SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 41
PROGRAM
   MOTIVASI

BAHASA MELAYU
        UPSR
    TATABAHASA
          OLEH:
 CIKGU NORMAH BINTI AWAL
KERTAS 1
KOD UPSR: 011
 Imbuhan  digunakan untuk memberikan
  maksud yang berlainan kepada kata dasar
  mengikut konteks ayat.
 Imbuhan terdiri daripada: Imbuhan Awalan,
  Imbuhan Akhiran, Imbuhan Apitan/Imbuhan
  Awal dan Akhir serta Imbuhan Pinjaman.
 Contoh: ditulis, tulisan, penulisan,
  memperluas, sasterawan, juruterbang
PENGGUNAAN IMBUHAN
1.   Penjaja minuman dikehendaki ………………. dari
     menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan.
     A   berhenti                              Tahniah!
     B   berhentikan                         Jawapan anda
                                                 betul
     C   memberhenti
     D   memberhentikan

2.   Majlis Perbandaran sedang ………… sungai itu untuk
     mengelakkan kejadian banjir kilat.
     A   mendalam                              Tahniah!
     B   kedalaman                           Jawapan anda
                                               betul lagi
     C   memperdalam
     D   pedalaman
 Perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bilangan
  sesuatu benda dan unsur-unsur yang hidup seperti
  binatang dan manusia
 Boleh digunakan untuk menyebut sesuatu tempat.
 Digunakan sebelum kata nama atau unsur konkrit.
 Contoh: Sepasang kasut, sekaki cendawan, seutas tali,
  sekawan lembu
PENJODOH BILANGAN
1.   Hanya …….. penduduk di kawasan itu mendapat peluang masuk
     ke beberapa ……… maktab perguruan.
     A   segelintir ……….buah
     B   segolongan ……..biji
     C   sekelompok …….deret
     D   sekumpulan …….buah

2.   Pak Man mengambil ……… pulut dan ………… inti kelapa
     untuk dibuat pulut panggang.
     A   segenggam ……. secubit
     B   sebuku ……… seketul
     C   sekepal ……sesudu
     D   seketul …….sekepal
 Dikenali juga sebagai ungkapan
 Erti yang dibawanya berlainan daripada kata
  asalnya
 Tidak membawa maksud secara terus
 Termasuk dalam bahasa kiasan
 Contoh: Anak emas bermaksud anak yang paling
  disayangi.
SIMPULAN BAHASA
1.   Penceramah itu berhujah dengan memberikan contoh yang ……
     kepada para hadirin.
     A   ada akal
     B   cari akal
     C   masuk akal
     D   panjang akal

2.   Pak Samad terpaksa …………. untuk menarik perahunya ke
     pantai kerana ombak besar.
     A   bertegang urat
     B   berkaki ayam
     C   bermandi peluh
     D   berpeluk tubuh
 Penggunaan  kata yang betul dalam ayat.
 Penggunaan golongan kata yang sesuai seperti:
  Kata Nama, Kata Kerja, Adjektif, Kata Ganti
  Nama dan lain-lain.
 Calon perlu menguasai kosa kata mengikut
  sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
PENGGUNAAN KATA TEPAT
1.   Pekerja restoran itu berjalan sambil …….. sedulang hidangan.
     A   mengandar
     B   membimbit
     C   mengangkut
     D   menatang


2.   Meon ………….. semak di belakang rumahnya dengan sebilah
     parang panjang.
     A   mencantas
     B   menebas
     C   menetak
     D   memotong
 Kata Hubung ialah kata yang digunakan untuk
  menghubungkan: Kata dengan kata, atau frasa
  dengan frasa, atau klausa dengan klausa.
 Contoh: apabila, tetapi, jikalau, semenjak
 Penanda Wacana pula digunakan untuk
  menghubungkan dua ayat yang mempunyai
  perkaitan.
 Contoh: Selain itu, Namun demikian,
  Sehubungan dengan itu
KATA HUBUNG/PENANDA WACANA
1.   ……… tidak berjaya dalam pertandingan itu, …….. dia tidak
     berputus asa.
     A   Walaupun …… namun
     B   Walaupun …….bagaimanapun
     C   Meskipun ……. walaupun begitu
     D   Meskipun ……. di samping itu

2.   ……… menunggu kepulangan ibunya, Milah mengemas rumah
     ……… kelihatan kemas dan teratur.
     A   Setelah ……..jika
     B   Sebelum ……agar
     C   Sementara …..supaya
     D   Semenjak ……kerana
 Kata Sendi digunakan untuk menghubungkan
  kata nama dengan kata atau frasa yang lain.
 Terletak di depan kata nama, frasa nama atau
  kata ganti nama.
 Contoh: di, kepada, pada, dari, daripada,
  hingga, sampai, dengan, bagi, untuk, sejak,
  terhadap.
PENGGUNAAN KATA SENDI
1.   Surat rayuan itu ditujukan ………. para dermawan ………
     mengumpulkan derma membina surau di kampung itu
     A   dengan …….untuk
     B   dari …… dengan
     C   kepada …… bagi
     D   untuk ……. bagi

2.   Ukiran yang diperbuat ………… kayu jati itu telah disiapkan
     oleh Pak Hassan ………… minggu lepas.
     A   dengan ……. di
     B   dari …….. semenjak
     C   daripada …….. pada
     D   daripada …….. sementara
 Kata yang memberikan maksud atau makna yang
  sama.
 Maksud adalah berdasarkan maksud kata dasar
  atau mengikut konteks ayat yang digunakan.
 Contoh: pandai seerti dengan bijak
PERKATAAN SEERTI
1.   Bekas lombong itu telah ditimbun dengan tanah untuk dijadikan
     kawasan perumahan.
     A   ditutup
     B   dilupus
     C   dikambus
     D   diselubung

