Kurikulum ini bertujuan untuk membentuk pekerja kilang yang memahami konsep qada' dan qadar serta mensyukuri ujian dan rahmat Allah. Ia terdiri daripada objektif untuk memahami qada' dan qadar, bersyukur, dan gigih berusaha dengan keyakinan. Kandungan termasuk pengenalan qada' dan qadar, kewajipan beriman, jenis-jenis qada', ikhtiar, dan kesan beriman terhadap tamadun. Penga
3. -
DEFINISI KURIKULUM
• Menurut Tyler (1949)
kurikulum ialah segala
pembelajaran yang diarah,
dirancang, dikelola dan
dilaksanakan untuk mencapai
matlamat pendidikan yang
ditentukan.
4. -
Siapa Pekerja Kilang?
• Individu yang bekerja di mana-
mana premis yang tertutup atau
terbuka untuk aktiviti-aktiviti
seperti berikut :
membuat, mengubahsuai,
membaiki, menyusun, membersih,
membasuh, membina, merombak,
memasang, melaras, dan
seumpamanya sebarang benda
(article) untuk tujuan perniagaan.
5. -
MODEL KURIKULUM TYLER
• Menurut Saedah (2001), di
peringkat mana pun sesuatu
kurikulum itu, asas utamanya
adalah bermula daripada
rekabentuk model.
MODEL
TYLER
1. Falsafah/
Matlamat/
Objektif
2. Kandungan
Pengalaman
Pembelajaran
3.
Penyusunan
4. Penilaian
6. -
FALSAFAH KURIKULUM
Pendidikan yang
mempunyai kesepaduan
antara ilmu, iman dan amal
menjadi dasar ke arah
melahirkan insan yang
bertaqwa dan progresif
untuk menyumbang kepada
kesejahteraan diri,
masyarakat dan negara.
7. -
MATLAMAT
Membentuk dan mendidik
insan melalui pendidikan
yang berpaksikan tauhid
untuk melahirkan generasi
yang seimbang bagi
menghadapi cabaran
zaman.
7Your footer here
8. -
OBJEKTIF AM
Mendidik insan untuk
memahami konsep
qada’ dan qadar.
Melahirkan insan yang
sentiasa mensyukuri
ujian, dugaan, nikmat
dan rahmat Allah.
Membentuk insan
untuk gigih berusaha
dengan sentiasa
bersemangat tanpa
mudah berputus asa,
bertawakal dan
berdo’a.
9. -
OBJEKTIF KHAS
Menyatakan maksud qada‟ dan
qadar dari segi bahasa dan dari
syarak.
Menerangkan kewajipan beriman
kepada qada‟ dan qadar.
Menjelaskan jenis-jenis qada‟ dan
qadar.
Menghuraikan konsep ikhtiar,
tawakal dan af‟alul „ibad.
Menerangkan hikmah beriman
kepada qada‟ dan qadar.
Menjelaskan salah faham terhadap
konsep qada‟ dan qdar.
Merumuskan hasil tamadun yang
terdapat dalm pelajaran ini.
10. -
KANDUNGAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN
1) Pengenalan Kursus.
2) Pengertian Qada’ dan Qadar
3) Kewajipan beriman kepada Qada dan
Qadar
4) Jenis-Jenis Qada’
5) Konsep Ikhtiar, Tawakal dan Af’alul ‘ibad
6) Peraturan Sebab dan Musabab
7) Hikmah beriman kepada Qada’ dan Qadar
8) Salah faham terhadap konsep Qada’ dan
Qadar
9) Kesan beriman kepada Qada dan Qadar
terhadap sesebuah tamadun
11. -
PENYUSUNAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN
• Sebanyak 2 kelas ditawarkan bagi kursus ini.
– 1 kelas pada hari Selasa ( Jam 2.00 petang – 4.00 petang)
: untuk pelajar yang bekerja pada syif malam.
– 1 lagi kelas pada hari Rabu ( Jam 9.00 pagi -11.00 pagi)
: untuk pelajar yang bekerja pada syif pagi.
• Setiap kelas berjalan selama 2 jam.
• Setiap kursus berjalan selama 3 bulan (12 kali perjumpaan).
• Setiap kelas mengandungi tidak lebih 16 orang pelajar.
• Kelas Berjalan di Kelas Kenanga (Blok Pengurusan).
12. -
PENYUSUNAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN
• Bahan pembelajaran :
- Nota Kuliah : Bertajuk “Konsep Qada‟ dan Qadar”.
- Edaran berupa artikel/keratan akhbar/majalah terpilih.
- Bahan bacaan daripada hasil penyelidikan (bercetak/laman
web online).
• Cadangan Aktiviti :
- Kuliah
- Sumbang Saran
- Soal Jawab
- Perbincangan
- Kerja Kumpulan & Pembentangan
13. -
PENILAIAN
• Penilaian Berterusan Sepanjang Kursus : 70%
– Kuiz (10% X 3) = 30%
– Kerja Kumpulan = 25%
– Pembentangan = 10%
– Penglibatan dalam kelas = 5%
• Penilaian Akhir : 30 %
– Ujian Bertulis = 30%
14. -
ANALISIS TUGASAN DAN PEMILIHAN KANDUNGAN
• Ini penting untuk pihak pengurusan
menilai semula isi kandungan
pembelajaran, bahan pengajaran,
cara penilaian terhadap pelajar dan
cara pengajaran tenaga pengajar.
• Cara yang digunakan adalah pelajar
perlu menjawab soal selidik pada
kelas terakhir iaitu selepas rumusan
keseluruhan pembelajaran dibuat
oleh tenaga pengajar.