelajar walhal kami adalah orang yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu kepada mereka.

Mengimbau kenangan menjadi pelajar di sekolah yang sama 13 tahun yang lalu, saya dan rakan
rakan akan menyapu sampah, mengelap cermin tingkap, membersihkan papan putih dan menghias meja
guru setiap pagi sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kami sangat takut sekiranya
guru naik marah akibat kelas yang kotor dan berhabuk.Malah kami berlumba-lumba menghias kelas
secantik yang mungkin agar menjuarai pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas yang diadakan
setiap minggu.Ini bermakna, kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan masih tinggi dalam diri
kami berbanding dengan pelajar masa kini.

Melangkaui batas persekitaran sekolah, dewasa ini kita dapati kemerosatan kualiti alam sekitar
berada pada tahap yang sangat membimbangkan.Isu pencemaran alam sekitar terutamanya
pencemaran air, udara, tanah dan bunyi sering menjadi isu perdebatan yang hangat diperkatakan di
peringkat global. Fenomena pemanasan global, peningkatan suhu bumi, pencairan ais di kutub utara dan
selatan, pelebaran kawasan gurun, kepupusan flora dan fauna, dan paras laut meningkat akibat hakisan

2
glasier di kutub mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia. Selain itu, pelbagai bencana alam seperti
banjir kilat, tanah runtuh, tsunami dan gempa bumi boleh berlaku secara tiba-tiba menyebabkan kita
sentiasa diletakkan dalam kedaan berjaga-jaga.Apa yang berlaku hari ini seolah-olah mengambarkan
yang Bumi kitakini sudah terlalu tua dan tidak mampu menanggung kesengsaraan yang diakibatkan oleh
perbuatan manusia.

Itu tidak termasuk kerakusan manusia melakukan penebangan hutan secara haram, meratakan
bukit bukau untuk dijadikan kawasan pertanian dan meneroka hutan simpan secara haram.Pembalakan
haram juga mampu menjejaskan kualiti alam sekitar.Selain itu, penipisan lapisan ozon, pencemaran
alam, kesan rumah hijau dan kepupusan spesis turut berlaku akibat sikap tamak dan haloba manusia
zaman teknologi ini.Tidak salah andai kita membangunkan sesuatu kawasan dengan syarat kita
pembangunan tersebut tidak menjejaskan kualiti alam sekitar.Malah dalam Islam juga ada menegaskan
supaya kita tidak melakukan sebarang kerosakan di muka Bumi ini. Tuntutan ini perlu dilaksanakan oleh
semua manusia kerana ia termaktub di dalam kalam Allah. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam
Surah Ar-Rum ayat ke 41 yang bermaksud:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa
yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak
merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Alam sekitar yang terdiri daripada air udara dan tanah merupakan anugerah Allah yang sangat
tinggi nilainya kepada manusia.Manusia bebas menggunakan anugerah ini untuk tujuan meningkatkan
taraf hidup mereka, mendapatkan keperluan dan memenuhi keperluan masing-masing. Manusia perlu
sedar bahawa alam sekitar yang dianugerahkan kepada mereka ini adalah pinjaman semata-mata dan
perlu diwariskan kepada generasi akan datang dalam keadaan baik sebagaimana generasi terdahulu
mewariskan kepada mereka. Kadangkala manusia lupa bahawa Bumi yang diciptakan oleh Allah ini
adalah tempat persinggahan sementara dan mereka tidak berhak untuk melakukan kerosakan dan
kebinasaan terhadapnya.

Isu alam sekitar ini tidak pernah surut, malah semakin meningkat saban hari.Pelbagai usaha
telah dilaksanakan untuk membendung permasalah global ini.Jika diperhatikan bukan tiada usaha
3
dilakukan untuk membendung semua isu alam sekitar yang timbul dewasa ini, malah semua pihak telah
berusaha sebaik mungkin bagi memastikan alam sekitar sentiasa berada dalam keadaan baik.Saban
tahun, begitu banyak program dan aktiviti kesedaran alam sekitar dilaksanakan.Namun demikian, semua
usaha ini dilihat seolah-olah kurang memberi impak yang besar kepada masyarakat.Buktinya, kita masih
mendapati ada segelintir daripada kita yang tidak peka dan tidak menghiraukan langsung aspek
penjagaan alam sekitar.

Menyedari hakikat itu, saya merasakan semua pihak harus bertanggungjawab dan memainkan
peranan mereka dalam penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar. Tanggungjawab ini terletak di bahu
kita semua sebagai khalifah Allah yang dikirimkan untuk mentadbir dunia ini dan dianugerahkan dengan
akal dan fikiran untuk berfikir. Allah s.w.t melalui ayat-ayatnya telah mengingatkan kita bahawa banyak
kerosakan telah berlaku di muka Bumi ini adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia itu
sendiri.Sekiranya manusia tidak dapat mengawal hawa nafsunya, mereka merasakan segala yang ada
tidak pernah mencukupi dan menjadikan alam sekitar sebagai galang gantinya.

Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa pendidikan memainkan peranan yang besar
dalam membentuk minda, pemikiran dan sikap manusia kearah kebaikan.Pendidikan telah digunakan
sebagai medium asas untuk mengawal alam sekitar dan pembangunan lestari sejak dari persidangan
Tbilisi pada tahun 1977.Persidangan yang berlangsung di Tbilisi, Georgia pada 14 hingga 26 Oktober
1977 ini telah menggariskan beberapa kategori objektif Pendidikan Alam sekitar antaranya seperti
kesedaran, pengetahuan, sikap, kemahiran dan penglibatan.Deklarasi Tbilisi (1978) telah mendefinisikan
Pendidikan Alam Sekitar sebagai sebagai proses pembelajaran yang dapat meningkatkan pengetahuan
dan kesedaranorang ramai berkaitan alam sekitar dan cabaran-cabaran yang berkaitan denggannya;
membangunkan kemahiran dan kepakaran yang perlu bagi menangani cabaran berkenaan; membentuk
sikap, motivasi dan komitmendalam membuat keputusan seterusnya mengambil tindakan yang
bertanggungjawab terhadap alam sekitar (Tunku Khalkausar, 2006). Pendidikan berkaitan alam sekitar
penting bagi meningkatkan kesedaran tentang kualiti alam sekitar.

Tanggungjawab mendidik pelajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar seharusnya bermula
dari rumah dan seterunya diterapkan diperingkat sekolah.Ini kerana, sebagai pelajar masa mereka
banyak dihabiskan di rumah dan sekolah.Oleh itu, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang sangat
penting dalam membentuk sahsiah dan tingkah laku pelajar dalam hal yang berkaitan dengan penjagaan
4
kebersihan alam sekitar.Penampilan pelajar sahaja sudah mencerminkan sahsiah mereka. Sekiranya
pelajar mempunyai penampilan yang baik, tidak mustahil mereka mempunyai sahsiah yang baik dalam
apa jua perkara termasuklah dari aspek kebersihan diri dan persekitaran mereka.

