Laporan kssr
Próxima SlideShare
Cargando en...5
×

¿Le gusta esto? Compártalo con su red

Compartir
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    ¿Está seguro?
    Tu mensaje aparecerá aquí
No Downloads

reproducciones

reproducciones totales
32,473
En SlideShare
24,302
De insertados
8,171
Número de insertados
22

Acciones

Compartido
Descargas
1,066
Comentarios
3
Me gusta
4

Insertados 8,171

http://noriza-amat.blogspot.com 7,964
http://sittisaidahsks2a.blogspot.com 135
http://noriza-amat.blogspot.ru 18
http://translate.googleusercontent.com 9
http://www.google.com.my 9
http://noriza-amat.blogspot.ca 5
http://noriza-amat.blogspot.com.br 4
http://noriza-amat.blogspot.co.uk 3
http://noriza-amat.blogspot.sg 3
http://noriza-amat.blogspot.hk 2
http://noriza-amat.blogspot.de 2
http://webcache.googleusercontent.com 2
http://noriza-amat.blogspot.com.ar 2
http://noriza-amat.blogspot.it 2
http://noriza-amat.blogspot.in 2
http://prlog.ru 2
https://www.google.com 2
http://noriza-amat.blogspot.gr 1
http://www.kyongnorlida.com 1
http://www.tubebox.us 1
http://noriza-amat.blogspot.com.au 1
http://www.blogger.com 1

Denunciar contenido

Marcada como inapropiada Marcar como inapropiada
Marcar como inapropiada

Seleccione la razón para marcar esta presentación como inapropiada.

Cancelar
    No notes for slide

Transcript

  • 1. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 1.0 DEFINISI 1.1 KURIKULUM Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakanatau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yangdihajati. Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmupengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisikeempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu matapelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah. 1.2 STANDARD Standard pula ditakrifkan oleh Kamus Dewan edisi keempat sebagai sesuatu yangdapat diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu yang lain. 2.0 PENGENALAN Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan namaKurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajarandan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan)telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras denganteras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Dasar teras kedua PIPP adalah membangunkan modal insan yang mempunyaipengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Matlamat PIPP adalah untukmemastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat, menguasai ilmu pengetahuan,kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai murni. Gagasan ke-3 ucapan dasar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalamPerhimpunan Agung UMNO 2006 telah menuntut supaya sistem pendidikan negara memberipenekanan kepada teras kedua PIPP. Justeru, KSSR diperkenalkan bagi tujuan itu. 1
  • 2. KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi seiringan dengan KBSR. Bermula pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, sebanyak 500 buah sekolah telah dijadikan sekolah rintis untuk menguji keberkesanan KSSR. Daripada 500 buah sekolah itu, 50 buah sekolah telah diuji rintis dengan semua mata pelajaran, manakala bakinya hanya diuji dengan mata pelajaran terpilih sahaja. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab. 3.0 TRANSFORMASI KURIKULUM 3.1 DEFINISI: Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksudproses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahansedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asaskurikulum: struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahankurikulum dan pengurusan sekolah 2
  • 3. 3.2 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH Matlamat KBSR Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembanganpotensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputiaspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang,harmonis dan berakhlak mulia. Objektif KBSR Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untukmembolehkan untuk membolehkan murid: i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara; ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah; iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian; iv. menguasai kemahiran belajar; v. menguasai kemahiran berfikir; vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua; vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya; viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri; ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar; x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal; 3
  • 4. xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;xvi. membina semangat patriotisme;xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; danxviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.Prinsip KBSR KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan:-i. Pendekatan Bersepadu;ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; daniv. Pendidikan seumur hidup.v. murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalukukan aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat 4