2.   Daud sering membantah arahan ketuanya supaya datang awal ke
     pejabat.
     A   menafikan
     B   menghalang
     C   membangkang
     D   membendung
 Kata yang mempunyai maksud atau makna yang
  bertentangan dengan makna asal kata yang
  diberi.
 Contoh: kurus lawannya gemuk
 Kata yang diulang lebih daripada sekali.
 Terdiri daripada: Ganda Seluruh Kata, Separa,
  Menyaling, Berima
 Mempunyai maksud berlainan: Majmuk, Tunggal,
  Saling, Berulang-ulang
 Contoh: rama-rama, lelaki, tembak-
  menembak, bukit-bukau
PENGGUNAAN KATA GANDA
1.   Suasana…………..di dalam bilik darjah itu tiba-tiba senyap
     apabila guru besar lalu.
     A   huru-hara
     B   kacau-bilau
     C   hiruk-pikuk
     D   kucar-kacir

2.   Rambut pengemis itu ………….. dan bajunya pula ………...
     A   porak-peranda ……… calar-balar
     B   lintang-pukang …….. carik-carik
     C   kelam-kabut ………. compang-camping
     D   kusut-masai ………. koyak-rabak
PENGGUNAAN KATA GANDA
3.   Pilih perkataan berganda yang bergaris di dalam ayat di
     bawah yang membawa maksud berulang-ulang.
     I    Penyokong pasukan Brazil melonjak-lonjak kegembiraan.
     II   Mereka melambai-lambai tangan ke arah ibunya.
     III Chong Beng lari lintang-pukang apabila dikejar anjing.
     IV Raju bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasnya.
     A    I dan II sahaja
     B    II dan III sahaja
     C    II, III dan IV sahaja
     D    I, II, III dan IV
PERKATAAN BERLAWAN
1.   Hubungan mereka semakin renggang selepas kejadian itu.
     A   tahan
     B   dekat
     C   rapat
     D   hampir


2.   Jamil mendongakkan kepalanya apabila namanya dipanggil.
     A   menurunkan
     B   menundukkan
     C   memalingkan
     D   membongkokkan
PENGGUNAAN KATA GANDA
4.   Pilih perkataan berganda yang bergaris di dalam ayat di
     bawah yang membawa maksud banyak.
     I    Sekolah saya telah mengadakan majlis ramah-tamah dengan
          guru-guru baru.
     II   Jamuan itu khusus untuk anak-pinak keluarga Pak Samad.
     III Lauk-pauk yang disajikan itu sungguh menyelerakan.
     IV Kami terpaksa merentasi bukit-bukau sebelum tiba di tempat
        yang dituju.
     A    I dan II sahaja
     B    II dan III sahaja
     C    II, III dan IV sahaja
     D    I, II, III dan IV
PENGGUNAAN KATA GANDA
5.   Pilih perkataan berganda yang bergaris di dalam ayat di
     bawah yang membawa maksud menyaling
     I    Mereka tumbuk-menumbuk kerana tidak berpuas hati.
     II   Polis dan perompak tembak-menembak di hadapan bank itu.
     III Daud berhempas-pulas menyangkul di ladangnya
     IV Man dan Mon bersiar-siar di tepi pantai.
     A    I dan II sahaja
     B    II dan III sahaja
     C    II, III dan IV sahaja
     D    I, II, III dan IV
PENGGUNAAN KATA GANDA
6.   Pilih perkataan berganda yang bergaris di dalam ayat di
     bawah yang membawa maksud tunggal
     I    Kanak-kanak itu seronok bermain jongkang-jongket.
     II   Kakak memasang langit-langit di dalam biliknya.
     III Ayah menyangkutkan songkoknya pada tupai-tupai.
     IV Kuda-kuda rumah itu masih kukuh.
     A    I dan II sahaja
     B    II dan III sahaja
     C    II, III dan IV sahaja
     D    I, II, III dan IV
 Anda perlu memilih jawapan yang paling sesuai
  untuk soalan yang dikemukakan.
 Fahami keseluruhan ayat tanya dan kenal pasti
  perkara pokok yang ditanya.
MEMBINA JAWAPAN
1.   Siapakah pemenang pertandingan memancing itu?
     A Saya pasti Jasman akan memenangi pertandingan
     memancing itu.
     B Saya rasa Jasman yang memenangi pertandingan
     memancing itu.
     C Yang memenangi pertandingan memancing itu ialah
     Jasman.
     D  Yang akan memenang pertandingan memancing itu ialah
        Jasman.
2.   Mengapakah kapal itu tenggelam ke dasar laut?
     A   Kapal itu tenggelam sejak tahun 1689 lagi.
     B   Benar, kapal itu sudah tenggelam ke dasar laut.
     C   Kapal itu tenggelam kira-kira 20 meter ke dasar laut.
     D   Kapal itu tenggelam kerana terlanggar ketulan air batu.
 Anda   perlu membaca keseluruhan jawapan yang
  diberi.
 Kenal pasti perkara pokok yang diperkatan
  dalam ayat tersebut.
 Pilih soalan yang menepati jawapan yang diberi.
MEMBINA SOALAN
1.   Sifat tekun perlu ada pada seorang pengukir kayu.
     A   Apakah yang perlu ada pada seorang pengukir kayu?
     B   Mengapakah seorang pengukir kayu perlu tekun dan sabar?
     C   Bagaimanakah sifat seorang pengukir kayu?
     D   Adakah sifat tekun sabar mesti ada pada seorang pengukir
         kayu?

