SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 14
KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN TEKNOLOGI DAN WEB

TUGASAN 3
KAJIAN TINJAUAN – PENGGUNAAN TELEFON PINTAR BAGI MURID – MURID
S.K. DATUK KELANA

SEMESTER 1 2013/2014
SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)

DISEDIAKAN OLEH :
MOHD FAIZAL IRWAN BIN ZAKARIA
M20121000557

PENSYARAH :
PROF MADYA DATUK DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR
1.0 PENGENALAN
Penggunaan telefon pintar ataupun smartphone pada masa kini menjadi semakin meluas
di kalangan masyarakat tanpa mengira had umur. Pada masa dahulu, hanya golongan
dewasa sahaja menggunakan telefon bimbit tetapi pada masa kini, murid – murid sekolah
juga telah menggunakan telefon bimbit termasuklah telefon pintar.

2.0 PERNYATAAN MASALAH
Penggunaan telefon pintar yang semakin meluas di kalangan murid – murid sekolah
sedikit sebanyak memberikan kesan negatif terhadap murid seperti murid menjadi
semakin pasif, menularnya gejala sosial seperti melayari laman web pornografi dan murid
– murid membuang masa bermain permainan yang ada di dalam telefon pintar tersebut
dan seterusnya memberi kesan terhadap pencapaian murid di dalam pelajaran.

3.0 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan telefon pintar di kalangan murid
Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah untuk mendapatkan maklumat tentang
pelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan di mana murid – murid diberikan
borang soal selidik untuk mendapatkan data.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian yang telah ditetapkan di dalam kajian ini adalah untuk :
i.

Mengetahui tahap penggunaan telefon pintar dan tujuannya dikalangan murid –
murid Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah

5.0 PERSOALAN KAJIAN
Untuk mencapai objektif kajian, pengkaji menyenaraikan persoalan kajian iaitu :
i.

Adakah murid – murid pernah menggunakan telefon pintar dan tujuan
penggunaannya.

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh manakah pelajar menggunakan
telefon pintar dalam kehidupan seharian mereka dan apakah tujuan mereka menggunakan
telefon pintar tersebut supaya langkah – langkah pengawasan boleh diambil semasa
pelajar menggunakan telefon pintar.
2
7.0 BATASAN KAJIAN
Terdapat beberapa batasan di dalam kajian yang dilakukan. Kajian ini hanya dilaksanakan
hanya meliputi 30 orang murid – murid di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah.
Mereka ini bukanlah perwakilan sampel sebenar untuk setiap murid sekolah rendah di
Malaysia.

8.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah tinjauan di mana murid – murid telah
diberikan borang soal selidik untuk mendapatkan data.

8.1 Rekabentuk Kajian
Rekabentuk kajian bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan
kajian. Kajian adalah berbentuk kaedah tinjauan di mana borang soal selidik
digunakan untuk mendapatkan data.

8.2 Responden / Sampel Kajian
Responden kajian terdiri daripada 30 orang murid di Sekolah kebangsaan Datuk
Kelana, Tapah. Sampel dipilih dikalangan populasi dengan menggunakan kaedah
persampelan rawak bertujuan.

8.3 Lokasi Kajian
Lokasi kajian yang dipilih adalah di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah.
Lokasi ini dipilih kerana murid – murid di sekolah ini banyak di dedahkan dengan
kemudahan teknologi maklumat untuk mendapatkan sesuatu maklumat tentang isi
pelajaran yang diajar oleh guru – guru di sekolah.
8.4 Instrumen Kajian
Instrumen yang telah dipilih oleh pengkaji untuk mendapatkan data adalah :
8.4.1

Borang Soal Selidik
Borang soal selidik yang dibina mengandungi 10 soalan yang
memerlukan responden untuk memilih jawapan dengan jujur dan
ikhlas.

3
9.0 DAPATAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan melibatkan seramai 30 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan
Datuk Kelana, Tapah. Daripada 30 orang pelajar yang disoal selidik, 21 orang ataupun 70
peratus daripada mereka menyatakan bahawa mereka pernah menggunakan telefon pintar
manakala selebihnya tidak pernah menggunakan telefon pintar. Carta pie di bawah
menunjukkan peratusan pelajar yang pernah menggunakan telefon pintar dan pelajar yang
tidak menggunakan telefon pintar.

Penggunaan Telefon Pintar

Ya
Tidak

Rajah 1 : Penggunaan Telefon Pintar

Daripada 21 orang yang pernah menggunakan telefon pintar, 17 orang ataupun 81 peratus
daripadanya menggunakan jenama Samsung manakala selebihnya menggunakan jenama
Iphone seperti yang ditunjukkan di dalam carta pai di bawah.

