SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 63
Descargar para leer sin conexión
Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Isi Kandungan
                                                                                                                                                             2
Mukadimah ............................................................................................................................................. 3
Petikan Puasa .......................................................................................................................................... 5
Puasa: Memiliki dan Merasai Taqwa ...................................................................................................... 6
Tidak Perlu Difikirkan ............................................................................................................................ 9
Tidak Perlu Difikirkan .......................................................................................................................... 10
Berlatih Kembali Kepada Allah ............................................................................................................ 11
Berserah 100% ...................................................................................................................................... 12
Petikan Positif #1 ................................................................................................................................. 17
Petikan Positif #2 .................................................................................................................................. 18
Jiwa Positif Memberi Ketenangan ........................................................................................................ 20
Islamic NLP Parenting: Ikhlas Ke Sekolah........................................................................................... 22
Memiliki Kesedaran Tertinggi #5 ......................................................................................................... 25
Ikhlas #1: Bagaimana Mahu Ikhlas? ..................................................................................................... 29
Menyesal Tidak Datang Di Awal.......................................................................................................... 33
Memiliki Kesedaran Cinta Allah SWT ................................................................................................. 36
Pemain Yang Terbaik ........................................................................................................................... 38
Petikan Positif #3 .................................................................................................................................. 41
Berhijrah Memiliki Jiwa Yang Positif (1431H) .................................................................................... 42
Hidup Ini Memang Susah ..................................................................................................................... 46
Saya Tidak Terdaya .............................................................................................................................. 49
Islamic NLP for Parenting: Belaian ...................................................................................................... 55
Meningkatkan Keyakinan Kepada Allah SWT ..................................................................................... 59
QS: Al-Anfal 8:17 ................................................................................................................................. 63




                                                                                                              Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Mukadimah
                                                                                             3
                   “maka bukanlah kamu Yang membunuh mereka,
                      akan tetapi Allah jualah Yang menyebabkan
                                 pembunuhan mereka.
 dan bukanlah Engkau (Wahai Muhammad) Yang melempar ketika Engkau melempar,
  akan tetapi Allah jualah Yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir),
                 dan untuk mengurniakan orang-orang Yang beriman
              Dengan pengurniaan Yang baik (kemenangan) daripadanya.
           Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
                                  (QS: Al-Anfal 8:17)

Segala pujian bagi Allah SWT yang telah memberikan daya kepada saya untuk
menyiapkan siri ebook Jiwa Positif Hidup BerTuhan yang ke-3. Mudah-
mudahan siri ebook ini dapat memberikan banyak manfaat kepada saudara
semua.

Tajuk kali ini adalah “Berserah Kepada Allah SWT”. Ungkapan berserah adalah
cukup mudah untuk diperkatakan, namun secara praktikal adalah sukar. Saya
akuinya kerana saya berhadapan dengan perkara ini sebelum ini. Terasa diri ini
tidak mampu untuk berserah kerana berserah memerlukan keyakinan yang
tertinggi kepada Allah SWT.

Terima kasih Allah SWT kerana memberi hidayahNya. Satu persatu Allah SWT
memberikan ilham untuk meningkatkan keyakinan kepadaNya. Mudah-
mudahan keyakinan ini akan terus meningkat setiap masa.

Saudara,

Untuk berserah, kita perlu yakin kepada Allah SWT dalam apa jua perkara.
Keyakinan ini perlu dilatih. Ia tidak akan datang serta-merta. Ia perlu ditingkat
dari masa ke semasa. Namun yang utama di dalam latihan meningkatkan
keyakinan adalah kesedaran. Kita perlu memiliki kesedaran tertinggi.

Untuk mendapatkan kesedaran tertinggi kita perlu sentiasa sedar bahawa Allah
SWT sentiasa hampir dengan kita. Sangat hampir. Untuk berada di dalam
kesedaran, kita boleh memilikinya dengan berkomunikasi dengan Allah SWT.

Ebook JPHBT Vol. 1 menjelaskan Komunikasi dengan Allah SWT. Ebook
JPHBT Vol.2 menjelaskan tentang Memiliki Kesedaran Tertinggi. Kini Ebook
JPHBT Vol. 3 membicarakan Berserah Kepada Allah SWT.

InshaAllah, oleh sebab sebenarnya penerangan secara verbal lebih baik untuk
memahami dan meningkatkan diri kita agar mampu berserah kepada Allah
SWT, saya akan aturkan satu pertemuan dengan saudara semua untuk sama-

                                                              Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


sama kita berkongsi secara verbal suatu hari nanti. Semoga Allah SWT
menggerakkan kita ke arah itu.                                                           4

Semoga saudara semua sentiasa dirahmati Allah SWT.

Wassalam.




                                                          Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Petikan Puasa
                                                                                            5
Petikan tentang puasa daripada saya yang saya sebarkan melalui facebook.
Akan ditambah dari masa ke semasa.

Puasa adalah halangan kpd keinginan jasad. Namun puasa HANYA berjaya
menjadi penghalang kpd keinginan jasad jika kita SEDAR yg kita sedang
berpuasa. Jika tidak, puasa (penghalang) akan menjadi rapuh & pasti segala
keinginan jasad akan mudah merempuh penghalang (puasa) itu. Tidak hairanlah
kita berpuasa tapi seringkali tewas dgn keinginan jasad (nafsu). SEDAR
berpuasa bukanlah SEDAR yg kita lapar & dahaga

Puasa memelihara kesihatan hati dan anggota badan                            sekaligus
mengembalikan apa-apa yang telah dirampas oleh hawa nafsu.

Puasa itu menahan diri. Untuk menahan diri, kita perlukan ketahanan diri yang
kukuh. Nafsu perlu dikawal. Tapi bagaimana nak kawal kalau kita sendiri tidak
tahu di mana nafsu. Maka tahu dahulu nafsu itu apa, di mana dan kaitan dengan
diri, jiwa dan roh. Baru mudah mengawalnya. Kenal diri sendiri pasti akan
kenal Tuhan. Salam Ramadhan. Semoga berjaya menahan diri dan mengawal
nafsu dan akhirnya kembali kepada fitrah.

SEDARlah yang kita sedang berpuasa.

Ramadhan bulan latihan menemukan kita dengan diri kita yang sejati iaitu
kembali kepada fitrah. Diri aku bukan aku. Ia adalah hanya jasad. Tangan aku
bukan aku. Kaki aku bukan aku. Mulut aku bukan aku. Mata aku bukan aku.
Telinga aku bukan aku. Perut aku bukan aku. Tiada bezanya dengan rumah aku.
Rumah aku bukan aku. Rumah adalah rumah dan aku adalah aku. Fahaminya
lalu akan tahu di mana nafsu.

Niat Bukanlah Hanya Berada Di Awal Atau Di Tengah-Tengah Atau Di Akhir
Sesuatu Perbuatan. Niat Perlu Ada Sepanjang Masa Ketika Melakukan Sesuatu
Perbuatan. Ketika berpuasa, peganglah niat puasa sehingga berbuka. Jangan
calarkan niat puasa kerana niat yang tercalar tidak boleh disambung kembali. Ia
menjadi batal atau tidak diterima lagi.

Puasa itu meninggalkan kecintaan nafs (diri) dan kenikmatannya demi
mengutamakan kecintaan Allah SWT dan keredhaanNya. Puasa merupakan
amal rahsia antara hamba dan Rabbnya. Tiada siapa yang tahu puasanya
melainkan dirinya.




                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Puasa: Memiliki dan Merasai Taqwa
                                                                                           6
Saudara,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang memberikan kesempatan
kepada kita untuk menambahkan lagi amal kita di bulan Ramadhan kali ini. Kita
menambahkan amal ibadah kita kepada Allah SWT setiap Ramadhan menjelma.
Tujuannya tidak lain adalah untuk memiliki dan merasai ganjaran puasa iaitu
Taqwa kepada Allah SWT seperti yang Allah janjikan di dalam firmanNya:

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu,
semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. (QS 2:183)

Namun apabila kita nilai dan muhasabah semula tahap taqwa yang dicapai
setiap tahun selepas tamatnya bulan Ramadhan, kita dapati diri kita selepas
bulan Ramadhan tiada bezanya berbanding diri kita sebelum bulan Ramadhan.
Ketaqwaan kita masih sama atau meningkat hanya sedikit setelah kita menjalani
ibadah puasa.

Perkara ini jarang diperbincangkan secara terperinci mengapa terjadi
sedemikian SEDANGKAN ibadah kita bertambah sepanjang bulan Ramadhan.
Kita membaca Al-Quran, kita berterawih, kita bertadarus, kita menonton
rancangan-rancangan untuk mendekatkan kita kepada Allah SWT yang banyak
ditayangkan di bulan Ramadhan, kita membaca buku-buku agama, NAMUN
kita masih gagal atau sedikit sahaja memiliki dan merasai taqwa.

Untuk memahami mengapa taqwa ini sukar dimiliki dan dirasai, cubalah
fahamkan penjelasan berikut.

Puasa
Puasa makna ringkasnya adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang
membatalkan puasa. Kita melakukannya/berpuasa dengan rela, pasrah dan
berserah pada Allah SWT.

Apakah yang dimaksudkan dengan menahan diri?

Menahan diri bermakna menahan segala keinginan (hawa) masuk ke dalam diri
(nafs). Puasa adalah satu hal yang menyekat diri (nafs) memiliki segala
keinginannya (hawa).

Contohnya, perut merupakan salah satu anggota diri kita. Apabila perut lapar,
maka keinginan perut ini adalah makanan dan minuman. Perut akan menghantar
isyarat ke otak memberitahu otak bahawa perut berada dalam keadaan lapar.

                                                            Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Otak menafsirkannya dengan berfikir dan mengarahkan anggota diri yang lain
untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi keinginan perut. Lalu tangan, kaki,                   7
mata, hidung, mulut dan yang berkaitan mencari makanan agar keinginan perut
dapat dipenuhi.

Begitulah halnya juga dengan mata. Mata merupakan pacaindera diri.
Keinginan mata adalah melihat perkara-perkara yang cantik, menarik dan
sebagainya. Kita ambil contoh ketika membeli makanan di pasar ramadhan.
Ketika kita berjalan meninjau-ninjau makanan di pasar ramadhan, keinginan
mata untuk melihat makanan yang nampak sedap di makan. Keinginan hidung
adalah untuk mencium bau makanan yang enak. Informasi atau data yang
masuk ke mata dan hidung akan diproses oleh otak dan otak mula berfikir untuk
mengesahkan makanan yang perlu dibeli.

Lebih lama kita berada di pasar ramadhan, lagi banyak fikiran yang akan dijana
dan lebih banyak keinginan yang akan timbul. Kerana itulah kita
diWAJIBKAN oleh ALLAH SWT untuk BERPUASA iaitu menahan diri
atau menahan keinginan diri (nafs).

Mengapa Berpuasa?

Puasa adalah bertujuan agar kita dapat menahan keinginan diri (nafs) daripada
masuk ke dalam fikiran dalam bentuk informasi atau data-data yang diterima
oleh pacaindera dan anggota diri kita. Apabila puasa diwajibkan, maka ia adalah
satu perintah yang tidak boleh dilanggar. Puasa menjadi bantuan kepada diri
kita untuk menahan keinginan diri dan membantu jiwa untuk dipimpin
roh yang sentiasa ingin dekat dengan Allah SWT.

Jika di bulan selain bulan ramadhan, kita tidak diwajibkan berpuasa. Lalu puasa
tidak dapat mengawal keinginan diri secara TOTAL kerana jika kita tidak
mampu menahan keinginan diri, kita boleh berbuka puasa kerana puasa di luar
bulan ramadhan hanyalah puasa sunat.

Tetapi puasa di bulan ramadhan merupakan puasa yang wajib di mana
hukumnya berdosa jika tidak berpuasa dan dikenakan denda iaitu menggantikan
puasa atau membayar fidyah.

***

Apabila kita dapat menahan keinginan diri masuk ke otak untuk difikirkan,
fikiran hal keinginan diri tidak lagi menjadi dominan di dalam diri kita. Maka
jiwa kita akan lebih mudah dipimpin roh yang mana fitrahnya adalah untuk
berada dekat dengan Allah SWT.


                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Setelah kita berjaya menahan keinginan diri ini, jiwa lebih redha, pasrah dan
berserah. Allah SWT akan menganugerahkan Taqwa kepada mereka yang                           8
benar-benar pasrah, redha dan berserah kepadaNya. Akhirnya apabila fikiran
tidak lagi dominan, jiwa lebih mudah dipimpin oleh roh di mana fitrahnya untuk
dekat dengan Allah SWT, maka kita akan memiliki dan merasai taqwa yang
dijanjikan oleh Allah SWT.

Dengan ini barulah puasa yang kita lakukan ini dapat menjanjikan kita memiliki
dan merasai nikmat taqwa yang dijanjikan Allah SWT.

***

Mulai hari ini, pastikan puasa kita bukan hanya menahan diri daripada lapar dan
dahaga tetapi juga menahan segala keinginan diri (nafs) kita seluruhnya.
Apabila kita berjaya menahan diri seluruhnya dengan rela, redha dan
pasrah maka akhirnya kita akan menyambut kemenangan di mana kita
kembali kepada fitrah iaitu berada dekat dengan Allah SWT.

Kita menyambut kemenangan ini dengan meraikannya bersama-sama
keampunan dan mohon maaf sesama kita bagi menyucikan sebenar-
benarnya jiwa yang telah kembali kepada fitrah iaitu inginkan kepada sift-
sifat Allah SWT. Kita juga membantu mereka yang kurang bernasib baik
dengan zakat fitrah. Hari kemenangan ini dikenali sebagai Hari Raya
Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah.

Semoga puasa kita tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana hari ini
kita sudah memahami jiwa positif dan hidup bertuhan.

Untuk berjaya menahan diri, SEDARLAH SENTIASA YANG KITA SEDANG
BERPUASA. KOMUNIKASILAH dengan Allah SWT agar mampu bertahan
ketika keinginan diri (hawa nafsu) datang menerpa. Komunikasilah dengan
Allah SWT untuk memohon kekuatan di dalam meningkatkan amal ibadah kita.

Semoga kita memiliki dan merasai nikmat jiwa yang suci iaitu jiwa yang
dipimpin oleh roh untuk kembali kepada fitrah iaitu kembali kepada Allah SWT
dengan penuh rela, pasrah dan berserah.




                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Tidak Perlu Difikirkan
                                                                                             9
Apabila saya membincangkan hal taqwa, khusyuk dan kesedaran, saya
menerima banyak soalan taqwa itu bagaimana? Khusyuk itu bagaimana?
Kesedaran itu bagaimana?

Saya juga ditanya bagaimana untuk tahu yang kita sudah capai tahap taqwa.
Bagaimana kita nak tahu kita sudah mencapai khusyuk? Bagaimana kita nak tau
tahap kesedaran kita?

Taqwa, khusyuk dan kesedaran adalah rasa. Rasa sesuatu yang sukar difahami
kerana kita perlu merasainya dahulu. Apa yang saya terangkan di dalam entri
yang lepas hanyalah sifat-sifat rasa itu. Adalah sesuatu yang mustahil untuk
membicarakan hal rasa dengan penulisan atau pertuturan.

Cth, gula itu manis. Sifat rasa gula itu adalah manis. Tetapi manis itu bagaimana
adalah sesuatu sukar untuk dijelaskan kerana ia adalah rasa.

Sama seperti Taqwa. Saya hanya boleh menjelaskan sifat Taqwa. Seseorang
yang memiliki Taqwa mempunyai daya yang tinggi di dalam mengerjakan
perintah Allah SWT dengan ikhlas iaitu berserah, pasrah, redha dan rela semata-
mata kerana Allah SWT. Namun Taqwa sendiri itu perlu dirasai dan barulah
dapat difahami dengan sejelas-jelasnya.

Begitu juga dengan khusyuk. Khusyuk adalah satu rasa hening, asyik, tenang
dan banyak lagi yang tidak mampu diungkapkan. Ia dapat difahami bagi yang
pernah merasakan. Namun boleh dianalogikan seperti kita asyik menonton TV
tetapi tidak sama rasanya asyik dengan Allah SWT. Hanya boleh dianalogikan
sahaja.

Kesedaran itu hanya dapat dirasai jika kita mempunyai ihsan. Namun kesedaran
itu tidak mampu dijelaskan kecuali yang merasainya.

Sama hal dengan mengetahui tahap mana. Hanya kita yang merasainya tahu
tahap mana taqwa, khusyuk dan kesedaran kita. Ketika kita sedih, pasti kita tahu
betapa jauh kesedihan kita. Namun kesedihan kita tidak mampu dibandingkan
dengan kesedihan orang lain kerana ketetapan tahap kita berbeza. Bagi kita,
kehilangan RM 1 ribu sudah cukup sedih tetapi bagi sesetengah orang belum
cukup sedih.

Lalu saya tidak mampu memberikan tahap mana taqwa, khusyuk dan kesedaran
seseorang melainkan diri masing-masing. Untuk mengetahuinya diri masing-
masing kena dahulu merasakan taqwa, khusyuk dan kesedaran itu.


                                                              Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Tidak Perlu Difikirkan
                                                                                            10
Saudara,

Tidak perlu difikirkan bagaimana Taqwa, khusyuk dan kesedaran itu serta
tahapnya. YANG PENTING SEKARANG INI DAPATKAN RASANYA.
BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN RASANYA? LAKUKAN. Ia perlu
dilakukan dan barulah hadir rasanya.

Kita tidak dapat merasai manisnya gula jika kita tidak pernah merasakannya.
Lalu makan gula untuk merasakan.

Sama dengan komunikasi dengan Allah SWT. Lakukan dan pasti akan kita
dapat rasakan. MINTA PADA ALLAH dan pasti kita akan dapat rasakan.
Berserah, pasrah, rela dan redha bukan sesuatu yang dipaksa. Ia akan hadir
apabila kita SEDAR segala-galanya adalah bergantungan dengan Allah SWT.

Perkara yang utama kita perlu lakukan hanyalah minta pada Allah dan
bergantung pada Allah. InshaAllah mudahlah kehidupan kita. Jika datang
sesuatu dugaan, kita tetap tenang. Maka mudahlah kehidupan kita.

***

Mulai hari ini, lakukan komunikasi dengan Allah SWT. Tukarkan mind chat
kepada komunikasi dengan Allah SWT. Komunikasi dapat mengekalkan
kesedaran kita pada Allah SWT. kerana itu saya sarankan komunikasi dengan
Allah SWT.

Jika tidak dilakukan, sampai bila pun semua ini akan terus menjadi persoalan di
dalam fikiran kita. Maka lakukan…lakukan…lakukan. Komunikasilah..
komunikasilah… komunikasilah untuk memiliki pengalaman rasa. Saudara akan
faham dengan sedalam-dalamnya.

Selamat berkomunikasi.




                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Berlatih Kembali Kepada Allah
                                                                                            11
Kematian itu datang bila-bila masa. Berlatihlah agar kita benar-benar bersedia
untuk mati.

Ketika kita baring ingin tidur, berlatihlah untuk kembali kepada Allah SWT.
Pastikan kita mempunyai wudhuk. Rasai jiwa kita menuju kepada Allah SWT.
Lupakan niat ingin tidur dengan menggantikannya dengan rasa kembali kepada
Allah SWT sambil beristighfar memohon keampunan dan berzikir
mengagungkan Allah SWT. Apabila rasa benar-benar tunduk pada Allah SWT,
ucapkanlah dua kalimah syahadah.

Kemudian rasai jiwa kita keluar daripada jasad perlahan-lahan bermula dari
kaki perlahan-lahan naik hingga ke leher kita. Serahkan kembali hak Allah
SWT iaitu segala harta benda, anak, isteri/suami kepada Allah SWT. Tumpukan
kepada jiwa yang akan meninggalkan jasad secara perlahan-lahan.

Teruskan merasai yang kita akan kembali kepada Allah sehingga kita ditidurkan
oleh Allah SWT. Jika kita benar-benar kembali kepada Allah SWT iaitu ajal
sampai ketika itu, Alhamdulillah kerana kita melepaskan nafas terakhir kita
dengan benar-benar berserah pada Allah SWT.

InshaAllah, mengikut pengalaman semasa melakukannya mula-mula dahulu,
mulanya kita masih terikat dengan segala apa yang kita miliki. Kita berasa
sangat bimbang dan gementar. Saya seringkali terbuka mata dan tidak mahu
melakukan lagi kerana jantung berdegup laju kerana bimbang benar-benar akan
mati.

Tetapi perlahan-lahan, apabila latihan selalu dilakukan, kita akan berasa benar-
benar bersedia untuk kembali kepada Allah SWT bila-bila masa sahaja. Kita
tidak akan terikat dengan apa yang ada disekeliling kita melainkan Allah SWT.
Kita melepaskan diri daripada terikat dengan harta benda, anak, isteri/suami dan
segalanya di dunia ini walaupun di mana kita berada dan sentiasa bersedia untuk
kembali kepada Allah SWT. InshaAllah.

Latihan ini boleh dilakukan ketika rehat sebentar setelah penat bekerja atau
ketika duduk-duduk santai.

[nota] Saya menaiki motosikal ke tempat kerja setiap hari. Saya bersedia apa jua
kemungkinan yang berlaku di dalam perjalanan saya pergi dan pulang daripada
tempat kerja. Saya berdoa agar Allah SWT sentiasa melindungi isteri dan anak
saya. Kemudian saya hanya ingat dan sedar akan Allah SWT dengan penuh
penyerahan secara total. Saya mampu lakukan kerana saya telah serahkan anak
dan isteri saya kepada Allah SWT.
                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Semoga di saat nafas terakhir kita, kita tetap teguh bersaksi dengan PENUH
KESEDARAN bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi 12
Muhammad SAW adalah Rasul Allah SWT.




Berserah 100%


                                                         Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)



                                                                                          13




Saudara,

Rajah di atas jelas menunjukkan perbezaan berserah 100% berbanding berserah
tetapi tidak 100% (Tidak berserah sebenarnya). Tidak berserah 100% akan
membuatkan jiwa kita gelisah. Mengapa gelisah? Kerana kita masih ada
kehendak.

Berserah = menerima KETENTUAN + mengikut KETETAPAN Allah
SWT.

Mari kita lihat contoh di bawah agar mudah memahami makna berserah 100%.

CONTOH 1

Kehilangan wang.

Orang yang berserah 100%

Orang ini tidak langsung gelisah. Kesedihan kehilangan sekejap sahaja kerana
beliau menerima ketentuan iaitu segala wang yang dimiliki adalah milik Allah
SWT. Kehilangan wang adalah kehendak Allah SWT. Wang milik Allah SWT
dan pulang ke Allah SWT. Makanya tidak lagi memikirkan apa-apa (menerima
ketentuan). Beliau hanya terus berusaha mencari wang yang lain kerana yakin
rezeki yang lain pasti ada untuk dirinya (mengikut ketetapan).


                                                           Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Orang yang berserah tetapi tidak 100% (Kita sahaja fikir sudah berserah
tetapi orang seperti ini belum lagi berserah sebenarnya).                                   14

Orang ini masih memikirkan wang yang hilang dan kadang-kadang sehingga
mengganggu fikirannya. Beliau berdoa pada Allah “Ya Allah, duit aku hilang
ya Allah, tolong aku ya Allah. Jumpakanlah semula duit aku ya Allah.” (tidak
menerima ketentuan)

Orang ini masih lagi berkehendak atau berharap. Beliau tidak dapat menerima
sepenuhnya kehendak Allah SWT iaitu menghilangkan wang beliau. Maka
adakah kita katakan orang ini sudah berserah?

Gelisah tersebut mengganggu dirinya sehingga tidak mampu terus melakukan
kerja (tidak mengikut ketetapan). Jika mampu pun, tapi masih gelisah
teringatkan wang yang hilang.

Bagaimana mudah untuk mengarahkan jiwa ini berserah?

Baca artikel-artikel di bawah:
1. Redha, pasrah dan berserah
2. Pasrah dan berserah itu meyakinkan.

***

CONTOH 2

Kematian.

Orang yang berserah 100%

Ketika nyawa atau roh berpisah daripada jasad, orang yang berserah 100%
hanya mengikut kehendak Allah SWT. Orang begini akan meninggal dunia
dengan penuh ketenangan kerana sentiasa berserah di dalam kehidupannya pada
Allah SWT (menerima ketentuan kematian). Ketika nyawa/roh meninggalkan
jasad, beliau tidak langsung ingat pada dunia ini kerana semuanya (harta benda,
suami/isteri, anak dan lain-lain) telah diserahkan kepada Allah SWT (mengikut
ketetapan).

Orang yang berserah tetapi tidak 100% (Kita sahaja fikir sudah berserah
tetapi orang seperti ini belum lagi berserah sebenarnya).

Orang yang tidak berserah kepada Allah SWT akan sentiasa mengingati harta
yang tinggal, suami/isteri, anak, jawatan dan lain-lain (tidak menerima
ketentuan). Tarikan keduniaannya masih kuat. Namun tarikan kematian oleh

                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Allah SWT adalah tarikan yang Maha Kuat dan tiada satu makhluk pun dalam
dunia ini yang dapat melawan kehendak Allah SWT.                         15

Jika kita tidak redha atau berserah untuk mati ketika nyawa atau roh dicabut
dari jasad, maka tarikan Allah SWT dirasa seperti nyawa/roh disentap dari
badan. Allah ingin menarik nyawa/roh kita tetapi kita melawan dengan
mengikut kehendak kita iaitu tidak mahu mati (tidak mengikut ketetapan).



Bagaimana mudah untuk mengarahkan jiwa ini berserah?

Lakukan latihan kembali kepada Allah SWT agar kita sentiasa bersedia untuk
mati bila-bila masa sahaja dengan penuh redha, berserah, pasrah dan rela 100%.
Baca artikel berlatih kembali kepada Allah SWT.

***

Perbezaan Berserah dan Ambil Mudah.

Apabila kita ambil mudah, kita akan berasa seolah-olah kita berserah tetapi
tidak. Ambil mudah bermakna kita hanya menerima KETENTUAN Allah SWT
TETAPI TIDAK mengikut KETETAPAN Allah SWT.

Sebagai contoh. Jika kita ditakdirkan kaya, kita dikatakan ambil mudah jika kita
hanya menerima ketentuan kaya TETAPI TIDAK mengikut ketetapan kaya.
Apakah ketetapan kaya?

Allah SWT menetapkan mereka yang kaya perlu berzakat, banyakkan derma,
bantu anak-anak yatim dan mereka yang miskin. Banyak lagi ketetapan yang
Allah tetapkan untuk mereka yang kaya.