2.   Abang berpakaian kemas untuk menghadiri majlis perkahwinan
     rakan sepejabatnya.
     A   Mengapakah abang berpakaian kemas?
     B   Apakah pakaian yang abang pakai ke majlis perkahwinan?
     C   Siapakah yang berpakaian kemas di majlis perkahwinan itu?
     D   Bagaimanakah abang berpakaian kemas?
 Ayat yang mempunyai maksud yang sama
  dengan ayat yang diberikan.
 Baca dengan teliti dan fahami maksud ayat
  dengan meneliti perkataan demi perkataan.
 Dapatkan maklumat untuk keseluruhan ayat.
AYAT SAMA MAKSUD
1.   “Marilah kita pergi sekarang sebelum terlambat,” kata Ali
     kepada adiknya
     A   Ali memberitahu adiknya supaya pergi pada masa itu
         sebelum terlambat.
     B   Ali menyuruh adiknya pergi cepat supaya tidak terlambat.
     C   Ali mengajak adiknya pergi pada waktu itu juga supaya
         mereka tidak terlambat.
     D   Ali dan adiknya diarahkan pergi cepat sebelum terlambat.

2.   Ayah akan mengadakan kenduri doa selamat pada malam esok..
     A   Kenduri doa selamat malam esok ayah adakan.
     B   Kenduri doa selamat diadakan di rumah ayah malam esok.
     C   Pada malam esok, kenduri doa selamat akan diadakan oleh ayah.
     D   Pada malam esok kenduri doa selamat ayah akan diadakan.
 Anda perlu memilih ayat yang menggunakan tanda baca
  yang betul mengikut konteks ayat sama ada Ayat
  Penyata, Ayat Tanya atau Ayat Seru.
 Teliti setiap tanda baca yang terdapat pada ayat.
 Pilih hanya ayat yang paling tepat penggunaan tanda
  bacanya.
TANDA BACA
1.   Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.
     A   Kata ibu, “tolong ambilkan, secawan kopi panas.”
     B   Kata ibu, “Tolong ambilkan secawan kopi panas.”
     C   Kata ibu, “Tolong ambilkan secawan, kopi panas.”
     D   Kata ibu, “tolong ambilkan secawan kopi panas.”


2.   Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.
     A   “Mengapa? Kamu masih berada di sini!” tanya Zamani.
     B   “Mengapa kamu, masih berada di sini,” tanya Zamani.
     C   “Mengapa kamu masih berada di sini? Tanya Zamani.”
     D   “Mengapa kamu masih berada di sini?” tanya Zamani.
 Kata banyak makna ialah kata yang membawa
  maksud yang berbeza dalam konteks ayat yang
  berbeza.
 Anda perlu membaca dengan teliti ayat yang diberi
  untuk menentukan kata yang digunaka adalah betul
  mengikut konteks.
KATA BANYAK MAKNA
1.   Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan
     betul..
     I    Pokok yang baru ditanam itu luntur apabila tidak mendapat
          air.
     II   Air sungai menjadi luntur setelah hujan turun dengan lebat
          sejak beberapa hari yang lalu.
     III Ingatan kepada keluarganya tidak luntur walaupun dia
         tinggal berjauhan.
     IV Warna kain itu luntur setelah dibasuh beberapa kali.
     A    I dan II sahaja
     B    III dan IV sahaja
     C    I, II dan III sahaja
     D    I, II, III dan IV
KATA BANYAK MAKNA
2.   Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan
     betul..
     I    Nombor tiga ialah nombor ganjil.
     II   Kejadian ganjil itu menggemparkan penduduk kampung.
     III Zana berkelakuan ganjil semenjak kemalangan itu.
     IV Rumput di padang itu dipotong sehingga ganjil.
     A    I dan III sahaja
     B    II dan IV sahaja
     C    I, II dan III sahaja
     D    I, II, III dan IV
 Anda  perlu mengetahui Tatabahasa Melayu
  berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
  Sekolah Rendah.
 Baca ayat dengan teliti dan kenal pasti
  kesilapan tatabahasa sama ada dari aspek: Kata
  atau Struktur Ayat
 Pilih hanya ayat yang menggunakan tatabahasa
  yang betul.
PILIH AYAT YANG BETUL
1.   Pilih ayat-ayat yang betul.
     I Kita akan membincangkan lain-lain perkara dalam
     mesyuarat yang akan datang.
     II   Pekedai itu mempamerkan barang jualannya di hadapan
          kedai itu.
     III Ibu baru menerima surat dari abang yang belajar di
     Universiti Malaya.
     IV Dia berasa bangga kerana diberi peluang melawat ke
     tempat-    tempat bersejarah.
     A    I dan III sahaja
     B    II dan IV sahaja
     C    I, III dan IV sahaja
     D    I, II, III dan IV
PILIH AYAT YANG BETUL

2.   Pilih ayat-ayat yang betul.
     I    Ramai murid-murid mengikuti Klinik Didik itu.
     II   Majlis itu dihadiri oleh orang kebanyakan sahaja.
     III Kerja-kerja pedalaman sungai sedang giat dijalankan.
     IV Zaki telah kandas dalam ujian memandu tempoh hari.
     A    I dan III sahaja
     B    II dan IV sahaja
     C    I, III dan IV sahaja
     D    I, II, III dan IV
 Calon perlu menyemak setiap soalan dan
  jawapan untuk mengelakkan kesilapan.
 Semak nombor soalan, angka jawapan dan
  tanda hitam memenuhi ruangan yang
  disediakan.
 Semak Angka Giliran, Nombor Surat Beranak,
  Kod Kertas dan Nama anda betul.
 Kira jumlah tanda hitam adalah cukup 50. Jika
  kurang bermakna ada soalan yang belum
  berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan
  yang ditanda dua jawapan.
 Banyakkan membaca buku-buku tambahan untuk
  menambah perbendaharaan kata
 Buku teks perlu dibaca dan cuba jawab soalan yang
  diberikan.
 Buat latihan menjawab contoh-contoh soalan UPSR tahun-
  tahun lepas atau soalan-soalan ramalan.
 Sentiasa berdampingan dengan guru untuk mendapatkan
  bimbingan dan tunjuk ajar.
 Adakan perbincangan dalam kumpulan.
 Sentiasa mengikuti akhbar sisipan Didik yang terbit setiap
  Selasa dalam Berita Harian.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

