2. PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA
( MGCM )
FASAL 1 : NAMA
Majlis ini dikenali dengan nama MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA. Selepas ini disebut
“MAJLIS” atau MGC Malaysia atau MGCM.
FASAL 2 : ALAMAT URUSAN
2.1 Alamat dan tempat urusan ialah:
d/a Jemaah Nazir Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Tingkat 21 – 23, Bangunan Bank Pertanian,
Lebuh Pasar Besar,
50604 Kuala Lumpur.
( U.P. Unit Guru Cemerlang )
2.2 Bagi memudahkan urusan MGCM, sebahagian besar alamat surat-menyurat akan
menggunakan alamat di mana YDP MGCM bertugas.
FASAL 3 : TUJUAN / MATLAMAT
3.1 Meningkatkan prestasi dan memartabatkan profesionalisme Guru Cemerlang.
3.2 Menyumbang khidmat kepakaran dalam bidang masing-masing di peringkat daerah,
bahagian, negeri dan kebangsaan.
3.3 Memantapkan rangkaian kerjasama antara ahli dan menjaga kebajikan Guru Cemerlang.
3.4 Menjadi penghubung antara Guru Cemerlang dengan agensi-agensi berkaitan pendidikan
bersabit dengan kebajikan Guru Cemerlang, perjawatan dan peningkatan profesionalisme
Guru Cemerlang.
FASAL 4 : KEAHLIAN
4.1 Keahlian secara automatik setelah dilantik sebagai Guru Cemerlang Sekolah, Maktab
Perguruan, Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Matrikulasi.
4.2 Menjadi ahli Majlis Guru Cemerlang di peringkat negeri.
4.3 Kewajipan dan hak ahli:
4.3.1 Memilih perwakilan untuk menghadiri Mesyuarat Agung MGCM.
4.3.2 Menjelaskan yuran yang ditetapkan.
4.3.3 Mematuhi undang-undang dan perlembagaan Majlis.
4.3.4 Berusaha meningkatkan kemajuan Majlis.
4.4 Keahlian Terbatal
4.4.1 Apabila tidak menjadi Guru Cemerlang.
4.4.2 Gagal mematuhi undang-undang dan perlembagaan Majlis.
4.4.3 Bertindak dengan cara yang boleh menjejaskan nama baik Majlis.
2
3. FASAL 5 : YURAN KEAHLIAN
5.1 Setiap ahli wajib membayar yuran keahlian RM20.00 setahun.
5.2 Dibayar melalui Bendahari Majlis Guru Cemerlang Negeri pada bulan pertama setiap tahun
kewangan kepada Bendahari MGCM.
5.3 Kutipan khas daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan
persetujuan Ahli Jawatankuasa Majlis Guru Cemerlang Malaysia.
FASAL 6 : LOGO
6.1 Huruf G bagi ‘Guru’ dan huruf C bagi ‘Cemerlang’ bermaksud jawatan Guru
Cemerlang ( di sekolah, maktab perguruan, politeknik, kolej komuniti dan kolej
matrikulasi ) dalam sistem pendidikan di Malaysia.
6.2 Huruf M bermaksud:
6.2.1 Majlis – satu agensi profesional pendidikan (guru) yang terdiri daripada Guru-Guru
Cemerlang atau Pakar dalam pelbagai mata pelajaran.
6.2.2 Malaysia – melibatkan Guru Cemerlang seluruh Malaysia dan status majlis di
peringkat kebangsaan.
6.2.3 M berada di dalam GC - bermakna Guru Cemerlang yang menjadi penggerak
Majlis.
6.3 Warna biru bermaksud:
6.3.1 Keprihatinan (kecintaan) tinggi terhadap profesion perguruan dan mengutamakan
pelanggan ( pelajar dan ibu bapa / masyarakat ).
6.3.2 Warna Kementerian Pendidikan / warna bendera Malaysia / Jemaah Nazir Sekolah.
6.4 Warna emas bermaksud:
6.4.1 Sentiasa bersinar melambangkan sentiasa cemerlang dari segi personaliti,
pengetahuan dan kemahiran, kerja, komunikasi dan potensi diri.