Justeru itu, ibu bapa dan guru seharusnya berpimpin tangan dan berganding bahu untuk
memastikan generasi masa kini mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi dalam aspek
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.Usaha berterusan dan proaktif diperlukan bagi mendidik
pelajar agar lebih peka terhadp kepantingan menjaga alam sekitar.Salah satu usaha yang bolah
dilaksanakan adalah dengan mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam pengajaran di sekolah
baik diperingkat pra sekolah, sekolah rendah, menengah, dan juga di institusi pengajian tinggi.Tujuannya
adalah untuk melahirkan generasi yang terdidik dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek
pemeliharaandan pemuliharaan alam sekitar. Kesedaran merupakan komponen pertama yang perlu ada
dalam proses memberikan pendidikan yang berkaitan alam sekitar.

Kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar harus bermula dari dalam diri sendiri sejak
dari peringkat awal lagi. Pendidikan Alam Sekitar dilihat sebagai salah satu cara untuk meningkatkan
kesedaran masyarakat mengenai pentingnya alam sekitar yang bersih. Institusi pendidikan terutamanya
sekolah merupakan wadah yang penting untuk memberi kesedaran kepada pelajar, menerapkan nilainilai yang baik dan membentuk pelajar yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam
sekitar.Pendidikan Alam Sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran individu terhadap kualiti
kebersihan air, udara dan tanah sebagai kesinambungan untuk manusia meneruskan kehidupan mereka.
Pendidikan alam sekitar membantu generasi akan datang untuk mengawal kehidupan mereka agar
mereka berupaya menikmati kehidupan yang lebih baik. Kita semua sedia maklum bahawa kebersihan
alam sekitar yang kita miliki hari ini adalah pinjaman semata-mata daripada anak cucu kita.Suatu hari
nanti kita perlu memulangkan kepada mereka dalam keadaan baik.

Memandangkan pendidikan telah diterima sebagai satu medium asas untuk mengawal alam
sekitar dan pembangunan lestari, sekolah dilihat mampu menangani masalah-masalah yang berkaitan
alam sekitar. Salah satu cara untuk melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar ialah dengan
mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam pengajaran di dalam kelas (Zahir & Nordin, 2007). Di
negara kita, Pendidikan Alam Sekitar telah diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1998.Pusat
Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan sebuah buku iaitu Buku Panduan Guru Pendidikan Alam
5
Sekitar Merentas Kurikulum KBSR dan KBSM untuk sekolah rendah dan menengah.Manakala bagi pelajar
pra sekolah, Modul Pengajaran dan Pembelajaran Alam Sekitar Merentas Kurikulum Prasekolah telah
diterbitkan pada tahun 2005.

Pendidikan Alam Sekitar telah dilaksanakan merentasi kurikulum seperti proses pelaksanaan
untuk aspek nilai-nilai murni.Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum memerlukan semua mata
pelajaran terlibat dan menyumbang kepada Pendidikan Alam Sekitar.Pengajaran Pendidikan Alam
Sekitarberkait rapat dengan matlamat negara untuk membina masyarakat yang sensitif dan memiliki
pengetahuan, kemahiran dan nilai terhadap isu alam sekitar dan berkeupayaan untuk memberi
sumbangan kepada penyelesaian masalah alam sekitar.Elemen Pendidikan Alam Sekitar disepadukan
dan diajar secara jelas dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Moral, Geografi, Bahasa, Pendidikan
Agama Islam dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (Ministry of Education Malaysia, 2004).Banyak
aktiviti Pendidikan Alam Sekitar telah dicadangkan dan dimuatkan ke dalam Huraian Sukatan
Pelajaran.Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini objektif Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia masih
belum tercapai sepenuhnya. Buktinya, kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik tempatan
terdahulu menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, kesedaran, amalan dan sikap pelajar sekolah di
Malaysia masih tidak membanggakan (Rohana Othman et.all, 2013)

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi contohnya, elemen
Pendidikan Alam Sekitar dibincangkan di bawah tema sumber-sumber alam, iklim, tumbuh-tumbuhan
semulajadi, pengangkutan dan komunikasi. Manakala dalam Pendidikan Moral, nilai murni yang diajar
dan berkait rapat dengan alam sekitar adalah menyayangi dan menjaga alam sekitar, keharmonian
antara manusia dan alam sekitar, penjagaan alam sekitar dan sensitiviti terhadap isu alam sekitar.Dalam
bidang bahasa seperti bahasa Melayu dan Inggeris, pelajar-pelajar diberikan tajuk-tajuk yang berkaitan
dengan kesedaran alam sekitar seperti pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar, pencemaran,
pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber untuk kepentingan bersama.

Selain daripada pendidikan formal dalam bilik darjah, Pendidikan Alam Sekitar juga berlaku
secara tidak formal melalui aktiviti kokurikulum berbentuk program/projek seperti Kelab Alam Semula
Jadi dan projek 3K (Keselamatan, Keceriaan dan Kecantikan), pertandingan kuiz, Kempen Kitar Semula,
ceramah dan lawatan.Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga sering bekerjasama dengan
pihak Jabatan Alam Sekitar dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang lain dalam mewujudkan
6
aktiviti-aktiviti Pendidikan Alam Sekitar yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah seperti Pertandingan
Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar, Kem Kesedaran Alam Sekitar, Kempen Kesedaran Alam Sekitar,
Kuiz Minggu Alam Sekitar, Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah),
Pertandingan Debat Alam Sekitar antara Institusi Pengajian Tinggi, dan aktiviti-aktiviti pendidikan alam
sekitar yang lain. Program-program sebegini dirancang dengan tujuan untuk meningkatkan tahap
pengetahuan dan kesedaran pelajar di Malaysia terhadap alam sekitar (Rohana Othman et. all, 2013)

Menurut Rosmidzatul Azila (2013), proses penyepaduan unsur Pendidikan Alam Sekitar dalam
kedua-dua kurikulum dan kokurikulum perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada proses
pembelajaran yang penting. Ini kerana, proses pembelajaran secara teori yang disusuli dengan
pembelajaran secara praktikal (iaitu memberi peluang dan pendedahan kepada para pelajar untuk
merasai sendiri pengalaman berinteraksi dengan alam sekitar serta melihat segala permasalahan alam
sekitar yang berlaku) adalah lebih berkesan dan bermakna dalam memastikan kesedaran yang lahir
adalah betul-betul terkesan kepada jiwa mereka.

Menurut beliau lagi, dengan usaha penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dan aktiviti
kokurikulum, ia dapat menjadi tanda aras sejauh mana pendidikan alam sekitar yang diterapkan di
dalam bilik darjah difahami dan diaplikasikan oleh para pelajar. Malah melalui aktiviti kokurikulum juga
dapat dijadikan garis panduan untuk para pendidik menilai keberkesanan penyepaduan pendidikan alam
sekitar dengan subjek-subjek lain yang diajar di dalam kelas berdasarkan pengamatan terhadap para
pelajar dalam menggunakan pengetahuan dan kemahiran tentang alam sekitar semasa aktiviti luar kelas
dijalankan.