Jenis Telefon Pintar

Samsung
Iphone
Lain - lain

Rajah 2 : Jenis Telefon Pintar

4
Kajian juga mendapati 9 orang daripada 21 orang tersebut menggunakan telefon pintar
mereka sendiri, 10 orang menggunakan telefon pintar ibu bapa mereka manakala 2 orang
menggunakan telefon pintar guru mereka.
12

10
8
6
Bilangan

4
2
0
Telefon
sendiri

Telefon ibu Telefon rakan Telefon guru
bapa

Rajah 3 : Milik Telefon Pintar

Rajah yang berikut pula menunjukkan melalui kajian yang dijalankan mendapati, 11
orang ataupun 52 peratus pelajar menggunakan telefon pintar untuk bermain permainan
video yang terdiri daripada permainan Candy Crush Saga seramai 6 orang, Pou seramai 2
orang dan Angry Birds seramai 3 orang. 6 orang pula iaitu 29 peratus pelajar pula
menggunakan telefon pintar untuk melayari internet dan mencari bahan pelajaran. Antara
laman web yang mereka lawati adalah Zoom – A seramai 2 orang dan Frog VLE seramai
4 orang. Seramai 3 orang pelajar ataupun 14 peratus menggunakan telefon pintar untuk
mengakses rangkaian sosial iaitu Facebook seramai 2 orang manakalan seorang lagi
pelajar mengakses akaun Twitter. Seorang lagi pelajar menggunakan telefon bimbit untuk
menggunakan aplikasi lain iaitu Global Positioning System (GPS).

5
12
GPS

10

Twitter

8
6

Facebook

4

Frog VLE

2

Zoom - A

0

Angry Birds
Barmain
Permainan
Video

Melayari
Internet

Rangkaian
Sosial

Aplikasi Lain

Pou
Candy Crush

Rajah 4: Kegunaan Telefon Pintar

Dalam kajian yang dijalankan juga, didapati 19 orang daripada 21 orang pelajar
menggunakan telefon pintar ketika berada di rumah manakala 2 orang lagi pelajar
menggunakan telefon pintar semasa berada di sekolah. Kajian juga mendapati daripada 21
orang pelajar yang menggunakan telefon pintar, 17 orang ataupun 81 peratus
memperuntukkan masa selama 1 hingga 3 jam sehari untuk menggunakan telefon pintar
manakala 4 orang pelajar ataupun 19 peratus memperuntukkan masa selama 3 hingga 6
jam sehari untuk menggunakan telefon pintar seperti yang ditunjukkan di dalam carta pai
di bawah.

Kadar Peruntukan Masa Sehari

Kadar Peruntukan Masa
Sehari

3 - 6 Jam
1 - 3 Jam
0

5

10

15

20

Rajah 5 : Peruntukan Masa Menggunakan Telefon Pintar Sehari

6
Daripada 30 orang responden di dalam kajian ini, 25 orang ataupun 83 peratus bersetuju
bahawa penggunaan telefon pintar dibenarkan kepada pelajar – pelajar di sekolah di mana
mereka menyatakan pendapat bahawa penggunaan telefon pintar dapat membolehkan
mereka mendapatkan maklumat dengan cepat tanpa perlu menunggu giliran untuk masuk
ke makmal komputer dan melayari internet. 5 orang pelajar ataupun 17 peratus tidak
bersetuju penggunaan telefon pintar dibenarkan kepada pelajar – pelajar di sekolah
dengan menyatakan alasan bahawa penggunaan telefon pintar akan menjejaskan tumpuan
pelajar semasa di dalam bilik darjah. 25 orang pelajar yang bersetuju dengan penggunaan
telefon pintar di sekolah juga menyatakan persetujuan bahawa pemberian rebat oleh
kerajaan untuk membeli telefon pintar perlu diperluaskan kepada pelajar – pelajar sekolah
manakala 5 orang pelajar tidak bersetuju pemberian rebat ini diberikan kepada pelajar –
pelajar sekolah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
60
50
40
30