6.4.2 Kecemerlangan berterusan.
6.5 Warna merah bermaksud sikap dedikasi dan penyungguhan kendiri dalam kerja.
6.6 Bahagian muka G dan C yang terbuka dan bulatan dalam C bermaksud sifat Guru
Cemerlang yang terbuka kepada pendapat orang lain, keilmuan dan inovatif.
6.7 Garisan merah mengelilingi G bermaksud satu kumpulan profesional pendidikan iaitu
Guru Cemerlang yang bekerja sebagai satu pasukan di seluruh negara.
FASAL 7 : STRUKTUR MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA
7.1 Majlis Guru Cemerlang Malaysia adalah terdiri daripada Jawatankuasa Majlis Guru
Cemerlang Malaysia dan Majlis Guru Cemerlang Negeri.
7.2 Penaung MGCM ialah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
7.3 Penasihat MGCM ialah Ketua Nazir Sekolah.
3
4. FASAL 8 : JAWATANKUASA MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA
8.1 Jawatankuasa Tertinggi MGCM terdiri daripada:
8.1.1 Yang Dipertua
8.1.2 Naib Yang Dipertua
8.1.3 Setiausaha 1
8.1.4 Setiausaha 2
8.1.5 Setiausaha 3
8.1.6 Bendahari
8.1.7 Semua Yang Dipertua MGC Negeri
8.1.8 Yang Dipertua dengan persetujuan ahli jawatankuasa boleh melantik tidak lebih
daripada 3 orang ahli jawatankuasa tambahan termasuk seorang daripada
maktab perguruan, politeknik, kolej komuniti atau kolej matrikulasi.
8.2 Guru Cemerlang yang menjadi Yang Dipertua MGC Negeri secara automatik akan menjadi
AJK MGCM.
8.3 Jawatankuasa MGCM dilantik melalui Mesyuarat Agung bagi tempoh dua tahun.
8.4 Penentuan AJK Tertinggi MGCM akan dibuat secara undi atau undi sulit (mengikut
keperluan semasa yang diputuskan oleh AJK MGCM) di kalangan YDP MGC Negeri yang
menjadi AJK MGCM semasa Mesyuarat Agung.
8.5 Fungsi jawatankuasa ialah menguruskan kerja-kerja majlis dan membuat keputusan
mengenai perjalanan Majlis mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh perlembagaan dan
Mesyuarat Agung. Jawatankuasa mestilah mengemukakan laporan kegiatannya dalam
tahun lalu kepada ahli-ahli setiap kali diadakan Mesyuarat Agung.
8.6 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan. Ahli
jawatankuasa hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum sesuatu
mesyuarat diadakan. Yang Dipertua secara bersendirian boleh memanggil Jawatankuasa
untuk bermesyuarat pada bila-bila masa jika perlu. Sekurang-kurangnya separuh daripada
ahli jawatankuasa perlu hadir bagi mencukupkan kuorum untuk mengesahkan perjalanan
dan keputusan mesyuarat berkenaan.
8.7 Jika timbul perkara mustahak yang memerlukan kelulusan Jawatankuasa, tetapi
mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha boleh mendapatkan
kelulusan daripada ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling.
8.8 Jawatankuasa boleh mempertimbangkan untuk melucutkan atau menggantung mana-
mana ahli jawatankuasa yang cuai, curang, tidak cekap atau kerana sebab-sebab yang
boleh merosakkan majlis berdasarkan keputusan mesyuarat.
FASAL 9 : TUGAS DAN BIDANG KUASA AJK TERTINGGI MGCM
9.1 Yang Dipertua
9.1.1 Mempengerusikan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa.
9.1.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan dan perjalanan mesyuarat tersebut.