Begitu juga dengan yang miskin. Kita menerima ketentuan kemiskinan yang
Allah berikan tetapi kita perlu mengikut ketetapan Allah SWT. KetetapanNya
adalah kita kena keluar daripada kemiskinan kerana kemiskinan mampu
membawa kita kepada kekufuran. Islam melarang umatnya miskin. Jika kita
tetap miskin, kita juga mesti tetap terus berusaha dengan sabar dan solat.

Sama juga halnya dengan kepandaian. Jika kita ditakdirkan pandai kita mestilah
menerimanya disamping mengikut ketentuan yang ditetapkan Allah ke atas
orang yang pandai. Orang yang pandai ditetapkan untuk memberi ilmu kepada
orang yang tidak berilmu (zakat ilmu). Orang yang pandai tidak boleh sombong,
bongkak, ego, riak, bangga diri dan sebagainya. Inilah ketetapan untuk mereka
yang pandai.

                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Orang yang bodoh juga wajib menerima ketentuan yang dia adalah orang yang
bodoh. Dia juga perlu mengikut ketetapan Allah SWT iaitu mestilah menuntut 16
ilmu agar keluar daripada kebodohan.

Jika dia tidak menerima ketentuan dia adalah orang bodoh, dia dikatakan bodoh
sombong. Jika dia menerima ketentuan yang dia adalah orang bodoh tetapi tidak
mahu mengikut ketetapan Allah SWT, dia akan terus bodoh sehingga bila-bila
dan Islam amat melarang keras umatnya menjadi manusia yang bodoh atau
jahil. Kerana itu menuntut ilmu itu adalah wajib.

***

Kesimpulan

Berserah itu bersifat aktif kerana sebagai khalifah iaitu wakil Allah SWT,
manusia mestilah aktif untuk mentadbir alam ini. Berserah ini menenangkan
kerana kita hanya melakukan apa yang terdaya dan segalanya terserah kepada
Allah SWT yang Maha Mengkehendaki.

Tarikan atau kehendak Allah SWT adalah kehendak yang Maha Kuat. Tiada
satu pun makhluk ciptaan Allah SWT yang mampu melawan tarikan Allah
SWT. Jika kita berkehendak berlawanan dengan kehendak Allah SWT, kita
tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berdoa pada Allah SWT. Namun
keputusan yang hak adalah atas keputusan Allah SWT. Kita menerima sahaja
kehendak Allah SWT.

Oleh itu setelah kita katakan kita berserah pada Allah SWT, mengapa kita
GELISAH memikirkan keputusan Allah SWT yang bakal terjadi? Serahkan
sahaja dan kita tidak perlu lagi memikirkannya. Allah SWT Maha Mengetahui
yang terbaik untuk diri kita. Makanya kita lakukan apa sahaja ketetapan yang
Allah SWT tetapkan pada kita.

Jalanilah kehidupan ini dengan benar-benar berserah 100%. Komunikasi dengan
Allah SWT mampu membuatkan kehendak kita mengikut kehendak Allah SWT
(berserah) dan seterusnya menghilangkan rasa gelisah di dalam jiwa.

Semua ini perlu dilatih sedikit demi sedikit. Hari demi hari. Berlatihlah dengan
latihan-latihan yang saya berikan di dalam laman web ini.




                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Petikan Positif #1
                                                                                           17
Petikan ini saya kongsikan bersama sahabat-sahabat di Facebook.

Manusia itu dianalogikan seperti sebuah kereta yang dipandu pemandu dan
membawa seorang bos di belakangnya. Kereta itu sendiri adalah jasad yang
berfikiran dan beremosi (banyak ragam). Pemandunya adalah jiwa/nafs/ego dan
bosnya sebagai penentu arah adalah roh yang sentiasa menentukan arah yang
dituju mesti ke Allah SWT. Makanya pemandu mestilah memandu
mengikut kehendak bos. Bukan kehendak kereta.

Al-Quran itu manual untuk manusia hidup di muka bumi ini. Seperti kereta
pasti ada manual. Kereta tidak boleh langgar lubang. Nanti rosak tayar. Begitu
juga manusia. Tidak boleh minum arak. Nanti rosakkan jasad. Kereta kena jaga,
basuh, tukar minyak enjin. Begitu juga manusia. Kena tutup aurat, solat, jaga
akhlak dan lain-lain. Semua dijelaskan dlm Al-Quran. Allah buatkan manual
manusia kerana Allah Maha Mengetahui ciptaanNya. Tahu mana yang boleh
merosakkan dan mana yang boleh memelihara jasad dan jiwa manusia.

Seseorang ingin penjelasan mudah untuk berserah. Di harap ini penjelasan yg
mudah. Berserah itu menerima KETENTUAN dan dalam masa yang sama
mengikut KETETAPAN Allah SWT. Cth: Katalah kita ini hidup susah. Maka
kita tidak menyalahkan Allah menjadikan hidup kita susah (kita terima
KETENTUAN hidup susah) dan dlm masa yang sama kita kena berusaha untuk
hidup senang kerana Allah SWT tidak suka kita hidup dalam kemiskinan
(KETETAPAN).

Merdekakan jiwa kita untuk kembali kepada fitrah. Semoga sebulan latihan
ramadhan akan memberikan kejayaan kemerdekaan yang penuh bermakna iaitu
memiliki jiwa yang sejati. Ayuh, tekadkan jiwa untuk dekat dengan Allah
SWT, bertaubat, tinggalkan maksiat, taat perintah Allah dan tebarkan
kebaikan serta manafaat kepada semua orang. Semoga kita memiliki dan
merasai kemerdekaan yang sejati. Salam kemerdekaan.

 Apa jua persoalan, minta sama Allah. “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah
                           petunjuk (yang benar).”
                            (Al Baqarah 2 : 120).

GELISAH itu SEKSAAN Allah SWT pada mereka yang tidak beriman.
Mengapa           gelisah       terjadi?   Kerana       seseorang      tidak
REDHA/BERSERAH/PASRAH/RELA dengan ketentuan Allah SWT. “Hati itu
milik kita, tetapi kita tidak mampu mencabut rasa GELISAH daripada hati kita.
Itulah SEKSAAN Allah SWT kepada hati orang yang tidak beriman.“

                                                            Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Apabila kita gelisah, buntu, keliru, sakit hati, benci, marah dan seumpamanya,
cubalah panggil Allah dengan suara yang perlahan. “Ya Allah…” kemudian 18
diam dan rasailah respon daripada Allah SWT. InshaAllah jiwa akan tenang.
Ulangi terus.

Semakin Tinggi, Semakin Ringan. Pucuk dari sebuah pohon lebih ringan
daripada yang lain. Burung yang terbang tinggi lebih ringan daripada burung
yang terbang rendah. Bos (jawatan tinggi) hanya duduk di dalam kereta yg
dipandu pemandu untuk lebih ringan ke pejabat. Tidak sekadar fizikal, malah
batin juga. KESEDARAN YANG TERTINGGI terasa lebih ringan
berbanding kesedaran yang rendah apatah lagi tidak sedar. Milikilah
kesedaran tertinggi.


Petikan Positif #2

Petikan-petikan yang pernah saya paparkan di status facebook saya. Semoga
ada manafaatnya.

Bagaimana berasa sangat yakin kepada Allah SWT ketika berdoa di mana
yakin Allah SWT akan memakbulkan doa kita?

Apabila berdoa SEDARLAH Allah SWT sebenarnya terus sahaja memproses
doa kita agar dimakbulkan. Doa kita bukan tidak dimakbulkan tetapi sedang
diproses agar diri kita benar-benar bersedia menerima apa yang didoakan itu
setelah Allah SWT memakbulkan permohonan kita nanti. Dengan menyedari
doa kita sedang diproses, ia mampu meyakinkan kita dengan doa kita.

Bagaimana berlatih membangunkan kesedaran kepada Allah SWT?
Duduk dalam keadaan rehat, rendahkan hati, rasa dan yakin Allah SWT itu
sangat dekat dan sebutlah perlahan-lahan “ya Allah” lalu diam sejenak dan
terimalah respon daripada Allah SWT. Kemudian disambung dengan “ya Allah,
aku rela ya Allah…aku rela”.

Bagaimana berlatih mengekalkan kesedaran kepada Allah SWT?
Tukarkan mind-chat kepada berkomunikasi dengan Allah SWT.

Jika sesiapa yang bertanya yang mana satu aku itu, jawapannya, aku itu
adalah yang sedar. Bukan jasad, bukan kaki, tangan, fikiran, emosi dan lain-lain
tetapi yang sedar itulah aku. Makanya, bawalah aku itu dekat dengan Allah
SWT iaitu setiap saat sedar akan hal Allah SWT di dalam kehidupan kita ini.
Kita akan masuk ke wilayah super sedar.

Kekalkan kesedaran kepada Allah SWT tanpa melepaskannya walau sesaat pun.

                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Berprasangka baiklah kepada Allah SWT. Hidup menjadi tenang.
                                                                                            19
Yang kita inginkan bukan sekadar khusyuk di dalam solat tetapi khusyuk di
dalam seluruh kehidupan kita. Setiap saat dalam apa jua kesedaran kita
kepada Allah SWT sentiasa wujud di dalam jiwa kita. Jika kita khusyuk di
dalam setiap saat kehidupan kita ini, inshaAllah kita akan khusyuk di dalam
solat, di dalam kerja dan apa jua yg kita lakukan.

kita perlu berada di dalam KESEDARAN ketika berdoa. InshaAllah akan
dimakbulkan segala doa.

Kesedaran ini ada turun naiknya tetapi apabila kita sudah mencapai ke satu
tahap, ia akan tersimpan di dalam minda bawah sedar kita dan mudah
untuk dicapai kembali jika kesedaran kita menurun. Berlatihlah untuk
meningkatkan kesedaran kita.

Berubah daripada jarang mengingati Allah sebelum ini kepada lebih banyak
mengingati Allah SWT setelah banyak berkomunikasi dengan Allah SWT
merupakan satu PERUBAHAN YANG SANGAT BESAR.

Kita sebenarnya satu tubuh dengan alam sekitarnya. Kita tidak mempunyai
bentuk seperti yang kita lihat dengan mata terbatas ini. Kita akan sedar bahawa
tubuh kita yang sebenarnya berganti setiap saat, tubuh kita hari ini bukanlah
tubuh kita yang sesaat sebelumnya, dan jiwa kita ternyata tidak seperti udara
dalam botol yang mengikuti bentuk botolnya.

Tip Menimba Ilmu: Sebelum menimba ilmu, tinggalkan fikiran “saya telah tahu,
saya lagi tahu, saya lebih tahu, saya tidak perlu tahu, saya pun tahu” kerana
semua ini akan membuatkan otak kita menolak ilmu yang kita pelajari tanpa
kita sedari Bahkan ia akan meningkatkan keegoan kita. Bukakan minda untuk
berfikir “aku perlu tahu ilmu ini”.




                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Jiwa Positif Memberi Ketenangan
                                                                                            20
Sebelum saya menyedari tentang jiwa positif dan hidup bertuhan ini saya selalu
mengalami konflik kejiwaan di mana kehendak rasa dan fikiran selalu berbeza
arah.

Seperti contoh, ketika rasa dengki yang tidak mampu ditahan datang, saya cuba
menanamkan fikiran yang positif agar tidak dengki. Begitu juga dengan hal
yang lain. Ketika benci, ketika sakit hati, ketika tidak suka dan seumpamanya.
Hal sama berlaku ketika membuat pilihan. Hidup kita ini penuh dengan pilihan
dan ketika membuat pilihan, perasaan, rasa dan fikiran berperang sesama sendiri
dan yang menanggung beban adalah kita. Penat dan tertekan dengan
peperangan.

Di dalam perlawanan antara rasa dan fikiran adakalanya rasa akan menang dan
ada ketikanya fikiran yang menang. Namun saya tetap penat, tertekan kerana
jelas nyata perlawanan tersebut memerlukan tenaga yang cukup banyak
sebelum mendapat kemenangan.

Saya yakin saudara juga mengalaminya. Kita mengalami hal ini setiap hari.
Ketika fikiran dan rasa tidak sehaluan, kita sering menggunakan “mind-chat”
sebagai medan tempur peperangan antara fikiran dan rasa. Ketika kita ingin
membuat pilihan samada A atau B, kita sering bertelagah antara fikiran dan
rasa.

Berpuluh tahun kita hanya melihat jalan penyelesaian kepada semua di atas
adalah dengan fikiran yang positif. Kita hanya di minta untuk menyelesaikan
apa jua masalah menggunakan saranan pada lapisan atas iaitu fikiran.

Kita tidak pernah disarankan untuk melihat sebenarnya daripada manakah rasa
itu datang? Kita seringkali melihat semua yang berlaku di dalam kehidupan kita
ini tanpa melihat semua ini adalah kehendak Allah SWT.

***

Di bawah ini saya tunjukkan dua slide untuk memahami tekanan jiwa dan
kelemahan jika kita menggunakan hanya fikiran yang positif tetapi jiwa tidak
positif. Kita mesti memiliki kedua-duanya iaitu fikiran dan jiwa yang positif
namun apabila kita memiliki jiwa yang positif, pasti fikiran juga akan positif.




                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)



                                                         21




                          Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Islamic NLP Parenting: Ikhlas Ke Sekolah
                                                                                            22
Setiap hari bermula isnin hingga jumaat anak-anak kita pasti ke sekolah atau
yang masih kecil akan ke pusat asuhan. Anak saya tidak terlepas daripada
perkara yang sama iaitu ke pusat asuhan. Kita sering berhadapan dengan
pelbagai ragam anak-anak ke sekolah.

Anak saya yang berumur 3 tahun 3 bulan juga mempunyai ragamnya. Sebelum
ini pernah tidak mahu ke sekolah selama hampir 2 bulan. Setiap kali hantar
beliau ke sekolah, beliau akan menangis sehingga meraung-raung. Saya
memang tidak sanggup melihat anak menangis ditinggalkan.

Saya dan isteri seringkali berdoa agar Allah SWT mencerahkan jiwa anak saya
agar beliau tinggal di pusat asuhan dengan kerelaan hati, bukannya terpaksa.

Suatu hari saya berdoa, “Ya Allah, cerahkan jiwa anak aku ini agar beliau
tenang untuk tinggal di nursery ya Allah. Ya Allah kuatkan jiwanya ya Allah“.

Ternyata doa saya dimakbulkan oleh Allah SWT tetapi dengan syarat iaitu
mengikhlaskan jiwa saya dan isteri di dalam tujuan menghantar anak saya ke
sekolah.

Allah SWT memberikan ilham untuk menyedarkan saya dan isteri bahawa
selama ini saya menghantar anak ke sekolah kerana saya dan isteri perlu bekerja
dan tiada siapa yang dapat membantu kami menjaga anak kami itu. Kami
tersentak dengan kesedaran niat kami menghantar anak ke pusat asuhan tidak
sampai kepada tahap ikhlas yang terbaik.

Keikhlasan menghantar anak itu adalah ikhlas kerana tiada siapa mahu menjaga
beliau ketika kami bekerja. BUKANNYA DITINGKATKAN KEPADA NIAT
KERANA ALLAH SWT.

Ikhlas Kerana Allah SWT
Memikirkan apa yang dilakukan itu samada ikhlas atau tidak pasti
menjadi tidak ikhlas.

Ikhlas itu hadir apabila kita sedar apa yang kita lakukan itu adalah
tanggungjawab yang Allah SWT berikan kepada kita sebagai wakil Allah
SWT. Dengan kesedaran bahawa kita ini adalah wakil Allah SWT dan
diamanahkan tanggungjawab lalu kesedaran tanggungjawab ini membuatkan
kita melaksanakan tanggungjawab dengan rela, pasti jiwa menjadi tenang.

Nah! ketenangan itulah menandakan bahawa ikhlasnya kita melaksanakan
tanggungjawab. Kita tidak langsung memikirkan ikhlas atau tidak ketika

                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


melaksanakan tanggungjawab tetapi kita hanya sedar itu adalah tanggungjawab
yang Allah SWT berikan dan mesti dilaksanakan kerana ia amanah Allah SWT. 23

***

Saya dan isteri kini sedar bahawa menghantar anak kami ke pusat asuhan bukan
sekadar kerana tidak ada orang yang dapat membantu menjaga anak kami ketika
kami bekerja tetapi ditingkatkan lagi kesedaran itu iaitu menghantar anak ke
pusat asuhan merupakan tanggungjawab kami kepada Allah SWT untuk
memastikan anak kami selamat dan mendapat pendidikan yang sempurna.

Kesedaran tanggungjawab kepada Allah SWT inilah yang jarang dimiliki oleh
kita semua. Sebagai contoh lain, kita menghantar anak ke sekolah hanyalah
semata-mata ingin anak kita pandai agar boleh mencari wang atau harta dunia
yang banyak suatu hari nanti.

Lalu kita berkorban wang dan tenaga demi memastikan anak kita menjadi anak
yang pandai kerana niat kita inginkan anak kita berjaya dan dapat membantu
kita kembali suatu hari nanti. Tidak cukup ke sekolah, kita juga menghantar
anak kita ke kelas tambahan walaupun sesetengahnya masih berada di tahun 1.

Ia tidak merupakan satu kesalahan tetapi bebanan kepada mereka itu adalah
kerana niat kita yang bukan KERANA ALLAH SWT. Kita boleh mengatakan ia
ikhlas kerana Allah SWT tetapi kebanyakannya adalah hanya sekadar kita tahu
kita perlu melakukan semuanya ikhlas kerana Allah SWT. Bukannya benar-
benar dari jiwa kita ia kerana TANGGUNGJAWAB KITA KEPADA ALLAH
SWT.

***

Pastikan kesedaran kepada Allah SWT tidak dilepaskan walaupun sesaat.
Oleh itu pastikan ketika kita menghantar anak kita ke sekolah atau pusat
asuhan kita berada di dalam kesedaran.

Pegang tangan dan peluklah anak kita sewaktu menghantarnya ke sekolah
atau pusat asuhan. Ketika memeluk itu, bangunkan kesedaran bahawa
kita lakukan semua ini adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT
untuk memastikan anak kita selamat dan terjaga dengan baik.

Disamping itu kita memohon kepada Allah SWT agar anak kita akan
bersemangat menimba ilmu dan mampu sedar tanggungjawab dia (anak)
sebagai wakil Allah SWT.



                                                           Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Kesedaran tanggungjawab itu bukan sekadar ingat tetapi benar-benar lahir
daripada jiwa kita ini.                                                  24

Ketika kita memegang dan memeluk anak kita dan kita berada di dalam
kesedaran melaksanakan tanggungjawab kita ini kerana amanah Allah SWT,
maka ada satu aliran kasih sayang bersama pengertian tanpa kata-kata mengalir
daripada jiwa kita kepada anak kita melalui tangan kita yang memegangnya dan
tubuh yang mendakapinya.

Ia membuatkan anak kita memahami dan merasai sepenuhnya bahawa
perginya beliau ke sekolah atau pusat asuhan kerana membantu ayah dan
ibunya di dalam melaksanakan tanggungjawab kepada Allah SWT.
Keikhlasan dan kerelaan pasti wujud di jiwa anak kita.

Bangunkan kesedaran ini setiap kali kita menghantar anak kita ke sekolah
atau pusat asuhan.

Seterusnya yang lain kita serahkan kepada Allah SWT untuk menjaga jiwa dan
raga anak kita sepanjang anak kita berada di sekolah dan di pusat asuhan agar
sentiasa dituntuni Allah SWT dengan taqwa dan kebaikan.

***

Sejak hari itu, anak saya pergi ke sekolah dengan semangat yang tinggi. Beliau
pergi dengan penuh minat dan penuh dengan kerelaan hati. Tidak lagi menangis
tidak mahu ditinggalkan. Menunjukkan pemergian beliau ke pusat asuhan
itu adalah pemergian yang penuh dengan ikhlas seolah-olah sangat
mengerti bahawa ayah dan mama nya sedang melaksanakan
tanggungjawab kepada Allah SWT.

Terima kasih Allah SWT kerana memberikan kesedaran kepada kami. Semoga
kesedaran ini juga tersebar luas ke dalam jiwa-jiwa ayah dan ibu yang lain.




                                                            Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Memiliki Kesedaran Tertinggi #5
                                                                                            25
Cara paling mudah untuk membina kesedaran kita kepada Allah SWT setiap
saat adalah dengan berkomunikasi dengan Allah SWT. Kemudian di masa
senggang (tiada kerja) cubalah mengingati semula plot-plot atau kronologi-
kronologi yang Allah SWT aturkan ketika masalah kita diselesaikan oleh Allah
SWT.

Kita sering menganggap segala yang berlaku adalah kebetulan tanpa sedikit pun
mengaitkan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita ini dengan Allah
SWT. Sebab itulah ada sesetengah kesedaran manusia kepada Allah SWT masih
berada di tahap yang lama atau semakin rendah. Akhirnya mereka berasa
bahawa apa yang berlaku dan kejayaan mereka adalah kerana usaha mereka
sendiri tanpa sendikit pun sedar akan hal Allah SWT.

***

Saya suka merenung kembali kronologi atau peristiwa yang berlaku di dalam
hidup saya setiap hari dan melihat kronologi itu berlaku disebabkan kehendak
Allah SWT. Sehinggakan sedang menyuap setiap suapan nasi pun saya
melahirkan kesedaran betapa Allah SWT masih memberikan saya rasa yang
berlainan setiap suapan tersebut.

Bacalah salah satu kisah kecil sahaja bagaimana saya merenung salah satu
kronologi kehidupan saya. Walaupun ia ringkas tetapi lihatlah aturan yang
Allah SWT tentukan untuk diri saya.

Kini saya mula mengamalkan hidup yang sihat. Benar-benar berazam akan
mengekalkannya. Bersenam setiap pagi dan petang serta makan makanan yang
benar-benar berkhasiat. Puncanya adalah kerana tekanan darah saya berada pada
tahap tinggi. InshaAllah cara hidup sihat ini akan dikekalkan walaupun tekanan
darah kembali normal.

Mari merenung kronologi ini dengan keadaan sedar akan Allah SWT (sifat, zat
dan af’al Allah SWT). Saya mendapat tahu tekanan darah ini tinggi semasa saya
membawa anak no 2 saya ke klinik untuk mendapatkan suntikan bayi berumur 2
bulan.

Seandainya Allah SWT tidak menetapkan pada ketika itu saya perlu membawa
bayi, pasti saya tidak tahu tekanan darah saya tinggi. Bagaimana saya tahu?

Ketika berada di dalam bilik doktor, saya diilhamkan oleh Allah SWT untuk
meminta doktor periksa tekanan darah saya kerana saya berasa pening sejak
awal pagi. Doktor yang bertugas ketika itu adalah doktor part time di di klinik

                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


tersebut. Doktor tersebut memeriksa tekanan darah saya ketika itu agak tinggi
iaitu 160/90.                                                                 26

Doktor tersebut bukan sahaja memeriksa tetapi memberikan nasihat cara hidup
yang sihat secara praktikal untuk orang yang bekerja. Sejak itu saya mula
bersenam dan makan makanan yang benar-benar berkhasiat.

Kita ulangi merenung kronologi di atas. Jika saya tidak digerakkan oleh Allah
SWT untuk membawa anak ke klinik tersebut, pasti saya tidak akan memeriksa
tekanan darah saya. Jika saya tidak dipeningkan oleh Allah SWT, pasti saya
tidak terfikir untuk meminta doktor memeriksa tekanan darah saya.

Renungkan juga bahawa Allah SWT menyediakan doktor yang sudi
memberikan nasihat dan cara-cara amalan hidup yang sihat dengan cara yang
praktikal. Akhirnya saya pasti tidak akan mengamalkan cara hidup sihat jika
saya tidak membawa anak saya ke klinik, tidak meminta doktor memeriksa
tekanan darah saya dan doktor yang memeriksa saya cukup baik berkongsi ilmu
beliau.

***

Apakah semua di atas berlaku secara kebetulan? Tidak! Semuanya adalah
aturan Allah SWT. Apabila kita melihat setiap kronologi sesuatu peristiwa di
dalam hidup kita dalam keadaan sedar pada Allah SWT pasti kita akan dapat
meningkatkan kesedaran kita. Kita akan berterima kasih pada Allah SWT
dengan rasa syukur yang tak terkata. Betapa hebatnya pemberian Allah SWT.

Selalulah merenung kembali saat-saat masalah kita selesai. Bagaimana setiap
kronologi atau jalan cerita penyelesaian masalah kita itu diaturkan sangat
cantik oleh Allah SWT. Kita lihat Allah SWT bukan sekadar menggerakkan
kita tetapi menggerakkan seluruh alam ini serta makhluknya di dalam
kehidupan kita ini di dalam menyelesaikan masalah kita.

Allah SWT aturkan pertemuan kita dengan orang yang membantu, Allah SWT
sediakan keadaan seperti semuanya berlaku tanpa mampu difikirkan oleh kita.
Semua yang kita anggap selama ini kebetulan itu adalah aturan Allah SWT yang
selama ini kita tidak sedari.

Begitu juga halnya dengan menerima rezeki yang tidak disangka-sangka. Begitu
juga dengan kejayaan dan sebagainya. Tidak kira peristiwa kecil atau besar.
Kisah hidup kita merupakan kehendak Allah SWT yang mana kita tidak mampu
menghalang apa yang Allah kehendaki.



                                                            Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Kita hanya mampu memohon kepada Allah SWT dengan berdoa tetapi kita
tidak melakukan apa-apa usaha pun. Berdoa itu sekadar cetusan fikiran yang 27
lahir dari rasa hati yang diilhamkan Allah SWT. Namun usaha kita iaitu segala
gerakan tubuh badan ini digerakkan oleh Allah SWT mengikut kehendakNya.
Bukan atas kehendak kita walaupun kita berasa ia adalah usaha kita.

Kita lihat bagaimana Allah SWT menyambut doa kita dengan memberi
jawapan yang sangat halus yang tidak terfikir oleh akal fikiran kita. Kita
tidak terfikir dan tahu bagaimana Allah SWT akan menyelesaikan
masalah kita sehinggalah masalah kita selesai.

Lihatlah betapa halus dan menarik segala jawapan yang Allah SWT berikan di
dalam artikel Jawapan Allah SWT #1 dan Jawapan Allah SWT #2.

Apabila kita berada di dalam keadaan kesedaran yang tertinggi akan hal Allah
SWT di dalam setiap inci kehidupan kita ini, di dalam segala hal dan peristiwa
pasti kita akan mudah menjadi insan yang berserah.

Saya pasti akan menangis dan tersujud semasa merenung semula kronologi
peristiwa yang berlaku di dalam hidup saya bukan sahaja yang telah lama
berlaku tetapi juga yang baru-baru berlaku. Tidak kira kecil atau besar, saya
sedar betapa besarnya nikmat yang Allah SWT berikan kepada saya.