RBT Tingkatan 3 - Bab 1 - Reka Bentuk Mekatronik (Cikgu Ooi)
RBT Tingkatan 3 - Bab 1 - Reka Bentuk Mekatronik (Cikgu Ooi)RBT Tingkatan 3 - Bab 1 - Reka Bentuk Mekatronik (Cikgu Ooi)
RBT Tingkatan 3 - Bab 1 - Reka Bentuk Mekatronik (Cikgu Ooi)
Yuansheng92
 
Bm 1&2 percubaan spm zon 2010
Bm 1&2 percubaan spm zon 2010Bm 1&2 percubaan spm zon 2010
Bm 1&2 percubaan spm zon 2010
ABDUL TALIP OCHAR
 
Penanda wacana karangan
Penanda wacana karanganPenanda wacana karangan
Penanda wacana karangan
Azlan Haron
 
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclkCara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
smktsj2
 
02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERHAD 2
02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERHAD 202 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERHAD 2
02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERHAD 2
Michael Chin
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Nama
firo HAR
 
Saiful Nizam tatabahasa - imbuhan me n- ...
Saiful Nizam  tatabahasa - imbuhan me n- ...Saiful Nizam  tatabahasa - imbuhan me n- ...
Saiful Nizam tatabahasa - imbuhan me n- ...
sayasaiful
 
PANDUAN BIDANG-BIDANG KURIKULUM PPIM
PANDUAN BIDANG-BIDANG KURIKULUM PPIMPANDUAN BIDANG-BIDANG KURIKULUM PPIM
PANDUAN BIDANG-BIDANG KURIKULUM PPIM
Azizan Jae
 

La actualidad más candente (20)

RBT Tingkatan 3 - Bab 1 - Reka Bentuk Mekatronik (Cikgu Ooi)
RBT Tingkatan 3 - Bab 1 - Reka Bentuk Mekatronik (Cikgu Ooi)RBT Tingkatan 3 - Bab 1 - Reka Bentuk Mekatronik (Cikgu Ooi)
RBT Tingkatan 3 - Bab 1 - Reka Bentuk Mekatronik (Cikgu Ooi)
 
Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bm
 
Bm 1&2 percubaan spm zon 2010
Bm 1&2 percubaan spm zon 2010Bm 1&2 percubaan spm zon 2010
Bm 1&2 percubaan spm zon 2010
 
Jenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kirimanJenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kiriman
 
Penanda wacana karangan
Penanda wacana karanganPenanda wacana karangan
Penanda wacana karangan
 
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPMTeknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayat
 
Sajak kita umpama sehelai daun
Sajak kita umpama sehelai daunSajak kita umpama sehelai daun
Sajak kita umpama sehelai daun
 
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclkCara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
 
Soalan percubaan bahasa melayu pt3
Soalan percubaan bahasa melayu   pt3Soalan percubaan bahasa melayu   pt3
Soalan percubaan bahasa melayu pt3
 
02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERHAD 2
02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERHAD 202 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERHAD 2
02 1 ITEM CONTOH BAHAGIAN A-KARANGAN RESPON TERHAD 2
 
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptxBab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
 
Kata Tugas 1
Kata Tugas 1Kata Tugas 1
Kata Tugas 1
 
Imbuhan Pe
Imbuhan PeImbuhan Pe
Imbuhan Pe
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Nama
 
Kata adjektif1
Kata adjektif1Kata adjektif1
Kata adjektif1
 
Saiful Nizam tatabahasa - imbuhan me n- ...
Saiful Nizam  tatabahasa - imbuhan me n- ...Saiful Nizam  tatabahasa - imbuhan me n- ...
Saiful Nizam tatabahasa - imbuhan me n- ...
 
Santap istiadat
Santap istiadatSantap istiadat
Santap istiadat
 
Sajak bangkitlah
Sajak bangkitlahSajak bangkitlah
Sajak bangkitlah
 
PANDUAN BIDANG-BIDANG KURIKULUM PPIM
PANDUAN BIDANG-BIDANG KURIKULUM PPIMPANDUAN BIDANG-BIDANG KURIKULUM PPIM
PANDUAN BIDANG-BIDANG KURIKULUM PPIM
 

Destacado

Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
wykheng
 
Perkataan Berlawan
Perkataan BerlawanPerkataan Berlawan
Perkataan Berlawan
Bibie
 
28. kata ganda 2 sk bandar
28. kata ganda 2  sk bandar28. kata ganda 2  sk bandar
28. kata ganda 2 sk bandar
Rajes Kanni Raji
 

Destacado (20)

Morfologi (membina ayat)
Morfologi (membina ayat)Morfologi (membina ayat)
Morfologi (membina ayat)
 