Pemberian Rebat

20

Guna Telefon Pintar di
Sekolah

10
0
Setuju

Tidak
Setuju

Rajah 6 : Pendapat Penggunaan Telefon Pintar di Sekolah dan Pemberian Rebat

Kajian yang dijalankan juga memerlukan pelajar – pelajar memberikan pendapat tentang
penggunaan telefon pintar dalam membantu pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara pendapat yang diberikan oleh pelajar adalah pelajar dapat mencari
maklumat dengan pantas, pelajar boleh menghubungi rakan untuk berkongsi ilmu dan
pelajar dapat menggunakan aplikasi e – pembelajaran dengan mudah tanpa perlu
menunggu giliran untuk memasuki makmal komputer untuk melayari internet. Kesemua
30 orang responden bersetuju bahawa pengawasan perlu diberikan kepada pelajar semasa
menggunakan telefon pintar kerana ia memberikan kesan negatif seperti prestasi pelajaran
merosot, menularnya gejala sosial seperti hubungan bebas antara lelaki dan perempuan,
pelajar menjadi semakin pasif dan membuang masa. Ibu bapa dan guru – guru
7
memainkan peranan yang penting untuk mengawasi pelajar yang menggunakan telefon
pintar kerana kebebasan menggunakannya akan memberikan kesan kepada pelajar itu
kelak.

10.0

RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap 30 orang responden di Sekolah
Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah, menunjukkan bahawa penggunaan telefon pintar
semakin meluas di kalangan pelajar – pelajar sekolah. Penggunaan telefon pintar
mempunyai kesan positif dan negatif. Penggunaan telefon pintar dikalangan pelajar
sekolah perlu diawasi dan dipantau oleh ibu bapa dan juga guru supaya tidak memberikan
kesan negatif kepada pelajar. Penggunaan yang betul membolehkan pelajar berhubung
dengan rakan sebaya dengan mudah dan dapat mencari maklumat tentang pelajaran yang
dipelajari di sekolah. Namun penggunaan telefon pintar untuk bermain permainan video
perlu dikawal dan diberikan perhatian yang serius kerana ia akan member kesan terhadap
peribadi dan tingkahlaku pelajar di mana pelajar akan khayal dan membuang masa
bermain permainan tersebut serta menjadikan pelajar semakin pasif. Kemahiran social
pelajar juga akan berkurangan kerana mereka kurang berinteraksi dengan rakan sebaya.
Penggunaan telefon pintar seharusnya memberikan manfaat yang besar kepada pelajar
kerana kecanggihan teknologi peranti tersebut menjadikan maklumat berada di hujung
jari.

8
11.0

RUJUKAN

12.0
Badrul, N. (2013, April 23). Berita Harian. Retrieved from Berita Harian Online:
http://www.bharian.com.my/articles/60peratusmilikitelefonpintar2015/Article/
Harian, W. S. (2013). Penggunaan Telefon Pintar Meningkat. Kuala Lumpur: SInar Harian.
Nain, B. (2013, September 21). Billy Info : Rakyat Malaysia "Gila" Miliki Telefon Pintar.
Retrieved from billyinfo.blogspot.com: http://billyinfo.blogspot.com/2013/09/rakyatmalaysia-gila-miliki-telefon.html#axzz2lwJ3od8D
Roshidayanai Binti Rohim, S. E. (n.d.). KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN
MULTIMEDIA BERBANDING PENGGUNAAN BUKU TEKS DALAM
PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP, TOPIK ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
TINGKATAN 3. 1-6.
Shaari, A. J. (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran Dengan Teknologi Komputer. Sintok:
UUM Press.
Smaldino, S. E., Lowther, D. L., & Russel, J. D. (2012). Instructional Technology and Media
for Learning. Boston: Pearson Education Inc.

9
LAMPIRAN

10
BORANG SOAL SELIDIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJUNG MALIM, PERAK.
Tujuan: Soal selidik ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan telefon pintar bagi murid
– murid S.K Datuk Kelana.
Arahan: Para pelajar dikehendaki menjawab setiap soalan yang terdapat dalam soal selidik
ini. Segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Kerjasama yang anda berikan
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Maklumat latar belakang responden
Arahan: Sila isi jawapan bagi setiap ruang yang disediakan dengan jujur dan ikhlas. Bulatkan
jawapan yang anda fikirkan sesuai.
1.

Umur: __________________________

2.

Jantina: _________________________

3.

Kaum: __________________________

4.

Agama: _________________________

11
Arahan: Sila isi jawapan bagi setiap ruang yang disediakan dengan jujur dan ikhlas.
Bulatkan jawapan yang anda fikirkan sesuai.
Soalan 1
Adakah anda pernah menggunakan telefon pintar ?
a) Ya

b) Tidak

(Sekiranya jawapan anda a, teruskan ke soalan berikutnya. Sekiranya jawapan anda b, sila
teruskan ke soalan 7)
Soalan 2
Apakah jenama telefon pintar yang anda pernah gunakan?
a) Samsung

b) Iphone

c) Nokia

d) Lain – lain

Soalan 3
Kepunyaan siapakah telefon pintar tersebut?
a) Sendiri

b) Ibu bapa

c) Rakan

d) Guru

Soalan 4
Apakah tujuan penggunaan telefon pintar tersebut?
a)
b)
c)
d)