Saya berterima kasih tanda syukur tak tehingga pada Allah SWT kerana
memilih saya untuk memiliki kesedaran kepadaNya. Saudara juga dipilih oleh
Allah SWT untuk memiliki kesedaran kepada Allah SWT. Bertuahnya kita,
beruntungnya kita bukan.

Jika kita semua selalu membuat latihan iaitu merenung kembali kronologi
peristiwa yang berlaku dalam hidup kita dengan sedar akan hal Allah SWT,
pasti kita mudah untuk melihat dan mendapat pengajaran daripada kehendak
Allah SWT.

Kita akan sangat-sangat memahami kehendak Allah SWT ke atas diri kita.
Tidak hairanlah mengapa orang yang dekat dengan Allah SWT memiliki gerak
rasa (intuition) yang sangat hebat.

***

Latihlah setiap hari merenung kronologi atau jalan cerita hidup kita yang Allah
SWT tentukan ketika menerima nikmat daripada Allah SWT. Kita sambung
kesedaran kepada Allah SWT ketika merenung kronologi kehidupan kita dan
pasti setiap hari kita akan lebih dekat dengan Allah SWT bersama rasa terima
kasih syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT.

                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


[note] Kenangkan kembali bagaimana saudara semua boleh terjumpa laman
web ini dan membacanya. Siapakah yang menggerakkan saudara untuk 28
membuka laman web ini. Siapakah yang menggerakkan keinginan saudara
semua untuk membaca artikel-artikel di sini? Pastinya Allah SWT. Maha Hebat
bukan?




                                                         Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Ikhlas #1: Bagaimana Mahu Ikhlas?
                                                                                           29
  “Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka
semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.”
                          (QS, Shaad 38 : 82-83)

 “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa
  aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan
 ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,
   kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.”
                           (QS Al-Hijr, 15 : 39-40)

Mengapa iblis tidak dapat menyesatkan orang-orang yang ikhlas? Kerana ketika
kita ikhlas kerana Allah SWT, kita berserah apa sahaja kepada Allah SWT.
Ketika itu kita tidak lagi berada di wilayah kekuatan kita tetapi di wilayah
kekuatan dan kekuasaan Allah SWT. Kita mengikut dengan jiwa yang berserah
kehendak Allah SWT. Mana mungkin iblis atau syaitan dapat menandingi
kekuatan Allah SWT.

***

  Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan
  tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT itu telah dilaksanakan
 dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.

Tidak penting samada orang lain ikhlas atau tidak tetapi yang sangat penting
adalah diri kita sendiri ikhlas atau tidak. Mari kita fahamkan tentang ikhlas
dengan mengambil contoh kehidupan saya.

Jika saya bekerja kerana ingin mencari wang, maka saya bekerja ikhlas kerana
wang.

Jika saya bekerja kerana ingin menyara anak-anak dan isteri saya, maka saya
bekerja ikhlas kerana anak-anak dan isteri saya.

Jika saya bekerja kerana saya perlu melakukan kerja untuk UiTM, maka saya
ikhlas bekerja kerana UiTM.

Ikhlas mesti mempunyai sandaran untuk apa saya melakukan sesuatu hal itu.
Jika sandarannya wang, maka kita dikatakan ikhlas kerana wang kerana wang
membuatkan kita melakukan kerja. Begitu juga dengan yang lain.

Persoalannya kini, apakah kita inginkan ikhlas yang sedemikian? Tidak! Kita
tidak mahu kerana ikhlas yang sedemikian mempunyai tahap yang rendah. Lalu

                                                            Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


ikhlas yang bagaimana berada di tahap yang tinggi yang dikatakan oleh iblis
sehingga tidak mampu menyesatkan kita?                                      30

Pastinya ikhlas KERANA ALLAH SWT. Apabila kita ikhlas kerana Allah
SWT, pasti kita melakukan semua kerja kita kerana Allah SWT. Apabila kita
ikhlas kerana Allah SWT, pasti ikhlas kita merangkumi semua termasuk kerana
wang, anak-anak dan isteri, syarikat kita bekerja dan seluruhnya.

Nah! di sini terdapat satu lagi persoalan iaitu bagaimana melahirkan jiwa yang
ikhlas? Apakah ia boleh dibuat-buat atau boleh diwujudkan?

***

Ikhlas tidak mampu dibuat-buat tetapi dapat diwujudkan dengan kesedaran.

Bagaimana membina kesedaran agar jiwa kita ikhlas?

Kembali kepada contoh kehidupan diri saya dan kemudian saudara aturkanlah
contoh tersebut untuk kehidupan saudara.

Saya perlu SEDAR sepenuhnya tanggungjawab saya sebagai wakil Allah
(khalifah) di muka bumi ini. Saya dijadikan oleh Allah SWT sebagai lelaki dan
kini saya memiliki pelbagai tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT ke
atas saya sebagai lelaki, suami, pekerja dan sebagainya.

Sebagai suami dan ayah, saya diberi tanggungjawab memastikan keluarga saya
dilindungi, selamat, bahagia, cukup makan minum, tempat tinggal, pendidikan
dan sebagainya. Saya SEDAR tanggungjawab ini adalah tanggungjawab yang
Allah SWT tetapkan sebagai seorang suami.

Sebagai suami dan ayah saya perlu mencari rezeki lalu saya bekerja. Bekerjanya
saya ini adalah kerana tanggungjawab saya terhadap Allah SWT. Ini adalah
ketetapan yang Allah SWT tentukan ke atas seorang suami iaitu wajib mencari
nafkah untuk keluarganya.

Dengan KESEDARAN segala kerja yang saya lakukan adalah kerana saya ingin
mencari nafkah dan ia merupakan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah
SWT, pasti saya akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Ini bukan satu paksaan tetapi kerana kesedaran saya ke atas tanggungjawab
saya.

Maka dengan kesedaran inilah saya melaksanakan tanggugjawab saya
kerana Allah SWT. Tanpa disedari, saya melakukannya kerana Allah
SWT, ikhlas kerana Allah SWT.

                                                            Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Begitu juga semasa bekerja. Tugas yang diberikan kepada saya ketika bekerja
merupakan amanah dan tanggungjawab saya kepada Allah SWT. Saya 31
ditetapkan oleh Allah SWT untuk bekerja di UiTM sebagai pensyarah dan wajib
memikul tanggungjawab yang diberikan.

Saya perlu menyedari bahawa semua ini adalah tanggungjawab yang Allah
SWT tentukan kepada saya. Lalu saya perlu melaksanakan semua
tanggungjawab ini kerana saya ini adalah wakil Allah SWT. Saya perlu
mengikut kehendak Allah SWT kerana saya wakilNya.

Kesedaran tanggungjawab kita kepada Allah SWT memastikan kita akan
melaksanakan segala tanggungjawab kita kerana Allah SWT. INILAH
IKHLAS.

Orang yang dekat dengan Allah SWT memiliki kesedaran tertinggi akan
hal Allah SWT. Mereka tidak pernah rasa kecewa di dalam melaksanakan
tanggungjawab kerana Allah SWT.

***

Apabila kita memiliki kesedaran tertinggi, kita akan melaksanakan
tanggungjawab kita kerana Allah SWT. Kita tidak melakukannya kerana
pangkat dan wang namun pangkat dan wang merupakan keperluan. Ia
membantu kita di dalam urusan menjadi wakil Allah SWT iaitu khalifah di
muka bumi ini.

Kita tidak salah dan tidak dilarang sama sekali untuk memiliki wang yang
banyak, pangkat yang besar, rumah yang besar dan segala kekayaan yang ada.
Namun kita juga diperintahkan agar berkongsi kekayaan tersebut dengan zakat,
bersedekah dan sebagainya seperti yang ditetapkan oleh Allah SWT di dalam
Al-Quran dan Sunnah.

Setiap kerja kita diminta untuk dimulakan dengan “Dengan nama Allah SWT
yang Maha Pengasih/pemurah dan Penyayang” menunjukkan bahawa kita
melakukan kerja atas nama Allah SWT.

Kita di minta oleh Allah SWT mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah SWT
dan Nabi Muhammad SAW Rasul Allah SWT setiap kali kita bersolat untuk
mengulangi semula persaksian kita pada Allah SWT.

Dengan kesedaran yang tinggi di atas tanggungjawab kita sebagai wakil Allah
SWT dalam setiap hal kecil atau besar walaupun menyampai sedikit ilmu pun,
maka ia adalah kehendak Allah SWT dan kita wakil Allah SWT hanya berserah
untuk melakukannya. Allah mengkehendaki kita menyampaikan ilmu yang

                                                           Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


kecil itu ketika itu lalu kita sampaikan dengan penuh tanggungjawab sebagai
wakil Allah yang memiliki ilmu tersebut.                                    32

***

Tingkatkan kesedaran kita, pasti kita akan ikhlas di dalam melakukan kerja.
Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan
tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT itu telah dilaksanakan
dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.




                                                           Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Menyesal Tidak Datang Di Awal
                                                                                            33
Marilah sejenak menundukkan hati kita, menundukkan kepala kita. Marilah kita
sama-sama mengenangkan orang yang paling berjasa kepada diri kita. Orang
yang kini usianya kian tua, kian tak bermaya. Munculkanlah wajah kedua ibu
bapa kita. Biar kita benar-benar berasa mereka ada dekat dengan kita.

Ingatlah dulu ketika kita berada 9 bulan dalam perut ibu ketika ibu masih muda.
Walaupun berjalan berat… susah berbaring… berdiri pun sakit… ibu tetap
tersenyum setiap kali membelai perutnya. Bahagia kita berada di rahimnya.

Ayah semangat ke sana sini mencari nafkah untuk kita yang bakal lahir.

Sembilan bulan di rahim ibu… menjelang kita lahir ke dunia… ibu sakit tak
terperi. Tidak tahu samada akan hidup atau mati. Meregang nyawa. Bersimbah
air mata. Keringat… darah. Itulah saat kita lahir ke dunia.

Tetapi tidak ada keluhan. Walaupun sakit dan hampir mempertaruhkan
nyawanya. Didekatnya diri kita… dipeluk… diciumi… dihitung jari-jari kita.
Penuh cinta.

Siang malam dijaga. Rela ibu tidak makan asal kita makan. Ingatlah ketika ibu
sedang makan, kita membuang kotoran… tidak jijik.

Kalau kita sakit, ibu resah… sepanjang malam tidak tidur. Rela menukarkan
nyawanya agar kita panjang umur.

Ayah mencari nafkah agar kita mampu ke sekolah. Ke sana sini berusaha keras
agar kita memiliki kasut… agar kita memiliki beg… seperti anak-anak yang
lain.

Walaupun orang tua kita banyak dosa… tetapi tetap ingin kita selamat.

Semakin lama kita semakin          besar.    Apa     yang     kita   lakukan      untuk
menggembirakan hatinya?

Mulut kita seperti pisau yang sentiasa menghiris hatinya. Bulat mata…terjegil
kita merenung mereka setiap kali berbicara. Kekadang menghentak lantai dan
dinding memarahi mereka.

Ada yang menganggap ibunya sebagai pembantu sahaja. Di arah ke sana sini.
Ada yang menganggap ayah seperti kuli. Dibohongi… didustakan.



                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Berapa belas dan puluh tahun kita menzalimi ibu bapa kita. Akan datang sampai
saat kita berpisah… kenanglah ketika ibu bapa sudah terbaring menjadi mayat. 34
Kenangkanlah orang yang mengandung kita sudah terbujur kaku.

Matanya sudah tertutup. Kulitnya berkedut.. kerepot. Tubuhnya sudah dingin
membeku. Kita tidak lagi mendengar suaranya. Tidak lagi mendengar doa-
doanya.

Ketika kain kapan menutup tubuhnya… kita tidak lagi mampu mencium
tangannya…tidak lagi mampu membawa ole-ole kesukaannya. Tidak ada lagi
orang yang selama ini berkorban lahir dan batin untuk kita.

Ketika orang tua kita sudah dimasukkan ke dalam kubur… hanya tinggal batu
nisan yang mampu kita lihat.

Kita tidak tahu…adakah orang tua kita bangga atau kecewa melahirkan
diri kita. Ada air susu yang dibalas dengan air tuba. Belaian dibalas dengan
herdikan… pengorbanan dibalas dengan penghinaan.

Ada yang menghina ibu bapanya. Jarang ingin berbicara dengannya dengan
lembut. Anak derhaka…di dunia ini pasti dibalas oleh Allah. Jangan-jangan
kita sengsara adalah disebabkan derhaka kepada ibu bapa. Hati-hatilah…jangan
sampai hidup kita sengsara sepanjang hayat.

Bertekadlah untuk menjadi anak yang tahu berbakti… yang taat… yang
membalas jasa. MENYESAL TIDAK PERNAH DATANG DI AWAL.

Wahai saudaraku. Jadikanlah keberadaan kita di sini menjadi kebanggaan ibu
bapa.

Tidak ada orang tua yang sempurna. Tetapi relakah melihat orang tua kita
sengsara? Dikubur tersiksa….di akhirat menjadi ahli neraka
(nauzubillah).

Beristighfarlah…. beristighfarlah… Astaghfirullah al adzhim… sambil ingat
dosa kita pada orang tua.

Istighfarlah saudara.. Astaghfirullah al adzhim… minta ampun kepada Allah…

kenangkan kezaliman kita pada orang tua … sambil beristighfar…
Astaghfirullah al adzhim…




                                                           Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Istighfarlah saudara…Astaghfirullah al adzhim…selama ini kita sering
mengkhianati Allah…selalu melupakan Allah…yang jarang mahu bersujud 35
kepada Allah…istighfarlah…istighfarlah…Astaghfirullah al adzhim…

Sama-sama kita beristighfar…Astaghfirullah al adzhim…ingatlah dosa-dosa
kita yang mendekati maksiat…Allah Maha Melihat…minta ampun pada
Allah…

Astaghfirullah al adzhim…

Ya Allah ampuni ibu bapa kami…selamatkanlah sisa umurnya ya
Allah…bahagiakan ya Allah…jadikan kuburnya lapang ya Allah…jadikanlah
mereka ahli syurga ya Allah…

Ya Allah kau kurniakan kepada kami pendamping yang terbaik…pernikahan
yang berkah…rumahtangga yang sakinah…keturunan yang soleh dan solehah.

Ampuni sebusuk apa pun dosa kami ya Allah…ampuni sekelam apa pun masa
lalu kami ya Allah…ampuni senista apa pun kata-kata kami ya Allah.

Ya Allah…berikan kami kesanggupan menjauhi dosa ya Allah. Nikmatkan kami
taat ya Allah.

Ya Allah…Jadikanlah kami ahli solat yang khusyuk. Ahli Al-Quran ya
Allah…ahli zikir yang istiqamah.

Ya Allah walaupun kami sibuk dengan urusan dunia ya Allah…jadikan kami
sentiasa ingat dan dekat denganMu ya Allah. Berikanlah rasa cinta kepadaMu
dalam jiwa kami ya Allah…

Terima kasih ya Allah…terima kasih.

[note] Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga pengertian korban dan haji di
mana mengajak jiwa kita untuk pulang ke Allah SWT meningkatkan lagi
kesedaran kita kepada Allah SWT.




                                                           Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Memiliki Kesedaran Cinta Allah SWT
                                                                                             36
Diam sejenak. Tundukkan sedikit kepala dan letakkan tangan kanan di atas
dada. Sambil menyebut …ya Allah…(bukan di dalam hati..sebut sehingga
terdengar)…dan rasakan rasa cinta kita pada Allah SWT.

Ada rasa atau tidak? Diam lagi….ulangi sehingga benar-benar rasa samada ada
rasa cinta atau tidak … dan kemudian mohonlah kepada Allah SWT seperti di
bawah.

“ya Allah kurniakan rasa cinta kepadaMu ke dalam hatiku ya Allah. Ya Allah,
tiada rasa cinta dalam hatiku ini ya Allah. Kurniakan ya Allah. Terima kasih ya
Allah, terima kasih.”

Ulangi selalu latihan di atas untuk melihat sejauh mana cinta kita pada Allah
SWT secara realiti. Ulangi juga untuk melihat sejauh mana cinta kita kepada
Rasulullah SAW.

***

Kita sentiasa tahu bahawa kita perlu memiliki rasa cinta pada Allah SWT dan
Rasulullah SAW. Kita juga selalu berasa bahawa cinta kita kepada Allah SWT
dan Rasulullah SAW sudah mencukupi. Lalu kita berasa tidak perlu memeriksa
rasa cinta itu dalam jiwa kita. Benarkah rasa itu ada? Sejauh mana rasa itu?

Jika belum, kita selalu mengambil sikap biarlah..tak mahu fikir.

Sesetengahnya juga berpendapat bahawa rasa cinta kepada Allah SWT itu
hanya untuk mereka yang banyak ilmu agamanya. Orang-orang kebiasaan
seperti kita ini yang kurang ilmu agama sukar untuk memiliki rasa cinta itu.

Sebenarnya semua itu alasan dan dakyah atau tipu helah pemikiran yang telah
tertanam kuat dalam fikiran kita. Kita perlu hapuskan pemikiran seperti ini di
dalam fikiran kita serta orang-orang sekeliling kita.

Cinta merupakan satu kuasa yang terhebat sehinggakan manusia sanggup
melakukan apa sahaja demi cinta. Cinta memberikan semangat yang luar biasa
kepada kita di dalam melakukan apa sahaja perkara.

Islam itu hebat namun jika dilihat daripada kehebatan penganutnya, islam itu
seolah-olah mundur kerana kemunduran penganutnya. Mengapa? Kerana rasa
cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam jiwa umat islam telah
berjaya dipesong oleh musuh-musuh kita.


                                                              Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Kita lebih mudah jatuh cinta dengan duit, harta benda, pangkat, rupa dan
hiburan yang melalaikan. Mudah jatuh cinta dengan maksiat dan kehinaan. 37
Mengapa terlalu sukar untuk melakukan kebaikan berbanding melakukan
keburukan? Mengapa lebih mudah jatuh cinta dengan hiburan, maksiat dan
seumpamanya dan terlalu sukar untuk jatuh cinta kepada kebaikan?

Kerana kita tidak pernah atau jarang sekali memohon kepada Allah SWT untuk
memiliki rasa cinta kepadaNya dan RasulNya. Sesiapa sahaja tanpa mengira
ilmu, rupa, pangkat, harta dan sebagainya berhak memiliki rasa cinta kepada
Allah SWT dan RasulNya. Tugas kita hanyalah memohon dan urusan
pemberian rasa cinta itu adalah Hak Allah SWT.

Marilah kita cuba periksa dalam keadaan sedar samada benarkah kita benar-
benar merasai rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW itu? Dengan
latihan di atas, kita mampu memeriksa sejauh mana cinta kita kepada Allah
SWT dan Rasulullah SAW.

Berdoalah memohon kepada Allah SWT rasa cinta kepada Allah SWT dan
Rasululullah SAW:

“ya Allah, kurniakanlah aku rasa cinta kepadaMu dan kepada Rasulullah
SAW ya Allah. Aku ingin benar-benar merasakan rasa cinta itu ya Allah.
Agar aku mampu dan terdaya untuk sentiasa berada dekat denganMu ya
Allah. Terima kasih Allah, terima kasih.“

***

Ayuh! Kita bergerak kembali di atas jalan yang lurus setelah kita dipesongkan
kecintaan kita oleh musuh-musuh kita. Punca utama maksiat, keburukan dan
kejahatan adalah kerana rasa cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah
tidak berada di puncaknya.

Kita didik jiwa kita dan jiwa anak-anak agar sentiasa sedarkan Allah SWT dan
sentiasa memohon rasa cinta kepadaNya dan RasulNya. Cinta adalah anugerah
Allah SWT. Cinta telah sedia diadakan oleh Allah SWT dan menunggu kita
untuk memohonnya. Allah SWT lebih tahu keperluan kita lebih daripada kita
sendiri.

Mohonlah…mohonlah…pasti kita akan memiliki rasa cinta kepada Allah SWT
dan Rasulullah SAW yang sentiasa meningkat rasanya setiap hari.
KOMUNIKASILAH dengan Allah SWT setiap saat agar kita sentiasa
sedar akan Allah SWT. Komunikasi itu adalah pengaliran cinta. Tanpa
komunikasi, cinta pasti tidak dapat mengalir ke dalam jiwa kita.


                                                            Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Pemain Yang Terbaik
                                                                                               38
 Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan
  tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.

Tiada seorang pun terlepas daripada masalah di dalam hidup ini. Kita sentiasa
mempunyai masalah kerana masalahlah yang membuatkan kita terus hidup
dengan baik. Kita belajar banyak erti kehidupan daripada masalah yang kita
miliki.

Masalah merupakan satu desakan di dalam permainan kita di dunia ini. Maka
jadilah pemain yang terbaik namun jangan sesekali meletakkan permainan ini
di jiwa kita. Cukup sekadar mengenggamnya di tangan.

                                  Firman Allah SWT:
 “dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan Yang sia-sia dan hiburan
 Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang
                 Yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
                                 (QS, Al-An’am 6:32)

Kita tidak akan memohon kepada Allah SWT jika kita tidak ada masalah. Jika
kita semua tidak ada masalah di dalam kehidupan ini, pasti kita tidak tahu
berbuat apa-apa dan tidak tahu bergerak ke mana. Kerana itu masalah yang kita
hadapi merupakan objektif gerakan untuk kita melaksanakan tanggungjawab
kita sebagai wakil Allah SWT.

Hutang kereta, rumah, keperluan makan minum keluarga, belanja itu ini juga
merupakan masalah. Kita perlu mencari wang untuk memastikan
tanggungjawab kita itu dilaksanakan. Ia adalah permainan yang Allah SWT
aturkan untuk kita lalu jadilah pemain yang terbaik di dalam melaksanakan
tanggungjawab yang dipikul.

Yang penting di dalam permainan ini adalah bermain dengan baik dengan
mengikut pengatur permainan iaitu Allah SWT. Allah SWT menilai kita
daripada sudut sejauh mana kita mengikut kehendak Allah SWT di dalam
permainan ini. Mengikut kehendak inilah yang dikatakan berserah.

Menang, kalah, masalah selesai atau masih berterusan di dalam permainan
ini adalah hak Allah SWT kerana Dia Pengatur permainan ini. Yang
penting, ingat Allah SWT dan sentiasa menyerahkan jiwa ini kepada Allah
SWT.




                                                                Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Jiwa Yang Gelisah
                                                                                               39
Apabila kita tidak mengikut kehendak Allah SWT di dalam kehidupan ini,
kita akan mendapat seksaan daripada Allah SWT iaitu gelisah. Dada terasa
sempit dihimpit. Kita dihimpit dengan daya-daya yang kita tidak mampu
mengawalnya. Daya ini diberikan oleh Allah SWT (Al Qaabidh: Yang Maha
Menyempitkan).

Bersama dengan daya yang sempit ini, akan mengalir pula daya-daya Allah
SWT yang lain seperti dayaNya yang menyeksakan (Al Muntaqim, Yang Maha
Penyeksa), dayaNya yang memberikan derita (Adh Dhaarr, Yang Maha
Pemberi Derita), dayaNya yang menghinakan (Al Mudzill, Yang Maha
Menghinakan), dan dayaNya yang merendahkan (Al Khaafidh Yang Maha
Merendahkan).

Makanya kalau dada kita sudah dialiri secara dominan oleh daya Al Qaabidh
(Yang Maha Menyempitkan), maka daya-daya Allah SWT yang lain yang akan
mendorong kita untuk menyeksa, menghinakan, merendahkan, akan
membuatkan orang lain juga terasakan dorongan ini.

Dan akhirnya daya-daya Allah SWT yang membuat kita menderita pun akan
ikut pula mengalir dengan deras ke dalam jiwa kita. Ertinya yang akan
mendapat hasil penderitaan itu adalah kita sendiri.

Jalan Penyelesaian Semua Masalah

                                  Firman Allah SWT:
  “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada
 musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta
benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang
                                         sabar:

(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
   (inna lillahi wa inna ilaihi rajioon) “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan
                              kepada Allah jualah Kami kembali.”
                                  (QS Al-Baqarah 1:155-156)

Sebenarnya, bersamaan dengan dayaNya yang menyempitkan itu (Al Qaabidh),
telah mengalir pula daya-daya-Nya yang melapangkan dada, karena memang
Allah adalah Dzat Yang Maha Melapangkan (Al Baasith), Dia adalah Dzat
Yang Maha Luas (Al Waasi’).

Bersamaan dengan Daya Al Baasith dan Al Waasi’ ini, telah mengalir pula
daya-daya Allah SWT yang lain yang akan mendorong kita kepada kesabaran,
karena memang Dia adalah Dzat Yang Maha Sabar (Ash Shabuur). Puluhan

                                                                Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


dayaNya yang lain yang akan mengiring kita kepada kebaikan apabila kita
bersabar.                                                               40

Hakikatnya, kita tinggal bersandar saja dengan daya-daya Allah dalam
kehidupan kita. inna lillahi wa inna ilaihi rajioon. Semua masalah kita ini
datangnya daripada Allah SWT dan kembalikan semula kepada Allah
SWT dengan mengikut sahaja kehendak Allah SWT.

Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan
tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.

Daya-daya Allah itu dalam istilah Al-Quran disebut sebagai “Tali Allah, hab
Allah, Hub Allah”. Maka kita diminta oleh Allah sendiri agar kita mesti
berpegang dengan tali Allah, BIHABLILLLAH.

Untuk mampu memegang daya-daya Allah SWT iaitu tali Allah SWT, maka
kita hendaklah dahulu berpegang teguh kepada Allah (wa’tashimu billah).
Jadi kalimat: “laa haula wala quwwata illa billah, bahawa tidak ada kekuatan,
tidak ada daya yang ada pada diriku, kecuali hanya sekadar daya dan kekuatan
yang dialirkan Allah kepadaku”, adalah benar-benar sebuah realiti daripada
hanya sekadar kata-kata yang sering dilafazkan sahaja.

              Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati
              orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah
                  di samping keimanan mereka (yang telah ada)…
                                 (Al Fath 48 : 4)

Praktikal dan Latihan

Di dalam keadaan bermasalah dan dada yang sempit, manusia tidak mampu
menerima apa pun kata-kata dan penjelasan termasuk penjelasan di atas. Kita
perlu membawa diri kita atau sahabat yang bermasalah agar benar-benar
SEDAR berpegang teguh kepada Allah SWT.

Lalu cara praktikal bagaimana mahu berpegang teguh kepada Allah SWT
(wa’tashimu billah) agar kita mampu untuk memegang daya-daya (tali)
Allah SWT, pulangkan jiwa kita ke Allah SWT. Lakukan cara di bawah ini
untuk jiwa ini pulang ke Allah SWT.