  • 5. vi. suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan muridvii. aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asasviii. aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibelix. penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)x. penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)xi. penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah PenekananFokus Tahap Ii. Penguasaan kemahiran asas berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis)ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengiraiii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al- Quran;iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat. 5
  • 6. Fokus Tahap IIi. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lainiv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Struktur KBSRStruktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-i. Komunikasi;ii. Manusia dan Alam Kelilingnya; daniii. Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjaditeras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-i. Kemahiran Asas;ii. Manusia dengan Persekitaran;iii. Kesenian dan Kesihatan;iv. Kerohanian, nilai dan sikapv. Kemahiran Hidup; danvi. Kokurikulum 6
  • 7. Bidang Pelajaran Matapelajaran Fasa 1 Fasa 2 Bidang Komponen Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa InggerisKomunikasi Kemahiran Asas Bahasa Cina Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Tamil Matematik Matematik Pendidikan Islam Pendidikan IslamManusia dan Sikap , Nilai Pendidikan Moral Pendidikan MoralPersekitaran Sains dan Spiritual Kajian Tempatan - - Kemahiran Hidup Pendidikan Muzik Pendidikan MuzikPerkembangan Kemahiran Hidup Pendidikan Seni Pendidikan Seni Pendidikan Pendidikan Jasmani danDiri Individu Seni dan Riadah Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Kokurikulum Pendidikan Kesihatan Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:- i. Bidang Komunikasi 1. Bahasa Melayu; 2. Bahasa Inggeris; 3. Bahasa Cina; 4. Bahasa Tamil; dan 5. Matematik. 7
  • 8. ii. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya 1. Pendidikan Islam; 2. Pendidikan Moral; 3. Sains; dan 4. Kajian Tempatan.iii. Bidang Perkembangan Diri Individu 1. Kemahiran Hidup; 2. Pendidikan Muzik; 3. Pendidikan Seni; 4. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 8
  • 9. Peruntukan MasaMata Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis KebangsaanPelajaran Tahap 1 Tahap 2 Tahap 1 Tahap 2Perkara 1 2 3 4 5 6 1 2 3 4 5 6Bahasa 4 4 4 3 3 3 2 2 2 1 1 1Melayu 50 50 50 00 00 00 70 70 70 50 50 50Bahasa 2 2 2 2 2 2 6 9 9 9Inggeris 40 40 40 10 10 10 0 0 0 0Bahasa 4 4 4 3 3 3Cina/Tamil 50 50 50 00 00 00Sains 1 1 1 1 1 1 50 50 50 50 50 50Matematik 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10Pend. 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1Islam/Moral 80 80 80 80 80 80 50 50 50 50 50 50Pendidikan 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6Seni 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0Pendidikan 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6Muzik 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0Kemahiran 6 6 6 6 6 6Hidup 0 0 0 0 0 0Kajian 1 1 1 1 1 1Tempatan 20 20 20 20 20 20Pend. Jas. 9 9 9 6 6 6 9 9 9 6 6 6& Kes. 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0Perhimpun 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3an 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0Pilihan 3 3 3 3 3 3Guru Besar 0 0 0 0 0 0JUMLAH 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 350 350 350 440 440 440 350 350 350 440 440 440 9
  • 10. 3.3 MENGAPA STANDARD? Terdapat beberapa sebab dan tujuan standard diwujudkan dalam kurikulumbaru ini. Antaranya ialah memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan.Melalui adanya standard kandungan dan standard pembelajaran , guru dapat mengikuti garispanduan tersebut supaya murid dapat mencapai pembelajaran dengan lebih berkesan. Halini, sacara tidak langsung dapat mengatasi keciciran dalam pembelajaran murid di sekolah.Selain itu penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur oleh guru terhadap muridadalah jelas. Perkara ini dapat dilakukan melalui pentaksiran yang akan dibuat kepadamurid. Perlaksanaan yang dibuat adalah berasaskan sekolah. Staretegi penambahbaikan (assessment for learning ) dapat dikenal pasti juga antara tujuan standard ini dibuat. Olehyang demikian , guru dan murid akan meningkatkan diri masing-masing untuk mencapailebih daripada yang telah ditetapkan.4.0 PERBANDINGAN KBSR DENGAN KSSR 4.1 KAEDAH PENTAKSIRAN Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Maluri, Saadun Kasim yang merupakan Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pembaharuan yang diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). SPPK bermatlamat untuk mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Terdapat lima kaedah pentaksiran yang dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Pentaksiran sekolah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada 10