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
 
Antonim
AntonimAntonim
Antonim
 
Latihan peggayaan
Latihan peggayaanLatihan peggayaan
Latihan peggayaan
 
Perkataan Berlawan
Perkataan BerlawanPerkataan Berlawan
Perkataan Berlawan
 
Mencuci dan membersihkan kasut (lencana tangga emas)
Mencuci dan membersihkan kasut (lencana tangga emas)Mencuci dan membersihkan kasut (lencana tangga emas)
Mencuci dan membersihkan kasut (lencana tangga emas)
 
Pengajaran & pembelajaran berpandukan komputer( bengkel cakera padat)
Pengajaran & pembelajaran berpandukan komputer( bengkel cakera padat)Pengajaran & pembelajaran berpandukan komputer( bengkel cakera padat)
Pengajaran & pembelajaran berpandukan komputer( bengkel cakera padat)
 
Pengintegrasian perisian aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengintegrasian perisian aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaranPengintegrasian perisian aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengintegrasian perisian aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
SUBJEK BAHASA MELAYU: TATABAHASA: AYAT MAJMUK
SUBJEK BAHASA MELAYU: TATABAHASA: AYAT MAJMUKSUBJEK BAHASA MELAYU: TATABAHASA: AYAT MAJMUK
SUBJEK BAHASA MELAYU: TATABAHASA: AYAT MAJMUK
 
28. kata ganda 2 sk bandar
28. kata ganda 2  sk bandar28. kata ganda 2  sk bandar
28. kata ganda 2 sk bandar
 
Morforlogi (pembentukan kata)
Morforlogi (pembentukan kata)Morforlogi (pembentukan kata)
Morforlogi (pembentukan kata)
 
Petikan fakta
Petikan faktaPetikan fakta
Petikan fakta
 
Petikan laporan
Petikan laporanPetikan laporan
Petikan laporan
 
Petikan ucapan
Petikan ucapanPetikan ucapan
Petikan ucapan
 
Teknik jawab soalan BM K2
Teknik jawab soalan BM K2Teknik jawab soalan BM K2
Teknik jawab soalan BM K2
 
Petikan berita
Petikan beritaPetikan berita
Petikan berita
 
Petikan catatan
Petikan catatanPetikan catatan
Petikan catatan
 
Petikan cerita
Petikan ceritaPetikan cerita
Petikan cerita
 
Petikan syarahan
Petikan syarahanPetikan syarahan
Petikan syarahan
 
Petikan dialog
Petikan dialogPetikan dialog
Petikan dialog
 

Similar a Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
Smk Gelam
 
Soal bahasa indonesia kelas 5
Soal bahasa indonesia kelas 5Soal bahasa indonesia kelas 5
Soal bahasa indonesia kelas 5
Agus Setiawan
 
Latihan Ujian Nasional SD Muhammadiyah Banjaran 2012/Bahasa Indonesia
Latihan Ujian Nasional SD Muhammadiyah Banjaran 2012/Bahasa IndonesiaLatihan Ujian Nasional SD Muhammadiyah Banjaran 2012/Bahasa Indonesia
Latihan Ujian Nasional SD Muhammadiyah Banjaran 2012/Bahasa Indonesia
arif widyatma
 
Latihan soal-un-smp-mts-2012-indo
Latihan soal-un-smp-mts-2012-indoLatihan soal-un-smp-mts-2012-indo
Latihan soal-un-smp-mts-2012-indo
Irviana Rozi
 
Latihan soal-un-smp-mts-2012-indo
Latihan soal-un-smp-mts-2012-indoLatihan soal-un-smp-mts-2012-indo
Latihan soal-un-smp-mts-2012-indo
Irviana Rozi
 
Latihan soal-un-ind-2012
Latihan soal-un-ind-2012Latihan soal-un-ind-2012
Latihan soal-un-ind-2012
mardiyanto83
 
Latihan soal-un-ind-2012
Latihan soal-un-ind-2012Latihan soal-un-ind-2012
Latihan soal-un-ind-2012
mardiyanto83
 
Makna denotasi-dan-konotasi-
Makna denotasi-dan-konotasi-Makna denotasi-dan-konotasi-
Makna denotasi-dan-konotasi-
Iepank Iep
 

Similar a Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA (20)

Ulangan ulangan sd
Ulangan ulangan sdUlangan ulangan sd
Ulangan ulangan sd
 
Soal cpns-paket-4
Soal cpns-paket-4Soal cpns-paket-4
Soal cpns-paket-4
 
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
 
Try out uts 2 bi
Try out uts 2 biTry out uts 2 bi
Try out uts 2 bi
 
Latihan Soal Bahasa Indonesia Kelas 6.pptx
Latihan Soal Bahasa Indonesia Kelas 6.pptxLatihan Soal Bahasa Indonesia Kelas 6.pptx
Latihan Soal Bahasa Indonesia Kelas 6.pptx
 
Soal bahasa indonesia kelas 5
Soal bahasa indonesia kelas 5Soal bahasa indonesia kelas 5
Soal bahasa indonesia kelas 5
 
Seminar upsr pemahaman 1
Seminar upsr  pemahaman 1Seminar upsr  pemahaman 1
Seminar upsr pemahaman 1
 
Uts bi 3 2-13
Uts bi 3 2-13Uts bi 3 2-13
Uts bi 3 2-13
 
Soal UTS Bahasa Indonesia Kelas 5 Semester 2
Soal UTS Bahasa Indonesia Kelas 5 Semester 2Soal UTS Bahasa Indonesia Kelas 5 Semester 2
Soal UTS Bahasa Indonesia Kelas 5 Semester 2
 
Latihan Ujian Nasional SD Muhammadiyah Banjaran 2012/Bahasa Indonesia
Latihan Ujian Nasional SD Muhammadiyah Banjaran 2012/Bahasa IndonesiaLatihan Ujian Nasional SD Muhammadiyah Banjaran 2012/Bahasa Indonesia
Latihan Ujian Nasional SD Muhammadiyah Banjaran 2012/Bahasa Indonesia
 