Namun begitu, Hotinli (2004) menegaskan, walaupun isu-isu alam sekitar yang perlu diajar di
sekolah telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, namun kualiti pelaksanaannya amat bergantung
kepada kesedaran dan minat guru secara individu.Menurut Ruslin Amir (2010), pada peringkat
sekolah,kejayaan Pendidikan Alam Sekitar banyak bergantung kepada keiltizaman guru. Guru
berperanan memberi pengetahuan, menimbulkan dan menyemai kesedaran, menunjukkan cara yang
baik sewaktu bertindak sebagai model dan penggerak kepada amalan dan program yang berkaitan
dengan alam sekitar.

7
Oleh yang demikian, saya berpendapat, tidak kiralah kita mengajar apa jua subjek di sekolah,
kita boleh menerapkan elemen kebersihan alam sekitar di dalam kelas mengikut kesesuaian. Apa yang
penting bagi saya adalah minat sesorang guru itu untuk menerapkan dan membincangkan isu-isu alam
sekitar dalam sesi pengajaran mereka. Sebagai guru, kita perlu menggunakan kemudahan yang telah
disediakan, contohnya seperti menggunakan buku panduan yang telah dikeluarkan oleh PPK sebagai
panduan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan alam sekitar.Guru
juga sepatutnya menggunakan segala peluang yang ada untuk menyemai, memupuk dan melestarikan
Pendidikan Alam Sekitar melalui aktiviti di sekolah sama ada di dalam dan di luar bilik darjah. Dalam hal
ini, komitmen guru adalah sangat penting dalam merealisasikan kejayaan Pendidikan Alam Sekitar di
sekolah (Zahir & Nordin, 2007).

Menyedari hakikat itu, walaupun saya mengajar mata pelajaran Sains tingkatan satu di sekolah,
saya dapat mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam pengajaran di dalam kelas. Contohnya,
ketika mengajar tajuk yang keempat iaitu Kepelbagaian Sumber di Bumi, saya tidak melepaskan peluang
untuk menerapkan Pendidikan Alam Sekitar dengan membawa pelajar-pelajar saya keluar dari makmal
dan melakukan aktiviti luar bilik darjah. Memandangkan saya mengajar tingkatan satu, pelajar-pelajar
saya memang gemar menjalankan eksperimen di dalam makmal. Mereka sangat teruja apabila
eksperimen akan dijalankan pada hari tersebut. Namun begitu, aktiviti luar juga amat mengujakan
mereka.Mereka tertanya-tanya apakah eksperimen yang boleh mereka jalankan di luar bilik darjah.

Saya menerangkan kepada pelajar-pelajar saya bahawa pemeliharaan dan pemuliharaan sumber
di Bumi amat penting untuk menyokong kehidupan kita pada masa akan datang. Oleh itu, pelajar-pelajar
seharusnya tahu cara-cara untuk memelihara dan memulihara sumber-sumber di Bumi seperti air,
udara,tanah, hidupan, dan mineral serta bahan api fosil. Salah satu cara untuk memelihara dan
memulihara hidupan adalah dengan menanam semula pokok dan tanaman tutup bumi. Jadi, pada hari
itu, saya membawa pelajar ke kawasan bilik guru yang baru dibina untuk menanam beberapa pohon
pokok supaya pelajar-pelajar saya sedar bahawa hidupan merupakan salah satu daripada komponen
alam sekitar yang harus dipelihara.Kesannya, pelajar-pelajar saya sangat teruja dengan aktiviti tersebut
dan guru-guru lain juga menyokong usaha mereka.

Beberapa hari selepas itu, saya lihat beberapa orang pelajar menyiram pokok yang mereka
tanam sebelum sesi persekolahan sidang petang bermula.Malah sifat sayang terhadap pokok yang
8
meraka tanam timul secara semulajadi.Buktinya mereka sering “menziarahi” pokok yang mereka tanam
walaupun hakikatnya pokok itu tidak boleh membesar dengan cepat. Oleh itu, saya membuat
kesimpulan bahawa sekiranya guru mempunyai komitmen untuk menerapkan Pendidikan Alam Sekitar,
suatu usaha yang kecil akan memberikan manfaat yang lebih besar kepada sekolah khususnya. Malah
sesuatu yang dipandang remeh, apabila diberi perhatian dan penekanan dengan kaedah yang betul akan
memberikan impak yang positif kepada kita semua. Bak kata pepatah “ hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih”

Saya juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Koperasi merangkap Setiausaha Koperasi SMK
Tun Ismail Batu Pahat Berhad. Setiap tahun, koperasi sekolah saya akan mengadakan Sambutan Hari
Koperasi Sekolah (HKS). Antara perkara yang menarik perhatian saya mengenai sambutan ini ialah,
simbolik perasmian HKS biasanya dilaksanakan dengan melakukan aktiviti menanam pokok di kawasan
sekolah.Sejak tahun 2008, setiap tahun ada sahaja pokok baru yang kami tanam di sekolah sebagai
simbolik perasmian HKS. Ahli Lembaga Koperasi pelajar akan bergotong royong dengan guru koperasi
untuk menanan pokok tersebut. Secara peribadi, saya sangat gembira dengan usaha ini kerana secara
tidak langsung, pelajar-pelajar saya mempunyai sikap sayang akan tumbuh-tumbuhan dan alam
sekitar.Saya sendiri sangat gembira kerana pokok mangga yang kami tanam sebagai simbolik perasmian
HKS pada tahun 2009 telah mengeluarkan hasil.

Malah, dalam pengajaran dan pembelajaran Sains tingkatan 1, para pelajar digalakkan
menggunakan bahan kitar semula atau bahan terbuang untuk membina rakit atau kapal selam sebagai
melengkapkan band 6 Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi tajuk ketiga iaitu Jirim.Penggunaan bahan
kitar semula ini sekaligus dapat menyelamatkan alam sekitar dan dapat memupuk minat pelajar untuk
mengitar semula bahan terbuang agar boleh dijadikan bahan baru yang bermanfaat kepada kita
semua.Manakala dalam tajuk yang kelima iaitu Udara di Sekeliling Kita, pelajar diminta menyediakan
sebuah folio berkaitan dengan punca-punca dan kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia bagi
melayakkan pelajar mendapat band 6 dalam PBS mereka.Daripada maklumat ini, saya dapat membuat
kesimpulan bahawa dalam mata pelajaran Sains sahaja, beberapa tajuk telah disepadukan dengan
Pendidikan Alam Sekitar secara tidak langsung.

Kesimpulannya, kejayaan mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar sebenarnya sangat
bergantung kepada komitmen pendidik sebagai pelaksana dan kerjasama semua pihak yang terlibat
9
sama ada secara lansung mahupun tidak langsung dalam usaha ini. Malah, matlamat akhir Pendidikan
Alam Sekitar untuk melahirkan pelajar yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar pastinya mampu
dicapai sekiranya semua pihak khususnya pihak-pihak berwajib memainkan peranan masing-masing
untuk memberi Pendidikan Alam Sekitar dengan lebih serius tanpa rasa dibebani dengan tanggungjawab
berkenaan.