Tundukkan hati kepada Allah SWT dan panggil Allah SWT dengan suara yang
lembut…ya Allah…diam sejenak…panggil lagi…ya Allah…aku rela mengikut
kehendakMu ya Allah…ya Allah…diam sejenak…Aku tidak berdaya ya
Allah…Aku tidak mampu berbuat apa-apa ya Allah…ya Allah…aku hanya
mengikut kehendakMu ya Allah….aku rela ya Allah…aku rela…
ulangi terus…
                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Petikan Positif #3
                                                                                           41
Istirehat bukan direbahnya tubuh dan pejamnya mata. Tetapi direbahnya hati
dan pejamnya fikiran. Fikiran ini seumpama anak kecil. Hanya mengikut
keinginannya dan Jiwa itu ibarat Ibu yang sentiasa menjaga keselamatan anak
itu. Pastikan jiwa saudara kuat kerana jiwa perlu menjaga keselamatan fikiran.

Terapi Rumahtangga #1: Kasih sayang dan cinta itu adalah ‘gain’. Kita
hanya memilikinya setelah kita memberinya. Sayangilah keluarga dan sahabat
kita, barulah mereka akan menyayangi kita. Begitulah dengan Allah SWT.
Allah SWT itu sememangnya menyayangi kita. Kita hanya akan dapat
MERASAI kasih sayang dan cinta Allah SWT setelah kita mencintai Allah
SWT. “Ya Allah, berikanlah rasa cinta kepadaMu dalam jiwa ini ya Allah.
Terima kasih Allah SWT”

Terapi Rumahtangga #2: CINTA itu kelembutan, ketenangan, belaian,
kebahagiaan, kasih sayang, perbincangan, tolak ansur, sabar dan seumpamanya.
CINTA daripada pasangan TIDAK akan dimiliki dengan kemarahan, tengking
menengking, meninggi suara, kasar dan bergaduh kerana semua ciri-ciri itu
tiada di dlm CINTA. Walaupun tujuannya untuk menyedarkan atau
mengajar namun jika kita lakukan jua, PASTI kita tidak akan memiliki
CINTA yang kita harapkan.

Terapi Rumahtangga #3: Bagi mereka yang mempunyai masalah
rumahtangga: Jika kita meletakkan harapan kepada suami atau isteri, pasti kita
akan gelisah dan resah sepanjang masa. Letakkan harapan kepada pemilik
suami atau isteri iaitu Allah SWT dengan berserah total kepada Allah SWT.
Pasti jiwa akan menjadi tenang. Bukan meletakkan harapan pada suami atau
isteri.

Emosi yang sedang bergelora di dada mampu membuatkan seseorang menjadi
gila, tidak keruan dan tidak mampu dikawal. Ia memerlukan jalan keluar
yang terbaik. Emosi, datangnya dari Allah SWT dan kembalikanlah kepada
Allah SWT. Itulah jalan yang terbaik.

Apabila kita ada masalah, kembalilah kepada Allah SWT. Bukan selain
daripada Allah SWT.

Banyakkan bercerita (komunikasi) dengan Allah SWT berbanding mengharap.
Mengharap tidak salah namun ia membuatkan kita sering meletakkan keputusan
hari esok pada hari ini yang mana akhirnya lebih banyak harapan daripada
usaha. Menerima ketentuan itu adalah menerima sesuatu yang telah berlaku.
Bukan menerima perkara yang belum berlaku.

                                                            Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Berhijrah Memiliki Jiwa Yang Positif (1431H)
                                                                                             42
  dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya
 Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang
   hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan
 kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan
  menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih
 Dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya
         Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya”.
                            (QS: Al-Baqarah 2:30)

   Iblis menjawab: ” Aku lebih baik daripadanya; Engkau (Wahai Tuhanku)
       ciptakan daku dari api, sedang Dia Engkau ciptakan dari tanah “.
                               (QS: Shaad 38:76)

Saudara,
Jika kita meneliti firman Allah SWT di atas, pastinya kita tertanya-tanya, rahsia
apa yang mampu kita katakan di dalam rencana Allah SWT ini? Apakah ertinya
khalifah yang selalu kita sebut-sebutkan dengan penuh bangga ketika kita sering
bincangkan, ceramahkan, forumkan?

Apakah kehebatan kita sehingga Allah SWT tidak mahu menjawab kepada dua
makhluk yang paling baik ibadah dan keimanan kepadaNya? Jika kita teliti
pernyataan malaikat, ada kebenarannya iaitu manusia ini adalah makhluk yang
suka membuat kerosakan di muka bumi.

Saudara,
Khalifah merupakan wakil Allah SWT dan penguasa di muka bumi. Apakah
kehebatan kita berbanding dengan malaikat dan juga iblis (suatu ketika dahulu)?
Soal keimanan, jelas mereka sangat hebat berbanding kita. Dibandingkan dari
segi ibadah kepada Allah SWT, jelas malaikat paling hebat.

Lalu apakah yang dibanggakan sangat oleh Allah SWT dengan manusia
makhluk ciptaanNya yang satu ini yang mana kita merupakan makhluk yang
hina dan lemah dari anggapan Iblis? Apakah yang membuatkan Allah SWT
bangga dengan kita sehinggakan Allah SWT meminta malaikat dan Iblis sujud
kepada kita tanda penghormatan tertinggi?

Allah SWT merupakan Zat, Nama dan Perbuatan (Af’al). Segala apa yang
dilakukan oleh Allah SWT adalah kebenaran adanya. Dia yang menciptakan
manusia dengan begitu indah dan sangat komplek. Allah SWT tidak
menciptakan kita dengan menurunkan kita terus dari langit secara beramai-



                                                              Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


ramai. Allah SWT tidak menjadikan kita menjelma dari tanah dan menjadi
manusia.                                                               43

Allah SWT menciptakan kita daripada sari pati tanah (ekstrak). Allah
menjelaskan di dalam firmanNya Surah Al-Hajj(22) ayat 5. Ayat ini jelas
menunjukkan adanya keterlibatan kita di dalam penciptaan manusia. Bermula
daripada air benih yang Allah SWT letakkan ke dalam rahim seorang ibu, kita
turut sama terlibat di dalam kejadian kita sendiri.

Saudara,
Khalifah merupakan penguasa di muka bumi ini. Kita merupakan wakil Allah
SWT di dalam menggerakkan apa yang direncanakan oleh Allah SWT di dalam
pengaturan alam ini.

Kemuliaan kita bukan terletak sebanyak mana kita bertasbih seperti
malaikat. Tetapi kemuliaan kita kerana kita mempunyai sifat seperti
Tuhan (bukan sama hebat dengan Tuhan) iaitu meniru sifat Allah SWT di
dalam mengatur alam semesta ini.

Sebagai contoh, seorang usahawan merupakan wakil Allah SWT di dalam
menyampaikan rezeki kepada makhluk hidup yang lain. Allah SWT
memberikan kita keperluan hidup kita melalui wakilNya iaitu peniaga. Seorang
doktor merupakan wakil Allah SWT di dalam merawat manusia lain yang sakit.
Seorang guru merupakan wakil Allah SWT di dalam menyampaikan ilmu
kepada manusia yang lain.

Seorang ibu merupakan wakil Allah SWT memberikan kasih sayang kepada
anak dan suami. Seorang ayah merupakan wakil Allah SWT menyediakan
makan minum dan keperluan buat seisi keluarga. Seorang pekerja merupakan
wakil Allah SWT di dalam memberikan perkhidmatan kepada manusia lainnya.

Allah memberikan kita segala keperluan kita melalui wakil-wakilNya yang
terdiri daripada manusia itu sendiri. Allah juga memberikan binatang dan
tumbuhan-tumbuhan beberapa perkara melalui kita iaitu wakil Allah SWT.

Seharusnya kita semua bangga dan bersyukur menjadi wakil Allah SWT
dengan MENGATASNAMAKAN Allah SWT di dalam mentadbir alam
ini. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab masing-masing yang
diberikan oleh Allah SWT dan semua kita ini merupakan wakil Allah SWT.

Saudara,
Mengapa Allah SWT menuntunkan kita agar memulakan setiap apa yang kita
lakukan dengan kalimat “bissmillahirrahmanirrahim” (Dengan Nama Allah
SWT Yang Maha Pemurah/Pengasih lagi Maha Penyayang)?

                                                           Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Semua kerja kita ini merupakan amanah Allah SWT. Pastinya setiap kali kita
ingin memulakan pekerjaan, kita seharusnya SEDAR bahawa apa yang kita 44
lakukan itu merupakan amanah dan tanggungjawab yang Allah SWT berikan
kepada kita.

Kita pada dasarnya adalah makhluk langit (Roh) berbadan tanah atau makhluk
yang berkenderaan jasad. Kita pernah dilantik di hadapan Allah SWT sebelum
wujudnya kita di muka bumi ini. Kita memberikan 100% kerjasama dan
penyerahan total kepada Allah SWT.

Alastu birabbikum? Qaalu bala Syahidna. Bukankah Aku ini Tuhanmu?
Ya kami semua bersaksi.

Maka atas penyaksian kita ini, kita diminta oleh Allah SWT untuk bersyahadat
agar terus menerus berpegang dengan keyakinan kita bahawa tiada tuhan
melainkan Allah SWT. Kita sentiasa memperbaharui penyaksian kita ini di
dalam solat kita dan juga setiap detik kehidupan kita.

Untuk menyedarkan kita bahawa kita ini adalah utusan Allah SWT iaitu
wakilNya di dalam melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab, kita
diminta untuk memulakan dengan “bissmillahirrahmanirrahim” agar kita
sentiasa sedar semua amanah dan tanggungjawab itu datangnya daripada Allah
SWT.

Saudara,
Demikianlah puncak daripada hidup bertuhan untuk menyedari diri sebagai
khalifah yang sering kita ungkapkan tanpa memahaminya selama ini.

Khalifah, wakil Allah SWT yang sentiasa bekerjasama dengan Allah SWT di
dalam mengaturkan muka bumi ini. Yang BERSERAH dengan segala kehendak
Allah SWT kerana kita bukan penentu di dalam mengatur muka bumi ini. Kita
hanya wakil Allah SWT yang melaksanakan apa yang dikehendaki oleh Allah
SWT.

Kita melakukan atas nama Allah SWT. Apa yang kita lakukan sesungguhnya
adalah pekerjaan Allah SWT, atas nama Allah, atas kehendak Allah SWT.

                          Firman Allah SWT:
“maka bukanlah kamu Yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah Yang
menyebabkan pembunuhan mereka. dan bukanlah Engkau (Wahai Muhammad)
   Yang melempar ketika Engkau melempar, akan tetapi Allah jualah Yang
melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan
  orang-orang Yang beriman Dengan pengurniaan Yang baik (kemenangan)


                                                           Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


daripadanya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
                         (QS: Al-Anfaal:8:17)                                             45

Demikianlah jalan jiwa positif hidup bertuhan sesungguhnya. Bahawa kita
perlu kembali kepada tujuan semula kita dijadikan iaitu sebagai wakil Allah
SWT yang memegang kekuasaan ATAS NAMA ALLAH SWT.

Kita tidak dilarang memiliki harta, kereta, rumah dan sebagainya. Semua ini
adalah keperluan kita di dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan
oleh Allah SWT sebagai wakilNya. Tidak salahnya kita memiliki semua itu
sekadar untuk memudahkan kita melaksanakan tanggungjawab kita.

Semoga di tahun baru hijrah 1431H ini, kita lebih produktif bersungguh-
sungguh di dalam melaksanakan segala kerja kita kerana kita ini adalah wakil
Allah SWT yang mengerjakan amanah yang Allah SWT tetapkan ke atas kita.
Seharusnya kita melaksanakan dengan penuh kualiti kerana semua ini adalah
kerana ALLAH SWT, Tuhan yang kita cintai.

“Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu
 (dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan
  itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?”
                        (QS Al-Mu’minuun:23:115)




                                                           Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Hidup Ini Memang Susah
                                                                                            46
    Syurga itu dikelilingi perkara-perkara yang susah untuk diharungi.

Hidup ini memang susah tetapi bukanlah menyusahkan. Hidup ini memang
penuh dengan masalah. Allah SWT memang menjadikan hidup kita ini penuh
dengan dugaan. Kita diberi pelbagai ujian, cabaran dan lain-lain yang
merupakan masalah dalam kehidupan kita ini.

Namun ramai antara kita tidak sedar hidup ini susah. Ada yang sedar tetapi
ramai yang melarikan diri daripada kesusahan ini. Motivasi-motivasi pula
menanamkan pemikiran bahawa hidup ini senang. Lalu ramai yang mengelak
daripada masalah yang datang. Tidak menyelesaikannya kerana tidak mahu
menerima hakikat bahawa hidup ini susah.

Saya tidak pasti samada saudara setuju atau tidak. Tetapi hakikat kehidupan kita
ini memang susah di mana memerlukan pelbagai hal untuk dilakukan dan
dilaksanakan. Pemikiran mengatakan hidup ini senang boleh menjadikan kita
lemah dan tidak mampu menyelesaikan masalah.

Saudara,
Hidup yang susah inilah yang membuatkan kita membesar dengan matang. Kita
tidak mampu mengira berapa banyak masalah yang telah kita selesaikan.
Masalah-masalah inilah yang mematangkan kita di dalam kehidupan kita di
dunia ini.

Mengapa Allah SWT menjadikan hidup penuh dengan cabaran dan
dugaan?

Kita perlu memiliki kesedaran bahawa hidup ini susah iaitu penuh dengan
cabaran dan dugaan. Apabila kita lupa hidup ini susah, kita tidak akan sentiasa
bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang berlaku.

Bersedia tidak semestinya sentiasa memikirkan masalah-masalah yang akan
datang. Tetapi kita sentiasa bersedia dengan fizikal dan mental jika kita
berhadapan dengan masalah yang mungkin akan berlaku kepada kita.

Apabila kesedaran hidup ini susah, kita juga perlu sedar bahawa kekuatan
dan daya yang kita miliki ini HANYALAH sekadar kekuatan dan daya
yang dialirkan Allah SWT ke dalam diri kita. Kita tidak mampu
mengharungi kehidupan yang susah ini tanpa bantuan Allah SWT. Lalu
kita akan sentiasa berusaha untuk berada dekat dengan Allah SWT.



                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Kita akan memohon dengan bersungguh-sungguh kerana kita SEDAR HIDUP
INI SUSAH. Kita memerlukan bantuan Yang Maha Berkuasa Yang 47
memberikan ujian dan dugaan di dalam hidup kita. Hanya Yang menyediakan
ujian dan dugaan hidup kita ini yang tahu menyelesaikan masalah yang
diciptakanNya.

Saudara,
Kita tidak boleh memandang hidup ini senang. Dengan mempercayai hidup ini
senang, kita akan menjadi manusia yang lemah. Memang banyak motivasi yang
diberikan hari ini menyatakan hidup ini senang agar mempositifkan minda di
dalam menyelesaikan masalah.

Hakikatnya ia merosakkan kerana ternyata putus asa lebih mudah berlaku
apabila minda didoktrin dengan mengatakan hidup ini senang atau masalah
yang kita hadapi adalah mudah.

Ramai yang berputus asa di dalam hidup ini kerana mereka memikirkan hidup
ini senang. Apabila sesuatu masalah menimpa, mereka fikir ia senang untuk
diselesaikan. Tetapi apabila berhadapan dengan masalah tersebut, jangkaan
senang itu jauh meleset.

Jika persediaan jiwa (berserah pada Allah SWT) ketika ini tidak kuat, maka
terjadilah putus asa dan tindakan susulan yang negatif boleh berlaku. Mereka
akan gelisah, resah, tidak tenteram, dada terasa sempit dan sebagainya. Lebih
ekstrim lagi mereka akan lari daripada masalah dengan mengambil jalan mudah
iaitu bunuh diri, mengambil dadah dan sebagainya.

Mereka yang sentiasa memikirkan hidup ini senang akan cepat kecewa
apabila ditimpa masalah. Mereka memikirkan masalah itu tidak
sepatutnya berlaku kerana mereka kata hidup ini senang. Mereka tidak
dapat menerima hakikat hidup ini susah dan perlukan persediaan dan
bantuan Allah SWT. Hingga ke satu tahap mereka akan menyalahkan
Allah SWT kerana memberikan mereka masalah itu.

Ketika mereka senang, direhatkan sekejap oleh Allah SWT daripada masalah,
mereka terus melupakan Allah SWT. Mereka tidak mahu memikirkan hidup ini
sebenarnya susah. Mereka tidak bersedia untuk menghadapi ujian dan dugaan
yang Allah SWT akan datang kerana dalam fikiran mereka, hidup ini senang.

Saudara,
Apa yang perlu dilakukan adalah bukan menukarkan pemikiran hidup ini
susah kepada hidup ini senang. Yang perlu ditanamkan adalah pemikiran
bahawa hidup ini susah dan kita tidak mampu mengharunginya TANPA
BANTUAN ALLAH SWT.

                                                            Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Dengan kesedaran hidup ini susah, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh
untuk menyelesaikannya kerana kita tahu ia susah untuk diselesaikan. Kita 48
memerlukan bantuan Allah SWT di dalam menyelesaikan apa jua dugaan dan
ujian yang diberikan oleh Allah SWT kerana semua dugaan dan ujian datangnya
dari Allah SWT. Kita memohon kepada Tuan Empunya Dugaan dan Ujian
malah Tuan Empunya diri kita ini.

Jika kita bersungguh-sungguh memohon bantuan kepada Allah SWT, apakah
masalah yang kita hadapi daripada dugaan dan ujian Allah SWT ini mustahil
untuk diselesaikan?

Saudara,
Hakikatnya hidup ini susah tetapi bukan alasan untuk kita lari daripada masalah
yang menimpa. Lari daripada masalah akan menambahkan lagi masalah. Kita
akan menambah gelisah dan resah. Harungilah masalah dengan penuh
pengharapan pada Allah SWT bahawa masalah ini akan selesai.

Kesedaran tertinggi bahawa hidup ini susah dan sesungguhnya hanya
Allah SWT sahaja yang mampu membantu kita di dalam hidup yang susah
ini membuatkan kita akan lebih dekat dengan Allah SWT.

Kita akan bersungguh untuk berada dekat dengan Allah SWT. Kita akan
memohon dengan sangat kepada Allah SWT. Kita akan menerima dengan hati
yang terbuka takdir yang telah menimpa kita tetapi kita yakin dengan Allah
SWT bahawa pasti ada kesenangan selepas kesusahan seperti yang dijanjikan
oleh Allah SWT.

Menyatakan hidup ini senang sebenarnya cuba memesongkan hakikat
yang sebenar bahawa hidup ini memang susah. Ia cuma menipu fikiran kita
dengan tujuan agar kita melihat sesuatu itu mudah untuk dilakukan. Namun
kesan sampingannya adalah amat membahayakan.

Dengan menerima hakikat hidup ini susah sememangnya membuatkan
semua orang berasa beban di dalam hidup ini. Namun kita tidak boleh
mengharungi hakikat hidup ini sekadar hidup ini susah sahaja. Kita
perlukan kesedaran tertinggi bahawa hidup ini susah tetapi boleh
diharungi dengan hanya bantuan Allah SWT sahaja.

Dengan kesedaran tertinggi maka hidup ini yang susah ini kita harunginya
dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan kerana walaupun susah, hati kita
sentiasa ada untuk Allah SWT.

Komunikasilah sentiasa dengan Allah SWT agar jiwa kita tidak terputus
untuk mengingati Allah SWT.

                                                             Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com)


Saya Tidak Terdaya
                                                                                           49
Saudara,
Saya hanya mempunyai daya yang dialirkan Allah SWT kepada saya sahaja.
Saya tidak terdaya menyelesaikan masalah yang ada melainkan Allah SWT.
Saya menghadapi hidup ini hanya dengan bersandarkan kepada Allah SWT.
Berserah tapi tidak menyerah.

Banyak masalah yang masuk ke ruang email saya untuk meminta pendapat. Ada
yang saya balas dan ada yang tidak. Jika saya tidak membalas email tersebut
bermakna saya tidak ada ilham untuk menyelesaikan masalah tersebut. Saya
mohon maaf.

Bagaimana saya melalui hidup saya?

Hidup saya biasa sahaja. Apa yang saya lakukan adalah cuba sedaya upaya
dengan tekad yang bulat untuk dekat dengan Allah SWT. Walaupun ada ketika
daya ini menurun dan ada ketikanya ia meningkat tapi tekad ini diteruskan.

Saya tidak belajar ilmu agama secara formal. Tapi saya yakin setiap daripada
kita tidak kira siapa kita mampu berada dekat dengan Allah SWT. Lagipun
hakikatnya memang Allah sangat dekat dengan kita. Samada sedar dan rasa atau
tidak.

Saudara,
Saya yakin saudara tidak akan datang atau berjumpa dengan laman web ini
kalau saudara tidak mencari bagaimana untuk berada dekat dengan Allah SWT.
Hari ini saudara ke sini adalah ingin mencari cara untuk benar-benar sedar dan
merasai kepentingan Allah SWT di dalam kehidupan kita.

Saudara mencari bagaimana cara yang terbaik di dalam menyelesaikan masalah-
masalah saudara. Tidak menjadi hal samada saudara ke sini kerana disebabkan
masalah yang saudara hadapi atau memang saudara benar-benar mencari jalan
untuk berada dekat dengan Allah SWT.

Hakikatnya kita memang memerlukan Allah SWT. Namun samada kita
benar-benar sedar dan rasa kita sangat-sangat memerlukan Allah SWT dalam
hidup kita atau sekadar tahu sahaja yang menjadi kekuatan daya kita. Ramai
yang sedar dan rasa memerlukan Allah SWT setelah ditimpa masalah. Tidak
mengapa kerana yang penting tetap berasa diri kita memerlukan Allah SWT.

Saudara,
Hari-hari yang saya lalui saya sandarkan pada Allah SWT. Saya menerima apa
jua takdir yang telah berlaku namun sesekali saya tidak menyerahkan

                                                            Berserah Kepada Allah SWT
Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3
Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3
Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3
Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3
Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3
Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3
Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3
Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3
Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3
Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3
Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3
Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3
Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3
Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Fiqih Bab 2 Kelas 8
Fiqih Bab 2 Kelas 8Fiqih Bab 2 Kelas 8
Fiqih Bab 2 Kelas 8Jusuf AN
 
Bmf 43 praying with expectancy
Bmf 43 praying with expectancyBmf 43 praying with expectancy
Bmf 43 praying with expectancyPT Wings Surya
 
23 kiat-hidup-bahagia
23 kiat-hidup-bahagia23 kiat-hidup-bahagia
23 kiat-hidup-bahagiafrozie28
 
Lalu gilang rahmadi hamid l1 b021048_uas_PAI
Lalu gilang rahmadi hamid l1 b021048_uas_PAILalu gilang rahmadi hamid l1 b021048_uas_PAI
Lalu gilang rahmadi hamid l1 b021048_uas_PAILaluGilangRahmadiHam1
 
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quran
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quranSyarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quran
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quranSyarifudin Amq
 
Bahan motivasi dan dawah Nasehat untuk menyelesaikan masalah1
Bahan motivasi dan dawah Nasehat untuk menyelesaikan masalah1Bahan motivasi dan dawah Nasehat untuk menyelesaikan masalah1
Bahan motivasi dan dawah Nasehat untuk menyelesaikan masalah1Helmon Chan
 
Bahan Motivasi dan dawah Nasehat untuk menyelesaikan masalah
Bahan Motivasi dan dawah Nasehat untuk menyelesaikan masalahBahan Motivasi dan dawah Nasehat untuk menyelesaikan masalah
Bahan Motivasi dan dawah Nasehat untuk menyelesaikan masalahHelmon Chan
 
Meraih berkah di bulan ibadah.pdf
Meraih berkah di bulan ibadah.pdfMeraih berkah di bulan ibadah.pdf
Meraih berkah di bulan ibadah.pdfilmu ilmu
 
uMagazine by umma vol 4 (Melepas Jerat Resesi)
uMagazine by umma vol 4 (Melepas Jerat Resesi)uMagazine by umma vol 4 (Melepas Jerat Resesi)
uMagazine by umma vol 4 (Melepas Jerat Resesi)umma Indonesia
 
macam macam puasa
macam macam puasamacam macam puasa
macam macam puasaBagas Aldi
 
PEMBINAAN ROHANI - BERSYUKUR TANDA PENGABDIAN
PEMBINAAN ROHANI - BERSYUKUR TANDA PENGABDIANPEMBINAAN ROHANI - BERSYUKUR TANDA PENGABDIAN
PEMBINAAN ROHANI - BERSYUKUR TANDA PENGABDIANAmiruddin Ahmad
 
Syarifudin, merawat jiwa
Syarifudin, merawat jiwaSyarifudin, merawat jiwa
Syarifudin, merawat jiwaSyarifudin Amq
 
Panduan Meraih Kenikmatan Shalat Khusyu'
Panduan Meraih Kenikmatan Shalat Khusyu'Panduan Meraih Kenikmatan Shalat Khusyu'
Panduan Meraih Kenikmatan Shalat Khusyu'Yodhia Antariksa
 
Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 46 (April 2018)
Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 46 (April 2018)Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 46 (April 2018)
Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 46 (April 2018)Firman Pratama
 

La actualidad más candente (19)

Fiqih Bab 2 Kelas 8
Fiqih Bab 2 Kelas 8Fiqih Bab 2 Kelas 8
Fiqih Bab 2 Kelas 8
 
Bmf 43 praying with expectancy
Bmf 43 praying with expectancyBmf 43 praying with expectancy
Bmf 43 praying with expectancy
 
Buku ramadhan
Buku ramadhanBuku ramadhan
Buku ramadhan
 
23 kiat-hidup-bahagia
23 kiat-hidup-bahagia23 kiat-hidup-bahagia
23 kiat-hidup-bahagia
 
3 langkah doa
3 langkah doa3 langkah doa
3 langkah doa
 
Lalu gilang rahmadi hamid l1 b021048_uas_PAI
Lalu gilang rahmadi hamid l1 b021048_uas_PAILalu gilang rahmadi hamid l1 b021048_uas_PAI
Lalu gilang rahmadi hamid l1 b021048_uas_PAI
 
Word materi sujud
Word materi sujudWord materi sujud
Word materi sujud
 
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quran
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quranSyarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quran
Syarifudin, membersihkan jiwa dengan berkahnya al quran
 
Bahan motivasi dan dawah Nasehat untuk menyelesaikan masalah1
Bahan motivasi dan dawah Nasehat untuk menyelesaikan masalah1Bahan motivasi dan dawah Nasehat untuk menyelesaikan masalah1
Bahan motivasi dan dawah Nasehat untuk menyelesaikan masalah1
 