Bermain permainan video (Sila ke soalan 4(i))
Melayari internet dan mencari bahan pembelajaran (Sila ke soalan 4(ii))
Rangkaian sosial (Sila ke soalan 4(iii))
Aplikasi lain (Sila ke soalan 4(iv))

Soalan 4(i)
Permainan video yang selalu anda main?
a)
b)
c)
d)

Candy Crush Saga
Pou
Angry Bird
Lain – lain (Sila nyatakan _________________________)

Soalan 4(ii)
Apakah nama laman web yang anda sering lawati?
a) Zoom – A
b) Frog VLE
c) Lain – lain (Sila nyatakan _____________________________)
Soalan 4(iii)
Apakah rangkaian sosial yang sering anda lawati?

12
a) Facebook

b) Twitter

c) Myspace

d) Friendster

Soalan 4(iv)
Apakah aplikasi lain yang anda gunakan?
a) Whatsapp

b) We Chat

c) GPS

d) e-Quran

Soalan 5
Di manakah anda menggunakan telefon pintar tersebut?
a) Rumah

b) Sekolah

c) Rumah dan sekolah

Soalan 6
Berapakah masa yang diperuntukkan untuk anda menggunakan telefon pintar dalam sehari?
a) 1 jam hingga 3 jam
b) 3 jam hingga 6 jam

c) 6 jam hingga 8 jam
d) 8 jam ke atas

Soalan 7
Adakah anda bersetuju penggunaan telefon pintar dibenarkan di sekolah?
a) Ya (Nyatakan alasan anda ______________________________________________ )
b) Tidak (Nyatakan alasan anda ____________________________________________
)
Soalan 8
Perlukah rebat yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk membeli telefon pintar diperluaskan
kepada pelajar - pelajar sekolah?
a) Ya

b) Tidak

Soalan 9
Nyatakan pendapat anda tentang penggunaan telefon pintar untuk membantu pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Soalan 10
Sila pilih kesan penggunaan telefon pintar dikalangan pelajar jika tiada pengawasan diberikan
terhadap penggunaan tersebut?
I) Prestasi pelajaran merosot
II) Menularnya gejala sosial
III) Pelajar menjadi semakin pasif
IV) Membuang masa
a) I dan II sahaja
b) I, II dan III sahaja

c) II dan III sahaja
d) Semua di atas
13
~ SOALAN TAMAT. TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA ~

14

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetTee Teh
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Azizul84
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamsharifahmunirah1002
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhvincentraj74
 
Jurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagaJurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagajegamani
 
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044mrsakmar
 
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Rini Hafzah Abdul Rahim
 
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...azwinashafira2012
 
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalPembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalhelidzia
 
Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995
Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995
Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995Sandhrigah Krishnan
 
Jurnal presentation web
Jurnal presentation webJurnal presentation web
Jurnal presentation webvincentraj74
 
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademikKesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademikSharifah Munirah
 
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...Sue Said
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2zalizakpt6044
 

La actualidad más candente (20)

Jtvee 06-2012-003
Jtvee 06-2012-003Jtvee 06-2012-003
Jtvee 06-2012-003
 
Tugasan 1 web
Tugasan 1 webTugasan 1 web
Tugasan 1 web
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Penggunaan e learning
Penggunaan e learning
 
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalamJurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
Jurnal: kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
 
Jurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menagaJurnal e pembelajaran menaga
Jurnal e pembelajaran menaga
 
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
 
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
 
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa...
 
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web finalPembelajaran berasaskan elektronik dan web final
Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final
 
Kpt 6044 –tugasan1.jurnal
Kpt 6044 –tugasan1.jurnalKpt 6044 –tugasan1.jurnal
Kpt 6044 –tugasan1.jurnal
 
Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995
Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995
Tugasan 1 ULASAN JURNAL M20132001995
 
Jurnal presentation web
Jurnal presentation webJurnal presentation web
Jurnal presentation web
 
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademikKesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
Kesedaran, penilaian dan penerimaan e pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
 
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
Jurnalkesedaranpenilaiandanpenerimaane pembelajarandalam-120922161816-phpapp0...
 
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
Jurnal e pembelajaran kpt 6044 sem 2
 

Similar a Tugasan 3

Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Government
 
Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Wana Irwana
 
Karangan bahasa melayu
Karangan bahasa melayuKarangan bahasa melayu
Karangan bahasa melayuUTM, MALAYSIA
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Li Fang Li
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...shah_idah86
 
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...RubinaKhan69
 
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105maheswary2402
 
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu BapaArtikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapafafa111283
 
Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)Norhusna Alias
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl
Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odlArtikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl
Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odlRubinaKhan69
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalSandhrigah Krishnan
 
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi
 PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasiSchaRizz Al-Jamalullail
 
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...Syarifah Sakinah
 

Similar a Tugasan 3 (20)

Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
 
Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044
 
Karangan bahasa melayu
Karangan bahasa melayuKarangan bahasa melayu
Karangan bahasa melayu
 
PUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docxPUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docx
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
 
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
Artikel persepsi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap pembelajar...
 