  • 11. bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenarmembandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka sepertidigunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuatpertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran.Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. 4.2 PERUNTUKAN MASA Berlaku perubahan peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnyaBahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Hal ini kerana kerajaan telah menggariskanpenekanan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggerisselaras dengan pemansuhan dasar PPSMI. 4.3 KANDUNGAN KSSR Terdapat perubahan berlaku pada semua mata pelajaran. Pendidikan seks diajarmenerusi Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi tahap satu. Menurut Datu DrJulaihi Bujang, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian PelajaranMalaysia, pengetahuan mengenai pendidikan seks hanya mewakili 75 peratus daripadakeseluruhan pengisian kurikulum baru subjek berkenaan. Enam tunjang yang menjadi teras pengisian pendidikan seks mencakupiperkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri,kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya. Enam tunjang ini akandilaksanankan secara berperingkat bermula Tahun satu sehingga Tahun enam. Menurut beliau lagi, perkembangan manusia mendedahkan murid mengenaipengetahuan sistem reproduktif manusia, perhubungan pula menjurus mengenai kasihsayang dan persahabatan. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaanyang merangkumi tanggungjawab sebagai ibu bapa, manakal kebolehan dalam membuatkeputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri. Kesihatan dan tingkah laku seksual membicarakan amalan seks sepanjangkehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual 11
  • 12. berjangkit, HIV, AIDS. Isu berkaitan seks dan perundangan pula dibincang di dalam tunjang masyarakat dan budaya. Selain daripada itu, mata pelajaran Matematik turut mengalami perubahan. Jika pada peringkat KBSR konsep 3M (membaca, menulis, mengira) ditekankan, namun pada pelaksanaan KSSR, konsep 4M ditekankan (membaca, menulis, mengira, menaakul). Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna. Penaakulan berupaya mengembangkan kapasiti pemikiran logikal dan dan kapasiti pemikiran kritis. Sebagai contoh, untuk topik Pecahan Tahun satu, murid diajar tentang konsep keseluruhan bagi memastikan mereka memahami tentang konsep separuh dan suku. *rujukan – rencana berita harian 30 jan 2011*5.0 KOMPOSISI KURIKULUM KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum StandardSekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikittetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut bakalmenggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satusubjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. Pelaksanaan KSSR adalahusaha untuk mentranformasikan pendidikan sekolah dengan menyatupadukan pelbagaidisiplin ilmu bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkandan bermakna. Selain itu, murid Tahun Satu juga akan diajar pendidikan seks. Pengarah BahagianPembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr, Julaihi Bujang, berkatapendedahan pendidikan seks akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan. Iamembabitkan murid dalam Tahap Satu iaitu murid Tahun 1 hingga Tahun 3. Pendidikan seksakan mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan,kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya. Guruyang terbabit dengan pengajaran subjek berkenaan telah diberi kursus manakala bahanpengajaran turut disediakan. 12
  • 13. Mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi akan memberi pendedahan kemahiranteknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’. 2. Murid TahunSatu akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaianberasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagaipendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru. Murid akan mempelajariMicrosoft Word, diikuti Microsoft Power Point dan Painting. Penguasaan kemahiran ICT initidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid TahunSatu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi. Sains hayat akanmendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwandan tumbuh-tumbuhan, manakala sains fizikal berkaitan semua jenis deria, dan sains bahanpula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan rekabentuk. Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu inimembabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada prosespembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuanmenarik. Komposisi Kurikulum Standard Sekolah Rendah terdiri daripada Modul Teras Asas,Modul Teras Tema dan Modul Elektif. (Rujuk Lampiran ). Pembahagian masa jugabertambah daripada 1350 dalam KBSR kepada 1380 dalam KSSR. Modul Teras Asas terdiri daripada subjek asas seperti Bahasa Melayu, BahasaInggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (SJKC dan SJKT), Pendidikan Islam, PendidikanMoral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik. Modul Teras Tema pula terdiri daripada subjek Dunia Sains dan Teknologi, DuniaSeni Visual dan Dunia Muzik. Modul Elektif pula terdiri daripada bahasa pilihan seperti Bahasa Arab, Bahasa CinaSekolah Rendah, Bahasa Tamil Sekolah Rendah, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.Peruntukan masa pengajaran bagi modul elektif adalah sebanyak 90 minit (3 waktu) yangdimasukkan dalam jadual persekolahan. Sekolah perlu melaksanakan sekurang-kurangnyasatu bahasa dalam Modul Elektif mengukit kesediaan sekolah dalam aspek penyediaanguru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah. Sekiranya sekolah tidak dapat 13
  • 14. menjalankan Modul Elektif kerana kekurangan prasarana, mereka boleh membuat pilihanuntuk melaksanakan satu atau kombinasi mata pelajaran daripada Bahasa Melayu, BahasaInggeris, Matematik serta Dunia Sains dan Teknologi. Contoh kombinasi mata pelajaranialah dengan menjalankan pengajaran Bahasa Melayu selama 60 minit dan Bahasa Inggerisselama 30 minit. Pemilihan subjek atau kombinasi subjek bergantung kepada kesediaan dankeupayaan sekolah. Bagi Tahap Dua pula, akan dilaksanakan pada tahun 2014. Antara subjek yang bakaldiperkenalkan ialah Reka Bentuk dan Teknologi Maklumat dan Sejarah. Manakala subjeksedia ada termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil(SJKC dan SJKT), Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Jasmani, Matematik, Sains,Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.6.0 BAHAN KURIKULUM Bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR terbahagi kepada tigaiaitu dokumen standard, modul pengajaran dan modul pembelajaran. Dokumen standard ialah bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajarandan pembelajaran. Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancanganpengajaran mereka. Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah elemen utamayang terdapat dalam dokumen standard. Standard kandungan adalah kenyataan umum tentang domain kognitif(pengetahuan)dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid. Standardpembelajaran pula ialah kenyataan khusus kepda murid agar mereka tahu dan bolehmelakukan dari segi konsep dan pengetahuan. Keupayaan melakukan sesuatumembolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang bolehdiukur. 14
  • 15. Sebagai contoh dalam mata pelajaran Matematik , guru membimbing pelajar dalammenamakan dan menentukan nilai dalam topik Nombor Bulat 0 hingga 100 yang merupakanstandard kandungan magi topic ini. Manakala standard pembelajaran yang perlu dicapai olehpelajar ialah dapat menamakan nombor hingga 100. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), modul didefinisikan sebagai unit ataubahagian tersendiri yang lengkap dengan komponen yang melaksanakanfungsi tertentu dandapat dirangkaian dengan unit-unit lain di dalam sesuatu yang lebih besar. Selain itu, moduljuga merupakan kursus pengajaran (latihan dan seumpamanya) yang dapat dilaksanakansecara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran. Malihat kepadadua definisi ini, kita boleh mentakrifkan modul sebagai suatu bahan pengajaran yanglengkap dengan isi pelajaran khas yang telah dirancang dan merangkumi soalan-soalansama ada objektif atau subjektif bagi menguji tahap pemahaman pelajar supaya merekadapat mencapai kemahiran-kemahiran tertentu yang dikehendaki. Modul pengajaran adalah dokumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikanpengajaran manakala modul pembelajaran pula dugunakan oleh murid untuk mengukuhkanlagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran.7.0 DOKUMEN KURIKULUM Dokumen kurikulum pula terdiri daripada bahan kurikulum dan juga bahan sokongan.Bahan kurikulum adalah dokumen standard yang digunakan dalam pengajaran danpembelajaran. Setiap subjek yang ditawarkan dalam KSSR mempunyai dokumen standardyang khusus. Bahan sokongan pula terdiri daripada buku teks, modul pengajaran danpembelajaran serta buku panduan untuk guru. 15