10
RUJUKAN

Al-Quran al-Karim, Terjemahan Al-Quran Tajwid Rasm Uthmani dalam Bahasa Melayu, terbitan AlHidayah House of Qu’ran Sdn. Bhd, 2009.

Chang See Leong, Choo Yan Tong, Fadhilah binti Muhamad & Quek Yoke Hua (2011).Sains Tingkatan 1.
Selangor: Karangkraf Network Sdn. Bhd.

Hazura Abu Bakar & Syarifah Norhaidah Syed Idros (2007).Pemeliharaan Alam Tabii Bersumberkan
Pengetahuan Islam. Jilid 7(1): 31-41.

http://www.gdrc.org/uem/ee/tbilisi.html dicapai pada 10 November 2013

Hotinli, Gulru. (2004). Environmental Education in Turkey.Dlm. Mohammad Zahir Ahmad & Nordin Abdul
Razak (2007).Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah : Komitmen Guru. Jilid 7(2):74-81.

Jabatan Alam Sekitar (2011). Laporan Tahunan 2011. Kuala Lumpur: Jabatan Alam
Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

Ministry of Education Malaysia (2004).The Development of Education: National Report of Malaysia.
Dirujuk pada Disember 6, 2013, daripada
htthttp://www.ibe.unesco.org/International/ICE47/english/Natreps/reports/malaysia.pdf [06
Disember 2013].

Mohammad Zahir Ahmad &Nordin Abdul Razak (2007).Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen
Guru. Jilid 7(2): 74-8.

Rohana Othman, Rosta Harun, Azizi Muda & Ismi Arif Ismail(2013).Kesan Pengajaran dan Pembelajaran
Alam

Sekitar

Melalui

Aktiviti

Melukis

Mural

untuk

Meningkatkan

Pengetahuan

dan

KesedaranPelajar Sekolah Menengah terhadap Alam Sekitar. Asian Pasific Journal of Educators and
Education. Vol. 28: 11-31.

11
Rosmidzatul Azila Yamin (2013). Mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam Pengajaran.Dirujuk
pada Oktober 23, 2013, daripada www.beritaharian.com.my

Ruslin Amir, Norzaini Azman & Ibrahim Komoo (2010).Kesedaran, Kefahaman dan Nilai Sepunya
Pelajardan Guru: Sumbangan Kepada Pendidikan Awam Langkawi Geopark. Jurnal Akademika 80 :
95-104

Shahrom Md Zain, Noor Ezlin Ahmad Basri, Fatihah Suja, Othman Jaafar & Hassan Basri (2007).
Pendidikan Alam Sekitar: Bagaimana Usaha-usaha Dilakukan dalam Proses Pengajaran
danPembelajaran. Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejeuruteraan & Alam Bina, UKM.

Tunku Khalkausar (2006).Environmental Education and Awareness. Dlm. Shahrom Md Zain et. all(2007).
Pendidikan Alam Sekitar: Bagaimana Usaha-usaha Dilakukan dalam Proses Pengajaran
danPembelajaran. Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejeuruteraan & Alam Bina, UKM.

12

More Related Content

Similar to SEKOLAH HIJAU

Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)
Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)
Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)Jata Salih
 
ekstrakulikuler-berbasis-lingkungan.doc
ekstrakulikuler-berbasis-lingkungan.docekstrakulikuler-berbasis-lingkungan.doc
ekstrakulikuler-berbasis-lingkungan.docsmpnegeritigapainan
 
PERAN PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP BAGI KELESTARIAN LINGKUNGAN.ppt
PERAN PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP BAGI KELESTARIAN LINGKUNGAN.pptPERAN PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP BAGI KELESTARIAN LINGKUNGAN.ppt
PERAN PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP BAGI KELESTARIAN LINGKUNGAN.pptFifiIndriani
 
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67fptv
 
Program kerja go green school
Program kerja go green schoolProgram kerja go green school
Program kerja go green schoolhasan46
 
Program kerja go green school
Program kerja go green schoolProgram kerja go green school
Program kerja go green schoolTahrir Masror
 
Penataan lingkungan sekolah menjadi green school merupakan penataan lingkunga...
Penataan lingkungan sekolah menjadi green school merupakan penataan lingkunga...Penataan lingkungan sekolah menjadi green school merupakan penataan lingkunga...
Penataan lingkungan sekolah menjadi green school merupakan penataan lingkunga...Dian Pratiwi
 
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbi
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbiTri octa malinda 1188203109 4 a pbi
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbiKemerungsung Sukses
 
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbi
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbiTri octa malinda 1188203109 4 a pbi
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbiKemerungsung Sukses
 
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbi
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbiTri octa malinda 1188203109 4 a pbi
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbiKemerungsung Sukses
 
Suara jumaat 13 Mei 2011
Suara jumaat 13 Mei 2011Suara jumaat 13 Mei 2011
Suara jumaat 13 Mei 2011fptv
 
Huraian-nilai-murni-alam-sekitar
 Huraian-nilai-murni-alam-sekitar Huraian-nilai-murni-alam-sekitar
Huraian-nilai-murni-alam-sekitarNoor Liyana
 
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Gaya Hidup Berkelanjutan _ Sampahku T...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Gaya Hidup Berkelanjutan _ Sampahku T...Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Gaya Hidup Berkelanjutan _ Sampahku T...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Gaya Hidup Berkelanjutan _ Sampahku T...KikiPurnamasari2
 
Pendidikan_Manusia_Pembina_Lingkungan.pptx
Pendidikan_Manusia_Pembina_Lingkungan.pptxPendidikan_Manusia_Pembina_Lingkungan.pptx
Pendidikan_Manusia_Pembina_Lingkungan.pptxAgathaHaselvin
 
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Sehatnya Udara Tanggung jawab Kita Be...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Sehatnya Udara Tanggung jawab Kita Be...Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Sehatnya Udara Tanggung jawab Kita Be...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Sehatnya Udara Tanggung jawab Kita Be...SriAyuLestari29
 
Alam sekitar tanggunjawab bersama
Alam sekitar tanggunjawab bersamaAlam sekitar tanggunjawab bersama
Alam sekitar tanggunjawab bersamadixonong88
 
Program sekolah hijau fix
Program sekolah hijau fixProgram sekolah hijau fix
Program sekolah hijau fixRumahDanika
 

Similar to SEKOLAH HIJAU (20)

bhsa indo (2).docx
bhsa indo (2).docxbhsa indo (2).docx
bhsa indo (2).docx
 
Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)
Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)
Pendidikan Pembangunan Lestari (Education sustainable development)
 
ekstrakulikuler-berbasis-lingkungan.doc
ekstrakulikuler-berbasis-lingkungan.docekstrakulikuler-berbasis-lingkungan.doc
ekstrakulikuler-berbasis-lingkungan.doc
 
Proposal PTK
Proposal PTKProposal PTK
Proposal PTK
 
PERAN PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP BAGI KELESTARIAN LINGKUNGAN.ppt
PERAN PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP BAGI KELESTARIAN LINGKUNGAN.pptPERAN PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP BAGI KELESTARIAN LINGKUNGAN.ppt
PERAN PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP BAGI KELESTARIAN LINGKUNGAN.ppt
 
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
 
Program kerja go green school
Program kerja go green schoolProgram kerja go green school
Program kerja go green school
 
Program kerja go green school
Program kerja go green schoolProgram kerja go green school
Program kerja go green school
 
Penataan lingkungan sekolah menjadi green school merupakan penataan lingkunga...
Penataan lingkungan sekolah menjadi green school merupakan penataan lingkunga...Penataan lingkungan sekolah menjadi green school merupakan penataan lingkunga...
Penataan lingkungan sekolah menjadi green school merupakan penataan lingkunga...
 