Dimbab
DimbabDimbab
Dimbab
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu BapaArtikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
Artikel Penglibatan Pelajar Dan Ibu Bapa
 
Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)Tugasan 1 (KPT 6044/B)
Tugasan 1 (KPT 6044/B)
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl
Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odlArtikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl
Artikel persepsi pelajar ipt terhadap inovasi teknologi dalam odl
 
Tugasan 3
Tugasan 3 Tugasan 3
Tugasan 3
 
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 JurnalPenulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
Penulisan Dapatan Kajian E-Learning Daripada 5 Jurnal
 
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi
 PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi
 
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi di Melaka...
 

Más de Mohd Irwan

Art steps to create
Art   steps to createArt   steps to create
Art steps to createMohd Irwan
 
English year 1 exercises
English year 1 exercisesEnglish year 1 exercises
English year 1 exercisesMohd Irwan
 
Presentation ulasan jurnal
Presentation ulasan jurnalPresentation ulasan jurnal
Presentation ulasan jurnalMohd Irwan
 
Presentation tugasan 4
Presentation tugasan 4Presentation tugasan 4
Presentation tugasan 4Mohd Irwan
 
Farm Animals - KPT6044
Farm Animals - KPT6044Farm Animals - KPT6044
Farm Animals - KPT6044Mohd Irwan
 
Farm Animals - KPT6044
Farm Animals - KPT6044Farm Animals - KPT6044
Farm Animals - KPT6044Mohd Irwan
 

Más de Mohd Irwan (9)

Art steps to create
Art   steps to createArt   steps to create
Art steps to create
 
English year 1 exercises
English year 1 exercisesEnglish year 1 exercises
English year 1 exercises
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Presentation ulasan jurnal
Presentation ulasan jurnalPresentation ulasan jurnal
Presentation ulasan jurnal
 
Presentation tugasan 4
Presentation tugasan 4Presentation tugasan 4
Presentation tugasan 4
 
Farm Animals - KPT6044
Farm Animals - KPT6044Farm Animals - KPT6044
Farm Animals - KPT6044
 
Farm Animals - KPT6044
Farm Animals - KPT6044Farm Animals - KPT6044
Farm Animals - KPT6044
 