9.1.3 Boleh memberi atau menentukan “kata pemutus” dalam sesuatu keputusan.
9.1.4 Menandatangani minit mesyuarat setelah diluluskan.
9.1.5 Menandatangani cek Majlis bersama Setiausaha dan Bendahari.
9.2 Naib Yang Dipertua
9.2.1 Menjalankan semua tugas Yang Dipertua semasa ketiadaannya.
4
5. 9.3 Setiausaha 1
9.3.1 Menjalankan kerja-kerja pentadbiran Majlis, menjalankan perintah Mesyuarat
Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa MGCM.
9.3.2 Mengendalikan urusan surat-menyurat, menyimpan laporan, minit mesyuarat,
dan pekeliling berkaitan Majlis dan Guru Cemerlang.
9.3.3 Menguruskan dan menyimpan daftar ahli dan daftar kehadiran ahli dalam
mesyuarat.
9.3.4 Membuat catatan/minit Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa.
9.3.5 Menandatangani cek Majlis bersama Yang Dipertua dan Bendahari.
9.4 Setiausaha 2 dan 3
9.4.1 Menjalankan tugas-tugas Setiausaha 1 semasa ketiadaannya.
9.4.2 Menjalankan tugas-tugas Setiausaha 1 mengikut bidang-bidang keperluan tugas
tersebut seperti yang diarahkan oleh Yang Dipertua atau Jawatankuasa dari semasa
ke semasa.
9.4.3 Mengurus data Guru Cemerlang.
9.5 Bendahari
9.5.1 Bertanggungjawab mengenai semua hal kewangan Majlis.
9.5.2 Menyediakan dan menyimpan kira-kira kewangan Majlis dan bertanggungjawab
terhadapnya.
9.5.3 Menyediakan dan mengedarkan penyata kira-kira/kewangan Majlis bagi tiap-tiap
tahun kewangan sebelum 31 Disember setiap tahun dalam Mesyuarat Agung.
9.5.4 Menandatangani cek Majlis bersama Yang Dipertua dan Setiausaha 1.
9.6 Ahli-ahli Jawatankuasa
9.6.1 Membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang ditentukan.
9.6.2 Bersama bertanggungjawab memastikan Majlis berfungsi mengikut tujuan
penubuhannya serta menjaga imej Majlis.
9.6.3 Bersama bertanggungjawab dalam menentukan keputusan AJK Majlis dalam
Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa.
FASAL 10 : KEWANGAN MGCM
10.1 Tahun kewangan Majlis bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-
tiap tahun.
10.2 Cek atau penyata pengeluaran wang dari akaun Majlis hendaklah ditandatangani bersama
oleh Yang Dipertua atau Setiausaha 1 dan Bendahari.
10.3 Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit/tunai tidak melebihi RM300.00 pada satu
masa.
10.4 Bendahari hendaklah memastikan semua wang Majlis dimasukkan ke dalam sebuah bank
yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira kewangan di bank tersebut hendaklah
diuruskan atas nama MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA.
10.5 Sumber kewangan Majlis boleh diperolehi daripada:
10.5.1 Yuran tahunan ahli.
10.5.2 Pendapatan melalui aktiviti Majlis yang boleh mendatangkan pendapatan.
10.5.3 Sumbangan daripada pihak luar atau perseorangan.
10.5.4 Tajaan agensi tertentu.
10.6 Penyata Kewangan mestilah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung dan diaudit oleh
Juruaudit Dalam yang dilantik oleh Jawatankuasa MGCM dalam mesyuaratnya.
5
6. FASAL 11 : PEMERIKSA KIRA-KIRA
11.1 Dua orang Pemeriksa Kira-kira Dalaman (sebagai Juruaudit Dalaman) hendaklah dilantik
daripada kalangan ahli MGCM oleh mesyuarat Jawatankuasa MGCM. Mereka bertanggung-
jawab menyemak, membuat pembetulan dan mengesahkan Penyata Kewangan untuk
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
11.2 Juruaudit Luar, jika perlu dilantik, mestilah diputuskan melalui Mesyuarat Agung.
FASAL 12 : MESYUARAT AGUNG
12.1 Mesyuarat Agung MGCM hendaklah diadakan dua tahun sekali.
12.2 Setiap negeri akan menghantar 10 orang wakil ke Mesyuarat Agung tidak termasuk Yang
Dipertua MGC Negeri yang menjadi AJK MGCM.