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbi
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbiTri octa malinda 1188203109 4 a pbi
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbi
 
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbi
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbiTri octa malinda 1188203109 4 a pbi
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbi
 
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbi
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbiTri octa malinda 1188203109 4 a pbi
Tri octa malinda 1188203109 4 a pbi
 
Suara jumaat 13 Mei 2011
Suara jumaat 13 Mei 2011Suara jumaat 13 Mei 2011
Suara jumaat 13 Mei 2011
 
Huraian-nilai-murni-alam-sekitar
 Huraian-nilai-murni-alam-sekitar Huraian-nilai-murni-alam-sekitar
Huraian-nilai-murni-alam-sekitar
 
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Gaya Hidup Berkelanjutan _ Sampahku T...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Gaya Hidup Berkelanjutan _ Sampahku T...Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Gaya Hidup Berkelanjutan _ Sampahku T...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Gaya Hidup Berkelanjutan _ Sampahku T...
 
PKKS ADIWIYATA.pptx
PKKS ADIWIYATA.pptxPKKS ADIWIYATA.pptx
PKKS ADIWIYATA.pptx
 
Pendidikan_Manusia_Pembina_Lingkungan.pptx
Pendidikan_Manusia_Pembina_Lingkungan.pptxPendidikan_Manusia_Pembina_Lingkungan.pptx
Pendidikan_Manusia_Pembina_Lingkungan.pptx
 
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Sehatnya Udara Tanggung jawab Kita Be...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Sehatnya Udara Tanggung jawab Kita Be...Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Sehatnya Udara Tanggung jawab Kita Be...
Modul Projek Gaya Hidup Berkelanjutan - Sehatnya Udara Tanggung jawab Kita Be...
 
Alam sekitar tanggunjawab bersama
Alam sekitar tanggunjawab bersamaAlam sekitar tanggunjawab bersama
Alam sekitar tanggunjawab bersama
 
Program sekolah hijau fix
Program sekolah hijau fixProgram sekolah hijau fix
Program sekolah hijau fix
 