Bahan Motivasi dan dawah Nasehat untuk menyelesaikan masalah
Bahan Motivasi dan dawah Nasehat untuk menyelesaikan masalahBahan Motivasi dan dawah Nasehat untuk menyelesaikan masalah
Bahan Motivasi dan dawah Nasehat untuk menyelesaikan masalah
 
Materi puasa
Materi puasaMateri puasa
Materi puasa
 
Meraih berkah di bulan ibadah.pdf
Meraih berkah di bulan ibadah.pdfMeraih berkah di bulan ibadah.pdf
Meraih berkah di bulan ibadah.pdf
 
uMagazine by umma vol 4 (Melepas Jerat Resesi)
uMagazine by umma vol 4 (Melepas Jerat Resesi)uMagazine by umma vol 4 (Melepas Jerat Resesi)
uMagazine by umma vol 4 (Melepas Jerat Resesi)
 
macam macam puasa
macam macam puasamacam macam puasa
macam macam puasa
 
PEMBINAAN ROHANI - BERSYUKUR TANDA PENGABDIAN
PEMBINAAN ROHANI - BERSYUKUR TANDA PENGABDIANPEMBINAAN ROHANI - BERSYUKUR TANDA PENGABDIAN
PEMBINAAN ROHANI - BERSYUKUR TANDA PENGABDIAN
 
Syarifudin, merawat jiwa
Syarifudin, merawat jiwaSyarifudin, merawat jiwa
Syarifudin, merawat jiwa
 
Assalam1
Assalam1Assalam1
Assalam1
 
Panduan Meraih Kenikmatan Shalat Khusyu'
Panduan Meraih Kenikmatan Shalat Khusyu'Panduan Meraih Kenikmatan Shalat Khusyu'
Panduan Meraih Kenikmatan Shalat Khusyu'
 
Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 46 (April 2018)
Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 46 (April 2018)Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 46 (April 2018)
Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 46 (April 2018)
 

Similar a Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3

Awas Terjebak Ritual Ramadhan
Awas Terjebak Ritual Ramadhan Awas Terjebak Ritual Ramadhan
Awas Terjebak Ritual Ramadhan tammi prastowo
 
majalah-kekuatan-sugesti-Maret- 2023.pdf
majalah-kekuatan-sugesti-Maret- 2023.pdfmajalah-kekuatan-sugesti-Maret- 2023.pdf
majalah-kekuatan-sugesti-Maret- 2023.pdfFirmanPratama12
 
Tiga kunci sukses menjadi orang bertakwa di bulan ramadhan
Tiga kunci sukses menjadi orang bertakwa di bulan ramadhanTiga kunci sukses menjadi orang bertakwa di bulan ramadhan
Tiga kunci sukses menjadi orang bertakwa di bulan ramadhanMuhsin Hariyanto
 
The power-of-shalat-tahajud
The power-of-shalat-tahajudThe power-of-shalat-tahajud
The power-of-shalat-tahajudmir_din
 
Majalah kekuatan sugesti juni 2016
Majalah kekuatan sugesti juni 2016Majalah kekuatan sugesti juni 2016
Majalah kekuatan sugesti juni 2016Firman Pratama
 
Khutbah Idul Fitri Singkat.docx
Khutbah Idul Fitri Singkat.docxKhutbah Idul Fitri Singkat.docx
Khutbah Idul Fitri Singkat.docxedisusanto92
 
Khutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibu
Khutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibuKhutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibu
Khutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibuBangMarketingTulen
 
Khutbah idul-fitri-8
Khutbah idul-fitri-8Khutbah idul-fitri-8
Khutbah idul-fitri-8Asep Hidayat
 
SBS Oktober '23.pdf
SBS Oktober '23.pdfSBS Oktober '23.pdf
SBS Oktober '23.pdfssuser1bddcd
 
khutbah jumat.docx
khutbah jumat.docxkhutbah jumat.docx
khutbah jumat.docxJHoniMNur
 
Hakikat dan Keutamaan Shalat
Hakikat dan Keutamaan ShalatHakikat dan Keutamaan Shalat
Hakikat dan Keutamaan ShalatAkhmad Junaidi
 
PRAKTEK SPIRITUAL PUASA DALAM KEHIDUPAN SEHARI2 (1).ppt
PRAKTEK SPIRITUAL PUASA DALAM KEHIDUPAN SEHARI2 (1).pptPRAKTEK SPIRITUAL PUASA DALAM KEHIDUPAN SEHARI2 (1).ppt
PRAKTEK SPIRITUAL PUASA DALAM KEHIDUPAN SEHARI2 (1).pptBanuAriICS
 
Dongeng sebelum tidur oleh Tami Prastowo
Dongeng sebelum tidur oleh Tami PrastowoDongeng sebelum tidur oleh Tami Prastowo
Dongeng sebelum tidur oleh Tami PrastowoServer Bobo
 
Dongeng Sebelum Tidur
Dongeng Sebelum Tidur Dongeng Sebelum Tidur
Dongeng Sebelum Tidur tammi prastowo
 

Similar a Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3 (20)

Awas Terjebak Ritual Ramadhan
Awas Terjebak Ritual Ramadhan Awas Terjebak Ritual Ramadhan
Awas Terjebak Ritual Ramadhan
 
majalah-kekuatan-sugesti-Maret- 2023.pdf
majalah-kekuatan-sugesti-Maret- 2023.pdfmajalah-kekuatan-sugesti-Maret- 2023.pdf
majalah-kekuatan-sugesti-Maret- 2023.pdf
 
21 day DOA dan OUASA 2016
21 day DOA dan OUASA 201621 day DOA dan OUASA 2016
21 day DOA dan OUASA 2016
 
Tiga kunci sukses menjadi orang bertakwa di bulan ramadhan
Tiga kunci sukses menjadi orang bertakwa di bulan ramadhanTiga kunci sukses menjadi orang bertakwa di bulan ramadhan
Tiga kunci sukses menjadi orang bertakwa di bulan ramadhan
 
The power-of-shalat-tahajud
The power-of-shalat-tahajudThe power-of-shalat-tahajud
The power-of-shalat-tahajud
 
Majalah kekuatan sugesti juni 2016
Majalah kekuatan sugesti juni 2016Majalah kekuatan sugesti juni 2016
Majalah kekuatan sugesti juni 2016
 
Ceramah aby
Ceramah abyCeramah aby
Ceramah aby
 
Khutbah Idul Fitri Singkat.docx
Khutbah Idul Fitri Singkat.docxKhutbah Idul Fitri Singkat.docx
Khutbah Idul Fitri Singkat.docx
 
Puasa AIK II.pptx
Puasa AIK II.pptxPuasa AIK II.pptx
Puasa AIK II.pptx
 
Khutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibu
Khutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibuKhutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibu
Khutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibu
 
Khutbah idul-fitri-8
Khutbah idul-fitri-8Khutbah idul-fitri-8
Khutbah idul-fitri-8
 
SBS Oktober '23.pdf
SBS Oktober '23.pdfSBS Oktober '23.pdf
SBS Oktober '23.pdf
 
Ikhlas dan sabar
Ikhlas dan sabarIkhlas dan sabar
Ikhlas dan sabar
 
khutbah jumat.docx
khutbah jumat.docxkhutbah jumat.docx
khutbah jumat.docx
 
puasa~
puasa~puasa~
puasa~
 
TUGAS MAKALAH SMP
TUGAS MAKALAH SMPTUGAS MAKALAH SMP
TUGAS MAKALAH SMP
 
Hakikat dan Keutamaan Shalat
Hakikat dan Keutamaan ShalatHakikat dan Keutamaan Shalat
Hakikat dan Keutamaan Shalat
 
PRAKTEK SPIRITUAL PUASA DALAM KEHIDUPAN SEHARI2 (1).ppt
PRAKTEK SPIRITUAL PUASA DALAM KEHIDUPAN SEHARI2 (1).pptPRAKTEK SPIRITUAL PUASA DALAM KEHIDUPAN SEHARI2 (1).ppt
PRAKTEK SPIRITUAL PUASA DALAM KEHIDUPAN SEHARI2 (1).ppt
 
Dongeng sebelum tidur oleh Tami Prastowo
Dongeng sebelum tidur oleh Tami PrastowoDongeng sebelum tidur oleh Tami Prastowo
Dongeng sebelum tidur oleh Tami Prastowo
 
Dongeng Sebelum Tidur
Dongeng Sebelum Tidur Dongeng Sebelum Tidur
Dongeng Sebelum Tidur
 