Tugasan 3

  • 1. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN TEKNOLOGI DAN WEB TUGASAN 3 KAJIAN TINJAUAN – PENGGUNAAN TELEFON PINTAR BAGI MURID – MURID S.K. DATUK KELANA SEMESTER 1 2013/2014 SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) DISEDIAKAN OLEH : MOHD FAIZAL IRWAN BIN ZAKARIA M20121000557 PENSYARAH : PROF MADYA DATUK DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR
  • 2. 1.0 PENGENALAN Penggunaan telefon pintar ataupun smartphone pada masa kini menjadi semakin meluas di kalangan masyarakat tanpa mengira had umur. Pada masa dahulu, hanya golongan dewasa sahaja menggunakan telefon bimbit tetapi pada masa kini, murid – murid sekolah juga telah menggunakan telefon bimbit termasuklah telefon pintar. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Penggunaan telefon pintar yang semakin meluas di kalangan murid – murid sekolah sedikit sebanyak memberikan kesan negatif terhadap murid seperti murid menjadi semakin pasif, menularnya gejala sosial seperti melayari laman web pornografi dan murid – murid membuang masa bermain permainan yang ada di dalam telefon pintar tersebut dan seterusnya memberi kesan terhadap pencapaian murid di dalam pelajaran. 3.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan telefon pintar di kalangan murid Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah untuk mendapatkan maklumat tentang pelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan di mana murid – murid diberikan borang soal selidik untuk mendapatkan data. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian yang telah ditetapkan di dalam kajian ini adalah untuk : i. Mengetahui tahap penggunaan telefon pintar dan tujuannya dikalangan murid – murid Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah 5.0 PERSOALAN KAJIAN Untuk mencapai objektif kajian, pengkaji menyenaraikan persoalan kajian iaitu : i. Adakah murid – murid pernah menggunakan telefon pintar dan tujuan penggunaannya. 6.0 KEPENTINGAN KAJIAN Kepentingan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh manakah pelajar menggunakan telefon pintar dalam kehidupan seharian mereka dan apakah tujuan mereka menggunakan telefon pintar tersebut supaya langkah – langkah pengawasan boleh diambil semasa pelajar menggunakan telefon pintar. 2
  • 3. 7.0 BATASAN KAJIAN Terdapat beberapa batasan di dalam kajian yang dilakukan. Kajian ini hanya dilaksanakan hanya meliputi 30 orang murid – murid di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah. Mereka ini bukanlah perwakilan sampel sebenar untuk setiap murid sekolah rendah di Malaysia. 8.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah tinjauan di mana murid – murid telah diberikan borang soal selidik untuk mendapatkan data. 8.1 Rekabentuk Kajian Rekabentuk kajian bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian. Kajian adalah berbentuk kaedah tinjauan di mana borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. 8.2 Responden / Sampel Kajian Responden kajian terdiri daripada 30 orang murid di Sekolah kebangsaan Datuk Kelana, Tapah. Sampel dipilih dikalangan populasi dengan menggunakan kaedah persampelan rawak bertujuan. 8.3 Lokasi Kajian Lokasi kajian yang dipilih adalah di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah. Lokasi ini dipilih kerana murid – murid di sekolah ini banyak di dedahkan dengan kemudahan teknologi maklumat untuk mendapatkan sesuatu maklumat tentang isi pelajaran yang diajar oleh guru – guru di sekolah. 8.4 Instrumen Kajian Instrumen yang telah dipilih oleh pengkaji untuk mendapatkan data adalah : 8.4.1 Borang Soal Selidik Borang soal selidik yang dibina mengandungi 10 soalan yang memerlukan responden untuk memilih jawapan dengan jujur dan ikhlas. 3
  • 4. 9.0 DAPATAN KAJIAN Kajian yang dijalankan melibatkan seramai 30 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah. Daripada 30 orang pelajar yang disoal selidik, 21 orang ataupun 70 peratus daripada mereka menyatakan bahawa mereka pernah menggunakan telefon pintar manakala selebihnya tidak pernah menggunakan telefon pintar. Carta pie di bawah menunjukkan peratusan pelajar yang pernah menggunakan telefon pintar dan pelajar yang tidak menggunakan telefon pintar. Penggunaan Telefon Pintar Ya Tidak Rajah 1 : Penggunaan Telefon Pintar Daripada 21 orang yang pernah menggunakan telefon pintar, 17 orang ataupun 81 peratus daripadanya menggunakan jenama Samsung manakala selebihnya menggunakan jenama Iphone seperti yang ditunjukkan di dalam carta pai di bawah. Jenis Telefon Pintar Samsung Iphone Lain - lain Rajah 2 : Jenis Telefon Pintar 4