SEKOLAH HIJAU

  • 1. TAJUK FOTO : SEKOLAHKU HIJAU SEKOLAHKU HIJAU Aktiviti penanaman pokok untuk penerapan nilai Pendidikan Alam Sekitar oleh pelajar-pelajar tingkatan 1 Bestari 2013 Gambar ini telah dirakam pada 21 Jun 2013 iaitu sebelum saya menyertai kursus pengajian separuh masa di UTHM.Saya memilih gambar ini kerana saya berpendapat gambar ini ada kaitan dengan tajuk yang saya pilih untuk melengkapkan tugasan saya ini.Gambar ini diambil di sekitar bilik guru yang baru dibina di sekolah saya iaitu SMK Tun Ismail, Parit Raja.Kamera yang saya gunakan untuk mengambil gambar ini ialah Digital Kamera Olympus dengan Internal Memory xD-Picture Card (16 MB to 2 GB), 1/2 .33” CCD (primary color filter).Kamera ini mempunyai kelajuan (speed) 4 hingga 1/2000 sec. 1
  • 2. Tajuk: IntegrasiPendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum Sebagai pendidik, sebahagian hidup saya diabadikan di sekolah.Setiap hari, saya berharap dapat mengajar dalam persekitaran yang bersih dan kondusif agar saya dapat menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajar pada tahap yang paling maksimum. Saya sangat gembira sekiranya pelajar faham apa yang mereka pelajari dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan harian mereka. Saya sering membayangkan, alangkah indahnya andai saya dapat membawa pelajar saya belajar di suatu kawasan yang bersih, udaranya yang nyaman, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, dan dipenuhi dengan bungabungaan yang mekar mewangi. Seolah-olah berada dia dalam taman syurga. Saya percaya, semua pelajar di sekolah saya juga berharap agar mereka dapat menimba ilmu dalam suasana yang menggalakkan agar mereka menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat. Namun begitu, dewasa ini apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kesedaran pelajar terhadap kebersihan persekitaran terutamanya kebersihan di dalam bilik darjah adalah sangat rendah. Kadang kala sya mengambil masa lebih kurang lima minit untuk meminta pelajar membersihkan sampah sarap yang berada di sekeliling mereka sebelum kelas dimulakan.Kadang kala pula, saya merasa sedih kerana meja dan kerusi guru dibiarkan berhabuk dan dipenuhi sampah sarap.Seolah-olah, kami tiada nilainya di mata pelajar walhal kami adalah orang yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu kepada mereka. Mengimbau kenangan menjadi pelajar di sekolah yang sama 13 tahun yang lalu, saya dan rakan rakan akan menyapu sampah, mengelap cermin tingkap, membersihkan papan putih dan menghias meja guru setiap pagi sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kami sangat takut sekiranya guru naik marah akibat kelas yang kotor dan berhabuk.Malah kami berlumba-lumba menghias kelas secantik yang mungkin agar menjuarai pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas yang diadakan setiap minggu.Ini bermakna, kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan masih tinggi dalam diri kami berbanding dengan pelajar masa kini. Melangkaui batas persekitaran sekolah, dewasa ini kita dapati kemerosatan kualiti alam sekitar berada pada tahap yang sangat membimbangkan.Isu pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi sering menjadi isu perdebatan yang hangat diperkatakan di peringkat global. Fenomena pemanasan global, peningkatan suhu bumi, pencairan ais di kutub utara dan selatan, pelebaran kawasan gurun, kepupusan flora dan fauna, dan paras laut meningkat akibat hakisan 2
  • 3. glasier di kutub mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia. Selain itu, pelbagai bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh, tsunami dan gempa bumi boleh berlaku secara tiba-tiba menyebabkan kita sentiasa diletakkan dalam kedaan berjaga-jaga.Apa yang berlaku hari ini seolah-olah mengambarkan yang Bumi kitakini sudah terlalu tua dan tidak mampu menanggung kesengsaraan yang diakibatkan oleh perbuatan manusia. Itu tidak termasuk kerakusan manusia melakukan penebangan hutan secara haram, meratakan bukit bukau untuk dijadikan kawasan pertanian dan meneroka hutan simpan secara haram.Pembalakan haram juga mampu menjejaskan kualiti alam sekitar.Selain itu, penipisan lapisan ozon, pencemaran alam, kesan rumah hijau dan kepupusan spesis turut berlaku akibat sikap tamak dan haloba manusia zaman teknologi ini.Tidak salah andai kita membangunkan sesuatu kawasan dengan syarat kita pembangunan tersebut tidak menjejaskan kualiti alam sekitar.Malah dalam Islam juga ada menegaskan supaya kita tidak melakukan sebarang kerosakan di muka Bumi ini. Tuntutan ini perlu dilaksanakan oleh semua manusia kerana ia termaktub di dalam kalam Allah. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Ar-Rum ayat ke 41 yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” Alam sekitar yang terdiri daripada air udara dan tanah merupakan anugerah Allah yang sangat tinggi nilainya kepada manusia.Manusia bebas menggunakan anugerah ini untuk tujuan meningkatkan taraf hidup mereka, mendapatkan keperluan dan memenuhi keperluan masing-masing. Manusia perlu sedar bahawa alam sekitar yang dianugerahkan kepada mereka ini adalah pinjaman semata-mata dan perlu diwariskan kepada generasi akan datang dalam keadaan baik sebagaimana generasi terdahulu mewariskan kepada mereka. Kadangkala manusia lupa bahawa Bumi yang diciptakan oleh Allah ini adalah tempat persinggahan sementara dan mereka tidak berhak untuk melakukan kerosakan dan kebinasaan terhadapnya. Isu alam sekitar ini tidak pernah surut, malah semakin meningkat saban hari.Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk membendung permasalah global ini.Jika diperhatikan bukan tiada usaha 3
  • 4. dilakukan untuk membendung semua isu alam sekitar yang timbul dewasa ini, malah semua pihak telah berusaha sebaik mungkin bagi memastikan alam sekitar sentiasa berada dalam keadaan baik.Saban tahun, begitu banyak program dan aktiviti kesedaran alam sekitar dilaksanakan.Namun demikian, semua usaha ini dilihat seolah-olah kurang memberi impak yang besar kepada masyarakat.Buktinya, kita masih mendapati ada segelintir daripada kita yang tidak peka dan tidak menghiraukan langsung aspek penjagaan alam sekitar. Menyedari hakikat itu, saya merasakan semua pihak harus bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar. Tanggungjawab ini terletak di bahu kita semua sebagai khalifah Allah yang dikirimkan untuk mentadbir dunia ini dan dianugerahkan dengan akal dan fikiran untuk berfikir. Allah s.w.t melalui ayat-ayatnya telah mengingatkan kita bahawa banyak kerosakan telah berlaku di muka Bumi ini adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.Sekiranya manusia tidak dapat mengawal hawa nafsunya, mereka merasakan segala yang ada tidak pernah mencukupi dan menjadikan alam sekitar sebagai galang gantinya. Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa pendidikan memainkan peranan yang besar dalam membentuk minda, pemikiran dan sikap manusia kearah kebaikan.Pendidikan telah digunakan sebagai medium asas untuk mengawal alam sekitar dan pembangunan lestari sejak dari persidangan Tbilisi pada tahun 1977.Persidangan yang berlangsung di Tbilisi, Georgia pada 14 hingga 26 Oktober 1977 ini telah menggariskan beberapa kategori objektif Pendidikan Alam sekitar antaranya seperti kesedaran, pengetahuan, sikap, kemahiran dan penglibatan.Deklarasi Tbilisi (1978) telah mendefinisikan Pendidikan Alam Sekitar sebagai sebagai proses pembelajaran yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaranorang ramai berkaitan alam sekitar dan cabaran-cabaran yang berkaitan denggannya; membangunkan kemahiran dan kepakaran yang perlu bagi menangani cabaran berkenaan; membentuk sikap, motivasi dan komitmendalam membuat keputusan seterusnya mengambil tindakan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar (Tunku Khalkausar, 2006). Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang kualiti alam sekitar. Tanggungjawab mendidik pelajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar seharusnya bermula dari rumah dan seterunya diterapkan diperingkat sekolah.Ini kerana, sebagai pelajar masa mereka banyak dihabiskan di rumah dan sekolah.Oleh itu, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk sahsiah dan tingkah laku pelajar dalam hal yang berkaitan dengan penjagaan 4