Jiwa positif dan hidup bertuhan vol 3

  • 2. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Isi Kandungan 2 Mukadimah ............................................................................................................................................. 3 Petikan Puasa .......................................................................................................................................... 5 Puasa: Memiliki dan Merasai Taqwa ...................................................................................................... 6 Tidak Perlu Difikirkan ............................................................................................................................ 9 Tidak Perlu Difikirkan .......................................................................................................................... 10 Berlatih Kembali Kepada Allah ............................................................................................................ 11 Berserah 100% ...................................................................................................................................... 12 Petikan Positif #1 ................................................................................................................................. 17 Petikan Positif #2 .................................................................................................................................. 18 Jiwa Positif Memberi Ketenangan ........................................................................................................ 20 Islamic NLP Parenting: Ikhlas Ke Sekolah........................................................................................... 22 Memiliki Kesedaran Tertinggi #5 ......................................................................................................... 25 Ikhlas #1: Bagaimana Mahu Ikhlas? ..................................................................................................... 29 Menyesal Tidak Datang Di Awal.......................................................................................................... 33 Memiliki Kesedaran Cinta Allah SWT ................................................................................................. 36 Pemain Yang Terbaik ........................................................................................................................... 38 Petikan Positif #3 .................................................................................................................................. 41 Berhijrah Memiliki Jiwa Yang Positif (1431H) .................................................................................... 42 Hidup Ini Memang Susah ..................................................................................................................... 46 Saya Tidak Terdaya .............................................................................................................................. 49 Islamic NLP for Parenting: Belaian ...................................................................................................... 55 Meningkatkan Keyakinan Kepada Allah SWT ..................................................................................... 59 QS: Al-Anfal 8:17 ................................................................................................................................. 63 Berserah Kepada Allah SWT
  • 3. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Mukadimah 3 “maka bukanlah kamu Yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah Yang menyebabkan pembunuhan mereka. dan bukanlah Engkau (Wahai Muhammad) Yang melempar ketika Engkau melempar, akan tetapi Allah jualah Yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang Yang beriman Dengan pengurniaan Yang baik (kemenangan) daripadanya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” (QS: Al-Anfal 8:17) Segala pujian bagi Allah SWT yang telah memberikan daya kepada saya untuk menyiapkan siri ebook Jiwa Positif Hidup BerTuhan yang ke-3. Mudah- mudahan siri ebook ini dapat memberikan banyak manfaat kepada saudara semua. Tajuk kali ini adalah “Berserah Kepada Allah SWT”. Ungkapan berserah adalah cukup mudah untuk diperkatakan, namun secara praktikal adalah sukar. Saya akuinya kerana saya berhadapan dengan perkara ini sebelum ini. Terasa diri ini tidak mampu untuk berserah kerana berserah memerlukan keyakinan yang tertinggi kepada Allah SWT. Terima kasih Allah SWT kerana memberi hidayahNya. Satu persatu Allah SWT memberikan ilham untuk meningkatkan keyakinan kepadaNya. Mudah- mudahan keyakinan ini akan terus meningkat setiap masa. Saudara, Untuk berserah, kita perlu yakin kepada Allah SWT dalam apa jua perkara. Keyakinan ini perlu dilatih. Ia tidak akan datang serta-merta. Ia perlu ditingkat dari masa ke semasa. Namun yang utama di dalam latihan meningkatkan keyakinan adalah kesedaran. Kita perlu memiliki kesedaran tertinggi. Untuk mendapatkan kesedaran tertinggi kita perlu sentiasa sedar bahawa Allah SWT sentiasa hampir dengan kita. Sangat hampir. Untuk berada di dalam kesedaran, kita boleh memilikinya dengan berkomunikasi dengan Allah SWT. Ebook JPHBT Vol. 1 menjelaskan Komunikasi dengan Allah SWT. Ebook JPHBT Vol.2 menjelaskan tentang Memiliki Kesedaran Tertinggi. Kini Ebook JPHBT Vol. 3 membicarakan Berserah Kepada Allah SWT. InshaAllah, oleh sebab sebenarnya penerangan secara verbal lebih baik untuk memahami dan meningkatkan diri kita agar mampu berserah kepada Allah SWT, saya akan aturkan satu pertemuan dengan saudara semua untuk sama- Berserah Kepada Allah SWT
  • 4. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) sama kita berkongsi secara verbal suatu hari nanti. Semoga Allah SWT menggerakkan kita ke arah itu. 4 Semoga saudara semua sentiasa dirahmati Allah SWT. Wassalam. Berserah Kepada Allah SWT
  • 5. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Petikan Puasa 5 Petikan tentang puasa daripada saya yang saya sebarkan melalui facebook. Akan ditambah dari masa ke semasa. Puasa adalah halangan kpd keinginan jasad. Namun puasa HANYA berjaya menjadi penghalang kpd keinginan jasad jika kita SEDAR yg kita sedang berpuasa. Jika tidak, puasa (penghalang) akan menjadi rapuh & pasti segala keinginan jasad akan mudah merempuh penghalang (puasa) itu. Tidak hairanlah kita berpuasa tapi seringkali tewas dgn keinginan jasad (nafsu). SEDAR berpuasa bukanlah SEDAR yg kita lapar & dahaga Puasa memelihara kesihatan hati dan anggota badan sekaligus mengembalikan apa-apa yang telah dirampas oleh hawa nafsu. Puasa itu menahan diri. Untuk menahan diri, kita perlukan ketahanan diri yang kukuh. Nafsu perlu dikawal. Tapi bagaimana nak kawal kalau kita sendiri tidak tahu di mana nafsu. Maka tahu dahulu nafsu itu apa, di mana dan kaitan dengan diri, jiwa dan roh. Baru mudah mengawalnya. Kenal diri sendiri pasti akan kenal Tuhan. Salam Ramadhan. Semoga berjaya menahan diri dan mengawal nafsu dan akhirnya kembali kepada fitrah. SEDARlah yang kita sedang berpuasa. Ramadhan bulan latihan menemukan kita dengan diri kita yang sejati iaitu kembali kepada fitrah. Diri aku bukan aku. Ia adalah hanya jasad. Tangan aku bukan aku. Kaki aku bukan aku. Mulut aku bukan aku. Mata aku bukan aku. Telinga aku bukan aku. Perut aku bukan aku. Tiada bezanya dengan rumah aku. Rumah aku bukan aku. Rumah adalah rumah dan aku adalah aku. Fahaminya lalu akan tahu di mana nafsu. Niat Bukanlah Hanya Berada Di Awal Atau Di Tengah-Tengah Atau Di Akhir Sesuatu Perbuatan. Niat Perlu Ada Sepanjang Masa Ketika Melakukan Sesuatu Perbuatan. Ketika berpuasa, peganglah niat puasa sehingga berbuka. Jangan calarkan niat puasa kerana niat yang tercalar tidak boleh disambung kembali. Ia menjadi batal atau tidak diterima lagi. Puasa itu meninggalkan kecintaan nafs (diri) dan kenikmatannya demi mengutamakan kecintaan Allah SWT dan keredhaanNya. Puasa merupakan amal rahsia antara hamba dan Rabbnya. Tiada siapa yang tahu puasanya melainkan dirinya. Berserah Kepada Allah SWT
  • 6. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Puasa: Memiliki dan Merasai Taqwa 6 Saudara, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang memberikan kesempatan kepada kita untuk menambahkan lagi amal kita di bulan Ramadhan kali ini. Kita menambahkan amal ibadah kita kepada Allah SWT setiap Ramadhan menjelma. Tujuannya tidak lain adalah untuk memiliki dan merasai ganjaran puasa iaitu Taqwa kepada Allah SWT seperti yang Allah janjikan di dalam firmanNya: Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. (QS 2:183) Namun apabila kita nilai dan muhasabah semula tahap taqwa yang dicapai setiap tahun selepas tamatnya bulan Ramadhan, kita dapati diri kita selepas bulan Ramadhan tiada bezanya berbanding diri kita sebelum bulan Ramadhan. Ketaqwaan kita masih sama atau meningkat hanya sedikit setelah kita menjalani ibadah puasa. Perkara ini jarang diperbincangkan secara terperinci mengapa terjadi sedemikian SEDANGKAN ibadah kita bertambah sepanjang bulan Ramadhan. Kita membaca Al-Quran, kita berterawih, kita bertadarus, kita menonton rancangan-rancangan untuk mendekatkan kita kepada Allah SWT yang banyak ditayangkan di bulan Ramadhan, kita membaca buku-buku agama, NAMUN kita masih gagal atau sedikit sahaja memiliki dan merasai taqwa. Untuk memahami mengapa taqwa ini sukar dimiliki dan dirasai, cubalah fahamkan penjelasan berikut. Puasa Puasa makna ringkasnya adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa. Kita melakukannya/berpuasa dengan rela, pasrah dan berserah pada Allah SWT. Apakah yang dimaksudkan dengan menahan diri? Menahan diri bermakna menahan segala keinginan (hawa) masuk ke dalam diri (nafs). Puasa adalah satu hal yang menyekat diri (nafs) memiliki segala keinginannya (hawa). Contohnya, perut merupakan salah satu anggota diri kita. Apabila perut lapar, maka keinginan perut ini adalah makanan dan minuman. Perut akan menghantar isyarat ke otak memberitahu otak bahawa perut berada dalam keadaan lapar. Berserah Kepada Allah SWT
  • 7. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Otak menafsirkannya dengan berfikir dan mengarahkan anggota diri yang lain untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi keinginan perut. Lalu tangan, kaki, 7 mata, hidung, mulut dan yang berkaitan mencari makanan agar keinginan perut dapat dipenuhi. Begitulah halnya juga dengan mata. Mata merupakan pacaindera diri. Keinginan mata adalah melihat perkara-perkara yang cantik, menarik dan sebagainya. Kita ambil contoh ketika membeli makanan di pasar ramadhan. Ketika kita berjalan meninjau-ninjau makanan di pasar ramadhan, keinginan mata untuk melihat makanan yang nampak sedap di makan. Keinginan hidung adalah untuk mencium bau makanan yang enak. Informasi atau data yang masuk ke mata dan hidung akan diproses oleh otak dan otak mula berfikir untuk mengesahkan makanan yang perlu dibeli. Lebih lama kita berada di pasar ramadhan, lagi banyak fikiran yang akan dijana dan lebih banyak keinginan yang akan timbul. Kerana itulah kita diWAJIBKAN oleh ALLAH SWT untuk BERPUASA iaitu menahan diri atau menahan keinginan diri (nafs). Mengapa Berpuasa? Puasa adalah bertujuan agar kita dapat menahan keinginan diri (nafs) daripada masuk ke dalam fikiran dalam bentuk informasi atau data-data yang diterima oleh pacaindera dan anggota diri kita. Apabila puasa diwajibkan, maka ia adalah satu perintah yang tidak boleh dilanggar. Puasa menjadi bantuan kepada diri kita untuk menahan keinginan diri dan membantu jiwa untuk dipimpin roh yang sentiasa ingin dekat dengan Allah SWT. Jika di bulan selain bulan ramadhan, kita tidak diwajibkan berpuasa. Lalu puasa tidak dapat mengawal keinginan diri secara TOTAL kerana jika kita tidak mampu menahan keinginan diri, kita boleh berbuka puasa kerana puasa di luar bulan ramadhan hanyalah puasa sunat. Tetapi puasa di bulan ramadhan merupakan puasa yang wajib di mana hukumnya berdosa jika tidak berpuasa dan dikenakan denda iaitu menggantikan puasa atau membayar fidyah. *** Apabila kita dapat menahan keinginan diri masuk ke otak untuk difikirkan, fikiran hal keinginan diri tidak lagi menjadi dominan di dalam diri kita. Maka jiwa kita akan lebih mudah dipimpin roh yang mana fitrahnya adalah untuk berada dekat dengan Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 8. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Setelah kita berjaya menahan keinginan diri ini, jiwa lebih redha, pasrah dan berserah. Allah SWT akan menganugerahkan Taqwa kepada mereka yang 8 benar-benar pasrah, redha dan berserah kepadaNya. Akhirnya apabila fikiran tidak lagi dominan, jiwa lebih mudah dipimpin oleh roh di mana fitrahnya untuk dekat dengan Allah SWT, maka kita akan memiliki dan merasai taqwa yang dijanjikan oleh Allah SWT. Dengan ini barulah puasa yang kita lakukan ini dapat menjanjikan kita memiliki dan merasai nikmat taqwa yang dijanjikan Allah SWT. *** Mulai hari ini, pastikan puasa kita bukan hanya menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga menahan segala keinginan diri (nafs) kita seluruhnya. Apabila kita berjaya menahan diri seluruhnya dengan rela, redha dan pasrah maka akhirnya kita akan menyambut kemenangan di mana kita kembali kepada fitrah iaitu berada dekat dengan Allah SWT. Kita menyambut kemenangan ini dengan meraikannya bersama-sama keampunan dan mohon maaf sesama kita bagi menyucikan sebenar- benarnya jiwa yang telah kembali kepada fitrah iaitu inginkan kepada sift- sifat Allah SWT. Kita juga membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan zakat fitrah. Hari kemenangan ini dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah. Semoga puasa kita tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana hari ini kita sudah memahami jiwa positif dan hidup bertuhan. Untuk berjaya menahan diri, SEDARLAH SENTIASA YANG KITA SEDANG BERPUASA. KOMUNIKASILAH dengan Allah SWT agar mampu bertahan ketika keinginan diri (hawa nafsu) datang menerpa. Komunikasilah dengan Allah SWT untuk memohon kekuatan di dalam meningkatkan amal ibadah kita. Semoga kita memiliki dan merasai nikmat jiwa yang suci iaitu jiwa yang dipimpin oleh roh untuk kembali kepada fitrah iaitu kembali kepada Allah SWT dengan penuh rela, pasrah dan berserah. Berserah Kepada Allah SWT
  • 9. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Tidak Perlu Difikirkan 9 Apabila saya membincangkan hal taqwa, khusyuk dan kesedaran, saya menerima banyak soalan taqwa itu bagaimana? Khusyuk itu bagaimana? Kesedaran itu bagaimana? Saya juga ditanya bagaimana untuk tahu yang kita sudah capai tahap taqwa. Bagaimana kita nak tahu kita sudah mencapai khusyuk? Bagaimana kita nak tau tahap kesedaran kita? Taqwa, khusyuk dan kesedaran adalah rasa. Rasa sesuatu yang sukar difahami kerana kita perlu merasainya dahulu. Apa yang saya terangkan di dalam entri yang lepas hanyalah sifat-sifat rasa itu. Adalah sesuatu yang mustahil untuk membicarakan hal rasa dengan penulisan atau pertuturan. Cth, gula itu manis. Sifat rasa gula itu adalah manis. Tetapi manis itu bagaimana adalah sesuatu sukar untuk dijelaskan kerana ia adalah rasa. Sama seperti Taqwa. Saya hanya boleh menjelaskan sifat Taqwa. Seseorang yang memiliki Taqwa mempunyai daya yang tinggi di dalam mengerjakan perintah Allah SWT dengan ikhlas iaitu berserah, pasrah, redha dan rela semata- mata kerana Allah SWT. Namun Taqwa sendiri itu perlu dirasai dan barulah dapat difahami dengan sejelas-jelasnya. Begitu juga dengan khusyuk. Khusyuk adalah satu rasa hening, asyik, tenang dan banyak lagi yang tidak mampu diungkapkan. Ia dapat difahami bagi yang pernah merasakan. Namun boleh dianalogikan seperti kita asyik menonton TV tetapi tidak sama rasanya asyik dengan Allah SWT. Hanya boleh dianalogikan sahaja. Kesedaran itu hanya dapat dirasai jika kita mempunyai ihsan. Namun kesedaran itu tidak mampu dijelaskan kecuali yang merasainya. Sama hal dengan mengetahui tahap mana. Hanya kita yang merasainya tahu tahap mana taqwa, khusyuk dan kesedaran kita. Ketika kita sedih, pasti kita tahu betapa jauh kesedihan kita. Namun kesedihan kita tidak mampu dibandingkan dengan kesedihan orang lain kerana ketetapan tahap kita berbeza. Bagi kita, kehilangan RM 1 ribu sudah cukup sedih tetapi bagi sesetengah orang belum cukup sedih. Lalu saya tidak mampu memberikan tahap mana taqwa, khusyuk dan kesedaran seseorang melainkan diri masing-masing. Untuk mengetahuinya diri masing- masing kena dahulu merasakan taqwa, khusyuk dan kesedaran itu. Berserah Kepada Allah SWT
  • 10. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Tidak Perlu Difikirkan 10 Saudara, Tidak perlu difikirkan bagaimana Taqwa, khusyuk dan kesedaran itu serta tahapnya. YANG PENTING SEKARANG INI DAPATKAN RASANYA. BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN RASANYA? LAKUKAN. Ia perlu dilakukan dan barulah hadir rasanya. Kita tidak dapat merasai manisnya gula jika kita tidak pernah merasakannya. Lalu makan gula untuk merasakan. Sama dengan komunikasi dengan Allah SWT. Lakukan dan pasti akan kita dapat rasakan. MINTA PADA ALLAH dan pasti kita akan dapat rasakan. Berserah, pasrah, rela dan redha bukan sesuatu yang dipaksa. Ia akan hadir apabila kita SEDAR segala-galanya adalah bergantungan dengan Allah SWT. Perkara yang utama kita perlu lakukan hanyalah minta pada Allah dan bergantung pada Allah. InshaAllah mudahlah kehidupan kita. Jika datang sesuatu dugaan, kita tetap tenang. Maka mudahlah kehidupan kita. *** Mulai hari ini, lakukan komunikasi dengan Allah SWT. Tukarkan mind chat kepada komunikasi dengan Allah SWT. Komunikasi dapat mengekalkan kesedaran kita pada Allah SWT. kerana itu saya sarankan komunikasi dengan Allah SWT. Jika tidak dilakukan, sampai bila pun semua ini akan terus menjadi persoalan di dalam fikiran kita. Maka lakukan…lakukan…lakukan. Komunikasilah.. komunikasilah… komunikasilah untuk memiliki pengalaman rasa. Saudara akan faham dengan sedalam-dalamnya. Selamat berkomunikasi. Berserah Kepada Allah SWT
  • 11. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Berlatih Kembali Kepada Allah 11 Kematian itu datang bila-bila masa. Berlatihlah agar kita benar-benar bersedia untuk mati. Ketika kita baring ingin tidur, berlatihlah untuk kembali kepada Allah SWT. Pastikan kita mempunyai wudhuk. Rasai jiwa kita menuju kepada Allah SWT. Lupakan niat ingin tidur dengan menggantikannya dengan rasa kembali kepada Allah SWT sambil beristighfar memohon keampunan dan berzikir mengagungkan Allah SWT. Apabila rasa benar-benar tunduk pada Allah SWT, ucapkanlah dua kalimah syahadah. Kemudian rasai jiwa kita keluar daripada jasad perlahan-lahan bermula dari kaki perlahan-lahan naik hingga ke leher kita. Serahkan kembali hak Allah SWT iaitu segala harta benda, anak, isteri/suami kepada Allah SWT. Tumpukan kepada jiwa yang akan meninggalkan jasad secara perlahan-lahan. Teruskan merasai yang kita akan kembali kepada Allah sehingga kita ditidurkan oleh Allah SWT. Jika kita benar-benar kembali kepada Allah SWT iaitu ajal sampai ketika itu, Alhamdulillah kerana kita melepaskan nafas terakhir kita dengan benar-benar berserah pada Allah SWT. InshaAllah, mengikut pengalaman semasa melakukannya mula-mula dahulu, mulanya kita masih terikat dengan segala apa yang kita miliki. Kita berasa sangat bimbang dan gementar. Saya seringkali terbuka mata dan tidak mahu melakukan lagi kerana jantung berdegup laju kerana bimbang benar-benar akan mati. Tetapi perlahan-lahan, apabila latihan selalu dilakukan, kita akan berasa benar- benar bersedia untuk kembali kepada Allah SWT bila-bila masa sahaja. Kita tidak akan terikat dengan apa yang ada disekeliling kita melainkan Allah SWT. Kita melepaskan diri daripada terikat dengan harta benda, anak, isteri/suami dan segalanya di dunia ini walaupun di mana kita berada dan sentiasa bersedia untuk kembali kepada Allah SWT. InshaAllah. Latihan ini boleh dilakukan ketika rehat sebentar setelah penat bekerja atau ketika duduk-duduk santai. [nota] Saya menaiki motosikal ke tempat kerja setiap hari. Saya bersedia apa jua kemungkinan yang berlaku di dalam perjalanan saya pergi dan pulang daripada tempat kerja. Saya berdoa agar Allah SWT sentiasa melindungi isteri dan anak saya. Kemudian saya hanya ingat dan sedar akan Allah SWT dengan penuh penyerahan secara total. Saya mampu lakukan kerana saya telah serahkan anak dan isteri saya kepada Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 12. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Semoga di saat nafas terakhir kita, kita tetap teguh bersaksi dengan PENUH KESEDARAN bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi 12 Muhammad SAW adalah Rasul Allah SWT. Berserah 100% Berserah Kepada Allah SWT
  • 13. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) 13 Saudara, Rajah di atas jelas menunjukkan perbezaan berserah 100% berbanding berserah tetapi tidak 100% (Tidak berserah sebenarnya). Tidak berserah 100% akan membuatkan jiwa kita gelisah. Mengapa gelisah? Kerana kita masih ada kehendak. Berserah = menerima KETENTUAN + mengikut KETETAPAN Allah SWT. Mari kita lihat contoh di bawah agar mudah memahami makna berserah 100%. CONTOH 1 Kehilangan wang. Orang yang berserah 100% Orang ini tidak langsung gelisah. Kesedihan kehilangan sekejap sahaja kerana beliau menerima ketentuan iaitu segala wang yang dimiliki adalah milik Allah SWT. Kehilangan wang adalah kehendak Allah SWT. Wang milik Allah SWT dan pulang ke Allah SWT. Makanya tidak lagi memikirkan apa-apa (menerima ketentuan). Beliau hanya terus berusaha mencari wang yang lain kerana yakin rezeki yang lain pasti ada untuk dirinya (mengikut ketetapan). Berserah Kepada Allah SWT
  • 14. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Orang yang berserah tetapi tidak 100% (Kita sahaja fikir sudah berserah tetapi orang seperti ini belum lagi berserah sebenarnya). 14 Orang ini masih memikirkan wang yang hilang dan kadang-kadang sehingga mengganggu fikirannya. Beliau berdoa pada Allah “Ya Allah, duit aku hilang ya Allah, tolong aku ya Allah. Jumpakanlah semula duit aku ya Allah.” (tidak menerima ketentuan) Orang ini masih lagi berkehendak atau berharap. Beliau tidak dapat menerima sepenuhnya kehendak Allah SWT iaitu menghilangkan wang beliau. Maka adakah kita katakan orang ini sudah berserah? Gelisah tersebut mengganggu dirinya sehingga tidak mampu terus melakukan kerja (tidak mengikut ketetapan). Jika mampu pun, tapi masih gelisah teringatkan wang yang hilang. Bagaimana mudah untuk mengarahkan jiwa ini berserah? Baca artikel-artikel di bawah: 1. Redha, pasrah dan berserah 2. Pasrah dan berserah itu meyakinkan. *** CONTOH 2 Kematian. Orang yang berserah 100% Ketika nyawa atau roh berpisah daripada jasad, orang yang berserah 100% hanya mengikut kehendak Allah SWT. Orang begini akan meninggal dunia dengan penuh ketenangan kerana sentiasa berserah di dalam kehidupannya pada Allah SWT (menerima ketentuan kematian). Ketika nyawa/roh meninggalkan jasad, beliau tidak langsung ingat pada dunia ini kerana semuanya (harta benda, suami/isteri, anak dan lain-lain) telah diserahkan kepada Allah SWT (mengikut ketetapan). Orang yang berserah tetapi tidak 100% (Kita sahaja fikir sudah berserah tetapi orang seperti ini belum lagi berserah sebenarnya). Orang yang tidak berserah kepada Allah SWT akan sentiasa mengingati harta yang tinggal, suami/isteri, anak, jawatan dan lain-lain (tidak menerima ketentuan). Tarikan keduniaannya masih kuat. Namun tarikan kematian oleh Berserah Kepada Allah SWT
  • 15. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Allah SWT adalah tarikan yang Maha Kuat dan tiada satu makhluk pun dalam dunia ini yang dapat melawan kehendak Allah SWT. 15 Jika kita tidak redha atau berserah untuk mati ketika nyawa atau roh dicabut dari jasad, maka tarikan Allah SWT dirasa seperti nyawa/roh disentap dari badan. Allah ingin menarik nyawa/roh kita tetapi kita melawan dengan mengikut kehendak kita iaitu tidak mahu mati (tidak mengikut ketetapan). Bagaimana mudah untuk mengarahkan jiwa ini berserah? Lakukan latihan kembali kepada Allah SWT agar kita sentiasa bersedia untuk mati bila-bila masa sahaja dengan penuh redha, berserah, pasrah dan rela 100%. Baca artikel berlatih kembali kepada Allah SWT. *** Perbezaan Berserah dan Ambil Mudah. Apabila kita ambil mudah, kita akan berasa seolah-olah kita berserah tetapi tidak. Ambil mudah bermakna kita hanya menerima KETENTUAN Allah SWT TETAPI TIDAK mengikut KETETAPAN Allah SWT. Sebagai contoh. Jika kita ditakdirkan kaya, kita dikatakan ambil mudah jika kita hanya menerima ketentuan kaya TETAPI TIDAK mengikut ketetapan kaya. Apakah ketetapan kaya? Allah SWT menetapkan mereka yang kaya perlu berzakat, banyakkan derma, bantu anak-anak yatim dan mereka yang miskin. Banyak lagi ketetapan yang Allah tetapkan untuk mereka yang kaya. Begitu juga dengan yang miskin. Kita menerima ketentuan kemiskinan yang Allah berikan tetapi kita perlu mengikut ketetapan Allah SWT. KetetapanNya adalah kita kena keluar daripada kemiskinan kerana kemiskinan mampu membawa kita kepada kekufuran. Islam melarang umatnya miskin. Jika kita tetap miskin, kita juga mesti tetap terus berusaha dengan sabar dan solat. Sama juga halnya dengan kepandaian. Jika kita ditakdirkan pandai kita mestilah menerimanya disamping mengikut ketentuan yang ditetapkan Allah ke atas orang yang pandai. Orang yang pandai ditetapkan untuk memberi ilmu kepada orang yang tidak berilmu (zakat ilmu). Orang yang pandai tidak boleh sombong, bongkak, ego, riak, bangga diri dan sebagainya. Inilah ketetapan untuk mereka yang pandai. Berserah Kepada Allah SWT
  • 16. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Orang yang bodoh juga wajib menerima ketentuan yang dia adalah orang yang bodoh. Dia juga perlu mengikut ketetapan Allah SWT iaitu mestilah menuntut 16 ilmu agar keluar daripada kebodohan. Jika dia tidak menerima ketentuan dia adalah orang bodoh, dia dikatakan bodoh sombong. Jika dia menerima ketentuan yang dia adalah orang bodoh tetapi tidak mahu mengikut ketetapan Allah SWT, dia akan terus bodoh sehingga bila-bila dan Islam amat melarang keras umatnya menjadi manusia yang bodoh atau jahil. Kerana itu menuntut ilmu itu adalah wajib. *** Kesimpulan Berserah itu bersifat aktif kerana sebagai khalifah iaitu wakil Allah SWT, manusia mestilah aktif untuk mentadbir alam ini. Berserah ini menenangkan kerana kita hanya melakukan apa yang terdaya dan segalanya terserah kepada Allah SWT yang Maha Mengkehendaki. Tarikan atau kehendak Allah SWT adalah kehendak yang Maha Kuat. Tiada satu pun makhluk ciptaan Allah SWT yang mampu melawan tarikan Allah SWT. Jika kita berkehendak berlawanan dengan kehendak Allah SWT, kita tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berdoa pada Allah SWT. Namun keputusan yang hak adalah atas keputusan Allah SWT. Kita menerima sahaja kehendak Allah SWT. Oleh itu setelah kita katakan kita berserah pada Allah SWT, mengapa kita GELISAH memikirkan keputusan Allah SWT yang bakal terjadi? Serahkan sahaja dan kita tidak perlu lagi memikirkannya. Allah SWT Maha Mengetahui yang terbaik untuk diri kita. Makanya kita lakukan apa sahaja ketetapan yang Allah SWT tetapkan pada kita. Jalanilah kehidupan ini dengan benar-benar berserah 100%. Komunikasi dengan Allah SWT mampu membuatkan kehendak kita mengikut kehendak Allah SWT (berserah) dan seterusnya menghilangkan rasa gelisah di dalam jiwa. Semua ini perlu dilatih sedikit demi sedikit. Hari demi hari. Berlatihlah dengan latihan-latihan yang saya berikan di dalam laman web ini. Berserah Kepada Allah SWT
  • 17. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Petikan Positif #1 17 Petikan ini saya kongsikan bersama sahabat-sahabat di Facebook. Manusia itu dianalogikan seperti sebuah kereta yang dipandu pemandu dan membawa seorang bos di belakangnya. Kereta itu sendiri adalah jasad yang berfikiran dan beremosi (banyak ragam). Pemandunya adalah jiwa/nafs/ego dan bosnya sebagai penentu arah adalah roh yang sentiasa menentukan arah yang dituju mesti ke Allah SWT. Makanya pemandu mestilah memandu mengikut kehendak bos. Bukan kehendak kereta. Al-Quran itu manual untuk manusia hidup di muka bumi ini. Seperti kereta pasti ada manual. Kereta tidak boleh langgar lubang. Nanti rosak tayar. Begitu juga manusia. Tidak boleh minum arak. Nanti rosakkan jasad. Kereta kena jaga, basuh, tukar minyak enjin. Begitu juga manusia. Kena tutup aurat, solat, jaga akhlak dan lain-lain. Semua dijelaskan dlm Al-Quran. Allah buatkan manual manusia kerana Allah Maha Mengetahui ciptaanNya. Tahu mana yang boleh merosakkan dan mana yang boleh memelihara jasad dan jiwa manusia. Seseorang ingin penjelasan mudah untuk berserah. Di harap ini penjelasan yg mudah. Berserah itu menerima KETENTUAN dan dalam masa yang sama mengikut KETETAPAN Allah SWT. Cth: Katalah kita ini hidup susah. Maka kita tidak menyalahkan Allah menjadikan hidup kita susah (kita terima KETENTUAN hidup susah) dan dlm masa yang sama kita kena berusaha untuk hidup senang kerana Allah SWT tidak suka kita hidup dalam kemiskinan (KETETAPAN). Merdekakan jiwa kita untuk kembali kepada fitrah. Semoga sebulan latihan ramadhan akan memberikan kejayaan kemerdekaan yang penuh bermakna iaitu memiliki jiwa yang sejati. Ayuh, tekadkan jiwa untuk dekat dengan Allah SWT, bertaubat, tinggalkan maksiat, taat perintah Allah dan tebarkan kebaikan serta manafaat kepada semua orang. Semoga kita memiliki dan merasai kemerdekaan yang sejati. Salam kemerdekaan. Apa jua persoalan, minta sama Allah. “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).” (Al Baqarah 2 : 120). GELISAH itu SEKSAAN Allah SWT pada mereka yang tidak beriman. Mengapa gelisah terjadi? Kerana seseorang tidak REDHA/BERSERAH/PASRAH/RELA dengan ketentuan Allah SWT. “Hati itu milik kita, tetapi kita tidak mampu mencabut rasa GELISAH daripada hati kita. Itulah SEKSAAN Allah SWT kepada hati orang yang tidak beriman.“ Berserah Kepada Allah SWT