  • 5. Kajian juga mendapati 9 orang daripada 21 orang tersebut menggunakan telefon pintar mereka sendiri, 10 orang menggunakan telefon pintar ibu bapa mereka manakala 2 orang menggunakan telefon pintar guru mereka. 12 10 8 6 Bilangan 4 2 0 Telefon sendiri Telefon ibu Telefon rakan Telefon guru bapa Rajah 3 : Milik Telefon Pintar Rajah yang berikut pula menunjukkan melalui kajian yang dijalankan mendapati, 11 orang ataupun 52 peratus pelajar menggunakan telefon pintar untuk bermain permainan video yang terdiri daripada permainan Candy Crush Saga seramai 6 orang, Pou seramai 2 orang dan Angry Birds seramai 3 orang. 6 orang pula iaitu 29 peratus pelajar pula menggunakan telefon pintar untuk melayari internet dan mencari bahan pelajaran. Antara laman web yang mereka lawati adalah Zoom – A seramai 2 orang dan Frog VLE seramai 4 orang. Seramai 3 orang pelajar ataupun 14 peratus menggunakan telefon pintar untuk mengakses rangkaian sosial iaitu Facebook seramai 2 orang manakalan seorang lagi pelajar mengakses akaun Twitter. Seorang lagi pelajar menggunakan telefon bimbit untuk menggunakan aplikasi lain iaitu Global Positioning System (GPS). 5
  • 6. 12 GPS 10 Twitter 8 6 Facebook 4 Frog VLE 2 Zoom - A 0 Angry Birds Barmain Permainan Video Melayari Internet Rangkaian Sosial Aplikasi Lain Pou Candy Crush Rajah 4: Kegunaan Telefon Pintar Dalam kajian yang dijalankan juga, didapati 19 orang daripada 21 orang pelajar menggunakan telefon pintar ketika berada di rumah manakala 2 orang lagi pelajar menggunakan telefon pintar semasa berada di sekolah. Kajian juga mendapati daripada 21 orang pelajar yang menggunakan telefon pintar, 17 orang ataupun 81 peratus memperuntukkan masa selama 1 hingga 3 jam sehari untuk menggunakan telefon pintar manakala 4 orang pelajar ataupun 19 peratus memperuntukkan masa selama 3 hingga 6 jam sehari untuk menggunakan telefon pintar seperti yang ditunjukkan di dalam carta pai di bawah. Kadar Peruntukan Masa Sehari Kadar Peruntukan Masa Sehari 3 - 6 Jam 1 - 3 Jam 0 5 10 15 20 Rajah 5 : Peruntukan Masa Menggunakan Telefon Pintar Sehari 6
  • 7. Daripada 30 orang responden di dalam kajian ini, 25 orang ataupun 83 peratus bersetuju bahawa penggunaan telefon pintar dibenarkan kepada pelajar – pelajar di sekolah di mana mereka menyatakan pendapat bahawa penggunaan telefon pintar dapat membolehkan mereka mendapatkan maklumat dengan cepat tanpa perlu menunggu giliran untuk masuk ke makmal komputer dan melayari internet. 5 orang pelajar ataupun 17 peratus tidak bersetuju penggunaan telefon pintar dibenarkan kepada pelajar – pelajar di sekolah dengan menyatakan alasan bahawa penggunaan telefon pintar akan menjejaskan tumpuan pelajar semasa di dalam bilik darjah. 25 orang pelajar yang bersetuju dengan penggunaan telefon pintar di sekolah juga menyatakan persetujuan bahawa pemberian rebat oleh kerajaan untuk membeli telefon pintar perlu diperluaskan kepada pelajar – pelajar sekolah manakala 5 orang pelajar tidak bersetuju pemberian rebat ini diberikan kepada pelajar – pelajar sekolah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. 60 50 40 30 Pemberian Rebat 20 Guna Telefon Pintar di Sekolah 10 0 Setuju Tidak Setuju Rajah 6 : Pendapat Penggunaan Telefon Pintar di Sekolah dan Pemberian Rebat Kajian yang dijalankan juga memerlukan pelajar – pelajar memberikan pendapat tentang penggunaan telefon pintar dalam membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara pendapat yang diberikan oleh pelajar adalah pelajar dapat mencari maklumat dengan pantas, pelajar boleh menghubungi rakan untuk berkongsi ilmu dan pelajar dapat menggunakan aplikasi e – pembelajaran dengan mudah tanpa perlu menunggu giliran untuk memasuki makmal komputer untuk melayari internet. Kesemua 30 orang responden bersetuju bahawa pengawasan perlu diberikan kepada pelajar semasa menggunakan telefon pintar kerana ia memberikan kesan negatif seperti prestasi pelajaran merosot, menularnya gejala sosial seperti hubungan bebas antara lelaki dan perempuan, pelajar menjadi semakin pasif dan membuang masa. Ibu bapa dan guru – guru 7
  • 8. memainkan peranan yang penting untuk mengawasi pelajar yang menggunakan telefon pintar kerana kebebasan menggunakannya akan memberikan kesan kepada pelajar itu kelak. 10.0 RUMUSAN Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap 30 orang responden di Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah, menunjukkan bahawa penggunaan telefon pintar semakin meluas di kalangan pelajar – pelajar sekolah. Penggunaan telefon pintar mempunyai kesan positif dan negatif. Penggunaan telefon pintar dikalangan pelajar sekolah perlu diawasi dan dipantau oleh ibu bapa dan juga guru supaya tidak memberikan kesan negatif kepada pelajar. Penggunaan yang betul membolehkan pelajar berhubung dengan rakan sebaya dengan mudah dan dapat mencari maklumat tentang pelajaran yang dipelajari di sekolah. Namun penggunaan telefon pintar untuk bermain permainan video perlu dikawal dan diberikan perhatian yang serius kerana ia akan member kesan terhadap peribadi dan tingkahlaku pelajar di mana pelajar akan khayal dan membuang masa bermain permainan tersebut serta menjadikan pelajar semakin pasif. Kemahiran social pelajar juga akan berkurangan kerana mereka kurang berinteraksi dengan rakan sebaya. Penggunaan telefon pintar seharusnya memberikan manfaat yang besar kepada pelajar kerana kecanggihan teknologi peranti tersebut menjadikan maklumat berada di hujung jari. 8