  • 16. 8.0 PENTAKSIRAN Pentaksiran Sekolah ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan bolehdiharap oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif adalah bertujuanuntuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala pentaksiran secarasumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yangdipelajari (assessment of learning). Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),pentaksiran formatif berasaskan sekolah dijalankan secara berterusan untuk mengesanperkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran ini menggunakanpelbagai kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autaentik dan holistik. Proses Pentaksiran Sekolah melibatkan aktiviti-aktiviti seperti mengumpul maklumatyang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara berterusan(ongoing) berdasarkan pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi(performance standard) serta penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks. Gurumembuat penilaian dan melaporkan secara verbal atau bertulis tentang prestasi, potensi,pencapaian dan keperluan murid. Pentaksiran yang berkesan membolehkan murid berusaha ke arah yang sejajardengan kriteria yang telah diketahui dan difahami lebih awal. Murid dapat menganalisapembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki dan belajar dengan kaedahtersendiri. Selain itu, murid dapat mensíntesis dan mengaplikasi pembelajaran selaindaripada mengingati fakta. Murid akan lebih bertanggungjawab dalam pembelajaran, dapatmelalui proses pembelajaran dengan berjaya serta berupaya bersaing di tahap yang lebihtinggi. Pentaksiran formatif untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasanyang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalahpembelajaran murid. Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantuproses pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalammengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semuamurid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain. 16
  • 17. Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah sepertipencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atautugasan dalam kelas. Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan denganberkesan untuk menyokong pentaksiran untuk pembelajaran. Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan untukmembantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan carayang betul. Maklumbalas tidak sepatutnya mengandungi pernyataan perbandingan antaramurid tentang kebolehan, kedudukan atau persaingan. Maklumbalas perlu mengandungielemen-elemen seperti kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standardprestasi yang ditetapkan, tahap pembelajaran yang diharapkan dan maklumat untukmerapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap pembelajaran yang diharapkan. Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis, perkembanganpembelajaran murid dan maklumbalas, bukan semata-mata merekod skor. Oleh itu,pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampumemberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir. Pentaksiran yang adil tidak perlu dibimbangi kesahan dan kebolehpercayaannyakerana ia mempunyai keautentikan dan keboleharapan yang tinggi bergantung kepada kualitidan kejelasan kriteria penskoran dan pemahaman kriteria tersebut. Sesuatu instrumen yangsecara umumnya digunakan dengan baik untuk menyenaraikan dan memperluaskan kriteriapenskoran sering dirujuk sebagai rubrik. Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-cirikerja murid dengan jelas. Pentaksiran adalah sebahagian daripada strategi pengajaran dan pembelajaran danbukannya tugas tambahan. Pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran tidak bolehdipisahkan dan tidak boleh dilihat atau diguna secara berasingan atau bersendirian. Tujuanutama pentaksiran bukan hanya untuk membuat keputusan, tetapi memberi sokongan danmekanisma yang positif bagi membantu murid untuk membaiki atau meningkatkanpembelajaran; bagi guru membaiki pengajaran dan secara keseluruhan, menyumbangkepada keberkesanan program. 17
  • 18. Antara kaedah pengumpulan eviden pentaksiran sekolah ialah melalui kaedahpencerapan. Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur (terancang) danselalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam tugasan untukmendapatkan hasil penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu mempunyai tujuan dandijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian untukmengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak dan skala pengadaran (ratingscale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk merekod. Pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur dan tegar. Ia membolehkan gurumengumpul eviden yang sama bagi semua murid dengan cara dan masa yang sama.Pentaksiran ini mengemukakan eviden tentang pembelajaran berpandukan kepada skor.Sekiranya digunakan dengan betul, ujian dan peperiksaan adalah sebahagian daripadakurikulum yang penting kerana ia memberikan eviden yang baik tentang apa yang telahdipelajari. Ujian boleh dilaksanakan secara manual seperti kertas-pensil, papan tulis danlisan atau berbantukan komputer secara online atau offline. Tugasan atau pentaksiran prestasi kurang berstruktur (berbanding dengan ujian) danmelibatkan tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalampelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran prestasi meliputi komponen praktikalsesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalamamalan. Ia merupakan pentaksiran yang autentik kerana murid mempunyai gaya yangtersendiri untuk belajar. Antara contoh ialah projek, pameran, penyampaian visual dan lisan,debat, simulasi komputer dan persembahan. Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru kerana mungkinramai murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiranakademik dan prestasi dengan tepat. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas khususuntuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan dalammempelajari bagaimana untuk menyimpan rekod dan memgulas ringkasan kerja. Refleksi keatas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam pembelajaran. 18
  • 19. Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau rubrik, membantumurid sama ada yang ditaksir atau yang mentaksir. Perkongsian kriteria untuk pentaksiranmemberi kuasa kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri dan juga rakan mereka.Kebolehan untuk bekerja bersama rakan lain dalam satu kumpulan dengan berkesan adalahsatu daripada hasil kritis. Pentaksiran kerja berkumpulan memberi eviden daripada aspek kerjasama, bantumembantu, pengagihan kerja dan sumbangan setiap individu melalui satu produk.Pentaksiran kerja berkumpulan dinilai melalui proses selain daripada produk atau hasil kerja.Ia melibatkan pentaksiran kemahiran sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan,selain daripada hasil kerja kumpulan. Modul pengaran dalam KSSR mengandungi cadangan aktiviti pemulihan danpengayaan kepada murid. Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatukekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Tujuan pemulihan adalah untukmembantu murid lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapai dalam pelajaranlalu dan untuk membantu murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensimereka. Dalam aktiviti pemulihan, guru boleh menjalankan program bacaan tambahandengan menggalakkan murid membuat bacaan meluas dengan pelbagai rujukan daripadabuku dan internet. Guru boleh memberi bahan bacaan yang sejajar dengan perkembangankognitif murid bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalamkelas. Selain itu, guru boleh menggalakkan murid membuat kerja projek yang dijalankansecara individu atau berkumpulan contohnya aktiviti yang meminta murid untuk membuatsesuatu hasilan atau menyelesaikan masalah mudah. Ia bertujuan untuk menggalakkanmurid-murid untuk berfikir menyelesaikan masalah. Pengayaan ialah proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai araskesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankandalam bilik darjah. Tujuannya ialah untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yangsedia ada pada murid di samping membekalkan peluang tambahan untuk mengembangkanlagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid 19
  • 20. dalam pelbagai bidang. Aktiviti pengayaan menyediakan murid untuk memperkembangkanpotensi ke tahap maksima. Ia dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalamjadual waktu tetap sekolah. Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktivitipengayaan bercorak belajar kendiri. 9.0 KESIMPULAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan ungguldengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaanbertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segiintelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arusglobalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semuapihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihakberkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jikapihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusanmenyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkanmurid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa danmasa depan. 20