  • 18. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Apabila kita gelisah, buntu, keliru, sakit hati, benci, marah dan seumpamanya, cubalah panggil Allah dengan suara yang perlahan. “Ya Allah…” kemudian 18 diam dan rasailah respon daripada Allah SWT. InshaAllah jiwa akan tenang. Ulangi terus. Semakin Tinggi, Semakin Ringan. Pucuk dari sebuah pohon lebih ringan daripada yang lain. Burung yang terbang tinggi lebih ringan daripada burung yang terbang rendah. Bos (jawatan tinggi) hanya duduk di dalam kereta yg dipandu pemandu untuk lebih ringan ke pejabat. Tidak sekadar fizikal, malah batin juga. KESEDARAN YANG TERTINGGI terasa lebih ringan berbanding kesedaran yang rendah apatah lagi tidak sedar. Milikilah kesedaran tertinggi. Petikan Positif #2 Petikan-petikan yang pernah saya paparkan di status facebook saya. Semoga ada manafaatnya. Bagaimana berasa sangat yakin kepada Allah SWT ketika berdoa di mana yakin Allah SWT akan memakbulkan doa kita? Apabila berdoa SEDARLAH Allah SWT sebenarnya terus sahaja memproses doa kita agar dimakbulkan. Doa kita bukan tidak dimakbulkan tetapi sedang diproses agar diri kita benar-benar bersedia menerima apa yang didoakan itu setelah Allah SWT memakbulkan permohonan kita nanti. Dengan menyedari doa kita sedang diproses, ia mampu meyakinkan kita dengan doa kita. Bagaimana berlatih membangunkan kesedaran kepada Allah SWT? Duduk dalam keadaan rehat, rendahkan hati, rasa dan yakin Allah SWT itu sangat dekat dan sebutlah perlahan-lahan “ya Allah” lalu diam sejenak dan terimalah respon daripada Allah SWT. Kemudian disambung dengan “ya Allah, aku rela ya Allah…aku rela”. Bagaimana berlatih mengekalkan kesedaran kepada Allah SWT? Tukarkan mind-chat kepada berkomunikasi dengan Allah SWT. Jika sesiapa yang bertanya yang mana satu aku itu, jawapannya, aku itu adalah yang sedar. Bukan jasad, bukan kaki, tangan, fikiran, emosi dan lain-lain tetapi yang sedar itulah aku. Makanya, bawalah aku itu dekat dengan Allah SWT iaitu setiap saat sedar akan hal Allah SWT di dalam kehidupan kita ini. Kita akan masuk ke wilayah super sedar. Kekalkan kesedaran kepada Allah SWT tanpa melepaskannya walau sesaat pun. Berserah Kepada Allah SWT
  • 19. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Berprasangka baiklah kepada Allah SWT. Hidup menjadi tenang. 19 Yang kita inginkan bukan sekadar khusyuk di dalam solat tetapi khusyuk di dalam seluruh kehidupan kita. Setiap saat dalam apa jua kesedaran kita kepada Allah SWT sentiasa wujud di dalam jiwa kita. Jika kita khusyuk di dalam setiap saat kehidupan kita ini, inshaAllah kita akan khusyuk di dalam solat, di dalam kerja dan apa jua yg kita lakukan. kita perlu berada di dalam KESEDARAN ketika berdoa. InshaAllah akan dimakbulkan segala doa. Kesedaran ini ada turun naiknya tetapi apabila kita sudah mencapai ke satu tahap, ia akan tersimpan di dalam minda bawah sedar kita dan mudah untuk dicapai kembali jika kesedaran kita menurun. Berlatihlah untuk meningkatkan kesedaran kita. Berubah daripada jarang mengingati Allah sebelum ini kepada lebih banyak mengingati Allah SWT setelah banyak berkomunikasi dengan Allah SWT merupakan satu PERUBAHAN YANG SANGAT BESAR. Kita sebenarnya satu tubuh dengan alam sekitarnya. Kita tidak mempunyai bentuk seperti yang kita lihat dengan mata terbatas ini. Kita akan sedar bahawa tubuh kita yang sebenarnya berganti setiap saat, tubuh kita hari ini bukanlah tubuh kita yang sesaat sebelumnya, dan jiwa kita ternyata tidak seperti udara dalam botol yang mengikuti bentuk botolnya. Tip Menimba Ilmu: Sebelum menimba ilmu, tinggalkan fikiran “saya telah tahu, saya lagi tahu, saya lebih tahu, saya tidak perlu tahu, saya pun tahu” kerana semua ini akan membuatkan otak kita menolak ilmu yang kita pelajari tanpa kita sedari Bahkan ia akan meningkatkan keegoan kita. Bukakan minda untuk berfikir “aku perlu tahu ilmu ini”. Berserah Kepada Allah SWT
  • 20. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Jiwa Positif Memberi Ketenangan 20 Sebelum saya menyedari tentang jiwa positif dan hidup bertuhan ini saya selalu mengalami konflik kejiwaan di mana kehendak rasa dan fikiran selalu berbeza arah. Seperti contoh, ketika rasa dengki yang tidak mampu ditahan datang, saya cuba menanamkan fikiran yang positif agar tidak dengki. Begitu juga dengan hal yang lain. Ketika benci, ketika sakit hati, ketika tidak suka dan seumpamanya. Hal sama berlaku ketika membuat pilihan. Hidup kita ini penuh dengan pilihan dan ketika membuat pilihan, perasaan, rasa dan fikiran berperang sesama sendiri dan yang menanggung beban adalah kita. Penat dan tertekan dengan peperangan. Di dalam perlawanan antara rasa dan fikiran adakalanya rasa akan menang dan ada ketikanya fikiran yang menang. Namun saya tetap penat, tertekan kerana jelas nyata perlawanan tersebut memerlukan tenaga yang cukup banyak sebelum mendapat kemenangan. Saya yakin saudara juga mengalaminya. Kita mengalami hal ini setiap hari. Ketika fikiran dan rasa tidak sehaluan, kita sering menggunakan “mind-chat” sebagai medan tempur peperangan antara fikiran dan rasa. Ketika kita ingin membuat pilihan samada A atau B, kita sering bertelagah antara fikiran dan rasa. Berpuluh tahun kita hanya melihat jalan penyelesaian kepada semua di atas adalah dengan fikiran yang positif. Kita hanya di minta untuk menyelesaikan apa jua masalah menggunakan saranan pada lapisan atas iaitu fikiran. Kita tidak pernah disarankan untuk melihat sebenarnya daripada manakah rasa itu datang? Kita seringkali melihat semua yang berlaku di dalam kehidupan kita ini tanpa melihat semua ini adalah kehendak Allah SWT. *** Di bawah ini saya tunjukkan dua slide untuk memahami tekanan jiwa dan kelemahan jika kita menggunakan hanya fikiran yang positif tetapi jiwa tidak positif. Kita mesti memiliki kedua-duanya iaitu fikiran dan jiwa yang positif namun apabila kita memiliki jiwa yang positif, pasti fikiran juga akan positif. Berserah Kepada Allah SWT
  • 21. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) 21 Berserah Kepada Allah SWT
  • 22. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Islamic NLP Parenting: Ikhlas Ke Sekolah 22 Setiap hari bermula isnin hingga jumaat anak-anak kita pasti ke sekolah atau yang masih kecil akan ke pusat asuhan. Anak saya tidak terlepas daripada perkara yang sama iaitu ke pusat asuhan. Kita sering berhadapan dengan pelbagai ragam anak-anak ke sekolah. Anak saya yang berumur 3 tahun 3 bulan juga mempunyai ragamnya. Sebelum ini pernah tidak mahu ke sekolah selama hampir 2 bulan. Setiap kali hantar beliau ke sekolah, beliau akan menangis sehingga meraung-raung. Saya memang tidak sanggup melihat anak menangis ditinggalkan. Saya dan isteri seringkali berdoa agar Allah SWT mencerahkan jiwa anak saya agar beliau tinggal di pusat asuhan dengan kerelaan hati, bukannya terpaksa. Suatu hari saya berdoa, “Ya Allah, cerahkan jiwa anak aku ini agar beliau tenang untuk tinggal di nursery ya Allah. Ya Allah kuatkan jiwanya ya Allah“. Ternyata doa saya dimakbulkan oleh Allah SWT tetapi dengan syarat iaitu mengikhlaskan jiwa saya dan isteri di dalam tujuan menghantar anak saya ke sekolah. Allah SWT memberikan ilham untuk menyedarkan saya dan isteri bahawa selama ini saya menghantar anak ke sekolah kerana saya dan isteri perlu bekerja dan tiada siapa yang dapat membantu kami menjaga anak kami itu. Kami tersentak dengan kesedaran niat kami menghantar anak ke pusat asuhan tidak sampai kepada tahap ikhlas yang terbaik. Keikhlasan menghantar anak itu adalah ikhlas kerana tiada siapa mahu menjaga beliau ketika kami bekerja. BUKANNYA DITINGKATKAN KEPADA NIAT KERANA ALLAH SWT. Ikhlas Kerana Allah SWT Memikirkan apa yang dilakukan itu samada ikhlas atau tidak pasti menjadi tidak ikhlas. Ikhlas itu hadir apabila kita sedar apa yang kita lakukan itu adalah tanggungjawab yang Allah SWT berikan kepada kita sebagai wakil Allah SWT. Dengan kesedaran bahawa kita ini adalah wakil Allah SWT dan diamanahkan tanggungjawab lalu kesedaran tanggungjawab ini membuatkan kita melaksanakan tanggungjawab dengan rela, pasti jiwa menjadi tenang. Nah! ketenangan itulah menandakan bahawa ikhlasnya kita melaksanakan tanggungjawab. Kita tidak langsung memikirkan ikhlas atau tidak ketika Berserah Kepada Allah SWT
  • 23. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) melaksanakan tanggungjawab tetapi kita hanya sedar itu adalah tanggungjawab yang Allah SWT berikan dan mesti dilaksanakan kerana ia amanah Allah SWT. 23 *** Saya dan isteri kini sedar bahawa menghantar anak kami ke pusat asuhan bukan sekadar kerana tidak ada orang yang dapat membantu menjaga anak kami ketika kami bekerja tetapi ditingkatkan lagi kesedaran itu iaitu menghantar anak ke pusat asuhan merupakan tanggungjawab kami kepada Allah SWT untuk memastikan anak kami selamat dan mendapat pendidikan yang sempurna. Kesedaran tanggungjawab kepada Allah SWT inilah yang jarang dimiliki oleh kita semua. Sebagai contoh lain, kita menghantar anak ke sekolah hanyalah semata-mata ingin anak kita pandai agar boleh mencari wang atau harta dunia yang banyak suatu hari nanti. Lalu kita berkorban wang dan tenaga demi memastikan anak kita menjadi anak yang pandai kerana niat kita inginkan anak kita berjaya dan dapat membantu kita kembali suatu hari nanti. Tidak cukup ke sekolah, kita juga menghantar anak kita ke kelas tambahan walaupun sesetengahnya masih berada di tahun 1. Ia tidak merupakan satu kesalahan tetapi bebanan kepada mereka itu adalah kerana niat kita yang bukan KERANA ALLAH SWT. Kita boleh mengatakan ia ikhlas kerana Allah SWT tetapi kebanyakannya adalah hanya sekadar kita tahu kita perlu melakukan semuanya ikhlas kerana Allah SWT. Bukannya benar- benar dari jiwa kita ia kerana TANGGUNGJAWAB KITA KEPADA ALLAH SWT. *** Pastikan kesedaran kepada Allah SWT tidak dilepaskan walaupun sesaat. Oleh itu pastikan ketika kita menghantar anak kita ke sekolah atau pusat asuhan kita berada di dalam kesedaran. Pegang tangan dan peluklah anak kita sewaktu menghantarnya ke sekolah atau pusat asuhan. Ketika memeluk itu, bangunkan kesedaran bahawa kita lakukan semua ini adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT untuk memastikan anak kita selamat dan terjaga dengan baik. Disamping itu kita memohon kepada Allah SWT agar anak kita akan bersemangat menimba ilmu dan mampu sedar tanggungjawab dia (anak) sebagai wakil Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 24. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Kesedaran tanggungjawab itu bukan sekadar ingat tetapi benar-benar lahir daripada jiwa kita ini. 24 Ketika kita memegang dan memeluk anak kita dan kita berada di dalam kesedaran melaksanakan tanggungjawab kita ini kerana amanah Allah SWT, maka ada satu aliran kasih sayang bersama pengertian tanpa kata-kata mengalir daripada jiwa kita kepada anak kita melalui tangan kita yang memegangnya dan tubuh yang mendakapinya. Ia membuatkan anak kita memahami dan merasai sepenuhnya bahawa perginya beliau ke sekolah atau pusat asuhan kerana membantu ayah dan ibunya di dalam melaksanakan tanggungjawab kepada Allah SWT. Keikhlasan dan kerelaan pasti wujud di jiwa anak kita. Bangunkan kesedaran ini setiap kali kita menghantar anak kita ke sekolah atau pusat asuhan. Seterusnya yang lain kita serahkan kepada Allah SWT untuk menjaga jiwa dan raga anak kita sepanjang anak kita berada di sekolah dan di pusat asuhan agar sentiasa dituntuni Allah SWT dengan taqwa dan kebaikan. *** Sejak hari itu, anak saya pergi ke sekolah dengan semangat yang tinggi. Beliau pergi dengan penuh minat dan penuh dengan kerelaan hati. Tidak lagi menangis tidak mahu ditinggalkan. Menunjukkan pemergian beliau ke pusat asuhan itu adalah pemergian yang penuh dengan ikhlas seolah-olah sangat mengerti bahawa ayah dan mama nya sedang melaksanakan tanggungjawab kepada Allah SWT. Terima kasih Allah SWT kerana memberikan kesedaran kepada kami. Semoga kesedaran ini juga tersebar luas ke dalam jiwa-jiwa ayah dan ibu yang lain. Berserah Kepada Allah SWT
  • 25. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Memiliki Kesedaran Tertinggi #5 25 Cara paling mudah untuk membina kesedaran kita kepada Allah SWT setiap saat adalah dengan berkomunikasi dengan Allah SWT. Kemudian di masa senggang (tiada kerja) cubalah mengingati semula plot-plot atau kronologi- kronologi yang Allah SWT aturkan ketika masalah kita diselesaikan oleh Allah SWT. Kita sering menganggap segala yang berlaku adalah kebetulan tanpa sedikit pun mengaitkan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita ini dengan Allah SWT. Sebab itulah ada sesetengah kesedaran manusia kepada Allah SWT masih berada di tahap yang lama atau semakin rendah. Akhirnya mereka berasa bahawa apa yang berlaku dan kejayaan mereka adalah kerana usaha mereka sendiri tanpa sendikit pun sedar akan hal Allah SWT. *** Saya suka merenung kembali kronologi atau peristiwa yang berlaku di dalam hidup saya setiap hari dan melihat kronologi itu berlaku disebabkan kehendak Allah SWT. Sehinggakan sedang menyuap setiap suapan nasi pun saya melahirkan kesedaran betapa Allah SWT masih memberikan saya rasa yang berlainan setiap suapan tersebut. Bacalah salah satu kisah kecil sahaja bagaimana saya merenung salah satu kronologi kehidupan saya. Walaupun ia ringkas tetapi lihatlah aturan yang Allah SWT tentukan untuk diri saya. Kini saya mula mengamalkan hidup yang sihat. Benar-benar berazam akan mengekalkannya. Bersenam setiap pagi dan petang serta makan makanan yang benar-benar berkhasiat. Puncanya adalah kerana tekanan darah saya berada pada tahap tinggi. InshaAllah cara hidup sihat ini akan dikekalkan walaupun tekanan darah kembali normal. Mari merenung kronologi ini dengan keadaan sedar akan Allah SWT (sifat, zat dan af’al Allah SWT). Saya mendapat tahu tekanan darah ini tinggi semasa saya membawa anak no 2 saya ke klinik untuk mendapatkan suntikan bayi berumur 2 bulan. Seandainya Allah SWT tidak menetapkan pada ketika itu saya perlu membawa bayi, pasti saya tidak tahu tekanan darah saya tinggi. Bagaimana saya tahu? Ketika berada di dalam bilik doktor, saya diilhamkan oleh Allah SWT untuk meminta doktor periksa tekanan darah saya kerana saya berasa pening sejak awal pagi. Doktor yang bertugas ketika itu adalah doktor part time di di klinik Berserah Kepada Allah SWT
  • 26. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) tersebut. Doktor tersebut memeriksa tekanan darah saya ketika itu agak tinggi iaitu 160/90. 26 Doktor tersebut bukan sahaja memeriksa tetapi memberikan nasihat cara hidup yang sihat secara praktikal untuk orang yang bekerja. Sejak itu saya mula bersenam dan makan makanan yang benar-benar berkhasiat. Kita ulangi merenung kronologi di atas. Jika saya tidak digerakkan oleh Allah SWT untuk membawa anak ke klinik tersebut, pasti saya tidak akan memeriksa tekanan darah saya. Jika saya tidak dipeningkan oleh Allah SWT, pasti saya tidak terfikir untuk meminta doktor memeriksa tekanan darah saya. Renungkan juga bahawa Allah SWT menyediakan doktor yang sudi memberikan nasihat dan cara-cara amalan hidup yang sihat dengan cara yang praktikal. Akhirnya saya pasti tidak akan mengamalkan cara hidup sihat jika saya tidak membawa anak saya ke klinik, tidak meminta doktor memeriksa tekanan darah saya dan doktor yang memeriksa saya cukup baik berkongsi ilmu beliau. *** Apakah semua di atas berlaku secara kebetulan? Tidak! Semuanya adalah aturan Allah SWT. Apabila kita melihat setiap kronologi sesuatu peristiwa di dalam hidup kita dalam keadaan sedar pada Allah SWT pasti kita akan dapat meningkatkan kesedaran kita. Kita akan berterima kasih pada Allah SWT dengan rasa syukur yang tak terkata. Betapa hebatnya pemberian Allah SWT. Selalulah merenung kembali saat-saat masalah kita selesai. Bagaimana setiap kronologi atau jalan cerita penyelesaian masalah kita itu diaturkan sangat cantik oleh Allah SWT. Kita lihat Allah SWT bukan sekadar menggerakkan kita tetapi menggerakkan seluruh alam ini serta makhluknya di dalam kehidupan kita ini di dalam menyelesaikan masalah kita. Allah SWT aturkan pertemuan kita dengan orang yang membantu, Allah SWT sediakan keadaan seperti semuanya berlaku tanpa mampu difikirkan oleh kita. Semua yang kita anggap selama ini kebetulan itu adalah aturan Allah SWT yang selama ini kita tidak sedari. Begitu juga halnya dengan menerima rezeki yang tidak disangka-sangka. Begitu juga dengan kejayaan dan sebagainya. Tidak kira peristiwa kecil atau besar. Kisah hidup kita merupakan kehendak Allah SWT yang mana kita tidak mampu menghalang apa yang Allah kehendaki. Berserah Kepada Allah SWT
  • 27. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Kita hanya mampu memohon kepada Allah SWT dengan berdoa tetapi kita tidak melakukan apa-apa usaha pun. Berdoa itu sekadar cetusan fikiran yang 27 lahir dari rasa hati yang diilhamkan Allah SWT. Namun usaha kita iaitu segala gerakan tubuh badan ini digerakkan oleh Allah SWT mengikut kehendakNya. Bukan atas kehendak kita walaupun kita berasa ia adalah usaha kita. Kita lihat bagaimana Allah SWT menyambut doa kita dengan memberi jawapan yang sangat halus yang tidak terfikir oleh akal fikiran kita. Kita tidak terfikir dan tahu bagaimana Allah SWT akan menyelesaikan masalah kita sehinggalah masalah kita selesai. Lihatlah betapa halus dan menarik segala jawapan yang Allah SWT berikan di dalam artikel Jawapan Allah SWT #1 dan Jawapan Allah SWT #2. Apabila kita berada di dalam keadaan kesedaran yang tertinggi akan hal Allah SWT di dalam setiap inci kehidupan kita ini, di dalam segala hal dan peristiwa pasti kita akan mudah menjadi insan yang berserah. Saya pasti akan menangis dan tersujud semasa merenung semula kronologi peristiwa yang berlaku di dalam hidup saya bukan sahaja yang telah lama berlaku tetapi juga yang baru-baru berlaku. Tidak kira kecil atau besar, saya sedar betapa besarnya nikmat yang Allah SWT berikan kepada saya. Saya berterima kasih tanda syukur tak tehingga pada Allah SWT kerana memilih saya untuk memiliki kesedaran kepadaNya. Saudara juga dipilih oleh Allah SWT untuk memiliki kesedaran kepada Allah SWT. Bertuahnya kita, beruntungnya kita bukan. Jika kita semua selalu membuat latihan iaitu merenung kembali kronologi peristiwa yang berlaku dalam hidup kita dengan sedar akan hal Allah SWT, pasti kita mudah untuk melihat dan mendapat pengajaran daripada kehendak Allah SWT. Kita akan sangat-sangat memahami kehendak Allah SWT ke atas diri kita. Tidak hairanlah mengapa orang yang dekat dengan Allah SWT memiliki gerak rasa (intuition) yang sangat hebat. *** Latihlah setiap hari merenung kronologi atau jalan cerita hidup kita yang Allah SWT tentukan ketika menerima nikmat daripada Allah SWT. Kita sambung kesedaran kepada Allah SWT ketika merenung kronologi kehidupan kita dan pasti setiap hari kita akan lebih dekat dengan Allah SWT bersama rasa terima kasih syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 28. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) [note] Kenangkan kembali bagaimana saudara semua boleh terjumpa laman web ini dan membacanya. Siapakah yang menggerakkan saudara untuk 28 membuka laman web ini. Siapakah yang menggerakkan keinginan saudara semua untuk membaca artikel-artikel di sini? Pastinya Allah SWT. Maha Hebat bukan? Berserah Kepada Allah SWT
  • 29. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Ikhlas #1: Bagaimana Mahu Ikhlas? 29 “Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.” (QS, Shaad 38 : 82-83) “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.” (QS Al-Hijr, 15 : 39-40) Mengapa iblis tidak dapat menyesatkan orang-orang yang ikhlas? Kerana ketika kita ikhlas kerana Allah SWT, kita berserah apa sahaja kepada Allah SWT. Ketika itu kita tidak lagi berada di wilayah kekuatan kita tetapi di wilayah kekuatan dan kekuasaan Allah SWT. Kita mengikut dengan jiwa yang berserah kehendak Allah SWT. Mana mungkin iblis atau syaitan dapat menandingi kekuatan Allah SWT. *** Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan. Tidak penting samada orang lain ikhlas atau tidak tetapi yang sangat penting adalah diri kita sendiri ikhlas atau tidak. Mari kita fahamkan tentang ikhlas dengan mengambil contoh kehidupan saya. Jika saya bekerja kerana ingin mencari wang, maka saya bekerja ikhlas kerana wang. Jika saya bekerja kerana ingin menyara anak-anak dan isteri saya, maka saya bekerja ikhlas kerana anak-anak dan isteri saya. Jika saya bekerja kerana saya perlu melakukan kerja untuk UiTM, maka saya ikhlas bekerja kerana UiTM. Ikhlas mesti mempunyai sandaran untuk apa saya melakukan sesuatu hal itu. Jika sandarannya wang, maka kita dikatakan ikhlas kerana wang kerana wang membuatkan kita melakukan kerja. Begitu juga dengan yang lain. Persoalannya kini, apakah kita inginkan ikhlas yang sedemikian? Tidak! Kita tidak mahu kerana ikhlas yang sedemikian mempunyai tahap yang rendah. Lalu Berserah Kepada Allah SWT
  • 30. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) ikhlas yang bagaimana berada di tahap yang tinggi yang dikatakan oleh iblis sehingga tidak mampu menyesatkan kita? 30 Pastinya ikhlas KERANA ALLAH SWT. Apabila kita ikhlas kerana Allah SWT, pasti kita melakukan semua kerja kita kerana Allah SWT. Apabila kita ikhlas kerana Allah SWT, pasti ikhlas kita merangkumi semua termasuk kerana wang, anak-anak dan isteri, syarikat kita bekerja dan seluruhnya. Nah! di sini terdapat satu lagi persoalan iaitu bagaimana melahirkan jiwa yang ikhlas? Apakah ia boleh dibuat-buat atau boleh diwujudkan? *** Ikhlas tidak mampu dibuat-buat tetapi dapat diwujudkan dengan kesedaran. Bagaimana membina kesedaran agar jiwa kita ikhlas? Kembali kepada contoh kehidupan diri saya dan kemudian saudara aturkanlah contoh tersebut untuk kehidupan saudara. Saya perlu SEDAR sepenuhnya tanggungjawab saya sebagai wakil Allah (khalifah) di muka bumi ini. Saya dijadikan oleh Allah SWT sebagai lelaki dan kini saya memiliki pelbagai tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT ke atas saya sebagai lelaki, suami, pekerja dan sebagainya. Sebagai suami dan ayah, saya diberi tanggungjawab memastikan keluarga saya dilindungi, selamat, bahagia, cukup makan minum, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya. Saya SEDAR tanggungjawab ini adalah tanggungjawab yang Allah SWT tetapkan sebagai seorang suami. Sebagai suami dan ayah saya perlu mencari rezeki lalu saya bekerja. Bekerjanya saya ini adalah kerana tanggungjawab saya terhadap Allah SWT. Ini adalah ketetapan yang Allah SWT tentukan ke atas seorang suami iaitu wajib mencari nafkah untuk keluarganya. Dengan KESEDARAN segala kerja yang saya lakukan adalah kerana saya ingin mencari nafkah dan ia merupakan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT, pasti saya akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ini bukan satu paksaan tetapi kerana kesedaran saya ke atas tanggungjawab saya. Maka dengan kesedaran inilah saya melaksanakan tanggugjawab saya kerana Allah SWT. Tanpa disedari, saya melakukannya kerana Allah SWT, ikhlas kerana Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 31. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Begitu juga semasa bekerja. Tugas yang diberikan kepada saya ketika bekerja merupakan amanah dan tanggungjawab saya kepada Allah SWT. Saya 31 ditetapkan oleh Allah SWT untuk bekerja di UiTM sebagai pensyarah dan wajib memikul tanggungjawab yang diberikan. Saya perlu menyedari bahawa semua ini adalah tanggungjawab yang Allah SWT tentukan kepada saya. Lalu saya perlu melaksanakan semua tanggungjawab ini kerana saya ini adalah wakil Allah SWT. Saya perlu mengikut kehendak Allah SWT kerana saya wakilNya. Kesedaran tanggungjawab kita kepada Allah SWT memastikan kita akan melaksanakan segala tanggungjawab kita kerana Allah SWT. INILAH IKHLAS. Orang yang dekat dengan Allah SWT memiliki kesedaran tertinggi akan hal Allah SWT. Mereka tidak pernah rasa kecewa di dalam melaksanakan tanggungjawab kerana Allah SWT. *** Apabila kita memiliki kesedaran tertinggi, kita akan melaksanakan tanggungjawab kita kerana Allah SWT. Kita tidak melakukannya kerana pangkat dan wang namun pangkat dan wang merupakan keperluan. Ia membantu kita di dalam urusan menjadi wakil Allah SWT iaitu khalifah di muka bumi ini. Kita tidak salah dan tidak dilarang sama sekali untuk memiliki wang yang banyak, pangkat yang besar, rumah yang besar dan segala kekayaan yang ada. Namun kita juga diperintahkan agar berkongsi kekayaan tersebut dengan zakat, bersedekah dan sebagainya seperti yang ditetapkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan Sunnah. Setiap kerja kita diminta untuk dimulakan dengan “Dengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih/pemurah dan Penyayang” menunjukkan bahawa kita melakukan kerja atas nama Allah SWT. Kita di minta oleh Allah SWT mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW Rasul Allah SWT setiap kali kita bersolat untuk mengulangi semula persaksian kita pada Allah SWT. Dengan kesedaran yang tinggi di atas tanggungjawab kita sebagai wakil Allah SWT dalam setiap hal kecil atau besar walaupun menyampai sedikit ilmu pun, maka ia adalah kehendak Allah SWT dan kita wakil Allah SWT hanya berserah untuk melakukannya. Allah mengkehendaki kita menyampaikan ilmu yang Berserah Kepada Allah SWT
  • 32. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) kecil itu ketika itu lalu kita sampaikan dengan penuh tanggungjawab sebagai wakil Allah yang memiliki ilmu tersebut. 32 *** Tingkatkan kesedaran kita, pasti kita akan ikhlas di dalam melakukan kerja. Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan. Berserah Kepada Allah SWT
  • 33. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Menyesal Tidak Datang Di Awal 33 Marilah sejenak menundukkan hati kita, menundukkan kepala kita. Marilah kita sama-sama mengenangkan orang yang paling berjasa kepada diri kita. Orang yang kini usianya kian tua, kian tak bermaya. Munculkanlah wajah kedua ibu bapa kita. Biar kita benar-benar berasa mereka ada dekat dengan kita. Ingatlah dulu ketika kita berada 9 bulan dalam perut ibu ketika ibu masih muda. Walaupun berjalan berat… susah berbaring… berdiri pun sakit… ibu tetap tersenyum setiap kali membelai perutnya. Bahagia kita berada di rahimnya. Ayah semangat ke sana sini mencari nafkah untuk kita yang bakal lahir. Sembilan bulan di rahim ibu… menjelang kita lahir ke dunia… ibu sakit tak terperi. Tidak tahu samada akan hidup atau mati. Meregang nyawa. Bersimbah air mata. Keringat… darah. Itulah saat kita lahir ke dunia. Tetapi tidak ada keluhan. Walaupun sakit dan hampir mempertaruhkan nyawanya. Didekatnya diri kita… dipeluk… diciumi… dihitung jari-jari kita. Penuh cinta. Siang malam dijaga. Rela ibu tidak makan asal kita makan. Ingatlah ketika ibu sedang makan, kita membuang kotoran… tidak jijik. Kalau kita sakit, ibu resah… sepanjang malam tidak tidur. Rela menukarkan nyawanya agar kita panjang umur. Ayah mencari nafkah agar kita mampu ke sekolah. Ke sana sini berusaha keras agar kita memiliki kasut… agar kita memiliki beg… seperti anak-anak yang lain. Walaupun orang tua kita banyak dosa… tetapi tetap ingin kita selamat. Semakin lama kita semakin besar. Apa yang kita lakukan untuk menggembirakan hatinya? Mulut kita seperti pisau yang sentiasa menghiris hatinya. Bulat mata…terjegil kita merenung mereka setiap kali berbicara. Kekadang menghentak lantai dan dinding memarahi mereka. Ada yang menganggap ibunya sebagai pembantu sahaja. Di arah ke sana sini. Ada yang menganggap ayah seperti kuli. Dibohongi… didustakan. Berserah Kepada Allah SWT
  • 34. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Berapa belas dan puluh tahun kita menzalimi ibu bapa kita. Akan datang sampai saat kita berpisah… kenanglah ketika ibu bapa sudah terbaring menjadi mayat. 34 Kenangkanlah orang yang mengandung kita sudah terbujur kaku. Matanya sudah tertutup. Kulitnya berkedut.. kerepot. Tubuhnya sudah dingin membeku. Kita tidak lagi mendengar suaranya. Tidak lagi mendengar doa- doanya. Ketika kain kapan menutup tubuhnya… kita tidak lagi mampu mencium tangannya…tidak lagi mampu membawa ole-ole kesukaannya. Tidak ada lagi orang yang selama ini berkorban lahir dan batin untuk kita. Ketika orang tua kita sudah dimasukkan ke dalam kubur… hanya tinggal batu nisan yang mampu kita lihat. Kita tidak tahu…adakah orang tua kita bangga atau kecewa melahirkan diri kita. Ada air susu yang dibalas dengan air tuba. Belaian dibalas dengan herdikan… pengorbanan dibalas dengan penghinaan. Ada yang menghina ibu bapanya. Jarang ingin berbicara dengannya dengan lembut. Anak derhaka…di dunia ini pasti dibalas oleh Allah. Jangan-jangan kita sengsara adalah disebabkan derhaka kepada ibu bapa. Hati-hatilah…jangan sampai hidup kita sengsara sepanjang hayat. Bertekadlah untuk menjadi anak yang tahu berbakti… yang taat… yang membalas jasa. MENYESAL TIDAK PERNAH DATANG DI AWAL. Wahai saudaraku. Jadikanlah keberadaan kita di sini menjadi kebanggaan ibu bapa. Tidak ada orang tua yang sempurna. Tetapi relakah melihat orang tua kita sengsara? Dikubur tersiksa….di akhirat menjadi ahli neraka (nauzubillah). Beristighfarlah…. beristighfarlah… Astaghfirullah al adzhim… sambil ingat dosa kita pada orang tua. Istighfarlah saudara.. Astaghfirullah al adzhim… minta ampun kepada Allah… kenangkan kezaliman kita pada orang tua … sambil beristighfar… Astaghfirullah al adzhim… Berserah Kepada Allah SWT