  • 9. 11.0 RUJUKAN 12.0 Badrul, N. (2013, April 23). Berita Harian. Retrieved from Berita Harian Online: http://www.bharian.com.my/articles/60peratusmilikitelefonpintar2015/Article/ Harian, W. S. (2013). Penggunaan Telefon Pintar Meningkat. Kuala Lumpur: SInar Harian. Nain, B. (2013, September 21). Billy Info : Rakyat Malaysia "Gila" Miliki Telefon Pintar. Retrieved from billyinfo.blogspot.com: http://billyinfo.blogspot.com/2013/09/rakyatmalaysia-gila-miliki-telefon.html#axzz2lwJ3od8D Roshidayanai Binti Rohim, S. E. (n.d.). KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN MULTIMEDIA BERBANDING PENGGUNAAN BUKU TEKS DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP, TOPIK ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK TINGKATAN 3. 1-6. Shaari, A. J. (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran Dengan Teknologi Komputer. Sintok: UUM Press. Smaldino, S. E., Lowther, D. L., & Russel, J. D. (2012). Instructional Technology and Media for Learning. Boston: Pearson Education Inc. 9
  • 11. BORANG SOAL SELIDIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM, PERAK. Tujuan: Soal selidik ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan telefon pintar bagi murid – murid S.K Datuk Kelana. Arahan: Para pelajar dikehendaki menjawab setiap soalan yang terdapat dalam soal selidik ini. Segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Kerjasama yang anda berikan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Maklumat latar belakang responden Arahan: Sila isi jawapan bagi setiap ruang yang disediakan dengan jujur dan ikhlas. Bulatkan jawapan yang anda fikirkan sesuai. 1. Umur: __________________________ 2. Jantina: _________________________ 3. Kaum: __________________________ 4. Agama: _________________________ 11
  • 12. Arahan: Sila isi jawapan bagi setiap ruang yang disediakan dengan jujur dan ikhlas. Bulatkan jawapan yang anda fikirkan sesuai. Soalan 1 Adakah anda pernah menggunakan telefon pintar ? a) Ya b) Tidak (Sekiranya jawapan anda a, teruskan ke soalan berikutnya. Sekiranya jawapan anda b, sila teruskan ke soalan 7) Soalan 2 Apakah jenama telefon pintar yang anda pernah gunakan? a) Samsung b) Iphone c) Nokia d) Lain – lain Soalan 3 Kepunyaan siapakah telefon pintar tersebut? a) Sendiri b) Ibu bapa c) Rakan d) Guru Soalan 4 Apakah tujuan penggunaan telefon pintar tersebut? a) b) c) d) Bermain permainan video (Sila ke soalan 4(i)) Melayari internet dan mencari bahan pembelajaran (Sila ke soalan 4(ii)) Rangkaian sosial (Sila ke soalan 4(iii)) Aplikasi lain (Sila ke soalan 4(iv)) Soalan 4(i) Permainan video yang selalu anda main? a) b) c) d) Candy Crush Saga Pou Angry Bird Lain – lain (Sila nyatakan _________________________) Soalan 4(ii) Apakah nama laman web yang anda sering lawati? a) Zoom – A b) Frog VLE c) Lain – lain (Sila nyatakan _____________________________) Soalan 4(iii) Apakah rangkaian sosial yang sering anda lawati? 12
  • 13. a) Facebook b) Twitter c) Myspace d) Friendster Soalan 4(iv) Apakah aplikasi lain yang anda gunakan? a) Whatsapp b) We Chat c) GPS d) e-Quran Soalan 5 Di manakah anda menggunakan telefon pintar tersebut? a) Rumah b) Sekolah c) Rumah dan sekolah Soalan 6 Berapakah masa yang diperuntukkan untuk anda menggunakan telefon pintar dalam sehari? a) 1 jam hingga 3 jam b) 3 jam hingga 6 jam c) 6 jam hingga 8 jam d) 8 jam ke atas Soalan 7 Adakah anda bersetuju penggunaan telefon pintar dibenarkan di sekolah? a) Ya (Nyatakan alasan anda ______________________________________________ ) b) Tidak (Nyatakan alasan anda ____________________________________________ ) Soalan 8 Perlukah rebat yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk membeli telefon pintar diperluaskan kepada pelajar - pelajar sekolah? a) Ya b) Tidak Soalan 9 Nyatakan pendapat anda tentang penggunaan telefon pintar untuk membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Soalan 10 Sila pilih kesan penggunaan telefon pintar dikalangan pelajar jika tiada pengawasan diberikan terhadap penggunaan tersebut? I) Prestasi pelajaran merosot II) Menularnya gejala sosial III) Pelajar menjadi semakin pasif IV) Membuang masa a) I dan II sahaja b) I, II dan III sahaja c) II dan III sahaja d) Semua di atas 13
  • 14. ~ SOALAN TAMAT. TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA ~ 14