  • 21. 10.0 REFLEKSI NAMA: SITI ZAFIRAH BINTI AHMAD ZUKRI Menerusi pembentangan kumpulan saya pada minggu ini, saya memperoleh banyakmaklumat penting tentang perubahan kurikulum yang digubal kerajaan. Setiap soalan yangdiajukan membuka minda dan pemikiran supaya saya mendapat lebin maklumat tentangsebab berlakunya transformasi itu. Walaubagaimanapun, terdapat juga perkara-perkara danpersoalan-persoalan yang tidak dapat dijelaskan dengan tepat kerana kekurangan sumber.Seperti yang kita tahu, KSSR adalah masalah baru kurikulum bagi tahun ini. Jadi sumberrujukan yang kami peroleh juga terhad kerana hanya bergantung kepada internet, akhbarserta beberapa responden yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan KSSR. Jadipersoalan-persoalan yang diutarakan agak sukar untuk dijawab. Walaubagaimanapun, kami dapat melakukan pembentangan yang agak lengkapwalaupun sumber adalah terhad. Dokumen-dokumen yang diperoleh dalam laman webKementerian Pelajaran Malaysia banyak membantu kami menerangkan dengan lebihmendalam tentang KSSR. Tetapi keberkesanan KSSR tidak dapat dijelaskan dengan lebihlanjut memandangkan transformasi kurikulum ini baru berjalan selama 2 bulan. Maka kamitidak dapat memberi bukti keberkesanan perubahan kurikulum tersebut. Saya berpendapat bahawa KSSR adalah lebih baik dijalankan sejajar denganpeubahan arus dan permodenan zaman. Kita perlu bergerak maju ke hadapan dan tidakhanya bergantung pada kurikulum sedia ada kerana manusia akan berubah dari segipemikiran dan sosial. Sekiranya tiada perubahan yang dibuat maka kita tidak akan dapatmengatasi masalah pelajar-pelajar yang semakin meruncing saban hari dalam pelajaranmahupun dalam aktiviti sosial. Transformasi kurikulum yang digubal oleh kerajaan diarapdapat membentuk pelajar yang berketrampilan, bersahsial serta berilmu dalam menyumbangtenaga mereka kepada Negara suatu hari nanti. Saya berharap agar perubahan kurikulum yang digubal kerajaan memberi impakpositif kepada semua pihak terutama kepada pelajar dan tidak akan membebankansesetengah pihak untuk melaksanakan perkara tersebut. 21
  • 22. NAMA: NUR ILLYA AMEERA BINTI MUAHMAD Hari ini merupakan pembentangan kumpulan kami. Saya berasa sungguh gementaruntuk membentangkan topik ini. Jam sudah menunjukkan hampir jam 8 pagi, namun masihbelum ramai rakan-rakan yang tiba. 5 minit selepas jam 8 pagi, Dr Lim tiba di kelas. Kamimemulakan pembentangan setelah Dr Lim mengizinkan. Walaupun saya sudahmenyediakan bahan yang agak banyak, namun perasaan gementar tetap ada. Hal ini keranaseperti yang diketahui, Dr Lim merupakan seorang yang suka bertanyakan soalan yangkritis. Sesi pembentangan kami berjalan dengan lancar. Kami berjaya menjawabkebanyakan soalan yang ditujukan oleh Dr Lim serta sahabat yang lain. Perkara yangmenarik adalah apabila Dr Lim mengatakan bahawa kebanyakan guru tidak memahamikonsep sebenar dalam mata pelajaran yang mereka ajar. Selain itu, Dr Lim menggalakkanuntuk bertanya soalan yang bagus. Hal ini kerana, dengan soalan yang bagus, murid akanbelajar dengan lebih berkesan. Selain itu, Dr Lim serta rakan-rakan yang lain bertanya kepada kumpulan kami,mengenai perbezaan KBSR dengan KSSR. Apabila saya menyentuh aspek isi kandungan,Dr Lim terus mengatakan adakah wajar KSSR diperkenalkan sedangkan masalah KBSRmasih belum dapat diselesaikan. Sejujurnya, saya kurang yakin dengan pelaksanaan KSSRkerana berdasarkan perbualan saya dengan kebanyakan guru sekolah rendah, mereka agakkurang senang dengan pembaharuan ini. Satu lagi perkara menarik yang dapat saya kutipsemasa sesi pembentangan adalah apabila Dr Lim mengatakan mengapa digunakanperkataan standard itu? Perkataan standard itu seolah-olah ingin memperniagakan manusiaseperti dalam bidang pemasaran. Hal ini tidak sewajarnya terjadi kerana bekerja denganmanusia adalah sama sekali tidak seperti bekerja dengan bahan. Selain itu, apabila disentuh mengenai kurikulum di UPSI sendiri, kebanyakan daripdakami tidak mengetahui mengapa perlu belajar tentang pelajaran yang mempunyai aras yangtinggi sedangkan perkara ini tidak akan diajar kepada murid-murid di sekolah nanti. Adalahlebih wajar sekiranya kurikulum di UPSI lebih mementingkan tentang konsep sebenar yangakan diajar di sekolah nanti. Sesi pembentangan kami diakhiri dengan perbincangan yang sungguh menarik. 22
  • 23. NAMA: NUR HAFIZAH BINTI ABDUL HALIM Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) merupakan tajuk kumpulan kamiuntuk subjek Trend dan Isu dalam Matematik (SME 3023 ) yang diajar oleh pensyarah kamiiaitu Dr. Lim Chong Hin. Pada pendapat saya , pembentangan untuk seubjek ini sangatberbeza dengan pembentangan yang pernah saya lalui sepanjang saya belajar. Bermuladengan persediaan sebelum pembentangan perlu dirancang dengan teliti dan rapi. Maklumattentang tajuk yang diberi perlulah dikuasai dengan selengkapnya. Pengolahan tajuk jugamemainkan peranan yang penting supaya apa yang akan disampaikan adalah lebihberkesan. Kumpulan kami terdiri daripada Ilya , saya dan Zafirah . Saya akan membentangsalah satu bahagian yang penting dalam KSSR iaitu transformsai kurikulum , perbezaanKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR ) dengan KSSR dan mengapa standard.Pelajar-pelajar dalam kelas sangat berkeinginan untuk mengetahui transformasi kurikulum iniyang baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2011 kepada pelajar sekolah rendah