  • 5. kebersihan alam sekitar.Penampilan pelajar sahaja sudah mencerminkan sahsiah mereka. Sekiranya pelajar mempunyai penampilan yang baik, tidak mustahil mereka mempunyai sahsiah yang baik dalam apa jua perkara termasuklah dari aspek kebersihan diri dan persekitaran mereka. Justeru itu, ibu bapa dan guru seharusnya berpimpin tangan dan berganding bahu untuk memastikan generasi masa kini mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.Usaha berterusan dan proaktif diperlukan bagi mendidik pelajar agar lebih peka terhadp kepantingan menjaga alam sekitar.Salah satu usaha yang bolah dilaksanakan adalah dengan mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam pengajaran di sekolah baik diperingkat pra sekolah, sekolah rendah, menengah, dan juga di institusi pengajian tinggi.Tujuannya adalah untuk melahirkan generasi yang terdidik dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pemeliharaandan pemuliharaan alam sekitar. Kesedaran merupakan komponen pertama yang perlu ada dalam proses memberikan pendidikan yang berkaitan alam sekitar. Kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar harus bermula dari dalam diri sendiri sejak dari peringkat awal lagi. Pendidikan Alam Sekitar dilihat sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya alam sekitar yang bersih. Institusi pendidikan terutamanya sekolah merupakan wadah yang penting untuk memberi kesedaran kepada pelajar, menerapkan nilainilai yang baik dan membentuk pelajar yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar.Pendidikan Alam Sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran individu terhadap kualiti kebersihan air, udara dan tanah sebagai kesinambungan untuk manusia meneruskan kehidupan mereka. Pendidikan alam sekitar membantu generasi akan datang untuk mengawal kehidupan mereka agar mereka berupaya menikmati kehidupan yang lebih baik. Kita semua sedia maklum bahawa kebersihan alam sekitar yang kita miliki hari ini adalah pinjaman semata-mata daripada anak cucu kita.Suatu hari nanti kita perlu memulangkan kepada mereka dalam keadaan baik. Memandangkan pendidikan telah diterima sebagai satu medium asas untuk mengawal alam sekitar dan pembangunan lestari, sekolah dilihat mampu menangani masalah-masalah yang berkaitan alam sekitar. Salah satu cara untuk melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar ialah dengan mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam pengajaran di dalam kelas (Zahir & Nordin, 2007). Di negara kita, Pendidikan Alam Sekitar telah diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1998.Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan sebuah buku iaitu Buku Panduan Guru Pendidikan Alam 5
  • 6. Sekitar Merentas Kurikulum KBSR dan KBSM untuk sekolah rendah dan menengah.Manakala bagi pelajar pra sekolah, Modul Pengajaran dan Pembelajaran Alam Sekitar Merentas Kurikulum Prasekolah telah diterbitkan pada tahun 2005. Pendidikan Alam Sekitar telah dilaksanakan merentasi kurikulum seperti proses pelaksanaan untuk aspek nilai-nilai murni.Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum memerlukan semua mata pelajaran terlibat dan menyumbang kepada Pendidikan Alam Sekitar.Pengajaran Pendidikan Alam Sekitarberkait rapat dengan matlamat negara untuk membina masyarakat yang sensitif dan memiliki pengetahuan, kemahiran dan nilai terhadap isu alam sekitar dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan kepada penyelesaian masalah alam sekitar.Elemen Pendidikan Alam Sekitar disepadukan dan diajar secara jelas dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Moral, Geografi, Bahasa, Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (Ministry of Education Malaysia, 2004).Banyak aktiviti Pendidikan Alam Sekitar telah dicadangkan dan dimuatkan ke dalam Huraian Sukatan Pelajaran.Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini objektif Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia masih belum tercapai sepenuhnya. Buktinya, kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik tempatan terdahulu menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, kesedaran, amalan dan sikap pelajar sekolah di Malaysia masih tidak membanggakan (Rohana Othman et.all, 2013) Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi contohnya, elemen Pendidikan Alam Sekitar dibincangkan di bawah tema sumber-sumber alam, iklim, tumbuh-tumbuhan semulajadi, pengangkutan dan komunikasi. Manakala dalam Pendidikan Moral, nilai murni yang diajar dan berkait rapat dengan alam sekitar adalah menyayangi dan menjaga alam sekitar, keharmonian antara manusia dan alam sekitar, penjagaan alam sekitar dan sensitiviti terhadap isu alam sekitar.Dalam bidang bahasa seperti bahasa Melayu dan Inggeris, pelajar-pelajar diberikan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan kesedaran alam sekitar seperti pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar, pencemaran, pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber untuk kepentingan bersama. Selain daripada pendidikan formal dalam bilik darjah, Pendidikan Alam Sekitar juga berlaku secara tidak formal melalui aktiviti kokurikulum berbentuk program/projek seperti Kelab Alam Semula Jadi dan projek 3K (Keselamatan, Keceriaan dan Kecantikan), pertandingan kuiz, Kempen Kitar Semula, ceramah dan lawatan.Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga sering bekerjasama dengan pihak Jabatan Alam Sekitar dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang lain dalam mewujudkan 6
  • 7. aktiviti-aktiviti Pendidikan Alam Sekitar yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah seperti Pertandingan Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar, Kem Kesedaran Alam Sekitar, Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Kuiz Minggu Alam Sekitar, Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah), Pertandingan Debat Alam Sekitar antara Institusi Pengajian Tinggi, dan aktiviti-aktiviti pendidikan alam sekitar yang lain. Program-program sebegini dirancang dengan tujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar di Malaysia terhadap alam sekitar (Rohana Othman et. all, 2013) Menurut Rosmidzatul Azila (2013), proses penyepaduan unsur Pendidikan Alam Sekitar dalam kedua-dua kurikulum dan kokurikulum perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran yang penting. Ini kerana, proses pembelajaran secara teori yang disusuli dengan pembelajaran secara praktikal (iaitu memberi peluang dan pendedahan kepada para pelajar untuk merasai sendiri pengalaman berinteraksi dengan alam sekitar serta melihat segala permasalahan alam sekitar yang berlaku) adalah lebih berkesan dan bermakna dalam memastikan kesedaran yang lahir adalah betul-betul terkesan kepada jiwa mereka. Menurut beliau lagi, dengan usaha penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dan aktiviti kokurikulum, ia dapat menjadi tanda aras sejauh mana pendidikan alam sekitar yang diterapkan di dalam bilik darjah difahami dan diaplikasikan oleh para pelajar. Malah melalui aktiviti kokurikulum juga dapat dijadikan garis panduan untuk para pendidik menilai keberkesanan penyepaduan pendidikan alam sekitar dengan subjek-subjek lain yang diajar di dalam kelas berdasarkan pengamatan terhadap para pelajar dalam menggunakan pengetahuan dan kemahiran tentang alam sekitar semasa aktiviti luar kelas dijalankan. Namun begitu, Hotinli (2004) menegaskan, walaupun isu-isu alam sekitar yang perlu diajar di sekolah telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, namun kualiti pelaksanaannya amat bergantung kepada kesedaran dan minat guru secara individu.Menurut Ruslin Amir (2010), pada peringkat sekolah,kejayaan Pendidikan Alam Sekitar banyak bergantung kepada keiltizaman guru. Guru berperanan memberi pengetahuan, menimbulkan dan menyemai kesedaran, menunjukkan cara yang baik sewaktu bertindak sebagai model dan penggerak kepada amalan dan program yang berkaitan dengan alam sekitar. 7