12.3 14 orang Yang Dipertua MGC Negeri yang menjadi AJK MGCM serta 3 orang AJK MGCM
yang dilantik oleh Jawatankuasa akan hadir dalam Mesyuarat Agung dan layak mengundi
melalui undi sulit bagi menentukan AJK Tertinggi MGCM dalam Mesyuarat Agung
berkenaan.
12.4 Tarikh dan tempat Mesyuarat Agung akan ditentukan oleh Jawatankuasa dalam
mesyuaratnya.
12.5 Antara agenda utama yang boleh dibincangkan dalam Mesyuarat Agung ialah:
12.5.1 Alu-aluan Yang Dipertua MGCM.
12.5.2 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lalu.
12.5.3 Perkara-perkara berbangkit daripada minit berkenaan.
12.5.4 Membentangkan laporan aktiviti MGCM.
12.5.5 Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan.
12.5.6 Pelantikan / Penetapan AJK MGCM untuk tempoh berikutnya.
12.5.7 Membahas dan meluluskan usul-usul daripada MGC Negeri dan AJK MGCM.
12.5.8 Perancangan aktiviti MGCM untuk tempoh berikutnya dari segi profesionalisme,
kebajikan, perjawatan dan aktiviti lain yang sesuai.
12.6 Kuorum Mesyuarat Agung ialah kehadiran 2/3 daripada jumlah ahli yang layak hadir
mengikut Perkara 12.2 dan 12.3. Jika kuorom tidak mencukupi dalam masa 30 minit
selepas waktu yang ditentukan, mesyuarat hendaklah ditangguhkan ke satu tarikh yang
tidak lebih daripada 30 hari daripada tarikh asal.
12.7 Notis mesyuarat dan agenda mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli oleh
Setiausaha sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh mesyuarat.
12.8 Mesyuarat Agung Khas Majlis boleh diadakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan
keputusan Jawatankuasa MGCM.
12.9 Setiausaha hendaklah menghantar satu salinan minit Mesyuarat Agung atau
Mesyuarat Agung Khas kepada ahli-ahli dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat.
12.10 MGCM dan MGCN akan bersama-sama membiayai semua keperluan Mesyuarat Agung
atau Mesyuarat Agung Khas.
6
7. FASAL 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Perlembagaan ini tidak boleh dipinda atau diubah kecuali dengan keputusan Mesyuarat
Agung atau mandat kepada AJK MGCM melalui Mesyuarat Agung.
FASAL 14 : TAFSIRAN PERLEMBAGAAN
14.1 Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa MGCM boleh memberi tafsiran
kepada Perlembagaan ini dan jika mustahak Jawatankuasa MGCM boleh memutuskan
perkara-perkara yang tidak terkandung dalam perlembagaan ini.
FASAL 15 : LARANGAN
15.1 Semua wang yang didapati oleh Majlis hasil daripada mana-mana aktiviti akan digunakan
untuk melaksanakan tujuan Majlis. Wang tersebut tidak boleh digunakan untuk membayar
bonus, faedah atau keuntungan kepada ahli Majlis.
FASAL 16 : PEMBUBARAN
16.1 Majlis ini tidak boleh dibubarkan, kecuali setelah mendapat persetujuan 2/3 (dua pertiga)
daripada jumlah ahli yang berdaftar dan berhak mengundi. Keputusan pembubaran mesti
dilakukan melalui Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas.
FASAL 17 : MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI
17.1 Semua negeri berhak menubuhkan Majlis Guru Cemerlang Negeri. MGC Negeri adalah
cawangan kepada MGCM. MGC Daerah adalah cawangan kepada MGC Negeri.
17.2 Mesyuarat Agung Tahunan MGC Negeri hendaklah diadakan lebih awal daripada
Mesyuarat Agung MGCM.
17.3 Majlis Guru Cemerlang Negeri adalah tertakluk kepada perlembagaan MGCM.
Tarikh : 1 OGOS 2004
7