SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 3
Descargar para leer sin conexión
FATWA BERKAITAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

Keputusan Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Mengenai Isu Tuntutan Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Bil. Muzakarah : Kali Ke-82

Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008

Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah



ULASAN / HUJJAH :

   1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang
      Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah
      merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia
      berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy
      Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan
      oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain
      daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang
      merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam
      bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

   2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama
      yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini
      adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian
      Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan
      ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.

   3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan
      mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti
      Kristian.

   4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk
      mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan
      oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan
      Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang
      besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan
      perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan
   Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi
   substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan
   syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah.
   Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan
   sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan
   bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih
   besar kepada agama dan umat Islam.

7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap
   terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam
   disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama
   Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan
   menyatakan bahawa semua agama adalah sama.

8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan
   God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God
   diterjemahkan sebagai Allah.

9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan
   Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam.
   Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama
   dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.

10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama
    bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah
    berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.

11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan
    yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam
    perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

12. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah
    Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah,
    Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam.
    Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan
    kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan
    Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan
    Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.
KEPUTUSAN :

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan,
     Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang
     khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan
     dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

  2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya
     terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut,
     maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub
     dalam Perlembagaan Persekutuan.

Más contenido relacionado

Más de profmadyadrhjsuaidi

Ii Masalah & Isu Dibahas Mutakallimin Ho
Ii Masalah & Isu Dibahas Mutakallimin HoIi Masalah & Isu Dibahas Mutakallimin Ho
Ii Masalah & Isu Dibahas Mutakallimin Ho
profmadyadrhjsuaidi
 
Ii Masalah & Isu Dibahas Mutakallimin
Ii Masalah & Isu Dibahas MutakalliminIi Masalah & Isu Dibahas Mutakallimin
Ii Masalah & Isu Dibahas Mutakallimin
profmadyadrhjsuaidi
 
Fatwa Berkaitan Penggunaan Kalimah Allah
Fatwa Berkaitan Penggunaan Kalimah AllahFatwa Berkaitan Penggunaan Kalimah Allah
Fatwa Berkaitan Penggunaan Kalimah Allah
profmadyadrhjsuaidi
 

Más de profmadyadrhjsuaidi (20)

Ii Masalah & Isu Dibahas Mutakallimin Ho
Ii Masalah & Isu Dibahas Mutakallimin HoIi Masalah & Isu Dibahas Mutakallimin Ho
Ii Masalah & Isu Dibahas Mutakallimin Ho
 
Ii Masalah & Isu Dibahas Mutakallimin
Ii Masalah & Isu Dibahas MutakalliminIi Masalah & Isu Dibahas Mutakallimin
Ii Masalah & Isu Dibahas Mutakallimin
 
Fatwa Berkaitan Penggunaan Kalimah Allah
Fatwa Berkaitan Penggunaan Kalimah AllahFatwa Berkaitan Penggunaan Kalimah Allah
Fatwa Berkaitan Penggunaan Kalimah Allah
 
Sekularism 2010
Sekularism 2010Sekularism 2010
Sekularism 2010
 
Sekularism 2010
Sekularism 2010Sekularism 2010
Sekularism 2010
 
Sekularism 2010
Sekularism 2010Sekularism 2010
Sekularism 2010
 
Sekularism 2010
Sekularism 2010Sekularism 2010
Sekularism 2010
 
Sekularism 2010
Sekularism 2010Sekularism 2010
Sekularism 2010
 
Sekularism 2010
Sekularism 2010Sekularism 2010
Sekularism 2010
 
Sekularism 2010
Sekularism 2010Sekularism 2010
Sekularism 2010
 
Sekularism 2010
Sekularism 2010Sekularism 2010
Sekularism 2010
 
I) Takrif&Konsep Ilmu Kalam
I) Takrif&Konsep Ilmu KalamI) Takrif&Konsep Ilmu Kalam
I) Takrif&Konsep Ilmu Kalam
 
G4_PA4219_03-09
G4_PA4219_03-09G4_PA4219_03-09
G4_PA4219_03-09
 
BeliaTunasBangsa_G2Mon
BeliaTunasBangsa_G2MonBeliaTunasBangsa_G2Mon
BeliaTunasBangsa_G2Mon
 
TekPen dlm P&P_LastPA4219_09
TekPen dlm P&P_LastPA4219_09TekPen dlm P&P_LastPA4219_09
TekPen dlm P&P_LastPA4219_09
 
2IPT_Impak_G2Wed09
2IPT_Impak_G2Wed092IPT_Impak_G2Wed09
2IPT_Impak_G2Wed09
 
PUI & SPN21_PA1401_G1Wed0309
PUI & SPN21_PA1401_G1Wed0309PUI & SPN21_PA1401_G1Wed0309
PUI & SPN21_PA1401_G1Wed0309
 
Tek.Pendidikan dlm P&P di NBD
Tek.Pendidikan dlm P&P di NBDTek.Pendidikan dlm P&P di NBD
Tek.Pendidikan dlm P&P di NBD
 
Penubuhan 2 Institusi Baru
Penubuhan 2 Institusi BaruPenubuhan 2 Institusi Baru
Penubuhan 2 Institusi Baru
 
Aplikasi ICT dlm P&P Ugama
Aplikasi ICT dlm P&P UgamaAplikasi ICT dlm P&P Ugama
Aplikasi ICT dlm P&P Ugama
 

Último (7)

ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
 

Fatwa Berkaitan Penggunaan Kalimah Allah

  • 1. FATWA BERKAITAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Mengenai Isu Tuntutan Terhadap Penggunaan Kalimah Allah Bil. Muzakarah : Kali Ke-82 Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008 Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah ULASAN / HUJJAH : 1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah. 2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh. 3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian. 4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
  • 2. 5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid. 6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam. 7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama. 8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah. 9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan. 10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam. 11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama. 12. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.
  • 3. KEPUTUSAN : 1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. 2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.