  • 35. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Istighfarlah saudara…Astaghfirullah al adzhim…selama ini kita sering mengkhianati Allah…selalu melupakan Allah…yang jarang mahu bersujud 35 kepada Allah…istighfarlah…istighfarlah…Astaghfirullah al adzhim… Sama-sama kita beristighfar…Astaghfirullah al adzhim…ingatlah dosa-dosa kita yang mendekati maksiat…Allah Maha Melihat…minta ampun pada Allah… Astaghfirullah al adzhim… Ya Allah ampuni ibu bapa kami…selamatkanlah sisa umurnya ya Allah…bahagiakan ya Allah…jadikan kuburnya lapang ya Allah…jadikanlah mereka ahli syurga ya Allah… Ya Allah kau kurniakan kepada kami pendamping yang terbaik…pernikahan yang berkah…rumahtangga yang sakinah…keturunan yang soleh dan solehah. Ampuni sebusuk apa pun dosa kami ya Allah…ampuni sekelam apa pun masa lalu kami ya Allah…ampuni senista apa pun kata-kata kami ya Allah. Ya Allah…berikan kami kesanggupan menjauhi dosa ya Allah. Nikmatkan kami taat ya Allah. Ya Allah…Jadikanlah kami ahli solat yang khusyuk. Ahli Al-Quran ya Allah…ahli zikir yang istiqamah. Ya Allah walaupun kami sibuk dengan urusan dunia ya Allah…jadikan kami sentiasa ingat dan dekat denganMu ya Allah. Berikanlah rasa cinta kepadaMu dalam jiwa kami ya Allah… Terima kasih ya Allah…terima kasih. [note] Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga pengertian korban dan haji di mana mengajak jiwa kita untuk pulang ke Allah SWT meningkatkan lagi kesedaran kita kepada Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 36. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Memiliki Kesedaran Cinta Allah SWT 36 Diam sejenak. Tundukkan sedikit kepala dan letakkan tangan kanan di atas dada. Sambil menyebut …ya Allah…(bukan di dalam hati..sebut sehingga terdengar)…dan rasakan rasa cinta kita pada Allah SWT. Ada rasa atau tidak? Diam lagi….ulangi sehingga benar-benar rasa samada ada rasa cinta atau tidak … dan kemudian mohonlah kepada Allah SWT seperti di bawah. “ya Allah kurniakan rasa cinta kepadaMu ke dalam hatiku ya Allah. Ya Allah, tiada rasa cinta dalam hatiku ini ya Allah. Kurniakan ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.” Ulangi selalu latihan di atas untuk melihat sejauh mana cinta kita pada Allah SWT secara realiti. Ulangi juga untuk melihat sejauh mana cinta kita kepada Rasulullah SAW. *** Kita sentiasa tahu bahawa kita perlu memiliki rasa cinta pada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Kita juga selalu berasa bahawa cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW sudah mencukupi. Lalu kita berasa tidak perlu memeriksa rasa cinta itu dalam jiwa kita. Benarkah rasa itu ada? Sejauh mana rasa itu? Jika belum, kita selalu mengambil sikap biarlah..tak mahu fikir. Sesetengahnya juga berpendapat bahawa rasa cinta kepada Allah SWT itu hanya untuk mereka yang banyak ilmu agamanya. Orang-orang kebiasaan seperti kita ini yang kurang ilmu agama sukar untuk memiliki rasa cinta itu. Sebenarnya semua itu alasan dan dakyah atau tipu helah pemikiran yang telah tertanam kuat dalam fikiran kita. Kita perlu hapuskan pemikiran seperti ini di dalam fikiran kita serta orang-orang sekeliling kita. Cinta merupakan satu kuasa yang terhebat sehinggakan manusia sanggup melakukan apa sahaja demi cinta. Cinta memberikan semangat yang luar biasa kepada kita di dalam melakukan apa sahaja perkara. Islam itu hebat namun jika dilihat daripada kehebatan penganutnya, islam itu seolah-olah mundur kerana kemunduran penganutnya. Mengapa? Kerana rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam jiwa umat islam telah berjaya dipesong oleh musuh-musuh kita. Berserah Kepada Allah SWT
  • 37. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Kita lebih mudah jatuh cinta dengan duit, harta benda, pangkat, rupa dan hiburan yang melalaikan. Mudah jatuh cinta dengan maksiat dan kehinaan. 37 Mengapa terlalu sukar untuk melakukan kebaikan berbanding melakukan keburukan? Mengapa lebih mudah jatuh cinta dengan hiburan, maksiat dan seumpamanya dan terlalu sukar untuk jatuh cinta kepada kebaikan? Kerana kita tidak pernah atau jarang sekali memohon kepada Allah SWT untuk memiliki rasa cinta kepadaNya dan RasulNya. Sesiapa sahaja tanpa mengira ilmu, rupa, pangkat, harta dan sebagainya berhak memiliki rasa cinta kepada Allah SWT dan RasulNya. Tugas kita hanyalah memohon dan urusan pemberian rasa cinta itu adalah Hak Allah SWT. Marilah kita cuba periksa dalam keadaan sedar samada benarkah kita benar- benar merasai rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW itu? Dengan latihan di atas, kita mampu memeriksa sejauh mana cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Berdoalah memohon kepada Allah SWT rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasululullah SAW: “ya Allah, kurniakanlah aku rasa cinta kepadaMu dan kepada Rasulullah SAW ya Allah. Aku ingin benar-benar merasakan rasa cinta itu ya Allah. Agar aku mampu dan terdaya untuk sentiasa berada dekat denganMu ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih.“ *** Ayuh! Kita bergerak kembali di atas jalan yang lurus setelah kita dipesongkan kecintaan kita oleh musuh-musuh kita. Punca utama maksiat, keburukan dan kejahatan adalah kerana rasa cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah tidak berada di puncaknya. Kita didik jiwa kita dan jiwa anak-anak agar sentiasa sedarkan Allah SWT dan sentiasa memohon rasa cinta kepadaNya dan RasulNya. Cinta adalah anugerah Allah SWT. Cinta telah sedia diadakan oleh Allah SWT dan menunggu kita untuk memohonnya. Allah SWT lebih tahu keperluan kita lebih daripada kita sendiri. Mohonlah…mohonlah…pasti kita akan memiliki rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW yang sentiasa meningkat rasanya setiap hari. KOMUNIKASILAH dengan Allah SWT setiap saat agar kita sentiasa sedar akan Allah SWT. Komunikasi itu adalah pengaliran cinta. Tanpa komunikasi, cinta pasti tidak dapat mengalir ke dalam jiwa kita. Berserah Kepada Allah SWT
  • 38. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Pemain Yang Terbaik 38 Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik. Tiada seorang pun terlepas daripada masalah di dalam hidup ini. Kita sentiasa mempunyai masalah kerana masalahlah yang membuatkan kita terus hidup dengan baik. Kita belajar banyak erti kehidupan daripada masalah yang kita miliki. Masalah merupakan satu desakan di dalam permainan kita di dunia ini. Maka jadilah pemain yang terbaik namun jangan sesekali meletakkan permainan ini di jiwa kita. Cukup sekadar mengenggamnya di tangan. Firman Allah SWT: “dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan Yang sia-sia dan hiburan Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (QS, Al-An’am 6:32) Kita tidak akan memohon kepada Allah SWT jika kita tidak ada masalah. Jika kita semua tidak ada masalah di dalam kehidupan ini, pasti kita tidak tahu berbuat apa-apa dan tidak tahu bergerak ke mana. Kerana itu masalah yang kita hadapi merupakan objektif gerakan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai wakil Allah SWT. Hutang kereta, rumah, keperluan makan minum keluarga, belanja itu ini juga merupakan masalah. Kita perlu mencari wang untuk memastikan tanggungjawab kita itu dilaksanakan. Ia adalah permainan yang Allah SWT aturkan untuk kita lalu jadilah pemain yang terbaik di dalam melaksanakan tanggungjawab yang dipikul. Yang penting di dalam permainan ini adalah bermain dengan baik dengan mengikut pengatur permainan iaitu Allah SWT. Allah SWT menilai kita daripada sudut sejauh mana kita mengikut kehendak Allah SWT di dalam permainan ini. Mengikut kehendak inilah yang dikatakan berserah. Menang, kalah, masalah selesai atau masih berterusan di dalam permainan ini adalah hak Allah SWT kerana Dia Pengatur permainan ini. Yang penting, ingat Allah SWT dan sentiasa menyerahkan jiwa ini kepada Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 39. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Jiwa Yang Gelisah 39 Apabila kita tidak mengikut kehendak Allah SWT di dalam kehidupan ini, kita akan mendapat seksaan daripada Allah SWT iaitu gelisah. Dada terasa sempit dihimpit. Kita dihimpit dengan daya-daya yang kita tidak mampu mengawalnya. Daya ini diberikan oleh Allah SWT (Al Qaabidh: Yang Maha Menyempitkan). Bersama dengan daya yang sempit ini, akan mengalir pula daya-daya Allah SWT yang lain seperti dayaNya yang menyeksakan (Al Muntaqim, Yang Maha Penyeksa), dayaNya yang memberikan derita (Adh Dhaarr, Yang Maha Pemberi Derita), dayaNya yang menghinakan (Al Mudzill, Yang Maha Menghinakan), dan dayaNya yang merendahkan (Al Khaafidh Yang Maha Merendahkan). Makanya kalau dada kita sudah dialiri secara dominan oleh daya Al Qaabidh (Yang Maha Menyempitkan), maka daya-daya Allah SWT yang lain yang akan mendorong kita untuk menyeksa, menghinakan, merendahkan, akan membuatkan orang lain juga terasakan dorongan ini. Dan akhirnya daya-daya Allah SWT yang membuat kita menderita pun akan ikut pula mengalir dengan deras ke dalam jiwa kita. Ertinya yang akan mendapat hasil penderitaan itu adalah kita sendiri. Jalan Penyelesaian Semua Masalah Firman Allah SWT: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar: (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (inna lillahi wa inna ilaihi rajioon) “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (QS Al-Baqarah 1:155-156) Sebenarnya, bersamaan dengan dayaNya yang menyempitkan itu (Al Qaabidh), telah mengalir pula daya-daya-Nya yang melapangkan dada, karena memang Allah adalah Dzat Yang Maha Melapangkan (Al Baasith), Dia adalah Dzat Yang Maha Luas (Al Waasi’). Bersamaan dengan Daya Al Baasith dan Al Waasi’ ini, telah mengalir pula daya-daya Allah SWT yang lain yang akan mendorong kita kepada kesabaran, karena memang Dia adalah Dzat Yang Maha Sabar (Ash Shabuur). Puluhan Berserah Kepada Allah SWT
  • 40. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) dayaNya yang lain yang akan mengiring kita kepada kebaikan apabila kita bersabar. 40 Hakikatnya, kita tinggal bersandar saja dengan daya-daya Allah dalam kehidupan kita. inna lillahi wa inna ilaihi rajioon. Semua masalah kita ini datangnya daripada Allah SWT dan kembalikan semula kepada Allah SWT dengan mengikut sahaja kehendak Allah SWT. Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik. Daya-daya Allah itu dalam istilah Al-Quran disebut sebagai “Tali Allah, hab Allah, Hub Allah”. Maka kita diminta oleh Allah sendiri agar kita mesti berpegang dengan tali Allah, BIHABLILLLAH. Untuk mampu memegang daya-daya Allah SWT iaitu tali Allah SWT, maka kita hendaklah dahulu berpegang teguh kepada Allah (wa’tashimu billah). Jadi kalimat: “laa haula wala quwwata illa billah, bahawa tidak ada kekuatan, tidak ada daya yang ada pada diriku, kecuali hanya sekadar daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepadaku”, adalah benar-benar sebuah realiti daripada hanya sekadar kata-kata yang sering dilafazkan sahaja. Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)… (Al Fath 48 : 4) Praktikal dan Latihan Di dalam keadaan bermasalah dan dada yang sempit, manusia tidak mampu menerima apa pun kata-kata dan penjelasan termasuk penjelasan di atas. Kita perlu membawa diri kita atau sahabat yang bermasalah agar benar-benar SEDAR berpegang teguh kepada Allah SWT. Lalu cara praktikal bagaimana mahu berpegang teguh kepada Allah SWT (wa’tashimu billah) agar kita mampu untuk memegang daya-daya (tali) Allah SWT, pulangkan jiwa kita ke Allah SWT. Lakukan cara di bawah ini untuk jiwa ini pulang ke Allah SWT. Tundukkan hati kepada Allah SWT dan panggil Allah SWT dengan suara yang lembut…ya Allah…diam sejenak…panggil lagi…ya Allah…aku rela mengikut kehendakMu ya Allah…ya Allah…diam sejenak…Aku tidak berdaya ya Allah…Aku tidak mampu berbuat apa-apa ya Allah…ya Allah…aku hanya mengikut kehendakMu ya Allah….aku rela ya Allah…aku rela… ulangi terus… Berserah Kepada Allah SWT
  • 41. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Petikan Positif #3 41 Istirehat bukan direbahnya tubuh dan pejamnya mata. Tetapi direbahnya hati dan pejamnya fikiran. Fikiran ini seumpama anak kecil. Hanya mengikut keinginannya dan Jiwa itu ibarat Ibu yang sentiasa menjaga keselamatan anak itu. Pastikan jiwa saudara kuat kerana jiwa perlu menjaga keselamatan fikiran. Terapi Rumahtangga #1: Kasih sayang dan cinta itu adalah ‘gain’. Kita hanya memilikinya setelah kita memberinya. Sayangilah keluarga dan sahabat kita, barulah mereka akan menyayangi kita. Begitulah dengan Allah SWT. Allah SWT itu sememangnya menyayangi kita. Kita hanya akan dapat MERASAI kasih sayang dan cinta Allah SWT setelah kita mencintai Allah SWT. “Ya Allah, berikanlah rasa cinta kepadaMu dalam jiwa ini ya Allah. Terima kasih Allah SWT” Terapi Rumahtangga #2: CINTA itu kelembutan, ketenangan, belaian, kebahagiaan, kasih sayang, perbincangan, tolak ansur, sabar dan seumpamanya. CINTA daripada pasangan TIDAK akan dimiliki dengan kemarahan, tengking menengking, meninggi suara, kasar dan bergaduh kerana semua ciri-ciri itu tiada di dlm CINTA. Walaupun tujuannya untuk menyedarkan atau mengajar namun jika kita lakukan jua, PASTI kita tidak akan memiliki CINTA yang kita harapkan. Terapi Rumahtangga #3: Bagi mereka yang mempunyai masalah rumahtangga: Jika kita meletakkan harapan kepada suami atau isteri, pasti kita akan gelisah dan resah sepanjang masa. Letakkan harapan kepada pemilik suami atau isteri iaitu Allah SWT dengan berserah total kepada Allah SWT. Pasti jiwa akan menjadi tenang. Bukan meletakkan harapan pada suami atau isteri. Emosi yang sedang bergelora di dada mampu membuatkan seseorang menjadi gila, tidak keruan dan tidak mampu dikawal. Ia memerlukan jalan keluar yang terbaik. Emosi, datangnya dari Allah SWT dan kembalikanlah kepada Allah SWT. Itulah jalan yang terbaik. Apabila kita ada masalah, kembalilah kepada Allah SWT. Bukan selain daripada Allah SWT. Banyakkan bercerita (komunikasi) dengan Allah SWT berbanding mengharap. Mengharap tidak salah namun ia membuatkan kita sering meletakkan keputusan hari esok pada hari ini yang mana akhirnya lebih banyak harapan daripada usaha. Menerima ketentuan itu adalah menerima sesuatu yang telah berlaku. Bukan menerima perkara yang belum berlaku. Berserah Kepada Allah SWT
  • 42. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Berhijrah Memiliki Jiwa Yang Positif (1431H) 42 dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya”. (QS: Al-Baqarah 2:30) Iblis menjawab: ” Aku lebih baik daripadanya; Engkau (Wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang Dia Engkau ciptakan dari tanah “. (QS: Shaad 38:76) Saudara, Jika kita meneliti firman Allah SWT di atas, pastinya kita tertanya-tanya, rahsia apa yang mampu kita katakan di dalam rencana Allah SWT ini? Apakah ertinya khalifah yang selalu kita sebut-sebutkan dengan penuh bangga ketika kita sering bincangkan, ceramahkan, forumkan? Apakah kehebatan kita sehingga Allah SWT tidak mahu menjawab kepada dua makhluk yang paling baik ibadah dan keimanan kepadaNya? Jika kita teliti pernyataan malaikat, ada kebenarannya iaitu manusia ini adalah makhluk yang suka membuat kerosakan di muka bumi. Saudara, Khalifah merupakan wakil Allah SWT dan penguasa di muka bumi. Apakah kehebatan kita berbanding dengan malaikat dan juga iblis (suatu ketika dahulu)? Soal keimanan, jelas mereka sangat hebat berbanding kita. Dibandingkan dari segi ibadah kepada Allah SWT, jelas malaikat paling hebat. Lalu apakah yang dibanggakan sangat oleh Allah SWT dengan manusia makhluk ciptaanNya yang satu ini yang mana kita merupakan makhluk yang hina dan lemah dari anggapan Iblis? Apakah yang membuatkan Allah SWT bangga dengan kita sehinggakan Allah SWT meminta malaikat dan Iblis sujud kepada kita tanda penghormatan tertinggi? Allah SWT merupakan Zat, Nama dan Perbuatan (Af’al). Segala apa yang dilakukan oleh Allah SWT adalah kebenaran adanya. Dia yang menciptakan manusia dengan begitu indah dan sangat komplek. Allah SWT tidak menciptakan kita dengan menurunkan kita terus dari langit secara beramai- Berserah Kepada Allah SWT
  • 43. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) ramai. Allah SWT tidak menjadikan kita menjelma dari tanah dan menjadi manusia. 43 Allah SWT menciptakan kita daripada sari pati tanah (ekstrak). Allah menjelaskan di dalam firmanNya Surah Al-Hajj(22) ayat 5. Ayat ini jelas menunjukkan adanya keterlibatan kita di dalam penciptaan manusia. Bermula daripada air benih yang Allah SWT letakkan ke dalam rahim seorang ibu, kita turut sama terlibat di dalam kejadian kita sendiri. Saudara, Khalifah merupakan penguasa di muka bumi ini. Kita merupakan wakil Allah SWT di dalam menggerakkan apa yang direncanakan oleh Allah SWT di dalam pengaturan alam ini. Kemuliaan kita bukan terletak sebanyak mana kita bertasbih seperti malaikat. Tetapi kemuliaan kita kerana kita mempunyai sifat seperti Tuhan (bukan sama hebat dengan Tuhan) iaitu meniru sifat Allah SWT di dalam mengatur alam semesta ini. Sebagai contoh, seorang usahawan merupakan wakil Allah SWT di dalam menyampaikan rezeki kepada makhluk hidup yang lain. Allah SWT memberikan kita keperluan hidup kita melalui wakilNya iaitu peniaga. Seorang doktor merupakan wakil Allah SWT di dalam merawat manusia lain yang sakit. Seorang guru merupakan wakil Allah SWT di dalam menyampaikan ilmu kepada manusia yang lain. Seorang ibu merupakan wakil Allah SWT memberikan kasih sayang kepada anak dan suami. Seorang ayah merupakan wakil Allah SWT menyediakan makan minum dan keperluan buat seisi keluarga. Seorang pekerja merupakan wakil Allah SWT di dalam memberikan perkhidmatan kepada manusia lainnya. Allah memberikan kita segala keperluan kita melalui wakil-wakilNya yang terdiri daripada manusia itu sendiri. Allah juga memberikan binatang dan tumbuhan-tumbuhan beberapa perkara melalui kita iaitu wakil Allah SWT. Seharusnya kita semua bangga dan bersyukur menjadi wakil Allah SWT dengan MENGATASNAMAKAN Allah SWT di dalam mentadbir alam ini. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab masing-masing yang diberikan oleh Allah SWT dan semua kita ini merupakan wakil Allah SWT. Saudara, Mengapa Allah SWT menuntunkan kita agar memulakan setiap apa yang kita lakukan dengan kalimat “bissmillahirrahmanirrahim” (Dengan Nama Allah SWT Yang Maha Pemurah/Pengasih lagi Maha Penyayang)? Berserah Kepada Allah SWT
  • 44. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Semua kerja kita ini merupakan amanah Allah SWT. Pastinya setiap kali kita ingin memulakan pekerjaan, kita seharusnya SEDAR bahawa apa yang kita 44 lakukan itu merupakan amanah dan tanggungjawab yang Allah SWT berikan kepada kita. Kita pada dasarnya adalah makhluk langit (Roh) berbadan tanah atau makhluk yang berkenderaan jasad. Kita pernah dilantik di hadapan Allah SWT sebelum wujudnya kita di muka bumi ini. Kita memberikan 100% kerjasama dan penyerahan total kepada Allah SWT. Alastu birabbikum? Qaalu bala Syahidna. Bukankah Aku ini Tuhanmu? Ya kami semua bersaksi. Maka atas penyaksian kita ini, kita diminta oleh Allah SWT untuk bersyahadat agar terus menerus berpegang dengan keyakinan kita bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT. Kita sentiasa memperbaharui penyaksian kita ini di dalam solat kita dan juga setiap detik kehidupan kita. Untuk menyedarkan kita bahawa kita ini adalah utusan Allah SWT iaitu wakilNya di dalam melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab, kita diminta untuk memulakan dengan “bissmillahirrahmanirrahim” agar kita sentiasa sedar semua amanah dan tanggungjawab itu datangnya daripada Allah SWT. Saudara, Demikianlah puncak daripada hidup bertuhan untuk menyedari diri sebagai khalifah yang sering kita ungkapkan tanpa memahaminya selama ini. Khalifah, wakil Allah SWT yang sentiasa bekerjasama dengan Allah SWT di dalam mengaturkan muka bumi ini. Yang BERSERAH dengan segala kehendak Allah SWT kerana kita bukan penentu di dalam mengatur muka bumi ini. Kita hanya wakil Allah SWT yang melaksanakan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. Kita melakukan atas nama Allah SWT. Apa yang kita lakukan sesungguhnya adalah pekerjaan Allah SWT, atas nama Allah, atas kehendak Allah SWT. Firman Allah SWT: “maka bukanlah kamu Yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah Yang menyebabkan pembunuhan mereka. dan bukanlah Engkau (Wahai Muhammad) Yang melempar ketika Engkau melempar, akan tetapi Allah jualah Yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang Yang beriman Dengan pengurniaan Yang baik (kemenangan) Berserah Kepada Allah SWT
  • 45. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) daripadanya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” (QS: Al-Anfaal:8:17) 45 Demikianlah jalan jiwa positif hidup bertuhan sesungguhnya. Bahawa kita perlu kembali kepada tujuan semula kita dijadikan iaitu sebagai wakil Allah SWT yang memegang kekuasaan ATAS NAMA ALLAH SWT. Kita tidak dilarang memiliki harta, kereta, rumah dan sebagainya. Semua ini adalah keperluan kita di dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh Allah SWT sebagai wakilNya. Tidak salahnya kita memiliki semua itu sekadar untuk memudahkan kita melaksanakan tanggungjawab kita. Semoga di tahun baru hijrah 1431H ini, kita lebih produktif bersungguh- sungguh di dalam melaksanakan segala kerja kita kerana kita ini adalah wakil Allah SWT yang mengerjakan amanah yang Allah SWT tetapkan ke atas kita. Seharusnya kita melaksanakan dengan penuh kualiti kerana semua ini adalah kerana ALLAH SWT, Tuhan yang kita cintai. “Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?” (QS Al-Mu’minuun:23:115) Berserah Kepada Allah SWT
  • 46. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Hidup Ini Memang Susah 46 Syurga itu dikelilingi perkara-perkara yang susah untuk diharungi. Hidup ini memang susah tetapi bukanlah menyusahkan. Hidup ini memang penuh dengan masalah. Allah SWT memang menjadikan hidup kita ini penuh dengan dugaan. Kita diberi pelbagai ujian, cabaran dan lain-lain yang merupakan masalah dalam kehidupan kita ini. Namun ramai antara kita tidak sedar hidup ini susah. Ada yang sedar tetapi ramai yang melarikan diri daripada kesusahan ini. Motivasi-motivasi pula menanamkan pemikiran bahawa hidup ini senang. Lalu ramai yang mengelak daripada masalah yang datang. Tidak menyelesaikannya kerana tidak mahu menerima hakikat bahawa hidup ini susah. Saya tidak pasti samada saudara setuju atau tidak. Tetapi hakikat kehidupan kita ini memang susah di mana memerlukan pelbagai hal untuk dilakukan dan dilaksanakan. Pemikiran mengatakan hidup ini senang boleh menjadikan kita lemah dan tidak mampu menyelesaikan masalah. Saudara, Hidup yang susah inilah yang membuatkan kita membesar dengan matang. Kita tidak mampu mengira berapa banyak masalah yang telah kita selesaikan. Masalah-masalah inilah yang mematangkan kita di dalam kehidupan kita di dunia ini. Mengapa Allah SWT menjadikan hidup penuh dengan cabaran dan dugaan? Kita perlu memiliki kesedaran bahawa hidup ini susah iaitu penuh dengan cabaran dan dugaan. Apabila kita lupa hidup ini susah, kita tidak akan sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang berlaku. Bersedia tidak semestinya sentiasa memikirkan masalah-masalah yang akan datang. Tetapi kita sentiasa bersedia dengan fizikal dan mental jika kita berhadapan dengan masalah yang mungkin akan berlaku kepada kita. Apabila kesedaran hidup ini susah, kita juga perlu sedar bahawa kekuatan dan daya yang kita miliki ini HANYALAH sekadar kekuatan dan daya yang dialirkan Allah SWT ke dalam diri kita. Kita tidak mampu mengharungi kehidupan yang susah ini tanpa bantuan Allah SWT. Lalu kita akan sentiasa berusaha untuk berada dekat dengan Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 47. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Kita akan memohon dengan bersungguh-sungguh kerana kita SEDAR HIDUP INI SUSAH. Kita memerlukan bantuan Yang Maha Berkuasa Yang 47 memberikan ujian dan dugaan di dalam hidup kita. Hanya Yang menyediakan ujian dan dugaan hidup kita ini yang tahu menyelesaikan masalah yang diciptakanNya. Saudara, Kita tidak boleh memandang hidup ini senang. Dengan mempercayai hidup ini senang, kita akan menjadi manusia yang lemah. Memang banyak motivasi yang diberikan hari ini menyatakan hidup ini senang agar mempositifkan minda di dalam menyelesaikan masalah. Hakikatnya ia merosakkan kerana ternyata putus asa lebih mudah berlaku apabila minda didoktrin dengan mengatakan hidup ini senang atau masalah yang kita hadapi adalah mudah. Ramai yang berputus asa di dalam hidup ini kerana mereka memikirkan hidup ini senang. Apabila sesuatu masalah menimpa, mereka fikir ia senang untuk diselesaikan. Tetapi apabila berhadapan dengan masalah tersebut, jangkaan senang itu jauh meleset. Jika persediaan jiwa (berserah pada Allah SWT) ketika ini tidak kuat, maka terjadilah putus asa dan tindakan susulan yang negatif boleh berlaku. Mereka akan gelisah, resah, tidak tenteram, dada terasa sempit dan sebagainya. Lebih ekstrim lagi mereka akan lari daripada masalah dengan mengambil jalan mudah iaitu bunuh diri, mengambil dadah dan sebagainya. Mereka yang sentiasa memikirkan hidup ini senang akan cepat kecewa apabila ditimpa masalah. Mereka memikirkan masalah itu tidak sepatutnya berlaku kerana mereka kata hidup ini senang. Mereka tidak dapat menerima hakikat hidup ini susah dan perlukan persediaan dan bantuan Allah SWT. Hingga ke satu tahap mereka akan menyalahkan Allah SWT kerana memberikan mereka masalah itu. Ketika mereka senang, direhatkan sekejap oleh Allah SWT daripada masalah, mereka terus melupakan Allah SWT. Mereka tidak mahu memikirkan hidup ini sebenarnya susah. Mereka tidak bersedia untuk menghadapi ujian dan dugaan yang Allah SWT akan datang kerana dalam fikiran mereka, hidup ini senang. Saudara, Apa yang perlu dilakukan adalah bukan menukarkan pemikiran hidup ini susah kepada hidup ini senang. Yang perlu ditanamkan adalah pemikiran bahawa hidup ini susah dan kita tidak mampu mengharunginya TANPA BANTUAN ALLAH SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 48. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Dengan kesedaran hidup ini susah, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya kerana kita tahu ia susah untuk diselesaikan. Kita 48 memerlukan bantuan Allah SWT di dalam menyelesaikan apa jua dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah SWT kerana semua dugaan dan ujian datangnya dari Allah SWT. Kita memohon kepada Tuan Empunya Dugaan dan Ujian malah Tuan Empunya diri kita ini. Jika kita bersungguh-sungguh memohon bantuan kepada Allah SWT, apakah masalah yang kita hadapi daripada dugaan dan ujian Allah SWT ini mustahil untuk diselesaikan? Saudara, Hakikatnya hidup ini susah tetapi bukan alasan untuk kita lari daripada masalah yang menimpa. Lari daripada masalah akan menambahkan lagi masalah. Kita akan menambah gelisah dan resah. Harungilah masalah dengan penuh pengharapan pada Allah SWT bahawa masalah ini akan selesai. Kesedaran tertinggi bahawa hidup ini susah dan sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang mampu membantu kita di dalam hidup yang susah ini membuatkan kita akan lebih dekat dengan Allah SWT. Kita akan bersungguh untuk berada dekat dengan Allah SWT. Kita akan memohon dengan sangat kepada Allah SWT. Kita akan menerima dengan hati yang terbuka takdir yang telah menimpa kita tetapi kita yakin dengan Allah SWT bahawa pasti ada kesenangan selepas kesusahan seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT. Menyatakan hidup ini senang sebenarnya cuba memesongkan hakikat yang sebenar bahawa hidup ini memang susah. Ia cuma menipu fikiran kita dengan tujuan agar kita melihat sesuatu itu mudah untuk dilakukan. Namun kesan sampingannya adalah amat membahayakan. Dengan menerima hakikat hidup ini susah sememangnya membuatkan semua orang berasa beban di dalam hidup ini. Namun kita tidak boleh mengharungi hakikat hidup ini sekadar hidup ini susah sahaja. Kita perlukan kesedaran tertinggi bahawa hidup ini susah tetapi boleh diharungi dengan hanya bantuan Allah SWT sahaja. Dengan kesedaran tertinggi maka hidup ini yang susah ini kita harunginya dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan kerana walaupun susah, hati kita sentiasa ada untuk Allah SWT. Komunikasilah sentiasa dengan Allah SWT agar jiwa kita tidak terputus untuk mengingati Allah SWT. Berserah Kepada Allah SWT
  • 49. Jiwa Positif Hidup Bertuhan Vol. 3 (http://www.fuadlatip.com) Saya Tidak Terdaya 49 Saudara, Saya hanya mempunyai daya yang dialirkan Allah SWT kepada saya sahaja. Saya tidak terdaya menyelesaikan masalah yang ada melainkan Allah SWT. Saya menghadapi hidup ini hanya dengan bersandarkan kepada Allah SWT. Berserah tapi tidak menyerah. Banyak masalah yang masuk ke ruang email saya untuk meminta pendapat. Ada yang saya balas dan ada yang tidak. Jika saya tidak membalas email tersebut bermakna saya tidak ada ilham untuk menyelesaikan masalah tersebut. Saya mohon maaf. Bagaimana saya melalui hidup saya? Hidup saya biasa sahaja. Apa yang saya lakukan adalah cuba sedaya upaya dengan tekad yang bulat untuk dekat dengan Allah SWT. Walaupun ada ketika daya ini menurun dan ada ketikanya ia meningkat tapi tekad ini diteruskan. Saya tidak belajar ilmu agama secara formal. Tapi saya yakin setiap daripada kita tidak kira siapa kita mampu berada dekat dengan Allah SWT. Lagipun hakikatnya memang Allah sangat dekat dengan kita. Samada sedar dan rasa atau tidak. Saudara, Saya yakin saudara tidak akan datang atau berjumpa dengan laman web ini kalau saudara tidak mencari bagaimana untuk berada dekat dengan Allah SWT. Hari ini saudara ke sini adalah ingin mencari cara untuk benar-benar sedar dan merasai kepentingan Allah SWT di dalam kehidupan kita. Saudara mencari bagaimana cara yang terbaik di dalam menyelesaikan masalah- masalah saudara. Tidak menjadi hal samada saudara ke sini kerana disebabkan masalah yang saudara hadapi atau memang saudara benar-benar mencari jalan untuk berada dekat dengan Allah SWT. Hakikatnya kita memang memerlukan Allah SWT. Namun samada kita benar-benar sedar dan rasa kita sangat-sangat memerlukan Allah SWT dalam hidup kita atau sekadar tahu sahaja yang menjadi kekuatan daya kita. Ramai yang sedar dan rasa memerlukan Allah SWT setelah ditimpa masalah. Tidak mengapa kerana yang penting tetap berasa diri kita memerlukan Allah SWT. Saudara, Hari-hari yang saya lalui saya sandarkan pada Allah SWT. Saya menerima apa jua takdir yang telah berlaku namun sesekali saya tidak menyerahkan Berserah Kepada Allah SWT