  • 8. Oleh yang demikian, saya berpendapat, tidak kiralah kita mengajar apa jua subjek di sekolah, kita boleh menerapkan elemen kebersihan alam sekitar di dalam kelas mengikut kesesuaian. Apa yang penting bagi saya adalah minat sesorang guru itu untuk menerapkan dan membincangkan isu-isu alam sekitar dalam sesi pengajaran mereka. Sebagai guru, kita perlu menggunakan kemudahan yang telah disediakan, contohnya seperti menggunakan buku panduan yang telah dikeluarkan oleh PPK sebagai panduan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan alam sekitar.Guru juga sepatutnya menggunakan segala peluang yang ada untuk menyemai, memupuk dan melestarikan Pendidikan Alam Sekitar melalui aktiviti di sekolah sama ada di dalam dan di luar bilik darjah. Dalam hal ini, komitmen guru adalah sangat penting dalam merealisasikan kejayaan Pendidikan Alam Sekitar di sekolah (Zahir & Nordin, 2007). Menyedari hakikat itu, walaupun saya mengajar mata pelajaran Sains tingkatan satu di sekolah, saya dapat mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam pengajaran di dalam kelas. Contohnya, ketika mengajar tajuk yang keempat iaitu Kepelbagaian Sumber di Bumi, saya tidak melepaskan peluang untuk menerapkan Pendidikan Alam Sekitar dengan membawa pelajar-pelajar saya keluar dari makmal dan melakukan aktiviti luar bilik darjah. Memandangkan saya mengajar tingkatan satu, pelajar-pelajar saya memang gemar menjalankan eksperimen di dalam makmal. Mereka sangat teruja apabila eksperimen akan dijalankan pada hari tersebut. Namun begitu, aktiviti luar juga amat mengujakan mereka.Mereka tertanya-tanya apakah eksperimen yang boleh mereka jalankan di luar bilik darjah. Saya menerangkan kepada pelajar-pelajar saya bahawa pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di Bumi amat penting untuk menyokong kehidupan kita pada masa akan datang. Oleh itu, pelajar-pelajar seharusnya tahu cara-cara untuk memelihara dan memulihara sumber-sumber di Bumi seperti air, udara,tanah, hidupan, dan mineral serta bahan api fosil. Salah satu cara untuk memelihara dan memulihara hidupan adalah dengan menanam semula pokok dan tanaman tutup bumi. Jadi, pada hari itu, saya membawa pelajar ke kawasan bilik guru yang baru dibina untuk menanam beberapa pohon pokok supaya pelajar-pelajar saya sedar bahawa hidupan merupakan salah satu daripada komponen alam sekitar yang harus dipelihara.Kesannya, pelajar-pelajar saya sangat teruja dengan aktiviti tersebut dan guru-guru lain juga menyokong usaha mereka. Beberapa hari selepas itu, saya lihat beberapa orang pelajar menyiram pokok yang mereka tanam sebelum sesi persekolahan sidang petang bermula.Malah sifat sayang terhadap pokok yang 8
  • 9. meraka tanam timul secara semulajadi.Buktinya mereka sering “menziarahi” pokok yang mereka tanam walaupun hakikatnya pokok itu tidak boleh membesar dengan cepat. Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa sekiranya guru mempunyai komitmen untuk menerapkan Pendidikan Alam Sekitar, suatu usaha yang kecil akan memberikan manfaat yang lebih besar kepada sekolah khususnya. Malah sesuatu yang dipandang remeh, apabila diberi perhatian dan penekanan dengan kaedah yang betul akan memberikan impak yang positif kepada kita semua. Bak kata pepatah “ hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” Saya juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Koperasi merangkap Setiausaha Koperasi SMK Tun Ismail Batu Pahat Berhad. Setiap tahun, koperasi sekolah saya akan mengadakan Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS). Antara perkara yang menarik perhatian saya mengenai sambutan ini ialah, simbolik perasmian HKS biasanya dilaksanakan dengan melakukan aktiviti menanam pokok di kawasan sekolah.Sejak tahun 2008, setiap tahun ada sahaja pokok baru yang kami tanam di sekolah sebagai simbolik perasmian HKS. Ahli Lembaga Koperasi pelajar akan bergotong royong dengan guru koperasi untuk menanan pokok tersebut. Secara peribadi, saya sangat gembira dengan usaha ini kerana secara tidak langsung, pelajar-pelajar saya mempunyai sikap sayang akan tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar.Saya sendiri sangat gembira kerana pokok mangga yang kami tanam sebagai simbolik perasmian HKS pada tahun 2009 telah mengeluarkan hasil. Malah, dalam pengajaran dan pembelajaran Sains tingkatan 1, para pelajar digalakkan menggunakan bahan kitar semula atau bahan terbuang untuk membina rakit atau kapal selam sebagai melengkapkan band 6 Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi tajuk ketiga iaitu Jirim.Penggunaan bahan kitar semula ini sekaligus dapat menyelamatkan alam sekitar dan dapat memupuk minat pelajar untuk mengitar semula bahan terbuang agar boleh dijadikan bahan baru yang bermanfaat kepada kita semua.Manakala dalam tajuk yang kelima iaitu Udara di Sekeliling Kita, pelajar diminta menyediakan sebuah folio berkaitan dengan punca-punca dan kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia bagi melayakkan pelajar mendapat band 6 dalam PBS mereka.Daripada maklumat ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa dalam mata pelajaran Sains sahaja, beberapa tajuk telah disepadukan dengan Pendidikan Alam Sekitar secara tidak langsung. Kesimpulannya, kejayaan mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar sebenarnya sangat bergantung kepada komitmen pendidik sebagai pelaksana dan kerjasama semua pihak yang terlibat 9
  • 10. sama ada secara lansung mahupun tidak langsung dalam usaha ini. Malah, matlamat akhir Pendidikan Alam Sekitar untuk melahirkan pelajar yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar pastinya mampu dicapai sekiranya semua pihak khususnya pihak-pihak berwajib memainkan peranan masing-masing untuk memberi Pendidikan Alam Sekitar dengan lebih serius tanpa rasa dibebani dengan tanggungjawab berkenaan. 10
  • 11. RUJUKAN Al-Quran al-Karim, Terjemahan Al-Quran Tajwid Rasm Uthmani dalam Bahasa Melayu, terbitan AlHidayah House of Qu’ran Sdn. Bhd, 2009. Chang See Leong, Choo Yan Tong, Fadhilah binti Muhamad & Quek Yoke Hua (2011).Sains Tingkatan 1. Selangor: Karangkraf Network Sdn. Bhd. Hazura Abu Bakar & Syarifah Norhaidah Syed Idros (2007).Pemeliharaan Alam Tabii Bersumberkan Pengetahuan Islam. Jilid 7(1): 31-41. http://www.gdrc.org/uem/ee/tbilisi.html dicapai pada 10 November 2013 Hotinli, Gulru. (2004). Environmental Education in Turkey.Dlm. Mohammad Zahir Ahmad & Nordin Abdul Razak (2007).Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah : Komitmen Guru. Jilid 7(2):74-81. Jabatan Alam Sekitar (2011). Laporan Tahunan 2011. Kuala Lumpur: Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia. Ministry of Education Malaysia (2004).The Development of Education: National Report of Malaysia. Dirujuk pada Disember 6, 2013, daripada htthttp://www.ibe.unesco.org/International/ICE47/english/Natreps/reports/malaysia.pdf [06 Disember 2013]. Mohammad Zahir Ahmad &Nordin Abdul Razak (2007).Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru. Jilid 7(2): 74-8. Rohana Othman, Rosta Harun, Azizi Muda & Ismi Arif Ismail(2013).Kesan Pengajaran dan Pembelajaran Alam Sekitar Melalui Aktiviti Melukis Mural untuk Meningkatkan Pengetahuan dan KesedaranPelajar Sekolah Menengah terhadap Alam Sekitar. Asian Pasific Journal of Educators and Education. Vol. 28: 11-31. 11
  • 12. Rosmidzatul Azila Yamin (2013). Mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam Pengajaran.Dirujuk pada Oktober 23, 2013, daripada www.beritaharian.com.my Ruslin Amir, Norzaini Azman & Ibrahim Komoo (2010).Kesedaran, Kefahaman dan Nilai Sepunya Pelajardan Guru: Sumbangan Kepada Pendidikan Awam Langkawi Geopark. Jurnal Akademika 80 : 95-104 Shahrom Md Zain, Noor Ezlin Ahmad Basri, Fatihah Suja, Othman Jaafar & Hassan Basri (2007). Pendidikan Alam Sekitar: Bagaimana Usaha-usaha Dilakukan dalam Proses Pengajaran danPembelajaran. Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejeuruteraan & Alam Bina, UKM. Tunku Khalkausar (2006).Environmental Education and Awareness. Dlm. Shahrom Md Zain et. all(2007). Pendidikan Alam Sekitar: Bagaimana Usaha-usaha Dilakukan dalam Proses Pengajaran danPembelajaran. Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejeuruteraan & Alam Bina, UKM. 12