3. SOAL BAHASA INDONESIA.docx
3. SOAL BAHASA INDONESIA.docx3. SOAL BAHASA INDONESIA.docx
3. SOAL BAHASA INDONESIA.docx
 
Latihan soal-un-smp-mts-2012-indo
Latihan soal-un-smp-mts-2012-indoLatihan soal-un-smp-mts-2012-indo
Latihan soal-un-smp-mts-2012-indo
 
Latihan soal-un-smp-mts-2012-indo
Latihan soal-un-smp-mts-2012-indoLatihan soal-un-smp-mts-2012-indo
Latihan soal-un-smp-mts-2012-indo
 
Latihan soal-un-smp-mts-2012-indo
Latihan soal-un-smp-mts-2012-indoLatihan soal-un-smp-mts-2012-indo
Latihan soal-un-smp-mts-2012-indo
 
Latihan soal-un-ind-2012
Latihan soal-un-ind-2012Latihan soal-un-ind-2012
Latihan soal-un-ind-2012
 
Latihan soal-un-ind-2012
Latihan soal-un-ind-2012Latihan soal-un-ind-2012
Latihan soal-un-ind-2012
 
B indonesia kelas v
B indonesia kelas vB indonesia kelas v
B indonesia kelas v
 
Makna denotasi-dan-konotasi-
Makna denotasi-dan-konotasi-Makna denotasi-dan-konotasi-
Makna denotasi-dan-konotasi-
 
Exercise
ExerciseExercise
Exercise
 
Latihan Soal Bahasa Indonesia
Latihan Soal Bahasa IndonesiaLatihan Soal Bahasa Indonesia
Latihan Soal Bahasa Indonesia
 

Último

Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
FitriaSarmida1
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 

Último (20)

Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 

Bahasa melayu (tatabahasa) KEMBARA BAHASA

  • 1. PROGRAM MOTIVASI BAHASA MELAYU UPSR TATABAHASA OLEH: CIKGU NORMAH BINTI AWAL
  • 3.
  • 4.  Imbuhan digunakan untuk memberikan maksud yang berlainan kepada kata dasar mengikut konteks ayat.  Imbuhan terdiri daripada: Imbuhan Awalan, Imbuhan Akhiran, Imbuhan Apitan/Imbuhan Awal dan Akhir serta Imbuhan Pinjaman.  Contoh: ditulis, tulisan, penulisan, memperluas, sasterawan, juruterbang
  • 5. PENGGUNAAN IMBUHAN 1. Penjaja minuman dikehendaki ………………. dari menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan. A berhenti Tahniah! B berhentikan Jawapan anda betul C memberhenti D memberhentikan 2. Majlis Perbandaran sedang ………… sungai itu untuk mengelakkan kejadian banjir kilat. A mendalam Tahniah! B kedalaman Jawapan anda betul lagi C memperdalam D pedalaman
  • 6.  Perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bilangan sesuatu benda dan unsur-unsur yang hidup seperti binatang dan manusia  Boleh digunakan untuk menyebut sesuatu tempat.  Digunakan sebelum kata nama atau unsur konkrit.  Contoh: Sepasang kasut, sekaki cendawan, seutas tali, sekawan lembu
  • 7. PENJODOH BILANGAN 1. Hanya …….. penduduk di kawasan itu mendapat peluang masuk ke beberapa ……… maktab perguruan. A segelintir ……….buah B segolongan ……..biji C sekelompok …….deret D sekumpulan …….buah 2. Pak Man mengambil ……… pulut dan ………… inti kelapa untuk dibuat pulut panggang. A segenggam ……. secubit B sebuku ……… seketul C sekepal ……sesudu D seketul …….sekepal
  • 8.  Dikenali juga sebagai ungkapan  Erti yang dibawanya berlainan daripada kata asalnya  Tidak membawa maksud secara terus  Termasuk dalam bahasa kiasan  Contoh: Anak emas bermaksud anak yang paling disayangi.
  • 9. SIMPULAN BAHASA 1. Penceramah itu berhujah dengan memberikan contoh yang …… kepada para hadirin. A ada akal B cari akal C masuk akal D panjang akal 2. Pak Samad terpaksa …………. untuk menarik perahunya ke pantai kerana ombak besar. A bertegang urat B berkaki ayam C bermandi peluh D berpeluk tubuh
  • 10.  Penggunaan kata yang betul dalam ayat.  Penggunaan golongan kata yang sesuai seperti: Kata Nama, Kata Kerja, Adjektif, Kata Ganti Nama dan lain-lain.  Calon perlu menguasai kosa kata mengikut sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
  • 11. PENGGUNAAN KATA TEPAT 1. Pekerja restoran itu berjalan sambil …….. sedulang hidangan. A mengandar B membimbit C mengangkut D menatang 2. Meon ………….. semak di belakang rumahnya dengan sebilah parang panjang. A mencantas B menebas C menetak D memotong
  • 12.  Kata Hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan: Kata dengan kata, atau frasa dengan frasa, atau klausa dengan klausa.  Contoh: apabila, tetapi, jikalau, semenjak  Penanda Wacana pula digunakan untuk menghubungkan dua ayat yang mempunyai perkaitan.  Contoh: Selain itu, Namun demikian, Sehubungan dengan itu
  • 13. KATA HUBUNG/PENANDA WACANA 1. ……… tidak berjaya dalam pertandingan itu, …….. dia tidak berputus asa. A Walaupun …… namun B Walaupun …….bagaimanapun C Meskipun ……. walaupun begitu D Meskipun ……. di samping itu 2. ……… menunggu kepulangan ibunya, Milah mengemas rumah ……… kelihatan kemas dan teratur. A Setelah ……..jika B Sebelum ……agar C Sementara …..supaya D Semenjak ……kerana
  • 14.  Kata Sendi digunakan untuk menghubungkan kata nama dengan kata atau frasa yang lain.  Terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama.  Contoh: di, kepada, pada, dari, daripada, hingga, sampai, dengan, bagi, untuk, sejak, terhadap.
  • 15. PENGGUNAAN KATA SENDI 1. Surat rayuan itu ditujukan ………. para dermawan ……… mengumpulkan derma membina surau di kampung itu A dengan …….untuk B dari …… dengan C kepada …… bagi D untuk ……. bagi 2. Ukiran yang diperbuat ………… kayu jati itu telah disiapkan oleh Pak Hassan ………… minggu lepas. A dengan ……. di B dari …….. semenjak C daripada …….. pada D daripada …….. sementara
  • 16.  Kata yang memberikan maksud atau makna yang sama.  Maksud adalah berdasarkan maksud kata dasar atau mengikut konteks ayat yang digunakan.  Contoh: pandai seerti dengan bijak
  • 17. PERKATAAN SEERTI 1. Bekas lombong itu telah ditimbun dengan tanah untuk dijadikan kawasan perumahan. A ditutup B dilupus C dikambus D diselubung 2. Daud sering membantah arahan ketuanya supaya datang awal ke pejabat. A menafikan B menghalang C membangkang D membendung
  • 18.  Kata yang mempunyai maksud atau makna yang bertentangan dengan makna asal kata yang diberi.  Contoh: kurus lawannya gemuk
  • 19.  Kata yang diulang lebih daripada sekali.  Terdiri daripada: Ganda Seluruh Kata, Separa, Menyaling, Berima  Mempunyai maksud berlainan: Majmuk, Tunggal, Saling, Berulang-ulang  Contoh: rama-rama, lelaki, tembak- menembak, bukit-bukau
  • 20. PENGGUNAAN KATA GANDA 1. Suasana…………..di dalam bilik darjah itu tiba-tiba senyap apabila guru besar lalu. A huru-hara B kacau-bilau C hiruk-pikuk D kucar-kacir 2. Rambut pengemis itu ………….. dan bajunya pula ………... A porak-peranda ……… calar-balar B lintang-pukang …….. carik-carik C kelam-kabut ………. compang-camping D kusut-masai ………. koyak-rabak
  • 21. PENGGUNAAN KATA GANDA 3. Pilih perkataan berganda yang bergaris di dalam ayat di bawah yang membawa maksud berulang-ulang. I Penyokong pasukan Brazil melonjak-lonjak kegembiraan. II Mereka melambai-lambai tangan ke arah ibunya. III Chong Beng lari lintang-pukang apabila dikejar anjing. IV Raju bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasnya. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV
  • 22. PERKATAAN BERLAWAN 1. Hubungan mereka semakin renggang selepas kejadian itu. A tahan B dekat C rapat D hampir 2. Jamil mendongakkan kepalanya apabila namanya dipanggil. A menurunkan B menundukkan C memalingkan D membongkokkan
  • 23. PENGGUNAAN KATA GANDA 4. Pilih perkataan berganda yang bergaris di dalam ayat di bawah yang membawa maksud banyak. I Sekolah saya telah mengadakan majlis ramah-tamah dengan guru-guru baru. II Jamuan itu khusus untuk anak-pinak keluarga Pak Samad. III Lauk-pauk yang disajikan itu sungguh menyelerakan. IV Kami terpaksa merentasi bukit-bukau sebelum tiba di tempat yang dituju. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV
  • 24. PENGGUNAAN KATA GANDA 5. Pilih perkataan berganda yang bergaris di dalam ayat di bawah yang membawa maksud menyaling I Mereka tumbuk-menumbuk kerana tidak berpuas hati. II Polis dan perompak tembak-menembak di hadapan bank itu. III Daud berhempas-pulas menyangkul di ladangnya IV Man dan Mon bersiar-siar di tepi pantai. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV
  • 25. PENGGUNAAN KATA GANDA 6. Pilih perkataan berganda yang bergaris di dalam ayat di bawah yang membawa maksud tunggal I Kanak-kanak itu seronok bermain jongkang-jongket. II Kakak memasang langit-langit di dalam biliknya. III Ayah menyangkutkan songkoknya pada tupai-tupai. IV Kuda-kuda rumah itu masih kukuh. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV
  • 26.  Anda perlu memilih jawapan yang paling sesuai untuk soalan yang dikemukakan.  Fahami keseluruhan ayat tanya dan kenal pasti perkara pokok yang ditanya.
  • 27. MEMBINA JAWAPAN 1. Siapakah pemenang pertandingan memancing itu? A Saya pasti Jasman akan memenangi pertandingan memancing itu. B Saya rasa Jasman yang memenangi pertandingan memancing itu. C Yang memenangi pertandingan memancing itu ialah Jasman. D Yang akan memenang pertandingan memancing itu ialah Jasman. 2. Mengapakah kapal itu tenggelam ke dasar laut? A Kapal itu tenggelam sejak tahun 1689 lagi. B Benar, kapal itu sudah tenggelam ke dasar laut. C Kapal itu tenggelam kira-kira 20 meter ke dasar laut. D Kapal itu tenggelam kerana terlanggar ketulan air batu.
  • 28.  Anda perlu membaca keseluruhan jawapan yang diberi.  Kenal pasti perkara pokok yang diperkatan dalam ayat tersebut.  Pilih soalan yang menepati jawapan yang diberi.
  • 29. MEMBINA SOALAN 1. Sifat tekun perlu ada pada seorang pengukir kayu. A Apakah yang perlu ada pada seorang pengukir kayu? B Mengapakah seorang pengukir kayu perlu tekun dan sabar? C Bagaimanakah sifat seorang pengukir kayu? D Adakah sifat tekun sabar mesti ada pada seorang pengukir kayu? 2. Abang berpakaian kemas untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabatnya. A Mengapakah abang berpakaian kemas? B Apakah pakaian yang abang pakai ke majlis perkahwinan? C Siapakah yang berpakaian kemas di majlis perkahwinan itu? D Bagaimanakah abang berpakaian kemas?
  • 30.  Ayat yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang diberikan.  Baca dengan teliti dan fahami maksud ayat dengan meneliti perkataan demi perkataan.  Dapatkan maklumat untuk keseluruhan ayat.
  • 31. AYAT SAMA MAKSUD 1. “Marilah kita pergi sekarang sebelum terlambat,” kata Ali kepada adiknya A Ali memberitahu adiknya supaya pergi pada masa itu sebelum terlambat. B Ali menyuruh adiknya pergi cepat supaya tidak terlambat. C Ali mengajak adiknya pergi pada waktu itu juga supaya mereka tidak terlambat. D Ali dan adiknya diarahkan pergi cepat sebelum terlambat. 2. Ayah akan mengadakan kenduri doa selamat pada malam esok.. A Kenduri doa selamat malam esok ayah adakan. B Kenduri doa selamat diadakan di rumah ayah malam esok. C Pada malam esok, kenduri doa selamat akan diadakan oleh ayah. D Pada malam esok kenduri doa selamat ayah akan diadakan.
  • 32.  Anda perlu memilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul mengikut konteks ayat sama ada Ayat Penyata, Ayat Tanya atau Ayat Seru.  Teliti setiap tanda baca yang terdapat pada ayat.  Pilih hanya ayat yang paling tepat penggunaan tanda bacanya.
  • 33. TANDA BACA 1. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul. A Kata ibu, “tolong ambilkan, secawan kopi panas.” B Kata ibu, “Tolong ambilkan secawan kopi panas.” C Kata ibu, “Tolong ambilkan secawan, kopi panas.” D Kata ibu, “tolong ambilkan secawan kopi panas.” 2. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul. A “Mengapa? Kamu masih berada di sini!” tanya Zamani. B “Mengapa kamu, masih berada di sini,” tanya Zamani. C “Mengapa kamu masih berada di sini? Tanya Zamani.” D “Mengapa kamu masih berada di sini?” tanya Zamani.
  • 34.  Kata banyak makna ialah kata yang membawa maksud yang berbeza dalam konteks ayat yang berbeza.  Anda perlu membaca dengan teliti ayat yang diberi untuk menentukan kata yang digunaka adalah betul mengikut konteks.
  • 35. KATA BANYAK MAKNA 1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.. I Pokok yang baru ditanam itu luntur apabila tidak mendapat air. II Air sungai menjadi luntur setelah hujan turun dengan lebat sejak beberapa hari yang lalu. III Ingatan kepada keluarganya tidak luntur walaupun dia tinggal berjauhan. IV Warna kain itu luntur setelah dibasuh beberapa kali. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV
  • 36. KATA BANYAK MAKNA 2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.. I Nombor tiga ialah nombor ganjil. II Kejadian ganjil itu menggemparkan penduduk kampung. III Zana berkelakuan ganjil semenjak kemalangan itu. IV Rumput di padang itu dipotong sehingga ganjil. A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV
  • 37.  Anda perlu mengetahui Tatabahasa Melayu berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.  Baca ayat dengan teliti dan kenal pasti kesilapan tatabahasa sama ada dari aspek: Kata atau Struktur Ayat  Pilih hanya ayat yang menggunakan tatabahasa yang betul.
  • 38. PILIH AYAT YANG BETUL 1. Pilih ayat-ayat yang betul. I Kita akan membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat yang akan datang. II Pekedai itu mempamerkan barang jualannya di hadapan kedai itu. III Ibu baru menerima surat dari abang yang belajar di Universiti Malaya. IV Dia berasa bangga kerana diberi peluang melawat ke tempat- tempat bersejarah. A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV
  • 39. PILIH AYAT YANG BETUL 2. Pilih ayat-ayat yang betul. I Ramai murid-murid mengikuti Klinik Didik itu. II Majlis itu dihadiri oleh orang kebanyakan sahaja. III Kerja-kerja pedalaman sungai sedang giat dijalankan. IV Zaki telah kandas dalam ujian memandu tempoh hari. A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV
  • 40.  Calon perlu menyemak setiap soalan dan jawapan untuk mengelakkan kesilapan.  Semak nombor soalan, angka jawapan dan tanda hitam memenuhi ruangan yang disediakan.  Semak Angka Giliran, Nombor Surat Beranak, Kod Kertas dan Nama anda betul.  Kira jumlah tanda hitam adalah cukup 50. Jika kurang bermakna ada soalan yang belum berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan yang ditanda dua jawapan.
  • 41.  Banyakkan membaca buku-buku tambahan untuk menambah perbendaharaan kata  Buku teks perlu dibaca dan cuba jawab soalan yang diberikan.  Buat latihan menjawab contoh-contoh soalan UPSR tahun- tahun lepas atau soalan-soalan ramalan.  Sentiasa berdampingan dengan guru untuk mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar.  Adakan perbincangan dalam kumpulan.  Sentiasa mengikuti akhbar sisipan Didik yang terbit setiap Selasa dalam Berita Harian.