Tahun 1.Mengapa perlu ada tranformasi pada kurikulum yang sedia ada? Pada kali ini Dr. Lim telah membuka pemikiran kami tentang kadang-kadang sesuatuyang dilakukan supaya perkara itu diterima ialah dengan penggunaan perkataan yangmoden tetapi sama maksudnya. Sebagai contoh , tranformasi digunakan dan membawamaksud perubahan. Oleh yang demikian , sebelum sesuatu perkara itu diterima kitahendaklah memikirkan mengapa transformasi kurikulum ini dibuat, adakah terdapat masalahdengan dengan kurikulum sebelumnya dan adakah langkah mengatasi masalah tersebuttelah diambil tindakan. Kita seharusya bijak dalam mebuat penilaian dan bukan sahajamenerima secara terus tanpa berfikir tentang perubahan yang berlaku. Sesuatu perindustrian biasanya akan ada satu standard yang perlu dicapai. Sebagaicontoh, dalam pembuatan kereta Proton akan ada standard dalam pemasangan bahagian-bahagian kereta yang perlu dicapai. Begitu juga dalam KSSR , yang mana pihakkementerian ingin mewujudakan satu standard yang perlu pelajar dicapai dalam sesipembelajaran terutamanya dalam sudut kandungan mata pelajaran. Persoalan yang timbulialah apakah sesuai dan implikasi standard seperti diaplikasikan dalam pendidikan. 23
  • 24. Melalui sesi pembentangan ini juga, kami turut mengaitkan dengan isu-isu pendidkanyang lain. Antara isu yang dibincangkan ialah subjek-subjek yang diambil oleh mahasiswa diUniversiti Pendidikan Sultan Idris sendiri . Apabila Dr. Lim menunjukkan konsep asaspecahan kepada kami , saya telah bertanyakan soalan iaitu kami tidak diajar tentang perkaratersebut malah kami mengambil subjek-subjek yang kami merasakan tiada mengena untukdiajar di sekolah nanti. Oleh itu, kami akan menghadapi masalah dalam pengajaran nantiyang mana daripada sudut penguasaan kandungan mata pelajaran yang ingin diajar adalahkurang. Perkara yang penting yang kami belajar dalam subjek ini ialah kepentingan berfikirsesuatu perkara. Pensyarah kami begitu menekankan perkara ini termasuk dalam sesipembentangan kami. Banyak perkara baru yang kami peroleh sepanjang sesipembentangan kami terutama sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru kelak. 24
  • 25. 11.0 LAMPIRAN KOMPOSISI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH TAHAP IBIL MATA PELAJARAN MODUL TERAS ASAS 1 BAHASA MALAYSIA 2 BAHASA INGGERIS 3 BAHASA CINA BAHASA TAMIL 4 PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL 5 PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN 6 MATEMATIK MODUL TERAS TEMA 7 DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI SENI VISUAL DAN MUZIK MALAYSIA NEGARAKU 8 MODUL ELEKTIF BCSK/BTSK/B.ARAB 9 PERHIMPUNAN 25
  • 26. KOMPOSISI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH TAHAP IIBIL MATA PELAJARAN1 BAHASA MALAYSIA2 BAHASA INGGERIS3 BAHASA CINA BAHASA TAMIL4 PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORAL5 PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN6 MATEMATIK7 SAINS8 P.MUZIK/P.SENI VISUAL9 SEJARAH/MALAYSIA NEGARAKU10 REKA BENTUK & TEKNOLOGI11 MATA PELAJARAN ELEKTIF BCSK/BTSK/B.ARAB/B.KADAZANDUSUN/B.SEMAI/B.IBAN12 PERHIMPUNAN 26
  • 27. B MODUL MASA DALAM SEMINGGUBIL SK SJKC SJKT MODUL TERAS ASAS 1 BAHASA MALAYSIA 360 300 300 2 BAHASA INGGERIS 300 150 150 3 BAHASA CINA - 360 - BAHASA TAMIL - - 360 4 PENDIDIKAN ISLAM/PENDIDIKAN MORAL 180 120 120 5 PENDIDIKAN JASMANI 60 60 60 6 PENDIDIKAN KESIHATAN 30 30 30 7 MATEMATIK 180 180 180 MODUL TERAS TEMA 8 DUNIA DUNIA SENI VISUAL 30 30 30 KESENIAN DUNIA MUZIK 30 30 30 9 DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI 60 60 60 MODUL ELEKTIF 1 B.ARAB/BCSK/BTSK/B.IBAN/ 90 - - B.KADAZANDUSUN PERHIMPUNAN 30 30 30 JUMLAH 1380 1380 1380 27
  • 28. 11.0 RUJUKAN Khairul Hazman Taha (Januari 11, 2011). Panduan Melaksanakan Modul Elektif diSK. Diperoleh pada Januari 26, 2011 daripadahttp://www.akademikpahang.edu.my/v3/berita-semasa-2009/panduan-melaksanakan-modul-elektif-di-sk.html Khairina Yasin (November 30, 2010), Berita Harian: 500,000 murid Tahun Satu sesi2011 diajar pendidikan seks. Diperoleh pada Januari 26, 2011 daripadahttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/500_000muridTahunSatusesi2011diajarpendidikanseks/Article/ Mohd. Fadzly Mohd. Izab (May 25, 2010). Kurikulum baru sekolah rendah dikenalisebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011.Diperoleh pada Februari 3, 2011 daripada http://www.stsaraswathy.net/index.php/blog-layout/39-frontpage/127-info-sekolah Puan Lela (2008). Peperiksaan Vs Pentaksiran. Diperoleh pada Januari 26, 2011daripada http://pengajianam900.forumotion.com/t31-peperiksaan-vs-pentaksiran Penilaian Kendalian Sekolah Rendah(PKSR) : Pemulihan, Pengayaan danPendidikan Inklusif. Diperoleh pada Februari 2, 2011 daripadahttp://www.scribd.com/doc/14586713/Penilaian-Kendalian-Sekolah-Rendah-PKSR-Pemulihan-Pengayaan-Dan-Pendidikan-Inklusif 28